Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Telefon bimbit di sebelah kanan kepala Zam berbunyi nyaring. Zam yang sedang enak tidur diulit mimpi terpisat-pisat bangun sambil matanya liar mencari sumber bunyi yang mengganggu dengkurannya sebenar tadi. Dengan mata yang masih berat, dia melihat jam yang tertera di skrin telefon bimbit itu. Pukul 8.00 pagi. Setengah jam lagi kelas pertama untuk hari itu akan bermula. Kelas Bahasa Kebangsaan yang sememangnya membosankan bagi diri Zam membuatkan dia berasa malas untuk bangun dari katilnya. Bantal yang seakan-akan melambainya untuk baring kembali mengakibatkan dia sekali lagi melabuhkan kepalanya untuk menyambung kembali tidur yang terganggu sebentar tadi. "Ponteng sehari apa salahnya? Lagipun, aku tak pernah ponteng lagi semester ni," fikirnya. Tetapi, dia tiba-tiba teringat sesuatu. Lantas, dia segera bangkit & melupakan niatnya untuk tidur. Segera dia mencapai tuala mandi yang tersangkut dari petang semalam di birai katilnya. Dengan pantas dia berlari ke arah bilik air. Hari ini mata pelajaran Bahasa Kebangsaan mungkin akan menjadi menarik. Baru dia teringat yang hari ini adalah giliran Kalsum untuk membuat pembentangan. Kalsum yang memang selalu menjadi mangsa usikannya itu. Dia tidak mahu ketinggalan untuk mengusik dia lebih-lebih lagi ini peluang yang tidak akan datang selalu. Kalau boleh, dia mahu mengusik Kalsum sampailah dia menangis tetapi cita-citanya itu tidak pernah kesampaian. "Mandi ala kadar je la. Nanti tak sempat aku nak tengok si Chom tu lalu kat kafe bawah tu." Sambil dia menggosok gigi, berlegar-legar pelbagai jenis lawak jenaka & kata-kata sindiran yang ingin disampaikannya. "Hehehe.. Hari ni memang hari malang kau la, Chom.."
Jam 8.15, Zam sudah berdiri tertenggek di hadapan asrama lelaki yang menghadap ke arah Kafe Mutiara. Matanya liar memerhati sekiranya dia terlihat kelibat Kalsum berjalan menuju ke arah blok utama. Tetapi, dia tidak nampak langsung kelibat si gadis yang ditunggu-tunggunya sedari tadi lagi. Tidak lama kemudian, kelibat yang dinantikannya itu muncul juga. Tersenyum-senyum Zam sendirian tanpa disedarinya. Tetapi, baru sahaja dia mahu melaung memanggil Kalsum, niatnya terbantut. Kelihatan Kalsum sedang berbual mesra dengan seorang lelaki sebayanya yang tidak pernah dikenalinya. Kalsum langsung tidak sedar yang Zam sedang memerhatikannya. Zam menggaru-garu kepalanya sendirian. "Aik, siapa tu? Tak pernah pun aku nampak sebelum ni. Budak baru ke?" Zam membatalkan niatnya untuk menegur Kalsum & segera berjalan menuju ke kelas. Hatinya berasa cemburu melihat Kalsum melayan budak lelaki tersebut dengan mesra.
Semasa di kelas, Zam langsung tidak mengambil perhatian pada apa yang disampaikan oleh Kalsum. Kepalanya terlalu sibuk memikirkan kejadian yang dilihatnya sebentar tadi. Perasaannya bercampur baur antara sedih & marah. Dia langsung tidak sedar yang Kalsum memerhatikannya. Selepas sahaja kelas selesai, Zam segera berjalan keluar dari kelas. Tetapi, belum sempat dia keluar, ada suara menegurnya. "Zam , tunggu kejap." Dia menoleh & melihat Kalsum memanggilnya. "Kenapa dengan kau ni, Zam? Kau tak sihat ke? Tadi takde pulak kau kacau aku time aku tengah present. Selalunya, tu la aktiviti favorite kau." tanya Kalsum. "Takde pape la, Chom. Aku busy ni. Lain kali la kita cerita. Gerak dulu la." Zam berbohong kepada Kalsum. Kenyataannya, otaknya masih sibuk berfikir kejadian pagi tadi. Dia masih tidak boleh melupakan apa yang dilihatnya.
Kebetulan hari itu kelas seterusnya pada pukul 2.00. Oleh itu, Zam balik ke biliknya dahulu. Sampai ke biliknya, dia melihat teman sebiliknya, Andi sedang asyik melayan lagu Yang Sebenarnya nyanyian Yuna. "Wei, Di. Tutup lagu tu. Sakit telinga aku dengar lagu jiwang-jiwang ni," kata Zam. Andi kehairanan mendengar kata-kata Zam itu. "Aik, setahu aku, lagu ni lagu favorite kau, Zam. Kau jugak la yang bawak lagu ni masuk bilik ni. Kalau bukan kau yang suruh aku dengar dulu, takdenye aku nak start minat lagu si Yuna ni," kata Andi. Zam langsung tidak melayan apa yang Andi katakan. Benar kata Andi itu. Zamlah yang sebenarnya meminati lagu itu. Zam yang tidak pernah dilihatnya melayan lagu berentak romantis itu tiba-tiba pada suatu hari membawa lagu tersebut masuk ke bilik 602 tersebut. Rakan sebiliknya Andi & Aris berasa pelik pada mulanya. Kata Zam, dia hendak tukar selera sekali-sekala. Zam jugalah yang beria-ia mengajak mereka meminati lagu tersebut bersama-sama. Jadi, akibat perbuatan Zam itu menyebabkan seluruh warga bilik 602 tersebut menjadi peminat Yuna atau lebih tepat lagi, lagu Yang Sebenarnya. Tetapi rahsia sebenar kenapa Zam meminati lagu tersebut hanya dia yang tahu. Sebenarnya lagu itu adalah lagu kegemaran Kalsum. Pada mulanya Zam mengusik Kalsum mengatakan yang lagu tersebut tidak sedap & menyakitkan telinga. Tetapi dalam diam-diam, dia pun mula meminati lagu tersebut setelah Kalsum menyuruhnya mendengar sendiri lagu itu. Hari ini pula dia terus hilang minat pada lagu tersebut kerana lagu itu menyebabkan dia teringat pada Kalsum.
Malam itu, Zam & seorang lagi teman sebiliknya, Aris sedang membuat tugasan. Andi pula keluar menonton perlawanan bola sepak bersama-sama kawan-kawannya yang lain. Tetapi, Zam tetap tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada tugasannya. Dia asyik memikirkan mengenai Kalsum & lelaki yang dilihatnya pagi tadi. Sekejap dia menggaru kepala, sekejap dia termenung. Langsung tidak dapat ditumpukan perhatiannya. Perbuatan Zam disedari oleh Aris. Aris hanya memerhatikan Zam sebelum dia menegurnya. "Woi, kau ni kenapa? Ada problem ke? Susah sangat ke assignment kau tu?" tanya Aris. "Takde ape la, Ris. Aku ok je." Zam cuba mengelak daripada soalan Aris tadi. "Kau ingat aku ni budak sekolah rendah ke kau senang-senang nak tipu? Aku tau la kau tu ade problem. Meh la cerita ngan aku. Mane la tau kot-kot aku leh tolong. Aku ni kan pakar dalam hal-hal tolong orang ni," kata Aris sambil merapatkan dirinya dengan Zam sambil tersengih-sengih. Zam kehairanan memerhatikan Aris. "Apasal pulak kau tersengih-sengih ni, Ris?" Tanya Zam. "Dok tunggu hang punya cerita la ni.." Zam terpaksa mengalah dengan kehendak Aris. "Ye la, aku cerita kat kau. Tapi jangan bagitau orang lain. Lagi-lagi si Andi tu. Nanti die gelakkan aku." Zam memberi amaran kepada Aris. "Ok, aku janji. Cepat la cerita." Zam menarik nafas sambil memikirkan sama ada wajar atau tidak tindakan dia bercerita kepada Aris. "Tapi, kurang-kurang ringan sikit kepale aku ni dari pikir sorang-sorang je dari tadi," fikir Zam. Lalu dia pun memulakan ceritanya. "Camni, Ris. Ade sorang pompuan ni. Boleh kata aku ni minat la ngan dia. Tapi aku tak pernah cakap kat dia yang aku minat kat dia. Aku selalu usik-usik dia, peril-perli dia sebab aku segan nak cakap kat dia yang aku minat. Dia pun layan la aku macam kawan dia. Kami agak rapat jugak la. Tapi pagi tadi, aku nampak la dia dengan sorang mamat ni. Bukan main mesra lagi dia sembang. Tetiba, aku rase lain macam. Rase jealous la, marah la. Macam-macam la. Tapi aku tak tau nak buat camne sekarang ni. Nak cakap kat die, aku segan. Kau tau la camne aku ni kan?" Selesai mendengar cerita Zam, Aris tiba-tiba menepuk dahinya sambil ketawa. Zam berasa pelik dengan perbuatan tiba-tiba Ari situ. "Nape dengan kau ni, Ris? Kena sampuk ke?" Ari scuba sedaya-upaya menahan ketawanya. "La.. pasai pompuan rupenye. Awat la hang ni cokiaq sangat?? Ape susah.. pi tanye kat die betoi ke mamat tu boyfriend die. Kalau betoi, kau pi cari yang lain. Kalau bukan, cakap la kau suke kat die. Biaq die tau perasaan sebenaq kau," kata Aris. "Kalau sesenang tu la, Ris, semalam lagi benda ni aku dah setelkan. Aku tak mau nanti lepas aku dah cakap tu, pergaulan kitorang berubah. Dah tak leh wat lawak cam dulu. Masing-masing dah tak boleh nak gurau-gurau lagi. Segan antara satu sama lain." Aris memaut bahu Zam sambil matanya merenung tepat ke dalam mata Zam. "Zam, kau jangan pikir ape yang akan jadi lepas kau cakap tu. Sekarang ni ape yeng penting, die tau ape perasaan kau kat die. Ape yang akan terjadi tu, pikir-pikir la kemudian. Yang sekarang, pikir la sekarang. Paham??" Zam seperti tersentak dengan kata-kata Aris itu. Lantas dia mengangguk kepala & segera mengambil telefon bimbitnya. Ditulisnya mesej pendek untuk dihantar kepada Kalsum. JUMPA, KAFE MUTIARA, SEKARANG. Setelah ditekannya punat send, dengan pantas Zam bangkit berdiri & menukar pakaiannya. Sebelum dia keluar dari bilik, dia menoleh kepada Aris sambil mengangkat ibu jarinya. "Doakan aku berjaya, Ris." Aris hanya tersenyum sambil mengangguk. Lalu Zam segera berlari-lari anak menuju ke Kafe Mutiara.
Di Kafe Mutiara, Zam duduk di sebuah meja dalam keadaan janggal sekali. Dia kelihatan resah. Matanya meliar memerhati sekeliling. Dia sudah berasa menyesal dengan tindakannya itu. Entah kenapa kata-kata Aris menyebabkan dia semacam bersemangat untuk berjumpa Kalsum dan meluahkan segalanya. Tetapi sekarang, dia berasa seperti telah melakukan kesilapan yang begitu besar sekali dalam hidupnya. "Aduss.. kenape la aku pi dengar cakap si Aris tu. Tak memasal la sekarang ni aku terpaksa cakap kat Chom pasal aku suka kat dia. Nanti mesti dia pandang aku lain lepas ni." Zam asyik memikir-mikirkan kemungkinan buruk yang akan berlaku. Baru sahaja dia berfikir untuk balik semula ke biliknya. Kalsum sudah sampai ke kafe itu. Dia melambai-lambai kepada Zam. Zam hanya mengangkat tangannya kaku. Kalsum segera mendapatkan Zam. "Ade ape kau nak jumpa aku ni, Zam?" Zam tidak berani mengangkat mukanya memandang Kalsum. Dia hanya menundukkan kepalanya merenung bawah meja. "Err, yang… yang sebenarnya, Chom. Aku.." Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, ada seseorang memanggil Kalsum dari belakangnya. Zam menoleh & terlihat lelaki yang dilihatnya pagi tadi melambai ke arah Kalsum & datang ke situ. "Alamak, mamat ni pulak datang. Buat spoil betol la…" Kalsum berdiri apabila lelaki itu sampai ke situ. "Kak Chom buat ape kat sini?" tanya lelaki itu. Kak Chom? Terdetik persoalan dalam kepala Zam. "Jumpa kawan. Ni akak kenalkan kawan sekelas akak, Zam. Zam, ni adik aku, Johan. Dia ada kursus kat sini seminggu. Kau boleh la baik-baik dengan dia ye? Jangan buli dia pulak." Zam hanya terkaku menghulurkan tangannya menyambut salam Johan. Dia merenung tidak percaya ke muka Johan yang sedang tersenyum itu. "Ha, ape die kau nak cakap kat aku tadi, Zam?" Bagaikan baru tersedar dari tidur, Zam terpinga-pinga mendegar pertanyaan Kalsum. "Ha? Ape? Eh, takde pape la. Aku.. aku salah hantar mesej tadi kot. Aku gerak dulu ye?" Pantas Zam pergi meninggalkan dua beradik yang kehairanan memerhatikannya itu. Dia tersenyum-senyum sambil berjalan kea rah blok asrama putera. Nampaknya tidak jadilah hasratnya pada malam itu. Biarlah perasaannya pada Kalsum kekal menjadi rahsia dia. Mungkin suatu hari nanti, apabila betul-betul sudah tiba masanya, segalanya akan terluah juga. Sambil dia berjalan itu, lagu Yang Sebenarnya bermain-main dalam fikirannya. Malam itu, dia akan memasang lagu tersebut hinggalah dia tertidur.
Sementara itu…
"Kenapa dengan kawan akak tu?" tanya Johan kehairanan dengan gelagat Zam. "Entah la, Johan. Dia tu memang susah akak nak paham. Tapi, dia tu memang baik." Kalsum cuba membela Zam. "Orang macam tu pun akak boleh minat? Tak paham la saya dengan akak ni. Akak dah cakap dah dengan dia yang akak minat dia?" Kalsum hanya tersenyum. "Nanti la, dik. Bila tiba masanya, akak cakap la kat die. Sekarang biarkan dulu," kata Kalsum sambil kakinya melangkah kembali ke asrama puteri sambil menyanyikan lagu Yang Sebenarnya.
hmm..wat perenggan ea lain kali..pastu conti r..nk tau r ending kisah cinta si chom ni..huhu..biar pun kitrg da tau ending die tp nk tau care die melamar..
ayat superb r..senang paham..simple but nice..tajuk lagu tu je spoil sket..sbb kalu da minat ne ley xtau kan..huhu..xpe la yg tu..just tolong la wat perenggan..k..sweet citer r..
atas permintaan, sekuel citer ni tlah siap dihasilkan & dihantar ke pihak penulisan2u cuma tajuk die je agak janggal sikit sbb xda idea yg ssuai ntok tajuk die.. hehehe
memg pening skit bce cter nie sebb stiap dialog tak diasingkan.. tp bley tahan la jaln cter die... sekurng2nye, akhir cter nie dpt thu yg klsom pun ade hti dkt zam.... cube lg lepas nie..-NuR_rIzZaT-
Kalsum merenung katil kosong yang berada di hadapannya. Dia berada di dalam sebuah wad di sebuah hospital kerajaan. Pandangannya penuh sayu merenung kekosongan di hadapannya.
“Zam… aku mintak maaf..”
Apakah yg sebenarnya terjadi pada Zam? Adakah Zam akan melafazkan perasaannya pada Chom? Sama-samalah kita nantikan...
bagi pembaca-pembaca semua, saya sudah mula menyiapkan penamat bagi karya ini yang tertangguh sejak sekian lama. saya membahagikannya kepada 3 bahagian untuk memberi ruang bagi saya dapat membuat kesudahan yang sempurna untuk cerita ini. Alhamdulillah bahagian yang pertama telah saya siapkan & hantar ke penulisan2u & sedang tunggu diproses. sila nantikan dengan penuh sabar ye?
bagi pembaca-pembaca semua, saya sudah mula menyiapkan penamat bagi karya ini yang tertangguh sejak sekian lama. saya membahagikannya kepada 3 bahagian untuk memberi ruang bagi saya dapat membuat kesudahan yang sempurna untuk cerita ini. Alhamdulillah bahagian yang pertama telah saya siapkan & hantar ke penulisan2u & sedang tunggu diproses. sila nantikan dengan penuh sabar ye?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
susah nak baca la...
poning den baca...
lau leh dialog tu bt asing2 k..
ppe pun best gak.. :p