Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mia. Ni sape?" tanya Milia tika matanya meneliti wajah-wajah jejaka yang terdapat dalam majalah The Malay College edisi ke 61.
"Yang mana?"
"Yang tak pakai spect ni," Milia menunding ke arah seorang lelaki yang sedang duduk bersebelahan dengan guru kelas 4 Cemerlang.
"Hmm..yang tu Hakim. Kawan Aisar. Hari tu dia ikut sekali pergi India masa summit tu," ujar Mia Trisya.
Milia mendekatkan majalah itu pada pandangannya. Jarinya mengusap wajah yang tersenyum kaku di atas kertas itu.
"Kenapa tu Lia? Belek dekat sangat. Dah minat ke?" sempat lagi Mia mengusik sepupunya itu.
Milia tersenyum lemah. "Tak salahkan kalau nak berkenalan dengan dia?"
"Nak berkenalan tu memanglah boleh. Tapi kalau nak harapkan lebih dari dia, hmm...sorry naik lorilah Liara,"
Milia mengerutkan keningnya.
"Kenapa pulak macam tu?"
Mia melabuhkan punggungnya di atas katil, bersebelahan dengan Milia.
"Masa kat India, dia tak layan langsung kita orang tau. Tanya sepatah, jawab pun sepatah. Tak becok macam Aisar degan Azim. Mia sama group dengan dia amsa buat colours. Pun macam tu jugak. Tak ramah. Mulut tu berat je nak bukak. Tapi Mia admitlah, kalau dia senyum, memang kita flet,"
"Well...I can say that he does look like one. Pendiam. Tak banyak cakap. Suka buat hal sendiri," pandangan Milia masih melekat pada wajah jejaka itu.
"Amboi! Baru sekali tengok dah boleh tahu ke? Belum kenal lagi tu. Dah jatuh hati ke?"
Milia tersengih. "Kalau dia ok, apa salahnya? Lia tak kisah. He looked like a nice person,"
"Hmm...Mia takde number dia. Nanti Mia mintak kat Aisar,"
Entah mengapa, hati Milia bagai terpaut pada wajah lelaki yang hanya dikenali dengan nama Hakim itu. Wajahnya tampak matang dengan bibir yang merah. Tidak dapat dipastikan ketinggiannya kerana dia sedang duduk. Badannya agak tegap. Dan kulitnya berwarna seperti kuning langsat. Benar-benar menepati ciri-ciri fizikal yang perlu ada pada lelaki idaman Milia.
==================
DAN seperti yang dijanjikan oleh sepupunya, Milia akhirnya mendapatkan nombor telefon Hakim. Dan Alhamdullillah, Hakim menerima salam persahabatan Milia seadanya. Mereka hanya berkomunikasi menggunakan surat memandangkan waktu itu belum ada penggunaan telefon bimbit yang meluas. Sepanjang tahun pertama pengenalan mereka, belum pernah sekali pun mereka berkomunikasi menerusi telefon. Hanyalah dengan berbalas message saja. Mereka bertukar kepada surat kerana Hakim yang bersekolah asrama yang sukar untuknya membawa telefon ke sekolah.
Apabila disuarakan keinginan yang satu itu kepada Hakim, dengan hemah, Hakim akan menolak dengan alasan dia belum bersedia lagi untuk mendengar suara Milia. Dia meminta sedikit waktu. Milia akur.
Namun begitu, menjadi teman kepada Hakim banyak dugaannya. Secara perlahan, perasaan sayang pada Hakim bercambah. Sayang yang hadir adalah sayang buat seorang kekasih. Milia cuba memberi hint pada lelaki itu. Malangnya, Hakim buat biasa saja. Dia tetap melayani Milia sebagai seorang teman dan seorang adik kerana Milia setahun muda darinya dan memandangkan dia tidak mempunyai adik perempuan.
Milia kecewa. Sesungguhnya dia tidak pernah merasai perasaan seperti ini pada rakan-rakan lelakinya yang lain. Padahal siapa sahaja yang tidak mengenalinya di sekolah. Dia seorang yang terkenal dan disayangi ramai di sekolah. Oleh sebab itu, ramai kumbang yang cuba mendapatkannya. Namun semuanya tidak dilayan meskipun dia diminati oleh Idzham Naim, ketua pengawas di sekolahnya.
Milia nekad untuk menjadikan Hakim miliknya. Dia memberi tempoh pada Hakim sehingga peperiksaan SPM tamat. Setelah itu, dia akan mulakan langkahnya. Dia ingin menyedarkan Hakim tentang perasaannya. Dia tidak mahu menanggung beban, menahan rasa lagi. Dia harus meluahkan segalanya pada Hakim agar Hakim mengerti perasaan yang dia ada buat lelaki itu selama ini.
Akhirnya masa yang dinantikan tiba jua. Sesudah tamat SPM, Hakim mengajak Milia keluar buat kali yang pertama setelah hampir setahun mereka berbalas surat. Sebelum mereka bertemu, Milia sempat memikirkan adakah betul keputusannya nanti untuk berterus terang. Dia tidak mahu kecewa di belakang hari. Dia mahu bersama lelaki ini untuk selama-lamanya.
Petang 24 Disember 1999. Genap setahun usia pengenalan Milia dengan Hakim. Mereka akan bertemu petang ini di Taman Tasik Titiwangsa. Emira memastikan penampilannya petang itu lebih cantik dari biasa. Dia telah memakai blouse berwarna cream dan seluar slack warna hitam. Rambutnya yang ikal, dibiarkan lepas. Wajahnya yang sentiasa bersih daripada sebarang cela tidak dikenakan sebarang makeup. Dan dengan hati yang berdebar, dia ke Taman Tasik Titiwangsa ditemani oleh Mia dan Arissa Maisara.
Dari jauh, dia sudah nampak susuk tubuh jejaka itu di bawah pokok yang rendang. Degup jantungnya semakin melaju. Dia memegang dengan erat kedua-dua tangan sepupunya.
"Lia takutlah,"
"Apa yang nak takutkan? Hakim tu, rasanya tak makan orang," usik Maisara.
"Macam mana kalau dia nak cakap yang dia dah ada perempuan lain? Malulah Lia,"
Mia menggeleng melihat telatah sepupunya. "Lia. You have done everything to make him aware about your feelings. So, it\'s up to him now to be with you or not to. You can\'t force him Lia. It\'s on him now," ujar Mia.
Dada Milia semakin sesak. Dia menarik nafas dan melepaskannya.
"Banyakkan Bismillah. Apa-apa pun, tawakal je. Minta tolong kat Dia. Jangan lupa tu," ujar Maisara pulak.
Mereka bertiga berpelukkan. "Wish me all the best!" Dan Milia melangkah, mendekati Hakim yang sedang menghadap tasik.
"Assalamualaikum," ucap Milia.
"Waalaikumussalam," Hakim berpaling. Masing-masing terkedu seketika. Apatah lagi Hakim yang baru pertama kali melihat wajah Milia. Dia menelan liur yang seakan tersekat di rengkungnya.
Milia terkedu melihat wajah jejaka yang dipujanya siang dan malam. Memang berbeza seperti apa yang dilihatnya di dalam majalah setahun yang lalu. Mata Hakim yang kecil tampak besar di sebalik cermin mata tanpa bingkai yang berdiri di batang hidungnya yang mancung. Rambutnya disisir rapi namun tetap segak. Memang nampak kematangan wajah itu. Namun harumannya yang menambahkan kekacauan pada hatiku.
"You... Milia?"
"Yup. It\'s me. Hakim?"
Hakim angguk sekali. "Akhirnya, kita berjumpa,"
Milia berdiri di sebelah lelaki itu. Matanya menghadap langit yang sudah berubah warna kemerahan. Tubuhnya dipeluk.
"Apa khabar?"
"Alhamdullillah. You?"
"Ahamdullillah,"
Lidah menjadi kelu. Tidak tahu hendak membicarakan apa. Milia ingin segera meluahkan rasa hatinya namun dia bimbang akan penerimaan Hakim nanti. Dia memandang wajah Hakim.
"Kim?"
"Hmm..."
"What\'s with the silence? Don\'t you have anything to say?"
"I\'m waiting for the moment to say it,"
"Maksud you?" Milia pelik.
"You tunggulah,"
Mereka menunggu. Menunggu saat yang dikatakan Hakim. Milia mula gelisah.
Masanya sudah tiba. Hakim berdiri, menghadap ke arah Milia. Dia merenung dalam-dalam wajah ayu gadis itu.
"I tak tahu apa yang I buat ni betul atau salah. Tapi I harap you\'re sharing the same feeling as I do towards you,"
Berdebar-debar.
"I sayangkan you Milia. I don\'t know when, but I\'ve had this feeling for quite sometime. Setiap kali I baca surat-surat you, I rasa happy. I suka bila you ceritakan pasal diri you. That makes me know you better. I tahu, you ada bagi hint kat I. Tapi I takut. I takut I salah tafsir maksud you. Sebab tu, I tak bagi reaction,"
Milia terkesima. Tidak tahu untuk berkata apa. Lidahnya kaku untuk membalas...
==================
SHAH ALAM, MALAYSIA 2009
Milia membayar harga buku terbaru karya Stephanie Meyer di kaunter MPH Bookstores di SACC. Dia kemudian keluar dari kedai buku tersebut, untuk mendapatkan teman lelakinya. Matanya meliar mencari tubuh tegap itu. Senyuman terus terukir di bibirnya apabila ternampak lelaki itu menuju ke arahnya. Dalam tangan lelaki itu terdapat dua bekas minuman Starbucks.
"Caramel macchiato?" Milia menyambut huluran bekas itu daripada tangan yang kasar itu.
"As usual. Your favourite," Hakim mengenyitkan matanya.
"Nak pergi mana lepas ni?" mereka bergerak meninggalkan SACC. Milia memaut lengan Hakim.
"I nak bawak you pergi Puchong,"
Hakim mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar slacknya. Petang itu, dia memakai baju kemeja biru muda dengan seluar slack hitam. Tubuhnya yang kurus dan tinggi menambahkan karisma yang dimiliki jejaka itu.
Milia mengerut dahinya. "Ada apa kat Puchong?"
"Adalah. You will know yourself later," Hakim menghidupkan enjin kereta Toyota Harriernya. Kereta itu yang dibeli dua tahun yang lalu adalah hasil daripada titik peluhnya setelah bergelar seorang mechanical engineer di MAS. Bahkan, untuk menunjukkan rasa sayangnya pada Milia, nombor plat keretanya dan juga kereta Milia menggunakan MLH 3009. Maksud yang hanya difahami oleh mereka berdua sahaja.
===================
SESEKALI Hakim menoleh ke kirinya. Bingung dengan kekasihnya. Sejak tadi hanya mulutnya sahaja yang berbunyi. Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dijawab Milia. Selebihnya, suasana lebih sunyi. Pada kebiasaannya, mulut Milia yang lebih banyak bercakap.
"Milia? Kenapa?"
Milai mengalihkan pandangannya. Memandang wajah kacak di tempat duduk pemandu. Senyum.
"Takde apa-apa,"
"Jangan tipu I Milia. I tengok mata you pun, I tau you have something in your mind right now. Tak nak bagitahu I ke?"
"Tengok mata I pun, you dah boleh tau ke? Pandainya you,"
"I dah kenal you 10 tahun Milia," Hakim menatapnya. Redup dan lembut.
Milia terpempan seketika. 10 tahun lamanya mereka bercinta dan sedikit pun rasa cinta itu tidak pernah berkurangan. Malah ia bertambah mekar dari hari ke hari. Kehadiran Hakim banyak mengajar Milia tentang erti kehidupan. Hakim yang selalu menyokongnya, menahan segala rasa apabila mood swing Milia muncul, sentiasa ada di sisi Milia tika saat suka dan duka.
Milia mengeluh. Mendengus. Caramel macchiato yang masih berbaki disisip sehingga habis.
"Ami Kimi ada perempuan lain,"
"Eh you ni! Biar betul?! Mana you tahu?"
"Mai yang bagitahu. Dia dah lama ada affair dengan perempuan tu. Tapi Mai baru nak cerita sekarang,"
"Kenapa Mai baru nak bagitahu you? Kenapa tak bagitahu dari dulu lagi?"
"Itulah pasal. I pun tak faham kenapa dia nak buat macam ni. Tak bagitahu I padahal dia tahu I dengan ami Kimi macam mana. Lagi dia nak sorokkan dari I," gerutu Milia.
"Mungkin, sebab dia rasa ami Kimi tu uncle you, sebab tu dia tak nak bagitahu you,"
"Huh!" Milia memeluk tubuhnya. "Although he is my uncle, it doesn’t mean I’m on his side. Auntie Lis is also my aunt. What made more sense, both of us are women. Which make I’m more defensive towards her,"
"You dah cuba tanya ami Kimi?"
"Tanya dia? Kalau you jadi ami Kimi, would you admit if I ask you?"
"Sure,"
"Your answer is not accepted because you are bad in lying, my dear," Milia mencubit pipi Hakim. Tangan kiri Hakim mencapai jemari Milia di pipinya. Jemari yang lembut itu dibawa dekat pada mulutnya. Satu ciuman tersentuh. Milia tersipu-sipu.
"Mana you tahu I’m bad in lying?"
"I’ve known you for 10 years too, Hakim," mata Milia melirik manja.
"Ayat I nampak?" usik Hakim.
"It’s Milia,"
Toyota Harrier milik Hakim kini meluncur laju atas lebuhraya LDP. Mereka kembali senyap. Hanya desiran air-cond dan irama lagu daripada corong radio yang kedengaran.
"But yet. Ami Kimi has to answer me when we going to Swiss. And I can tell you this. He will be dead the minute I know if he does has other woman. Or to be exact, if he has a mistress,"
"Tak baik you cakap ami Kimi macam tu. We still don’t know the truth,"
Milia mencemik. "Kalau you berani buat macam tu bila kita kahwin nanti, I tak fikir dua kali. Memang mati you I kerjakan,"
Hakim tergelak.
"10 tahun I dengan you, tak pernah sekali pun I rasa jemu. Daripada I buat lepas kahwin, lebih baik I buat sekarang. No other woman can take your place in my heart. Hati I ni," Hakim meletakkan tangan kanannya pada dadanya yang bidang. Kelima-lima jemarinya digenggam.
"Untuk you seorang," bisik Hakim. Romantis sekali. Genggaman tadi diletakkan di atas tapak tangan Milia. Genggamannya diuraikan.
Milia terpana. Pandangan matanya terus menatap wajah tenang Hakim.
"What’s wrong with you today? Are you okay?"
"Yes. I’m fine. Absolutely fine. Why?"
"Nothing. It’s just that, you are more than usual,"
Hakim mengecilkan matanya. Sesungguhnya, matanya yang kecil itulah menambat hati Milia. "Usual?"
"More romantic," bisik Milia. Perlahan dan menggoda. Namun masih mampu didengar Hakim.
"Oh. All this while, I tak romantik ke?"
"Of course you are. But today, you’re extra cheesy and that’s so weird,"
Ketawa. "Cheesy? I’m cheesy? Never realize about that before,"
"Kim?"
"Hmm…"
"Where are we heading to?"
"Dah nak sampai dah. 5 more minutes. Don’t worry. You will love this place,"
"Well…I do hope the same thing. I’m not familiar with Puchong,"
"No worries darling. You’ll get used to it soon,"
Toyota Harrier milik Hakim membelok ke kiri. Dahi Milia berkerut melihat papan tanda tertera Lake Edge. Milia memandang sekeliling. Terpegun melihat bentuk-bentuk rumah yang terdapat dalam kawasan yang baru pertama kali didengarinya. Hakim memberhentikan keretanya. Matanya menghantar isyarat meminta Milia turun.
"Jom. Kita masuk," Hakim mengenggam tangan Milia. Mereka melangkah bersama-sama ke dalam semidetached yang agak besar dan moden itu. Pandangan Milia terus meliar. Khuatir sekiranya dituduh menceroboh. Dia menghentikan langkah Hakim yang mendaluhuinya.
"Is this your friend’s?"
"Yes and why?"
"Are you sure this belongs to your friend? Coz I don’t wanna go through any troubles later. You know what I’m trying to say,"
"Don’t worry Milia. I kenal dengan owner rumah ni. Dia cakap okey. Jom," Hakim terus mengenggam jemari Milia, membawanya masuk ke dalam semidetached yang tersergam indah itu.
Sebaik sahaja kakinya menjejak lantai yang berteras batu marmar itu, mulut Milia terlopong, terpaku dengan dekorasi rumah setinggi 3 tingkat itu. Warna-warna ceria seakan-akan menghidupkan rumah itu. Tampak moden dengan penataan cahaya daripada lampu chandelier yang tergantung megah di tengah-tengah ruang tamu. Melangkah lagi ke dalam, Milia terus terpaku melihat tata rias rumah itu.
Di ruang makan, tata rias yang lebih menarik menjadi santapan mata Milia. Perabot kayu rona coklat gelap nampak kontra dengan dinding yang dicat hijau epal. Tambah mengasyikkan, bunyi deruan air terjun yang mengalir ke dalam kolam ikan di sudut pintu yang menghala ke kolam renang. Kolam yang agak besar itu dipenuhi dengan ikan-ikan koi yang berlainan warna. Milia keluar mendapatkan Hakim yang sedang menikmati saujana matahari terbenam. Tangan kanannya mendarat di atas bahu kiri Hakim.
"Do you still remember 10 years ago, Milia?" Hakim bertanya dalam nada suara yang tidak dapat dinafikan Milia, sangat romantik!
Milia menarik nafas.
"10 years ago, during the sunset, you’ve asked me to be your girl and I said yes,"
"And why did you agreed?"
"Sebab… you lelaki pertama yang I sayang," Milia melentokkan kepalanya ke bahu Hakim. Hakim tersenyum tanpa menoleh.
"10 tahun yang lalu, masa I minta you jadi kekasih I, I tak pernah harapkan hubungan kita berakhir tanpa sebarang ikatan. Believe it or not, I’ve dreamt to spend my whole life by your side. To love and make your life as happy as you never feel it before,"
"I memang happy bila you ada di samping I. I pun macam you jugak. I tak pernah impikan lelaki lain dalam hidup I selain you,"
Hakim mengangkat kepala Milia yang terkulai atas bahunya. Dia menjarakkan diri. Tubuh Milia dipusing, menghadapnya. Kedua-dua tangan Milia digenggam.
"I ada soalan untuk you,"
"Hmm…"
"Hari ini, genap 10 tahun you jadi kekasih I. Selama itu jugak I rasa hidup I dah complete. I’ve my dream work, a house, a car and you as my love,"
Pandangan Milia mulai kabur. Hati wanitanya tersentuh.
"Kenapa you menangis? I salah cakap ke?" Hakim panik melihat mata yang cantik itu berkaca.
"Tak ada apa-apa,"
Hakim mengesat air mata yang bertakung di tubir mata Milia dengan ibu jarinya.
"And as for that, I don’t want to waste no more time," Ayat Hakim tergantung. Milia mulai rasa detak jantungnya berubah.
Pandangan mata Hakim yang redup menusuk jauh ke dalam dasar hati. Milia dapat mengagak apa yang bakal berlaku selepas ini.
"Would you…Liara Milia Iqmal, marry me, Syed Hakim Lutfi Syed Jufri as I solemnly promised you my love and numerous happiness for your life? Would you…Liara Milia Iqmal be a friend, a lover, a wife and a mother to the children of Syed Hakim Lutfi Syed Jufri?" Serentak itu, Milia dapat merasakan jari manis tangan kanannya disarung sesuatu. Dia tunduk.
Sebentuk cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian 2 karat berwarna biru gelap tampak eksklusif apabila dipanah cahaya matahari terbenam. Emira tergamam. Tidak mampu untuk mengeluarkan kata meski semuanya sudah jelas. Hakim sudah melamarnya untuk menjadi suri di hati lelaki itu. Dan buktinya cincin yang tersarung di jari manisnya.
"Masa kita jalan-jalan hari tu kat Starhill, you berkenan dengan cincin berlian biru. Dan you mengharapkan cincin itu akan digunakan kalau I nak melamar you. This is the ring that you want. And if you could see in the stone," Hakim mendekatkan pandangan Milia pada cincin di jari. "There’s something carved in it,"
Milia memfokuskan pandangannya. Sesaat kemudian, air matanya gugur. Dia menekup mulutnya, menahan rasa.
"Kalau untuk kereta, kita dah buat MLH. Biarlah kali ni I buat HLM. Tanda cinta I pada you,"
"I don’t know what to say, Kim. Mengejutkan! Sungguh, I tak pernah rasa macam ni sebelum ni,"
"Terus terang I mengharapkan jawapan ya daripada you walaupun I tahu you ada hak untuk menolak. But you don’t have to be worry if you reject. Because for me, once I’ve fall in love, there is no way for me to love anyone else. Biarlah I mati dengan cinta I,"
Milia meletakkan jari telunjuknya pada bibir Hakim yang merah, tanda lelaki itu tidak merokok. "You tahukan, I tak suka cakap pasal mati," Secara perlahan, tubuh Hakim dirangkul. Terbau haruman yang mengocak batinnya. Hanya seorang lelaki sahaja yang mampu berbuat demikian. Hanya seorang.
"Do you realize that I’ve waited for 8 years just to listen to the magic words? And for 8 years, I’ve been hoping to hear those words from you. Only you,"
"And as for that, yes. Yes! I would love to take the honor to be your wife, sayang,"
Hakim yang pada mulanya gusar, tersenyum lantas membalas rangkulan Milia. Ubun-ubun Milia dikucup lama. Melampiaskan rasa cinta yang tidak terhitung.
"Milia?"
"Hmm…"
"Sebenarnya, rumah ni, rumah you. I beli rumah ni bawah nama you. Rumah yang akan menjadi syurga kita lepas kita kahwin. I harap you tak marah I decorate rumah ni tanpa izin you,"
"I love it Kim. And remember. This is ours. Not mine. This house belongs to both of us and also, InsyaAllah our children later on,"
"InsyaAllah and amin,"
Dan mereka terusan membisu. Menghayati panorama alam. Terpegun Milia menatap bayangan jingga kemerahan di atas permukaan tasik sambil kepalanya dialihkan ke atas dada bidang Hakim. Mendengar irama lagu cinta dalam hati Hakim. Hatinya turut sama menyanyi apabila tangan kasar Hakim memeluk pinggangnya.
================== PRINCE COURT MEDICAL CENTRE, MALAYSIA 2012
MATA Milia tercelik perlahan-lahan setelah sayup kedengaran suara garau Hakim melaungkan iqamat. Ini kali kedua dia mendengar suara suaminya melaungkan kebesaran ALLAH itu.
"Yang?" Milia memanggil, lemah.
Hakim berpaling ke belakang. Bibirnya mengukir senyuman manis. Dia menghampiri katil pembaringan isterinya. Satu kucupan sayang singgah di dahi Milia.
"Masih sakit?"
"Sikit je. Berdenyut-denyut. Haidi mana?"
"I suruh dia ikut Mai tadi. Sibuk nak teman mummy dia kat hospital. Suruh balik dia tak nak. Sengaja nak buat walid dia marah,"
Milia tersenyum. "Dia tidur mana malam ni?"
"Nanti Mai hantar rumah mama," jawab Hakim. Milia menggangguk.
"How is she?"
"Perfect. Macam mama dia," Hakim menyerahkan bayi perempuan yang sedang tidur dengan nyenyak dalam pelukannya kepada isterinya.
Milia menyambut huluran suaminya. Dia meneliti wajah milik anaknya. Hidungnya mirip seperti Hakim manakala yang lain miripnya. "Anak mama," satu kucupan tersentuh di pipi anaknya yang masih merah itu.
"Sharifah Hafleen Marissa Syed Hakim Lutfi," ujar Hakim. Hakim mengusap pipi isterinya. Milia memandang wajah kacak Hakim. Tersenyum.
"Terima kasih sebab dah melahirkan zuriat I. Dah cukuplah. I dah tak sanggup nak tengok sayang dalam labour room lagi. Seksa betul sayang,"
Milia mencapai tangan Hakim lalu mengucupnya. "I nak anak yang ramai, Yang. I sanggup. Untuk you, I sanggup. I sayangkan you,"
"Love you more than you could, sayang," ucap Hakim. Dia membawa Milia dan Hafleen ke dalam pelukannya.
Mencintainya, Milia menjadi seorang wanita yang matang. Mencintainya, Milia berusaha mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang wedding consultant. Mencintainya, Milia menjadi seorang kekasih yang setia menanti. Mencintainya, Milia menjadi kawan yang memahami. Mencintainya, Milia menjadi seorang isteri yang taat. Dan mencintainya, Milia menjadi mama kepada Syed Haidi Mikail dan Sharifah Hafleen Marissa.
Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa dengan mencintai seorang lelaki bernama Syed Hakim Lutfi, Liara Milia menjadi seorang wanita yang paling bahagia dalam dunia.
cinta yang terlalu sempurna..wujudkah lagi cinta seperti ini dalam dunia realiti? keindahan cinta yang hanya mampu di gapai di alam mimpi..
penulis: best citer ni..cume xde konflik je..kalu wat konflik sket2 mesti lg best..sbb konflik tu mesti ade dlm satu perhubungan..n konflik la juga yang memaniskan hubungan..dgn konflik kite ley mengenali partner kite..smooth sgt la..ayat ok..cume emira tu milia la ea? ade salah name..silap name adalah misatke besar dlm penulisan sbb ia ley mengelirukan
tp yang lain2- plot ok..ayat sweet..cume unsur islamik kurang r..k..
but i really enjoy reading this..hehe..so well done to u..
eeeee...bestnyeeeee... ade ker dlm realiti cinta cmni??? nk jugakkkkk... terbuai rsnye..mmg besttt... tahniah bt penulis.. alangkah bahagianya klo i dpt cinta mcm liara n mencintai cm hakim.. lovely story.. nk lgggg...
sweettttttttt....,nyer...cerpen nie.. Hope dengan izin Allah.. boleh dpt kekasih n suami mcm Hakim.. Amin... Smg bnyak lgi karya yg best2 n sweet drpada penulis nie..
sweet gler cite ni... hope 1 ari 9ti dpt suami romantik cm hakim... moga allah jdkn bf skunk mcm hakim bla kawin... mntk doa sgt2.. amin!!!!!! truskn usaha ye.. tulis cite yg lg best..
Indahnya,,kehidupan setiap insan jika semuanya berakhir dgn kebahagian.... Dan Kenangan terindah tidak akan pernah dilupakan oleh setiap insan yg sentiasa ingat kepada Penciptanya.... Dan Cerpen ini,adalah cerpen yg terindah sy pernah online.. Salam.
thank you untuk semua yang dh tinggalkan comment. sorry coz tak buat cerpen yg berkonflik coz for me, saya x suke bce cerpen yg berkonflik sgt pun. that's why mencintainya ade. Tipulah kalau in a relationship langsung takde konflik, cuma saya tak mau adakan saja.
btw..reall appreciate all the comments. will try my best to do a new one and hopefully will get the same comments as I got from mencintainya.
cter ni ok cuma bila face in reality u know that ini sume hanyalah khayalan.xda benda yang perfect coz walau macam mana loving pun hidup ni xseindah yang diimpikan.khayalan ni bagus cuma kalo bley bagi la impact yang berkesan dlm hidup supaya owg akan ingat u punya story.apapun good job,
wow!!nice story and so sweet... suke sgt watak hakim dalam citer ni... alangkah baiknya kalau watak hakim tidak hanya wujud dalam dunia ciptaan pengarang... keep it up writer....
gaya penulisan yang ada karakter...ada jiwa... Bagus sgt.. Rase spt diri ni mcm watak dlm cerita tu je.. Maknanya penulis berjaya bwa pembaca bersama2 dalam cerita tu... Teruskan.....
ASSALAMUALAIKUM..cerita yang menarik,walaupun benar realiti tak seindah fantasi.yakinlah buat wanita yang baik ionsyaalah akan mendapt suami yang baik hakim gak.... to writer congrats.
i'm realy proud of this story. i luv it very much i'll will never forget this story 4 ever the story make me happy in d ending i dont know what 2 say THE STORY WAS VERY NICE
subhanallah... sweet sgt2.. xtaw nk kata dh..smua org da bg komen yg membina pd writer ni.. kalau la ini criter benar..syukur alhmdulillah.. kalau x pun,, thanks to ALLAH sbb da bg kelebihan mengarang crite dgn bgus pd writer ni..
thanks jgk pada writer ni sbb da kongsi cerpen ini pd ana..=) i like it!!! <3<3<3
so..........................................................sweet.......................................................tapi realiti xseindah fantasi kan??? to writer...sweet n lovely story................
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Uwaaaa.........!! advancenya... 2012.. hehehe.. nice story..!!!