Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Sarah, ambik ni! Saya beli untuk awak kat pasar malam,"Raffi menghulurkan seutas gelang tangan yang berwarna biru air laut. "Kenapa awak bagi saya?" Tanya Sarah ingin tahu. "Saja. Tak baik kalau tak ambil apa orang bagi. Awak kan suka warna biru anak laut." "Mana awak tahu saya suka warna tu?" "Yelah sebab ada dua warna je. Satu warna ni, satu lagi kelabu tahi anjing. Takkan awak suka warna tahi anjing kot. Takde tastelah plak. Betul tak?" "Saya tak kisah warna apa pun, janji orang yang bagi tu ikhlas bukan ada udang dalam mee goreng basah pulak!" kata Sarah tak berperasaan. "Eh, awak pandai gak buat lawak! Tapi apsal saya rase tak kelakar?" "Ada saya kisah? Sudahlah lecturer dah datang, saya nak masuk kelas." Sarah terus berlalu masuk ke dalam kelas. 'Alah En.Nash ni kacau daun pula, baru nak sembang-sembang.' Gumam Raffi sendirian dan berlalu masuk ke dalam kelas.
Raffi menunaikan solat maghrib di dalam bilik kerana tidak sempat solat berjemaah di masjid disebabkan aktiviti Kesatria yang habis lambat. Raffi mengambil Al-Quran dan membaca dengan penuh tertib. Selesai mengaji, dia menyalin kain sarung kepada seluar pendek bawah lutut. Aurat kena jaga. Raffi mula membuka laptopnya untuk menyudahkan assignment civil yang masih belum siap. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.. "Sosej, bang? Seringgit dua posen je,"rupanya mamat jual sosej kasi suspen. Perut Raffi agak lapar tika itu. Dia membeli lima bungkus. Cukuplah untuk dia melantak. Selesai membuat bayaran, muka Asyraff terjongol di depan pintu biliknya. "Hah, kau nak apa Acap?" Tanya Raffi berbasa basi. "Wei, Mira mesej aku tadi. Betul ke kau bagi gelang tu kat Sarah?" Tanya Asyraff pulak. Raffi duduk diatas katil dan Asyraff masuk kedalam bilik lalu menutup pintu bilik. Asyraff benar-benar ingin tahu. "Kalau aku bagipun, apa masalahnya? Sarah tu bukan siapa-siapa punya, hak milik ayah dia lagi." Jawab Raffi endah tak endah dengan soalan Asyraff itu. "Memanglah, tapikan kau kata gelang itu untuk emak kau, Apsal kau bagi dia? Tu yang aku tak puas hati?"marah Asyraff. Raffi hanya tersenyum melihat wajah tidak puas hati rakannya. Dia masih ingat lagi, semasa mereka pergi ke pasar malam. Niat hati cuma nak jalan-jalan tengok baju, tapi matanya tertacap pada seutas gelang tangan yang membuat hatinya rasa tertarik. Belum sempat dia mahu melihatnya Asyraff terlebih dahulu mengambilnya dan bertanyakan harga. "Wei kalau aku bagi Mira gelang ni, okay tak?" Asyraff cuba bertanyakan pendapatku. Hati Raffi sudah panas sebenarnya tapi tiba-tiba dia mendapat satu akal yang agak matang. "Aku rase x sesuailah. Warna ni tak sesuai dengan dia. Cuba kau bayangkan dia pakai baju biru, kain biru, tudung biru, kasut biru dan gelang biru dah macam minah blue dah rupanyer. Lagipun warna biru camni tak sesuai dengan remaja, orang tua okaylah,"Raffi mengemukakan hujahnya. "Yeke? Tak tahu pula aku. Nak beli ke tak?" Asyraff mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu. "Baik kau bagi aku beli untuk emak aku. Lagipun mak aku suka warna birut air laut ni,"pujukan Raffi berhasil. Dia membayar gelang berharga rm15 itu. Walaupun murah tapi bermakna. "Wei berangan pula mamat ni! Wei aku Tanya kau buat dek cam cakap dengan bantal golek pula," Raffi membiarkan Asyraff membebel sendirian. Dia menyambung kerjanya sambil makan sosej yang dibeli tadi.
Sarah membelek-belek gelang tangan yang diberi Raffi pagi tadi. Cantik sungguh gelang tangan itu. Dia tersenyum sendirian. Dia hairan mengapa Raffi menghadiahkan gelang ini kepadanya. Lelaki itu memang aneh tetapi kelakar sikapnya. Walaupun bermuka tembok tapi memang tak dapat dinafikan ketampanannya. Cuma kadangkala sikap Raffi yang tidak serius itu menyakitkan hatinya. "Hai menung jauh nampak. Orang dapat gelang patutlah berangan semacam," sapa Reha. Sejak tadi dia lihat rakannya asyik membelek gelang tangan pemberian Raffi itu. "Sarah, boleh aku Tanya kau satu soalan?" "Boleh tapi satu jer,"jawab Sarah. "Kau suka ke kat Raffi tu?" "Ikhlas aku cakap kat kau yang aku memang anggap dia tu macam kawan-kawan yang lain. Tak lebih pun dari tu. Aku pun rasa dia cuma anggap aku macam kawan biasa. Kenapa kau tanya macam tu?" Sarah pula bertanya. "Sebab aku rasa Raffi suka pada kau. Cuba kalau satu hari dia luahkan perasaan dia pada kau, kau terima tak dia?" Tanya Reha lagi. She curious. "Never!"
"Wei, tunggu akulah. Jalan tak pandang orang langsung!"bebel Asyraff. "Kau tu jalan lambat sangat macam itik serati,"kata Raffi acuh tak acuh. "Kau tahu tak semalam Amin cakap kat aku yang Sarah dengaan budak senior nama Afdhal tu. Wei, kau serius tak dengan minah tudung labuh tu?" tanya Asyraff curious. "Kau ni macam pompuan pula, suka gosip-gosip murahan pula. Kalau aku suka kat dia pun, perlu ke aku bagitahu satu dunia. Cukuplah aku tahu, dia tahu. Simple and cool!" "Banyaklah kau. Sekali kena kebas, kelabu biji mata kau sekali dengan cermin mata ko skali jadi kelabu." Asyraff mencebik. "Wei, tengok tu, Sarah!" Asyraff memusingkan kepala Raffi kearah Sarah. Sarah sedang asyik berbual dengan Afdhal ditepi kelas. Tiba-tiba Raffi jadi panas melihat mereka bedua. Dengan pantas dia mengatur langkah menuju kearah dua manusia tersebut. Asyraff mengikut dari belakang.
"Sarah sudi tak jadi teman abang. Abang betul-betul ikhlas pada Sarah," ucap Afdhal pada Sarah. Sarah hanya menundukkan kepalanya. Dia malu. "Sarah tak suka pada abang? Kalau Sarah tak suka, abang tak paksa. Nikan soal hati dan perasaan Sarah," ujar Afdhal lagi. "Bukan Sarah tak suka pada abang, cuma…" Belum sempat Sarah menyudahkan kata-katanya Raffi datang menyampuk. "Cuma Sarah suka kat aku bukan abang. Jadi abang boleh pergi jangan kacau Sarah lagi dan abang boleh cari kakak-kakak senior lain. Takkan nak budak kecik kot!" lantang Raffi meluahkan kata-katanya. Semua mata tertumpu pada mereka bertiga. "Saudara ni kekasih Sarah ker?" Tanya Afdhal. "A'ah. Kami dah lama dah jadi pasangan kekasih, cuma saya dan dia tahu. Kami tak suka menghebahkan cerita dalam kelambu!" kata Raffi penuh perasaan. "Apa yang awak merepek ni Raffi?" Marah Sarah. "Abang, saya dengan dia cuma rakan sekelas saja tak lebih dari itu. Saya rasa lebih baik abang pergi dulu, jangan layan dia ni." Ujar Sarah. "Saya tak merepek. Awak suka sayakan Sarah?" Raffi bertanya penuh debaran. "Tak, saya tak pernah sukakan awak. Saya cuma anggap awak macam rakan sekelas. Itu saja, tak lebih dari itu. Awak kena faham itu!" terang Sarah penuh semangat. "Tak! Awak tipu bukan? Apa kurangnya saya?" "Saya tak ada masalah dengan awak langsung, jangan halang perjalanan saya!" Sarah cuba melarikan diri. Namun Raffi segera menghalang. "Saya masih tak puas hati!Saya nak tahu juga kenapa awak tak sukakan saya? Saya perlukan penjelasan,"jerit Raffi. Dia mencengkam lengan Sarah. Sarah cuba melepaskan cengkaman Raffi. "Sakitlah! Awak nak tahu kenapa? Sebab awak lelaki yang tidak serius yang hanya tahu main-main dan suka memaksa. Awak tahu perangai awak totally saya benci sangat. Takde apapun yang saya suka kat awak. Awak ada ke tak ada ke, sama saja bagi saya! Awak dah faham sekarang?" luah Sarah. Raffi melepaskan cengkamannya dan berlalu pergi bersama hati yang remuk.
'Awak tahu perangai awak totally saya benci sangat. Takde apapun yang saya suka kat awak. Awak ada ke tak ada ke, sama saja bagi saya! Awak dah faham sekarang?' kata-kata Sarah itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga Raffi. Raffi menjerit sekuat hati. Asyraff segera mendapatkan raffi. "Aku rasa kau kena bersabar dan bagi Sarah masa. Aku rase kau terlalu memaksa dia!" pujuk Asyraff. Dia tahu rakannya berada di dalam kekecewaan. "Kau rasa aku ni teruk sangat ke? Aku tak layak ke untuk gadis macam dia?" Raffi bertanya kepada rakannya. "Tak tapi mungkin teruk sikit jer. Tak sebenarnya kau terlalu keras, lagipun kita tak boleh duga perasaan orang. Jadi kau kena belajar bersabar!" nasihat Asyraff. "Boleh tak kau tolong aku?" "Tolong apa?"
Hatinya meronta-ronta mahu berjumpa dengan Sarah. Dia cuba mahu slow talk dengan Sarah. Dia tak mahu kecewa kali ini. Dari jauh dia nampak susuk tubuh Sarah dan Reha. Dia tersenyum. "Kenapa tak boleh jumpa esok? Tak elok perempuan macam saya ini keluar malam-malam jumpa lelaki. Cepat sikit, apa yang mustahak sangat?" Tanya Sarah tanpa memandang wajah Raffi. "Awak masih marahkan saya? Saya minta maaf. Saya tahu saya terlalu mendesak awak. Tapi saya cuma mahukan sedikit penjelasan." Ujar Raffi penuh sopan. "Penjelasan apa lagi? Saya rasa awak dah faham?" "Memang saya faham tapi adakah langsung takde sekelumit pun perasaan cinta awak pada saya?" Tanya Raffi. "Kalau awak nak tahu bukan awak saja tapi mana-mana lelaki pun. Saya cuma sayangkan seorang lelaki dalam hidup saya. Takkan ada orang lain." "Siapa?" "Ayah saya. Hanya dia yang saya sayang dalam hidup saya." "Saya pun sayang ayah saya. Saya boleh menggembirakan awak Sarah. Percayalah!" rayu Raffi. "Takde perkara lain yang mampu menggembirakan saya selain dapat melihat ayah saya mampu untuk melihat keindahan dunia ini semula. Hanya itu yang menggembirakan saya. Saya tak perlukan cinta lelaki lain. Jadi saya taknak awak ganggu saya lagi sebab saya kat sini untuk belajar dan capai cita-cita saya untuk memulihkan kembali ayah saya. Itu saja matlamat hidup saya. So, please don't disturb me! Ambil balik gelang ini. Saya tak rasa saya memerlukannya!" Sarah pergi meninggalkan Raffi penuh kehampaan.
Dua minggu berlalu dengan cepat. Tinggal lagi sebulan final exam akan menemui semua. Ada yang dah mula study beria-ria. Perpustakaan dah macam pasar ikan. Sesak macam traffic jam gamatnyer. Namun Asyraff ulangkaji sendirian, tidak lagi ditemani Raffi yang sudah menghilang. Dia pun hairan kemana perginya rakannya itu. Sarah pun musykil dengan kehilangan lelaki itu. Kadangkala dia diselebungi perasaan bersalah. "Reha, cuba kau tanya Acap tentang Raffi." Pinta Sarah. "Apsal pulak? Kau gilah tanya sendiri. Kau yang nak tahu tapi aku pelik buat apa kau nak ambil tahu hal orang yang kau dah sakitkan."luah Reha. "Kenapa ni Reha? Kau marah aku ke?" Tanya Sarah kurang pasti. "Memang aku marah kau. Orang macam kau ni pentingkan diri. Kalau aku ditempat kau. Aku takkan lukakan hati orang yang cintakan aku walaupun aku tak cintakan dia." "Apa yang kau akan buat?" "Dalam hal macam ini, kita memerlukan akal Sarah. Bukannya hanya mneluahkan perasaan semata-mata. Kita kena fikirkan tentang hati orang lain. Kau tahu manusia berbeza-beza. Kita tak tahu hati budi orang. Aku dapat rasa Raffi terlalu cinta pada kau, sehingga dia tak dapat kawal kekecewaan hati dia. Bukan semua lelaki yang anggap sesuatu perkara itu mudah. Kita perempuan tak dapat tahu isi hati lelaki. Seorang lelaki jika dia benar-benar jatuh cinta, dia akan tempatkan dihati bukan pada nafsu. Aku harap kau faham apa yang aku nasihatkan. Aku tak marah pada kau tapi cara kau itu yang buat aku marah. Aku minta maaf jika perbuatan aku sebentar tadi menyakitkan," ujar Reha panjang lebar.
Sarah mendapat panggilan dari Dr. Raimi Syazwani tentang ayahnya. Sesungguhnya Sarah berasa amat bersyukur. Sejak kecil lagi dia berdoa agar mata ayahnya dapat dipulihkan. Perkhabaran ini membuatkan dia menjadi insan yang paling gembira, tetapi kenapa dia tidak mendapat sepenuh kegembiraan itu? Dia merasakan seperti ada yang kurang. Cinta? 5 tahun berlalu…..
Akhirnya, dia berjaya mendapat segulung ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam. Walaupun matanya agak rabun, ayah Sarah dapat melihat Sarah menerima kertas keramat tersebut. Reha,Mira dan Asyraff juga turut memperoleh ijazah masing-masing. Sesungguhnya hari tersebut menjadi hari yang indah buat mereka semua. Namun dari kejauhan, ada insan lain yang mendengar sorakan kegembiraan mereka semua. Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata pujian, ucapan tahniah yang keluar dari bibir para mahasiswa dan mahasiswi serta ibu bapa. Alangkah indahnya jika dia juga dapat berada ditempat mereka. Dia menghayun langkah menuju ke pintu besar untuk keluar dari dewan tersebut. Tanpa semena-menanya dia terlanggar pasu besar di tepi pintu. Pasu tersebut jatuh lalu pecah berderai. Semua mata memandangnya. Dia cemas. Sarah dan rakan-rakannya turut memandang. Seorang lelaki yang masih muda sedang meraba-raba mencari tongkatnya. Asyraff terus menerpa ke arah lelaki tersebut untuk membantu. Sarah cuba menghampiri. Tiba-tiba dia dihalang oleh dua orang guard yang cuba untuk membersihkan pasu tersebut. Keadaan yang senyap tadi menjadi hinggar- binggar semula. Entah mengapa Sarah ingin berjumpa lelaki tersebut. Dia seperti kenal lelaki itu. Otaknya ligat mengimbau memori lama. Raffi! Sarah terus berlari mencari lelaki itu. Dia mundar mandir ke hulu kehilir mencari Raffi. Namun bayangnya pun tiada. Dia melihat Asyraff datang menghampirinya. "Acap, aku nampak Raffi! Kau ada nampak?" Tanya Sarah. Asyraff hanya mendiamkan sendiri. Melihat Asyraff yang hanya diam seribu bahasa dia cuba mencari lagi. Belum sempat dia pergi, Asyraff menyebut namanya. "Sarah, dia dah pergi!" "Apa? Aku nak jumpa dia! Mana dia?" Tanya Sarah bertalu-talu. "Dia dah pergi. Dia bagi kau ini. Ambillah," Asyraff menghulurkan sepucuk surat dan sebuah kotak. Sarah mengambil barang tersebut. Perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke taman universiti. Dia membuka surat tersebut…
Assalamualaikum… Sarah, Sejak kali pertama melihat wajahmu, hati ini sudah tertarik dengan keindahan ciptaan-Nya. Hati ini juga berazam untuk menjadikan wajah itu sebagai suri di hati ini. Aku cuba menarik perhatianmu, tapi aku lelaki polos tentang erti cinta. Jadi aku jadikan kau tempatku bergurau kerana aku dapat merasakan kau dekat padaku. Setiap kali melihat wajahmu yang masam mencuka hatiku jadi tenang amat. Aku rasa bahagia sangat. Aku fikir kau sengaja marahkan aku. Aku suka melihat kau, aku tahu kau wanita yang baik bukan kerana kau bertudung labuh tapi kerana kau pandai menjaga maruah kau. Sarah, Setelah aku luahkan perasaan ini padamu, aku rasa lapang. Tapi bila kau menolak aku mentah-mentah aku kecewa sangat. Maaf ayatku tak teratur sangat. Sudah lama tidak memegang pena. Aku tahu kau ada alasan sendiri kenapa kau menolakku. Aku terima. Tapi aku masih belum puas. Aku mahukan kau gembira kerana aku terlalu cinta padamu. Hati ini sudah lama menjadi milikmu. Sarah, Pemahaman aku dalam erti cinta yang sebenar adalah cinta bukan semestinya memiliki tapi mengorbankan diri demi orang yang kita cintai dan sayangi. Aku ingin sekali lihat kau bahagia, kau gembira dan tersenyum sentiasa. Walaupun apa yang aku korbankan tidak seelok mana tapi masih boleh digunakan. Tapi untuk lebih elok aku ada bawakan barang yang berharga untukmu. Gunalah sebaik mungkin. Sarah, Sebelum aku pergi, aku ingin sekali mendengar ucapan cinta darimu. Namun aku sedar itu Cuma mimpi. Tapi sekurang-kurangnya aku lega yang kau tahu AKU AMAT AMAT AMAT CINTAKAN KAU. Maaf sekali lagi tulisan aku buruk. Tak secantik dulu. Aku harap kau bahagia sayaang. Kau sentiasa dihati. Terakhir kali aku pinta darimu. Izinkan aku merinduimu sayang.. Assalamualaikum..
Sarah melipat kembali surat yang sudah basah dengan air mata itu. Dia mengambil kotak tersebut dan membukanya. Cermin mata yang dipakai Raffi dahulu. Ada secebis kertas diletakkan di cermin mata tersebut. 'Khas untuk ayah Sarah'. Membacanya saja Sarah terus menangis. Ada lagi barang di dalam kotak tersebut. Gelang tangan warna biru air laut yang agak pudar warnanya. Ada secebis kertas juga diselitkan. 'Khas untuk Sarah'. Sarah terus mencium gelang tersebut dan air matanya terus mengalir deras. Sarah menjerit perlahan, "Saya cintakan awak Raffi untuk selamanya". Jeritan itu telah didengari lelaki buta itu yang sejak tadi berada di taman juga tanpa Sarah sedari. Sebaik mendengar lafaz tersebut, lelaki itu melangkah pergi meninggalkan Sarah. Bibirnya mengukir senyuman dan berkata. "Selamanya Sarah.."
scr logik nye.... mata bkn la organ yg bleh didermakan dlm keadaan penderma tuh hidup.... mata hanya bleh didermakan bile penderma tuh mati... dh mati tuh la bru bleh mata tuh diserahkan pd penerima organ dermaan tuh.....
salam syah asyraffi. nice story, ur story made me touched.hu2~
tapi untuk menderma mata, bukan senang2 tau. saya setuju dengan slah satu komen kt atas yang pasal mata tu. so, before start writing u better study and make research about the topic in ur story. tambah2 lagi kalo bab sains, medic or techn to make ur story 'berinfo' and not just a story. :)
ejarosliza said- nice story.....story nie nk same ngan kisah hidup shbt saye...ta p x smpi mderma matalh....hehe....name perempuannye pun same....i like....
errmm,,cite ok tp klau derma mata is consider haram dlm islam,,,sbb drp sempurna jadi x sempurna,,,kite x blh derma organ yg menyebabkn kte jd x sempurna,,,klau mcm buah pinggang or hati xpe sbb kte still blh hdp,,,cuba bygkn klau kte derma tangan,,,drp x cacat tros jd cacat
mmg best cite nie....hanya untuk org yg die kasihi,die snggp mengorbankan diri...nie dinamakan cinta sejati... kepada penulis...teruskan perjuangan anda...kami sebagai pembaca berdoa agar anda terus menulis..
astaga si raffi ni... da tau sarah cintakn dia, bleh plak dia pergi cmtu je.. yela an,dia da buta xnk la ssh kn sarah.. errmm,sesal dlu p'dapatan sarah...
tahniah penulis sebab mesej yang nak disampaikan kirenye success, tapi sebelum mulakan penulisan karya, harap buatlah kajian atau 'homework' sikit pasal fakta-fakta yang nak ditulis..ade komen yang tulis menderma organ yang menyebabkan kite cacat hukumnya haram, dapatkan pandangan org yang bpengalaman sebelum memulakan penulisan..anyway tahniah, sebab dpt hasilkan karya ini.
sedihnya tpi x puas ati sbb x brsama...waaaa.....apa pun good luck!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhuhu...sedih plak..siot la..tp kan ader ker org yg sgp korban kbhagian cdiri camtu...logik ker????