Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
'Nur Hawa Balqis' Sesaat mataku perpaku pada satu nama di dalam senarai nama pelajar. Hatiku terpegun saat membaca nama itu. Amat Indah dan mempersonakan! Dalam hatiku ini ada terdetik kagum kepada orang yang mencipta nama itu untuk si cilik kesanyangan mereka yang baru melihat dunia. Mereka berjiwa kreatif dan damai-itu hanya pada pandanganku sahaja. Dan tentu sekali harapan mereka kepada empunya nama itu setia dan sebijak pekerti serta sesempurna kedua-dua nama permaisuri itu- Hawa dan Balqis. Tugas menaip senarai nama pelajar yang menyertai aktiviti berpesatuan di kolej yang tadinya terhenti kuteruskan semula. Melupakan sejenak nama nan indah yang asyik bermain-main dalam fikiranku untuk seketika.
* * * * * * "Kau kenal pelajar yang bernama Nur Hawa Balqis?" soalku kepada Azman sambil menyerahkan senarai nama yang kutaip semalam. Azman memandangku, sesaat dia tersenyum. Dia mengangguk kepala. Giliran aku pula yang tersenyum sendiri. Saat ini hatiku berbunga riang! Nama itu betul-betul mempersonakan diriku. Semalaman aku memikirkan tentang nama itu. Aku membetulkan kedudukan menghadap Azman yang duduk di sebelahku. "Dia Student first year di kolej kita, berasal dari Negeri Sembilan dan dia daripada Fakulti kesusasteraan, itu saja yang aku tahu tentang dia." Belum sempat ku bertanya Azman memberitahu. Matanya yang tadinya tertumpu kepada kertas putih itu beralih kapadaku. Mungkin ingin melihat reaksiku saat ini tatkala nama gadis itu disebut. Aku mengangguk dan bibirku tidak lekang dari senyum seperti tadi. "Kenapa? Kau dah jatuh hati pada nama tu ke?" Azman tertawa lucu memandang wajahku. Dia menepuk bahuku beberapa kali. Kali ini aku tersengeh bersahaja. Mungkin kata-kata Azman ada batulnya, aku jatuh hati pada nama gadis itu- Nur Hawa Balqis! Hatiku tertawa lucu, pernahkah seorang jatuh cinta hanya pada nama? "Kalau dah jatuh hati pada namanya, tak teringin untuk mengenali pemilik kepada nama itu?" Kali ini Azman menyoalku. Namun, aku tidak pasti sama ada pertanyaan Azman itu untuk menduga hatiku ataupun sekadar berseloroh. "Kalau hati kau ikhlas untuk mengenalinya, tidak salah jika kau cuba mendekatinya." Aku hanya berdiam mendengar kata-kata dari Azman. Ya! Apa yang diperkatakan Azman tadi ada benarnya. Aku mengakui itu. "Tapi Man, aku hanya minat nama itu dan bukan pemiliknya!" balasku membetulkan sangkaan Azman. Aku tertawa lucu dan Azman tersengeh memandangku. "Minat nama tu mungkin satu permulaan untuk satu perhubungan...mana tau suatu hari nanti kau betul-betul suka pada orangnya pula." Giliran Azman mentertawakanku. Gurauan Azman membuatkan aku mengelang kepala beberapa kali. Bagiku itu mengarut! Tidak mungkin kerana menyukai nama seseorang akan juga meminati pemiliknya. Perbualan aku dan Azman berakhir di situ. Aku mengatur langkah menuju ke kafeteria. Dalam benakku masih terngiang-ngiang perbualan dengan Azman tadi mengenai Nur Hawa Balqis. Apa yang pasti nama gadis itu amat istimewa pada diriku. Sukar untukku ungkapkan betapa aku menyukai nama itu pada pertama kali membacanya. Fikiranku mengalamun sejenak memikirkan tentang perbualan tadi. Ketika fikiranku melayang jauh, tiba-tiba secara tidak sengaja aku melanggar seseorang yang berjalan bertentangan denganku. Dia jatuh terduduk dan beberapa buah buku miliknya bertaburan ke lantai. Aku tersentak, dan hanya berdiri kaku di situ, kaget!. Aku mengakui kesilapanku pada gadis berkurung biru ini. Ini salah diriku dan aku bersedia sekiranya dimarahi gadis ini!. Namun, dia hanya berdiam, matanya memandang lantai dan dia seperti tidak mempedulikan aku yang berada dihadapannya. Aneh!Kulihat pelajar perempuan ini membongkokkan badannya, dia meraba-raba mencari sesuatu di lantai, seketika dengan penuh cermat tangannya mencapai satu per satu bukunya yang bertaburan tadi. Ya Allah! Kalimah itu terpacul dari bibirku. Hatiku tiba-tiba diselubungi perasaan bersalah. Tidak sepatutnya aku alpa dan lalai melanggar insan ini dan membiarkan dia yang kepayahan mengambil bukunya yang jatuh tadi. Jiwaku meruntun kekesalan dengan kesilapan ini. "Saya minta maaf, tidak sengaja melanggar saudari!" mohonku bersungguh-sungguh. Gadis dihadapanku mengukirkan senyuman manis, dia menggeleng kepala. "Awak tak perlu minta maaf kerana awak tidak bersalah, saya yang melanggar awak dan saya yang perlu mohon maaf." Lembut tutur katanya menusuk ke deria pendengaranku. Sempat kulirik pada Bibirnya ini tidak lekang dari senyuman manis. "Sebanarnya saya yang lalai tadi sehingga terlanggar saudari, maafkan saya" aku mnegulangi ayat kemaafan itu Seketika dia berdiam diri. Mungkin memikirkan sesuatu. "Tak apa...jika saya dilahirkan dengan penglihatan yang sempurna, mungkin saya juga akan lalai, maafkan saya juga." Dia melebarkan senyuman, wajahnya tenang dan jernih, begitu jelita dan menawan ditambah pula dengan kecantikan peribadinya. Mendengar ayatnya darinya aku terdiam, amat bermakna kata-katanya itu menusuk ke jantung hatiku.
Mataku tertumpu pada skrin komputer riba, menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Seketika kerja itu terhenti. Fikiranku melayang mengingati gadis tadi. Kata-katanya cukup bermakna bagiku. Benar kata-katanya tadi, kita yang dilahirkan dengan kesempurnaan sering alpa tapi tidak bagi mereka yang dilahirkan sepertinya. Itulah hikmah dari Allah S.W.T kepada orang-orang yang istimewa sepertinya. Aku memejam mata rapat-rapat, seharusnya aku bersyukur kerana kurniaan kesempurnaan ini kepada diriku, dan pastinya aku tidak sanggup untuk berada di tempat gadis itu menjalani hidup ini. Betapa tabah dan ikhlas hati gadis itu menerima ketentuan ilahi. Semalam aku memikirkan tentang Nur Hawa Balqis dan hari ini fikiranku melayang kepada gadis manis itu. Aneh sungguh perasaanku ini!
Petang itu aku ke bilik bacaan, ingin memdapatkan sedikit maklumat berkaitan dengan tugasanku untuk tahun terakhirku disini. Suasana dalam bilik bacaan agak lenggang. Beberapa helaian kertas ku belek. Beberapa minit kemudian, aku mengalihkan pandangan ke pintu utama. Melihat ke arah beberapa pelajar yang masuk ke bilik bacaan. Tiba-tiba pandanganku tertumpu kepada seseorang. Kuamati beberapa ketika pelajar itu. Ya! Dia yang bertudung hijau lembut itu adalah gadis yang kujumpa semalam. Hatiku melonjak kegirangan. Entah kenapa? Sesaat aku mengatur langkah untuk mengajaknya duduk semeja denganku. Dia bersetuju dengan pelawaanku. "Saya tengok saudari selalu seorang diri..." aku bersoal memandang wajah tenangnya. Sekali lagi dia menghadiahkanku sekuntum senyuman manis. " ?" soalnya bergurau sambil tersengeh menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi. Aku ketawa kecil dengan telatahnya. Sememangnya dia mudah mesra. "Saya sudah biasa keseorangan.." Jelasnya. "Nasib kita sama saja. Amm...boleh saya tahu nama saudari." Pantas aku menukar topik perbualan cuba bergurau. Dia mengangguk lantas menyerahkan bukunya kepadaku. Aku mengambil buku yang diberikan dan membuka pada helaian pertama. Dan disitu tertera namanya. Aku terkesima saat membaca namanya. Mataku beralih kepada pemilik nama ini. Nur Hawa Balqis – nama itu seindah dan serasi dengan pemiliknya. Patutlah ketika pertama kali berbicara dengan pemilik nama ini, aku dapat merasakan satu perasaan. Perasaan itu adalah untuk mengenali dirinya. Kini, aku mengakui kebanaran kata-kata Azman tempoh hari! sekiranya aku meminati namanya dan tidak mustahil aku akan meminati diri pemiliknya juga. Gadis yang bernama Nur Hawa Balqis ini amat menyentuh hatiku sebagai seorang lelaki. Ketabahannya, kesederhanaannya, kelembutanya, dan kehalusan budi pekertinya benar-benar sempurna di mata hatiku!. Dia terlalu sempurna bagiku. Apa yang dianugerahkan ilahi kepadanya bagiku sudah cukup sempurna! Tentunya aku percaya perasaan yang hadir terhadap pemilik nama ini adalah kerana takdirMu Tuhan. Dan saat ini, aku berjanji untuk sentiasa menemaninya dan membantunya apa yang termampu dengan dayaku sebagai insan yang dilahirkan dengan kesempurnaan. Sekiranya gadis yang bernama Nur Hawa Balqis ini telah tertulis dalam kalamMu bahawa dia tercipta untukku, maka aku sebagai hambaMu yang lemah rela menjadi miliknya!.
btol. cite menarik, ayat2 y digunakn jg mudh difahami. n cara penulisnnya bolh menarik sesiapa sj u meneruskan pmbacaan. tidk smua y dlahirkan smpurna tp kita serin mgharapkn ksempurnaan u menilai diri kita sendiri. sy juga percaya pd jtuh cinta pandg pertama.truskan usaha.
to lina cute... best la cerpen ko buat ni..respek laa.tak sia-sia bljr penulisan cerpen dulu. tapi cam org lain ckp gak,pendekla tapi mudah faham..nnti masukkan sekali novel ko kat sini ye. leh aku bace.
erm..citer nie...boley la... penulis sepatutnya kembang kan lagi jalan cerita untuk menjadikan cerita lebih menarik.. objektif yang disampaikan dalam crita ni terlalu pendek..dan membuatkan pembaca berasa tidak puas membaca.. so...tingkatkan usaha dan good dalm penulisan anda..
best la tp npa x tmbh2 g citer.. .pendek sngat laa... =)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam...nice story...
bukan senang nak jumpa dgn orang yang betul2 ikhlas dengan keadaan kita...tapi bkn bermakna xde langsung ye...