Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mak, Mak Usu, Mak Teh, Mak Long dan Mak Ngah bagai nak berperang dengan periuk belanga di dapur. Masing-masing sibuk menyiapkan juadah untuk menyambut kedatangan Syawal. Mak Long dan Mak Ngah dengan petua dan resipi turun-temurun keluarga mereka. Mak Teh dan Mak Usu pulak masih bertekak nak menentu-sukat kuantiti gula dan lada kering untuk kuah kacang. Maklumlah, Mak Usu orang nogori. Mak Teh pula orang pantai timur. Kaum Adam keluarga aku semua berkumpul belakang rumah. Mengacau dodol dan membakar lemang.
Bunyi mercun berdentum-dentam di luar rumah membuatkan aku teruja nak turun ke tanah. Rasa macam ditarik-tarik aje untuk keluar dari ruang dapur. Join bebudak tak sampai umur baligh lagi main mercun, mesti seronok! Perlahan-lahan aku ‘tarik diri’ dari menyertai Hell Kitchen versi kat rumah nenek aku ni. Halaman rumah nenek diterangi pelita panjut. Sepupu-sepupu aku tak kira jantina berkejar berlari dengan bunga api di tangan. Yang agak-agak nak masuk sekolah menengah tu pulak ralit bakar mercun. Entah mana diorang dapat stok mercun. Ni mesti kerja Pak Ngah aku ni!
"Minta sikit mercunnya!" Sebenarnya tak payah minta izin pun tak apa sebab aku yang paling senior kat sini. Mana ada nak dara 21 tahun yang dok ralit nak main mercun malam-malam raya ni? Aku aje yang buang tebiat sikit!
Kotak empat segi yang sarat berisi mercun aku tarik. Menyelongkar isi mercun yang ada. Lama tak main mercun! Ler… Setakat mercun ‘pop’, mercun roket, bunga api lidi, ni aje ke yang ada! Tak mencabar langsung!
"Jangan ambil! Itu Lan punya la! Mak! Mak!" Roslan, anak Mak Usu aku yang sulung dah terjerit-jerit dan meraung-raung macam budak umur 8 tahun. Ops! Errr… Memang umur dia baru 8 tahun pun. Ani, Ghazi, Borhan dan Icah dah mengerumuni aku. Cuba menepis tanganku dari mengambil mercun-mercun milik mereka.
"Apa ni, kak! Ni kami punya la! Mak!" Ani pulak mengadu-domba pada emaknya merangkap Mak Teh aku. Aku buat selamba aje. Langsung tak mengendahkan laungan budak-budak bawah umur ni sebab aku tahu mak-mak diorang tengah busy kat dapur sana.
"Kak Fitri! Dah besar pun nak main mercun lagi ke? Terkurang hormon estrogen dah ke?"
Aku jelir lidah pada Ghazi. Baru nak ambil UPSR tahun depan, tapi mulut… Boleh tahan kalau bab-bab melaser orang!
Nenek dan Kak Rini yang tengah pasang langsir baru menjenguk ke luar.
"Fitriah! Sudah-sudah la tu! Kamu dah besar. Bagi la can kat budak-budak tu main pulak!" Jerit nenek.
"Entah, Fitri ni… Jakun semacam bila jumpa mercun. Lagak macam tak pernah jumpa aje!"
Aku muncungkan mulut. Eleh… Jeles la tu! Kak Rini memang gitu. Control ayu. Sebab rumah pakwe dia depan rumah nenek ni aje. Cuba sebatu jauhnya rumah Abang Mail tu, entah-entah lagi teruk dari budak 10 tahun perangainya. Malas nak mengabiskan air liur dengan bertekak, aku akhirnya setakat memerhatikan sepupu-sepupuku bermain bunga api. Serta-merta kenangan sewaktu kecil menjelma.
Masa aku kecil-kecil dulu, mana mampu nak beli mercun-mercun ke bunga api yang ada kat pasaran. Masa tu mak ayah, pakcik makcik semuanya tengah sengkek nak memenuhi keperluan makan pakai keluarga. Tapi kami sebagai budak-budak tak mati idea kreatif nak hidupkan suasana raya. Maka kami pun jadilah McGyver tak diiktiraf. Bukan takat bunga api, meriam buluh sekali aku bedil. Tak ada buluh, dalam batang paip aku sumbat kabait. Ha, kau! Sekali meletup, satu kampung dengar. Baru la terasa syoknya raya! Siap main perang meriam sapa paling kuat sekali. Geng aku memang juara bertahan sebab geng aku ada Rahim, anak cikgu Sains sekolah, ada Bibah, anak tokei kedai barang hardware merangkap supplier barang-barang, ada Naimah, anak salah sorang orang kuat JKKK kampung. Dan beberapa orang lagi yang memang expert bab-bab nak membuat orang-orang tua di kampung ni termelatah. Yang dah sound-trouble pun boleh mendengar serta-merta, tau!
Musuh ketat aku adalah Man Gemok, cucu ketua kampung dan kawan-kawannya yang poyo semacam. Kecik-kecik lagi dah tunjuk talent nak ikut teladan samseng Kampung Dusun. Mentang-mentang la badan dia besar, umur pun senior dari kami, kerjanya nak membuli kami aje. Cakap dia aje yang betulnya. Menyampah aku!
Bahu terasa ditepuk kuat.
"Woi, orang bandar!" Tegur orang yang menepuk. Bebuih lamunan aku pecah pada saat itu.
Aku paling ke belakang.
"Woi, Naimah! Kau rupanya! Nasib tak terkencing aku dek terkejut. Babun betul!" Balasku, bergurau.
Tawa Naimah mengilai. Naimah memang terkenal dengan tawanya. Orang kampung panggil Naimah Ngilai. Hahaha… Kelakarkan nick name Naimah kat kampung! Tapi jangan buat main, sekali kalau Naimah termengilai waktu malam, nak-nak lagi malam Jumaat, kok confuse dengan kak ponti original…
"Apahal kau datang ni? Raya besok la!"
"Mak aku suruh hantar ni!"
"Apa tu?"
"Rendang!"
"Terima kasih!"
Aku gamit Ghazi, suruh dia bawa tupperware kuning Naimah ke dapur. Aku malas nak tunjuk muka kat dapur lagi dah. Kemudian, aku dan Naimah beriring ke tangga rumah. Melabuh punggung di situ.
"Lama kau tak balik kampung..." Naimah memulakan bicara.
"Lama apanya pulak? Kan tiap-tiap tahun aku balik sini. Ikut la berapa hari Naib Canselor (NC) aku bagi cuti. Kau tu aje tak lekat kat kampung time raya. Rata berjalan sana-sini!"
"Dah nama kata raya, kan! Raya sakan la!" Seloroh Naimah. Mengilai lagi dia.
Kami membisu. Sekadar membuang pandang ke halaman rumah yang bingit dengan jeritan kanak-kanak.
"Tengok budak-budak ni main bunga api, teringat pulak zaman kita kecik-kecik dulu..." Ujarku.
"Yelah... Zaman kita dulu mana main bunga api ni. Kita buat meriam buluh. Baru la power bunyinya! Kau la ahli kimia tak bertauliahnya! Tak cukup buluh, batang paip pun kau jadikan meriam!"
Aku tersengih. Kebetulan aku ada ramai pakcik yang berjiwa muda masa tu. Sempat aku belajar dari mereka cara-cara nak buat meriam. Chop-chop! Aku belajar sekali tau cara-cara nak buat dan main meriam dengan selamat. Alhamdulillah aku dan kawan-kawan aku semuanya masih lengkap anggota badan...
"Tapi aku bengang betul. Ada satu kali tu, entah sapa la melaunnya yang sorok buluh dan barang nak buat meriam..." Kembang-kuncup hidung aku menahan rasa bengang dalam hati. Yelah, orang tengah semangat nak lawan meriam sapa paling kuat dengan Man Gemok, tup-tup semua barang-barang kelengkapan ghaib. Esoknya baru aku jumpa kat dalam semak berdekatan bangsal.
"Aidil la tu! Sapa lagi. Dia kan pengecut sikit."
Mendengar nama tu, aku jadi blur kejap. Aidil?
"Alaa... Tak kan tak ingat? Aidil... Anak Mak Nab... Rumah dekat dengan balai raya... Aidil... Kecik-kecik, mata bulat, kenang tebal, semput... Mustahil tak ingat!"
Imej kabur seorang budak lelaki bertubuh kecil memegang pam inhaler yang tak pernah berani nak melawan pandangan mataku, menjelma. Budak lelaki yang Alim bawa masuk ke dalam kumpulan kami gara-gara tiada orang nak berkawan dengannya. Mohd Aidil Redzuan...
"Ingat?"
"Ingat! Mana boleh lupa budak lembik tu! Nama aje budak kumpulan kita, tapi selalu lawan cakap aku! Apa aku buat semua tak jadi gara-gara dia!" Marahku. Sebagai ketua kumpulan tak dilantik, semua kataku diterima pakai dek semua anggota kumpulan memandangkan kepala otak aku ni penuh dengan rancangan-rancangan jahat yang menceriakan zaman kanak-kanak kami. Tapi si Aidil tu, secara sengaja atau tidak, selalu merosakkan rancangan aku.
Seperti baru teringat akan sesuatu, Naimah ketawa dengan tak semena-mena.
"Aku ingat lagi... Masa kita curi rambutan kat dusun Pak Jamil..." Kata Naimah.
"Kantoi kat Pak Jamil sebab Aidil yang bijak pandai tu pinjam tangga dari Pak Jamil! Siap bagitau lagi kita nak mencuri rambutan orang tua tu. Otak udang betul budak tu!" Sambungku dalam nada marah.
Kenangan di dusun Pak Jamil terimbas di layar ingatan.
"Woi, Fitri! Turunkan la rambutan yang kat atas tu!" Arah Aidil.
"Yang mana?" Soalku berang dari atas pokok. Sibuk aje! Aku dah sukarela nak panjat ni pun kira bagus. Lagi nak bising-bising. Kutip aje la yang aku dah turunkan tu, gerutuku dalam hati.
"Yang kat atas tu. Cuba kau panjat dahan yang tinggi sikit!" Arahnya lagi. Naimah, Alim, Poji, Bibah dan Rahim sibuk mengutip rambutan atas tanah. Dalam mulut masing-masing tak lepas-lepas mengunyah isi rambutan.
Aku aje yang cekap, bersih, amanah ni aje yang masih tetap bertengkek atas pokok. Mengikut arahan Aidil, aku gagahkan kaki memanjat ke dahan yang lebih tinggi. Memang lumayan hasil dapatannya.
"Woi! Aku nak turunkan rambutan ni. Jaga kepala!" Jeritan aku tak bersambut. Suara kawan-kawanku di bawah pokok tak kedengaran lagi. Senyap dan sunyi.
"Hoi, budak! Turun! Turun!" Jeritan dan kelibat Pak Jamil membuatkan aku yang berada di atas pokok jadi tak tentu arah. Aku jenguk ke bawah. Mencari kawan-kawan aku. Hilang…? Mata meliar mencari tangga yang tadinya tersandar di batang pokok. Hilang jugak? Makkk...! Macam mana aku nak turun ni?!
"Turun! Karang kalau jatuh sapa nak jawab?" Arah Pak Jamil. Dengan muka tak malu, aku minta Pak Jamil tolong angkatkan tangga yang dah jatuh ke tanah.
"Ya Allah! Anak dara Hamid rupanya. Kalau ayah kamu tahu, teruk kamu dipukulnya..." Pak Jamil dah bercekak pinggang tatkala kakiku jejak ke bumi. Aku tunduk. Telan aje semua katanya. Hampeh punya kawan! Korang tinggalkan aku!
"Nah! Lain kali kalau nak, minta… Nanti kalau jatuh, kan ke susah... Minggu depan dah nak raya! Eh, kamu tak puasa ke?" Dapat aje seplastik rambutan, terus aku lari macam tak cukup tanah meninggalkan dusun Pak Jamil. Tapi bukan terus balik rumah. Rumah Aidil aku buru. Bertelur kepalanya aku ketuk gara-gara geram, lepas tu baru la aku dapat pulang ke rumah dengan senang hati.
"Kau ketuk kepala si Aidil tu? Mak Nab tak marah ke?" Soal Naimah penuh takjub.
"Kau ingat aku bodoh sangat ke? Tak akan la aku nak ketuk kepala si Aidil tu depan mak dia!"
Naimah gelak lagi. kali ni, aku ikut sama tergelak. Mengingatkan wajah nak menangis si Aidil, memang terasa lucu. Nama aje lelaki, tapi hati dia lembut macam budak perempuan. Maklumlah, anak tunggal lelaki.
"Ingat tak yang kau ketuk kepala dia dengan rehal kayu. Lepas tu kamu sepak pulak anu dia..."
"Ingat sangat-sangat! Tu la, gatal sangat nak main hantu-hantu dengan kita!"
Peristiwa Aidil menakut-nakutkan aku sewaktu balik dari mengaji di surau menjelma, mengganti kenangan di dusun tadi. Terbayang-bayang wajah Aidil yang menyorok dalam semak dengan memakai telekung putih milik ibunya. Niat di hatinya nak menakut-nakutkan aku. Konon-konon dia hantu la. Untuk lima minit yang pertama, aku dan kawan-kawan aku takut la jugak kan masa dia mengilai tu... Nampak pulak kain telekung melambai-lambai di hadapan kami. Habis semua surah yang kami hafal kami baca. Tapi sebaik sahaja aku cam suara ‘hantu’ tersebut, nampak pulak muka Aidil di celah-celah semak, aku tak tunggu lama. Capai rehal dan terus aje aku ketuk kepala dia. Tak cukup dengan tu, aku sepak pulak kemaluannya. Berani sangat cari nahas dengan aku...
Tapi semua tu dah jadi kenangan. Bila ingat-ingat balik apa yang jadi masa kecil dulu, aku jadi rindu pulak dengan si Aidil. Macam mana la rupa Aidil sekarang? Mesti dia dah besar. Harap-harap tak sekeping macam papan lapis lagi la...
"Cakap fasal Aidil ni, buat aku teringin pulak nak jumpa dengan dia. Mana dia sekarang, ek? Dah kerja? Ke belajar lagi? Dia cute macam dulu lagi tak?" Bertalu-talu aku bertanya pada Naimah.
Lepas kejadian dia menakut-nakutkan aku masa balik mengaji tu, aku terus tak jumpa dengan dia lagi sampai sekarang. Dengarnya teruk dia kena marah dengan ayahnya. Terus tak bagi dia main dengan kita orang lagi. Tak lama kemudian keluarga dia pindah ke kampung lain sebab mereka ada tanah di sana. Lepas habis UPSR, aku masuk asrama. Lepas tu masuk universiti pulak. Mak ayah pun berhijrah ke bandar. Sekali-sekala aje dapat balik ke kampung jenguk nenek di rumah pusakanya.
Naimah besarkan mata. Seolah-olah terkejut mendengar kataku. Dipandangnya aku tepat-tepat.
"Ya Allah, Fit... Kau tak tahu ke? Aku ingat kau dah tahu tentang Aidil..." Jawapan dari Naimah membuatkan jantungku gedebak-gedebuk di dalam dada.
"Tahu fasal apa? Apa dah jadi pada Aidil?" Pantas aku menyoal.
Tiba-tiba, mata Naimah jadi redup. Air mata bergenang di tubir mata.
"Lepas kau pukul kepala Aidil dengan rehal tu, Aidil kena belasah dengan kayu pulak dengan ayahnya. Teruk dia dipukul. Tiga hari tiga malam dia demam panas. Sejak hari tu, Aidil dah tak macam Aidil yang kita kenal lagi dah. Mungkin sebab dia dipukul teruk di kepala... Entah, aku pun tak pasti apa yang jadi padanya. Tak lama lepas tu, mereka sekeluarga pindah ke kampung sebelah. Kata orang, mak ayah Aidil malu dengan orang kampung... Yelah, dengan keadaan diri Aidil tu kan..."
Aku terdiam. Terkejut dengan cerita yang baru kudengar. Lidah kelu seribu bahasa. Kepala ligat menentukan tahap kebolehpercayaan cerita yang dibawa dek mulut Naimah.
"Naimah, kau tipu aje, kan?"
"Tak kan la aku nak tipu benda-benda macam ni. Memang betul kepala Aidil dah tak berapa betul lagi. Tak normal macam orang lain lagi dah! Tu fasal la mak ayah dia bawa dia keluar dari kampung ni!"
Jawapan Naimah terasa seperti batu besar yang menghempap tubuhku masuk ke dalam tanah. Aku tutup mulut dengan kedua-dua belah tapak tangan. Tak mungkin...! Tak kan la kot? Rasa bersalah mula terbeban di bahu.
Aku yang ketuk Aidil dengan rehal Al-Quran. Aku juga yang bagitau ayah Aidil tentang perbuatan nakal anaknya. Ya Allah, apa aku dah buat? Kejamnya aku! Menghancurkan hidup dan masa depan seorang lelaki bernama Aidil. Kejamnya aku! Memikirkan keadaan Aidil yang tak normal seperti orang lain, air mata tak semena-mena merembes keluar.
"Fit... Fitriah... Kau menangis ke?"
Menyedari titisan jernih di pipiku adalah air mata, Naimah pantas memeluk tubuhku erat-erat.
"Aku berdosa pada Aidil, Naimah..." Ngongoiku.
"Syhhh...! Bukan salah kau. Itu takdir Allah untuknya...!"
Tangisku berlagu lagi.
@~~@~~@~~@~~
Menjelang tengah malam, suasana di rumah nenek mula senyap-sunyi. Saudara-maraku masing-masing dah mencari katil dan bantal. Ingin meluruskan tulang-temulang serta sendi-sendi setelah seharian bekerja. Sepupu-sepupuku dah lama berdengkur. Melayari mimpi-mimpi indah. Hanya aku yang masih berjaga. Terkebil-kebil memandang ke siling rumah. Bunyi cengkerik dan dingin malam mudah benar membawa aku masuk ke alam kenangan.
Bendang yang luasnya sejauh saujana mata memandang, aku pandang tanpa jemu. Musim menuai dah hampir tamat. Cuma ada dua tiga orang petani yang masih menghabiskan kerja-kerja menuai di relung-relung sawah mereka. Kawan-kawanku masih terkial-kial meniti batas sawah padi aku perhatikan sekilas. Sejenak kemudian, aku mendongak memandang ke langit. Matahari dah condong ke barat. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Menyamankan…
"Kita nak buat apa datang sini, Fit?" Soal Bibah yang bertocang dua.
"Main layang-layang la!" Ringkas jawapanku. Namun jawapanku itu membuatkan muncung Naimah dan Poji panjang sedepa.
"Kata nak main masak-masak!" Rungut Poji.
"Ye la… Kata nak main masak-masak! Rahim dengan Alim dah standby kat tempat biasa." Naimah pula meluahkan rasa hati. Aku terbayangkan wajah Rahim dan Alim, geng lelaki kumpulan kami yang akan bawa ‘watak’ si ayah dan tukang kebun dalam permainan ‘masak-masak’ kami.
"Ala… Kita main kejap aje, ek! Aku nak test layang-layang yang ayah aku baru beli ni. Lepas ni kita main masak-masak. Boleh?" Pujukku.
Poji dan Naimah berwajah ceria semula.
"Mana layang-layang aku tadi?" Soalku sambil memandang kawanku yang bertiga itu. Masing-masing angkat bahu.
"Kat sini la!" Aidil muncul dari belakang Poji dan Bibah bersama layang-layangku.
Aiseh… Macam mana boleh lupa? Kan aku yang suruh dia bawa tadi… Aidil memasukkan pam inhaler di tangan kanan ke mulut. Sekali… Dua kali… Dan nafas Aidil kembali stabil. Tidak tersekat-sekat lagi. Orang suruh duduk rumah tak nak! Nak juga ke hulu ke hilir dengan kami yang sihat ni.
Layang-layang di tangan Aidil aku ambil. Berpusing-pusing aku di situ. Cuba menentukan arah datangnya angin bagi menaikkan layang-layang.
"Woi! Apa hal korang kacau tempat main kami ni?" Suara Man Gemok membantutkan usahaku. Dari mana pulak datangnya si Man Gemok dan konco-konconya ni?
"Sejak bila pulak tempat ni jadi tempat kau? Aku tak nampak nama kau kat mana-mana pun?"
"Eleh! Buat lawak kerek pulak minah ni! Ni kan memang tempat main kita orang! Korang punya port kat sana!" Jari telunjuk gemuk Man Gemok menunding ke satu arah. Mentang-mentang la cucu ketua kampung, dia fikir aku takut dengan dia? Sesuka hati dia yang gemuk tu aje nak bahagi-bahagikan kawasan untuk kami bermain. Dol, Sarip dan Jongang dah mengepal penumbuk di belakang Man Gemok. Tak takut pun…
"First come first serve la…!" Aku ulang kata-kata yang selalu Kak Long aku ucapkan bila berebut remote controller.
"Hah? Apa tu?" Lupa pulak! Si Man Gemok ni bebal sikit!
"Aku datang dulu, so tempat ni aku punya petang ni. So, korang boleh berambus!" Kataku.
Aidil yang entah bila tiba di sebelahku, menarik lenganku.
"Fitri, kita main tempat lain aje la! Tak payah la gaduh-gaduh!" Bisiknya.
Aku rentap lenganku dari pegangannya. Aidil ni nama aje tua setahun dari aku tapi fizikalnya kecil berbanding kami semua. ‘Hati’nya pun kecil juga agaknya. Memanjang aje takutnya. Naimah, Bibah dan Poji dah cekak pinggang. Menjengil mata masing-masing tengok Man Gemok dan gengnya.
"Berani betul minah kecik ni! Seligi sekali karang…" Man Gemok melangkah ke arahku dan berdiri betul-betul di hadapanku. Terpaksa aku mendongak sedikit untuk memandang wajah Man Gemok memandangkan tubuh Man Gemok tu memang la besar berbanding aku yang bersaiz normal budak perempuan berusia 10 tahun.
"Bos! Budak perempuan tu, bos!" Tegur Jongang.
"Macam ni la... Kita main selut-ball. Semua orang boleh lempar selut tapi target hanya kau dan aku. Kau atau aku; sapa kena selut dulu, dia kira kalah dan kena pergi dari sini..."
"Aku setuju!" Pantas aku menjawab. Man Gemok ni ingat aku tak berani sahut cabarannya agaknya. Yelah, mana ada budak perempuan suka bergelumang dengan selut. Tapi aku bukan budak perempuan biasa. Aku luar biasa punya perempuan!
Aku toleh belakang. Naimah naikkan ibu jari. Tanda okey. Semua dah bersedia mengambil posisi masing-masing. Kini mereka di hadapanku. Membuat benteng agar aku tidak dihinggapi selut yang dilemparkan. Aku toleh ke arah Aidil.
"Kau tak payah join! Pergi balik!" Arahku. Muka Aidil masam. Membantah la tu! Awak tu semput. Mana boleh main benda-benda kotor macam ni.
Tangan masing-masing dah menggenggam selut sawah.
"Serang!!!!"
Dan perang selut pun bermula.
"Yaiks!" Badan Naimah dan Poji dah bersalut selut. Tangan mereka sibuk menggaru badan dan muka yang dah naik gatal dek lumpur yang sudah kering di badan. Dua-dua dah tak boleh bagi tumpuan pada serangan dari pihak lawan lagi. Bibah pula memang tak boleh diharap bab-bab tanah, selut semua ni; penggeli.
"Aku akan jaga kau!"
Aidil? Tubuh kecil itu mengambil-alih posisi Poji dan Naimah.
"Aku kata balik! Kau tu sakit. Karang apa-apa jadi kat kau, apa aku nak jawab dengan Mak Nab?"
"Apa jadi pun tak apa. Janji kau dapat apa yang kau nak!"
"Apa aku nak tak penting. Kau lagi penting!"
Ketika itu juga aku nampak Mak Gemok dan kawan-kawannya mengepal selut-ball paling besar sekali yang pernah aku tengok.
"Aidil...!"
Dan perbualan antara aku dan Naimah beberapa jam lalu mengingatkan sesuatu yang dah luput dari ingatanku.
"Hahaha...!!!" Ketawa aku dan Naimah berderai mengingatkan cerita kanak-kanak kami.
"Ketawa, ketawa jugak! Kau ingat tak kau terpeluk anak Mak Nab tu?"
Tawaku mati mendengar kata Naimah. Peluk? Ni fakta ke auta ni? Apasal aku tak ingat apapun?
"Peluk sikit-sikit okey lagi... Ni peluk sungguh-sungguh! Terbelalak mata kita orang tengok kau menangis meratap si Aidil tu. Walhal si Aidil tu pengsan aje. Terkejut bila kau menjerit kat telinga dia!"
"Eh, sungguh ke aku peluk dia?" Soalku sambil garu kulit kepala.
"Sungguh la! Ingat aku kaki auta ke? Tapi aku respect la kat kau. Sanggup kalah dengan Man Gemok, musuh tradisi kau tu demi menyelamatkan Aidil dari kena selut... Macam dalam filem pulak! Bezanya dalam kes kau ni, heroin yang selamatkan hero!"
Naimah sambung gelakkan aku yang blur se‘blur-blur’nya ketika ini.
Sungguh aku tak berapa ingat bahagian last perang selut-ball aku dengan Man Gemok tu...!
Aku raup wajah perlahan-lahan. Mengingati kata-kata Naimah mengenai keadaan Aidil sebentar tadi membuatkan aku rasa bersalah. Rasa sedih.
"Tak kan la aku nak tipu benda-benda macam ni. Memang betul kepala Aidil dah tak berapa betul lagi. Tak normal macam orang lain lagi dah! Tu fasal la mak ayah dia bawa dia keluar dari kampung ni!"
Ya Allah, apa yang aku dah lakukan? Memang la Aidil selalu buat aku marah, geram, bengang, sedih tapi dia tak sepatutnya menerima dugaan sebegini hebat. Dia berhak membesar dan hidup normal seperti remaja seusia dengannyaa tapi aku... Aku dah rosakkan masa depannya! Aku buli dia, aku pukul dia, aku sengaja menokok-tambah perbuatan nakal Aidil di hadapan ibu bapanya sehingga dia dipukul teruk oleh ayahnya. Aku kejam! Aku kejam! Ya Allah, berdosanya aku...
@~~@~~@~~@~~
Rasa bersalah menyebabkan aku langsung tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun malam tadi. Kesannya, aku langsung tak dapat memberi tumpuan terhadap kerja-kerja rutinku di pagi Syawalku.
"Fitriah, nenek minta rendang bukan kuah kacang!"
Aku letak kembali piring rendang dan pantas menghulurkan mangkuk kuah kacang kepada nenek. Mak Teh datang menghampiri meja makan.
"Fitriah, kenapa kamu isi kuih yang sama dalam setiap balang kuih? Kamu berangan, ya?" Tanyanya. Aku hanya mampu tersengih. Mengakui kesilapan diri.
"Kak Fitriah ni... Baju raya dah cantik tapi tanda hitam bawah mata tu buat akak nampak macam janda anak 5!" Aku ketap gigi mendengar komen Ghazi.
Aku tahu aku tak boleh membawa rasa bersalah ini untuk seumur hidupku. Tak sampai sehari aku mengetahui keadaan Aidil, hidup aku dah jadi tunggang-langgang. Justeru itu, aku sudah bersedia untuk menghadapi akibat dari perbuatanku. Jika perlu, aku juga sanggup bertanggungjawab. Setelah meminta izin, aku bergegas menapak ke rumah Naimah.
"Naimah, aku nak kau bawa aku ke rumah Aidil!"
@~~@~~@~~@~~
Aku turun ke tanah. Menghilangkan kebosanan yang menjengah selepas hampir sepuluh minit bertenggek di atas motor tanpa penunggangnya. Naimah masih bergayut dengan seseorang di telefon. Entah dengan siapa, aku malas nak bertanya. Aku lebih ‘berminat’ untuk berfikir bagaimana nak menghadapi Aidil dan keluarganya sebentar nanti. Takut? Rasa sudah pasti ada kerana aku bersalah terhadap mereka.
Matahari semakin meninggi. Meninggalkan haba di tubuhku walaupun aku berdiri di bawah sepohon pokok yang rendang.
"Kau tak takut ke, Fit? Yelah, nak menyerah macam tu aje kat Aidil dan keluarga dia..." Soal Poji yang dah turut serta berdiri di bawah pokok.
"Yelah Fit, buatnya mak dia nak saman kau ke, nak suruh kau bayar ganti rugi ke... Kau tak takut ke? Kau tak kisah?" Bibah pulak menyoal.
"Aku tak kisah! Kalau mak dia nak suruh aku jaga dia pun, aku sanggup! Yang penting, aku nak jumpa dia dan minta maaf dari dia. Aku dah banyak buat silap dengan dia... Kau pun tahu, kan..." Kataku. Aku dah nekad. Aku tak mahu jadi orang yang lari bersembunyi selepas melakukan kesalahan.
Apa-apapun, aku harus melihat ‘bukti’ terlebih dahulu. Aku tak mahu terus hidup dalam rasa bersalah berdasarkan cakap-cakap kosong si Naimah sahaja.
Sesudah berbual, Naimah menghampiri kami. "Jom!"
Motor Naimah dan Poji berhenti di tengah laman rumah kayu warna biru muda bersaiz sederhana. Cantik dan tenang aje rumah tu. Aku agak itulah rumah Aidil. Entah kenapa, perut aku mula rasa tak selesa. Macam ada rama-rama aje dalam perut aku ni... Peluh serta-merta memercik di dahi.
"Assalammualaikum!" Salam Naimah bersambut dari dalam. Seorang wanita lewat 50an keluar dari pintu depan. Walaupun wajahnya sudah mula dimamah usia, namun aku masih mampu mengecamnya. Mak Nab...
"Masuklah... Masuk!" Jemput Mak Nab setelah kami bergilir-gilir menyalaminya. Aku dipersilakan duduk di sofa berdekatan dengan televisyen. Belum sempat aku membuka bicara, Mak Nab berlalu ke dapur; ingin membancuh air katanya.
Aku mengekori Poji dan yang lain-lain ke sofa. Setelah menghampiri set sofa hitam itu, barulah aku perasan ada seorang lelaki seusia kami duduk di situ. Lengkap berbaju Melayu. Matanya tertumpu pada rancangan kartun di televisyen. Namun entah mengapa aku rasa fikirannya bukan di situ. Dia langsung tak mengendahkan kehadiran kami di situ. Dia tak perasan atau apa? Dan cara dia duduk, cara dia pandang, cara dia gigit jari... Yaks! Siap main air liur lagi... Harap badan aje besar, tough, tapi perangai macam budak-budak tak cukup akal!
Bibah menyiku aku. Pandanganku beralih padanya.
"Itulah Aidil..."
Aidil?
"Aku dah katakan, dia dah tak macam dulu... Badan aje besar, tapi otaknya dah..." Naimah membiarkan aku menyambung sendiri kata-katanya.
"Kesian betul dengan Aidil ni... Kau tahu la kan, demam panas memang bahaya... Kau tengok la apa jadi pada kawan kita ni! Nak buat apa pun kena ada orang tolong..." Poji kesat hujung mata dengan tisu.
Melihat keadaan Aidil yang daif, hatiku bagai mahu pecah. Rasa sedih dan kasihan membuak-buak tibanya. Air mataku automatik berkumpul di birai mata. Kalau masa kecil dulu, aku cukup benci menangis. Tapi sekarang aku dah tak kisah. Kalau orang kata aku ‘budak leleh’ pun aku dah tak peduli.
"Aidil... Saya minta maaf... Saya... Saya tak ada niat nak buat awak jadi macam ni!" Tersekat-sekat aku mengucapkan kata-kata itu. Aidil langsung tak memandangku. Matanya terus-menerus melekat di skrin televisyen. Sesekali bibirnya senget ke tepi. Seolah-olah sedang tersenyum. Remuk hatiku melihat keadaannya.
Aku melutut di hadapan Aidil. Mendongak. Memandangnya dari situ. Di situ, empangan air mataku pecah.
"Aidil, saya minta maaf... Disebabkan saya, awak jadi macam ni! Kalau saya tahu akibat dari perbuatan saya, tentu saya tak pukul awak masa tu!" Ngongoiku.
Wajah kutundukkan. Sudah tidak mampu melihat wajah Aidil yang ‘kosong’ tanpa perasaan itu lagi.
"Kalau keluarga awak izinkan, saya nak jaga awak... Saya nak bantu keluarga awak untuk menjaga kebajikan awak. Saya janji saya akan jaga awak selagi saya bernafas. Itu janji saya!" Janjiku.
Suasana ruang tamu sunyi. Masing-masing tenggelam dalam perasaan sendiri.
"Nur Fitriah, saya selalu tertanya-tanya siapa saya di mata awak? Bernilaikah saya di mata awak? Berkali-kali awak menyatakan yang awak membenci saya. Acapkali juga awak membuli, memukul saya... Tapi awak tak pernah gagal ‘menyelamatkan’ saya dari apa jua bahaya yang datang..." Satu suara asing menampar cuping telingaku.
Aku angkat wajah yang basah dek air mata. Terpegun melihat Aidil yang tersenyum manis dan kelihatan santai di kerusinya...
"Cara awak melayani saya tak seiring dengan percakapan awak. Dan hal itu membuatkan saya tertanya-tanya tentang isi hati awak yang sebenarnya..."
Bulat mata hitamku mendengar dia berkata-kata. Dan gaya dia... Eh... Kata dia ni dah tak berapa nak ‘center’ otak... Nak buat apa pun kena ada orang bantu. Pendek kata, si Aidil ni tak sempurnalah otak dan fungsi badannya lepas kena serang demam panas tu. Tapi... Yang ni...
Aku kalih pandang kawan-kawan aku. Berirama ketawa Naimah, Poji dan Bibah.
"Naimah! Kau cakap si Aidil ni tak normal! Kononnya dah terencat akal..."
"Memang dia tak normal pun! Cuba kau fikir, mana ada lelaki yang suka perempuan ganas tahap Hitler macam kau ni. Dialah satu-satunya lelaki yang sanggup berdepan dengan kekejaman kau yang sadis tu! Dialah satu-satunya lelaki yang tak pernah serik dibuli oleh kau!"
Hah? Apa yang Naimah cakap ni? Satu pun tak boleh masuk dalam kepala aku lagi dah. Mungkin sebab dah terlampau geram tengok muka Aidil yang dah tipu aku hidup-hidup ni! Kawan-kawan baik aku pun tak berpaling tadah ni!
"Sori, Fit... Kami sengaja pakat nak kenakan kau. Yelah, nak gurau-gurau dengan kau untuk menceriakan suasana hari raya ni!" Seloroh Poji.
Tak kelakar, okey! Gurau? Apa tahap gurauan yang diorang ‘cipta’ ni? Benda-benda macam ni pun diorang nak buat bahan gurauan ke?
Mataku tajam memandang Bibah yang dari tadi tak bersuara. Gelak Bibah berhenti bila tengok mata aku dah macam kucing nak terkam ikan.
"Aa... Aku tak campur! Aku join aje!" Kata Bibah. 2 x 5 jugak!
Dadaku terasa seperti mahu pecah.
"Kau… Naimah…! Poji! Bibah! Tak sangka korang semua ni pakat nak kenakan aku!" Tempikku kuat. Air mata di pipi aku sapu kasar dengan belakang tapak tangan.
"Erk...! Sabar, Fitriah... Sabar! Kami gurau aje. Tapi tadi awak ada kata awak nak jaga saya, kan?" Kata Aidil takut-takut.
"Awak bukan cacat pun!"
"Jadi awak lagi suka saya cacat? Awak lebih suka tengok saya terencat akal?"
Aku terdiam. Berfikir sejenak.
Actually... Aku lagi suka dia macam ni! Sihat. Sempurna fizikal dan mental. Macho. Dan nampak nakal-nakal sikit. Bila tengok betul-betul... Hensem juga mamat ni, ek! Aik, apasal jantung aku ni semacam aje rasanya? Hyper-aktif semacam aje bila pandang mamat ni lama-lama!
Eh... Yang aku ‘hanyut’ dalam aura ‘emo’ cintan-cintun ni apahal? Bukan aku sepatutnya marah ke?
"Awak ni memang nak kena dengan saya! Kalau saya dapat awak… Nanti awak tahu la langit tu tinggi ke rendah!" Aku berdiri. Lurus-lurus jari telunjuk aku tundingkan ke wajah Aidil.
Lengan baju kurung dah pun aku lipat ke siku. Melihat keadaanku yang macam dah lembu naik minyak, Aidil melompat turun dari kerusinya. Kakiku mula mengejar Aidil. Aidil buka langkah. Lari dan lari… Mengelilingi meja berbucu empat yang dipenuhi balang kuih raya. Mengelakkan diri dari menjadi mangsa buku limaku. Dari satu bucu meja ke satu bucu meja yang lain aku mengejarnya.
Kuat juga mamat semput ni lari! Masa kecik dulu lembik tak bermaya aje aku tengok!
"Naimah! Poji! Bibah! Tolong la aku tangkap mamat poyo ni!"
Naimah, Poji dan Bibah buat tak dengar. Macam tak nampak aje tingkah-laku aku dan Aidil yang dah macam kucing Sylvester dengan Tweety Bird. Seolah-olah aktiviti kejar-mengejar ni memang adegan biasa dilihat di pagi raya. Mereka lebih teruja menonton program-program raya di televisyen dan berbual sesama sendiri dari melihat keadaan kami di ruang kanan rumah ini. Memang ‘baek’ punya pakatan dia dah buat dengan si Aidil ni!
"Okey! Okey! Chop-chop-chop!" Aidil angkat tangan tinggi seraya berhenti berlari. Serta-merta aku turut berhenti berlari. Mengekalkan kedudukan kami yang berdiri bertentangan. Meja kayu di rumah Makcik Nab jadi pemisah kami. Setiap jemari di kedua-dua belah tangannya ditemukan antara satu sama lain. Gaya persis kanak-kanak yang ‘minta rehat’ dari meneruskan permainan kejar-kejar.
"Apahal chop-chop pulak ni?" Soalku kasar. Air mata dah kering kat pipi. Hampeh betul mamat ni! Tak fasal-fasal aku menangis pagi-pagi raya ni!
"Sebelum awak buat apa-apa pada saya, bagi saya cakap dulu apa yang saya nak cakap. Lepas saya habis cakap, terpulang la pada awak nak buat apapun kat saya!"
"Betul ni?" Dugaku.
"Betul!"
"Saya boleh buat apa sahaja pada awak?"
"Untuk tebus kesalahan saya yang menipu awak, saya sanggup terima apa sahaja hukumannya!" Yakin Aidil menuturkannya. Aku tersenyum jahat. Ligat akalku memikirkan tindakan paling sadis yang wajar dikenakan ke atasnya.
"Okey! Saya bagi awak lima minit dari SEKARANG!"
"Okey! Mula-mula saya minta maaf sebab berpakat dengan Naimah dan yang lain-lain untuk kenakan awak!" Macam tak cukup nafas dia bercakap. Aku harap ada inhaler dalam kocek baju Melayunya itu. Kalau tak, tak fasal-fasal kena berkejar ke hospital kejap lagi!
"Saya bukan sengaja pun nak tipu awak. Saya cuma nak pastikan sesuatu."
Sesuatu? Sesuatu yang macam mana atau macam apa tu?
"Yelah, selama ni awak asyik buli saya aje. Bila asyik kena buli aje, saya cuba kenakan awak pulak. Itupun teruk saya kena dengan awak!"
Aku teringat peristiwa dia cuba menakut-nakutkan kami sewaktu bulan puasa sepuluh tahun lepas. Yang mana dia cuba menakutkan aku dan kawan-kawanku tapi akhirnya dia sendiri yang teruk dipukul olehku.
Aku kerling jam di pergelangan tangan.
"Tiga minit lagi!" Aku mengingatkan.
"Okey, okey! Saya ada ada beberapa soalan nak tanya. Awak kena jawab dengan jujur, okey!"
"Tengok la! Kalau saya minat nak jawab, saya jawab!" Nak pukul orang pun kena jawab soalan dulu ke?
"Betul ke saya selalu buat awak marah?" Soalan Aidil yang pertama.
"Betul!"
"Betul ke awak menangis bila dapat tahu saya ‘cacat’ yang kononnya gara-gara perbuatan awak?"
"Betul!"
"Betul ke awak cintakan saya?!"
"Betul!!" Laju aje lidah aku menjawab. Bila aku fikir-fikir balik soalannya dan jawapanku, barulah elemen-elemen malu dalam tubuhku berfungsi. Saat itu, aku harap sangat aku adalah Invisible Girl.
Aidil tergamam. Aku pulak terkedu! Ooo… Ooo… Macam mana boleh ‘termengaku’ rahsia hati ni. Muka dah terasa panas.
"Haa!!!! Aku dah kata dah dia suka kat kau la, Aidil!" Jerit Naimah yang rupa-rupanya pasang telinga dari tadi. Poji dan Bibah bersorak gembira.
Aku gigit hujung bibir. Automatik pandangan mataku jatuh ke meja. Mencari dan mencari. Kot-kot ada dulang ke, pinggan ke, piring pun jadi la… Nak buat cover tutup muka. Malu siot!
"Sekarang saya tahu kenapa awak selalu marah, sedih, risau, bengang pada saya. Rupa-rupanya awak cintakan saya… Sekarang segala keraguan saya dah padam. Fitriah, saya dah lama jatuh cinta pada awak! Sejak awak ketuk kepala saya dengan rehal Al-Quran tu lagi. Sejak malam tu, saya asyik teringatkan awak aje. Dalam hati saya ni, hanya ada satu nama; nama awak! Sudi tak awak jadi isteri saya bila kita habis belajar nanti?"
Alamak… Aidil dah meluahkan perasaan hati la pulak… Siap melamar-in-advance lagi! Malunya… Semua kawan-kawan tengok. Mak dan kakak Aidil tertinjau-tinjau dari dapur! Diorang tengah tengok drama sebabak arahan si Aidil ni ke?
Aku tegakkan kaki yang tadinya dah longlai bila mendengar luahan hatinya. Muka aku masamkan. Padahal dalam hati dah pun berputik bunga-bunga cinta.
"Saya dah jawab semua soalan awak! Sekarang dah boleh pukul awak sampai setengah nyawa, kan? Boleh kita sambung main kejar-kejar?" Soalku menyindir. Walhal dalam hati... Nak cover malu aje!
"Aaa…! Kalau saya nak tarik balik ‘keizinan menghukum’ tadi, boleh tak?"
"Janji tetap janji!" Tuntutku.
Kami mengelilingi meja empat segi itu semula. Berasakan ruang untuk dirinya menyelamatkan diri dariku kecil, Aidil turun ke tanah. Aku tetap mengejarnya dari belakang dengan batang penyapu yang sempat aku sambar di tepi pintu tadi.
Hidup-hidup kau tipu aku, ya! Siap kau! Kalau aku dapat tangkap kau, aku cincang kau buat masak lemak cili api!
Tapi bila dah masuk 15 minit scene kejar-mengejar ni, aku mula rasa aura-aura cinta yang selama ini terpendam dalam diriku. Aku memang rindu dan cintakan Aidil selama ini. Tu fasal la aku tak pernah minat nak pandang mana-mana lelaki kat kampus. Fasal mamat nakal ni dah ‘kidnap’ hati aku sejak zaman kanak-kanak kami lagi. Licik, kan?
"Fitriah… Awak sungguh-sungguh ke nak pukul saya sampai setengah nyawa? Walaupun lepas awak dapat tahu yang saya cintakan awak?" Soal Aidil dalam mengahnya. Kami berhenti berlari seketika. Mengumpul oksigen yang semakin berkurangan dalam rongga.
Aku ukirkan senyuman mengejek. Kemudian, aku pamer pula muka serius. Dalam hati rasa nak ketawa aje tengok muka Aidil yang dah pucat.
"Awak jangan la buat muka macam tu… Saya takut la!" Ujar Aidil. Inhaler di tangan dipamkan ke mulut.
Aku buka langkah. Kembali mengejarnya mengelilingi pokok betik yang ada di halaman rumahnya pula.
Jangan risau… Aku tak akan buat dia cacat anggota. Paling teruk pun, aku kasi tulang tangan dia patah aje. Tak boleh buli teruk-teruk sangat, kan? After all, dia kan bakal suami aku!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
~ End of Aidil Fitri ~
*** Zillion of thanks 4 supporting novel ad+iz... komen dr anda amat dihargai...~eury athena~
salamzz...nice job!...akak baca jugak Ad + Iz...but since I @ Saudi so hopefully can catch ur novel by the time balik mesia....syok jgk jd org 1st komen nih...
1. congrats... 2. best cite nih... 3...elemen yg bagus..smooth je jln cite nih... 4.....x bosan langsung.... 5.......teruksan lagi ea...I'll support u always...
so sweet ... terkenang zaman remaja. bergaduh, buli membuli, membibit rasa cinta. cinta monyet kata orang. tapi sampai sekarang masih membekas di hati .....
salam penulis citer ni... best sgt22...saya x abis gelak... so sweet story..teringat lak zaman kecik2 dulu..memang best... citer ni klu dijadikan drama best sgt.. teruskan menulis
nice story... wat penulis...awk mampu membuatkan sye tergelak cam nak gler depan PC ni sorang2... wat g cter yg best2 tok mse akan dtg.. best...best...best...best...hehe ~beeash_bp~
wah!!! best nya cruta nie.. btul2 best.. truskn lg ya.. best sngt2.. romntk,sedh,lcu.. mcm2 lh.. mmng best giler.. sya mau ltak lh karya nie d dinding FB sya.. hehehe.. truskn ya.. :)
hai!!! at first wawa nengwok nme writer ney, wawa ckp "amboih, gmpak nyer nama pena die,klo cite xgmpak xtaw lar.." n guess wat?? cerita ney sangat gempak!!!!! besh giler. perfect! lawak.sedih.romantik.saspen. sume ade! tahniah writer. cite anda sgt best. =)
Haha.....aku suke gile cite neh,asyik ketawa jek...kt part aidil terencat 2 sdey gak,tp cket jek....yg selebihnye ayik ketawa.de X sape2 taw cite pe lg dr penulis yg sama,bley recomend X?-Aiesha
best sangat cerita nie... asyik senyum & gelak jer... menarik jalan ceritanya... soft & smooth..
~ayu~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salamzz...nice job!...akak baca jugak Ad + Iz...but since I @ Saudi so hopefully can catch ur novel by the time balik mesia....syok jgk jd org 1st komen nih...
1. congrats...
2. best cite nih...
3...elemen yg bagus..smooth je jln cite nih...
4.....x bosan langsung....
5.......teruksan lagi ea...I'll support u always...
-Rainbow-