Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
AKU lihat Amar cuma bersahaja mendengar bebelan yang keluar dari bibirku. Tiada langsung komen yang terbit walaupun sekadar untuk mengambil hati perempuanku yang sedang membara ini. Geram betul! dia ingat aku gila sangat ke nak bercakap dengan dinding?
" Oii...kau dengar tak Amar? Aku cakap dengan kau ni! Melihat wajahku yang masam mencuka dia terus tersengih sumbing. Kujuihkan bibir sambil segera menyimpan semula Nokia 7610 merah kesayanganku ke dalam poket beg sandang yang kugalas di belakang.
" Kau ni memang kejamlah, langsung tak ada perasaan bila orang kacau kawan kau!Aku mendengus lagi. Namun dia masih tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang manis itu.
" Apa kau nak suruh aku buat? Kau nak aku belasah siapa sedangkan tuan yang menghantar sms itu pun kau tak kenal! Seperti biasa dia mula membuka hujah yang hanya menyakitkan hatiku sahaja.
" Tak delah, bukanlah sampai nak kau pergi belasah si mamat tuu...tapi respectlah sikit kat kawan kau yang tengah pening ni! Aku mula cuba meraih perhatiannya, tapi langsung tiada reaksi seperti yang kuinginkan bahkan dia terus menekup mulutnya menahan ketawa. Namun sejurus melihat riak wajahku yang semakin kelat dia mula mengalah.
" Ok...ok ...i’m so sorry, by the way who do you think can be that guy? Dengan air muka yang dibuat-buat serius, Amar mengajukan soalan sambil mata bundarnya terus hinggap tepat ke dasar mataku. Lembut renungannya itu, kalaulah mata itu bukan kepunyaan teman kamcingku sendiri, tentu aku sudah lama tergoda kerana panahan asmara. Aku cuma menggeleng-gelengkan kepala sambil kakiku menguis-nguis dedaun kering yang terbiar bersepahan.
" Entahlah Amar, aku dah naik pelik dengan mamat nie, masuk yang tadi dah beratus-ratus agaknya sms dia hantar kat aku sejak tiga bulan lepas, aku sendiri dah tak terkira dan letih nak melayannya, yang hairan tuu, banyak pula duit dia topap handset, daripada dia membazir sms kat aku baiklah dia telefon emak bapak dia kat kampung lagi bagus!
Mendengar leteranku ada senyuman lagi yang terukir di wajah macho anak muda itu, aku sendiri tidak menafikan Amar memang menjadi kegilaan ramai gadis. Namun sejak aku kenal dia, tiada seorang pun gadis yang mendampingi lelaki disebelahku ini. Aku sendiri adakalanya tertanya-tanya mengapa anak muda ini terlalu menyembunyikan soal hati lelakinya itu dari kami, macholah kononnya tuu!
Aku mula rapat dengan Amar ketika aku dan dua orang lagi teman baik kami Amyza serta Zahir sama-sama menyertai program jati diri peringkat universiti semasa first sem dulu. Tetapi yang peliknya dalam pada ramai perempuan yang termimpi-mimpikan jejaka berkulit sawo matang ini, aku langsung tidak pernah terfikir ke arah itu, mungkin kami lebih selesa sebagai teman, berkongsi dan menghargai segala kenangan suka duka bersama. Walaupun memang tidak dapat aku nafikan Amar turut memiliki kriteria lelaki idamanku. Lembut, jujur dan taat pada agama. Malah antara kami berempat Amar yang paling sering beralah jika berlaku salah faham.
" Eh, yang kau nie asyik tersengih dari tadi apahal? Ke dah terjangkit sewel mamat ni kat engkau?Bagilah komen sikit. Kau kan lelaki, mestilah faham kerektor lelaki mereng macam nie.
" Oii... sudah! Jangan nak pandai-pandai samakan aku dengan mamat tuu ok! Lagi pun apalah salahnya kalau kau layan je, mungkin dia betul-betul ikhlas minat ngan kau tapi takut nak berterus-terang. Aku menjegilkan mata kepada Amar sebaik saja mendengar pendapatnya itu.
" Eh..aku nie ganas sangat ke sampai si mamat nie takut benar nak dekat ngan aku. Tapi dia tak tahu, aku lebih rela dia muncul depan aku dan curahkan semuanya dari dia buat aku begini! Tertanya-tanya...lebih menyiksakan!
"Menyiksakan? Ada keraguan dari raut wajah Amar. Aku mengangguk-ngangguk lemah. Memang lelaki misteri itu sedikit sebanyak mengganggu emosiku sejak kebelakangan ini.
"Kenapa pulak perlu tersiksa kalau kau sendiri tak ada perasaan pada lelaki misteri tuu, lainlah kalau kau sendiri dah tercrash!Tiba-tiba saja aku tersenyum mendengar kata-kata Amar itu. Adakah aku...?
" Mungkin...jugak...Sengaja aku perlahankan nada suaraku seperti berbisik membalas bicara Amar yang terputus tanpa kesudahan itu..Amar pula ku lihat bagai terpana mendengar jawapanku hingga tak mampu meluahkan kata-katanya...
................................................
DA, bangunlah! Aku dah belikan makanan ni. Jom kita makan sama-sama!" Aku melihat Amyza tersenyum merenung aku yang terlentang keletihan di katil. Seluruh tubuhku sakit-sakit dan kepalaku juga terasa berat. Masuk hari ini sudah tiga hari aku berasa badanku tidak enak, jadi aku aku langsung tidak ke kelas. Mujurlah doktor yang merawatku semalam memberikan aku cuti rehat sehingga hari ini.
" Sibuk si Amar tanya kau, dia kata esok dia akan pulangkan nota Puan Sarah yang dia pinjam tuu! Eh Da, kenapa aku tengok si Amar tuu asyik termenung je sejak dua menjak nie? Dia ada cerita masalah dia kat kau tak? Aku tanya kat Zahir pun dia tak tahu apa-apa! Aku merenung wajah Amyza lantas menggelengkan kepala sambil terus menyuap nasi ke dalam mulutku.
" Tak payah sibuk-sibuklah Za, pandailah kawan kita tuu settlekan problem dia, lagi pun kau bukan tak kenal Amar tuu, susah nak berkongsi masalah, kalau terdesak nanti tahulah dia cari kita. Lagipun, mungkin dia ada problem ngan awek dia je kot. Ringkas aku mengulas dan kulihat Amyza hanya mengangguk-angguk sebagai isyarat memahami kata-kataku.
"Tapi sejak bila si Amar tu ada awek? Tiba-tiba saja Amyza menambah. Aku terus membisu membiarkan persoalan itu tergantung tak berjawab.
" Kau dapat lagi ke sms dari jejaka misteri tu?aku mendongak melepaskan pandangan menjamah wajah Amyza yang gebu, kemudian mengangguk perlahan.
" Ucapan apa pulak hari ini? Amyza menyoal lagi.
" Alah, suruh study dan suruh aku makan ubat! Amyza tersengih sumbing, mendedahkan barisan giginya yang tersusun bersih.
" Bagusnya...tapi macam mana dia tahu kau tak sihat hari ini? Aku menggeleng. Memang aku pelik, adakalanya timbul juga prasangka yang bukan-bukan kalau-kalau ada kamera tersembunyi dalam bilik kami. Kalau betul, memang nak cari nahas mamat tuu!
" Alah, tapi tak hairanlah Da, kalau dah minat apa pun kita sanggup buatkan. Mesti dia pun dah pasang ramai spy. Tapi memang peliklah kan bercinta melalui sms, kau tak takut dipermainkan ke Da? Yelah, dia kenal kau tapi kau tak kenal dia. Memang tak adillah bagi kaukan...
" Aku tak kisah Za, lagi pun aku malas nak paksa-paksa orang, dia pernah beritahu yang dia masih sedang mengumpul kekuatan untuk bersemuka dengan aku... kononnyalah...aku tersengih melihat Amyza yang juga tersenyum sinis. "Biarlah dia ambil masa dia, walaupun kami cuma berkenalan dengan sms tapi aku bagai dapat merasai ada chemistry antara kami. Sambungku lagi.
" Tapi yang jadi soal disini, dia tuu betul-betul ke dengan kau?Amyza menyuarakan kebimbangannya. Aku menggeleng. Memang kini aku sendiri sedang mencari kepastian untuk setiap persoalan itu.
" Tapi tak ada bezanya Za kalau dia serius atau tak dengan aku, kami cuma rapat dalam sms saja, aku tak pernah kenal dia, cuma dia saja yang kenal aku. Jadi aku takkan rugi apa-apa. Perlahan aku memberi penjelasan walaupun terasa janggal dengan perasaan sendiri yang bagai merelakan lelaki itu mempermainkan perasaanku yang selama ini begitu teguh berpegang kepada prinsip hidup. Aku sendiri sedar hakikat itu dan aku takkan sesekali menyalahkan Amyza kerana melarang aku melayan sms misteri itu gusar aku akan dikecewakan kelak. Tetapi jauh di sudut hati ini bagai mengatakan lelaki itu memang benar-benar jujur.
" Tak kisahlah Da macam mana pun, kalau sudah jodoh korang takkan ke mana! Tambah Amyza sambil menepuk-nepuk belakangku setelah melihat aku seperti mati akal.
" Za! kau ingat aku nak kahwin dengan dia ke? PLEASE!! Kami cuma kawan, not more than that! Balasku dengan nada tak puas hati.
" Yelah tuu, KAWAN...kita tengok setakat mana kau boleh pertahankan istilah kau tuu bila korang berdua dah mengenali satu sama lain, orang lain pun berkawan juga tapi taklah seangau kau sekarang! Amyza tersengih mengejekku. Begitu sinis tapi mungkin ada kebenaran dari kata-katanya itu. Memang aku tak mampu untuk menafikan perasaanku yang seringkali bergetar dan melonjak-lonjak setiap kali membaca bait-bait madah yang dikirimkan. Terlalu manis dan indah sekali. Dalam diam-diam aku begitu merindui bicara lelaki misteri yang hanya menggelarkan dirinya Mr. Rama itu, kelakar juga nick namenya, takut juga aku kalau dibuatnya lelaki itu betul-betul keturunan India, memang kantoi! Tapi dalam cinta apa saja tidak mustahil! Tiba-tiba kami dikejutkan dengan ketukan pintu bilik bertalu-talu. Amyza bingkas bangun dan berlalu ke pintu, sebaik saja daun pintu terkuak luas terjengul seorang gadis cina bersama sejambak mawar merah jambu. Dia tersenyum lantas memberikan jambangan itu kepada Amyza yang masih terpinga-pinga dengan kejutan itu.
" Hello!Flower for Ms Dalila Aziz!
"Oh..thanks...Amyza membalas sambil tersenyum manis kepada gadis cina berambut lurus kehitaman itu.
" Eeeee! Cemburunya aku, ini mesti dari mamat cintan tuu. Aku masih terkedu sebaik saja jambangan itu diserahkan kepadaku. Ada kad comel terselit di antara kuntuman ros yang masih segar itu.
" Hope you will feel pink soon, miss u, luv u" – Mr Rama.
Aku tersenyum membaca coretan tersebut. Manisnya...lalu sejurus aku mencium jambangan ros segar di dalam pangkuanku itu dengan hati yang berbunga bahagia.
Aku menghempaskan tubuh ke katil. Satu nafas lega dilepaskan. Aduhh..akhirnya bebas juga aku. "mujur aku boleh buat jugak paper tadi, kalau tidak kes naya" fikirku di dalam hati. Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan semester akhir kami. Tiba-tiba aku terkenangkan sms misteri yang sudah hampir dua minggu tidak ku perolehi, mungkin dia tidak ingin menganggu konsentrasiku ketika hari exam berlangsung.
Aku tersenyum sendiri bila terkenangkan masa yang begitu pantas berlalu, rupanya sudah hampir 6 bulan aku berbalas sms dengan lelaki misteri yang kini kugelar Mr. butterfly itu. Memang sesuai dengan gelarannya yang telah berjaya menceriakan duniaku sejak kehadirannya itu, aku pula yang digelar pinky bagaikan bunga kembang yang sentiasa tersenyum meniti hari yang berlalu. Dalam keasyikan aku terlena dengan khayalan tiba-tiba aku dikejutkan dengan getaran handset yang ada di sebelahku. Hai takkanlah sms dia kot!
Kalaulah benar memang panjang betul umur, baru saja dia kusebut-sebut. Hatiku berkata-kata lantas kucapai handset. < YOU HAVE ONE UNREAD MESSAGE >
Aku membuka sms tersebut dan tiba-tiba jantungku seakan berhenti berdenyut bila dikejutkan dengan sejambak bunga mawar merah.
< Special roses 4 special gal! Hrp bjy dlm exam. Plz pray 4 me 2. I miss u 2 much n sorry kalau I dah siksakan hdp u dgn sms2 I. But I cant help falling in luv wih u, n if u care 2 know me, can v meet? Cukuplah utk sekali. I’m ready!> - Luv, Mr. Butterfly
Tidak sedar lebar senyum yang terukir dibibirku. Akhirnya sms yang aku rindui tiba juga.Tanpa berlengah aku membalas kembali smsnya.
< Tq 4 t’ lovely roses, Wow,thank god at last u got strength 2 meet me. Mata I spt x percaya. But I miss u 2. > - Pinky
Tidak sampai 5 minit, handsetku bergetar lagi, aku tersenyum lebar.
< TQ 4 being such a very special person to me. Believe me. Jika mata x percaya bgmn dgn hati? Just follow ur heart. But I really mean it. Maaf krn slm ini buat awk menunggu n tdk gentleman. But I really hope u can give me a chance..6 bln sdh ckp utk kita mengenali hati budi msg2 >
Entah mengapa ada sebak yang bertamu di dadaku. Mungkin kini aku sendiri sudah tidak mampu membohongi diri sendiri bahawa aku benar-benar sudah jatuh cinta kepada lelaki misteri ini, biarpun tidak pernah mengenali rupanya, tetapi hatinya bagai sudah menyatu dengan hatiku, bagaikan sudah kenal bertahun-tahun rasanya.
Kali ini aku dapat merasakan jantungku berdegup lebih kencang. Sejak petang tadi aku sudah gelisah tidak menentu. Badanku tiba-tiba saja berasa tidak enak. Semakin hampir kakiku melangkah ke kafeteria semakin hebat taufan yang kurasakan di dalam. Aku segera melabuhkan punggungku di satu sudut yang agak tersorok. Yelah, bimbang juga kalau-kalau diintai sesiapa yang mengenaliku. Hatiku resah dan dadaku seperti menunggu masa untuk meletup. Jam sudah menunjukkan tepat 8.55 minit malam. Fikiranku semakin kacau tidak tentu arah. Tiba-tiba handsetku bergetar, seperti hendak tercabut rasanya jantungku kerana terkejut. Aku merenung sekeliling, mujur juga kerana biasanya waktu-waktu begini tak ramai pengunjung yang datang. Aku tersenyum melihat miscall dari Amyza, aku mengalihkan pandanganku di satu sudut kafeteria yang agak tersorok dengan rimbunan pasuan bunga, ku lihat Amyza melambai-lambai kepadaku. Aku membalas. Lega sedikit rasanya melihat dia di situ. Biarlah waktu-waktu bersejarah ini turut disaksikan teman baikku itu. Aku tersenyum sendiri...
Waktu makin berlalu.... tepat jam 9.05 malam. Aku masih menggagahi diri untuk terus menunggu walaupun di dalam hati ingin saja aku berlari balik ke hostel. " Ishhh...mana pulak mamat ni? Ke aku yang dah kena tipu? Tak guna betullah..." Mulutku mengomel sendirian. Hatiku mula sangsi. Rasa menyesal mula menyelinap...
"Assalammualaikum..." Suhu badanku bagai melonjak 100° celsius sebaik sahaja mendengar suara garau yang menyapaku dari belakang.
"Alamak datang jugak akhirnya..!
" bisik hatiku bagai melonjak-lonjak kegembiraan. Akhirnya segala persoalan bakal terjawab. Biar siapapun dia, aku akan terima, biarpun nanti kami terpaksa membiasakan diri bercinta di dunia realiti. Aku tahu...segalanya akan dilalui dengan mudah kerana perasaan cinta itu sudah lama bercambah di hati kami. Pastinya..walau siapa pun dia aku tetap akan terima. Tapi kenapa suara itu bagai pernahku dengar? Terlalu familiar...!
....................................
Memang lucu kalau dikenang-kenangkan peristiwa malam itu. Siapa sangka akhirnya kami telah berjaya mengharungi dugaan dan belajar menyayangi diri masing-masing seadanya. Ternyata, pilihanku tidak silap. Malah keceriaan yang diberi kepadaku begitu membahagiakan. Cinta kami begitu unik. Berbeza. Kami benar-benar terikat dengan perasaan yang akhirnya memberi kebahagiaan di dalam hidup. Inilah anugerah paling bernilai. Takkan ku lupa seluruh hidup ini. Bahkan masih segar terpahat diingatan ini peristiwa ketika kali pertama mengenali lelaki kesayanganku itu.
Dalam suasana yang serba kekok, aku masih sempat berpaling ke arah Amyza yang jugaku lihat pucat bagai terlihat hantu. Jelas, bukan aku saja yang hampir tercabut nyawa. Dia hanya mampu berdiri kaku melihat kami dari jauh. Bayangkan, jika Amyza sudah terkejut begitu, aku apatah lagi. Tidak pernah ku sangka lelaki misteri yang telah mencuri hati ini adalah teman baikku sendiri Izzawir Amar. Dia hanya mampu tersenyum kelat melihat aku yang terkejut separuh gila.
" Maaf Dalila, aku telah hancurkan hati kau. Aku sedar kau sebenarnya impikan lelaki lain dan bukannya lelaki seperti aku!"
" Tapi aku tak boleh menahan hati untuk berdampingan dengan gadis yang menjadi idamanku sejak sekian lama. Da...maafkan aku! Aku bukan pentingkan diri, aku tak bermaksud untuk mempermainkan hati kau, aku benar-benar ikhlas, tapi aku takut untuk berterus-terang! Takut kau enggan terima aku lebih dari seorang teman.
" Amar kelihatan benar-benar resah, dia terus merenungku dengan mata yang berkaca bagai memohon simpati. Perlahan-lahan dicapainya jemariku dan digenggam kuat. Aku pula bagai kehilangan kata-kata untuk diungkapkan. Tiba-tiba setiap kenangan kami kembali berputar diingatan. Kenapa selama ini aku tidak sedar bahawa Mr. Rama adalah Amar. RAMA jika dibaca terbalik akan menjadi AMAR...Ahhh...betapa bodohnya aku!
" Dalila, kau berhak marahkan aku, malah kau juga berhak untuk membenci aku. Aku tahu memang aku keterlaluan.... sorry for everything. I want you to know that I really love you...and I mean it! Perlahan-lahan lelaki itu bangun. Tiba-tiba saja ada sebak yang bertamu di dadaku.
‘Amar! Hanya itu yang mampu terbit dari bibirku. Lidahku bagaikan kelu. Terlalu payah untuk berkata-kata saat itu. Amar pula hanya kaku merenung aku yang masih melekap dikerusi bertentangannya. Aku mendongak melihat wajahnya, lalu lantas mengangguk perlahan-lahan sambil mengukir senyuman tawar, kugagahi juga untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Mendengar bicaraku, ada senyuman yang terukir di wajah manis anak muda itu.
‘ Apa maknanya anggukan itu? Adakah itu maksudnya kau sanggup memberi aku peluang? Aku mengangguk lagi...kami saling berbalas senyuman...
" Mungkin tak susah untuk aku belajar menyayangi kau Amar. Dia tersenyum lagi.
" Tapi aku tak mahu kita teruskan hubungan ini dengan sms lagi...aku dah bosan. Dia tersengih sambil melangkah mendekatiku. Aku pula lebih selesa melarikan wajahku dari panahan tajam renungannya.
" Baiklah...mula dari saat ini takkan ada sms lagi antara kita...terima kasih Dalila... aku terlena lagi di dalam kemanisan bicara dan kehangatan genggaman jemarinya.....
entahle ....rase macam bosan...tpi best plak... but all the best.... len kli jgn are wat cite pasal sms...cam bosan are. bat are cite pasal yg sesedey sket.. k..good luck!!!!
eh2..kisah nie lbh krg ngn sy aje.. hehehe.. yg len nye..sy bkn brmsj..tpi berchatting... and..we hvent meet yet... tpi btul laa..rse cam rindu gler ble x chat ngn dye.. alahai...indanya cinta di alam maya...
BEST CITER NIE...SEPERTI YG AK IMPIKAN SEJAK USIA 16 THN...TP UNTIL NOW...UMR DH 23 KAMI TETAP BKWN BIASA SAJE DAN AK PCY...KAMI HNY D TKDRKN SBGI KWN...BKN SEPERTI JLN CITER CERPEN NIE HUHU
mmg best la....x sngke rupe-rupenye MR RAMA 2 AMAR...gle tol.tpi mmg best la..bile bce.lu punye cerpen nie sme cam wa punye pengalaman...anyway,all the best...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
entahle ....rase macam bosan...tpi best plak...
but all the best....
len kli jgn are wat cite pasal sms...cam bosan are.
bat are cite pasal yg sesedey sket..
k..good luck!!!!