Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Danisya menyapu bedak nipis ke mukanya. Kemudian, lipstick berwarna merah jambu dicalitkan ke bibir nipisnya.Dia tersenyum saat memandang wajahnya di cermin. Walaupun hanya memakai solekan nipis, kecantikannya cukup terserlah. Tudung biru laut di kepala dibetulkan supaya tampak lebih kemas. Tas tangan dicapai lalu dia mula mengatur langkah ke luar bilik. Dua keping roti bakar bersalut jem strawberi sudah sedia menantinya di meja makan. Setelah dua keping roti itu mengalir masuk ke perutnya, dia menghirup pula secawan teh panas. Ah.....segar rasanya!Dia bangun, mengemaskan pakaian sebelum mencapai kasut tumit tinggi yang tersusun kemas dia atas rak kasut. Teringat yang suatu masa dahulu dia cukup tidak gemar memakai kasut tumit tinggi. Tapi kini, dia mula belajar mengumpul pelbagi jenis dan warna kasut tumit tinggi. Menyeronokkan! "Nurul, aku chow dulu!" Dia menjerit pada teman serumahnya. Kemudian, dia segera turun dari flat sewaan itu. Sebuah teksi ditahan, lalu perjalanan ke Mutiara Holdings pun bermula. Sampai sahaja di syarikat gergasi itu, dia segera turun dari teksi. Ruang tingkat bawah bangunan itu cukup luas. Terdapat satu tiang besar di tengah-tengahnya. Cantik! Detik hatinya kagum. Di satu sudut, Terdapat satu taman buatan dengan hiasan landskap yang cukup menarik. Di tengah-tengahnya pula, ada sebuah kolam ikan. Dia pantas mengatur langkahnya ke situ. Telafon bimbit dari tas tangan dikeluarkan lalu dia mula bergaya di tepi kolam itu sebelum jarinya menekan punat ‘capture’ di telefon bimbitnya. Terakamlah fotonya di skrin telefon tersebut. Dia tersenyum puas. Baru sahaja mula melangkah, tubuhnya dilanggar seseorang mengakibatkan telefon yang dipegangnya itu jatuh terpelanting. ‘housing’ dan seluruh isi perutnya terburai keluar. "handphone aku!" jerit Danisya. Dia mula merengek bagaikan anak kecil. Lelaki yang melanggarnya tadi terkejut memandangnya. "macam baby!" getusnya perlahan. Namun, kata-kata itu sempat singgah di telinga Danisya. Matanya membulat. "Apa awak kata? baby? ulang sekali lagi!" Kuat suaranya hingga menarik perhatian pekerja-pekerja di aras satu itu. Mak cik ‘cleaner’ turut menoleh ke arah mereka. "Saya cakap awak tu macam baby! Hal kecik pun nak nangis macam tu!" ujar lelaki itu penuh sinikal. "What? Hal kecik?"Danisya berang. Telefon bimbit yang tercabut dikutip. Kemudian,ditunjukkan di depan lelaki itu. "Handphone saya ni hancur, awak kata hal kecik?" Wajah lelaki itu selamba sahaja. "Eleh…setakat handphone macam tu, sepuluh saya boleh belilah!" ujarnya sebelum berlalu. Danisya mengetap bibir. Geram! Kurang asam punya mamat! Tak apa, ada ubi ada batas! Detik hatinya. "Encik Izdham,pekerja baru tu dah sampai. Danisya memerhatikan pekerja wanita itu memaklumkan pada bosnya tentang kedatangannya. "Suruh dia masuk!" Arahan daripada bos pula kedengaran. Ayuni menunjukkan arah bilik CEO syarikat itu. Danisya mengucapkan terima kasih sebelum berjalan ke arah bilik yang tertutup rapat itu. Kamal Izdham Tan Sri Idris. Dia membaca nama yang terpampang di depan pintu itu dalam hati. Pintu itu diketuk. "Masuk!" arah suara dari dalam. Bersama lafaz bismillah, Danisya terus melangkah masuk. "Assalamualaikum, Encik Izd…" Ayat Danisya terhenti saat matanya menjamah seraut wajah di hadapannya. Alamak… mamat tu ke? Dia mula kecut perut sementara lelaki di hadapannya itu sudah tersenyum. Penuh sinikal. "Welcome to Mutiara Holdings! Sila duduk," arahnya. Danisya telan liur. Takut-takut dia duduk di depan lelaki itu. "Well… tak sangka pula setiausaha saya tu, awak rupanya," ujar Izdham sambil memandang tepat ke wajah Danisya. Dia memang tidak tahu siapa setiausaha barunya memandangkan urusan pengambilan pekerja dikendalikan oleh Jehan, orang bawahannya. Danisya tidak menjawab. Dia menyandar di kerusi, menunjukkan dia sedang relaks. "Untuk permulaan, saya nak awak buat salinan projek ni." Izdham menyerahkan sebuah fail bewarna hitam kepada Danisya. "Pastikan tiada salah ejaan dan… siapkan sebelum lunch nanti," tambahnya lagi. Danisya terkejut. Matanya membulat. "Sebelum lunch? Mana sempat! Fail ni dah lah tebal," protesnya tidak puas hati. Izdham tersenyum. "Remember, I am your boss! So, just do as I say!" tegasnya. Danisya terkedu. Dalam hati, berbakul-bakul sumpah seranah ditujukan khas buat bosnya yang sombong itu! Danisya menguap lagi. Matanya sudah berair. Mengantuk! Aduh…. Macam mana ni? Banyak lagi tak siap. Dia mengeluh. Jam di tangan ditoleh. Pukul 11.00 pagi. Masih ada lebih kurang dua jam sebelum waktu ‘lunch’. Bolehlah aku tidur sekejap, desis hatinya. Kepalanya diletakkan di atas tangan sebelum dia zzz… Hempasan fail yang kuat di meja membunuh mimpi Danisya. Spontan, kepalanya tertegak. Mata yang kuyu terus terbuka luas sebaik terpandangkan Izdham di depannya. Kelam-kabut dia membetulkan tudung yang hamper tercabut. "Siapa suruh awak tidur? Kan saya pesan, siapkan kerja ni sebelum lunch. Sekarang ni dah pukul berapa?" Keras suara Izdham menyoal. Danisya memandang jam tangannya. Alamak! Dah pukul satu! Dia mengetuk kepalanya sendiri. Bodoh! Bodoh! "Maaf, encik. Saya tertidur." "Ter? Ter ke sengaja tidur?" Danisya terpempan. Memang tadi dia sengaja tidur. Itupun kerana dia terlalu menagntuk! "Dah tu nk buat camana? Dah mengantuk. Nanti kalau tersalah eja, marah pula!" Danisya melawan. Wajahnya maam mencuka. Poyo gila mamat ni! Giliran Izdham pula yang terkedu. "Amboi… menjawab! Ikut saya!" Tanpa sempat Danisya bertanya, Izdham sudah menarik tangannya. "Keluar!" arah Izdham selepas membuka pintu. Danisya menjeling. "Buat apa datang sini?" "Jangan banyak tanya,keluar ajelah!" "Tak nak!" Danisya berdegil. "Awak nak keluar atau awak nak saya dukung awak? Pilih!" ugut Izdham dengan mata terjegil. Mendengarkan itu, cepat-cepat Danisya keluar dari kereta. "Sini!" Izdham dengan selamba menarik tangannya. "Eh, lepaslah!" Danisya meronta-ronta namun Izdham tidak peduli. Terus sahaja dia menarik Danisya masuk ke dalam Restoran Laguna Biru itu. Di satu sudut, seorang gadis cantik sedang duduk seorang diri sambil merenung ke luar cermin kaca. Gadis itu tersenyum sebaik sahaja melihat Izdham. Tapi, senyuman itu sirna sebaik sahaja ternampak Danisya. "Iz, siapa perempuan ni?" soal gadis itu. Berkerut wajahnya memandang Danisya. Izdham berpaling ke arahnya. "Kenalkan, Danisya, bakal isteri I," ujarnya. "What?!" Danisya dan gadis yang bernama Linda itu sama-sama terkejut. Masing-masing terpelangah. "Apa…." "I dan Danisya akan berkahwin tak lama lagi. So,I harap you lupakan I," potong Izdham pantas. Danisya terpempan sementara Linda sudah berasa sebak. Tas tangan dicapai kasar lalu dia terus berlari keluar. Danisya merentap tangannya. "Awak ni dah gila! Bila masa pula saya kata saya nak kahwin dengan awak?" marahnya. "Danisya, it was just an acting. Janganlah emo sangat!" balas Izdham. Danisya mengetap bibir. "Awak memang gila!". Keesokannya, gadis lain pula yang datang menemui Izdham. Sama seperti semalam, Izdham tetap memperkenalkan Danisya sebagai bakal isterinya, sampaikan Danisya naik berang! "Siapa bagi awak kebenaran untuk kata macam tu?" Danisya terus menyerang sebaik sahaja gadis itu pulang. Izdham berwajah selamba. "It was just an acting!" dia memberikan alasan yang serupa. "Acting kepala otak awak!" bentak Danisya geram. Izdham tidak pula marah. "Remember, I am your boss!". Kemudian, dia terus menonong ke biliknya. Sejak hari itu, Izdham terus meneruskan lakonannya. Dia selalu membawa Danisya keluar menemui gadis-gadis yang pernah ‘diisytiharkan’ sebagai kekasihnya. Tidak kurang juga yang datang menyerang di pejabat hingga Danisya malu untuk berhadapan dengan teman-teman yang lain. Petang itu, Izdham membawa Danisya ke sebuah restoran untuk menemui seorang gadis. Berbeza kali ini kerana Izdham tidak lagi mengaku Danisya sebagai bakal isterinya sebaliknya dia terus bermesra dengan gadis itu. Danisya pula terkebil-kebil memandangnya. "Bila you nak kahwin dengan I?" soal gadis itu manja. Izdham bermain-main dengan rambutnya. "Sabarlah, Mila. I akan uruskan perkahwinan kita tu secepat mungkin." Danisya tersentap. Entah kenapa, hatinya terasa lain macam. Cemburu? Tidak! Dia cepat-cepat menafikan. "I boleh tunggu, api janganlah lama sangat. I tak nak nanti bila perut I ni dah besar, orang mengata I," ujar Mila lagi. "Tak sayang, kita akan kahwin secepat mungkin," janji Izdham. Zap! Jantung Danisya berdegup kencang. Perempaun itu mengandung? Gulp! Liur ditelan. Anak Izdham ke? Dia mula berasa tidak sedap hati. "Maaf, Encik Izdham. Saya balik dulu." Danisya mula mengatur langkah. Sebenarnya, bukan sahaja dia terkejut dengan kehamilan itu tapi dia juga tidak sanggup untuk terus berlakon di depan mereka. Hatinya diusik cemburu. Izdham bangun. Dia mula mengejar Danisya sebelum sempat gadis itu menahan teksi. "Nak ke mana?" "Balik." sepatah jawapan Danisya. "Tak makan lagi, kan?" "Tak lapar." Izdham tersenyum. "Cakap ajelah awak cemburu," ujarnya selamba. Berubah air muka Danisya. Dia memandang tepat ke wajah Izdham. "Jangan nak perasan! Buat apa saya nak cemburu?" "Sebab awak cintakan saya." "Siapa cakap?" "Saya!" Danisya mati akal untuk menjawab. Betul ke aku cintakan dia? Kalau tak, kenapa aku cemburu? "Awakkan dah nak kahwin? Dah nak jadi bapa orang pun!" "Danisya, it was just an acting!" "What?" Danisya terkejut. Izdham ketawa kecil. "Saya saja je nak uji awak. Nak tengok awak jealous ke tak. Dan sekarang ni dah terbukti yang awak memang jealous, kan?" dia tersengih. Danisya terkedu. Tidak tahu mahu menjawab apa. Betul ke aku cemburu? Jealous? "Macam yang saya bagitahu orang ramai, awak bakal isteri saya. So, awak setuju kan?". "Hah?!" Danisya ternganga. "Saya tak kira! Awak kena setuju." "Tapi…." "Remember, I am your boss! So, just do as I say!" "Nah!" Izdham menghulur sebuah kotak pada Danisya. Danisya menyambutnya dengan dahi berkerut. "Apa ni?" "Handphone baru awak," ujar Izdham. "Hah?" Danisya terkejut. Izdham membuka kotak itu. Sebuah telefon bimbit jenama LG dihulurkan pada Danisya. "Ice-cream LG." Danisya ternganga. Tidak percaya dengan pemberian yang tiba-tiba itu. "Saya dah rosakkan handphone awak. Jadi, ini sebagai gantinya," balas Izdham. Danisya tidak berkata apa-apa lagi. Tapi, hatinya berat untuk menerima. "Izdham…." "Remember, I am your boss!" Danisya tergelak. Kepalanya digeleng-geleng. "Nak tahu satu cerita?" "Apa?" tanya Danisya. "Sebenarnya, saya dah lama minat kat awak. Jadi, saya minta tolong dengan Nurul untuk rapatkan awak dengan saya." "Nurul? Teman serumah saya tu?" "Yup! Sebab itulah dia rekomenkan syarikat saya tu pada awak." "Oh…." "Saya akan buat apa aje asalkan awak jadi milik saya. Because…." "You are my boss!"
cerita neh not bad tapi macam kelam-kabut dan berserabut.. kadang-kadang tak tahu siapa yg cakap.. susunan dialog tu kena kemaskan lagi.. anyway, good luck =)
Best lah cite ni...seronok sangat bace..tapi,pendahuluan terlalu panjang hingga buat saye rase mls nak bace..he..he..ape pun..teruskn usaha..saye prcya kalau awk wat novel smbungan msti laris...that's my comment...Truskn usaha...
ohh....sweetnyer! seronok baca simple boleh jugak la difahami tp kalu panjangkan cerita ni lagi best keep it up writer ~destiny_horrorgurlz@yahoo.com.my~
cerita ni sebenonya best tapi jalan ceritanya perlu diolah supaya nampak lebih 'cantik'...Idea yg bagus perlu dikembangkan lg agar dapat menghasilkan satu cerita yang cukup bagus..
cpt sgt mcm naik bas express.... pastu ade scene 2 kt office tetibe kt kete pulak.... trus je xde traffic light langsung...overall cter best wlaupn mcm dh pernah bace kt tmpat lain.... pape pn, keep it up...teguran adlh utk mematangkan diri kita dlm berkarya....
sebenar-benarnyakan...... cite ni sy tulis atas kertas dulu lps tu mntk tlg org lain taip.. dia taip terus je x der selang2.. itu yg mcm kelam kabut sgt tu.. part yg bg handphone tu kt tmpt laen plak.. bkn kt tepi jln mse thn teksi tu... sy lupa nk edit dulu sblom hantar cite ni.. sbb tu straight je.. langsung x der selang2... papepun, tq utk komen tu sume..
satu usaha yg brbaloi..klu crt ni d panjangkan cikit,cmfm lg best..jalan crt dh ok dgn isi crt yg agk ringkas.cuma rs cam naik bas xpress pl..hehehhe..tup tup dh sampai ending.. trskan lagi perbaiki karya anda..gud luck. :)
slm!!!ni GD!!!tengok!!!semua org ckp citer ni bst tp x pnjang!!!!hohohoho....guyz,sbnrnye GD pn der beri idea dlm pmbikinan crpn you r my boss ni!!!!skaliskala nk bangga!!!!sbnrnye citer ni ayumi wt sehari jer!!!kbtln idea dtg time kt skull lak 2!!!!hohoho!!!
ayumi afiqah ni bukan ke salah sorg writer novel kat alaf 21????????????kalo xsilap la..kalo silap sori..huhu coz cite die sumee beeeesssssssttt222........termasukk yang ni...hehehehe
alaf21??? wah...jauhnya! ayumi afiqah ni skola lg la... belum smpai tahap writer... writer x rasmi bleh la... tp manelah tau satu hari nanti...................
cerita yang menarik.. kalu panjang sikit dan ada 'thrill' dalam hubungan tu akan jadi lagi menarik.. anyway..teruskan usaha anda dalam penulisan. syabas..
cukup la panjang ni..kang kalu panjang melalut dan bosan~~!! biase la cite2 ank org kaye,,keje pejabat kalu panjang,,akn jd konflik yg penat tok d bc tp nice :)
HAI SY RASE BEST COZ ADA JLN CERITA Banyakkn perbaiki ejaan. ianya buat sy mcm danisyah. ending yg baik,i like this story!!! buat lg baik dri ni do u best
ok r,,, tp kan bese dh r sryle riting camni,, cube try wat pempuan tu grg,,, takleh nak sntuh ckit p0n,, bru nmpk ciri kewanutaan ckit n sbgi islam,, tp ok la dr y tak ok.. huhuhuhu,, sori kalo trksr bhse,,
selamber badak jer boss dia tuhh.. haha.. tp si danisya ni innocent sgt la pula.. ikut jer apa boss dia ckp.. klu ikutkan, boleh saman boss dia atas alasan gangguan sexual n sbb kena kerah buat kerja di luar job scope.. haha.. nmpk sgt dia pun ske kat boss dia.. sbb tu ikut je apa dia ckp.. =P.. gud job.. tp, len kali bg panjang sket ar.. hihi..
citer u bez lh..tp kne pnjgkn lg citer niy.. buat jd n0vel. fuhh..msti melet0p.^^ tp ekyn ta puas hati,nk gk tawu cm ne her0nye ley fall in lurve kt her0in.sbb kal0 stakat cinte pndg pttame,ta munasabh cgt.pmbace nk gak tawu pew yank her0 suke kt de gurl..???? pas niy try d bez.u ley gi ja0h.but impr0ve lg.
mmg best citer ni.. tp endingnyer terlalu cepat, x sempat nk rasa klimaks cerita ni.. klau buat lg byk konflik lg mantap.. apa2 pun citer ni mmg best..
erm...cite ni mcm best, tp jln cite dia xkemas..pas 2 tetiba da abes..cite pendek2 memag orang suka, tp kne kemas..one more thing, penggunaan grammer dalam ayat bahsa inggeris 2 xtepat..sepatutnya "...so just do as i said"
cter da menarik.. tp cam pelik cket kat ci2.. cakap y bos tu x tawu sape pekeje baru y pkeja bwahan dia ambil.. tp ending cter ni ckp kwn bek danisya y rekemenkan sbb en idzham da lama minat kat danisya.. pape pun idea y kreatif
emm...cliche la...sya blh ktakn yg its juz too easy...bnyk scene yg xdicrtakan dgn jelas....mgkin slh satu faktor dsbbkn point of view org ketiga tlalu bnyk digunakn...cuma perhalusi lagi jalan crta...
oke..... gud job but mcm komen yg sblom nie ....kalo bole pjg kn lg yer pape pown jln citer yer menarik sekali cume its too short stories..... sorry to say oke.....gud luck...all the best :D
Assalamualaikum,saya baru je baca citer ni coz trtarik ngan tajuknye..citernye best,cuma jln citer trlalu pendek.tapi x pe,keep it up!I like this story.
citer ni best..... menarik,, tapi seperti yang kebanyakkan pembaca komen,, rasa terlalu cepat....tapi kalau, cik berusaha pasti akan dapat menghasilkan cerpen yang lagi baik selepas ini,, selamat berjaya..
lama dah x buka ruangan cerpen nie..ni merupakan 1st cerpen yg saya baca sebagai permulaannya..dan apa yg paling menyedihkan,cerita ini boleh diolah menjadi sebuah cerita@novel yg menarik.Tetapi, nampak sangat kelemahan yang terdapat dalam cerpen ini.cuba baca perkataan demi perkataan,ayat demi ayat.ada kesalahan dalam penceritaan ini.hal ini tidak patut berlaku.Ingat, dalam mana2 cerita sekalipun, kena ada turutan daripada permulaan,perkembangan, perumitan,klimaks dan peleraian.Cuba buat rujukan lebih banyak sebelum membuat sesuatu karya.Ayat yang digunakan agak ringkas.Tapi, cuba tingkatkan lagi agar cerpen anda nampak lebih segar dan menarik.Apa2 pun, anda dah berjaya menghasilkan cerpen ini.syabas dan kembangkan lagi bakat anda.
mule2 takot nak luahkan..tp bile bace komen komen org lain,same dgn ape yg sy rase.jd x perlula sy ulas sbb semuanya telah dinyatakan oleh pembaca yg lain.adik boley baiki lg..u got the idea but try to make the story understandable....
cite ni ok je.. sngt2 xpress! hehe.. sesuai tuk orng yg nk cpat mcm sy.. simple n perfect.. thumbs up!
zira91
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
am i the first 2 comment..?
haha,,best la story nih,,
klu wat panjang lagi,,
sti superb,,
keep a gud work,writer !