Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Gelak tawa mereka menerjah ke bilik sebelah. Boleh dikatakan setiap hari pasti mereka akan dimeriahkan dengan gelak tawa walaupun hanya sekadar gurauan kecil. Ada sahaja yang menjadi topik perbualan sehingga mendatangkan gelak tawa yang sangat dicemburui oleh orang yang mendengar tawa itu. Sesibuk mana pun mereka, jarang sekali mereka tidak bertegur sapa. Walaupun ada di antara mereka bukanlah penghuni bilik ini, tetapi mereka serasi. Apabila malam menjelma, pasti mereka akan duduk semeja di sebuah kedai berhampiran kolej. Bersama-sama melangkah sambil bergurau senda, bergelak ketawa. Riang seperti burung yang bebas berterbangan di angkasa. Gembira ibarat pungguk temui bulannya. Berempat berjalan seiringan menuju ke depan. Sesekali menoleh ke belakang kemudian kembali tertawa. "Malam ni nak makan kueteaw kungfu." "Selalu pun ko order kueteaw kungfu la." Gelak tawa kembali mengetuk gegendang telinga. Fazira, sememangnya setiap malam akan memesan kueteaw kungfu. Baginya kueteaw kungfu terbaik adalah kueteaw kungfu yang dimakan di kedai Hafiz. Walaupun setiap malam menjamah makanan yang sama, dia tidak jemu-jemu. Seperti mana melayan teman-temannya. "Jomlah melintas sekarang, kereta dah tak ada." Cepat-cepat mencapai tangan salah seorang dari temannya. Dia tidak berani melintas jalan. Bukan tidak berani cuma berhati-hati. Sesekali tangan Melly dicapainya, mungkin juga Arifah atau kadang-kadang Farah menjadi mangsa. Itu perkara biasa bagi mereka. sudah faham benar dengan situasi yang akan dihadapi mereka. Hanya kebelakangan ini, Fazira agak menjauh. Selepas hari itu, tidak lagi kelihatan senyuman meniti dibibir Fazira. Silapnya dimana mereka tidak pasti. Selepas dua hari menjalankan tugas sebegai volunteer kepada satu acara di Damansara, dia mula berubah. Seperti mahu melarikan diri dari teman-temannya. Puas difikirkan mengapa harus begitu jadinya? "Kenapa eh tiba-tiba masam aje, Fafa tu?" "Dia kecik hati dengan ko la, ko bahan dia malam tu." Masing-masing teringatkan peristiwa malam sebelum Fazira pergi menunaikan kewajipannya. Adakah mereka terlalu kasar bergurau dengan dia? Atau dia memendam perasaan mengenai hal lain? Tidak pasti apa yang harus dibincangkan jika mereka bertanya kepada Fazira. Adakah mungkin kerana teman-temannya tidak memberi ucapan hari lahir kepadanya? "Kita beli kek nak? Kita share la. Dia merajuk kita lupa birthday dia kot?" "Ok, jugak." Lantas Sabil dan Melly melaksanakan cadangan yang tidak seberapa itu. Arifah pula tiada bersama kerana keluar bertemu dengan temannya yang lain. Sambutan yang tidak seberapa itu telah diadakan di dalam bilik. Selepas lampu dipadam dan lilin dihidupkan mereka menunggu Fazira kembali ke bilik. Tidak lama kemudian Fazira kembali. "Happy birthday to you, happy day to Fazira, happy birthday to you." Seketika wajah Fazira yang sudah beberapa hari tidak manis, telah diwarnai dengan senyuman. Sebaik sahaja meniup lilin dan memotong kek, mereka mula bergelak ketawa buat seketika. Selepas bermain dengan krim kek, mereka kemudian menjamah kek. Beberapa potong kek diberikan kepada teman-teman lain. Ila, Wani dan Sakinah, penghuni baru bilik itu turut sama menjamah kek yang tidak seberapa ini. Namun senyuman manis itu tidak kekal selamanya. Selepas seketika, Fazira kembali dengan tugasnya. Senyumannya juga telah hilang. Sabil, Melly dan Farah agak terkilan. Tetapi apakan daya mereka sudah buntu. Sudah tidak tahu apa yang patut mereka lakukan supaya Fazira kembali seperti dahulu. Mereka mahukan Fazira yang dulu tetapi Fazira sudah menjadi Fazira yang baru. Sejak malam itu, hubungan mereka dengan Fazira mula rengang. Kini tidak lagi makan semeja. Malah tidak lagi bergurau bersama. Dia makan bersama teman-teman barunya. Mungkin dia lebih selesa yang teman-teman baru. Lantas dia melupakan teman lama yg sudah beberapa tahun rapat dengannya. Apa daya, sedangkan ombak dilaut boleh berubah inikan pula manusia. Kini hilanglah seorang kawan terbaik yang pernah mereka kenali. Namun mereka masih mempunyai antara satu sama lain. Tiada Fazira mereka masih bergembira. Masih seperti biasa. Mampu bergurau senda da bergelak tawa.
*****
Semester baru kembali lagi. Kini mereka tidak lagi menghuni bilik yang sama apabila pihak pengurusan berpendapat semua penghuni asrama tidak dibenarkan memilih bilik mahupun teman. Selepas mendaftarkan diri di asrama, nyata mereka tidak lagi menghuni bilik yang sama. Bagi Fazira itu adalah hal biasa. Dia tidak kisah dengan siapa dia akan tinggal. Kerana dia sendiri mungkin tidak mahu menghuni bilik yang sama dengan teman sebilik yang lama. Kedudukan bilik yang berlainan tingkat menyebabkan sedikit sukar mahu bertemu antara satu sama lain. Apatah lagi kelas mereka sama sekali tidak sama waktunya. Apatah lagi selepas beberapa minggu memulakan kelas, Ramadan pun menjelma. Permulaan semester yang tidak teratur menyebabkan masing-masing sibuk mengemas kini jadual. Hanya sempat makan tengah hari bersama-sama. Mungkin beberapa kali makan malam bersama. Sejak itu bermulalah kisah baru antara Melly, Arifah Sabil dan Farah. Terfikir sejenak, bagaimana harus dilalui masa yang akan datang? Mereka tidak lagi bersama. Tentu akan berlaku salah faham antara mereka. Mungkin juga ya mungkin juga tidak. Tetapi melihatkan situasi sekarang, pasti semua orang pun tahu. Mereka ada haluan masing-masing. Farah termenung dibalkoni sambil menikmati siulan angin. Kemudian terdengar namanya dipanggil. Sabil sedang memanjat tangga menuju biliknya ditingkat tiga. Selepas seketika berbasa-basi Farah kembali bersendirian. Begitu juga selepas beberapa hari. Namun masih tiada perasan cemburu ataupun marah. Masih tenang melayan perasan. Tatkala Ramadan menjelang tiba, ligat fikirannya bermain dengan soalan. Bagaimana harus dilalui Ramadan kali ini? Ramadan pertama yang akan dilalui dengan teman-teman baru pasti agak sukar. Apatah lagi waktu kelas yang tidak seperti dahulu. Bagi Farah inilah Ramadan paling sukar untuk dihabiskan. Awal Ramadan Melly dan Arifah pulang ke kampung. Sabil pula semestinya akan pulang, rumahnya hanya sejengkal dari kolej. Hari demi hari berlalu. Semakin lama semakin hampir tiba Syawal. Namun tidak sekali pun mereka berbuka bersama. Tetapi apabila menjengah ke bilik Melly dan Arifah mereka tiada. Terbantut rancangan mahu mengajak mereka berbuka. Bertemankan Ila, Farah menapak ke bazar berhampiran sendiri. Mujurlah ada Ila, dapat juga menjadi teman Farah. Semakin hari semakin jauh hubungan antara Farah, Melly dan Arifah. Apatah lagi dengan Sabil yang hanya akan berbasa-basi ketika dia mahu memanjat tangga. Segala-galanya berubah. Mereka tidak lagi makan bersama seperti dahulu. Pernah sekali Farah terasa hati apabila ketika dia sedang berbicara dengan Melly, tiba-tiba Wani hadir serentak itu juga pertanya Farah tergantung tidak dijawab. Sebaliknya Melly tiba-tiba mempunyai idea yang lebih mesra untuk berbicara. "Ingatkan nak ajak dia keluar. Dia banyak hal pulak dengan Wani." Bebel Farah sendiri. Sambil menuruni anak tangga, Farah berpaling. Mesra benar mereka sekarang. Bukan sekali. Bukannya dua. Mungkin mereka sering bersama. Mungkin mereka selalu bertemu. Tetapi, bukankah tidak kerap bertemu lebih banyak hal dapat dibualkan? Salah tanggapan itu. Semakin jauh, semakin pudar rasa mahu berbual. Cemburu. Marah. Mungkin. Tidak pasti apakah perasaan yang sedang ditanggung Farah. Tetapi jauh disudut hati dia terkilan. Pernah beberapa kali dia melihat mereka keluar tetapi dia langsung tidak tahu ke mana dan kenapa? Bertemankan laptop buruk yang semakin nazak, Farah menulis. Bercerita akan tentang hati luka. Adakah Fazira berubah kerana hal yang sama? Kerana hadirnya Farah, seperti mana Farah terasa apabila hadirnya Wani dalam kehidupan mereka? Bertemankan lagu-lagu yang berkumandang docorong radio, dia menghabiskan masa-masa yang terluang untuk mencoret segala hal yang sedang dia lalui, yang direka sendir dan segala hal yang berkaitan dengan hidup. Saat mata hampir terlena, tiba-tiba sebuah lagu berkumandang. Liriknya seakan boleh dijadikan tajuk kepada sesuatu yang mahu dicoretkan. Walaupun tema lagu ini adalah cinta, tetapi selepas difahami, bait-bait lagu ini sesuai untuk seorang insan bernama kawan. Selepas sedikit pertukaran kekasih kepada kawan, lagu ini ditujukan kepada mereka yang pernah membahagiakan seorang Farah yang digelar kawan.
Katakan ini hanya Hanyalah mimpi Yang seharusnya tak kau katakan Bagaikan petir di siang hari Menghanguskan aku Selamat tinggal kawan, selamat sahabatku Kawan terbaik yang pernah singgah dihatiku Jangan pernah kembali Duhai sayangku Jikalau aku selalu Menghambat langkahmu Semua ku lakukan kerana sayangku Ternyata kau salah menilai Selamat tinggal kawan selamat sahabatku Kawan terbaik yang pernah singgah dihatiku Jangan pernah kembali jangan pernah ke sini Kawan terbaik yang pernah singgah dihatiku
Untuk kawan-kawanku Kawan, tak terniat langsung untuk sengaja menyibukan diri. Apalagi mahu mengelak diri. Tetapi semakin hari, kita seolah-olah melarikan diri. Kau dan aku, semakin jauh walaupun sekadar 10 anak tangga jaraknya. Tetapi amat berat untuk kau melangkah mendaki 10 anak tangga yang tidak seberapa. Dan aku terlalu berat melangkah untuk singgah sebelum 10 anak tangga lagi ku daki. Walaupun "mmg dah notice diorg layan org camtu...dah sorg lg kawan aku tu pon kene gak camtu,tp die wat bodo je...lgpon bilik tu bukan diorng yg punye pon,bayar pon sama2". Mungkin ada sedikit perbezaan antara apa yang berlaku kepada aku dan kawan kau yang kau maksudkan. Kawan, jangan terasa hati. Ini hanya luahan hati yang tak seberapa. Lebih baik disuarakan daripada mendiamkan diri dan tidak tahu apa sebab musabab. Sekurang-kurangnya kita tahu, siapa salah siapa tidak. Kita juga akan tahu salah faham atau sengaja buat salah. Kawan, maafkanlah aku andai bicara kasar aku membuatkan kau berkecil hati. Menggunakan penulisan sebagai jalan meluahkan perasaan membuatkan aku lebih puas. Tak sanggup aku meluahkan dengan kata-kata. Sesungguhnya kata-katanya lebih berbisa.
penulisan kurang tersususn bagi saya tetapi penulis mempunyai idea yang baik..cerpen ini juga sebuah cerpen diari sebenarny.. btw bez of luck ya... bukan seng nak wat sesuatu cerpen.. sy kagum ngan sepa yng pandai wat cerpen tang menarik wat pembaca seperti sy..
saya jga pernah melalui perkara yg sma kwn2 mkn jauh dri sy tmbhan ble sye pndah skolah kepaba penulis semoga berjaya setiap manusia ada dgaan dlm hdp msg2 all the best
salam..luahan hati yg anda luahkan terlalu tragis bg diri saya..sbnrnya tak semua tahu ap yang kita rasa tentang seseorang tak kiralah dia sahabat atau kekasih..Kdg2 soal kwn semua memandang remeh..tp,kwn lah sbnrnya peneman kita di kala kita bersendirian,penguat kita di kala kita sakit dan menjadi pakar kaunseling kepada kita saat kita kecewa,sedih dan sebagainya..apa2 pun..sy kagum dgn luahan yang anda lakukan dgn penulisan cerpen ini..
kawan kadang kala akan dtg dan pergi pabila hadinrnya teman disisi..sahabat??insyaallah akan kekal sama ada kiter susah dan seng...setiap org akan merasai apa yg dirasai oleh penulis,tidak terkecuali sy..yg dtg kpd kiter pabila mreka dlm kesedihan..mgkin ada hikmah di sebaliknya..yg penting smile.... :) hehehe
ya ampun...exited sgt nk paste...time krisis jgk sy tuliskan benda ni...n tak te pk langsung susunan ape2...yang penting nak paste kat sini...rasa mcm kalau edit2 lagi takut xjadi paste...
thnx ye pada sape2 yg komen...sy hargai...ini bkn yg pertama tp bkn yg akhir jgk...
urrmm bes.. tntang kwn.. sbenarnya nme sy fara gak.. sy gak dipinggirkan dri kwn2.. jke dlu sering brgelak tawa brsama nmn skang x lg.. sdh sngt.. kteorang kwn bkn bru sehari dua tp da brtaun pun.. klu sy rse trpinggir sy akn mnulis tntang erti shabat.. da bnyk yg sy tulis tp.. ntah la..
a'ah yer lah...lirik lagu selamat tinggal kekasih terbaik-kertas...cuma tak tulis aje band mane n tajuk ape...kan ade cakap lagu berkumandang...tapi cite ni bkn about lagu tu...about org2 dlm cite tu...lagu tu pelengkap aje...
sedih sangat bila saya baca citer yang awak tulis ni..saya sebenarnya pernah jugk mengalami nasib yang sama..disisih kawan-kawan sampai sekarang..kaan saya 2 dah pindah kat sekolah lain tapi sekali pun tak pernah hantar mesej tanya khabar ke..apa ke?..sedih sangat
Cerita ni.. ialah kisah benar tidak kiralah di edit ke original Cerita ni bukan sedih, tapi menyanyat hati.. perempuan paling sensitif kalau bab relationship tak kira la Cinta ka, Kawan, Partnership..
Sebab tu lebih baik ada kawanbaik dua orang, kalau 3 nanti ada yang rasa left out, apa2 la kan Sebab tu bercinta kat seorang. Kalau cinta kat 2 orang nanti seorang tu cemburu la pulak~~ payah manusia ni
penulis sendiri, Tengah pujuk diri sendiri supaya ingat kawan baik penulis yang sorang ni dah mula jauhkan diri dari penulis. Dah jarang cakap. Duduk sebelah2 tapi macam orang bisu. Mungkin sebab penulis yang start dulu macam Fazira buat? Where U At? 나만 바라봐?
Wahai penulis, saya tak tahu bagaimana nak comment tapi satu saja yang saya nak penulis tahu... "Saya sedang menunggu.." I'm right here..infront of u..why won't u look at me..u know i'm here..why are u still asking me 'Where U At?'
memang baguih la cerita ni.. Harap ada karya lain.. x ke sedih endingnya? agree dengan 'penulis' (bukan pen biru tu ya) Perempuan senang sangat nak timbulkan kontroversi.. sebenarnya benda tu sanang je nak settle..
ade org sdg menjadi aku ke??? sape yg jd pen biru ni??? excuse me...sape yg tulis "siapa yang menunggu kami? Terima Kasih bagi komen?" comfirm this is not me... untuk yang menunggu tu...ape eh yang kamu tunggu??? adakah sy dh buat sumthing??? or yg komen ni ade kena mengena dgn cite ni???
oh...ok2...faham2...dah panas ye kat sini??? ni citer...bkn permulaan peperangan...ok lah...just komen what eva korg nk...tp jgn jd (',') pen biru menggantikan aku...xfair la...if ade org jd pen biru n tlg jwbkn bg pihak aku...itu dah boleh membawa kpd salah faham...
saya juga penah merasakan situasi bgini . smua kekawan saya dah away dari saya . sdih . tak da gelak tawa riang antara kami . then sekarang ada kawan baru . walaupun ada yang baru . tapi ati ni masih tringat kenangan lama bersama kekawan lama .
saat sy mmbaca cerpen ni ibarat kisah hidup saya plak. tepi apa2 pun sy still sygkn member sy, dan u pgetahuan dorang gambar dan kenangan bersama dorang sentiasa bersama saya, sy rindukan dorang...
sahabat.. seorg manusia gak... kdg2 penat kite dibuatnyer...x tahu nk jg atie yg mane satu..kedua2nyer kite syg... tp satu je pesan sy..selagi boleh jaga hatinye..kite jaga r..biar atie kite saket sekali pn... kpd penulis..all de best..tmbhkn atie..kerna semua tu ada hikmah....teruskn b'karya... cayok2..hehehe
buat pen biru....tahniah...satu cerita yang membuat hati saya turut tersentuh..
sahabat yang benar2 menghargai ikatan yang terjalin adalah insan yang paling dihargai...namun adakah lagi sahabat yang sebegitu di alam kesibukan manusia mengejar cita2....saya juga pernah menangis kala sahabat sebilik dan berkongsi segala cerita dan perkenalan hampir 3 tahun x pernah sms dan call, setelah 1 tahun lebih berpisah mengejar cita2..hanya saya yang setia call dan sms sahabat itu...adakalanya berbalas dan tidak...saya pernah berfikir, tiada perasaankah sahabat itu untuk sesekali menghubungi saya. tapi saya sentiasa positif untuk menyedapkan hati bahawa sahabat itu mungkin sibuk dan tiada masa untuk menghubungi sahabatnya ini....dan pesanan buat bakal2 sahabat hargailah sahabt yang slalu ketawa dan menangis tika kita di undang masalah...walaupun kita mengejar cita2 dan impian jiwa..
em..ak pon pena gk jdi cm ka..ak de besh fren.besh fren ak nh laki,ak gurl.,p bebaru nh ta ngam..ase sdih gler2..ak tatao na wat pe lo dy tade.ak ase dy jep yg menceriakan hari2 ak..ak ta pena pon ter pk,that sumday yg ak gn dy akn terpisah sb awex dy..skg,,jln yg ak lalui berbeza gn dy..angkare awex kami pon smpai bergaduh2..n ptos kwn.man..ak indu sgt na gelak2 gn ka cm dlu2..ak ase kosong jep tnpe ka..
Persahabatan yang terjalin bertahun-tahun lamanya memang sukar untuk dipisahkan..erat hubungan bagai ikatan persaudaraan walau dicincang tidak akan putus..adakah setelah berumah tangga hubungan itu harus direngangkan?? adakah hubungan persahabatan itu harus dilupakan?
hmmm.... sy pun brasa dsisihkn oleh kwan2... tp sy pk sy harus redha dgan sme nie.. sbb hdup sy msih pjg... n sy ase kwan2 sy pun stil anggap sy kwan slamanya... to writer..smoga akn btemu ngan shabat sejati suatu ary 6t... k congrate untuk karya pnulis...
em...perkara yang sama turut berlaku pada saya, sapa cakap perempuan jer yang sensitif berkenaan persahabatan dan percintaan,lelaki pun sama..dulu kteorg selalu bertiga, namun betul kata org kalau bertiga pasti seorang akan terpinggir, saya lah yang terpinggir..makin hari makin jauh, sedih sangat. saya sebenarnya rindu kat diorg..tapi bila dah mcm nie saya rasa terkilan, kerana dipinggirkan. bila jumpa dah tak tau nak bersembang apa, bila lalu depan bilik diorg rasa macam baru kenal jer...sebenarnya saya yang menjauhkan diri kerana saya banyak terasa dengan keputusan yang selalu diorg buat tanpa saya..skrg saya cuba untuk melupakan perkara lalu walau pahit dan sakit, tanpa kawan siapalah kita..
untuk pengetahuan penulis.... saya,fazira yang hampir sama perwatakannya dengan kawan penulis... apa yang berbeza hanyalah peribadi saya yang berubah hanya kerana sebuah persahabatan yang sangat saya sayangi. saya tidak pernah berjaya dengan persahabatan yang saya bina selama hidup saya....................... bersabarlah. alirkan airmata apabila kita sedih jika tiada siapa yamg mahu berbicara,mengongsikan cerita bersama
emm kisah mcm nih mmg biasa blaku..kdg kala ksibukan kite ngan pkara lain mbataskan pgaulan sharian kita dgn teman2..bg yg memahami, ksibukan bkn halangan tp yg x memahami, ksibukan kita djadikan alasan..sy pon slalu ader dlm mslh cm ni..tp insya allah, klu kita ikhlas dlm bkawan, semua ni blh diatasi..
nice story....bile bc ni tringt ksh diri sndri...sy lu pon da kwn bek..ktorg msg dr pg smpi la mlm..kalo sy lam ksushn die pon trut bsedey...cmtu gak ngan die..ble sya smbg bljr di IPTA..wlupon agk sbuk sya x lupekn die..utk pgthuan smua..kmi sekmpg..smua msh bjln lncr..kdg2 ksbukn harian sbg studnt mbts kn aku tuk msg dgn die...tp kmi msh bhubng..lik kg msh jmp...die nie muda 2 thun dr sy...tp slps die pat smbg pngjian ke IPTS...die sgt brubh..myb die da jmp kwn bru..sy d lupekn..bile sya kta die da brubh..die kta die sbuk...sdgkn sy pon bljo gak...xkn 1 msg pob x leh nk anto..sedey sgt..sy cube nk tolkn keadaan..smkin di betull smkin jauh lg sy rsakn...sy hny mmpu bdoa..smga iktn ni pulih spt sdia kala...time die sush ..die akn cri sya..sdgkn time die gmbra x pnh ingtkn diri sy ni..sya pnh luahkn ttg pe yg tjdi ni.tp xda respon pon...sya syg die sygkn pshbtn nie..tp...jurg pshbtn kite mkin terserlah..andai boleh d putar blik msa2 lalu..aku inginkn diri kau yg dulu..krn diri mu skrg tlalu asing buatku..
ye btol 2... aq pun pena lalui semua nie... skrg aq pun bsendrian.. kwn2 aq dlu ilang ntah d mana... drg semmua ada hal masing2.. kdg2 sedih ingt kn drg... hrmmmmm
its okay sya pon dah penh rasa hal hal kwan camtu kwan kne copek ngan member sendri huhu..haru jer anyway dlam frienship pentg ad kjujurn kannnn......... entahlah..
hm... stuasi nie sme ngn pe yg jd kat sye skunk nie.... kwn2 y rapat ngn sye sume dh x pduli kat sye... bwat sye nie cam x wujud je ngan diowg.... tp sye amek nie jd motivasi tuk berdkari.... wlpn tnpe diowg idup sye troskn gak....
citer nie bst..mcm diary.. sy pn pnh jgk hadapi situasi mcmnie.. ader kawan baik lelaki..n sy pmpuan... kami kenal antare satu same lain sejak bermulanya disekolah menengah.. sekolah menengah kelas same n walaupn time tingkatan 4 kami berpisah sek.. kami tetap berhubung hari2.. tapi.. pabila tiba pula saat saya bertukar sek dinegeri timur..kawan saya di negeri asalnya..iaitu selatan..kami berpisah disebabkan untuk melanjutkan pelajaran.. bagaimanapun,saya terima.,,, tapi entah kenapa lama kelamaan terasa bahawa dia sengaka untuk jauhkan diri... sejak itu saya mula berkawan dgn owg baru,...saya redha..walaupn untuk menggantikan seseorang itu takklah mudah
cite nie best sngt.sedih.bub pnah gak jadi cm nie.btl la org ckp,klu kte bkawan seloknye bia genap,jgn ganjil.dulu aqnye bestfwen 3 org.kdng2 aq rse trpinggir,sometimes aq rse slh sorng kwn aq trpinggir.if aq rse salah sorng trpinggir,aq akan jauh kn diri aq kejap.bub aq tau cm ne prasaan die.anwy ktowng still frend smpi skang.
so sad..pape pn sy ase pnls ade bkt yg trpndm..jgn sia2kn..trskn mnls tnpa jmu..krya anda amt mynth prsan sy..sy yakin rmi yg brstuju dgn sy..slmt maju jaya!!
Best cerpen nie...same ngan situasi saya cuma xpandai nak luahkan dengan kata-kata...hanya tahu mendiamkan diri...buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sesekali...walaupun dia sahabat, da anggap macam darah daging sendiri tapi bila satu kejahatan dilakukan susah untuk memberi kemaafan...........
sama la penulis. lme2 da mkin renggang ngan kawan. dulu kteorg g memne slalu je sme, p pas je dye dpat kwn bru, dye lpe sye. da x sme cam dlu. mmg lau ngan sye slalu x de tpik na ckp, p ble ngan kwn bru dye, dye asik gmbra je. x pe la. sye gmbra ble tgok dye bhgie. kawan,sntiasa dlm ingtnku...
perkenalan deh hai nama saya lathifatul mahmuda saya sekolah di mtsm 3 sedayulawas
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kpd pnulis..sya juge prnh melalui ape yg pnulis rsakn...
kmi smakin renggang,xsprti dlu,sntiasa brgelak ktawa brsama hinggakn ada yg mngatakn kmi adk-bradk..prpisahn kami tnpa sbb...
sprti bicara pnulis, 'adakh krna ksibukkn atau hadrnya kwn laen yg mnjdi sbb kmi smkin mnjauh'...
dy prnh brtanya'knape?" dn ucapn 2 mmbuatkn sya trkesima...adakh sya yg mnyebbkn hubugn ini puts?? smlmn sya brfikr dn shngga kini sya msih mncari slah sya..mngkn btul katenya yg sya brsalh...cume sya xthu dmana slah sya ...