Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Di mana aku? Mengapa aku berada di sini? Aku cuba mengingati sekuat mungkin sama ada aku pernah ke tempat ini atau tidak namun usahaku adalah sia-sia belaka. " Man…Tahniah!" , suara garau seseorang mengejutkan aku. Kulihat seorang lelaki yang sudah berumur separuh abad bersalaman dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. Man? Bukankah itu Luqman? "Terima kasih Pak Ismail.." Katanya tersenyum senang. Senyuman itu. Sudah lama tidak kulihat. Ya! Aku amat merinduinya.Rindukan senyumannya. Ridukan gelak tawanya. Tapi semua itu tidak mungkin lagi akan ditujukan untukku. " Mana Isteri kau?" Tanya lelaki yang bernama Pak Ismail itu. Serentak itu juga kelihatan seorang perempuan yang sedang tersenyum manis merapati mereka berdua. Isteri? Jadi sebab itukah aku berada di sini sekarang ini? Untuk menyaksikan sendiri hari kebahagiaan Luqman yang tidak sempat dikecapinya bersama aku dahulu? Serta-merta kenangan itu menerpa kembali ke dalam ingatanku… **** Bunyi nyaring dari telefon bimbitku membangunkan aku yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Dengan perasaan yang amat malas, aku membuka mata dan mengambil telefon bimbitku yang aku letakkan di tepi meja tidurku. "Aduh…Siapa lagi ni? Dahlah orang tengah nyenyak tidur! Kacau ajelah…Ish…" Omelku seorang diri. Dahlah semalam aku tidak dapat tidur, kena kacau lagi pagi-pagi buta macam ni. Siapa yang tak marah? " Hello cik adik? Belum bangun lagi ke?" Baru saja aku melekapkan telefon bimbitku di telinga, aku sudah disapa dengan panggilan Cik Adik. Cik Adik? Cik adik mana pulak ni? Hai…Siapalah gerangan yang menelefon aku ni? "Hello cik abang, awak ni siapa?" Kataku separuh mamai. Sesungguhnya aku memang malas hendak melayan kerenah pemanggil yang entah siapa ini. " Hai….Siapa awak kata? Dahlah kita di sini susah-susah telefon awak..Awak tak kenal kita pulak?" Aku bertambah bengang. Apahal mamat ni? Marah aku pula. Tak suka tau! "Anyway, Selamat hari jadi SAYANG!" Serta-merta aku tersedar. Hari jadi? sayang? Opps! " Man? Eh,Man ke tu? YA ALLAH! Maaf.." Aduh! Macam-mana bleh terlupa ni? " Aha! Dah sedar sayang?" Serentak itu juga kedengaran gelak tawanya di hujung talian. "Amboi! Suka nampak?" "Yalah…Dahlah saya penat-penat telefon awak semata-mata hendak ‘membangunkan’ awak dari ‘tidur’ awak. Tak sangka pulak yang awak tak kenal kekasih sendiri". Aku mencebik di hujung talian. Sempat pula dia menghabiskan tawanya yang masih bersisa. " Lisa…Lisa…Mimpi apa awak semalam? Awak tak ingat hari ni hari jadi awak ya?" Tanya Luqman selepas sahaja menghabiskan sisa tawanya. "Mimpi? Mimpi apa ya? Mimpi SiWon kot?" Aku kemudiannya tertawa setelah mendengar keluhannya. Aku tahu dia cukup tidak senang bila mengetahui yang SiWon, artis yang berasal dari Korea itu merampas kedudukannya di dalam hatiku. " Awak ni kan..Tak habis-habis dengan Siwon awak tu…Yelah…Siapalah kita ni kan?Oh,ya! Nanti petang saya jemput awak ya kat rumah…" "Hm…awak nak bawa saya ke mana?" Aku bagaikan tidak sabar-sabar untuk mengetahuinya kerana aku tahu dia selalu membawa ke tempat-tempat yang sangat istimewa. "Adalah…Mana boleh beritahu sekarang…Sabar ya sayang…" Kata-katanya membuat aku tersenyum senang. Mana tidaknya kekasih hati nak buat kejutan. Ni SiWon pun kalah..hehehe "OK…Cepat datang tau…Tak sabar saya…" " Yelah…Awak tu yang sepatutnya bersiap cepat… Nanti janji pukul berapa, siapnya pukul berapa…" Alamak… Bila ‘PakCik’ sudah mula membebel… " Baik…Pak Cik…" Kataku sambil melepaskan tawaku. Luqman ni,kalau sudah membebel, Mak Cik pun kalah. Peguamlah katakan. "Oklah saya nak mandi dulu…Assalamulaikum…" Kataku kepadanya mengakhiri perbualan kami berdua. Aku kemudiannya meletakkan telefon bimbitku di tepi meja dan kembali menyambung tidurku yang tergendala sebentar tadi. ***
" Masih ingat tempat ni?" Kata Luqman sebaik sahaja keretanya memasuki sebuah taman mini. Aku hanya tersenyum. Masakan tidak. Tempat inilah yang membawa kepada pertemuan kami berdua. Pertemuan yang membawa seribu makna buat diriku dan juga dirinya. "Jom turun…" Ajak Luqman kepadaku. Aku hanya menurut. Sudah agak lama aku tidak menjejakan kaki di taman mini ini. Dahulu taman mini inilah menjadi destinasi wajibku setiap minggu. Entahlah aku sendiri tidak tahu mengapa. Yang pastinya jiwaku sentiasa berasa tenang setiap kali berada di tempat ini. Menariknya taman mini ini dikelilingi oleh sebuah tasik. Jadi kita seperti berada di sebuah pulau yang dikelilingi oleh lautan yang luas. Sebelum memasuki ‘pulau’ ini pula, kita haruslah merentasi dahulu jambatan kecil yang telah disediakan. " Apa yang awak fikirkan tu?" Kataku kepada Luqman setelah kami duduk di sebuah bangku kecil. Dia kelihatan begitu leka memerhatikan gelagat pengunjung-pengunjung yang dating menghirup udara segar di taman mini ini. " Tak adalah. Cuma mengingat kembali sejarah pertemuan kita.." Aku tersenyum. Setiap kali mengenangkan peristiwa itu aku geli hati. Manatidaknya. Hari itu di atas kecuaianku sendiri kereta yang kupandu bertembung dengan kereta yang dipandu Luqman. Aku yang baru hendak keluar dari taman mini ini tidak perasan ada kereta yang baru hendak masuk. Mula-mula takut juga yang Luqman akan meminta pampasan dariku. Tapi lain pula yang terjadi, dia yang kusangka hendak meminta pampasan,sebaliknya bertanyakan namaku dan kemudiannya meminta nombor telefonku. Sejak hari itu kami mula saling bertanya khabar dan membuat pertemuan demi pertemuan. Hinggalah ke hari ini di mana terjalinya sebuah percintaan di antara kami berdua. "Man…Lisa nak ucapkan terima kasih pada Luqman kerana meraikan hari jadi Lisa dan sentiasa bersama Lisa di saat susah dan senang…" Kataku sambil menggengam tangannya erat. Luqman memandangku. Lama. "Lisa, apa yang Man buat adalah lahir dari hati Man sendiri. Kalau boleh, Man nak buat lebih lagi untuk Lisa walaupun ianya mengambil masa seumur hidup Man. Man sanggup Lisa." Aku sebak mendengar kata-katanya. Tidak pernah dia meluahkan kata-kata sebegitu kepadaku sebelum ini. Dia menggengam tanganku erat. "Lisa…Man nak cakap sesuatu pada Lisa…Man sebenarnya…Sebenarnya..errr…" " Apa dia Man? Cakaplah…" Aku bertambah pelik. "Man dah dijodohkan dengan orang lain…" Sebaris ayat itu meluncur dari mulutnya. Aku terdiam. Hatiku bagai di carik-carik ketika ini. Bukan ini ‘hadiah’ yang kumahu buat hari jadiku. Tidak. Tidak mungkin! Katakan semua ini bohong Man! "Man..dah dijodohkan dengan orang lain Lisa. Kedua buah keluarga sudah menyetujuinya dan Man langsung tak tahu pun pasal ini…" Setitis air mataku jatuh. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Hanya esakkan kecilku yang kedengaran buat ketika ini. " Man,minta maaf… Percayalah…Man tetap cintakan Lisa…Tapi Man…." "Man…Tinggalkan Lisa…Pergilah…Lisa nak bersendirian buat masa ni" Aku memotong percakpannya. Aku tidak sanggup lagi walaupun mendengar suaranya. Ianya hanya akan menambah pilu dihatiku. "Tak…Man tak akan tinggalkan Lisa buat masa ni. Man tahu, Lisa perlukan Man" "Man…Tolong…Tinggalkan Lisa seorang…" Air mataku semakin galak mengalir. Man…Mengapa perlu hari ini? Mengapa tidak esok atau lusa? Perlukah Man mengecewakan Lisa disaat ini? Perlukah? Aku ingin sekali meluahkan kata-kata itu kepadanya tapi aku tidak mampu. Aku hanya menangis dan terus menangis. Luqman akhirnya meninggalkan aku sendirian. Mungkin mengerti bahawa aku perlukan masa untuk menerima hakikat yang kami perlu berpisah. Berpisah? YA ALLAH…Tidak pernak terlintas difikiranku yang kami perlu menamatkan cinta kami seawal ini. Luqman….Dia cinta pertamaku. Bagaimana harus aku harungi semua dugaan ini? ***
Entah sudah berapa lama aku menangis sendirian di bangku kecil ini tanpa ditemani siapa-siapa. Hari sudah semakin gelap. Aku mengambil keputusan untuk pergi dari sini. Meninggalkan kenanganku bersamanya di sini dan tidak mungkin akan kembali lagi ke sini. Aku berjalan dan terus berjalan tanpa haluan. Fikiranku cuma di penuhi dengan wajah Luqman.Senyumanya. Tawanya. Suaranya. Luqman, beritahu Lisa…Bagaimana Lisa nak Lupakan Luqman? Luqman..Aku terus menghayunkan langkahku sehinggalah aku terdengar jeritan seseorang. Serentak itu juga aku rasa tubuhku melayang dan tidak lama kemudian kulihat Luqman sudah berada disampingku.Memelukku sambil meraung kuat. "Maafkan Luqman…Maafkan Luqman…Man tak sepatutnya tinggalkan Lisa sendirian.." Aku hanya mampu tersenyum. "Man…Janji pada Lisa yang Man tetap akan kahwin dengan perempuan itu…Janji ya Man…" Perlahan-lahan aku cuba mengenggam tangannya. Setitis airmatanya jatuh tepat ke tanganku. "Janji pada Lisa Man…" Aku meminta kepastian darinya. " Man janji…Tapi..tolong jangan tinggalkan Man…Man cintakan Lisa…Lisa tolong..Sekejap lagi Ambulans datang ya sayang…" Aku hanya mampu menggeleng. Aku tahu aku tidak mempunyai masa yang banyak lagi. "Mungkin Lisa bukan jodoh terbaik buat Man. Hargailah perempuan yang dijdohkan untuk Man..Lisa yakin dia akan dapat membahagiakan Man…" "Lisa…sabar ya sayang…" Luqman kembali memelukku erat. Aku bahagia. Aku bahagia kerana dapat pergi di dalam pelukannya. Selamat tinggal Luqman…. *** " Assalamualaikum semua…" Suara Luqman mengejutkan aku dari kenangan lalu. Kulihat dia sedang memegang sebuah gitar. " Hari ini merupakan hari yang agak istimewa buat Luqman dan Ifah sendiri. Untuk itu Man ingin mendendangkan sebuah lagu yang tak mungkin akan Luqman dendangkan lagi selepas ini kerana ianya cuma akan menjadi sebahagian dari kenangan yang paling bermakna buat Luqman" Ulas Luqman sebelum dia memulakan nyanyiannya. Aku tahu dia memang pandai menyanyi kerana dulu dia selalu menyanyi untukku. Baru sahaja di memetik gitarnya,aku sudah tahu Luqman mahu menyanyikan lagu apa. Somos novios pues los dos sentimos mutuo amor profundo y con eso ya ganamos los mas grande de este mundo.
Nos amamos, nos besamos como novios nos deseamos y hasta a veces sin motivo y sin razon nos enojamos.
Somos novios mantenemos un carino limpio y puro como todos procuramos el momento mas obscuro para hablarnos para darnos el mas dulce de los besos recordar de que color son los cerezos sin hacer mas comentarios somos novios.
Aku menjadi semakin sebak mendengar nyanyiannya. Lagu ini amat bermakna buat kami berdua kerana lagu ini adalah perjanjian antara kami berdua untuk sentiasa bersama buat selamanya. Tajuk lagu ini sendiri menunjukkannya. ‘Somos Novios’ yang bermaksud ‘kita adalah sepasang kekasih’. Terima kasih Luqman kerana masih sudi mendendangkannya buat kali terakhir. "Tentu anda semua ingin tahu kenapa saya mendendangkan sebuah lagu berbahasa Sepanyol" Kata Luqman sambil tersenyum nipis selepas sahaja dia menamatkan nyanyiannya. "Sebenarnya saya punyai kenangan untuk lagu ini di mana saya dan arwah Lisa berjanji untuk sentiasa saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Namun, arwah telah terlebih dahulu dijemput Illahi lebih kurang setahun yang lalu. Sebelum arwah meninggal, dia telah meminta supaya saya tetap berkahwin dengan Ifah. Walaupun berat untuk saya terima tapi saya tetap berjanji dengannya." Luqman kemudannya menggengam tangan isterinya,Ifah sebelum menyambung kembali kata-katanya. " Pada mulanya sukar hendak saya menerima Ifah kerana masih dibanyangi wajah arwah tapi lama kelaman saya mula menerima hakikat bahawa arwah tak mungkin akan kembali dan saya harus mengejar kebahagian yang sedang menanti di hadapan saya. Alhamdulilah kerana Ifah tetap setia menanti saya walaupun saya kerap kali mengecewakannya.Maafkan abang Ifah..." Ucapan Luqman itu diakhiri dengan sebuah kucupan di tangan isterinya. "Lisa, kalaulah Lisa ada pada masa ini, Man hanya ingin ucapkan terima kasih kepada Lisa kerana pernah hadir dalam hidup Man. Walaupun sekejap,tapi Man akan tetap hargainya sampai bila-bila. Man tak akan lupakannya,Lisa. Kenangan itu akan sentiasa Man simpan dalam lipatan sejarah..." Kata-kata terakhir Luqman itu membuatkan airmataku gugur. Man, Lisa percaya Man tak akan lupakan Lisa. Lisa sedar yang kita tidak mungkin akan bersatu kerana kita sudah berada dalam dua alam yang berbeza. Lisa akan sentiasa mendoakan kebahagian Man bersama Ifah kerana Ifah lah jodoh yang telah ditetapkan buat Luqman,bukan Lisa. Sekarang izinkan Lisa pergi...Kembali kepada yang Maha Pencipta. Selamat tinggal Luqman...Terima kasih untuk segala-galanya...
isk...sedih'y.....tp mc xpuas ati lg,lisa mati d ari jd'y d sbbkn brita luqman tu..ni bmkna lisa mati d sbbkn oleh luqman kekasih'y sndri...ending kurang menarik.....but all the best rfom me...
yupz.. citer nie mmg best.. trkenang kmbali si dia yg tlh pergi menymbut panggilan Ilahi.. apapun... hdp mesti ditrskn.. kpd penulis.. trskn berkarya.. citer nie.. memang best.. good luck..
ex boyfriend saya nama Luqman . i still love you no matter what sayang . i minx maaf sebab putuskan hubngan kita . maybe , awk akan jumpa pmpn yg lbeyh baik untuk awk . maafkan sayang , selama 2 tahun kita bersama , banyak kenangn kita berdua . just ingat selalu , dlm hati Eira , xda sapa blh ganti tempt sayang . NO ONE . I LOVE YOU .
Cter ni cm ada something wrong lar... Ada ker luahkan pd harijadi org tu...cmtu ker cinta?? Kalo aku jd ifah mkn hati berulam jntung lar jwpnyer..(alamak ter 'emo' lakz)huhu.. Yg len2 tu ok je lar.... -tulip-
asalm..novel ni sama kisah ngan ida.dia meninggal sebab kemlgn. yang ida sedih sesangat yang ida tak ada disisi dia masa menghembuskan nafas terakhir..tapi sekarang ni biarla arwah bahagia di atas sana.dulu ida tak dapat terima,tapi sekarang ida redha ngan pemergiannya..ida tak pernah lupakan dia walau sesaat pon.nama dia tetap di hati ida..
ctew mmg best tp still kna improve ag,keep writing ok
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
woooww...
org 1st bg komen....
terover excited plak....haha
cter nie bes tp agk cdey la....
huhu....
ape2pon,truskn brkrya...
gudluck!!!
~~~syu90~~~