Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Saya rindukan dia, bang. Rindu sangat!" bisikan ibu membuat langkahku terhenti. Di sebalik almari, aku cuba menangkap dan mencerakin. Siapakah yang dirinduinya? Aku menyoal diri.
"Toksah merapu, Ara. Tak guna ingatkan dia. Tak guna rindukan budak tu! Dia dah tak anggap kita ni penting dalam hidupnya!" Suara keras ayah membalas.
"Tapi, bang. Dia anak kita. Dia..."
Kata-kata ibu terhenti bila ayah mendengus keras.
"Ara, memang kita pernah bela dia dari kecik sampai dia dewasa. Tapi, dia dah pilih jalan hidup dia. Cakap kita dia tak peduli lagi. Janganlah awak nak kenang-kenang semuanya. Nanti sakit dada awak tu datang balik. Lupakan dia!"
Perlahan-lahan aku melangkah semula ke ruang dapur. Aku tidak mahu ibu dan ayah mengetahui bahawa aku mendengar perbincangan mereka. Aku tidak mahu mereka melihat air mata ini. Aku tidak mahu mereka nampak rasa bersalah yang mungkin terpamer di wajahku.
Aku tahu siapa yang dirindui ibu. Tentu sahaja aku tahu! Tidak lain dan tidak bukan, dia ialah adik angkatku, Natasha.
Natasha, nama yang cantik untuk seorang gadis yang sangat jelita. Umurnya 23 tahun, muda dua tahun daripada diriku. Oh ya, lupa pula! Namaku Natalia, seorang juruhias dalaman.
Kisah aku dan Natasha bermula lama dulu. Bila? Bila ibu diisytiharkan oleh doktor bahawa dia tidak boleh lagi melahirkan. Jadi, ibu dan ayah nekad mengambil seorang anak angkat. Kata ibu, niatnya supaya aku ada teman sepermainan.
Dari kecil, aku cuba menyemai rasa sayangku padanya. Aku selalu beralah dengannya. Sebagai kakak, apa juga yang ibu belikan untukku, rela aku kongsi dengannya. Patung barbie, baju, kasut malah semuanya. Milikku adalah miliknya!
Aku sayang dia. Sayang, sungguh-sungguh sayang! Tidak pernah aku menganggap dia sebagai orang asing. Tidak pernah aku mengungkit asal keturunannya. Tidak pernah aku mempertikaikan kasih sayang ibu dan ayah yang sudah berpaling, yang lebih banyak dicurahkan kepadanya berbanding aku, anak kandung mereka ini. Aku biarkan sahaja! Demi kasihku padanya. Kasih seorang kakak!
Kalau sudah begitu, bagaimana kemelut ini terjadi? Mengapa tiba-tiba ibu merinduinya? Mengapa ayah seolah-olah terlalu marah kepada Natasha? Di mana Natasha?
------------------------------- 2
"Ibu, Nat ingat, kan... Nat tak nak buat parti hari jadi Nat tahun ni. Tarikh lahir Nat dekat sangat dengan exam. Malaslah nak sambut besar-besaran!" aku memberitahu hasratku. Masakan tidak, harijadiku selang sehari dengan hari pertama peperiksaan SPM. Paper BM pulak tu.
Ibu menurut kemahuanku tetapi malangnya, dalam masa sama ibu membenarkan Natasha membuat majlis besar-besaran seminggu kemudian. Natasha tidak langsung menghormati aku yang sedang kalut menghadapi peperiksaan.
"Ala, kak long ni.... Kalau bising sangat, kak long bubuh kapas dalam telinga tu. Tutup pintu rapat-rapat. Tapi, janganlah macam gini. Tak sporting dengan kawan-kawan Sha!" Marahnya bila aku meminta dia memperlahankan radio.
Aku mengalah lagi!
Natasha memang betul-betul cantik. Sikap ramahnya pula menyebabkan dia mempunyai ramai kawan. Tidak kira lelaki atau perempuan. Satu keistimewaannya, dia tidak pernah lupa memperkenalkan kawan-kawannya kepada ayah dan ibu. Berbeza dengan aku yang pendiam ini. Kawan perempuan boleh dibilang dengan jari. Kawan lelaki? Siapalah yang sudi padaku yang bertubuh kecil, berkulit hitam manis, agak gempal dan tidak pandai bergaya langsung!
Sebaik tamat belajar di kolej, Natasha berjaya menjadi seorang setiausaha. Memang sesuai benarlah pekerjaan itu dengan dirinya. Dan tentunya, dia semakin bergaya. Semakin bertuah kerana ayah menghadiahkannya sebuah kereta. Kereta myvi untuk dia berulang alik ke tempat kerja.
Aku tidak sedikitpun cemburu. Aku sendiri telah punya pekerjaaan. Dan aku telah ada keretaku yang boleh kubawa ke sana ke mari. Viva warna biru metalik kesayanganku!
Kadang-kadang hati terusik juga bila ibu melebih-lebihkan dirinya. Kecewa juga bila ayah memanjakan dirinya. Tapi aku pendamkan sahaja. Walau Tasha sering menunjuk-nunjuk padaku, aku diamkan. Tidak kuasa aku mengambil pot. Tidak kuasa aku hendak bersaing, kerana aku tahu aku pasti tewas! --------------------
3
Satu hari, aku balik ke rumah untuk makan tengahari. Pejabatku dengan rumah memang dekat namun bukan selalu aku dapat pulang. Kerjaku terlalu banyak sehingga kadang-kadang waktu lunch berlalu begitu sahaja.
Sebaik melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah, terdengar suara orang berbual-bual di ruang tamu. Mataku bertembung dengan mata seseorang bila aku memandang ke sofa. Malah, aku dapat merasa tikaman renungannya terus-menerus tajam terhadapku walau setelah aku duduk di sisi ibu.
"Hello, kak Nat. Ni, Sha nak kenalkan, kawan Sha. Nama dia Amirul Luqman. Man ni arkitek kat pejabat Sha." Ramah Natasha memperkenalkan lelaki itu kepadaku. Namun tidak pula aku diperkenalkan kepadanya. Pelik pula rasanya.
Huluran tangannya tidak kusambut. Isyarat mataku kepadanya membuat dia mengangguk. Tanda dia memahami khilafnya.
Berada di situ membuat aku tidak betah duduk. Lelaki kacak bernama Amirul Luqman itu asyik merenungku. Bagaikan di situ hanya ada aku dan dirinya. Sesekali, bila ibu bertanyakan sesuatu kepadanya, dia akan berpaling dan menjawab soalan itu namun kemudian dia akan kembali merenungku. Terasa bagai ada yang koyak pada kainku! Terasa bagai ada comot di wajahku. Paling aku geram bila dia seolah-olah mengerti kegelisahanku. Dia bagaikan sengaja ingin menggodaku!
Rasa rendah diri terlalu menebal pada aku. Kerana itu, aku cuba membuang segala kemungkinan. Tidak mungkin! Itulah perkataan yang aku semai kuat di minda. Iyalah, siapa aku berbanding Tasha yang melentuk manja di sisinya? Siapa aku yang serba kekurangan ini untuk dipikat olehnya? Siapa?
Di meja makan, kami duduk bertentangan. Aku di hadapannya dan Tasha di sebelah dia. Satu keadaan yang langsung tidak menyelesakan!
"Kata Tasha, Nat ni seorang juruhias dalaman, ya. Boleh saya mintak tolong?" suara garaunya mengusik naluriku. Soalannya membuat aku merenungnya dalam. Tidak ku fahami apa mahunya?
"Saya perlukan seorang ‘freelance’ untuk buat dekorasi di sebuah rumah ni. Syarikat kami kesuntukan masa untuk membuat iklan dan macam-macam sebutharga tu. Kalau Nat sudi tolong saya, syarikat akan bayar dua kali ganda daripada apa yang Nat biasa dapat sebagai upah. Kalau Nat setuju, saya akan bawa hal ni kepada Lembaga Pengarah."
Ayat itu bukan meminta persetujuanku. Ayat itu sekadar memberitahu. Amirul Luqman memang sudah nekad mengambil aku bekerja dengannya. Rengekan Tasha supaya dia mencari orang lain tidak dipeduli.
"Hei, you ni, Tasha. You jugak yang cakap kakak you ni antara juruhias dalaman terhebat." Usiknya sambil mengerling ke arahku.
Tasha menarik muka masam. "Tapi..."
"Bagilah I peluang nak bekerjasama dengan kakak you ni. Mana tahu kut-kut gandingan kami ni nanti jadi ‘mantop?’ Kan, Nat?"
Ibu yang selama ini menjadi pemerhati turut tersenyum.
----------------------
4
"Kak long pergi mana dengan Luqman tadi?" belum sempat aku duduk, Natasha sudah menyoalku. Lagaknya betul-betul seperti seorang pendakwa raya.
"Kami pergi makan, Sha. Balik dari Villa Qaseh, perut rasa lapar. Itu yang kami singgah di KLCC, tu." Aku menjawab lurus.
Muka Tasha masam kelat. Bagai buah belinjau. "Kak long banyak sangat habiskan masa dengan Man. Sha tak suka." Marahnya padaku.
Isk! Cakaplah dengan si Luqman tu. Kenapa lepaskan kemarahan pada aku? Ini, mujur baik aku tolak pelawaannya untuk menghantar aku balik ke rumah. Kalau tidak tentu Tasha lagi terbakar.
"Kak long, kak long dengar tak ni? Luqman tu boyfriend Sha. Janganlah rapat sangat dengan dia. Nanti dia ingat kak Long suka pada dia pulak. Serba salahlah dia nanti!" bentak Tasha padaku.
Kata-katanya itu tetap membuat wajah pudarku merona merah. Aku marah nih!
"Sha, kak long kerja dengan dia, tahu! Bukan kak long pi ngorat pak we ko tu!" balasku geram.
"Tapi, kak long banyak sangat habiskan masa dengan dia." Rengeknya
"Kalau macam tu, apa kata Sha ambik alih tempat kak long. Nak?" Perliku sambil mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Untuk ke bilikku. Malas hendak mendengar bebelannya lagi.
Hisy.... kalau betullah Luqman itu buah hatinya, jagalah betul-betul! Ini tidak! Dia pergi juga ber’dating’ dengan lelaki-lelaki lain. Bukan seorang, malah ramai. Di mana kesetiaannya kepada lelaki itu? Mengapa dia tidak pula mempertikaikan sikap buaya darat betinanya itu? Hehehe....
Nanti akan ku beritahu pada Luqman bahawa kami tidak boleh keluar berdua lagi. Kerja aku pun sudah hampir beres. Tidak perlu lagi menghabiskan masa bersama. Sunyi? Mmm, ya. Pasti hidupku sunyi nanti tanpa senyuman dan usikannya. Tanpa gurauannya. Arghh... rupa-rupanya dalam diam terkesan juga di dalam hati ini segala tindak tanduk lelaki itu terhadapku.
Mungkinkah nanti perpisahan akan melukakan sekeping hatiku ini?
-------------------- 5
"Kenapa, Natalia? Kenapa awak mintak saya lakukan yang pelik-pelik ni? Kenapa saya tak boleh telefon awak? Tak boleh sms? Itu tak boleh, ini tak boleh? Keluar sama pun tak boleh? Apa hal ni?" Amirul Luqman menjegilkan sepasang matanya padaku. Alah, macam aku takut sangat dijegil begitu? Aku tahulah dia sedang marah sekarang tapi....
"Natalia! Yang awak tengok saya macam gitu, kenapa?" Nafas hangatnya dekat denganku bila dia berbisik, "Nak kena cium?"
Ketawanya lepas bila aku menolak tubuhnya menjauh. Mengada-ngada betullah dia ni!
Luqman kembali santai. Selamba dia duduk di atas kerusi yang aku biarkan kosong. Wajahku ditatap lagi. Ke mana harus kualihkan perhatian ini?
"Nat, awak kena belanja saya malam ni, tahu!"
"Kenapa pulak?"
"Sebab kerjasama kita berdua dah hampir selesai. Penat lelah kita selama ni untuk menyiapkan villa Dato’ Hairi tu amat berbaloi. Tadi, dia telefon ucap tahniah pada saya. Dia nak fon awak tapi saya tak kasi. Gatal orang tua tu!"
Kata-kata Luqman memecahkan tawaku. Semakin kuat bila aku melihat kerutan di dahinya. Sesedap rasa dituduhnya dato’ itu begitu sedangkan orang tua itu tidak pernah walau sekali cuba mendekati aku.
"Suka, ya?" Luqman akhirnya turut ketawa denganku.
"Tak baik awak tuduh Dato’ Hairi camtu. Kesian dia." Balasku.
"Tak baik? Tapi saya selalu nampak dia curi-curi pandang pada awak. Isk..kalau dengan perempuan lain, memang saya tak kisah. Suka hati dialah nak mengorat ke, apa ke? Tapi, awak? No! Nak tahu kenapa?" hatiku berdebar menunggu ayat seterusnya. Sungguh-sungguh berdebar.
Luqman bangun. Aku tahu dia ingin mendekatiku. Sinar matanya yang redup, pandangan matanya yang kuyu, aduh mak...menggodaku. Aku ingin lari dari perangkap ciptaannya. Aku ingin menjauhi jangkauan tangannya. Namun, dinding di belakang badanku jadi penghalang. Kepungan tangannya di sisi kepalaku menghentikan niat. Yang dapat aku lakukan saat itu ialah menanti ucapan keramat itu.
"Buka mata tu, Natalia!" Pintanya perlahan. Lembut.
Sepasang mata kubuka. Di hadapanku, Luqman sedang membuka sebuah kotal kecil baldu berwarna jingga. Tidak lama selepas itu terserlahlah sebentuk cincin platinum yang ditaburi ketulan kecil berlian. Aku terkesima!
"Awak, saya nak sangat menyarungkan cincin ni di jari manis awak tu tapi... tak boleh, kan? So apa kata awak ambil cincin ni, dan sarungkan sendiri. Tanda awak menerima cinta saya."
Tiba-tiba sahaja bayangan Natasha melintasi pandanganku. Seraut wajah yang suram sedang memerhati aku. Di matanya ada titisan-titisan manik kecil yang sedang berjuraian gugur di pipi.
Oh tidak! Tidak! Aku tidak sanggup melihatnya.
Wajah Luqman berubah bila hulurannya kubiar sepi. Riak wajahnya keruh bila aku menggelengkan kepalaku ke kiri dan ke kanan.
"Saya tak boleh!" desahku lemah.
"Kenapa?" Nada suara Luqman sedikit keras. Aku diam.
"Sebab Natasha?" Dia meneka.
"Dia suka awak. Dia selalu kata awak tu boyfriend dia. Dia...." Kata-kataku terhenti bila Amirul Luqman ketawa. Begitu beria-ia dia ketawa. Geram aku dengan tingkahnya.
"Nat, kalau saya boyfriend dia, saya tak akan melamar awak untuk jadi isteri saya! Kalau saya ni boyfriend dia, saya tak akan biarkan dia berpoya-poya dengan lelaki-lelaki yang lain tu! Kalau saya ni boyfriend dia, saya tak akan pandang perempuan lain pun! Dan kalau saya ni boyfriend dia, saya tak akan jatuh cinta pada kakaknya. Nurul Aina Natalia, saya cintakan awak saja. Bukan Natasha, tidak juga perempuan-perempuan lain. Faham?"
Luqman berlalu keluar meninggalkan aku termangu. Marahkah dia padaku? Sakitkah hatinya bila aku meragui hati dan perasaannya? Tercalarkah perasaannya bila lamarannya aku tolak kerana Natasha?
---------------------
6
"Sampai hati ayah dengan ibu buat kat Sha macam gini!"
Sayu sungguh rasa hatiku mendengar keluhan Natasha itu. Tangisannya jelas kedengaran. Air mata laju mengalir menuruni pipinya.
"Sha tahulah yang Sha ni cuma anak angkat aje. Sha sedar siapa diri Sha. Tapi kak long tak ada hak rampas Luqman dari Sha." Nada suaranya terlalu keras.
"Sha, kak long tak pernah rampas Luqman, tau! Dan kak long tak suka dituduh macam tu!" balasku.
"Tapi memang kak long tu perampas. Menyesal Sha bawak dia ke rumah ni dulu. Sejak jumpa kak long, terus dia tak pedulikan Sha lagi. Semua sebab kak long, tahu tak?" Natasha terus-terusan membentakku.
Aku lihat ayah mendekati Natasha. Rambut adikku itu dibelainya. Manja.
"Sha, soal hati Luqman janganlah jadi penyebab Sha marahkan kak long. Kesian kak long tu."
"Eleh, pada kak long ayah suruh Sha kesiankan. Sha ni? Memang ayah dengan ibu pilih kasih. Mentang-mentanglah kak long tu anak kandung dan Sha ni cuma anak angkat, ayah sokong apa juga yang dia buat. Yang salah pun jadi betul, kan?" Natasha mula meninggikan suaranya. Geramnya aku!!! Kalau ia pun dia marah padaku, kenapa ayah dan ibu diherdik? Tak boleh jadi, ni!
"Sha, kak long tak suka gaduh, ok. Dan kak long juga tak suka Sha marah-marah pada ayah. Pada ibu. Sha dah besar. Kak long dah puas beralah dengan Sha, dah! Mulut tu jaga sikit! Selama Sha jadi adik kak long, kak long tak pernah rampas hak milik Sha! Tapi, Sha? Apa jugak yang kak long punya, mesti Sha ambik! Sha tak pernah mintak pun! So, jangan nak lebih-lebih!"
Aku lihat air wajah Tasha berubah. Aku dengar deru nafasnya yang kencang. Matanya mencerun memandangku. Aku ditengkingnya, "Hah, kalau tak suka pada Sha, cakap! Jangan nak sindir-sindir! Jangan nak perli! Oh, selama ni, kak long tak pernah ikhlas dengan Sha, ya? Kasih sayang kak long pada Sha selama ni, plastik? Hati kak long busuk! Kak long dengki pada Sha! Sebab Sha ni jauh lebih cantik daripada kak long! Sebab ayah dengan ibu lebih manjakan Sha. Lebih pentingkan Sha! Kak long nak balas dendamlah ni! Tu yang beria-ia dengan si Luqman tu? Itu yang....."
Kutampar pipinya. Tidak kukira berapa kali, aku tidak juga peduli. Sakit hatiku! Panas telingaku. Tuduhan-tuduhannya amat menyakitkan. Inikah balasan kasih sayangku?
Ibu sudah menangis. Ayah menekan dada. Sakit melihat pertengkaran kami yang bagaikan tidak berpenghujung. Kulihat bibir Tasha berdarah. Aduhai, kesian dia...tapi salahkah aku?
"Ibu, Sha dah tak tahan lagi! Ibu tengoklah! Berdarah bibir Sha hari ni. Esok-esok, mahu mati Sha dipukul anak ibu ni! Sha nak pergi, bu. Sha nak bawak diri Sha jauh dari sini!"
Natasha berlari menaiki tangga. Aku tahu dia sedang menuju ke biliknya. Benarkah dia ingin pergi? Tapi, ke mana?
Bila Natasha turun bersama beg pakaiannya, ibu segera memeluknya. "Tasha, jangan pergi. Maafkan kak long. Dia tak sengaja tadi!" kepadaku, ibu meminta, "Nat, mintak maaf pada Sha. Janji Nat tak akan buat dia lagi. Nat???"
Kalau Natasha tidak menjuihkan bibirnya, mungkin aku akan lakukan seperti yang ibu minta. Namun api kemarahanku menyala melihat perbuatannya. Kerana itu aku diam, tidak bergerak dari kedudukanku. Tidak juga bersuara.
"Nat..." Panggil ibu padaku.
"Tak apalah, bu. Memang dah nasib Sha macam ni. Kak long memang tak pernah sayangkan diri ini. Biarlah Sha pergi, bu." Arggh...bagai drama tv dialognya itu. Pelukan ibu di tubuhnya, Natasha leraikan. Dia terus sahaja berlalu. Tangisan ibu tidak langsung dipedulikan!
Bila aku berpaling ke arah ayah, hatiku jadi tersayat. Wajah sedihnya menunjukkan rasa kehilangan. Akukah yang bersalah?
"Sampai hati Nat! Sampai hati Nat buat Tasha macam tu? Memang, memang dia cuma anak angkat ibu, Nat. Tapi ibu sungguh-sungguh sayangkan dia!" Nada suara ibu mengguris hatiku.
"Nat, Nat! Sanggup kamu biarkan dia pergi macam tu aje? Keras betul hati kamu, ya? Habis, puas ke hati kamu sekarang?" Suara ayah pula penuh amarah.
Hari ini, sedarlah aku bahawa mungkin benar, aku anak kandung mereka. Namun sesungguhnya, kasih sayang terhadap Natasha lebih segar dan lebih banyak. Dan hari ini, tahulah aku betapa aku bersalah kerana memisahkan mereka! -------------------
7
Aku dan Luqman sudah menikah. Tidak ada majlis besar-besaran di sebelah keluargaku. Ibu tidak mahu begitu juga dengan ayah. Namun aku bersyukur kerana di pihak Luqman, aku diterima sepenuh hati. Malah impianku mengadakan majlis persandingan dalam taman direalisasikan oleh ibu mertuaku. Hehehe..bukanlah pula diadakan di Taman Tasik, cuma di pekarangan rumah banglo mewah mereka yang luas itu sahaja. Bagaimanapun, aku bahagia. Sekurang-kurangnya, ada yang mahu menghargai diriku ini.
Luqman kini berada di Brunei. Ada projek yang perlu diselesaikan di sana. Aku? Aku mengambil peluang ini untuk menziarahi kedua-dua orang tuaku.
Tadi, mereka ceria menyambutku. Asyik bertanya tentang kesihatanku. Tentang bila mereka akan menimang cucu. Namun sekejap aku ke dapur, aku terdengar rintihan penuh kerinduan terhadap Natasha.
Ya, anak itu jugalah yang dirindui. Tapi, di manakah dia? Sudah berbulan-bulan dia pergi. Tidakkah dia jumpa jalan pulang ke rumah ini? Tidakkah dia tahu betapa perbuatannya meninggalkan ayah dan ibu amat aku kesali?
Ketika aku asyik termenung, terdengar suara seorang perempuan memberi salam. Dari pintu dapur, aku jengulkan kepalaku.
Aku lihat kelibatnya. Sekali imbas, sudah ku tahu siapa dia. Ku panjatkan rasa syukur kepada Ilahi. Akhirnya dia kembali.
Aku tidak mahu mengganggu mereka. Aku tidak mahu Natasha tahu aku ada di sini. Perlahan-lahan, aku keluar melalui pintu dapur. Aku ingin pergi. Antara kami, akulah orang asing di sini. Ibu dan ayah sudah menemui kembali permata hati mereka.
Dan aku?
Aku tetap anak mereka. Aku tetap anak ayah. Tetap anak ibu dan yang pasti, aku juga tetap kakak kepada Nur Alia Natasha.
p/s: cerita ini hanya rekaan, ok. Sila beri komen. sofi.
best citer nie... nape tak sambung lagi or mmg sengaja ending die gini? tp citer ni ada similarity dgn satu criter tu tp tak ingat novel apa...karya anis ayuni klu tak silap...
sedih gak bila ada yg kata citer ni ada similarity dengan cerita lain. citer ni sofi tulis sendiri, ya. bukan ciplak. dekat 4 jam di depan komputer memerah otak. dan cerpen ni berakhir di sini... insyaallah.
huhu... x sedar diri langsung natasya tu.... huhu..kpd penulis.... congrat.... cita ni antara yg mengusik perasaan aku la.... hehehe..jiwang plak... truskan usaha anda....
aaaaa...kesian kat nat.nat x b'salah pon.nat seorg kakak yg baik.sanggup b'korban utk adiknyer.tasha je yg lebih2.smbg la lg citer ni.ape jd kt nat strsnyer.
1 motif yg aku nmpak dlm crita ni ialah tentang kesempurnaan..walaupun seseorang tidak dikurnia kn dgn paras rupa yg sempurna namun tetap jua di cintai..kerana semua insan ada hak utk di cintai..jgn menilai pada ksempurnaan semata..kita semua tetap ada kekurangan..
tahniah wat penulis... bila bc cite nie,,, sy mcm dpt merasai karakter watak2 dlm cite nie... kasih sayang yang melibatkan sebuah keluarga... percintaan antara dua kasih adik beradik... sbgai seorang y juga turut menulis,,, saya setuju dgn ending cite nie... sbab x semua kisah kita ada penamatnya... bila wat kisah cm nie,,, nmpk mcm watak n cite ni idup... tahniah wat penulis...
cite mmg best giler....knp x smbg jer cite ni.aq meluat snggh kat natasya tu.kalu aq ada adik macam dia tu dah lama aq tampar dia.biar padam muka dia......huhuhu
salam... aq rasa cite nie ksh hidup aq lak...sedihkan??? cam m'harap bulan jatuh ke riba...apepun...tahniah ar coz b'jaya m'hidupkan cite nie... walaupapepun...aq rasa parents diorang x b'sikap adil... aq kasihan sgt dekat nat...tapi aq tetap bangga kerana nat x mengungkit semua 2...
best sgt crta ne...tp time ending mcm tak btul jew...npe lak si kakak nk berkorban ag buat la ending dia si adik mintak maaf kat si kakak dan keluarga tu kembali bahagia...huhuhu,,,just pandangan jew...
hmm.. iBubapa hnDaklah b'laku adil pd anak2nya.......jgn laRh memilih sgt dlm b'kasih syg~!! kasih syg n penuh p'haTian ibubapa sgt diperlukan seseorg anak~!!harTa pangkat wang ringgit xb'nilai lgsung jika dibanDingkan dgn anak2 yg dianugerah oleh ALLAH swt...!!berilah kasih syg dgn adil,,,!!xkiralah anak 2 xcantik , cantik , xpandai n pandai~!!jgn laRh nak menilai anak2 krn ALLAH xpnah m'nilai hamba2Nya ...!!wallahu alam...بارك الله فيك!!
Tahniah kepada penulis kerana berjaya menimbulkan konflik yang menarik antara 2beradik. itu realiti yang ada, cuma kita tidak mendengarnya. - emm cuma terperasan sedikit (saya akui saya tak tahu penulisan). antara pembuka dan penutup cam ada jurang kaitan. cuba bayangkan sendiri situasi awal dan akhir kisah melalui dialog ayah dan ibu.. ada sedikit percanggahan pada saya. - xperlu adik minta maaf pada kakak. sebab tak semua kisah happy ending (w/pu ia lebih best, people expected so..) cam cerita raja azura kat drama tu. xingat pe tapi impak besar. -mmg cerita ini best kalau ada sambungan. lama mana pun masa diambil, kalau setakat 4jam tak mengapa kan, Sofi :) kami pembaca ternanti-nanti. - all da best
biasala konflik adk brdk..setiap manusia di kurnia kn perangai yg berbeza2.depend drpa cara didikan or faktor persekitaran dia la..tp citer nie mmg best,x puas baca.. smbng la ag citer nie yee...
wow...thniah penulis jln ceritanya sgt best..harap sgt ada smbungan lg.. wat la smbungan natasha bls dendam kat nat ke..natasha nie nk rmps luqman balik..just bg idea..sy tnggu taw smbungan nye..
Cerita yg menarik. Tp ending mcm tergantung. Knp x teruskan dgn Nur Alia Natasha 2? At least taw gak tasha tu nyesal ke x ngn sikap dia yg xle blah tu. Huhuhu......
NOVELIS ! Nama saya , NURALIA NATASHA :') TERHARU YANG AMAT :) GOOD JOB :)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best citer nie...
nape tak sambung lagi or mmg sengaja ending die gini?
tp citer ni ada similarity dgn satu criter tu tp tak ingat novel apa...karya anis ayuni klu tak silap...
apa2 pun...citer mmg best...love it...