Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Wajah lesu amani ku pandang lama. Walaupun dalam keadaan tak sedarkan diri begitu, dapat ku baca penderitaan yang di rasainya. Wajahnya penuh dengan kelukaan. "Abang rindukan amani sangat-sangat,"airmataku mengalir perlahan. Aku tidak tega melihatnya dalam keadaan begitu. "abang rela kalau abang yang gantikan tempat amani. abang yang bersalah. Maafkan abang,"inikah harga yang harus ku bayar untuk menyenangkan hati orang yang berbudi padaku. Tangannya yang kaku tidak bergerak ku pegang. Ku cium berulangkali. Bangunlah, sayang. Abang rindukan suaramu, abang rindukan gelak tawa amani. Abang berjanji takkan membiarkan amani menangis lagi. Kalaulah aku berani bertindak, kalaulah aku tetap pendirian, pasti amani tidak akan terlantar begini. Kenapa aku harus mengorbankan perasaanku, perasaan isteriku ini untuk menjaga perasaan orang lain. Aku lelaki...Ah, aku hampir kehilangan insan-insan yang ku sayang. Amani masih tidak sedarkan diri, bayi kami pula masih dalam wad icu. Keadaannya kritikal. Kata doktor, si kecil itu hampir lemas dalam kandungan. Rasa sayu menerpa bila melihat tubuh kecilnya berselirat dengan wayar. Ya Allah, anakku itu tidak bersalah, aku yang harus menerima semua penderitaan itu. Ingin sekali aku memeluknya, membelainya tapi aku tidak bisa berbuat seperti itu. Wajahnya hanya mampu aku tatap dari jauh. "Mir,"aku berpaling. "Umi, ini semua salah mir. Kalaulah mir..,"umi menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu aku meneruskan kataku. "Perkara dah berlaku, mir. Yang penting anak umi kena betulkan keadaan. Belajar dari kesilapan. Mir fahamkan maksud umi?" aku terkedu mendengar kata-kata umi. betulkan keadaan? Belum sempat aku menjawab, deringan telefon mematikan niatku. Mengamati nama pemanggil, aku serba salah. Ain? Aku memandang umi. wajah umi bertukar keruh, mungkin dia dapat menggagak daripada melihat reaksiku. Dengan perasaan yang bercampur baur, aku menjawab panggilannya. Aku menjauh dari umi. beberapa minit aku berbual dengannya, aku menamatkan panggilan. Aku termenung di situ. Aku masih tidak mampu untuk berterus-terang dengan Ain. Entah kenapa setiap kali ingin membuka mulut, lidahku jadi kelu. Mendengar suara lunak ain, kekuatan yang aku kumpul bagaikan luruh sekelip mata. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan? Aku tak ingin siapapun terluka dengan apa yang aku lakukan. Tapi mana mungkin, keputusan apapun yang aku pilih, aku tetap melukakan. Ain, cinta pertamaku atau amani, matahari hidupku kini?
Bab 26
Aku cuba membuka mata, tapi agak perit ku rasakan. Badanku terasa agak lemah. Suasana di sekeliling ku rasakan begitu asing, aku di mana? Aku memandang tubuhku.. Pakaian hospital? Aku di hospital tapi kenapa? Aku menoleh ke sebelah. Merenung seseorang yang sedang asyik dengan lenanya. Abang? aku tersenyum, sungguh aku begitu merindukan dirinya. Tanpa sedar, aku mengusap wajahnya. Abang dah kurus. Siapa yang menjaga makan minumnya selama ini? Ya Allah, berdosanya aku. Entah kenapa, terasa sedikit aneh dengan tubuhku. Aku meraba perutku. Kempis? Serta-merta, hatiku berdegup kencang. Sedikit demi sedikit bayangan apa yang berlaku mula dapat ku ingat. Anak? Mana anak aku? "Tiiidaakkkkkk,"amir terjaga mendengar jeritanku. "Amani,kenapa ni?"tubuhku di peluknya erat. Aku menangis teresak-esak dalam pelukannya. Sungguh, aku tak mampu hadapi kehilangan ini. "Amani nak baby,"wajah amir serba salah. Reaksinya membuatkan aku makin hilang arah. "Mana baby? Mana baby?"aku meronta dalam pelukannya. Meminta untuk di lepaskan. "Baby selamat, amani,"aku berhenti meronta. Mendengar perkataan selamat, hatiku dah berbunga riang. Tapi wajah murung suamiku membuat aku gelisah. Kenapa dia tak gembira? "Mana dia? Amani nak jumpa baby," "Amanikan baru sedar. Amani berehat dulu," "Amani cakap nak jumpa,nak jumpalah,"suaraku meninggi apabila melihat dia seakan cuba menyembunyikan sesuatu dariku. Amir mengeluh. "Baby di ICU,"aku tersentak.. "Fifi akan baik,honey. Dia tahu mama dan papa sayangkan dia,"fifi? Anakku perempuan? "Fifi Aryana. Itu yang nama kita pilih untuk baby girl,kan," "Bawa amani jumpa dia, abang,"aku cuma ingin anakku selamat. Dia tanda cintaku. Dia satu-satunya lambang cinta suamiku itu. "Tapi, amani...," "No..i just want my baby," Dia mengeluh. "Ok..tunggu abang panggilkan doctor." Aku hanya mengganggukkan kepala sebelum dia beredar. Aku memejamkan mata. Lupa seketika kesakitan yang aku rasa sebentar tadi. Yang ada hanyalah bayangan anakku. Fifi, maafkan mama, sayang. Mama tak upaya melindungimu. Air mata yang mengalir di pipi tidak ku seka. Biarlah ia gugur,biarlah ia jatuh..
Zack merenung dalam muka Arin. Alolo dah tutup mata dah. Comelnya huhu sebijik macam anak kucing mengantuk.
" Rin, aku pun sayangkan kau jugak.." Zack berkata perlahan. Arin kembali membuka matanya. Matanya terkelip-kelip merenung mulut Zack, menunggu ucapan seterusnya.
Ding Dong. Bunyi loceng pagar utama ditekan mengejutkan mereka.
" Uhh, gila kuat bunyi. Mahu sakit jantung aku mati kat rumah ni kalau tiap hari orang main loceng." Zack membebel, sambil kakinya menapak ke depan. Kacau daun betul la! Aku baru nak feeling nak luahkan perasaan terpendam aku kat si Arin yang sudah sekian lama bertapak di hati ku ni! Lama ke, aku rasa tak la lama sangat pun, bebaru ni je pun.
" Zack, ingat auntie lagi tak?" Tanya seorang makcik di depan pintu pagar selepas Zack muncul dengan seluar tidurnya. Awal betul makcik ni!
" Ohh, auntie Maria. Ingat, mana boleh lupa. Sompoton Spa kan? Jom masuk, auntie." Ni mesti kes mama suruh tengok-tengokkan aku nih! Hai, makcik itu tidak habis-habis tidak mahu mempercayai anaknya yang comel yang seorang ini.
" Cantik rumah Zack. Auntie pun baru first time datang sini. Auntie bukan apa, Zack. Mama kamu mintak tengok-tengokkan kamu." Haa, kan aku dah kata tadi, baru je sebut!
" Ohh, yeke, auntie. Jom la masuk dalam rumah." Zack berbasa-basi. Hai, aku ni dah la gila "expert" bab melayan tetamu ni!
" Takpe lah, Zack. Auntie duduk luar je, ambil udara pagi ni." Auntie Maria buat muka tenang dan damai, maknanya tengah ambik feel and aura pagi lah katakan.
" Mama!" Datang pulak budak kecik dalam umur 3 tahun. Entah mana munculnya tiba-tiba panggil mama.
" Adam! Come! Papa mana?" Ler ada anak kecik rupanya makcik aku ni! Aku pikir anak-anak dia semua dah besar, sekali tengok, kecik lagi daa.
" Ini anak kecik auntie. Yang last kot, Insya Allah kalau tak ter"accident" macam hari tu hehe."
" Hehe." Aku apa lagi, gelak la jugak (berlakon ala-ala mesra) walaupun aku sedar tu part 18 sx yang agak tidak sesuai untuk aku yang tak matang lagi ni walaupun umur aku dah nak masuk kategori matang dah.
" Apa salahnya kalau ter"accident" pun lagi, sayang?" Mai ai, orang tua ini. Dah la tak bagi salam, main terjah macam tu je, cakap pulak bab 18 sg, depan-depan aku pulak tu!
" Ye, honey." Uncle aku, suppose to be uncle la, sebab dia masuk-masuk je kat laman rumah aku terus cium pipi auntie aku ni, of course la uncle aku merangkap suami makcik aku ni, takkan sugar daddy dia nak bermesraan sebegitu kot?? Tapi mungkin jugak, sebabnya laki ni ala-ala tua je gayanya.
" Tapi penat lah ayang nak mengandung lagi, honey." Pipi suaminya diusap-usap lembut. Laki itu a.k.a makhluk yang tidak kuketahui namanya itu menggenggam-genggamlah pulak tangan isterinya tu.
Adei, aku dah la anti sikit dengan couple nak bermesra alam depan aku ni! Macam tak cukup tempat dah kat rumah tu nak bermesra, nak pulak ditunjuk kat orang! Tapi takpe lah kan. Sebabnya diorang dah kahwin. Lainla kalau tak kahwin lagi.
" Zack, ni uncle Amri. Hubby auntie."
" Apa khabar, uncle? Sihat?" Kata aku sambil bersalaman dengan dia. Adik ipar mak aku, mesti la aku boleh salam dia kan.
" Alhamdulillah. Tapi perut dah makin buncit sekarang, tu yang bawak Adam pergi jejalan kat taman bawah tu tadi." Oh, yeke? Tanya pulak aku pasal perut dia? Ish, yang aku ni kenapa? Biarlah dia nak bersembang pun, apa salahnya pulak. Entah, aku rasa rimas tengok orang tua ni, entah kenapa entah.
" Mama, mama! Ada auntie dekat sini! Comel, muka macam kitten dekat rumah kita!" Adam menjerit di depan pintu rumah dengan pelatnya. Arin, Arin. Bukan aku sorang je kata kau macam kitten, budak tak cukup umur ni pun kata macam tu jugak! Nasib kau la, Rin.
" Adam! Tak baik kata macam tu." Auntie Maria bangun dari kerusi di taman dan berjalan ke arah Arin. Arin aku tengok macam biasa la. Buat muka innocent dia tu, gila sama dengan masa first time jumpa dengan aku hari tu huhu.
" Ni Arin, auntie. Asisstant mama." Bila masa Arin naik pangkat jadi PA pulak ni huhu. Relax la. Asisstant kan pembantu, so betul la kan apa aku kata, cumanya nak kata pembantu rumah, tak sedap la pulak kan untuk dia.
" Oh, I see." Mereka berdua bersalaman. Uncle Amri tiba-tiba je muncul lagi. Matanya merenung-renung Arin yang putih gebu itu. Tambah pulak, Arin hanya memakai baby-T sahaja.
Eh, pakcik ini, tak padan dengan tua nak menggatal-gatal lagi! Aku cepuk jugak karang! Gerenti kurus terus masuk wad 4 bulan setengah! Bak aku tolong tutupkan cerita perut buncit kau tu!
" Arin, masuk buatkan air untuk auntie. 3 gelas, okay?" Arin ni cakap kena penuh-penuh, kalau tak dia jadi sewel-sewel sikit, kita cakap ikut lain, dia paham ikut lain. Arin angguk dan melangkah masuk. Uncle Amri masih terjenguk-jenguk memandang Arin. Che, isteri ada depan mata pun nak menggatal lagi? Kalau bini dia takde ni, siapla aku karate-karate sampai patah pinggang!
" Zack buat apa sekarang? Dulu study mana?" Auntie mula bertanya pasal zaman silam aku. Ehem-ehem. Zaman silam, beb! Huhu.
" Saya further study dekat UM. Alhamdulillah, dah ada Phd in Bussiness."
Melopong auntie and uncle dengar. Apa, tak percaya? Ingat budak gila-gilaan macam aku ni 3 suku ke huhu. Tengok la anak siapa? Aku budak PTS, dah untung setahun. Umur 17 aku masuk Matrikulasi, 3 tahun degree, aku lompat terus buat Phd 3 tahun. ( kalau ada silap betul kan okay? Dah try kaji, boleh pakai kot teori ni.;))
" Mintak maaf, auntie. Saya masuk dalam sekejap."
" Arin, kau naik tukar baju, okay? Pakai baju lengan panjang dengan tudung. Biar aku buat air ni." Zack memegang lengan kanan Arin dari belakang yang sedang mengacau air teh o di dalam teko.
" Kenapa nak tukar baju?" Arin bertanya.
" Aku tak suka kau tunjuk body kau dekat orang lain. Tukar, okay?" Zack berbisik perlahan, risau pulak kalau 2 orang tua dekat depan tu dengar! Lagi pun, Arin ni kena pandai main psikologi dengan dia, baru dia dengar and ikut cakap.
" Okay, Zack." Arin berjalan perlahan. Kata-kata Zack tadi membuatkannya excited tiba-tiba. Kelakuan Zack memang memukau aku! Jerit Arin di dalam hati.
" Jemput minum, auntie." Zack mencelah sedang auntie dan unclenya sedang bergurau senda. Tangan uncle Amri melingkar kemas di pinggang auntie Maria. Ee, rimas betul aku menengoknya, ya Allah!
" Okay, thanks, Zack." Adam dilihatnya sedang menyepak-nyepak bola, entah dari mana dia dapat bola tu, aku pun tak tahu la. Main sepak-sepak dalam rumah pulak tu, apa kes, ish, aku memang tak boleh ada anak la macam ni! Seriously, aku rasa macam nak piat-piat, pulas -pulas telinga si Adam ni! Esh, pasu kaca tu!
Berderau darah Zack sebentar kerana bola yang disepak Adam melanggar meja kecik yang tinggi dengan pasu bunga besar perut uncle Amri di atasnya, bergoyang-goyang semacam nak jatuh. Mujur tak jatuh! Haih, aku nak marah pun anak orang maa..
PS 2 aku! Bola yang disepak Adam tepat mensasar ke arah PS 2 Zack, apa lagi, jatuh la PS 2 yang aku baru beli semalam! Bukan 2, 3 bulan dulu! Jatuh atas lantai pulak tu, kalau karpet tahan lagi! Finally, kesabaran aku dah sampai ke kemuncak!
" Ahh, PS 2 aku!!" Zack menjerit kuat menterkejut beruk kan Adam dan parents nya.
" Hei, budak! Kau pergi duduk diam-diam kat mak kau, sebelum aku cepuk kau nanti!" Hish! Aku memang betul la, ni yang buat aku KURANG suka dengan bebudak ni!
Adam menangis dan lari ke arah mamanya.
" Adam, tu la. lain kali, jangan main dalam rumah, bola kena main dekat luar." Auntie Maria dengan tenang dan sabarnya menasihat si anak itu. Adei la. Ni mesti jadi manja and keras kepala bila tua nanti! Manja kan la sangat anak tu! Zack membebel di dalam hati. Nasib tak hancur berderai PS 2 aku ni! Kalau tak, siap la telinga capang kau aku piat wahai Adam!
Arin turun dengan bertudung. Walaupun bertudung, tetap menarik perhatian uncle Amri. Sedang sedap-sedap bergurau senda, menggeletek-geletek dengan auntie Maria tadi, turun je Arin, terus diam membisu and cover macho pulak tang tu. Perut macam orang mengandung 6 bulan, ada hati nak mengorat anak dara orang? Boleh jalan!
" Zack, kenapa tak duduk? Okay tak PS 2 Zack tu? Kalau ada masalah, auntie baiki kan." Ucap auntie Maria melihatkan yang Zack sedang berdiri di hadapan Arin, seperti meng"cover" Arin daripada suaminya.
" Takpe, auntie. Kalau rosak, beli yang baru je. Alang-alang nak baiki, baik beli baru je." Zack memerli. Teringat akan PS 2 yang digoncang-goncang tadinya, semacam ada benda yang dah tercabut di dalamnya. Gerenti biol punya PS 2 tu nanti!
Arin semacam kurang selesa kerana uncle Amri tak kalih-kalih daripada merenungnya. Semacam ada dunia lain yang mengasyikkan yang boleh dilihat daripada muka Arin.
" Ehem, ehem, ehem! Tiba-tiba rasa kering pulak tekak. Arin, buatkan aku air secawan. Hot chocolate, boleh?" Zack berdehem kuat membuatkan uncle Amri sedar dan tergaru-garu kepalanya sendiri.
" Eh, lewat dah ni, Zack. Honey, jom kita balik. Sekejap lagi ayang ada appointment dengan slimming centre. Ada masa datanglah rumah auntie. Ni number untuk call auntie. Mintak maaf mengganggu Zack pagi-pagi ni." Auntie Maria bangun selepas memberikan name card nya kepada Zack.
"Ohh, takpe. Takde masalah. Datanglah lagi lepas ni, auntie! Terima kasih sebab datang melawat." Sekali lagi Zack berbasa-basi. Auntie Maria okay, cuma laki and anaknya je yang buat aku rasa tak boleh nak senang duduk!
Suaminya seperti tak mahu bangun, seakan masih menunggu kehadiran Arin untuk dilihat dan direnung sebelum balik. Ish, pantang sungguh aku dengan orang tua gatal ni! Papa yang lagi hensem and macho daripada dia walaupun dah agak tua, tak la menggatal macam dia ni!
Selepas kepulangan ketiga-tiga anak beranak itu, Zack masuk ke dapur.
" Kau okay tak, Rin? Kau muntah ke?" Zack mengurut-urut belakang Arin selepas Arin dilihatnya sedang mengadap sink di dapur. Arin angguk. Uhh, morning sickness!
" Rin, kau pergi baring dekat bilik depan tu dulu. Aku masakkan bubur untuk kau ye?" Sekali lagi Zack membuka buku resepi. Kali ni dia lebih berhati-hati dan tidak main suka suki je meletak garam atau gula ke dalam masakannya.
" Kenapa ni? Kau merajuk dengan aku ke? Makan la, Arin. Nanti baby sakit pulak dalam perut tu." Geleng lagi.
" Bangun, aku suap." Arin perlahan-lahan bangun dan duduk. Mukanya pucat, cuba untuk senyum.
" Cuba rasa, aku dah letak perencah kasih sayang dah, sedap tak huhu?" Manja ye? Makan pun nak bersuap. Hai, kenapa la aku jadi baik tetiba ni? Mesti arwah nenek hairan kalau dia tengok hehe. Rindu dekat arwah. Dulu aku kalau nak suap dia masa dia tengah sakit, fuh, bukan main liat beb! Ini tak payah disuruh, aku pulak yang rela. Mangkuk jugak!
" Sedap?" Arin angguk.
" Kau rehat lah dulu. Nanti dah agak-agak okay, baru buat kerja lain." Zack membaringkan Arin kembali. Mak ai, penyayangnya aku! Huhu makin buntal lah si Arin ni nanti, lepas makan, tidur.
Zack masuk tandas sebentar, kemudian dia keluar dengan tergesa-gesa.
" Arin, kau duduk diam-diam dalam rumah, okay? Jangan keluar. Aku nak pergi beli roti kejap." Karut betul la darah ni! Pad pulak takde. Hish!
" Bayar sekali hutang hari tu. Rumah Dato" Muhammad. Berapa?" Zack bertanya selepas menggunakan tandas di kedai runcit tersebut.
" Rm 156.40." Zack mengeluarkan not wang kertas bernilai RM200 daripada dompetnya.
" Keep the change." Zack kembali ke rumah. Dilihat pintu rumah terbuka, lalu Zack cepat-cepat masuk dan segera ke bilik tempat Arin tidur tadi, namun Arin tiada di situ. Cemas melanda hatinya. Ya Allah! Apa dah jadi dekat dia?
"WEYH jom kuar pekan esok? Perut aku dah kebulur double cheese burger ni." Nabil yang terlentang elok di atas rumput tepi alur menggosok perut.
"Aku pun. Chicken fodover dah main wayang kat mata ni ha." Syazana menjulingkan matanya.
"Gila hodoh. Hahaha…" Darius dan Fiqri yang melihat aksinya itu pecah tawa.
"Huh!"
"Jauh ke pekan tu kak?" Amira menyoal.
"Tak jauh sangat. Esok kakak bawak Mira jejalan kat pekan." Syazana tersenyum.
"Boleh jugak. Lagipun esok kan dah start cuti mid year. Boleh ar kita enjoy." Darius bersuara riang.
"Kau tak balik KL ke Bil?" Fiqri pandang Nabil.
"Nope. Family aku balik sini. Lusa kot."
"Wahh… Ni yang sedap ni." Adif tarik sengih.
Darius tunjuk perutnya. "Sini boleh masukkan makanan yang best-best."
"Suka…suka… Aku nak mintak makngah masak laksam." Macam kanak-kanak riang je gaya Fiqri.
"Aku nak mee kari." Adif mencelah.
"Tomyam udang." Sampuk Qistina.
"Karipap potato." Darius angkat tangan.
"Ngada-ngadanya korang. Melampau eh. Macam-macam korang mintak mama masak." Syazana mencekak pinggang dengan mata yang terjegil luas.
"Biar ar. Bukan selalu mama nak masak kat kita. Nak harapkan kau tak dapat lah. Kalau maggie boleh ar kau masak. Benda lain? Hmmm…" Sampuk Nabil sambil tayang thumb down.
"Totally right, Bil. Si Syaza ni mana pernah masakkan kita selain maggie and telur dadar. Teringin jugak nak merasa air tangan kau Syaza." Fiqri jelas sokong kata-kata Nabil itu.
"Weyh… Korang jangan pandang hina kat Nur Syazana Ayuni Binti Muhammad Syahman ye. Actually aku ni pandai masak tau. Cakap je segala jenis masakan semua aku tau. Cuma aku taknak tunjukkan skill aku je." Syazana buat muka bangga.
Syazana tersentak. Dia ketap bibir. "Kau pe tau? Korang just wait and see. One day nanti aku akan masak kat korang. Jamu korang makan sampi muntah hijau. Tunggu la…" Azam Syazana bersungguh-sungguh.
"Betul tu Syaza. Aku always sokong kau. Teruskan usaha wahai sahabatku." Sokong Qistina sambil menepuk bahu Syazana.
"Thanks my friend." Angguk gadis itu.
"Yela tu. Whatever la. Kitorang ternanti-nanti that day." Kata Nabil."So camne? Jadi tak kuar pekan esok?"
"Jom. Aku nak beli barang jugak." Qistina yang sedang potong kuku bersuara.
"Watsons? Guardian?" Adif yang bersandar di pokok kelapa menyoal.
"Dua-dua." Qistina membelek-belek kuku.
"Apa yang kau nak beli? Lips ice? Maskara? Blusher? Lipstick? Bedak muka? Ada yang aku tertinggal?" Darius buat gaya orang sedang berfikir.
"Lip liner, eye liner kau belum sebut." Jawab Qistina.
"Nose liner takde ke?" Soal Nabil.
"Hahaha!" Enam suara bergabung ketawa.
Qistina tayang muka bengis. "Perli nampak!"
"Kau lagi lawa kalau tak make up, Qis." Puji Adif ikhlas.
"Betul." Sela Darius.
"Aku setuju. Lagi cantik kalau tak make up." Tutur Fiqri bersungguh-sungguh.
"Kau selalu beli barang-barang make up. Tapi kitorang jarang tengok kau make up pun, Qis. Kau buat pe dengan segala benda alah tu?" Nabil bertanya.
"Haaa… Itu kau tanya pada PA aku." Qistina toleh pada Syazana yang sedang tekun bermain game di henfon. " Kau bagitau diorang pe yang aku buat dengan benda alah bagi Bil tu, Syaza."
Syaza angkat muka. Dia tarik sengih. "Korang tak tau hal-hal girl ni. Qistina ni, dia suka buat koleksi benda-benda alah tu."
"Kalau ada style make up yang latest from magazines baru aku try. Tak semestinya aku make up selalu." Sambung Qistina pulak.
"Boleh pulak cam tu?" Kening Adif berkerut.
"Syaza, kau pun pernah buat cam tu ke?" Tanya Nabil.
"Weyh, tolong sikit eh. Aku dengan benda-benda alah tu mana pernah close. Pandang pun tak hingin."
"Aceyceyh… Pandang pun tak hingin konon. Ntah-ntah belakang kita make up bukan main. 2 3 inci pe tebalnya. Hahaha…" Fiqri menghemburkan tawa kuat.
"Kejap-kejap. Aku try imagine rupa Syaza time make up 2 3 inci tebal tu." Darius pegang dahi berfikir sejenak. "Isyh…" Dia tergeleng-geleng.
"Pe yang kau nampak?" Dengan penuh keterujaan Nabil menyoal. Fiqri dan Adif turut menanti jawapan Darius.
"Gila hodoh. Aku terbayangkan satu muka pontianak baru lepas keguguran. Amat menggerunkan."
"Kahkahkah!!!" Suara empat lelaki itu bergema. Adif ketawa sambil peluk batang pokok kelapa. Nabil tepuk perut berkali-kali. Fiqri sudah terguling-guling di atas rumput. Darius picit perut sambil menghentak kaki. Qistina gigit bibir kuat cuba tahan tawa. Amira toleh membelakangi Syazana sembunyikan senyuman. Manakala Syazana sudah tarik muka bengis.
"Shut up!!!"
"OKAY, kita berpecah skarang." Ujar Nabil. Tujuh insan itu sudah berdiri di tengah-tengah shopping complex.
"Apsal nak berpecah pulak? Jalan sekali ar." Bantah Qistina.
"Yela. Qis kalau dah masuk Watsons tiga jam baru kuar. Nazak ar kitorang." Darius tayang muka letih.
Qistina tersentak." Tiga jam? Tipu! Takdenya sampai tiga jam aku kat dalam Watsons. Takde-takde. Korang kena ikut aku masuk Watsons jugak. Kejap je."
"Promise?" Adif minta kepastian.
"Promise!"
"ADEH… Korang bertiga ni tak habis shopping lagi ke? Gila banyak dah korang beli ni…" Dengan lima beg kertas di tangan, Darius pamer muka bosan.
"Pompuan kalau dah shopping dunia pun dah tak ingat. Dalam otak leka nak bazirkan duit je." Bebel Fiqri pulak. Ditangannya terdapat tiga beg plastik yang berisi pakaian yang baru dibeli oleh tiga dara tersebut.
Nabil sudah bertinggung di tepi rak baju. "Selangkah lagi pun aku dah tak larat."
"Nak shopping sampai complex ni off ke?" Sinis Adif menyoal.
"Korang ni kan asyik membebel je dari tadi. Banyak songeh betul. Macam la banyak sangat yang kitorang beli. Rilex ar. Kedai kasut tak pergi lagi ni." Selamba Qistina bersuara. Dia mencapai sehelai blouse kuning + oren lalu dipadankan di tubuhnya.
"Hah? Kedai kasut pulak?" Darius ternganga luas. "Adeh…"
"Eleh. Tu pun nak merungut ke? Bukan selalu kita kuar macam ni kan?" Blouse tadi dibelek lama. "Korang, sesuai tak dengan aku?"
"Serius tak bohong. Sebijik macam tok sami." Jujur Adif buat pengakuan.
Qistina tarik muka. " Cam tok sami? Kritikan yang tak membina langsung. Ceh!"
"Betul what. Another colour ar Qis." Pinta Nabil.
"Susah betol mintak opinion orang kuno ni." Blouse dilempar tanpa perasan ke raknya semula.
"Isyh pe macam tu? Karang kalau saleswoman dia tengok tak pasal-pasal kena sound." Tegur Fiqri tidak setuju dengan tindakan Qistina itu.
"Lantak ar. Customers always right okay…" Dengan innocentnya Qistina menjawab seraya melangkah meninggalkan empat lelaki itu.
"Senget betol minah ni sorang." Keluh Nabil.
"Weyh mana Qis dengan Mira?" Leher Darius dipanjangkan mencari kelibat Dua orang gadis yang dimaksudkan.
"Tu Mira." Qistina memuncungkan bibir ke arah Amira yang berada tidak jauh dari mereka. Gadis itu sedang membelek seluar jeans.
"Syaza?"
"Ntah." Qistina jungkit bahu. Sehelai blouse labuh berwarna hitam dicapai lalu dipadankan ditubuh. " How about this? Perfect?"
"Full black? Kau nak berkabung ke?" Selamba Darius menyoal.
"Eeeiii!!!" Kaki dihentak kuat lalu blouse tadi disangkut ditempatnya semula.
"Weyh!" Empat kepala menoleh ke arah si pemanggil. Syazana berlari ke arah mereka sambil membawa sehelai baju. "Korang tengok ni. Cantik tak dengan aku?" Sehelai t-shirt berkolar kotak-kotak dipadankan.
"Nak jawapan jujur or tipu?" Nabil menongkat dagu.
"Of course jujur."
"Kau tolong jawab sat Dif."
"My pleasure. Syaza, dalam beribu-ribu baju lady kat sini, apsal ni jugak yang kau pilih?" Kening Adif bertemu.
"Ntah kau ni. T-shirt lelaki jugak yang jadi pilihan." Fiqri tergeleng-geleng.
"Weyh, cantik what. Aku suka. Kotak-kotak lagi" Balas Syazana.
"Syaza. Takmo la baju ni. Honestly langsung tak sesuai dengan kau." Jujur Qistina bagi cadangan.
"Tapi aku suka."
"Toksah baju ni. Cari lain. Meh aku pilihkan." T-shirt ditangan Syazana diambil lalu dillempar jauh dari mereka.
"Tengok! Buat lagi macam tu." Tegur Fiqri lagi sekali dengan tindakan tak bermoral temannya itu.
Qistina buat pekak dengan teguran Fiqri. Tangannya ligat mencari baju yang sesuai untuk Syazana. "Haaa… Kau try dress ni. Cantik. Sesuai sangat dengan kau." Dress berwarna ungu muda separas betis dihulur kepada Syazana.
"Isyh taknak la. Nampak ayu sangat." Tolak gadis itu.
"Cantik la kak. Try la dulu." Amira yang baru muncul bersuara.
"That’s right." Sokong Adif.
"Try la Syaza. Mesti nampak sweets sangat." Sela Fiqri pula.
"Taknak la weyh.." Bangkangnya lagi.
"Isyh minah ni." Nabil mendengus. Dia berdiri. "Bak sini dress tu." Tangan dihulur pada Qistina. "Kau amek ni then kau pergi ke fitting room and kau try. No excuse!" Tegas Nabil.
Syazana masih terkulat-kulat di tempatnya. "Perlu ke?"
"Perlu!" Sampuk Qistina. Yang lain angguk kepala.
"Okay la. Aku try." Dress ditangan Nabil diambil lalu Syazana berlalu menuju ke arah fitting room yang berada tidak jauh mereka. Setelah dua minit, Syazana kembali. "Amacam?" Tubuh dipusing-pusing.
Enam pasang mata memandang tanpa berkelip.
"Weyh!" Jari dipetik bila enam insan itu tak kasi sebarang respon..
"Fulamak! Comel lotey." Puji Adif.
"Cun gila." Nabil senyum lebar.
"Lawa ar kakak." Komen Amira.
"So pretty." Ujar Qistina.
"Sungguh tak bohong. Kau memang cantik la Syaza. Sesuai sangat." Fiqri tayang thumb up.
"Bayangan pontianak baru lepas keguguran terus hilang dari otak aku bila tengok kau macam ni." Darius tayang gigi.
Mata Syazana terbuka luas. "Kau ni!" Kaki dihayun.
"Weyh weyh… Pe gaya macam ni?" Darius angkat tangan bila Syazana berkira-kira hendak membuat sepakan penalti. "Dah elok pakai macam ni. Ayu pulak tuh. Tuptup nak main sepak-sepak pulak dah. Langsung tak sesuai."
"Hahaha…" Yang lain ketawa.
"Eh Mira, Syaza. Jom ke sana?" Ajak Qistina sambil menunjuk ke bahagian underware.
"Kau nak buat pe?" Soal Syazana.
"Nak beli la."
"Please jangan ajak kitorang sekali." Pinta Adif.
"Ceh takdenya aku nak ajak korang. Takde faedah pun."
"Mana ar tau kan kot-kot kau nak mintak opinion kitorang." Selamba Fiqri membalas.
"Jangan Qis. No entry for man like us." Darius menyilangkan kedua-dua jari telunjuknya buat isyarat X.
"Weyh! Aku pun tau malu jugak lah." Bentak Qistina. "Jom? Korang tunggu kat luar kejap." Tangan Syazana dan Amira ditarik membontotinya.
"Dah habis? Kitorang pun nak beli barang jugak." Keluh Fiqri lemah bila bayang tiga gadis itu berjalan keluar dari kedai menjual underware.
"Kasut belum."
"Adoi!" Adif tepuk dahi.
"Korang ni memang menyeksakan tau?" Nabil menjegil mata.
Syazana dan Qistina tarik sengih. " Rilex ar guys." Amira senyum lebar melihat wajah keletihan si abang-abang melayan kerenah si kakak-kakak.
"Kedai mana korang nak masuk? Pergi ar. Aku tunggu luar je."
"Aku pun." Sampuk Fiqri.
"Mana boleh. Korang diperlukan untuk give many opinions. Jom." Qistina mula mengorak langkah.
Darius mendengus kasar. "Nasib baik la aku sayang korang. Kalau tak dah lama aku tinggalkan kat sini. Shopping la korang sampai ke pagi esok pun." Dengan malas dia mengatur langkah menurut tiga gadis itu.
Sampai je di kedai Vincci, Qistina sudah buat gaya macam orang hilang akal. Punya la teruja dengan pelbagai jenis kasut yang dijual di situ. Syazana dan Amira hanya tersenyum melihat telatah gadis itu. Manakala empat lelaki tersebut menepuk dahi sambil mengeleng-geleng. Sungguh memalukan betul. Kawan sapa la ni?
"Korang tengok ni. Cantik kan?" Sepasang heel 3 inci ditayang di depan enam pasang mata.
"Cantik memang tak dinafikan. Yang problemnya, boleh ke kau berjalan time pakai heel ni?" Nabil silang tangan di dada.
"Berdiri pun belum tentu boleh." Kata Adif.
"Jangan la Qis. Karang tak pasal-pasal kau tersungkur pulak." Syazana tolak pendapat Qistina.
Gadis itu sudah tarik muncung. "Korang ni tak sporting langsung."
"Holah holah… Beli je la. Cantik sangat. Confirm kau tak tersungkur pakai ni." Dah malas dengan kerenah Qistina itu, Darius terus menyokong tanpa sekelumit keikhlasan.
"Thanks, Dayus." Muncung sudah hilang. Keriangan mula menampakkan diri. " Lagi dua tu. Cantik tak? Aku nak beli tiga-tiga sekali." Jari ditunjuk pada dua pasang heels yang berada di atas rak sebelah kanan mereka.
"Pardon?"
"Aku nak pick tiga pasang sekali."
"Kau nak bukak butik kasut ke? Banyak benar yang kau beli." Nabil sudah bersila di tepi rak kasut bersama Darius.
"Jarang. Tapi bila sekali beli, tak ingat dunia." Bebel Syazana.
"Alaa… Boleh la.."
"Up to you la, Qistina oi." Balas Darius malas.
"Okiesss…" Qistina sengih lebar.
"OKAY, aku dah habis beli barang-barang aku." Qistina bersuara. Mereka melangkah masuk ke restoran McD.
"Me too." Syazana membelek beg-beg yang dipegangnya.
"Mira?" Nabil pandang Amira.
"Dah."Jawab gadis itu sambil tersenyum.
"Alhamdulillah." Serentak Adif, Nabil, Darius dan Fiqri tadah tangan sebelum mengaminkan.
"Korang taknak beli pape ke?"
"Huh! Baru teringat nak tanya?" Dengus Darius.
"Dah lupa pun barang-barang yang aku nak beli." Bidas Nabil.
"Kesian korang kan? Kena seksa hari ni." Syazana senyum nakal.
"Eh takde ape la. Kitorang memang suka kena seksa macam ni." Sindir Fiqri.
"Weyh… Tak dapat pahala tau kalau tak ikhlas." Potong Syazana. "Jom duduk kat hujung sana." Muncung ditayang pada meja yang terletak dihujung sudut McD itu.
"Ikhlas pe. Kalau tak, dah lama kitorang blah." Balas Nabil seraya duduk dihujung meja.
"Ye la tu. Jom pergi order? Aku dah lapar tahap kingkong ni." Ajak Syazana.
"Jom." Nabil dan Adif membontoti Syazana ke kaunter tempahan.
"Sis, one set double chees burger, large. Air milo." Maklum Nabil kepada sis yang ambil order.
"Sama." Ujar Adif.
Mereka toleh kanan." Kau nak apa?"
"Two sets Chicken fodover, one set doble chees burger. Large. Milo jugak." Lancar Syazana buat tempahan.
"Kau order untuk Qis and Mira sekali ke?" Soal Adif sambil merenung signboard menu di depannya.
"Nope. Untuk ni." Perut flatnya ditepuk-tepuk.
"What!???"Nabil ternganga luas. Adif pulak control bijik mata supaya tak terkeluar.
"Kidding ke Syaza?" Perlahan Nabil bertanya.
"Serius!" Tegas gadis itu.
"Memang selera kingkong la budak ni." Adif geleng kepala.
"Dania!!" jerit Lily ketika mereka mencari Dania di cafe. Dania melambai ke arah mereka. Lily dan Yasmin berlari-lari anak mendekati meja yang diduduki oleh Dania. Lily dan Yasmin menarik kerusi masing-masing lantas duduk.
"Ada cerita best, ke?" tanya Dania. Lily dan Yasmin saling berpandangan. Mereka tersengih. Konon-konon hal mereka ini bermakna sangat. Dania hairan. "Kenapa korang, ni? Sengih-sengih macam kerang busuk, ni? Ada berita best, ke?" tanya Dania lagi.
"Guest what?" Lily bermain tarik tali dengan Dania. Dania mengeluh.
"Apa bendanya? Aku malas la nak teka.." ujar Dania mendengus.
"Ada contest untuk penjelajahan Arziril Ryan! Siapa yang menang boleh pergi melancong bersama-sama dia. Berdua-duaan.. Best gileeerr" jawab Yasmin dengan nada yang teruja. Dania membuntangkan matanya. Terkejut dengan berita yang baru didengarinya.
"Contest pasal apa?"
"Kau tengok kat surat khabar Harian Metro, ni!" Lily menghulurkan surat khabar tersebut kepada Dania. Dania membelek dan membaca dengan penuh khusyuk. Sesekali dia tersenyum dan tersengih seorang diri membaca. "Kau nak masuk, tak?" tanya Lily kembali setelah lama menunggu Dania membaca surat khabar tersebut.
"Soalan tu akan ditanya oleh DJ Hot FM, la! Maybe Fafau (Farah Fauzana) atau FBI (Faizal Ismail) yang akan tanya masa program Hot FM Am Krew berlangsung. Soalan tentang apa, ye?" tanya Dania tanpa menjawab pertanyaan Lily sebentar tadi.
"Entah la. Kau tahu ke Min?" Mata masing-masing memandang ke arah Yasmin. Yasmin hanya mengangkat bahu tidak tahu.
"Diorang merahsiakan soalan mengenai apa. Cuma bila kita call diorang, terus diorang bagi soalan maut kat kita" jawab Yasmin. Masing-masing hanya mengeluh.
"Kalau dia tanya mengenai aktiviti Arziril macam mana? Jenuh la nak cari information tentang tu" keluh Lily. "Kau nak masuk ke, Dania?"
"Of course la! Demi Arziril aku sanggup buat apa sahaja!" jawab Dania dengan penuh bangga. Dia mesti menang contest itu. Sudah lama dia menyimpan keinginan melancong bersama artis pujaan. Lebih-lebih lagi bila Arziril Ryan tidak mempunyai teman istimewa dan masa inilah dia dapat merapatkan diri dengan Arziril. Hohoho..
**************************
"Hello! I ni kawan Arziril, tau!! Kenapa susah sangat you all nak lepaskan I, ni!?" bentak Farisya apabila dia dihalang oleh dua orang personal bodyguard Arziril ketika dia datang ke Akademi Tarian untuk bertemu dengan 'kekasih' hatinya itu.
"Maaf Cik Farisya.. Cik tak boleh jumpa dengan Encik Arziril kalau tak buat apa-apa appointment. Lagipun Encik Arziril agak busy. Dia tak mahu diganggu" tegah Encik Azmi, salah seorang bodyguard tersebut dengan lembut. Farisya menahan marah. Dia menolak keras mereka berdua. Kalau nak dibandingkan badannya dengan mereka berdua jauh langit dari bumi. Dia macam ikan bilis manakala diorang berdua macam ikan jerung. Of course la dia yang kalah. Akhirnya terpaksa Fariya mengalah. Dia keluar dari bilik tersebut dengan rasa marah yang teramat sangat.
'Dah la aku call dia tak angkat, then bila aku datang sini.. dia tak mahu jumpa aku pulak!! Sial!' rungut hatinya. Matanya masih lagi tertancap ke arah handphonenya. Sekali lagi dia mendial nombor handphone Arziril. Masih lagi tidak berjawab. 'Tahu la dia tu orang ternama. Jangan la dengan aku pun nak tunjuk bagus! Lelaki tak guna! Geram betul!!!' sumpah Farisya lagi.
Farisya mengomel sendirian. Tiba-tiba.. "Eisya!" jerit seseorang memanggil namanya. Farisya menoleh. Arziril berlari sambil melambaikan tangan ke arahnya. Farisya segera membuang perasaan amarahnya tadi lantas cuba memaniskan mukanya.
Arziril mendekatinya dengan termengah-mengah. "Sorry.. sorry.." itu aje yang mampu dikeluarkan dari mulutnya. Arziril masih lagi menahan rasa penatnya.
"It's ok, Arziril. I kenal siapa diri I.." kata Farisya dengan gaya merajuk.
"I baru habis training tadi. Tak sangka bila tengok handphone banyak misscalled dari you. Bila I tanya dekat pekerja I tadi, diorang kata you baru keluar dari Akademi ni tadi" jelas Arziril panjang berjela. Farisya hanya tersenyum sinis.
'Mesti si bodyguard yang bodoh, tu! Konon-konon la kata aku baru keluar. Cakap ajelah kau yang halau aku!!' rungut hati Farisya.
"You nak ke mana?" tanya Arziril apabila melihat Farisya hanya memakai t-shirt dan seluar jeans sahaja tengahari itu. Lain benar penampilannya hari ini. Agak simple. Mukanya pun hanya make-up ala kadar. "You tak kerja ke hari, ni?" tanya dia lagi.
"I cuti hari ni. Sebab tu I datang sini nak tengok you berlatih. Alih-alih I yang kena halau. Macam kucing kurap je I rasa. Tapi takpela.. you sibuk I tak nak la kacau.." kata Farisya lantas pura-pura buat muka biasa. Namun di hatinya penuh dengan rasa marah dan kecewa.
"Err.. you kena halau? Dengan siapa?" tanya Arziril apabila terkejut dengan kenyataan Farisya sebentar tadi.
"Halau?" dia berpura-pura lagi. Seolah-olah terlepas cakap. Namun memang itu niatnya. Mengadu kepada Arziril dalam keadaan tak sedar. "Err.. takde apa, la. I tak ambil hati sebenarnya. Maybe bodyguard you tu menjalankan tanggungjawabnya, kot?" balasnya lagi dengan lebih lanjut. Dalam hati dah tersenyum riang.
"Bodyguard I halau you macam kucing kurap!?" kali ini Arziril terkejut. Tidak disangka bodyguardnya sanggup menghalau rakan baiknya itu. "Mari..!!" Arziril menarik tangan Farisya masuk ke dalam Akademi semula.
"Kita nak kemana?" tanya Farisya.
"Kita jumpa bodyguard I. I nak diorang minta maaf dengan you..!" jawab Arziril dengan keras. Pantang baginya sekiranya kawan-kawannya dilayan sebegitu. Sebenarnya bodyguardnya tidaklah menghalau tetapi mengelakkan Farisya dari terus mengganggu lelaki itu. Itupun atas arahan Arziril malah mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan cara yang baik. Bukan menghalau macam kucing kurap.
*************************
"Saya nak korang berdua minta maaf dengan dia!" arah Arziril kepada pekerjanya. Mereka berdua termangu-mangu memandang Arziril dan Farisya. Gadis itu pula hanya tersenyum sinis.
"Err.. takpe la, Arziril. I tak ambil hati pun.." ujar Farisya lemah-lembut.
"Mana boleh macam tu, Eisya. I kalau boleh tak mahu kawan baik I dilayan sebegitu. You tu manusia bukannya kucing kurap! Kucing kurap pun I tak suka kalau dia dikasari!" bentak Arziril kepada Farisya.
"Err.. apa salah kami, Encik Arziril?" tanya Encik Sidek, bodyguard yang satu lagi. Encik Azmi hanya mengangguk bersetuju.
"Apa salah kamu? Kenapa korang berdua ni halau dia, tadi?!" tanya Arziril dengan perlahan namun tetap keras. Dia tak mahu persengketaan mereka didengari orang ramai di situ.
"Err.. kami tak halau.. Kami cuma halang dia dari mengganggu encik.. Itupun dengan cara baik. Maybe Cik Farisya tersalah sangka.." jawab Encik Azmi dengan profesional.
"Takpela, Arziril. Maybe betul cakap diorang. I salah sangka, kot?" ujar Farisya menyampuk. Dalam hatinya geram dengan kerenah bodyguard lelaki itu.
"Tapi diorang dah sakitkan hati you.." balas Arziril lembut. Matanya kembali memandang ke arah kedua bodyguardnya. "Whatever it is.. minta maaf sekarang!" arah dia. Mereka berdua gugup. Nak buat macam mana? Arziril majikan mereka. Mereka pula hanya kuli. Nak tak nak terpaksa la minta maaf walaupun mereka rasa mereka tidak bersalah.
"Kami minta maaf, Cik Farisya.." ujar mereka. Farisya tersenyum sinis. Jangan harap aku nak maafkan korang! Dasar orang miskin..!!
"It's ok. I maafkan you all berdua.." jawab dia dengan gaya manja. Satu kepuasan terpancar di mukanya. Dia gembira kini.
"Ok.. jom masuk dalam.." ajak Arziril.
"You pergi dulu. Nanti I datang"
"Ok.." Semasa Arziril dah jauh ke depan, Farisya hanya tersenyum sinis ke arah bodyguard lelaki itu. Kedua lelaki itu hanya mengerut dahi. Geram pula melihat muka gadis itu. Harapkan muka je lawa tapi hampeh.
"Padan muka you all! Baru you all tahu siapa I sebenarnya. Sedarlah diri you all tu siapa..! Dasar security jalanan boleh la. Kira bertuah tau si Arziril tu nak ambil you all berdua ni bekerja. Kalau I jadi dia, sekarang juga I pecat you all berdua! Dah miskin tu miskin jugak! Jangan nak berlagak dengan orang macam I!!..." kata Farisya dengan lagaknya. Dia betul-betul puas.. Lelaki berdua itu hanya diam membisu. Farisya bergerak meninggalkan mereka menuju ke arah bilik latihan Arziril. Dia ketawa dengan penuh bangga.
"Macam mana la si Arziril tu boleh sukakan si Farisya, tu?" tanya Encik Azmi kepada rakan seperjuangannya perlahan.
"Entah! Perangai tak serupa orang. Gedik melampau. Nasib baik anak aku tak macam tu.." balas Encik Sidek.
"Kalau anak kau macam tu macam mana, pulak?"
"Aku ikat dia kat pokok. Biar dia kena gigit kerengga. Orang macam tu memang patut diberi hukuman yang macam tu.. hahahah!" gurau Encik Sidek diselikan dengan ketawa. Encik Azmi juga turut ketawa. Nasib baik la mereka mempunyai anak dan isteri yang baik budi pekerti. Kalau seperti Farisya... alamat nak kiamat la dunia, ni..
**********************
"You tak boleh ke keluar jalan-jalan dengan I, Arziril?" tanya Farisya. Dia sengaja buat gaya manja agar lelaki itu menukar fikiran. Penari-penari yang berada di situ jelik melihat gelagat si Farisya. Kenapa la si Arziril tu boleh melayan budak perempuan pra matang macam Farisya tu?
"Betul, Eisya. I ada aktiviti lain kejap lagi. Maklum la.. jadual I ketat lepas konsert I hari tu. Minggu depan I kena pergi Brunei untuk memenuhi jemputan peminat I di sana" jawab Arziril lantas mencapai botol mineral di sisinya.
"I nak ikut?" tanya Farisya. Arziril mengerut dahi.
"You tak kerja, ke?" tanya Arziril.
"I free sekarang. Start bulan depan I ada shooting dekat Langkawi. So ada dua minggu lagi.. pleasee..." pinta gadis itu.
"Tak boleh, Eisya.. I pergi sana kerana menjalankan tugas.. Bukan suka-suka" balas Arziril lagi. Gadis itu mencebik. Dia merajuk. Arziril hanya mengeluh. Malas betul dia nak melayan rajuk gadis itu. Kalau Dania.. Dania tak pernah merajuk. Baginya gadis itu tak pernah kenal erti merajuk.. Cuma ketika dia marah.. dia hanya akan memukul atau memarahi orang sahaja. Dania jenis berterus-terang. Kalau putih, putih la dia. Kalau hitam, hitam la dia. Sebab itu Arziril sukakan Dania.
*******************************
"Wes, Dania.. Apa cerita pakwe kau tu, ye?" ejek Lily ketika mereka dalam perjalanan pulang dari kolej.
"Pakwe? Siapa pakwe aku?" tanya Dania.
"Hai.. begitu lama si Lily ni padankan kau dengan si Ariel tu, kau boleh tak ingat?" sampuk si Yasmin pula. Lily hanya tersengih kerang. Dania mendengus.
"Dia bukan pakwe aku, ok!!" bentak Dania.
"Yelah.. apa-apa je la. Sejak dia berhenti dua bulan lalu.. aku tak dengar cerita pun tentang budak tu? Dia hidup lagi, ke?" tanya Lily lagi.
"Kenapa? Kau rindu dekat dia, ke?" perli Dania. Yasmin hanya ketawa.
"Takdelah.. aku saja je tanya. Mana tahu sekarang ni dia dah jadi orang kaya, ke? Hehehe.."
"Kau dah lost contact dengan Ariel ke Dania?" kali ini Yasmin pula bertanya. Lily hanya mengangguk berkali-kali untuk mengetahuinya.
"Takdelah. Kitorang still contact. Baru minggu lepas dia datang ke rumah aku. And kelmarin dia call aku tanya khabar" balas Dania.
"Wah.. wah.. sejak tak berjumpa ni makin rapat aku rasa korang berdua, ni?" gurau Lily. Dania hanya tersenyum.
"Dia dah berubah. Kalau korang jumpa dia.. mesti korang terkejut dengan perangai Ariel sekarang.. Aku rasa aku suka Ariel sekarang.." ujar Dania sambil matanya memandang tepat ke arah rakan-rakannya. Lily dan Yasmin hanya ternganga sahaja mendengar kata-kata dari mulut si Dania. Biar betik..!!
Hujung minggu itu selepas lama nama Iskandar hilang dari hidupku..tiba-tiba dia muncul kembali..Apa lagi yang dia kehendaki kali ini? Mengugutku untuk merampas Ain atau memaksaku lagi untuk mengahwininya…Padahal sebelum ini aku sudah habis mengatakannya bahawa aku tidak boleh..malah tak ingin sekalipun.Susah betul cakap dengan orang yang tak faham bahasa melayu ni.. "Encik Iskandar..kan saya dah cakap terus terang yang saya tak boleh kahwin dengan awak..Saya ni hak orang..isteri orang" "You tak payah lagi nak buat cerita dongeng dengan I…I tahu you sengaja buat cerita semata-mata untuk menipu I kan.." "Kalau awak tak mahu percaya..itu bukan urusan saya..tapi saya tetap masih isteri orang" "You ni kan pandai betul buat cerita sampai I hampir percaya..Dulu saya percaya tapi sekarang tak…Lagipun tak pernah saya lihat suami awak..Lagipun budak-budak tempat kerja awak pun nafikan yang awak ada suami.." 'Lelaki ini sengaja mahu cari pasal denganku..Susah betul nak fahamkan dia ni.." "Buat pengetahuan Encik Iskandar..suami saya orang bisnes..selalu outstation…nak cari duit untuk keluarga dia makan.." "Oh iya…sampai sanggup tinggalkan isterinya yang cantik sorang-sorang.."
Kalau diikutkan hatiku yang panas ini dah lama agaknya Iskandar ni makan penampar aku ni..Cakap ikut sedap mulut aje…tak ada insuran langsung mulut tu.. "Kat sini rupanya Aya..kenapa tinggalkan anak-anak kat sana sayang.." tiba-tiba satu kucupan melekat di pipiku dan tangannya pula kejap di pinggangku menyebabkan terasa darah panas mengalir ke badanku dan mukaku.. "Hai..I suami Aya..and you?" tanya Nial sambil menghulurkan tangan pada Iskandar… Sementara Awish dan Ain tersenyum manis di belakang Nial apabila melihat perilaku Nial padaku. 'Kurang asam betul Nial ni…tak malu betul buat macam tu depan anak-anak sekecil Ain dan Awish ni..’ Yang nyata dan jelas di pandangan mataku kini..Iskandar sudah kelu melihat perilaku Nial pada waktu itu..Untung nasib aku, lenyap terus Iskandar dari diari hidupku..tetapi macam mana dengan Nial pula?? Dahlah tiba-tiba aje muncul depan aku..lagaknya macamlah nak selamatkan heroin macam dalam cerita Hindustan..Ia ke macam tu?? "Iskandar.."tangan yang dihulur Nial akhirnya disambut oleh Iskandar walaupun agak lambat tindakannya itu.. "Em..Iskandar..kalau you tak kisah..boleh I ambil isteri I sekarang..maklumlah I ni orang bisnes..time free aje I dapat keluar dengan isteri dan anak-anak.. 'Ceh..Nial ni macam dengar aje apa yang aku cakapkan tadi..Nyesal aku cakap macam tu..nanti tak pasal-pasal dia ingat aku dah terima dia balik..cabul betul mulut aku ni!!’ Entah apa mimpi Iskandar waktu tu..dia pergi tanpa kata..Faham bahasalah pula mamat ni dengan Nial…Agaknya itulah kepentingan wujudnya seorang lelaki dalam hidup seorang perempuan.. Penyelamat dan pelindung apabila berada dalam keadaan yang menyulitkan..Tapi, adakah Nial adalah penyelamat dan pelindung dalam hidupku?? Perit untuk aku mengiyakannya…
Nial mendukung Awish dan memimpin Ain..sementara aku memimpin Ain di sebelah tangan satu lagi..Ibarat macam keluarga bahagia… Hairan aku pada waktu itu…tiap saat yang berlalu Nial senyap..sementara aku..sudah malas mahu membuka mulut..takut ia akan membuatkan anak-anakku terkejut sekiranya aku tidak dapat mengawal perasaan..Keadaan waktu itu hanya diriuhkan dengan gurau senda Awish dan Ain..
Aku biarkan keadaan begitu..biarlah…aku lebih senang begini kerana aku sudah puas bergaduh dengannya dan lebih tidak sanggup aku hadapi bila kisah hidupku dibuka kembali..yang hanya akan mengundang air mata ini dan membuatkan ia tak berhenti dari mengalir… "Aya tak ada apa-apa mahu cakap dengan abang?" Berbunyi juga suaranya akhirnya..Bukan aku menanti-nantikan dia memecahkan suasana pada waktu itu…tapi biasanya kalau dia senyap, ada aje silapku di matanya..Itulah perangainya yang sedari dulu yang tak pernah berubah.. Aku diamkan diri lagi..’dia nak marah!!Marahlah..biar rasa benci aku padanya kian bertambah dan akan membuatkan hidupku dan hidupnya tak akan ada sinar untuk bersama..biarkan!! Aku sudah tidak mahu mengejar bahagia yang hanya akan menjanjikan keperitan hidup seperti masa lalu.. "Kenapa jadi sampai dia ajak kahwin..Aya masih isteri abang tau!!" nada marahnya sudah ketara sedikit… 'Isteri?? Adakah aku masih isteri di hatinya setelah apa yang dia lakukan padaku dulu?’ "Saya tahu..saya tak pernah nafikan hakikat bahawa saya masih isteri orang..tapi tak macam orang lain..saya ni kan isteri yang tak reti nak jaga hati orang di sekeliling saya..seorang isteri yang curang!! Jadi apa lagi yang awak mahukan dengan isteri yang sebegini..Saya dah lepaskan awak dari dulu lagi..Cuma awak yang tak mahu lepaskan saya!" Biar semua apa yang aku rasa aku lepaskan…Biarlah hatinya terasa sekalipun..Perasaan dalam hati ni sudah tak bisa dipendamkan lagi bila ia ditekan di sana sini.. "Aya please.." mungkin dia terkejut bila aku minta dilepaskan.. "Awak nak apa lagi sebenarnya..Jika awak datang ke sini semata-mata nak tunjukkan bahawa saya ni pesalah dalam hidup awak baik tak payah!! Kerana saya telah dapat hukuman atas kesalahan yang saya lakukan.." "Abang tahu..Aya tak salah sayang.." Aku mengeluh…’tak salah’ ..’sayang..’. Aku lemparkan pandangan dan melihat anak-anakku berkejaran di tepi pantai..Indahnya menjadi kanak-kanak..tak ada masalah.. "Abang nak betulkan silap abang yang pernah abang lakukan dulu"
Memang niat awal kedatangannya tadi ingin membetulkan keadaan yang kian rumit ini. Namun bila dilihat Aya dan Iskandar bercakap perihal kahwin tadi, dia terasa ingin marah kerana terlalu cemburu dan mangsanya..Aya..walaupun wanita itu tidak bersalah..Malah dia perasan tadi..dia terlalu cemburu buta.. "Silap awak?? Awak pernah buat silap ke? Kan selama ini saya yang silap..saya menantu yang jahat sampai sanggup tolak mama awak jatuh tangga..sampai kakinya patah dan tak sedarkan diri…kakak ipar yang suka menuduh adik kesayangan awak…dan..isteri yang curang! Jadi tak payahlah awak pujuk orang yang selalu melakukan kejahatan dan buruk perangainya ni,," "Aya.." "Tak betulkah?" "Abang minta maaf..abang tahu abang tak rasional waktu tu..abang mengaku" "Saya siapa untuk maafkan awak..seandainya saya maafkan awak pun..keadaan tak akan berubah apa-apapun..saya tak mahu berdendam…Cuma perasaan dan hati ni tak akan tenang..malah sejak kembalinya awak dalam hidup saya..perasaan bersalah saya makin menebal..kerana awak dan keluarga awak..saya dan keluarga saya jadi mangsa..awak masih ada keluarga awak..tapi saya…papa, mama…along..dah tak ada di sisi saya..Jadi awak cakap kat saya..bagaimana saya boleh terima awak semula dalam hidup saya sedangkan di sini sakit.." kutujukan tangan ke dadaku..
Entah dari mana Awish datang ke arah kami..sepantas kilat aku menyapu air mata di mukaku.. "Papa…Awish nak ais krim" "Kakak jugak.." Awish dan Ain menerpa papanya.. Itulah perkara yang paling anak-anakku suka mengenai Nial..Apa yang diminta oleh mereka berdua selalu ditunaikan oleh Nial..Malah Nial tidak pernah sekalipun berkata 'tidak’ kepada mereka..jauh berbeza dengan diriku..Malah, aura kebapaan memang wujud dalam diri Nial..tidak pernah dibuat-buat..Tegakah aku untuk melawan takdir sedangkan aku tahu anak-anakku memerlukan seorang bernama bapa untuk hidup secara normal..
"Aya…abang tahu salah abang terlalu besar untuk Aya maafkan..tapi..demi Awish dan Ain…abang pinta Aya berikan abang peluang…Aya sanggup ke tengok mereka membesar tak seperti keluarga lain.."
Pandai betul Nial mengumpanku..Tapi kenyataan itu benar..Melihatkan kemesraan Awish dan Ain dengan Nial, aku sedar kenyataan itu..Ain pun mesra dengan Nial walaupun Ain bukan darah daging Nial… "Anak itu bukan anak-anak awak…Buat apa awak susahkan diri ambil tahu hal mereka…" 'Maafkan mama Awish..Ain’ "Aya! Jangan nak nafikan abang sebagai papanya!!" "Saya tak nafikan…saya ni kan isteri yang cu.." tak sempat aku habiskan ayat 'curang’ itu..sudah dipotong Nial membuatkan aku terkejut perut… "Stop it..I said stop it..don’t you ever dare to said that word again!!" Marah benar lagaknya..satu lagi perangainya yang tak pernah berubah..Seorang yang panas baran..Nasib baik anak-anak pada waktu jauh untuk mendengar suara Nial itu… "Kenapa? Saya bukan cakap pada awak!! Tapi perkataan itu awak yang berikan pada saya..jadi kenapa awak nak marah" lembut sedikit aku berkata untuk melawan cakapnya yang diserang amarah itu…
Tidak semena-mena..air matanya yang mengalir kini menyebabkan aku yang terkejut.. "Tak bolehkah untuk kali ini Aya maafkan abang..Abang cuma minta satu lagi peluang..satu.." dia sudah melutut di hadapanku kini…
Apa lagi yang harus aku lakukan bila dia setekad ini…Tapi siapa diriku untuk memutuskan segalanya..Aku cuma berserah pada takdir…Bagiku…sekali sahaja kepercayaan yang aku berikan sudah dimusnahkan..tiada lagi makna kepercayaan untuk kali keduanya…
Aku disolek oleh mak andam yang ditempah khas oleh mama. Tinggal nak sarung baju nikah jer jap lagi. Hati aku ni dah main lagu rock, maklumlah berdebar nak jadi bini orang jap lagi.
"Una, duduklah diam. Kang lambat nak siap solek ni. Dongak sikit muka tu." Mak andam ni suka sangatlah mengarah orang. Leceh betul aku, ikut aku tak mau solek langsung pun. Mama yang beria-ia pujuk aku mekap jugak bagi naik seri. Aku kenalah turut jugak kata mama dengan syarat solek tu biar nipis ngan natural.
"Ok, dah siap. Pergi bersiap pulak." Aku bangun dan menyambut baju nikah yang dihulurkan.
"Wau.....cantiknya ko Nurul." Puji Nana, sepupu yang paling rapat dengan aku memandangkan umur kami sebaya. Tak mustahillah untuk kami jadi rapat sebegini.
"Ala, ko pun same jer cantiknya. Ntah-ntah sat g orang lain tertukar lak pengantin perempuan yang mana. Ko ke aku." Aku menggiatnya, saje nak tengok muka dia merah.
"Dah-dah, saje je ko ek nak kenakan aku."
"Ok, siap-siap. Pengantin lelaki dah sampai." Aku dipimpin mereka kuar ke ruang tamu untuk upacara nikah.
"Aku terima nikahnya Nurul Husna binti Nor Azman dengan mas kawinnya Rm80 tunai." dengan sekali lafaz aku sah menjadi milik Daniel. Aku sekarang dah bergelar isteri orang.... Lepas tu, tibalah upacara membatalkan air wudhuk, dia menyarungkan cincin ke jari manisku dan aku menyalami dan mengucup lembut tangannya. Terasa hangat dahiku ketika dia kucup dahiku dengan lembut. Tetamu yang datang semua mengucapkan tahniah.
Terasa gak member aku sorang pun tak datang. Mana taknya, kalau aku sendiri yang rahsiakan pernikahan ku ni. Padanlah dengan muka aku. Takpelah, layan jelah....
Dalam bilik tidur....
"Dany, ko nak tidur mana?" aku menyoal dia.
"Tidur atas katillah, takkan nak suruh aku tidur atas lantai pulak?" jawabnya. Aku hanya menganggukkan kepala, terjegil bijik mata dia tengok aku menganggukkan kepala.
"Dah, jangan nak mengada-ngada. Aku dah penat ni tau. Lagipun aku kesian kat orang yang dah hias katil ni cantik-cantik. Alih-alih pengantinnya tidur atas lantai. Kalu ko nak, ko jelah tidur atas lantai. Ok, bye...nite..nite..." dia menarik gebar menyelubungi dirinya. Aku hanya tergamam menyaksikan perlakuannya itu.
Aku menutup suis lampu dan berjalan menuju ke katil. Akhirnya aku terlelap jua disamping 'pak mamat' kat sebelah aku ni.
Akhirnya......aku kembali ke Unisel. Selamat hidup aku dari dia selama cuti semester berakhir. Saat nilah aku nantikan. Dapat jumpa budak bertiga tu.
"Yana...!" aku menjerit kegirangan bila ternampak kelibat Yana di kaunter pendaftaran pelajar senior.
"Woi..malu sikitlah ko ni. Jerit-jerit lak. Sakit telinge aku tau." Yana menekup telingenya. "Mana yang lain?" aku menyenih padanya.
"Dorang datang petang sikit. Jomlah balik hostel." Dia mengajak aku. Kebetulan aku pun dah selamat daftar diri tadi.
"Ko datang ngan family ko ke Yana? Mana dorang?" soal aku sambil mencari kelibat family Yana.
"Ada. Dorang parking kete kat blakang dewan. Ko datang ngan sape lak ni?" soal dia sambil tertoleh-toleh mencari seseorang.
"Aku datang ngan papa aku lah. Tu dia. Jomlah g hostel same-same."
"Jom. Jumpa kat sana k." Aku menganggukkan kepala. Nasib baik papa sudi hantar aku. Kalau Daniel hantar mau kecoh nanti, selamat jugak dia ada kerja nak kena buat.
"Sori, lama ke ko tunggu?" aku menyoalnya sebaik jer pinu kereta dibuka.
"Naik kematu bontot aku nilah. Asal lambat?"
"Biaselah, buah hati takmo lepaskan aku balik." Kataku separuh gurau.
"Kau tau tak nape mummy panggil kita balik umah ni?" soal dia sambil mata menghadap jalan raya.
"Ntahlah, tak tau. Jangan-jangan ko ade wat salah tak?" aku cuba serkap jarang dia. Maklumlah, kadang bukan aku balik umah pun. Tugas sebagai pelajar lebih memerlukan aku disini selesaikan tugasan bersama member.
"Tengok jelah apa jadi nanti..debar gak. Maklumlah, kita kan dah lama tak balik jenguk dorang." Ujar Daniel.
"Betul jugak tu. Mimi ada tak? Dah lama tak jumpa dia." Aku menyoal Daniel tentang Mimi, adik iparku yang seorang.
"Ada kot. Sekarangkan dia banyak duduk umah, study for SPM." Balasnya.
"Ko macam mana sepanjang aku takde?" aku bertanya pada dia.
"Macam tulah. Macam mana lagi?"
"Maksud aku tentang awek's ko lah."
"Semua aku dah buang kecuali Baby sayang aku jer. Tu, aku tak boleh buang. Bini nombor dua aku tu." Sengaja dia menekan perkataan dua pada aku.
"Baguslah macam tu. Bila ko nak kawin dengan dia?" soalku selamba.
"Bila-bila masa kalau ko bagi." Dia mengenyit mata padaku. Menyampah jer tengok.
*************
Sejak aku nikah dia dalam empat bulan ni, banyak aku belajar tentang kerenah dia. Dia ni penyabar jugak orangnya, pernah sekali tu aku cuba buat dia marah, tapi lain jadinya. Aku pulak yang marah sebab rancangan aku tak menjadi. Dia pulak rilek jer aku tengok.
Ni pun aku saje sakitkan hati dia pasal Baby, dia cool jer. Peliklah aku tengok. Perempuan hati batu. Aku yang sakit hati dengan perangai dia. Sengal jugak aku ni pun.
"Una, dah sampailah. Jom turun." Aku mematikan enjin dan keluar dari perut kereta.
"Hah...sampai pun korang ke umah. Ingat tak kenal jalan dah. Dany?" mummy menjongketkan sedikit keningnya kepadaku. Perlilah tu apa lagi. Aku mengucup kedua tangan orang tuaku dikuti dengan Una.
"Mummy, daddy, sori yer. Bukan salah abang pun, Una banyak kerja ngan kelas padat. Masa terhad sangat nak balik pun. Sori yer." Una menayangkan muka simpati kepada kedua orang tuaku.
"Takpelah. Jom masuk dalam." Mummy memimpin tangan menantu kesayangannya kedalam. Terjongollah pulak satu kepala kat depan pintu, sape lagi kalau bukan budak debab tu.
"Akak, baru sampai ke? Masuklah...adik baru turun dari atas. Tadi mandi jap lepas balik tuisyen." Katanya tanpa ditanya.
"Sibuk jer. Orang tak tanya ko pun apa-apa." Aku membidasnya.
"Sibuklah ko. Jeles ker..." dia menjelirkan lidah dan menonyeh muka padaku.
"Dah...dah..korang ni sekor-sekor macam kucing ngan anjing. Pantang berjumpa." Mummy meleraikan mereka berdua.
"Dah, duduk dulu." Daddy mengarahkan kami duduk. Mimi dan Una terus leka bersembang, maklumlah dah lama tak jumpa.
"Macam mana syarikat sekarang ni?" soal daddy padaku.
"Syarikat ok jer daddy. Ni pun kita dapat kontrak baru daddy."
"Syarikat mana tu Dany?"
"Syarikat Megah, daddy."
"Eh..dah...dah sembangnya. Jom makan." Mummy memanggil kami untuk makan malam bersama.
"Abang, esok kita kuar jejalan nak tak? Kita bawak semua pergi jalan." Cadang Una.
"Daddy ngan mummy nak kuar jumpa member. Korang bawak Mimi jelah jalan-jalan, dia pun dah lama tak keluar. Asyik terperuk jer dalam umah. Tak elok jugak." Papa memberi cadangan. "Elok jugak tu. Kita g shopinglah." Ujar Mimi.
"Beshnyer...dah lama tak shoping. Nak duit...!!!" dengan gaya penuh keselambaan Mimi menghulurkan tangan padaku.
"Nah..jangan boros. Tadi daddy dah bagi pun cukup banyak dah." Pesanku pada Mimi si debab.
"Tu tak sama. Sekali sekala, kena pau ko lak." Selamba dia membalas kataku.
"Mimi, jom teman akak pergi Kinokuniya boleh?" soal Una pada Mimi.
"Jomlah. Mimi pun nak cari buku rujukan ngan novel ni." Mimi menarik tangan Una memasuki Kinokuniya. Aku hanya membontoti langkah mereka berdua tanpa banyak soal. "Akak, cari majalah apa?" soal Mimi.
"Takde apa. Tengok-tengok jer majalah apa yang besh. Dah lama tak baca majalah. Asyik menghadap komputer jer bosan gak." Ujarnya lembut.
"Ko cari majalah apa pulak?" soal Mimi padaku yang sedari tadi hanya mengikut langkah Una ke mana saje dia melangkah.
"Aku pun tengok-tengok jer. Tak beli pun.Ko beli buku ape tu? Dah jumpa ke ape ko nak?" soal aku bertalu sambil mataku mencuri pandang buku yang dipegang oleh Mimi ditangannya.
"Dah, nak cari majalah jugaklah. Naik gila jugak aku kalau asyik menghadap buku rujukan tu." Mimi mencapai majalah di depan matanya.
"Baby? Macam pernah dengar jer nama dia. Cun giler minah ni." Tutur Mimi dengan nada perlahan namun mampu didengari oleh telingaku.
"Bak kejap." Aku merampas majalah dari tangannya.
"Sibuklah ko." Dia menumbuk bahuku dengan agak kasar. Lantaklah, yang penting Baby. Aku ni mana boleh dengar kalau nama Baby disebut-sebut.
"Apa korang bisingkan tu?" soal Una tiba-tiba. Matanya tertancap pada cover depan majalah yang aku pegang.
'Patutlah bisng.' Desisnya dalam hati.
"Jomlah kuar, kalau dah takde bende nak cari dah. Akak dah dapat majalah ngan novel yang akak nak. Oklah tu. Jom pergi bayar."
"Ko bayarkan ni sekali." Aku menghulurkan majalah tadi padanya.
"Ok." Mereka berjalan menuju ke kaunter. Aku masih terpacak di tempat majalah menanti mereka.
"Hai B....U buat apa kat sini?" sapa sesorang dari belakangku. Suara yang amat aku kenali ni. Aku pun berpaling ke belakang. Alamak.............!!!!!!!!!!
Lin leka memerhatikan Ikhmal makan.Berselera sungguh lelaki itu makan.Memang benarlah Ikhmal tidak main-main.Lelaki itu betul-betul lapar.Lin bangun untuk menyambung tidurnya.Namun lengannya pantas dipaut oleh Ikhmal. "Nak apa lagi?"Lin membulatkan matanya. "Temankanlah saya makan."Ikhmal tersengih.Dia tahu Lin akan marah dengan permintaannya itu.Namun belum cuba belum tahu. "Awak jangan nak mengada-ngada.Nak berteman-teman pulak."Lin melepaskan pautan tangan Ikhmal di lengannya. "Saya tak biasa kat kampung awak ni.Sekarang belumsubuh lagi.Saya takutttt.."Ikhmal memancing perhatian Lin. "Awak tu dah jadi bapak orang pun penakut lagi?" "Bapak orang pun ada rasa takutlah.Awak,tolong tambahkan.Nasi goreng awak ni sedap sangat."Ikhmal menghulurkan pinggannya kepada Lin. "Nak tambah lagi? Kuat betul makan."Lin mengambil pinggan Ikhmal.Nasi goreng yang tinggal separuh dalam kuali diletakkan ke dalam pinggan Ikhmal. "Terima kasih.Awak duduklah."Ikhmal menyambung suapannya. Lin tiada pilihan.Dia kembali duduk.Tidak lama selepas itu dia bangun semula.Dia mengambil gelas di rak.Kemudian dia membuka peti.Dia menuangkan air sejuk ke dalam gelas.Gelas itu diletakkan di atas meja di hadapan Ikhmal.Dia kemudiaannya duduk di sebelah Ikhmal. Ikhmal senyum."Thanks.." "Saya takut awak tercekik je.Makan macam tak makan seminggu."Lin memperli. "Awak tak makan sekali?" "Tak naklah.Perut saya kecik je.Bukan macam perut awak.Perut dinasour."Sekali lagi Lin memperli Ikhmal. Ikhmal tersedak mendengar kata-kata Lin.Dia cepat-cepat meneguk air yang diberikan oleh Lin tadi.Perut dinasour? Mak aaiii sedapnya mulut mengata orang. "Perut dinasour ya? Sedapnya mengata saya.Cium mulut tu karang bengkak seminggu tau."Ikhmal mengugut. "Suka hati je nak cium orang.Memang sah awak gatal."Lin menjeling. "Kalau awak dah kahwin dengan saya nanti siaplah awak." "Siapa nak kahwin dengan awak? Saya kasihan kat isteri awak mesti asyik makan hati je dapat suami gatal." "Siapa cakap asyik makan hati? I give her everything.."Balas Ikhmal. "Tapi awak ni suka main kayu tiga."Lin tidak puas hati dengan ayat Ikhmal tadi. "Ni semua sebab awak.Sebab saya tergoda dengan awaklah saya jadi macam ni."Ikhmal memandang Lin dengan ekor matanya. "Silap sendiri salahkan orang pula.Dahlah malas saya nak bertekak dengan awak pagi-pagi buta ni.Dah habis makan kan? Saya masuk tidur dulu ya."Lin memandang pinggan Ikhmal yang sudah kosong,licin.Lin bangun dan terus melangkah. "Jangan lupa mimpikan saya tau."Ikhmal sempat berpesan. Lin berhenti melangkah.Dia berpaling semula ke belakang."Tak kuasa.Lagi satu awak jangan ketuk bilik saya lagi tau.Jangan ganggu saya tidur.Awak dah bazirkan masa tidur saya tau tak." "Saya tak janji…"Ikhmal sengaja mahu mengenakan Lin. "Isshhh..susah cakap dengan orang tak faham bahasa melayu ni."Lin meneruskan langkahnya.Dia malas membalas kata-kata Ikhmal.Nanti banyak pula omelan lelaki itu. --------------------------
Lin mengatur langkah ke ruang tamu.Kelihatan ibu dan ayahnya rancak berbual dengan Lin.Dia mengambil tempat di sebelah ibunya.Matanya memandang Ikhmal sekilas.Lelaki itu sedang tersengih-sengih melihatnya. "Lin..dah dua hari Ikhmal kat sini.Kamu bawalah dia jalan-jalan tengok kampung ni."Haji Husin bersuara. "Dia nak ke ayah.Dia kan orang bandar.Apa sangatlah ada kat kampung kita ni."Sinis kata-kata Lin. "Mestilah saya nak.Lagipun saya dah bosan asyik tengok bangunan.Nak juga saya tengok sungai ke,pantai ke."Ikhmal menyampuk. "Petang nanti kamu bawalah dia pusing-pusing kampung.Ambil angin petang.Kasihan pula ibu tengok dia duk kat rumah je tak keluar pergi mana-mana."Hajah Murni juga memihak kepada Ikhmal. "Iyelah bu..petang ni Lin bawa dia pergi jalan-jalan."Lin mengalah. Ikhmal senyum dalam hati.Dia tahu Lin menolak di dalam hati.Namun dia tidak kisah.Apa yang dia kisah,peluang untuk dia bersama gadis itu tidak akan sesekali ditolaknya.Itu pasti. "Bila Ikhmal nak masuk meminang Lin ni?"Tiba-tiba Hajah Murni bertanya. Lin tersentak.Pertanyaan ibunya membuatkan jantungnya berlari laju.Dia mengerling Ikhmal..Lelaki itu tenang sahaja.Apakah maksud di sebalik ketenangan lelaki itu? "Bila sampai masanya,saya akan rombongan makcik."Ikhlas kata-kata Ikhmal.Bibirnya mengukir senyum bahagia walaupun bahagia itu belum pasti menjadi miliknya. "Bu..janganlah tanya pasal tu."Lin tidak senang dengan topik yang dikeluarkan oleh ibunya.Dia tak nak ibunya menaruh harapan yang tinggi kepada Ikhmal sedangkan dia tidak mempunyai sebarang pertalian hati dengan Ikhmal. "Malulah tu.."Ikhmal mengusik. "Apa nak malunya Lin.Kamu tu dah besar,dah boleh kahwin pun."Ujar Haji Husin. Lin diam.Ikhmal..kenapalah lelaki itu hadir dalam hidupnya.Ketenangannya berkocak sejak lelaki itu dikenalinya.Kalaulah Ikhmal bukan suami orang sudah tentu hatinya menyambut senang kehadiran Ikhmal.Dia lemas dalam perasaannya sendiri. ---------------------------- "Naik motor?" Ikhmal memandang motorsikal Honda berwarna hitam di hadapannya. "Yalah.Ayah saya guna kereta.Motor ni je ada.Kalau awak tak nak tak apalah.Kita tak payah keluar,duduk rumah je."Ujar Lin.Dia pun bukannya rajin sangat nak keluar jalan-jalan. "Eh tak apa.Motor pun motorla."Cepat-cepat Ikhmal bersuara.Dia menghampiri motor Honda tersebut.Dia menelan liur.Bolehkah dia menunggang motor? Sudah bertahun-tahun dia tidak menunggang motorsikal. "Awak tenung apa lagi tu? Cepatlah nanti hari gelap."Lin menggesa. "Yelah,sabarlah.."Perlahan-lahan Ikhmal membetulkan duduknya di atas motor.Enjin motor dihidupkan. "Saya naik ye."Lin memaut bahu Ikhmal. "Dah boleh pergi?"Soal Ikhmal. "Boleh.Cepatlah gerak.." Ikhmal memulas pedal.Terasa imbangannya tidak betul.Sesekali motor bergerak ke kiri dan ke kanan jalan. "Awak,berhenti-berhenti."Arah Lin.Dia menepuk kuat belakang Ikhmal. "Kenapa awak?"Ikhmal memberhentikan motor di bahu jalan. "Awak ni tahu ke tak tahu bawak motor?" Lin bertanya lurus.Dia sudah turun dari motor. "Err..tau.Tapi dah lama sangat saya tak bawak motor.Kekok sikit."Ikhmal menjawab serba salah. "Kenapa tak cakap tadi? Turun,awak duduk belakang.Biar saya je yang bawak." "Betul ke awak nak bawak?"Tanya Ikhmal tidak percaya. "Betullah.Daripada saya korbankan nyawa saya,baik saya yang bawak." "Okey.."Ikhmal tersengih mendengar kata-kata Lin. "Tapi awak kena janji.Awak jangan pegang-pegang saya.Duduk diam-diam aje boleh?" "Saya janji.."Ikhmal mengangkat tangannya berjanji. "Cepat naik."Lin sudah bersedia di atas motor. Ikhmal melabuhkan punggungnya di atas motor perlahan-lahan.Dia menahan tawanya.Gadis ini lasak juga orangnya walaupun luarannya nampak lembut.
Ikhmal memandang lama air sungai yang mengalir di hadapannya.Terasa tenang jiwanya saat itu.Dia melangkah ke hadapan lalu duduk bertenggek di atas batu besar.Kakinya dicecahkan ke dalam air sungai yang sejuk.Tangannya bermain-main dengan air sungai yang mengalir perlahan.Kemudian dia memandang Lin yang berada tidak jauh darinya.Gadis itu sedang asyik membaling batu ke dalam sungai. "Awak,marilah duduk sini."Ikhmal mengajak.Batu besar tempat yang didudukinya itu masih boleh memuatkan tubuh kecil Lin. Lin hanya menurut.Dia sudah lenguh berdiri.Dia mendekati Ikhmal lalu turut sama bertenggek di atas batu besar tersebut. Ikhmal menoleh memandang wajah Lin.Wajah itu ditenungnya lama.Matanya tidak puas merayap di seluruh wajah Lin.Matanya terhenti di bibir Lin.Tahi lalat kecil di atas bibir Lin amat menarik minatnya. "Awak..nak tanya boleh?"Ikhmal bersuara memecahkan kesunyian. "Apa?" "Erm sejak bila awak ada tahi lalat kat atas bibir tu?" Lin menoleh melihat wajah Ikhmal.Tahi lalat? Tak ada soalan lainkah yang hendak ditanya oleh lelaki itu? "Manalah saya tahu."Lin menjawab ringkas. "Comel..manis.."Gumam Ikhmal sambil tersenyum. Kata-kata Ikhmal tidak diendahkan.Lin melontarkan pandangan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi manda di dalam sungai.Petang-petang begitu ramai orang beriadah di sungai tersebut. "Lin.." Lin berpaling ke belakang apabila terdengar namanya dipanggil.Dan yang memanggilnya itu bukan Ikhmal. "Eh Rizal.Tak sangka boleh jumpa kat sini."Lin berdiri. "Dari jauh Zal nampak Lin.Tu yang datang tegur ni."Ramah Rizal berkata.Wajah Lin dipandangnya tidak berkelip. Ikhmal turut bangun.Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Rizal.Pandangan mata Rizal yang melekat di wajah Lin tidak menyenangkan hatinya. "Rizal..ni kawan Lin,Ikhmal."Lin memperkenalkan Ikhmal kepada Rizal. Rizal mengangguk sambil senyum kepada Ikhmal. "Lin makin cantik.."Rizal memuji. "Biasa saja.."Entah mengapa pujian Rizal tadi membuatkannya tidak senang. "Betul,makin cantik."Rizal mengulangi pujiannya.Gadis yang menjadi pujaannya selama 3 tahun itu masih tetap cantik dimatanya. "Lin,jom balik.Dah lewat ni."Ikhmal menyampuk.Dia tidak senang dengan kehadiran Rizal.Yang membuatkan dia lebih tidak senang adalah pandangan mata Rizal yang meliar di wajah Lin. "Balik dulu ya.Ada masa jumpa lagi"Lin meminta diri.Dalam hati dia berterima kasih kepada Ikhmal yang menyelamatkan keadaan.
"Siapa Rizal tu?"Tanya Ikhmal. "Kawan lama."Lin sedikit menjerit.Bunyi motor lebih kuat daripada suaranya. "Dia suka awak?"Mulutnya dirapatkan di telinga Lin. "Mana ada."Lin menjawab pantas. "Yalah tu.." "Awak..duduk diam-diam tau.Kita nak lalu kat sawah padi ni.Jalan sempit,saya takut tak boleh imbang motor ni kalau awak bergerak.Awak tu berat."Lin sempat berpesan.Dia memperlahankan kelajuan motor. "Yalah.."Ikhmal memandang kiri dan kanan.Sawah padi yang menghijau menarik perhatiannya.Tiba-tiba die terasa punggungnya kebas.Dia mengangkat sedikit punggungnya untuk membetulkan duduk. "Ikhmalll!!!"Lin menjerit kuat.Dia hilang kawalan.Motor terus terjunam ke dalam sawah padi. "Awak okey?"Dia menghampiri Lin.Habis basah kuyup bajunya. "Kan saya dah pesan tadi.Eii awak ni degil.Tengok,kita dah basah kuyup."Marah Lin. "Sorilah wak.Saya tak sengaja."Ikhmal mengangkat motorsikal yang tersungkur elok di dalam sawah padi. "Sakit pinggang saya ni tau tak."Lin bingkas bangun.Dia mengebas-ngebas belakangnya yang dipenuhi lumpur. "Motor ni macam mana?"Soal Ikhmal bodoh. "Awak tolaklah motor tu sampai rumah."Lin berjalan meninggalkan Ikhmal yang terkial-kial menolak motor.
"Kenapa kamu berdua basah kuyup ni?"Maria pelik melihat Ikhmal dan Lin yang pulang dalam keadaan basah lencun.Wajah Lin masam mencuka.Ikhmal pula asyik tersengih. "Ikhmal ni akak..teringin sangat nak berendam dalam sawah padi."Lin berkata geram. "Betul ke Ikhmal?"Maria bertanya tidak percaya." "Tak adalah kak.Kami terjatuh dalam sawah padi tadi."Jawab Ikhmal. "Ya Allah..macam mana boleh jatuh?Nasib baik ibu dengan ayah tak ada kat rumah."Maria terkejut dengan jawapan Ikhmal. "Tanyalah Ikhmal.Ni semua salah dia.Lin nak masuk mandi.Badan ni dah gatal-gatal."Lin terus menuju ke biliknya. Maria memandang Ikhmal.Keningnya diangkat meminta penjelasan Ikhmal. "Ada kesilapan teknikal sikit kak."Ikhmal senyum sendiri. -------------------------------------- Bunyi kereta di luar rumahnya menarik perhatian Lin.Dia mengintai di sebalik jendela.Dilihatnya 3 buah kereta tersusun elok di hadapan rumahnya "Siapa datang?"Ikhmal menyusul di belakangnya. Lin mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Ibu,ayah siapa yang datang tu?"Tanya Lin sebaik sahaja melihat ibu dan ayahnya menuju ke pintu utama. "Rombongan datang meminang kamu."Hajah Murni memegang lembut bahu Lin. "Meminang?" Lin dan Ikhmal berkata serentak. Lin tersentak.Ibu dan ayahnya tidak pernah pula memberitahunya yang ada rombongan meminang untuknya.Nadinya berdenyut lebih laju daripada biasa. Ikhmal tidak senang duduk.Lin akan dipinang? Mindanya mencongak-congak apa yang akan dilakukannya.Dia tidak mahu Lin dipinang oleh orang lain.Tidak lama kemudian dia tersenyum..
Dah seminggu aku hanya duduk lepak-lepak di rumah. Boring sebab Niza pergi bercuti dengan family. Member-member lain pun semua dah fly. Nak buat macam mana sebab aku ni pun tak ramai kawan. Nak buat kerja part time, tulang aku dah rasa berat semacam a.k.a malas la tu. Yang aku reti, asyik duduk terperap dekat rumah. Silap hari bulan, badan aku sure naik mendadak. Mana taknye, makan tidur. Lepas tidur makan. Hmmm letih.
Aku selak-selak majalah yang ada atas meja. Semuanya cerita pasal gosip. Artis kahwin dengan vip la. Artis kena gosip dengan kerabat diraja la. Cerita artis bercerai pun ada. Memang dah tak de privacy langsung hidup dia orang ni. Takut pula aku. Minta simpang la kalau aku kena macam tu. Silap-silap boleh bunuh diri tu. Patutpun ramai artis barat banyak kes yang bunuh diri. Kesiankan.
Rasa lapar la pula. Aku melangkah ke dapur. Habis semua pintu cabinet dapur aku buka. Yang ada pun cuma mee magie segera. Alaaaa….takkan nak makan mee magie lagi. Memang la kegemaran aku tapi tu sebelum aku duduk hostel. Dah muak la tekak aku nak makan benda tu. Dekat kampus pun aku sental benda ni. Hisss…. Badan aku pun boleh jadi kering macam mee magie.
Yes!..idea. Aku berlari naik ke bilik. Aku bersiap ala kadar. Apalagi kalau bukan jeans dengan thirst. Posh bag dah aku sisipkan dipinggang. Lalu aku mencapai jaket Denim yang senada dengan warna seluar jeans dan terus ku sarungkan ke tubuh. Maka tertutuplah rambutku yang lurus menawan. Selepas aku menutup semua suis elektrik, aku menutup pintu lalu ku kunci.
Dengan segala hormatnya, maka rasmilah aku menaiki motor skuter kesayangan aku semula. Abang aku memang seorang yang amanah. Dia menjaga motor skuter aku dengan sebaik-baiknya. Sebab tu aku sayang sangat dengan abang. Aku pun bawa la motor skuter kesayangan aku pergi ronda-ronda satu bandar. Banyak juga yang dah berubah. Jalan yang dulu berlubang-lubang sudah terturap dengan cantik.
Aku tak perlukan member-member untuk meronda. Aku seorang pun boleh jadi. Tengah syok-syok aku meronda, tiba-tiba je perut aku dah berkeroncong semula. Lupa pula sebab apa aku keluar. Aku pun mengarahkan motor skuter ku ke restoran McDonald. Salah satu favourate aku. Memang dah lama aku tak pekena benda ni. Kalau duduk dekat rumah dulu, boleh di katakan tiap hari aku makan kat sini selain mee magie goreng.
Kalau dengar dek Haiqal mesti dia marah. Mana taknya, girlsfriend yang merangkap bakal bini dia suka makan benda-benda merapu. Bakal doktor kan. Nak buat macam mana.
Ish..tiba-tiba je aku jadi rindu sangat dengan Haiqal. Sejak aku balik kampung, kami masih belum sempat berhubung. Akhir sekali dia ada maklumkan pada aku yang kemungkinan dia tak jadi balik Malaysia. Atas sebab apa, tidak pula aku tahu. Aku tak kisah. Asalkan dia pandai jaga diri. Kadang-kadang tu ada juga aku terfikir benda-benda jahat. Bukan aku sengaja tapi aku macam boleh dapat rasa. Kan orang perempuan ni instinct dia memang kuat. Agaknya la.
Aku melangkah masuk ke dalam restoran yang dah lama aku tak kunjungi. Bila saja kaki aku jejak ke lantai, jantung aku tiba-tiba bergerak lebih pantas dari biasa. Makin lama makin laju. Agaknya la kan, kalaulah jantung aku ni ada kaki. Dah lama aku kena ligan balik sebab dia dah pecut tinggalkan aku.
Apasal pulak ni. Kenapa aku rasa macam tak sedap hati je ni. Aku buat muka selamba. Kaki aku dah laju melangkah ke kaunter yang kosong. Dalam waktu yang sama, datang seorang perempuan yang entah dari mana terus je potong queue aku. Ish minah ni, buat selamba bodoh je pulak tu. Nasib baik mood aku tengah baik. Kalau tidak, dah lama muka dia yang lawa tu aku lumurkan dengan sos cili. Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba menghilangkan rasa getar yang masih berentap didalam dada. Aku dah terbayangkan burger McChicken berada di dalam gengaman ku.
Selepas perempuan itu mengambil pesanannya, aku beralih ke hadapan. Budak cashier tu sempat juga nak mengurat. Aku tahu la perempuan tu lawa tapi jangan la ignorekan aku yang dah kebuluran. Mamat depan aku ni masih lagi dok pandang perempuan tu yang berjalan lenggang kangkung mak Limah.
"Sedara, apa kata biar sedara je yang hantar kan perempuan tu duduk. Tak payah duduk depan kaunter ni. Saya datang ni pun saja je nak tengok drama Hindustan," perli aku sepedas-pedasnya. Apalagi, terkulat-kulat member tahan malu. Kulit muka tu kalau boleh di ukur, maunya jadi lima meter. Sebab masa aku tegur tu, customer belakang aku semuanya awek-awek belaka. Padan dengan muka kau yang tak kurang handsome tu. Lepas tu baru la terhegeh-hegeh dia ambil order.
Anak mata ku melilau mencari tempat kosong sambil melangkah. Tiba-tiba mata ku terarah ke satu sudut. Wajah kakak ipar ku dan adiknya tidak sedikit pun menggamit hati ku. Cuma…. Ya allah!...kenapa mesti sekarang. Jiwa ku mati. Langkah ku kaku. Lidah ku kelu. Jantungku seakan-akan berhenti berdegup. Hati ku pedih seperti baru saja ditikam. Dulang didalam pegangan ku terhempas ke lantai. Habis segala isinya yang belum sempat ku jamah bertaburan. Semua mata tertumpu kepada ku. Masing-masing tertanya-tanya. Sedangkan aku masih kaku tidak berganjak walaupun seinci. Mata ku tidak dapat lari dari melihat adegan drama yang mampu merobek hati ku.
Mata kami bertentangan. Aku dapat melihat wajahnya seakan terperanjat. Jangan kata dia, aku ni dah terperanjat tahap cipan. Aku cuba pejamkan mata. Agak lama. Aku berdoa dalam hati agar apa yang berlaku hanyalah mimpi semata-mata. Aku buka kelopak mata kembali. Aku hampa….aku masih berdiri di tempat yang sama. Aku juga masih melihat seraut wajah yang sering ku rindui bermain wayang di belakang ku.
Hati ku hancur. Bukan berkeping-keping tapi dah berdebu terus. Kalau berkeping sure aku boleh bubuh gam lekatkan balik. Dengan segala kekuatan yang ada, aku berlari keluar. Berlari sekuat hati ke arah motor skuter ku yang terpangkir elok. Ketika aku memasukkan kunci, tangan ku ditarik dari belakang.
"Tunggu ....sayang, Qal boleh jelaskan," tangannya mencengkam ku. Aku rentap sekuat hati. Berhasil. Pegangannya terlepas. Kekuatan ku berkali ganda dari biasa. "Please sayang…," tuturnya sedikit getar. Memang dasar lelaki buaya, biawak, cipan, cicak dan yang seangkatan dengannya. "I hate you," perlahan je suara yang meniti di bibir ku. "Please sayang. Let me explain," pinta Haiqal. Yang peliknya, sedikit pun air mata ku tidak menitis. Api kemarahan ku telah membantutkan segala urat saraf yang membolehkan aku menangis.
"Go to hell," bidas ku. Masih dalam nada yang sama. "Please Kasih. I still need you. I love you sayang," rayu Haiqal. Apa yang terucap di bibir Haiqal membuat hati ku bertambah pedih. Terang-terang aku di tipu olehnya. Sedangkan sebelum ini hubungan kami baik-baik saja. "I hate youuuuu!!!," jerit ku sekuat hati. Aku berpaling. Tak sanggup aku untuk terus menatap wajahnya. "Please Kasih. Give me chance to explain everything," Haiqal tidak berhenti merayu.
Aku berpaling dengan pantas lalu……pang!!!
Haiqal terkedu sambil mengusap pipinya yang pedih. Aku sudah pun berlalu bersama motor skuter kesayangan ku. Memecut selaju-lajunya. Dalam tidak sedar, pipi ku sudah pun basah. Air mata ku mengalir dengan sendirinya. Barulah kepiluan bertandang mengetuk hatiku yang sudah menjadi debu. Tangisan ku tiada sendu. Tangisan ku tiada lagu. Namun air mata ku tetap menitis tanpa henti. Aku biarkan ia menitis sepuas-puasnya. Menitis berguguran mengiringi rintik hujan yang semakin lebat. Ku biarkan saja air hujan berterusan membasahi tubuhku.
Malam tu, lepas ja solat isyak berjemaah, ayah aku suruh aku hidangkan makan malam. Aisyeh, ni yang lemah ni!.Bab-bab nak angkat hudangan ni aku cukup lemah. Ye lah, perangai aku yang kurang feminin ni, boleh mnyebabkan aku dapat malu. Eiii....aku angkat dulang berhati-hati ke ruan tamu.
"Boleh Kal tolong?".
Kaki aku hampir-hampir tersadung kat kusyen. Mujurlah aku sempat berpaut pada tangan seseorang. Ya Allah, biar betol!. Aku berpaut pada tangan Haikal.....erat.
"Kal mintak maaf sebab buat Hana terkejut".
Muka aku mula rasa merona merah......malu. Aku melepaskan suaraku bila mendengar suara berdehem dari arah belakang. rupanya ayahku menyaksikan gelagat kami berdua dari tadi. Aku terus bergerak ke ruang dapur. Haikal hanya mampu melihat aku berlalu pergi.
Tau jugak malu budak kampung ni. Cute betul muka dia tadi. Hi,hi,hi....nyata pilihan aku tak silap. Dia seperti Dania. Manis dan pandai menjaga kesopanan sebagai seorang wanita Islam. Mungkin yang berbeza antara Dania dan Hana ialah cara mereka menerima aku. Dalam hal ini, aku rasa Hana lebih keras berbanding Dania. Tapi tak kisahlah. Apa yang penting sekarang, aku perlu tunjukkan keikhlasan aku terhadap Hana.
"Haikal, mai makan kah (cepat). Apa yang dok buat kat situ tu?".
Kedengaran mak Hana memanggil aku. Aku segera mengambil tempat di sebelah Hana. Hana menarik muka masam. Tak suka barangkali. Tak kisah la cik Hana oi!. Aku kan sah dah jadi tunang kau. Abang Hana daripada tadi aku lihat asyik berbalas jelingan dengan Hana. Puncanya aku sendiri tak pasti.
"Kal, nah cuba sambal".
Suara Hana yang kurasakan tak semerdu Siti Nur Haliza mematikan lamunanku. Aisyeh....bab-bab sambal ni yang aku lemah skit. Lidah aku ni lidah orang putih. Mana tahan makan makanan yang pedas-pedas. Aku mencedok sedikit. Tak sampai satu sudu.
"Sikit sangat Kal. Nah, tambah lagi sambal ni. Lagi pedas lagi sedap.
Nah kau tengku. Nampaknya berasap la telinga kau lepas ni. Tu lah , sapa suruh kau nak sangat ambik aku jadi tunang kau?. Ha, kan dah kena!
"Thanks Hana".
Han cuma tersenyum. Aik, lain macam ja si Hana ni. Selalu kalau aku cakap apa-apa ngan dia, muka dia mesti tarik muncung 14 punya. Kalau senyum macam ni hari-hari kan ka manis?Aku toleh ke arah Zariff. Budak ni kalau bab makan memang laju. Kalah roller couster. Tengok tu, punyalah pelahap. Sampai kepala pun tak panggung. Aku kembali menumpukan perhatian aku kat nasi yang dah penuh dengan sambal kat depan mata aku. Macam mana ni? Nak makan ka tak nak?. Sumbat ja la. Kalau pedas, aku mintak ja la air. Aku suapkan nasi ke mulut. Perlahan. Ya Allah, pedasnya!, Aku toleh ke arah Hana. Ingatkan dia nak bagi air kat aku, tapi dia buat tak tahu ja. Macam orang bodoh pulak aku tengok.
"Hana, bagi air kat Haikal tu. Muka dia dah merah tu. Tak tahan pedas kot".
Mak Hana bersuara.
"Terima kasih Hana."
Daripada reaksi muka si Hana, aku dapat agak yang dia tengah tahan gelak. Aku rasa la, kalau la mak bapak dia tak dak kat sini, dah lama Hana gelakkan aku.
Ha, padan muka kau tengku!. AKu dah agak dah orang bandar macam kau mana tahan pedas. lidah cop orang putih!. Tapi cute jugak muka dia tahan pedas. Hisyh, aku ni!. Aku kan bencikan dia, apasal pulak nak kata muka dia cute pulak?. Tapi aku ngok, kawan dia si Zariff tu laju lak makan. Dah besa kot. Tengok tu. Ulam pucuk janggus lansung tak disentuhnya. Patut la orang bandar dapat banyak penyakit. ulam yang awet muda ni tak pernah makan. Aku sure , tak sampai sebulan mesti dia nak balik KL. Dan waktu tu , aku la orang yang akan bersorak gembira.
"Hana, tolong mak angkat semua ni pi dapuq".
Aku menurut sahaja. Kalau sebelum ni, mesti aku gaduh ngan abang aku. Ye la, masing-masing malas nak buat kerja. Tapi, pasai mamat sekor ni, aku kena jadi baik. Takut gak kalau silap hari bulan ayah aku mengamuk lak. Aku melangkah perlahan ke dapur. Malas rasanya nak buat apa-apa. La...beruk ni ada kat sini rupanya. Amboi, mesranya dia sembang ngan mak aku!. Mak aku asyik gelak ja. Ntah apa yang lucu, aku tak tahu. Lawak Mr. Bean mana la yang dia cita kat mak aku. Aku buat-buat tak nampak. At least leh gak aku elakkan daripada dia.
"Rajinnya tunang Haikal ni. Elok la tu, practice buat kerja rumah before jadi wife Kal. Nanti tak dak lah kekok nak layan Kal and uruskan rumah tangga kita. Bertuah betol kal dapat tunang macam Hana".
Tiba-tiba kedengaran suara Haikal dari belakang Hana. Begitu hampir hinggakan hembusan nafas Haikal mampu didengarinya. Hana mendengus kasar. Bimbang keadaan mungkin akan bertukar menjadi ribut taufan, Haikal segera beredar. Lankah kakinya dihalakan ke arah meja makan.
Setelah pasti Haikal tidak lagi berdiri di belakangnya, Hana memulakan bebelannya.
Eiii...orang tua ni!. Gila ka apa?. Selamat jantung aku ok lagi. Kalau tak mau luruh jantung aku dibuatnya. Mujur tak terlepas mangkuk kat tangan ni. Kalau tak....
Hana memandang Haikal dengan pandangan yang tajam.
Rasanya, mau ja aku cincang-cincang beruk ni bagi ikan flowerhorn aku makan. Boleh dia buat dek ja!. Eeee...memang nak kena dia ni. Tak pa. Ada lori, ada kapal, ada hari , aku kepal-kepal dia ni. Aku hanya memerhatikan tingkah lakunya. Malas nak bersuara. nanti dia ngat aku suka kat dia plak. Tak ka parah kalau macam tu. Dah habis kerjanya, dia pun berlalu ke bilik tidur. Letih agaknya.
Joanna terkerut-kerut menahan sakit. Bengkak di belakang tapak tangan dan luka sepanjang 5 inci dibelakang lengan cukup memedihkan. Sesekali bibirnya menyebut nama Allah. Hai...mamat tu memang bawak suwei lah. Hari ni birthday dia, ari ni juga aku injured, slma ni tak pulak. Hish, memang malang tol!!!!
Joanna terus meneruskan kerjanya mencuci luka dan menuam lebam yg ada. Darah merah yang terus mengalir cukup untuk membuat air panas di dalam besen bertukar merah. Alamak, kalau terus macam ni alamatnya aku kena pergi klinik ni. Argh... tak mau!!! Klinik busuk!!! Bentak Joanna dalam hati.
"Ni semua mamat tu punya pasal!!! Hampeh!!! Err...tp aku kan bodyguard dia. Kalau dia tak injured kira aku ni bodyguard yg hebatlh kan?? Wah... bangganya aku. Aku seorang pengawal peribadi yg unggul. Hehehe..." Joanna mengomel sendirian. Tngannya masih sibuk mencuci darah di lengannya.
Hemm... korang mesti nak tau apasal Joanna injured kan?? Ok, mari kita imbas kembali kejadian lebih kurang 2 jam lepas. Masa tu Joanna ni temankan si Daniel pergi dinner Dato' Kasim a.k.a dato' perasan muda a.k.a Dato' gatal a.k.a Dato' tak sedar diri nak mampus. Kalau korang tak percaya, dinner malam tu sebenarnya birthday parti dato' tu tau. Siap ada caberate girl yg dok menari ngan tetamu lagi. Hari jadi ke 56 lah konon. Padahal umur dah 62 tahun. Mana aku tau??? Daniel yg citer, al-maklumlah Dato' tu best friend ayah dia. Tapi perangai jauh langit dari bumi. Apa pun, sebab makan best Joanna tak banyak kerenah. baginya dapat sumbat perut dah cukup bagus.
So, nak dijadikan cerita, time majlis tu Joanna pun sibuklah mengekor Daniel. maklumlah, parti2 gini ramailah businessman yang datang. dato' Ramli, dato' Ahmad, dato' amir, Dato' Khalid, Dato' Sani dan macam2 Datuk lagilah, yg tak ada datuk banyak cucu je. Sekali pandang macam persatuan Dato'2 sedunia je. Tu tak kira Tan Sri2 yg datang. Cuma Daniel je yg tak berDato' or Tan Sri.
Sedang dok Daniel syok berborak dengan tetamu-tetamu yang datang Joanna perasan ada sebiji dulang melayang tepat ke arah Daniel. So, Sebagai seorang pengawal peribadi berkarisma, Joanna pantas bertindak. Lengan kanannya dihulur bagi menghalang dulang yang terbang terus ke Daniel. Dengan pantas, penumbuk kanannya menumbuk dulang. Parti yang meriah sepi seketika. Joanna tersenyum sambil menyatakan "Everything okey. Enjoy the party!". Walhal ketika itu tangannya telah mula berdenyut sakit, lengannya pula pedih dan perih. Sewaktu Joanna ke tandas baju kemeja putih di dalam kot hitam yg dipakainya telahbertukar merah. DAniel pula hanya mampu tergamam.
Hah...jadi korang semua dah tau apa yang terjadi kan? Kerja jd bodyguard ni nampak je cam cool, macho, dan hebat. Tapi once korang involve in it, there is no turning back babeh. Pergh, kata2 hebat dari ahli falsafah terbaru dunia. Hehehe... Tp, sebenarnya bukan kesakitan yang ditanggung yg merisaukan Joanna. Apa yang menghairankannya ialah dari mana dulang itu datang??? Nak cakap dari atas, Joanna tidak nampak sesiapa pun di atas itu. Ish... takkan hantu yang baling kot... Choi!!! Aku bab cik an ni... hui jgn cakap. Lawan org jahat memang aku ok...datang r seratus org pun aku berani (hui...sungguh besar percakapanku), tp kalau antu. Mak surrender nyah!!!! Walaubagaimanapun, apa yg paling penting ialah sewaktu dulang itu melayang Joanna dapat melihat bahawa memang sudut tuju dulang itu adalah ke arah Daniel. Bagaikan kejadian yg berlaku adalah disengajakan. Is the time has come???
"Hoi, ko ok tak?" sergahan yg datang dari belakang menyebabkan tuala putih yg berada di tangan tercampak. Ish... org tua ni kalau aku ada heart attack sah, tak berbodyguard lg lah mamat ni.
"Tuan Daniel, kot iye pun risau pasal saya ketuklah pintu dulu. Ni main terjah je masuk bilik org. Ingat ni rancangan terjah melodi apa?? Cubalah hormat org sikit," wah, berani aku membebel kat dia ni. Kalau dipecatnya aku... padanlah dengan muka aku. Eh, tp betul apa, privasi org mesti dihormati. Mcm sekarang ni. nasib baik aku tak buka anak tudung lepas buka telekung tadi kalau tak. MAu aku suruh dia kawin ngan aku.
"Hekeleh, siapa kata aku risaukan ko. Ko kalau terbongkang pun aku tak kisah. Lagi satu aku dah ketuk dah ko tu je yg tak dengar. Aku tak tau pula yg ko ni pekak eh. So aku pun masuk je lah. Plus rumah ni rumah BAPAK aku yg punya, sukati aku lah!" emm...sebenrnya aku tak ketuk pun pintu bilik ko. Sejujurnya aku memang risau. Ko tu pompuan, pas tu twenty four seven dok protect aku, kalau berparut ke apa tak pasal2 aku pula yg kena bertanggungjawab.Tp, kalau stakat sponsor minah ni wat scar removal.. no hal r.
"Memang larumah ni rumah Dato' tp, saya rasa tuan tau apa itu privasi kan??? Lagi satu lkalau tuan tak risau, apasal nak sibuk2 hal saya. Hemm... boleh tahan busybody gak tuan ni eh?" ish, mamat ni saja je nak kasi aku panas. Aku pun bleh tahan leser gak. Ahaks!!!
"Privasi??? Untuk pengetahuan ko itulah satu-satunya ayat yg aku tak blajar dari kecik sampai besar. Ko ingat life aku ada privasi ke? Bayangkan setiap masa ada jer bodyguard ikut aku. Tak kira plak paparazzi yg mengekor aku ke sana-sini. Kalah artis popular tau. Tu peminat aku yg kat luar tu, semua sibuk nak tau apa kerja aku. Aku nak makan McD pun, kaunter girl tu sibuk nak tanya, aku nak makan apa, perisa apa sos aku nak, air apa aku mau. So, mana ada perkataan privasi dalam kamus hidup aku."
"Tuan kena fahamlah, tuan tu popular, anak lelaki paling kaya dalam Malaysia. Semua benda yg tuan buat mesti org nak tau. Tapi... kalau pergi McD tu memang r kerja diorg tanya semua tu. Kalau tak tanya mana diorg nak tau apa tuan nak makan. Tuan ingat diorg ada telepati power ke??" sengal jugak mamat ni. Tapi kesian gak aku tgok.
"A'ah betul gak kan. Weh meh sini tangan ko tu aku tlong balutkan. Kesian pula aku tgk ko terkial2 dok balut sendiri tangan ko tu" pantas Daniel menarik tangan kanan Joanna, dengan lemah-lembut ubat bengkak disapukan. Bukan apa takut perempuan ni terkejut sebab sakit. Tak pasal2 pulak aku kena belasah free. Seterusnya kain pembalut digunakan untuk membalut bengkak yang membiru. Joanna hanya terdiam. Lidahnya kelu.
"Seterusnya daniel menarik lengan kiri Joanna. Dia tercengang melihat luka yang terbuka. Darah yang masih mengalir membuatkan Daniel rasa bersalah. "Kita pergi klinik." Pantas daniel memberikan arahan. Joanna terus menarik muka masam. I hate clinic!!!!
"Tak pelah."
"Aku kata kita pergi klinik. Luka kau ni besar kalau tak cuci dan suntik ubat penahan darah mau darah ko mengalir terus. Plus, dengan keadaan kau ni, ko perlu at least 7 jahitan. Move," Daniel terus mengarahkan Joanna.
"TAk nak!!! Kalau benda ni boleh buat saya mati pun saya sanggup. But pegi klinik, no way boss!!" Joanna terus mengeraskan dirinya. cubaan Daniel untuk membawanya ke klinik ditentang habis-habisan.
"Ish...ko ni nama je bodyguard. nak gi klinik pun takut. Apasal???Ko takut kena injection eh??? Slama ni kalau ko kena bad injury sapa yg ubatkan ko??? Klinik kan???" Ish... tak paham tol aku ngan minah ni.
"Mana ada saya takut kena inject. I just hate the fact that most of my friends died in the clinic. Emm...Andrew," pantas Joanna menjawab.
"Andrew??? Sapa mamat tu???" ish... apahal minah ni tiba2 panggil Andrew n apasal hati aku tiba2 sakit ni??.
"Dia kawan saya. Doctor peribadi saya. Dialah yg ubat saya masa saya injured," Joanna tersenyum kecil wajah kacak Andrew bersama cermin mata tebalnya melucukan hati Joanna.
"Oh... boyfriend ko lah ye???"
"Banyaklah boyfriend. Dia tu dah 46 tahun tau. Ada anak baya saya lagi. Bini dia pun cun. Dia tu bapak angkat sayalah." tergelak Joanna apabila Daniel mengatakan yg bapa angkatnya itu teman lelakinya. Hahaha... kelakar.
"Oh... gitu eh? Ko tunggu sini. Jap aku gi amik barang." Daniel tersenyum lebar.
Joanna mengangguk pantas. Apalah yg mamat ni nak buat. jgn yang bukan2 sudahlah. Seketika kemudian Daniel kembali bersama sebuah kotak berwarna biru. Joanna tercengang. Apa kes pulak org tua ni???
"Betul ko biasa dengan outdoor operation?" soalan Daniel yang tiba2 mengejutkan Joanna. Ahh...sudah, apa mamat ni nak buat kat aku??? Melihat Daniel membuka peti itu, joanna perasan bahawa kotak itu mengandungi peralatan asas bagi pembedahan ringkas. Alamak... jadi fankistienlah aku!!!!
"Meh, aku cuci luka ko tu." pantas dan penuh hati2 Daniel melakukan tugasnya. Seketika kemudian Daniel menyuntik ubat penahan darah dan tahan sakit. Joanna berkerut2 menahan pedih. Daniel tersenyum kecil melihat wajah Joanna yg mencuka. Tulah tadi masa buat tak pikir, skng kau gak yg parah.
"Aku nak jahit luka kau ni, tahan sikit tau." dengan cekap daniel menjahit luka Joanna. Joanna tercengang. Mak oi, hebat tol. Kemas dan emmm....eh mana boleh puji musuh. Bolehlah.
"Ok, siap," Daniel tersenyum puas. Melihat muka Joanna yg tercengang dia rasa seperti mahu tergelak. Mesti perempuan ni hairan apasal dia boleh jd doktor.
"Wah, hebatnya. Mana tuan blajar semua ni???" Joanna dah tak boleh nak hilangkan rsa kagum.
"Ko pernah masuk bilik bacaan tak?" Daniel bertanya sambil mengemaskan kelengkapan yang digunakan tadi.
Joanna pantas menggelengkan kepala. Ish... mamat ni aku tnya mana dia belajar jd doktor, dia tnya aku pernah masuk bilik bacaan. Harap hensem ngan pandai je, gila rupanya.
"Hah, pasal tulah ko tak tau, aku ni sebenarnya ada degree n doctorate dalam medic. Tp bapak aku suruh aku blajar akaun. So abis aku blaja jd doktor aku blaja jd akauntan plak. Kalau ikutkan ati aku nak je jd pakar bedah." lancar Daniel menyatakan hasrat hati.
"Habis tu kenapa tuan tak jadi je pakar bedah tu?" Joanna bertanya ingin tahu.
"Kau tau, tu lah first time papa suruh aku buat something after berbelas tahun dia tak cakap ngan aku. Aku exited sangat. Even masa tu dia cuma bg arahan trough e-mail aku terus wat apa yg dia suh. aku daftar kat fact akaun on the spot. Tapi pas tu things didn't change. Bapak aku still gitu gak. Nak wat macam mana kan. Dah nasib aku."
"Hem... right, tp saya rasa tuan memang ada bakat jd doktor. X salah kan jd doktor n by the same time jd akauntan??" Joanna cuba untuk memujuk. Tapi dia tau, kalau bab pujuk2 ni dia memang hampeh.
"Tahlah, sapalah yang nak aku ni jd doktor dia."
"Saya nak!!! Hemm apa kata since ari ni tuan jadi doktor saya. When i need a doctor u'll heal me," pantas Joanna memberi cadangan. Daniel tersentak. Pandangannya beralih ke wajah comel Joanna. Mata mereka bertaut. Alamak!!! Ni dah macam citer hindustan dah ni.
"Betul ko nak aku jd doktor ko?" tanya Daniel sambil mengalihkan pandangannya. Joanna mengangguk pantas. Apa salahnya, aku tak suka klinik, dia ni ada kemahiran. Hemm... ok lah tu.
"Ok, fine. Tp ada satu syarat."
"Syarat???" dia ni, semunya nak bersyarat. Jd bodyguard ada syarat kena menang karate dance, dia nak jd doktor aku, dia gak yg bagi syarat.
"Yup since ari ni ko x yah panggil aku tuan. Emm... kalau kat depan org tu oklah, kalau kita2 je tak payah. aku tak selesa."
"Abis tu nak panggil apa???" Ish...mamat ni pelik2 jelah syarat dia.
"Panggil je apa-apapun. Daniel ke, Dan ke, hah... memandangkan ko tu budak kecik ko panggil aku abang pun ok. lagi pun aku tak pernah ada adik. Ko panggil aku abang merasala aku ada adik ni." Daniel tersengih.
Abang!!!Kepala otak dia!!! Jgn harap, no way, na mungkin, impposible dan yg sewaktu dengannya."Tak pe lah kalau macam tu saya setuju. Sya tak panggil tuan lg."
"Bagus,Aisyah...aku nak tanya ko...ko rasa sapa yg baling dulang tu eh???"
Ish... mamat ni, nak suruh aku panggil dia abanglah, Danlah, Daniellah, tapi aku ni dia still dok kau aku. Hai... memang tak ada sivik!!! "Tahlah... saya pun tak tau. Matbe waitress yg tak sengaja kot."
"Emm....tahlah, aku rasa pelik je. Benda tu direct terus kat kepala aku. kalau ko tak melompat n halang, aku sure, i'll lost my head. Agaknyalah...
"Don't worry, saya rasa it's only an accident."
"Kalau ko dah kata macam tu. Oklah. Good night budak kecik. Sleep tight."
"Good night pak cik!!!!" daniel terpegun seketika. Berani dia panggil aku pak cik!!! "Weh, ko panggil aku pak cik apasal hah??"
"Lah... td kata panggil apa2 pun tak pe, so, ok lah... awak panggil saya budak kecik, saya panggil awak pak cik!!! Oklah, saya letih nak tidur, tolong tutup lampu n kunci pintu ye...." Daniel hanya mampu menarik muka masam sambil melaksanakan apa yang diarahkan Joanna. Ish... ni sapa boss sapa kuli ni!!! Joanna yang melihat tersenyum geli hati. Pantas dia meletakkan kepalanya ke bantal. Ingin tidur. Namun begitu, mindanya masih ligat berputar. Siapa yang buat semua tu tadi???
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei