Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mak?Apa dia peduli? Ayah?Menyakitkan hati! Abang?Buta hati! Aku menghempas buku yang bertajuk 'Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung’ di sebelah pembaringanku di atas tilam yang empuk ini.Langsung tak mengubah cara pemikiranku! Tak tahulah kenapa hatiku ini terlalu keras? Terlalu keras untuk menerima kenyataan bahawa perintah Allah memang tidak bisa dibantah! Adakah aku telah melawan atau memprotes kenyataan Allah? Adakah aku termasuk dalam golongan fasik,munafik,atau telah kafir? Sedangkan semua ini salah mak,bapak aku sendiri! Mereka tidak pernah mendidikku tentang asas agama walau sedikitpun.Masing-masing sibuk dengan hal dunia mereka yang tak pernah dan entah bila sudahnya! Aku tak pernah minta untuk dilahirkan di dalam keluarga yang jahil agama ini! Aku hanya menuruti hukum tuhan yang menyebabkan aku lahir dari rahim mak dan masih bernafas di muka bumi ini.Aku bodoh ketika itu,aku hanya mengikuti segala apa yang mak dan ayah ajarkan kepadaku.Tetapi satu perkara yang aku maha hairan,kenapa aku tidak mendengar kalimah Allah di rumah ini semenjak aku boleh berfikir dengan baik setelah beberapa tahun aku dilahirkan? Kadang-kadang aku bertanya sendiri.Aku ni islam ke tidak? Nampak macam tak percaya aje yang aku ni islam!Keluarga pun tak ada nur islam yang dapat dilihat walau secebis pun!Tapi dalam kad pengenalanku tertera yang aku ini beragama Islam,tapi kenapa hidupku tak macam orang Islam?Yang aku tahu,orang islam kena solat,kena puasa,tapi macam mana aku nak ikut?Nak solat pun aku tak pandai!nak puasa,perut berkeroncong,tak tahan!Macam mana orang lain boleh puasa genap tiga puluh hari?Aku semakin hairan.Terkadang itu,aku seakan terlari dari landasan,timbul perasaan syak terhadap kewujudan tuhan,tapi,aku memintas balik.Mungkin kerana iman dan keyakinan serta ilmu aku masih rapuh,mungkin senang bagi iblis dan syaitan yang dilaknat untuk menggoncang hatiku yang kosong tidak berisi.Tapi,kalau tuhan itu wujud,dan maha penyayang,kenapa DIA suruh hamba dia lakukan macam-macam?Untuk apa aku solat,puasa dan orang yang pergi keliling batu yang dibentuk empat segi bernama Kaabah yang terletak di Mekah?Setiap tahun,orang sanggup berhabis duit untuk menuju ke sana!Bagiku,daripada menghabiskan duit ke sana,lebih baik aku pergi melancong ke tempat lain yang tak pernah aku pergi lagi bagus!Aku menggaru-garukan kepala lagi.Mungkinkah aku perlu bimbingan?tapi aku ni dah besar!Dah tujuh belas tahun!Mungkin sudah terlambat.Kalau aku cuba perbaiki diri aku pun,entah hidayah itu datang atau tidak!Semuanya sudah terlambat!Tuhan pun takkan terima taubat orang bodoh macam aku ni!Ah!Mak bapak aku tak risau,kenapa aku mesti risau?Sepatutnya mak bapak yang kena mengambil langkah dahulu,baru anak-anak akan ikut!
* * * * * * * * Aku perhatikan abang yang sedang 'lak-lok’ berjalan macam ular kena pukul sambil merangkul bahu perempuan yang tergetik-getik manja di sisinya.Entah betina mana pulaklah abang ni bawak balik!Minggu lepas,Sherrylah..Minggu ni,entah apa pulak nama perempuan yang tak tau malu ni!Suka-suka hati aje abang bawak masuk perempuan jalang yang hanya inginkan nafsu abang saja!Ah,aku tak peduli!Hal dia,dialah!Kubur lain-lain!
"Mira!!!Kau pekak ke tuli!Aku suruh kau buat air,kenapa tak sampai lagi?!" Berdesing telinga aku mendengar pekikan jantan abang.Benci betul!Dia ingat aku ni kuli dia ke suka-suka hati aje nak arah-arah!Suruhlah betina dia tu buat!Takkan nak duduk menyemak saja!Sudahlah datang tak diundang!Bersenang-lenang pulak macam permaisuri kat rumah ni!
"Woi Mira!Kau pekak ke?Buat air cepat!"Sekali lagi pekikan abang dari dalam bilik bersama perempuan itu mencairkan tahi telingaku.Entah apa yang dibuat dalam bilik?!Hmmm..kalau dah berdua-dua dalam bilik lelaki,perempuan.faham-faham ajelah.Hai abang,sampai bilalah kau nak mempermain-mainkan wanita macam pakai buang?Tak guna,campak saja!Kenapa aku masih berfikir begitu!Lantak abanglah dia nak buat apa!Bukan hal aku!Bukan aku juga yang jadi mangsa!
Aku bangun dari sofa empuk yang terletak di ruang tamu.Rancangan sitkom yang sedang syok kutontoni terpaksa aku tinggalkan buat seketika untuk melayan karenah abangku itu.Bahang terik batul hati ni!Aku ni dibuat macam orang gaji aje!Kalau ada bibikkan syok,tapi itu sudah berlalu dahulu,kalau tak kerana abang yang hendak memuaskan nafsu serakahnya,sampai sanggup hendak memperkosa orang gaji sendiri,tak adanya bibik lari meninggalkan rumah begitu saja!Abang memang begitu,selalu dirajai oleh nafsu sendiri.Pernah sekali aku pula yang dicubanya untuk diperkosa,tetapi mujur mak dan ayah menghalang,dan sebagai balasan,aku kena ikut saja perintah abang yang aku anggap macam setan itu kerana tidak memenuhi keperluan nafsunya.Tetapi yang pelik,abang tidak pernah sekali tertangkap atas perlakuannya.Adakah perempuan-perempuan yang pernah ditiduri abang dulu langsung tak membuka cerita?Mungkin juga,mungkin kerana status abang sebagai anak seorang 'dato'.Kenalah dijaga.Mungkin juga perempuan-perempuan itu tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu,malu takut dihina keluarga atas kebodohan mempercayai kata-kata lelaki sendiri! Aku menatang dulang yang diatasnya terletak dua buah gelas yang berisi jus oren,kakiku menuju ke bilik abang.Dari luar lagi kedengaran hilai tawa manusia yang tidak sedar diri itu dari dalam bilik,sapa lagi kalau bukan abang dengan perempuan jalang yang diheretnya pulang tadi itu?!Aku mengetuk pintu,setelah beberapa kali aku mengetuk,baru diarahkan buka oleh abang di dalam.Aku memulas tombol pintu.Dah agak dah,memang dia orang tengah syok bercengkerama atas katil,aku melihat abang dan perempuan itu sedang duduk di atas katil sambil diselubungi oleh selimut tebal yang berwarna putih dari paras dada hingga ke kaki.Abang mesra melayan perempuan itu,sesekali aku geli juga melihatnya.Tak tahu malu langsung!Boleh muntah hijau aku dibuatnya melihakan betina itu tergetik-getik di dalam pangkuan abang!Tak sanggup aku nak melihat 'scenery’ ini lagi.Daripada aku muntah cair,baik aku keluar.Sebaik saja aku menutup pintu,kulihat cahaya dari bawah pintu gelap semula.Ulang projeklah tu.
* * * * * * Suasana kelas riuh rendah akibat ketiadaan cikgu.Aku macam biasalah,round dari meja-ke meja cari pasal.Itulah tabiat aku.Bersama-sama geng-geng aku,Joanne,shiqa,Mimi dan Reza,aku merasakan,akulah pelajar perempuan yang paling ganas dan brutal,semua orang takut dengan aku di sekolah ini.Walau dah beberapa kali namaku menjadi 'penyeri’ di buku disiplin,aku?Hah!Jangan harap nak kalah setakat kena tulis nama! Pn.Rohaiza melangkah masuk ke dalan kelas tingkatan lima di mana aku berada sekarang.Wajahnya biasa saja,ku perhatikan lagi langakah guru yang aku dan geng-geng aku memanggilnya dengan 'Minah Kumari’ kerana mulutnya yang tak boleh diberhentikan oleh malaun-malaun mana pun!Silap sikit,membebel,membebel,membebel..itulah saja kerjanya!Dia ingat dia perfect sangat ke?Sebaik Pn.Rohaiza meletakkan buku di mejanya,ketua tingkatan memberi ucapan diikuti suara gemuruh pelajar-pelajar di dalam kelas yang serentak mengikut mengucap selamat selepas ketua.Mataku memerhati pintu masuk kelas,kulihat seorang pelajar perempuan bertudung labuh memasuki kelas.Pelajar baru?Uhumm..akan aku tunjukkan kat kau siapa kepala gangster kat sekolah nanti!Aku seakan berbangga.walaupun menjadi gangster,tidak ada apa yang perlu dibanggakan,malah mengundang kebencian orang,aku tak kisah!Hidup aku,suka hati aku!
"Baik pelajar-pelajar semua,kita ada menerima seorang pelajar baru hari ini,dari SMK Bukit Rambai.Kenalkan."Pn.Rohaiza bersuara.Semua membisu,masing-masing tertanya-tanya akan pelajar perempuan ini.Tidak kurang juga 'budak-budak’ lelaki yang miang kedengaran siulan-siulan nakal mereka.Aku mengeluh.Apalah 'control’ ayu sangat minah ni!Nak tersipu-sipu pulak dia!Cakap ajelah.Ke nak mengorat budak lelaki kelas ni?Meluat aku tengok tersipu-sipuan pelajar itu.
"Ehmm..Saya Rabiatul Adawiyah,dari SMK Bukit Rambai,Melaka.Errr…panggil saya Rabia aje."Pelajar itu memulakan tutur pengenalan dirinya.Sungguh halus dan tersusun kata-kata dan suaranya.Lagi buat aku meluat!Femininlah sangat!
"Apa?Tali rafia?!"Saja aku menyampuk,padan muka!Aku pantang betul perempuan bajet ayu macam ni!
"ZAMIRA!Awak jangan kurang ajar!Hormat kawan awak!atau awak nak saya heret awak ke bilik disiplin lagi?!"Jerit Pn.Rohaiza.Aku mengajuk dengan mimik mukaku.Eleh..kau tak tau siapa aku!Kulihat semua mata memandangku.Hah!Bagus!Aku lagi bertambah bangga! Pn.Rohaiza menunjukkan tempat duduk pelajar yang bernama Rabiatul Adawiyah itu yang tak lekang dari senyuman.Senyum kat siapa?Gila ke! Pn.Rohaiza memulakan kelas seperti biasa.Aku juga seperti biasa dengan rutin aku,masa belajar sains aje,jangan harap aku nak jadi alim dengar aje cikgu cakap!Baik aku buat peta lagi bagus!Kebetulan aku duduk di bahagian belakang sekali,memang port yang sesuai.Walaupun hakikatnya guru di depan boleh melihat apa yang aku buat.Aku tak kisah!Cikgu pun dah malas nak layan aku!Haha…
* * * * * * "Woi minachi!"Aku tampar kasar belakang Rabiatul Adawiyah yang sedang leka membaca buku.Alah..tunjuk rajin!Rabiatul Adawiyah mengurut-urut perlahan bahunya akibat tamparan bahuku.Padan muka!
"Mira nak apa?"
"Woi!Suka hati moyang kau aje kan panggil aku macam tu!Wehy,kau kenal tak siapa aku?Aku ketua gangster kat sini!Kau kena panggil aku gangsleader!"
"Tapi nama awak kan Zamira.Kan lebih manis dengan panggilan Mira."
"Eh,mengada pulak dia!Kau dengar sini,ya.Kau bantah cakap aku.Aku jamin,kau tak selamat dari tangan aku!Kau budak baru.Apa kau tau?!"Dengan angkuh aku bersuara.Rabiatul Adawiyah mengangguk.Bodoh betul perempuan ni.Seketika kemudian dia tersenyum.
"Apa senyum-senyum?!"
"Tak saya cuma lucu dengan keyakinan awak."
"Eh,keyakinan apa pulak ni?Kau jangan nak bersastera-teralah kat sini!"
"Awak kata,awak jamin saya takkan selamat dari awak jika saya bantah awak.Itu takkan terjadi."
"Kenapa pulak?Kau berani aje nak lawan aku,ya!"
"Yang mampu menjamin keselamatan saya,hanya ALLAH.Bukan awak!"Aku sedikit tersentak.Nak ber’Halaqah’ pulak dia!Meluat!!!
"Eh,ni bukan tempat kau nak bagi kuliah ye.Kau nak bagi kuliah,ke ceramah,kau pergi surau nu kat depan tu!Pirahhhh!Berlagak alim!"Tanpa rasa hormat aku menyekeh kepalanya.Dia kelihatan tenang saja.Sampai aku terfikir,dia ni tak ada perasaan ke?
* * * * * * * "Kau boleh tak jangan sibuk?Suka hati akulah.Dah..shuhhh..shuhhh..pergi sana!"Aku menolak sedikit Rabiatul Adawiyah ke tepi.Ada saja yang nak mengganggu aku!Tanganku yang memegang plastik yang berisi katak mati yang aku tangkap semalam,aku julurkan ke dalam beg tangan cikgu minah kumari,siapa lagi kalau bukan Pn.Rohaiza.Padan muka!Aku memang dendam betul dengan dia!Suka buat aku panas hati!
"Mira,tak baik buat macam tu kat cikgu.Dosa tau!Kesian kat cikgu!"Rabiatul bersuara.Panas telingaku.Nak berceramah pulak!
"Aihhh..dahlah!Aku letakkan aje,bukannya apa pun,kalau dia terkejut,nasib dialah."Rabiatul mengetap bibir sambil memerhati sekeliling yang sunyi kerana semua pelajar telah turun memandangkan ini waktu rehat.Hanya aku dan Rabiatul saja yang masih di sini.Sesekali aku geram juga.Nak tunjuk baik pulak!Tahulah dia tu pelajar kesayangan cikgu walaupun baru masuk sini!Mengada!Tanganku memasukkan plastik yang berisi katak mati itu ke dalam tas tangan Pn.Rohaiza yang dibiarkan di situ kerana selepas rehat,matapelajaran sains akan bermula,iaitu kelas Pn.Rohaiza.
"Dah,aku dah selesai.Kalau kau berani keluarkan 'benda’ tu,ha..buatlah..berani kau!"Aku berlalu apabila 'tugasku’ selesai.Kakiku melangkah keluar dari kelas.Ku sempat menjengah,Rabiatul masih di situ!Apa yang dia berani buat?Tengok sajalah. Kulihat Pn.Rohaiza memasuki kelas,seketika kemudian kedengaran tengkingan kasar guru itu,mungkin Pn.Rohaiza menyangka yang Rabiatul yang ingin mengenakannya.Aku tergelak sendirian di balik tingkap lutsinar yang bersebelahan dengan meja pelajar,geli hati aku melihat Pn.Rohaiza menjerit melihat katak mati yang telah aku letakkan di dalm tas tangannya.Padan muka! Tapi,kenapa Rabiatul Adawiyah berdiam diri saja ketika guru itu menuduhnya? Seakan menunjukkan dia pula yang bersalah!Kenapa dia tak beritahupun itu semua kerja aku?Aku ingat,sudah pasti perempuan itu akan mengadu,rupanya tidak!Sebaliknya dia yang mengaku bahawa dia yang melakukan semua itu.Aku tergamam seketika.Sanggup dia mengaku itu salah dia!Tapi hatiku keras,aku tetap mengatakan yang Rabiatul sengaja nak tunjuk baik!Kulihat seketika kemudian,Pn.Rohaiza menarik tangan Rabiatul menuju ke luar kelas,kuikuti langkah mereka,menuju ke bilik disiplin!Perasaan bersalah terhadap Rabiatul mula menjenguk dalam sanubariku.Tak sepatutnya aku memperlakukan dia begitu!Ah!Aku memprotes balik.Bukan salah aku,kenapa dia baik sangat nak haling aku tadi?Hah!Kenalah!Pintu bilik disiplin ditutup.Tak tahu apa yang terjadi,aku tidak peduli lagi,dari aku mengikuti langkah mereka,baik aku turun makan kat kantin.Kakiku mengorak laju. * * * * * * *
Keesokannya,kulihat meja Rabiatul kosong!Aku tertanya-tanya.Ke mana dia pergi?Mungkin kerana kejadian semalam,dia malu nak hadirkan diri ke sekolah?Haha..terimalah.Itulah balasan kalau jadi orang yang terlalu baik sangat ni.Tapi,perasaan bersalah itu tetap ada di dalam diri aku.Tidak sepatutnya aku melakukan begitu.Tidak tahu kenapa hatiku lembut semacam saja hari ini,tergerak untuk bertanyakan kepada Pn.Rohaiza,mungkin guru itu tahu sebabnya.Perlahan aku melangkah ke meja Pn.Rohaiza yang sedang leka menanda buku-buku pelajar,tangannya berhenti menari melihatku menghampirinya,mungkin hairan 'budak’ liar sepertiku ini mahu datang bersemuka di meja guru!
"Selamat pagi,Puan."Aku menyapa dulu.
"Hmmm..selamat pagi,kenapa awak datang sini?"
"Errr..tak ada apa-apa,saya cuma nak tanya,cikgu tau tak Rabiatul Adawiyah pergi mana?"Pn.Rohaiza mengangkat kening.Mungkin janggal dengan pertanyaanku.Tiba-tiba saja menyoal perihal rakan sekelas,sebelum ini,haram.kawan punya hal..aku tak peduli!
"Hmmm..dia dah digantung."Tenang Pn.Rohaiza menjawab sambil memasukkan buku-buku ke dalam beg kain yang terletak di sebelahnya.
"Hah?Digantung!Tapi…kenapa?"Aku terkejut,tak tahulah kenapa aku bersimpati dengannya.Demam agaknya aku ni.Tapi,memang aku rasa berslah yang teramat!
"Ya,adalah kesalahannya,kamu tak payah tanya.Dia digantung selama dua minggu."Aku tersentak.Macam kesalahan yang dilakukan terlalu besar sampai kena gantung sekolah dua minggu!Aku bersimpati,tapi apa boleh buat.Ini semua memang salah aku!
"Cikgu,cikgu tau tak rumah dia kat mana?"
"Kenapa kamu tanya?"
"Cikgu,tolonglah."Aku merayu lagi.Aku benar-benar ingin berjumpa dengannya.
"Rumah dia kat belakang kedai Pak Mat,kamu tanyalah orang kat situ."Aku mengangguk.Lantas berlalu pergi.Kenapa aku ni kejam sangat?Aku terfikir lagi,gara-gara aku,Rabiatul tidak dapat ke sekolah,padahal peperiksaan SPM hanya tinggal beberapa bulan saja lagi.Sepatutnya aku yang digantung!Bukan dia!Lagipun,aku tidak kisah kalau aku digantung kerana aku memang tak nak dan malas belajar!Aku menuju ke kelas dengan wajah yang muram.Kawan sekelaspun aneh melihatku.Kelas yang biasa riuh dengan sindiran-sindiran jahatku sunyi kerana hari itu aku tidak ada mood untuk ceria seperti biasa,semuanya kerana dirundung rasa bersalah yang teramat!
* * * * * * Aku memberhentikan kayuhan basikalku.Kulihat segenap inci rumah yang berada di depanku.Hanya sebuah rumah kayu!Inikah rumah Rabiatul?Kusangkakan dia tinggal sekurang-kurangnyapun di dalam rumah flet,tapi lain pula jadinya.Rumah kayu yang beratap zink hanya stau tingkat itu kutatap lagi.Simpatiku mula menjengah melihat kesan-kesan bocor di atap rumah itu.Aku memberi salam,tak sampai beberapa saat,Rabiatul muncul di muka pintu,senyumannya tidak lekang di bibir melihatku datang berkunjung ke rumahnya,walaupun aku tahu,hatinya pedih kerana terpaksa menerima hukuman walaupun diri tidak bersalah.
"Waalaikumussalam,Mira.Masuklah."Aku dipelawa.Layanannya tetap mesra sebagai seorang tuan rumah kepada tetamu.
"Hmmm..ni rumah kaulah yek."Aku saja mencari topik,bagi menghilangkan rasa bosan.
"Ya.Aku tak kaya macam kau.Aku orang miskin,tinggal bawah atap zink aje."Merendah diri Rabiatul bersuara sambil menuangkan air sirap suam ke dalam cawan plastik di hadapanku.
"Hmmm..bapak kau kerja apa?"
"Ayah aku kerja penoreh getah aje."
"Mak kau?"Rabiatul terdiam mendengar pertanyaanku itu.Aku membiarkan saja.Mungkin sedang mencari jawapan.
"Mak aku dah meninggal,Mira."Aku tersentak mendengar jawapannya itu.Kuingatkan dia masih beribu,rupanya sudah menjadi anak yatim.Fikiranku mula teringatkan mak yang sekarang ini mungkin sedang sibuk dengan bussinessnya.Untung aku masih mempunyai mak,tapi tak berguna juga kerana mak tak pernah ambil tahu perasaan aku,yang dia tahu bussiness,bussiness,bussiness!
"Kau untung kan masih ada mak,ayah,abang.Lepastu duduk dalam 'istana’ pulak tu."Rabiatul bersuara,mengambil tempat duduk di sofa lusuh di hadapanku.Aku tersenyum.Untung?Kalaulah aku untung membesar di dalam keluarga itu,memang salah!Aku tidak akan menjadi sejahat ini jika mak dan ayah tahu mendidikku dan abangku yang macam iblis perangainya dengan sempurna.
"Minumlah,"Pelawa Rabiatul.Aku meneguk sedikit air sirap itu,agak tawar,namun aku sembunyikan keadaan rasa itu.Biarlah sesekali aku merasa kesusahannya.
"Owh…maaf kalau sirap tu tawar.Rumah aku ni dah tak ada gula.Itu saja yang mampu aku bagi kat tetamu.Kalau kau tak suka,aku minta maaf."Aku mengangguk faham.Di rumahku,ada dua plastik gula pasir yang masih belum berbuka,kadang-kadang sampai dihurungi semut.Membandingkan kehidupannya denganku,aku insaf.
"Kenapa kau mengaku yang kau letakkan katak tu semalam?"aku menyoal inginkan kepastian.Rabiatul tenang wajahnya.Dia tidak melatah,mencari jawapan.
"Aku tak nak kau yang kena hukuman."
"Tapi memang patut pun aku yang kena sebab aku yang buat.Bukan kau."
"Sebab,aku tak nak kau lebih agresif lagi.Kalau kau dihukum,mungkin kau akan lebih membenci cikgu,padahal cikgu memang tak boleh dibenci,kerana kita mengambil ilmu daripadanya,jadi baiklah aku yang kena.Biarlah kau terus belajar.Dua minggu bukannya lama pun."Aku mengambil nafas mendengar jawapannya.Ya Tuhan.Kenapa aku ni kejam sangat?!
"Tapi,dua minggu pun,kau tetap tertinggal kelas."
"Tak apa.Tapi kalau kau boleh tolong aku,kau bolehlah bagi tahu aku kerja rumah yang cikgu bagi,itupun kalau kau rajin nak datang sini selalu."Aku mengambil nafas.Kulihat segenap ruang rumah yang kelihatan kecil saja ini.Aku termenung seketika.Kenapa semenjak akhir-akhir ini,hatiku mudah terlentur?
* * * * * * Sudah genap seminggu aku berulang-alik dari sekolah ke rumah Rabiatul.Semakin hari,semakin seronok pula aku bertandang ke rumahnya.Bila difikirkan balik,daripada aku pulang ke rumah melayan abang dengan betinanya itu,baik aku datang sini,walaupun kadang-kadang hidangan tengahari yang disediakan oleh Rabiatul hanya berlaukkan kicap dengan ikan kering.Aku tak kisah.Daripada makan mewah tapi merana seorang diri!Macam dalam penjara.Memandangkan Pak Abu,bapanya Rabiatul tak kisah,aku semakin seronok berada di sini.Sesekali Rabiatul mengajarkanku bagaimana hendak mendirikan solat,sememangnya aku yang amat bodoh ini berasa janggal dengannya.Aku sedar,selama ini,Rabiatul bukan calang-calang orang.Dia taat dengan perintah agama,bukan macam aku!Nak solat pun tak pandai.Mungkin kalau tanya ayat tiga kul pun aku tak hafal!Dulu adalah masa sekolah usztazah tanya,tapi lama-kelamaan,ayat al-quran langsung aku lupakan.Mujur Rabiatul sudi mengimbas kembali apa yang telah aku lupa.Aku amat berterima kasih dengannya.
"Rabia,kau ambiklah duit ni.Aku tau kau dengan ayah kau susah.Aku pun selalu datang sini,cekik makan kau."Aku menghulurkan dua keping not RM50 kepada Rabiatul.Itu duit papaku,senang saja meminta kepadanya.Kalau soal kebendaan,minta sajalah dari papaku,tidak pernah dia menolak permintaanku.Rabiatul mengetap bibir,seakan ralat untuk menerima wang itu.
"Tak payahlah,Mira.Aku ikhlas tolong kau selama ni.Lagipun kitakan kawan."
"Tak,kau kena ambik jugak."Aku memaksa.Ini sajalah caranya untuk aku membalas kebaikannya.
"Tapi,"
"Rezeki janganlah ditolak.Allah dah tentukan,hari ni kau dapat duit,ambik ajelah."Aku meletakkan duit itu di dalam genggaman Rabiatul.Dia tunduk tersenyum.
"Terima kasih,Mira."
"Sama-sama,semua ni datang dari Allah,dia yang berikan keluargaku rezeki."Aku tersenyum.Semenjak tinggal di sini,aku telah banyak belajar tentang keindahan tuhan.keindahan,kecantikan agamaku islam selama ini yang tidak pernah aku peduli.Setiap kali aku menyesal dengan perbuatan ingkarku selama ini,aku diingatkan tentang salah satu kecantikan Islam,Allah menerima taubat hambanya!Itulah yang membuatkan Islam itu begitu cantik dengan pengampunan daripada seorang pencipta kepada manusia yang hina seperti kita.Acap kali aku menangis,selama ini aku begitu jauh dengan tuhan.Aku terharu apabila diberitahu bahawa Allah menyayangi orang yang beriman,tetapi Allah lebih menyayangi orang muda yang beriman.Bila difikirkan balik,jika aku menghabiskan usia mudaku dengan sia-sia,apa yang harus dijawab di depan Allah nanti apabila DIA bertanya apa yang aku buat semasa zaman mudaku?Takkan nak tunggu dah tua baru bertaubat!itu salah.Acap kali aku mendengar orang berkata,’dah tua nanti baru bertaubat,’tidak,pandangan itu salah,kerana kita tidak tahu bila kita akan mati.Mungkin sekarang malaikat sedang menuju ke sini untuk mengambil nyawa kita,wallahua’lam.
"Rabia,aku nak ucapkan terima kasih kat kau.Kalau tak kerana kau,sampai sekarang aku tak pandai nak sembahyang."
"Hmm..aku cuma tolong sikit aje,itupun dengan izin Allah,kalau tak kerana dia.Mungkin aku pun tak akan ajar kau.Semua perlakuan kita mestilah bertunjangkan untuk Allah saja,baru dapat barakahnya.Buat sesuatu perkara,biar seikhlas hati,dan kerana Allah,bukan kerana lain."
"Aku faham sekarang."Aku tersenyum.Ku bersyukur kerana pintu hatiku telah dibuka pada umurku seusia belia ini,Allah mungkin tidak mahu aku tersesat lebih jauh,sebab itu dia telah membuka pintu hatiku dari sekarang.Allah itu Ar-Rahim.Aku tunduk seketika,kepalaku tiba-tiba terawang-awangkan sesuatu.
"Kenapa Mira?"Soal Rabiatul melihat aku tunduk sayu tiba-tiba.
"Mak dengan ayah aku…"Aku berkata lemah.
"Kenapa dengan mereka?"
"Kau rasa tuhan bagi tak peluang kat mak dengan ayah aku nak bertaubat?"Soalku.Itu yang menjadi kegelishan aku sekarang.Mak dan ayah tidak pernah kulihat melakukan tuntutan agama.Apa masih ada ruangkah untuk mereka berubah?
"Mira,lahaulawalaquwwata illa billah…tiada upaya dan daya melainkan izin Allah.Semuanya dimulakan kerana Allah,mintalah kepadanya supaya diberi keizinan untuk membuka hati mak ayah kau.Tapi dalam masa yang sama,kau cubalah cakap baik-baik dengan mereka.Insyaallah,Allah akan menolong kau."
"Tapi,tak mungkin ayah dengan mak nak dengar cakap aku!mereka pentingkan diri!"Tiba-tiba aku terasa ada air hangat yang ingin mengalir di kelopak mata.Aku risaukan mak dan ayah!Juga abang.Dapatkah mereka peluang untuk menikmati jannahMU diakhirat kelak?Melihatkan keadaan mereka,aku menjadi tidak yakin. Begitu juga diriku,aku bimbang aku juga tidak mempunyai tiket untuk merasai syurga Allah.Memandangkan dosa yang telah kulakukan selama ini.Adakah Allah telah mengampuni semuanya?
"Mira,sebagai anak,kau cuba sajalah…tapi jika mereka berdegil,jangan sesekali kau meninggikan atau memprotes kasar dengan mereka.Apapun,dia orang tetap mak dan ayah kandung kau.Jangan sesekali kau berkata 'Ah’ kepada mak ayah kau.Itu pun dah dikira derhaka."
"Tapi,kalau mereka degil?Aku bukannya berniat apa.Aku cuma tak nak mereka lebih tersesat.Sudahlah keadaan kami sekarang inipun kucar-kacir.Baru semalam ayah balik mabuk.Aku sedih sangat.Allah terima tak mereka?"
"Kalau mereka berdegil,kau tak perlu sampai berkasar.Kau biarkan saja,kerana kau telah menasihati mereka,tetapi mereka yang tak nak dengar,itu dah menjadi masalah antara mereka dengan Allah pula.Kau dah lepaskan tanggungjawab sebagai anak,tetapi kau kena selalu ingat-mengingatkan mereka walau dia orang tak nak ikut cakap kau,apa-apa pun,tanggungjawab kau dah lepas sebab kau dah menasihatkan mereka."
"Tapi,aku tak nak mak dengan ayah aku masuk neraka."
"Mira,syurga neraka bukan urusan kita.Itu ketentuan Allah.Tak semestinya orang yang baik sudah dijamin memasuki syurga.Selagi tiada jaminan,selagi itu jangan terlalu yakin yang kita akan ke syurga.Syurga adalah hak Allah,dia berhak memilih yang mana dia suka,tetapi dalam masa yang sama,kita juga perlu berdoa supaya diberi peluang memasuki jannahNYA."Panjang Rabiatul membetulkan pandanganku terhadap hak memasuki syurga.Aku sedar,aku ini pun belum tentu sudah tertulis sebagai ahli syurga!Alangkah bertuahnya aku jika sudah diberi jaminan untuk masuk ke syurga sepertimana Rasulullah S.A.W,Saidina Abu Bakar,Saidina Umar Al-Khattab,Saidina Usman Affan,Saidina Ali bin Abi Talib,Saidina Thalhah Abdullah,Saidina Zubair Al-Awam,Saidina Sa’ad bin Waqqas,Saidina Sa’id bin Zaid,Saidina Abdul Rahman bin Auf,dan Saidina Abu Ubaidillah bin Jarrah,aku tak dapat membayangkan,mungkin aku menjadi makhluk yang paling bertuah di alam semesta ini.Aku tersenyum seketika,aku tahu Allah takkan mensia-siakan amalan hambanya,semua yang dilakukan,pasti ada balasan.
* * * * * * * *
Makan malam kami seperti biasa,tiada sebarang suara kedengaran,hanya bunyi sudu dan garpu yang berketuk dengan pinggan yang diletakkan makanan yang sedang dinikmati.Kulihat wajah ayah dan mak,mereka masing-masing dengan hal sendiri ketika menikmati makanan,mak dan ayah langsung tak bersuara.Aku perhatikan lagi.Tiba-tiba telefon bimbit ayah berbunyi.Ayah pantas menjawab meninggalkan meja makan,mesti dengan urusan perniagaannya lagi!Tak habis-habis!Kerana mengejarkan harta semata-mata.Mak tidak kisah,lagi berselera menikmati hidangan di depan mata.Aku menunggu sapaan atau teguran dari mak,tapi tidak,mak lebih memilih untuk membisu!Alahai,mak tak faham ke yang aku ini rindukan kasih mak?Mak tak tahu ke yang aku perlukan perhatian mak?Mak sedar tak yang aku sangat merindui belaian seorang mak terhadap anaknya?Walaupun aku sudah remaja,aku masih mengharapkan mak!Tapi,adakah mak benar-benar mengharapkan aku?
"Mak.."Aku menyahut.Mak sekadar mengangguk,langsung tidak mengangkat muka memandangku,sebaliknya memandang pinggan di hadapannya,alahai mak,mak sedar tak yang mak sedang bercakap dengan anak mak?Bukan dengan pinggan!Sekurang-kurangnya,pandanglah muka aku ni mak!
"Bussiness mak macam mana?"
"Baik je."Alah..itu saja jawapannya?Kalu begitu baik tidak usah jawab kalau hanya menyakitkan hatiku.Mak tau tak yang anak mak ni tengah rindukan perbualan mesra antara seorang anak dengan mak?Tapi,mak tak kisah,mungkin aku ni sudah tak penting lagi. Ayah kembali ke meja makan,menyambung santapannya yang tergendala seketika tadi.Wajahnya biasa saja.Aku mahu bersuara juga kali ini.
"Mak,ayah."Sahutku lagi.
"Hmmm..kenapa?"Soal ayah acuh tak acuh saja.Tapi aku tetap nak bersuara,aku tak sanggup nak berdiam diri lagi!
"Kenapa Mira tak pernah nampak mak dengan ayah solat?"Soalanku membuatkan mak dan ayahku tersedak,lantas meneguk air dengan gelojoh.Kulihat mak dan ayah tidak senang akan soalanku itu.Aku sudah jangka.
"Bukan-bukan mak cakap?Mak tau tak solat tu wajib?Kenapa mak tak pernah buat?!"
"Mira!Jangan nak kurang ajar dengan mak bapak kau!"Ayah menghempas telapak tangan ke meja makan.Aku tersentak.Hanya disebabkan aku bertanya begitu saja,mereka boleh semarah ini.
"Tapi saya cakap perkara yang benar,mak,ayah!Mira Cuma tanya kenapa,itupun mak dan ayah nak marah macam ni!"
"Mira,itu bukan urusan kau.Kau mentah lagi,tak faham apa-apa!"Mak membalas.Aku terdiam.Mentah?Sementah-mentah aku pun,aku dah boleh bezakan mana yang wajib!
"Tolong,Mira.Kau tak ada hak nak campuri urusan mak dengan ayah!Kau hanya perlu ikut apa yang kami suruh saja!Tak perlu kau nak mengingatkan kami!Kami tau apa yang kami buat!"Aku tunduk mendengar kata-kata ayah.Mak,ayah,kalian faham tak yang aku buat semua ini sebab nak selamatkan mak dan ayah!Mak,ayah,Aku takut dengan azab kubur,mak ayah tak takut ke?Aku tak nak kuburku menjadi gelap gulita,mak,ayah,begitu juga aku harapkan kepada kalian.Aku tak sanggup jasadmu dihimpit dek kerana kubur yang menjadi sempit hingga terkumpul tulang-tulang rusuk kalian hanya kerana meninggalkan solat!Aku tak nak kalian 'disiksa’ lipan-lipan,ular,kala jengking dan binatang yang berbisa seperti itu!Aku sayang mak dan ayah,tapi adakah mak dan ayah sayangkan diri masing-masing?
"Tak apalah..kalau mak dan ayah rasa,Mira ni dah campur urusan mak dengan ayah.Ok,mak dengan ayah boleh fikir sendiri,kan mak dan ayah dah besar,Mira ni mentah lagi,siapalah nak dengar cakap Mira?!"Aku memperli balik,kuangkat punggung dari kerusi meja makan,kakiku mendaki dan berlari meniti tangga menuju ke bilik ke tingkat atas.Mak dan ayah di bawah,tidak terasa langsung,lantas menyambung suapan mereka seperti biasa!Ya Allah,aku merayu,tunjukkanlah cahaya iman dan hidayah kepada mereka!Aku tak nak mereka dipukul dan direjam diakhirat!Aku takut Ya Allah!
* * * * * * * * Petang itu,seperti biasa,selepas pulang dari sekolah,aku terus menuju ke rumah Rabiatul Adawiyah.Itu sudah menjadi rutinku.Kami pulang bersama-sama dengan basikal masing-masing,sepanjang perjalanan,aku menceritakan kepada Rabiatul tentang kisah semalam.Aku diminta bersabar,mungkin mereka terkejut dengan pertanyaan melulu aku begitu,lagipula sebelum ini tidak pernah aku ambil kisah soal agama.Mungkin mak dan ayah masih belum tahu,Mira bukan Mira yang dulu!Mira dah tahu kepentingan menjaga tuntutan agama,mak ayah! Kusandarkan basikalku di tepi dinding rumah Rabiatul yang bercat hijau muda.Aku menuruti langkahnya masuk ke dalam rumah sambil memberi salam.Kulihat jam di dinding sudah menunjukkan satu setengah,masa solat zohor,aku bergegas ke bilik air,mengambil wudhu’.Begitu juga Rabiatul,sesudah itu,seperti biasa Rabiatul mengimamkan solat kami.Aku hanya mengikuti dari belakang,walaupun tersekat-sekat dan tidak lancar aku membacakan ayat suci dan bacaan-bacaan dalam solat.Aku tetap mahu melakukannya dan pastikan kulakukan sehingga salamnya,ku tak mahu tinggal solat!Aku berasa ngeri tatkala diceritakan tentang azab apabila meninggalkan solat!Dulu,selalu juga aku mendengar,tetapi tidak pernah terkesan di dalam hatiku.Tetapi,semenjak aku berkawan dengan Rabiatul,hatiku mudah lentur,mudah merasai tentang apa yang diceritakan kepadaku.Aku paling ngeri apabila Rabiatul menceritakan kisah seksa di dalam kubur,mujur DIA masih sayang kepadaku,membuka pintu hatiku untuk menerima hidayah pada seusia ini.Aku tak sanggup nak menempuh azab Allah! Telefon bimbitku berdering lantang usai aku mengaminkan doa yang terakhir ketika habis solat,aku menekan butang untuk menjawab,kedengaran suara makcikku teresak-esak di hujung talian.Aku musykil,terus bertanya.
"Mira…Mira…."
"Ya,Makcik,ni Mira..Ada apa?"Soalku.
"Mak,ayah dengan abang kau!Mira…."
"Kenapa dengan mak ayah dengan abang makcik?"Aku bertanya,aku mula berasa tidak sedap hati.Ya Allah,kau jauhkanlah dari sebarang perkara buruk!
"Dia orang kemalangan…"Sebaik makcik berkata begitu,hatiku sudah luluh,Ya Allah,kalau betullah mereka kemalangan,jangan kau ambik nyawa mereka Ya Allah!Berilah kesempatan untuk mereka bertaubat!Aku tak mahu mereka meninggal dalam keadaan fasik Ya Allah!Aku takut!
"Mira..makcik tunggu kat hospital..datang ya…"Aku mengangguk,selepas memberitahu di mana mak,ayah dan abang berada,aku menutup telefon.Hatiku tiba-tiba terasa ingin menjerit.Jangan kau ambik nyawa mereka Ya Allah!Jangan Ya Allah!Rabiatul memandnagku sayu,mungkin dia sudah dapat mengagak sesuatu yang tidak kena telah berlaku.
"Rabia..mak,ayah aku!!!"Aku tidak dapat mengawal perasaan,aku menjerit menyebut nama mak dan ayah.Rabiatul menenangkan aku sambil mengurut-urut belakangku,dia memeluk tubuhku,habis air mataku jatuh membasahi telekung Rabiatul yang masih belum berbuka semenjak habis solat tadi.Aku memang sedih!Aku takut mak dan ayah pergi belum sempat menerima keampunan Allah!Ya Allah,ampuni mereka!
* * * * * * * Ku berlari mendapatkan makcik yang sedang duduk di atas bangku di hadapan wad kecemasan.Wajahnya murung saja.Tergopoh-gapah aku mendapatkan dia.Makcik lantas memelukku apabila aku tiba di sisinya.Air mata aku mengalir lebih deras,rasaku,sudah lama aku tidak berembesan air mata selama ini,memandangkan hatiku yang keras sebelum ini.Hari ini kelemahanku sebagai seorang manusia yang kusorokkan selama ini kutunjukkan sepuas-puasnya kepada diriku.Sekeras-keras manapun hati manusia,satu hari akan pasti dapat dilembutkan!Manusia ini lemah!Itu hakikatnya! "Macam mana dengan mak,ayah dengan abang,makcik?" "Mereka ada kat dalam lagi.Makcik tak tau,Mira..dari tadi tak ada doktor atau jururawat pun yang keluar bagitau keadaan mereka."Aku terduduk di atas kerusi yang terdapat di situ.Air mataku masih mengalir laju,namun aku tiada daya untuk menjerit walaupun hatiku terasa ingin sekali meraung.Tapi tersekat rasanya.Dadaku sesak seketika,satu persatu cubaan datang melandaku walaupun aku masih muda.Mungkinkah ujian ini menandakan Allah sayang kepadaku?Aku redha jika begitulah rupanya.Aku lebih menghargai kasih-sayang Allah,aku sanggup melakukan apa saja demi meraih kasihNYA! Seorang lelaki berkot putih seusia penghujung tiga puluh-an keluar dari bilik kecemasan,aku dan makcik meluru mendapatkannya,aku pasti dia mempunyai keputusan tentang keadaan ayah,mak dan abangku sekarang! "Doktor,macam mana dengan mak dan ayah saya?"Aku melulu bertanya.Doktor lelaki itu tidak terus menjawab,kulihat dia mengambil nafas,melihat reaksinya itu,aku semakin gundah-gelisah.Kulihat dia menggelengkan kepala pula.Aku terasa seperti hendak pitam.Aku redha!
* * * * * * ** Kampung Sinar Harapan,1 syawal.
Angin laut mendayu-dayu menampar pipi.Ombak saling pukul-memukul di persisiran pantai.Bot-bot nelayan tersadai di tepi-tepi pantai.Dari jauh aku melihat panorama itu.Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah mengambil nafas segar di tempat ini.Kuimbas kembali kenangan lalu.Suara takbir AidilFitri kedengaran dari masjid yang berhampiran.aku tak bisa ke masjid,biarlah.Sesungguhnya menjaga orang tua juga ibadah yang tinggi pahalanya,namun kebaikanku ini,tidaklah lagi standing sebagaimana Uwais Al-Qarni,seorang anak yang soleh,kisahnya apabila dia mengusung lembu setiap hari membawa naik turun bukit sehingga orang mengatakan dia gila.Rupanya dia melakukan begitu sebagai persiapan staminanya untuk mendukung ibunya ke Mekah untuk mengerjakan haji.Dari Yaman ke Mekah,Uwais al-Qarni mendukung ibunya untuk mengerjakan haji.Bila difikirkan balik,memang susah nak diterima dek akal,kerana ibu,sanggup hendak bersusah-payah,tetapi tidak bagi Uwais,sehingga namanya disebut rasulullah adalah orang yang doanya paling termakbul.Aku menarik nafas.Aku mengaku,aku tidaklah sebaik dan setaat uwais Al-Qarni,tetapi memadailah aku menuruti dan menjaga ibu bapaku serta abangku yang masih hidup.Itu sajalah yang mampu aku lakukan.Aku menghulurkan tanganku yang berisi ketupat nasi untuk disuap ke dalam mulut mak yang kini terduduk di kerusi roda.Mak tersenyum memandangku,aku bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada mak,ayah dan abang untuk bernafas dan memohon keredhaanNYA walaupun ketiga-tiga mereka sudah terduduk di kerusi roda.Aku tidak kisah menjaga mereka,keampunan Allah terhadap mereka itu lebih penting.Mak mengangakan mulut,aku menyuakan seketul ketupat nasi yang dipotong dadu ke dalam mulut mak.Mak tidak mampu bersuara kerana kemalangan itu.Ayah juga sudah lumpuh separuh badan,abang hilang deria penglihatan,walaupun ini semua berat untuk ku tanggung,aku redha demi mencari kasihNYA.Selepas kemalangan,hutang perniagaan ayah meningkat sehingga ayah dan mak tidak mampu membayar,dan rumah kami disita,namun kami masih bersyukur sekurang-kurangnya kami masih ada rumah di kampung yang mana sudah lama tidak dijenguk.Sinilah tempat tinggal kami sekeluarga.Aku tetap bersyukur.Kemalangan itu,membuatkan ayah,mak dan abangku sedar bahawa mereka sememangnya sudah jauh dari landasan.Tetapi aku tetap mengharapkan kesembuhan mereka suatu hari nanti,dengan izin Allah.Wajah Rabiatul Adawiyah bermain difikiranku.Apa khabar dia sekarang?Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya,padahal dialah yang telah banyak menyedarkan kekhilafanku.Mungkin dengan izin Allah,suatu hari nanti,kami akan dipertemukan.Aku memandang wajah mak,mak leka memandang ombak yang menghempas di hadapan.Semua ini segalanya ketentuan Allah.Ujian demi ujian yang dilalui,semuanya sudah dijadikan suratan yang sudah tertulis,tidak bermakna hidup seorang mukmin jika tidak dilengkapi dengan ujian,padahal ujian itulah yang menjadi penanda aras untuk mengukur keimanan seseorang,seperti mana Allah berfirman:- Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3). Alhamdulillah,walaupun sebelum ini aku selalu ragu-ragu,akhirnya Allah menunjukkan satu-persatu cahaya ke dalamku,dan sekarang seluruh keluargaku,aku tahu,DIA tidak mahu melihat hambanya terus jauh dan tersasar,sudah terbukti yang DIA masih sayang!
~Tamat~ ~Hasil Nukilan~ ~Shakira Johari~ ~16 oktober 2009~
cite penuh pengajaran. well done writer! tp... Dia masih sayang.. dia yg dimaksudkn tu ALLAh ke? kalo ye, should be DIA masih sayang. ada beza tau huruf besa dgn huruf kecik.
salam...cerpen yang sesuai dengan realiti masa kini..banyak manusia yg hanyut dgn keindahan duniawi sampai mengabaikan hak ukhrawi..tapi bila sudah kehilangan nikmat kesihatan atau kekayaaan, barulah berpaling semula kpd Allah..cerpen ini penuh dgn pengajaran..tahniah buat kamu, penulis..
salam.crita yg baik ukhti..dtmbh dgn pnduan hadis & Al -quran..sgt mnyentuh jiwa.ana tharu mbacanya..tanniah..truskn usaha ukhti..salam ukhwah dr sy..=)
salam.. nice story..sgt mmberi pengajaran.. kalaula crite ni di filem kn.. msti lagi best. p/s: sebaiknya balasan baik dri perbuatan jahat mira lebih dperbanyakkan. mgkin lebih byk adegan2 jht dri mira yg dsmbut baik oleh rabiatul akn bg story ni lagi menarik. anyway, teruskan berkarya secara islamic..=]
Assalamualaikum,,Alhamdulillah,,sebuah cerita yg menarik,,wlpn kita byk melakukan dosa tp masih sempat ag utk bertaubat,,Alhamdulillah masih diberi kesempatan tok bertaubat,,n jgn lah kita melakukan kesalahan yg mengundang kemarahan Allah,,ingtlah bile2 mse kita bole dipanggilNYA,,
firstly...thnks sbab m'bri ilham bru kpda sy.. sy m'gaku.. air mata sy menitis stelah m'bace crite ni.. memang itulah hakikatnya.. duniawi tidak bolh dikejar, sbaliknya.. kejarlah masa untuk m'gmpul bkalan ke akhirat..
Salam, shakira.. Saya diena. Berminat x nak jadikan cerpen awak ni satu telemovie? Target station tv3, rtm. Sudi2 kiranya awak menjadi penulis skrip jika awak setuju utk jadikan ia satu telemovie. Kalau sudi, email saya contact number dan kite set appoiment for furthur discussion. Email address : adiena@tv3.com.my
mmg best......kebetulan nme MY SPECIAL BOYFRIEND is MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI x sngke begitu indah maksud nme UWAIS AL-QARNI ni kn?pengorbanannye amt bsar.... i like this story..so good luck...
Terharu baca cerpen ni... X berhenti meleleh air mata.. Good job , tp kn x de sambungan nye ke ????
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Salam dik,
Good Job! Akak terharu..