Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Matanya tertancap pada dua benda di depannya. Kamera SLR Nikon f-301 dan oven Europa yang kaku di situ dipandang berselang seli. Aini Hidayah bangun dan melarikan pandangannya buat seketika.
"Mak, doakan Aini ya. Semoga pemergian Aini untuk mengutip sedikit ilmu di tempat orang mampu mengubah nasib kita sekeluarga selepas ini."
Laju air mata ibu Aini Hidayah tatkala melepaskan anak perempuan seorang ini. Renyai hujan di luar seolah turut mengerti kesedihan hati seorang ibu. Nasib keluarganya tidak akan selamanya dipijak oleh saudara mara yang memandang mereka seperti kerbau lumpur yang kotor. Itu janjinya pada dirinya.
"Sebelum ini aku pernah katakan padanya, aku takkan mampu menerima dirinya."
"Tapi kau tetap berikannya peluang untuk mendekati kau!"
"Habis itu, cuba kau letakkan diri kau di tempat aku. Setiap hari apa yang makin cuba kau elakkan itulah yang makin menghampiri. Seolah-olah seperti bayang kau…"
Aini mengeluh perlahan. Echa mengusap lembut bahu rakannya itu. Dua tahun setengah di kolej sebagai perantau mengeratkan pelajar-pelajar disitu. Belajar saling menghormati dan membantu. Tempoh pengajian yang tinggal beberapa bulan ini adalah satu tempoh yang cukup kritikal bagi mereka semua. Tatkala ini baik assignment yang menuntut komitmen terbaik bagi memastikan keputusan yang cemerlang mahupun soal peribadi yang kian terungkai satu per satu.
"Maafkan aku mungkin aku tidak faham tapi engkau sendiri telah lihat kisah kau dan aku tidak jauh bezanya. Kita masing-masing terluka kerana seorang lelaki yang memilih kawan kita sendiri untuk dijadikan pengganti diri kita. Perempuan mana yang tegar untuk dilakukan seperti itu."
"Tapi kenapa harus dia? Dia yang selama ini amat aku percaya, tergamak menikam aku dari belakang. Aku memang kecewa dengan Amar tapi aku menangis kerana aku rasa bodoh yang amat. Ditipu hidup-hidup oleh Tasya."
"Semua orang tahu sikap Tasya. Mula-mula si Raihan terkena lepas tu dengan kekasih Mas pula. Bila dia rasa lelaki yang dalam genggamannya itu tidak sehebat hak milik orang lain, dia mula mencari mangsa terbaru. Aku rasa kau pun pernah dengar perkara ini."
"Aku tahu, Echa...tapi melihat kepada penampilannya mana mungkin aku percaya semua itu. Aku terlalu jahil dalam menilai peribadi seseorang. Siapa sangka didalam dunia baru ini segalanya mungkin." Benar kata Wahida, "aku orang kampung yang tak layak tinggal dibandar."
"Sudahlah Aini. Hei,tau tak ramai orang tertanya-tanya kenapa kita pakai celak hari ini. Bukan senang nak tengok kita pakai celak. Macam Avril Lavinge pula rasanya kan," Echa tergelak besar.
Petang itu, Afiqa dan Yati sedang berbincang tentang pameran fotografi yang akan diadakan sempena Hari Kemerdekaan. Selaku urusetia yang bertanggungjawab mereka sentiasa sibuk mengelek fail ke hulu hilir untuk memastikan segalanya berjalan lancar.
"Afiqa!!Yati!! Sebentar..." seseorang lelaki yang memakai t-shirt hijau pucuk pisang dengan logo kolej termengah-mengah berlari ke arah Afiqa dan Yati.
"Huh, Amar. Ada apa hal? Kami nak cepat ni," laju patah-patah perkataan itu meluncur keluar dari mulut Afiqa. Yati hanya memandang sekilas pemuda didepannya itu. Amar tersenyum-senyum melihat reaksi kedua sahabat itu. Yati lantas bersuara, "Kalau nak cari Tasha, dia ada kat bilik kot. Sudahlah Amar, kami pergi dulu."
"Tunggu!! Ermm,nampaknya kamu marah pada Am? Kenapa ya?"
"Owh, habis nak puji tindakan Am itu?"
"Yati!! Am, kitorang tidak mahu buang masa. Banyak lagi urusan berkaitan projek pameran fotografi itu kami perlu settle down," Afiqa cuba berlembut.
"Mana Aini...?" Amar memandang tepat ke arah wajah-wajah di depannya ketika itu. Kelat wajah dua sahabat bila mendengar keinginan Amar itu. Langkah diatur, persoalan Amar dibiarkan tanpa jawapan.
Tamat sahaja pengajian, masing-masing membawa haluan sendiri. Zaman belajar kini telah berlalu. Bagi yang tidak melanjutkan pelajaran, mereka mula merasai keperitan dan kekejaman dunia ini tatkala cuba mengintai peluang-peluang pekerjaan. Hanya mereka yang mempunyai kroni mempunyai peluang besar mendapatkan pekerjaan. Ini tidak terkecuali dengan diri Aini. Beberapa kali ditempelek dengan kata-kata sinis daripada saudara mara yang masih tidak yakin dengan diploma yang digenggamnya. Aini sedar zaman ini diploma setaraf dengan sijil SPM pada 10-20 tahun lalu, namun dia akan buktikan bahawa diploma itu akan membawanya jauh ke depan.
"Maafkan kami kerana terlewat. Pengurus baru syarikat kami ingin turut serta didalam mesyuarat kali ini." Pandangannya pada kamera SLR Nikon f-301 dan oven Europa di ruang mesyuarat itu terganggu.
"Ermm...so mana pengurus itu?"
"Kenalkan, Cik Ernitasya Ali."
"Apa khabar?" muncul satu suara dari belakangnya.
Aini Hidayah tiba-tiba tersentap. Kenangan lalu kembali meniti di layar fikiran. "Aini, ini masa business. Be rasional. Sabar-tenang-rileks. Senyum..." hatinya berdialog sendiri.
"Khabar baik...Ok, saya tak nak membuang masa. Kita mulakan mesyuarat sekarang."
Di depan, Aini dengan penuh keyakinan mengeluarkan idea dan perancangannya. Wakil-wakil Pelangi Jaya Holding yakin dengan kebolehan Aini, seorang gadis muda yang berwibawa dan cekap. Mereka merasakan pelaburan untuk membuka gabungan sebuah restoran dan galeri fotografi hasil kerja tangan anak-anak muda tempatan itu akan berjaya. Restoran itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh Aini manakala wakil Pelangi Jaya Holding pula hanya memantau galeri fotografi itu. Siapa sangka, setelah sekian lama menjauhkan diri daripada kenangan lalu kini ia hadir tanpa dijangka.
Perkiraan untuk membuka sebuah galeri impiannya mungkin hanya jadi mimpi. Bukan mudah hendak mendapatkan pinjaman bank apatah lagi untuk membuka galeri. Betul kata mak, perniagaan berunsurkan makanan lebih cepat memberi keuntungan. Percubaan pertamanya, membuat pastri dan roti agak memberansangkan. Pelanggan tetap juga ramai namun tidak kekal lama kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya lalu mensabotaj perniagaannya itu. Menangis terduduk Aini apabila melihat sendiri botol yang mengandungi rambut, kain dan benang kuning tertanam di depan kedainya. Waktu itu wang yang ada juga tidak banyak apatah lagi kedua ibubapanya tidak sesihat dulu. Adik-adiknya yang baru menyambung pelajaran juga memerlukan wang tambahan bagi menampung perbelanjaan di tempat belajar mereka. Harapkan pinjaman kerajaan sahaja tidak mungkin mencukupi dengan keadaan sekarang yang mana harga minyak yang semakin meningkat mengakibatkan kos sara hidup turut meningkat. Abangnya pula menghilangkan diri tanpa khabar berita. Mental wanitanya begitu teruji saat itu. Oven Europe itulah yang menjadi sumber rezeki mereka. Ibunya kembali meniaga roti dan pastri di rumah secara kecil-kecilan. Mujur ketika itu sebuah syarikat menerimanya sebagai pembantu pengurus, dapat juga dibantu ibubapanya serta adik-adik yang lain.
"Mak, abah...Aini betul-betul perlukan kamera itu. Kata lecturer Aini, Prof. Liam tanpa kamera itu Aini boleh gagal dalam subjek ini."
"Kami faham. Kalau begitu gunakan PTPTN yang kamu dapat itu dulu. Perbelanjaan kamu yang lain nanti abah akan ikhtiarkan,jangan risau."
Saat itu rasa berdosa yang amat sangat kerana terpaksa menyusahkan ibubapanya itu. Dek kerana terbelenggu dengan perasaan itu juga Aini kerap mengikat perut sepanjang pengajiannya itu. Cukuplah dia menyusahkan ibubapanya sedangkan adik-adik yang lain turut memerlukan duit belanja. Kesilapannya yang turut disesali ialah melanggar janji pada diri sendiri untuk tidak menerima mana-mana lelaki sebagai teman istimewa selagi dia masih belajar. Perempuan….kerasnya cuma seperti batu lama-lama akan melekuk jua bila sentiasa disimbah air. Bagi Aini itu bukan punca utama tetapi semuanya adalah kerana perasaan benci yang muncul terhadap lelaki itu. Takdir Allah mengatasi segala-galanya. Mengenali lelaki itu seketika telah membibitkan cinta dan akhirnya terpisah angkara seorang kawan. Sungguh demi Tuhan, andai dapat diputar masa ingin sekali dia mengelakkan diri dari lelaki itu. Detik-detik itu juga nyaris memusnahkan masa depannya, masakan tidak pelajarannya saat itu hampir terabai. Sekiranya bukan kerana Echa, Afiqa, Yati dan rakan-rakan lain mungkin dia tidak sempat untuk menghabiskan pelajarannya di situ. Sokongan mereka membantu dia bangkit dan mula menjadi seorang manusia hipokrit tatkala berdepan dengan Tasya dan orang-orang yang cuba menjatuhkannya. Orang kata dunia luar memang kotor namun tidak pula disangka dunia sewaktu belajar juga penuh dengan talam dua muka dan hasad dengki. Mujur juga Allah masih sayangkannya dan menguatkan semangatnya demi mengubah masa depan keluarga. Dia tidak sanggup menjadi si Tanggang moden hanya kerana gagal memenuhi harapan keluarga terhadap dirinya.
Perasmian serta pembukaan restoran baru itu akan berlangsung dua hari lagi, Aini mahu segala yang terbaik. Inilah yang menjadi impiannya setelah beberapa kali mengalami jatuh bangun dalam menggapai impian diri dan keluarga. Keinginan untuk memiliki galeri foto sendiri dan pada masa yang sama membuka sebuah restoran impian ibubapa hampir dicapainya. Bukan mudah untuk menyakinkan Pelangi Jaya Holding, berkali-kali proposalnya ditolak. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, tawaran kerjasama Pelangi Jaya Holding disambut dengan penuh kesyukuran apabila proposal ketiganya diluluskan.
Kepenatan amat dirasai kerana terpaksa berkejar ke sana sini dalam memastikan persiapan projek itu berjalan lancar. Tiba-tiba nada dering Rihanna ‘Take a Bow" berbunyi dari handphone Nokia music expressnya itu. Ada mesej masuk! "Ini mesti Shikin atau Izril, mungkin ingin memberitahu mereka tidak dapat pulang ke rumah minggu ini," detik hatinya. Adik-adiknya itu sudah mampu belajar dengan tenang bila perniagaannya ini kian stabil. Lain pula yang muncul bila dibuka mesej itu.
Ain, jgn keje kuat sgt. Nti skit sy yg ssh hati tau.
Awk siapa? Ain membalas mesej itu.
Ain..Ain..awk dh lpa kan sy??
Memikirkan banyak lagi perkara yang harus diselesaikan,telefon itu diletak di atas pemegang handphone berbentuk dolphin. Tidak sempat tangannya menyelak fail, nada dering "Right Here Waiting" nyanyian Richard Marx pula berbunyi. "Ahh…ini mesti bengang aku tak reply mesej dia tadi." Dua kali dibiarkan panggilan itu tanpa diangkat, masuk kali ketiga telinganya naik bosan mendengar lantas diangkat. Zupppp...jantung seakan tercabut apabila mendengar suara ditalian.
"Sekarang awak dah kenal saya,urmmm..?"
"Encik Syahrul Amar Shah!! Ada apa yang boleh saya bantu?"
"Tak perlu berencik-encik dengan saya, Ain. Macam mana hidup Ain sekarang? Mak dan abah sihat?"
"Hidup saya cukup bahagia dengan family saya sekarang. Mak dengan abah, sihat tapi biasalah orang tua-tua kadang-kadang ada masa tak sihatnya."
"Ermmm…"
"Encik Syahrul, apa tujuan awak call saya ini?"
"Ain, maafkan saya…" getar suara dihujung talian begitu menggamit hati Ain
"Tiada apa yang perlu dimaafkan. Sebaliknya saya benar-benar berterima kasih kepada awak yang mengajar saya erti cinta dan kawan sebenar, Encik Syahrul."
"Bukan Syahrul. Amar, Ain…Amar."
"Whatever….So awak dan Tasya bagaimana sekarang? Last week kami ada berjumpa di office saya, syarikat kami bekerjasama dalam sebuah projek."
"Saya tahu. Tasya yang bagi nombor awak pada saya."
"For what? Dia tak takut ke kalau cinta awak berpaling kembali pada saya."
"Dia tak kisah dan takkan pernah kisah."
"Jadi itulah sebabnya awak kembali mencari saya? Sebagai ganti kerana kasih Tasya gagal awak peroleh?" soal Ain separa sinis.
"Ain!! Mana perginya Ain yang saya kenal dulu. Ain saya dulu seorang yang lemah-lembut."
"Itu dulu. Pengalaman lampau banyak mematangkan saya. Hidup saya sekarang hanya untuk keluarga dan mereka yang tahu menghargai kasih saya." Talian telefon di matikan.
Fikirannya bercampur baur. Kata-kata Amar seakan bermain-main di fikiran. Tabir mata pula menayang-nayang memori lama. Konsentrasi Ain pada kerja sudah terganggu kian terganggu dengan ketukan dari luar pintu biliknya. Amar!!
"Boleh saya duduk?"
"Apa lagi yang awak hendak?"
"Berbual dengan awak."
Amar tersenyum dengan kemenangan dirinya. Dia tahu Ain tidak akan menolak permintaannya. Ain selalu memanjakannya dan membiarkan dia melakukan sesuka hatinya. Dia pernah menguji Ain dengan merapati gadis-gadis junior tapi dibiarkan sahaja oleh Ain, cuma sesekali nasihat sahaja yang keluar dari bibir gadis itu terhadap sikapnya. Semua itu membuatkan Amar sangsi terhadap cinta Ain padanya lantas kasihnya beralih pada Tasya, kawan rapat Ain. Kesilapan itu bagaimanapun mula dirasai. Dirinya terasa kosong-sunyi-sepi tanpa Ain biarpun disebelahnya ada Tasya. Meraka jarang bertembung, kalau ada pasti Ain akan cuba mengelak daripada bertemu empat mata dengannya. Barangkali Ain terlalu terasa hati dengan tindakannya. Hajat di hati bunga didepan mata tidak akan dilepaskan lagi. Bunga ini harus dibaja dengan sebaiknya.
Ain bercerita dan terus bercerita tanpa menyedari tumpuan Amar bukan pada pahit getir dirinya memulakan perniagaan tanpa apa-apa aset. Juga bukan pada bagaimana café bakery ini terbina dan projek kerjasama galeri itu. Amar cuba membangkitkan kisah lalu mereka. Pintu bilik Ain dikuak.
"Sayang…" wajah pemuda itu kaget tatkala melihat Amar bersama Aini.
"Maaf, saya tak tahu awak ada tetamu. Saya tunggu awak di luar…"
"Farid...tak apa. Kami pun sudah selesai. Kenalkan ini Amar, rakan kolej Aini dulu. Amar, ini Farid bakal tunang Ain." Ain tersenyum memandang ke arah Farid yang masih malu dengan tindakan melulunya tadi. Amar pula terkesima dengan situasi itu sekadar tersenyum kelat. Peluangnya telah tertutup!! Mungkin itu tidak Aini ceritakan sebelum ini. Farid salah satu pendorong kejayaannya hari ini. Kasih Aini Hidayah hanya untuk yang layak bukannya tempelan wajah sejarah lalu. Sejarah yang pernah menolak baja kasihnya daripada terus disemai. Hidup harus pandang ke depan bukannya terus menanti dan berharap untuk sejarah berulang kembali. Mungkin di depan ada yang lebih baik menanti kita…
cter nyh agak boring!!!! xtau aper yg penulis ingin sampaikan... sorry 2 say..cter nyh mmg x best!!! aperpown keep it up.. bangun dr kegagalan eyh.... idop kner pandang ke depan.. he3!!!
PENULIS CUBA MENONJOLKAN SIKAP TASYA YG SUKA MERAMPAS KEKASIH ORG LAIN DAN KETIDAKSETIAAN KEKASIHNYA AMAR...PERPEMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK...KALAU AMAR BOLEH BERPALING SEKARANG, TIDAK MUSTAHIL AMAR BOLEH BERPALING APABILA SUDAH BERKAHWIN KELAK. SO, TERUSKANLAH KASIH AINI UNTUK FARID.
thniah..very nice... mmg patt amar dpt blsn mcm 2.. 0rg y x prnh nk hargai sesua2 y baik akn sedar ble dy taw ape y dilakukn 2 slh.. tp,sygny dh xd gne..mmg tepat pepatah melayu.. dh t'hntuk bru nk t'ngadah.. pape pn.. thanx c0z gne nme HIDAYAH...hehe.. trskn usaha..anda blh tls y lg baik.. 5 stars...
kisah ni mnyntuh hatiku...kisah ini mengisahkan ksungguhahn seorang anak dalam membela nasib keluarga...bagi yang tanmpa nama yg bg komen pada bhagian atas..korang maybe x mrasa sebab hidup senang...korang x layak nk bgi komen...tahniah whai pnulis...wlaupun critanya singkat tapi amat berkesn untk saya..krana saya dapat mnyelaminya...selamat berusaha.
betul cakap kau,diorang semua yang bagi komen entah pe2,memang x layak bg komen because cerita ni mema kena dengan tajuknya 'KASIH AINI HIDAYAH', kerasna kesungguhan seorang anak dan dugaan dalam menghrngi hdupnya yg penuh dgn dugaan,siapa tahu,THANKS PENULIS N TERUSKAN KARYA ANDA,SAYA MAI SOKONG ANDA...SYA DPT MENGHAYATI CERITA NI! 10000 STAR...~ERASHA.GIRLS@YAHOO.COM
kepada orang2 yg ckp orang lain xlayak bg komen,ko layak ke??ko dah bagus sgt??lain orang lain pendapat so terima lah pendapat..kalau x bleh terima pendapat,dok senyap2 dlm hutan..kepada penulis ni,good luck 4 ur next writing..
padan muka amar... aini ada depan mata tp sengaja mencari bala dgn tasya.. ingin menguki tp akhirnya dia yg melepas.. sy suka sikap aini hidayah, berkorban utk membahagiakn famili
tk best.... cm sengal je.... sape yg tulis cerita ni.... harap tk yah buat cerita lagi.... nnti cerita tk best yang org baceee.....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pendek sngt