Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ayuna Elaryna termenung sendiri. Dia tidak tahu kenapa dia rasakan teringin hendak berbual dengan Adam Haqrazi. Lelaki itu meninggalkan rumah mengejut. Tidak sempat dia hendak mengucapkan apa-apa walaupun cuma sekadar selamat tinggl.
Muncung sahaja Ayuna Elaryna sepanjang perjalanan kerana disakat abangnya. Hari itu ada gotong-royong di sekolah dan dijalankan hanya melibatkan pelajar-pelajar. Jadi sudah balik itu baru abahnya datang mengambil.
"Abah tak tengok. Dia bukan buat kerja bah. Duduk dating bawah pokok tepi padang. Betulkan Yuna?" tanya Azami Ehsani tidak mengalah lagi dari hobinya itu.
"Tak bah. Itu kawan Yuna je. Abah jangan percaya cakap abang Azam tu. dia tipu bah," bidas Ayuna Elaryna lancar. Dia cuma hendak berehat sekejap waktu itu dan Taufiq Firus datang duduk di sisinya. Itu sahaja. Lagi pula, bukannya tidak biasa perkara itu dilakukannya semenjak dua bulan setengah yang lalu lagi seperti itu.
"Kawan takkan duduk berdua macam tu. Kan bah?" sakat Azami Ehsani sambil mencebik. Ada sahaja alasan adiknya itu hendak membidas katanya.
"Abah taklah. Dia bestfriend Yuna je. Abang jangan nak mengada-gada eh. Yuna cakap dengan umi abang couple dengan akak yang duduk sebelah abang tu. abang lagi teruk dari Yuna," ugut Ayuna Elaryna dengan muncungnya yang sudah panjang sedepa dikerjakan abangnya itu.
"Bagilah tahu. Umi dah tahu. Umi tak marah pun sebab abang exem skor." Azami Ehsani sudah menjelir lidahnya.
"Mana ada istilah bestfriend antara lelaki dengan perempuan. Kan bah," tambah Azami Ehsani masih lagi hendak berdebat kata dengan adiknya yang seorang itu.
"Bestfriend ke, boyfriend ke, abah nak, SPM sebulan lagi, Yuna dapat jawab. Jangan tak dapat jawab, abah sembelih nanti buat kekah. Jangan malukan abah. Semua satu sekolah cikgu tahu anak abah pandai-pandai," ulas Encik Borhan tentang pandangannya pula setelah lama menyepi di sisi membawa keretanya untuk pulang.
"Ah. Lupa abah nak cakap. Adam kirim salam dengan korang berdua sebab tak sempat jumpa. Tadi pagi mama dengan papa dia datang ambil dia. Katanya nak hantar pembedahan dekat overseas. Untung dia jadi orang kaya," beritahu Encik Borhan menghentikan muncung Ayuna Elaryna dan menghentikan tawa Azami Ehsani.
Terkebil-kebil Ayuna Elaryna seketika.
"Dia tak cakap pun semalam dia dah nak balik bah," kata Azami Ehsani perlahan kerana sudah dua bulan setengah lelaki itu berkongsi bilik dengannya. Terasa juga kehilangannya jika tiba-tiba begitu.
"Oh. Mama dengan papa dia datang mengejut tadi. Dia pun tak sangka macam mana papa dengan mama dia dapat tahu dia dekat rumah kita. Papa dengan mama dia cari dia dan akhirnya anak kawan dia beritahu Adam ada dekat rumah kita. Tu yang dia datang cari. Abah cuma dengar je diorang anak-beranak berbual. Tak pula abah tanya," jelas Encik Borhan lagi panjang lebar membuatkan Ayuna Elaryna semakin terpampan. Sakit dadanya tiba-tiba.
"Hai darling. Kenapa ni?" Kedengaran suara Taufiq Firus menegurnya membuatkan dia menyeka air matanya. Dia tidak tahu kenapa semakin kuat perasaan itu terhadap lelaki itu sedangkan dia tahu lelaki itu ada kehidupannya sendiri sebelum datang ke dalam hidupnya.
Ayuna Elaryna menggeleng pantas.
"Tak ada apa-apa, takkan menangis. Did I miss something?" duga Taufiq Firus. Semenjak dua tiga hari ni, mulut itu senyap sahaja tidak seperti selalu menggamatkan keadaan kelas dan menceriakan harinya dengan tawa dan ceritanya.
Ayuna Elaryna menggeleng lagi.
"Awak nak tempat bercerita, saya ada dekat sebelah awak. Nak cerita sesuatu pada saya?" Wajah kemerahan yang lansung tidak memandangnya itu ditatapnya.
"I miss him," ucap Ayuna Elaryna perlahan dan perkataan itu ditangkap pendengaran Taufiq Firus.
"Siapa?"
"Adam."
"Bukannya awak kata dia dekat rumah awak ke?"
Ayuna Elaryna menggeleng.
"Baru berapa hari lepas parents dia datang ambil dia. Saya tak sempat nak ucap apa-apa pada dia." Tiba-tiba titisan jernih yang tadi sudah diseka, kembali mengalir.
"You love him, right?" duga Taufiq Firus hendak dilihatnya reaksi gadis itu walaupun dengan perkataan mula-mula tadi sebenarnya dia sudah tangkap perasaan gadis itu terhadap lelaki yang digelarnya Adam itu.
Beberapa ketika Ayuna Elaryna diam. Mungkin berfikir tentang apa yang diperkatakan Taufiq Firus. Kemudian dia mengangguk perlahan dengan tangisan yang semakin hebat.
"Dahlah. Cinta tu datang and pergi. So, mungkin lepas ni datang cinta yang baru. Siapa tahu nak dapat yang lagi baik dari tu," pujuk Taufiq Firus sedikit berseloroh hendak menenangkan hati itu.
"Awak tak faham sebab awak tak ada perasaan tu," tangis Ayuna Elaryna dan bangun kemudian melangkah meninggalkan Taufiq Firus sendiri.
Perasaannya cuba dirawat kerana gadis itu bukan memilihnya, tapi nyata, luka itu berdarah kembali kerana melihat gadis itu menangis.
__________________________________________
Sehari lagi harinya kosong. Bibirnya lansung tidak tercalit senyuman ketika dia melangkah memasuki kelasnya.
"El. Ni. Taufiq bagi. Dia kata semalam dia lupa nak bagi kau," kata Yu tiba-tiba ketika Ayuna Elaryna melabuhkan punggungnya di kerusinya.
"Hah?" Ayuna Elaryna bingung seketika. Kenapa perlu bersurat-surat sedangkan dia duduk di sebelah lelaki itu di dalam kelas. Pelik pula kelakuannya.
"Kau tak tahu ke? Taufiq pindah overseas ikut keluarga dia," beritahu Yu sambil menyelitkan surat yang ditangannya tadi di bawah beg Ayuna Elaryna yang masih berada di atas meja.
"Dia tak beritahu aku pun," jawab Ayuna Elaryna kembali. Dia masih lagi kebingungan. Bukankah setiap hari dia dengan lelaki itu. Kenapa pergi lansung tidak beritahunya tentang itu. Kenapa semuanya tinggalkan dia tanpa sempat dia mengucapkan apa-apa. Hatinya yang baru sahaja hendak dirawat kerana pemergian Adam Haqrazi, kembali bergelodak kuat.
"Aku tak tahulah pula pasal tu. Yang penting semalam, masa aku hantar dia pergi air port, dia bagi ni. Suruh bagi dekat kau," balas Yu dengan senyuman nipisnya sambil menggaru lembut kepalanya.
"Thanks lah," ucap Ayuna Elaryna sambil mengambil kertas itu dan diselitkan dalam begnya. Balik nanti baru dia akan membukanya. Macam tidak penting sahaja.
Seharian dia mengelamun di dalam kelas. Lansung tidak menumpukan perhatiannya pada pembelajarnnya. Sehingga apa yang orang katakan padanya pun, dia tidak menjawab. Kenapa semua orang yang rapat dengannya pergi begitu sahaja. Hatinya dipalu hebat rasa sedih.
"Kenapa dengan Yuna hari ni Azam?" tanya Puan Marisa pelik dengan kelakuan anak gadisnya itu. Jalan terus sahaja naik ke bilik tanpa berbunyi suaranya seperti selalu.
"Bulan purnama agaknya umi. Yunakan biasa gitu," jawab Azami Ehsani selambanya dan mendaki tangga satu persatu. Dia juga sebenarnya rasa pelik dengan adiknya itu. Didengkinya, tapi tidak menjawab macam selalu.
"Kamu ni Azam. Main-mainkan adik kamu tu," tegur Puan Marisa. Terasa benar rumah itu jika tiada gelak tawa manja Ayuna Elaryna semenjak kebelakangan itu.
Ayuna Elaryna di dalam bilik mengeluh berat. Setelah mencampakkan begnya ke tepi katil, tubuhnya dihumban ke katil dengan masih lagi berbaju uniformnya itu.
Dalam asyik dia berbaring, dia teringat kembali surat yang diterimanya itu. tangannya pantas menggapai beg silangnya dan dibongkar.
Dengan rakusnya dia membuka sampul surat itu kerana hendak mengetahui isinya. Buka sahaja, jatuh satu rantai yang bergantung loket berbentuk hati.
Dibeleknya rantai itu. Hatinya makin hebat bertanya dan dikeluarkan surat di dalamnya.
Ku sangkakan engkau yang terbaik, Memberikan corak ceria pada wajahku, Memberikan rasa hebat dalam jiwaku, Tapi, Aku silap kerana hatimu, Bukan tercipta untuk melihat cintaku itu.
Ayuna Elaryna,
Awak dah tahu kan surat ni dari saya. Sorry sebab saya tak pernah nak beritahu awak yang saya nak pindah. Sebab setiap kali saya tengok awak, saya tak mampu nak ucapkan yang saya akan tinggalkan awak.
Sorry sebab tak jawab soalan awak hari tu pasal ‘what kind of girl that I like’. Actually, saya nak cakap awak. Perempuan yang macam awaklah yang saya nakkan jadi teman saya. Sorry. Sebab awak dah kata bukan saya jenis lelaki yang awak inginkan.
Mungkin semalam saya menyakitkan hati awak dengan perkataan saya. Saya minta maaf juga pasal yang tu. Saya tak nak awak sedih disebabkan hanya seorang lelaki. Saya nak awak kuat, ternyata saya silap dan dengan ucapan yang keluar dari mulut saya membuatkan awak menangis. Sorry.
Seorang yang ceria dan mampu menarik perhatian siapa sahaja dengan kepetahannya berbicara tiba-tiba berubah perangai hanya kerana sebuah cinta. Itulah awak. Saya harap awak dapat menjalani hari-hari awak tanpa kesakitan yang terus-terus terukir di hati awak. Sebab percayalah, cinta itu akan datang sekiranya kita merelakan pemergiannya.
Mungkin semalam kali terakhir kita berjumpa. Saya doakan awak bahagia.
Rantai yang saya sertakan tu tanda persahabatan kita. Pakailah selagi awak mengingati saya. Walaupun mengingati saya hanya sekadar kawan tempat awak ketawa. Itu sahaja dari saya. Sekian.
Your bestfriend, Mr. Tasya.
Air matanya menghambur hebat menyapa wajah. Semakin sakit dia rasa disebabkan perkara yang dia tidak menyangka itu.
How could you? I hate you. Jerit hati Ayuna Elaryna sambil membaling kertas di tangannya setelah direnyukkan.
Dia sangkakan, setelah kehilangan Adam Haqrazi, dia masih lagi ada tempat mengadu di sisi Taufiq Firus. Tapi ternyata dia silap. Lelaki itu juga turut meninggalkannya.
___________________________________________
Actually I’m 17. Apa yang diucapkan Ayuna Elaryna 6 bulan lepas berlegar di segenap kotak fikirannya. Sebenarnya, ada rasa pelik pada perasaannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
Semenjak dia mendapat mata barunya itu, wajah Wanda Alia tidak lagi menjadi hiasan dalam pandangannya. Entah kenapa rasa itu ada, dia sendiri tidak tahu.
Disebabkan dia terasa hati dengan perbuatan wanita itu, dia sendiri meminta mama dan papanya memutuskan tali pertunangan antara dia dan Wanda Alia.
Dilihatnya, mudah sahaja Wanda Alia mencari pengganti dirinya setelah mereka berpisah.
Semua perlakuannya dulu juga sudah berubah semenjak dia duduk di rumah Encik Borhan. Solatnya dijaga begitu juga dengan perlakuan dan batas pergaulannya.
Setiap kali dia duduk sendiri, gelak tawa Ayuna Elaryna mengetuk pintu hatinya. Mungkinkah dia merindui gadis itu? Persoalan itu tidak mampu dia jawab. Dia ingin melihat wajah gadis itu entah kenapa. Tapi dia lansung tiada masa untuk melakukannya. Banyak kerjanya yang melambak setiap kali dia bercadang hendak menjenguk keluarga itu.
Ketukan di pintu pejabat menggamit perhatiannya.
"Masuk," arah Adam Haqrazi tegas.
"Encik Adam, ni ada surat untuk Encik," beritahu Fairuz, setiausahanya sambil mendekati mejanya.
"Dari?" tanya Adam Haqrazi sedikit pelik.
"Saya tak pasti Encik Adam," jawab Fairuz dengan lembutnya sambil menyerahkan surat itu kepada Adam Haqrazi.
"Ok. Thanks. Pergilah sambung kerja awak," suruh Adam Haqrazi dengan senyuman dibuat-buat supaya setiausahanya itu tidak nampak kegusaran pada hatinya itu.
Fairuz mengangguk dan melangkah meninggalkan bilik itu.
Surat itu dibukanya perlahan. Hatinya bertanya dengan pelbagai soalan. Surat itu bukannya surat formal seperti biasa diterimanya. Sekadar surat biasa yang sedikit lama sampulnya.
Buka sahaja, bait ayat di dalamnya ditatap.
Abang Razi. Taufiq ni. Sorry sebab kejutkan abang dengan surat ni. Mama dengan papa ada beritahu abang pasal Taufiq ke? Sorry sekali lagi sebab Taufiq tak dapat nak jadi teman abang pergi main tennis dengan basket petang-petang lepas abang baik dari operation. Masa abang baca ni, mungkin Taufiq dah tak ada lagi dekat dunia ni. Sorry lagi. Banyak betul sorry Taufiq ni.
Abang. Taufiq cuma nak beritahu abang beberapa perkara.
First, pasal Taufiq. Sorry sebab Taufiq tak beritahu abang yang Taufiq sakit dan mama dengan papa cuba cari penawarnya tapi tak jumpa. Surat ni pun, Taufiq suruh mama postkan pada abang bila dah 6 bulan Taufiq pergi meninggalkan dunia ni. Sorry abang sebab kali terkahir kita jumpa waktu sebelum abang hilang penglihatan. Taufiq akan ingat perlawanan yang Taufiq menang lawan dengan abang time tu.
Second, pasal mana abang menghilang dua bulan tu. Mama dengan papa abang cari abang dan Taufiq yang beritahu dia abang dekat mana sebab rumah yang abang tumpang tu, rumah kawan Taufiq. Dia yang cerita pasal abang pada Taufiq. Sorry sebab pecahkan rahsia abang. Taufiq tak bermaksud pun.
Third, mata yang ada pada abang tu, sebenarnya mata Taufiq. Itu je yang Taufiq dapat tinggalkan untuk abang. Jaga betul-betul tau abang. Jangan tengok benda tak patut dengan mata Taufiq tu.
Forth, Taufiq harap, abang boleh cari orang yang tumpangkan abang tu. Sebab, kalau abang nak tahu, Ayuna Elaryna, dia cintakan abang. Dia yang beritahu Taufiq sebab Taufiq tempat dia bercerita bila abang keluar dari dunia dia macam tu je tanpa berita.
Mungkin terlalu melampau kalau Taufiq cakap yang Taufiq cintakan dia. Tapi, itulah sebenarnya abang. Tapi dia tak cintakan Taufiq. Dia cintakan abang. Mungkin sakit untuk Taufiq terima semua tu. Tapi, itulah takdir.
Taufiq harap, dengan mata yang Taufiq beri pada abang tu, dapat abang tengok cinta dia. Tolong abang. Pergi cari dia. Itu sahaja pesanan dari Taufiq untuk abang. Abang tolong jaga dia betul-betul sebab Taufiq akan sakit bila dia menangis. Tolong Taufiq abang. Sorry pasal semuanya.
Your little brother, Taufiq Firus.
Adam Haqrazi terkesima sebentar. Patutlah adik angkatnya itu hilang begitu sahaja. Lama dia mencari. Apa yang dia tahu, keluarga Taufiq Firus berpindah ke luar negara.
Disebabkan dia tiada adik lelaki, Taufiq Firus, anak kepada kawan baik papanya dianggap sebagai adiknya. Banyak aktiviti dilakukan bersama dan banyak cerita dikongsikan bersama sehingga mereka menjadi terlalu rapat.
Dia bangun dan berdiri menghadap cermin. Matanya ditatap. Penderma matanya waktu itu dirahsiakan. Dia tidak menyangka adik angkatnya itu yang memberinya pancaindera yang dulunya hilang kerana kemalangan itu. Kunci keretanya dicapai dan berlalu.
"Fairuz, apa-apa meeting hari ni cancle," pesan Adam Haqrazi sambil melangkah laju di hadapan meja setiausahanya itu.
Terkebil-kebil seketika Fairuz dibuatnya sebelum menjawab.
"Tapi Encik Adam..." Tidak sempat lagi dia memanjangkan bicaranya, majikannya itu hilang ditelan lif.
Pantas dia berjalan mendapatkan keretanya dan memecut laju pulang ke rumah. Hanya mama dan papanya sahaja tahu dimana dia berada sewaktu dia buta dahulu.
Macam-macam ditanyaanya tentang letaknya rumah Encik Borhan. Hatinya diketuk-ketuk dengan kata-kata yang dia juga menyimpan perasaan yang sama terhadap gadis itu.
Selesai bertanya dan mendapat maklumat, dia terus menuju ke rumah Encik Borhan. Sampai sahaja di hadapan rumah itu, kakinya membeku setelah turun dari kereta. Rumah yang dicarinya itu gamat dengan majlis yang sedang berlansung.
"Eh Adam," panggil satu suara yang dia seakan kenal pemiliknya tapi dia tidak kenal wajah itu.
"Adam kan?" tanya lelaki itu sekali lagi meminta kepastian.
Adam Haqrazi mengangguk dengan wajah bingungnya.
"Azam," kenal lelaki itu dengan senyuman. Akhirnya, Adam Haqrazi datang melawat rumah itu setelah lama menghilang.
"Oh Azam. Sorry. Dulu dengar suara je. Patutlah cara macam kenal," jawab Adam Haqrazi menutup rasanya waktu itu. dia tertanya-tanya. Majlis itu seakan majlis perkahwinan. Azam Ehsani ada di situ dan anak Encik Borhan hanya ada dua orang. Jadi yang kahwin itu, mungkinkan Ayuna Elaryna?
"Adam dah oklah sekarang? Alhamdulillah. Masuklah. Kebetulan datang. Abah dengan umi mesti seronok Adam datang. Majlis akad pun baru nak start," ajak Azami Ehsani dengan senyumannya.
"Ni majlis siapa?" tanya Adam Haqrazi hendak tahu.
"Yuna..." Belum lagi Azami Ehsani memanjangkan celotehnya kerana sudah lama tidak berjumpa lelaki itu, tiba-tiba Adam Haqrazi sudah berlari masuk ke dalam rumah.
Apabila sampai sahaja di hadapan pintu rumah, matanya tertacap pada wajah gadis yang duduk di atas bantal bersarung emas yang cantik memakai pakaian pengantin. Hatinya menangis. Sekilas sahaja dia memandang wajah lelaki yang duduk menghadap tok kadi.
"Yuna. Kenapa tak tunggu saya?" tanya Adam Haqrazi sambil melangkah lemah mendekati gadis itu. Cantik dan ayu gadis itu dengan baju pengantinnya. Kenapa diwaktu dia menyedari yang cinta itu hadir, gadis itu sudah hendak menjadi milik orang.
Percakapan Adam Haqrazi membuatkan semua orang yang berada di situ terkesima. Siapa pula yang membuat kecoh dimajlis orang ni?
"Adam. Bila masa kamu sampai?" tanya Encik Borhan sambil bangun mendekati Adam Haqrazi yang sudah duduk melutut di hadapan Yuna.
"Kenapa awak tak tunggu saya. Saya cintakan awak. Awak tahu tak?" tanya Adam Haqrazi sungguh-sungguh.
Yuna terpinga-pinga. Pengantin lelaki juga turut terkesima. Berkerut dahinya. Kenapa ni?
"Adam kenapa ni?" tanya Encik Borhan. Pelik-pelik pula lelaki itu. Datang mengejut, siap buat drama percuma lagi di majlis itu.
"Uncle. Saya cintakan Yuna. Kenapa uncle kahwinkan dia dengan orang lain?" tanya Adam Haqrazi macam orang hilang akal. Bisikan orang di sekeliling lansung tidak menjejaskan perbuatannya dan pengucapannya.
"Macam mana..."
"Tak nak lah umi. Bosanlah Yuna macam ni. Geli. Yuna tak suka pakai make up. Macam orang apa je." Kedengaran suara di tingkat atas yang tadi menghentikan pengucapan Encik Borhan. Kelihatan seorang gadis yang cantik dengan kebaya birunya dan rambut yang dileraikan dengan wajah yang disolek cantik.
"Kan majlis ni. Kena cantik-cantik. Nanti orang tengok macam apa je anak umi. Kalau macam ni baru cantik," balas Puan Marisa dengan senyuman sambil mengikut langkah anak gadisnya itu menuruni tangga. Tidak perasan pula mata tetamu memerhatikan mereka.
"Cantik apa ma..." kata-kata Ayuna Elaryna terhenti ketika memandang wajah lelaki yang duduk melutut di hadapan pengantin perempuan.
"Adam?" Terkeluar dari mulut berbibir munggil itu.
Adam rasa dunianya berputar. Pening. Gadis itu perangainya bagai dia kenal. Habis, yang dihadapan matanya itu?
"Tulah Adam. Azam belum habis cakap lagi dah meluru masuk. Kan dah salah orang." Kedengaran suara Azami Ehasani dengan tawa kecilnya. Kelakar pula dengan tayangan di hadapan mata mereka. Habis semua tetamu terpaku melihatnya.
"Apa ni Azam?" tanya Adam Haqrazi masih lagi bingung. Dia berdiri. Wajah Azami Ehsani dipandangnya meminta kepastian.
"Azam nak kata, yang kahwin ni Yuna Lara. Kakak sedara Azam. Kelakarlah Adam ni. Abang Hafi. Jangan takut. Kak Yuna tak ada kena mengena pun dengan lelaki ni," jelas Azami Ehsani dengan tawanya membuatkan semua orang menarik nafas lega.
Ayuna Elaryna terkebil-kebil seketika. Kenapa? Dia pula yang tidak faham dengan cerita itu.
"Jadi? Mana Yuna?" tanya Adam Haqrazi bertambah hairan. Sudah tiada istilah malu lagi kerana mengganggu majlis orang.
"Tu yang macam opera cina tu," sakat Azami Ehsani dengan senyuman sambil menunjuk pada adiknya itu. Cantik sebenarnya dalam hatinya. Yelah. sesekali dapat tengok adiknya bersolek seperti itu.
"Abang kau siap nanti," gumam Ayuna Elaryna dari tempat dia berdiri.
Azami Ehsani mencebik.
"Jadi betullah apa yang kamu cakap tadi, Adam?" tegur Encik Borhan yang sudah tersenyum-senyum kerana kesilapan diri itu, habis semua tembelang pecah.
"Hah?" Adam Haqrazi baru tersedar.
"Nampaknya, lepas ni pak long pula yang dapat menantu," seloroh Yuna yang duduk tersenyum simpul memecah kebingungan seisi rumah itu.
"Itulah yang pak long nak dengar. Betul ke Adam? Yuna nak ke dengan Adam?" tanya Encik Borhan selamba sahaja. Disebabkan sudah terjadi kejadian yang tidak disangka itu, membuatkan dia juga hanya menambah rasa sebelum majlis dimulakan.
"Yuna. I love you. Do you?" tanya Adam Haqrazi bertambah selamba. Semua tetamu sudah tersenyum-senyum dengan gelagat mereka. Gimik sahaja.
Ayuna Elaryna berpaling dan menekup mukanya di bahu uminya. Malu pula.
"Malu tu tandanya suka," sakat Azami Ehsani dengan tawa kecilnya. Bukan dia tak tahu adiknya yang satu itu. Malu-malu kerbau.
"Awak. Bulu mata palsu pakai dekat mata. Bukannya pakai dekat pipi," tegur Adam Haqrazi dengan senyumannya.
Mata Ayuna Elaryna membulat. Merah serta-merta pipinya.
_____________________________________________
Kelihatan Adam Haqrazi baru sahaja pulang dari kerjanya. Tali leher yang melingkari lehernya ditanggalkan dan pergi mendekati sofa yang dilihatnya, asyik isterinya itu menonotn television.
"Sayang," panggil Adam Haqrazi sambil dia berdiri di belakang sofa dan satu kucupan menghinggap ke dahi isterinya itu.
"Sayang buat air kejap," kata Ayuna Elaryna sambil bangun dan meninggalkan ruang tamu.
Adam Haqrazi hanya memandang langkah itu dan mengambil tempat di sofa.
"Apa yang abang tersenyum-senyum tu?" tegur Ayuna Elaryna sambil meletakkan cawan kopi yang dibawanya untuk suaminya itu yang baru pulang dari pejabat.
"Tak ada apa-apa. Teringat waktu majlis yang saya kacau tu. Bila fikir balik, kelakar pula," jawab Adam Haqrazi dengan senyuman sambil merangkul pinggang isterinya yang duduk di sebelahnya itu.
"Tak malu. Ada pergi sergah majlis orang macam tu. Nasib baik waktu tu abang belum jadi suami sayang lagi. Kalau tak, ish. Malu sayang, abang kerjakan." Manja dia berceloteh dengan senyumannya mengingatkan waktu itu.
"Cakap apa? Nak malu ye?" sakat Adam Haqrazi sambil memicit pipi gebu isterinya itu.
"Sakitlah abang. Abang ni," sungut Ayuna Elaryna sambil memegang pipinya.
"Abang pun malu tau bila bulu mata palsu sayang tanggal melekat dekat pipi tu. Macam apa je." Tiba waktunya mereka berbalas sakatan.
"Abang ni. Ambil ni. Hah. Padan muka. Kutuk lagi," balas Ayuna Elaryna sambil mendarat jari runcingnya memicit pipi Adam Haqrazi.
"Jangan ganas-ganaslah sayang. Kesian baby ni," tegur Adam Haqrazi sambil memegang tangan yang terus-terus mendarat pada pipinya tadi.
Disebabkan dia tersilap orang waktu itu dan ditambahkan dengan malunya, dia terus melamar Ayuna Elaryna di majlis itu. Kononnya saja nak buat gimik, padahal memang dah malu sangat waktu itu. Kemudian, beberapa bulan selepas itu, perkahwinan dia dan Ayuna Elaryna dilansungkan kerana gadis itu masih lagi mencintainya dan menantinya.
"Biarlah..."
"Papa dengan mama ni suka bergurau kan Razi." Kedengaran suara anak kecil membuatkan mulut Ayuna Elaryna tidak jadi bercakap dan tangannya terhenti dari memicit pipi Adam Haqrazi.
Mata Adam Haqrazi dan Ayuna Elaryna tertumpu pada dua anak kecil yang duduk di sofa bertentangan.
"Kan selalu papa dengan mama macam tu. Uncle Azam kata, kalau papa dengan mama macam tu, nanti kita dapat adik lagi," kata Razi dengan senyuman bangganya menjelaskan apa yang diingatinya tentang kata-kata Uncle Azamnya itu.
"Siapa ajar dia cakap macam tu?" getus Ayuna Elaryna dengan pipinya sudah bertukar warna menjadi kemerah-merahan.
"Kenapa? Sayang malu ke? Dengan anak sendiri pun nak malu ke sayang?" tanya Adam Haqrazi berbisik di telinga Ayuna Elaryna yang dari tadi mengeras dan matanya tertumpu pada dua anak kecilnya yang satu berumur 6 tahun, Arina Elaryna dan satu lagi 3 tahun, Syarif Haqrazi.
Petah betul anak kecilnya itu berkata-kata membuatkan dia sendiri kadang-kala malu dibuatnya.
"Bye papa, mama. Jom Razi. Uncle Azam kata, kalau mama dengan papa macam ni jangan kacau. Lebih baik kita pergi makan coco crunch dengan Bik Yati," ajak Arina sambil menarik tangan adik lelakinya itu untuk mengikutnya.
"Bye papa, mama," ucap Razi dengan senyuman dan mengikut langkah kakaknya setelah turun dari sofa.
"Abang Azam!" jerit Ayuna Elaryna geram. Tidak sudah-sudah abangnya yang beranak empat itu hendak menyakatnya. Geram betul. Dari dia kecil sampai sudah berkahwin, abangnya itu tetap dengan hobinya itu.
"Sayang pekak telinga abang," tegur Adam Haqrazi sambil menutup telinganya. Gembira hidupnya dengan keletah isteri dan anak-anaknya. Tambahan lagi mereka bakal menyambut orang baru tidak sampai dua bulan lagi.
fisrtly, mule2 sy agak bosn bler bce adam 1, cam meleret-leret. tp best gak kdg2. tp bler bce adam 2, sy trik blik kte2 sy. cter ni memg best. best sgt2. tekejut time bce surt taufiq tu. betapa mulianya taufiq. bgus cter ni. sume elemen ad. sedih, gembira, complete. good job writer. keep it up!!!
semua best,tp klau tambah sket lgi psl taufiq tu mesti lg best kn??? lps bce surat taufiq tu terus terbayng yg adam akn citer blik kt yuna tp kli ni sy slh....jln citer melayu yg lain.. anyway god job... keep it up.. 10 bintang..:-)
kuang kuang...kuang,.. bulu mata tercabut? kui2 hmpeh tul.. wat malu jak.. komen sket..patut wat surat taufiq tu sedih sket.. kasi tersentuh sket.. biasa surat orang mati ni akan wat orang nangis.. men2 sket perasaan pembaca..jap nangis jap gelak.. kan cam bes? jalan citer da ok.. olah ayat kasi lagi masyuk... key?
best nyer.. sampai menitik air mata saye... kenapa adam x bagi tau pasal taufiq kat yuna?? kalau yuna tau mesti dia menangis.. ni kalau dalam bm, teknik suspen kan?? suruh pembaca tertanye2.. huhuhu...
fuyoo...bez la citer ni...mula2 bca mcm x bez tp bila trus bca,bez la plak..ending bez sgt...n yg pling bez time knduri 2 la,buat sy ktawa soraang2 je pepagi cam nie...tp patutnye,nk bg lbh bez adam gtau r sal pgorbanan taufiq kt yuna..baru r yuna sdar yg tufiq btol2 syg kt dia..ap pon,citer ni mmg bez giler dowh....truskn hsil krya yg lgi bez n lyn...
BEST SGT.... adam 1 best, adam 2 lg best... sume ade, epy, sdey.... kdg bley nangis gak bce... hehe tp nk komen ckt jer...npe kurang cte pasl taufiq...kesian diea dh berkoban kn... papepn very2 good job writer....truskn usaha anda..:)
WOW!! jalan citer camni mmg saye da agk da.. cam kalo ad org 2 pengsan kew sesat kew a camnilah, mesti anak orang kaya nyer lah.. cam Adam ni. eih tapi bgs la Adam ni da malu pun masih buat muka tebal lagi.. berani melamar dpn org ramai lagi.. eih kalo saye la kan jgn hrp mau dicabut nyer lari terus.. b.t.w citer camni mampu bagi pembaca semangat untuk BERANI he3..
sian taufiq...cite ni mmg mnarik..klakar abis,mle2 bce igtkn ctr ni cm boring j tp ble da bce trz fuh mmg bst..lg2 gn watak adam,yuna n taufiq.adam mmg brani glr n muke tbal dmi cinta ktakn..haha..xda smbgn lg k...bst la cter ni..cume kasihan kt taufiq n npe adam xgtw tntg pmbrian mata taufiq kat adam....avrall ttp bst! _fyezza liyanna_
hahahahahahaha...........!!!!!!!!!!!!! lawak r ctey neyh... interesting st0ry.. tp, cyan kt taufiq 2.. pape p0wn, it is a very great j0b.. well d0ne.......!!!!!!!
salam.. cter ni best sgt!! btol2 mnyentuh prasaan.. sdih gler ble taufiq mninggal.. ending nyer best tp syg sbb x cter psl taufiq kt yuna.. at least yuna akn taw taufiq dh xde kt dnia lg n bleh trima hakikat yg taufiq dh byk brkorban utk dorg brdua.. pape pn truskn usaha utk wt yg lbh baik!! sy akn sntiasa sokong anda...
bes citer.. rase nyer x puas... n 2 de writer... thank you dah hsilkan citer de power niy.. hehe.. tpi.. taufiq hmm.... x dye sakit pew.. 2 x ckp pon...
dapat gak baca sambungan citer Adam ni.. BENCI!!!!!!!!!!!!!!!apsal Taufik mati?sedih tau.nasib baik yuna ngan Adam memang dah agak pun cuma sedih Taufik mati. per2 pun Best!!!!!!!!!!
antara cerpen yg suke!!! best citer dy, but yg x bestnye taufiq mati..huhuhuhu.sedey..tp x pe nk menyedapkan citer betul x? lain kali buat la novel plak...x sabar nk bace..<3
dah jumpa pun Adam II .. ^_^ Mmg best cerita dia.. i bc sampai senyum sorg2.. p sedih a sbb bff dia dah meninggal. btw, Yuna xtahu ke yg bff dia mencintainya? sambung la g story ni.. hehehe.. best giller.. terbaikk..
great story ..lucu plak tyme salah teka org tu ...hehe~ first2 bace part surat taufiq tu tertanya jugak sakit ape ?? tp x tulis plak .. erm knp adam x gitau yuna pasal taufiq.. ?? but totally ..thumbs up ..
best cerita ADAM 1 & ADAM 2.... bermacam emosi ada dlm cerita nie.... membuatkan pembaca hanyut dlm cerita nie... kesian pd Taufiq... kenapa ADAM tak cerita pasal TAUFIQ?? TAUFIQ tue sakit apa??
kesian kan kat taufiq firus a.k.a Mr Tasya 2??????? apapon mmg best..... mesti kelakar kn kat majles 2? wat kacau je..... yg abgnye x abes2 nk menyakat si ayuna...
best jugakk larr cter nihh . tapi kan , tak rase ker yang yuna tuhh lagi sesuai ngn bie a.k.a taufik or tasya ur ? msti lagi sweet law dyorang yang kawen . tapi , ngn adam un daa oke kot .kesiannyer kat taufik ! nak kawen ngn taufik boleeeee ? hahahahaha ! sdehh and kelakar campor time bace cerpen nihhh . nak taufik yang jadi hero !!!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
he3....mesti kelakar giler majlis tu