Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ya Allah, apa yang telah terjadi pada diriku ini?" aku berteka-teki di dalam hati.
Sejak akhir-akhir ini, hidup ku seperti sudah tidak lagi normal. Malam dan siang yang aku lalui dia juga akan muncul di dalam setiap apa yang aku pandang. Adakah ini semua kerana cinta? Oh tidak, aku masih muda. Banyak lagi yang perlu aku fikirkan. Namun, jika ianya bukan cinta, jadi apa sebenarnya yang aku rasa ini. Sekali pun aku bertanya pada doktor cinta, pasti sahaja dia pun tak akan mengertahui apa penyakit yang aku lalui.
Pertemuan mata pertama kali dengannya sudah membuatkan aku seperti tidak keruan. Bukan pertama kali aku bersekolah di sini tapi inilah pertama kali aku bersua dengannya. Kenapa? Kenapa tak selama-lamanya sahaja aku tak berjumpa dengannya. Kenapa perlu sekarang, ketika aku perlu menduduki peperiksaan SPM yang sangat penting dalam menentukan kejayaan hidupku yang akan datang. Oh, aku semakin gila. Gila akan bayangan wajahnya.
***
"semua ahli pengakap sila berkumpul sekarang" arah Cikgu Arini.
Kesemua ahli pengakap yang sedang sibuk dengan hal masing-masing tadi hanya mengikut sahaja arahan Cikgu Arini tidak terkecuali yang lambat datang. Masing-masing terkocoh-kocoh berlari ke tapak perhimpunan termasuklah aku yang terlanjur tidur pagi ini. Nasib baik aku sempat sembahyang subuh, jika tidak pasti sahaja aku di rotan oleh bapaku itu. Pantang sahaja anaknya tertinggal sembahyang, pasti sahaja otak berligat nak pukul anak walaupun dah tahu kami ini dah besar, dah pandai tahu malu dan segan. Namun, inilah penyebab aku dan adik-beradikku yang lain sentiasa menjaga diri walaupun ada antara mereka dah berkahwin dan mempunyai anak.
"hai, senior pun datang lambat ke?" gurau Cikgu Arini kepadaku.
Aku hanya mempamerkan senyuman paling manis yang aku miliki tanda respon ku kepada cikgu, lagi pun tiada motif untuk aku melawan kata-kata cikgu yang terbuktinya tepat.
Dalam telatah budak-budak pengakap mengetawakan aku, aku ternampak seraut wajah yang sering menggangu tidur malamku dan dia juga turut ketawa. Ah, sakitnya hati bila melihat dia mengetawakan atas kelewatanku. Tiba-tiba sekilas mata kami bertaut dan dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya kea rah cikgu.
"adakah dia juga berkeadaan sepertiku?" sekali lagi hati lelakiku berteka-teki.
Aku kemudiannya, ikut berbaris bersama pengakap-pengakap yang lain. Setelah mendengar arahan cikgu yang panjang lebar, kami pun di bahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan. Perasaan ku hampa, aku dan dia dalam kumpulan yang berlainan apabila dia juga dikategorikan sebagai senior yang perlu mengajar budak jenior, jika tidak pasti sahaja aku akan menggunakan segala akal fikiran yang aku ada untuk menjadi sifunya.
***
"terima kasih" ringkas sahaja kata-katanya kepadaku setelah aku membantu dia membuka tin makanan.
Ketika sedang memanggang roti, aku sengaja datang ke kumpulannya. Konon untuk melihat jenior di bawah penguasaannya memasak padahal hati lelaki ini ingin sekali melihat raut wajahnya.
Sedang aku berdiri di sebelahnya, tiada salam yang diberikan. Sekali lagi aku hampa dengan sikap anti sosial yang ada pada dirinya. Namun, tak bererti aku akan mengalah. Segala ego kelakian ku, aku buang jauh-jauh dengan menanyakannya sesuatu sebagai pembuka bicara.
"macam mana? Tahu ke masak?" soalku. "ok je"katanya tanpa memandang ke arahku. Mungkin api yang sedang marak membakar makanan itu lebih menarik perhatian dirinya dari memandang ke arahku yang entah siapa bagi dirinya.
Tidak lama kemudian, aku berlalu dari situ.
*** 3 bulan kemudian,
Hari ini, hari sukan. Rindu rasanya ingin menatap wajahnya setelah sekian lama kami tidak bersua muka kerana kesibukkan masing-masing sebagai seorang pelajar.
Hari ini aku bertekat, aku mahukan ucapan "semoga berjaya" darinya kerana kami satu kumpulan rumah sukan. Rumah hijau, warna kesukaanku dan mungkin juga dirinya. Seperti lagat orang bodoh, aku sengaja berlegar-legar di hadapan tempat dia ditugaskan untuk mengawal tingkah laku pelajar sekolah. Setelah beberapa kali membuat tawaf. Rancanganku berjaya. Sarina memanggilku.
"hai, Shah. Kamu pun ambil bahagiankan dalam sukan kali ini?" tanya Sarina.
"ya" jawapku ringkas. Namun gembira dalam hati hanya DIA yang tahu.
"good luck. Jangan lupa buat yang terbaik ya" katanya sambil memberi semangat kepadaku.
Hatiku melonjat gembira. Mendengar kata-katanya sahaja cukup membuatkan aku bersemangat tidak perlu lagi minum air milo yang di katakan dapat memberi tenaga yang di perlukan.
***
Buku yang sejak tadi ku tatap, akhirnya ku tolak ke tepi. Dah tak tahan mata untuk menatap lebih lama barit patah perkataan yang kecil lagi padat itu.
"fuh, lega" luahku setelah membaringkan diri di atas tilam yang empuk lagi selesa. Sekali lagi, bayangan wajahnya bermain di fikiranku,segala tingkah laku ku terhadapnya sejak akhir-akhir ini, aku bayangkan satu persatu dan sekali lagi aku tenggelam dalam persoalan "kenapa aku jadi begini?"
Baru sahaja aku hendak melelapkan mata, tertiba sahaja mesej masuk. Aku menggampai handset yang berada di atas meja kecil sebelah katilku dengan sebelah tangan dan terus menekan butang tengah dan terlihat gambar Sarina yang aku curi-curi tangkap. Inilah lagi satu kerja gila yang tak pernah aku buat dekat mana-mana wanita yang aku kenali selain dirinya.
Daniel:kau nak pergi tak kem pengakap bulan 5 nanti?
Shah:selain budak form 5, siapa lagi yang pergi?
Daniel: cikgu cakap, budak form 4 diwajibkan sekali untuk turut serta dalam kem ini.
Shah:aku tak tahu lagi jadi pergi atau tak tapi kau letak nama aku dululah.
Daniel:ok, tapi walaumacam manapun aku harap kau dapat pergi sama dengan kita orang.
"ah,tak mungkin aku akan lepaskan peluang ini. Bertemu dengannya, itukan rancanganku dari mula." Desis hati Shah tanpa membalas semula mesej yang di berikan oleh Daniel. Handsetnya ditatap lama.
***
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sedang aku dalam perjalanan hendak mendaftarkan nama, aku ternampak kelibat Sarina bersama kawan-kawannya sedang bergelak ketawa. Ketika mata kami bertaut, getaran jiwaku mula bergetar. Ada satu rasa yang tak dapat aku terangankan. Aku kemudiannya mengalihkan pandanganku kearah lain. "SPM Shah, SPM. Jangan lupa tentang perkara itu Shah" pujuk aku dalam hati.
Tidak lama kemudian, aku memandangnya kembali. Ada garis halus tanda keliru yang terpancar dari raut wajahnya, tapi kenapa? Adakah dia dapat membaca getaran jiwaku ini? oh, sarina…kenapa dikau membuat aku jadi begini?
***
Aku tersenyum sendirian ketika duduk di kerusi di dalam bas. Mana tidaknya, setelah puas aku mencari kerusi kosong untuk duduk hanya sebelah Sarina sahaja yang masih ada kekosongan. Walaupun aku suka duduk dibahagian tepi cermin,namun duduk di bahagian ini pun ok juga. Sekurang-kurangnya aku dapat memandang wajahnya selama mana aku suka tapi…. Kenapa jauh sangat jarak antara kami? Selesa ke dia duduk terlalu rapat dengan tingkap? Adakah aku buat dia tidak selesa? Nak kata bau badanku busuk, tak ada pula. Baru pagi tadi aku sabun satu badan hinggakan ada di antara kawan perempuanku yang puji tentang bau harum dari badanku.
2 jam setengah perjalanan kami, aku lihat Sarina sudah menampakkan tanda-tanda keletihan. Tersenguk-senguk dia menahan ngantuk.
"awak mengantuk ke?" tanyaku prihatin. "eh, tak adalah"jawap Sarina bohong. "jangan nak tipu. Baringlah"pelawaku sambil menepuk-nepuk bahu kananku. Sarina sedikit terkejut dengan pelawaanku. Mana mungkin perempuan sepertinya menyentuh lelaki yang bukan muhrin walau di lapik alas sekalipun. "er…" katanya ragu. "saya bergurau je. Janganlah buat muka terperanjat macam tu. Seram saya di buatnya" gurauku sambil menutup kesilapanku tadi. Aku dan dia tersenyum dan mata kami bertaut. Sekali lagi, rasa itu datang lagi…
***
Sampai sahaja di kem, kami terus menggalas beg masing-masing sebelum berjalan ke tapak perkemahan. Ketika melalui titian, kaki Sarina tergelincing dan ….
***
Ah,sakit hati ini masih lagi tidak terpadam. Tak akan begitu mudah aku hendak lupakan peristiwa petang tadi. "terima kasih" kata Sarina. "sama-sama" jawap Faizal.Sayu-sayu ku dengar percakapan mereka dari jauh setelah Faizal menyelamatkannya. Ringkas sahaja percakapan mereka, namun sinaran mata mereka membuatkan aku jadi tak keruan.
"macam mana nak buat gajet?" tanya Sarina kepada ku. "tak akan itu pun tak tahu" marah ku. Sengaja aku ingin cari pasal dengan Sarina kerana marahku kepadanya masih tidak hilang lagi. "tak perlulah marah. Saya tanya je. Kalau tak nak ajar tak apa. Saya boleh cari orang lain" katanya panjang lebar kerana tak puas hati dengan sikap ku yang tertiba sahaja berubah. Sarina kemudiannya berlalu meninggalkan Shah dan berjumpa Faizal, rakan setingkatannya. Shah hanya mengekori langkah Sarina dengan pandangan mata dan hatinya bertambah sakit. Hampir sahaja pisau yang memotong buluh terkena pada jarinya. Marah?cemburu? Cinta? Shah masih muda untuk memahami semua itu. Apa yang dia rasa ialah hatinya sakit melihat kemesraan antara Sarina dengan Faizal.
***
Hari ini aku bertekat, aku akan meminta maaf kepadanya atas kelanjuran ku semalam. Sedang semua pengakap berehat di sebatang sungai. Aku terdengar ada orang yang jatuh ke dalam sungai. "Sarina" kataku terperanjat. Aku membuka kasut untuk menyelamatkannya, namun ada orang yang terlebih dahulu terjun menyelamatkannya, Faizal. "ah,ini bukan masanya untuk aku sakit hati" desis hati Shah sendiri. "1, 2, 3" kata Faizal ketika membuat CPU ke atas Sarina. Beberapa seketika, air pun keluar dari mulut Sarina dan dia pun terselamat. Nasib baik tidak perlu melakukan pernafasan dari mulut ke mulut. Jika tidak, mahu sahaja aku menolak budak nerd itu ke tepi.
***
Hari ini, hari terakhir kem pengakap di jalankan. Kami kumpulan yang ke-3 untuk merentas hutan. Ketika melalui sebuah cerun yang dalam, aku memandang ke belakang untuk memastikan tiada apa-apa yang berlaku kepada anak buahku. Sedang ku melihat Sarina melalui cerun yang sederhana dalam itu, aku terlihat Zai yang berada di belakangnya tersenyum sinis. Dia kemudiannya menolak Sarina dengan sengaja dan Sarina jatuh tergelincir ke dalam cerun itu. Aku menghampiri Zai dan menampar mukanya sebelum membantu Sarina yang cedera ringan ekoran kejadian yang baru sebentar tadi berlaku.
"kau tahu tak bahaya?" marahku kepada Zai sambil membalut tangan Sarina menggunakan skaf pengakap ku. Sarina memandangku hairan. Mungkin dia beranggapan aku sedang memarahinya. "apa yang aku dah buat?" soal Sarina dalam hati sambil menahan sakit. Hampir sahaja dia menitiskan air mata kerana dimarahi sebegitu. "cepat. Naik atas belakang saya" kata Shah sambil membongkokkan dirinya. "tapi saya masih boleh berjalan lagi" kata Sarina mengelak. "jangan nak berlagak. Kaki awak dah cedera nanti tak pasal-pasal semakin parah" kata Shah. Tanpa berkata apa-apa. Sarina hanya menurut kata Shah. "maaf" kata Shah perlahan tapi masih mampu di dengar oleh Sarina. "terima kasih, Shah" jawap Sarina ringkas namun ianya cukup menggembirakan hati Shah. "Sarina menyebut namaku?" Shah teruja.
***
Akhirnya, periksa SPM ku tamatlah sudah. Walaupun masih bersisa perasaan sakit hatiku di kem tempoh hari. Aku tetap perlu berjumpa dengan Sarina sebelum tamat persekolahan terakhirku. Aku perlu dia tahu tentang perasaanku ini, aku perlu dia tahu bertapa aku cemburu melihat dia bermesra dengan Faizal,budak nerd itu. Cemburu? Ya, cemburu itulah yang menyedarkan aku yang sayang aku pada dirinya adalah tulus lahir dari jiwaku, bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Lagipun buat sementara waktu, aku tidak terikat dengan sebarang kontrak peperiksaan penting. Jadi aku tidak perlu lagi membuat pilihan antara dia dan peperiksaanku.
***
"lamanya, berapa lama lagi perlu aku tunggu? Sampai atau tak utusan aku itu?"ngomel ku dalam hati. "Assalamualaikum, dah lama ke tunggu?"soal satu suara dari arah belakang. Aku berpaling dan kemudian ternampak kelibat Sarina berdiri di belakangku bersama kawan perempuannya yang aku sendiri tak kenal. "Waalaikummussalam. Tak adalah, baru je sampai tadi" kataku bohong. "ada apa nak jumpa?" soal Sarina tanpa memanjangkan perbualan yang tidak penting. "er… boleh tak minta kawan awak duduk jauh sikit dari sini. Saya ada sesuatu nak beritahu awak seorang je" pinta ku. "Siti awak duduk dekat kerusi sana dulu. Nanti saya datang" kata Sarina kepada kawannya dan Siti pun berlalu dari situ tanpa banyak soal. "oh, Siti rupanya nama dia. Cantik orangnya tapi itu bukan tujuan untuk aku datang hari ini" desis hatiku. "ya, ada apa-apa yang tak kena ke dekat muka saya?" soal Sarina apabila aku terlalu asyik memandang wajahnya sedari tadi. "mestilah. Disebabkan muka awaklah saya tak boleh tidur malam tau" bisik hati kecil ku sendiri. "saya pergi dululah" acah Sarina apabila tiada respon dariku. "eh, nanti,nanti" kataku untuk menahan dia dari beredar. "so, nak cakap apa sekarang ini?" soalnya untuk kali ke dua. "saya cintakan awak" pantas sahaja aku meluncurkan kata-kata hikmat itu.
Sarina memandang tajam,jauh ke dalam berbola anak mataku. Mungkin ingin mencari kepastian kata-kataku atau masih terkejut dengan pengakuan berani mati ku itu. Namun semua itu ku biarkan sahaja, kerana aku suka melihat tenungannya. Tenungan yang membuatkan aku gembira dan sakit hati dalam satu masa.
Setelah menyedari tindakan dia memandang diriku lama, dia kemudiannya mengalihkan pandangan kea rah lain. Mungkin malu dengan tindakkannya tadi. Setelah beberapa lama mendiamkan diri dan aku terus-terusan memandangnya untuk mencari jawapan. Dia akhirnya mengeluarkan suara. "boleh saya pergi sekarang?" soal Sarina. "kenapa?" soal Shah atas soalan Sarina. Sarina mendiamkan diri kerana tidak tahu jawapan yang patut dia berikan. Shah memandang Sarina dengan perasaan hampa. "nak saya ulang semula ke apa yang saya cakap tadi?" soalnya menduga. "eh, tak payah. Tak payah" jawap Sarina pantas. "jadi?" soal Shah lagi. "jadi? Jadi apa?" Sarina buat-buat tak paham. "awak tak faham atau sengaja buat-buat tak faham?" keluh Shah. "Saya sukakan awak dan awak sajalah perempuan yang saya cintai. Awak buat saya tak keruan. Siang dan malam saya jadi tak betul. Hidup saya dah tak normal lagi. Saya berharap agar awak sudi terima saya jadi kekasih awak" kata Shah lagi. "hidup kita masih panjang. Masa depan kita masih tak menentu. Banyak lagi yang perlu kita fikirkan" kata Sarina kepada Shah. "rupanya dia juga berfikiran seperti diri ku dulu. Namun yang berbeza antara kami ialah dia berfikiran lebih jauh berbanding aku yang hanya memikirkan SPM semata-mata" bisik hati kecilku. "tapi saya nak awak jadi milik saya seorang. Saya takut awak di rampas orang. Saya…" "cukuplah Shah" bidas Sarina. "cinta tak boleh bawa kita ke mana-mana. Cinta masih tak cukup untuk kita berjaya di masa hadapan. Bercinta waktu sekolah bukanlah tindakan bijak ianya akan memburukkan lagi keadaan kita. Jangan terkeliru dengan angan dan impian. Lepasan SPM tidak menjanjikan yang kita boleh berpasangan. Saya harap Shah faham" kata Sarina kepada Shah. Sarina kemudiannya berlalu pergi. Tidak sempat Shah menahan,dia terlebih dahulu memberi amaran agar jangan menyentuhnya.
***
10 tahun berlalu, aku kini berbahagia dengan isteri kesayanganku. Walaupun tidak seayu dan sesopan Sarina yang bertudung lintup, namun sebagai suami satu hari nanti aku akan pastikan dia juga memakai tudung begitu juga dengan anak perempuanku.
Sarina pula entah hilang ke mana. Tamat sahaja SPM dia sudah berpindah tempat dan sejak itu aku kehilangan jejaknya. Walaupun terkilan namun aku pasrah.
"buat Sarina, diam bukan bererti aku tak mengerti,dan bukan cumbu rayu yang membuat aku rindu. Kita mungkin tidak dijodohkan bersama namun cintaku padamu adalah suci dan kekal abadi" kata Shah di dalam hati.
huhu... cayalah sarina.. tegas!! bgus x mdh dibuai kata cinta.. tp ader rase sedeyh gak.. ak terbygkn seseorg seperti mna shah selalu teringatkn sarina.. tp ak x mmpu meluahknnya... =(
sweet..cinta x semestinye memiliki... biarpun cinta pertama sukar nk dilupekan..tanggungjawab n impian perlu diutamakan..perjalanan hidup masih pnjg..kan..kannn
sarina bguslah coz tidak memilih untuk bercinta.....pandangannya tentg masa depan di utmakan... bgi lelaki seperti shah....harus mengutmakan masa depan kerna cinta yang berputik di usia muada belum tentu berkekalan...
ap2 pun nice story penulis... hope penulis akan terus menghasilkan cerpen...
time ksih kpd smua krna komen my crpn sya yg kdua nie sleps "dia tunangnku".. kpd tnpa nama d'ats maaflh xdpt wat gitu sbb Shah dh pn brkhwn..huk3..sedihkan..smpai hati Shah kwin ngn org lainkn...
cinta pertama xkn pernah padam dlm ingatan...biarpn sudah memiliki kehidupan lain.sharina awk teguh dgn prinsip awk.dh xde jodoh antara awk shah..terima je...pe pn pd penulis percubaan yg yg baik..harap dapat hasilkan lebih banyak penulisan kreatif untuk ditatap oleh kami para pembaca...nuraziana
cerita yg sebebgini paling ditakuti... ye lah.. cinta kat org lain, tp kahwin dg org lain.. pastu, walaupun dah ada isteri, tp rasa cinta pd yg lain tu masih ada.. isk.. bahaya betul. itu yg menggerunkan..huhu
bgs la sarina..mcm aku..hhe.. kite ni jgn la caye ckp laki..ak aku slalu pesan kt aku jgn brcinta mse muda..mk aku suh aku khwin mase umur 25..hm,10 thn lg..smpt ke x enth..tp xksah sbb skrg aku cntakn DIA yg kekal abadi..
rasa cam x lengkap jer citer nie,pada pandangan sy klu lh shah jumpa blk dgn sarina pas sm2 dh berjaya and shah dah kawin tp ble jumpa sarina hatinya masih pd sarina dan di situ lah blh selitkan komflik cerita ini dan klimaks nya sama ada shah dgn sarina atau terus dgn isterinya,di situ juga blh selitkan shah berubah dan terdapat sdikit cerita sedih apabila shah bepaling tadah.PENYELESAIANYA SM ADA SHAH DGN ISTERINYA ATAU SARINA????
ingatlah....kahwini seseorg bukan semata-mata paras rupanya......tapi agamanya.....lelaki zaman sekarang tak leh nak caya sangat.....kahwnini perempuan atas dasar kecantikan......padahal diaorg tu bukanlah bagus sangat......mase kita cantik....ayat manis je.....bila dah tak laku........tak tahu lah nak ckp
bez,bez..crita nie mnarik mnat sya mmbaca cerpen dgan lbih bnyak lgi.btui,btui,,cinta x smstinya bersama,wlpun skar untuk kita terima nmun apakan daya.sarina seorg yg tgas dengan pndiriankan..tp,x slah jika bercnta wktu prsekolahan kerna ramai jga yang brjaya dgan cmerlang wlpun bercinta di alam perskolah.ape2 pun mmg bez cternye....
seronoknyer lah... ending gtu aje... nak sambung...apelah sarina buat tu sekarang ek.. sy suke bace citer niew..ingat balik zaman skolah sy... realiti pon ade..
citer ni same gak dgn my life...ak cam Sarina blm ready utk couple tp still anggap die special frenz...lost contx...last2 jupe kat fb...but too sad die dah kawin...aku pasrah n redha myb dia bukan dtakdirkn utkku....huhuhu~
Cerita ini wajar dibaca remaja zaman sekarang. Bercinta macam nak rak, berjanji bergunung-gunung. lepas SPM tak ke mana2 pun. kembangkan kisah ini menjadi wadah menyedarkan remaja kita. Cinta itu ada masanya..
pelik ckit masa mula2 tu sbb 'kenapa tak -selama-lamanya- je aku jumpa dia? kenapa baru masa aku nak periksa SPM?' pelik la ayat selama2 tu ... tak sesuai ngan ayat
cite nie best siot...sye arap dpt jdik cm sarina uw...tgas x mudh pecaye ngan lelaki bgos3.....tp mmg sdih la....ingtkn shah uw ngan sarina tp ngan org laen....tp x pe aslkn dieorg bahgie...tp pe jdik kt sarina uw?????idop ke ape ke?????wat ever la....best cite nie.....thumbs up utk pnulis nie......
Shah tak sepatutnya ingatkan Sarina lagi sebab dia dah ada isteri dan anak yang lebih penting..tue kan tanggungjawab dia..kena didik isteri dia dan anak dia mengikut hukum islam..ape pun nice story
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhu...
cayalah sarina..
tegas!! bgus x mdh dibuai kata cinta..
tp ader rase sedeyh gak..
ak terbygkn seseorg seperti mna shah selalu teringatkn sarina..
tp ak x mmpu meluahknnya... =(