Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aina memandang ke luar. Sakit hatinya mengenangkan sikap Amsyar padanya. Bagi Aina cintanya bukan mainan. Sekali dia cinta, selamanya dia mencintai tapi sekali dia disakiti, dia takkan pernah memaafkan. Itu prinsip cinta Aina.
* * * * * * * * * * * * * * * * *
Alunan lagu Bubbly dari handphonenya membuatkan Aina tersenyum lebar. Telah disetkan lagu itu untuk satu-satunya org yg dicintai. Tapi tidak pula diangkat malah hanya ditenung handphonenya i2.
"Apalah akak ni,,handphone bunyi boleh pula dia senyum je. Angkat la. Anur nak tidur ni." Aina malas mahu melayan adiknya lantas mencapai handphonenya dan terus menuju ke ruang tamu. Aina yakin yang sekejap lagi si dia akan menghubunginya semula. Tepat kata hatinya.
"Assalamualaikum."
"Wa’alaikumussalam."lembut Aina menjawab.
"Sayang buat apa ni?tak tidur lagi?"beralun hati Aina mendengar panggilan istimewa yang diucapkan.
"Lama Am tak call Aina. Sibuk sangat ke?" ingin rasanya Aina menyatakan rindunya pada Amsyar tetapi dia malu. Terdengar ketawa kecil di hujung talian.
"Aina rindukan Am ke?"Merona merah wajah Aina mendgr pertanyaan Amsyar. ‘Dia ni mcm tau-tau je aku rindukan dia..’bisik hati Aina.
"Taklah. Aina cuma hairan je kenapa Am lama tak call."
"Tak payahlah Aina nak bohong dengan Am. Aina bukan pembohong yang baik." Kuat Amsyar ketawa. Aina mengetap bibir. Malu.
"Apalah Am ni. Mana ada Aina rindukan Am. Perasan je lah Am ni."
"Betul ni?"Amsyar seperti mahu menduga.
"Err…betullah."sedikit gugup Aina menjawab.
"Apa salahnya kalau Aina rindukan Am sebab Am pun rindukan Aina." Lebar senyuman Aina mendengar ucapan rindu dari yang tersayang.
"Esok kita lunch sama ek. Lama tak jmpa Aina. Kita jumpa kat tempat biasa."
"Erm…Am dapat tak jemput Aina kat ofis?Kereta Aina rosak. Lecehlah nak naik bas. Dah la panas."Aina sengaja menduga Amsyar. Dia tahu yang Amsyar takkan setuju.
"Syg, bukan Am tak nak jemput Aina tapi apa kata kawan-kawan Aina kalau mrk nmpk Am keluar dengan Aina. Belum sampai masanya mereka tahu pasal kita. Aina fahamkan,"pujuk Amsyar lembut.
Sengal hati Aina mendengar pujukan Amsyar. Bukan sekali dua begitu. Malah setiap kali mahu berjumpa dengannya mesti secara sembunyi-sembunyi. ‘Kenapa pula nak kisah apa kata kawan-kawan aku. Bukannya mereka nak marah pun kalau tahu aku bercinta dengan Am. Mesti dia takut Fariha nampak ni. ’bisik Aina dalam hati. Fariha adalah teman sepejabat Aina dan Fariha mempunyai housemate yang kata Amsyar teman tapi mesranya, Raudah. Aina ingin sangat mengenali teman tapi mesra Amsyar itu. Dia amat cemburukan gadis itu kerana Amsyar selalu menyebut namanya. Raudah itu, Raudah ini. Amsyar tidak pernah sedar yang pujiannya itu menyakiti hati Aina. Tapi Aina sedar yang Raudah lebih dahulu mengenali Amsyar. Dia tak sepatutnya melahirkan rasa tak puas hatinya kerana Amsyar berhak memilih antara dia atau Raudah.
"Kenapa sayang diam ni?Marahkan Am ke?" tersentak Aina mendengar suara Am. Lupa dia seketika yang Am masih di talian.
"Tak de lah. Kenapa pula Aina nak marahkan Am. Aina tak kisah kalau Am tak jemput, lagipun Aina dah biasa begitu. Ok lah Am. Aina nak tidur dulu. Assalamualaikum." Tanpa menunggu jawapan dari Amsyar, Aina memutuskan talian. Hilang mood Aina untuk terus berbual dgn Amsyar sedangkan sarat rindunya untuk lelaki itu. Handphonenya berbunyi lagi tapi kali ini dibiarkannya.
"Tak pe lah fiq. I da janji ngan kawan. Apapun, thanks for asking ek."
"Owh,,tak pe lah Aina. Maybe next time. See U," ucap Syafiq dan berlalu.
Aina tiba di tempat yg dijanjikan Amsyar semalam tapi dia tak nmpk pun kelibat Amsyar. Aina melihat jam 1.20 tengahari. ‘takkan aku yang naik bas smpi dulu kot,’bisik hati Aina. Aina duduk di satu sudut restoran dan memesan segelas jus oren. Jus oren sdh hampir setengah diteguknya tapi Amsyar masih belum tiba. Handphonenya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.
‘Syg, Am minta maaf coz x dapat lunch dgn Aina. Raudah call Am. Dia ada masalah kat tempat kerja. Am minta maaf sgt2 ek.’
Perlahan Aina melepaskan keluhan hampa. Dia hairan kenapa Amsyar tak pernah merahsiakan apa-apa mengenai Raudah dan dirinya daripada Aina. Dia tau itu tandanya yang Amsyar jujur tetapi takkah dia sedar yang nama Raudah itu selalu membuatkannya sedih. Dibalas juga pesanan dari Amsyar.
‘x pe la. Lagipun Aina pun x dapat keluar. Byk kerja yg Aina nak siapkan.’
‘Baguslah. Am ingatkan yg Aina tgh tggu Am tadi.k, take care syg. Mlm nnt Am call.’
Aina membayar pesanannya dan terus meninggalkan restoran dengan perasaan sebal mengenangkan sikap Amsyar.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * Setiba di ofis, Aina melemparkan tas tangannya di atas meja dan terus menuju ke ruang rehat pejabat. Dia membasuh muka yang dirasakan melekit. Rasa marah masih berbekas dalam hatinya. "Sampai hati Amsyar buat aku begini," keluh Aina perlahan.
"Siapa Amsyar?"suara itu benar-benar membuatkannya tersentak. Perlahan dia menoleh. Syafiq! Aina buat-buat tak kisah dengan soalan Syafiq tadi. ‘Dari manalah mamat ni?.’ Dia pantas mengambil tisu dan mengelap mukanya.
"Siapa Amsyar?"ulang Syafiq sekali lagi. Ada nada cemburu pada suaranya.
"tak de siapa2 la."jawab Aina ringkas.
"I yakin dgn apa yg I dgr Aina."
"Bila I kata tak de 2,,thats mean nothing!" Aina mendengus kasar dan terus keluar dari bilik rehat menuju ke mejanya.
Terkedu Syafiq mendengar jawapan kasar dari Aina. Selama ini, biarpun marah, Aina tak pernah sekasar itu dengannya. Namun dia takkan ambil hati ngan Aina kerana dia tau ada sesuatu yang betul-betul menganggu fikiran sahabatnya itu.
* * * * * * * * * * * * *
Malam itu Aina menghubungi Syafiq. Dia kesal kerana bersikap kurang elok dengan sahabatnya siang tadi. Dia tau dia tak sepatutnya menengking Syafiq begitu tetapi perasaannya menguasai fikiran.
"Assalamualaikum Fiq."
"Wa’alaikumussalam Aina. Ok da?"pertanyaan dari Syafiq membuatkan Aina terasa seperti ingin menangis.
"I nak minta maaf pasal siang tadi. I tak bermaksud nak buat begitu tapi tak tau lah. Fikiran I betul-betul terganggu."
"I juga nak minta maaf pada U. I tahu yang I tak sepatutnya masuk campur dalam urusan U."Perlahan Aina mengeluh mendengar ucapan Syafiq.
"I teringin nak kongsi masalah I ni dengan U tapi belum masanya lagi. Terlalu berat rasanya I nak tanggung seorang diri. I pun tak tau apa yg I patut buat."Sebak dadanya mengucapkan kata2 itu namun ditahan agar tak terdengar di pendengaran Syafiq. Airmatanya gugur tanpa dipinta.
"Shhh Aina…jangan menangis ek. Kalau U ada masalah, datang pada I. I sentiasa ada untuk U. Bila2 masa je, I tak kisah. I tak nak U sedih macam ni. I want the old u. Yang sentiasa riang dan ceria. Diri U yang sentiasa buatkan hari-hari I penuh makna." Makin deras airmata Aina mengalir mendengar kata2 Syafiq. Teringat kembali ketika Syafiq pernah melamarnya untuk menjadi kekasih hatinya.
"I nak tanya sikit, boleh tak?"
"Kalau sikit I tak kisah."Aina menjawab sekadar bergurau sambil menjeling Syafiq disebelahnya. Namun melihatkan wajah serius Syafiq mematikan hasrat Aina untuk terus bergurau.
"Maafkan I. U nak tanya apa?InsyaAllah,kalau I dapat jawab, I jawab."Aina perasan mata Syafiq tak lepas dari memandangnya.
"Apa ciri-ciri lelaki pilihan U?" Tersentak Aina dgn pertanyaan Syafiq yg tiba2.
"Kenapa tanya?" Melihat senyum dibibir Syafiq, Aina turut tersenyum.
"Saja nak tau. Mana la tau ciri-ciri tu ada pada I."Syafiq ketawa kecil.
Aina tersenyum. Dia memandang lelaki dihadapannya.
"Tak perlulah U tau. Biar I sorang je tau." Berkerut dahi Syafiq memandang Aina.
"Kenapa?Susahlah lelaki-lelaki kat luar tu nak dekat ngan U." Berkerut dahi Syafiq.
"Tak pe lah. I tak nak mereka ubah diri mereka semata-mata nak jadi pendamping dalam hidup I. "
"Beritahu I je lah. Boleh kan?"
Lama Aina merenung wajah Syafiq sebelum menjawab, "I nakkan lelaki yang boleh I jadikan sebagai sandaran hidup I. I tak harapkan kesempurnaan. Asalkan dia boleh jaga dan terima I seadanya, itu sudah memadai."
"Kalau mcm tu, tak payahlah U cari-cari lagi. Yang kat depan U ni sedia jaga U," jawab Syafiq sambil mendabik dada. Ketawa Aina melihat telatahnya.
"Ada-ada je lah Fiq ni."
"Betul Aina."serius suara Syafiq membuatkan Aina berpaling. Mencari benar disebalik kata-kata Syafiq.
"Fiq…"
"Aina, I serius cintakan U sepenuh hati I. Sepanjang mengenali U, I tak pernah rasa segembira ini. Kehadiran U membuatkan hidup I terasa lebih bermakna,"tulus suara Syafiq menyakinkannya tapi dia tak mampu membalas cinta Syafiq kerana hatinya milik seseorang.
"Fiq,,maafkan I. I selesa jika kita kekal begini. Hanya sebagai sahabat. I rasa itu yang terbaik."Aina terdengar keluhan hampa dari Syafiq.
"Apapun,lebih baik dari tak mencubakan. I harap luahan I tadi tak membuatkan hubungan kita renggang."Syafiq tersenyum memandang Aina. Aina membalas senyumannya dengan anggukan kecil.
"Hello, Aina, are u still on the line.?" Suara Syafiq membuatkannya kembali ke alam nyata.
"Ya..ya..i’m still here. I minta maaf skali lagi Fiq. U are such a good man."
"But I’m still not good enough 4 u kan. Siapa pun Amsyar, that u mention before,,Fiq harap dia akan jaga U dengan baik."Aina terkedu mendengar ayat pertama yang keluar dari mulut Fiq. Aina tak mampu bersuara lagi. Dia terus memutuskan talian.
‘Maafkan Aina, Fiq...’
* * * * * * * * * * * * * *
Sebulan tanpa berita dari Amsyar benar-benar buat Aina penasaran. Berkali-kali dia cuba menghubungi Amsyar tetapi tidak dijawab. Staf pejabat Amsyar mengatakan yang dia sedang bercuti. Aina hairan kenapa Amsyar tidak memaklumkan padanya. Ketukan kecil di mejanya membuatkan ingatannya pada Amsyar hilang seketika.
"Jauh berangan. Dah sampai mana?"tersenyum Syafiq memandangnya. Aina mengakui Syafiq memang kacak. Aina pun hairan kenapa dia tak jatuh cinta dengan Syafiq.
"Hello. Ada yang kurang ke kat muka I sampai U tenung muka I macam tu?"ucap Syafiq tersenyum sambil melambai-lambaikan tangannya di depan Aina. Aina termalu sendiri.
"Ada apa U cari I ni?nak ajak keluar, lunch ada 3 jam lagi."ucap Aina menutup malu.
Syafiq ketawa melihat tingkah Aina yang seperti tak tentu arah itu. "Sejak bila jadi pelupa ni?kan tadi I ajak U pergi melawat Fariha kat rumah. Dia kan sakit."Perlahan Aina menepuk dahinya. Melawat Fariha bukanlah niat sebenar Aina. Dia cuma mahu mengenali Raudah, teman Amsyar yang juga teman serumah Fariha. Aina merasakan inilah peluang terbaiknya.
"Pergi sekarang ke?"Syafiq mengangguk. Aina mencapai tas tangannya dan mengekori Syafiq dari belakang.
* * * * * * * * * * * * *
"Assalamualaikum."Laung Syafiq.
"Wa’alaikumussalam."Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 50an menjenguk dari muka pintu. Mungkin sekali ibu Fariha.
"Kami kawan sepejabat Fariha. Dgr kata dia kurang sihat jadi kami datang ni nak melawat dia."Aina hanya mengangguk.
Wanita itu membukakan pintu pagar dan menjemput Syafiq dan Aina masuk. Fariha yang terdengar seperti ada tetamu keluar dari bilik untuk melihat. Terkejut dia dgn kehadiran rakan-rakannya itu.
"Apa khabar?"soal Syafiq sambil menghulurkan sebakul buah-buahan kepada Fariha.
"Buat susah je korang datang. Mcm ni la Fiq, Aina. Aku rasa mcm hantu bungkus pula pakai tebal2 mcm ni. Sejuk semacam je aku rasa," Fariha tertawa kecil. Aina dan Syafiq ikut tertawa dengan lelucon Fariha.
Aina membiarkan Fariha dan Syafiq berbual sambil matanya melihat sekeliling ruang tamu rumah itu. Matanya tertancap pada 3 frame gambar yang terletak kemas diatas rak buku. Dia pasti perempuan dalam gambar itulah Raudah. Lemah rasa badannya melihat gambar Amsyar berpeluk mesra dengan si gadis. ‘Seksinya. Patutlah Am suka.’ Sakit hatinya melihat gambar-gambar itu. Terasa seperti mahu saja dihumban ke dalam tong sampah.
"Aina,"Aina menoleh mendgr panggilan Syafiq.
"Kenapa?ada yang tak kena?"Aina seraya menggeleng, dan berpaling pada Fariha, "Mana housemate u?tak nmpk pun."
"Dia mmg tak lekat kat rumah. Da sebulan dia ke Bali dgn Amsyar. Tak tau bila nak balik." Tersentak hati Aina mendgr kata-kata Fariha. Ke Bali dgn Amsyar?
Syafiq yang menyedari keadaan Aina, meminta diri untuk balik.
* * * * * * * * * * * * *
"Amsyar yang itu ke yang pernah U sebutkan dulu?" pertanyaan Syafiq memecahkan kesunyian dalam kereta. Aina tak berniat untuk menjawab pertanyaan itu. Dia hanya diam.
"Jika dia orangnya, dia tak layak untuk U."Tegas suara Syafiq. Aina masih diam. Menahan airmatanya dari mengalir. Dia tak mahu Syafiq melihatnya menangis. Melihatkan Aina yang masih berdiam diri, Syafiq memberhentikan kereta di tepi jalan dan menyalakan lampu kecemasan.
Aina tersentak tapi tidak berpaling pada Syafiq. Masih membekukan diri seperti tadi. Syafiq menyentuh bahu Aina lembut tapi Aina tetap berkeras.
"Aina, dia tak jujur pada U. Dia bukan lelaki yg baik untuk U berikan hati U. Banyak lagi lelaki di luar sana yang menantikan U."ucap Syafiq. ‘Fiq pun masih menantikan cinta Aina…’bisik Syafiq hanya didalam hati.
"I sayangkan dia Fiq.."perlahan tapi mampu didengar oleh Syafiq. Syafiq mengeluh. Dia terasa seperti kalah pada lelaki yang tak sepatutnya, namun dia takkan berputus asa untuk merebut cinta Aina. Dia terlalu ingin bertemu muka dengan orang yang menyakiti hati gadisnya itu.
"Aina, sayang tak bermakna memiliki. U kena sedar yang berkongsi kasih tak mungkin akan bahagia. I tak sanggup lihat U disakiti." Bicara Syafiq membuatkan airmata Aina mengalir deras. Dia tak mampu menjawab kata-kata Syafiq. Dia merasakan diam adalah perkara terbaik yang mampu dilakukan. Syafiq hanya mengeluh dan meneruskan perjalanan balik ke pejabat.
16 September 2009, hari lahir Aina yg ke-23. Amsyar memberitahu yang dia tak dapat menyambutnya bersama2 dengan Aina kerana ada urusan penting. Dia berasa sayu. ‘Apalah ertinya hari ini tanpa org tersayang..’lemah suara hati Aina.
"Kak,tidur ke?"ketukan di pintu bilik Aina mengejutkannya dari lamunan.
"Masuklah,"laung Aina. Tersembul muka adiknya di pintu.
"Anur nak apa?"Tersenyum-senyum Anur melihat kakaknya.
"Amboi akak ni. Hari ini kan bestday akak, apa kata akak belanja Anur makan."adiknya mengemas2 majalah yg berselerak di atas katil Aina. ‘Nak ambil hati la 2..’Aina tertawa di dalam hati.
"Hurm,kalau nak minta belanja, Anur kena drive la. Akak malas nak drive ni."Aina berfikir lebih baik dia habiskan masa dengan adiknya dari terperuk dalam rumah. Lagi sayu hatinya.
"Ok, Anur tak kisah jadi driver akak mlm ni."Anur menjerit kegembiraan.
"Pergi la bersiap. Jap lagi kita keluar."
* * * * * * * * * * * * * * * * *
Mereka mengambil keputusan untuk makan di Restoran Seafood Tun Abang. Mereka mengambil tempat di sudut yang agak tersorok.
"Anur order dulu. Akak nak ke ladies jap."Anur hanya mengangguk. Tiba2 matanya menangkap sepasang teruna dara sedang asyik ketawa gembira. Amsyar! Hatinya jadi marah melihat keadaan itu. Kakinya melangkah ke arah mereka tanpa menghiraukan panggilan adiknya.
"Assalamualaikum Am."bergetar suaranya.
Amsyar lantas mendongak. Terkejut dia melihat Aina. Wanita disampingnya juga berpaling. Nyata dia hairan melihat apa yg berlaku. Aina yakin dia kini berdepan dengan Raudah.
"Syg,siapa ni?tak nak kenalkan dengan Honey?"Meluat Aina mendengar panggilan yang keluar dari mulut si gadis.
"Err…Raudah, ini Aina. Aina, Raudah."tergagap-gagap Am memperkenalkan. Aina menghulurkan tangan untuk bersalaman tapi tak bersambut. Jelek Aina melihat pakaian gadis dihadapannya ini. Hanya menutup mana-mana yang patut sahaja. Aina hanya beristighfar didalam hati.
"Ada apa-apa yang Am nak jelaskan pada Aina?"lembut suara Aina menyebabkan Amsyar tak senang duduk.
"U duduk sini dulu, Am nak cakap dgn Aina sekejap."bila Amsyar hendak berdiri Raudah menarik tangan Amsyar, seperti tak membenarkan Amsyar bangun.
"Tak pe la Am. Kat sini pun boleh. Lagipun, Raudah berhak tau semua ni. Tak sangka pula ini hal penting yang Am cakapkan tadi. Mujur Aina keluar, nmpk dgn mata kepala Aina sendiri yang Am tak jujur. Kalau tak, mungkin Am masih nak tipu Aina. Bodohnya Aina mempercayai bahawa Am dgn Raudah tak ada apa-apa hubungan. "Aina berkata menahan getar dihati. Anur sudah berdiri di sebelahnya. Kuat Aina menggenggam tangan Anur untuk meminjam kekuatan dari adiknya.
"Syg, apa ni?honey tak faham la."manja Raudah memaut lengan Amsyar. Amsyar hanya menggeleng.
"Aina, Am sayangkan Aina. Percayalah. Am dengan Raudah hanya kawan." Raudah yang terkejut mendengar kata-kata Amsyar bingkas bangun dan melayangkan penampar tepat di pipi kanan Amsyar.
"Oh! selepas U usung I ke sana sini, U kata hanya kawan. Selepas apa yang kita dah buat, U kata hanya kawan?!!!Lelaki mcm U memang tak guna!!!"Lantang suara Raudah menyebabkan orang sekeliling memandang mereka. Raudah mencapai beg tangannya dan terus berlari meninggalkan restoran itu.
Amsyar memegang pipinya. Dia seperti mahu mengejar Raudah tapi dimatikan niat bila melihat Aina.
"Trust me Aina. I love u more than everything. U are the most important girl in my life. Please sayang!I dengan Raudah hanya teman."Aina sedar yang Amsyar tak sepenuh hatinya merayu. Dia yakin yang Amsyar bukan miliknya dan tak mungkin akan menjadi miliknya.
"I’m not gonna trust u anymore Am. Aina cintakan Am tapi sanggup Am buat Aina begini. U broke my heart once and I’ll never forgive u. Am taukan prinsip cinta Aina. Terima kasih atas cinta yang pernah Am berikan pada Aina biarpun cinta itu hanya mainan kata Am. Sesungguhnya dari mula lagi hati Am tak pernah jadi milik Aina. Selamat tinggal Am." Aina menarik tangan adiknya untuk berlalu dari situ.
"Aina,,"Mendengar nama kakaknya dipanggil, Anur berpaling dan berkata, "My sist didn’t deserve a man like U. Stay away from her." Lantas mereka sama2 berlalu tanpa memandang ke belakang lagi. Amsyar hanya mampu meraup wajahnya melihat Aina berlalu.
* * * * * * * * * * * * * * *
Sesampai di rumah, Aina terus mengurungkan diri didalam biliknya. Dia tak sangka begitu akhirnya cerita dia dan Amsyar sedangkan terlalu tinggi harapan yang diangankan. Dia mahu menangis tapi dia sedar tak guna dia membuang airmatanya untuk lelaki tak guna itu.
Terpandangkan bungkusan biru diatas meja soleknya. Terlayar kembali saat-saat dia menerima bungkusan itu dari Syafiq.
"Happy birthday Aina. Buka kat rumah ek."ucap Syafiq sambil menghulurkan hadiah itu pada Aina. Aina tersenyum.
"Tak boleh buka sekarang ke?Tak sabar la nak tengok."Syafiq menggeleng. Aina mencebik. Ketawa Syafiq melihat wajah Aina yang seperti keanak-anakan itu.
"ala, hadiah I, suka hati I lah nak buka kat mana kan." Usik Aina seperti cuba mengoyakkan pembalut hadiah itu.
Cepat tangan Syafiq menangkap tangan Aina dan berkata, "kat rumah." Berdebar hati Aina mendengar suara Syafiq. Lembut sahaja pada pendengarannya.
Tersenyum mengingatkan gelagat Syafiq. Segera Aina membuka hadiah itu. Terpaku dia melihatkan seutas gelang tangan emas yang berukir namanya. Dicapai kad yg terselit di balik kotak.
‘Selamat Ulangtahun Aina. Mlm ni I tggu U kat Taman Sri Tun. I xtau sama ada U akan datang atau tak, tapi yg pasti I akan terus menunggu..’
Ikhlas, Syafiq
Aina menjeling jam di sudut mejanya. Jam 11 malam.
‘Adakah Syafiq masih menanti?’Dia cuba menghubungi handphone Syafiq tapi tak dijawab. Aina terus keluar dan mencapai kunci keretanya.
"Anur, akak keluar jap. Kunci pintu rumah."Laung Aina dan terus berlalu. Anur yang tak sempat berkata apa-apa hanya menggeleng. Dia tau yang kakaknya sedang kecewa tapi tak mungkin Aina akan membuat perkara-perkara yg tak tentu.
* * * * * * * * * * * * * * * * *
Setiba d Taman Sri Tun, Aina mencari2 kelibat Syafiq tapi tak kelihatan. Aina mengeluh. "Mungkin dia dah balik…"bisik Aina sambil melangkah ke keretanya.
"Lama I tunggu U. Nak balik macam itu je? Sekurang-kurangnya tiuplah lilin ni dulu."Aina pantas menoleh. Di tangan Syafiq sebiji kek dengan 2 batang lilin di atasnya. Aina membalas senyuman Syafiq.
"I cari U tadi. U ke mana?"
"I ada cuma U je yang tak pernah perasankan I," ucapan Syafiq membuatkan Aina terkedu. Baginya ayat itu ada yang tersirat di sebaliknya.
"Penatlah pegang kek ni. Bila U nak tiup ni. I da lapar tau." Aina tersenyum dan mendekati Syafiq. Syafiq menjarakkan kek dari Aina bila Aina sudah bersedia meniup lilin. Aina bingung.
"Make a wish first sayang."Syafiq senyum namun dia tak tahu yang hati Aina berdebar mendengar panggilan itu. Dulu Aina kerap mendengarnya dari Amsyar dan hatinya juga berdebar tetapi tak sehebat bila Syafiq menyebutnya. Aina keliru dengan hatinya. Aina menutup matanya dan setelah itu dia meniup lilin. Aina ketawa bila Syafiq mencuit sedikit krim kek dan mencalitnya di pipi Aina.
Mereka duduk di sebuah kerusi tak jauh dari tasik Taman Tun. Pancutan air berwarna-warni sungguh menghiburkan Aina. Suasana antara mereka sunyi seketika.
"I minta maaf sebab buat U tunggu lama. I baru perasankan kad U."
"I tak kisah Aina. Selama ni I boleh tunggu U, kenapa tak malam ni."Sebak dada Aina mendengar kata-kata Syafiq.
"Pasal Amsyar…"
"Lupakan dia. Anggap saja yg dia tak pernah wujud dalam hidup U. Terlalu banyak dia melukai dan menyakiti U."Terdiam Aina mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syafiq. ‘Dia tau ke?’
"Amsyar sepupu I. Bila I dengar U sebut nama dia hari 2, I tak kisah sangat tapi bila kita balik dari rumah Fariha, I yakin Amsyar yang U sebutkan tu sepupu I. Tapi I tak buat apa-apa even masa itu betapa sakitnya hati I. I nak U sedar sendiri siapa sebenarnya dia. I tak mau bila I beriya-iya minta U jauhkan diri dari dia, U akan anggap I mendesak U. I sayangkan U dan tak keterlaluan if I say I still love U, Aina."
Aina terkedu. Airmatanya mengalir. Dia tak sedar begitu tulus cinta Syafiq padanya. Sangkanya, setelah dia menolak cinta Syafiq dulu, Syafiq akan berpaling mencari yang lain, rupanya dia masih menunggu hingga saat ini. Betapa bodohnya dia dalam mencari cinta.
Kali ini kusedari, Aku telah jatuh cinta, Dari hatiku terdalam, Sungguh aku cinta padamu, Cintaku bukanlah cinta biasa, Jika kamu yang memiliki, Dan kamu yang temani ku seumur hidupku, Terimalah pengakuanku, Percayalah kepadaku, Semua ini kulakukan, Kerana kamu memang untukku, Cintaku bukanlan cinta biasa, Jika kamu yang memiliki, Dan kamu yang temani ku seumur hidupku, Terimalah pengakuanku.
Bait-bait lagu yang dinyanyikan Syafiq betul-betul meruntun hati Aina. Airmata yang tadi telah berhenti kini kembali mengalir laju. Sehabis menyanyikan lagu itu, Syafiq mengeluarkan sebuah kotak baldu merah dari kocek seluar. Sebentuk cincin tersimpan kemas didalamnya. Aina terpaku.
"I cintakan U Aina. Beri I peluang untuk membahagiakan U. I akan buktikan pada U yang cinta I takkan pernah berbelah bagi, hanya untuk U. I terima U seadanya, walaupun U tak pandai masak." Aina ketawa kecil mendengar ayat terakhir dari Syafiq.
"I’m speechless Fiq. I baru putus dgn Amsyar tak sampai 2 jam U dah lamar I. I betul-betul tak tau nak kata apa."Syafiq hanya tersenyum.
"U just need to say yes or no. Thats all. But I yakin U akan kata Ya."ucap Syafiq memandang Aina. Aina jadi malu dgn pandangan Syafiq.
"Kenapa terlalu yakin?Tak takut I akan kecewakan U lagi?"Aina sekadar menduga.
Syafiq menggeleng. "I yakin dengan gerak hati I Aina. Bila U tolak I dulu, I tak terasa sangat sebab my instinct say that u will be mine one day."
Aina tertawa kecil. Dia sungguh bahagia dengan keyakinan Syafiq.
"Tapi U kena bagi I masa untuk belajar mencintai U."
"Take your time dear. I tak kisah menunggu. Kerana I tau penantian I berbaloi. So, may I have your hand?"Aina ragu2 menghulurkan tangannya.
"Tak perlu ragu-ragu sayang, cincin ni memang untuk U." Aina tersipu kala Syafiq menyarungkan cincin ke jarinya.
"From now on there’s no more U and I. Just Syafiq and Aina." Ucap Syafiq sambil mencuit hidung Aina. Aina hanya tersenyum bahagia.
"Thanks Fiq, for giving me chance to love u."
"Don’t mention it Aina. Sepatutnya Fiq yg berterima kasih pada Aina kerana hadir dalam hidup Fiq." Keduanya tersenyum bahagia. Hadiah harijadi yang amat bermakna dalam hidup Aina.
* * * * * * * * * * * * * * * *
Mr.diary….
Amsyar… Ini kali terakhir Aina coretkan namamu di diari ini…. Am telah melanggar prinsip cinta Aina… Terima kasih kerana melukai hati Aina… Terima kasih juga kerana pernah jadi sebahagian hidup Aina… Cerita kita tamat di sini…
Syafiq… Cintamu pada Aina sungguh tulus… Tak mungkin Aina akan mengecewakan Fiq… Aina akan cuba mencintai Fiq sebagaimana Fiq mencintai Aina… InsyaAllah hubungan kita mekar selamanya…
Ya Allah… Kau berikan aku dugaan yang berat… Kemudian Kau hadirkan kegembiraan buatku… Sungguh aku bersyukur dan berterima kasih atas hadiah-Mu ini… Berkatilah hubungan kami agar sentiasa berada di atas landasan kasih yang benar… Ya Allah…
Mungkin benar kata orang kebanyakan… Jika kita mencintai seseorang,, Jangan harapkan yang dia juga mencintai kita… Kerana cinta itu hadir bukan dengan paksaan… Sesungguhnya cinta itu menyakitkan…
tahniah..sy suka sgt dgn jln cerita ni.. mudah difahami dan buat pembaca tak jemu sebab ayat dia kemas.. sy harap suami sy nanti pun akn mencintai sy sepenuh hati mcm Syafiq, InsyaALLLAH. klu moon ierah buat novel mesti gempak.. jgn dipendam bakat 2.. sy percaya awk akn berjaya
cita nie best sgt2....xsngka si am 2 xsetia.... aina y dok setia kat dia,dia lak g curang..ish3.... tapi...xsngka syafiq menyukai aina...ketusn aina memilih syafiq ketusan y terbaik sekali daripada aina memilih am y xreti u setia...
ap2 pun thniah kepada penulis...hasil cerpen nya terlalu menarik..teruskan ush dlm penghsiln cerpen aru k...
Tahniah moon.. kau berjaya buat kami terkedu and terberenti membuat semua kerja... hehehe... tahniah! kim salam amsyar kalau ko jumpa dia.. dia tu member aku tu.. K. Aramaitih! Dinozah-
i nak jadi Syafiq... tapi aina taknak kan i... heheh.. sedih gak ah... tapi nak wat camaner kan... dah orang tak suke kite... i dah buat cam syfiq buat kat cerpen ni.. tapi tak jadi gak.. aina kat dunia i ni tak layan i.. tapi citer dier same ngan citer ni.. i memang penah luah prasaan i kat dier.. tapi ending tak samer ah... Camaner ni wahai penulis.. leh bgi idea tak.. -DZ-
2 DZ,,,hurm...ssh ar mo ckp mcmana kan...we owez hope apa yg kita impikan 2 b happy ending...but if x jadi mcm apa yg kita harap'n,,dun feel regret 4 apa yg kita rasa... jadi'n itu sbg pendorong hdup utk terus maju ke depan... disebalik semua kejadian 2,,ada hikmah yg belum t'singkap...jika betul2 suka'n seseorg,,mnta Allah pnjg'n jodoh kita dgnnya...Allah mendengar doa hamba-Nya...
2 Tanpa Nama...insyaAllah lelaki mcm 2 masih ada...=)
nape r kite bawu sdar ada owng y lbih cintakan kite bila kite kehilangan cinta yang lain... cinta 2 kdang2 wat kita jd pentingkan dri sendiri... cite ni ok but mesti tekankan lg dari aspek penulisan... tak seronok r kalu baca guna ayat mesej... gune r ayat yang penuh... barulah emosi boleh terusik..
kalaulah sy jd aina..sy dh pukul die..tapi krana ad spupu die yang syafiq 2 cinta aina kekel selamanya..dan bawalah aina jpe am..biar am tau yang prinsip cinta iana jujur dan setia smpai mati besama owang yang die sayang...
salam thniah tau..bes sgt..terharu sgt2 klau jdi aina..n klau kita mencintai seseorang,xpasti lg org tu cintakn kita mcm kita cintakan dia..huhu truskan usaha=)
Jalan cerita yang smooth.. Garapan yang menarik, pengakhiran yang cantik.. Tahniah.. Tapi susunan ayat kurang gramatis, cantikkan sikit lagi..apa2 pun, karya yang bagus.
ctew nie mmg bes n tharu rsenyer....blew ktew stia owg bt ktew cmtue....tp bgs ctew nie cz ad syfiq yg blh bt aina bhgie...not like me....first love n break..now i never accpt smeone cz my heart broken...
wawawawa.. Ase nk sepak je amsyar tu!!!.. Best gleee.. I like!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cita ni sedey n wat saya terharu.. nice job... dala nama watak utama tu same wit my name..hheehhe..
btw i like thiz story...