Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Ya ALLAH, kenapa Naim tipu aku macam ni" rintih hati Nur Addina Amir. Dina memandang orang-orang sekeliling di dalam makmal komputer. Dia cuba menahan sebak dan air mata. Dengan langkah yang longlai, Dina beredar dari makmal komputer. Masih terbayang-bayang titipan manis Naim buat seorang gadis dalam laman Friendster.
Mohamad Naim Iman, jejaka yang berjaya menawan hati Dina sejak Tingkatan 4. Walaupun cinta mereka cinta jarak jauh, tetapi telefon awam menjadi penghubung kasih selama Dina di asrama penuh dahulu. Wang syiling yang dikumpul hasil berjimat cermat duit poket diguna. Walau seminggu 10 minit sudah berbaloi bagi Dina untuk mendengar suara kekasih hatinya.
Dina duduk di laluan pejalan kaki DPP Bank Muamalat seorang diri. Fikirannya amat runsing. Dia cuba menghubungi Naim untuk mendapatkan kepastian tetapi hampa. Panggilannya tidak dijawab. Berderai air mata Dina mengenangkan perbuatan Naim.
"Alamak, aku kena pi kelas Sejarah dan Falsafah Pendidikan ni", Dina mengesat air mata yang dari tadi tidak henti-henti dan berjalan menuju ke perhentian bas. "Dina, napa orang tengok mata awak bengkak ja ni?" tanya Hana, rakan sekelasnya. " Tak dak pa la Hana, orang tidoq lambat semalam" Dina berkata lalu menaiki bas biru UNIC untuk ke kuliah. Dina menghenyakkan badan ke seat tepi tingkap. Lalu merenung ke luar tingkap tanpa makna. "Napa orang yang aku sayang buat aku macam ni? Apa salah aku?" pelbagai persoalan timbul dari ruang benak Dina. Fikiran Dina menerawang entah ke mana. "Dina, jom turun. Kita da sampai kat dewan kuliah ni" ajak Hana yang dari tadi hanya memerhati Dina. Tidak berani untuk bertanya kerana Hana tahu Dina dirundung pilu. "Ha, dah sampai ka?" terpinga-pinga Dina yang baru sedar di dunia nyata.
Dina dan Hana jalan beriringan ke DKG 1/8. Masing-masing hanya diam membisu. "Laa, batal plak kuliah harini. Napa la En. Suhaimi ni baru tampal notis. Dah rugi 2 point bas aku ni.." bebel Hana keseorangan. "Napa Hana?" Tanya Dina yang masih tidak nampak notis yang ditampal di pintu dewan kuliah. Hana hanya menunding jari kearah pintu. "Hana nak pi mana-mana ak ni? Kalau tak mau, kita balik teruih ja la" ajak Dina. "Emm, orang rasa nak pegi Hop-in jap..nak print note..tapi takpe la, orang print kat lab Muamalat ja la" balas Hana.
Sambil berjalan Hana dan Dina berborak-borak kosong. Hana perasan perubahan diri Dina yang selama ini periang. Senyuman ‘plastik’ Dina dapat dikesan Hana. Lalu dikumpul keberanian untuk bertanya kawannya yang baru sebulan dikenali sejak mereka melangkah ke bumi Sintok. "Dina, boleh orang tanya something kat awak ak?" Tanya Hana dengan berhati-hati. "Apa? Tanya la Hana..awat macam takut-takut ja ni..Dina tak penah makan orang lagi la" kata Dina sambil tersenyum ‘plastik’. "Dari tadi lagi Hana pasan Dina macam da masalah ja..cita la kat Hana" pinta Hana.. Tiba-tiba riak wajah Dina berubah. "Emm, masalah yang tak tau kepastian lagi..nak cita pon tak tau pala ekoq lagi..tapi bab-bab hati Hana" kata Dina dalam suara yang pilu. "Jom Hana, bas kita dah ada tu..kalau penuh, kena tunggu hat len plak" kata Dina yang seolah-olah hendak menukar tajuk perbualan. Dina mengorak langkah dengan laju, meninggalkan Hana di belakang. Hana cuba mengejar Dina yang sudah hampir ke perhentian bas.
"Dina, kita duduk kat belakang sekali la" ajak Hana. "Ok gak, boleh rasa cam nek kuda" gurau Dina untuk menutup kesedihannya. Sambil menunggu bas UNIC penuh dengan pelajar-pelajar lain, Dina mendengar lagu dari telefon tangannya. Lagu ‘Istimewa’ yang dinyanyikan kumpulan Indigo dipilihnya.
Walau kukembara sedunia… Walau ketemu ramai wanita.. Nyata kau tiada tandingannya… Seikhlas hati aku menyinta.. Kau istimewa.. Teristimewa..
Dina mengamati bait-bait lagu yang penah dikirimkan Naim melalui Voice SMS sewaktu dia di Kolej Mara Kuala Nerang. Lagu yang membuktikan bahawa Naim akan setia walau di mana dia berada. Tapi semuanya palsu belaka, hanya janji insan yang pandai berkata-kata. Air mata Dina tumpah kembali. Cepat-cepat Dina kesat dengan hujung lengan baju kurungnya, bimbang kalau ada orang memerhatikannya.
"Mak Su Dina, jom beli makanan kat Café Mak Ndak" ajak Hana apabila sampai di perhentian bas DPP Yayasan Al-Bukhary. "Isk, mak su lak dia ni..awak pi la beli makanan kt situ..orang cam ngidam nak makan nasi tomato Pak Lang la" elak Dina yang sebenarnya mahu terus pulang ke bilik. "Ok la, awak pegi la beli kat Pak Lang kesayangan awak tu..jalan elok-elok..kalau jatuh longkang, kua sendiri k?" Hana cuba untuk menggembirakan Dina. Dina melemparkan senyuman dan berjalan pulang ke dewan penginapannya.
Setelah sampai ke bilik, Dina menanggalkan tudung dan terus berbaring. Jam di tangannya dikerling. Baru pukul 12.30 tengahari. Hatinya masih tidak tenang jika tidak mendapatkan kepastian dari orang yang amat dia sayangi. Lalu dicapai telefon tangan di dalam beg kuliahnya. 019-4931683 cuba dihubunginya berkali-kali. Akhirnya panggilannya dijawab juga.
"Assalamualaikum Dina, maaf tau..abang kluaq tadi..terlupa plak nak bawak handphone..da pa ni sayang??..tanya Naim yang masih tidak mengerti. "Huuu.." Dina tak mampu berkata-kata, air mata tumpah ke pipinya. "Napa Dina teriak ni?? Sayang da masalah ka?" Naim tertanya-tanya. "Abang, napa buat Dina macam ni? Apa salah Dina kat abang sampai abang sanggup duakan Dina?" terkesima Naim mendengar soalan yang muncul dari mulut Dina. "Emm.." kelu lidah Naim untuk berkata-kata. Rahsia yang selama ini dia simpan akhirnya terbongkar oleh Dina sendiri. Dia cuba untuk mencari jawapan untuk mengelak. "Dina tau mana ni, Abang duakan Dina ngan sapa plak?..isk, sapa plak dok crita ni" bohong Naim. "MasyaALLAH, cukup la abang..Dina bukan buta teknologi sangat..apa yang abang komen kat Friendster Kak Dhiya tu..please abang, terus terang ja la..Dina da penat nak tanggung semua ni.." agak tinggi nada suara Dina sehingga mengejutkan Naim. Tidak penah walau sekali Dina tinggikan suaranya waktu bercakap dengan Naim. "Dina, Abang mintak maaf Dina..Abang bohong Dina sebab Abang tak mau kecewakan Dina..Sebenaqnya dah 4 bulan Abang bercinta ngan Kak Dhiya..Abang mintak maaf sangat-sangat" Naim berkata dengan nada penuh bersalah. "4 bulan Abang bohong kat Dina??..selama ni Dina ingat Abang kawan ja ngan Kak Dhiya tu..Dina tak penah larang Abang kawan ngan sapa-sapa pon, tapi napa Abang salah guna kepercayaan Dina " luah Dina yang hanya mampu melinangkan air mata. "Sudah la Abang, Abang pikiaq la elok-elok..Apa makna Dina dalam hidup Abang selama ni..Assalamualaikum" terus Dina mematikan talian. Dina melihat Bear2 pemberian Naim sewaktu ulangtahun kelahirannya yang ke-17..dipeluk erat Bear2 yang selama ini jadi teman di kala suka duka.
Nurul Mardhiya, gadis bertudung litup yang Dina lihat gambarnya dari telefon tangan Naim. Dina terima apabila Naim perkenalkan Kak Dhiya sebagai bekas rakan sekolah menengah Naim. Beza umur Dina dan Kak Dhiya hanya setahun. Dina tidak menyangka gadis yang dia hormati seperti kakaknya sendiri sanggup merampas cintanya. Dina sedar kekurangan diri. Dina hanya gadis kampung biasa, berkulit sawo matang dan perwatakan sederhana. Tapi, dia juga ada hati dan perasaan. Berbeza dirinya dan Kak Dhiya yang cantik. Gadis yang bertudung litup yang selalu Naim harapkan selama ini.
Dina sudah sedaya upaya berubah demi Naim. Sedikit demi sedikit. Tapi Naim tidak penah sedar akan perubahan diri Dina. Masih teringat-ingat kali terakhir mereka berjumpa, Naim asyik menunjukkan wanita yang bertudung litup yang berada Perhentian Bas Pekan Rabu. Katanya wanita-wanita itu cantik seperti Kak Dhiya. Dina agak terasa kerana nama Kak Dhiya asyik melekat di bibir Naim. Menyedari kekurangan diri, Dina hanya mendiamkan diri.
"ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR" azan Zohor berkumandang. Dina tersedar dari lamunan lalu bingkas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dina masih ingat pesanan dari ibunya, jangan meninggalkan solat. Dina tahu tempat paling baik untuk mengadu adalah kepada-Nya. Solat dapat menenangkan hati manusia. Usai mengerjakan solat, Dina memohon doa kepada ALLAH supaya diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran serta diberikan ketenangan jiwa kepadanya. Dina termenung memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik buat dirinya dan orang lain.
"Mungkin aku boleh berbincang dengan Kak Dhiya" terdetik didalam hati Dina. Dina menghantar SMS kepada Kak Dhiya. Salam k.dhiya..sy Dina..sy rs akak da knl Dina..maaf la klu gngu k.dhiya..i think we need 2 talk SMS Dina dibalas. Waalaikumsalam Dina, akak knl Dina..akak baru hbs kelas nie..akak mintak maaf ats apa yg b’laku..mmg slh akak n Naim..tp akak t’lalu sygkn Naim n xnk b’psh..akak da bgtau Naim yg akak xkn lpskn dia..dia cinta pertama akak.. Dina terkesima dengan balasan SMS itu. Akak, Dina hrp akak fhm situasi Dina skrg..kta sma2 prmpn..klu boleh Dina xnk hbgn 3taon lbh yg Dina bina msnh cm2 ja..Dina sggup klu kta b’kongsi ksh.. Bertakung air mata Dina. Wanita mana yang sanggup berkongsi kasih. Akak fhm Dina..tp akak xsggp b’kongsi...akak tkot xadil..biaqla Naim sndri wt kptsn..akak arp kita bleh trima kptsn Naim nnti.. Dina memberi membalas dengan tenang Trima ksih akak ats sgala2nya..Dina akan trima kptsn yg Naim akn wt nnti..Salam.. …………………………………***……………………………
Selama dua hari Naim hanya mendiamkan diri. Dina memberikan masa yang cukup untuk Naim membuat keputusan. Selama itu juga Dina banyak berfikir dan berdoa kepada-Nya. Dina sendiri mengumpul segala kekuatan dalam dirinya.
SMS yang dihantar oleh Kak Adriana dibaca Dik, npa jd cmni? Tp xpyh la adik serabut2 pkir psl bnda 2..adik da fmly yg slalu support adik..igt jnji Allah..smua kta da jdoh msing2..mybe u r deserved a better men..mgkn da hikmah apa yg b’laku..sbQ ya, akak tahu adik kuat..
Dina berulang-ulang kali membaca mesej itu. Seperti ada satu semangat datang ke dalam dirinya. Kata-kata kakak kandungnya itu ada benarnya. Dia masih ada tanggungjawab yang lagi besar kepada Maha Esa dan keluarganya. Dia sendiri telah berjanji akan sanggup melepaskan kasih sayang Naim jika hadir wanita yang lagi baik daripada dirinya. ………………………………***……………………………
Selepas solat Isyak, Dina terus merebahkan diri di ruang tamu rumah kakaknya kerana badannya terlalu lemah. Sudah dua tiga hari tidur dan makan Dina tidak teratur. Nasib cuti pertengahan semester sudah bermula. Bolehlah dia berehat. Dina terlelap akhirnya.
"Ya Allah, da pukul 11.45 da" pandang Dina ke jam dinding setelah terjaga dari tidur. Dina melihat telefon tangan disebelahnya. Tertera 1 Message Received di skrin. Dina membuka SMS yang dihantar oleh Naim itu. Salam sayang..Abg mntk maaf sgt2 syg..abg syg sgt2 kt syg..abg xsgka akn jd mcm nie..abg sdr slh abg sbb duakn cnta syg..abg t’pksa wt kptsn..abg pilih NURUL MARDHIYA...abg arp syg dpt trima kptsn abg nie..maafkn abg..
Dina hanya tersenyum nipis. Setitik air mata pun tidak gugur. Dina sudah dapat menjangka keputusan yang dibuat oleh Naim. Dia sendiri sudah bersiap sedia untuk menerima segala yang akan bakal terjadi. Dia sedar tidak guna menitiskan air mata kerana orang yang tidak menghargainya. Dia masih ada Allah, ibu bapa, keluarga dan kawan yang masih menyayanginya.
Dina menghantar SMS kepada Kak Dhiya. Salam k.dhiya..tahniah akak..Dina doakn akak bahagia b’sma Naim..Dina nk mntk kbnrn utk call Naim sat ya..trima ksh..Salam SMS Dina dibalas. Akak mntk maaf Dina..Naim da wt kptsn..OK Dina call la dia..
Dina terus mendail untuk bercakap dengan Naim "Salam Im, maaf ya mengganggu..IM buat apa tu? Dina cuma nak mintak maaf kalau ada salah Dina selama kita kenal..halalkan apa yang Im bagi kat Dina..Tima kasih sebab mengajar Dina satu benda yang amat berharga.. Im tak payah la risau pasai Dina lg..Dina da besaq..Dina akan teruskan hidup Dina nie.." kata Dina dengan perasaan yang bercampur baur. Naim seperti kelu untuk berkata-kata. "Waalaikumsalam Dina, Im baru balik dari stadium ni tengok bola..Im mintak maaf sebab kecewakan Dina..Im terpaksa buat pilihan.. Im buntu sebab Dina dan K.Dhiya tak dak kurang tang mana-mana pon..Maafkan Im ya.."
"Tak pa Im mungkin tak dak jodoh kita..Dina doakan Im dan K.Dhiya bahagia..Assalamualaikum.." kata-kata terakhir Dina untuk Naim pada 13 Ogos 2008. Hari genap 3 tahun 5 bulan mereka menjalin cinta dan akhirnya musnah. ………………….***…………………………
Ingatla kawan-kawan… Biarkan cinta itu pergi… Cinta yang sejati akan kembali… Kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati… Yang akhirnya akan terpateri… Walau apapun ingatkan dalam hati… Cinta agung hanya dari Illahi.. Yang akan kekal abadi.. ~nurin_saffiya~
herm walaupun kita putus kasih kite kena ingat banyak benda lg yg menanti kita,,,jgn dikesali perpisahan itu mungkin ader hikmah disebalik perpisahan,,,
sdihnya......... knapa llaki hrus bgni?? pmpuan yg jd mngsa kdaan.. llaki mang tak adil!! da tau da ada kksih,mau jga mduakn pdhal sdah jnji itu ini.. tak fkir lngsung dgn prsaan wnita yg sgt mgharap ktulusn hti dr sang kksih..
aku mmg pantang jntan mcm nie.. sbb bnda nie dah pernah jd kat diri aku.. pedihnya tuhan jer yg tau.. cme bezanya cter aku xde kesudahan lgi.. pe yg mampu aku wat skang nie ialah sabar.. semoga tuhan bls ksbran aku nie dgn kebhgiaan.. aminn......................
sakit kan bila disakiti... terasa nak balas dendam tapi tak pelah.. biarla Allah ganti kelukaan dengan kebahagian berkekalan..amin..perancangan Allah lebih baik.
sy juga pernah di lukai oleh lelaki seperti itu.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berputus dengannya kerana bagi saya sudah tiada maknanya untuk meneruskan hubungan kami hingga ke jinjang pelamin.
bila nk biarkan cinta tu pergi la yang sakit...kalau dia pegi pd pmpn yang lebih baik dr kita..mybe bnd tu masuk akal..tp bila dia pergi pd pmpn yg lebih teruk dr kita....Ya Allah...pedih....
thnx penulis...saye mmg tgh alami mende ni..siyes sakit btul..mmg tido n mkn xjgae..family gak yg risau..neway saye dlm proses nk pulihkn kekuatan..smoge smua yg penah hadapi ni tabah..gud luck to all of u..
cita yang di tulis oleh penulis nie sma ngan ap y sy alami sekarng.... betul2 sma... cuma...owng y sy syg 2 xpenah nak mengku smpai sekarang.... sy xtau nak wat ap2 agy... sy cuba tbahkan diri nie..tapi..ad masa sy xmmpu lakukan...
naper semua lelaki mcm nie haa..yg pompuan pun asl suka sgt memusnahkan hubungan org len yg lama terjalin..last2 musnh kerna memilih pompuan yg tak smpai setahun jagung jer kenal utk jadikan teman hidup..sama mcm kehidupan aku..hubungan yg aku semai selama 5 tahun musnah begitu sje..pabila dia memilah pompuan yg bru 1 thun kenal..nape semua lelaki begitu...
laa..same ngn ksh aku dulu.. tp aku x buduh la cm dina.. ade ke bleh tggu lg jantan cm2.. ish ish ish.. aku blah je tgglkn dia sblm dia tgglkn aku.. huhuhu :)
kpd pmpuan2 sekalian, ingtlah kat 1 ayat nih je...
"you lose a BF, it means nothing... ..but. if you lose Allah, you'll lose everything..."
so, since couple is pretty much a profitless investment, watpe nak involve? KEBAHAGIAAN..profit sementare je tuh...DOSA..tu mmg long term 'profit'.....kalo teringin sangat nak kumpul dosa, silekan la bercouple.......
sori la, it sounds harsh tp utk kesedaran sumer....yang dok wat menda haram tuh sapa suruh? dah break up nti frust menonggeng la, xterurus la, itu la, ini la.....
betul kata penulis ni.semua yang berlaku de hikmahnya..percayalah walau apa pun perkara yang bek n x bek berlaku pada kita, ketahuilah bahawa tu adalah yang terbaik untuk kita sebab allah lebih tahu segalanya.pada saya,laki n perempuan tu sama je sbb de yang bek n x bek.
lg 1, allah ciptakan laki utk pempuan n pempuan utk laki kerana mereka saling melengkapi.jadi jangan nk langgar hukum allah dengan bercinta sesama jenis.
hasil karya yg bagus dan menyentuh jiwa. Cinta bukan 1. Cinta ada di mana2... Yg pasti Cinta Yang Esa perlu diutamakan. Cinta tidak mengenal putus asa. Bercintalah selagi terdaya. Tetapi jangan sesekali permainkan cinta.
cite ni~ 100% mcm aku,, cme y beza mase.. aku ngn si dia sethun,. dn prempuan tu da brsame ngn dia sbulan.. aku adalh dina dlm dunia realiti.. tp xpelah.. wlupun fmili sudh mgenali.. tp hati,cinta xleh dpksa kn?
yg plg aku kesal.. si prmpuan y dah la mrmpas,,x sedar dri bogkak plak.. itu y aku xleh trima..
takpe lah..
dn y plg mgugat air mata aku dlm cite ni.. si dia y curg org utara gak..
cte ni like my story...beza nye until now aku still berkwan dgn mamat 2 walaupun pnh 1 mase dulu dia pnh tipu aku.iyerla hati mne xsakit...dia kapel dgn prempuan len dah nk dkt 4bulan,last2 kantoi dgn aku..mmg go to hell la...papepun..ktorg still berkwn baik..tp...utk terima dia as a bf lg...mmg sorry la....kawan blh..tp kalo nk lbh2...mmg p mampus la...ramai lg laki yg bek kt luar 2:)
emm...sdehnye...aku pon pnah alami keadaan camni... tp aku yg di plih...tp walaupon bgtu,,aku tggl jew jntan 2... watpe nk still couple ngn jntan x stia cam 2.. tp alhmdllah,,mla2 mmg skit,,nk lpe kt dye.. tp skg aku dh ade pggnti.. n aku arap dye x kn ulangi pe yg jntan 2 wat kt aku... aku arap hbngan aku n dye kkal smpai hgga ke akhir hyat.. aminn....
cdih nyer crita yg dikarang ni mmg menyentuh prasaan sy sbg seorang sy pompuan memahami nya wlaupon sy x pernah lg mgalami nya lg.. so far sy ok lg... menangis bce cter awk ni heheee thank.....selamat berkarya...
aku tgh alminya skrg..perit bila kite ditgglkan..tp aku tau,dia tgglkan ku sbb keslhn ku sndiri..menyesl pum xgne dah..skrg dia telh djaga oleh puam y lebih baik drku..skrg cuba nak terima kenyatan...tp aku still kwn nga dia lg..n dia ckp dia still sygkan aku lg..huhu..
salam... tima kasih pada yang sudi bg komen2.. sy akan baiki apa yg patot... actually ni 1st cerpen yang sy tulis... sja isi time2 tension study u exam... ha'a, sy bdk uum.. hehe... kepada yg cm rs sma ja pnglmn ngan crpn yg sy tls nie.. sy doakan kamu smua tabah n redha ats apa yg berlaku... kwn sy yg nma NANA pnah ckp.. cinta bukan untuk memiliki... ckuplah dengan keikhlasan hati.. apapon igtlah ALLAH... jodoh pertemuan dah ditentukan olehnya...
memang laki semua yang tinggal kat atas dunia sekarang nie jenis macam nie ke???? tak pernah nak paham perasan perempuan.. tau nak sedap kan perasaan dia je.... laki semua sama TAK BOLEH PAKAI..... but kpada pgarang cerpen yang baik... berjaya buat saya sakit hati dengan apa yang naim buat........
erm..penulis ni dak uum kn??sy pn pnah bcinta gak kt c2..n ape yg ade dlm cter ni sbijik kena dgn ape yg blaku kt sy n si dia bdak yayasan al-bukhary 2..dan gnap 3 thun 2 bulan kmi bcinta slame brade kt uum 2,dia sgup mmilih org yg dia bru bcinta slame 2 bulan..nsib baik bnda ni jd slepas sy kuar dr c2..xde la sgsara sgt..tp x adil kan?dan gurl 2 plak mmg tau n nmpak kmi slalu dating..tp sgup gak wat sy cmni..bru je 3 bln lpas sy dpt tau..skrg ngah usaha menabahkan hati..hopefully kpada lelaki2 lain,hrgailah org yg btul2 mnyayangi anda..
emmm..aku pun pelik lah..kenapa kan lelaki ni mudah lupa dgn janji2 yg pernah dorang lafazkan..takpelah tuhan je yg mampu membalas.tak guna kita berdendam...
plik la laki tu..dy plih dhiya, tpi dalm msj still ber'aba sayg' dgn dina.. xpatot btoi... tapi citer nie memang sedey la.. hurm, cam same je nasib tira nan dina uw.. cinte jarak jauh.. tapi stay 10 blan je.. dy ade gurl laen.. uuuwaaaa... =(
erm mcm story aq je ........... tp lepaskn dy adlh benda y terbaik .... sbb lau btol2 dy syg kita aty dy xakn terpaling ....... so gulrz ... just life your life k ....
itulah bahana terlalu menaruh kepercayaan thdp seorg lelaki. mmg x salah menyimpan kasih pd seorg lelaki. cuma, dlm diri kita perlu juga ada sedikit sikap berhati-hati.. jgn anggap segala nasihat daripd org lain itu adalah dirasakan bhw org tu dengki, tp itu mungkin satu kelemahan yg kita sendiri tidak nampak..
itulah bahana terlalu menaruh kepercyaan terhadap seorg lelaki............mmang x slah menyimpan kasih pd seorg lelaki....cume,dlm dri kte perlu berhati2...jngn anggap segala nasihat drpd org lain itu adalah dirasakan bhawa org itu telah dengki dan cemburu ngan kte...tpi,itu mungki satu kelemahan yg kte sndiri tdak nmpak...
e...geramlah lelaki cam ni... dina 2 lah knpe duk rayu2 cinta n siap rela kongsi kasih...kan best kalu smbung cerita ni si lelaki tu dapat balsan biar hati dia hancur jugak..
cter yg best.. nk tny...dlu study kt KMKN ek... batch ble ek cz sy ngah stdy kat citu skang ni... erm... comment utk cter ni lak... life must go on... pk kn ttg org yg sntiasa support n hargai anda... mereka lbih bmakna... kalo org xsygkn n hargai kite... xda guna nyer jgk kn... so,prefer the best person who deserve to get your love... per pn.. pengalaman e2 adalah the best teacher in the world... lalui nyer dgn aty tbuka...
kalau kita cintakan seseorang.. biarkan dia pergi. kerana.. andai dia memang tercipta untuk kita.. dia akan kembali..
belajar untuk menerima hakikat.. biarpun bukan mudah.. tapi tak salah mencuba..
manusia semua sama.. tak kira lelaki atau perempuan.. bukan sahaja lelaki yang mempermainkan perempuan.. ada juga perempuan yang berbuat demikian.. inilah lumrah dunia...
Janganlah engkau bersedih akan perpisahan ini, suatu hari nanti kita akan sersua juga dengan seseorang yang lebih menyayangi kita, insyaallah jikalau doa kita, akan diperkenankan oleh allah S.W.T.. RAHSIA DI HATI X SIAPA YANG TAHU
ni semua adalah satu cite cinte yg menarik. lpskan la dia pergi..kalo dia yg bodo tamo lpskn kite sedangkn dihatinya milik insan lain. kita jgn jd bodoh..then lpskanlah..ingt bkn kite yg xsesuai utk dia, tp dia yg xckup bgos utk kite yg teristimewa ni..heheh cerita ni menarik..
kenape lelaki susah untuk setia dan jujur pd cinta?????? sy pn baru je alami jgk couple dkt 7thn last2 mtk putus hnya krn gadis yg baru dua bln dia kenal..yg syoknye ngaku dpn sy lak tu tk blh hdp tanpa gadis tu..yg gadis tu plk dahlar rampas dari sy duk maki2 sy plk.Tuhan jelar yg tahu penderitaan sy....biarlar cinta yg lama berlalu walau perit dhati ini mgkin ada hikmah disebalik ape yg berlaku...
Memamg pun... yg tanggung derita gurl tp anggaplah apa yg berlaku ada hikmahNya..maybe Allah nak bg yang terbaik untuk kita..jd kita perlu hargai org yg myokong diri dan memahami kita..jgn derita kerana seorg lelaki ...waste time...
lentoq abes le cite ni..mmg bessss..n byk pengajarannye pada kite... cintakan pada yang maha esa... sesungguhnya dia lagi maha mengetahui atas setiap sesuatu..termasuklah cinta kita...
sakitnya hti bla org y kta syg bt kta cmni kan... kdg2 sy t'pk... adkh pmpuan dicpta utk dilukai??? mgkn nie ujian ALLAH kn... sya p'cya stiap y b'laku pasti da hikmahnya...
sgt2 BES citer ni... sebijik story cam citer aku... cinta dh 5 tahun but since dia kenal gurl tu br 2 bln dh berubah laku... lastly aku redha dia bukan untuk ku.. masih ade ke lelaki yg baik zman skrg?
ske sgt bce cter ni...byk pngjaran..sy pon mllui stuasi mcmni..mse pkwe sy ptskan sy ari2...Tuhan je yg tau hancur luluh ati sye mse 2...sbbnye,sy ingtkan die 2 la cinte teraher sye...skrg sy dh kuat smle..tp, die lak nk blik kt sye....tp xsmdah 2la sy nk trime die...sbbnye, pe yg die wat pd sy msh sgr diingatan.....pe2 pon pd sy...biar mse yg tn2kan...mls nk pkr dah
byknye pmpuan yg dh pnh rse pngalaman yg sme mcm crpen ni,,,,,alhmdulillah,,sy xpnh kne lg.........bnde ni wat sy takot plak nk caye kt laki...... hurmmmmm~~~~
huhhu... sedihnya crita nih.... sama mcm crita cinta sy.... kenapa la laki sanggup mainkan perasaan wanita.... x patut btui la.. apapun cerpen nih best ar...
sdey gk citer nie....tpi ending dy mcm cepat sngt lgi best lau naim 2 insaf blik...hehehehe...lgipn cian dina 2 lah len kli kapel xley setia sngt..biar digelar playgirl asal jngn kite yg kecewa n derite...
sedih crta nie..pnh jd kt aku..dia first luv aku..dia menyepikn dri dr aku..n bla aku blh cntct dgn dia..dia ckp dia dh ada tunang n jgn gngu dia..ape aku rasa..xtau r..yg pasti stiap kali aku solat n bc quran aku akn mngs.. rslt aku mmg down..
tima ksh suma... cinta 2 subjektif... kta yg plih.. ALLAH ciptakan wanita bkn untuk dilukai.. tetapi untuk menjalankan perintah-NYA... Kta yg kna pndai jga diri.. blajaq dari sejarah... jgn ulangi sejarah 2...
salam..~~ n congrate 2 writer even this story quite simpl but nice.. hmmm ble bcer story ni tetbe sy terimbau kngan lmer.. np laki suke permainkn pompuan???sy terpk dl..n smpi skrg almost months i'm break up but somtymes i'm felt hurt again..n0w i know he g0t som1 new..sdy ny ati ni..sy xharp dy kembli tp knp dlm mser singkat dy bole ad pggnti??btol ke perasaan uh bole ilang serta merta..huhu.. w'ever pon,,, jodo dr langit still terbaek... pompuan y baek ntok laki y bek n sblikny.. insyaAllah.. amin9..=))
eeee lelaki tu tak patut...sanggup die duakan dina.. huhuhu....nnti kawen k.dhiya lak yg diduakan..padan muka alamak ter emo plak..hihih papepun jodoh pertemuan di tangan Allah... to author : cite nya best..i like it
mcm der kne megena ngan ksh kidupan sy.. cme yg beza yer sy snggup bkongsi ksh.. dan akhr yer sy byk kali terluke.. tp stil bcnt dan stil syg pd dy.. alasan yer hny utk membalas dndm pd pmpn,, krn dy pena terluke.. dn smpi skng sy msh bercnt dgn dy,, da 4thn skp yer ttp sme..
cerita nya sama macam yang baru ku alami.redha dengan apa yang terjd..hikmah nya saya lebih mendekatkan diri dengan allah..tenang mencari cinta yang hakiki
cinta sesama insan hanyalan sementara, di alam dunia saja.. fikirkan jua perasaan org2 sekeliling yg sentiasa menyokong & menyayangi diri kita..jgn sesekali kite kecundang kerana cinta..
sy t'senyum bc komen2 kamu semua... sonok plak, bla bleh kongsi cerita... xpa la... yg pergi biarkan ia pergi... kita yg kt cni kna truskn idop kta jugak.. tbahkn ati tau.. smua yg berlaku pasti ada hikmahnya =)
kekasihku..ahmad rusydi yusri..ku harap cintamu satu untukku seorang..sesungguhnya ak amat mempercayaimu dan mencintaimu seorang..xnak jadi cam dlm citer nie..:-( lelaki tu jaat! kesian kat Dina!
walaupun cternyer pendek tp cerite ni dapat menyentuh hati dan perasaan saya sbg seorang wanita.klu cerite ini adalah kisah sbnar penulis, saya harap die tabah coz saya juga pernah melaluinya satu ketika dulu.apepun tahniah.
baru terjumper citer nie ... slalu ktingglan bas ... beslr citer nie wat lepak2, jatuh cinta mmng bahagia tapi klu cinta jatuhkn kiter mmng sdih giller ...
citer nie sebijik sama macam aku ..nama pun sama ..nama dier je lah..naim..aku sinar..tapi dekat gak tue..hampir lima tahun kapel..tapi hampeh..sakit giler hati aku..tetiber je lepaskan aku..sampai hati..aku nie syg menggiler kat dier tapi dier wat aku macam tak der kat dunia nie..memang sume laki macam tue ke?..ah sakitnya raser dihati nie...memang susah aku nak lupakan dia..dah lah cinter jarak jauh aku utara dia timur..uh..naik minyak aku..percaya sangat kata-kata dier......sedey..tahap menggaban
cerita ni sme ngn yg sy pnh alami dlu, tp sy lg lme..7thn...tp mmg btl, tiap kejadian adr hikmahnye dan kita prlu sntiasa brsabar dan brdoa utk kebaikkan serta kebahagiaan kita masa akan dtg...setiap prbuatan mst adr pngorbanan yang prlu dilaksanakan...
tarikh die clsh sme ngan tarikh aku kapel ngan ex aku..huhuhu. aku da lpskan die.. smoga sape2 yg da clsh tu..jgn la sdey.. walau jao mne pn kte g, klo mmg ttulis die utk kte..xkn ke mana. tp klo die mmg bkn utk kte.. ape pn kte wat xkn mnjadi.. yg penting percaya.. Allah da tentukan jdoh terbaek utk kte.. jgn sdey utk bnde yg da lps.. troskan idop ngan gembira..:)
salam..sy pon terperangkap dlm cinta 3 segi ni..tp sy bkn perampas..sy hadir ketika si dia sedang sedih kerana kekasihnya telah curang..tetapi,prmpn itu dtg kembali ketika km sudah saling menyayangi..si dia juga keliru...samada memilih cinta lama yg masih x dpt di lupakan @ cinta baru yg x sanggup dilepaskan..skrg masih tergantung..tp sy redha jika sy x terpilih...sy percaya Allah tau yg terbaik buat kita
sedihla citer nie... cian dina,jahatnyer naim tue,tak stia,bencila naim tue... kpd nurin saffiya,awak punye citer mmg bez,sye ske sngt2... sye harap awak buat lg citer macam nie... klu bley lg bez dr citer nie... i like it...
menarik.. tp kalau ia suatu kisah benar, memg memeritkan.. bg insan yg mengalami situasi seperti ini,nykkan bersabar ye..hilang satu xbermaksud tiada yg lain.. mungkin akan datang seorg insan yg lebih baik dr yg hilang tu..
menarik.. tp kalau ia suatu kisah benar, ia memg amat memeritkan apabila kita perlu menerima bahawa insan yg disayangi memilih insan lain.. malah insan yg dipilih itu pula dikenali oleh 'mangsa'.. namun kpd yg pernah mengalami situasi ini,bykkan bersabar.. sesungguhnya Allah sentiasa bersama kalian.. hilang 1 xbermaksud tiada yang lain.. mungkin akan hadir seorg insan yg lebih baik dari yang telah hilang..
Ceta ni mmg selalu terjadi kat kita zaman skrg ni,Lelaki melupakan janji cinta setelah berjumpa dgn cinta baru,Dina kira sorg gadis yg setia pada cintanya & sanggub menyerahkan cintanya pada gadis pilihan hati si boyfriend. Dina ada kalanya menjadi lemah kalau dpt dia bersikap tegas sedikit dan memberikan pengajar yang cukup tuk si boyfriend yang curang, jgn taw bercinta ja tapi tk taw menghargai perasaan org. Cerita ini oklah i giv 65% coz penutup ceta ini tak berapa best sgt.Gud Luck for ur next cerpen...
sedih citer ni sbb aku pun pernah alaminya 10 thn yg lalu.. Setelah 4 thn kami menganyam cinta..akhirnya kecundang jugak angkara org ketiga.. Kami bercinta jarak jauh.. UUM->UTM dan aku menaruh kepercayaan padanya 100%.. itulah silapnya..Terlalu percayakan dia.. Akhirnya aku kecewa separuh nyawa.. Tp setiap yang terjadi ada hikmahnya. Tuhan masih ada bersama kita... Alhamdulillah Dia berikan aku pengganti yang kini telah bergelar suami untukku.. Terima kasih wahai suamiku kerana menyayangi aku tanpa berbelah bahagi,, Kini ku bahagia bersama keluarga tercinta.
hmpir sme je dgn cite aku... mse zman skola dlu2..sdeh wooo... knal m'lalui internet...die tue setahun dari aku.. die dpt twrn ke SBP kt srmban, die kate nk contact ak tp habuk pn tarak...then mse ak F5, dpt contact blik...die mintk couple blik..siap ade lamaran x rasmi lg tu...tp ntah mne silap nye..aku pnah t'luke dek die...die plak sangkut dgn awek yg mmg cun gile....putus gak kitorg...tp mmg btol org kate...kalu kite btol2 syg org tu, kite ptot lpaskn die utk bhgie w/pn bkn kite yg bt org tu bhgie...sob3...
lgpn kalu selama ni, 2 thun aku bole survive tnpe die, npe aku perlu kmbali pd die smule??...aku bole idop tnpe die...
erm....betol3 mnyakitkn ble jd camni.... smpai skrg aku masih merasai keperitannye.... aku sering pikirkn dimana silapnya sehingga sanggup die wat camtu... tp, segala yg b'laku mungkin ade hikmahnye... mungkin die bkn yg t'baik.. aku hanya mampu b'doa semoga dirinya bahagia...
sbjik kisah ak..ak kapel kt kmpus lbh 3 thun..tup2,lps ye quit bljr ye plih membe lme ye..desperate gle der..sape xbengang beb..3 thun lbh sush sng brsma..duit ptptn ak abis tuk tlg ye je..skang lgsg wt bdo ngn htg2 ye tu.. siap anggp ak msuh lg tu.mmg smpi mati ak xhllkn sbb cara ye tgglkn ak tu..mntg2 ye duk sblh utara,ak sblh tmur sng2 nk ilgkn dri cmtu je..huh..allah tu maha besar..ak th idup ye xaman.tu pun ak tgk status fb ye la..ckupla 1 day ye akn cari ak balik n sdr ngn kslhn ye..maki hamun ak yg xpnh bslh ni..wat u giv,u'll get back.. insyallah..
cara yang bagus adalah lepaskannye... mgkn ade hikmah.....mgkn dia bkn jodoh kite....jika dia jodoh kite ia akan kembali ke sisi kita.... x snggup nk psahkan pasangan yg da bercinta begitu lme....
huwaaa...so sadly...mmg mirip gilew dgn ksh idup aq...lelaki yg tlh ku knl hmpir 3tahun lbih dh tglkn aq dgn mdh tnpa sdikit pon memikirkn ttg aty aq y tlh dy lukai..lelaki mmg jhat..life is must go n xde llaki pmpuan xkn mati laa...gud job n writing..cte yg best byk pngajaran..
Assalamualaikum... ia hampir sama dgn jln cerita cinta sy...dn skrg sy baru shj memutuskn hubungan dgnnya stlh begitu lm dia menggantung hubungan kami...namun sy kini bebas.... luahan rasa derita jiwa,pada wajah tiada rahsia, menunggu malam berganti tua,usahlah berputus asa... :D
salam....citer ni sebijik same dgn kisah idup saya yg sy alami baru2 ni,,,,huhuhu.....sakitnya bila dipermainkan..walau cmne pun,,family r kekuatan bg diri kita...
salam...cukup tersentuh dgn cerpen ni.hampir sama dgn perjalanan idup sy.3tahun kami kapel tp kerna perselisihan faham yg kecil terus menghancurkn impian kami.dia skrg tgh bahagia dgn prmpuan lain, dan baru2 ni dapat tau dia dah bertunang.sedangkan sy masih sendiri membaiki diri mencari kesilapan.dia dgn mudah pergi menagih cinta baru, lupakan segala janji2 dia.tp sy bersyukur masih de agama, family dan kawan2 yg sudi bg kekuatan even kdg2 rase pedih dgn semua dugaan ni dlm bulan puasa.
cerita anda hmpr keseluruhan sama ngn kisah sy juga...mmg kbykn perempuan akn d kecewakn spt ni ke ek???mentang2la pmpuan lg byk dr laki...xpela,stp org ade jodohnya msg2..sabar jela,sesungguhnay kasih syg Allah swt mendahului dr kemurkaanNya..smile..:-)
kisah yg hampir sme dgn ksh aku..nama watak lelaki nye pn sme..naim..aku pn x taw nape lelaki mdh sgt berubah ati?! bertaun bercinta ngn kte tp ble tlh mengenali pmpuan len,trs blh berubah ati?!mane pg pendirian dwg!?aku benci leleki yg takut utk berterus trg..
aiiip...bes r citer ni...sma dgn apa yg ak alami skrg ni..dh 2 bln ak ptus ngn x ak...sktnya Tuhan sje yang thu...tp ak bersyukur...Tuhan dh tnjukkan bhwa dia adlah org yg slh btku...dina n others bernsib baik krn dibri ksmpatan dlm mncri teman hdup yng lbih baik...sma2 lah kita tabah hdapi dugaan hdup ini...hdup hrus diteruskan tp smpai skrg ak trasa sgt benci sgt kt x ak..mmg ptut kot ak rse g2...hihihi..pengAlaman mematangkan kita....pasti ad yg lbih baik bt kita pd masa akn datang...insya-Allah...-sy jgk stdent uum tp duk di dpp muamlat...hihihi
ermm..sy pun penah mengalami kisah cinta yg sma cm dina..mmg sakit..mcm boleh gila klu xtrkawal perasaan..tp alhamdulillah coz sy mc waras n percaya akan takdir Allah utk sy..sy yakin Allah dah tentukan jodoh yg terbek utk sy..kpada prmpuan yg senasib ngn crta mcm ni..tbh n kuatkan semangat,jgn biarkan airmata kita menitis utk org yg xmenghargai kita..
em mmg betul2 terjadi kisah ni cedey sgt2....sebijik ngn ceta aku.....tp itu semua mematang kan aku...untuk hidup lebih tabah...kerana bagi aku x semestinya orang yang kita cintai akan menjadi milik kita..............
huhu...aku tb2 sedih la plak. Aku pun pernah alami benda yg lbh kurg same. Tapi aku tau, kebahagiaan yg sbnr adalh apbla mlht org yg kite syg bhgia. Aku dah jnji pd diri aku, klau dia rs aku bkn yg trbaik untknye n dia jumpa orng yg lbh baik, aku redha lpskan die gie. wat kwn2 yg snasib ngan aku, ingat..Allah tarik sesuatu yang baik dr kite krna Allah nk bagi sesuatu yang lagi baik..so jgn sdh2 k.
kesedihan yang Allah berikan pada kita adalah untuk mematangkan kita dan percayalah Allah tidak akan menzalimi hambanya... Hari ini Dia beri kita merasa derita..InsyaAllah, esok Dia kan beri kita merasa kebahagiaan yg hakiki.. Janji Allah itu benar belaka...
waaaa..salaam....agak besshhh......kdg2 kite xtaw ap terbaek tuk kite..sbb tuh Allah ad tuk tnjuk kite d best tuk id0ooop kite..yg pnting kne yakin dgn Dia...pep0mm...c0ngratz~
salam...agk tharu n tsntuh bila bca krya ni sbb apa yg pnulis alami,pnh tjadi pd sy 2 thun yg lps...sy bcnta dgn dia dr ting.3 ...4thun sy setia xpnh curang...tp alih2 lps stpm..dia tgglkn sy sbb ppuan yg bru dia knl...skt ht sgt3 smpai ase hdup xbmkna..tp Allah tu adil...Allah tau ap yg tbaek utk kita..sy ase pnulis ni mst pljr UUM kn? lau pljr UUM..tahniah sbb krya ni sgt mnarik n btul2 myntuh prasaan...sy pn dr UUM...:)
Citer ni mengenangkan aku pada cinta lama dulu..adui 8tahun bercinta setia penuh kepercayaan diberi sbb dia belajar..Lepas abih belajar & kerja tak sampai setahun tup tup dah ada pilihan lain fuhhh dasar lelaki yg tak mengenang budi...segala pengorbanan aku dipandang sepi..mmmmmm sampai la ni geram pun ada...
cter ni same cm keadaan ana skrg tp ana msih ader ruang untk merasai nikmat cinte dgn owang yg ana syg..ana pm bercinter jrak jauh...utk pasangan yg bercinte jrak jauh,jujur la pade pasangan insyaallah kekal ke jinjang pelamin..AMIN
erm...xtaw nk kate coz sgt mnarik cite nie.. lelaki mang cmnie erk...xstia pd yg satu!!!! memang xbrsyukur lar dgn pe yg ada... tp sy kgum ngn sikap dina..she be positive..mst dcontohi... bnci plak wtk dhiya..PERAMPAS!!!!!!! HOWEVER..GUD JOB KPD SAPE YG TULIS CITER NIE!!! SALAM...............
salam..cite ni mmg bez n mengingatkan sy ngn ape yg berlaku kt sy juga..cm dina..nyway after bnd ni da lme berlaku sy rse idup sy makin tenang tnp cinta..mungkin ini adalah hikmah yg berlaku lepas hilang cinta kpd org yg amat sy syg..wat eva pun sy rse bertuah sbb Allah msih sygkn sy..lpas sy ilang cinta si dear..sy temui cinta yang hakiki yang lbih wajar tuk dicintai..so i take it as a granted..THANKZ ALLAH 4 the hidayah that you hav gave to me...
karya yang sangat menarik dan sangat dekat dengan semua. ....sakit dan pedihnya hati seorang perempuan kerana tega nya seorang lelaki melukakan hatinya stelah memberikan harapan... dan setelah hatinya dibelai.. lukanya tak akan pernak sembuh.. tak akan pernah padam.. wahai lelaki, cubalah hargai hati seorang perempuan.. -dya
criter nie bst... sma cam crter cinta ku y dlu jerr.. huhu.. pew2 pun... lpaskn dier lau ia bkn milik kter coz 1 ari nti pasti der cinta sjati y mnanti..
wah....1st sye nk ucap tahniah pd penulis cerpen nie..memang bgus dan amat menarik.. ya...benar katanya "biarkan cinta itu" itulah lumrah antara manusia.. menitis juga air mata nie bca cerpen nie...walaupun sye xpenah kne mcm nie tp ini beri pngajaran pd sye.. cinta itu xkan kekal.. kcuali jika direstui Allah... cerpen nie best! -eliazaarina(rin)-
kpd semua pembaca yg perempuan la... nasihat sy x perlu lh mencari cinta di saat kita masih blajar... ingatlah kita masih ada bnda yg ptut dilakukan... harapan ibu bapa kita.. yg bersusah payah utk kita... Allah tlh menetapkan jodoh kita semua...
bila baca karya nie teringat kat uum.. hehehe... kpd dina: x yah laa sedih2 sbb kumbang bukan seekor, bunga bkn sekuntum... Insya allah anda akan b'jumpa dngn kekasih sejati... Yg pnting blaja dlu... All the best...
sdey T_T..ttba t'ingtkn kisah hidup sy..lbey krg sma..juz yg bezanya..sy bcnta ngn dia stlah dia ditnggalkn 1st luv dia..ktorg dr u yg sma..tp bla prmpuan 2 smbng master kt cni..dia cr blk ex-pkwe sy..n ex-pkwe ckp dia still ingt kt perempuan 2..xley lpa..n dia slalu kuar ngn perempuan 2...dorg kwn mmg dh lma 4thun..dgn sy bru sthun lbey..btpa luluhnya hati nie bla dia ckp cm2..ttba perasaan jht melonjk tuk bls dendam pd perempuan 2..mkin lma mkin skit ati nie..so ari nie sy wat kputsan tuk stopkn suma nie..coz i'm just hurting my self...Back to Allah..coz all da answer is there..(^_^)aja2
napew ng si naim to...xpenah nk brsykur kew ng ap yg dia ad...xckup ag kew ap yg ad kat si dina to...dina da bri spnoh kpcyaan dia kpda naim..tp ap yg dina dpt...????hmmm...xptt naim wat cam to kat dina...eiiii..gramny kat naim to..cakit ati tol laa..
the best story yang saya pernah baca...sbb cerita ini seperti aku...dan di sebabkan cerita ini aku sedar ada org lain yang lbh menyayangiku...lebih2 dari Allah S.W.T.
Berat mata memandang.. Berat lagi bahu yg memikul.. Lelaki yg baik utk ppuan yg baik.. Puan yg baik utk llaki yg baik.. Gud job nurin saffiya..(sedap nama)^_^ -tulip-
ermmm...sme la cm sy...dia curg dgn kakak angkt dia..huhu...xpela...myb tuhan nk bgtaw sy yg jodoh dy bkn dia...mgkn ad yg lg layak dr dia...sy redha...
cite nie prnh aku alami dulu walapun xlme hye sethn lebih...perit sgt2 rasenyew kerana terpaksa berkongsi kerana terlalu menyayangi...setiap pompuan xnk berkongsi kasih....napew nsb pompuan slalu kne mcm niew...laki xrase mcm ner yg pompuan rase...byk pengorbanan dina lakukan terhadap naim....kite nk berkorban utk org yg kite syg,tp akhirnye kite yg terkorban....bile dh terkorban,die xkan tlg kite...kite sendiri perlu bangun sendiri.
salam...selame ni sy bc ape2 cerpen or novel xpenah skali pun sy mengs..tp bile bc cerpen awk ni sy mengs...nsb kite sm...n smpi skrg sy msh sygkn dia...dia tingglkn sy tnpa ape2 pesanan terakhir...hati sy remuk smpi hr ni..sy just hrp dia bhgia...mmg sy x setnding pmpuan 2..sy dh mintak maaf pd dia tp ternyata hati dia keras n x peduli perasaan sy...anyway cerpen awk mmg terbaik...=)
tima ksh sbb sudi kongsi rasa sma2... smoga sgala yg terbuku di ati dpt dileraikan.. xgna kita skt ati atau berdendam sbb kita yg merana nnti.. redha la dengan apa yg ALLAH tentukn utk kita... hidup, mati, jodoh n pertemuan smua ditentukan oleh ALLAH... kita hnya mampu rncgn, ALLAH yg tentukn smua ;))
sy jgk pnh mengalaminya... mmg skt sgt be kte dpt org yg kte syg wt cm2. cm xcya je.. but 2 la knyataan nya.. dye pn plih org 2 jgk. Maybe Allah nk temukn sy dgn org yg lbh baik.. kpd penulis thniah, jln cta yg ckp mnarik. truskn usaha ye!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mcm cter cntaku..
bgus..boleh bg ketenangan..