Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama, Tahun 2002…
"Eton… Jumpa lagi!!!" Teriak aku dari koridor kelas 1 Bakti.
Eton melambai-lambaikan tangan sambil mengesat air mata yang berjurai. Dari jauh aku melihat Eton bersama ibunya keluar dari pintu gate sekolah. Melihatkan wajah Eton yang merah menyala dengan air mata yang tak berhenti mengalir, membuatkan aku turut bergenang air mata… Tak dapat nak menahan sebak di dada melihat Eton pergi…
Farhatun Nadhrah Bt. Abbas… Pemilik nama ini aku kenal sejak darjah 5 lagi. Ketika itu kami bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, classmate dan jugak bersama-sama menyertai ‘Geng Bas Sekolah 29’ (Kitorang yang mengasas cerita GBS tu sebenarnye… Heheh…). Aku suka kawan dengan dia sebab dia sangat sempoi, mudah didekati, baik, kelakar dan tak gedik/mengada-ngada… Eton dikenali kerana perwatakannya yang agak ‘tomboy’ dan disebabkan keaktifan beliau dalam aktiviti kokurikulum… Beliau jugak ‘master’ dengan sukan Bola Jaring dan Bola Baling. Aku tak kisah kalau dia tomboy pun, malah aku bangga dapat kawan yang best macam dia… Lagipun, pe’el aku pun lebih kurang macam dia jugak… Kalau nak cakap pasal bab lasak tu… hehehe… Kalau nak cerita pasal ‘dressing’ si Eton ni, paham-pahamlah… Kate tomboy… adelah skit-skit macam laki… Rambut pendek… Dan sebagainye…
"Mashitah, nanti ko masuk jadi pemain eh… Ko amik position ‘mid field’… Aku nak ko masuk, sebab ko ganas… Senang nanti nak belasah orang… Hehehe…"
"Serious ke? Aku tak pernah main Bola Baling…"
"Takpe, ko boleh punye! Nanti aku ajarla…"
Minggu depan sekolah kami akan mengadakan pertandingan Bola Baling Inter-class yang dibahagikan kepada kategori Bola Baling Lelaki & Bola Baling Perempuan… Setiap kelas akan berentap sesama sendiri untuk mendapat gelaran Juara. Aku tak sangka yang aku jugak akan bermain untuk kategori Bola Baling Perempuan, mewakili kelas aku yakni 5 Lily… Apelah sangat aku ni kalo nak dibandingkan dengan Eton, Epa & Izan… Diorang cukup berpengalaman. Tambah-tambah diorang ni kira macam ‘bintang sukan’ kat SKKT ni… Lagipun banyak lagi classmate kitorang yang ade, tapi aku jugak yang dipilih. Aku terharu sangat bile Eton percaya kat aku… Walaupun aku dah cakap aku tak reti main Bola Baling ni, tapi dia tetap bagi galakan kat aku… Terharu beb!
Aku jugak berbangga bila dapat bersama-sama diorang berentap melawan pasukan kelas 5 Ros, Melati, Kenanga, Dahlia, Cempaka dan Anggerik… Sebab diorang ni memang terel!(‘Terror’ la!) Pasukan 5 Lily jugak antara pasukan yang digeruni oleh kelas lain disebabkan penglibatan 3 ‘orang penting’ dalam pertandingan ini. Pasukan 5 Ros(kelas pertama) ialah ‘musuh ketat’ kami(kelas ketiga)… Tapi, mereka langsung tidak dapat membuatkan kitorang ‘kecut perut’… Buktinya, kelas 5 Lily berjaya menjuarai pertandingan ini… Cayalah! Selain itu, dengan adanya penganjuran pertandingan seperti ini juga telah memberikan aku pengalaman yang manis dan tidak dapat aku lupakan. Sebab masa tulah pertama kali aku sertai pertandingan seumpama itu, pastu menang plak… Hehehe… Terima Kasih kat Eton sebab percaya dan bagi peluang kat aku… Aku sangat menghargainya…
Itu antara kisah aku dan Eton kat sekolah rendah. Sekarang ni aku dan dia bersekolah di SMK Sri Utama… Kali ni kami tak jadi classmate, cume kami jadi jiran je… Dia berada di kelas 1 Azam, aku plak di kelas 1 Bakti… Kelas kami besebelahan, jadi senanglah untuk kami berjumpe… Bila time rehat pun kitorang sama-sama ‘melantak’ kat kantin… Huhuhu…
"Mashitah, tu kan budak yang pernah datang main bola sepak mase kite kat SKKT dulu…" Kata Eton sambil menunding jarinya kearah seorang ‘mamat’ yang tidak jauh dari kitorang.
"Ha’ah la… Dulu dia sekolah cina kan? Sape name dia eh? Bkn ko tau ke?"
"Name dia Imran… Dia kawan dengan budak yang name Syed dulu tu…"
"Ha’a… Syed… Budak yang cute tu kan… "
"Yep…"
"Ala… yang pakai jersi nombor ‘12’ dulu tu, takde ke? Heheheh…"
"Takde kot,"
Ah, sudah! Eton dah tangkap cintan dengan budak Imran tu… Aku tau, Eton dari dulu suka kat mamat rambut perang tu sejak pertama kali pasukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungei Way datang ke SKKT untuk menyertai pertandingan Bola Sepak antara sekolah-sekolah… Posisi Imran ketika itu ialah ‘goal keeper’… Hehehe…
Beberapa hari selepas itu, Eton bagitau aku bahawa diorang dah couple! Wah… Pucuk dicita ulam mendatang… Cayalah, Eton! Tak sangka rupenye si Imran tu pun ade hati kat Eton… Hahah… Rupenye beliau tak bertepuk sebelah tangan… Tahniah buat Eton! Dahlah si ‘I’ tu menjadi rebutan students perempuan, alih-alih Eton jugak yang bertuah… Pheewwiitt!! Yang lain tu gigit jarilah Nampaknye… Aku? No! No! No!... Not my taste! Cewah..!! Hahaha… Pastu plak, bile diorang dah couple ni, akulah yang jadi orang tengah. Sebab tu aku pun rapat gak dengan Imran ni… Lagi satu, kalau Eton ade problem mesti dia refer kat aku… Dari situ aku dapat tengok Eton happy bile dia bahagia dan menangis bila dia kecewa… Aku cuba menjadi pendengar yang setia dan turut merasai apa yang dirasainya… Imran pun banyak mintak nasihat dan pandangan daripada aku, mungkin dia rasakan aku lebih mengenali Eton…
Ada satu hari tu, si Imran bagi hadiah kat Eton berupa sebuah buku diary… Diary tu, Eton suruh aku simpankan untuk dia…
"Ko tolong simpankan ek, aku takut kalo letak kat umah aku nanti kantoi plak dengan mak aku… Mampos aku nanti!"
* * *
Aku dan Eton memang akrab… Maklumlah, dah kenal sejak sekolah rendah lagi… Bila aktiviti kokurikulum dah bermula, aku dan Eton join kelab yang sama yakni Kelab Pencinta Alam dan Kelab Bola Jaring… Konon-konon macam belangkas la… Bila dah join kelab yang sama ni, banyaklah pengalaman yang kitorang lalui bersama-sama… Susah senang kitorang bersama (SSKB…Haha…nak jugak!)… Aku happy sangat! Dan inilah pertama kali aku aktif dalam bidang Kokurikulum… Mase kat sekolah rendah, aku tak berpeluang nak aktif disebabkan kondisi kesihatan aku yang tak berapa baik + malas… hehehe…
Kadangkala, bila kita dah biasa, dah selesa, dah suka, dan gembira mesti ada sesuatu yang menghalang perkara-perkara tadi terus berlaku… Bukan nak menyalahkan takdir, tapi ini yang telah ditentukan oleh Qada’ dan Qadar… Nak atau tak, kita mesti terima jugak… Kerana setiap yang terjadi pasti ade hikmahnya… Perkara yang tak dijangka berlaku… Ibu Eton nak pindahkan dia kat sekolah Sri Aman(Sekolah perempuan)plak… Tak sampai 2 bulan Eton berada di SMKSU… Bile aku tau berita yang tak best tu, terus aku rasa down… Sedih beb! Dah best-best sekolah kat sini, alih-alih nak pindah plak… aduiyai… Kenapa boleh jadi macam ni? Teruk sangat ke sekolah ni sampai mak dia tak nak dia belajar kat sini… Ape bagus sangat ke sekolah Sri Aman tu?
Dan… Ketika inilah saat itu tiba…
Aku masih berada dikoridor… Melihat Eton berjalan lemah keluar dari pintu gate sekolah… Mukanya merah… Banyak kali dia kesat air matanya… Aku yang melihatnya, turut merasai keperitan itu… Aku dah takde gang… Yang aku rapat dari sekolah rendah lagi… Eton, aku harap ko tak lupe kitorang kat sini… Mujurlah dia hanya berpindah sekolah, tak berpindah rumah… Kira senang jugaklah nak jumpe dia… Sekolah Sri Aman tu pun tak jauh dari SMKSU… Aku selalu ajak Eton datang ke SMKSU… Join main Bola Jaring dan jugak join aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam(KPA)… Yang bestnye, walaupun Eton dah jadi student sekolah perempuan tu, dia tidak rasa asing bila berada kat SMKSU… Semua mengalu-alu kedatangannya dan mengajak dia menyertai aktiviti disekolah… Walaupun, ada mata-mata yang tak puas hati melihat kehadiran Eton… kitorang tak peduli… Banyak kali aku pujuk Eton supaya dia tidak menghiraukan budak-budak dengki itu… Bila dah berlainan sekolah ni, tak dapat kitorang jumpe selalu… Ade sekali tu, Eton bagi surat kat aku… Ade jugak aku membalasnye…
"Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum,
Moshi-moshi! Ogenki desuka? Tulisan aku lagi lawa, boleh celen ker (He!He!He!). Dah lama aku tak dengar cerita hang, awat hah? Sebenarnye aku nak tanye banyak sangat! Soalan berikut ialah:- 1) Engkau dah makan ke blom? 2) Telefon hang dah mari ke, blom? 3) Aku marah gile kat hang 4) Ingat daku dalam doamu…
Eton, kite bukannye ape, Cuma kite tak nak awak berdua break up. Nanti awak mesti sedih gile babas! Lagipun awak berdua couple yang paling best. Cewahh..!! Boleh jadi ker? Kalau awk berdua clash kita orang pertama yang paling sedih di muka bumi ini. Eton, lagi satu, kenapa awak tak nak jejak kaki, tangan, kepala dan ape-ape lagi kat sekolah ku sayang?At least datanglah untuk KPA atau Bola Jaring. Pasal, kalau awak tak datang sekolah tu, kita rasa lonely gak! Lagipun kita suke main Bola Jaring same dengan awak… Baru boleh ketawa-ketawa! Please… Eton tunaikan permintaan ini… Sebab jika awak tak datang sekolah tu, macamana kita nak berhubung dan berjumpe dengan awak! Nanti kita ngan ‘I’ rindu kat awak! Alaaa… Eton, kau ni jahatlah! Aku tak nak kawan dengan kau! Tapi suka hati awaklah Eton, ikut keputusan awak! Tapi kita terlalu mengharap akan dapat dengar suare awak yang macam kambing tu dengan tengok muka awak macam cipan(Maskot KPA) okey! Eton, baca sini bebaik! Kita tak nak jawab yang pasal awak nak clash dengan ‘I’ tu. Sebab awak mesti dah tau jawapan kite! So, fikirlah bebaik! Sebenarnye banyak lagi yang kita nak tuliskan, tapi takut dakwat pen mak kita ni habis plak! Okey, Eton sorry dan mintak maaflah kalau ade tersilap kate (Kambing, cipan). Kita harap awak sentiasa gembira. Okey, babai… "
*Ayat skema skit… saje je tulis camni… buat lawak skit… hehehe. Kalau ade kesalahan tatabahasa tu, almaklumlah… budak sekolah lagi… Baru Form 1…
Tapi, masa surat ini dibaca oleh Eton dia datang kerumah aku… Tak sempat nak suruh orang lain pass kat Eton… Tengok-tengok dia baca kat depan mata aku… Kah!Kah!Kah!
Aku ingat lagi, Eton dan ahli-ahli KPA termasuk aku pergi ke Taman Botani, Universiti Malaya… Aku pujuk cikgu Rahimy, mintak permission daripada beliau untuk membenarkan Eton join lawatan ini… Alhamdulillah, cikgu Rahimy bagi! Hehe… Pandai tak aku bodek? Hahah… Nasib baik aku reti susun ayat nak pujuk cikgu Rahimy tu… Dahlah beliau ni guru disiplin yang di’band’ oleh pelajar-pelajar SMKSU ni… Tapi, aku suke kat beliau, sebab cikgu Rahimy baik! Hehe…
Rupanye ada lagi ujian yang menimpa kami berdua… Kali ni Eton terpaksa berpindah ke Damansara Utama… Dan dia jugak akan bersekolah di sana… Menambahkan lagi kesedihan aku… Kali ni, memang susah kitorang nak jumpe… Adakah persahabatan kitorang sampai kat sini je? Entahlah… Aku dah lost contact dengan beliau… Diary milik Eton yang dihadiahkan oleh Imran masih tersimpan rapi di dalam laci bilik aku… Kalau dulu bile Eton datang menjenguk aku kat rumah, aku akan suruh dia tulis sesuatu kat diary tu… Sebab aku rasa diary tu kosong sangat. Jadi, setiap kali dia jumpe aku dia akan tulis ape-ape yang ingin dia semadikan dalam diary tu… Luahan perasaan kot… Eton bagi amanah kat aku untuk jaga diary tu… Dia jugak bagi kebenaran untuk membaca ape yang ditulisnya… Aku jugak pernah menulis sesuatu kat dalam diary dia… Eton bagi aku tulis… Tapi, untuk kali ini aku tulis untuk meluahkan perasaan yg terbuku dalam hati aku sejak aku dah tak jumpe dia…
15 April 2005..
Dear Farhatun Nadhrah,
Hi! What’s up? Eton, dah berapa tahun kita tak berjumpe. Camne dengan ko sekarang agaknye?Hari ni, masa tengah kemas laci bilik aku, aku terpandang diari yang Imran kasi kat ko ni. Tetiba aku teringat kat ko. Aku bace semua yang ko tulis dulu. Aku rindu semua tu. Bile bace balik aku teringat mase aku Form 1 , mase tu ko ade. Dan menjadi kawan baik aku. Bile aku bace, aku tersenyum sendiri. Mengenangkan gelagat ko bile ada kat depan mata aku dulu. Aku tengok diary ni kosong je. Itu yang mendorong aku menulis sesuatu untuk mengisi kekosongan diari ni. Ececeh… Selepas kau pergi tinggalkan sekolah SMKSU banyak perkara yang berlaku. Lepas ko clash ngan Imran, aku sangat terkilan sebab kau pernah kata kalau boleh kau nak couple ngan Imran sampai bila-bila. Aku tau dulu kau suke sangat kat dia.
Ade kekadang tu, tetiba aku teringat kat ko. Tetibe je, masa basuh beras, nak masak nasik plak tu! Ade sekali masa tengah baring-baring tetibe teringat kat ko. Pastu mulalah keluar air mata, sebab aku teringat masa ko nak pindah. Ko nangis sampai merah muke engko.
Mase birthday ko 31 Julai tahun lepas, aku teringat lagi kat ko. Aku nak call tapi malu. Mungkin ko dah lupe aku? Aku je yang teringat kat ko. Syok sendiri! Entah-entah ko tak ingat aku… Tapi, Alhamdulillah… Mase result PMR kuar, aku tepon ko jugak akhirnya. Ko ingat lagi no tepon rumah aku. Aku rasa lega skit. Kalo ko nak tau, sebelum aku tepon ko, hati aku berdebar-debar. Mungkin sebab lame tak contact ko, takut tak kenal.
Ape gunanye kawan macam aku yang tak pernah nak contact ko. Itupun sekali dua. Aku rasa engko dah jumpe kawan yang jauh lebih baik daripada aku. Aku tunggu bile aku dapat jumpe ko dan serahkan balik harta milik ko iaitu diari ni. Aku rasa sampai sini je yang dapat aku tulis. Pen aku pun nak rehat jugak… Kalo ko nak tau, kaulah antara kawan baik aku yang termasuk dalam carta top 5… semoga kau happy disamping keluarga.
Akhir sekali, maaf jika aku ade buat dosa, mengguriskan hati engko. Aku mintak maaf sangat. Aku harap ko maafkan segala kesilapan aku. MAAFKAN AKU ETON!!
Sekolah Menengah Sri Utama, Tahun 2006…
KRIIIINNNGG….!! Bunyi loceng menandakan tamatnya waktu pembelajaran pada hari ni. Waktu yang selalu aku nantikan… Hehehe… Yep, aku selalu menantikan bunyi loceng pertama waktu pembelajaran bermula dan bunyi loceng terakhir. Aku memang suke datang ke sekolah dan pada masa yang sama aku jugak tak sabar nak mengakhiri sesi pembelajaran untuk hari itu. Buktinya, kalau demam pun aku nak jugak datang ke sekolah, sebab aku pasti bila aku datang sekolah aku boleh sihat semula… Hehehe… Dan ia memang benar-benar berlaku… Kalau bebudak lain mesti nak ponteng. Ade tu pura-pura sakit sebab malas nak pergi sekolah… Haktuih! Pigi da mabuk! Mungkin disebabkan kerajinan aku datang kesekolah nilah menjadikan aku layak untuk dapat sijil kehadiran penuh mase tingkatan 3.
Hari ni aku stayback, sebab ade aktiviti kelab… Kadang-kadang tu takde aktiviti pun aku boleh stayback, sebab nak lepak dengan cikgu disiplin kat Bilik Disiplin… Huhuhu… Eishh… Jangan salah paham, aku bukan pelajar bermasalah yang selalu kena denda dengan cikgu disiplin… Sebaliknya aku tengok orang kena denda adelah! Hehehe… Aku kamceng dengan cikgu disiplin tau!
Sedang aku berjalan menuju ke kantin, tetibe ade seorang minah panggil aku…
"Wei, Mash!" Farahen berteriak memanggil dan terus menghampiri aku.
Aku menoleh kearah tuan punya suara itu. "Haa… Apesal?" Aku berkerut dahi.
"Eton kirim salam,"
Aku tersentak. Eton? Betul ke apa yang aku dengar ni? "Wa’alaikumussalam… Kau ade jumpe dia ke?"
"A’ah… Semalam aku pergi Kem Perdagangan. Dia pun ade, wakil sekolah dia…"
"Oh… Ye ke? Macamane dengan dia sekarang? Ok tak?"
"Dia ok… Aku ade borak-borak dengan dia… Pastu dia ade tanye pasal ko…"
Disaat ini aku macam susah nak bernafas selepas mendengar kata-kata Farahen tadi. "Oh…"
"Nah, nombor telefon dia… Eton suruh bagi kat ko…"
Aku menyambut helaian kertas yang diberikan kepada aku. " Thank you!"
"Oklah, aku nak chow dulu... daa…"
"Ok…"
Aku masih merenung kertas tadi yang bertulis nombor 10 angka… Macam tak percaya! Mimpi ke ni? Imran… Ye, aku mesti cari Imran! Dia mesti suke kalau dia tau aku ade nombor dia… Yes! Tanpa melengah-lengahkan masa, aku pun terus berlari mencari kelibat ‘I’ di merata tempat kat kawasan sekolah tu… Mane plak perginye mamat nih?? Ishh… Ha, tu pun dia!! Aku segera berlari mendapatkan Imran.
"Imran, kau nak tau tak? Aku dapat nombor telefon Eton!"
"Ye ke? Mane?"
"Jeng… Jeng… Jeng… Ni dia…"
"Waaa… Mane ko dapat ni?"
"Farahen bagi… Semalam dia terjumpe Eton. Pastu Eton bagi nombor ni…"
"Oh… Aku nak boleh tak?"
"Boleh… Amiklah, aku dah catat dah nombor dia…"
"Time kaseh…"
"Nanti kalau ko ade telefon dia, bagitau aku ek!"
"Ok… No problem,"
Malam tu, aku telefon Eton untuk julung-julung kalinya selepas beberapa tahun tak dengar suara dia… Aku happy sangat! Akhirnya aku dah dapat contact Eton semula… Aku jugak ade ajak dia datang Pertandingan Bowling antara Unit Beruniform kat One Utama… Yep, demi nak bertemu dan merapatkan ikatan ukhuwah aku, Eton dan Imran semula, aku rasa inilah saat yang terbaik!
* * *
Walaupun aku dapat berhubung semula dengan Eton, aku masih nak tulis sesuatu kat dalam diary Eton…
5 Jun 2006…
Dear Eton,
Sekali lagi aku teringatkan kau. Itu yang mendorong aku untuk membelek-belek dairy engko ni. Tak silap aku, setiap tahun mesti akan aku tengok diary milik ko ni. Bile aku bace balik ape yang aku tulis kat muke surat sebelah ni aku rasa sangat MENYESAL! Aku sangkakan yang kau dah lupakan aku, tapi rupanya aku 100% silap! Menyesalnya aku… Kalau boleh aku nak tarik balik semua yang aku tulis tu… Tapi apa boleh buat? Terlajak perahu boleh diundur… Terlajak tulis, mana aci nak undur-undur!
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dan betul kata orang, dunia ni kecil sangat. Selepas Farahen jumpe ko mase kat Kem PERDAGANGAN tu terus dia cakap kat aku yang ko kirim salam. Aku TERSENTAK! 2 sebab aku tersentak. Pertama, sebab aku terkejut . Kedua, aku gembira! Terkejut sebab macamana Farahen boleh jumpe ko, gembira sebab ko masih ingat kat aku. Pastu dia terus hulur no tepon ko! Aku gembira gila sambil meloncat-loncat! Kalau nak bandingkan aku ngan beruk pun aku tak kisah. Lepas tu terus aku berlari mendapatkan Imran, aku tunjuk nombor tepon ko. Dia pun Nampak gembira je. Ko nak tau, sejak ko ngan dia clash, pastu dia clash dengan epa, dia selalu tanya aku kalau-kalau aku ade contact ko. Aku pun ade tanye dia… Mana tau, dia berani call ko! Tak sangka betul! Akhirnya aku dapat borak-borak dengan ko malam dulu tu. Kalau ko nak tau, aku kalau pukul 10 dah tido… Tapi sebabkan ko, aku sanggup bersengkang mata tunggu ko habis study semata-mata nak tanya khabar ko. Aku tak taulah samada mase tu aku gile ke apa! Dan dengan izin Allah, kita bertemu jugak setelah 3 tahun tak jumpa! Macam reunion plak. Kau makin cunlah! Siapalah laki yang berjaya me’perempuan’kan ko… Hehehe… Feminine habis!
Tapi yang pasti, aku harap persahabatan kita berkekalan… Keep in touch… Frens 4 ever…
Sebenarnya aku nak pulangkan diary dia ni, tapi bile aku bawak dan berjumpe dengan dia mesti aku lupe nak pass kat Eton… Setiap kali pun macam tu… Ade mase, dia dah siap baca ape yang ade kat diary tu… Pastu dia suruh aku pegang, aku letak dalam beg… Bile nak balik kerumah, alih-alih terlupa plak nak bagi kat dia… Lagi satu, dia pernah cakap kat aku dia dah tak nak diary tu, siap suruh aku buang… Aku tak boleh nak buat apelah… Tapi aku tak sampai hati nak buang diary dia… Sebab dalam diary ni, macam-macam dia tulis. Surat yang aku pernah bagi kat dia pun dia selitkan dalam diary ni… Gambar Imran pun ade… Aku rasa macam tak patut nak buang diary tu, sebab ia sebahagian daripada kenangan aku dan Eton… Dia pun ade tulis pasal aku kat dalam diary ni… Banyak jugak nama aku ade kat dalam diary ni selain nama Imran…
-------------------------------------------
Seksyen 14, Petaling Jaya, Tahun 2008…
"Amacam, Uitm Melaka? Best tak?" Tanya aku kepada jiranku yang digelar Causa yang aku kenal sejak darjah 2 lagi.
"Best… Oklah, daripada kat Dungun… Jauh!"
"Tulah, nasib ko baik sangat dapat pindah kat branch lain… Siap tukar course plak!"
"Tau takpe, wei… Susahlah duduk jauh-jauh ni…"
"Budak-budak Sri Aman ramai tak kat situ?"
"Boleh tahanlah… Haa, aku jumpe Nadh… Kawan ko… Aku jumpe mase kat bilik laundry…"
"Nadh?"
"Ala, Eton… Kat sana orang panggil dia Nadh…"
"Haha… Oh… Dia ade bagitau aku yang dia belajar kat Uitm Melaka… Eh, camne ko boleh tau Eton tu kawan aku?"
"Ala, dulukan ko selalu cerita kat aku pasal dia…"
"Hehe… Ye tak ye gak eh…"
"Mase aku tegur dia, aku tanye dia kawan ngan ko kan… Pastu dia cakap, A’ah... Pastu kitorang ade borak-borak la.."
"Ooh… Dia baik tak?"
"Baik… Oklah, tak sombong… Haa, dia kirim salam kat ko.."
"Wa’alaikumussalam… Nanti ko tolonglah tengok-tengokkan dia eh… Pastu nanti aku cakap kat dia suh dia tengok-tengokkan ko plak… Hehehe…"
"Hahaha… Yelah!"
Kini… Dah tahun 2009… Aku masih berhubung dengan Eton… Sekarang ni senang skit… Sebab ade ‘observer’ yakni Causa… Pastu dah ade nombor telefon… Yahoo Messenger pun ade… Jadi, selepas ni takde sebab untuk aku lost contact dengan dia, InsyaAllah… Ape-ape hal, aku akan tanya perkhabaran Eton daripada Causa… Begitu jugak info mengenai Causa, aku akan tanya Eton! Heheh…
Aku harap dari tahun 2009, 2010 dan untuk tahun-tahun yang seterusnya aku dapat berhubung dan bersahabat dengan ETON… Farhatun Nadhrah BT. Abbas… Terima Kasih kerana menjadi kawan aku yang sentiasa percayakan aku sejak awal kita berkawan sampai sekarang dan menjadi sebahagian daripada cerita Aku, Dia & Sekolah… Suatu pengalaman yang memberi seribu makna untuk aku...
hmm..sy faham perasaan mcm mane berpisah dgn kawan..bkn sekali..3 kali dgn org yg berbeza..tp alhamdulillah..still best friend dgn ketiga-tiga org tersebut smpai hari ni..
diari merupakan buku catitan yg dtulis seharian mngenai sesorg. sebolehnya,penulis menerapkan elemen dr pihak empunya diari dgn mewujudkan unsur kejutan sebagai kemuncak penceritaan. kisah remaja yg msh alam persekolahan selalunya agak childish dan seharusnya penulis mewujudkan gaya penulisan yg agak messy melambangkan penulis blum matang.jd wujud perbezaan zman disitu. pape pon,tahniah...idea menarik.namun jalan dan pengayaan sebuah cerita perlukan komen yg mbina..tahniah.
boringnye...nyesal bace...tapi ade 1 tmpt yg best...wak2 nk pisah 2...sdh betol...sbb i prnh alami jg prstwa 2...jd i pahamlah perasaan diorang...usaha lagi...wat ngan2k je baca...tajuk bkn main best lg...chaiyook2...klu saya bg mrkh 2/10 je la...sori la...klu nk full mark,usaha lebih...okey...babai...
fuh..tgkap leleh plak bce cter nie jeles pon ad gak coz friendship sya x mcam ni huhu..cdih maaa masa kola rendah member cndiri kne cekup ngan member cndri huhu..haru jer
okey per citer .. niekn citer yg ditulis oleh bdk form 1. ok lh tu .. mmng adr yg raser x best sbb pembaca mgkin dh umo lebih dri 13 thn .Klu renung balik mser sekolah daolu2 .. persahabatan yg terjalin mmng reallah citer nie, asik2 citer cinta jer boring gak ... kpd. penulis truskan usaha anda
hey, bes gler crite ni, aku xpduli la org nk kate ape, tp aku rase crite ni bes, susah woi nk jmpe kwn cmtu, ey ade so'ln sket, ni based on true story ke?
utk komen yg negatif,try wt cerpen mai ak komen.....cbala dlmi hati pnuls bla kna komen cmtu...klu kna kt kta bru pdn muka kotttttt...kra ok la 2,dia ingn m'cba...
quite a good story any way.... dia menceritakan pengalaman hidup.... itu yang membuatkan cerita macam lebih kepada realiti daripada fantasi yang hampeh...
Nice poѕt. I was cheсking constаntly this blog and I аm impreѕsed! Еxtremelу useful info specifically the laѕt part :) I care for such infο much. I was looking for this cеrtaіn infoгmаtion for а veгy long timе. Thank you and best of luck.
Salam. Lain dari lain. Tahniah. Teruskan usaha anda. Syabas. Salam :)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yay! komen nombo 1! huhu!
sy pown bdak SMKSU gak,heheh
-bdak 3A(09)-