Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mendengar namanya sahaja hati Mira sudah membengkak. Apatah lagi untuk menatap wajah pengarah projek yang panas baran itu. Mira menarik nafas dalam-dalam…melepaskan keluhan panjang lantas menghenyakkan tubuhnya di atas sofa. Marah…geram…bahana sakit hatinya itu terpancar di wajah.
"Ai, kenapa ni? Macam kuih apam batat jer", pertanyaan yang lahir dari bibir mungil Kak Jun menambahkan lagi sakit hati Mira.
"Huh! Macamlah dia tu bagus sangat…boleh buat keputusan sesuka hati aje. Malas, cakaplah malas" , gerutu Mira.
"Siapa?", sengih Kak Jun cuba mengusik.
"Kak Jun ni…orang tengah marah…dia usik-usik pulak".
"Ya lah…Zura tu yang bercakap macam peluru tak kenal musuh. Tak tahu ditujukan kepada siapa", balas Kak Jun yang tinggi lampai itu tampak semakin tinggi sewaktu bersandar tegak di jenang pintu.
"Siapa lagi, Kak Jun. Si Farid tu lah. Mentang-mentang dia pengarah projek, dia ingat kita ni apa? Salah sikit boleh dibentak-bentak? ", Zura menceceh lagi melepaskan geram.
"Ooh…kena marah dengan tuan pengarah rupanya. Habis tu, kalau Mira rasa Mira betul…kenapa tak jawab terus? Jelaskan pada si Farid tu biar dia faham maksud Mira", Kak Jun terus menggiat. Wajah Mira merah padam.
"Mana boleh hentam pengarah dalam mesyuarat…"
"Habis, kalau Mira sendiri dah ikhtiraf dia sebagai pengarah yang tak boleh dihentam, ikut sajalah katanya", usikan Kak Jun menambahkan lagi gelojak di hati Mira.
"Tak kan nak ikutkan saja. Dia nak batalkan projek tu", rengus Mira menahan getar amarahnya sambil menyentap fail lalu melangkah ke biliknya dengan langkah yang memberontak.
Disudut sofa Kak Jun kegugupan. Batal?...bodoh…desis hatinya. Patut lah Mira marah betul. Terasa kesal di hati Kak Jun kerana mentertawakan Mira tadi. Namun kesalnya itu berganti dengan senyuman. Kak Jun tahu adiknya kalau marah tidak lama. Malam nanti Kak Jun akan masakkan gulai ikan patin campur tempoyak, pasti Mira akan tersenyum kembali.
************
Farid terasa ada terselit kekesalan bermukim di hatinya sebaik terlihat kelibat Mira yang masam mencuka di dewan kuliah pagi tadi. Selalunya Mira mudah tersenyum dan mudah ketawa. Tetapi pagi tadi tidak lagi. Farid tahu punca kemarahan Mira. Tentu sahaja kerana keputusannya dalam mesyuarat tergempar pagi semalam. Tetapi Mira tidak faham. Malah ahli jawatankuasa lain juga tidak faham mengapa Farid terpaksa membatalkan projek itu.
Farid sudah membayangkan betapa sukarnya nanti hendak mengendalikan program selama tujuh hari bagi projek lawatan kesusasteraan di Kuching bulan hadapan ; jika peruntukan kewangan tidak mencukupi. Jika cuma seratus dua yang kurang, tidak mengapa. Tetapi…ini sampai RM3,000. Mana nak dicekau duit sebanyak itu.
"Apa kata kita jual bunga?", begitu ujar Mira setelah puas bertekak dengan Farid semalam.
"Ah! Berapa sen sangat", bantah Farid keras. Sebenarnya dia merasa malu untuk merayu orang membeli bunga.
"Boleh juga dapat seratus dua", bidas Mira.
"Alah…baru seratus dua. Yang selebihnya nak keruk dari mana?", Farid menyindir.
"Kita kutip derma…atau kita jual macam-macam", ghairah Mira member idea untuk mendapatkan wang.
"Jual macam-macam? Hahahahaha…kalau macam tu, kita jual Mira sekali", ketawa Farid meledak…menggamatkan seisi bilik mesyuarat.
Merah padam muka Mira. Ketawa Farid telah menikam hingga ke jantungnya. Menusuk terus ke relung hatinya. Jenaka itu begitu sadis bagi Mira. Seolah-olah harga dirinya telah tersinggung. Biarpun niat Farid cuma untuk mempamerkan kenakalannya tapi bagi Mira gurauan itu cukup memalukan dan menimbulkan sakit hati yang amat sangat.
************
"Farid! Mira tu. Semalam kau kata nak minta maaf dengannya", gesa Shamil sebaik ternampak susuk tubuh Mira dicelah-celah pelajar yang berbaris untuk membeli makanan. Farid baru teringat niatnya sejak malam tadi.
"Mira…", suara Farid lirih. Farid sendiri seakan tidak mendengarnya.
"Ada apa? Saya nak cepat ni", sahut Mira acuh tak acuh. Dalam hatinya dia bertekad tidak akan menegur Farid selagi Farid masih berdegil dengan keputusannya semalam.
"Mira, saya nak minta maaf", suara yang separuh kedengaran…bergetar.
"Tak cukup dengan maaf sahaja, tuan pengarah", dalam dan sinis sindiran Mira.
"Mira nak saya melutut ke?", Farid mula membongkokkan badannya mahu melutut kalau itu kemahuan Mira agar boleh memaafkannya.
"Eeehhh….sudah-sudah…", hati Mira semakin mendidih dengan perlakuan Farid itu. Mentang-mentanglah ketinggiannya melebihi ukuran biasa orang Asia, mulalah dia nak berlagak. Ah, Mira benar-benar meluat.
"Mira benar-benar mahu projek ini diteruskan?" , tanya Farid seakan mengambil hati Mira.
"Mira tak ada kuasa, Farid".
"Jadi?"
"Farid buatlah keputusan sendiri. Dan kalau boleh, biarlah ia menunjukkan ketokohan seorang pengarah bukan cuma ikut perasaan."
"Baiklah saudari setiausaha. Saya menghormati pandangan itu. Tapi…sempatkah kita memperolehi RM3,000 dalam masa tak sampai sebulan ini?"
"Kalau tak diusahakan, mana nak dapat", tegas suara Mira dalam senyuman yang mula menguntum.
"Bagaimana caranya?", Farid menuding jari ke sebuah kerusi panjang dan mereka berdua melangkah ke sana.
Shamil tersenyum dari jauh, menggenggam buku lima tangan kirinya dan menunjukkan ibu jarinya. Farid mengangguk-angguk tanda menyatakan : Ya, dia sudah maafkan aku!
"Kita kutip derma," ringkas bait-bait perkataan itu dan kini mereka sudah duduk berhadapan. Mira mengusik-usik rambutnya yang melepasi bahu. Aduh! Manisnya…desis hati Farid.
"Mira, saya hairan. Kenapa awak terlalu optimis dengan projek ini?" "Sebabnya kau terlalu pesimis. Farid, sudah dua tahun kita menjadi mahasiswa di universiti ini dan projek ini yang terbesar pernah dianjurkan oleh jabatan kita. Bila lagi kita hendak berbudi kepada jabatan ini sekaligus persatuan sastera yang kita huni keahliannya?", tegas dan lancar setiap patah perkataan yang lahir dari bibir Mira. Bibir itu nampak kering. Memang Mira belum bersarapan sejak pagi tadi. Kuliah dan tutorialnya bersambung-sambung sejak jam 8 hingga 11 pagi tadi.
Farid terpegun sejenak dengan kepetahan setiausaha projeknya ini. Tak padan dengan kecil. Tergerak hati Farid hendak menyatakan sedemikian kepada Mira tetapi segera dimatikan niatnya itu apabila teringat peristiwa semalam.
Sememangnya Mira dilahirkan dengan jiwa cekal dan hati yang bersungguh-sungguh. Farid dapat merasakan demikian kerana tanpa dorongan Mira dia belum tentu mampu untuk meneruskan projek itu. Dan sekarang, bukan hasil kutipan derma yang membakar semangat Farid untuk meneruskan projek itu tetapi keseganannya melihat kegigihan Mira.
Ada pula secuit perasaan yang tiba-tiba menerajui hati Farid sejak akhir-akhir ini. Entah mengapa Farid sering terlihat Mira termenung. Malah Farid juga pernah melihat airmata Mira bergenang sewaktu kuliah di dewan. Sakitkah gadis itu? Atau hatinya terlalu gembira untuk ke Sarawak? Farid tiba-tiba terasa mahu mengambil tahu.
************
"Bila akan berangkat?", Kak Jun menyoal sambil menepis tangan adik kesayangannya yang cuba menggeletek pinggangnya dari belakang. Mira terjengket-jengket keluar dari dapur dan tertawa menekup mulut. Novel yang baru separuh dibacanya cuba dicapainya dari arah tempat duduk.
"Mira, akak tanya ni. Bila Mira akan berangkat ke Kuching?", Mira sekadar tersengih nakal. Kasihan Kak Jun, soalannya terlupa dijawab.
"Minggu depan, kak. Minggu cuti semester yang terakhir", girang benar suara itu pada pendengaran Kak Jun.
Kak Jun memahami apa yang bersarang di jiwa Mira. Pemergian ke Kuching adalah impian Mira sejak sekian lama. Sejak hampir tiga tahun yang lalu. Sebaik Mira mula mengenali erti rindu yang sebenarnya. Kadang-kadang Kak Jun merasa amat kasihan mengenangkan nasib adiknya ini. Sejak kedua-dua ibubapa mereka berpisah, Mira berubah menjadi manusia yang amat perasa. Mira juga sentiasa belajar untuk melupakan segala kepahitan yang lalu. Cuma akhir-akhir ini Mira teramat rindu pada seraut wajah yang sudah sekian lama terpisah.
************
"Akhirnya kita hampur berjaya. Cuma RM1,000 sahaja lagi yang kurang", Farid tersenyum puas sambil menggenggam segumpal wang.
"Itulah. Kan dulu dah cakap. Kalau tak dipecahkan tabung, mana nak dapat duitnya", jawab Mira.
Farid hanya tersenyum.
"Baiklah, ada apa-apa lagi perkara berbangkit?", tegas suara Farid.
"Saya mencadangkan mesyuarat hari ini ditangguhkan", Kelly tiba-tiba bersuara. Matanya nampak kuyu. Kelly kepenatan setelah seharian mengutip derma di sekitar Bangsar Utama.
"Saya sokong", Mira mengangkat tangan kanannya.
"Baiklah. Mesyuarat ini ditangguhkan sehingga kita selamat sampai di Kuching malam esok", begitu semangat Farid melafazkan kata-katanya dan begitu gembira pula hati Mira mendengarnya. Oh! Bumi Kenyalang…akhirnya kan kudatangi kau. Mira mengucap syukur dalam hati, menghela nafasnya dalam-dalam dan cuba mengisi paru-parunya yang sesak dengan sejuta angan-angan indah.
************
Penerbangan pesawat MH1742 dari Kuching Ke Kuala Lumpur ke Kuching yang mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit itu seolah-olah begitu membosankan bagi Farid. Isyarat ‘pasangkan tali pinggang keselamatan dan tegakkan tempat duduk anda’ baru sahaja dimatikan. Farid merasa dia patut mengambil tahu kebajikan peserta-peserta dan anak buahnya. Sambil memandang gumpalan awan bak gulungan benang Minlon putih di luar cermin, Farid bangun dan merayapi setiap tempat duduk yang dikenali tuannya. Dia tunduk sebentar, tersenyum dan berlalu lagi sampai tiba di hadapan Mira.
Saat itu Mira sedang membuang pandangan ke luar tingkap. Sebaik mendengar namanya dipanggil seseorang, refleks Mira menoleh. Anak matanya berkaca…Farid tersentak.
"Kenapa Mira?", soal Farid.
"Erm, tak ada apalah. Cuma mata Mira nie macam terasa kesat, ada habuk agaknya", dalih Mira dengan modal lama.
"Mira tak suka pegi ke Kuching ke?", gesa Farid lagi.
Mira membisu. Menyibuk betullah si Farid ni…detak Mira jauh di sudut hati.
"Lain kali sajalah kita berbual, Farid. Tu…" Mira menuding jari kearah pramugari yang sedang menolak troli makanan. Farid terpaksa kesampingkan tubuhnya ke tempat duduk Zek beberapa kali bagi memberi laluan kepada troli berkenaan. "Adoi…tepilah sikit Farid. Berangan nak jadi pramugara ke ni", Zek mengaduh sewaktu siku Farid tersentuh menekan bahunya. Keras betul siku anak ‘kucing’ Sepanyol ni, bisik hati Zek. Farid hanya tersengih dan memang dia akui dia anak kacukan Melayu-Sepanyol…tu sebab saiz badannya lebih besar dari orang Melayu di sini. Farid sempat menoleh sekali lagi ke arah tempat duduk Mira sebelum dia kembali ke tempat duduknya semula.
************
"Wah! Besar juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ni ya. Selama ni aku ingatkan kecil aje", Shamil memberitahu Kelly sebaik sahaja mereka keluar dari tempat memungut bagasi. Matanya melingar mencari kalau-kalau bas yang mereka sewa khas sudah sampai.
Sebuah bas berhawa dingin tiba. Di dinding bas itu sudah tergantung sehelai banner yang bertulis ‘Selamat Datang Peserta-Peserta Bertamu Di Bumi Kenyalang’. Peserta seramai 30 orang itu bersorak kegirangan dan berpusu-pusu menghampiri bas. Beberapa orang kakitangan Dewan Bahasa Cawangan Sarawak turut hadir menyambut kedatangan mereka. Tidak lama kemudian, mereka sudah berada di dalam perut bas membawa mereka meluncur laju membelah malam, melalui beberapa batang jalan raya yang baik jalinannya mengarah ke Sekolah Latihan Telekom.
Keesokkan paginya, majlis perasmian projek berlangsung dengan lancar dan Farid amat bergembira. Sewaktu jamuan, Farid tercari-cari wajah orang yang banyak member sokongan kepadanya selama ini. Wajah yang semakin dekat di hatinya.
"Mana Mira?, tanya Farid pada Ima dan Kelly apabila dilihatnya Mira tiada di mana-mana.
"Tadi aku nampak Mira keluar. Ada orang jemput dia dengan kereta", beritahu Kelly pada Farid. Dia sedikit tidak selesa dengan pandangan Farid yang serius.
"Keluar? Ke mana?", Farid kehairanan. Sewaktu menikmati hidangan makan tengahari, Farid masih tidak dapat memikirkan perubahan sikap Mira. Melihat kesungguhannya dulu, Farid yakin Mira benar-benar berminat dengan projek ini. Tetapi mengapa pada saat-saat projek mereka hampir Berjaya, Mira seolah-olah tidak mahu ikut campur kegembiraan mereka malah berani pula melanggar disiplin projek.
************
Lewat petang itu barulah Mira muncul kembali. Farid sempat melihat kelibat seorang lelaki yang memboncengkan motosikalnya untuk Mira. Hati Farid meluap dengan api kemarahan yang tiba-tiba. Dia menanti-nanti peluang sesuai untuk bersemuka dengan Mira. Hendak dimarahnya gadis itu kerana keluar begitu sahaja tanpa memberitahu sesiapa. Apatah lagi kepulangannya di hantar oleh seseorang yang tidak dikenali.
Peluang itu cuma diperolehi ketika rombongan mereka di bawa melawat ke Kampung Budaya Sarawak. Perjalanan hampir sejam digunakan sepenuhnya oleh Farid untuk berbual dan cuba menebak hati Mira. Sengaja Farid mengambil tempat duduk di sebelahnya. Mira sekadar membatukan diri seolah-olah dia sudah menyelami hasrat Farid. Terlintas juga di benak Mira untuk menyuruh Farid duduk saja di tempat lain, tetapi lidahnya kelu. Ah! Membuka mulut bererti memancing pertanyaan, fikir Mira.
"Mira, mengapa akhir-akhir ini saya lihat Mira asyik termenung ajer?"
"Eh! Tak adalah… pandai-pandai saja awak ni Farid", Mira cuba mengelak. Dia cuba tersenyum namun senyumannya hambar dan langsung tidak berseri.
"Mira, jangan bohong. Saya selalu ternampak Mira termenung dan kadang-kadang tu macam orang baru lepas menangis. Mengapa Mira…?"
"Tak ada apa-apalah, Farid".
"Mana boleh tak ada apa-apa. Habis, mengapa Mira begitu berani keluar begitu sahaja tanpa memberitahu sesiapa? Sudah lah tu, keluar dengan orang yang tak dikenali pula," Farid mula berang apabila mengingati semula peristiwa beberapa hari yang lepas. Mira diam membatukan diri. Dia seolah-olah baru mengalami kemalangan jiwa dan pertanyaan daripada Farid menyebabkan kecederaan jiwanya itu semakin parah. Air matanya mulai bergenang. Cepat-cepat dia menoleh ke suatu arah lain.
"Mira, projek ini cuma tinggal tiga hari saja lagi dan saya mahu semuanya berjalan dengan lancar. Saya tidak mahu ada orang mengatakan kita berprojek untuk kepentingan peribadi", Farid melahirkan rasa kesalnya pada Mira.
"Maafkan Mira, Farid. Mira tidak pernah berniat untuk mencari kepentingan peribadi. Dan Mira bukan keluar dengan sembarangan orang. Norman adalah orang yang amat Mira sayang dalam hidup ini. Terpulanglah kepada Farid untuk menilai sendiri perbuatan Mira ini".
Nah! Betapa berterus-terangnya gadis ini dan Farid tiba-tiba berasa amat kecewa. Ada keping-keping hati yang retak di perjalanan dan sepanjang lawatan di Kampung Budaya pada hari itu. Farid seperti tidak tahu menilai kemeriahan sambutan daripada setiap suku kaum Melayu, Melanau, Iban dan orang Hulu sehingga kepada suku kaum Penan dan Bidayuh. Masing-masing begitu asyik memperlihatkan corak budaya mereka melalui pelbagai persembahan.
Hari-hari yang berlalu seterusnya dipenuhi dengan pelbagai acara dan kegiatan projek seperti yang mereka rancangkan sejak mula lagi. Ada sukan interaksi dengan Dewan Bahasa Cawangan Sarawak, lawatan ke Muzium Negeri, Karyaneka, Air Terjun Sungai Cina, Jambatan Gantung dan Astana. Zek tidak ketinggalan mengesyorkan mereka jalan-jalan cari makan di Kubah Ria dan Saujana. Farid sendiri sudah mula melupai kemarahannya terhadap Mira walaupun setiap kata Mira itu banyak meninggalkan kesan di sanubarinya.
************
Akhirnya tarikh perpisahan tiba jua. Inilah masa untuk mengucapkan selamat jalan dan saat bagi setiap peserta menunjukkan bakat masing-masing. Malam Seni Budaya menjadi acara kemuncak majlis penutup projek dan setiap acara pada malam itu berlangsung dalam suasana yang hening dan meriah. Peserta bersajak, berdrama, berpuisi dan menari. Semuanya seolah-olah tidak bersedia untuk pulang. Shamil dan Zek tidak habis-habis mengusik Kelly dan Ima. Walau terasa penat namun mereka benar-benar terhibur. Tetapi kegembiraan itu tidak bertahan lama pada Farid. Dia kembali marah-marah. "Apa? Mira keluar lagi? Dia tak tahu ke sekejap lagi kita akan berangkat ke airport?", Farid terperanjat sebaik mendengar aduan Zek. Dia tampak berang.
"Kalau dia tak sampai-sampai juga dalam masa setengah jam ni, kita terpaksa tinggalkan. Pandai-pandailah dia mencari halanya sendiri. Menyusahkan orang saja!", begitu tegas dan keras kata-kata Farid. Dia sudah tidak mampu menahan sabar. Mira benar-benar melampau.
Lapangan Antarabangsa Kuching seolah-olah turut bermuram dan bersimpati dengan Farid. Walau sedang marah, Farid tetap risau mengenangkan Mira. Entah berapa kali Farid menjenguk ke jalan raya dari tingkat atas ruang menanti. Andaikata Mira tidak muncul hingga saat akhir, Farid sudah bertekad untuk membatalkan penerbangannya. Shamil sudah diberitahu supaya mengambil alih tugas menjaga peserta. Zek pula diminta menjaga bagasi.
Beberapa detik terus berlalu. Sewaktu semua peserta sudah masuk ke balai berlepas, Mira tetap belum nampak kelibatnya. Isyarat untuk boarding sudah diumumkan. Dalam kedinginan subuh itu, dengan bersalutkan rasa sedih…hiba…semua peserta, Farid sekadar melambai-lambaikan tangan kepada kawan-kawannya yang akan menaiki pesawat MH7152 ke Kuala Lumpur. Hatinya jengkel…rasa marah, geram dan risau bercerna di hatinya. Sebaik pengumuman waktu berlepas berkumandang buat kali terakhir, tiba-tiba Mira muncul bersama seorang lelaki. Lelaki yang dahulu juga. Lelaki yang pernah menimbulkan kemarahan Farid.
"Mira! Cepat!", gesa Farid menampakkan marah dan risaunya yang amat sangat. Hanya itu yang mampu diucapkannya. Gelojak di dada cukup membara. Tidak tahu mahu ditujukan kepada siapa. Kepada Mira atau lelaki yang bersamanya itu.
Mira terkejut mendengar namanya dilaung. Terpandang wajah Farid yang sedang marah, cepat-cepat Mira meninggalkan lelaki yang datang bersamanya itu dan terus berbaris di kaunter pemeriksaan imigresen. Sewaktu itulah, sewaktu Mira mahu menoleh ke arah Norman yang sedang melambai sayu kepadanya tiba-tiba Mira terpandang wajah Farid pucat lesi. Kemarahan Farid terhadapnya sudah hilang sama sekali. Mira kehairanan.
"Mira, passport saya! Hilang!’, begitu panik dan bergetar suara itu. Debar di dada Farid terserlah di wajah putih merah itu. Mira turut terkejut lalu berpatah balik ke arah Farid di kaunter imigresen. "Mira, flight saya dibatalkan. Di mana harus saya tinggal nanti?", Farid termangu-mangu. Spontan Mira menarik tangan Farid menghampiri Norman yang masih tercegat sejak tadi. Farid merasa agak kurang senang dengan senyuman ikhlas Norman. Serasa Norman adalah saingannya yang paling hebat.
"Norman, boleh tolong Farid kan?", lembut suara Mira. Ada nada sayang yang terkandung dalam ungkapan itu. Merah padam wajah Farid menyembunyikan sesuatu perasaan yang sukar ditafsirkannya sendiri.
"Farid, ikutlah Norman balik. Nanti bolehlah cari semula di mana awak letak passport awak tu. Atau kalau masih tetap tak ditemui, nanti mintalah Norman hantarkan Farid ke Ibu Pejabat Imigresen. Setelah itu barulah diuruskan tiket penerbangan ke Kuala Lumpur". Suara Mira tenggelam timbul pada pendengaran Farid. Dia masih keliru. Akrab benar Mira dengan lelaki ini, desis hatinya. Mahu saja dia menolak pertolongan yang bakal dihulur Norman nanti. Jika diterima, harga dirinya yang ego tu bagaimana?
"Norman, jangan lupakan kakak. Sampaikan salam buat mama. Katakan padanya, kakak sudah boleh menerimanya. Kak Mira dan Kak Jun sentiasa mengharapkan kepulangan mama dan Norman ke Semenanjung. Papa sudah tiada lagi…jadi rumah itu milik mama kembali".
Terpaku Farid mendengar segala kata-kata itu. Terlurut segenap prejudisnya terhadap Mira dan Norman selama ini. Di hujung kata-kata itu, Mira menahan genangan air mata yang hampir menitis dan sewaktu dia cuba menyekanya, sempat Farid melemparkan pandangan penuh mengerti dan simpati. Pandangan itu dibalas Mira dengan senyuman yang dilimpahi segunung harapan murni. Farid menoleh kepada Norman dan menjabat erat tangan itu. Betapa mesranya.
Maafkan aku! Norman…Mira…dan Kenyalang! Izinkanlah aku bertamu lagi di dadamu. Dan sewaktu Mira berlari-lari anak melalui tiub yang dihubungkan ke pintu pesawat, sewaktu itu jugalah Farid melangkah gontai menuju perkarangan letak kereta bersama Norman.
TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBACA DAN MEMBERI KOMEN. SELEPAS CERPEN 'DIMANA AKU SEPATUTNYA', SAYA MELANGKAH KE CERPEN 'MULANYA DISINI' PULA. SETERUSNYA NANTIKAN 'HURAIKAN SIMPULAN RINDU INI'...JUMPA LAGI.
TERIMA KASIH KEPADA YANG MASIH SUDI MEMBACA DAN MEMBERI KOMEN WALAUPUN CERPEN INI TELAH LAMA DISIARKAN. SEGALA ULASAN AKAN SAYA JADIKAN PANDUAN. JUMPA DI CERPEN SETERUSNYA 'HURAIKAN SIMPULAN RINDU INI' DAN 'APALAH ERTINYA CINTA'.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cite simple