Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" masih lagi tidak terlewat untuk aku ucap tahniah .. Di atas kehadirannya menggantikan aku,.. Pastinya oh hidupmu akan lebih bermakna,.. Dan aku usah kau kenang walau kita pernah berkasihan…." Begitu indah dan sayu hatiku takkala mendengar bait- bait lagu pelamin anganku musnah nyanyian azie, hatiku bertambah sayu apabila dj radio berceloteh tentang kisah kasih yang tidak pernah kesampaian. Hatiku mula sebak dan fikiranku mula mengelamun sebentar kerana mengingatkan kisah yang pernah terjadi dalam hidup aku. Kadangkala sejarah hitam itu membuatkan aku tidak lena tidur. semua kenangan itu cuba aku lupakan , namun semakin aku mencuba semakin hatiku meronta-ronta minta diingati..dan saat itulah tanpa aku duga airmata ini jatuh lagi. "argh…..kenapa aku harus mengingati lelaki itu lagi, sedangkan dia di saat ini mungkin sedang bahagia melayari hidup bersama wanita itu…sedangkan aku?????masih lagi begini….apa nak jadi dengan aku nih..???" hati kecilku terdetik seketika untuk berubah…biarlah takdir tuhan yang menentukan segalanya". Ingatan ku mula berputar tentang apa yang telah terjadi suatu ketika dulu. Semuanya msih segar dalam ingatanku, aku masih boleh merasakan kehangatan tangannya sewaktu dia melafazkan kata- kata cinta pada diriku. Saat itu akulah insan paling bahagia kerana mempunyai seorang kekasih yang satu ketika pernah menjadi rebutan kawan-kawanku. Petang itu,pantai Merdeka menjadi saksi betapa aku menyintai lelaki bernama Razali itu. angin laut bertiup lembut dan burung-burung menyanyi riang .Razali tersenyum lebar memandangku, kumis di wajahny a menambah lagi ketampanannya, hati wanita mana yang tidak cair dengan keterampilan dia "Yan .. Lie nak Yan tau yang Lie betul-betul sayangkan Yan , dan Lie tak nak kehilangan Yan " lantas jari jemari kasar Razali memaut kemas tanganku. Aku tersipu-sipu malu seperti anak kecil yang baru mendapat mainan "Lie , tak rasa menyesal ke sayang ngan Yan ???" aku seolah meragui kasih sayangnya padaku "menyesal???? Tak pernah pun Lie fikir macam tu sayang .Yan tu aje yang asyik fikir yang bukan-bukan nanti suatu hari nanti kita berdua akan membina mahligai cinta kita dan didalamnya ada anak-anak yang comel. Yan nak berapa orang anak ????nanti Lie bagi" kata Razali berseloroh denganku. Aku hanya mampu tesenyum mendengar pertanyaan Razali itu, kerana bagiku masih terlalu awal untuk aku berfikir tentang itu, masih banyak yang aku perlu lalui dan masih banyak impianku yang tak tercapai lagi. "Yan,… Lie ada satu lagu nak tujukan khas buat Yan .Yan sudi nak dengar???" lantas tangannya terus mencapai gitar buruk kesayangannya "hmm..boleh juga tapi kalau suara Lie tak sedap Yan nak balik lah" kataku sambil tersenyum manja pada Lie. "khas buatmu sayangku Azian , terimalah cinta pantai Merdeka" aku tersenyum dan turut sama menyanyi bersama Razali. Sayup –sayup jauh kedengaran suara kami berdua , sesungguhnya saat-saat ini terlalu berharga untuk aku akan ku kenang sehingga akhir hayatku. Itu janjiku... ------------------------------------------------
Setelah beberapa bulan aku dan Razali tidak berjumpa dek kerana masing-masing terlalu sibuk dengan tanggungjawab yang terkalas di bahu . aku sibuk dengan assignment yang nak dihantar pada pensyarahku dan dia sibuk dengan urusan di hospital . tugasnya sebagai Medical Assistance membuatkannya dia sentiasa sibuk, namun aku memahami semua itu . semua itu tidak pernah mematahkan kasih sayang ku kepada dia malah semua itu ku jadikan penguat cinta kami, janji untuk bersama terpahat kuat disanubariku . rasanya , tak sabar aku untuk menjadi permaisuri hidup Razali. Petang itu, mataku hanya tertumpu pada laptop acer hadiah dari ayahku . banyak yang perlu aku siapkan sebelum pukul 8 pagi . "saya puan Syarifah nak assignment ini berada di atas meja." Terngiang-ngiang Kata puan Syarifah pada pelajar Diploma Kejururawatn " aduh….macam mana nih pening kepala aku" mataku dah mula melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul 5 petang . hatiku mula gusar memikirkan hari esok tiba-tiba.. RING!!!RING!!! Telefon bimbitku berbunyi "ah..siapa pula yang telefon nih?keje aku masih belum siap lagi nih" ngomelku sendirian "assalamulaikum, yan ni mak nih," mak??? Pelik aku kerana nada ibuku seperti terkejut " waalaikumsalam, eh …mak kenapa nih? ,macam terkejut je nih?" tanyaku lembut "yan, mak nak kau balik esok ada benda yang mak nak bincangkan penting yan mak harap kau dapat balik" balik????untuk apa , banyak petanyaan bermain di fikiranku "baiklah esok lepas kelas yan balik ye" aku malas nak bertanya itu dan ini kepada ibuku nanti aku pulak dimarahi, lebih baik aku diam saja. Persoalan yang bermain di fikiranku ku biarkan saja. Aku terus meneruskan kerjaku, padaku assignment puan Syarifah lebih penting.kalau aku lewatkan mungkin aku akan digantung kolej. --------------------------------------------------
Petang itu , selepas tamat kelas aku bergegas ke puduraya menaiki bas terus pulang ke kampung.dalam hatiku memberontak apa yang penting sangat yang ibuku mahu bincangkan "soal ape ye???????pasal Lie ke????ke pasal apa nih????hmmm" aku mengomel sendirian. Tepat jam 6 ptang aku tiba di rumahku ibuku terus meyambutku di muka pintu. Malam ini , aku makan masakan ibuku, rindunya aku pada masakannya .selalunya tiap-tiap hari aku hanya makan makanan yang disediakan di kolej naik jemu aku dibuatnya tapi aku terima saja demi cita-cita aku. Sedang aku duduk di ruang tamu sambil menonton Nur Kasih di tv3 ibuku datang menghampiri "yan, mak ada benda nak cakap dengan kau nih mak harap kau dapat terima semua nih dengan hati yang tenang" serius nada ibuku, aku bertambah suspen "apa mak, macam pelik je nih…ni mesti ada apa-apa nih?kan" tanpa melihat aku ibuku menyerahkan sekeping kad berwarna merah hati. Tanpa berlengah aku terus membuka kad tersebut "walimatul urus, kami menjemput tuan/puan ke majlis perkahwinan anak kami MOHAMAD RAZALI AMRAM BIN SYAZWAN bersama NOOR FAZURA BINTI AHMAD pada 10 feb 2008 diharap kehadiran tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis kami pada hari itu"…lama aku termenung, airmataku tak dapat ku tahan lagi aku terus berlari mencapai kunci kereta dan terus memecut kereta waja milik ayahku kerumah Razali dalam perjalanan aku terus beristighfar yang mengatakan itu bukan Razaliku yang akan berkahwin "ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini, ya Allah…."airmataku ini tidak dapat aku tahan lagi..mengalir…mengalir dan terus mengalir..tanpa henti. Sekarang aku tiba di rumah Razali . aku mahukan penjelasan malam ini juga "assalamulaikum….makcik Lie ada tak?" perlahan nadaku menahan sebak "oh..yan…ada..masuklah dulu"makcik zaini, tersenyum padaku "tak apalah makcik yan datang kejap je nih, yang datang nak jumpa Lie je hm makcik saya nak mintak keizinan makcik nak jumpa di luar sekejap boleh tak??"makcik zaini diam , tak lama kemudian dia mengangguk tanda setuju .aku memberi isyarat pada Razali untuk masuk ke dalam kereta, lantas aku memecut laju ke suatu tempat yang tidak asing bagi kami berdua lagi. Suasana yang dingin dan sunyi seolah memahami hatiku yang sedih. "Lie….apa semua ni????betul ke Lie nak kahwin?????"tersedu-sedu aku bertanya.Razali hanya diam seribu bahasa , kemudian dia mengangguk "Lie!!!!!!!...sampai hati Lie buat Yan macam nih…dimana letaknya kasih sayang yang kita bina dahulu???mana janji Lie dahulu???patutla msj Yan , Lie tak pernah nak balas call pun tak pernah nak angkat..rupanya…" aku tak mampu meneruskan kata-kata aku lagi hanya airmata saja yang mmapu mengungkapkan segalanya. "Yan maafkan Lie….maafkan Lie kerana melukankan hati Yan….maafkan Lie..sayang" lantas Lie memeluk erat aku. Hancur hatiku seperti pasu seperti pasu yang jatuh ke tanah, diamana hilangnya kasih sayang yang telah terbina selama 6 tahun.begitu tega hatinya melukakan hatiku, hanya dengan kata- kata maaf sahaja tak mampu menutup lukaku yang berdarah itu, terasa torehannya begitu mendalam kali ini.malam ini menjadi malam yang begitu hambar bagiku.aku menolak pelukan Razali "Lie, andai ini keputusan Lie dan Lie tak akan pernah menyesal dengan apa yang Lie buat ini . baiklah Lie teruskanlah , Yan akan doakan agar Lie bahagia disamping dia ..pasal Yan, Lie janganlah risaukan ye..tahulah Jie uruskan hidup Yan. Yang penting Lie habiskan kisah cinta Lie dengan dia , jangan sia-siakan dia seperti mana Lie sia-siakan Yan ye". Takkala saat itu, hatiku sebak tak mampu lagi aku mengeluarkan kata-kata hanya itu saja yang mampu aku ungkapkan pada Razali. Hancur luluh hatiku hanya tuhan saja yang tahu, hampa, kecewa. Panas yang kuharapkan sampai ke petang rupanya hujan di tenggah hari. Aku pulang pada malam itu, dengan deraian airmata yang tak henti-henti. ."ya Allah…sesungguhnya kau berikan kau kekuatan..apa yang aku takutkan telah terjadi dan aku mohon aku diberi kekuatan untuk meneruskan hidup ini" di atas sejadah ku luahkan segalanya.aku seperti hilang segalanya pada malam itu, namun ku tekadkan hati untuk menerima semua ini yang Lie bukan milikku, dan disebalik semua ini ada tersembunyi hikmah segalanya. ----------------------------------------------------------------------- Pagi itu, aku bersiap untuk menghadiri perkahwinan Razali. Terasa lemah langkah ini buat seketika namun ku gagahkan diri untuk menghadirinya juga. Ingin sekali aku melihat dirinya di atas pelamin impian kami , walaupun disisinya waktu itu bukanlah diriku. Aku memakai baju kebaya berwarna merah hati, hadiah dari Razali. Aku harap inilah kali terakhir aku berjumpa dengannya, setibanya aku disana aku dapt melihat warna-warni kemeriahkan majlis perkahwinan mereka "makcik ,.tahniah ye atas perkahwinan Lie"aku tersenyum , lantas menghulurkan bungkusan bewarna biru kepada makcik zaini "terima kasih yan. Yan jemputlah makan kejap lagi pengantin sampailah" aku tersenyum simpul dan terus duduk di kerusi yang disediakan. Tiba- tiba kedengaran paluan kompang bertalu-talu aku tahu mempelai telah sampai, makin kuat kompang dipalu makin sakit hatiku seperti dipalu dengan cemeti. Airmata aku terus mengalir melihat Lie berpengang tangan sambil tersenyum bahagia. Mereka duduk di pelamin .ya pelamin yang aku angankan dengannya sepatutnya aku yang duduk disisinya saat itu…bukan perempuan itu. Mereka membina mahligai di atas penderitaanku..tapi aku redha diatas segalanya yang terjadi nyata dia bukan milikku.hari ini berlalu dengan penuh duka "dia bukan milikku lagi!!!!!"hati kecilku berkata, hari itu adalah hari terakhir aku melihat Razali dan aku berjanji yang dia tak akan pernah melihat diriku lagi selamanya. ----------------------------------------------------------------- Kedengaran suara riuh-rendah sanak saudara di ruang tamu makcik zaini . semua tersenyum melihat pengantin baru yang seperti malu-malu kucing , ramai yang mengusik mereka tentang malam pertama mereka pada malam itu.malam itu, adalah malam memotong kek dan membuka hadiah "abg,…cuba buka hadiah yang warna biru tu..nampak macam ada something yang menarik je"kata fazura pada Lie "kejaplah sayang..hmmm tak sabar betul isteri abg nih" Razali tersenyum melihat isterinya lantas tangan Razali membuka bungkusan biru itu. Terkejut Razali apabila melihat hadiah tersebut sepasang baju melayu berwarna merah hati . Razali terdiam seketika , fikirannya berputar-putar mengingatkan Yan. Itulah kenangan dirinya adan insan bernama AZIAN …di dalamnya terselit sepucuk surat. "Lie …aku doakan kau bahagia bersama insan tersayang.. Walaupun hatiku kau luka namun aku tak pernah menyalahkanmu.. Mungkin takdir itu bukan milik kita berdua.. Dan aku yakin kau akan bahgia dengan fazura.. Kau sematkanlah semua kenangan kita berdua di sedikit sudut hatimu Berikan ruang hatiku sedikit pada kenangan-kenangan kita.. Dan aku…akan pergi jauh dari hidupmu.. Ingat aku dalam setiap doamu………………azian"
Suasana yang ceria telah bertukar .rasa bersalah mula menyelubungi hati Razali, namun demi isteri yang baru dinikahinya petang tadi. dia cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku, cebisan surat itu dilipat dan disorokkan dari pandangan fazura."kenapa abg???ada apa-apa ke??" Razali hanya menggeleng dan tersenyum. --------------------------------------- Aku hanya termenung malam itu , sambil melihat bulan . mereka mungkin sedang bahagia saat ini,memadu asmara.sepatutnya , mala mini adalah malam aku dan Razali tapi …………saat ini aku masih sendiri mencari sebab kenapa Razali menikahi fazura.hingga saat ini Razali tidak memberitahu aku kenapa dia lakukan semua ini. Namun biarlah , semuanya telah terjadi dan aku tak mampu melakukan apa-apa lagi .aku????aku akan teruskan hidup ini dan akan ku pergi jauh dari hidup mereka demi merawat luka di hati ini. Aku hanya berdoa agar mereka bahagia dan tidak semestinya setiap cinta itu bersatu. ----------------------------
Lamunanku tiba-tiba terhenti dek kerana bunyi telefon "sayang….b dah tunggu lama di luar nih..kenapa tak keluar-keluar lagi?lamanya syg breakfast ye..mengelamun la tu.dah! cepat nanti kita lewat nak pegi beli barang nih" rungut Hamizan, lelaki yang kini Berjaya menceriakan hidupku , setelah 3 tahun aku mencari penawar bagi mengubat luka lama "ye..b kejap la syg keluar" aku terus menekan punat off pada radio.aku kini bahagia bersama Hamizan dan kami akan berkahwin tak lama lagi. Kenangan hanya tinggal kenangan antara aku dan Razali , aku sudah melupakan segalanya dan apa yang kuharapkan pelamin anganku bersama insan bernama Hamizan tidak akan musnah seperti masa laluku…………..
ada yang tak logik... kenapa eekk tarikh perkahwinan Razali 10 Feb, 2008 tapi Azian menonton Nur Kasih TV3 yang sedang ditontonkan sekarang? (2009)macam mana tu?
emm sorry nk komen la ye.. Crite dia mcm org yg xikut pekembangan semasa je.. Mcm orang yang dok di pedalaman Sorry to say..but its true in my side la Base on my experience
sush nak bce,,,so kne pandai2 alter la,, format utk space ngn jarak antara line tuh,, memg kebanyakkan citer2 kat cni,,sush nak bce,, blom tmbh lg yg xde penutup/pmbuka kata,,
ksluruhannya,,okey lah,,tapi,,utk jarak masa,, xsesuai dibuat cerpen,,
hmmm...lebey kurang gak ngn cite saye..setahun yg lpas,tp fresh g lam ingtn.. xpela,jgnla kite plak membina kebahgiaan d atas pnderitaan org laen... n cara terbaik memaafkn kslhan org adalh dgn MEMAAFKAN die.. pasti ade hikmah dsbliknye..bes gak cter nih,cm bg motivasi,yg 1 ari nti kite akn bjmpe jgk pnggantinye yg mgkin lbih baik lg...AMINN....
kalau jd kat sy,tak tau la nak bls dendam camana. sakitnya ati. laki slalu bt pempuan cam tu!!!janji mcm2 tapi bila dah tanak,bt cam sampah.senang2 ja terima pempuan lain!tak than godaan lgsung
hampir sama dgn kisah idup sy..em..tp skurang2nye die dh bhagia skrg..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ada yang tak logik... kenapa eekk tarikh perkahwinan Razali 10 Feb, 2008 tapi Azian menonton Nur Kasih TV3 yang sedang ditontonkan sekarang? (2009)macam mana tu?