Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Eh Rid..kau dah terlepas simpang nak masuk rumah kaulah"ucap Blank.Dia memandang sekilas wajah temannya yang sedang memandu.
"Rid..kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"soal Blank.
Blank tepuk dahi.’Konfem berangan!Alahai Rid..macam mana waktu drive pun kau boleh nak berangan ke bulan pula ni’.
"Rid…"jerit Blank kuat.Siap dengan tepukan kuat di bahu.
Farid terkejut lantas menghentikan keretanya di tepi jalan.Dia memandang Blank yang tersengih.
"Kau nak aku mati ke?Menjerit tak pasal-pasal"marah Farid.
Blank mencebik."Eh-eh.Kau marahkan aku pula.Yang kau tu,mengelamun apasal.Kau nak pergi mana ni?Kata nak balik rumah.Kau tahu tak,kau dah terlepas simpang nak masuk rumah kau".
Blank mencebik buat kali kedua."Bukan kita,tapi kau.Bawak kereta tapi hati melayang kat tempat lain.Nasib baik ada aku yang baik hati lagi hensem ni,kalau tak..konfem kau dah masuk batu dua".
"Ceh..baik hati dan hensem konon.Nak muntah aku dengar.Kau nampak tak side mirror kat tepi kau tu?"tanya Farid.
Blank angguk dua kali."Nampak.Kenapa?".
"Haa…bagus kalau kau nampak.Kau cermin dulu kau tu sikit.Geli rerahang aku dengar".
"Ala..cakap ajelah yang kau tu jeles dengan aku.Tak payahlah nak sesegan".
Farid mendengus.Mak aku kata,kalau berkawan dengan orang takde perasaan ni susah,tapi rupa-rupanya lagi susah kalau berkawan dengan orang yang perasan.
"Sudahlah kau.Kalau nak ajak bergaduh,tunggu sampai rumah dulu.Aku dah lapar tahap kebulur ni"ujar Farid lalu memberikan signal ke kanan.Selepas melihat tiada kereta,pantas dia membelok kembali keretanya.
"Banyak berubah dah kan Taiping ni.Dulu..punyalah kuno.Sekarang,kau tengok..bangunan semua dah besar-besar.Hai..rindunya aku kat Taiping ni"luah Blank.Dia memerhatikan pemandangan kiri dan kanannya.
"Eh Farid..kau tengok tu.Stesen minyak tu ada lagilah.Wah..dah besarlah stesen minyak tu.Kalau dulu,kecik aja.Tengok..ramai pula tu orang yang isi minyak.Haii..untung tauke stesen tu.Agak-agak kaulah kan,tauke tu ada anak perempuan tak?"soal Blank sambil tersengih.
Farid mengerling sekilas ke arah stesen minyak tersebut.Tiba-tiba,ingatannya kembali melayang,mengingati peristiwa 10 tahun dahulu. ........................................................
Basikal yang aku kayuh laju meluncur masuk ke dalam halaman rumah.Pantas aku tongkatkan basikal.Terus aku berlari masuk menuju ke dalam rumah.Langkah kakiku terhenti apabila mendengar bunyi riuh di dapur.
Terkedu aku apabila tiba di dapur.Mengucap panjang aku apabila melihat emak dan ayahku sibuk bermandi dengan tepung.
"Mak..ayah.Kenapa ni?Hujan tepung ke?"soal aku.Sedaya-upaya aku cuba menahan senyum apabila melihat rambut ayahku yang hitam hampir kelihatan putih akibat diseliputi dengan tepung.Aku berjalan menghampiri emak dan ayahku.
"Ni semua ayah kamu punya pasallah.Boleh pula dia baling tepung dekat mak.Habis hancur kuih mak ni.Terus tak jadi nak buat kuih"bebel emakku.
Aku tersengih."Mak dengan ayah ni,kalau nak ber-romantis pun janganlah dekat dapur.Masuklah bilik.Seganlah kalau orang tengok"usikku lalu menarik sebuah kerusi untuk duduk.
Ayahku tergelak apabila mendengar usikkanku.
"Amboi-amboi.Pandai yea adik.Kecik-kecik lagi dah pandai"ucap emakku sambil menyapu tepung di baju.Berubah muka emakku mendengar usikkanku,
Aku sengih malu.
"Biasalah Nah ooi..Zaman dah moden.Dunia dah maju.Budak-budak dah pandai dah hal-hal macam ni.Tak macam kita dulu-dulu.Segan-segan kucing."ucap ayahku.
Aku angguk dua kali,tanda mengiakan kata-kata ayahku.Erk?Segan-segan kucing?.
"Haa..kamu ni daripada mana?Dah petang-petang macam ni baru nak balik?"soal ayahku.Ayahku menghampiri emakku dan menyapu tepung yang terlekat di pipi.
Gulp!Aku telan air liur.Iskk…tak tahu malu betullah ayah aku ni.Nak buat drama pun,karang-karang.Bagilah aku ni masuk bilik dulu ke.
Emak aku pantas menepis tangan ayah aku.
"Kenapa?"soal ayah aku sambil angkat kening.
"Malulah dekat adik tu"ucap emakku malu-malu.
Aku tergelak apabila melihat reaksi emakku.Malu-malu.Hee..
Ayah aku mencebik."Dengan anak pun nak malu ke?Biarlah..biar adik tengok,betapa romantisnya ayah dia ni.Bukan senang nak dapat suami macam abang ni.Haa adik..kalau nak cari suami,cari suami yang romantik macam ayah ni.Dahlah romantik,baik pula tu".
Emak aku mendengus manakala aku pula hanya mencebik.
"Eh-eh..Awak tak percaya.Siap buat muka pula tu.Ooo..buat muka.Haa..ambik ni"pantas ayah aku membaling segenggam tepung yang terletak di atas meja.Habis kembali putih muka emak yang memang sedia putih itu.
Aku ketawa besar melihat peristiwa tersebut.Habis membazir tepung-tepung ni semua.
"Abang"jerit emakku kuat.
"Yea saya.."ucap ayahku.Siap kedip-kedip mata.
"Melampau tahu tak?".
"Tak tahu"balas ayahku spontan.Siap jelir lidah lagi.Aku ketawa lagi.Apasal bertuah sungguh aku petang ni? Boleh tengok cerita Hindustan petang-petang.
Emak aku menjeling ke arah aku.Pantas aku tutup mulut dengan tangan.Opss..mem dah marah.Mem dah marah.
"Haa…yang kamu ni gelak-gelak kenapa?"soal emakku.
"Ooo..pandai kamu gelakkan orang yea.Haa..kamu ambik ni"ucap emakku lalu terus membaling segenggam tepung ke arah mukaku.Terkedu aku kerana tidak sempat mengelak.
"Haa..padan muka"ujar emakku lalu ketawa kuat.
Aku pandang ayah.Ayah pandang aku sambil tergelak.
"Uiskk..mak kamu sekali dah gelak macam tu,kalah gelak Din Beramboi"ucap ayahku.
Aku tersengih.Menyapu tepung yang terlekat di muka.Puih..tak sedapnya tepung ni.
"Amboi..pandai abang mengata saya yea.Tidur dekat luar karang"ugut emakku.
Ayahku memandang aku."Tengok-tengok.Mak kau suka main ugut-ugut.Ayah kahwin lain karang,marah".
Aku gelak besar apabila melihat emakku menjegilkan mata ke arah ayahku manakala ayahku pula membuat muka takut sambil mengigit jari.
Aku berdehem beberapa kali,cuba untuk mengembalikan suara yang hilang kerana gelak tak ingat dunia.
"Hmm..mak..ayah.Adik ada benda nak cakap ni"ujarku.
Serentak empat pasang mata terlekat ke wajahku.Aku tersengih.Rasa macam buat salahlah pulak.
"Haa..memang pun.Ayah dah lapar sangat ni.Nak harapkan mak kau masak untuk makan petang..heh!Tahun depan pun tak siap jawapnya.Apa kata kalau kita keluar makan laksa nak?"cadang ayahku.
"Amboi-amboi.Ikut suka gusi dengan gigi awak aja nak bercakap yea.Kerja siapa sampai kuih saya tak jadi.Awak yang gatal-gatal nak main lawan tepung,nak salahkan saya pula"marah emakku.
Ayahku tersengih."Mak kau marahlah pula.Yea lah isteriku sayang..Abang yang salah.Dahlah..jangan nak merajuk lagi.Apa kata kalau kita pergi mandi,lepas tu kita keluar makan laksa.Makan laksa petang-petang ni sedap juga".
Emakku mencebik."Siapa nak mandi dengan abang?".
Aku hanya leka memerhatikan emak dan ayahku bertikam mulut.
"Eh..bila abang kata nak mandi dengan awak?Abang cuma ajak awak mandi aja.Kan dalam rumah ni ada tiga bilik air.Sorang satulah"jawab ayahku sambil ketawa.
"Eee..malaslah nak cakap dengan abang ni.Menyakitkan hati aja".Emakku terus berlalu naik ke bilik.
"Tengok adik..ada orang merajuk"bisik ayahku.
"Haaa..mengumpat-ngumpat.Tadi kata nak makan laksa,cepatlah siap"muncul emakku tiba-tiba.
Aku hanya tunduk merenung laksa yang berada di dalam mangkuk.Selepas aku utarakan kehendak hati tadi,emak dan ayahku membisu seribu bahasa.
"Adik"panggil ayahku lembut.
Aku pandang wajah ayahku sekilas.Huhuhu..nampak macam bagi aja.
"Adik dah fikir masak-masak ke?"soal ayahku.
Aku angguk dua kali.
"Yakin dengan keputusan adik ni?"tanya emakku pula.
Aku angguk tiga kali.
"Hmm.."Emak dan ayahku mengeluh.
"Tak menyesal?".
Aku angguk lagi.Eh..tak-tak.Pantas aku gelengkan kepala.Kepala langsung tak angkat.Aku lagi senang tunduk merenung laksa yang masih berlimpangan di dalam mangkuk comel tersebut.
Aku terdengar ayahku tergelak kecil.
"Ni apahal dah jadi macam orang bisu.Guna isyarat kepala aja ni.Angkatlah kepala tu.Nilah masanya nak bagi leher tu jinjang sikit"usik ayahku.
Aku getap bibir.Terus angkat kepala.Tahulah leher aku pendek.
"Bila adik mintak kerja dekat situ?"soal emakku.
"Petang tadi"jawabku.
"Boleh ke adik kerja dekat stesen minyak tu?Bukan senang nak kerja ni adik".
"Ala mak..usaha tangga kejayaan.Kalau adik tak kerja,apa adik nak buat.Keputusan SPM lambat lagi keluar.Bagilah adik masa nak timba pengalaman.Lagipun mak,kawan-kawan adik semua dah cari kerja sementara ni.Boleh juga adik kumpul duit.Mana tahu,kot-kot ada rezeki adik nak masuk Universiti ke.Dapatlah adik beli laptop"terangku berkobar-kobar.Semangat ni.
Mak aku hanya diam.Dia memerhati ayahku yang tekun menghirup kuah laksa.
"Hmm..macam mana abang,nak bagi ke tak?"soal emakku.Aku pandang ayahku.Pandangan penuh harapan ni.Siap bersinar-sinar anak mata aku ni.
Ayahku mengangkat kepala."Dah..adik jangan nak pandang ayah sampai macam tu sekali.Bersinar-sinar sangat".
Aku tersengih."Penuh dengan harapan ni ayah.Bolehlah yea..Gaji pertama adik belajar makan ABC".
"Hekeleh..setakat ABC..ayah tak hairanlah.Belanjalah XYZ ke..sedap sikit".
"No problem ayah.Bisa diatur"ujarku.Eh..jap-jap?XYZ?Amenda tu?Ada ke jual?Aku tayang muka blurr.
Ayahku ketawa melihat mukaku."Haa..cepat sangat setuju.Pakai main angguk aja.Kalau adik nak kerja sangat,kerjalah.Ayah izinkan.Tapi dengan satu syarat".
Gulp!Aku telan air liur.Ada main syarat-syaratlah pula.
"Alah ayah..Apa main syarat-syarat ni?Tak rocklah.."
"Eh..banyak kamu punya rock.Kira okey ayah ajak kamu main syarat,kalau ayah ajak kamu merempit,kamu sanggup ke?".
"Iskk abang ni..Ada ajak anak merempit.Nak bagi hilang nyawa ke?"soal emakku marah.
"Haa..tengok.Abang tak sempat cakap sampai habis lagi,Nah dah menyampuk.Abang ajak merempit naik basikal.Bukan naik motor.Lagipun,macamlah dekat rumah kita tu ada motor.Basikal je pun yang banyak.Nah ingat abang ni dah hilang akal ke apa?".
Emakku tayang muka malu,manakala aku pula buat muka lega.Terkejut juga aku bila dengar ayahku cakap macam tu.Merempit?Heh!Start motor pun aku dah menjerit,inikan pula nak merempit.
"Apa syaratnya ayah?"soalku balik.Ini,kalau tak soal ni,mahu sampai ke esok,syarat tu tak keluar.
"Syarat apa?"soal ayahku sambil berkerut kening.
Sudah!Ayah aku tanya balik dekat aku.
"Laa..kan ayah kata nak bagi dekat adik syarat sebab ayah dah izinkan adik kerja dekat stesen minyak tu kan?".
Ayahku mengurut dagu.Itu salah satu kebiasaan bagi ayahku apabila berfikir mengenai sesuatu.
"Haa…dah ingat.Syaratnya adik kena janji,adik kerja dekat stesen minyak tu untuk sementara aja.Bila keputusan SPM dah keluar,ayah nak adik berhenti.Ayah tak nak,adik terus hilang minat nak belajar sebab dah pandai pegang duit.Boleh janji dengan ayah?".
Sudah hampir 2 minggu aku bekerja sebagai juruwang di stesen minyak Mobil.Macam-macam pengalaman yang aku dapat.Baru aku sedar,bukan senang rupanya nak cari duit.Daripada situ,aku akui,sesungguhnya pengorbanan ibu bapa membesarkan kita,menyediakan apa yang kita perlukan sememangnya cukup besar ertinya buat aku.Yelah..selama ni aku hanya tahu mintak aja.Sampaikan nak topup pun kadang-kadang aku mintak dengan ayah.Langsung tak sedar ayahku yang bertungkus-lumus bekerja semata-mata nak memberikan kemewahan dan kesenangan kepada aku.Arigato ayah.
"Haa..mengelamun"sergah Mia.Aku beristighfar panjang.Minah ni kan.Kalau muncul je bukan nak bagi salam.Pakai main terjah aje.Aku konfemlah..kalau aku ada sakit jantung terkejut,alamatnya arwahlah aku.
"Kau Mia..tak reti-reti nak bagi salam ke?Pakai main ikut suka hati je".
Mia jegilkan mata ke arahku.Aku mencebik.Tahulah bulu mata melentik.
"Tak bagi salam kau kata?Dah nak dekat 5 minit aku berdiri tercegat dekat pintu tu tengok kau punya mengelamun.Entah sampai ke mana tah kau punya lamunan tu.Kau tak nak balik ke?Sekarang ni kan shift aku.Kau punya shift malam start esok kan?Dengan Liza kan?"soal Mia sambil meletakkan begnya.
Aku menganggukkan kepala dan pandang jam di dinding.Dah pukul 6.00 petang.Pantas aku capai beg di bawah meja dan terus berlari keluar.
"Oit Dian!"panggil Mia sekaligus mematikan terus langkahku.
"Apa?"soalku yang terhenti langkah di muka pintu kaunter.
Mia tersengih."Hati-hati bawak basikal"pesannya.
Aku kembali tersengih.Tangan aku letakkan di dahi seperti askar yang menerima arahan."A `ai kapten".
Aku berjalan menuju ke bangsal,tempat meletakkan pelbagai jenis kenderaan pekerja termasuk kenderaan aku iaitu basikal.Kunci basikal yang terletak di dalam beg aku aku ambil.Namun,langkahku mati apabila mataku terancap pada seorang pemuda yang berada tidak jauh daripadaku.
Aku terus berjalan menghampiri pemuda tersebut lalu berdiri berhadapan dengannya.
"Encik..sini tak dibenarkan merokok"tegurku sopan.
Pemuda tersebut hanya pandang aku sekilas,kemudian buat derk.Dihembusnya asap rokok ke mukaku.Kurang sopan!
Rokok yang berada di mulutnya aku ambil lalu aku buangkan ke tanah.Tidak cukup dengan itu,aku pijak-pijak rokok tersebut.
"Hoi!Kau apahal minah?"soalnya pemuda tersebut bengang.Mungkin dia terkejut kerana tengah syahdu hisap rokok,tiba-tiba rokok hilang daripada santapan bibir.Dahlah tu..agak kejam juga cara aku ragut rokok dia.
Hoi dia panggil aku?Kurang asam jelugor sungguh.
Aku senyum walaupun tidak berapa manis.Nasib baiklah tak ramai orang yang isi minyak waktu tu.
"Encik ni buta huruf ke apa?Tak nampak ke signboard yang besar macam tu?"ujarku lalu menundingkan jari ke arah satu signboard yang terletak berhampiran.
Lelaki itu pandang sekilas,lalu kembali memandangku.Ceh..pandang pun tak sampai satu saat setengah,patut tak faham bahasa.
"Habis tu kenapa?Kau nak tunjuk kerek dengan aku?"soalnya lagi.Berdiri sambil berpeluk tubuh.
"Eh..takde masa saya nak tunjuk kerek dengan encik.Saya cuma nak ingatkan,ini stesen minyak.Jadi,silalah patuhi arahan yang sedia termaktub dalam undang-undang stesen minyak yea.Tidak dibenarkan menghisap rokok dekat stesen minyak".
Lelaki itu senyum sinis.Dia pandang aku daripada atas ke bawah,kemudian kembali ke atas.
"Budak..kau ni umur baru setahun jagung,ada hati nak nasihatkan aku.Apa kata,kalau kau balik,lepas tu kau cermin diri kau tu dulu".
"Encik..yang umur setahun tu jagung.Saya ni dah umur 18 tahun.Dah ada akal pun.Jadi,kalau saya yang muda ni boleh bezakan mana satu baik dan mana satu yang buruk,takkan Encik yang dah tua bangka ni tak tahu nak bezakan kot.Kalau yea pun Encik nak sangat menghisap rokok,hisap dekat tempat lain.Kalau Encik nak mati,Encik mati sorang sudahlah.Janganlah babitkan mangsa yang tidak bersalah.Ada faham encik?"soalku tegas.Kena kasi pengajaran sikit lelaki ni.
Aku tengok lelaki tersebut mengenggam penumbuk.Kecut juga perut aku tengok.
'Alahai Dian!Apasal kau berani tak tentu hala ni.Kau panggil lelaki tu Encik tua bangka?Memang melampau kau Dian.Tengok gaya,umur macam sebaya dengan Along je'.
"Weh budak!Kau ni banyak cakaplah.Suka hati akulah nak hisap dekat mana pun.Yang kau banyak bunyik ni kenapa?Ada aku kacau hidup kau ke?"soal lelaki tersebut.Siap main tolak-tolak bahu aku.
Aku ketap bibir apabila diri aku di tolak ke belakang.Nasib baik dia tolak tak kuat sangat,kalau tak..konfem aku jatuh terduduk.
"Dah melampaulah ni Encik,main tolak-tolak"ujarku.Nada suaraku sedaya upaya mungkin aku kawal.Tak mahu sampai ke tahap speaker pecah.
"Habis tu kenapa?Kalau nak ikut hati aku,aku nak tibai je kau ni.Biar bengkak sikit mulut kau yang berbau macam longkang tu.Badan macam Giant,ada hati nak nasihat aku".
‘Giant?Weh..aku bukan gemuklah.Aku berisi aje.Sesuka hati kata aku Giant’.
"Kira okeylah saya ni Giant daripada encik tu?Badan macam tengiling.Nampak kurus padahal perut boroi"jawabku lantang.Terus berpeluk tubuh.Apa?Dia ingat dia sorang je reti peluk tubuh.Aku pun retilah.
Lelaki itu pandang perutnya.Mahu aku ketawa kuat dekat situ.Nampak je pakaian smart,padahal otak kosong.
"Mana ada perut aku boroi"marah lelaki tersebut.
"Encik je yang tak perasan.Tulah..kuat sangat hisap rokok.Kan dah boroi perut.Entah-entah,banyak sangat makan asap"perliku.
"Dian.."aku kalih belakang.Kelihatan Mia berlari-lari anak ke arahku.
"Kau kenapa?"soalnya.Aku hanya menjeling lelaki tersebut.
"Ini ha.. Encik tenggiling ni hisap rokok dekat sini.Lain kali Mia,kau beritahu dekat bos letak signboard bahasa Siam dekat sini.Dia ni tak faham bahasa Melayu".
Elok je aku menghabiskan ayatku,aku merasa yang bahu aku ditolak kasar.Terus menyebabkan aku terduduk.Mai aih..sengal-sengal punggung aku.Mia yang melihat menjerit.
"Kau okey Dian?"soalnya cemas.Aku angguk dua kali.Melampau sungguhlah Encik tenggiling ni.
"Encik..kami minta maaf yea.Kami mengaku bersalah.Encik baliklah"ucap Mia.Ucapan yang keluar daripada mulut Mia tambah mengejutkan aku.Dia..mintak maaf dekat Encik tenggiling ni?
"Weh..yang kau minta maaf dekat dia ni apahal?Apa pula kita yang salah.Dialah yang salah"bangkangku.Terus aku berdiri.
Mia menarik lengan bajuku menyuruh aku berhenti.
"Dahlah Dian..kau jangan nak cari pasallah dekat sini.Kau tengok,dia tu lelaki.Kita ni perempuan.Dah nak masuk Maghrib ni.Kang jadi apa-apa dekat kita,siapa nak bertanggungjawab?"soal Mia. Aku menarik tanganku,melepaskan daripada pegangan Mia.
‘Arghh lantak!Nak jadi apa pun jadilah.Ini diskriminasi namanya.Dahlah punggung aku sakit,lepas tu suka-suka hati Mia minta maaf dekat lelaki ini.Lagi besarlah dia punya kepala’.
Aku berjalan merapati lelaki tersebut yang tersenyum sinis melihat kami.Aku tersengih melihatnya.
"Suka yea Encik?"terus aku sepak lututnya.Tidak cukup dengan itu,aku sepak bahagian tengahnya.Terduduk lelaki tersebut apabila merasa penanganku.
Mia melopong mulutnya apabila melihat tindakanku.Aku pun terkejut juga sebenarnya.Tak aku sangka aku berani buat macam tu.Tindakan spontan di luar kawalan kewarasan akal.Aku hanya tersengih sambil mengangkat tanda peace.
"Sorrylah Encik.Sakit ke?Lain kali,kalau nak tunjuk samseng,janganlah tunjuk dekat sini.Tunjuk dekat tempat lain okey.Haa..lagi satu.Mak bapak saya bazar zakat tau body saya ni.Encik mana boleh suka-suka hati pakai main sentuh-sentuh.Sentuh pun tak boleh..inikan pula nak main tolak-tolak.Haram Encik..Okeylah yea…Assalamualaikum"ucapku lalu terus berlalu.
"Dian.."jerit Mia kuat.Aku toleh belakang.
"Lelaki ni macam mana?"soalnya.
"Kau masuk dalam..lepas tu kau telefon polis.Beritahu ada orang gila Tanjung Rambutan terlepas"ucapku.Laju Mia angguk kepala dan berlari masuk ke dalam kedai. ...........................................................................
Aku angkat kepala apabila mendengar satu suara menegurku.Kelihatan lelaki semalam sedang berdiri di hadapanku dengan wajah serius.Gulp!Aku telan air liur.
"Berapa ringgit?"soalku.Cuba mematikan kesunyian malam.Manalah pergi Liza ni.Punya lama pergi toilet.
"Ye ar.Awak nak isi minyak berapa ringgit?Takkan datang sini nak makan satey kot".
"Siapa kata aku datang sini nak isi minyak?".
Ahh sudah!Apa Encik tenggiling ni nak?Tengok!Kan dah terlekat dah nama Encik tenggiling ni kat dia.
"Habis,awak nak apa?".
"Aku nak tuntut hutang"jawabnya selamba.
Berkerut keningku sementara otakku sudah dapat menangkap apa yang dimaksudkan dengan `hutang`tersebut.Jam dah menunjukkan pukul 11.00 malam.Memang malang sungguh nasib aku malam ni.
"Bila saya ada hutang dengan awak,dan saya kenal awak ke?"soalku buat-buat bodoh.Dah tu aja yang mampu aku buat untuk masa sekarang.
"Eh..budak jangan nak buat-buat lupa atau buat-buat bodoh ye.Semalam,yang kau selamba sepak terajang aku tu apa?Sebab tu,aku nak ganti rugi.Nak claim balik kecederaan aku ni".
Mahu rasanya aku gelak terbahak-bahak dekat situ.Tetapi,aku sedaya-upaya control.Tapi,nak buat macam mana,walaupun puas aku menahan urat ketawa,nak juga ketawa ni terhambur keluar.
"Ye ar..mana tak gelak.Setahu saya,yang tuntut claim kecederaan ni orang yang betul-betul cedera parah.Awak ni cedera parah ke?Saya tengok sihat walafiat aja.Opss..tapi tak tahulah kalau.."Aku sengih nakal.
"Kalau apa?".
Aku angkat kening 3 kali.Tak cukup dengan itu,aksi bibir terjuih pun aku buat sekali.
"Well.."aku berdehem beberapa kali.Kerusi ku rapatkan ke arah meja kaunter sambil tersengih.
"Kot-kot ada masalah…"
"Masalah apa?"muka Encik tenggiling dah cuak!
Aku tersengih."Masalah dalaman..".Terus pecah gelak.Adez!Kalau tiap-tiap malam aku gelak macam ni,mau berterabur semua urat-urat ketawa termasuk urat kentut.
Merah padam muka lelaki tersebut.Dia dah fahamlah tu.Aku tersengih.
"Kalau awak nak tuntut claim pasal masalah tutttt…saya rasa awak patut dapatkan surat pengesahan doktor.Mana boleh terus datang sini macam ceti haram lepas tu minta duit.Kang..kalau saya jerit,tuduh awak nak rogol saya baru awak tahu.Jadi,sebelum tekak saya ni dah sedia nak menjerit,baik awak keluar sekarang.Nampak tak pintu keluar tu?Kalau tak nampak..meh sini saya tolong papah awak keluar".
"Eh..kau jangan nak melampau tau?Muka aku yang hensem ni kau nak kata perogol.Jangankan polis,tok imam kat rumah aku pun tak percayalah"balas lelaki tersebut.Kenapa muka dia merah semacam aja ni?
"Itu tok imam rumah awak.Tapi,tok imam rumah saya percaya.Dahlah awak..Saya nak muntah dengar awak kata awak hensem.Tolonglah..kucing saya seribu kali hensem daripada awak.At least..perut dia takdelah boroi macam perut awak tu".
"Kau ni kan.."Lelaki itu tuding jari.
"Apa?"aku angkat kening.
"Kau tunggu jelah nanti.Aku balas balik nanti"ugutnya.Terus berlalu keluar.
"Oit..!Buat apa balas balik nanti..balas balik sekaranglah"jeritku.
"Hoi Dian!Kau menjerit memalam buta ni kenapa?".
Tersentak aku.Pantas aku berpaling.Iskk Liza ni.Baru sekarang nak muncul.Entah apa dibuat dalam toilet tu pun aku tak tahu.
"Tak de apelah.Dah..kau pulak jaga kaunter.Aku nak pergi toilet pula"ujarku. .............................................................................
‘Hampeh sungguhlah basikal ni.Time nilah nak pancit pun.Nak pancit pun,tunggulah aku sampai dekat tempat kerja dulu.Ini tak..ikut suka hati kau aja nak pancit.Kang aku campak dekat tong sampah tu baru kau tahu.Iskk..apesal gelap sangat malam ni.Macam nak hujan je’bisik hatiku.Aku menolak perlahan basikal menyusuri malam yang gelap dan sepi.Ye ar..dah pukul 10.30 malam kan?Rumah aku dengan tempat kerja bukannya jauh pun.15 minit aja.
Sambil menolak basikal,aku menyanyi-nyanyi kecil.Namun,nyanyianku mati apabila melihat beberapa cahaya lampu motor daripada arah bertentangan menyuluh mukaku.Aku kecilkan mata kerana silau. Kecut perut aku apabila tiga buah motor yang baru sahaja melepasi aku tiba-tiba berpatah balik.Ahh sudah!Bala apa pula ni.
"Hye cik adik..sorang aja?"tegur seorang lelaki.
Aku diam.Hanya terus mempercepatkan hayunan kaki.Basikal yang tayarnya sudah kempis itu aku tolak sekuat mungkin.
"Ala cik adik..janganlah sombong.Meh ar sini abang temankan.Kesian..tolak basikal malam-malam macam ni.Meh lah naik dengan abang"pelawa seorang lagi yang membawa motor sambil ditunganggi seorang kawannya.
"Tak payahlah..terima kasih aja"jawabku.Manalah tahu,kot-kot diaorang ni memang ikhlas nak menolong.Dan aku secara ikhlasnya menolak.
Langkahku mati apabila basikalku dihadang secara tiba-tiba.Aku toleh ke belakang.Tidak ada ruang hendak berpatah balik kerana belakangku juga sudah dikepung.Maknanya aku sudah terperangkap di tengah-tengah. Air liur aku rasa tidak tertelan apabila enjin motosikal dimatikan.Waktu itu,aku hanya teringatkan pelawaan ayahku yang nak menghantar aku menaiki kereta.Dalam hati,aku mengutuk kerana menolak pelawaan tersebut.
"Cik adik ni sombong sangatlah.Ni yang buat abang rasa semacam ni".Salah seorang lelaki turun daripada motor dan merapati aku.
Aku tarik nafas.Kalau nak lawan,rasanya tak terlawan aku.Mana mampu aku nak lawan dengan 5 orang sekali gus.
"Err..apa kau nak buat ni ha?Korang jangan nak apa-apakan aku.Aku menjerit karang"ugut aku.
"Hekeleh geng..dia nak menjeritlah.Haa..jeritlah adik.Jerit kuat-kuat.Biar sampai tercampak anak tekak tu.Lepas dah tercampak,abang ambik lepas tu gamkan balik".
Ceh!Hampeh sungguh.Boleh mamat tu buat lawak yang memang tak lawak langsung time-time macam ni.
Tiga orang daripada mereka semakin merapati aku.Aku Cuma berjalan sedikit ke belakang,namun langkahku mati kerana menyedari ada dua daripada mereka di belakangku.
'Ya Allah..apa aku nak buat ni?'bisik hati aku.
"Haa..kalau korang nak duit,aku bagi korang duit.Boleh?"soalku cuba membuat pertukaran.
Gelak besar memenuhi ruangan tersebut.Aku terpana.Aku ada buat lawak ke ni?
"Cik adik..cik adik ingat kami ni sengkek sangat ke?Ala..setakat RM 50 tu,kami tak hairanlah"jawab seorang lelaki yang paling tinggi antara mereka.
"Eh..siapa kata aku ada RM 50.."
"Habis tu,ada berapa?"tanya lelaki yang bersuara agak garau.
Aku terus memeriksa begku.Dompetku aku keluarkan.
"Aku ada RM 60.50 sen".Duit yang berada di dalam dompet aku keluarkan dan aku hulurkan kepada mereka.
Mereka ketawa lagi.Lelaki yang paling tinggi itu menarik sesuatu daripada kocek seluarnya.Aku kecut.Tah-tah pisau.
"Habis tu,nak apa?"soalku.Nada suaraku juga sudah hampir ke tahap-tahap nak menangis.
"Hee.."mereka tersengih."Kami nak cik adiklah"jawab mereka serentak.
Gulp!Cik adik..cik adik!Geli aku dengar.Nak aku?Ingat aku ni patung Barbie apa?
Kepala otakku mula merencana sesuatu.Tiba-tiba aku terlihat sesuatu cahaya yang agak jauh.Nampak macam cahaya lampu kereta yang baru nak masuk ke dalam simpang rumahku.Ada peluang ni.
"Err.."aku gigit bibir.Cuba fikir ayat yang terbaik."Buat apa nak saya?Ambiklah barang lain".
"Laa..barang lain buat apa?Kami nak cik adiklah.Apasal banyak sangat budak ni cakap ha Wan?Fed-up sungguh aku"rungut lelaki yang bersuara garau tu.
"Ah dahlah.Jom kita kerjakan dia".
Apabila melihat kelima-lima lelaki tersebut sudah semakin menghampiri,aku pantas mengangkat tangan.
"Stop!"jeritku kuat.Tangan aku hadangkan lurus di hadapan mereka.
"Kenapa?"tanya mereka serentak.
"Ada UFOlah"ujar aku sambil menunjuk ke arah langit.Pantas,kelima-lima mereka serentak memandang ke langit.Dan aku,terus merempuh salah seorang daripada mereka dan lari selaju mungkin.Kereta yang sedang meluncur masuk ke selekoh pantas aku hentikan dengan berdiri di tengah-tengah.Aku depangkan tangan sambil memejamkan mata.
Terdengar aku bunyi brek yang kuat.Aku membuka mata.Selamat..aku hidup lagi.Terus aku berlari masuk ke dalam kereta yang berhenti tersebut.Selepas bercakap beberapa saat,kereta tersebut berpatah balik.Aku toleh ke belakang.Kelihatan mereka berlima hanya berdiri tercengang memerhatikan aku.
"Boleh pulak macam tu?"soal lelaki bersuara garau.
"Entah..yang pasti,mati kita nak menjawab karang"jawab lelaki paling tinggi.
"Terima kasih banyak-banyak yea pak cik dan mak cik.Jasa pakcik dan makcik saya kenang sampai ke akhir hayat"ucapku.
"Eh..tak ada apa-apa Dian.Hal kecik je.Hmm..tak tahu pula pak cik ada pula samseng-samseng malam-malam macam ni.Selalu pak cik dengan mak cik lalu jalan kat taman tu,tak ada apa-apa pula.Yang ada,cuma anjing je.Tapi,syukur alhamdulillah Dian selamat".
Aku mengangguk-angguk.Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kerana menyelamatkan aku dan aku pohon maaf kerana berdiri mengejut di hadapan kereta mereka.
"Pasal basikal Dian,kalau ada nanti,pak cik dengan mak cik tolong hantarkan.Dian kasilah alamat.Lagipun,pak cik rasa,lorong rumah Dian dengan rumah pak cik bukannya jauh sangat.Selang 3 lorong aja".
Aku tersentak.Terus aku teringat akan basikal aku yang aku tinggalkan di tengah jalan.Maaflah basikal.Aku terpaksa tinggalkan kau sebab nak selamatkan diri aku.Sesungguhnya,aku memang berdosa pada kau.
"Tak menyusahkan pak cik dengan mak cik ke?"soalku.
"Laaa Dian..tak ada susahnya.Bukannya kami junjung basikal tu.Kami letakkan dalam bonet,selesai masalah.Nanti,kami ceritakan terus dekat keluarga Dian".
"Eh mak cik.Jangan.Kalau keluarga saya tahu,mati saya nanti.Mesti diaorang tak bagi saya kerja dah".
"Dian..jangan macam ni.Hal macam ni kena beritahu dekat keluarga Dian.Sepatutnya Dian kena buat laporan polis,tapi Dian tak nak.Terus nak datang kerja.Kecil-kecil lagi dah pentingkan kerja Dian ni". Aku tersengih.Bukannya apa,sayanglah kalau aku tak pergi kerja.Dahlah gaji pun gaji hari.Kalau aku tak datang,melayanglah RM 25.00 aku satu malam.
"Tak apalah pak cik..mak cik.Saya alhamdulillah,tak ada apa-apa.Pasal basikal tu,saya minta tolong dengan pak cik dan mak cik yea".
"Yelah Dian..kerja tu hati-hati.Pasal basikal tu,nanti kami uruskan"ujar mak cik.Aku keluar daripada kereta dan bersalaman dengan mak cik.Mak cik aja,pak cik tak boleh.Haram!
Aku memerhatikan kereta proton Saga tersebut meluncur pergi.Kemudian,aku pandang pula stesen minyak.Tempat di mana aku berdiri.Aku mengeluh.Tak aku sangka,perjalanan daripada rumah ke tempat kerja yang hanya memakan masa selama 15 minit berakhir dengan peristiwa yang sama sekali aku tak jangka.Nasib baiklah kelima-lima lelaki tersebut macam blurr sikit.Senang aku nak tipu.Terus aku teringat akan cerita bohongku mengenai UFO.Kemudian,aku senyum kecil lalu melangkah masuk. ..........................................................................
"No way!Ayah tak izinkan"marah ayahku.
Aku mengeluh.Sudah aku jangka itu reaksi yang aku akan terima setibanya aku di rumah pada pagi ini.
"Ala ayah..Please…Tak jadi apa-apa pun dekat adik.Biarlah adik kerja dekat situ lagi ayah.Baru nak masuk 3 minggu adik kerja dekat situ.Biarlah adik cukupkan tempoh sebulan"rayuku.
"Adik..jangan nak melampau!Adik faham tak perasaan mak dengan ayah bila En.Man dengan Pn.Ani datang rumah malam semalam.Hampir-hampir jantung mak nak luruh.Kalau nak diikutkan hati mak,waktu tu juga mak nak heret adik balik tapi En.Man dengan Pn.Ani larang.Sebab tu,kami sabar tunggu adik balik sampailah ke pagi ini.Dan..keputusan mak dengan ayah muktamad"sampuk emak aku.
Aku ketap bibir.Kenapa aku rasa macam touching aja ni.
"Adik..mak dengan ayah,tak nak jadi apa-apa dekat adik.Cuba kalau semalam adik tak jumpa dengan En.Man dengan Pn.Ani,entah apa jadi dekat adik agaknya.Entah-entah dah masuk surat khabar muka depan apa"sambung ayahku pula.
Aku hanya tunduk seperti seorang pesalah.Aku tahu,tidak ada gunanya aku memberontak ataupun melawan.Keputusan ‘mahkamah tinggi’ tidak boleh dilawan.
"Okey mak..ayah.Adik faham!Tapi,bagi adik masa sehari lagi untuk kerja.Untuk malam ni aja.Pleasee..adik kena juga beritahu yang adik nak berhenti".
"Hmm.."Ayahku mengurut dagu.
"Tak..mak tak izinkan".
"Tak..ayah izinkan".
"Abang.."
Ayah aku pandang emak aku.
"Biarlah dia kerja untuk malam ni aja.Jangan risau,nanti malam abang yang hantar dia.Okey adik..pergi naik atas dan tidur.Adik kerja untuk malam ni aja.Lepas tu,tak ada istilah kerja dalam kamus hidup adik sampailah adik tamat belajar.Faham?"tegas ayah aku.
Aku mengangguk-angguk lemah,lalu terus naik ke atas dan masuk ke dalam bilik tidur.Selamat tinggal Mobil. .....................................................................
"Dian..kau jaga diri baik-baik tau.Ada apa-apa hal,message aku.Nampaknya,aku ni beruntunglah sebab aku dapat kerja dengan kau sampai hari last kau kerja kan"ucap Liza.
Aku tersengih."Ala Liz..macam kau tak boleh nak jumpa aku lagi.Rumah aku dekat belakang tu haa..apa-apa hal,kau datang aja rumah aku.Macam tak tahu alamat.Entah-entah,tiap-tiap hari aku datang lepak kat sini.Tapi,bukan sebagai pekerja lah,sebagai pelanggan".
"Eh takpe-takpe.Kau nak datang tiap-tiap hari pun aku tak kisah.Aku suka.Tapi,kenapa kau nak berhenti mendadak ni.Cukupkanlah sebulan kot yea pun".
Aku mengeluh.Pandangan aku lemparkan ke luar,ke tempat pelanggan mengisi minyak.Tersentak aku apabila melihat sebuah motor yang baru masuk.
"Eh Dian..kau nak pergi mana tu?"soal Liza pelik apabila melihat aku terburu-buru keluar.
Aku hanya mengangkat tangan menandakan’sekejap’.Langkah aku berhenti tidak jauh ke arah sebuah motor tersebut.Kelihatan sebuah motor lagi yang mengikut daripada belakang.
"Rid..kau pergilah isi minyak lekas.Kita dah lambat ni".
"Eh..kau tolonglah bayarkan.Aku malaslah nak masuk kat dalam tu".
"Owh..jadi ni semua kerja engkaulah yea"ucap aku yang sudah tercegat di hadapan mereka.
Kedua-dua lelaki tersebut memandang antara satu sama lain.Aku berdiri tepat-tepat di hadapan lelaki yang hanya dikenali dengan panggilan Rid tu.Hanya beberapa tapak aja yang memisahkan kami.
"Kau memang dah melampau.Jadi,lelaki yang tinggi ni kawan kau rupanya.Aku dah faham..kau suruh lelaki dengan geng-geng dia datang kacau aku.Apa?Tak ada cara lain ke kau nak buat haa?Apasal guna teknik kotor macam ni?"soal aku bertalu-talu.
"Eh kau ni apahal ha?Tiba-tiba datang tak bagi salam lepas tu terus menuduh yang bukan-bukan?".
"Okey..Assalamualaikum.Eh!Tolonglah Encik tenggiling.Aku dah muaklah dengan permainan kau yang macam budak takde akal ni.Kau tahu tak,sebab kaulah,aku kena berhenti kerja.Sebab teknik kau yang busuk macam bangkai tulah,mak ayah aku tak bagi aku kerja dekat sini lagi.Jadi,kau memang dah berjaya nak kenakan aku.Dan,jangan biar aku jumpa dengan kau lagi.Kau faham?Dasar otak kotor".
"Jap..kau dah salah"..
"Salah apa?Kau memang hampehlah!Kenapalah aku jumpa dengan lelaki macam kau ni.Malang sungguh nasib aku".
Dah tak ada bahasa saya,awak dah.Aku betul-betul bengang.Kenapa aku langsung tak terfikir yang Encik tenggiling ni akan main permainan cara keji macam ni.Sanggup dia suruh kawan-kawan dia buat benda yang tak senonoh dekat aku.Dasar lelaki otak kuning!
Aku halakan pandangan aku kepada lelaki yang tinggi lampai tersebut atau tak salah aku,hanya dikenali sebagai Wan.
"Terima kasih banyak-banyak yea Encik sebab bersubahat dengan Encik tenggiling ni"ucap aku sinis lalu terus berlalu.
Baru 5 tapak aku berjalan,aku berpatah balik.
"Oh ya..aku lupa sesuatu".Dan Duss..satu tumbukan ala-ala Hulk aku hadiahkan ke perut Encik tenggiling.Berkerut seribu muka lelaki tersebut.
"Itu..untuk peletakan jawatan aku"terus aku berlalu.Haii..lama-lama macam ni,aku boleh jadi samsenglah.Suka-suka hati aja nak belasah orang.
"Uhh..mesti sakit kan dan siapa Encik tenggiling?"tanya Wan.
"Oit..kot yea pun bagilah salam dulu"sindir Farid.
Blank ketawa kecil."Opss..lupa.Assalamualaikum wahai sahabatku Farid.Adakah anda sihat hari ini?Sudahkah anda makan?Adakah anda terlupa akan date anda bersama-sama dengan tuan putera Blank?".
Farid ketawa kuat.Hampeh sungguh mamat ni.
"Wualaikumsalam.Haa..kejap lagi aku sampailah.Kau ni kecoh sungguhlah".
"Eh..bukan kecoh beb,cuma aku ni dah kemaruk sangat nak merasa roti canai A.Rahman tu.Kau bukan tak tahu,best in the world tu".
"Yelah..yelah.Aku nak sampailah ni".
"Sampai-sampai.Entah-entah start enjin pun belum kan?"soal Blank sinis.
Aiseh!Macam mana boleh tahu ni.
"Blank..kau ni memang memahamilah.Hahaha..okey-okey.Bagi aku setengah jam.Kejap lagi aku sampai"ucap Farid lalu terus mematikan talian.Kunci kereta diambil dan terus dia keluar.Nasib baiklah hari ini ayah dengan mak dia pergi masjid sebab ada ceramah agama.
"Ala..minyak pun nak habis.Adik ni memanglah.Naik pandai,isi tak reti.Heh!’rungut Farid.Pantas dia melajukan keretanya menuju ke arah Mobil.Yelah..dah situ pun yang paling dekat dengan rumah.
'Betul kata Blank..dah berubah dah stesen minyak ini.Dekat manalah kau sekarang ni?'.
Farid pantas memakirkan keretanya di belakang salah satu kereta Kancil yang berwarna silver.Selepas dia mematikan enjin,dia terus keluar.Sempat dia menjeling sekilas pemandu kereta Kancil yang sedang duduk di dalam kereta tersebut.Tidak diduga,tiba-tiba pintu kereta Kancil tersebut dibuka daripada dalam.
Aku keluar sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi.Terkaku aku apabila melihat seorang lelaki yang berada di hadapan.Muka macam familiar.Kenapa jantung berdegup laju sangat ni?.
Aku angkat kening kepada lelaki tersebut,namun tiada respon.Haii..dia ni nak jadi jaga dekat depan pintu kereta aku ke?
"Encik?"aku lambai-lambaikan tangan.
"Eh..ya?"balasnya.
"Kenapa?"soalku.
"Kenapa apa?"tanya lelaki itu balik.
Aku tersengih.Mamai apa mamat ni.Terus aku berjalan menuju ke kaunter pembayaran.Encik itu turut mengekori daripada belakang.
"RM 20 dik.No 3"ucapku lalu menghulurkan dua not sepuluh ringgit.
Apabila aku berpaling,aku terkejut apabila sehelai tisu dihulurkan kepadaku.Aku mengerutkan dahi,tanda tidak mengerti.
"Hingus awak mengalir tu"ucap lelaki tadi.
Erk!Terus aku capai tisu tersebut dan beredar.Aiseh!Malunya.Tapi,kenapa aku rasa macam biasa aja.Macam,takda apa-apa yang mengalir pun.Lelaki ini bohong apa?
"Anyway encik..Trimas"ucapku ketika dia melewati keretaku.
Terhenti langkahnya.
Aku tunjukkan tisu kepadanya.Tersenyum kecil dia."No problem"ucapnya.
Jam di tangan aku kerling sejenak.Dah pukul 8.00 malam.Pantas aku menghidupkan enjin kereta.Hospital Besar Taiping destinasi aku.Apabila kereta aku baru saja memasuki perkarangan Hospital,air mataku sudah mengalir.
‘Ya Allah..selamatkanlah orang yang paling aku sayang..’desis hatiku. ...................................................................................
"Weh Rid..kau ni kenapa?Ala..aku tensen sungguhlah.Dahlah mungkir janji,lepas tu buat muka macam ayam tak boleh nak meneran pula"dengus Blank.Dihirupnya air teh tarik.
"Tah kau ni Rid.Janji apa kau ni.Kata setengah jam,tapi nak dekat dua jam kami tunggu kau,tahu"rungut Wan pula.
Farid mengeluh.Dia pandang Blank sekilas,kemudian Wan.Serabut..serabut.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak dapat mengawal akal fikirannya.
"Kau kenapa Rid?Dah dua kali aku tanya ni?"ujar Blank.Dipandangnya wajah Farid tanpa berkelip.
"Aku tak tahulah..aku rungsing.Aku nak chow dululah"terus Farid angkat punggung.Not RM 10 ditinggalkan di atas meja.
"Weh Rid.."jerit Wan.
"Biarkan aja Wan.Dia tengah serabut tu.Masalah cintalah tu.Bagi dia ruang sikit.Aku yakin bila dia dah sedia,dia akan cerita kat aku"ujar Blank.
"Eh?Kat kau sorang aja?Habis aku?".
"Ala…macam tak biasa.Lepas dia cerita kat aku,aku ceritalah dekat kau.Lepas tu,kau letaklah cerita tu dalam myspace ke,facebook ke ,tagged ke".
"Weh..kau ingat Farid tu jejaka terhangat di pasaran ke?"soal Wan.
Blank mencebik."Bolehlah..tapi aku lagi hangat".
"Kau bukan hangat.."
"Haa..aku tahu..Aku hot kan?"tanya Blank sambil senyum bangga.
"Bukan..kau tu rentung..hangit".
"Ceh..melampau sungguh bahasamu itu Wan.Kang aku sumpah kau kena sawan,baru kau tahu". ...............................................................
‘Abang bangunlah..bukalah mata bang.Dian sayang dekat abang.Janganlah macam ni’.
‘Abang..kesianlah dekat Dian.Dekat mak dengan abah.Bangunlah abang.Kalau abang tak bangun,Dian pun tak naklah balik rumah.Biar Dian duduk aja dekat hospital ni,temankan abang’.
Ahhhh!!!!Kenapa aku ni?Kenapa aku asyik fikirkan pasal dia?Kenapa aku rasa macam kecewa?Macam frust?Macam hati aku kena ketuk hancur-hancur dengan lesung batu.
‘Dian..sedap nama kau.Tapi,tak tahulah nama betul kau tu apa?Dian Sastrodowo ke?Dian P.Ramlee ke?Yang aku tahu,aku dah jatuh cinta dengan kau,sejak dari dulu lagi’.
‘Tapi,betul ke itu cinta?Macam mana kalau bukan?Macam mana kalau abang dalam hospital tu suami dia?Kiranya aku dah melepaslah ni?Mana boleh!Bertahun aku tunggu dia.Takkan senang-senang aku nak lepaskan dia?Tapi,aku kan dah janji tak nak ingatkan dia lagi?Ahh..aku bohong!Hampir setiap malam aku ingatkan dia.
Farid mengeluh.Dia meraup mukanya dengan tapak tangan.Sejak semalam,dia tidak boleh tidur.Terlalu mengenangkan ayat-ayat yang keluar daripada mulut Dian kepada lelaki yang dipanggil abang itu.
‘Tak boleh jadi ni’Pantas Farid mengambil kunci kereta dan terus berlalu keluar. ...................................................................
"Sorang aja?"tegur Farid.Selamba dia duduk di hadapan aku.Aku yang sedang termenung terkejut.
"Apa encik buat dekat sini?"soal aku.Macam mana lelaki ni boleh terpacul dekat sini.
Farid tersenyum."Awak dah tak kenal saya?"soalnya.
Aku mengerutkan kening,kemudian mengusap dagu.Amalan ayah,akhirnya telah menurun kepada aku.
"Macam kenal..muka nampak familiar"jawabku.
"Hmm..saya Farid.Kawan-kawan panggil saya Rid".
"Farid?"aku bercakap sendirian.Cuba mengenang kembali.Mana aku ada kawan nama Farid.Farid Kamil aku kenallah.Tapi,Rid?Bukan dia ni ke..
"Okay,mungkin awak tak kenal dengan orang yang nama Farid.Macam mana dengan Encik Tenggiling?Remember 6 years ago?"soalnya lagi.
Tergangga mulutku.Jari telunjukku di halakan kepadanya,tanda tidak percaya.Sahlah tekaan aku.Tiba-tiba dia menganggukkan kepala,seolah-olah cuba menyakinkan apa yang terlintas di fikiran aku.
Terus aku angkat punggung.Heh!Patut muka nampak macam familiar.Ceh..aku dah sambut huluran tisu dia.
"Dian..tunggu dulu".
Aku cepatkan langkah.Tak sangka dia tahu nama aku.Tidak sanggup nak menunggu lebih lama lagi.Aku tahu,aku sepatutnya sudah berfikiran matang pada ketika ini.Yelah..benda itu berlaku 6 tahun yang lalu.Waktu itu,aku baru berumur 18 tahun.
"Awak ni tak matang langsunglah.Benda itu dah 6 tahun berlalu.Waktu itu,awak pun masih budak-budak hingusan lagi.Kalau nak diikutkan,saya yang sepatutnya marah dan dendam dengan awak,sebab awak suka-suka hati aja belasah saya tak kira masa.Dahlah tu,tak nak langsung nak dengar penjelasan saya".
Aku berpaling."Encik Tenggiling,saya takda masa nak layan awak.Harap awak faham.Awak..sejarah lama dalam hidup saya".
"Bohonglah!Saya tahu awak pun ingatkan saya juga,sebagaimana saya ingatkan awak.Awak jangan nak berbohong dengan saya Dian.Saya dapat lihat dalam mata awak,yang awak pun tak pernah nak lupakan saya walau sesaat pun".
Grr!Aku berpaling.Apa punya drama Korea dia nak buat dekat Café hospital Taiping ni.
"Apa maksud awak ni ha?Tak boleh lupakan awak?Hello..siapa yang tegur siapa dulu haa?Awak ke saya?"soalku bengang.
"Awak.."jawabnya sepatah.
Aku tudingkan jari ke arah diriku."Bila masa?".
"Malam semalam,masa dekat Mobil.Awak tahu siapa saya,sebab tu awak tegur saya kan?Saya tahu,sebenarnya awak excited nak jumpa saya kan..tapi awak cover".
Peh…memang kasi menyirap darah je mamat ni.Aku terus berjalan.Buang masa bercakap dengan orang gila.Entah-entah dia ni orang gila yang terlepas daripada wad Hospital Taiping.
"Dian..jangan nak bohong diri awak"jeritnya.
"Diamlah.."jerit aku kembali.Tanpa aku sangka-sangka,lengan aku direntap kasar menuju ke arah sebuah kereta yang sudah sedia menunggu. ....................................................................
"Awak ingat tempat ini?"soal Farid.Aku berpaling muka,dalam erti kata lain,masamkan muka.Kurang sopan sungguhlah mamat ni.Boleh dia main kindnap-kindnap macam ni.
"Kalau awak tak nak cakap,takpe"ujarnya.Suasana sunyi untuk 3 saat.Aku mula merasa lain macam.Yelah..asyik pandang keluar je.Boleh nak lenguh tengkuk aku.Pantas aku berpaling ke kanan.Berderau darah apabila melihat muka Farid yang asyik memandangku.
"Apa awak buat ni?"soalku bengang.Melampau!Boleh dia main curi-curi tenung.
"Tengok awak"jawabnya selamba.
"Siapa suruh awak tengok saya?Takde kerja lain nak buat?".
Farid mencebik."Well..ada orang tu,saya suruh bercakap tak nak.So,saya tengok ajelah muka orang tu".
Aku tersenyum sinis.Depan mata awak sekarang ni bukan pokok ke?’.
"Dian..karang-karang kita gaduh okey.Lagi sekali awak menjawab,awak tahu saya nak buat apa kan"ucapnya.
Terdiam aku,apatah lagi selepas melihat senyuman nakal daripada bibirnya.Kenapa,selepas 6 tahun,kami kembali dipertemukan.Di tempat yang sungguh strategik pula tu.Dan kenapa?Dada aku rasa berdebar-debar?
"Ingat tempat ni?"tanya Farid sambil memandang aku.Aku anggukkan kepala.Dekat sinilah aku mula mengerti apa itu hidup,apa itu duit,apa itu pengorbanan..dan apa itu cinta.
"Awak tahu,selepas malam yang awak berhenti kerja tu,saya terus tak datang sini.Saya sanggup pergi stesen minyak yang jauh daripada rumah.Tak lama lepas tu,cuti sem saya berakhir.Saya masuk balik university dan lepas tu ambik ijazah.Apa yang saya buat..ialah belajar..belajar dan belajar.Masa raya pun saya tak balik sini.Kalau raya pun,saya raya dekat kampung belah emak saya dekat Johor.Awak tahu kenapa saya tak nak balik sini?".
Aku geleng kepala.Mana aku nak tahu kalau dia tak cerita.
"Sebab,saya langsung tak nak ingat apa-apa pasal awak"jawabnya.
Aku terpana.Cuba bertentang mata dengannya.Tidak tahan bertentang mata begitu lama,aku larikan anak mata aku.
"Awak perempuan pertama yang berani belasah saya,dan yang pertama berani tegur saya.Selama ni,perempuan yang berani pun cuma emak saya seorang aja.Tapi awak lain.Dan paling mengejutkan,awak muda sangat waktu tu.Baru 18 kan?Tak saya sangka,rupa-rupanya ada juga budak perempuan yang berani melawan saya.Langsung tak gentar.Tapi yelah..budak-budak sekarang ni kan dah berani.Perbuatan awak,waktu awak rampas rokok daripada saya waktu tu,buat awak nampak comel sangat.Nampak sweet.Saya tahu saya salah.Sebab saya,awak tak dapat kerja terus dekat sini.Tapi percayalah,saya suruh kawan-kawan saya takutkan awak aja.Tapi,tak sangka pula,yang awak lagi pandai kenakan mereka.Nak ketawa saya bila mereka kata awak memperbodohkan mereka".
Merah padam muka aku.Kenapa mamat ni ungkit kenangan yang dah berhabuk ni?.
"Saya tahu awak malu.."Farid ketawa kecil."Bila dah dewasa,awak makin cute rupanya.Muka awak langsung tak berubah.Sebab tu saya cam awak.Mana tak camkan,hampir tiap-tiap malam saya mimpikan awak".
"Haa..apa awak cakap?"soalku separuh terkejut.
"Saya..Farid mimpikan awak..Dian".
"Awak dah gila ke?Jangan nak buang masa boleh tak?Saya takda masa nak layan cerita jiwang karat awak yang dah lama berkarat tu.Kita baru jumpa tak sampai 24 jam,dan sekarang..apa yang awak cuba buat ni?Meluahkan perasaan?"soalku.
"Yap..saya luahkan perasaan saya dekat awak.6 tahun saya tunggu awak Dian..6 tahun!Awak memang kejam gila.Dahlah belasah saya,lepas tu ambik hati saya".
Aku garu kepalaku yang tidak gatal.Aduh!Bila masa pula aku ambik hati dia ni?Hati aku sendiri pun aku tak larat nak jaga,inikan pula nak ambik hati dia.
"Dahlah awak..Hantar saya balik ke Hospital.Orang yang sedang saya sayang tengah bertarung dengan nyawa ni.Awak jangan nak buat drama dekat sini.Pasal perasaan awak tu,lupakan aja okey.Nama saya pun awak langsung tak tahu dan awak jangan lupa,pertemuan kita dulu bukannya kenangan manis.Tapi kenangan pahit.Saya langsung tak percaya,ada lelaki yang setia macam awak dekat dalam muka bumi ni.6 tahun..jangka masa yang lama.Entah-entah awak tu dah ada 3 cucu.Tolong..hantar saya balik okay.Saya harap pertemuan kita ni sebagai kenangan daripada kisah silam"ucapku tenang. .............................................................
"Along.."panggil aku.
Along yang sedang membaca majalah di atas katil tersenyum.
"Come in Dian".
Aku tersengih.Laju kaki dihayun menuju ke katil empuk Along.Syukur alhamdulillah..lelaki yang aku sayangi akhirnya keluar daripada hospital.Sukar aku nak percaya yang Along kemalangan.Dilanggar oleh lori pula tu.Nasib baik tak masuk TV3.Tapi,cukuplah untuk buat Along koma selama seminggu.Seminggu itu jugaklah aku ditemani dengan air mata..dan ditemani dengan cerita mengarut daripada Farid.
"Adik..kenapa ni?Ada masalah?"soalan Along membuatkan aku tersentak.
Pantas aku geleng kepala.
"Jangan nak bohong dengan Along.Along dah lama kenal adik.Bukan sejam lepas Along kenal adik".
Aku mencebik."Along..agak-agak ada tak lelaki yang setia dalam dunia ni?"soalku.
"Of course ada.Macam Along.."
"Dan juga ayah"sampuk ayahku.Aku berpaling.Tersengih melihat ayah dan emakku beriringan masuk.Emak aku menatang dulang yang berisi makanan.
"Kenapa adik tanya macam tu?"soal ayah.
"Saja"jawabku.
"Oh ya adik.Waktu kat hospital ada seorang lelaki datang tanya pasal adik dekat Along.Dia tanya,apa hubungan adik dengan Along.Along jawablah yang adik tu adik kandung Along.Lepas tu,terus dia blah.Tapi,sempat dia peluk Along sambil ucap terima kasih banyak kali.Gila apa lelaki itu"cerita Along membuatkan aku terkedu.
"Ooo..adik dah ada buah hati rupanya?"usik emak.
Merah padam muka aku."Mana ada emak.Adik tak kenal pun lelaki tu.Entah-entah salah orang apa".Hampeh punya encik Tenggiling.
"Hmm adik.Ayah tahu adik susah nak percaya dekat lelaki.Yelah..Ayah tak nafikan yang zaman sekarang ni memang banyak lelaki yang tidak setia tapi adik tak boleh nak nafikan masih ada lagi lelaki dalam dunia ini yang tahu erti setia.Lelaki pun manusia juga adik.Ada hati dan perasaan.Dan..tidak mustahil ada seorang lelaki itu sanggup tunggu sampai seribu tahun sekalipun.Cinta adik..Bukan boleh diramal.Bukan boleh dijangka.Soal hati dan perasaan,bukannya boleh dilawan.Kalau adik tengah tunggu seseorang,ayah percaya suatu masa nanti,lelaki yang adik tunggu tu pasti akan datang kepada adik,sekiranya dia memang termaktub tercipta untuk adik.Tapi,kalau tidak,redha saja.Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.Ayah percaya 100% tu"panjang lebar ayah aku memberi nasihat.
Aku tersenyum."Siapa lelaki yang sanggup tunggu seribu tahun tu ayah?"soalku.
Ayah aku pandang emak aku.Emak aku tersenyum.
"Imran Ajmainlah..Rela ku menunggumu..Seribu tahun lama lagi"balas ayah aku membuat aku ketawa kecil. ..........................................................................
"Awak dah tak ada kerja lain ke haa?Asyik mengekori saya ni kenapa?"tanya aku.Pintu kereta aku hempas kuat.Macam-macam perasaan bercampur dalam hati.
"Saya risau..manalah tahu kot-kot apa-apa jadi dekat awak"jawab Farid.
"Eh..takkan jadi apa-apa dekat saya kalau awak tak ada.Jadi,tolong Encik Farid a.k.a Encik Tenggiling,pergi dari sini".
"Atau awak akan menjerit mengatakan yang saya ni perogol"sambungnya.
Aku ketap bibir.Nak ungkit baliklah tu.Tak habis-habis nak ungkit balik.
"Apa yang awak nak sebenarnya?"soalku.
"Saya nak awak"jawabnya selamba.
"Okay..berapa gaji awak?"tanyaku."Kalau awak nak saya,pastikan awak cukup kaya".
"Gaji saya tak adalah banyak mana,tapi saya yakin yang saya boleh bagi awak cukup makan dan pakai.Kerja saya sebagai pensyarah mungkin tidak sebagus kerja awak kan"ucapnya.
‘Alahai pensyarah.Aku pun kerja graphic designer je’.
"So Dian?Macam mana?"soalnya.
"Macam mana apa?"tanya balik.
"Will you married me?".
Terbuntang biji mata aku.Dia melamar aku.Dekat sini?Dekat bawah pokok dekat dengan tempat letak kereta ni? Dekat dengan kedai kain Fiona?Tak romantik langsung.
"Awak yang paksa saya buat macam ni.Susah sangat nak jumpa awak.Cuba kalau awak cakap`saya pun cintakan awak juga’konfem saya lamar awak kat tempat romantik punya.Awak tahu tak,berapa lama saya duduk dalam kereta tunggu awak nak keluar.Nasib baiklah saya mintak cuti panjang sikit.Kalau tak..nampaknya ada orang akan rindukan saya".
‘Ya Allah Encik Tenggiling ni kan?Buat aku semput aja’.
"Okey,kalau awak tak nak bagi jawapan sekarang,malam nanti saya datang rumah awak.Bagi jawapan awak masa tu yea dan saya hanya akan terima jawapan `ya`saja daripada awak.Bye sayang..Assalamualaikum"ucap Farid lalu terus masuk ke dalam keretanya.Tidak sampai dua saat,mengaum keretanya berlalu pergi. .................................................................
Dah pukul 9.00 malam.Fuh..nampaknya tak mungkin dia akan datang.Tapi,kenapa aku berharap sangat yang dia akan datang.Kenapa aku nak sangat dia datang.Kenapa aku ingatkan dia?
‘Ala Dian..mengaku aja.Yang kau pun sukakan dia.Sejak kau tendang dia,kau dah jatuh hati dekat dia kan’.
‘Tak..siapa kata aku sukakan dia.Jangan nak merepek okey’.
‘Dian..Dian.Jangan jadi ego sangat.Kau tak ingat apa ayah kata?Cinta..datang tanpa dipinta.Kau pun sebenarnya dah lama kan tunggu dia.Sebab tu kau tak pernah nak bukak pintu hati kau’.
‘Eh apa pula.Dah tak ada orang nak mengorat aku,nak buat macam mana.Macam mana aku nak buka pintu hati aku kalau tak ada orang yang sudi hulurkan salam perkenalan’.
‘So..Encik Tenggiling dah hulurkan salam perkenalan.Apa kau tunggu lagi.Sambutlah.Please Dian..kau dah nak masuk 24 tahun.Jangan nak jadi macam budak-budak sangat okey’.
‘Arghhh!Diamlah kau’jerit hati kecil aku.
Serabut!Serabut!Terus aku keluar bilik.Langkahku mati apabila melihat emak dan ayahku sibuk mengintai di luar rumah.
"Emak dengan ayah buat apa tu?"soalku.
"Tu..ada orang tengah buat konsert depan rumah kita"jawab emak.
Berkerut kening,spontan dadaku berdebar-debar.Aku terus menyarungkan tudung dan menuju ke luar rumah.
‘Ya Allah..dia’.
Ku ingin engkau menjadi milikku aku akan mencintaimu menjagamu selama hidupku dan aku kan berjanji hanya kaulah yang kusayangi ku akan setia disini menemani....
"Apa yang awak buat ini?".
"Menyanyi"jawabnya selamba.Disandarkan gitarnya di kereta.
"Siapa suruh?"soalku.
Farid mengeleng."Demi awak..cinta saya 6 tahun".
"Tolong hentikan ini semua.Jangan nak main-main okey.Ini soal hati dan perasaan".
"Saya tak main-main.Saya ikhlas Dian.Saya memang tak boleh langsung nak lupakan awak.Kenapa susah nak percaya?Saya cintakan awak Dian a.k.a Giant".
"Siapa Giant?Lagi sekali awak panggil saya Giant,saya siat-siat mulut awak"marahku.
Farid tersengih.
"So?"Dihulurkan sekotak cincin kepada aku.
"Kalau awak tak nak terima,saya akan terus berlulut".
"Awak nak saya jawab apa ni?"soal aku.
"Tak payah jawab panjang-panjang.Jawab,i do pun dah okey"ucap Farid sambil tersenyum manis.Aku cuba bertentang mata dengan dia tapi pandanganku kabur.Ala..kenapa ada air mata pula ni?.
"Terimalah adik.Emak dengan ayah dah luluskan pun.Dia memang ada bakat jadi calon menantu ayah"ucap ayah aku tiba-tiba.Aku berpaling.Kelihatan emak dan ayah aku berpeluk tubuh memerhatikan kami.
"So??"soalnya sekali lagi.
Aku pandang muka emak dan ayah.Kemudian,pandang muka Along yang baru sampai bersama tunangnya,Fatiha.Along terus tersenyum.Macam tahu apa yang terjadi padahal bukannya Along ada kat rumah pun.Akhir sekali,aku pandang muka Farid a.k.a Encik Tenggiling.Ada sinar harapan di situ.Sinar cinta.Dan juga sinar bahagia.
"Tapi..adik tak yakin dengan perasaan ni"jawabku jujur.
"Adik..ikut kata hati.Kalau adik yakin,dia orangnya,jangan ragu-ragu.Seseorang tu tak perlu mengambil masa yang lama untuk jatuh cinta"ucap ayahku.
Aku terpana.Aku pandang lagi muka Farid.Sinar matanya buat aku berasa yakin.Kenapa aku harus ragu-ragu sedangkan aku juga memang menanti untuk berjumpa dengan dia selama bertahun-tahun ini.Dan kotak cincin di tangannya aku ambil.
"Yess…trimas Dian.I love you so much"ucapnya sambil meloncat-loncat gembira.
Aku tersenyum manis.'Terima kasih Mobil'ucapku dalam hati.
*Ini adalah cerpen pertama saya.Seandainya ada kekurangan,mohon ampun dan ma`af.
salam... sebenarnya saya nak taip 6 tahun.tapi tertaip 10 tahun.. memang jumlah perbezaan tahun yang sangat besar.. ribuaan maaf saya hulurkan atas kekhilafan diri.. terima kasih kepada yang sudi membaca & memberi komen.. jasa anda semua,saya sangat hargai..^-^
nice story. sbb suka dgn pndirian Dian. walaupn keras hati tp dia seorang yang ada jati diri. walaupun dia budak cubby tp dia still ada keyakinan diri yg tinggi. lelaki yang angkuh mcm farid mmg patut sedar n patut di ajar seperti yg dian wat kat dia..
en.tenggiling??? i loike! hahaahaha..congrats, cubaan pertama yg menjadi..plot boleh dikembangkan lagi supaya lebih kemas jalan ceritanya... *HidayahAzlan*
wlupun bahasa 'kureng' sikit,tapi saya suka sgt dengan skrip2 yg humor.jalan crita sedikit klise tp ada gak terselit bbrapa nilai yg baik.jgn lupa double check sbb byk ejaan slh.last but not least,i like d title!hehe
citer dia ok tapi..cam tak logik.. ada ke laki yang sanggup tunggu selama 6 thaun? and then gal tu terima lamaran dia...mmmmmm..in real life memang tak buat cam tu,,, org lain tak tahu...tapi sy tak boleh...
wah best giler la citer ni.gaya bahasanya yang lucu dan mencuit hati sampai saya pun boleh tergelak sorang2.rasa cam nak ulang baca lagi.1st cerpen tp macam dah berpengalaman je...tabik spring laa.harap saya dapat baca cerpen lain dari penulis yang sama.gud luck to da writer.
haduhhhh!!! x fham laaa citer nieyh...pning bce..lg satu rasenyer awak kene tgkatkan lg pnggunaan bahasa & istilah...bnyak yang slah & kurang sesuai...n then penggunaan awak tentang mate 2 salah...4 pasang mata untuk 4 orang..law 2 orang hanya 2 pasang mata...awak kene d0uble check penulisan awak n betul2 faham jlan citenyer...ble awak double check,awak dapat kenal pasti mane yg kurang....btw,c0ngrets ! gud j0b!
erm.... citer ni mmg best,akan tetapi, first sya bgung smada dian ni lelaki ke pmpuan...lpa2nya dian ni pmpuan ea... tp, don"t worry la...ttp best pown...so' gut luck larrrr..
bez...tp cam xbez lak ble nk lamar xjmpa mak bapak si dian lu...men terjah je wat konsert kat dpan rumah...cam xsopan sket la..hehehhehe...tp overall mmg bez!!!gambate!!!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wahh,..best2,...