Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Aku bukan seperti itu, melarikan diri tapi akhirnya bertemu juga. " – Nuzura.
06 july 2006. dear diary,
Hari ini aku begitu terkejut sekali. Pulang-pulang sahaja aku ke rumah, abah dan emak memberi aku kejutan yang amat dahsyat. Aku akan dikahwini dengan entah lelaki siapa namanya. Malas aku nak ambil tahu. Wajahnya pun aku tidak teringin nak lihat. Cincin yang dia tinggalkan kat abah pun aku biarkan sahaja di ruang tamu. Aku akan dihantar keluar negeri untuk melanjutkan pembelajaranku. Itulah sebabnya mengapa abah ingin mengahwini aku terlebih dahulu sebelum aku bertolak. Konon-kononnya biarlah lelaki itu yang akan menjaga maruahku sekiranya aku tidak tahu menjaga diri di negeri orang. Benci! aku ada wajah seperti perempuan tidak tahu jaga dirikah? Jaga kau ‘ suamiku ’, aku takkan biarkan kau memiliki sekeping hati ini. Tangkaplah aku kalau kau dapat.
Nuzura says, bohooo my byy!
Zahary tersenyum. Gadis ini benar-benar mencabarku. Di hari perkahwinan kita kau melarikan diri. Hebat, inilah sikap perempuan yang aku inginkan. Bila menginginkan sesuatu, rela melakukan apa sahaja walaupun di dalam hati, pastinya gadis itu mengetahui yang apa yang dia lakukan itu adalah perbuatan orang yang mengaku kalah. Zahary pasti, jika dia berjaya membuatkan isterinya itu jatuh cinta kepadanya, gadis itu akan menjadi isteri yang setia. Kerana itulah yang dapat dia baca daripada tingkah laku Nuzura. " Sorry son, " kata Haji Osman, " i should be aware of this. " Zahary senyum, " it’s okay dad, i’m going to find her there. " " Are you sure? " tanya Haji Osman kurang percaya. Di universiti yang mereka dua duduki itu ada lebih ribuan pelajar. Macam mana Zahary nak mencari anak kesayangannya itu? " I’m sure, " jawab Zahary dengan penuh yakin, " like how god makes us meet, that is how i’m going to get her back. " " That’s my son. " kata Haji Osman sambil memeluk Zahary. " Do you need her picture, " tanya Haji osman, " or anything personal about her? " Zahary berfikir seketika, " just please, the ring that i gave her. " Haji Osman terkejut. Dia menoleh ke arah meja kecil berdekatan dengan katil Nuzura yang Zahary pandang dengan begitu asyik. Rupa-rupanya Nuzura meninggalkan cincin yang Zahary berikan. Fikirnya, Nuzura akan lari dengan cincin itu sekali. Zahary mendekati cincin yang dia berikan kepada isterinya itu. Lafaz akad sudah diucapkan. Maknanya dia layak memanggil Nuzura, isteri. Zahary terlihat akan nota kecil yang ada di bawah baldu cincin yang dia berikan. Perlahan-lahan, dia membukanya.
to my hubby wanabeeee~ i dare you, catch me if you can.
Sekali lagi, Zahary tersenyum.
Cuaca di negeri orang sememangnya tidak mengejutkan. Jauh lebih sejuk dibandingkan dengan Brunei. Seperti yang Nuzura pernah pelajari dalam mata-pelajaran Geografi di sekolah menengahnya dahulu. Hari ini, hari kedua dia memijakkan kakinya ke University Cambridge, United Kingdom. Dan hari ini jugalah dia akan bersama-sama dengan orang yang setahun dengannya menghadiri sesi suai-kenal. Syukur sahaja, dia sudah mengenali beberapa orang Brunei yang sama-sama belajar dengannya satu kolej dahulu. \" Tan Tan, \" panggil Liza ceria. Nuzura menoleh. Memang itulah yang dilakukannya. Semenjak menapakkan kaki ke United Kingdom, dia sengaja menukar namanya kepada Intan. Nama yang hanya orang terapat saja mengetahui. Biar lelaki itu tidak dapat mencari dirinya. \" Mengapa Liz? \" tanya Nuzura hairan melihat Liza yang tercungap-cungap berlari dengan beg sandangnya. \" Kau dah lihat our senior, \" tanya Liza, \" i mean the one yang jadi our group\'s leader! \" \" No, why? \" tanya Nuzura tidak berminat. \" You should meet him, \" kata Liza sambil menarik-narik tangan Nuzura, \" he is hot! \" \" Okay, chill ya! \" balas Nuzura lalu memanyap buku yang ada di ribanya ke dalam beg. Dengan perlahan, Nuzura menempuh kesesakan ramai demi melihat lelaki yang Liza katakan \' hot \' itu. Entah mengapa orang selalu gunakan ayat \' hot \' untuk menerangkan betapa kacaknya atau cantiknya seseorang. Badannya panas-kah? Ai manusia. Tidak logik betul. \' Ish, \' rungut Nuzura didalam hati apabila merasa badannya dilangar, \' kalau tak hensem jaga kau Liz. \' \" Tu nah ea! \" kata Liza sambil menudingkan jari ibunya kepada seorang lelaki yang berpakaian serba moden. \" Syiff! \" panggil Liza membuatkan Asyiff menoleh. Mata Nuzura membulat, \' oh my God. \'
kembalilah sayang – 001 " Aku menjadi pelarian, semenjak aku taruhkan hidupku bersamamu. " – Na’ina Nuzura.
" Macam mana abang boleh ada kat sini?! " tanya Nuzura selepas menarik tangan abangnya jauh daripada Liza. Asyiff mengajukan tangan kanannya lurus kepada gadis-gadis yang mengelingginya sebentar tadi sambil tersenyum. Menandakan dia meminta sedikit privasi daripada mereka. Gadis-gadis itu tersenyum mesra, nampak sangat mereka semua itu menaruh harapan untuk memiliki cinta di hati Asyiff. Termasuklah juga Liza. Asyiff menatap wajah adik angkatnya lama. Lebih tujuh bulan mereka tak jumpa, tapi wajah adiknya tetap sama. Seingatnya, kali terakhir mereka berjumpa pun adalah pada hari raya yang lepas. " Salahkah abang datang cari adik sendiri? " tanya Asyiff sambil tersenyum nakal. Nuzura terdiam. Setelah beberapa ketika, " papa hantar abang ke mari?! " Asyiff menggeleng, " bukanlah, Bang Long yang hantar. Tiket pun kena bayarkan. Untungkan? " Serta-merta, wajah abang long mereka, Iqbal Na’iem menerpa ke ruang mindanya, namun kabur. Abang long dan abang ngah kini berada di Malaysia, menguruskan bisnes ayah mereka, Putra Impian Design yang kian meluas. Sebab itu mereka jarang sekali boleh berjumpa. Tetapi di zaman yang serba moden ini, perkara sebegitu tidak menjadi masalah. "Abang Long apa khabar? " tanya Nuzura sayu apabila teringat betapa kejamnya ayah mereka memisahkan dia dengan abang-abangnya. " Sehattt sangat. Kadang-kadang abang rasa dia ni sakai ada telefon, sejak tadi tak henti-henti call abang. " jawab Asyiff lalu menunjukkan Nuzura betapa banyak panggilan yang dia biarkan masuk sahaja tanpa berjawab. " Hello bang? " kata Nuzura sambil menekapkan telefon bimbit Sony Ericson milik abangnya ke telingga. " Tan?! " balas Iqbal di hujung panggilan, " Bang Syiff dah dapat adik rupanya, cepat-cepatlah naik pesawat! Last pesawat pergi Malaysia dalam setengah jam lagi. " " Maksud abang? Adikkan belajar dekat sini, mengapa nak pergi Malaysia pula? " tanya Nuzura pantas. " Hey hey, kalau adik nak lari dari laki adik tu, mengapa tetap pergi Uk, tempat dia tahu kau akan berada! " kata Iqbal, " datang ke mari, kat sini pun ada universiti bagus-bagus. Kat sini, ada abang, Bang Syiff dan Kak Feerah tuk jaga adik. Datang sini sebelum abang yang terbang ke UK tu. " Nuzura terdiam. Betul juga kata abangnya. Kalau dia benar-benar nak lari daripada ‘suaminya’ itu, mengapa dia datang ke mari? Tempat di mana mudah-mudah saja lelaki itu boleh menjejak dirinya. " Dah cepat dik, tiket dah abang beli. " kata Asyiff lalu memeluk bahu adiknya, membuatkan banyak gadis-gadis di hall, mencebik dengki. Asyiff tahu banyak gadis-gadis yang telah dia tipu. Setibanya saja ke universiti itu, semua orang asyik bertanyakan siapa dirinya. Disebabkan dia benci ditanya sebegitu, dia pun terpaksa menipu yang dia pelajar di tempat itu. Mujur saja dia ternampak akan senarai nama-nama pelajar yang sudah dibahagikan kepada kumpulan, memudahkan dia menipu bahawa dialah ketua bagi kumpulan yang adiknya berada.
" Pilihlah mana-mana bilik adik suka, " kata Iqbal setibanya mereka ke Syurga Putra Impian. Syurga Putra Impian adalah sebuah apartment yang keluarga mereka miliki. Apartment itulah tempat tinggal mana-mana pekerja mereka yang tinggal jauh dari tempat bekerja secara percuma. Begitu juga Iqbal dan Asyiff. Ianya juga untuk memudahkan mereka sekiranya di waktu malam, mereka terpaksa mengadakan satu perbincangan penting. Disebabkan Iqbal dan Asyiff adalah lelaki yang sukakan ketenangan dan kebebasan, kadang-kadang perbincangan itu diadakan sambil makan-makan di restaurant yang ada tersedia di apartment itu. Adakalanya di pantai di belakang apartment tersebut dan adakalanya di gymnasium apartment tersebut. Ini adalah kerana kata-kata ayah mereka sendiri yang mengatakan idea itu datang bila-bila masa sahaja, adakalanya di kala kita tidak menginginkannya. " bilik 267? " tanya Nuzura. Iqbal tidak merasa terkejut. Itu memang nombor yang adiknya selalu pilih dalam apa jua keadaan. " Maaf cik muda, bilik tu baru saja diambil beberapa minit yang lalu. " kata gadis bertudung itu serba-salah. " Pagi tadi? Takdapun pekerja baru, macam mana boleh ada orang check in, " kata Iqbal, " tak boleh ti, suruh orang tu keluar, adik saya nak bilik tu. " " Ish apa pula bang, tak baik macam tu. " kata Nuzura, " bilik lain yang tujuh hujungnya ada tak? " " Erm, " balas Siti setelah meneliti Komputer yang ada di hadapannya, " bilik 257 masih kosong. " " Oklah, " kata Nuzura, " ok kan bang? " Iqbal mengeluh, " mana sajalah dik. Azwan, tolong hantar adik saya ke biliknya. Saya ada kerja nak buat. " " Abang! " panggil Nuzura apabila melihat abangnya yang melangkah pergi, " bidanya lelaki merajuk! "
" Masuk cik, " kata Azwan setelah membuka pintu bilik 257, " ni kuncinya. " Nuzura hanya mengangguk sambil mengambil kunci tersebut. Dia terpesona dengan keindahan bilik itu. Bilik itu berdindingkan coklat. Seluruh bilik itu berlantaikan karpet lembut. Cukup lengkap dengan ruang tamu, dapur kecil, sebuah bilik dan dua buah tandas, sebuah tandas di luar dan sebuah lagi tandas didalam bilik. Bilik tidurnya berwarna oren, bercadar coklat dan sememangnya cukup dengan segala kelengkapan. Meja mekap, meja belajar, almari baju dan begitu juga laptop berwarna putih, jenama apple. " Ini… Se..muanya per.. percuma? " tanya Nuzura terhenti-henti. Azwan mengangguk sambil tersenyum. Ini bukan kali pertama dia melihat reaksi sebegitu. Setiap kali ada orang yang masuk ke mana-mana bilik di apartment itu, semuanya pasti akan terkejut! Ada juga pekerja Putra Impian Design yang menangis apabila membayangkan semuanya itu adalah percuma, asalkan mereka berkerja dengan baik. " Wow! Saya tak pernah tahu keluarga saya semurah ini! " kata Nuzura sambil menekup mulutnya, air matanya mengalir. Azwan ketawa, " Tuan Haji Osman memang pemurah, sampai saya yang pengangkat beg ni pun dapat semua ni percuma. " " Saya memang bertuah, " kata Azwan lalu berlalu pergi, " dahlah makan seharian pun kena bayarkan. " Nuzura terdiam. Makanan seharian pun kena bayarkan? Seluruh warga Putra Impian Design?
" Aku tak dapat menghalang hati ini, dari jatuh cinta. " - Na\'ina Nuzura.
" Memang setiap malam macam ni ke bang? " tanya Nuzura kepada Iqbal. Iqbal mengangguk sambil menekan punat lift ke bawah, " dah adat kami kat sini. Makan sarapan sama-sama, lunch dan dinner. Tiap malam khamis, sembahyang jemaah sama-sama dari maghrib ke isyak. Adik tak suka? " Nuzura menggeleng pantas, " seronoklah! Macam satu keluarga! " Asyiff tersenyum, " Memang, memang! " Iqbal menyambung, " tu lah sampai sekarang kami tak terfikir nak berumah tangga. Kat sini kami dah ada keluarga. " Perlahan-lahan mereka masuk ke perut lift sebaik saja pintu lift itu terbuka. Derapan kaki seseorang membuatkan mereka menunggu kehadiran pemiliknya " Hey, " kata lelaki itu apabila ternampak mereka, " boleh masuk? " " Sure sure sure! " jawab mereka bertiga pantas sambil terangguk-angguk. " You’re new here? " tanya Iqbal hairan. Setahu dia, dia tak pernah menjumpai lelaki tersebut di pejabat. Semua pekerja yang ingin menjadi pekerja Putra Impian Design perlu berjumpa dengannya, tak mungkin dia tidak mengetahuinya. " Yeah. Sorry, I know I shouldn’t be here but I’ve nowhere to live, this is the closest place to the airport. " kata lelaki itu, " by the way, I’m Shimi. " Iqbal, Asyiff dan Shimi bersalaman tangan. Nuzura hanya memberikan senyuman tanda perkenalan. Lelaki itu sungguh kacak. Berkulit sawo matang, berbaju getah hitam dan berseluar putih coklat. Rambutnya, nak dikatakan kusut, tak juga. Nak dikatakan berdiri, ada juga yang jatuh. Tanpa sedar, Nuzura menatap wajah lelaki itu lama, sampaikan abang-abangnya menegurnya. " Dik, dik! Kita dah sampai ke lobi. " panggil Iqbal membuatkan Nuzura kembali ke dunia asalnya, realiti.
" Kau tak makan udang ke? " tegur Shimi membuatkan Nuzura terkejut. Nuzura melihat ke arah pinggannya yang penuh dengan nasi, ayam, daging dan juga sayur. Tiada udang tetapi taklah sampai begitu mudah untuk lelaki itu tahu dia tidak makan udang. Dia menyukai udang tetapi dia alergik. Setiap kali mencuba untuk membuka kulit udang tersebut, tangannya pasti memerah gatal. Nak minta orang bukakan kulit udang itu untuknya pun, dia malu. " Tak, tak. " jawab Nuzura, " tak pandai. " " Tak pandai ke alergik? " tanya Shimi membuatkan wajah Nuzura yang merah semakin memerah. Nuzura menggigit bibirnya, " Erk.. I’m allergic to its skin, I guess. " " Oh, " balas Shimi, " sudi aku bukakan kulitnya? My hands clean. " Nuzura terdiam. Matanya meliar mencari kedua-dua abangnya. Mereka sudah tidak ada. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Shimi, mengangguk lalu membuatkan jejaka itu tersenyum.
" What are you doing here? working? " tanya Shimi sambil meletakkan udang ke pinggan Nuzura. " School. " jawab Nuzura ringkas lalu memasukkan udang itu ke mulutnya. Shimi terangguk-angguk, " single? " Nuzura terdiam.Teringat kembali di fikiran apa yang membuatkannya datang ke mari. Adakah dia sah menjadi isteri lelaki itu? Lelaki yang dia tidak kenali. Kalau dia memang menjadi isteri orang, dosa hukumnya dia pergi keluar tanpa izin suami, apalagi duduk berdua-duaan dengan lelaki lain. Tanpa diundang, air matanya mengalir. " Eh, apa kau buat kat adik aku?! " tanya Iqbal yang baru sahaja muncul. Shimi terkejut, " takda. Makan ja. " " Habis mengapa dia menangis?! " tanya Iqbal lagi, " takkanlah tiba-tiba ja. " " Bang bang.. " kata Nuzura membuatkan Iqbal kembali tenang, " adik teringatkan rumah ja. " Iqbal dan Shimi terdiam. Rumah?
Malam itu, Nuzura tidak dapat tidur. Ada saja fikirannya yang menganggu dirinya. Bermacam-macam bayangan juga yang pergi. Berbagai-bagai persoalan muncul. Semuanya membuatkan nafasnya sesak. Dalam sekelip mata sahaja hidupnya musnah. Melarikan diri. Berstatuskan isteri orang, berdua-duaan dengan lelaki lain tanpa izin suami walaupun hanya sekadar makan membuatkan fikirannya runsing. Pening. Telefon yang ada di meja belajarnya tiba-tiba berbunyi. Menghentikan segala benda yang hadir menapak ke mindanya. Siapa pula yang akan membuat panggilan apabila malam sudah tua begini? Perlahan-lahan Nuzura mengikat gaun tidurnya lalu melangkah mendekati telefon tersebut. " Hello? " kata Nuzura. " Cik Nuzura? " tanya lelaki itu, " saya Shimi. " Nuzura terkejut, " macam mana awak boleh tahu nombor telefon bilik saya? " " Dalam laci meja belajar, ada terdapat nombor telefon bilik-bilik yang terdapat dekat apartment ni, mungkin supaya memudahkan mereka membuat panggilan sesama mereka. " jelas Shimi membuatkan Nuzura turut membuka satu persatu laci meja belajar yang ada di biliknya. Memang benar. " Mengapa you call? " tanya Nuzura lagi, " belum tidur lagi? " " Belum, " jawab Shimi, " I nak minta maaf tentang tadi. Saya tak tahu soalan tu akan membuatkan awak menangis. " Nuzura tersenyum, " it’s okay, saya yang sensitif tadi tu. " Shimi melepaskan keluhan lega, " you can call me anytime you want. By the way, which university you attend to? " " Em, " balas Nuzura, " saya tak tahu. Semuanya Bang Long yang uruskan. " " Kalau awak nak, awak boleh join saya, " kata Shimi, " saya belajar kat Universiti besar Kuala Lumpur. Tak terlambat kalau awak nak sign up. "
" Adik pasti adik nak belajar kat sini? " tanya Iqbal sambil memandang ke luar jendela kereta Nissan putih miliknya. Nuzura mengangguk, " Takpelah. Lagipun ini paling dekat dengan apartment kita. Susah-susah boleh jalan kaki balik. " Iqbal menaikkan kirainya, " apa pula? Susah-susahnya pun adalah abang hantar driver. Jangan berangan nak jalan kaki. Ingat adik tu tak bergaya? Tak mengundang orang tuk rompak adik ke, culik adik ke? " " Ish! " balas Nuzura, " kata-kata tu doa tau! " Iqbal menggeleng-geleng , " nak abang turun uruskan atau adik boleh urus sendiri? " " Adik sendiri-lah! " jawab Nuzura pantas, " abang pergilah kerja. " " Oklah, " balas Iqbal, " pukul satu nanti abang datang ambil adik. Jangan merayau! " Nuzura mengangguk, " Yalah. Merayau-rayaunya pun kat KL ni masih. " Cepat-cepat Nuzura berlari keluar dari kereta apabila ternampak tangan Iqbal yang hampir mencubit lengannya. Nuzura tahu, abangnya itu macam perempuan. Diusik sedikit, meliar-lah tangannya tu nak mencubit orang.
kembalilah sayang. – 002 Mengapa kau selalu membuatku merasa, tak layak untuk menapakkan kakiku di bumi ini? – Na’ ina Nuzura.
Nuzura memanjangkan lehernya. Memerhatikan keadaan luar universiti tersebut. Keluhan berat dilepaskan. Mengapalah dia meminta untuk dijemput pulang pada pukul satu? Padahal dia cuma menguruskan kemasukannya ke universiti itu sebagai seorang pelajar, bukannya dia sudah memulakan pembelajarannya pun Telefon bimbitnya pula tak dapat digunakan! Dia belum lagi ada memiliki talian bagi penduduk Malaysia. Kakinya melangkah perlahan, mencari kalau-kalau ada telefon awam di sekitar situ, tapi tanda diduga, kakinya melangkah jauh. Akhirnya hatinya terikat untuk menaiki bas saja pulang ke Syurga Putra Impian. " Hoi, " panggil satu suara membuatkan Nuzura tersentak, " kalau tak tahu gaya naik bas, jangan naik! Sedarlah diri tu bukan orang sini. " Nuzura terdiam. Kata-kata itu untuk aku? " Berilah orang peluang dulu, lepas dah habis, baru kau. " kata lelaki itu lalu menapakkan kakinya naik ke bas. Tak pula menunggu semua orang naik dulu! Apabila saja semua orang yang ada di perhentian bas itu sudah naik ke bas, pintu bas perlahan-lahan tertutup. Nuzura cepat-cepat mengundurkan kakinya ke belakang. Takut-takut tayar bas tersebut akan mengenai kakinya apabila bergerak. Nuzura tidak mampu berkata-kata. Hanya tercengang-cengang melihat lelaki tersebut melambaikan tangan sambil tertawa-tawa didalam bas. " Adui, " keluh Nuzura sambil menghenyakkan punggungnya ke kerusi yang ada, penat berdiri setelah beberapa minit, " malangnya aku. Kurang ajar punya lelaki. " " Sorry-lah! " kata satu suara yang dia cukup kenali, " saya main-main je. " Mata Nuzura membulat. Lelaki ini lagi! " Kenapa? " tanya lelaki tersebut sambil ketawa, " kau marah eh? Ok, saya minta maaf! Biar saya hantar awak balik. Nak pakai motorsikal saya ke kereta? " " Takpelah Encik, saya boleh tunggu bas ni sendiri, " jawab Nuzura laju, " bila bas datang nanti, saya akan pastikan awak pula yang tak dapat naik! " Lelaki itu ketawa terbahak-bahak, " saya bukannya berminat sangat nak naik bas tu! Saya ada kereta-lah! Saya pun pelajar Universiti besar Kuala Lumpur macam awak. " Nuzura pantas menoleh. Memandang tepat ke wajah lelaki itu. Bagaimana dia tahu? " Honey, " panggil Shimi dengan langkahnya yang laju mendekati Nuzura, " sorry sayang, abang lambat. Jangan merajuk ya? Abang janji belikan sayang bunga ros putih banyak-banyak. " Nuzura hanya mengikut apabila lelaki itu menarik tangannya masuk ke kereta. Pelik! Hari ini benar-benar pelik.
" Mana awak tahu saya suka ros putih? " tanya Nuzura pantas selepas Shimi membuka pintu biliknya. Nuzura benar-benar terkejut. Ketika dia sembahyang asar tadi, seorang pekerja Syurga Putra Impian datang mengetuk biliknya lalu menyerahkan sepuluh kuntum bunga ros putih itu kepadanya. Dia tahu Shimi yang menyerahkan kepadanya kerana lelaki itu memang berjanji hendak memberikannya bunga ros tadi. Tambahan lagi, kad yang ada melekat di salah satu bunga tersebut jelas membuktikan bunga itu pemberian dari Shimi.
Elegantly made, As white, as pure, like my love to you. Loves, shimi.
" Kau tak suka? " tanya Shimi kelihatan resah, " I thought you’re gonna like it. " " I love it! " balas Nuzura pantas, " but how did you know? " Shimi tersenyum, " I learn psychology for two year now. Saya boleh jangka apa benda yang seseorang itu suka hanya dengan melihat wajahnya. " Nuzura terpegun. Sehebat itu-kah ahli psikologi? " I’ll make you happy, " kata Shimi separuh berbisik, " I promise. "
" Abang tak kisah kalau Intan nak sama lelaki tu, tapi adik kena tahu, dia hadir bila adik dilanda masalah. Adik pasti dia benar-benar cinta hati adik? Jangan silap dik. Ramai orang menderita kerana tersalah tafsir rasa di hati. " jelas Iqbal apabila makan malam tadi. Abangnya kelihatan begitu bimbang sekali. Salah dia juga, terlupa hendak memaklumkan yang dia sudahpun sampai ke Syurga Putra Impian. Lebih satu jam Iqbal menunggu dirinya. Syukur saja ada orang Syurga Putra Impian yang memaklumkan hal itu kepada abangnya. Kalau tidak, entah sampai pukul berapa abang longnya itu akan menunggu. Nuzura mengusap mukanya perlahan. Benarkah dia jatuh cinta? Takkan-lah secepat itu? Fikirannya berkali-kali cuba menafikannya tapi berkali-kali juga hatinya meronta-ronta ingin dicintai oleh lelaki itu. Parah juga rasanya. Perlahan-lahan Nuzura berjalan keluar biliknya, menuju ke bilik Shimi yang hanya berada di hadapan biliknya. Suara lelaki itu menarik minatnya untuk mendengar dengan lebih lanjut apa yang lelaki itu bicarakan. Nuzura terkesima, ‘ dia menyanyi? ’
Akhirnya saat itu hadir jua, Hapuskan egomu, katakan saja.. Daripada matamu.. aku melihat, Hatimu walau jauh, tapi dekat..
Ku cinta kamu, Balaslah cintaku.. Ku rindu kamu, Balaslah rinduku.. Hapuskan egoku, luahkan isi hatiku.. Aku mencintaimu..
Balaslah cintaku..
Asyiff mendekati Feerah. Gadis ayu bertudung, setiausaha abangnya itu sememangnya manis. Ketika berita mengenai tiga orang pekerja yang akan dihantar menguruskan bisnes Putra Impian Design ini sampai ke pengetahuan mereka, Afeerah Zarina telahpun dipilih bagi menjaga makan minum Iqbal dan Asyiff ketika berada di Malaysia nanti. Tapi akhirnya, setibanya saja ke mari, Iqbal menukar statusnya kepada setiausaha sebab mereka tidak memerlukan khidmat layanan seperti yang abahnya rancang. Itulah yang membuatkan gadis itu semakin cantik, tanpa berbaju seragam seperti orang gaji. " Assalamualikum, " tegur Asyiff, " belum masuk bilik lagi? " Feerah menggeleng sambil tersenyum, " waalaikumsalam tuan muda. Belum, sekejap lagi kot. " Asyiff mengangguk, " eloklah tu. Tak manis anak dara waktu-waktu macam ni tak berada kat bilik. " Feerah hanya mengangguk. Tidak tahu untuk berkata apa. " Selamat malam. " kata Asyiff lalu berlalu pergi. Senyuman Feerah mati. Susah payah ada waktu untuk bersama lelaki itu dan bila ada peluang saja, lelaki itu membiarkan saja peluang itu pergi begitu cepat. Feerah mengeluh hampa. Sedih di hati di tahan. ‘ Syiff. ’ panggil Feerah di dalam hati, ‘ mengapa layan aku macam ni? Dulu kau tak macam tu. ’
kembalilah sayang – 003
" Kau suka abang aku ke? " tanya Nuzura. Feerah tersentak. Pipinya memerah. Bukan kali pertama teman-temannya menegur atau menanyakan kalau-kalau dia menyukai tuan muda Putra Design, Asyiff. Dia pun tidak tahu bagaimana boleh setiap kali lelaki itu ada dihadapan matanya, lelaki itu sajalah yang asyik dilihatnya. Bagaikan ada penarik. Walaupun yang dilihatnya itu, bukanlah sesuatu yang disukainya. " Asyiff? " tanya Feerah, " kenapa pula? " " Dari tadi asyik pandang dia je, tentulah saya fikir macam tu. " balas Nuzura sambil menyerahkan kepada Feerah setin kacang soya. " Oh, ya ke? " tanya Feerah membuatkan Nuzura mengangguk. " Tapi kau tak geram ke tengok abangku? " tanya Nuzura membuatkan Feerah menoleh kepadanya, " I mean, kau lihat, kat mana-mana dia pergi, mesti ada perempuan ikut-ikut dia. Memang bukan abang aku yang usung perempuan tu ke sana ke mari. Mereka yang rela. Tapi abangku pun satu! Tak pula nak melarang! Tak penat ke dia? " Feerah tersenyum sayu, " Entahlah Zur. " " Aku suka dia bukannya untuk bersamanya. Tidak ada secebis rasa ingin mendampingi dirinya. Tidak ada sebutir impian ku taruhkan untuk bersama dengannya. Tidak ada cinta yang ku ingin dia balas. Syukurlah melihat dia dari jauh. Aku sudah penat untuk berharap. " jelas Feerah setelah mendiamkan diri lama. ‘ Separah itukah cintanya kat Abang Syiff? ’ tanya Nuzura didalam hati. " Kita ni Zura, perempuan. Kita tunggu je lelaki datang kat kita. Tambah-tambah lagi kalau kita ni perempuan melayu. Kadang-kadang orang yang kita suka, tak sukakan kita. Orang yang kita tak suka pula, terhegeh-hegeh. " kata Nuzura. ‘ Macam suami aku, terhegeh-hegeh! ’ kutuk Nuzura didalam hati. " Kalau kau dah temui lelaki yang kau suka dan dia menyukai kau kembali. Tolonglah jangan dilepaskan. Cinta tu hanya orang-orang yang bertuah saja boleh merasa. Dan yang terpilih saja yang kekal selamanya. " sambung Feerah. ‘ Shimi.. ’ bisik Nuzura tiba-tiba.
" Hey. " tegur Shimi apabila saja melihat Nuzura melangkah masuk ke dalam Syurga Putra Impian Design. " Hey, " balas Nuzura, " kenapa? " " Takde, " kata Shimi, " mana pergi pagi-pagi ahad macam ni? " " Tennis, " jawab Nuzura, " awak cari saya ke? " Shimi mengangguk, " hari ni hari terakhir saya berada dekat sini. Awak jaga diri baik-baik tahu. " Terus menerus dunia Nuzura menjadi gelap, " mengapa? Awak nak pergi ke mana? " " Tempat saya bukan kat sini, " jawab Shimi redup melihat Nuzura, " awak tak ingat ke? Saya langsung tiada kaitan dengan Putra Impian Design. I just think I have to move on… " " Tapi tapi, " potong Nuzura pantas, " kita akan berjumpa lagi bukan? " Shimi menarik tubuh Nuzura rapat kedalam pelukannya. Tidak sanggup rasanya melihat gadis yang dicintainya itu menangis. Walaupun baru seketika mengenali gadis itu, dia sudah jatuh cinta. Gadis itu sentiasa hadir dalam mimpi dan realitinya. Menjadi ayat-ayat indah dalam setiap potongan lirik yang dituliskannya. Memainkan muzik alunan cinta dan hidupnya indah belaka. Semuanya kerana gadis itu. " Pasti sayang, " jawab Shimi syahdu, " saya janji. "
" Lahh, ada pula yang frust malam ni. " tegur Asyiff apabila melihat Nuzura yang membisu. " Ish kau ni Syiff! " kata Iqbal, " macam tak pernah jatuh cinta pula. " " Yalah bang, tapi dia juga yang nak lari dari lelaki tu. Sekarang lelaki tu pergi, dia bersedih pula! " balas Asyiff membuatkan Nuzura mendonggak. " Sejak bila adik pernah lari dari dia?! " marah Nuzura. " Sejak kamu berdua kahwinlah! " balas Asyiff lalu menekup mulutnya. Dia tahu dia sudah terlepas cakap satu rahsia yang hanya dia saja yang tahu. Nuzura dan Iqbal sendiri tidak tahu tentang ini. " Apa kau mengarut ni Syiff? " tanya Iqbal laju. Asyiff mengeluh, " waktu adik kahwin, saya balik Brunei. " " Shimi-lah lelaki yang papa pilih untuk berkahwin dengan adik. " jelas Asyiff membuatkan jantung Nuzura berdegup kencang. " Abang ingat bukan? Lelaki tu datang kat apartment ni the same day adik datang sini. Syiff pun tak tahu dari mana dia tahu kita bawa adik lari, tapi lelaki tu memang Shimi. " sambung Asyiff. " Benar ke kata kau ni Syiff?! Kau silap kot! " tegas Iqbal. Nuzura berlari laju menuju ke lift. Menekan punatnya lalu masuk ke biliknya. Hanya satu saja yang boleh menjawab kebenaran disebalik kata-kata Asyiff tadi. Hadiah yang Shimi tinggalkan untuknya tadi. Dia meramas-ramas meja belajar biliknya. Apabila benar-benar pasti bekas hadiah itu tidak ada di sana, dia berpindah ke meja solek. " Adik cari apa? " tanya Iqbal tercungap-cungap. " Ini! " balas Nuzura sambil memegang kotak berwarna merah hati yang Shimi tinggalkan. Nuzura membuka perlahan kotak itu. Hatinya berbolak-balik. Tidak pasti apa yang diinginkan. Adakah lebih baik jika Shimi adalah suaminya? Tetapi kalau Shimi adalah suaminya, lelaki itu sudahpun pergi meninggalkannya. Kalau bukan pula, lagilah parah! Dia tiada hak untuk menjejaki lelaki itu kerana mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan yang kukuh. ‘ Bismillah.. ’ ucap Nuzura di dalam hati. " AHHHHHHHHHHH, abang! " tangis Nuzura tiba-tiba membuatkan Iqbal dan Asyif hilang arah.
kembalilah sayang – 004.
" Adik, tolonglah jangan macam ni. Abang pun tak tahu dia suami adik. " pujuk Iqbal. Sudah lebih sejam adiknya itu menangis. Membisu seribu kata-kata. Tidak sedikitpun memberikan tanda yang tangisannya akan berakhir. Asyiff di suatu tempat diserbu rasa bersalah. Dia tahu Shimi suami adiknya. Tapi untuk memberi tahu kepada Nuzura, dia tidak mampu. Tambahan lagi apabila melihat keinginan Shimi dan redup mata Shimi yang kelihatan benar-benar berharap pada cinta adiknya. Lagi pula, adiknya itupun kelihatan menaruh minat kepada Shimi. Telefon bimbit Asyiff yang berdering membuatkan Iqbal dan Nuzura memandang tajam kepadanya. Setelah meneliti nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya, dia pantas berlari menuju ke radio yang terdapat di bilik Nuzura. Membukanya sehingga ke tahap yang paling besar. " Hello Syiff, " sapa Haji Osman, " Kau kata mana tu Syiff? Bising sangat. " " Ah papa! Syiff kat club! Maklum, malam jumaat! " jawab Asyiff. Tiba-tiba dia teringat, malam jumaat buat apa pergi kelab! Patutnya dia berzikir dekat masjid. " Oh, " balas Haji Osman, " bila korang nak balik sini? Papa needs to see you guys. " " Nanti-nantilah papa! " jawab Asyiff. ‘ Kalau kami balik, adik nak simpan mana.. ’ keluh Asyiff. " Apa papa! Asyiff tak dengar! " pekik Asyiff berpura-pura tidak mendengar. Gegas benar ingin mematikan talian. Tiba-tiba..
Sebentar lagi, azan bagi menandakan waktu….
" Eh, cantiknya kelab kat Malaysia, " sindir Haji Osman, " ada azan pula tu. " Asyiff mengomel, " aduh, tak menjadi ‘kelab’ aku! " \' Radio ni pun satu! saat-saat ni pula dia nak siarkan azan! \' kutuk Asyiff didalam hati. " Dah Syiff, papa nak kamu balik secepatnya! " tegas Haji Osman, " bawa Intan sekali. Ingat papa tak tahu korang bawa Intan lari? Buang duit saja papa pergi UK! Balik cepat, papa ada berita baik untuk Intan. "
" Apa berita baik tu papa? " tanya Nuzura ingin tahu. Mereka bergegas pulang ke Brunei apabila Haji Osman memberi tahu Asyiff yang dia mempunyai berita baik buat Nuzura. Tambahan lagi, pulang ke Brunei bukanlah satu masalah. Brunei tempat lahir mereka. Jadi ditempat itu-lah mereka merasa tenang dan selesa. Makanan, rumah, dan orang-orangnya sebati dengan jiwa ‘Brunei’ mereka. Di fikiran Nuzura hanyalah kalau-kalau papanya menemui Shimi yang pergi tinggalkannya semula. Tiada berita yang jauh lebih baik dari itu! " Sabar-sabar lah dulu Tan, tak baik tergesa-gesa. " jawab Haji Osman sambil tersenyum. " Cepatlah papa! " gesa Nuzura sambil menarik-narik tangan Haji Osman. " Yelah yelah, " balas Haji Osman, " Dam, bawa sampul surat tu ke mari. " " Nah, bacalah. " kata Haji Osman setelah menyerahkan sampul surat yang orang gajinya, Adam bawakan tadi. Nuzura membuka sampul surat itu laju. Tak sabar-sabar rasanya nak mengetahui isi surat tersebut. Adakah surat dari Shimi? " Tan suka bukan? " tanya Haji Osman, " Shimi sekarang dah nak ceraikan Intan, Intan akan bebas tak lama lagi. " Iqbal dan Asyiff terdiam. Itu bukan berita baik namanya! Adik mereka akan jadi janda? Kasihan adik mereka. Apa punya lelaki. Senang-senang kahwin, dengan mudahnya juga dia nak cerai. " Tapi papa.. kenapa? " tanya Nuzura terketar-ketar. " Sebab apa? " tanya Haji Osman kembali, " tentulah. Lelaki mana tak sedih bila isterinya lari? Dahlah dia dapat malu. Sekarang Intan belajarlah hidup jadi janda tak lama lagi. " Nuzura terkedu. Kata-kata ayahnya sungguh berbisa! Tidak lama lagi dia akan berstatus kan janda? Bekas isteri kepada lelaki bernama Shimi! Kelopak matanya memberat. Wajahnya dibasahi air mata. Tiba-tiba, pandangannya gelap. Pernafasannya lemah. " Adik! " panggil Iqbal.
" Insya Allah, " kata Shimi, " dia akan sembuh tak lama lagi. Memang kalau perempuan yang lemah, bila depress, perkara macam ni adalah perkara biasa. " " Wei! Kau maksudkan adik aku perempuan lemah ah! " marah Asyiff geram. Satu tumbukan hampir mengena ke wajah Shimi. Shimi dijemput oleh papa mereka untuk merawat Nuzura. Konon-kononnya Shimi adalah pakar terapi pesakit-pesakit tertekan! Dulu, papa mereka pernah menghadapi penyakit itu dan Shimi-lah yang menyembuhkan penyakit papanya itu. " Syiff! " halang Iqbal sambil menahan tubuh Asyiff yang sedang mengamuk. Asyiff memang begitu. Nuzura adalah teman rapatnya semenjak menjadi anak angkat dalam keluarga Haji Osman. Apa-apa , siapa-siapa yang menyakiti Nuzura, dia turut terasa serpihannya. Asyiff jauh lebih melindungi jika dibandingkan dengan Iqbal yang sentiasa tenang. " Shim.. " panggil Nuzura yang telah bangun. Shimi menoleh. " Kau tak sayang aku ke Shim? " tanya Nuzura perlahan, " jangan tinggalkan aku. " Asyiff dengan Iqbal terdiam melihat rayuan adiknya. Berharap agar jawapan Shimi tidak akan menambahkan kepiluan yang adik mereka tanggung. " Maafkan saya Cik Zura, " balas Shimi, " saya dah tak sayang awak lagi. Awak juga yang lari tinggalkan saya. Saya dah tak sanggup lagi untuk mengemis cinta awak. " " Semoga cepat sembuh. " sambung Shimi lalu berpaling keluar dari bilik Nuzura. " Bangsat! " jerit Asyiff. Tubuhnya dipegang kuat oleh Iqbal. Nuzura menangis.
07 september 2006, Hey diary,
Hari ini, masuklah tempoh satu bulan aku menanti surat perceraian dari Shimi. Aku pun sudah mulai belajar menerima keadaan dan takdir yang dituliskan buat aku. Tapi hasutan dan kata-kata Abang Syiff ada benarnya, aku perlu membalas dendam! Sementara di hati aku ini tidak lagi ada kasih buat sang suami, tiada salahnya aku membuatkan dirinya derita bukan? Game has just begun byy..
Nuzura says, Iwishihateu.
" Dik, kita lihat wayang nak? " tanya Asyiff riang. Nuzura ketawa. Ketika itu, dia dan abangnya sedang berada di The Mall, Gadong. Kedai itu masih baru. Dan ramai pengunjungnya. Terutama sekali kanak-kanak sekolah. Nuzura memerhatikan kesesakan yang ada. Begitu ramai orang Brunei yang keluar berjalan dengan keluarga dan rakan-rakan pada hari ahad sebegini. Ada yang berkumpulan, yang berseorangan dan ada juga yang berpasang.. an? " Shimi?! " jerit Nuzura terkejut apabila melihat pasangan yang terlebih-lebih mesranya daripada pelajar-pelajar sekolah yang diamuk cinta. " Mana dik? Mana? " tanya Shimi pantas. " Tuu! " jawab Nuzura sambil menuding ke arah mereka. Shimi ketika itu berbaju kemeja kuning cair, berseluar hitam dan memakai kaca mata. Walaupun agak sukar dicam, tapi itu tidak menghalang Nuzura untuk mengenali bekas lelaki yang dicintainya. Di sebelah Shimi pula ada seorang perempuan. Berbaju warna-warni tanpa lengan, memakai skirt pendek paras lutut. Rambutnya lurus berwarna hitam. Sekejap-sekejap perempuan itu merapatkan mulutnya ke telingga Shimi. Berbisik mesra membuatkan Shimi yang bagaikan ‘lapar’ daging perempuan ketawa, memaut pinggang perempuan itu. " Alamak, sotongnya punya perempuan! " kata Asyiff membuatkan Nuzura ketawa. " Macam mana bang? " tanya Nuzura lalu menghirup pepsi yang baru saja dibelinya. " Kita tegur jom! Adik berlakonlah jadi girlfriend abang! " cadang Asyiff. Nuzura mengangguk, " baik! Mulakan operasi…. Sekarang! " " Hai Shim, " tegur Nuzura membuatkan perempuan yang berada di sebelah Shimi menjeling ke arahnya. " Lama tak jumpa, sejak kau tinggalkan aku untuk perempuan ni bukan? " tanya Nuzura sambil memberi jelingan tajam ke perempuan itu. " Ya ya, " jawab Shimi sambil tersenyum, " kenalkan, sira. " " Sira?! " balas Asyiff lalu ketawa berdekah-dekah, " garam? " " Abang! " panggil Nuzura sambil mencubit lengan abangnya. " Real name, Basirah, " kata perempuan itu, " not garam! " " Kalau melayu tu, guna je lah Basirah. Kenapa nak buat nama macam English name? " tanya Asyiff membuatkan wajah perempuan itu berubah. " Dahlah sayang, jom kita lihat wayang. " kata Nuzura sambil memberikan senyuman paling manis pada Shimi.
" Kenapa abang buat macam tu! " tanya Nuzura setelah duduk di panggung wayang. " Kan kita nak balas dendam? " tanya Asyiff kembali, " tentu perempuan tu tengah gila sekarang! "
" Siapa perempuan tu bang! " marah Sira kepada Shimi. " Saya pun tak tahu dia akan berada di sini! " jawab Shimi, " dia tu bekas isteri abang. " " Jadi dialah yang larikan diri tu?! " tanya Sira lagi, " patutlah dia benci sangat tadi. Sampai nama Sira pun dikatakan garam! "
kembalilah sayang – 005
" Hey bro! " tegur Hafiz sambil menepuk bahu Shimi. Ketika itu mereka sedang berada di U-sof Café, Muara. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Maklumlah, semenjak semua mereka memilih untuk menjalankan hidup mereka sendiri, waktu untuk bersama itu semakin berkurangan. Hafiz yang memilih untuk berkerja sebagai juru-terbang kini sukar untuk ditemui. Apabila dia membawa saja penumpang-penumpangnya ke suatu negeri yang agak jauh, dia akan berada di sana menunggu untuk membawa mereka kembali ke Brunei semula. Tambahan lagi, Hafiz membawa penumpang-penumpang untuk pergi ke Negara-negara Eropah. " Apasal kau bawa ular mainan ni Fiz? " tanya Shimi hairan. Hafiz tersengih-sengih, " hee. Nampak macam ular mainan ke? Aku beli kat German tahu! " " Nampak tu taklah. Tapi takkan-lah kau berani nak bawa ular ke mana mana. " balas Shimi lalu meneguk Capucino yang ada dihadapannya. " Yalah, saya penakut. Bukan macam kau. " kata Hafiz seolah-olah merajuk. " Eh Shim, yang hari tu kau turun naik kapal tu kenapa? Hairan kawan aku tu, dia yang bagitahu kat aku. " tanya Hafiz. Shimi menaikkan kirainya, " kejar bini. " " Oh, kerja kau macam mana sekarang? " tanya Hafiz sambil tersenyum nakal. " Maksud kau, kerja aku kejar bini sekarang? Atau sebagai penyanyi? " tanya Shimi kembali. " Kerja kau sebagai psychologist! Bab jadi penyanyi tu tak usah tanyalah! Poster kau saja kat mana-mana sekarang ni! " jawab Hafiz. " Entahlah Fiz, beberapa bulan lepas aku tak berapa kerja. Asyik sibuk berlakon jadi itulah, jadi inilah. Kes nak kejar bini. " kata Shimi dengan keluhannya. Hafiz ketawa, " sekarang, apa jadi? " " Sekarang bapa bini aku tu suruh aku pura-pura nak ceraikan dia. Biar dia pula yang kejar aku. " jawab Shimi lalu ketawa berdekah-dekah. Suka hatinya melihat Nuzura yang kelihatan cemburu beberapa hari yang lalu. Shimi menoleh ke arah seorang gadis yang masuk bersendirian ke café itu. Wajah yang cukup dikenali! Berbaju kemeja-t merah jambu. Berseluar panjang putih dan rambut ikalnya dibiarkan lepas diterbangkan angin. Kelihatan bersahaja tanpa mekap. Terserlah keaslian dan kelembutan wajah yang dimilikinya. Tiba-tiba, akal nakal Shimi terfikir akan sesuatu. " Eh Fiz, aku pinjam ular mainan kau sekejap boleh tak? " tanya Shimi sambil tersenyum nakal.
Nuzura meniliti nama-nama makanan yang ada di hadapannya. Petang itu dia memilih untuk bersendiri. Apalagi apabila Asyiff kata dia ada urusan dengan kawan lama. Terpaksalah dia seorang diri makan kat Café yang dirinduinya itu. ‘ Nak makan apa ye, buttermilk chicken kat sini sedap juga. Mee goring seafood pun sedap juga! Tapi siapa nak habiskan seafoodnya untuk aku? ’ tanya Nuzura di dalam hati. Tiba-tiba kakinya terasa didekati sesuatu, dililit di buku lalinya. Pantas dia melihat ke bawah meja. Alangkah terkejutnya dia apabila ada seekor ular sedang melilit kakinya. " AHHH! " jerit Nuzura nyaring mengundang ketawa Shimi dan Hafiz. Nuzura mengangkat wajahnya, memandang ke arah deraian ketawa yang sedang galak mentertawakan dirinya. Shimi sedang memegang alat kontroller. Perlahan-lahan kakinya terasa tidak dililit lagi. Ular itu bergerak menuju ke arah di mana Shimi berada. Senyuman nakal diberikan oleh Shimi. ‘ Kurang ajar! ’ teriak Nuzura didalam hati.
Asyiff sedang duduk di KFC yang terdapat di The Mall. Panggilan manja daripada Yura, teman universitinya dahulu membawanya ke sana. Yura bukanlah jenis yang disukainya. Tetapi gadis itu kelihatan beriya-iya ingin mendampingi dirinya. Gadis seperti itu sungguh mudah untuk dijauhi. Belikan sahaja apa yang mereka ingini, mereka akan terus menghilang entah ke mana. Tetapi kenapa Yura tiba-tiba ingin menemuinya? Siapa pula yang memberitahu kepadanya kalau-kalau dia ada di Brunei? " Hey Syiff, " tegur satu suara dari belakang Asyiff. Serentak itu, satu pelukan dililitkan dari belakang ke leher Asyiff. Satu ciuman hinggap ke pipi Asyiff. " Hey, " balas Asyiff sambil mengelap pipinya dengan sarung tangan, " how are you? " " Good, " jawab Yura sambil tersenyum manja, " I miss you. Kenapa tak bagitahu me you dah balik? " Shimi membalas, " banyak kerja. Sekarang kita dah jumpa kan. Tak payahlah nak merajuk-rajuk. " " Hoi! " kata satu suara dari sebelah kanan Asyiff. Sepantas itu, satu tumbukan terus mengena ke muka Asyiff. Dia jatuh tersungkur. " Kau nak rampas girlfriend aku kah?! " tanya lelaki itu. Semua orang yang berada berdekatan dengan mereka menoleh. Ada yang berdiri dan ada juga yang menghampiri untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang berlaku. " Darling, he is just a friend. " kata Yura sambil mendekati lelaki tersebut. " I don’t care! Dia dekati kau, dia kena bayar aku! Kau milik aku! " balas lelaki itu. " Apa pula?! Dia yang dekati aku! " kata Asyiff. Dia sudahpun berdiri. " Hey you! " kata Yura, " you yang tak henti-henti call me semalam! Saying that you want to hook-up with me! " " What!? Nonsense! " balas Asyiff, " kalau aku nak hook-up, aku tak pilih perempuan murah macam kau! Tak berbaloi , tahu tak kau?! " " Woi, kau kata girlfriend aku perempuan murah?! " marah lelaki yang berada di sebelah Yura. " Encik, hentikan pergaduhan ini, " kata seorang pegawai polis yang tiba-tiba muncul, " kami mendapat maklumat yang kamu sengaja merancang semua ini hanya untuk mendapatkan wang. Bukti sudah cukup kukuh dengan rakaman suara dan gambar. Sila ikut ke balai sekarang. " " Sial! Siapa orang itu! Mari aku kerjakan ia! " marah lelaki itu apabila tangannya digari. Asyiff mengeluh nafas lega. Dia memang bernasib baik kali ini. Dia perlu berhati-hati. Memang ramai perempuan yang mendekatinya kerana wang. Selepas polis-polis itu pergi, Asyiff duduk kembali di KFC itu untuk menenangkan fikirannya, pepsi yang dibelinya dihirup perlahan. " Syiff. " panggil satu suara dari belakangnya. Bahunya ditepuk lembut.
" Lain kali, hati-hatilah sikit. " kata Feerah sambil tersenyum manis. Afeerah dipinta oleh Haji Osman untuk pulang kembali ke Brunei kerana tuan-tuannya kini sekarang berada di Brunei. Kalau dia tetap berada di Malaysia pun, dia tetap tidak akan ada kerja. Sebab itu-lah Haji Osman merancang untuk memberi dia kerja di mana-mana cawangan Putra Impian Design di Brunei. Mungkin itu adalah yang terbaik. Dia pun lebih suka berada di Brunei. " Macam mana awak tahu mereka nak trick saya? " tanya Asyiff sambil mengunyah kentang goreng yang ada dihadapannya. Feerah tersenyum. Dia memang benar-benar tidak menyangka akan menyelamatkan lelaki itu. Ketibaanya di The Mall itupun tanpa sebab. Hanya nak melawat-lawat tempat yang dikata-katakan mempunyai banyak kedai. " Saya kebetulan nak keluar dari jamban ketika mereka sedang berbincang, " jelas Nuzura, " bila saja mereka sebut nama awak, saya pun teruslah menyimpan bukti. Kau tahu berapa jumlah yang mereka nak kau bayar? " Asyiff menggeleng. Ubi hancur yang ada dihadapannya dimakan. " Seribu. " kata Feerah membuatkan Asyiff terkejut. " Perempuan macam tu seribu?! " tanya Asyiff, " dasar buaya! Nasib baik kau ada! " Feerah tersenyum.
kembalilah sayang - 006
" Adik betulke nak buat kerja gila ni? " tanya Asyiff sambil memandang ke tempat duduk penumpang, tempat Nuzura berada. Nuzura mengangguk sambil tersenyum jahat, " tentulah! Siapa suruh dia mainkan adik kat Café hari tu. " " Saya tak fahamlah Zur, " kata Feerah, " kenapa kau benci dia? Dulu kamu berdua rapat. " " Ish, " balas Nuzura, " tak ingin aku mengakun kami berdua pernah rapat! " " Jom, mulakan misi kita. " kata Nuzura lalu membuka pintu kereta, tangan kanannya mengangkat sebuah kotak.
" Nervous Shimi? " tanya Zyan membuatkan Shimi tersenyum hambar. Gelengan diberikan buat temannya yang selaku pemain gitar bagi kumpulan mereka. " Kau masih tunggu perempuan tu? " tanya Zyan sambil menghenyakkan punggungnya ke sofa. Bukannya kumpulan SnakeRiders tidak tahu. Kejayaan mereka dalam membina lagu-lagu berlirikkan cinta dan bermelodikan setia semuanya adalah kerana Shimi. Teman mereka itu tidak pernah berhenti mengharapkan kepulangan seorang gadis yang mereka sendiri tidak tahu siapa. Yang mereka tahu hanyalah, Shimi kata dia sanggup buat apa saja, asalkan, gadis itu berhenti mengalirkan air matanya. " Em, " Shimi mengangguk, " masih. " " Aku hairanlah kat kau Shim. Kau asyik kata kau tunggu dia, tapi tak pernah aku tengok kau dengan perempuan tu dulu. " sampuk Azrul, " aku kawan kau sejak kecil Bro! " Shimi tersenyum, " memanglah, aku suka dia dari jauh. " " Kau rasa, ada harapan ke dia datang ke show kau ni? " tanya Zyan perlahan. Shimi mengangguk seperti selalunya, " pasti. Tak hari ni, esok esok. " " Ready in five minutes, " kata Wani, pengerusi mereka, " Shimi ok? " " Ok. " jawab Shimi lalu melihat cermin, memastikan penampilannya benar-benar menyakinkan.
Jerudong Park malam itu benar-benar meriah. Dipenuhi hampir separuh warga Brunei Muara. Semuanya hadir bagi sama-sama menyaksikan pertunjukan pertama agung daripada kumpulan SnakeRiders yang terdiri daripada empat orang lelaki, lingkungan umur dua puluhan. Mereka mengalunkan lagu bermacam-macam jenis, tetapi unsur-unsur ayatnya tetap sama. Unsur percintaan diantara Adam dan Hawa. Pada tepat jam sembilan malam, gemersik suara dari Shimi dan alunan muzik dari ahli-ahli SnakeRiders yang lainnya menimbulkan jeritan dan sorakan daripada peminat-peminat. Mengegarkan Jerudong Park yang sedia gempak. " Dik, mana perginya ular tu? " tanya Asyiff hairan apabila kotak yang tadinya dibawa oleh Nuzura kini tidak lagi ada dengannya. Nuzura tersenyum, " dah adik lepaskan dekat pentas tadi. " " Ah!? " balas Asyiff, " adik nak kacau-bilaukan konsert mereka ke dik? " " True story! " balas Nuzura sambil mengenggam buku tangannya. Tiba-tiba, sorakan meriah daripada peminat-peminat semakin rancak. Membinyitkan telingga Nuzura yang sememangnya berada di bahagian depan. " Whooooo! " jerit salah seorang daripada peminat yang ada, " SnakerRiders! " Nuzura menoleh kembali ke arah Shimi. Alangkah terkejutnya dia apabila lelaki itu melilitkan ular yang dibawanya tadi ke leher. Nyanyian diteruskan tanpa ada perasaan takut. Mulut Nuzura terlopong. Perlahan-lahan dia melihat ke arah iklan yang diberikan kepadanya oleh salah seorang petugas pertunjukan ini tadi. " SnakeRiders?! " jerit Nuzura agak terkejut. " Kau tak tahu ke? " tanya Feerah yang baru saja muncul membawa minuman, " nama band mereka SnakeRiders. Tak hairan bukan kalau mereka bermain dengan ular? " " Eh, kotak kau bawa tadi mana? " tanya Feerah, " sebenarnya Zur, apa dalam kotak tu? " Belum sempat Nuzura ingin menjawab, tiba-tiba tangannya dicapai. Sorakan semakin nyaring. Rupa-rupanya Shimi kini berada di sebelahnya. Mengenyitkan mata lalu menariknya ke atas pentas. Wajahnya memerah malu. Lagu itu diulanginya lagi.
Ku cinta kamu, Balaslah cintaku.. Ku rindu kamu, Balaslah rinduku.. Hapuskan egoku, luahkan isi hatiku.. Aku mencintaimu..
" Thanks for coming sayang. " bisik Shimi dekat telingga Nuzura setelah lagu itu sampai ke hujungnya, membuatkan bulu roma Nuzura menegak.
" Feer Feer! " panggil Asyiff sambil mengejar Feerah. " Aik? " balas Feerah, " bukan kau tadi dah balik ke? " " Tak Feer, ada something saya nak cakap dekat kau. " kata Asyiff perlahan. Feerah tersenyum manis, " cakaplah. " " Tak boleh kat sini, saya belanja awal keluar makan nak? " pelawa Asyiff. Perlahan-lahan, Feerah pun masuk ke dalam kereta Asyiff. Menuju ke destinasi yang dia sendiri tidak tahu di mana. " Apa yang kau nak cakap Syiff? " tanya Feerah selepas menghirup jus oren yang ada di hadapannya. " Sekejap, " kata Asyiff sambil melihat ke arah pintu masuk restoran yang mereka duduki, " tu dia! " " Kenalkan Feerah, kawan aku sejak kecil, " kata Asyiff, " dulu, kalau aku menjual kat pondok, dia yang selalu temankan aku. " Feerah terdiam. Yake? Setahu dia, hanya dia yang rajin menemani lelaki itu menjual barangan dapur di pondok yang agak using di kampung mereka. Sehinggalah Asyiff diambil menjadi anak angkat Tuan Haji Osman. " Nama saya Jeerah, " kata perempuan itu lembut. " Dah lama aku cari dia Feer, " kata Asyiff riang, " hari ni, hanya kau saja temanku yang boleh meraikan kegembiraan ini bersama aku. " Feerah hanya tersenyum hambar. " Eerah, kau ingat tak? Waktu ada anjing besar kat kampung kita, waktu tu kau menangis! Nasib baik ada aku kan! " kata Asyiff menunjukkan kehandalannya. Jeerah terbangang. Feerah pula terdiam. Dia masih ingat malam itu. Malam itu, dia dan Asyiff merancang untuk tutup pondok jualan agak lewat sedikit. Ketika Asyiff sedang mengangkat sayur-sayuran ke dalam rumah, Feerah pun mendekati satu binatang berbulu yang disangkanya kucing. Rupa-rupanya anjing. Itulah sebabnya dia terus menangis, nasib baik ada Asyiff menjadi heronya malam itu. " Saya pergi dulu-lah Syiff, " kata Feerah sambil menahan tangisnya, " selamat malam. " Asyiff merasa hairan lalu mengejar Feerah. Ketika saja dia ternampak Feerah yang menangis, lengan gadis itu disentapnya lembut. Wajah gadis itu dibasahi air mata. Bagaikan sudah menahannya daripada jatuh buat sekian lamanya. " Kenapa ni Feer? " tanya Asyiff sambil memegang kedua belah bahu Feerah. Dia merasa serba salah. " Takda papa Tuan muda, " jawab Feerah, " saya rasa mengantuk agaknya. " " Tipu! " kata Asyiff pantas, " bagitahulah Feer, kenapa ni? " Feerah menggeleng lalu berlari pantas meninggalkan Asyiff. Jeritan Asyiff tidak lagi dipedulikan. Biarlah saja dia pergi. Asyiff bukannya boleh mengerti apa yang ada didalam hatinya. Asyiff adalah lelaki jenis itu. " Feerah! " panggil Asyiff. Asyiff menggeleng-geleng. Pelik rasanya apabila Feerah tiba-tiba berkelakuan seperti itu. Takkanlah benar-benar mengantuk kot? Kalaupun mengantuk, taklah sebasah itu. Taklah seteruk itu! " Eh? " kata Asyiff apabila terlihat gelang kaki yang terjatuh di lantai. " Eerah! " pekik Asyif selepas membelek-belek gelang kaki tadi. Gelang kaki pemberiannya ketika kali terakhir dia berjumpa dengan Feerah. Gelang kaki melambangkan cintanya buat gadis itu. Gadis yang ringan tulang dan sabar melayannya dalam suka dan duka. Gelang kaki yang memiliki ukiran namanya.
Syiff’s
Feerah memintal-mintal hujung bantal kesayangannya. Sedih, marah, benci bercampur aduk menimbulkan satu perasaan yang sukar untuk ditafsir. Siapa tidak sedih apabila kebaikkan diri dilupakan? Bukannya dia ingin mengungkit betapa setianya dia menjadi teman Asyiff setelah kematian ayah dan ibu Asyiff. Tapi dengan kejujuran dan ketulusan hatinya yang benar-benar mencintai lelaki itu tanpa batasan, dia berharap sedikit madu daripada bunga, vitamin daripada buah-buahan, khasiat daripada sayur-sayuran segar dan sebagainya. " Eerah, " panggil Saihah, penyewa rumahnya di bahagian atas, " ada orang datang nak jumpa. " Feerah melihat ke arah Saihah yang tegak berdiri berdekatan dengan pintunya. Hatinya tiba-tiba diruntun pilu. Menangis. " Kenapa ni Eerah? Lelaki tu teman lelaki Eerah ke? " tanya Saihah terkejut. Tubuh Feerah yang tadinya beberapa tapak darinya didekati, lalu satu pelukan penuh kasih sayang diberikan. Feerah sudah dijaganya bagaikan anaknya sendiri. " Bukan auntie, " balas Feerah, " dia kawan je. " " Dia permainkan Feerah ke? " tanya Saihah lagi. Feerah menggeleng, " Eerah sayang dia auntie. Kami kawan sejak kecil tapi dia dah tak ingat Eerah lagi. Eerah berubah ke auntie sampaikan dia tak ingat wajah Eerah lagi? " " Eerah semakin cantik, tu lah dia tak kenal. " pujuk Saihah. " Bukan macam tu auntie. " kata Asyiff yang sudah terpacak di hadapan pintu bilik Feerah. " Eh nak, " kata Saihah terkejut, " anak tak boleh masuk! " " Takpe auntie, " kata Feerah, " biarkan. " Saihah mendiamkan diri lama, " takpelah, auntie tinggalkan kamu berdua sebentar. " " Kenapa tak bagitahu kau ni Eerah? " tanya Asyiff perlahan-lahan duduk di tepi katil Feerah. Feerah mengengsotkan tubuhnya jauh, " kalau saya bagitahu pun, awak percaya? Kalau saya ungkit pun, awak ingat ke tentang kita? " Asyiff terdiam. Benar juga katanya. Semenjak menjadi anak angkat kepada Haji Osman. Hidupnya dikelilingi oleh belajar dan seterusnya kerja apabila dia meningkat dewasa. Waktu terluangnya hanya sekejap dan sebab itu dia suka mencari kesenangan itu dengan cara mudah. Sampaikan dia terlupa tentang kehidupan lalunya, berapa banyak orang yang meninggalkannya dan hanya Feerah yang setia bersamanya. Bagaimana dia boleh mengabaikan kasih suci yang dihulurkan oleh Feerah untuknya? " Kalau pun saya lupa, saya akan lebih menyesal kalau kita tak bersama akhirnya, " kata Asyiff tiba-tiba, " janji yang diucapkan adalah untuk ditunaikan dan kasih antara kita itu suci. Jangan disia-siakannya Eerah. Jangan mengalah dengan mudah. Kejarlah cinta kita walau jauh manapun ia cuba melarikan dirinya daripada dimiliki oleh kita. " Feerah menangis terharu, ‘ inilah Asyiff yang aku kenal. ’ Perlahan-lahan, Asyiff memberanikan dirinya mengesat air mata gadis itu. Gadis yang dia pilih untuk sama-sana mencapai bintang di langit. Gadis yang dia pilih untuk menjadi teman sehidup semati. Di kala susah atau senang, di kala air mata jatuh atau bergelak ketawa. Ibu bagi anak-anak mereka yang bakal dilahirkan. Isteri satu-satunya bagi suami bernama Asyiff. " Eerah, " bisik Asyiff perlahan, " sudikah kau menjadi milikku? "
tak sanggup ku kata tidak - Afeerah Zarina.
kembalilah sayang – 007 ( episod terakhir. )
Nuzura termundar-mandir di hadapan pintu bilik Haji Osman. Rasa bimbang menyesakkan dadanya. Pulang-pulangnya dari pertunjukan nyanyian Shimi tadi dikejutkan oleh berita daripada Iqbal bahawa papa mereka kini diserang penyakit jantung secara tiba-tiba. Hati mereka diburu rasa resah. Selama ini mereka tidak tahu nahu tentang penyakit papa mereka ini. Papa mereka kelihatan sihat dan bertenaga. Masih bergaya walaupun umurnya sudah menjangkau lima puluh sembilan tahun. Orang pertama yang papa mereka cari adalah Shimi. " Kenapa Shim? " tanya Nuzura pantas sebaik sahaja melihat Shimi menapak keluar daripada bilik papanya. Shimi menjeling benci, " Uncle takda papa. Dia cuma terkejut je tengok surat cerai yang aku hantar. " " Surat cerai? Surat cerai siapa? " tanya Nuzura hairan. " Surat cerai kitalah! " jawab Shimi kasar membuatkan Nuzura terdiam. Lelaki ini kenapa? Tadi kata sayang, sekarang nak bercerai pula? Kenapa mereka bagaikan dua lelaki yang berbeza? " Kau masih nak cerai dengan aku Shim? " tanya Nuzura perlahan, " tak bolehkah kalau kau lupakan saja kisah lalu? Mulakan kehidupan yang baru? " " Itulah yang aku sedang lakukan, " kata Shimi seolah-olah menyindir, " aku ingin lupakan kau dan jalani hidupku yang baru. Yang pastinya, tanpa ada kaitan sedikitpun dengan keluarga Haji Osman. " Nuzura yang terdiam membuatkan Shimi menyambung kata-katanya, " mengapa keluarga kamu suka menyusahkan aku? Mengapa kamu tak biarkan saja aku hidup sendiri? Aku taknak ada hubung kait lagi dengan kamu! Kau faham tak? Aku menyesal kahwin dengan kau! " " Kau yang datang melamar aku. Kau yang mengambil dan menikahi aku menjadi isterimu. Kau yang membuatkan aku menjadi pelarian. Kau yang membuatkan malam tidurku tidak tenang seperti dulu. Kau yang membuatku terseksa ditinggal setelah cinta untuk kau mulai berbunga. Kau yang membuatkan papa sakit jantung kat dalam. " kata Nuzura perlahan. " Pernah kau dengar aku complaining?! " jerit Nuzura nyaring, " baik. Talaklah aku sekarang. " Shimi terdiam, ‘ talak? Tak mungkin! ’ " Aku nak talak tiga! Jangan alang-alang! " marah Nuzura. PANG! Satu tamparan hinggap di pipi Nuzura tanpa Shimi sedari. Dia menyintai gadis itu dan apa yang dia buat hanyalah untuk mengajar perempuan itu sedikit untuk menghargai dirinya. Tak sangka Nuzura sampai sanggup berkata begitu. " Sayang, maafkan abang. " kata Shimi lalu memegang bahu Nuzura yang menangis memegang pipinya. " Sakit ke sayang? " tanya Shimi menyesal. " Sakit lagi hati ni. " jawab Nuzura lalu berlalu pergi. Membiarkan saja butir-butir air matanya mengalir. Menjadi bukti betapa kali pertama dia ditampar adalah oleh lelaki yang teramat-amat dia cintai. Kekasih yang dulu hilang kini dia telah kembali pulang~ Shimi mengeluh kasar. Rasa menyesal di hatinya membuak-buak. Dia benar-benar tidak menyangka akan menghadiahkan satu tamparan ke pipi halus Nuzura. Pasti memerah dan sakit pipinya sekarang. Shimi mengusap-usap mukanya laju. Menyesal sangat-sangat.
" Hello? " kata Shimi, menjawab panggilan yang masuk ke telefon bimbitnya. " Shimi! Nuzura kemalangan! " kata Haji Osman membuatkan Shimi panik, berlari laju ke Ripas Hospital.
Nuzura terlantar lemah dengan tiub-tiub air dicucuk ke setiap pelusuk tubuhnya. Satu balutan di kepala membaluti dahinya. Wajah gadis itu sembab menandakan betapa sedihnya dia atas kata-kata Shimi tadi. " Tuan Osman, " kata doktor yang keluar daripada bilik Nuzura, " maafkan saya. Saya sudah cuba sedaya-upaya saya. Dia dalam keadaan normal. Cuma gegaran di otaknya saja yang menjadi masalah. Kalau nasib dia baik, dia boleh ingat apa yang berlaku sebelum dia ditimpa kemalangan ini. Kalau tidak, dia mungkin akan hilang ingatan. " Serentak itu, Asyiff, Feerah, Iqbal, Haji Osman dan Shimi terkejut. Shimi bungkam. Dia telah menyebabkan Nuzura hilang ingatan?
Famous – epilog
Shimi tersenyum melihat isterinya dan anaknya, NurFashria Syahirah bermain di taman rumah. Arnab peliharaan mereka terlari-lari dikejar oleh Fashria. Anak lincah itu baru berumur tiga tahun tapi gerak lakunya agak pantas bagaikan orang yang sudah berumur lima tahun. Fashria petah berkata-kata. Wajahnya yang putih melepak membuatkan saudara-saudara yang lainnya terkejut. Wajahnya bagaikan kacukan orang inggeris. Mungkin, itu adalah waris daripada ibunya, Na’ ina Nuzura. " Papa papa! " kata Fashria yang berlari-lari anak mendekatinya, " mama kata dia sayang papa! " Shimi tersenyum. Isterinya memang nakal. Nuzura tersenyum sambil mengusap-usap bulu arnab putih peliharaan mereka. " Papa ada nak cakap apa-apa kat mama? " tanya Fashria. " Cakap kat mama, kalau sayang tu, cakaplah depan-depan. " bisik Shimi ke telingga Fashria. Sekejap saja, Fashria pergi kepada mamanya pula. Membisikkan pesanan Shimi kepadanya. Nuzura tersenyum manis. " Zura sayang abang. " kata Nuzura perlahan sambil duduk di paha suaminya. Shimi mengucup pipi isterinya. Nuzura ketawa kecil. Rasa bahagia kini milik mereka. Setelah tragedi kemalangan tiga tahun yang lalu. Nuzura masih tidak boleh mengingati apa-apa tapi tindakan Haji Osman menyakinkan Nuzura bahawa Shimi adalah suaminya membuatkan hubungan mereka semakin rapat sehinggalah sekarang. Walaupun Nuzura tidak mengingati apa-apa. Itulah yang terbaik bagi Shimi. Mungkin, kenangan lalu itu menyakitkan dan boleh memusnahkan hubungan keluarga yang baru mereka bina. " Mama! Arnab ni asyik lari! " jerit Fashria manja, " arnab sinilah! Aku tak makan kau! "
" White rose? " tanya Nuzura sambil mencium bunga yang baru saja Shimi berikan. Shimi tersenyum, " bunga yang sayang suka. " Nuzura tersenyum manis, " elegantly made. As white as pure, like my love to you? " Shimi mengangguk. Nuzura berjalan melangkah ke pasu bunga yang terdapat di bilik mereka. Mengisi sedikit air ke dalamnya lalu memasukkan bunga-bunga tersebut. ‘ Eh. ’ kata Shimi didalam hati. " Sayang, " panggil Shimi, " macam mana sayang boleh ingat ayat tu? " " Ayat mana bang? " tanya Nuzura kembali. " Ayat, elegantly made. As white as pure, like my love to you. " jawab Shimi. Nuzura mengulangi kembali ayat itu perlahan. Pantas dia menoleh ke arah Shimi. Rasa takut menyerbu laju ke seluruh tubuhnya. Ayat itu tidak sepatutnya dia sebut! Ayat yang sepatutnya dia lupa!
Mungkin, aku mahu memaafkanmu kembali, demi cinta yang ada dalam hatiku ini - Na'ina Nuzura.
ad sambungan ke.......kalo ade cecepat la buat...... cite ni mmg best...tpi lg best kalo ayatnye x tunggang-langgang...i`m sori 2 say...anyway cite ni mmg best......
Assalamualaikum. ehe (: maaflah ye kalau2 ayat saya tu susah nak faham. Ha'ah, Nuzura tu tak hilang ingatan sebenarnya. Dia tipu je sebab tu je jalannya dia dapat sama Shimi. Pada yang kurang faham, saya minta maaf. dan yang lain-lain tu, terima kasih kerana sudi membaca :D
salam... first, maaf bagi komen nie emm....citer nie dah best tapi pning laa.. mule2 tuu dh ok sngt tp ble dh tukar name dngn ayat yg tungng lnggn jadi mrmskn nk bace, ingt nk full stop daa tp xbeh r tak tahu ksdhnnye kn..? ape2pon citer nie dh b'jaya m'buat dr ini t'snym sorang dr dpn pc nie... hehe=) so lps nie hrp eris fashria dpt baiki kslpn2 tu agar pmbc tak tension..hmmmm last, KEEP WRITING("!")
huh..cte ni pening ar..ayat tonggang terblk...buang mase aku je bace cter mcm ni....sape la yg kate best tu,.....adoii aii..lawak ar korang,...cte mcm ni kate best..tajuk je yg gempak..cte hampeh....
x pasti la....Nuzura tu dah pulih ingatan ke blom.... sengaja sembunyikan yg die dh ingat kembali ker...?? x per la...yg ptg citer ni mmg mhiburkan... kpd pnulis: truskan bkarya n tingkatkan lg mutu pnulisan k...good luck..
jalan citernya best sngat2..kisah yang menarik..syok gak bacanyer...tapi pening skit nak boleh pahamkan ayat2nyer..naper pelik jer ayat2 nyer... nice story..syabas wat penulis...
tahniah kpd writer sbb dpt bt cerpen nie,ia 1 usaha yg bgs...tapiiiiiiiiiiiii byk sgt kelemahan. Citer kelam-kabut,susunan terabur, lintang pukang, nama pn b'tukar2..mmg sy pening kepala nk bc,sampai berulang2 bc utk fhmkn cerpen ni, tp sy ttp abiskn jugak sbb nk tau ending,tp sy bole bg 2** jela..writer kena byk blaja lg. susunan dan plot citer 2 penting.
jln cite yg berbeza...tp agk tersirat mesej dia..bnyk penggunaan watak dlm satu cerpen..agak pening. ap2 pon cite ni best bg sy n boleh diperbaiki..(^ ^)
aduh,pening la bc...mula2 ok jer pastu terabur terus tertukar nm ms ader pompuan cium pipi...cium asyiff ke cium shimi???keseluruhan cter ok tp tu la mcm ayat xkena jer..kpd penulis teruskan berkarya tp better bt simple n short jela
aku rase penulis ni owg Brunei tu pasal ayat dia terabur skit..gaye penulisan pun x santai cm cerpen lain..tp okey what..cite dia bleh tahan..biase la,bukan penulis profesional pun..
brunei.sbuah negera y jarang diperkatakan.kpd author,sbg freelance writer, sy mmbri komentar ini.hasil nukilan y agak longgar,terlalu definitive.perlu lbh byk pembacaan utk dptkn karya y solid.idea y agak usang.anak org kaya,lari dr family,kembali bersama.plot y amat popular era 90an.imaginasi kaya y tidak kaya.karya budak kg y xpernah tgk erti mewah.jgn sempitkn minda anda.nasihat plg pntg,bykkn membaca.terutama karya berbahasa inggeris.tq.
cite nie best kalu shimi tue mati ke ape ke.sbb saya x suka lelaki yang macam dia .macam memperbodohkan wanita walaupun yang sebenarnya shimi tu sayangkan nuzura.ayah nuzura pon sama saya x suka!!tapi saya suka jugaklah cite ni.
best laa bce cerpen nihh ~ kalau bole nak share je dgn frend . wow ! mmg GILA best laa crite nihh . < asal ade gak org kate cite nihh xbest , kalau xpaham buatbuat laa paham > best - best - best - best - best - best - best
fullamak!!bez glew! aku main pilih jew nk bace,.xsngka plak brs mcm ni..ayat dye b'belit,..tp klau dibuat n0cel mmg n0 hal la..tp nipis..hehe caiyock!!
da first impression when i read this story is, it was a gud beginning.. tp bila ak bca bhgian kt tgh tue, aduhai... mula pening kpla...crta mmg best... tp plot xda... bhsa pun tunggang langgang... susah sgt nk fhm...jln crta pun bbelit2 jer..xda kronologi..out of 10, i give 2... but it was an excellent trial... do the best for ur nxt stories...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Bestlah cite ni..
sedih de,kelakar pun ada..
yang penting bahagia..
good job...