Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Payah sungguh aku hendak lena malam ini. Dari tadi aku hanya melayan perasaan. Aku jeling ke arah jam di atas meja, sudah pukul 3 pagi. Aku menoleh pada isteri kesayanganku yang lena tidur dibuat mimpi. Ayu wajahnya, seayu namanya. Cinta pertamaku. Sejak dari tingkatan lima, aku telah jatuh hati dengan kelembutannya. Hatinya ikhlas menerima aku seadanya. Lima tahun di awal perkahwinan kami, Ayu banyak berkorban. Dia berusaha untuk memastikan kerjaya dan syarikat pembinaan yang aku tubuhkan dengan tulang empat keratku ini berjaya. Ayu adalah tulang belakang aku selama ini. Aku tidak tahu apa akan terjadi sekiranya aku kehilangan Ayu.
Setahun yang lalu semuanya bermula. Kisah yang tidak mungkin aku lupakan sehingga akhir hayatku. Aku cuma berharap dan berdoa agar Ayu sanggup memaafkan aku di dunia dan akhirat kelak.
"Tolong sayang, maafkan abang." Bisikku ke telinga Ayu.
Aku mengimbau kembali kenangan aku bertemu Liya. Petang di bulan Februari itu, aku bergegas untuk berjumpa pelanggan baru di Jalan Ampang. Aku terlambat disebabkan oleh kesesakan lalu lintas.
"Aduh! sakitnya." Aku terdengar suara halus merungut. Rupanya aku terlanggar seseorang di hadapan pintu lift bangunan Cahaya Suria. Aku lihat dia terjatuh dan dokumen yang dibawanya jatuh bertaburan.
"Maafkan saya saudari." ujarku penuh kekesalan. Aku terpegun melihat senyuman manisnya. Menawan.
"Tak mengapalah encik. Saya yakin encik tidak sengaja." ujarnya ikhlas. Sambil tanganya mengumpul dokumen yang bertaburan. Aku turut membantu. Dia tersenyum.
"Saya err..saya Yahaya..err awak?" aku sendiri terkejut mendengar soalan yang keluar dari mulutku itu. "Saya Liya. Encik Yahaya bekerja di bangunan inikah? Tak pernah nampak pun" tanyanya lembut.
"Oh, tidak. Saya datang untuk berjumpa pelanggan baru di sini. Rasanya di tingkat 5." jawabku, mataku masih merenungnya. Dia kelihatan gelisah.
Kegelisahan Liya terjawab apabila aku ketahui yang dia bekerja untuk Encik Jamal, pelanggan baruku. Syarikat Ukir Indah Sdn Bhd milik Encik Jamal ingin bekerjasama dengan syarikat milikku untuk projek pembinaan rumah kos rendah di Sungai Buloh. Bagai di rancang, Liya bekerja sebagai pembantu peribadi Encik Jamal. Sejak itu, kami sering bertemu. Lima bulan lamanya aku menanggung rasa berdosa terhadap Ayu. Namun kepercayaan seratus peratus yang diberikan Ayu memudahkan pergerakkan aku.
Bukannya aku sengaja. Aku mengaku Ayu pasti merana jika dia tahu tindakan aku berjumpa Liya. Aku pernah cuba untuk melupakan Liya, namun tidak berjaya. Pada pandanganku, kedua-dua wanita ini bagai pelengkap dalam hidupku.
Ayu bagaikan tulang belakang yang menyokong aku selama ini. Liya? Liya bagaikan penyeri dalam hidupku. Tamakkah aku?
"Apa? Abang ingin menikah lagi?" masih terngiang-ngiang jeritan Ayu di telingaku. Aku melihat airmatanya jatuh berlinangan. Runtuh tembok kejantananku. Aku rasa berdosa.
"Sampai hati Abang! Di mana Abang campakkan pengorbanan Ayu selama ini? Abang sanggup menduakan Ayu. Bagaimana dengan anak-anak? Lupakah Abang yang Abang sudah ada dua orang anak? Sanggup Abang menipu Ayu selama ini!" Ayu menjerit sekuat hati. Seolah diserang histeria. Aku hanya membatu.
"Maafkan Abang, Ayu. Abang bersumpah bahawasanya Abang tidak akan melalaikan tanggungjawab Abang pada anak-anak." Janjiku sepenuh hati dengan harapan Ayu akan memahami.
Ayu merengus. "Janji, sumpah, janji, sumpah. Abang sudah terang-terangan menipu Ayu. Abang kata sibuk kerana berjumpa dengan pelanggan tetapi Abang berdua-duaan dengan perempuan tu. Apa maksudnya ini Abang?"
Aku terdiam. Setiap patah perkataan Ayu ada benarnya. Aku banyak membuat kesilapan. Tapi aku buntu. Aku sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk aku atasi dilemaku ini. Aku bersolat istikarah selama dua bulan. Selama itulah juga, aku keraskan hati untuk tidak berjumpa dengan Liya. Masuk bulan ke tiga, aku nekad ingin berjumpa dengannya. Namun aku terkedu. Liya sudah tiada.
"Maafkan saya encik. Cik Liya sudah sebulan meletakkan jawatan." masih terngiang-ngiang kata-kata itu dicuping telingaku. Aku yakin aku telah kehilangan Liya buat selamanya.
Aku cuba menghilangkan kesedihan aku dengan menyibukkan diri di pejabat. Aku giat mencari pelanggan dan bisnes baru. Aku sedar, aku telah banyak mengabaikan Ayu. Aku sering bekerja ke luar bandar. Tidak kusangka, apabila aku menerima pelawaan Encik Azman untuk makan bersamanya di Muara Kedah, aku dapat bersua kembali dengan wajah yang sangat aku rindui.
Sedangkan aku menikmati makanan laut bersama Encik Azman, aku terpaku pada sebujur wajah yang murung sedang asyik termenung. Rasanya macam aku kenali wajah itu. Ya, wajah yang aku rindui selama ini. Itulah dia.
"Abang, jika Abang memang berniat ikhlas untuk kita bersatu, Abang mesti bawa Liya berjumpa dengan Kak Ayu." Itulah kata-kata hikmah yang diutarakan oleh Liya. Aku terkejut. Namun aku tersenyum bangga mendengar kata-katanya.
Masih terbayang dengan jelas dimataku bagaimana Liya memeluk, mencium kedua pipi Ayu dan kedua tangan Ayu memohon maaf dengan linangan airmata. Aku lihat Ayu terkedu. Walau ada riak kemarahan diwajah, namun dia hanya mendiamkan diri. Aku paham, Ayu cuba untuk bertenang. Bertindak di luar batasan tidak akan memberi sebarang faedah buat kami bertiga.
Tanggal 20 Februari 2010, aku selamat diijabkabulkan dengan Liya. Aku sangat berterima kasih kepada Liya yang aku lihat sangat memahami akan kedudukan kami bertiga. Dia amat menghormati Kak Ayunya. Dia berusaha untuk menjaga hati dan kebajikan Kak Ayunya. Dia seolah-olah menjadi pelindung Kak Ayunya. Tidak aku nafikan aku cemburu melihatnya yang kadang-kadang melebihkan Kak Ayunya itu.
Namun kebahagian Liya hanya bertahan tiga bulan cuma. Perkhabaran Doktor Amar tentang penyakit kanser Liya amat memeranjatkan kami. Menurut katanya, penyakit yang ditanggung oleh Liya sejak dari kecil itu tidak dapat lagi diubati. Kami pasrah.
Di petang Jumaat yang redup, aku lihat Liya menangis buat kali pertamanya.
"Terima kasih Kak Ayu. Terima kasih kerana sudi membenarkan Liya merasa kebahagian yang tidak mungkin Liya temui sendirian. Liya hanya ingin menumpang kasih sayang Kak Ayu dan Abang. Liya sedar, siapa diri Liya. Tapi percayalah Kak Ayu yang sebenarnya Kak Ayu masih bertahkta di hati Abang. Saya berharap Kak Ayu janganlah memandang serong pada saya, kerana secara jujurnya saya juga turut teringin untuk merasa bahagia dan merasa untuk disayangi oleh seseorang yang menyayangi saya. Maafkan saya sekiranya saya menceroboh kebahagian Kak Ayu. Sesungguhnya..."
Tepat jam 12.00 malam Jumaat itu, Liya pergi buat selamanya. Segala persoalan yang bermain di kepalaku selama ini terjawab dengan pemergian Liya. Liya sudah lama mengetahu akan penyakit yang ditanggungnya. Keputusan Liya untuk berhenti kerja hanyalah untuk pergi mencari ketenangan setelah mengetahui tiada harapan buatnya lagi. Pertemuan semula yang tidak dirancang itu memang sesuatu yang telah ditkadirkan.
Aku mengusap ubun-ubun isteri kesayanganku yang lena dibuai mimpi. Banyak pengorbananmu Ayu. Selama ini kau tidak pernah menghampakan suamimu ini. Terima kasih sayang.
yup! sy sokong..lelaki kalu nk poligami.. kata sumer tu takdir..sedangkn kalu kite tekadkan hati tak nak kecewakan org yg disayangi, kite boleh utk tdk berpoligami..
tolong r...cuba jangan nk hancurkan kebahagian rumah tangga orang...kalau tau diri tu da sakit,xpayah susahkan orang,seksakan hidup orang.suami macam tu memang xguna.selfish.apa yang orang buat anggap remeh jerk.
lelaki mmg cam tu.. time ssh kite org pompuan ni r sanggup b'sama dia, bila da senang, sesenang tu jugak ler dia nk tmbh cawagan len, xingat da waktu susah2 dlu... pape pun citer.. tetap best..
nak tergelak jewk bace comment yg second tu...hahaha...susahnye nk cari pompun macam ayu..aku??aku pon xtahu adakah aku boleh jadi cam ayu kew x? adoyai... mau aku nangis siang malam.. pepehal citer ni best..hohohoho
kpd yg dok kutuk lelaki yg berpoligami tuh, sama la dgn mebutuk rasulullah... sapa yg komen kat atas tu, bawak2 la mengucap...rasulullah pn poligami,tapi kna la dgn cara... taubat la wahai insan
kita bukan mengutuk Rasulullah SAW yg mengamalkan poligami, tapi lelaki2 sekrg yg berpoligami gak...poligami je ikut...sunnah lain ader ikut? Klu berpoligami ikut cara yg betul, maksudnya, dgn kebenaran isteri atau atas sebab2 yg harus dan mmg adil terhadap kedua pihak,tak apa...
terima kasih atas sambutan tapi saya kena mengucapkan ribuan terima kasih kepada "tuan punya cerita" yang mengizinkan saya mengolah "kisah hidupnya" dalam bentuk cerpen ;)- Sri HarDIya-
klu sy la, sy bg laki sy kawen laen tp kne ceraikan sy dlu...sy x nk suami sy tanggung dosa sekirnya yer x dpt nk bhagi kn kasih syg sec adil....sy sanggp tarik diri, biarlh sy kcewa skrg drp sy kcewa d kemudn ari....
Ya Allah..bnyk2 kn la mngucap semua..x baik mngutuk cam2...kalau dh mmg takdir dia akn beristeri 2 nk wat camne...jodoh pertemuan semuakn telah ditentukn Allah...sy pun seorg pempuan tp sy rasa sy dpt memahami semua konflik yg berlaku ini... P/s:Apa2 pun sy ucapkn syabas kpd penulis..cerita ini mmg mnyentuh perasaan...dan sy juga brbangga krn masih de perempuan seperti ayu yg wujud didunia ini...dan kpd encik yahaya..jagalah ayu sebaik mungkin krn ia seorg wanita yg sempurna sbg seorg isteri ataupun merupakn calon isteri yg solehah...jgn lh sakiti hatinye lg slps ini...
xphm tol ngn laki neyh... xreti nk hargai pengorbanan pompuan lgsung.. mmg dasar laki pentingkan diri sendiri.. ley jln la laki cneh... pape pn citer neh bez..gud job writer
sememangnya seorang wanita akan dbri pyung emas apabila bnarkan suaminya kkwin dua tetapi jarang nak jumpa wanita sebegini sekarang kalau wnta tue bg skalipun bohongla xder perasaan cemburu dgan kcwa.pda pndangan saya untuk lelaki dan para sumi tololngla setia pada isteri pndngla wjh mereka sepenuhnya sya yakin cinta mereka untuk suami inggin dtruskan shngga ke syurga insyALLAH.
apa salahnya poligami nie.. korang tuhan ke menghalang rumahtangga orang., kalau dah kena kt btg hidung sendiri baru tau.. kalau dah isteri bagi apa salahnye, kang klu yg x bgi suami kawin lain, mula laa trjadi perkara lain.., contohnya maksiat... isteri yang xbgi tu pn berdose korang tau x.. pandai2laa fikir sendiri...
memang poligami tidak salah tapi kaum adam hendaklah berfikir mampukah dia memberi keadilan pada isteri2.. saya ada satu cerita benar.. seorg lelaki telah bernikah tanpa pengetahuan isteri pertama dengan sikap yang penting diri sendiri telah menyebabkan isteri pertama yang baru dalam berpantang melahirkan ank sanggup mendera bayi mereka sehingga bayi itu patah ketua kakinya.. hal ini berlaku keran terlalu tertekan dan bayi mereka menjadi mangsa.. fikir2lah kalu mahu poligami.....
tak payah la korang nak komen pasal poligami klu tatau.. baik korang mengucap balik. Allah mengizinkan poligami sekiranya lelaki mampu dari segi zahir dan batin serta adil dan betul pada caranya. klu korang yg x izinkan poligami ni, korang ni layak disembah ke? mereka yang redha, akan mendapat balasan syurga. klu ayu dgn si liya tu orang yg beriman kepada Allah, pasti dia akan dapat ganjaran. Cemburu tu perkara biasa. sedangkan isteri2 Rasulullah S.A.W mencemburui diantara satu sama lain. cemburu itu tanda orang-orang beriman.(tp klu takat cemburu kat boipren x dikategorikan cemburu beriman ok). Poligami ni korang tak nampak baiknya.. contohnya mcm ni,
Suhana berkahwin dengan Ahmad. Tetapi perkahwinan itu x dikurniakan cahaya mata. Dengan itu Suhana mengizinkan Ahmad untuk berkahwin dgn Sarah utk menyambung zuriat.. Walaupun berat dan pahit tapi Suhana telan juga kerana dia yakin dengan jalan-jalan yang Allah halalkan pasti ada rahmat disebaliknya. Jadi dengan perkahwinan sarah dan ahmad tadi, mereka dikurniakan 4 orang anak . Namun kehidupan bermadu berjalan seperti biasa sehinggalah Ahmad menghembuskan nafas terakhir.. Maka tinggallah si isteri dan anak2. Tapi sekarang, Suhana tu dah tua, anak2 tiri dialah yang menjaga dia.. Kasih mereka seperti kasih ibu kandung dan anak kandung.
Kalau psal kes dera anak sampai patah kaki tu manusia jenis apa tu? Kalau kau seorg yg berpegang pada tali Allah, mesti x mcm tu. mesti kau redha menerima ujian.. Ada kes rumah tangga orang lain lagi dashat dari tu, tapi anak2 semuanya berjaya..
So kesimpulannya, jgn main komen je dengan hukum2 Allah ni klu tatau. buat kemurkaan Allah je..
tahniah kepada penulis. Hasil karya anda berjaya sebab ramai yang tak suka dengan poligami. menyentuh perasaan dan ada mesej yang boleh dikongsi bersama pembaca. Teruskan usaha untuk lebih maju ;lagi.
Urm...memg perit rasanyer lau suami nak bermadu....tp Allah S.W.T xpnah buat sesuatu yg sia2,pasti ad hikmah dsebalik pe yg berlaku...tp satu yg perlu kte ingat,kte sebagai manusia perlu rasa ape itu kepahitan hidup supaya kita tau rasa kemanisan hidup,begitu juga Allah S.W.T xkn menguji kte dgn perkara y kte xdpt tangani,apabila Allah S.W.T menguji kte,itu maknanyer die syg kepada kte.....renung2 kanlah...saudara dan saudari....
disebalik kepahitan itu terlindung kemanisan yg kte sendiri x sangka ianya akan berlaku.....itulah kehidupan...
kdg2 kite xtau dugaan ape yg kite bakal terima..mgkn poligami..oleh itu bl kite ditakdirkan untuk bermadu..terima la seadanya sesungguhnya Allah xkan mnjadi sesuatu dgn sia2.. pasti ada kemanisannya... oleh itu yakin dhn Allah wlaupun pahit utk kite untk menjalaninya.. allahualam
sesungguhnya, dugaan xkn pernah surut dlm setiap kehidupan..hati dan perasaan seseorang itu tdk boleh di paksa..sabarlah dgn setiap dugaan yg dtg kerana setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmahnya..Allah lebih mengetahui segalanya.
mmg la tatao psl poligami.p yg ak tao lki tuh tmak!da de bni bek gtu,gtal plk na knl gn gurl uh.gurl tuh pon sme,na dan tao lki org,ngaco lgi.bnci ak.mmg r dy mti,trima kseh la knonnye kt ayu tuh,esok luse,lo trpikat kt gurl len plk??na kwen lg??haihh,,kloak jdi ayu uh..ak fed up ah gn lki ak.bek ak bla.kte syg kt ak,p kwen len.tuh er erti syg?? cm bgg..
lucu la korang sume ni..cite je ni, nama lagi cerpen..lek la..anyway, sbg seorg pmpuan, sy pn tak sokong poligami..amalkan sunnah Rasulullah yang lain, barula boleh ikut sunnah kawin rmai..kdg2, poligami byk keburukan dr kebaikan n byk dosa klu suami tak mampu membahagiakan isteri n membeza2kan isteri..mungkir janjipn da dikira munafik, inikan pula nk menepati janji n memenuhi tuntutan kedua2 isteri..so, pikirla..bukan hendak mempertikaikan sunnah, tp dlu n sekarang tak sma..lelaki zaman sekarang bukan seperti lelaki pada zaman Rasulullah yang melakukan sesuatu untuk mendapatkan keredhaan.
tahniah penulis... citer2 jgk tp mmg inilah realiti hidup ini... xpe klu nak poligami cuma jgn sampai poligami tu yg mkn diri balik dah la... rsnye mmg xde pompuan pun yg sanggup bermadu... tp keadaan org berbeza kite sendiri xth pe yg akan jd pd kite..so citer ni byk pengajaran tuk kite semua..
Tahniah... isu piligami memang sensitif watak macam Ayu ni memang wujud adik ipar saya sendiri ...Anak dah 7 Tapi suami berkahwin lain.... Sepanjang perkahwinan mereka 12 thn....3@4x suaminya menduakan dia....Kahwin kemudian cerai...tapi adik ipar saya ni sabar .....taat sangat kat suami... walaupun seminggu hanya 2x je balik ke rumah...anak2 semua dia uruskan....bila kami merungut katanya biarlah...sayang mana pun kita kat suami, anak atau sesiapa....kalau dia meninggal kita x terjun sekali kedalam liang lahad....semuanya pinjaman....tapi kata2 dia benar...di usia 39 thn suaminya meninggal dunia....meninggalkan 2 balu dan 7 anak....itulah pengakir kehidupan.... tapi bagi saya ....saya x mampu untuk berpoligami...
poligami..sensetif sangat2..memang x di nafikan setiap wanita yg bergelar isteri pasti gerun dgn perkataan ini..tapi itu hakikatnya...sukar untuk di luahkan dgn kata2..hanya wanita yg memahami maksud tersurat & tersirat...bagi sang suami hargailah isterimu,sayangi,kasihi & cintailah dia...cubalah fahami & dalami perasaan si isteri...kekadang rela itu lebih pada keterpaksaan...amat menyakitkan...hakikatnya saya bukanlah wanita yang sanggup berpoligami walau dlm keterpaksaan sekalipun...
saya law dpt lelaki cam..tk de lg baik...buat sakit ati ja.. benci dgn watak liya tu..da tau nk mati wat apa nk kawin lg..da tu dgn suami org.. benci dgn lelaki yg suka poligami.. lain di mulut..lain di hati..lg lah lain di fikiran..benci!!!!!!!!
POLIGAMI?hemmmm...susah nak cakap,tapi tak ada wanita kat dunia nie suka hidup berpoligami.So,untuk kaum adam fikir-fikirkan lah... P/S:Saya sebenarnya tak ada lagi pengalaman berumah tangga nie.umur baru jew masuk 17.Cuma bagi pendapat jew.hehehe....
poligami...?? mmg 0wg p0mpn ta ske id0p brp0ligami ney.. tp, nk wt cmne, sstgh llaki, ad yg x thn ngan nfsu smpai nk kwen lbey pd s0wg... kal0w da jd0h p0wn, kte xley nk wt pape c0z sume 2 d tgn ALLAH... pape p0wn, cter ney bezz jgk.. gud j0b.. WELL DONE...!!!
emo jela korg ni..crite je kot..mtk2 dijauhkan la..pempuan skang yg penting kena ade karier..papehal kang sng xbergantung idup kat laki je.hehe. sekian
marvelous..good jobs nilai pengorbanan seorang isteri sgt tinggi.. nilai kasih syg dlm keluarga juga d'tunjukkan dgn baik.. isteri pertama dalam mmg sah dpt payung emas d'syurga kelak good luck in your other stories writer..
kisah yg sama seperti saya lalui, tapi suami x pernah abaikan kebajikan saya dan anak dlm kandungan...kini kami tetap bahagia bersama suami semula bertiga, bersama anak kami yg baru lahir pada 1jan 2011, selepas kembalinya madu sy ke rahmatullah 8 bln lalu krn barah payudara..
sedihhh....sy harap sy x akan berada dlm situasi tu.. x sanggup sy hadapinya..kepada saiful naim,cinta sy pada awk x akan pnh berubah smpai bila2..dan sy harap jgk cinta awk pada sy x akan pnh berubah..
n tah lah x tau nk ckp ape,,semua yg brlaku mesti ad hikmahnya....sy pon x suka poligami,,tp lau takdir nop wt camne.....cuma yg bimbang nye laki zaman skrang ramai yg brpoligami brlndaskan nafsu....tp jika kita tdk mengizinkan suami brkhwin laen boleh mnyebbkn brlakunya maksiat,,kawin lari n macam2 lg....x smua laki brpoligami jahat...so janganlah kita trlalu mnghina kaum adam...cuma sy nk ingtkn kaum adam jngnlah kecewakan ati seorang wanita,,krn ati seorg wanita trlalu lembut n mudah tersentuh,,renung2kan...
Sedih cerita ni..kenapa lah suami macam ni tak tahu nak menghargai pengorbanan seorang isteri??Hancur hati seorang wanita apabila suami atau kekasihnya tidak menghargai kesetiaan dan cinta mereka...Apa-apa pun, watak Ayu dalam cerita ni menunjukkan yg Ayu seorang yg benar2 kuat. Pastinya sukar melalui dugaan seperti yg dilalui oleh Ayu.. Cite ni memang best.
Rasulullah berkahwin lain pun selepas Siti Khadijah wafat... jangan jadikan alasan ianya sbg sunnah Rasulullah.. Baginda berpoligami pun sbb utk menolong kaum2 hawa yg telah kematian suami semasa dlm peperangan.. bukan amik anak dara oke....... sile bace sirah Rasulullah...
ape punye YAHAYA da...gile ke ape????dah ayu x suke tpi nk jugak.jantan cam 2 baek ditinggalkan jerk....anyway mmg agk best la....gud luck kpd penulis.......:)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
suami mcm 2 tinggalkan je
dah ada isteri nak kawin lagi
alasan takdir la jodoh la apa la
apa pun tahniah kpd penulis
terus berkarya