Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
....الله اكبر،الله اكبر، الله اكبر..لا اله الاالله، الله اكبر. الله اكبر والله الهمد
syahdu hati ini mendengar kalimah suci dimalam syawal.malam yang sekian lama dinanti oleh segenap umat islam seluruh dunia, sama seperti diriku ingin dirai kemenangan syawal ini dengan kegembiraan setelah berjuang di medan ramadan.ku syukuri rahmat Ilahi, tidak sampai setahun bahtera perkahwinan dilayarkan kini bakal diisi nakhoda yang menanti cukup pengiraan si rembulan..apa yang menggembirakan syawal tahun ini tatkala aku disahkan hamil,syukur dipanjatkan pada maha Pencipta.hari demi ahri ku lalui dengan penuh hati-hati,suami menjadi semakin sayang keluarga semakin perhatian kepadaku.almaklumlah ini anak sulung jua cucu sulung dalam keluargaku.bulan-bulan awal kehamilan ku jalani dengan ketenangan,memandangkan suamiku seorang ahli perniagaan dan kesibukan urusan hariannya melewatkan diriku untuk membuat pemeriksaan lanjutan di klinik kerajaan.setelan kandungan mencecah bulan ke5 barulah diperiksa.aku dinasihatkan doctor untuk membuat temujanji sekurang-kurangnya 2kali sebulan untuk memeriksa janin diperutku.aku akur kerana itu yang terbaik untuk diriku dan yang lebih utama untuk si kecil yang kusayang.
<
segalanya kujalani dengan sempurna hari berganti hari bulan demi bulan jua berganti, naluri keibuan semakin menebal di jiwaku..perasaan ingin tahu telah membawaku bersama suami tercinta untuk melakukan pemeriksaan jantina bayiku,ini kulakukan setelah pemeriksaan di klinik kerajaan cuma dapat mempamirkan bahagian kepala bayiku,jua atas saranan doctor itu supaya lebih jelas gambaran bayi dalam kandungan eloklah dilakukan di tempat yang dikhususkan untuknya.setelah membuat imbasan barulah diketahui jantina bayiku adalah seorang putera.suamiku amat gembira mendengar hasil imbasan yang dilakukan.bagiku,kuterima dengan penuh syukur pabila zuriatku ini dilahirkan sehat serta normal seperti bayi-bayi lain.khabar ku kirim kepada keluarga tersayang,semuanya menyambut gembira syukur pada yang Esa..
<
kini ramadhan menjelang tiba, kujalani ibadah ini semampuku, kesian jua pada si kesil dalam kandungan ini kerna turut berpuasa seperti mamanya..naluri keibuan semakin menebal dijiwaku..setiap kali suami bawa berjalan akan ku lewati barang-barang keperluan bayi yang menjadi kewajipan bagiku kerana tak sabar nak ku hitung akhir penantian ini,jangkanya akan kulahirkan bayi ini semasa november2009 menjelma.fikiranku menjadi jauh melayang,benakku sarat dengan angan-angan bersama bayiku,..sempat kulayangkan persoalan kepada suamiku, apa yang akan si kecil ini teriakkan padaku disaat ia perlukanku..ibu? mak? ummi? mama? suamiku hanya tersenyum melihat gelagatku sambil memberi ciuman kasih didahiku.lamunanku menjadi semakin indah hari demi hari,ku usap perutku setiap waktu,ku bisikkan kata-kata indah pada bayiku, teramat sayang padamu wahai anakku..
<
tiga hari lagi ramadhan akan melabuhkan tirainya,kandunganku pula sudah masuk bulan ke7.orang tua-tua berpesan pada usia kandungan masuk bulan ke7 perlu lebih hati-hati,kerana si kecil boleh keluar pada usia begini.ku ingati kata-kata itu,langkah ku atur lebih waspada,takut perkara tak diingi berlaku..namun yang maha Kuasa lebih tahu percaturannya..seperti hari-hari lain yang kulalui, semuanya indah diwaktu pagi,ku sangka panas sampai ke petang rupanya sang hujan singgah di petang hari..tatkala aku merehatkan diri di peraduanku, tiba-tiba kurasa sesuatu keluar dari tempat dimana akan kulahirkan zuriatku..takut!cemas! kuberanikan diri melihat apakah itu..semakin kucuba berdiri semakin banyak ia keluar,dengan keaadaan cemas ku jerit memanggil ibuku..ku adaukan apa yang berlaku, dengan pantas ibu menjawab'air ketuban dah pecah! seiring kata-kata itu air mataku menitis kepipi.kini yang ada dibenakku cuma bayiku..anakku,kenapa,mengapa ia terjadi..aku takut seandainya aku terpaksa melahirkan bayi pramatang..ya ALLAH..selamatkanlah anakku,gantikan ia dengan nyawaku andai itu terbaik untuknya..doaku tak putus untuk insan istemewa di perutku ini..aku di hantar ke hospital pada masa itu juga oleh ibu dan abangku,arakian suami bekrja agak jauh ketika itu untuk masa depan keluarga kurelakn walau terpaksa.
<
wanita mana tidak sedih,tatkala suami jauh disaat amat memerlukan,apatah lagi aku kini bersama bayiku dalam keaadaan genting.syukurla suamiku dapat pulang disaat mendengar berita keadaanku sebegini.setibanya di hospital aku diperiksa, "dah terbuka 2cm kata doctor kepadaku..aku ditahan di ward untuk pemeriksaan lanjut,takut-takut bayiku akan keluar awal,docter memberiku suntikan untuk kekuatan bayi dalam kandungan kerana sekiranya ia dilahirkan peluangnya hanya50-50 khabar doctor padaku.memandangkan usia kandungan baru mencecah 7bulan pembentukkan organ dalamanya belum begitu sempurna jelas docter lagi kepadaku dan suami untuk menerima dengan redha seandainya terjadi perkara tak diingini kelak.sekali lagi airmata membasahi pipiku..sayu ku sambut penjelasan itu..SubhanALLAH..
<
aku ditahan 3hari diward,keadaan semakin baik.aku meminta izin untuk pulang kerana ingin menyambut syawal yang tinggal 1hari lagi bersama keluarga.pintaku diizinkan,aku gembira..padaku semuanya sudah kembali normal.malam raya kini menjelma..suara takbir,keriuhan anak-anak kecil jua bunyi mercun amat menggembirakan hatiku..sedang aku asyik dalam lamunan,tiba-tiba perutku terasa sakit..semakin ku biar semakin sakit berselang-selang tiap 5minit sakitnya,ku diamkan sahaja.fikirku ia kerana tendangan bayiku,tetapi rasa sakitnya tak seperti tendangan biasa yang kurasa di perutku.ku adukan pada suamiku,sakit semakin kuat kurasa hinggakan mahu berjalan pun tidak berdaya..kali ini aku dihantar ambulance ke hospital dan terus diperiksa doctor,katanya jalan untuk baby keluar dah terbuka 6cm..aku semakin takut,kemudian aku dihantar ke ward bersalin..setelah puas kutahan sakit ini akhirnya aku selamat melahikan zuriatku seorang putera dengan selamat pada 2.40pagi 01 syawal 1430h..alhamdulillah anakku lahir di pagi raya,taksampai 1minit aku melihat zuriatku telahpun di bawa keluar jururawat untuk dibersihkan,dan diazankn oleh suamiku.oleh kerana anakku pramatang ia di letakkan di bawah jagaan doctor di NICU iatu unit jagaan rapi bagi kes-kes sepertiku.
<<<<
pagi syawal disambut gembira,zuriatku selamat lahir ke dunia..hari raya ketiga aku dibenarkan pulang tapi bayiku terpaksa ditahan kerana kondisinya masih belum stabil.airmataku menitis untuk sekian kalinya..yang dapat kubawa pulang hanyalah hamper pemberian pihak hospital sebagai ucapan tahniah atas kelahiran anakku di pagi syawal.tiada tenang kurasa,rindu membara yang ada jua..manakan sanggup seorang ibu membiarkan anakkny jauh darinya setelah dua nadi berdenyut dalam tubuh yang sama.walaupun sakit melahirkan masih terasa demi anakku MOHAMMAD ZULDANISH FITRI,ku gagahi setiap langkahku..setiap hari akan ku jalani dengan melawatnya di NICU,walapun tidak boleh lama,aku redha asalkan anakku cepat sehat..begitula yang kulalui..hinggalah hari ke12 anakku didunia.Jumaat 02/10/2009 hari penuh makna..petang itu ketika melawat anakku Danish..buat PERTAMA kali dalam hidupku menukarkan pampers anakku,kulakukan dengan penuh teliti bersama suamiku kerana anakku masih kecil takut jika menyakitinya..kubawakn jua air susu dari tubuhku untuknya,biarpun sakit kerana usia kandungan baru 7bulan air susuku masih belum banyak tapi ku usahakan jua untuk kesihatan anakku.sakitku bagaikan hilang tiap kali menatap wajah comel anakku..
<
jumaat itu ku lalui dengan penuh bermakna..doaku tidak putus-putus untuk kesejahteraan anakku.siapa sangka,siapa menduga keadaan berubah tanpa ku pinta,nyata dalam pandangan anakku semakin beransuh sihat tetapi panggilan telifon 11.40malam merubah segala.aku dan suami dipinta datang segera ke hospital kerana keadaan anakku yang membimbangkan,sekali lagi airmata gugur sendirinya..setibanya aku di NICU, doctor bertugas sepenuh usaha menyelamatkan anakku..setelah berapa ketika mereka berusaha menyelamatkan anakku, suatu unkapan yang tak akan ku lupa "JANTUNGNNY SUDAH BERHENTI JAM 12.40pagi" ungkapan doctor cukup menggoncang seluruhjiwa ragaku..bagai terpisah nyawa dari badan kurasa..YA ALLAH,mengapa anakku yang kau ambil..bukan nyawaku???!
kulangkah kaki yang longlai menghampiri tubuh kecil yang terbaring dingin,sejuk,kaku di atas katil kecilnya..sejuk tubuh anakku,airmata kini sudah membasahi bumi,kukucup dahi lembutnya seluruh tubuhku menggigil,suamiku cuba menenangkanku..tapi MOHD ZULDANISH FITRI dah tiada, apa lagi yang dapat meradakan hatiku kini...SUBHANALLAH..telah kau berikan anugerah terindah padaku,kini kau menariknya kembali..MENAGAPA YA RABBI,???
<
hanya ALLAH yang tahu perasaanku,hanya sang ibu yang tahu betapa hebat nilai cintanya ke atas setiap anak-anakya.Jenazah anakku di uruskan keesokkan paginya.airmataku tak henti mengalir,kini dalam seumur hidupku aku menjejakkan kaki ke rumah mayat...Menanti jenazah anakku dimandi dah dikafankan..aku kuatkan diri melihat anakku dimandikan oleh suamiku,wajah comel itu seakan tersenyum,tenang air wajahnya,harum baunya..hingga kini dapat kurasa.
YA ALLAH,MENGAPA TAK KAU IZINKAN AKU MENDUKUNG BAYIKU SEMASA HAYATNYA,TAK KAU SEMPATKAN AKU MENDENGAR PANGGILAN MAMA DARINYA,TAK KAU BERIKANKU PELUANG MENYUSUKANaNYA..MENGAPA YA ALLAH...???
sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan aku menangisi pemergiannya.buat PERTAMA kali aku dapat mendakap anakku.TAPI SETELAH IA TIADAK BERNYAWA..ku dakap erat jenazah anakku dalam dukunganku.kubisik kepadanya kalimah indah cintaku kepadanya..setibanya di pengisterihatannya terakhir,sempat si penggali kubur berpesan padaku "JANGAN DITANGISI PEMERGIANNYA,TELAH TERTULIS PERJALANNYA ABADI DI SYURGA..ku terima kata-kata ini biarpun airmata masih mengalir.sebelum jenazah anakku disemadikan sempat kusisipkan photo aku bersama suami di balutan putih tubuh kecil anakku..sempat jua ku ambil bekas-bekas kain putih itu yang dipotong untuk kusimpan sebagai pengubat rindu.
<
kini..HANYA botol susu serta kain putih , yang menjadi peninggalan anakku untuk aku mencium harumnya..jika kini terlihat lilitan kainputih di tanganku,itulah kain yang separuhnya telah bersama anakku dipusaranya..botol susu yang masih berisi susu pada 03/10/09 hari terkhir anakku didunia hingga hari ini 24/10/09 masih tersimpan kuletakkan di peraduanku sebagai pengubat rindu terhadapnya..SESUNGGUHnya inilah coretan BENAR hidupku hingga yang kulalui pada hari ini..anakku pulang pada penciptanya.sedangkan aku masih menghitung hari dalam berpantang' tanpa kehadirannya.
SESUNGGUHNYA inilah diriku,tatkala ku coretkan kisah kehidupan ini,bersamanya jua air mata buat sekian kalinya menemaniku, inilah aku "perindu kesepian..mungkinkah aku perindu kematian?? anakku, pergimu tak kembali...
Salam kak, bnyak2 bersabar ya, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, jujur mmg bengkak mata sy baca cerita nih, lebih2 lg bila mengenangkan sehari sblm puasa sy tlah menjalani d&c, anak ke 3 sy telah meninggal dlm kandungan sewaktu berusia 2 bln lg, insyaallah akk akan dikurniakan cahayamata lg, nasihat sy, akk nnti jagalah kesihatan dgn lebih baik lg bila preggy..penting makan segala vitamin yg dibekalkan, utk kesihatan baby dlm kandungan..anak2 kita skrg berada disyurga menanti kita..akk ingat tuh ya..take care..
salam takziah.. moga terus tabah menerima sgala ketentuan Nya, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... pemergian si kecil kerana Allah lebih menyayanginya, dan janji Tuhan, si kecil akak menunggu akak di Syurga... usah trus bersedih dan meratap pemergiannya, percaya lah bahawa Allah akan memberi lg baik tuk akak... pe2 pun...tahniah tuk akak.. luahan hati yang tulus digambarkan dalam penulisan yang baik.. pasti mengalir air mata setiap yang membaca..
sesungguhnya stiap yang berlaku ada hikmatnya. stiap yang di ambil pasti de pengganti yang tebaik tuk mu.. Allah tidak sesekali berlaku tidak adil kpd hambaNya.. Sabar lah bt penulis.. Semoga perginya d redhai Allah.. Al-FAthihah
salam takziah, sy berhrp penulis tabah menghadapi dugaan-Nya, setiap org diuji pd stiap masa, jd bersbrlah dan redalh kpd qada' & qadarNya. jgnla menangisi dan meratapi pemergian itu, sebaliknya, sulamilah tangisan itu dgn doa2 utk yg telah pergi itu & utk diri kita sendiri. sesungguhnya, anak akk itu pergi dlm keadaannya masih suci dan bersih.
bykkn bersbr ye kak..mngkin sdh tersurt arwh hnya dpt mngecapi udara dnia nie skjap je..mngkin ada hikmh diseblik smua nie..ujian dri yg Maha kuasa..kita kna tbh mnghadapi..sama2 kita sdkhkn al-fatihah wt arwah..
assalammualaikum kak... sesungguhnya Allah lagi maha penyayang...DIA syg semua umat2 Nya tpi dia syg sesgt kat arwah...sebab tuh DIA seru arwah untuk diambil...Ya sedih...tapi akak kena kuat dn bersabar...ALLAH maha adil kak...Dia menguji dengan perbagai cara...pelbagai cara unuk melihat umatNya sama ada kuat atau lemah semasa menrintangi dugaan dan ujian Yang Maha Esa....Mati tetap ada...yang bezakan cbe umur...sama dengan kiamat..ia tetap ada...Dan teyap terjadi...akak bersbrlah...sesungguhnya,pintu syurga terbuka luas untuk semua umatnya....Dan di syurga,anak akak pasti sedang menunggu mama papa nya...:)...Izinkan arwah pergi dengan hati yang tenang...iringilah arwah dengan bacaan al-quran dan doa2.... as'kum...
salam takziah buat akak... setiap apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya.. yang pergi tetap pergi.. kita yang hidup ini perlu meneruskan hidup... semoga Allah s.w.t akan memberikan kak kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi dugaannya ini...
ya allah ya tuhanku... sampaikan la slamku pada arwah abgku yg sudah meninggal ini.. aku amat merinduinya selalu... lindungilah ia di alam barunya ya allah.. tempatkanlah arwah abgku ke tmpat org2 yg beriman... amin....
salam kak,hanya airmata yang menemani pembacaan saya kali ini.kak memang seorang ibu yang baik.setiap ujian pasti ada hikmahnya suatu saat nanti kak pasti akan bahagia.percayalah Allah S.W.T itu x penah kejam...
salam kak..dariNya kite dtg dan dariNya juga kite kmbli...tabahkan hati..kuatkan smgt..Allah mnynyginya...moga di akn dtg akak dikurniakan ank yg soleh n solehah..stiap kjadian da hkmhnya...Al fatihah buat ank akak
salm sesungguhnya anak akak itu adlah org yg dpt membawa akak ke syurga kelak... walaupun dia tk dpt hidup di dunia ini nmun syurga adlh tmpatnya... bersbar dn percayalh Allah sentiasa mengetahui ape yg die rancangkn tuk hambanya...
xpe ag..lecturer sye ag truk..baby die lhir,bert die juz stgh kg gule je..bygkn la..tp baby 2 kuat...die idup x cmpi 3 buln lbih je..2 pn dlm inkubator je.my lec x cmpat nk dukg pn baby die..da meninggl..ag cdey..kdg2 kte cdey tp de owg y ag cdey..
kak sbr yer kak....Allah beri die kat akak tp Allah ambik blk...mgkin Allah sygkan die lebih dari akak...akak biakanlah die sebagai penolong akak d hari akhir....sabar ye kak....
salam takziah..saya pernah melalui pengalaman seperti penulis..saya mengandung hanya dapat setakat 6 bln shj..anak saya dpt hidup 19 jam...berpantang mcm org lain..cuma beza anak tiada dlm pangkuan untuk meminum susu bdn...jika anak sy hidup skrg umur arwah 5 thn...sy fhm sgt perasaan penulis ketika itu..hanya Allah sahaja yg tahu hati ni...semoga penulis diberi kekuatan untuk menempuh dugaan...
salam takziah..akak sbarla k..ade sbb semua 2 terjadi...Sesunggunya Allah lbey taw ape y terbaik untuk kita kerana Dia Maha Mengetahui...y pasti ade hikmah d sebalik semua ni...
salam puan.. harap tabah m'hadapi setiap ujian yg ALLAH berikan.. apa yg dpt saya titipkan sebagai nasihat adalah UJIAN dari ALLAH hanyalah kepada hambaNYA yg mampu bertahan menjalani/menepuhi apa jua MUSIBAH yg diberi.. ALLAH tidak akan sesekali menguji kita andaikata kita x mampu hadapinya.. saya tahu, mungkin di benak fikiran puan, puan menyatakan bahawa tiada sesiapa yg memahami perasaan puan, kerana hanya puan yg mengetahui apa yg terbuku dan tersirat di sebalik hati sedih itu.. tapi, sebagai saudara sesama ISLAM, INSYA ALLAH, kami semua akan mendoakan kebaikan dan kesejahteraan utk puan sekeluarga.. mudah2an anak puan itu menanti puan dengan penuh sabar di pintu syurga.. =)
salam.. sempat sy menitiskan air mata di ofis ketika membaca cerpen ini...wlaupun belum berumahtangga tp sy dpt selami bait2 tulisan akak ni... slam takziah dan semoga kuat ye akak...=)
Harapan saya agar penulis sabar meniti hari2 yang mendatang...Redha atas kehendak yang maha esa.Insyaallah...Allah tidak akan menduga hamba2nya yang tidak berdaya...Tentu ada hikmah disebalik pemergiannya...
sabar tu spruh dari iman..sbr jer larh ye...msty ada hikmah di sbliknya..b'doalah sllu....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Moga Allah SWT memberi kekuatan untuk meneruskan liku-liku hidup yang mendatang...amin~