Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sebulan sudah Azman menamatkan pelajarannya dalam bidang bahasa arab di Universiti Mutah Jordan, kini masih lagi menganggur kerana bidang pendidikan yang ingin diceburinya terlalu banyak saingan, sudah dua kali Azman menduduki temuduga untuk menjadi seorang guru namun namanya tidak juga terpilih.
Azman menghabiskan waktu siangnya di rumah dan di malam hari sesekali dia akan ke surau ataupun masjid untuk menyebarkan ilmu yang telah dipelajarinya ketika di bumi ambia’ dahulu. Banyak khazanah ilmu yang diperolehinya dikongsikan bersama dengan masyarakat setempatnya.
"Tut tut..tut tut..".satu mesej tiba-tiba masuk ke dalam telefon bimbit N73 kepunyaan Azman.
"Salam..Azman.. esok PPD Machang ada buat interview untuk memilih cikgu, kalau kau berminat kita gerak sama-sama pagi esok". mesej daripada teman baiknya Razi yang dahulunya juga bersama-sama Azman menunut di Mutah Jordan.
"Wassalam.. Mesti la aku nak pi..kau ambek aku kat rumah esok okey" Azman membalas mesej kepada Razi kembali. .
Setiap kali ada peluang untuk menjadi guru Azman akan mengikutinya dan tidak pernah berputus asa sekalipun sudah beberapa kali memohon dan mengikuti temuduga yang diadakan.
"Ya Allah berikan daku pekerjaan yang halal untukku mencari sesuap rezeki." Doa yang sering Azman pohon dari Tuhan yang Maha Esa setelah selesai menunaikan solat. Kali ini Azman sangat mengharap agar dia terpilih dan berazam untuk membuat yang terbaik pada sesi temuduga esok.
Kebiasaan Razi akan menjemput Azman di rumahnya di Kampung Sireh jajahan Kota Bharu. Ini kerana Azman masih lagi tidak memiliki lesen memandu dan juga tidak memiliki kenderaan sendiri untuk kemana-mana walaupun sebuah motor. Hidupnya ke sana-sini dengan hanya menggunakan pengangkutan awam yang disedian oleh SKMK Sdn Bhd. Azman adalah anak pertama dari dua adik beradik, dia adalah anak kepada seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pencuci pakaian di sebuah kedai dobi berdekatan dengan rumahnya. Walaupun hanya seorang pencuci pakaiandi sebuah kedai dobi, ibunya mampu membiayai kos pengajian ketika Azman menuntut di Jordon dahulu tanpa memohon belas ihsan orang lain.
"Ibu.. esok Azman ada interview di PPD machang". "Interview apa? Nak mintak jadi cikgu lagi ke". Tanya ibu ku. "Ye la ibu.. Azman kan bercita-cita nak jadi cikgu dan Azman tak akan putus asa selagi Azman tak capai cita-cita ni." Jawab Azman dengan semangatnya yang berkoba-koba.
Semangat Azman untuk menjadi seorang pendidik sememangnya amat luar biasa, dia ingin mendidik anak bangsanya agar menjadi orang yang berguna di masa hadapan. Selain itu dia ingin meneruskan perjuangan arwah bapanya yang juga merupakan seorang guru. Bapanya meninggal dunia ketika sedang mengajar di sebuah sekolah rendah. Di takdirkan suatu hari bangunan sekolah tempat bapa mengajar runtuh rentetan dari gegaran yang berlaku di Sumatera Barat 15 tahun yang lalu.
" Pon..pon..". bunyi hon kancil kepunyaan Razi yang menandakan ketibaannya di halaman rumah Azman.
"Woi..apasal lambat nie." tanya Azman yang sudah bengang lama menungku si Razi dihalaman rumahnya.
"Jalan sibuk sikit la..banyak kereta..hahahaha".jawab Razi dengan muka tidak bersalah. "Ye la tu la.." Azman sebenarnya sudah lali dengan perangai Razi yang suka lengah-lengah dan tidak tetapi masa tetapi apakan daya itulah satu-satunya kawan karibnya di Kota Bharu ini.
"Jom kita gerak sekarang". Ujar Azman kepada Razi dengan muka sedikit berang kerana kelewatan Razi telah menyebabkan semangatnya sedikit terbantut.
Mereka bertolak menuju ke jajahan Machang. Azman sentiasa mengharap agar kali ini dia terpilih untuk menjadi seorang guru. Sambil menunggu sampainya ke machang sesekali Azman membelek-belek kesemua sijil-sijil yang perlu di bawanya.
"Alhamdulillah.. semua cukup, mintak-mintaklah kali ini aku terpilih." Azman berkata dengan penuh pengharapan.
"Hurm.. Insyallah kali ini mesti ada rezeki kita tu." Balas Razi yang memandu sambil melihat raut wajah Azman yang kelihatan seperti dipenuhi semangat seorang pejuang.
Razi memandu dengan laju kerana sudah kelewatan. Minyak ditekannya sehabis-habisnnya. Ekzos keretanya memekek di sepanjang jalan. Perodua kancil yang dipandu memecut laju seperti pelisit. Sesekali Razi menguap seperti tanda orang tidak cukup tidur.
"Woi..kau ni tidur ke tidak semalam, aku tengok kau nie asyik menguap jer." Tanya Azman setelah melihat Razi menguap beberapa kali ketika memandu.
"Aku tengok bola la semalam, lepas subuh tadi baru aku lelap kejap." Jawab Razi dengan muka selambernye.
***********************************************
Setelah 15 minit Peradua kancil kepunyaan Razi meluncur laju di perjalanan dengan gaya memandu seperti di litar lumba, mereka melalui di Desa Pahlawan, kawasan yang menempatkan askar-askar darat melayu Malaysia. Hati Azman mula rasa gelisah dan badannya mula seram sejuk kerana memandang si Razi memandu sedemikian.
"Booum!!!!". Satu dentuman berbunyi sebaik saja Razi melalui di sebuah selekoh tajam.
"Razi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!".jerit Azman.
Kereta kancil yang dipandu Razi tiba-tiba hilang kawalan akibat tayar hadapannya meletup dan bekecai serta-merta. Kereta yang mereka naiki terpelanting dan bergulingan beberapa kali sebelum keretanya terjunam kedalam lembah ladang sawit lalu merempuh sepohon sawit di kawasan pulai chondong berhampiran bandar Machang.
"Ya Allah selamatkan diri ku ini…Allah.. Allah". Suara Azman memohon pertolongan. "Razi!!!! Bangun Razi!!!!." Azman melaung memanggil Razi beberapa kali yang senyap dilumuri darah, namun panggilannya tidak bersahut. Azman tidak dapat menahan kesakitan yang dialami lalu dilelapkan matanya.
Beberapa orang kampung dan pengguna jalan raya yang menyaksikan tragedi ngeri itu bergegas turun ketempat kejadian untuk memberi pertolongan. Namun mereka hanya dapat melihat darah yang keluar mengalir dari kereta kancil yang remuk ibarat dilibas oleh halilintar. Mereka terpaksa menunggu ketibaan pasukan penyelamat bomba untuk membantu.
Keretanya terpaksa dikopak dan digergaji. Usaha menyelamatkan Razi dan Azman mengambil masa selama setengah jam. Akhirnya mereka berjaya dikeluarkan dari gumpalan besi kereta yang remuk itu. Mereka di bawa terus ke Hospital USM Kubang Kerian lantas di masukkan ke ruang ICU.
******************************************** "Ring..ring..ring..ring.." bunyi telefon yang memekik diruang tamu rumah Azman..
"Assalamualaikum, ini rumah Azman Bin Ahmad." tanya seorang lelaki dipanggilan. "Waalaikumsalam, ya, ini ibu Azman yang bercakap." Jawab ibunya yang menyahut panggilan telefon yang berbunyi sebaik sahaja 2jam keberangkatan Azman ke Machang.
"Saya harap makcik bersabar, Azman terlibat dalam satu kemalangan dan kini berada di wad ICU Hospital USM Kubang Kerian, saya harap ibu dapat segera kesana." Ujar lelaki di panggilan itu.
Panggilan sebentar tadi diputuskan ibu Azman tanpa sebarang jawapan. Ibunya senyap dan kaku lalu terhumban jatuh ke lantai kayu rumahnya.
"Dooum!!!!." Bunyi jatuhnya ibu Azman akibat terkejut dengan berita yang di terima itu.
"Ibu!!!!!!!...kenapa ni ibu…ibu!!!!!!!!!." Teriak adik kepada Azman iaitu Aliya yang keluar dari biliknya sebaik saja mendengar bunyi sesuatu jatuh. Di pangku ibunya diatas riba sambil menggoyangkan badan ibunya supaya bangun, namun ibunya senyap membisu dan mukanya biru kepucatan.
Lantas dengan segera Aliya menelefon ambulan datang ke rumahnya lalu dibawa dengan pantas ke Hospital yang sama dengan Azman.
************************************************** Setelah beberapa hari Azman terlantar koma akibat pendarahan di otaknya, akhirnya dia sedarkan diri juga. Dilihat adiknya Aliya serta saudara-mara mengelilingi katil pembaringannya. Namun tidak kelihatan wajah ibunya disitu.
"Aliya!..Mana ibu?." Azman bertanya dengan penuh dengan tanda tanya. "Macam mana keadaan Razi?." Tanyanya lagi..
Bergenang air mata Aliya mengalir dipipinya sebagai jawapan kepada pertanyaan abangnya tadi.
"ibu dah pergi…" jawap Aliya dengan bercucuran air matanya mengalir menggambarkan rasa sebak dihati.
" Razi pun dah pergi…" jawab Aliya lagi lalu memeluk abangnya yang masih terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan. Lantas mengalir air mata dipipi Azman yang kaku membisu dengan seribu tanda persoalan.
Razi meninggal dunia setibanya di Hospita dan selepas di bedah siasat dia mengalami patas tulang belakang yang kritikal dan berlaku keretakan di kepala. Manakala ibunya diserang sakit jantung lalu menghembuskan nafas terakhirnya sejurus mendapat panggilan oleh seorang lelaki yang memberi tahu tentang kemalangan yang melibatkan anaknya Azman.
********************************* Sebulan Azman terlantar dirumah setelah tragedi itu berlaku. Berbekalkan wang peninggalan ibunya, Azman dan Aliya meneruskan hidup selama sebulan. Walaupun tragedi yang berlaku keatas dirinya itu adalah suatu peristiwa yang pahit, namun semangat untuk menjadi seorang guru tetap tersemat dihatinya. Azman ingin meneruskan hajat sahabatnya Razi dan penyempurnakan impian ibunya untuk menjadi seorang guru mendidik anak bangsa menjadi warga yang berguna.
"Aliya..esok pagi abang nak ke PPD Pasir Puteh, abang ada temuduga untuk menjadi guru kat sana". Warwar Azman kepada adiknya yang asyik mengulangkaji pelajaran.
"Aliya berdoa agar abang terpilih dan mencapai impian abang tu." Aliya memberi semangat kepada abangnya untuk terus berusa.
"Amin..moga-moga Allah memakbulkan doa Aliya kepada abang." Balas Azman sambil tersenyum melihat satu-satunya adik yang menjadi teman untuk meneruskan hidupnya.
Keesokkan paginya, buat kali pertama Azman melangkahkan kakinya keluar dari halaman rumah untuk menruskan perjuangan setelah selama sebulan dia terpenjara di rumahnya sendiri. Setiap langkah yang di gerakkannya tidak lepas dengan ber’zikrullah’. Memuji kebesaran Allah dan memohon agar dimudahkan pintu rezekinya.
"Subahanallah." "Alhamdulillah." "Allahu Akbar."
"Ya Allah..Jika selama ini aku belajar agama ikhlas keranaMu..Maka hari ini aku pohon kepadaMu agar dipermudahkan segala urusan duniaku…Ameen Ya Rabbal Alamin."
**********************************
Setelah seminggu Azman menduduki temuduga, siang malam dia berdoa, pagi dan petang dia bermunajat kepada Tuhannya. Maka hari ini, Allah telah menerima doanya dan menyampai sebuah berita gembira kepada hambaNya melalui sepucuk surat yang mengatakan bahawa Azman Bin Ahmad diterima dan diperlukan untuk mengajar serta mendidik anak bangsanya di Sekolah Menengah Agama Badang sebagai seorang guru dan anda diminta melapor diri pada minggu hadapan.
"Alhamdulillah." Azman memuji tuhannya lalu menyembah sujud kesyukuran kepada illahi.
Segala peristiwa yang menimpa keatas Azman akan dijadikan dorongan untuk dia terus hidup sebagai hamba yang bertaqwa dan beriman diatas ketentuan yang ditetapkan oleh Allah Subahanahuwataalaa. Apa yang berlaku itu adalah takdirnya(ketentuan).
****************************************
Karya ke2 sufieteam selepasa "cincin untuk aisyah"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
not bad la..