Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Diari biru tua itu dipeluk erat. Inilah dia tanda kasih Firdaus buatnya. Tanda sayang yang tidak berbelah bagi. Air matanya menitis lagi. Firdaus. Sebuah nama yang telah mengubah pandangannya terhadap kehidupan. Insan yang tidak pernah lokek dengan senyuman dan sentiasa ceria walaupun beban yang terpaksa dipikul amatlah besar.
Insyirah masih memeluk erat diari biru tua pengikat kasih mereka. Kasih yang bersemi kerana Tuhan Yang Esa, kasih yang membuahkan kuntum-kuntum persahabatan sehingga ke akhirnya. Sungguh! Insyirah dihambat rasa pilu yang menusuk tajam bagaikan sembilu. Mampukah dia menemui insan semulia Firdaus lagi? Mampukah dia mencari pengganti? Diari usang itu diselak lagi.
************************
10 Mac 2006 Hari ini hari pertama aku menjejakkan kaki ke SMK(P) Raja Zainab. Sekolah yang pada aku, terlalu berbeza dengan suasana sekolah lama. Pelajar-pelajarnya nampak jauh lebih 'up-to-date' daripada sahabat-sahabatku. Mampukah aku membiasakan diri dengan suasana baru ini? Mampukah aku menjalani hidup dengan mereka? Ya Allah…bantulah aku dalam menyesuaikan diri di tempat baru. Permudahkanlah urusanku, Ya Allah…amiiin…
*************************
Insyirah tersenyum. Firdaus risau dengan suasana baru di sekolah mereka. Kenapa riak wajahnya tidak pernah menceritakan perasaannya? Insyirah menggeleng perlahan. Pembacaan masih diteruskan.
*************************
15 Mac 2006 Segala urusan dengan pihak pentadbiran sekolah sudah selesai. Alhamdulillah…terima kasih, Ya Allah…kerana memudahkan urusan hambamu ini. Hari ini juga aku mendapat sahabat baru! Cantik orangnya. Berkulit putih dan mudah kemerah-merahan ketika berada di bawah terik matahari. Siapa ye namanya…? Syirah…? Hm…lebih kurang begitulah. Maaf, sahabat. Aku masih belum mampu mengingati namamu.
***********************
Insyirah mengesat air mata yang bergenang. Nama itu. Hanya Firdaus yang memanggilnya dengan panggilan Syirah. Firdaus. Kenapa segalanya berlaku terlalu pantas? Kenapa kau pergi saat diri ini belum memohon kemaafan daripada mu? Saat diri ini belum meluahkan rasa sayang dan rasa syukur kerana dipertemukan dengan mu? Insyirah membuang pandangan ke luar tingkap.
Kepulan-kepulan awan yang putih dan bersih. Firdaus juga pernah berangan-angan untuk sama-sama melanjutkan pelajaran ke negara orang. Sama-sama menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air ketika cuti panjang. Sama-sama mendarat di lapangan terbang menantikan ahli keluarga yang datang menjemput. Tapi kini, diri ini berseorangan. Berseorangan meneruskan hasrat dan impian bersama.
Ah…kenapa segala-galanya harus mengingatkan diri ini akan dia? Dia yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Ya Allah…ampunkan aku. Betapa aku berdosa kerana tidak dapat menerima ketentuanMu. Kerana masih menangisi pemergian insan semulia dia. Insan yang terbaik, yang sukar untuk ditemui lagi…
Air mata jernihnya mengalir lagi. Namun, pembacaan masih diteruskan. Kali ini Insyirah menyelak lebih jauh kebelakang. Tangannya terhenti pada sekeping gambar yang terlekat kemas pada helaian muka surat diari Firdaus. Gambar sekumpulan remaja yang lengkap dengan telekung sembahyang.
****************************
10 Oktober 2006. Gambar kenangan selepas program solat hajat untuk SPM. Dari kanan: Nisa,Mawar, Aku, Syirah, Teha dan Khai. 'Sahabat-sahabatku, ketahuilah kalian…bahawa Fir amat menyayangi kalian. Kalian telah mengajarkan Fir akan rasa-rasa dalam kehidupan. Terima kasih kerana sentiasa bersama Fir. Melayan karenah Fir, menjaga Fir ketika Fir tidak sihat. Fir hargai segala apa yang pernah kalian lakukan untuk Fir. Fir tidak akan mampu membalasnya. Fir berdoa…agar ikatan persahabatan antara kita berkekalan sehingga akhir hayat Fir. Fir sayang kalian…'
***********************
Insyirah sudah tidak dapat membendung kepedihan hatinya. Diari biru tua itu ditutup pantas. Air matanya mengalir laju. Laju, laju dan laju seperti tidak mampu berhenti lagi. Fir…Syirah pun sayangkan Fir. Kami semua sayangkan Fir. Kenapa Fir pergi tanpa sempat Syirah katakana semua ini? Fir, maafkan Syirah. Ampunkan Syirah, Fir. Syirah dah banyak sakitkan hati Fir…
Pesawat mendarat tepat seperti yang dijadualkan. Insyirah melangkah dengan penuh kesayuan. Kelibat insan-insan yang dikasihi masih belum kelihatan. Dalam perjalanan barangkali. Mata Insyirah meneroka keseluruh kawasan airport. Ya, inilah dia tanah air yang telah lama ditinggalkan. Ditinggalkan demi sebuah cita-cita. Cita-cita mereka.
Insyirah mengambil tempat disebuah bangku yang agak tersorok. Dia selesa begitu. Memerhatikan tingkahlaku dan gelagat manusia. Pertengkaran kecil antara sekumpulan remaja belasan tahun menarik perhatiannya. Enam orang semuanya. Masing-masing dengan pakaian kasual kecuali seorang berpakaian sopan berbaju kurung. Mereka bertengkar. Apa yang terjadi ya?
Gelagat kumpulan itu masih menarik perhatiannya. Pandangannya terkunci pada setiap apa yang mereka lakukan. Pertengkaran anak-anak remaja. Tentang apa agaknya? Insyirah masih berfikir. Sesekali berlaku adegan 'tarik-tolak' antara mereka. Yang berbaju kurung itu tenang menghadapi semua amarah rakan-rakannya. Riak wajah langsung tidak menunjukkan rasa marah.
Tenang menghadapinya seorang diri walaupun ketika itu tiada seorang pun yang bangkit membela. Kemudian, mereka semua beredar meninggalkan gadis berbaju kurung sendirian. Hati Insyirah terdetik untuk mendekatinya. Setelah membetulkan sweater yang membalut tubuh, Insyirah berjalan ke arah gadis berwajah tenang itu.
"Assalamualaikum. Boleh akak duduk sini?" tegur Insyirah ramah sambil memegang kerusi kosong di sebelah gadis tersebut.
"Nama akak Syirah. Boleh akak tahu nama adik?" Insyirah menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Jannah. Nama saya Jannah," Jannah menyambut huluran tangan Insyirah dan menciumnya tanda hormat.
"Jannah sendiri? Mana yang lain? Family?"
"Jannah datang dengan kawan sekolah. Tapi…" tanpa sempat menghabiskan kata-kata, sebutir permata jernih jatuh daripada tirai matanya. Jannah cepat-cepat mengesat air mata yang mengalir. Bibirnya mengukirkan sebuah senyuman pahit yang jelas pada pandangan Insyirah.
"Sudah la, dik. Maafkan akak sebab bertanya. Akak dah nampak semuanya tadi. Akak minta maaf. Akak tahu, akak tak sepatutnya sibuk hal adik. Tapi, kalau adik tak keberatan, adik boleh cerita dekat akak. Manalah tahu, akak boleh bantu."
"Tak apa, kak. Kalau Jannah jadi akak pun Jannah tengok. Yelah, orang buat drama dekat tengah-tengah airport, apa kes," jawab Jannah masih cuba menceriakan suasana.
Insyirah terdiam. Sedar tuan punya diri tidak ingin berbicara lanjut mengenai pertengkaran yang berlaku sebentar tadi. Dia tidak ingin memaksa. Tetapi hatinya pedih melihat situasi tadi. Pilu andai gadis ini juga 'pergi' tanpa sempat rakan-rakannya memohon kemaafan. Kalaulah gadis itu sama nasib seperti Firdaus, rakan-rakannya tentu akan menjadi seperti dirinya. Dihantui rasa berdosa.
"Adik, nak tahu tak? Dah lama akak tak balik Malaysia. Empat tahun. Empat tahun merantau ke negara orang. Belajar macam-macam perkara. Kawan baru, pengalaman baru, suasana baru…"
"Seronoknya, kak! Bertuah akak dapat menjejakkan kaki ke tempat orang. Tercapailah cita-cita akak, kan?" Jannah tersenyum memandangnya.
"Ya, lebih kurang macam tu la agaknya. Cita-cita akak, cita-cita kawan akak. Kami memang berhasrat nak pergi sama-sama. Sejak form 5 lagi dah ada perancangan. Detail. Kata kawan akak, matlamat kena jelas, baru kita dapat capai," Insyirah terus bercerita. Berada bersama Jannah membuatkan dia teringat kisah pada zaman persekolahan. Sesekali Insyirah tergelak mengenangkan kenakalan semasa remaja dulu. Jannah juga begitu.
"Kawan akak ni berfikiran matang la. Selalu bertindak seperti seorang kakak. Mesti dia sayang sangat dekat kawan-kawan dia…kn?" ceria Jannah bertanya. Kakinya dihayun perlahan. Mungkin membayangkan wajah insan yang banyak meninggalkan kesan kepada kakak yang dipanggil Kak Syirah itu.
"Memang, dik. Dia sayang sangat dekat kami. Kami pun sayangkan dia. Allah pun sayangkan dia," Insyirah cuba mengawal suaranya yang hampir hilang akibat menahan sebak.
"Dia tak jadi pergi dengan akak ke? Mana dia kak? Jannah pun nak jumpa dia," katanya keanak-anakkan. Badannya dipusingkan memerhati sekeliling. Mencari-cari insan yang berpenampilan seperti kakak barunya itu.
Insyirah tersenyum pahit. Jelas Jannah tidak faham maksudnya tadi. Bagaimana harus dia meneruskan? Bimbang andai air mata ini mengalir lagi tanpa henti. Ah…air mata ini begitu murah sejak beberapa minggu yang lepas. Sejak Firdaus 'pergi' meninggalkan dirinya sendirian.
"Dia tak ada, dik. Dia mungkir janji yang telah kami buat. Pada hari kami sepatutnya berlepas, dia batalkan hasratnya." Insyirah membuka lipatan sejarah silamnya. Segalanya akan terbentang kembali. Seperti filem yang diulang tayang, segalanya masih jelas dalam kotak ingatan Insyirah. Perasaan itu masih segar. Seperti baru berlaku semalam.
"Kami mula bersahabat sejak tingkatan 5. Waktu itu, dia baru masuk sekolah akak. Penampilan dia lain sangat. Bertutup penuh. Tapi dia tak ada la berpurdah," sempat Insyirah berseloroh sebelum meneruskan cerita.
"Mula-mula akak tak pernah terlintas pun nak kawan dengan dia. Akak rasa dia tu macam pelik. Yelah, pukul 9 pagi baru nak solat. Padahal masa tu akak tak tahu, solat yang dia buat tu solat sunat. Solat Dhuha. Pemikiran akak masa tu cetek pasal benda-benda ni. Dah la pakai tudung labuh gila. Pakai t-shirt pun labuh. Kalau tak pakai t-shirt, pakai jubah. Macam membosankan." Air mata yang mula bergenang diseka pantas.
"Tapi lepas dia tegur akak, kami jadi kawan. Akak seronok kawan dengan dia, dik. Tapi akak tak pernah cakap dengan siapa-siapa. Akak malu kalau kawan-kawan akak tahu. Mesti kawan-kawan akak ketawakan akak. Yelah, selama ni akak tak suka dia. Dia terlalu berbeza daripada kami. Akak takut diorang tak dapat terima. Lagipun, pengaruh akak kuat masa itu. Akak fikir, kalau akak kawan rapat dengan dia, populariti akak jatuh.
Rupanya akak silap, dik. Kawan-kawan akak semua boleh terima dia. Dia lembut. Bersopan dalam segala hal. Tak pernah menyakitkan hati kami. Cakap pun sentiasa berhemah. Macam adik akak yang baru ni," jelas Insyirah sambil menepuk peha Jannah. Jannah tersenyum malu.
"Masa kawan-kawan akak terima dia dalam group kami, akak marah. Bukan marah betul. Saja nak tunjuk ego. Padahal, akak seronok sangat. Memang macam kanak-kanak. Tak matang langsung pemikiran," Insyirah ketawa kecil. Dia meneruskan penceritaan.
"Akak nampak wajah dia berubah. Mesti dia sedih sebab akak buat macam tu. Tapi dia tak tunjuk. Sentiasa tersenyum. Sejak dia masuk group kami, kami mula berubah. Dah tak pakai baju-baju 'baby', dah mula pakai baju lengan panjang, tapi masa tu masih belum bertudung.
Dia selalu tegur. Akak ingat lagi ayat dia sebelum tegur. 'Fir bukanlah baik sangat, tapi Fir just nak jalankan tanggungjawab Fir sebagai seorang Islam. Awak salah, Fir tegur…Fir salah, awak tegur. Okay? Sekarang Fir nampak awak salah, jadi Fir nak tegur…boleh kan?' Skema kan ayat dia? Tapi akak suka. Jelas, tegas dan tidak menyakitkan.Kami rapat. Kami semua. Enam orang. Macam Jannah dengan kawan-kawan tadi. Mesti rapat, kan? Kalau tak, tak kan bergaduh." Jannah tersenyum mendengar kata-katanya.
"Masing-masing berhasrat nak belajar dekat tempat orang. Kami semua mohon Universiti yang sama. Jurusan yang sama. Menarik kan kalau dapat? Tapi sayang. Hanya akak dan dia sahaja yang berjaya mendapat tempat. Tapi kami semua gembira. Sekurang-kurangnya ada yang dapat meneruskan impian kami.
Bila dia tak jadi pergi, kami marah. Marah sangat. Lebih-lebih lagi akak. Akak kecewa. Dia yang menyebabkan akak berjaya. Dia cikgu akak. Kalau dia tak pergi, akak rasa lemah. Dia mungkir janji. Kami gaduh besar. Akak tak dapat terima. Rasa ditipu. Sikit pun akak tak bagi peluang untuk dia membela diri. Akak tak dengar penjelasan dia. Sebab masa untuk berlepas dah dekat, semua pun dah lengkap, akak terus pergi. Akak pergi tanpa sempat dia jelaskan alasan dia," hanya sendu yang menemani ceritanya. Jannah di sebelah turut mengalirkan air mata. Tiada kata-kata untuk menceriakan.
"Jannah, akak rasa berdosa sangat. Berdosa sebab layan insan sebaik dia macam tu. Jannah tahu kenapa dia tak pergi? Sebab dia tak ada duit. Dia tak ada duit! Sejak awal perkenalan kami, dia tahu impian akak. Impian kumpulan akak. Dan dia juga tahu, betapa keluarga akak membantah keras impian ini. Baiknya dia, Jannah, dia pujuk keluarga akak. Akak tak tahu apa yang dia katakan sehingga keluarga akak izinkan akak pergi. Akak betul-betul tak tahu. Dia bantu akak belajar. Dia pelajar yang bijak. Pintar. Banyak yang akak tahu daripada dia.
Kami buat studygroup, tanya cikgu, pergi kelas tambahan, perpustakaan tu dah jadi macam rumah kedua kami. Akak ingat, cita-cita kami sama. Akak silap rupanya, dik. Cita-cita kami sama, tapi tak serupa. Akak nak kami sama-sama belajar di tempat orang, tapi dia nak tengok akak belajar di tempat orang. Dia? Dia tak mampu. Cukuplah dia dapat tengok kami berjaya.
Baik kan dia? Disebalik ketenangan dia, rupanya ada beban yang terpaksa dipikul. Keluarga dia susah. Dia kehilangan tempat bergantung sejak darjah 5. Dialah ibu dan ayah bagi satu-satunya adik dia. Mereka tinggal dua beradik. Besarnya tanggungjawab dan amanah dia, Jannah. Akak rasa berdosa. Berdosa kerana tidak pernah bertanya mengenai keluarga dia. Berdosa kerana tidak pernah mengambil tahu tentang kehidupannya.
Siapa yang mampu menjangka segalanya? Dia terlalu berahsia. Ceria dan tenang. Tidak pernah kelihatan riak sedih diwajahnya. Wajah yang bersih dan berseri. Saat akak berlepas, sebenarnya mereka dua beradik baru kehilangan tempat tinggal. Rumah yang diduduki perlu dikosongkan segera kerana sudah ada penyewa baru. Tiga bulan kami bersengkang mata mengulangkaji pelajaran, rupanya menjadi penyebab kegagalannya melunaskan sewa.
Dia berhenti kerja selepas waktu persekolahan kerana apa? Kerana ingin membantu kami mencapai impian! Sedangkan mereka dua beradik? Ya Allah…akak berdosa, dik. Akak berdosa kepada dia dan adiknya," Insyirah terus menekup mukanya dengan tangan. Malu dengan ketidakprihatinan diri terhadap insan yang terlalu baik terhadapnya.
"Akak, boleh Jannah tanya?" soal Jannah sambil mengesat air mata. Tangan Insyirah diturunkan dan dipegang lembut.
"Ada apa, Jannah? Tanyalah," jawab Insyirah masih dalam sendu.
"Akak tahu tak siapa nama adik kawan akak?" Jannah masih menggengam erat tangan 'kakak'nya itu. "Tahu. Dulu akak ingat. Tapi sekarang akak dah lupa. Nur. Kalau tak silap akak, nama dia Nur. Kenapa dik?" Tanya Insyirah pelik.
"Jannah rasa, Jannah kenal adik dia. Dan Jannah rasa, akak tak perlu rasa bersalah walau apa pun yang telah akak lakukan terhadap dia dulu. Jannah yakin, mereka tak pernah marah akak. Mungkin Jannah dan keluarga yang patut mereka marah. Percayalah, kak," kata Jannah lembut.
"Apa yang Jannah cakap ni? Kenapa diorang nak marah Jannah dan keluarga? Jangan merepeklah Jannah. Tak perlu tenangkan hati akak. Hati akak dah lama mati. Mati dengan pemergian dia sebulan yang lepas."
"Jannah rasa Jannah tak mungkin silap orang. Nama akak pun sama dengan orang yang Jannah tunggu. Jom, akak. Ikut Jannah jumpa along," Jannah bersuara ceria. Tangan Insyirah yang masih kebingungan ditarik perlahan. Mereka melangkah ke arah sekumpulan remaja yang sedang sibuk mencari. Mencari seseorang mungkin.
"Jannah! Ya Allah, kamu ni…buat orang risau. Pergi mana? Penat kami cari tau! Nasib baik along belum sampai…kalau tidak, masak kami kena goreng!" marah salah salah seorang dari mereka. Kemudian Jannah mencium tangan beberapa orang yang kelihatan lebih berusia daripadanya dan berpelukkan dengan yang lebih kurang sebaya dengannya.
"Yelah, Jannah. Ira risau tau. Ingatkan Jannah kena culik tadi. Eh, siapa dengan Jannah ni?" soal gadis yang membahaskan diri dengan nama Ira tadi.
"Inilah kakak baru Jannah. Kak Syirah. Jannah nak bawa Kak Syirah jumpa along," balas Jannah sambil tersenyum manis kea rah Insyirah. Senyuman yang benar-benar ikhlas. Tidak seperti ketika mereka mula-mula berbicara.
"Assalamualaikum, adik-adik along. Maaf along lambat. Ummi paksa makan dulu," kedengaran satu suara menegur daripada belakang.
"Along! Lambatlah along ni…penat kami tunggu! Kami pun belum makan lagi, tau! Lapar!" serentak mereka bersuara. Masing-masing bergegas memasukkan beg pakaian ke dalam van. Insyirah tergamam. Hanya air mata yang menjadi penghubung antara dua insan yang telah lama memendam rindu.
"Fir? Fir…daus? SMK(P) Raja Zainab?" bergetar suara Insyirah menyebut nama itu. Selama beberapa minggu nama itu bermain dibibir dan mindanya, saat ini terasa janggal sekali. Benarkah ini Firdaus yang ku rindu? Inikah Firdaus insan mulia itu?
"Syirah. Kenapa tercegat tu? Cepatlah, naik. Boleh kita borak panjang. Fir dah beritahu mak dan ayah Syirah, yang Fir akan jemput Syirah," Firdaus menarik tangan sahabatnya yang tergamam. Hanya senyuman menghiasi wajahnya. Setelah 4 tahun terpisah, akhirnya mereka bertemu kembali. Yang pasti, tiada lagi episod sedih dalam lembaran kali ini. Dia dan Ira sudah punya ummi dan walid tempat untuk menumpang kasih. Juga Jannah dan keluarga besarnya. Segalanya lebih sempurna sekarang.
Selepas Insyirah berlepas, dia dan adiknya Ira mendapat berita gembira daripada ummi. Sebenarnya insan yang dipanggil ummi itu menyuruhnya tinggal di rumahnya. Kerana itulah dia dan suaminya meminta agar rumah sewa itu dikosongkan. Mati-mati Firdaus menyangka yang mereka dihalau. Walid juga tidak menerangkan dengan jelas. Sudah banyak nikmat yang mereka dua beradik terima sejak menjadi keluarga ummi dan walid.
"Fir, apa semua ni? Syirah tak faham! Fir, talk to me, please! I won't move till you explain all this thing," marah Insyirah. Apa semua ini? Macam mana Firdaus boleh ada di sini? Bukankah Firdaus sudah 'pergi'?
"Apa, apa? Fir ingat Syirah dah baca diari yang ummi bagi. Syirah tak baca?" soal Firdaus pelik. Apa sebenarnya yang berlaku?
Insyirah bingung. Diari biru tua milik Firdaus dikeluarkan daripada beg. Tangannya pantas menyelak beberapa muka surat terakhir.
********************************
15 Mei 2008 Hari ini Syirah berangkat ke universiti pilihannya. Alhamdulillah, Berjaya juga sahabatku itu mencapai sebahagian cita-cita kami. Tapi…Syirah marah sangat dekat aku. Sebab aku mungkir janji, katanya. Mungkir janjikah aku? Aku tidak pernah pun berjanji untuk pergi bersamanya. Siapalah aku untuk ke universiti luar. Universiti dalam pun belum tentu. Salah aku juga sebab tak pernah berterus terang. Niat aku menghantar permohonan hanyalah suka-suka. Senonok juga melihat kesungguhan mereka menganyam angan-angan. Memandangkan aku tidak mungkin dapat merasakan, apalah salahnya andai aku mencuba kelayakan diri. Sekurang-kurangnya, aku tahu kelayakan aku. Tak apalah, esok-esok aku hantar email terangkan keadaan sebenar. Mudah-mudahan sahabatku itu boleh terima. Amiiin…
*******************************
Insyirah menyelak lagi.
*********************************
28 Februari 2008 Aku dah hantar email. Dah banyak aku hantar. Kenapa Syirah tak balas? Takkan lah belum surut-surut lagi marahnya? Aku tahu aku salah…tapi, takkan langsung tiada kemaafkan buat aku? Tidak layakkah aku dimaafkan? Sudahlah…aku akan cuba hantar lagi esok. Ummi pun dah panggil.
5 Mac 2008 Syirah masih belum balas email aku. Hm…Syirah marah lagi ke? Semalam ada reunion kumpulan. Khai yang plan. Meriah juga walaupun tanpa Syira. Masing-masing still macam dulu. Lepas habis matrik, masing-masing bawa haluan sendiri. Nisa dapat tawaran ke Jordan, tapi dia lebih senang belajar di UiTM, Shah Alam. Dekat dengan keluarga katanya. Mawar pula belajar di kolej swasta. Sunway University College. Tiggi kos hidup dekat sana, Mawar kata. Tapi tak apalah…keluarga dia mampu. teha pulak, dekat mana ye? Oh…aah…teha dapat UM. Hebat orang yang dapat UM ni kan? sorang lagi…orang yang plan reunion laaa…sape lagi. Khai. Khai belum decide nak belajar ke tak. Dia tunggu orang masuk meminang. He3. Macam-macam. Tapi, InsyaAllah…dia ikut Mawar kot. Kolej Sunway. Aku? Biarlah aku tolong ummi dan walid jaga Jannah. Boleh jadi cikgu macam masa zaman sekolah dulu. Rindunya dekat Syirah…
16 Mac 2007 Sibuknya sekarang ni. Busy dengan adik-adik baru. Sibuk macam mana pun, terhibur dengan keletah diorang. Kawan-kawan semua sibuk jugak. Sibuk cari Syirah. Diam betul dia. Tak apalah, 4 tahun dari sekarang, dekat airport yang sama, aku akan jemput Syirah. 4 tahun. Lamanya. Tapi aku akan sabar menunggu.
***********************************
"Kan Fir dah janji nak jemput Syirah. Syirah tak tau ke? Tak baca diari?" Firdaus bertanya pelik.
"Baru start baca bulan lepas. Tu pun tak sempat baca sampai muka surat last. Asyik nangis je."
"Nangis? Kenapa?"
"Syirah ingat…" Insyirah mematikan bicara.
"Ingat? Hm…peliklah Syirah ni. Tiba-tiba Fir teringat macam mana gelabahnya Mawar bulan lepas. Sibuk-sibuk datang rumah ummi, menangis-nangis cari Fir. Siap minta maaf lagi. Ada ke patut, Mawar ingat Fir meninggal dalam kemalangan jalan raya?! Teruk betul! Mendoakan ke apa…" cerita Firdaus sampai tergelak.
Wajah Insyirah berubah. Kemalangan? Meninggal? Liur ditelan terasa seperti pasir. Aku salah faham ke selama ni?
"Fir accident ke?" Tanya Insyirah berselindung akan kisahnya.
"Memang la Fir accident bulan lepas. Tapi cedera ringan je. Melampau la informer ni. Manalah dia dapat cerita eksklusif ni. Sampai tuan punya badan pun terkejut. Hahaha…" Firdaus mengesat air mata yang mengalir kerana terlalu banyak ketawa.
Insyirah mengimbau kembali perbualannya dengan Khai bulan lepas.
------------------------------------------
'Syirah, Khai call ni sebab nak beritahu, Fir accident minggu lepas.'
'Hah? Fir accident?! Teruk ke?'
'Khai pun tak tahu, Syirah. Khai baru je dapat berita sejam lepas.'
'Khai tak pergi lawat dia? Khai, Syirah nak balik la. Syirah nak lawat dia jugak…Syirah takut…'
'Syhhh…Syirah, jangan macam ni. Syirah jauh. Tadi Khai dah pergi, tapi…tak sempat, Syira. Khai terlambat. Fir dah pergi…'
---------------------------------------------
Segalanya masih jelas. Mustahil Khai menipu. Khai putuskan talian sebab terlalu sedih dengan 'pemergian' Firdaus. Mesti Khai menangis lepas putuskan talian. Insyirah yakin. Sebaik sahaja mendapat berita daripada Khai, Insyirah terus menelefon Mawar. Yang jelas, Mawar juga belum tahu mengenai kemalangan yang menimpa sahabat mereka kerana Mawar benar-benar terkejut dan mereka sama-sama menangisi 'pemergian' sahabat yang mereka sayangi.
Insyirah yakin itu semua. Tapi kini segalanya seakan goyang. Benarkah Khai memutuskan talian kerana terlalu sedih? Atau…kredit telefonnya habis? Pergi yang dimaksudkan…keluar wad ke? Tidaaaaaaaak! Kenapa selama ini dia tidak pernah terfikir?! Sia-sialah air mata dan rasa berdosa yang menghantuinya selama sebulan ini? Maknanya, dialah informer yang Firdaus maksudkan? Ya Allah…malunya!!! Kalaulah Fir tau…
"Syirah rasa, siapa yang bawa cerita kata Fir meninggal ye?" soal Firdaus benar-benar ingin tahu tanpa memandang raut wajah Insyirah yang berubah merah. Malu!
"Biarlah…benda dah lepas pun," jawab Insyirah selamba. Dalam hatinya, Insyirah ketawa geli hati. Terlalu banyak yang telah berlaku. Walaupun marah dengan diri sendiri yang pandai-pandai buat kesimpulan, tapi dia bersyukur. Kerana sekurang-kurangnya kedatangan berita daripada Khai membuatkan dirinya banyak berfikir mengenai salahnya terhadap insan sebaik Firdaus. Dan lebih mengembirakan, dia seolah-olah mendapat peluang kedua yang diharap-harapkan.
Peluang untuk meminta maaf dan menghargai sahabat sebaik dan semulia Firdaus. Firdaus…insan yang cantik wajah dan peribadinya. Secantik namanya. Nur Firdaus. Nur yang menerangi kehidupan mereka berlima. Nur yang mengubah dirinya, Nisa, Mawar, Teha dan Khai. Semoga persahabatan ini kekal selamanya. Firdaus, moga syurga Firdaus itu juga tempatmu kelak. Itu doa Insyirah. Doa buat sahabat baiknya. Sahabat sejati. Sahabat yang bernama Firdaus.
*maaf, percubaan pertama mengarang cerpen. sila komen ye. ^^ *
best sgtt... sedihnya ,pada awalnya2.. menitis air mata baca part pengobanan Fir.. tp dah tahu ending ooo cmtu.. tp bagus... cerita seorang sahabat.. kadang2 kita xnmpk benda yg berharga bila dia ada depan kita... tp bila dah xde kita baru rasa kehilangan kan? padahal sebelum ni pn kita x tahu sgt pasal dia.. biasa la tu... hargailah setiap apa yang kita ada... terutama seorang sahabat yang dapat pimpin kita.. satu percubaan yang bagus!! teruskan usaha anda... suka sgt citer ni
wah..menarinya citer ni.. mula2 ingt nak nagis dh tadi.. tp x jadi lak bile baca seterusnya. besar pengorbanan fir utk lihat shbtnya berjaya. mst best klu dpt shbt seperti firdaus tu.
SALAM CERPEN YANG SANGAT BAGUS MACAM2 BOLEY JADIK SEDIH+KELAKOR+HAPY SESANGAT BUAT SUSPEN AJE LAA PANDAI PENULIS SUSUNKAN PLOT BUAT PEMBACA TERTUNGGU-TUNGGU NAK TERUSKAN LAGI..... PENUH DENGAR PENGAJARAN NILAI PENGORBANAN YANG TAK MAMPU DIBALAS HARAP KTE SEMUA BOLEH JADIK MACAM NUR FIRDAUS NIE PERCUBAAN AWAL YANG INTERESTING TERUSKAN BEKARYA;-) SALAM
bezz cter nie.. bukan sng nak cari sahabat mcm nie.. rela tinggal bf sendiri klu ada sahabat cm nie.. sahabat yg dapat m'bimbing kita dunia dan akhirat.. nie ar yg d'cari dalam sebuah p'sahabatan.. thumb up!!!!!!!!!!!!!!!
bagus sgt2 jln citenya..terharu pn ada.. ukhwah persahabtan yg terlalu mndalam.. so,pa yg kta dpt amk dr ksah ni,hrgai bila ada d dpan mata.. jgn bila hilang baru nk nyesal..:-)
ingtkan firdaus tu laki tp bile dh bace bru la tau pompuan rupe nye...blh thn jugak cite nie walaupun pnulis die bru first time wat cerpen....ape2 pun well done n gud luck.smoga dpt hslkan cite yg best2 lg.
assalammualaikum, saya suke betul ngan jalan cerita ni,jalan cerita yng tersusun, penulis juga pandai bemain dengan emosi.terasa sebaknya dalam hati saya, tpi last-last terasa macam saya ni kena tipu huahhuah huahhuah. good job and keep it up from-khaisya,jb.
thanz pnulis sbb kasi story yg buatkn org cmfius jer bca ...mleleh gak la airmta pd mulanye..bez tau..n lg 1..tertipu n tjuknye sbb igtkn "firdaus' 2 lelaki xsgka plak wtak 2 pmpun hehe..
Terima kasih sangat2 kepada yang suka. :) nak kata first time buat...tak berapa la. tapi first time SIAP, ye. selama ni buat separuh jalan je semua. insyaAllah, akan cuba lagi. dalam hard disk ada lagi cerpen yang lain...nanti saya hantar ye. :)
maaf kepada yang tak berapa suka. saya terima komen2 anda. akan cuba perbaiki. :) tengs! :)
..love.. bintang itu indah, star_itu_bintang@yahoo.com
ps: sebelum ni dah ada hantar cerpen jugak. tapi tak ingat dah hantar yang mana. susah jugak nak trace balik kerya yang dah hantar ye. yang satu lagi tu...bawah nama lain. seriously tak ingat. T_____T sayangnya. :)
ASSALAMUALAIKUM.. pndai ek wat saspen. sy ingat firdaus tu btol2 da 'pergi' rupanya x.. hahaha mula2 baca mcm nk nangis da tp last2 asyik nk trgelak jer.. bg sy,inila citer yg trbaik dr sume citer yg sy baca seblum ni. ok truskn brkarya! GUD LUCK n CHAIYOK!!! =) Hahahahahaha... nk trgelak jer..
cerpen nie best sgt.. mgajar kita erti persahabatan.. air mata dah nk menitis.. alih2 hidup lagi fir rupanya.. lps nie kena dgr dulu sblum wat ap2.. 6ti mnyesal x sudah
awes0me! percubaan pertama,p bagus la,. taniah yek ! pandainye wat plot., wat saspen je,.baru je tangkap leleh time first2 bace tuh,. ish3,.hehe,. best,. oke la,.e2 je nk cmmnt,.
best lh . sedey + menggong jerk last dye . plot pn boley tahan gak lh . not bad . tertipu lh ngan title cerpen ni . pandai tipu org . hha . btw , love this story :)
memula baca ingat firdaus tu laki..tapi perempuan..baca dari awal dah nak menitis air mata..cehh..gimik semata-mata..haha..bagus toi idea penulis nie..apa pun.sarat dgn maksud tersirat..
gud of work t'tipu ngan citer nieee,,,ingtkan fir mg mati....hu3 klaka r,,,tp citer nie mg bagoih coz pnuh dgan nilai prshabtan n smagt kerjsama dlm mngejr cita2
wih wih wih......... bagus amat ceritanya,, namanya jg s5 lg,tmen baik q jg nur loe....... n au firdaus....... kok bisa sma tow..... aneh tapi nyata,,,
a,salam sy rase klu name insyirah tu x kena la klu letak name kwn sy ok jugak sbb sy pun ade kwn yg lebih kurang same dng cerite ni....tp ape2 pun taniaah sbb cerita ni sgt bes...good luck for you...
asalamualaiku... fantasti crite ni..suspens sy dbuatnye yg mnyebabkan sy ingin trus membace.... anyway,gudluck yer kpd cerpenis baru nie... moga2 dpat bekarya lagi.. ^_^
Ingatkan FIRDAUS tu lelaki. Ingatkan Firdaus tu kekasih Insyirah.Ingatkan FIRDAUS tu dah meniggal.Ingatkan ENDING cite ni Sedih.God job kepada pengkarya.Best sangat.Kalau buat novel bleh bagi hadiah kat best friend biar dia ngangis baca cerita ni.
bagus2 .. idea yg sngt menarik . bnyk teknik suspen digunakan.. teruskan usaha yea.. man jadda wa jadda yg bermaksud berusalah ! sehingga berjaya ..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best sgtt...
sedihnya ,pada awalnya2.. menitis air mata baca part pengobanan Fir..
tp dah tahu ending
ooo cmtu..
tp bagus... cerita seorang sahabat..
kadang2 kita xnmpk benda yg berharga bila dia ada
depan kita...
tp bila dah xde kita baru rasa kehilangan kan?
padahal sebelum ni pn kita x tahu sgt pasal dia..
biasa la tu...
hargailah setiap apa yang kita ada...
terutama seorang sahabat yang dapat pimpin kita..
satu percubaan yang bagus!!
teruskan usaha anda...
suka sgt citer ni
~dyla_afiela~