Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"I've emailed you the details. Anything you do, please don't ask him about his personal life." sekali lagi Azman mengingatkan aku. Puas dia memujukku supaya mengambil alih urusan perniagaan dengan kliennya yang satu ini. Kalau bukan kerana kasihan, pasti aku tidak akan terima. Tapi kemalangan yang menimpa anak dan isteri Azman tentu sekali bukan sesuatu yang dia pinta, oleh itu aku ikhlas ingin menolong dia. "Oh, and I hope you like kids. Good luck!" katanya sepintas lalu. Azman meninggalkanku terpinga-pinga di foyer bangunan pejabat 14 tingkat itu.
"Rin, cancel my meeting petang ni dan pagi esok, I nak ke KLIA. Jemput klien dan uruskan penginapannya di sini." Pesanku pada setiausahaku. "Ok Miss Aira, and Mr. Azman called just now. He wants me to inform you, he has safely arrived in Singapore" balas Rina. Aku sekadar mengangguk tanda mendengar pesanan itu. Jam menunjukkan pukul 4.00 petang. Aku diberitahu oleh Azman bahawa penerbangan kliennya itu akan tiba pada pukul 6.30 petang. Masih sempat untuk aku bersolat Asar sebelum bergerak ke KLIA.
Setengah jam selepas aku tiba di lapangan terbang, ketibaan pesawat MAS dari Scotland diumumkan. Aku segera ke balai ketibaan, walaupun aku sendiri tidak pasti bagaimana rupa klien ku itu, yang pasti aku telah menulis namanya pada sehelai kertas A4 agar dia dapat melihatku. 10 minit menunggu, tapi masih belum ada seorang pun yang datang menghampiri aku. Penatnya menunggu..
"Miss Aira?" tegur seorang lelaki berbangsa Inggeris yang datang menghampiriku. Tinggi lampai, berseluar slack hitam dan berbaju sejuk bewarna biru. "Mr William? Welcome to Malaysia" balasku sedikit ragu-ragu. Pandanganku tertarik kepada sebuah baby carrier yang dibimbit dengan tangan kanannya. Seorang bayi sedang nyenyak tidur di dalamnya. Alahai, comelnya baby ni, ikutkan hati ingin saja aku cium pipinya yang gebu itu. Pada pandanganku, bayi itu dalam lingkungan usia 4 atau 5 bulan. "If you don't mind, I need to go to the restroom before we go, can you look after my daughter for a while?" ujarnya menghentikan langkahku sebelum menghala ke pintu keluar. Aku mengangguk dan segera mengambil baby carrier tersebut daripadanya. Lembutnya pipi baby ni! Wangi! __________________
"Call me Will, and I've been here before, so you don't have to guide me. It's all business" katanya padaku dengan nada sedikit tegas. Aku jadi kaget, mungkin dia penat dan mungkin aku terlalu banyak bercakap... mungkin.. Aku terus membisu dan menumpukan perhatianku pada arah pemanduan. Kondominium Tiara, Bukit Damansara, di situlah William akan menetap selama dia berada di Malaysia. Selama 2 bulan akan datang, aku lah yang akan melayan kerenahnya. Apa lah sangat uruskan klien macam ni? Aku sendiri dah banyak pengalaman dengan klien dari luar Negara.
Setiap hari aku dan William akan bertemu untuk menyelesaikan projek kami. Dia seorang arkitek, aku pula seorang interior designer. Banyak percanggahan idea antara kami berdua, tapi setakat ini semuanya mampu di atasi dengan diplomasi. Setiap perbincangan yang dia hadiri, dia pasti membawa si comel itu bersama. Sudah dua minggu dia di sini, pernah juga aku tawarkan untuk mencari pengasuh sementara, tapi dia menolak tawaranku. Dia lebih senang menjaga permata hatinya itu sendiri.
Melissa Tahera. Bayi perempuan yang comel, pipinya putih gebu, dan apabila dia ketawa kecil, terlihat lesung pipit di pipi kanannya. William jarang berbual tentang cahaya matanya itu, tapi melihatkan gayanya menguruskan Melissa, nyata dia tidak kekok. Ingin juga aku bertanya tentang ibunya, atau lebih tepat, isterinya. Menurut akal ku, Melissa masih terlalu kecil untuk berpisah dengan ibunya untuk tempoh yang agak lama. 2 minggu dia berulang alik membawa si kecil itu ke pejabatku, membuatkan aku kagum dengan kemampuannya sebagai seorang bapa. __________________
"Aira can I come over to your place? Melissa wont stop crying. I brought her to the clinic, but the doctor said she's fine. There's nothing I can do to calm her down." Terdengar keresahan dalam nada suara William di hujung talian. Aku bersetuju supaya dia membawa Melissa ke rumahku. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku mampu lakukan nanti. 15 minit selepas mendapat panggilan, dia muncul di hadapan rumahku. Melissa masih menangis sekuatnya di dalam dukungan William. Keresahan Will benar-benar terpampang pada air wajahnya. Mukanya yang putih, menjadi merah dan terlihat juraian peluh di dahinya.
"She doesn't have fever. No sign of empty stomach. Where were you before she started crying?" soalku sambil cuba mencari punca si kecil itu menangis."I was driving down from Perak when she suddenly started screaming. I thought she was bitten by some bug, so I brought her straight to the clinic as soon as I reached KL, but it seems that there's nothing wrong and she just wouldn't stop crying." Will menerangkan satu persatu yang berlaku. Dalam keadaan tidak senang duduk, mujur aku teringat pesan nenek, kalau bayi tak berhenti menangis, mungkin dia ternampakkan sesuatu yang kita tidak nampak. Aku cuba bacakan Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi pada telinganya, dan ku raut wajahnya dengan sedikit air. Alhamdulillah.. surut juga tangisan Melissa. Setengah jam kemudian, akhirnya Melissa berhenti menangis.Aku dan William menarik nafas lega.
"Where did you learn to do that?" nyata dia ingin tahu. "From my grandma, well it doesn't work without faith, Will" jawabku ringkas. Tiada penjelasan lain, tapi aku yakin, jika kita berserah kepadaNya, pasti Allah akan membantu. Kesian bayi kecil itu. Pastinya dia penat kerana menangis dari petang tadi hingga hampir ke larut malam. "Anyway, thank you so much. I don't know how to thank you more. Oh.. and, I think i'll take the day off tomorrow. Goodnight. Assalamualaikum" katanya sebelum meninggalkan rumahku. _____________________
Masih terngiang-ngiang di cuping telingaku. Dia mengucapkan salam? Atau aku tersalah dengar. Hm.. mungkin dia beragama Islam. Patutkah aku bertanya, atau aku akan menceroboh hal peribadi dia? Lagipun Azman sudah memberitahuku lebih awal supaya tidak bertanya hal peribadi kepada William. Aku perlu berpegang pada janji. Sedang aku sibuk memikirkan segala kemungkinan tentang William, terdengar suara Rin menghubungiku melalui interkom. "Miss Aira, do you have any plan for lunch? Mr William asked me to arranged a lunch date with you?" Tanya Rin, meminta kepastian. Peluang yang tak akan aku lepaskan, pastinya aku gembira jika dapat bertemu si kecil itu! atau mungkin si dia...?
"How are you today my darling? You look so pretty in pink!" agahku pada Melissa. Seronok aku melihat dia tertawa, anak matanya yang berwarna perang itu bersinar-sinar apabila dia ketawa. William hanya membiarkan aku bermain dengan anaknya sementara menunggu pesanan makanan kami tiba. Aku pula tidak kekok jika diberi peluang bermain dengan anak kecil. Mungkin kerana dari kecil lagi aku gemar bermain dengan bayi, kerana senyum dan tawa merekalah yang paling membahagiakan aku. "Aira, thanks for last night." Dia memulakan perbualan. Aku meletakkan Melissa di dalam baby carriernya dan duduk menghadap William. "Not a problem. I'm glad that I could help." Balasku ringkas. Ingin juga aku bertanyakan latar belakang dirinya, tapi aku cuba untuk menghormati haknya sebagai klien. Mungkin dia akan menceritakannya satu hari nanti. Tambahan pula, dia masih akan berada di sini untuk beberapa minggu. Pertemuan ini mungkin permulaan bagiku untuk mengenali dia. _____________________ Sebulan berlalu, dan William akan pulang ke Scotland dua minggu lagi. Kami semakin akrab. Mungkin masa memberikan kami ruang untuk mengenali antara satu sama lain sebagai sahabat. Setiap hujung minggu, dia akan mempelawa aku keluar berjalan-jalan bersama dia dan Melissa. Aku tahu, aku harus menjaga batasku kerana dia masih klien di syarikat aku bekerja. Tambahan pula, aku masih jauh dalam mengenal hati budinya. Dia tidak pernah menceritakan tentang agamanya, keluarga dan isterinya padaku, yang jelas, tempoh sebulan masih terlalu singkat untuk membuat aku tertarik padanya. Nasib baik. mana mungkin aku boleh tertarik pada suami orang! Aira, jangan nak buat hal, cukuplah dapat bermain dengan si kecil itu.
Projek kami siap beberapa hari lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan. Ini bermakna, hari ini hari terakhir dia akan masuk ke pejabatku. Pengalaman yang menarik bagiku, kerana kebanyakan klienku sebelum ini tidak seakrab aku dan William. Kami banyak persamaan dari segi minat terhadap seni bina, tempat pelancongan dan juga masakan di Malaysia. "Aira, i'm going back tonight" katanya kepadaku selepas mesyuarat kami yang terakhir. Tapi, sepatutnya dia masih ada beberapa hari di sini? Kenapa dia perlu segera pulang? Kenapa aku jadi sayu mendengar ayatnya itu? "Really? that is soon, but i'm sure your family is missing Melissa badly. it's a great idea that you go back sooner" Aku berpura-pura gembira untuknya, sedangkan hatiku sendiri tidak pasti apa perasaanku sebenar. Dia hanya membalas kata-kataku dengan senyuman. Senyuman yang pasti mengambil masa bertahun-tahun untuk aku lupakan.
Aku mengambil keputusan untuk tidak menghantar dia ke KLIA. Cukuplah perkenalan kami di situ. Memang manis, tapi aku tidak mahu hatiku terluka sendiri. Mungkin Tuhan memberikan aku peluang untuk merasai apa yang aku rasai, tapi aku tidak mahu sesuatu yang lebih daripada yang ada. Kata orang tua-tua, jangan terlalu suka, nanti akhirnya berduka. Dan aku tidak mahu keseorangan andai aku berduka. _____________________
Hampir 2 tahun telah berlalu, hari ini aku terkejut apabila mendapat e-mail daripadanya. E-mail yang menceritakan khabar dia dan Melissa, beserta gambar gadis cilik itu. Melissa sudah semakin besar dan comel. Aku jadi rindu, tapi aku tidak mahu membalas e-mail dari Will. Kini aku tunangan orang. Zarif begitu menyayangiku walaupun aku masih belum dapat memberi hatiku keseluruhan untuknya. Aku akan cuba menjadi orang yang bersyukur. Gembira dan bersyukur atas apa yang aku miliki hari ini. Tapi usahaku menjadi semakin sukar apabila William mengkhabarkan padaku dia akan kembali ke Malaysia dan dia ingin berjumpa denganku. Tapi, untuk apa?
Hari ini aku bertemu juga dengan dia. Dia menjelaskan segala-galanya dan hatiku menjadi bertambah celaru. Kenapa terlalu lama masa yang dia ambil untuk menjelaskan keadaan dirinya. Aku bakal berkahwin dengan Zarif, walaupun kami masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, tapi aku pasti menjadi bahan umpatan saudara maraku nanti jika aku mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kami. Salah aku juga kerana menerima lamaran Zarif tanpa berfikir panjang.
Zarif, maafkan aku. Mama, abah, maafkan sikap Aira dan keputusan yang bakal Aira ambil nanti. _____________________
Genap setahun ulang tahun perkahwinan aku dan dia. Aku kini bahagia menjadi isteri kepada Adam William McBrian dan Ibu kepada Melissa Tahera binti Adam William. Mama dan abah juga sudah menerima keputusanku setahun lalu dengan baik. Mereka mahu melihat aku bahagia, dan mujur Zarif faham akan penjelasanku, dia juga tidak mahu aku menipu perasaan aku sendiri. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan keberanian kepada Adam untuk menerangkan padaku, keadaan sebenar hidupnya..
Adam pernah berkahwin dengan seorang wanita berbangsa Cina yang berasal dari Taiping. Mereka berdua memeluk agama Islam sebelum mereka mengambil keputusan untuk bernikah. Keluarga isterinya tidak boleh menerima keputusan anak mereka, Qistina. Lalu Adam telah mengambil keputusan untuk membawa Qistina menetap di Scotland bersama keluarganya. Tapi Allah Maha Kuasa, jodoh mereka tidak panjang, Qistina mengalami komplikasi ketika melahirkan Melissa. Setelah kehilangan isterinya, Adam juga seperti hilang arah. Dia cuba melupakan segala kenangannya di Malaysia. Tapi takdir membawa dia pulang ke Malaysia atas urusan kerja. Takdir juga yang menemukan Melissa dengan keluarga arwah isterinya. Tapi dia masih tidak pasti jika dia mampu mencintai orang lain selain arwah Qistina. Yang pastinya, dia juga dapat merasakan keakraban antara dia dan aku, tapi dia tidak punya keberanian, sehinggalah dia mendapat berita ibu Qistina meninggal dunia, dan permintaan terakhirnya adalah untuk Adam membesarkan Melissa mengikut ajaran agama Islam. Adam yakin bahawa itulah petunjuk dan kekuatan untuk dia menghubungi aku semula. Kini dia dan aku bahagia, sama-sama saling mempelajari dan aku gembira melihat Adam berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga. Melissa juga gembira menerima aku sebagai Mamanya, tambahan dengan berita dia bakal menerima adik baru. Sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu atas kurniaan ini, ya Allah...
knp tajuk dia msti dlm english...n u should look at those again..e.g; it's all business..i was like trying my hardest to gauge..i think it's ok for malay novels to use code switching..n that is 1 thing u should really go on n on again..the language..bahasa rojak(like the one using here) are not really advisable...therefor, it looks terribly rojak if some of those are not grammatically correct n the semantic is not there..just like reading junk. good try n there's always a room for improvement..just don't give up..
to tanpa nama above, thanks for reading despite equalizing my writing to a piece of junk? hm, first of all, i don't see any guideline that says i can't write my tajuk cerpen in English. second of all, never thought there'd be anyone in their right mind that would like to 'gauge' on my two cents writing. i'm doing this just to fill my spare time anyway. therefore, i really appreciate your comment and time. and eventho you think there's room for improvement for me, guess what? u just killed my passion for writing. congratz. :)
1st of all...i would like to congratulate u for such a nice piece of writing...was impressed with ur language ...easily readable n ur english is also good...not like some ppl who tried but seriously gone case...hehehe
about d above comment, well...u cant satisfy everyone, can u? so don't let the comment kills ur passion...seriously, it will b such a waste..
instead, twist it into positive encouragement for u to write better...looking fwd for ur next work...
cara awak menulis kreatif, penggunaan bahasa pon cantik dan kemas.. tp nilai logik tu masih lg kurang. kalau boleh, biar jalan cerita digarap dengan kemas satu persatu,nampak dari cerita ni, awak mcm nak cepat2 'ending' cerita. anyway, good job! :D
terima kasih semua yang sudi bagi feedback. yang supportive and tak kurang jugak yang negative. but it's ok, i'll try to take it in a good way from now on (less emotional :))
to toyol - u got a point there. memang masa tulis ni nak cepat habiskan je. hehe. next time i'll try to build the framework properly sebelum submit dekat sini :) thanks.
to tanpa nama atas ni, maybe next cerpen will be about Zarif pulak :) stay tune, ok?
thanks again to everyone for the support. really2 appreciate it.
cita ni x la trok sgt.. pe hal lak ada yg nak kutok trok2.. org y kutok tu sti jnis x hormat org.. kpd cik dahlia.. cita awk menarik n best.. sy suka.. mybe cita ni cpt sgt kot.. tp still okey..!!:) troskan berkarya k..
jalan cerita yang menarik... best gak cite ni... orang diatas-atas yang sibok-sibok mengutuk... setuju dengan soMeone... buat novel dulu baru nak mengutuk orang laen... ingat senang ke nak dapat idea macam ni? try ar buat... tangan tu boleh tak jangan gatal-gatal nak tulis yang bukan-bukan? tak otak ke nak fikir? penulis perlukan ulasan dan komen yang membina... bukan yang menjatuhkan, okey? apa pon... kepada penulis... tahniah... teruskan usaha... teruskan berkarya k...
congratez 2 u.... nice story..a good try..keep it up.. dont stop writing... find more fresh,wonderful & new ideas.. k watevr dont let the -ve comment kill ur passion.. juz take it as a +ve, to produce a fantastc story...
its a best story.. miss dahlia nape nk rase down or depressed with any negative commment? u should be professional rite? juz keep it up n learn on how to switch negative comment to a very awesome advice for yourself.hehehe... gud luck..
insyaAllah i won't stop writing. mungkin sekarang ni belum sempat nak tulis apa-apa. bila ada masa terluang nnt saya akan cuba post satu lagi cerpen. thanks again for the constructive comments :)
inshaAllah i won't stop writing. a bit bz sekarang, bila ada masa terluang i will try to post another cerpen here.stay tune! thank u so much for the constructive comments. really appreciate it :)
best r crte nie, jgn lyn org y kutuk dahlia, teruskn usaha.... tp tajuk jer npe bhs inggs??? xpe mgkin de y tersirat y x d fhmi... sy komen jer tp xpndai mengarang..
sy pun suka cerita ni. ceritanya matang dan sangat logik berbanding cerita2 budak skolah yg miang dan gedik sgt2. yang komen tak suka tu mesti budak2 miang yg mana diorg nak adegan pegang tangan la, ayat manis, gedik2 diadakan dlm cerpen ni.. bagus, biar sederhana tapi terkesan dan realistik.
jalan citer sngt mnarik.. sadly.. cara penulisan cam tawar sket... patutnya tambah la gula ckit, asam ke, perencah ke, a pinch of salt pown kire dah cukup... baru la gempak! bru la btol2 rojak!
bg yg ske sngt komen bruk2 2, korang rse korang bgus sngt ke?? kalau bgus, buat la cerpen sndiri.. bezz ape citer ni.. sweet n logik.. teruskan dahlia, jgn hirau sngt komen2 yg negatif 2.. kita x boleh tutup mulut orang dr brcakap.. gud luck!!!
emm...plot cerita yg bagus sebagai asahan utk lebih serius dlm bidang nih...just klu ending diperkemas pasti tip-top... bg saya xsemua dilahirkan berbakat dlm penulisan...kiranya satu anugerah pd Cik Dahlia punya bakat istimewaa nih..good luck...
komen2 yg diberikan tu adalah komen yg membina..dari komen la seseorang tu ley majukan diri dia tuk perbetulkan apa2 yg kurang.klu semuanya betul, mcm mana nak maju kan.dr kesilapan la seseorang tu ley bangkit dan hasilkan karya yg lebih bermutu. so buktikan pada pengkritik anda yg anda mampu hasilkan karya yg lebih baik lepas ni!
permulaan cerita yang bagus sekali. Tetapi, di pertengahan dan akhir momentum cerita agak menurun. so, olahan cerita perlu diperbaiki supaya pembaca berasa puas. anyway god job.
citer ni xmboringkan..sapa yg baca boring tu xtahu la.. hahaha..appun citer ni bgus, tp syg ending nya tlalu cepat ,xsempat nk dapat feel lew.. appun truskan usaha mnulis.. lain kali wat cerpen biar panjang sikit..bg momentum pbaca smpai dok tringat hahaha~
thank you so much for the endless support and constructive criticism.. sangat2 dihargai.
kepada yg rasa cerita ni x best and boring, terima kasih sbb sudi baca and catat ulasan. minta maaf kalau ada yg rasa tak puas hati.. i just can't please everyone.. i appreciate your precious time spent on reading this short story :)
Emm.. 1) bila penulis sendiri tulis komen mengatakan dia tak suka dikomen orang lain, bukankah itu pelik? mmg tak boleh puaskan hati semua orang tapi cuba fikir dari sudut positif,maksudnya pengomen tu meneliti dengan mendalam karya itu. jadi dia tahu. bukan kah itu satu penghargaan, kepuasan? cuba fikir, kalau Doktor ditegur matron cara dia merawat, adakah dia berhenti kerja? kalau guru ditegur pelajar, adakah dia akan melenting? penulis adalah ide, dan idea adalah terbuka. 2)pujian semata2 tak akan menjadikan seseorang sempurna. jadikan ini cabaran jadi lebih baik. Passioanate in you are writing on. Awak akan suka pe org lakukan untuk awak. 3) dahlia, people start to admiring your work. do not lost their interest in you. jadi penulis tak boleh garang tau. itu semua... COBAAN...
hai... cte ni best sgt2... p'olahan idea yg mantap.... kalo kmbangkn latar tmpt lg msti tmbh best cte ni... leh wt novel.... but, kalo wt konflik ag ngn fam aira 2 lg best... then kmbangkn ag watak zarif, nmpak sgt dia hanya watak sampingan.... gud try....
I love it :D Cerpen paling best , saya terbayangkan rupa will & melissa <3 Must be cute & handsome ! Kak dahlia, can u try to write about teenager's life? Haha, cuma suggestion .
bg sy jln cerita cerpen ni best.. stp org memiliki pndngan mereka yg tsndiri.. just trust y0urself and keep it up^_^ lastly c0ngratz...sbb brbakat dlm bdang penulisan ni...
alur cerita yg cukup menarik sekali..sukses saja..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
BESTnyer citer nie.......
gud job..............
teruskan berkarya.....