Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aisyah melangkah ke dalam kelas barunya itu. Pelajar-pelajar lain mula berceloteh sesama sendiri. Itu sudah menjadi kebiasaan rata-rata pelajar apabila ada pelajar baru yang tidak dikenali mendaftarkan diri ke sekolah mereka.
Aisyah mula memperkenalkan diri kepada 39 orang pelajar di kelas itu. Masing-masing terutamanya pelajar lelaki melihat Aisyah dengan mata-mata yang nakal. Mungkin ini kerana penampilan serta ciri-ciri fizikal Aisyah yang menarik perhatian mereka. Memang benar, Aisyah dilihat sebagai seorang perempuan yang berwajah lembut dan mampu mencairkan hati lelaki di sekelilingnya.
Sewaktu Aisyah berjalan mendekati meja yang telah ditetapkan oleh guru kelasnya, Aisyah terpandang seorang pelajar lelaki yang duduk di barisan paling belakang. Aisyah perasan pelajar itu tidak banyak bercakap seperti rakan-rakannya yang lain sewaktu Aisyah memperkenalkan dirinya sebentar tadi. Dari pandangan pertamanya tadi, Aisyah mula merasakan sesuatu yang berlainan. Perasaannya agak berbeza berbanding kebiasaannya. Mungkinkah ini cinta?
Sebulan berlalu, Aisyah sudah dapat membiasakan dirinya dengan persekitaran sekolah itu serta mempunyai ramai kawan baru. Ramai yang hendak berkenalan dengannya tidak kira lelaki atau perempuan. Tetapi rata-rata kebanyakannya pelajar lelaki yang mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Setiap hari sewaktu di kelas, Aisyah pasti dikerumun teman-temannya untuk diajak berbual. Namun begitu, hanya seorang sahaja pelajar di dalam kelasnya yang tidak mengikuti perbualan mereka semua. Setiap kali diajak berbual, dia lebih senang mendiamkan diri. Namanya Mohd. Ikhwan Rais.
Aisyah mengetahui namanya daripada salah seorang rakan baiknya, Ain. Ikhwan memang dari dahulu bersikap begitu. Seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap dan tidak bergaul dengan pelajar perempuan. Tetapi perwatakannya yang begitulah yang membuatkan Aisyah tertarik kepadanya. Aisyah benar-benar mahu berkenalan dengannya dengan lebih rapat lagi. Hati Aisyah sudah terpaut kepadanya sejak kali pertama mereka bersua muka.
Kini, khabar angin mengatakan Aisyah meminati Ikhwan secara rahsia sudah tersebar luas. Aisyah sudah tidak mampu berselindung lagi kerana kebanyakan pelajar yang sama tingkatan dengannya sudah tahu berkenaan gosip tersebut. Aisyah yakin Ikhwan juga pasti tahu mengenai berita tersebut. Perasaan malu mula menyelubungi dirinya. Sudah tentu Aisyah malu terhadap Ikhwan kerana ramai mengatakan bahawa dia suka padanya. Tetapi hakikatnya perkara itu semuanya adalah benar. Memang Aisyah suka Ikhwan. Tetapi dia berharap rahsianya itu tidak terbongkar.
Pada suatu hari, seorang rakan sekelas Aisyah, Nazmi datang berjumpanya untuk berbual. Aisyah dan Nazmi dianggap kembar kerana huruf depan bagi nama mereka adalah sama. Aisyah Sofea , Nazmi Syafiq. Aisyah dan Nazmi mula rapat sejak Ain memanggil mereka kembar. Nazmi juga merupakan kawan Ikhwan yang paling rapat. Dia dan Ikhwan bagaikan adik-beradik. Nazmi memulakan perbualan mereka seperti biasa. Tetapi, di tengah-tengah perbualan, Nazmi berhenti. Dia memandang Aisyah tepat ke matanya dan menyatakn isi hatinya bahawa dia suka kepada Aisyah. Aisyah benar-benar terkejut kerana dia tidak sangka sama sekali yang Nazmi ada hati dengannya. Selama ini, dia melayan Nazmi sebagai seorang kawan dan tidak lebih dari itu. Aisyah terpaksa menolak perasaan Nazmi terhadapnya kerana dia sudah punya pilihan hati tersendiri.
Nazmi sudah lama tahu yang Aisyah meminati Ikhwan, kawan baiknya. Namun Nazmi tetap mahu mencuba nasibnya. Aisyah sudah menjelaskan yang dia suka kepada Ikhwan dan tiada orang lain yang mampu menggantikan tempatnya. Walaupun Aisyah jarang sekali bercakap dengan Ikhwan, namun perasaannya itu semakin hari semakin menebal. Apa yang pelik tentang Ikhwan, dia sentiasa berlagak cool seperti tiada apa yang berlaku. Dia juga tiada masalah bercakap dengan pelajar perempuan yang lain selain Aisyah. Aisyah tidak faham mengapa Ikhwan bertindak demikian. Dia tidak faham mengapa Ikhwan menyisihkan dia daripada teman-teman perempuannya. Walaupun hatinya sedikit terluka namun dia tetap memendam perasaan itu dan cuba untuk tidak berasa cemburu terhadap teman-temannya.
Tarikh lahir Ikhwan semakin hampir. Aisyah sudah bersiap sedia membelikannya hadiah hari jadi sebagai tanda persahabatan antara mereka. Aisyah berharap dengan hadiah tersebut, Ikhwan akan mula bercakap dengannya. Hadiah yang dibelikan tidaklah mahal. Biasa-biasa sahaja namun ia memberi makna kerana Aisyah membeli hadiah itu sepasang. Satu untuk dirinya, lagi satu untuk Ikhwan. Apabila hari yang dinanti tiba, kawan-kawan Aisyah bersepakat mahu membiarkan Aisyah dan Ikhwan berdua. Saja nak beri impak.
Jantung Aisyah berdegup dengan kencang. Dia benar-benar malu. Mukanya juga sudah naik merah. Dia malu mahu berdepan dengan Ikhwan. Namun, dengan sokongan kawan-kawannya (mereka tidak membiarkan Aisyah berdua dengan Ikhwan pun), Aisyah berjaya juga memberi hadiah hari jadinya. Ia tidaklah sehebat mana, hanya sekadar seutas keychain yang dibeli sepasang. Ikhwan hanya mengukir senyuman ketika mendapat hadiah itu manakala Aisyah pula menunduk malu. Seorang kawan rapat Ikhwan, Amir yang terkenal dengan kelancangan mulutnya itu hanya mentertawakan Ikhwan yang agak kebingungan. Sebenarnya, Ikhwan tu blurr sedikit dan dikatakan tidak mempunyai perasaan, hahaha.
Dua hari selepas Aisyah memberikan Ikhwan hadiah tersebut, Aisyah mendapat tahu bahawa Ikhwan menjual hadiah pemberiannya itu. Tatkala itu, hati Aisyah hancur. Hatinya hancur kerana pemberiannya itu amat bermakna tetapi telah diperlekehkan. Namun Aisyah tidak menunjukkan yang dia sedih sebaliknya, dia hanya tersenyum dan mengatakan dia tidak kisah. Walhal, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kecewanya hati Aisyah ketika itu. Setiap kali berselisih dengan Ikhwan, Aisyah hanya menunduk. Ikhwan pula dengan muka tidak bersalah tidak berkata apa-apa. Malah ucapan minta maaf kerana menjual keychain tersebut pun tidak terkata apatah lagi ucapan terima kasih kerana memberi hadiah tersebut. Aisyah hanya memendam perasaannya seorang diri. Dia tidak mahu kawan-kawannya risau tentang dirinya. Aisyah tetap meneruskan hari-harinya dengan ceria walaupun dalam hatinya terdapat sedikit calar.
Sehingga ke akhir tahun, sudah bermacam-macam cara Aisyah lakukan untuk menunjukkan yang dia sangat suka pada Ikhwan. Setelah apa yang Ikhwan lakukan padanya, hatinya masih lagi degil mahu tetap menyukainya. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Ikhwan masih lagi tidak mempedulikannya. Dia tidak langsung bercakap dengannya seperti yang diharapkannya selama ini. Sekali lagi hatinya berkecai. Sungguh besar penderitaan yang dialaminya. Tetapi Aisyah ini seorang yang mementingkan diri sendiri. Dia tetap dengan pendiriannya, tidak mahu memberitahu bahawa dia sedang bersedih jauh di sudut hati. Dia tetap mempamerkan wajah yang ceria di sebalik segala duka yang lara.
Tetapi, mungkin Aisyah tidak perasan. Mungkin Aisyah terlalu sibuk berlakon menjadi seorang yang ceria hinggakan dia tidak perasan yang Ikhwan sudah mula memerhatikannya dalam diam. Kalaulah Aisyah tahu, sudah pasti dia gembira bukan kepalang namun hakikatnya Aisyah langsung tidak perasan, sayang sungguh! Kebanyakan rakan baik Aisyah memberitahunya yang Ikhwan sudah mula memandangnya beberapa kali tetapi Aisyah tidak percaya. Dia sedar yang Ikhwan tidak akan menoleh ke arahnya. Segalanya telah terbukti yang Ikhwan tidak langsung meminatinya. Hanya memikirkan tentang itu sudah membuatkan Aisyah sedih.
Sehinggalah pada hari terakhir persekolahan pada tahun itu (merangkap hari terakhir peperiksaan akhir tahun), ibu Aisyah mengatakan yang dia perlu ke Melaka sebaik sahaja balik daripada sekolah. Bermakna Aisyah tidak dapat meluangkan saat-saat terakhir persekolahan mereka pada tahun itu bersama rakan-rakannya. Aisyah terpaksa akur walaupun dia tidak mahu pergi ke Melaka. Namun apakan daya, seorang anak harus patuh kepada ibu bapanya. Aisyah meninggalkan perkarangan sekolah lebih awal dari biasa. Pada waktu yang sama, Ikhwan tercungap-cungap berlari mencari Ain, kawan rapat Aisyah. Dia bertanya di mana Aisyah ketika itu. Ain memberitahunya yang Aisyah sudah pulang, dia perlu bergegas ke Melaka di atas urusan keluarga. Ikhwan betul-betul terkejut. Seketika kemudian, dia berlari ke arah perhentian bas yang terdekat dan menaiki bas ke Jusco, Taman Universiti. Dia ingin segera berjumpa Aisyah. Ada sesuatu yang perlu disampaikan kepada Aisyah sebelum mereka berpisah di akhira tahun itu.
Dalam perjalanan, ada kemalangan berlaku dan menyebabkan lalu lintas sesak. Ikhwan sudah mula risau. Dia takut tidak sempat berjumpa dengan Aisyah. Alhamdulillah, bas tiba juga di depan Jusco dan Ikhwan terus berlari menuju ke Jalan Pulai 17. Dia pernah sekali bertandang ke rumah Aisyah sewaktu beraya bersama kawan-kawannya. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Aisyah, dia dapati kereta Aisyah sudah tiada. Bermakna Aisyah sudah pergi ke Melaka. Pada waktu itu, Ikhwan merasakan hatinya sakit. Bagai dihiris pisau yang tajam. Dia berasa kecewa kerana tidak sempat berjumpa dengan Aisyah. Dia menyeluk poketnya, dikeluarkan sehelai kertas. Perlahan-lahan kertas itu dibuka dan dia membaca kembali apa yang ditulisnya di atas kertas itu.
"Aku Suka Kau, Aisyah"
Ikhwan pergi meninggalkan rumah Aisyah. Dia membiarkan kertas itu di peti surat rumah Aisyah dan berlalu pergi dengan hati yang kecewa. Pada masa yang sama, Aisyah yang dalam perjalanan ke Melaka, tiba-tiba teringatkan Ikhwan. Dia mengenang kembali dari awal pertemuan mereka sehingga sekarang. Tiada memori indah. Kosong. Yang ada hanyalah perasaan yang sakit dan terasa dihancurkan. Perlahan-lahan, air matanya mengalir jua. Dia merasakan yang mungkin tiada jodoh antara mereka.
Pada hari Aisyah pulang ke rumah mereka, Aisyah memeriksa peti surat rumahnya dan mengambil surat yang ditinggalkan Ikhwan tempoh hari. AIsyah terkejut membaca surat itu, tetapi dia bingung. Tiada nama pengirim. Jadi siapa yang menghantar surat tersebut? Ini menjadi misteri buat Aisyah. Aisyah mencari buku notanya yang tertulis alamat-alamat rakan sekelasnya. Dia cuba memeriksa tulisan yang sama dengan surat tersebut. Mata Aisyah terpaku melihat tulisan Ikhwan yang sememangnya sama dengan apa yang tertulis di surat itu. Dia cuba untuk tidak mempercayainya. Sungguh sukar untuk dipercayai. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Ain yang menelefonnya dan memberitahunya berita yang amat mengejutkan. Ikhwan kemalangan!
Aisyah bergegas ke hospital yang diberitahu Ain tadi. Dia melawat Ikhwan tanpa membawa apa-apa buah tangan. Aisyah mengetuk pintu bilik di mana Ikhwan ditetapkan. Sebaik sahaja pintu dibuka, terlihat Ikhwan sedang telantar di atas katil dengan tangan dan kaki yang dibalut. Aisyah risau! Dia sedikit panik. Dia cuba bertanya kepada ibu Ikhwan yang duduk di sebelahnya. Jelas sekali ibunya baru lepas menitiskan air mata. Dia memberitahu bahawa Ikhwan berada di dalam keadaan yang kritikal. Dia mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. Saat itu, sekali lagi, hati Aisyah terpanah. Dia menangis semahu-mahunya lalu menghampiri Ikhwan. Ikhwan tersenyum lemah melihat Aisyah.
Ikhwan memanggil nama Aisyah dengan perlahan. Nafasnya tercungap-cungap. Lalu tanpa membuang masa, Ikhwan meluahkan isi hatinya kepada Aisyah.
"Aku sukakan kau, Aisyah. Tolong.. redhakan aku pergi,"
Sebaik sahaja ucapan itu terluah, Ikhwan menutupkan matanya dan tinggallah hanya jasad di atas katil tersebut. Aisyah menangis lagi. Dia tahu penantiannya menunggu cintanya dibalas sudah tertunai namun orang yang disayanginya telah tiada. Dia masih belum matang untuk menghadapi semua ini lalu Aisyah menangis, menangis dan menangis.
Setahun berlalu, Aisyah sudah mula dapat menerima takdir. Dia telah redha dengan pemergian Ikhwan. Mungkin ada hikmah dengan pemergiannya itu dan dia sekarang sudah kembali tenang dengan sokongan daripada kawan-kawannya terutama Nazmi. Ramai juga yang mencadangkan Nazmi menjadi pengganti Ikhwan. Aisyah tahu mereka hanya berjenaka tetapi dia juga tahu, tiada siapa dapat menggantikan tempat Ikhwan di hatinya.
asal smua cter yg kuar dlm minggu ni smuanya sdih2. jalan cter yg sama..either hero mati xpn gf kawin ngan org len..plez try smething new..jgn hnya gna plot yg sama HANYA KAU cter yg best walaupn jln cter yg sama cam cerpen2 yg lain..tp saat terakhir 2 spatutnya ikhwan perlu mngucap bknnya luahkn perasaan dia..
giler menyampah bacer cerite ni...da la penulis...ayat awk skema sgt la..cube jd watak dlm cerpen ni..bukan jd penulis yang menulis...ada paham??? x paham..kne tny cikgu bm kat skola...k..nice try la...
ambik ar positif teguran nie k.. penulis nie budak sek lgi ker?? nape ar wat cter budak sek yg cm nie.. wlupun budak sek tp u boleh wat cter tntg org dewasa.. xslh wat cter tntg budak sek tapi cter nie xmenarik lgsg.. kembangkn lagi pmkiran dlm b'karya k..
alamak....sebijik cam kisah hidup sy time sekolah.ikhwan sebiji cam laki yang penah saya sayang.kdg2 rasa nak tumbuk je orang camtu.hahaha.terimbau kenangan silam lak. pape pun,gud work.teruskan berkarya..
mmg sukar t0k kita cri pggnti,setelah insan yg kita syg,tdk ad disisi,,, hanya iman yg dpt,membntu mencri kekuatn untuk menEruskn khdupn sprti biasa tnpa insan yg betul2 kita SAYANG...
x beber sesui utk dibca pada perigkat umur 20 keatas sebab ceter zaman sekolah yg rata2 x matang dalam menilai erti cinta..so cuba cri ilham baru k...gud luck!!
Pada pendapat saya cerpen ni biasa-biasa sahaja (tiada "x factor") dan agak membosankan. Cerita ini ditulis dengan gaya penceritaan semula sesebuah kejadian yang pernah terjadi (ini adalah antara sebab kenapa ia agak membosankan). Saya juga dapati bahawa diantara satu perenggan ke perenggan yang lain ada yang tiada "continuation"(terputus/ tergantung). Masih banyak lagi yang boleh diperbaiki. Walau bagaimanapun "it's a good effort". "A lot more practice and reading can make you an excellent writer".
jalan citer ni sbenanyer dah best.. tapi lagi bagus klu watak tu ditukarkan kpd golongan dewasa.. agak kurang sesuai apabila watak budak sekolah digunakan apatah lagi pada usia remaja sudah terjebak dengan cinta yg boleh dikatakan agak beremosi.. tapi ape2 pun tahniah.. hope boleh cube yg lbh bagus dan manntap lagi selepas ini.. jadikan segala kritikan sebagai pemantapan kepada penulisan anda ok :)
jln cerita ada tp pnulis x pndai nk mngolah... sy stuju dgn komen seseorg di atas... sy rsekan pnulis msh lg pljr sek... nmun,pnulis perlulah mnulis scra dwasa sbb pmbacanya kbykan tlh dwasa... lg 1,karya ni krg dialog & tiada penceritaan.seolah2 yg brcerita ttg ksh ini adalah org luar,bknnya aisyah.. cba lg k... sy tggu karya pnulis yg len.
mula cite okey jer.... tgah2 cite duk simpan perasaan n makan hati... last cite baru nk feeling lebih ckit mati la pulak... kan best klu ending dia gembira bkan sedih....
so sweet.....klu bce byk kli pun tak bosn.....cite nie nmpak mcm real btul laaaa....cam penulis nie pernah alami jew...he3...just kidding..anything nice n good job
bg pndgn sy,amat x bes la bile watak utme citer nie serba perfect n glemer nk mamposla knnnye...kirenye,sume org ske dye n hidup dye x pernh ade mslh n sume serba perfectlh..mcm trlalu fntasi..hm..jln citenye pon flat..blh agk
salam..cerita ini agak kelam kabut dan tiada keseragaman dalam pengaturan teruskan usaha dalam berkarya ..saya pasti awak mampu menjadi penulis yang berjaya..insyaallah...
bosannya baca...penulis seolah2 tak menjiwai apa yg dia tulis...pas 2 gatal tul si aisyah 2...bt malu jew...huhuhu...pape pon tingkatkan lg penulisan ada jdkan ia sebagai cerpen yg santai n menarik k...good luck....
urm... asl sdih sgt criter niee.. tp x byk isi kot... lau byk dialog ckit lg ok kot.. n nper wtk ikhwn cmtu erk.. x bst sgt r.. wat r dier prmh ckit.. sory..i just bg cdgn tau.. jgn mrh.... :P.. keep u gud job erk..
anggaplah yg tertulis sbg teguran.. yg tehiris hanya perasaan.. memang benar cerita ini agak simple.. perlukan lagi effort utk terus menulis.. buat homework utk mendapatkan bahan.. pasti lg menarik.. yg penting matangkn lg cara penulisan
i think crite nie klise sgt la..semua nak ade kmalangan,mati la...cara penulisan baik tapi kalau nak tarik pembaca suruh baca,i think kene la buat jalan cerite yg agak berbeza dgn yang lain..barulah interesting..just my opinion...
ntah... x tau nak komen hape... rasanya cam penulis ni budak-budak lagi.... gaya bahasa, ala..... tp x pe... usaha lagi, usaha itu tangga kejayaan. GOOK LUCK!
asl la bnyk cerpen yg sedih abis2 BF dye mati..xpon kawin dengan yang laen! but still,it's a nice story tpi lgi nice klu aisyah ngan ikhwan together dowh! do your best writer!
cter ni mcm2 karangan budak sekolah rendah la.. nape awk x jd hero or heroin dlm cter... ntah la x nak coment byk2.. anyway.. just try ur best untuk future... :(
sedihnya..kalau sya di tempat ain entah apa yang jadi..tapi menangis keluar air mata darah pun tak guna.Lebih baik kita redhakan pemergianya..sedihh laa
best jln citerr...skeee bce..tp xnk ending cdih gtuee : (
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
laaaaaaaaa...gitu plop...