Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sudah 3 hari aku pulang lewat dari pejabat. Maklumlah lagi dua minggu akan diadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah. Berhempas pulas aku menyiapkan laporan mesyuarat. Tugas utama aku adalah untuk mengumpulkan laporan daripada jabatan-jabatan yang berbeza dan dibukukan menjadi sebuah laporan yang lengkap. Menunggu untuk menerima laporan dari ketua jabatan masing-masing itu yang paling mencabar. Kerana masing-masing akan merasa tertekan, dengan itu cepat sahaja melatahnya apabila sering di tanya status laporan. Yang paling memeningkan aku adalah untuk memastikan setiap susunan laporan adalah sepertimana yang terdapat dalam notis mesyuarat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Syarikat. Kalau sudah melihat lebih dari sepuluh laporan, mahu berpinar mata dibuatnya.
Yang paling menjengkilkan aku, entah kenapa, Kak Aida kata hari ini dia tidak dapat balik lewat bersama aku. Ada hal, katanya. Aku diam sahaja. Ada hati pulak dia bertanya, boleh atau tidak, aku balik lewat hari ini. Menurut katanya, slide presentation untuk mesyuarat lembaga pengarah mesti disiapkan malam ini juga supaya Encik Yahaya dapat melihat dan memberi komen jika ada. "Kak Aida dah janji dengan Encik Yahaya esok pagi, pukul 8," katanya.
Dalam hati, aku merungut sendiri. Sudahlah dia berjanji dengan Encik Yahaya hendak tunjukkan slide presentation pada pukul 8 pagi, aku pula kena buat seorang diri. Ini sudah melampau!
Bila Kak Aida bertanya lagi, aku anggukkan sahaja kepala sambil lewa. Yalah! Boleh ke kalau aku nak jawab "Tak boleh."
Dalam aku terfikir-fikir nak minta siapa menemankan aku pada malam ini, aku teringatkan Kak Zah. Pantas aku bangun menuju ke mejanya.
"Kak Zah, balik pukul berapa?" tanyaku dengan penuh harapan. Janganlah pula aku terpaksa duduk dekat pejabat seorang diri – tak nak aku! Tetapi mana boleh aku tinggalkan kerja aku macam itu sahaja. Itu bukan sikap aku.
"Kak Zah balik cepatlah hari ni, Ra. Kak Zah balik naik bas." jawab Kak Zah. Aku mengeluh. Kesal juga hati aku ini. Yalah, Kak Zah kalau aku balik awal, mahu pulak dia menumpang kereta aku. Sampai di depan rumah aku hantarkan. Tetapi kalau aku balik lewat, taklah pulak dia mahu menemankan aku. Dia tidak terfikirkah yang aku nak dia tolong temankan aku? Atau sengaja buat-buat tidak faham.
Dengan hampa, aku balik ke meja aku. Tangan aku pantas menyambung semula kerja yang terbantut tadi. Seorang demi seorang rakan sepejabat aku balik meninggalkan pejabat. Aku mula cemas sedikit demi sedikit. Ada juga terasa macam nak tinggalkan sahaja kerja yang baru siap separuh ini.
"Ish, jangan Ra, tak baik." aku cuba memujuk diri aku sendiri. Aku sambung menaip. Sedang aku tunduk leka membuat slide presentation menggunakan powerpoint, tiba-tiba telinga aku menangkap suatu bunyi yang meremangkan bulu roma. Bunyi seolah-olah kuku jari yang panjang lagi runcing digeselkan ke permukaan kaca. Nyaring dan ngilu bunyinya. Tiba-tiba bulu romaku berdiri, terasa sejuk di belakang tengkuk. Jantung aku berdebar-debar.
Aku mengangkat kepala daripada melihat monitor komputer. Berkedut dahi aku. "ALLAH, apa aku nak buat ni?" fikirku cemas. Aku jeling jam di komputer. Tepat pukul 7.00 malam.
Namun aku lega apabila bunyi itu berhenti secara mengejut. Aku terfikir-fikir sendiri. Teruskan atau kemas barang? Cabut! Tetapi kalau aku balik, aku yakin keesokkan harinya aku pasti akan rasa menyesal. Aku gagahkan hati. Aku teruskan juga menyambung kerja yang terhenti tadi.
Hampir satu jam, slide presentation siap sepenuhnya. Aku membuat arahan untuk mencetak handout satu salinan slide presentation tersebut. Alamak, baru aku teringat, mesin fotokopi yang digunakan sebagai mesin pencetak ada di dalam bilik pentadbiran. Gamaknya, aku terpaksa masuk ke bilik pentadbiran yang sudah kosong itu.
Aku memberanikan diri, segera aku berlari ke mesin fotokopi yang besar tersergam di sudut bilik pentadbiran. Sunyi semacam. Maklumlah hari sudah malam. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Satu salinan handout slide presentation yang dibuat tadi hampir habis dicetak. Pada fikiranku lagi dua salinan, aku cuma perlu buat salinan fotokopi. Sedang aku berdiri mengadap mesin fotokopi, tiba-tiba hidungku terbau haruman wangi bunga melur. Serentak dengan itu aku terasa seperti ada desiran angin yang berlalu di belakang aku. Desiran angin berlalu dengan pantas.
Kemudian aku terdengar seolah-olah ada suara berbisik di ruang luar. Ruang di depan yang memisahkan jabatan sekretariat dan jabatan pentadbiran. Terdapat sebuah meja bulat disitu untuk perbincangan kecil.Tidak silap pada pendengaran aku, terdengar suara perempuan.
Tegak berdiri bulu romaku. Seram sejuk satu badan. Peluh mula menitik di dahi. Cepat-cepat tangan aku menarik keluar handout slide presentation yang telah habis dicetak. Niat untuk membuat dua salinan fotokopi terbantut. Aku berlari keluar. Tiba-tiba aku teringat. Alamak! Aku terlupa nak tutup suis mesin fotokopi dan lampu bilik pentadbiran. Berbekalkan kalimah bismilah, aku masuk kembali ke bilik pentadbiran. Cepat aku memadamkan suis mesin fotokopi dan memetik suis lampu. Macam lipas kudung jugalah aku berlari ke bilikku semula, jabatan sekretariat.
Aku termenung. Macam mana aku nak buat, tergaru-garu aku kepala yang tidak gatal. Hendak susun handout sekarang atau nak tunggu esok sahaja? Tetapi bila aku kenangkan ada lagi dua salinan handout belum siap dan takut tidak sempat hendak membuatnya, aku ambil keputusan untuk menyusun handout tersebut malam ini juga. Lagipun pada fikiran aku, satu handout mesti tak lama nak aku siapkan. Inilah yang dikatakan makan gaji, esok lusa kalau ada penilaian prestasi jangan lupakan aku sudahlah.
Sedang tekun aku menyusun, aku terdengar lagi bunyi seolah-olah kuku jari yang tajam sedang digesel ke permukaan kaca. Sekali lagi badan aku terasa seram sejuk. Bulu tengkuk aku berdiri. Aku mengucap berkali-kali. Aku gagahkan hati untuk habiskan menyusun handout yang aku cetak tadi.
Tiba – tiba aku terdengar seolah-olah ada orang membaling buku ke atas lantai. Berkali-kali. Aku membatukan diri dan cuba mengesan dari arah mana datangnya bunyi hempasan tersebut. Ermm, dari arah bilik jabatan pentadbiran. Jantung aku mula berdebar semula. Pantas aku menutup suis komputer dan mencapai tas tangan.
Tergesa- gesa aku berlari ke arah pintu utama, terkial-kial aku memasukkan kad akses dan menekan nombor pekerja. Sebelum melangkah keluar, aku jeling ke belakang. Aku rasa macam aku ternampak kelibat seorang wanita berbaju putih. Apa lagi, terus aku membuka langkah seribu. Tidak mahu berlama lagi aku di situ.
Dengan hati yang masih berdebar, aku menekan punat lif untuk turun ke bawah. Apabila pintu terbuka, aku terkocoh-kocoh masuk, terus menekan nombor 1. Apabila lampu lif berhenti di tingkat 1, debaran di hati bertambah kencang. Kerana pintu tidak mahu terbuka. Puaslah aku menekan punat untuk membuka pintu. Gagal. Aku sudah mahu menangis. Tiba-tiba aku perasan, nombor tingkat 3 menyala dan lif bergerak semula ke atas. Ahh! Sudah? Berkerut dahi aku.
Sampai di aras 3, pintu lif terbuka. Aku melopong. Tapi aku tahu tiada siapa akan masuk sebab akulah orang yang terakhir yang keluar dari pejabat. Cepat-cepat aku cuba menutup pintu semula. Mulut aku kumat-kamit membaca apa sahaja kalimah yang teringat di kepala ketika itu.
Pintu tertutup dan lif bergerak semula ke tingkat 1. Malangnya, apabila pintu terbuka, lif tidak turun sepenuhnya. Hampir suku bahagian lif tergantung dari aras lantai. Aku terkedu. Tidak boleh jadi ni, hendak atau tidak, aku terpaksa melompat keluar.
Kaki ku terseliuh sedikit apabila aku jatuh di atas lantai. Dengan linangan airmata aku berlari turun ke tempat letak kereta dan menuju ke arah kereta aku. Sedang aku terkial-terkial mencari kunci kereta, aku rasa seolah-olah ada orang sedang merenung aku. Aku toleh ke belakang. Aku terkejut. Aku terlihat seorang wanita berkebaya putih sedang memerhatikan aku.
Macam nak gila aku lari, tekan punat kunci membuka pintu kereta. Masuk, hidupkan enjin dan terus memandu keluar. Mulut aku kumat-kamit membaca apa sahaja ayat-ayat Al-Quran yang teringat di kepala.
Jalanraya agak lengang. Maklumlah sudah pukul 10.00 malam. Sambil aku memecut laju kereta aku, aku mengelap sisa airmata. Entah dari mana kelibat seorang wanita berkebaya putih melintas di hadapan kereta. Pantas aku menekan brek sehingga berbunyi nyaring.
Pandangan aku menjadi gelap.
Apabila aku membuka mata, kepala aku terasa berat. Sakit. Aku meraba dahiku. Berbalut tebal. Alhamdulilah aku selamat. Aku lihat ibu sedang lena tidur di sofa berdekatan. Aku pandang sekeliling bilik yang samar-samar. Di wad hospital rupanya aku. Aku bersyukur sangat. Aku selamat. Namun aku berharap aku tidak akan mengalami lagi kejadian itu lagi.
salam sri hardiya.. gud idea.. mmg akn nmpk t'gntung la kn..??? mane nk tau org @ antu,rite..?? tp kalo nk cntinue leh je 2.. keep up a gud work..!! niya1501@yahoo.com
ahah....tol 2 seram siot....terangkat bulu rome den nie.... emm kalo pjg kat ckit lg bes... mst ar tau antu sbnrye knape dan die nak ape? at all mmg best.....
terima kasih banyak banyak pada yang sudi komen. saya ada cuba buat Gadis Kebaya Putih 2 tapi saya lihat cerpen saya itu hanya ada cuma 2 hari mungkin tidak bagus sebab itu pihak editor blog penulisan keluarkan "link" Gadis Kebaya Putih 2 tersebut (sebab kawan-kawan saya cuba mencarinya tetapi tidak jumpa)..hukh..sedihnya saya :(
wawawa...even citer ni pendek...tp mmg dapat wat ak seram weh...skejap je rase seram tu datang....mungkin sbb bak kata penulis ilham dari kisah benar so pengolahan mmg menjadi ar...padahal ade citer len byk provok pembaca supaya rase keseramannya tp x seram2 pun...huhu...citer ni pun x de klise spt jerit2....( mcm dlm sesetengah citer konon nk wat seram )....tp rase keseramannya tetap ade...gud job writer...
bagus.. sekali sekala citew hantu. seronok jugak. tak ada la asyik citew cintan cintun ye dak? bagus teruskan usaha. ada ke sambungannya.. nak tahu jugak sape gadis kebaya putih tu. dia mati kat office tu ke pew ke. tak sabar nak tahu sambungan cerpen selanjutnya... tahniah.
WOW!! citer yang membuatkan jantungku berdegup2.. YA ALLAH memang suspense lah citer nie.. seram sejuk gak den.. jalan citer yang baik, nasib baik mimpi, kalo betol2, x sanggup den nak baca nyer.. GABRA seminggu.. boleh DEMAM TERKEJUT tau.. he3.. k don't worry lah, citer korang walaupun suspense tapi tetap NUMBER 1..
awak kata ni citer BENAR??????bia benar....huh,tabik spring la kt awak sgup berkorban hadapi keadaan mcm 2 kerana KERJA. hmm tgk dr gaya citer nie, mcm keje gov jer,huhuuuu sy pn senasib la jugak mcm awak,cuma xpnh lg tinggal sensorang kt opis smp mlm dan syukurla xpnh jd kejadian cmtu. Apepn tahniah tuk writwr n success alwiz...contohi la pekerja yg mcm nie,jgn suke lepas tangan dan lupakn kawan.
menyeramkan jugak la walaupun tak tulis mata tersembul ke,hantu tak de kaki ke, nasib eden baca waktu petang nie,kalau tidak mau berdiri bulu ketiak eden ha ha ha...,buat penulis tahniah kerana berjaya membuatkan pembacamya tak senang duduk,n berasa diperhatikan bila membaca...xla acah jee...............
bagus dan menarik juga seru , rinci dan jelas namun kayaknya belum selesai ya, karena endingnya menggantung,sy tunggu ya lanjutanta (kalo ada) trims atas karyanya, saya merupakan salah satu penggemar cerpen melayu, success untuk anda, by your fans at bali indonesia
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tahkut...