Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kelihatan cantik seorang gadis memakai night goun bersama kembangan kainnya yang begitu menarik mata siapa sahaja yang memandangnya. Dengan lemah gemalainya dia berjalan dengan kasut tumit tinggi yang disarungnya. Rambutnya yang panjang hampir mencecah pinggang itu berterbangan lembut ditiup angin. Bibirnya yang munggil sentiasa tersenyum memandang seorang jejaka yang sedia menantinya di hujung jalannya.
Jejaka yang menunggunya itu kemas memakai sut. Kemeja merah hati dikenakan dengan kot putih dan seluar putih begitu juga kasut yang disarungnya. Rambutnya yang kelihatan berkilat itu juga kemas dengan gaya terpacaknya. Dia berdiri menanti gadis itu mendekatinya dengan senyuman yang menguntum ceria.
Gadis tadi masih lagi melangkah dan menghulur tangannya ketika dia sudah hampir dengan jejaka yang menantinya tadi.
"There’ve been so long I waiting for you," bisik jejaka itu dekat di telinga gadis itu membuatkan bibir munggil itu tersenyum bertambah lebar.
"Really?" tanya gadis itu kembali seakan berbisik.
Jejaka itu mengangguk dengan senyuman yang tersemat di bibirnya.
Dalam mereka tidak sedar, kaki mereka bergerak mengikut rentak lagu sentimental yang terdendang. Kelihatan begitu serasi bersama.
"Actually..."
"Wake up!" pintas satu suara garau yang menjerit kuat membuatkan mereka tersentak.
Gedebuk!
"Ouch," keluh Ed sambil menggosok kepalanya yang terhantuk di lantai kerana jatuh dari katil akibat terperanjat dengan jeritan suara garau dari telifon bimbitnya.
"Ed wake up!" Sekali lagi jeritan itu membingitkan telinganya.
"Shut up!" jerit Ed kembali sambil terkial-kial dia bangun dari lantai untuk mendapatkan telifon bimbitnya yang akan memebebel kerana dia tidak bangun dan menutup alarm yang telah disetkan.
"Ma..." Belum sempat lagi telifon itu menjerit lebih lanjut, dia sudah mematikannya.
"Every morning kau nak bising," marah Ed sambil menggaru kepalanya. Disebabkan jatuh tadi, badannya terasa sakit-sakit.
Sengaja dia rakam suara abang saudaranya yang garau itu untuk mengejutkan dia bangun. Kerana dia rasa menarik suara jeritan itu untuk dijadikan bahan mengejut dia yang memang sukar untuk bangun jika dikejut dengan lembut.
Dia tersenyum tepi melihat wajah abang saudaranya yang dijadikan wallpaper telifon bimbitnya itu.
"Stupid guy," getus Ed dengan tawa kecilnya. Diletakkan telifon bimbitnya dan bangun menuju ke bilik mandi.
"Ed. Cepat sikit. Nanti lambat ramai orang." Encik Yusuf sudah menjerit dari tingkat bawah rumah dua tingkat itu.
"Apa babanya ni. Sekejaplah. Duduk minum dulu." Puan Hairiah cuba menenangkan kepanasan suaminya terhadap anak tunggal mereka yang seorang itu.
"Macam mana saya tak geram. Nanti lambat, membebel. Tak suka kena tunggu. Panas-panas. Ramai orang lah. Macam-macamlah kerenah anak awak tu nanti." Macam bertih jagung mulut itu berbicara.
"Memang patut betul dapat jadi peguam hebat. Mulut tak reti nak berhenti lansung membebel. Ni Ed dah siap." Selamba sahaja mulut anak tunggal keluarga itu. Bahu babanya itu dirangkul seakan kawannya sahaja.
"Kenapa pakai macam ni?" Dahi Encik Yusuf sudah berkerut memandang anaknya itu.
Dengan baju t-shirt besarnya, seluar jeans besarnya, knitted hat menutup kepalanya sehingga ke paras keningnya dan sneakersnya berwarna putih berjalur hitam. Diselitkan pula telinganya dengan earphone yang disambungkan dengan telifon bimbitnya.
"Cool lah baba. Ed bukannya nak ambil law. Let’s go. Mimi, Ed nak pergi ni. Mimi janganlah muncung macam ni. Bukannya Ed nak ke mana pun." Dicubitnya dagu Puan Hairiah. Dengan mulutnya yang dimuncungkan mengajuk perlakuan miminya.
"Ish. Anak mimi ni. Lepas daftar tu terus balik. Jangan nak ke mana-mana pula." Ditepuknya lembut tangan yang bergantung di dagunya itu. Sungguh-sungguh dia memesan.
"Miminya ni pun. Tak payahlah risau. Jangan dia nak mengada-gada nak merayau. Saya tunggu dia nanti sampai habis pendaftaran. Kalau tak buang masa je saya cuti sendiri hari ni."
"Eleh boss besar ni. Dahlah. Bye mimi." Dikucupnya pipi Puan Hairiah disebelah kiri dan kanan sebelum berlalu mengambil barangnya dan ke kereta bersama babanya.
"Semua dah ada ke? Nanti tertinggal, baba tak nak balik ambilkan." Dipandangnya sesekali anaknya yang duduk di sebelahnya.
"Adalah baba. Ni Ed. Mana pernah Ed tertinggal barang penting." Bangga sungguh dia dengan dirinya.
"Yelah tu. Nanti yang dibawanya sketch book dengan caryon. Bukannya nak masuk tadika tau." Malas dia hendak melayan kebanggaan anaknya itu. Kerana terlampau minat dengan seni, anaknya itu tidak pernah lepas dari buku lukisan, warna dan pensil-pensil kayu yang entah berapa jenis.
"Baba ni. Janganlah sirius sangat. Pening tau Ed tengok kedut-kedut dekat dahi baba tu. Nanti baba Ed nampak tua. Tak bestlah." Jarinya sudah menunjuk ke dahi Encik Yusuf. Ada sahaja yang dia buat. Kedua orang tuanya itu bagaikan kawannya sahaja kerana dia tidak ada adik-beradik untuk bergurau.
Encik Yusuf mula tersenyum. Itulah satu-satunya anak dia. Itulah madu, itulah racun. Sering sahaja celoteh mulut itu memeriahkan keluarga bagaikan dia mempunyai ramai anak.
"Ed nak baba ikut ke?" tanya Encik Yusuf sambil memandang wajah anaknya setelah berhenti di perkarangan kolej. Dia dan isterinya tidak mahu menghantar anaknya itu belajar jauh-jauh. Sudahlah seorang sahaja, jika jauh nanti sunyi pula rumah mereka. Jadi, dia sanggup membayar lebih untuk anaknya yang seorang itu.
"Tak payahlah ba. Ed kan dah besar. Boleh pergi sendiri. Baba tunggu Ed dekat sini jelah." Wajah lelaki yang hampir mencecah separuh abad itu dipandang. Sudah tua baru kedua orang tuanya itu mendapat dirinya sebab itulah babanya itu sering kali dikatakan datuknya.
"Dah besar ke? Belum cukup umur lagi tau Ed tu. Dah pergi cepat. Dah ramai tu baba tengok." Dipandangnya pintu utama bangunan pentadbiran kolej yang kelihatan dari tempat letak kereta.
"Yosh." Diberi tabik kepada babanya itu sebelum turun dari kereta. Dibetulkan topinya dan berjalan menuju ke tempat pendaftaran.
Sambil berjalan, matanya sempat melilau memandang kerenah orang-orang yang turut hadir untuk mendaftar.
_______________________________________
Ramainya manusia dekat library ni. Baru hari first dah ramai orang macam ni? Maybe cause baru mula agaknya. Semuanya excited. Getus hati Ed dengan muka pelik.
Pandangannya ditebarkan ke seluruh pelusuk perpustakaan. Melihat kalau-kalau ada tempat kosong lagi untuk dirinya yang kecil itu.
Ish pelik aku. Satu tempat duduk pun tak ada. Pergi tempat lain jelah. Bisik hati Ed lagi sebelum berpusing untuk berlalu.
Pengawal keselamatan yang berdiri berdekatan dengan pintu hanya memandangnya yang dari tadi ke sana ke mari mencari tempat.
Ed mula mengeluarkan senyuman lebarnya untuk menutup rasa serba salah yang mula menghuni perasaannya.
Kakinya melangkah mencari tempat yang sesuai untuk dia labuhkan punggungnya. Terasa penat pula hari pertamanya di situ. Kelas, kelas dan seterusnya kelas. Jadi, dia hendak mencari tempat yang sedikit sunyi untuk dia tenangkan otaknya yang berserabut itu.
Kakinya melangkah sehingga ke belakang dewan utama kolej itu.
Dekat situ best juga. Tak ada orang punya nak ganggu. Bisik hati Ed sambil berpaling ke kiri dan kanan melihat kalau-kalau ada orang lain. Bibirnya mengukir senyuman.
Line clear baby. Let’s go. Gembira sungguh hati itu dapat tempat yang baik untuk dirinya.
Selesa. Ed bermuka lega apabila punggungnya mencecah lantai. Beg silangnya ditanggalkan dari tubuhnya dan diletakkan di sisi. Kakinya dilunjurkan.
Cantik juga berlakang dewan ni. Hijaunya alam. Cewah. Tersenyum-senyum bibir itu.
Dia sering kali sukar hendak mendapat kawan sama seperti di sekolah dulu. Semuanya kerana sifatnya yang sedikit kelihatan kasar. Dari tingkatan satu, babanya menghantar dia ke sekolah swasta. Jadi, memang dia hanya membawa haluannya sendiri.
Sementara nak tunggu baba datang ambil ni boleh tidur kejap ni. Wait. Check phone dulu. Begnya dibongkar mencari telifon bimbitnya yang dicampak entah ke mana.
Mana aku letak buah hati aku tu? Kepala digaru walaupun tiada kegatalan di situ.
Oh. Sentiasa pelupalah kau ni. Dekat poket kau ni apa. Bibir itu sekali lagi tersenyum. Sentiasa menjadi pelupa sedangkan telifon bimbitnya itu 24 jam bergantung di telinganya. Cuma masa mandi dengan makan je tak ada. Jadi, tak sampai 24 jam lah.
Tingkatkan kuasa anda. Tuan anda nak tidur sekejap. Nanti kalau baba call kejutkan aku. Bisik Ed sendiri sambil meletakkan kembali telifon bimbitnya di poket seluarnya.
Dia bersandar dan menurunkan paras topinya sehingga matanya berselindung di balik knitted hatnya itu.
Beberapa minit, dia sudah terlelap di situ.
"Kau ni lembut. Hidup lagi rupanya. Kau kenapa tak berambus je cari tempat lain hah? Kan Dato’ Jefri tu kaya." Kedengaran marah sahaja bunyi suara itu. Kelantangan suara itu membuatkan Ed tersedar.
Manusia mana pula yang kacau tidur aku ni? Getus Ed geram. Knitted hatnya diangkat sedikit memunculkan sebelah matanya. Dia hendak melihat apa yang bising sangat.
Kelihatan 4 orang lelaki yang mengelilingi seorang lagi lelaki di tengah-tengah.
Gaduh. Gaduh. Itu je ke yang budak lelaki tahu? Bosan hidup aku macam ni. Sungut Ed dan kembali menutup matanya dengan topinya.
"Kenapa kau diam je? Mulut kau dah bisu ke?" Berdesing telinga Ed mendengar tutur yang kuat itu. Lagu yang terpasang menyapa gegendangnya sudah cukup kuat pun boleh mendengar lagi butir bicara mereka.
Ni yang buat aku angin ni. Tak boleh tengok aku senang sikit ke? Ed sudah bangun dari tempat duduknya sambil membetulkan topinya. Keningnya itu sentiasa di sembunyikan di balik topi itu.
"Weh bro. Could you please cakap tu slow sikit volumenya. Bisinglah." Sopan-santun sahaja Ed menegur sambil memandang mereka semua satu-satu.
"Mana datang pula budak jambu ni? Alah kau apa hal pula nak sound kitorang? Suka hati kitoranglah nak cakap kuat ke perlahan ke? Kau suara pun nak tak nak je keluar tu boleh tolong jangan menyibuk?" balas salah seorang dari mereka dengan wajah tidak puas hatinya. Suara Ed yang serak basah itu disakitkan hati.
"Suka hati korang lah? Korang dah mengganggu ketenteraman tau. Aku suruh slowkan volume korang je. Susah ke? Budak-budak kau ni pun bukannya pekak kan?" Dibidasnya kembali. Wajahnya kekal tenang menatap wajah meraka.
"Eleh budak ni. Kau umur berapa ni?" Sempat lagi lelaki yang memakai baju t-shirt berwarna hitam bertanya. Muka ganas semacam sahaja mencerlung wajah Ed.
"17. Why? " Wajah lelaki tadi ditentang hebat.
"Under age rupanya. Sibuklah. Kau buat hal kau sana." Tiga lagi rakannya ketawa seakan apa yang diperkatakan itu adalah lawak.
"Whateverlah bro. Malas aku nak layan. Budak lelaki memang keras kepala. Hampeh," gumam Ed sambil hendak melangkah berlalu.
"Kau tu bukan lelaki ke wei? Ke kau pun sama macam si lembut ni?" Bertalu-talu pertanyaan keluar dari mulut lelaki tadi.
"Ni aku dah nak meledak ni." Salah seorang dari mereka menghampiri Ed dan menyentuh bahu Ed dan dipalingkan tubuh kecil itu dengan kasarnya.
"Apa ni bro?" Ed menikam anak mata hitam pekat lelaki di hadapannya itu. Dirinya masih disabarkan. Tidak mahu perkara yang tidak dijangka berlaku.
"Kau ni memang nak kena." Satu penumbuk dihayun dan hampir mengena pipi putih bersih milik Ed. Nasib sahaja sempat mengelak.
"Elak Sam. Sekali lagi," arah salah seorang dari mereka.
Budak lelaki yang seharusnya mereka buli tadi hanya melihat kejadian itu.
Belum sempat lelaki tadi menghayunkan satu lagi tumbukan, sedas dari pihak Ed mengena perutnya membuatkan lelaki itu terduduk menahan sakit.
Terbeliak mata yang lain memandang kejadian yang tidak dijangka itu. Kalau perlahan tumbukan yang diberi Ed, takkanlah boleh terduduk lelaki itu dibuatnya.
"Blahlah korang ni. Malas betul aku nak bergaduh. Waste my time. Waste my energy. Ah whateverlah." Ed mengatur langkahnya untuk kembali ke tempatnya tadi.
Takut-takut sahaja kawan lelaki tadi menyelamatkannya kerana takut Ed akan berpaling kembali dan menyerang mereka.
"Lain kalilah lembut. Hari ni kau selamat." Sempat lagi salah seorang memberi amaran sebelum meninggalkan kawasan itu.
Dilihat sahaja mereka hilang dari pandangan, lelaki yang digelar ‘lembut’ itu mendekati Ed yang sudah duduk dengan posisi tidurnya tadi.
"Awak," panggil lelaki itu penuh kesopan-santunan.
"Now what?" gumam Ed sambil membetulkan kedudukan topinya. Duduknya dibetulkan.
"Thanks because you saved me just now. I’m Allif Rufil. Just call me All." Takut-takut sahaja dia memperkenalkan dirinya kerana anak matanya ditentang hebat oleh Ed.
"Ya. Anything else?" tanya Ed dengan nada malasnya. Dia paling tidak gemar dengan sesi perkenalan.
"Your name?" Mengharap sungguh dia hendak mengetahui siapakah gerangan orang yang menyelamatkannya itu.
"Ed." Ringkas sahaja.
"Ed? Your full name?" Masih tidak berpuas hati.
Ed mengeluh. Itulah yang paling-paling dia tidak gemar.
"Maya Edryna Yusuf Adli. So, don’t bother me anymore." Begnya diambil untuk berlalu. Malas duduk lama disitu kerana lebih lama dia di situ, semakin menjadilah lelaki itu bertanya.
"Awak perempuan ke lelaki?" Selamba sahaja dia bertanya sebelum sempat Ed bangun.
"Whateverlah bro." Keluhan menyusul sesudah dia berbicara.
"Awak. Kalau saya nak kawan..."
"Whatever." Pantas mulut Ed memotong bicara All membuatkan lelaki itu tercengang memandang dia berlalu.
_____________________________________
"Hoi kenapa?" sergah Wan sambil berbaring di katil bersebelahan tempat Ed meniarap.
"Kau tu yang kenapa? Siapa benarkan kau masuk bilik aku?" marah Ed dengan muka ketatnya. Wajah abang sedaranya yang tua 4 tahun darinya itu dipandangnya.
"Alah minah ni. Macam tak biasa aku masuk bilik dia. Kenapa tension-tension ni? Masalah negara ke?" tanya Wan sambil mengambil majalah yang terbuka di hadapan muka Ed tadi. Selamba sahaja.
"Kau aku belasah sekali baru tahu. Minah minah. Siapa minah?" gumam Ed sambil merampas kembali majalah itu. Sempat sekali pukulan mengena kepala Wan.
"Datang bulan ke apa?" getus Wan sambil menggeleng. Marah je dari tadi. Apa ke halnya.
"Kepala otak kau. Blahlah. Menyemaklah," marah Ed lagi sambil menendang tubuh Wan dan jatuh tubuh itu menyembah lantai mar-mar biliknya itu. Padan muka. Mulut tak reti nak cover lansung.
"Sakitlah. Kau ni kan ganas nak mati. Lelaki pun tak nak tau. Cubalah ayu-ayu sikit. Comel-comel. Baru ada orang nak," seloroh Wan sambil kembali naik ke atas katil. Bahagian yang sakit tadi digosoknya.
"Suka akulah. Ingat aku kisah ke lalaki tak nak dekat aku? Kau tu. Cakap aku. Kau ada ke perempuan nak? Nenek tua yang dah kerepot pun belum tentu terpikat dengan kau tu," bebel Ed sambil menguakkan rambutnya yang jatuh menyapa wajah.
Rambut separas dadanya itulah yang selalu disembunyikan di dalam knitted hatnya. Begitu juga kening berbentuknya itu. Cantik orangnya jika perangainya itu lemah-lembut.
"Apa ke hal? Sawan ke apa senyum sorang-sorang," kata Ed pelik dengan kelakuan lelaki di sebelahnya itu. Tiba-tiba sahaja tersengeh-sengeh macam muka nak makan penampar.
"Apanya. Tak boleh ke aku senyum. Sedekah dekat engkau. Ish," gumam Wan sambil sama-sama meniarap sambil menatap majalah yang dibuka Ed. Dari dia memandang muka itu dan tersenyum-senyum sendiri. Lain pula jadinya nanti.
"Masuk air agaknya dia ni." Ed sudah malas hendak melayan. Abang sedaranya itu selalu juga datang ke rumahnya itu untuk mengganggu ketenteraman hidupnya kerana rumah Mak Cik Timah sedara sebelah babanya, sebelah nenek wannya, sebelah nek wannya punya mak. Banyak lah susur galurnya sehingga menimbulkan sedara bau-bau bacangnya itu tinggal cuma sebelah tingkap je. Sekangkang kera cacat tak cukup umur.
"Macam mana first day tadi? Ok? Jumpa mamat handsome tak? Ke minah cute," tanya Wan sekali lagi menggangu Ed hendak mentelaah majalahnya.
"Kau ni bro. Kau ingat aku ni homo ke? Minah cute segala. Tak kuasa betul," bidas Ed sambil mecerlung tajam pada wajah lelaki berkulit sawo matang disebalahnya itu.
"Bukan maksud aku itulah. Bengap juga kau ni rupanya." Ditonjolnya kepala Ed dengan selambanya membuatkan Ed bertambah geram dengan kehadiran lelaki itu.
"Habis. Apa yang kau maksudkan kalau bukan itu. Kaulah yang bengap."
Ed ni dah datang lurus pembarisnya, tak boleh nak mengelak. Memang pembaris pun tahu nak bengkok-bengkok.
"Awek cute tu aku tanya untuk aku. Mamat handsome tu aku tanya untuk pihak kau. Understand lil sis?" Poyolah dia ni. Tak faham pula orang berkias-kias.
"Awek cute? Aku lagi cute. Kau pergilah tengok sendiri kalau kau nak tahu. Buang tahi mata aku je pergi tengok perempuan untuk kau. Aku bagi sekali nanti. Kau baliklah sana. Aku nak tidur ni," suruh Ed sambil menutup majalahnya. Malas dia hendak berdebat dengan lelaki itu yang hanya dia tahu, menyakitkan hati je.
"Heleh. Jelouslah tu kalau aku ada awek. Aku tahu kau tak nak aku ada awek. Tak apa. Tak apa. Aku akan tunggu sampai kau jumpa mamat yang boleh tahan dengan kau untuk jadi pakwe kau baru aku pergi cari awek. Amacam?" cadang Wan dengan gelaknya.
Ed mendengus geram. Menyakitkan hati. Dengan pantas majalah di tangannya mencium kepala Wan.
"Kau jangan nak main-main dengan aku tau, Wan. Aku ingat aku ni tak layak sangat ke nak ada pakwe? Kau tu yang tak ada awek ada hati nak kutuk aku lebih-lebih," marah Ed. Sudahlah ada orang yang cari pasal dengannya petang tadi, malam itu pun masih ada lagi manusia yang hendak menaikkan kemarahannya.
"Alah. Memang pun. Kau tu tengok kasar macam apa. Ada ke orang nak? Aku, petik jari perempuan dah datang. Kau?" bidas Wan. Sudah ada lawannya untuk berdebat. Dari meniarap, mereka duduk mengadap. Anak mata mereka bertentang.
"Kalau setakat nenek-nenek pakai tongkat lagi menggigil yang datang bila kau petik jari, ingat aku kisah ke? Lambat seribu tahunlah," balas Ed. Cakap sahaja besar Wan ni.
"Ok kita tengok. Kau nak berapa hari? Kita bertaruh. Kalau kau boleh dapat pakwe, aku belanja kau makan sebulan pizza tak mengeluh," cadang Wan geram juga dibuat Ed ni. Kening diangkat membuatkan hati Ed bergelodak kuat.
"Aku tak nak aku je. Kau sekali. Kau dapat awek dalam sebulan dari hari ni, aku pun belanja kau. Kalau dua-dua dapat?"
"Mesti kau kalah punya. Aku Adwan Hadi anak Pak Raden. Mesti menang punya. Lelaki paling kacak dan macho dalam kampus. Huh. Senang je tu." Dengan begitu bangga dan riaknya dia berkata.
Ed mengepal penumbuknya. Geramnya.
"Fine. Lebih baik kau pergi balik sana sebelum runtuh bilik ni aku belasah kau anak Pak Raden. Sekarang balik," jerit Ed kemarahannya sudah meletus seperti gunung berapi sehingga bergegar rumah dua tingkat itu dikerjakannya.
Wan yang dari tadi begitu riak dan bangganya sehingga tergolek dan sekali lagi jatuh dari katil kerana jeritan Ed. Dia ni kalau dah marah, macam rasaksa kelaparan.
"Arios wahai Maya Edryna anak Pak Yusuf. Ingat. Kau yang nak sebulan je. Kalau tak, kekenyanganlah aku sambil mengayakan tokey pizza. Bye. Night. Mimpi putera pujaan malam ni. Jangan lupa," kata Wan sambil membuat muka comelnya sebelum hilang dibalik pintu.
Ed semakin geram dengan gelagat gila-gila abang sedaranya itu.
Eh. Mana aku nak cari dalam sebulan ni? Matilah. Baba. Ed nak duit. Nak belanja Wan. Kena cakap macam tu ke dengan baba? Ish. Gila punya Wan. Tak guna. Bual Ed dalam hati sambil menekup mukanya di bantal.
_____________________________________
"Hai Ed. Sorang je. Boleh Julia nak duduk?" tanya seorang gadis yang tiba-tiba datang menyapanya sedang asyik dia menjamu selera tengah hari yang begitu indah itu di cafe.
"Duduklah. Awam kan?" balas Ed sambil kembali menyambung makannya. Malas pula melayan gadis itu yang dari seminggu lepas sibuk hendak mendekatinya. Serabut. Agak dia tak tahu ke Ed ni perempuan macam dia juga.
"Thanks. Ed makan apa? Macam sedap je," kata Julia dengan nada gediknya sambil mengambil sudu dan garfu untuk memulakan makannya.
"Tak nampak ke? Kenapa tak pakai cermin mata? Pakai contact ke kalau nak cantik," kata Ed selamba sambil malapah ayam goreng yang berada di dalam pinggannya dengan rakusnya. Lapar sangat agaknya.
"Eh mana ada. Julia nampaklah." Tersipu-sipu Julia dikerjakan Ed ni.
Minah ni. Depan aku pun nak makan ayu-ayu ke? Ni yang aku malas ni kalau orang ingat aku lelaki. Si Wan tu kata dia lagi macho dan handsome? Dia belum tengok lagi kalau perempuan tengok aku. Lagi macho dan handsome dari dia. Menangislah kau Wan oi. Bebel Ed dalam hati sambil dengan mula selambanya menggigit tulang ayamnya. Tak sopan langsung.
Ed lepas makan je, terus nak bangun. Malas nak melayan Julia yang makannya ayu-ayu sahaja di hadapannya. Gedik sahaja dia tengok. Nak muntah pun ada juga dekat situ. Dari dia membazirkan makanan yang tadinya masuk melalui mulutnya. Lebih baik dia berlalu.
"Bye Ed. Jumpa dalam class," kata Julia sambil melambai dengan senyuman mengodanya.
Whateverlah Julia oi. Kalau kau tahu aku spicies kau, mesti kau menangis tertongeng punya. Kesian kau. Bebel Ed lagi dalam hati sambil menapak untuk mencuci tangannya. Sampai di singki, sempat dia membetulkan knitted hatnya dengan sebelah tangan yang bersih sementara menunggu seorang yang berada di hadapannya itu mencuci tangan.
Comel juga aku ni. Getus Ed dalam hati ketika melihat wajahnya yang terpantul dari cermin yang berada di hadapan singki.
Lelaki yang mencuci tangan tadi mengangkat wajah dan terkedu sebentar melihat wajah Ed yang bersahaja itu.
"Bro. Dah siap, boleh tepi sikit tak? Nenek aku kata, tak baik tangan kering bila lepas makan," seloroh Ed. Lambat-lambat pula dah tahu ada orang dekat belakang dia.
"Ed?" tanya lelaki itu sambil berpaling.
Leh mamat ni lagi. Sibuklah. Kata Ed dalam hati sambil buat muka tak tahu dan terus sahaja menghulur tangannya untuk dicuci.
"Salah orang lah bro," kata Ed melindungi gusar hatinya itu. Malas hendak melayan lelaki itu. Bukannya hari itu dia berniat hendak selamatkan lelaki itu. Dia cuma nak dapatkan ketenangan je.
"Maya Edryna. Kan?" Sekali lagi All bertanya. Tak puas hati lagi tu.
Ed dah buat muka makin selamba bila ada orang yang memerhati. Setelah selesai membasuh tangannya yang entah bersih atau tidak sebab tak pakai sabun tu, dia pun capai tisu dan berlalu.
"Ed wait," pinta All sambil mendapatkan langkah Ed yang sudah berlalu jauh meninggalkan cafe.
"What you want from me?" gumam Ed sambil berhenti dan berpaling.
Gedebuk! Tubuhnya jatuh dilanggar dan terlentang atas lantai.
Apa berat ni. Sesak nafas. Getus Ed sambil perlahan-lahan membuka matanya yang tadi ditutup rapat kerana terkejut.
Banyak orang yang lalu-lalang berhenti memerhati mereka berdua.
"Apa yang kau buat ni?" marah Ed sambil menolak tubuh All yang tadi berada di atas badannya dengan kasarnya sehingga tergolek-golek All macam ayam panggang golek.
"Sorry. Kenapa awak berhenti mengejut," kata All sambil terkial-kial bangun dan mengutip barangnya.
Gila ke apa mamat ni? Sakit gila badan aku dikerjakan. Bisik Ed dalam hati dan turut bangun. Dia hanya mampu tersenyum sahaja pada orang yang memandang yang sudah kembali menyambung kerja masing-masing. Beg silangnya yang terjatuh diambil.
"Apa yang kau nak sebenarnya ni? Jangan nak ganggu hidup aku boleh tak?" balas Ed sambil memandang wajah lelaki itu dengan tajamnya. Tak paus hati betul lelaki ni selagi tak kena belasah dengan Ed.
"Saya nak cakap thanks pasal hari tu," kata All lagi sambil berdiri menghadap Ed setelah selesai mengambil barangnya.
Eh. Tinggi gilalah pula mamat ni. Getus hati Ed sambil memanggungkan kepalanya.
"Lagi?" tanya Ed memberi peluang lelaki itu berbicara.
"Boleh kawan dengan saya?" tanya All dengan senyuman nipisnya memandang wajah Ed.
"Lagi?"
"Boleh keluar dengan saya? Yelah nak balas budi awak sebab tolong saya hari tu."
"Lagi?"
"Itu jelah."
"Lambat seribu tahun untuk semua tu. Tak ada masa." Ed terus berpaling hendak berlalu. Malas nak layan. Dahlah sopan-santun gila si All ni bercakap.
"But Maya..." Digapainya tangan Ed membuatkan Ed tidak jadi untuk berlalu. Wajahnya dipalingkan dan anak mata mereka bertaut.
Maya? Kenapa panggil aku Maya? Tak pernah orang panggil aku Maya. Kau tahu tak? Kata Ed dalam hati kerana tersentuh jiwa gadisnya ketika namanya itu disebut.
Teringat dia mengenai janjinya dulu sewaktu dia berumur 16 tahun. ‘Sesiapa yang berani panggil aku Maya, lelaki tulah yang aku suka.’ Bangganya dia waktu itu bercakap dengan cermin bilik mandinya kerana memang tidak ada seorang pun lelaki yang pernah nampak dia ni sebagai perempuan. Semuanya takut hendak mendekatinya kerana sifatnya itu. Hanya abang sedaranya yang menyakitkan hati itu sahaja yang rapat dengannya.
"Ed. Kenapa berdiri dekat tengah-tengah jalan ni?" sapa Julia sambil melambai-lambai tangannya di hadapan muka Ed yang masih terkaku di situ.
Eh. Kenapa si lembut tu bertukar dengan si gedik ni? Mana dia? Hilang dah? Getus Ed sambil berpaling ke kiri dan kanan mencari kelibat All. Bila masa lelaki tu hilang? Banyak beranganlah tu.
"Saja. Tak boleh ke?" tanya Ed sambil mengambil begnya di atas lantai yang tadi terjatuh kerana asyik menatap anak mata All.
"Boleh je. Kita pergi kelas sama-sama jom," ajak Julia dengan senyuman manjanya sambil berjalan bersama Ed.
Ed sudah malas hendak melayan dan membiarkan sahaja Julia mengiringi langkahnya.
Sampai di kelas, seperti seminggu lalu, dia duduk mengambil tempat dan Julia tak semena-mena duduk di sebelahnya yang selalunya di duduki lelaki. Dia masih lagi tidak menghiraukan gadis itu.
"Beruntungnya dia. Dahlah cantik. Dapat boyfriend cute, macho, handsome macam Ed tu. Ish jelousenya aku." Kedengaran bisikkan tidak sedap didengar oleh telinga Ed.
"Farid. Sini," panggil Ed selamba pada rakannya yang selalu duduk di sebelahnya dalam kelas itu.
Lelaki berbaju t-shirt biru yang baru masuk itu menuju kearahnya.
"Hai Julia," tegur Farid sebelum mengangkat kening pada Ed.
Julia hanya tersenyum menggoda pada Farid.
"Farid. Duduk sinilah," kata Ed selamba dan lansung tidak menghiraukan riak Julia.
"Habis girlfriend kau ni?" tanya Farid pula dengan muka selambanya.
Sejak bila minah gedik ni jadi girlfriend aku? Aku tak declare pun. Hoi aku ni bukannya jenis suka kaum aku sendiri tau. Marah Ed dalam hati.
"Dahlah aku duduk sebelah Manaf," tambah Farid sambil menepuk bahu Ed dengan senyumannya dan terus berlalu meninggalkan Ed terkaku dan membeku.
"Sejak bila aku jadi boyfriend kau?" tanya Ed pada Julia seakan orang bodoh kerana kebekuan otaknya. Confuse sebentar dengan jantinanya.
Julia hanya tersipu-sipu malu dengan pertanyaan itu membuatkan Ed mengetuk perlahan kepalanya di meja. Hendak menyedarkan dirinya supaya tidak duduk dalam dunia khayalan pari-pari atau apa-apa khayalan sahajalah.
________________________________________
"Mak Iah. Ed mana?" tanya Wan yang baru sampai dan menapak masuk dalam rumah. Disebabkan selalu sangat dia datang, rumah itu dah macam rumahnya sahaja dibuatnya.
"Ada dekat biliklah," jawab Puan Hairiah yang sibuk menyusun barang-barang di atas meja tamu.
"Kau nak apa Wan. Asyik datang je. Bosan aku tengok muka kau." Kedengaran suara Ed yang baru turun dari tingkat atas dengan nada malasnya. Muka baru bangun tidur.
"Kamu ni Ed. Cuba elok-elok sikit cakap tu," tegur Puan Hairiah sambil memandang anaknya itu. Dengan baju t-shirt besarnya bersama seluar pendeknya. Rambutnya yang berterabur sakan itu. Dah pukul berapa baru si Ed ni bangun. Mentang-mentanglah hujung minggu.
"Mimi. Muka budak ni bukan boleh layan sangat. Menyakitkan hati," jawab Ed selamba sambil berlalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dengan air liur basi tak bercuci. Ish Ed ni.
"Apa ni. Cuba duduk tu sopan sikit," tegur Puan Hairiah lagi ketika Ed meletakkan kakinya di atas meja tamu. Risau pula dia melihat anaknya itu terus-terus berkelakuan kelelakian sebegitu. Alamatnya, tidak bermenantulah dia nanti.
"Releks lah mimi. Macam tak biasa pula," balas Ed sambil duduk pula bersila.
Wan sudah mengambil tempat di sisi Ed.
"Oi. Dah dapat cari belum? Ke dah menyerah kalah?" tanya Wan setelah Puan Hairiah berlalu meninggalkan ruang tamu.
"Aku menyerah kalah? Lambat seribu tahun lah bro. Tengok kakilah. Tak ada bulu macam kau. Bukan macam kau. Muka tak handsome, bulu kaki dahlah panjang, kerinting pula tu. Aku Ed. Muka handsome, cute, macho lagi bergaya dengan kaki yang licin dan bunting padi lagi tau," repek Ed tak ada kena mengena langsung dengan apa yang ditanya Wan tadi.
"Apa kena mengena?" tanya Wan dengan nada peliknya. Diselaknya seluarnya. Ish. Dia sendiri tak larat nak tengok jika dibandingkan dengan betis putih gebu milik Ed. Apa yang diorang merepek ni?
"Kau nak merasa makan kaki aku ke bro? Yang kau tenung betis aku tu kenapa?" gumam Ed sambil menepuk kepala Wan.
"Salah ke? Macam mana progres. Dapat?"
"Kalau kau dengar mesti menangis punyalah. Comfirm kau tak percaya."
"Kenapa? Banyak sangat ke?" Ada ke lelaki nak dekat minah kasar ni? Tambah Wan dalam hati mengutuk Ed. Nanti keluar ikut mulut, kena sekel dengan Ed pula. Benjol-benjol kepalanya nanti.
"Beratur yang nak dekat aku tapi semua aku tolak." Ed masih bermuka selamba sambil meletakkan kakinya di atas meja tamu.
Wan ternganga. Dia sendiri sebenarnya tak ada lagi yang melekat walaupun dah dua minggu mencuba. Takkan dia boleh kalah dengan Ed. Lagi dua minggu je lagi ni.
"Semuanya kau tolak kenapa pula?" Pelik je dia ni. Ada pergi tolak. Nak kalah ke?
"Dah semuanya yang nak dekat aku tu kaum sejenis aku. Aku tolaklah. Kau ingat aku tertarik ke dengan kaum sejenis aku? Nak termuntah."
Eh. Biar betul dia ni. Getus hati Wan tidak percaya. Sedangkan dia yang lelaki tulen tu pun perempuan tak kejar. Takkan lelaki celup ni perempuan boleh kejar. Apa specialnya dia ni? Ni kena belajar ni.
"Macam mana boleh jadi macam tu? Habis lelaki?" Sebenarnya nak korek rahsia kejayaan macam mana boleh memikat hati gadis sedangkan dia tak berkuit pun. Perempuan yang datang pada dia. Ini ajaib. Ed ni pakai ubat pengasih ke?
"Lelaki? Dah diorang ingat aku lelaki. Takkanlah lelaki nak suka lelaki pula? Gila punya soalan. Diorang tak tahu aku perempuan. Hampehnya hidup ini. Kenapalah aku begini?"
Ed bingung. Kenapa dia tidak berubah sahaja jadi seperti gadis-gadis lain yang boleh menyarung kasut tinggi dan memakai baju gaun cantik seperti selalu dalam mimpinya itu. Peliknya.
"Peliklah kau ni. Ubahlah. Nak aku panggil Kak Yani untuk ubah kau ke?" tanya Wan tidak puas hati pula dia dibuat Ed ni. Dia kalah dengan Ed bab memikat perempuan. Mana boleh jadi. Ikut hukumlah. Ini tidak.
"Tak perlulah bro. Nanti terperanjat badak sumbu masuk kandang nanti satu kampus tu tengok aku pakai skirt dengan heels. Dalam mimpi jelah." Ed sudah mengingatkan mimpinya. Seronoknya.
"Tak try, tak tahu. Cuba try." Wan masih lagi menghasut. Macam makhluk yang pakai tanduk dan ekor tu pun ada juga.
Ed menggeleng. Malas hendak memikirkan apa-apa. Mata yang berat kian terlelap.
"Hah!"
Terperanjat Ed dibuatnya kerana sergahan Wan yang tiba-tiba tu.
"Apa kau ni? Nasib baik tak heart attack." Ed mengusap dadanya.
"Kau try pikat diorang," cadang Wan sambil menjungkit-jungkitkan keningnya. Macam bernas sangat je idea dia tu.
"Bro. Idea kau tu, semuanya tak boleh pakai. Aku nak naik tidur. Malas aku nak layan kau. Kau pergilah cari awek. Nanti kau kalah dengan aku. Melalak tak tentu pasal nanti duit kau habis bagi dekat orang pizza. Blah sana," suruh Ed sambil bangun dari sofa itu dan beralih pada sofa berangkai tiga untuk dijadikan tempat tidurnya.
Tahu-tahu je aku tak dapat apa-apa lagi. Wan pula duduk memikir macam mana dia hendak menarik perempuan supaya dia tak kalah dengan Ed.
_______________________________________
"Ed. Petang ni. Futsal. Nak join?" tanya Farid sambil duduk di kerusi hadapan meja Ed.
"Boleh juga. Pukul?"
"5. Datanglah. Pakai baju biasa," ajak Farid sambil sesekali dikerlingnya wajah Julia yang dari seminggu lepas duduk di kerusinya itu. Bahagia je dapat duduk sebelah budak handsome.
"Yelah. Tempat selalu kan?" tanya Ed meminta kepastian.
"Ye selalu. Julia. Datanglah sekali. Bagi semangat dekat boyfriend kau ni." Sempat lagi Farid mengajak Julia yang terkulat-kulat memandang perbualan mereka berdua.
Berapa juta kali aku nak bagi amaran bersuara dekat budak-budak ni. Julia, not my girlfriend. Ed menggumam perkataan dalam jiwanya.
"Bro. Dia..."
"Aku pergi dulu. Jangan lupa datang," pintas Farid belum sempat Ed bersuara membela dirinya yang kian malang itu.
"Dah berapa ramai tahu aku boyfriend kau?" tanya Ed selamba pada Julia. Dia akan jadi begitu setelah orang mengabaikan kata-katanya. Blur dan bingung.
Julia menjungkit bahu dengan senyuman manjanya. Kesian je Julia ni. Macam tak bersalah je sebab tak tahu Ed ni perempuan.
"Yo bro. Datang pun. Lambatnya," kata Farid sambil mengangkat tangan pada Ed yang baru menjejakkan kakinya ke gelanggang futsal. Ramai gadis-gadis duduk bergayut di tempat-tempat penonton dan tak lepas juga beberapa orang lelaki yang turut ada untuk menyaksikan.
Ed tersenyum tepi sambil membetulkan knitted hatnya. Selamba sahaja dia dengan berbaju t-shirt longgarnya dan seluar separas lutunya. Beg digalasnya.
"Betis perempuan kau Ed. Cantik gila. Perempuan tengok pun menangis," tegur Hafiz dengan senyuman sengaja berseloroh.
Dah memang aku perempuan nak buat macam mana. Gumam Ed dengan senyuman. Itu sahaja yang mampu dilakukannya ketika orang mempertikaikan apa yang ada di tubuhnya. Matanya macam perempuanlah, bibirnya menggiurkanlah. Apa-apa sahaja. Dadanya memang tiada siapa dapat kenal pasti kerana dia dah cover awal-awal.
Ed duduk mengambil tempat untuk menanti pemain lain.
"All. Sini," panggil Hafiz pada seorang lelaki yang baru masuk.
Ed menjungkit keningnya. Mamat tu. Lemah-lembut gila berjalan. Macam ni pun boleh masuk team futsal ke?
All menapak mendekati mereka dan terperanjat sebentar melihat Ed. Sudah lama dia tidak nampak wajah Ed. Menghilang lama gadis itu, dia tidak dapat memberkasnya.
"Ed," tegur All sambil memandang wajah selamba Ed.
"Dia join sekali dengan kita. Ada bantahan?" tanya Hafiz kembali.
"But..." Belum sempat mulut All bersuara, Ed terlebih dahulu menyambar lengan All dan menariknya jauh dari mereka.
Yang lain sudah melihat mereka lain macam sahaja.
"Kau pecah rahsia, siap. Mulut tu senyap dahlah," gumam Ed seakan berbisik pada All. Lelaki itu, ada sahaja hendak merosakkan harinya.
"But, awakkan perempuan. Macam mana nak main dengan budak lelaki?" tanya All pelik pula dia. Wajah comel Ed dipandangnya. Macam mana agaknya jika Ed ketiadaan topinya itu. Mesti lagi comel.
"Kau berangan apa? Suka akulah. Kau jangan sesekali ungkit. Habis kau tu lembut. Boleh pula nak main futsal. Ingat kau jangan pecah rahsia," ugut Ed dengan muka ketatnya. Mana boleh pecah rahsia. Dia nak main futsal. Main futsal dengan perempuan tak sedap. Main futsal dengan lelaki baru chalenge.
"But..."
"Sekali lagi kau cakap but, aku tumbuk kau," ugut Ed geram. Tak faham bahasa pula All ni.
"Ada syarat kalau awak tak nak saya cakap," kata All main tarik tali. Susah sangat dia nak approch Ed ni. Jadi, dengan paksaan jelah. Hatinya dah sentiasa sebut nama Ed semenjak Ed menyelamatkannya.
"Syarat apa?"
"Keluar dengan saya. As a girl." Bersinar-sinar mata All memandang wajah Ed. Tidak dapat dia bayangkan betapa cantik dan comelnya Ed dengan baju gaunnya.
Dush! Sekali penumbuk hinggap di pipinya sehingga berpaling mukanya.
"Apa tu?" tanya All pelik sambil menggosok pipinya.
"Ada hati. Gatal." Ed terus berlalu mendekati rakan-rakannya yang tadi membuat hal masing-masing.
"Hai Ed. Julia bawakan Ed ni," kata Julia dengan manjanya sambil menunjuk pada 100 plus yang berada di tangannya.
Ed hanya tersenyum nipis. Dikerlingnya All yang masih menggosok pipinya yang kian kebiruan dikerjakan Ed sebentar tadi.
"Ed. All. Start jom," ajak Hafiz di tengah-tengah gelanggang mengamit mereka berdua yang masih lagi bersantai-santai macam datang nak berkelah je.
"Ed. Ed." Julia mula bersorak. Bukan menaikkan semangat Ed, meruntuhkan semangat adalah sebab nak termuntah.
Mereka bermain. Ed masih lagi dengan lagak macho dan bergayanya dengan knitted hat yang masih melekat di kepalanya.
Team Ed berada di hadapan. Dalam asyik mereka bermain dan yang lain bersorak, tiba-tiba Ed terkhayal seketika dan tidak perasan yang bola menghala padanya.
Tung! Pening Ed dibuatnya kerana bola yang berlaga dengan belakang kepalanya membuatkan dia terjatuh menyembah lantai.
"Oi Ed kau ok ke?" tanya yang lain serentak. Tiba-tiba semua risau pula melihat Ed tak bangun-bangun dari berbaringnya.
Ed tersenyum nipis sambil menggosok belakang kepalanya dan dia tak perasan waktu dia bangun, knitted hatnya tertanggal dan rambut lembutnya mengurai.
Semua yang terkesima bertambah beku. Angin sejuk berlalu menampar wajah.
Julia yang tadi beriak risau juga terkejut dan membulat matanya.
Ed yang baru sedar memandang sekelilinya.
"Ed. Kau. Perempuan?" Farid terkejut dan mengeluarkan soalan bodohnya. Comel gila Ed dengan rambut panjangnya yang bagaikan menggunakan teknik rebonding itu dengan kening nipis berbentuk menghiasi mata budar berkacanya itu.
"Aku tak pernah kata aku lelaki," jawab Ed dengan senyuman yang paling comel yang boleh diukirnya. Rahsianya pecah sendiri tanpa perlu mulut All membuka rahsianya. Bukan dia rahsiakan. Memang sudah itu identitinya dan bila orang mengatakan yang dia lelaki kemudian mengajaknya bermain permainan bersama budak-budak lelaki, dia hanya mengikut memenuhi pelawaan. Itu sahaja.
"Selama ni aku kawan dengan perempuan?" tanya Hafiz pula. Terkejut kerana tidak pernah perempuan hendak berkawan dengannya. Seronok riak wajahnya seakan berjaya melakukan sesuatu.
Ed sudah terkebil-kebil dan memandang wajah All yang tersenyum memerhatikannya.
"Kenapa Ed perempuan?" Kedengaran suara kecewa Julia di luar gelanggang membuatkan semua orang tertumpu padanya. Kasihan sahaja wajah itu. Kecewa. Patutlah Ed tidak pernah hendak melayannya.
"Ed. Aku balik dulu," kata Hafiz dengan senyuman yang penuh makna semenjak mengetahui Ed perempuan.
Perlawanan tadi diteruskan walaupun mereka sudah mengetahui Ed, perempuan. Julia meninggalkan kawasan itu kerana kecewa.
"Ok bro. See you tomorrow," ucap Ed. Nasib baik dia tak kena balun sebab perkara tadi.
"Dah Ed. Aku blah dululah. Kau ada kenderaan nak balik kan?" Farid masih lagi melayan Ed seperti selalu kerana tadi Ed menyatakan yang dia tidak mahu rakan lelakinya yang lain melayannya seperti dia itu seorang perempuan. Dia hendak dilayan biasa-biasa sahaja.
"Ada. Thanks. See you." Ed tersenyum sambil memasukkan barang-barangnya.
Habis sahaja dia memasukkan barangnya, dilihatnya All tidak berapa jauh darinya yang masih lagi mengemas.
"Bro. Bila nak bawa aku keluar?" tanya Ed pada All. Apa salahnya dia mencuba dari dia kalah dengan sedaranya yang tak sedar diri tu.
"Hah?" All berpaling kebingungan dengan kata-kata Ed.
"Kau nak ajak aku keluar kan? Tapi mamak-mamak jelah. Aku tak nak pakai dress segala. Rimas." Selamba je Ed ni. Bukan All yang mengurat dia, dia pula yang mengayat All.
"Esok?" tanya All dengan senyuman tersipu-sipunya.
"Esok. Pukul 5. Aku tunggu dekat pagar. Kau ada kereta ke?"
"Ada."
"Naik kereta kau. Jangan lupa ambil aku dekat pagar. Aku blah dulu bro." Ed dengan selamba berlalu meninggalkan All terpinga-pinga. Siapa sebenarnya lelaki? Dia ke Ed? Tapi kenapa Ed pula yang mengayat dia? Blur sebentar.
__________________________________________
"Julia. Sedih lagi ke?" tanya Ed kesian pula melihat gadis itu. Muram sahaja wajahnya semenjak pagi tadi.
Julia mengangguk kecil dengan muncungnya.
"Sorry lah." Terasa bersalah pula Ed tak pernah nak berterus terang.
"Kenapa Ed tak cakap dengan Julia yang Ed perempuan?" tanya Julia perlahan sahaja nadanya. Kecewa benar gamaknya.
"Bukan aku tak pernah cakap. Kau tu tak pernah tanya kan? Main teka je. Dahlah janganlah sedih. Tak kuasa aku nak pujuk-pujuk ni," seloroh Ed. Risau pula dia. Anak orang ni nanti bunuh diri, siapa yang susah?
"Tapi..."
"Aku cadangkan kau, better pergi dekat dengan Farid. Sebab dia cool. Ok. Loving. Romantik. Jiwang karat tak bertempat. Macam mana ok? Gantikan dengan aku." Lancar dia memujuk hati Julia. Nak buat macam mana. Disebabkan dia, Julia kecewa menonggeng.
"Betul ke? Habis, dia nak ke dengan Julia?"
Aku dah macam peace maker lah pula nak menyatukan orang-orang ni. Ish. Getus Ed dalam hati.
"Dia pun selalu tengok-tengok kau. Aku rasa dia nak juga agaknya dekat kau. Pergilah try," cadang Ed dengan senyuman memberi semangatnya. Bersemangat balik wajah Julia. Senang je nak pujuk Julia ni bila putus cinta.
"Boleh ke? Julia malu," kata Julia dengan senyuman tersipu-sipunya.
Malu? Dekat dengan aku dulu, tak malu pula. Minah ni tau. Bebel hati Ed geram pula dengan Julia dah mula buat muka ayunya itu.
"Ada masa nak malu-malu. Pergi je. Tak try nanti melepas." Ed mula menaikkan semangat.
"Julia pergi ni." Julia dah bangun dan tersenyum manja.
Ed mengangguk.
Dilihatnya Julia mendekati Farid yang duduk bersendiri di mejanya membuat sesuatu. Kedatangan Julia diterima baik oleh Farid.
Farid menoleh memandang Ed.
Ed tersenyum sambil menunjukkan ibu jarinya dan mengenyit mata membuatkan Farid tersenyum melebar.
"Maya." Satu suara membuatkan Ed tersentak ketika menunggu All datang menunaikan janjinya.
"Berlendir ketiak aku tunggu kau. Lambat gila. Pergi mana? Tak punctual langsung," marah Ed sambil membuang tubuhnya masuk ke dalam kereta berpenghawa dingin milik All.
All terkedu dengan keselambaan Ed. Dia ni tak tahu malu lansung. Cakap pakai lepas je.
"Jalanlah. Nak kemana?" tanya Ed sambil memandang wajah lelaki di sebelahnya itu.
"Maya nak pergi mana?" tanya All kembali.
Giliran Ed pula terkeras.
"Kau jangan panggil aku Maya lah. Lain macam aku dengar," seloroh Ed sengaja menukar topik. Panas pula dia duduk dalam aircond macam tu.
"Kan sedap panggil Maya. Awak tak rasa ke?"
Ed hanya diam. Kenapa rasa lain macam je ni?
"Suka hati kaulah bro. Nak pergi mana ni? Aku nak makan dekat pizza lah." Asyik pizza je Ed ni tahu.
"Ok."
Dalam perjalanan untuk keluar first date tu, Ed dan All terdiam sahaja. Lansung tak berbunyi.
Sampai di pizza hut, mereka masih lagi sunyi-sepi sampai duduk dan makanan datang.
"Makan bro." Ed dengan lahapnya makan. Tak ingat dunia dah. Macam anaconda.
All makan dengan sopan-santunnya sambil matanya terus-terus memerhati gelagat Ed. Tersenyum-senyum bibirnya memandang gelagat gadis itu.
Makan punya makan, Ed tak sedar bahagian dia dah habis.
"Bro. Kau makan lambat gilalah. Kau nak ke tak nak ni? Aku makan kalau kau tak nak," kata Ed dengan wajah selambanya.
"Makanlah kalau awak nak," beri All.
"Thanks." Ed apa lagi. Terus sambar dan makan. Sedapnya.
"Ada sos dekat tepi bibir awak," beritahu All sambil menguis tepi bibirnya.
Ed hanya mengeluarkan lidahnya menjilat-jilat bibirnya.
"Dah?" tanya Ed sambil mengunyah pizza dalam mulutnya.
All tersenyum sambil mengambil tisu dan mengelap sos yang melekat di tepi bibir Ed membuatkan Ed terkejut. Macam kena electric shock.
Selesai sahaja All mengelapnya, bru... Tersembur pizza dari dalam mulut Ed kerana tersedak. Habis semua sisa-sisa melekat pada muka dan baju All.
Nasib baik diorang ambil tempat yang tersorok. Jadi, tak adalah orang yang nampak kejadian memalukan itu.
"Awak ok ke?" tanya All sambil menghulurkan air. Sabar sahaja dia dengan gadis itu. Mencuit hatinya.
Ed mengangguk sambil menepuk-nepuk dadanya. Beri laluan untuk makanan lalu dan menelan beberapa teguk air.
"Lain kali boleh saya nak ajak awak keluar lagi?"
Bru... Sekali lagi All terkena semburan mentera dari Ed. Kali ni, basah baju dan mukanya.
Ed tersenyum malu dengan perlakuannya.
All menggaru kepalanya. Macam mana gadis seperti itu menarik perhatiannya. Dia sendiri tidak dapat menjawabnya. Pelik dan unik.
_________________________________________
Ed tersenyum bangga berdepan dengan Wan. Anak mata lelaki itu ditikamnya tajam.
"Sekarang, kau tak nak mengaku lagi ke yang aku ni hebat?" tanya Ed dengan nada sinisnya.
"Ish kau ni. Yelah. Kau hebat. Dah seminggu pun tak puas hati. Nak suruh aku cakap hari-hari ke?" keluh Wan sambil menggapai sepotong pizza untuk dimakannya.
Disebabkan seminggu lepas dia tidak dapat membawa gadis untuk ditunjukkan pada Ed, dia kalah dengan percaturan yang dia lakukan sendiri. Ed boleh pula datang dengan seorang lelaki yang memang dari pandangannya lelaki itu lemah-lembut, tapi, cukup memahami dengan kelakuan dan sifat Ed. Hampeh terasa dirinya kala itu.
"Disebabkan kau kalah, jangan makan. Kau kena tengok je," marah Ed sambil merampas potongan pizza di tangan Wan kemudian masuk ke dalam mulutnya.
Bahagia pula rasanya. Dahlah dapat boyfriend, dapat makan lagi. Tak perlu berubah menjadi orang lain untuk dia dapatkan pasangan. Sekadar menjadi dirinya dan diterima All yang begitu memahami.
"Kedekut gila minah ni. Duit aku tau," gumam Wan geram. Takkan sepotong pun tak dapat. Tahulah dia dah kalah.
"Duit kau, tapi dah belanja aku kan? Tak payah banyak cakap. Kau kata tak nak mengeluh. Kau mengeluh, tambah lagi sebulan belanja aku. Nak?" ugut Ed dengan wajah puasnya.
"Yelah. Ish dia ni. Makanlah sampai kau membuntal dekat situ. Padan muka," gumam Wan. Dagunya ditongkat bosan.
"Membuntal pun, All terima aku. Kau bersabarlah. Mesti nanti dapat punya. Kau jangan risau wahai anak Pak Raden. Bersabarlah." Ed membuat nada tidak bersalahnya. Macam menginsafi diri sendiri pun ada juga sambil menepuk-nepuk bahu abang sedaranya itu.
"Sudahlah kau. Aku tengah bersabarlah ni. Bersabar dengan kau. Tu telifon berbunyi. Tak nak angkat ke? Marajuk nanti si lembut tu," kata Wan sambil mengeriling pada telifon bimbit Ed. Tertera ‘MINE’ di skrinnya.
"Lembut pun sayang dekat aku." Ed tersenyum bahagia sambil menjawab panggilan dengan mulut penuhnya.
"Hallo bro. What’s up?" Selamba je cakap dengan boyfriend dia macam tu.
Wan apa lagi. Ed dah khayal bercakap dengan telifon, dia pun gapai pizza Ed.
Pup! Satu tamparan mengena tangannya. Nampak pula tu matanya walaupun khayal.
"Hah?" Terkejut Ed dibuatnya dengan kata-kata All di hujung talian. Makanannya tersembur keluar menyapa wajah Wan yang berada di hadapannya.
Tak dapat makan pizza aku tak menangis lagi. Ni dah kena mentera tok janggut ni yang aku takut bala hidup aku. Tangis Wan dalam hatinya sambil meraup wajah.
"Ye. Ye. Boleh. Boleh. Jangan risau. Ok. Malam ni. Fine." Ed terus melatakkan telifon bimbitnya di atas meja. Wajah kesayuan Wan dipandangnya.
"Wan. Kak Yani. Kita jumpa Kak Yani. Bungkus ni semua," suruh Ed. Sempat lagi dalam kelam-kabut nak membungkus pizza yang masih berbaki depan mata dia tu. Mana boleh membazir. Rezeki tu.
"Buat apa jumpa Kak Yani?" tanya Wan terkebil-kebil sambil mengangkat tangan menggamit pelayan.
"Nanti aku cerita dalam kereta. Kak Yani ada dekat rumah sekarang ni kan?" Ed dah tak boleh nak bertenang. Gundah-gulana dikerjakan All. Suka buat kejutan.
Setelah membungkus, semuanya dibawa pulang dan berjumpa Kak Yani, kakak kepada Wan, anak Pak Raden.
Wan ternganga memandang Ed yang cantik dengan baju kurung kain suteranya. Muka yang sudah disolek cantik oleh Kak Yani yang memang pakar benda-benda seperti itu dan rambutnya dileraikan.
"Oi masuk lalat," tegur Kak Yani sambil menekup mulut adiknya itu.
Wan tersenyum menutup malu.
"Dah nak pergi dah Ed? Kirim salam baba pada papa dia," kata Encik Yusuf. Cantiknya anak gadisnya itu berbaju kurung seperti itu. Dia tahu hubungan anaknya itu bersama All kerana lelaki itu datang ke rumah meminta kebenaran untuk membawa Ed keluar selalunya bila waktu malam.
"Kirim salam mimi pada mama dia. Cantik anak mimi." Sempat dia memuji. Akhirnya, sempat juga dia melihat anaknya itu ada pasangannya seperti gadis-gadis lain.
"Ok ke ni? Ed tak selesa. Muka macam ada benda yang melekat. Ok ke?" tanya Ed buat ke sekian kalinya. Memang tak selesa walaupun hanya dengan foundation, berbedak dan blusher. Mata yang disolek begitu juga bibirnya.
"Ok. Ed jangan usik apa-apa. Makan ayu-ayu. Jangan gelojoh-gelojoh. Ingat Kak Yani ajar tadi," pesan Kak Yani dengan lemah-lembutnya. Kak Yani ni memang terkenal dengan sifat perempuan melayu terakhirnya.
"Insyaallah Ed ingat." Berdebar hatinya. Mana taknya. Tiba-tiba All nak bawa dia bertemu mama dengan papanya. Berdebarlah. Tu yang bertukar rupa terus.
Wan dari tadi duduk perhati Ed. Kenapalah dia je yang tak pergi mengayat minah keras ni dari dia kena belanja makan pizza lepas tu melepas. Bingung.
"Ed. Ni. Jangan lupa," beri Kak Yani sambil menghulur sendal. Hendak disuruh Ed pakai kasut tumit nanti tak berjalan pula Ed. Jadi, sekadar bersendal sudah cukup.
"Thanks Kak Yani. Love you all. Ed pergi ni," kata Ed sambil memberi tabik. Macam orang nak pergi berperang.
"Ayunya awak malam ni," kata All sebelum turun membukakan pintu untuk Ed.
"Kau jangan main-main dengan aku. Aku tanggal semua ni nanti. Baru tahu," gumam Ed geram pula dia kerana All tidak sudah-sudah memujinya itu dan ini. Yelah selalu nampak Ed dengan t-shirt, jeans dengan snekers je.
"Depan mama dengan papa, awak jangan beraku kau pula dengan saya. Nanti mama dengan papa terkejut," pesan All dengan senyuman. Langkah Ed dibawanya masuk ke dalam rumahnya.
"Bukan kau kata, kau cerita semua benda pasal aku pada diorang ke? Ke kau tipu aku?" tanya Ed perlahan masih lagi beraku kau dengan All.
"Memanglah. Sengaja. Takkanlah awak nak terus beraku kau dengan saya?"
"Salah ke?"
"Memang tak salah. Tapi tak kena. Nanti kalau saya kahwin dengan awak, takkan awak nak aku kau juga?"
"Siapa nak kahwin dengan awak?"
"Sayalah. Saya sayang awak tau. Awak tak nak ke?"
"Perasanlah. Lambat seribu tahun."
"Saya cepatkan seribu tahun."
"Kau."
"Jangan pakai kau."
Ed mencerlung dengan membesarkan mata bundarnya.
"Allif Rufil. Cantiknya bakal menatu mama. Cantik lagi dari dalam gambar yang pakai baju t-shirt yang Allif Rufil tunjuk pada mama tu." Seorang wanita awal 40-an yang masih cantik itu menerpa pada Ed dengan mesranya.
"Maya, Mama. Mama, Maya Edryna." All hanya tersenyum memandang mamanya bersalam dan mengucup pipi Ed dengan begitu mesranya.
Ed hanya membalasnya. Mesra benar mama All.
"Allif Rufil. Dah sampai. Mana bakal menantu pertama papa tu?" Keliahtan lelaki akhir 40-an turun dari tangga dengan senyuman menguntumnya.
Bakal menantu pertama? Getus hati Ed dengan senyum plastiknya. Kenapa All tak pernah beritahunya? Yang selalu dia dengar, All berseloroh menyatakan yang All sayangkan dirinya. Itu sahaja.
"Ni papa. Tengoklah. Cantik kan? Kan mama dah cakap dengan Allif Rufil. Cuba suruh dia pakai baju kurung dan solek sikit. Cantik orangnya. Ayu lagi ni. Ni tak solek pun cantik juga. Kan Maya Edryna?" celoteh mama All dengan senyuman. Sebut nama penuh terus.
Cet. Patut bersungguh-sungguh suruh aku pakai baju kurung siap bersolek segala. Rupanya mama dia yang suruh. Bebel hati Ed sambil menghulur salam pada papa All. Tersenyum sahaja dua wajah orang tua All.
Banyak juga cerita dari papa dan mama All. Macam-macam bertanya dan berbual pasal itu dan ini. Dari belum mula makan, sampai tengah makan, sampai lepas makan mereka berbual tak sudah. Banyak benar benda yang diceritanya. Ed yang dah selesa dengan dua orang tua All kadang-kadang terkeluar sifat sebetulnya. Nasib baik papa dengan mama All sudah tahu memang dia begitu dan menerimanya sahaja.
"Jadi Maya Edryna. Nanti kalau papa dengan mama hantar pinangan, Maya Edryna terimalah ye. Papa tengok Maya Edryna dengan Allif Rufil pun serasi je. Papa tak naklah kamu couple lama-lama sangat. Nanti bila dah kahwin manisnya dah tak ada." Panjang lebar papa All berkata dengan senyuman.
"Betul tu. Mama setuju dengan papa. Allif Rufil pun kata dia nak sirius dengan kamu. Kan Allif Rufil?" Mama All pula mencelah.
Ed terkebil-kebil memandang wajah keduanya dan kemudian jatuh pada wajah All yang tersenyum sahaja.
"Kenapa? Maya Edryna tak suka ke?" tanya mama All kembali kerana melihat wajah kebingungan Ed.
Ed tersenyum dan tunduk. Malu pula dia. Tidak pernah dia semalu itu. Papa dan mama All begitu terus orangnya.
"Senyum lepas tu tunduk. Maknanya bolehlah kan, Maya Edryna?" Papa All bersuara lagi membuatkan Ed bertambah malu. Hendak sahaja dia menjerit di situ menyatakan yang dia setuju.
"Maya nak pergi toilet kejap boleh?" tanya Ed dengan tersipu-sipunya. Dia dah tak tahan nak menjerit. Dalam toilet mesti menjerit orang tak dengar.
"Pergilah. Dekat situ," tunjuk mama All dengan senyuman bahagianya.
Ed berlalu pantas.
"All! Kenapa tak cakap dengan Ed awal-awal! Ed malu tahu tak! Walaupun Ed sukakan All! Tapi Ed malu nak mengaku!" Bergema jeritan Ed di bilik air membuatkan All rasa bagai terhumban dirinya dalam lombong. Kenapa gadis itu yang berjaya menarik rasa hatinya. Pelik.
"Setujulah tu," kata papa All dengan senyuman pada mama All.
All sudah menggaru kepalanya sambil tersenyum tepi.
hahaha...kelakar la...tp mcm pelik ckit jek..satu sekolah xkan tak tahu kwn laki ke pompuan...ckp umur 17...pegi sekolah tak pakai uniform ke?? apa pun citer ni mmg best...best sgt2...tak boring...hihihi
klo ak mcm tomboy 2 ad ker owg nk kt ak ar??? klo ad kn bgos... x yah ak pure2 jd owg lain.. jus be my own simple self... nice story.. if it is real so wowwww... luv your imagination... life is so beautifullll with this kind of true love..... hope there is one for me out there....
slamat la dlm pejabat ni tmpt sy t'smbnyi cikit... klu x mau bdk2 office ckp sy x betul senyum ketawa sesorang... best giler... wat lg story yg mcm ni k.. :))
hahahah..memang best giler cerita nih.. dah sakit perut ni banyak gelak.. memang bagus ar jalan cerita dia..seronok layan..tahniah buat penulis..hehehe..harap buat cerita best lagi..
best la citew ni... tomboy berubah menjadi wanita sejati. tapi allif rafil tu lembutkan? die brubh ke tdk? apa-apa je lah. time kasih penulis sebab buat cerpen mcm ni. best sgt.
hahaha..mmg ak t'senyum sorg2 ler dpan lappy aku.. adoyai...best gle cte ni..esp part ed pnye jntina sebenar t'dedah..perghh...best gle....part die m'jerit kt umah bf die tu pn sweet gak...kalu da suke, setakat jerit2 cm tu no hal lah...heh...4 1/2 star k???...best2..
cerita ni tak logik langsung, takkan la lecturer pun tak tau Ed ni pompuan.. sah sah dlm kuliah kena sign attendance, takkan la satu manusia pun tak tau nama dia ape.. boring!
citer ni menarik..tergelak sendiri aq baca..hahaha..cuma, garapan ending die kalo leh, buat yg lebih menarik..mmg dh ok, tp, buat satu penceritaan yg tdk terlampau direct..awak da bakat sbg seorng penulis..bnykkan mmbca n mencari kosa kata yg bru..satu hari nnt awak akn melangkh lagi untuk menjadi penulis novel..Sapa tau kan?..btw, good job
btoi tu.. aq sokong... time julia tahu yg ed tu pompuan mmg seronok gler... naseb bek julia x marah sgt2 kat ed sbb x gtawu awl2... seyes best!!!! chjang!!! saranghae ed....
ahahahaa...series best gile cter nie...aq yg bowsan kat office nie tros x bowsan da...tegelak sorang2...nsb bek bos xde...ahahaha....xley bla oh...to penulis-keep it up!gud stry!like it!!
ahahahaa...series best gile cter nie...aq yg bowsan kat office nie tros x bowsan da...tegelak sorang2...nsb bek bos xde...ahahaha....xley bla oh...to penulis-keep it up!gud stry!like it!!
different! first, btl2 ingat Ed tu mamat... setgah abad bce bru tau dia minah..hahaha mata pon boley menipu..sian si JUlia tu...gagaga sempoi giler cite nih,wat aku nak bce lgi la weyh.. ED LOV ALL~ sooo cute..
mekasih penulis sbb bt aku tergolek...hahahahh nk tnyer sket,,knape xbuet "all" pom berubh jd keras sket... xsdap ah klo 'ed' je berubah pe2 pom best....
cerpen terbaik dowh.....terbaik, terbaik dan terbaik.....good job kpd penulis cerpen teruskan menulis cerpen tau biar ramai peminat dengan cerita yg menarik....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kelakar la tomboy bertukar jadi ayu ...best cerita ni