Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Bapak arr..gila betol! Betul ke? Waa..mana kau dengar? Tak nak! Tolong arr..serius aku tak nakkkkk!" protes Bazyli tidak puas hati. Adiknya, Basir hanya tersenyum. "Kalau abang tak nak, pass kat aku lah..orangnya lawa abang..Amabel. Nama pun dah unik. Anak kacukan weh. Lawa..serius lawa. Mama dah berkenan gila dengan budak tuh..hehe" "Kepala otak kau! Abang tak kenal pun dia! No love, no marriage!" tambah Bazyli. Basir hanya mencebik. "Abang ni tak habis-habis..terpengaruh dengan novel arr tu!..suka berangan. Terima lah abang..kesian kat mama. Amabel tu perempuan ke 29 yang mama pilih tau..hish..tak reti lah aku dengan abang ni! Umur dah lapuk!" tempelak Basir lagi. Kali ini, giliran Bazyli pula mencebik. "Aaa..tak kira! Mama tu yang mengada-ngada tak discuss satu benda dengan abang tu apsal? Bukan salah abang! Abang nak cari cinta abang sendiri..kau apa tahu..yang nak kahwin pasni abang! Yang nak buat anak pasni pun abang jugak! Bukan kau or mama! Abang tak nak! Call mama, cakap kat dia, abang tak nak! Abang tolak!" "Tapi..weh..abang..kan kecik hati pulak orang tua tuh..aduyyyy…tension aku!" "My decision is final". Tamat. Perbualan petang itu tamat dengan kedegilan aku yang semakin membuak-buak. Aku tahu, Basir sudah mula tertekan dengan sikap aku yang tak reti-reti nak kahwin. Umur aku tahun ni dah 35 tapi girlfriend pun tak ada. Bukan aku tak try cari tapi entah lah.. "Kau tu yang memilih sangat! Perasan! Setakat muka macam tu, berlambak, tapi ego je lebih!". Kata-kata mama seakan-akan berdesing di telinga aku. Memang aku cerewet. Weii, mesti lah kena cerewet! Takkan main tangkap muat je! Aku nak cari yang terbaik, aku nak kahwin sekali je beb, so..mesti cari yang terbaik, terbagus, terhebat, terlengkap, tersegala-galanya! Yes, the only one..yang the best!! "Kau tahu, kadang-kadang cinta ni unik woo.." cetus Farid ketika aku dan dia sedang membeli lauk untuk dinner di pasar malam petang itu, after kerja. Aku jadi pelik. Dia perli aku ke? Mentang-mentang lah dah kahwin bulan lepas.. "Kenapa? Apa yang unik? Tak faham aku..?" "Sebab, kita kadang-kadang boleh jatuh cinta bila-bila masa saja, di mana jua anda berada dalam apa jua keadaan, understand?" Aku tersengih. Betul, tapi kenapa jodoh aku tak sampai-sampai lagi? "Aku setuju..tapi, kenapa kau tiba-tiba cakap pasal ni pulak? Sindir aku ke??" Farid ketawa besar. "Memang! Kau tak pernah terfikir ke weh..entah-entah jodoh kau tu sebenarnya pernah berselisih bahu dengan kau, ada dalam antara ramai-ramai orang ni? Kau tak pernah fikir macam tu ke? Tak pernah?" Aku termenung seketika. Farid tenung muka aku. "Tak pernah kot..??" balasku selamba. Farid kelihatan marah. Aku gelak. Geli hati. "Nah, kau amik batu ni!" Farid menyumbatkan anak batu ke dalam genggaman tangan kananku. Aku cuba mengelak tapi terlambat. "Weh..weh..kenapa? Nak buat pe? Kotor la.." "Ambik!" "Nak buat pe?" "Buat baling!" "Hah? Gila! Baling kat sapa? Tengah ramai-ramai orang ni.." "Baling je lah..kat sape-sape..baling kat orang depan lah..jangan baling kat aku pulak!" gesa Farid berulang-ulang kali. "Hisy…tapi kenapa?" "Baling dulu lah, mana lah tau, kau boleh dapat jodoh dengan cara macam tuh! Cepat lah! Baling!" Biar betul Farid ni. Otak cibai jugak. Aku pulak, macam lembu kena cucuk hidung, ikut je arahan bengong Farid. Alang-alang baling, biar baling kuat-kuat. Puh..puh..minta-minta sampai lah jodoh aku! "Adoi!!!" jerit seorang perempuan. Aku dan Farid menyorok di belakang gerai sate. Farid angkat kening sambil tersenyum lebar. "Berjaya!" "Apa yang berjaya?" "At least, kau baling batu tu kena kat perempuan, bukan kat laki! Reti?" Aku angguk. Sengih sambil angkat ibu jari. "Bagus..jom kita pergi tengok bakal isteri kau!" "Babi arr..menatang bengong mana baling batu kat aku? Cibai! Celaka punya orang!! Gila keeeeeeeeeeeeeeee???" pekik seorang perempuan dengan bengisnya. Aku dan Farid saling berpandangan. Ini bukan jodoh, tapi malapetaka!! Farid ternganga. "Uissshh..dasyatnya! Power gila mulut perempuan tuh! Siot je..idea kau memang tak boleh pakai! Entah apa jenis perempuan nanti jadi mangsa balingan aku. Aku cari isteri, bukan cari gangster! Bapak arrr..dasyat gila doe..! Seram aku!" "Haha..uiii..nasib baik dia tak tahu siapa yang baling kan..jom blah weh..aduyyyyy…" Farid mengheret lengan aku untuk pulang. Aku sempat menoleh untuk kali kedua ke arah perempuan yang masih terpekik-pekik itu. Sepasang anak mata yang sedang menyinga itu menyentak jantungku. "Tak kira! Balik sekarang! Sekarang! Kalau kau ingkar, jangan harap nak cium bau syurga! Ingat, syurga itu di bawah telapak kaki mama, faham?!" jerit mama di hujung talian. Klik! Talian dimatikan. Aku menggaru kepala. Ini mesti kes Amabel. Memang perempuan tu lawa, tapi aku tak suka perempuan macam tu, maksud aku perempuan yang terlajak lawa. Bukan apa, kalau perempuan macam tu, bila dah kahwin nanti, sure..memang gerenti arr dia akan perasan bagus, orang cantik lah katakan..dia mesti nak jadi queen control!! Aaaa..tak nak aku!! Ces! "I love party..bersosial tu is part of my life.." suara Amabel yang manja kedengaran jelik di telinga aku. Aku menguis telinga. Malam itu, aku menurut kehendak mama untuk majlis makan malam bersama Amabel. Perempuan tu dressing maut arr! Potongan seksi gaun malamnya pada bahagian dada sedikit sebanyak mendebarkan jiwa lelaki aku. Basir yang duduk di sebelah kananku dari tadi merenung lurah dada Amabel yang sangat menyeksa kebatinan kami berdua. Aku hanya melayannya acuh tidak acuh. "Baguslah tu, boleh accompany Bazyli pergi event apa-apa ke, kannnn??" mama membela Amabel sambil mengelip matanya beberapa kali kepadaku. Amboi, mama! Minta maaf..aku tak setuju! "Oww..really? I pulak, tak suka suasana bising..i prefer to stay at home". Aku membalas kata-kata Amabel sambil memeluk tubuh. Dia kelihatan terkejut. "Err..i thought that you.." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku sudah memintas. "Sebab I ni bos company kereta yang besar..jadi you fikir I ni suka bersosial? No..dengan clients tu..maybe..but not with other people..especially..women" sengaja aku tekankan perkataan terakhir itu. Amabel mula bosan. Aku menjerit kesukaan dalam hati. "I nak wife I stay kat rumah jadi isteri dan ibu yang mithali, are you willing?" "No..erp..yes..hurm..erp..i mean.." Amabel kalut, sedar dia sudah terlepas cakap. "Your first answer is ‘NO’, right? So..that’s all..anda direject untuk jadi wife saya, terima kasih", Aku bingkas bangun. Mama di sebelah tergamam. Basir yang sedang menghirup sirap tersedak, hanya papa yang angkat ibu jari kepada ku. Thanks, papa! "Bye, mama! I’m going home now!!’’ BMW 320d Convertible milik aku meluncur laju di jalan raya. Aku melonggarkan tali leher yang terasa menjerut dan menyesakkan nafas. Susahnya nak cari isteri! Serabut! Aku mengetuk stereng beberapa kali. Entah dosa apa yang aku buat sampai susah macam ni nak kahwin! Tiba-tiba Farid menghubungiku. Aku memperlahankan kereta. "Wei…sayang!!!" sapa Farid dengan mesra sebaik aku menekan butang ‘answer’. "Gila kau! Isteri kau tak layan kau ke malam ni? sayang-sayang dengan aku pulak! Bodo betul.." "Haha..relek lah bro..kau buat apa ni?" "Drive" balasku pendek. Farid ketawa lagi. Jelesnya aku dengan kau Farid. Happy je..orang ada isteri, tak macam aku..sepi..waaa… "Cepat wish congratulations kat aku, cepat..cepat!" "Kenapa pulak?" "Sebab aku bakal jadi ayah! Yayyyy…!!! Hahahaha!" Aku tersenyum kelat. Bertuah kau Farid! Bertambah jeles aku. Eiii!!! "Weh..cepatnya..anyway..congrates.." "Tengok orang arr..aku ada skill weh..nanti kau nak kahwin, tuntut ilmu dengan aku dulu, hahaha!" "Karut ar kau ni..blah lah kau, pergi jaga bini kau la!" "Ok..tu je aku nak bagitau..selamat tinggal, sayangku! Hahahaha!" "Yerk..!" Tension! Farid dah nak jadi bapak orang, aku pulak girlfriend pun tak ada. Teringat pula perbualan mak ngah dengan mama masa cuti raya tahun lepas. "Anak kau kenapa tak kahwin-kahwin lagi? Ada masalah apa?" "Entah la..berbuih dah mulut aku suruh dia kahwin, bukan setakat suruh, siap paksa lagi, tapi budak tu degil..degil..tak nak dengar cakap orang..geram aku!" "Entah-entah dia tak ada nafsu kat perempuan kot?" "Uiii..kau ni! Jangan cabul sangat mulut tu! Anak aku normal..aku jamin normal.." "Eleh..kau kena ingat..normal-normal pun..kalau kahwin lambat..jadi tak normal jugak.." "Kenapa pulak?" "Kang kecut habis..tak ada tenaga..tak tegang..susah lah kau nak dapat cucu nanti!" Bapak arrr..!! Suka hati dia je tuduh aku macam tu! Aaaa..gila! Mana aku nak cari perempuan ni? Mana? Mana? Siapa nak jadi bini akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu???!!! Srettttttttttttt..!!! Aku menekan brek kecemasan. Fuh..nasib baik tak langgar kucing! Aduyy..tekanan! Tekanan! Aku mengambil keputusan untuk stop. Dari jauh, aku lihat ada kedai ‘Seven Eleven’. Tin Nescafe mocha aku sepak tanpa jemu sepanjang perjalanan yang membosankan itu. Kereta telah aku parkir entah di mana.Aku menyusuri lorong gelap di sebalik bangunan-bangunan besar. Entah apa yang aku cari, aku sendiri tidak pasti. Aku stress dan aku perlu melakukan sesuatu untuk menghilangkan perasaan ini. Esok aku kena kerja. Aku harus focus, jadi..macam mana sekalipun, aku kena relek sereleknya malam ni jugak! Masa aku tengah berjalan, tiba-tiba aku terdengar suara perempuan menangis. Mak aih..hantu ke? Entah-entah, berbinikan pontianak lah aku nanti? Uii..!! Aku berhenti melangkah. Di sebalik kotak-kotak yang menimbun di belakang sebuah bangunan, duduk seorang perempuan sambil memeluk lutut. Then, of cause lah dia yang menangis tadi tu! Aku tidak berani mendekatinya. Aku hanya memandangnya dari jauh. Eii..takut lah pulak! Entah-entah, perempuan tu saja buat skill menangis, padahal dia nak rompak aku! Sepuluh minit berlalu. Aku masih berdiri di situ sambil merenung perempuan itu. Dia masih menangis. Sedih melampau-lampau agaknya, sampai sepuluh minit nangis, tak reti-reti nak stop lagi? Aduy..aku memang tak memahami perempuan! "Jangan kesat hingus awak dengan baju..kotor nanti..nah..amik sapu tangan saya.." aku merapati gadis itu. Aku duduk bertinggung di sisinya. Gadis itu mengangkat muka. Cantik. Jantungku berdebar-debar. "Ambil lah..saya bagi free.." aku menyuakan sekali lagi sapu tangan ke arahnya. Dia kelihatan teragak-agak tapi, ambil juga. "Thanks.." ucapnya dengan suara yang sudah serak dan masih sebak. Aku angkat bahu sambil tersenyum tawar. "Saya dah nak pergi..awak simpan lah sapu tangan tu..dah la nangis tu, buruk! Bye!" aku mula mengatur langkah tapi perempuan itu pantas memelukku. Waaaaa…alamak! Apa ni! Gila arr..dia nak rogol aku apa? Mamaaa!! "Wei..weiii…" aku menolak perempuan itu. Dia menangis makin kuat. Aku jadi cuak. Sudah lah seksi, peluk aku pulak..kang tak pasal-pasal jadi benda lain, dah la tempat ni gelap, tak ada orang pulak tu! Astaghfirullah… "Tolong saya.." rintihnya sambil teresak-esak. Aik? "Tapi kenapa saya? Kenapa saya nak tolong awak pulak? Erp..ok..sorry..hurm..apa dia?" Aku jadi makin cuak. Pelik sungguh perempuan ni. "Kahwin dengan saya!" "Hah?" Jodoh jatuh dari langit ke apa ni wahai tuhan? "Ini kuncinya Encik Bazyli..bilik 204, aras 2..terima kasih kerana memilih Hotel Hilton..". Kunci bertukar tangan. Aku pantas mengheret perempuan tadi ke bilik 204. Sudah pukul 2 pagi! Esok aku kena kerja! Nuria. Namanya cantik. "Awak duduk sini..i mean tidur sini..esok kita nikah.." kataku. Nuria merenung aku dengan pandangan mata yang berkaca-kaca. "Habis tu awak?" "Saya balik tidur rumah lah..takkan nak tidur sini dengan awak kot.." "Thanks.." ucapnya sambil menggengam tanganku. Aku melihat tangannya yang melekat kemas di tanganku. Hatiku berdegup kencang. Bagaikan terkena kejutan eletrik. Darahku terasa tersirap. Nafasku mula sesak. Stim! Buat pertama kalinya aku mencium seorang perempuan. Entah apa yang merasukku, aku sendiri tidak tahu. Bibir mungil Nuria aku cium tanpa henti, makin lama makin rakus sehingga Nuria merengek kerana sesak nafas. Aku tersedar. Ya Allah! "I’m sorry..saya tak patut..maaf..say.." "Awak balik lah! Balik!" dia menolakku keluar dari bilik. Aku angkat tangan. Alhamdulillah, aku masih terkawal lagi. "Okay..saya balik! Take care..bye.." Malam itu, aku tidak dapat tidur. Bayangan Nuria dan cerita-cerita yang disampaikannya berlegar-legar di benakku. Namun, pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku mula merasakan aku sudah jatuh cinta padanya. Merepek! Tapi, itu lah kebenarannya. Aku jatuh cinta pada seorang pelacur! Wajah lembut Nuria yang basah dengan air mata telah mencuri hati aku. "Saya tahu permintaan saya ni melampau..tapi..saya mohon..saya merayu sangat..tolong saya..tolong saya keluar dari dosa ni..saya dah tak sanggup..angkat lah darjat saya..buat la kebaikan untuk saya..tolong..saya rayu..saya percaya..awak mampu membimbing saya…tolong..tolong la saya…" Subhanallah..benarkah Nuria jodoh aku? Perempuan seperti itu kah yang aku ingin jadikan sebagai isteri? Betapa aku memilih selama ini..tapi, takkan pengakhirannya begini? Dasyat! Teruk ni, mana boleh! Air mata Nuria menitis ke lantai. Aku memandang sayu kepadanya. Rasa bersalah hadir bertubi-tubi dalam hatiku. Pagi esoknya, aku menemui Nuria dan menjelaskan segala-galanya. "Maafkan saya..saya tau saya salah..tapi..erp.." aku kehilangan kata-kata. Kalau lah kau bukan perempuan yang macam tu..kalau lah.. "Saya dah agak..mana ada lelaki yang baik dan hidupnya sempurna macam awak akan sanggup pilih isteri yang seorang pelacur kan..saya faham tu..awak tak payah nak terang..saya faham..and I’m okay with it.." Dia mengesat air mata. Aku tunduk.Dia merenung aku lama. "Semoga bertemu jodoh yang baik" ucapnya perlahan sebelum pergi. Tiba-tiba aku jadi sedih, padahal perkenalan kami tidak sampai 24 jam! Sejak itu, aku tidak lagi bertemu dengannya. Aku mencarinya di merata-rata tempat tapi hampa. Huargh!! Aku jadi tidak keruan. Perempuan yang aku kenali dengan nama Nuria itu sudah hilang! Aku memang betul-betul kehilangannya. Buat pertama kalinya juga, aku menangis kerana perempuan asing itu. "Baz..tension je kau seminggu dua ni..macam ada problem..kau ni apsal?" tegur Farid. Aku mengeluh. Pen diletakkan di atas file. Notebook ditutup. Wajah Farid menjadi focus utamaku. "Aku jatuh cinta". "What?!!" Farid seperti ingin melompat. Matanya membulat. "But the problem is.." balasku dengan wajah masam. "Kenapa? Apa masalahnya? Come on..tell me.." "That woman.." "Why? What’s the matter? Kau jangan bagitau aku dia bini orang.." "No..bukan..tapi.." "Habis apa?" Lama aku diam sebelum menyambung. "Erp..dia..hurm..Dia pelacur" "Ha???" Farid meneguk air liur. Aku mengangguk. Dia pula menggeleng kepala. Masing-masing menongkat kepala. Buntu. "Aku rasa..masa silam orang yang kita cinta tu tak penting lagi, asal orang tu dah berubah..tapi..entah lah..depends arr..abang sendiri tu, boleh ke terima? Sanggup ke? Yang nak kahwin tu abang, yang nak buat anak pasni pun abang jugak kannn..???" Basir menambahkan tahap ketensionan aku. Aku keliru. Aku nak yang terbaik untuk keluarga aku. Bagi aku, perempuan yang baik adalah perkara pertama yang mesti dicari, kalau baik ibu, insyallah baik lah anak. Aku tak nak mencemarkan keturunan aku. Pelacur. Ibu kepada anak aku nanti seorang pelacur? Tak boleh! "Kalau mama tau, mesti dia sumpah seranah si Nuria..abang pun tak tahu aa..tapi, kau tau la..dalam banyak-banyak perempuan..abang dah jatuh cinta pada dia aa.." "No love, no marriage kan? Now..You already fall in love...so...what’s next?" sela Basir sambil memaut bahuku. "Marriage?" jawabku. Basir mengangguk. Malam ini malam ketujuh. Malam ketujuh aku bangun untuk solat istikharah. Dinihari itu, aku menangis di tikar sembahyang. Seksanya aku menanggung rindu pada Nuria. Entah di mana perempuan itu sekarang. Elok-elok je dia dah nak berubah, nak keluar dari dosa lepas, aku pulak dengan egonya menolak gadis itu..menghancurkan harapannya, buat dia menangis..paling kejam, aku biarkan dia pergi begitu je..!! Arghh..!! "Semoga bertemu jodoh yang baik", kata-kata Nuria membuatkan aku semakin bersalah. Tak pernah seorang pun yang mendoakan aku begitu. Keikhlasan kata-katanya dapat aku rasa, tiada lansung unsur sindiran atau marah yang tersirat. Ya Allah, andai ini takdir hidupku..Kau permudahkan lah..amin… "Haa..Baz..dah lama sampai?" tegur Tasya mesra. Pagi pada hujung minggu itu aku habiskan di rumah Farid. Aku juga membalas senyuman isteri Farid itu dengan semesra mungkin. Farid menggamit Tasya supaya duduk di sebelahnya. Tasya hanya menurut permintaan suaminya. Wajahnya sedikit tembam, aku mencuri pandang pada perutnya yang sudah mula menonjol. Lima bulan sudah berlalu, tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa Nuria. "Apa kau menungkan tu?" soal Farid. Aku menggeleng. Tasya hanya memerhati. "Nuria. Dah lima bulan weh.." luahku. Aku meraup muka. Kedua-dua laki bini itu turut mengeluh. "Kita cari dia" cadang Tasya. Aku pandang wajahnya. Farid pun macam aku, terkejut. "Betul..kita cari dia..kita kena cari dia..that’s the only way if you memang betul-betul want to marry her la.." tambah Tasya lagi. "Tapi, kat mana? Dah merata aku cari..kat mana-mana tempat pun..tapi tak ada, tak jumpa.." aku sudah mula berputus asa. Kadang-kadang aku risau juga, bimbang kalau-kalau Nuria kembali menjadi pelacur. "How about kat club? Sorry la Baz..tapi..mana tau kot-kot dia ada kat sana.." Farid berhati-hati menyusun bicara. Betul juga. Tasya turut mengangguk. "Teman aku?" ajak aku. Farid angkat kening. "Aku?" dia menunjuk pada dirinya. "Yelah..takkan aku nak ajak Tasya kot..kau la..teman aku please..aku tak pernah pergi tempat macam tu.." "Tapi.." Farid kelihatan serba salah. Wajah Tasya direnung. "Ayang..boleh abang teman Baz? Boleh la ye..please..ayang bagi tak?" aku hampir tergelak mendengar Farid meminta izin daripada isterinya. Tasya kelihatan teragak-agak. "Hurmm..ok, but..kalau abang menggatal, siap lah! Ayang lari balik rumah mak!" ugut Tasya. Farid memeluk isterinya. "Thanks, ayang. I love U!! Hehe.." "Hei, Baz! Hellooooo…mama ni! Ye..mama ni, mak kau! Kau ni nak jadi anak derhaka ye..tak call pun mama, dua bulan kau menyepi..eeee..geramnya!!" teriak mama di hujung talian. Telingaku terasa perit. Aku segera menjauhkan handphone dari telinga. Maaflah mama, tapi mama tu, terlalu mendesak Baz. Tekanan tau mama! Tekanan! "Ye..Baz kenal suara mama tu.." balasku. Farid di sebelah tersengih melihatkan wajahku yang berubah menjadi kelat. Malam itu, kami dah siap sedia untuk misi mencari Nuria. "Haa..nasib baik kau masih kenal suara mama. Hey..dengar sini Baz! Adik kau, si Basir tu dah nak bertunang dah..kau tu bila lagi? Nak tunggu siapa lagi Baz oii? Mama pun tension dengan kau, perangai kau tu bila nak berubah eh? Kau ingat jodoh tu boleh jatuh dari langit, gitu? Kena cari jugak..faham?" marah mama. Nah, mama dah mula membebel. Habislah kali ni.. "Faham mama.." balasku. "Faham..faham..buatnya tidak..eeee, tak reti lah aku dengan perangai kau ni..entah-entah, aku mati pun tak sempat nak timang anak kau..kau tak kesian kan mama ke Baz? Tak kesian?" lirih sekali suara mama. Suasana berubah menjadi sedih. Ni yang buat aku lemah, mama guna psikologi pulak dah.. "Kesian mama.." balasku lagi. Farid di sebelah sudah tergelak. Aku menampar bahunya supaya dia diam. "Hah, hantu mana pulak yang ketawa kat belakang tu? Kau kat mana ni? Tengah malam macam ni kau merayap lagi.." "Tak da..si Farid kat sebelah ni..mana ada orang merayap..orang just cari apa yang mama nak la..orang cari menantu untuk mama, hehe.." "Hah? Eh, kau jangan nak cari perempuan yang bukan-bukan tau Baz. Tengah malam macam ni kau nak cari kat mana menantu aku tu? Jangan nak cari pelacur pulak, aku tak mengaku anak lah kau nanti!" mama sudah memberi amaran. Aku tidak tahu hendak membalas apa lagi. Sedar-sedar, talian sudah putus. "So, macam mana? Kita nak start kat mana?" soal Farid. Aku mengangkat bahu. "I don’t know..I lost my mind" aku memperlahankan pemanduan. Farid pun tidak tahu untuk berkata apa. "Sorry ar Farid..aku tau aku dah membebankan kau…tapi, aku start rasa yang it doesn’t work la.." "Maknanya kau dah give up?" "I guess.." Dua minggu kemudian, aku menghabiskan masa dengan window shopping. Farid pula, seperti biasa menemani isterinya di rumah. Aku mula berasa bosan. Tiada satu benda pun yang dapat menarik perhatian aku. Aku leka melayan perasaaan. Berkhayal lagi. "Sebab, kita kadang-kadang boleh jatuh cinta bila-bila masa saja, di mana jua anda berada dalam apa jua keadaan, understand?" kata-kata Farid kembali menusuk jiwaku. "Memang! Kau tak pernah terfikir ke weh..entah-entah jodoh kau tu sebenarnya pernah berselisih bahu dengan kau, ada dalam antara ramai-ramai orang ni? Kau tak pernah fikir macam tu ke? Tak pernah?" Kali ini, kata-katanya semakin kuat menerjah ke gegendang telingaku. Macam mana la, kalau-kalau Nuria tu dah pernah berselisih dengan aku selama beberapa bulan ni cuma aku saja tak perasan, macam mana? Or, how about, kalau tiba-tiba aku menoleh, orang kat sebelah aku tu dia? Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku menoleh ke sebelah kananku. "Eh…Awak?" Aku ternganga. "Nuria?" Asap panas dari kopi berkepul-kepul naik ke udara. Nuria membisu, dan kebisuan itu mendera perasaanku. "Saya sayang awak" aku cuba meyakinkannya sekali lagi. Nuria menggeleng. "Mama awak nanti macam mana?" "Dia tak perlu tau kisah lalu awak, tak semua orang boleh terima, itu hakikatnya..yang penting, niat kita. Jadi isteri yang baik untuk saya, please?" Mama diam. Papa pun diam. Basir juga diam. Aku berdebar-debar. Peluh sudah menitik. Aku menggengam erat tangan tok kadi. "Saya terima nikahnya, Nuria Amandla bt Aminuddin dengan mas kahwin lapan puluh ringgit, tunaii.." lafazku lancar. Farid tersenyum lega. Tasya juga berpuas hati. Aku merapati Nuria yang duduk bersimpuh di sisi mama setelah urusan akad nikah selesai. "Sayang…I akan jaga you.." sebuah kucupan ku hadiahkan di dahinya. Nuria memelukku. Mama menangis. "Kenapa ma? Orang dah bawa menantu untuk mama..kenapa nangis pulak?" "Eee..kau ni..tak reti lah perasaan orang tua..aku ni sedih, terharu, akhirnya kau nikah jugak! Alhamdulillah..cepat-cepat lah timang anak..jangan nak merancang pulak, umur tu dah lapuk! Hah.. lawan siapa paling cepat antara kau dengan Basir tu..haih.." Aku tergelak. Basir juga tergelak sama, semua orang gembira. Mana aci, Basir dah nikah seminggu awal!
funny..sambungla...mcm besh jer..tetiba lak terfikir...nak cari jodoh jugak la...betol kata awk..sebenarya jodoh ada dimana2..even kat kedai runcit pn bley bertemu jodoh taw...heheh kuasa tuhan ~putri_sayang86~
cte nie bez,sempoi gle... btol kata wk 2,sbnrny jodoh de d'mne2 sje.. sbb sy b'temu jdo dgn mamat yg dok sblh sy lam bas..hehe semuany adalah kuasa tuhan... teruskn berkarya...
terbaik!!! sempoi sesempoi sempoi nya!!! bahase pon terbaik bahase yg mmg digunakan setiap hari oleh org cam aku nih. hahahaha ape2 pun terbaik!!! tapi btol la jodoh tu x ke mane gerenti ade punye yg penting niat.
Best cerite nie cuma ending tue macam tergantung siktla....tapi olahan cerita memang meletup....teruskan usaha anda dalam menghasilkan cerpen-cerpen yang menarik...
cerpen ni mmg best dr awal, plot cerite tersusun ade humor... ade serius.. dan yg pling penting menyentuh perasaan syabas penulis.. karya anda mmg bagus double thumbs up!!
cerita ni menarik.. betul..tak ada siapa yang sempurna.. wahai sakura,kalau allah dah tetapkan jodoh kita dgn sape2 pun,walau ngan pelacur skali pun..e2 ketentuan.. walaupun pmpuan 2 pelacur..asalkan laki tu ada niat nak mengubah...xkan sampai mati nak jadi pelacur kan?xsemestinya yang baik mesti dgn yang baik.. pasal bahasa 2 aku x kisah..bukan sume orang baik dan x mencarut kan?btw,cerita ni menarik.. -miss aisyah- kalau jodoh,x ke mana..
klau aq dkat tmpat laki tu mungkin aq akn buat bnde yg sama.... but you all kne ngat tak semestinye klau nak kawn mst ada cnta!!! cinta bleh dipupuk selepas kawin tau***
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik... lelaki yang baik untuk perempuan yg baik.. ini cite jela... jgnla anggp mcm idup lak cite nie.. rekaan semata2... len kali writer jgn le gne bhase kasar sngt ye....
cerita best saaaaaaaaaangat! tp knape ada watak pelacur,sedangkn dlm islam ada dsenaraikn ciri2 utk mncari jodoh.ye la ada yg kata klau dh jodoh tp ada ke lelaki yg snggup bristerikn pelacur?tukar la watak heroin tu seorang yg bkrja biasa2 aje tukang cuci ke,sales girl ke,ye la krja yg kadng2 orng kta pnndang hina walaupun hakikatnya dsisi ALLAH x.good luck.sorry klau terasa.
ceta yg best..trskn usaha lg n htr lbi byk krya..btl jg kta awk jodoh ada d mna2 cz sya uda lma knl my husband dr sklh lg 6 tahun bru bjmpa bru bcinta..
hmmm...xtaw kt mn bgus. perkataan2 yg mnyakitkan hati dan perasaan. jgn terlampau open. nk enjoy n sempoi bkn dgn cara mendedahkan perkataan-perkataan yang kurang baik. perlu diingat, bukn semua pembaca sudah berkahwin dan sepatutnya, ia tdk perlu d publish utk menjaga kesopanan dan kesusilaan. hidup perlu mengikut landasan agama, adat dan moral...maaf, andai teguran ini menurunkan semangat penulis.
You wrote the words on people's lips and thoughts on their minds. 'Bout the cuss words, c'mon, whether people like it or not, somehow that's what some of the people said in their real life. plus nowadays, people are looking for something real. something that makes us attached or connected to the story. and I love it real. Good job, author. Do it hard and smart. \m/
salam.. tahniah buat penulis..jalan crita yang baik tp kalau smbung ckit lagi mesti best bnyk.. tp penggunaan ayat agak kasar terutama dialog mak dia tu... bahasa agar kesat digunakan dlm bnyk dialog.. mmg normal bdk remaja ckp cam tu tp lembutkan sikit bahasa tu.. apa2 pun best sgt...
best cter nie.. ssh nk cri bOy mcm nie.. trima gurl seadanya.. pelacur xlyak kwin ker....?? bkn ker mereka pun manusia gak..?? mcm ner pelacur nk brubah klau x der skongan..?? so...korg pkir2 ler sndri... ("-")v
aku dh baca, cita mmg best... aku nangis sbb byk sangat gelak...x pyh guna perkataan yg tak sesuai la mcm khinzir & byk lagi la...yg pelacur bleh berubah, yg x pelacur jgn jadi pelacur plak
huhu..citer ni sedey pun ade klakar pon ade gak.btul kan entah2 kite pernah b'selisih bahu ngan jodoh kite.sape tahu kan.citer ni mmg best.hidup x semuenye indah.ade yg baik dan ade yang sebaliknya.
best la cter ni..good job kpd penulis sbb tulis story yang lain dr lain. mengungkap cinta dari sisi dan definisi yang berbeza. slalu ngat story pasal cinta 2 darjat sume. tp fall in love ngan pelacur jrg ader...aper korg egt pelacur 2 binatang ker aper x leh kawin.pada zaman ambia pelacur yang tolong anjing kehausan 2 diceritakan masuk syurga gak aper krn keikhlasan n kbaikan dia...y penting bertaubat n sentiasa mengharap keampunan dari allah swt
kalau nak ikutkan bahase tu cam yg korg ckp kasar tu aku x tau la... tp masalah nye bahase2 2 mmg digune pakai pun nak2 lagi sekarang ni. dan bahase2 cam mmg org gune dan pakai dan itu namenye bahase yg realiti... and ada org bleh terime n ade yg x bahase tu. tp that's call reality... cube kite tgk dalam perbualan seharian, gerenti mesti ade la pekataan atau carutan walaupun ade satu perkataan, etc : bodoh... itu adelah makian... tp kalau da biase gune ianye jd biase je la.
and satu lagi pasal pompuan baik untuk lelaki baik or vice versa. isu tu sebenarnya x boleh nak diklasifikasi kan... manusia ni x sempurna... dan Allah juga jadikan manusia untuk melenggkapi antara satu sama lain... and dari situ la kite perlu membimbing antara satu sama lain utk kearah yg lebih baik.
mmg la lelaki ni susah nak terima pompuan yg mcm pelacur dan sewaktu dgnnye ni sbb dah x de... paham2 je la... tp kalau dah lelaki tu sendiri yg dah terbukak hati nak jaga bimbing pompuan tu kluar dari 'kulit' lame die atau senang citer dah mmg Allah tulis dalam hikayat die utk dipertemukan dgn pompuan cam nak buat cam mane?? 2 sume Allah punye kerja...
and rasenye ade je lelaki yg boleh wat cam tu kalau dah takdir yg 2 dah tersurat utk die...
and for this story i give you 5 star ( bg aku la ) sbb citer ni sempoi je bahase x de la kesat mane cam sesetengah org cakap ( bagi aku la )feel je bace.
p/s : citer rashid sibir byk je genre2 cam ni...
oh yes cik ARA... bile nak sambung euww please la???
siyes gile saya cakap cite ni bukan je best tapi terbaik!! start dari soal famly die sampai diri die sendri..kwan die..smua watak hidup n berkesan...tahniah..anda bjaya wat saye ketawa and bace brulang + terharu dgn ending...good job...
ok la gak citer nie... even x brapa suka bahasa nyer, tp kn terima mmg ada famili yg gn bahasa mcm tue, kadang2 ikt negeri gak... x semestinya pompuan yg baik utk laki yg yg baik dan sebaliknya... mungkin lelaki yg baik itu harusnya membimbing wanita yg "x brapa baek". itu yg dimaksudkan dgn perkahwinan menjadikan kita insan yang lebih baek.tp terpulanglah kl rasa x cukup baek atau kuat, jgn pilih jalan tersebut
wah! die seorang lelaki yang mempunyai hati yang suci dan murni.. sanggup menerima seorang pelacur yang nk berubah.. ajal maut jodoh semuanye ketentuan daripada tuhan
cter nh besh..smpaikn ak menitiskn air mate.ta sngke ad gk laki yg snggup time gurl cmtu..pape pon,pelacur ttp manusia,dy berhak gk di beri pelung ke2..
cerita ni menarik dan kreatif.bahasa yg bersahaja tu kena tapis juga... soal perempuan yang baik untuk lelaki yang baik tu betul tapi kenelah faham dulu mcm mane persoalan tu.islam itu suci dan mudah.Tk ush nk rumitkan fikiran kerana janji tuhan itu benar.Kita ni hamba je.Bila tuhan kata 'KUN FA YA KUN' Siapa kita yg hendak menidakkannya. Selagi ada dunia ia akan di serikan dgn seribu perkara mustahil yg silih berganti.Kerana di situ kita dpt lihat kebesaran tuhan.
okay la...tp ada bahasa yg x sopan..ejaan x betul " of cause"..stim..pon mcm x sesuai..rasanya kalo nak guna english biar la ayat penuh, jgn cmpur dgn BM..jalan cerita dah ok..
i think dis story is good but sumthing wrong with da *language*...honestly,da writer is creative n i luv it so much..2 da writer,good job n keep it up!! aja2 fighting..
best cerita ni... mungkin lelaki itu ditakdirkan utk hadir dlm hdp perempuan tu utk merubahnya ke arah kebaikan.... kekurangan prmpn itu akan ditutupi dgn kelebihan lelaki itu... barulah namanya saling melengkapi...:)
kelakar..memang lawak..buat saya ketawa sorang2.. best sangat..seronok baca crita ni...walau pun ayatnya2"power" tapi ok lah...jln citer pun best...tahniah buat penulis..jizanny
peh! bpk r, sempoi gler bahase ko pki dude..btw syok gler r bce cite ko..smart..klaka mmg menjadi..congratz..suke lak ak bce dr sudut pmikiran seorang lelaki..tp law nk diterbitkan comfirm xblh la bab byk bhs jahat doe(i mean xmanis la).. mne agy story ko? bak meh nk bce agy..interesting la.. last but not least, mmg besh.. enjoy gler bce..ilang ngntok ak pdhl ak da nk tdo..hahahaha!!!
erm...mcm2 nk komen nih...hehe...ape slhnye b'kahwin dgn pelacur??...die mnusia gak...bg lah pluang kt org nk b'ubah..sape yg sggup jd pelacur??....believe me, w/pn pmpn tu da b'tahun2 jd pelacur...jauh di sudut hati, msti pmpn tu nk gak nikmat b'suami..ade anak and family...
pasal bahase yg kasar sgt tu, lorh...mmg ler kasar tp tu la realitinye...sori to say, ade yg comment mak die ckp kasar sgt...pd kite mgkin kasar, tp pd mereka x...ikot ler environment dorg cm ne...
cite ni ade sense of humour...esp bile farid mintak permission kt wife die...hehe...keep it up lar writer...best ar..
apasal tk citer nuria masi ada mak bapak ker..atau apa2 ja..napa dia tk nk jadi pelacur....cmana dia jd pelacur???.di paksa or di jual or rela..tu yg nk tau tu..mcm tk puas ati ja dgn citer ni..
ya Allah. wawa SUKA cerita ney!! the best utk hari ney. 5 stars beb!
para pengkomen skalian, ade sbb lar npe die wat watak pompuan tuh placur. kan motif cerita ney nk tnjukkan yg jodoh tuh bleh jd sesiapa sahaja, dimana sahaja n dlm keadaan apa sahaja. bwu lar watak tuh kne ngn motif. wawa ase, writer guna bhasa ksar utk menyesuaikan watak lelaki dlm cite ney. yg buruk2 senang jer kowg nmpk,yg baik nmpk x? perasan x yg watak lelaki ney sangat sayang mak die? tuh mnandakan die baik~ peace! jgn marah...=)
jln crita mmg menarik..cumanya,,penggunaan bahasa agak kurEng ckit sbb mcm tak relevan ja watak laki tu dh umo 35 tahun,tapi percakapan mcm bebudak..may be writer pon terALPA tentang umur watak laki tu..percakapan mak nya pon agak kurEng..jarang nk dgar ibu2 bertutur sedemikian,pastu..takda penceritaan kenapa pelacur tu leh mintak kawen ngn dia,mcm takda sbb munasabab yg kukuh,takkan sekadar nk berubah ja,,may be d situ kna ada lebih penceritaan..ok la..harap writer lebih peka dgn cara percakapan supaya BALANCE ngn umo watak2 tersebut..thanks..
haa... bg aku lak penulisan best sngat... bab bahsa relex sudah... kasar tp bersahaja(terbaiklah saudara)... pling best cri jodoh ngn baling batu... perghh!cri nahas semua tuh, buat kna kpla 2 org laki mampos.... huhu.... teruskan usaha ya saudara...
kelakar....logik...giler...sempoii...touching...sedihh...romantik...uwaaa.!!! sumer ader...best la citer ni :) baca sampai gelak sorg2 satu opis dengar...heheheheh besttt besttT!!!
ape yg BEST???? Soooooo Boring, citer ni mmgla sempoi n simple tp MENGARUT sgt, toleh sblh terjumpa jodoh, ntah ape2 laa..citer ni mcm writer tgh berangan jer. bahasa kasar sgt, klu bt drama nie mau kna potong. writer usaha lebih lg, jalan cter tu dh ada n menarik,tp perlu lebih kupasan supaya plot n klimaks jd padat n x boring.
cita ok.. idea lin dari yg lin.tp, npa harus ada bhasa yg x sepatutnya?dan perlukah adegan bercium?perlukah ckp mcm mna time rsa 'stim'?cba perbaiki itu.
this cerpen is the best cerpen that i had read ..... sumpah best gila ,,, sekarang ada ke lelaki yang nak kawin engan perempuan yang macam ni??? saya rasa tak ada right ??? anyway.... keep it up ... buaat lagi best oke ...
jodoh tak kan kemana....cerita yg menusuk kalbu sungguh..aku terharu bila mbaca citer ni..jarang kta dengar seorg leleki yg perfect mcm dlm citer ni..snggup kwin ngan pelacur..nice story ..
citer best..kelakar pun ade part yg nuria pegang kaki lelaki tu,,pastu lelaki tu fikir bukan...haha..tp agak2 mcm mne la ea klu mk baz tu tahu sape nuria tu yg sebenarnye?parah nt... :(
Anyway, citer nie Da Best, Da Boom punya wlpn serabut gak kepala baca part ayat dia yg sempoi and terlalu open 2..tp awk dah ada jln citer yg menarik utk dipersembahkan..teruskan usaha anda! :)
Best gilerrrr cite ni.....Tahniah Ara Ariani kerana telah menghasilkan cerpen yg sangat best.....Saya harap awak dapat menghasilkan banyak lagi cerpen yg best......
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
aku x tau napew..aku sedih n terharu sgt bc cter ni..tp apapun cter ni mmg best!