Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Thanks!!!" ucap seorang gadis yang sedang melonjak kegirangan di tempat letak troli di salah satu kompleks membeli belah di semenanjung Malaysia itu. Gadis itu terus mengambil bingkisan Cadburry yang dihulurkan oleh pelajar lelaki di hadapannya lantas menuju ke arah seorang lagi gadis, temannya, yang sedang menantinya di pintu utama pusat membeli-belah tersebut. Petang itu, gadis itu pulang ke tempat pengajiannya, dengan senyuman manis terukir di bibirnya. "Hmm.. I guess the first chocolate ever?" Lisa bermonolog sendirian, terkejut permintaannya ditunaikan walaupun sebenarnya dia sememangnya bukan penggemar coklat yang setia. Namun gembira kerana pelajar lelaki tersebut tidak ragu-ragu ketika menawarkan diri untuk membelikan Lisa coklat yang dimintanya. Amran, merupakan ketua kelas Lisa, kelas F3T4, iaitu salah sebuah kelas aliran fizikal di Kolej Matrikulasi Pahang. Dengan sikapnya yang agak gentleman dan rupa parasnya yang kelihatan seperti anak kacukan cina itu, Amran mampu membuatkan ramai pelajar wanita tergila-gila akannya. Pernah sekali timbul kekecohan di antara pelajar perempuan akibat berlaku perebutan di antara mereka, tetapi akhirnya permasalahan itu reda dengan sendirinya disebabkan sikap Amran yang pendiam dan lebih suka menyepi. Oleh kerana sikapnya itulah, kesemua pelajar perempuan akhirnya rela menaruh hati terhadapnya dalam diam. Namun permasalahan ini sudah tentunya bukan perkara penting bagi seorang gadis bernama Lisa yang sekadar menyenangi sikap Amran yang baik hati. Tambahan lagi, Lisa sudah pun berpunya. Lisa adalah seorang gadis berkulit cerah yang lincah dan periang. Sikap Lisa yang peramah menyebabkan ramai orang senang berada di sampingnya. Lisa juga seorang gadis yang agak kelam kabut. Namun tidak dapat dinafikan, bahawa gadis itu sememangnya berkaliber sebagai seorang pemimpin. Lisa telah memegang beberapa jawatan yang agak tinggi, menyerlahkan lagi sifat kepimpinan gadis tersebut. Lisa dan Amran sebenarnya berada di dalam dunia yang jauh berbeza. Amran dan rakan-rakannya yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar yang agak alim dan baik, manakala Lisa & the Geng pula dikenali sebagai kumpulan yang paling kecoh di kolej tersebut. Sudah beberapa kali Lisa menerima tentangan hebat daripada golongan tersebut, terutama sekali dari segi cara pemakaian dan percakapannya. Namun Lisa tidak pernah ambil peduli. "Cantik baju kau.." tegur Fazli ketika dalam perjalanan ke tempat menunggu bas bersama-sama dengan Amran. Fazli menggeleng-gelengkan kepalanya memandang gadis tersebut. "Mind you own business," balas Lisa sambil tersenyum sinis, senyuman yang jelas menyakitkan hati. Lisa mengerling tajam lelaki yang kini berjalan selamba menuju ke arah temannya yang sudah pun berada di tempat menunggu bas. ******************************************
"Nazrul.. Tak kan U tak sayangkan hubungan kita.. U tak sayangkan I ke?" soal Lisa pada Nazrul, bekas kekasihnya. Hati Lisa terasa pedih dek perbuatan Nazrul yang terlampau ego untuk mengakui kasihnya pada Lisa. "Lisa.. boleh tak kalau awak jangan ungkit kisah lalu? Benda dah berlalu.. Dah sebulan dah pun.. Biarkan je lah.." tegas Nazrul. "Tapi Nazrul, I sayang U. I tak nak kita jadi macam ni.. Kan dulu we are the perfect couple.. Remember?" pujuk Lisa. Dilunakkan suaranya dengan harapan Nazrul akan berubah hati. "Ahh.. Semua tu dah lepas. Salah awak jugak yang mintak kita putuskan hubungan cinta kita. Jangan salahkan saya. Saya dah pujuk awak berkali-kali tapi ego awak terlampau tinggi. Awak tetap nak putus. Jadi, saya bagi apa yang awak nak. Betul kan apa yang saya buat?" soal Nazrul, menyindir. "Saya sayangkan awak Lisa. Tapi kerana sikap awak yang terlampau ego tu, saya tak tahan. Cuba lah ubah perangai awak tu sikit. Sampai bila awak nak jadi macam ni?" sambung Nazrul lagi. "Kalau I berubah, sanggup tak U terima I kembali?" pujuk Lisa lagi dengan sabar. Hatinya geram. Sudah puas dipujuknya Nazrul berkali-kali namun Nazrul tetap tidak peduli. Hanya kerana kesilapannya yang meminta perpisahan itu, Nazrul sudah tekad untuk tidak akan menerimanya kembali. "Entah.. Biarkan je lah dulu.. Saya dah tak nak bercouple-couple ni. Cukup lah. Saya dah serik," tegas Nazrul. "Baiklah.. If that what you want..." putus Lisa. Perbualan di antara Nazrul dan Lisa pada malam itu adalah yang terakhir. Lisa bungkam. Dunia pada malam itu dirasakan kosong. ****************************************************** Bosan dengan kesunyian yang melanda dirinya, Lisa mundar-mandir di dalam biliknya. Ibubapa Lisa yang jarang berada di rumah membuatkan Lisa sentiasa terasa seperti keseorangan. Tambahan lagi abangnya masih lagi belum pulang daripada tempat pengajian dan adik-adiknya perlu menumpukan perhatian kepada peperiksaan yang bakal tiba. "Arghhh, sape aku nak call nih…." getus Lisa sambil menekan-nekan pad kekunci pada telefon bimbitnya, mencari nama yang sesuai untuk menghilangkan kebosanan yang menghantui dirinya. Tiba-tiba, jarinya terhenti. "Boleh ke aku call mamat ni?" soal Lisa di dalam hati. Lisa buntu, dia sudah kehilangan idea untuk mencari jalan bagi menghilangkan kebosanannya. "Assalamu’alaikum.. Amran, is that you?" soal Lisa. Bayangan Amran kembali menerpa ke dalam mindanya. "Wa’alaikummussalam.. Iye, Amran bercakap. Siapa ni?" soal lelaki itu, terpinga-pinga penuh tanda tanya. "Aku ni, Lisa. Wei, kau free tak sekarang? Kite kawan? Hehe.. Ko chat dengan aku ye? Aku boring ni.. Kau tak kisah kan……?" soal Lisa bertubi-tubi. Lisa mahu menghilangkan kesepian yang menyelubungi dirinya dan pada masa yang sama, dia mahu menyingkirkan Nazrul dari dalam hidupnya. Lisa pasti, caranya betul dan Amran pasti akan dapat membantunya. "Ok. Aku tak kisah. Kau ni kenapa?" soal Amran kehairanan. "Aku? Aku baru putus dengan ‘balak’ aku lah. Ahh.. Aku bosan tak de orang nak borak. Ko free je kan?" soal Lisa meminta kepastian. Ketika itu, Lisa masih teragak-agak. Takut permintaannya dipandang serong oleh lelaki itu. "Iye.. Boleh kut…." jawab lelaki itu. ‘Ish mamat nih… Nak tolong aku ke tak ni…??’ getusnya di dalam hati. Sikap Amran yang kelihatan acuh tak acuh membuatkan Lisa tertanya-tanya adakah perbuatannya itu melampaui batas bagi Amran. Namun persoalan itu hanya dibiarkan sahaja bermain di fikirannya. *******************************************************
Lisa mengetapkan bibirnya menahan geram. Bulat matanya memandang jejaka di hadapannya. Namun sedaya upaya senyuman manis diukir agar amarahnya dapat disembunyikan. "Lame ke kau tunggu aku?" soal Amran sambil menahan tawa melihat muka gadis di depannya yang kelihatan seperti bom masa yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja. "Taklah.. Baru je.." balas Lisa sambil tersenyum sinis. Hampir 40 minit dia menunggu lelaki itu dan hampir separuh bajunya telah dibasahi peluh akibat menunggu terlalu lama. "Aku baru bangun.. So aku gi sembahyang and mandi kejap.. Hehe.." kata Amran sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. "Oooo… Takpe takpe.." kata Lisa sambil tersenyum paksa. Lisa menyerahkan bungkusan plastik yang terkandung file holder yang dikirim oleh Amran kepadanya pagi tadi. Gadis itu kelihatan masih lagi keletihan setelah pulang daripada bandar untuk membeli barang keperluannya. Pejam celik, rupanya sudah semester ketiga Lisa dan Amran meneruskan pengajian mereka di Universiti Tun Hussein Onn. Lisa merupakan pelajar tahun dua jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik manakala Amran pula merupakan pelajar tahun dua jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Agak susah untuk mereka bertembung di kawasan kampus kerana disebabkan fakulti yang berbeza dan jadual yang agak padat. Namun begitu, ikatan persahabatan yang terjalin di antara mereka masih lagi kekal. Sikap Amran yang tenang, amat disenangi Lisa yang biasanya bersikap kelam kabut dengan rutin sehariannya. Gadis itu juga hairan bagaimanakah mereka boleh menjadi teman, sedangkan mereka sememangnya berbeza. Setelah berbual untuk seketika, Lisa meminta diri untuk pulang kerana gadis itu kelihatan tidak selesa dengan tubuhnya yang dirasakan melekit-lekit. "Anyway, nice jacket." Teguran tersebut membuatkan Lisa menoleh kebelakang ke arah Amran yang masih lagi memandangnya sambil mengangkat ibu jari kanannya membuatkan Lisa menguntumkan senyuman. Jacket jeans berjenama PDI itu yang dipadankan dengan baju hitam polos di dalamnya kelihatan sememangnya sesuai dengan stail gadis itu yang tampak ranggi. ********************************
Lisa semakin resah. Sudah beberapa kali jam tangannya dibelek-belek. "Ish… Mane budak ni…" Gadis itu kelihatan resah menantikan insan yang ditunggu-tunggunya masih belum menampakkan batang hidungnya. Namun tidak lama selepas itu.. "Lisa, sorry aku lambat sikit.." Akhirnya ketibaan Amran melegakan hati gadis itu. Lisa pantas berjalan mendekati Amran. "Lisa, kau nak gi mane tu?" tiba-tiba terdengar suara daripada meja tempat duduk Lisa tadi. Sebenarnya malam itu Lisa perlu berjumpa dengan Faris, ketua First Aider nya. Namun disebabkan ketuanya itu sejak tadi lagi kelihatan asyik sibuk melayan karenah kekasihnya yang entah bagaimana boleh berada di situ, hati Lisa panas. Lisa bukan cemburu melihatkan pasangan kekasih tersebut, namun hatinya panas melihatkan dirinya yang dilayan seperti tunggul kayu mati. Lisa mahu meminta diri, namun dia segan kerana tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengundur diri. Tambahan lagi, dia sendiri yang mengatakan malam itu dia lapang. "Erm… Faris, maaflah.. Aku ada hal sikit." pinta Lisa sambil berpura-pura menunjukkan rasa bersalah. "Oh, ye ke? Kan kita ada hal nak bincang malam ni?" tegas Faris, menunjukkan muka rasa tidak puas hati. "Erm… Guess, maybe next time.. Can we?" pinta Lisa sambil mengerling ke arah Amran. Amran yang berada di sebelahnya hanya berlagak tenang. Dia tahu kedatangannya ke situ memang disengajakan untuk menyelamatkan gadis tersebut. Kasihan juga dia melihat gadis itu sedari tadi lagi asyik mengeluh kekesalan kerana turun berjumpa Faris pada malam itu dan dilayan sebegitu rupa. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk datang membantu. "Ok lah, see you next Wednesday. Before the Annual Grand Meeting. Ok?" balas Faris, tajam matanya memandang Lisa. "Ok.." gadis itu mengangguk, memberikan kepastian. Menjadi setiausaha kepada persatuan tersebut memang meletihkannya. Tambahan lagi sikap Faris yang mengelolakan persatuan tersebut dengan sambil lewa betul-betul membimbangkan Lisa kerana sekiranya berlaku permasalahan di dalam persatuan tersebut, dia akan turut sama diheret untuk sesi soal jawab bersama penasihat mereka. Lisa dan Amran kemudiannya bergerak keluar daripada kawasan pepustakaan tersebut dan menuju ke Café. "Oit.. thanks a lot. Kalau kau tak de tadi.. Tak tau lah macam mane dengan aku… Aku rase macam nak mati dah.." ucap Lisa sambil meletakkan tangannya di kepala, membuat reaksi seperti orang yang hampir pitam. Amran tergelak besar. Sesungguhnya kedatangan Amran malam itu betul-betul dihargai Lisa. Walaupun lelaki itu sibuk dengan assignment dan projek nya, namun dia tetap meluangkan sedikit masa untuk membantu gadis tersebut. "Tak pe.. Lain kali, kalau kau perlukan pertolongan aku.. Kau bagitau lah.. Ye?" balas Amran sambil tersenyum. Pertama kali gadis itu merasakan dirinya dilindungi. *****************************
"Amran, mane kau.. Ish.." gerutu Lisa di dalam hatinya. Sudah lebih daripada sejam gadis itu cuba menelefon teman baiknya itu, namun masih gagal dihubungi. "Man, cuba kau try tengok kat bilik Amran, die ade ke tak… Please…." pinta Lisa kepada salah seorang rakan sekulianya yang biliknya adalah berdekatan bilik Amran. "Ok, ok, nanti aku gi tengok aku bagitau kau ye," balas Azman lantas perbualan dihentikan. "Lisa, die takde lah.. Tak de dalam bilik ni.." Lisa membaca mesej tersebut dengan perasaan hampa. ‘Mane aku nak cari ni…’ gusarya di dalam hati. Sudah puas di telefonnya lelaki itu namun gagal. Lisa juga cuba menelefon Haikal, teman sekuliah dan juga teman rapat Amran, namun panggilan tersebut tidak dijawab. Lisa semakin buntu, saat gadis itu betul-betul memerlukan seorang teman untuk berkongsi duka dengannya, dia keseorangan, menahan rasa sebak yang menyelubungi hati. Namun tidak lama selepas itu, telefon Nokia N73 yang berada di dalam tangan kecil itu akhirnya bergetar. "Assalamu’alaikum…" terdengar suara yang cukup dikenali Lisa di hujung talian. "Wa’alaikummussalam.." jawab Lisa, girang. Akhirnya pencariannya berbalas jua. "Kenapa kau cari aku? Aku keluar tadi, ade hal sikit. Nak uruskan pasal projek. Kenape kau call?" soal Amran tertanya-tanya. "Aku ada masalah…" rintih Lisa. Selepas daripada insiden tempoh hari, gadis itu yang selalunya berdikari kini mula menjadikan Amran sebagai tempat bergantungnya. "Tapi kalau kau nak cari aku pun, tak payahlah susahkan orang lain," suara Amran yang kedengaran agak tegas itu cukup membuatkan jantung Lisa berdegup laju. Lelaki itu sebenarnya agak rimas dengan situasi tersebut. Lisa semakin hari semakin memerlukannya dan sikap inilah yang membuatkan Amran sedikit rasa tidak selesa kerana baginya privacy adalah penting buatnya. ‘Aku buat salah… Alamak…’ getus Lisa di dalam hati. Lisa terdiam seketika, laju otaknya memikirkan alasan yang sesuai untuk diberikan kepada Amran. "Takpelah, apa masalahnya?" soal Amran setelah perbualan tersebut terhenti seketika. Lisa menceritakan permasalahan yang berlaku. Diceritakan satu persatu tentang rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan bola keranjang pada petang tadi yang menemukan Lisa dengan pasukan lawan yang cukup dibencinya. Gadis itu menceritakan satu persatu insiden yang berlaku di court bola keranjang, di mana pihak lawan bermain kasar dengan mereka dengan menggunakan taktik yang kotor untuk mendapatkan mata. Para pengadil yang mengadili permainan tersebut pula hanya buat-buat tidak nampak dan itu yang menjadikan gadis itu semakin parah dan semangatnya untuk meneruskan perlawanan untuk hari esok semakin hilang. "Am, kau Ok tak…..?" soal Lisa selepas mendapati Amran agak lama mendiamkan diri. "Entah…." Kedengaran suara malas di hujung talian. Suasana tiba-tiba menjadi tengang. "Kau?" soal Amran kembali, setelah Lisa kemudiannya mengambil keputusan untuk turut sama mendiamkan diri. "Tak tau….." balas Lisa pendek. Bebannya pada malam itu dirasakan semakin bertambah. Entah mengapa, Lisa juga tidak faham dengan sikap Amran yang sejak akhir-akhir ini agak dingin dengannya. Pernah juga hatinya tertanya-tanya, telah bosan kan Amran melayan karenahnya? Setiap kali persoalan tersebut timbul, dia cuba sedaya upaya menolak prasangka itu jauh-jauh daripadanya kerana perkara yang paling ditakutinya adalah kehilangan Amran. Namun, mungkin akibat sudah terbiasa dimanjakan, Lisa terasa janggal jika tidak berkongsi kisah hidupnya dengan Amran. Setelah agak lama menyepi, akhirnya Lisa bersuara. "Am, kau memang tak nak ambil berat pasal aku kan?’ soal Lisa, perlahan. Sebenarnya gadis itu mula mengalami konflik di dalam dirinya. Kekecewaannya terhadap sikap Amran yang tidak ambil kisah tentang apa yang berlaku pada dirinya membuatkan hati terguris. "Maksud kau?" soal lelaki tersebut terpinga-pinga meminta kepastian. "Kau tak pernah nak ambil tau pasal aku. Apa yang aku buat. Kau tak tahu.. sedangkan Aliff, just that ‘normal guy’, boleh tanye pasal tournament aku tadi, kenape kau tak boleh? Aku tunggu kau tau tak? You don’t care… Is it?" luah Lisa menunjukkan kekecewaannya. Lisa kecewa kerana Amran bukanlah orang pertama yang menanyakan khabar tentang perlawanan yang berlaku petang tadi, sedangkan dia telah memberitahu lelaki itu bahawa perlawanan tersebut adalah pertama kali baginya. Aliff yang sekadar teman sekuliahnya boleh tertanya-tanya tentang hal tersebut, tapi kenapa bukan Amran? "Lisa.. aku baru balik ni.. Tadi aku keluar, kan..? And now I’ve called you.." balas Amran yang cuba merungkaikan permasalahan yang timbul. Amran sebenarnya agak kepenatan menguruskan projeknya yang masih separuh jalan, namun digagahkan juga dirinya untuk menemani gadis tersebut pada malam itu. "Am, budak kelas kau, Dina, suka kau kan? Tapi.. kau tak suka dia kan? And you don’t have the courage to reject her… kan? Habis.. Aku?" soal Lisa tiba-tiba. Lisa menjadi geram, terasa dirinya dipermainkan. Mengapa harus dia seorang sahaja yang kisah tentang hubungan mereka berdua, mengapa harus lelaki itu bersikap sambil lewa tentang hubungan di antara mereka? Persoalan ini secara tiba-tiba bermain di fikirannya dan lantas menjadi topik utama perbualan mereka pada malam itu. Lisa mengeluh kecewa. Satu-satunya sikap Amran yang dikaguminya adalah sikap baik hati yang ada di dalam dirinya. Namun begitu, sikap inilah yang turut membuatkan gadis itu dihantui kebimbangan. Amran terlampau baik hati untuk melukai hati seorang gadis. Jika perkara ini berterusan, ramailah perempuan yang akan tergila-gilakannya kerana lelaki itu tidak akan menggunakan apa-apa cara sekalipun untuk menolak cinta yang datang ke arahnya. Dan dia?? Adakah mungkin dia juga tergolong di dalam gadis-gadis yang menaruh perasaan dan tergila-gila akan lelaki tersebut? ‘Arghh..’ "Lisa, kenapa ni?" soal Amran, bingung memikirkan perubahan gadis itu yang mendadak. "Kalau kau tak suke aku, just end this!!! Now!! Cepatlah. Cakap - Lisa, aku tak suke kan kau. So?? Cakaplah!! I don’t care.This night I want your answer." Kemarahan gadis itu semakin marak disebabkan sikap lelaki itu yang terlampau tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku di antara mereka. Walaupun Lisa tahu Amran cukup benci dengan paksaan, Lisa tidak mahu ambil peduli lagi. Sejurus selepas itu, "Dumm!" tumbukan di dinding menunjukkan keegoan lelaki itu turut tercabar. Talian terputus tiba-tiba. Lisa cuba menelefon kembali, namun panggilannya tidak dijawab. "Lisa, kau teruskanlah dengan hidup kau. Kau ade Fatin kan, kawan kau. Kite teruskan lah dengan hidup masing-masing.Ok??" Mesej yang diterima menyebabkan Lisa tersentak. Gadis itu kelihatan seperti pesakit yang baru pulih daripada dirasuk. "Astaghfirullah.. Apa yang dah aku buat ni…" Lisa diselubungi kekesalan. Lisa tahu, dia tidak seharusnya memarahi Amran yang telah banyak membantunya selama perkenalan mereka. "Amran, I’m sorry…" Mesej yang dihantar Lisa akhirnya ditinggalkan sahaja tanpa balasan. Pernah juga beberapa kali Lisa bertanya khabar tentang Amran, namun sepatah ditanya, sepatah dijawabnya. Cukup untuk membuatkan gadis itu makan hati. Setiap kali merindui lelaki tersebut, gadis itu menatap kesemua mesej-mesej yang masih lagi disimpan di dalam telefon bimbitnya, membayangkan kemesraan yang terjalin di antara mereka. Lisa bungkam, apakah yang harus dilakukannya untuk meraih perhatian lelaki itu kembali. "Amran, kau sihat tak?" soal Lisa melalui mesej yang dihantarkannya kepada Amran. "Sihat." balas Amran. Lisa syukur, sekurang-kurangnya lelaki itu masih lagi membalas mesejnya walaupun jawapan yang diberikan macam acuh tak acuh. Lisa memujuk dirinya agar sabar dengan sikap dingin Amran kerana apa yang telah terjadi adalah disebabkan silapnya yang terlampau gopoh menginginkan jawapan yang tidak sepatutnya dipersoalkan pada waktu itu. Lisa mengambil keputusan untuk menyepi kerana Lisa bimbang kemarahan lelaki itu akan bertukar kepada benci. ****************************
"Lisa.. Jom, aku dah tak sabar nak pergi ni.." ajak Fatin setelah agak lama menanti Lisa yang masih lagi sedang bersiap-siap untuk ke konsert UNIC dan Ustaz Akhil Hay yang sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh para mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn. Lisa mencapai tudung kelabunya yang tersangkut di tepi almari dan menuju ke cermin untuk menyiapkan diri. Dengan berpakaian simple - track suit, t-shirt beserta sweater, mereka berjalan menuju ke dataran di hadapan makmal Fakulti Kejuruteraan Mekanikal kerana di situlah konsert tersebut akan diadakan. "Wei, apasal lambat?" tanya Fiza ketika bertembung dengan mereka berdua dalam perjalanan ke dataran tersebut. "Minah ni le.. Haha.." kata Fatin sambil menunding ke arah Lisa. Lisa menunjukkan muka sepuluh sennya. Sebenarnya Lisa agak malas untuk menyertai mereka ke konsert tersebut kerana fikirannya masih lagi kacau memikirkan tentang pergaduhannya dengan Amran yang lansung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Namun digagahkan juga langkahnya kerana terdetik juga dihatinya mungkin konsert malam itu akan dapat menghilangkan sedikit kesedihannya. ‘Hari tu, Am kata dia tak beli tiket. So.. takpe lah.. Nothing to worry about..’ gumamnya di dalam hati. Sebenarnya, selepas daripada insiden tersebut, Lisa seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada berjumpa Amran. Lisa malu di atas kesilapannya tempoh hari. Baginya, insiden tersebut telah menunjukkan keburukan sikapnya di hadapan lelaki tersebut. Dan disebabkan itulah, dia tidak dapat berhadapan dengan Amran. Mereka akhirnya sampai ke konsert tersebut, dan mereka memang bernasib baik kerana barisan kedua masih lagi kosong. Ketiga-tiga gadis tersebut mengambil tempat di bahagian hujung barisan di sebelah kanan. Namun begitu, Fiza akhirnya meminta untuk mengambil tempat di barisan belakang kerana katanya ibubapanya telah datang ke konsert tersebut. Para penonton kelihatan semakin bertambah. Lisa merenung pentas utama, melihat artis tersebut cuba menaikkan bunyi pembesar suara di tangannya agar selaras dengan rentak muzik. Kemudian anak matanya beralih kepada bahagian tempat duduk di kawan pelajar lelaki dan hatinya tiba-tiba berombak kencang. Kelibat itu memang amat dikenalinya. Lisa mengerling mencuri pandang ke arah pelajar lelaki tersebut, dan kelihatan temannya yang berada di sebelah menundingkan jari ke arah mereka. Lisa menundukkan kepalanya, resah, bimbang kemarahan Amran kepadanya akan bertambah. Akhirnya konsert bermula dengan persembahan nyanyian oleh Ustaz Akhil Hay diikuti dengan kumpulan nasyid UNIC. Lisa sebenarnya kurang berminat dengan muzik yang berentak slow atau sentimental, tambahan lagi Lisa jarang mengikuti perkembangan nasyid. Namun sedikit sebanyak pertunjukkan malam itu menarik perhatiannya untuk menyelami alunan nasyid yang sedikit demi sedikit menenangkan fikirannya yang kusut. "Adik-adik, muslimin dan muslimah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, seterusnya kita akan dengarkan salah satu lagu yang dipetik daripada album kami yang kedua, ‘You and I See’ bertajuk Hanya Tuhan Yang Tahu". Tepukan gemuruh kedengaran dan kelihatan gadis yang telah lama lama menyepi sebentar tadi kelihatan separuh teruja.
Kerana batasan adat dan syariat Menguji kekuatan keteguhan iman Insan yang berkasih…
Mendengar rangkap terkahir lagu tersebut, hati Lisa luluh. Betapa lagu tersebut menyentuh hatinya dan amat bermakna dirasakan. "Lisa, kenapa ni?" soal Fatin, risau memerhatikan sahabatnya yang kelihatan murung sedari tadi. "Fatin.. Aku malu.. Tak sepatutnya aku cakap macam tu.. Aku perempuan.. Fatin…." bisik Lisa perlahan, cukup berhati-hati. "Takpe.. Belajar dari kesilapan.. ye?" pujuk Fatin sambil mengusap lembut belakang badan Lisa, cuba menghilangkan keresahan teman baiknya itu. "Bercerita tentang pasangan yang bercinta, tahu tak adik-adik, kaum hawa dikurniakan sebanyak 99 daya tarikan. Namun satu-satunya daya tarikan yang paling istimewa adalah perasaan malu. Setinggi mana perasaan itu ada pada dirinya, semahal itulah harganya. Kaum hawa…." ayat seterusnya yang diungkapkan oleh salah seorang anggota kumpulan UNIC itu sudah tidak didengari oleh Lisa. Fatin pantas menggenggam erat jari-jemari teman baiknya itu. Gadis itu kelihatan sedikit tenang, cuba menyeka air mata yang berlinangan. Setelas konsert berakhir, Lisa dan Fatin berjalan-jalan menuju ke gerai yang berada di sekitar kawasan tersebut. Mereka berhenti di salah sebuah gerai yang menjual barangan computer riba. Lisa membelek-belek skin laptop dan akhirnya memilih untuk membeli skin hitam bergambar blackwidow. "Bang, boleh cepat sikit tak..?" pinta gadis itu tiba-tiba. Setelah barang dan wang bertukar tangan, Lisa pantas memaut tangan temannya yang berada tidak jauh daripadanya. "Jom…" ajak Lisa sambil menarik Fatin untuk bergegas pulang ke kolej kediaman mereka. Fatin yang kelihatan terpinga-pinga hanya menuruti kehendak temannya itu tanpa sebarang pertanyaan. Lisa mengeluh lega. Kini gadis itu telah sampai di biliknya. Jantungnya masih lagi berombak kencang, terbayang-bayang bayangan teman karib Amran, Haikal, yang berada di sebelahnya sebentar tadi dan kelibat Amran yang menuju ke arah mereka. Lisa tidak dapat membayangkan bagaimana perawakannya ketika itu dengan keadaanya yang agak kelam kabut dan tergopoh-gopoh meninggalkan tempat tersebut. Usai solat Isyak, seperti biasa Lisa mendoakan kesejahteraan ibubapa dan keluarganya. Amran juga tidak ketinggalan di dalam doanya. Gadis itu memohon agar Allah mendekatkan Amran kepadanya jika lelaki itu adalah untuknya. Namun, jika Amran bukan takdirnya, gadis itu meminta agar dijauhkannya daripada Amran dan luputkanlah bayangan Amran daripada fikirannya. ****************************
Sebulan selepas insiden tersebut, masing-masing masih tetap menyepi. Seorang mendiamkan diri disebabkan gagal memafkan diri dan seorang lagi menyepi kerana gagal memaafkan orang yang menyakiti diri. Selepas konsert, pernah beberapa kali Lisa bertembung dengan Amran ketika berada di dalam kawasan kampus, namun gadis itu hanya mampu menundukkan kepala, malu terhadap kesilapan yang telah dilakukannya. Namun apabila kelibat Amran semakin menjauhinya, Lisa memandang sayu, merenung bayangan yang kian menghilang. Perasaan bahagia yang selalu dirasainya ketika melihat lelaki tersebut kini bertukar kepada perasaan hiba. Hatinya sebak tiba-tiba. Air mata yang bergenang cepat-cepat diseka, Lisa berjalan lemah, meneruskan perjalanannya yang terhenti. Keadaan di antara mereka berlanjutan dan pada waktu itu, pada pelajar di Universiti Tun Hussein Onn sudah pun berada di dalam ‘study week’, sebagai persiapan untuk mereka menhadapi final exam yang akan berlansung dalam dua minggu sahaja lagi. Fikiran Lisa buntu dan jiwanya berkecamuk. Dia merindui Amran tapi pada masa yang sama, perasaan marah tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam hatinya. ‘Dah lebih daripada sebulan.. Dia tak de hak untuk hukum aku macam ni.’ bisik hatinya, geram. Petang itu, Lisa bertembung dengan Amran ketika dalam perjalanannya ke perpustakaan. Sesungguhnya pertemuannya dengan lelaki itu setelah sekian lama bayangan lelaki itu menghilang, amat ditunggu-tunggunya. Lisa yang selalunya menundukkan kepalanya ketika terserempak dengan Amran, buat pertama kalinya memandang lelaki tersebut dengan penuh rasa benci yang membuak-buak di dada. "Good Luck for your Math Exam.." Mesej yang baru sampai itu ditatap berulang kali. Gadis itu bingung. ‘Kenapa tiba-tiba pulak dia mesej aku?’ Lisa tertanya-tanya. Setelah sekian lama lelaki itu menyepikan diri dan hilang tanpa berita, kini insan itu muncul tiba-tiba. Lisa membalas mesej tersebut dengan ucapan yang sama. Lisa termenung, memikirkan kebarangkalian-kebarangkalian yang pasti untuk menjawab persoalan yang timbul di benaknya. ‘Ke… Sebab aku jeling dia macam nak mati time jumpa dia petang Rabu hari tu?’ Bisik hati kecilnya. Beberapa hari selepas itu, hubungan mereka kembali pulih seperti biasa. Namun gadis itu masih merasakan adanya jurang di antara mereka. Insiden yang berlaku tempoh hari telah membuatkannya lebih berhati-hati agar tidak melukai insan yang disayanginya. Lisa betul-betul tidak mahu pisang berbuah dua kali. Amran juga telah memohon maaf daripadanya. ***************************************************
Sehari sebelum Lisa pulang ke kampung sempena Hari Raya yang bakal menjelma, Lisa bungkam. Perasaan cemburu menyelinap tatkala melihat komen Myspace yang dihantarkan oleh Fatihah kepada Amran. "Aik, kau memang tunggu aku ke Am….? Sorry.. Aku tak tau kau tunggu aku….. Komen yang dihantar oleh Fatihah membuatkan Lisa tidak selesa. Lisa sebenarnya tidak kisah dengan siapa pun Amran mahu berkawan, tetapi apabila Amran berhubung dengan Fatihah, hati Lisa akan terusik dengan serta-merta. Nur Iman Fatihah merupakan salah seorang sahabatnya dan juga rakan sekelas Amran dan Lisa sewaktu di kolej matrikulasi dahulu. Gadis itu kini sedang menyambung pengajiannya di Australia. Kehadiran Fatihah merunsingkan Lisa. Fatihah yang pandai, comel, cukup imannya, berbudi bahasa dan baik hati membuatkan Lisa berasa sedikit tergugat. Apalah dia kalau mahu dibandingkan dengan gadis itu yang hampir sempurna. "Lisa, satu-satunya perkara yang mesti ada dalam sesuatu hubungan adalah KEPERCAYAAN, kau tahu tak?" tegas Fatin. "Betul ke?" Lisa menunjukkan sikap acuh tak acuh. Fikirannya buntu. Lisa penat memikirkan samaada Amran ikhlas bersamanya atau sekadar ingin mempermainkan perasaannya. Lisa tertanya-tanya, adakah perubahan dirinya adalah sia-sia? Sudah hampir satu semester gadis itu cuba membaiki kekurangan pada dirinya. Daripada seorang gadis yang banyak cakap, Lisa berubah menjadi seorang yang pendiam. Daripada seorang gadis yang merimaskan, Lisa kini lebih banyak menghabiskan hari-harinya tanpa Amran. Hatinya juga menjadi semakin keras, mungkin disebabkan sudah terbiasa dengan sikap Amran yang mengajarnya agar berdikari. Amran juga membantu Lisa menjadikannya semakin matang dan mendekati Pencipta Yang Maha Esa. Selepas befikir panjang, Lisa akhirnya mencapai telefon bimbitnya. "Amran, aku percayakan kau." Mesej Lisa cukup ringkas namun mempunyai isi tersirat yang cukup mendalam. "Lisa, kau kenape?" balas Amran, kehairanan dengan sikap Lisa yang berubah tiba-tiba. Beberapa hari yang lalu, gadis itu kelihatan ceria. Namun kali ini gadis itu tiba-tiba berubah dalam sekelip mata. "Arghhh.. Takpe, aku just nak kau tau je. Walau ape-ape pun, aku tetap percayakan kau," tegas Lisa. Lisa tahu, dia tidak sepatutnya berprasangka buruk tentang Amran. Gadis itu kelihatan cuba meyakinkan dirinya agar tidak berfikiran negatif walaupun sudah terpapar bukti yang nyata. "Kau ok ke tak ni?" soal Amran ketika menelefon gadis tersebut. Amran keliru, apakah yang sebenarnya yang telah berlaku? "Aku ok. Tak pe lah.. Aku nak balik kampung dah ni. Papa aku dah datang. Jaga diri. Nanti lah aku call kau balik ye… Assalamu’alaikum…" janji Lisa, walaupun dia sendiri masih lagi tidak tahu caranya untuk menjelaskan konflik yang dihadapinya sendiri. Pada malamnya, setelah siap menunaikan solat sunat Tarawikh bersama-sama dengan keluarganya di masjid berdekatan, Lisa mengambil keputusan untuk menelefon Amran. "Assalamu’alaikum.." Perlahan suara gadis di hujung talian. Masih memikirkan apa yang patut diberitahu kepada lelaki itu. "Wa’alaikummussalam…" balas Amran. "Am.. I need to tell you something. Are you ready for this?" soal Lisa. Emosinya kian terganggu. Lisa tahu, dia seharusnya bijak menyusun kata-kata agar insiden yang terjadi pada hujung semester yang lalu tidak berulang sekali lagi. "Nope.. I’m totally not ready for this," pintas Amran. Bimbang Lisa akan meluahkan perasaan padanya untuk kali yang kedua. Amran cukup bimbang akan perkara itu kerana dia masih belum bersedia untuk menerima sebarang komitmen. "Kalau kau dah serabut dengan aku.. Bagitau je lah aku Am.. Aku tak kisah.." kata Lisa lagi. Cuba melengah-lengahkan masa untuk mengumpulkan tenaga, memberitahu Amran apa yang sebenarnya mengguris hatinya. "Apa yang kau cakap ni? Aku tak serabut pun dengan kau. Kenapa ni..?" Kata-kata Lisa membuatkan Amran bertambah bingung. "Hidup kau sekarang ceria… kan? Dulu Amran yang aku kenal, menyepi je.." ungkap Lisa, berkias. Masih sukar untuk memberitahu perkara yang sebenar. "Lisa, we just FRIEND Ok? Ke kau rasa sebagai seorang kawan kita tak payahlah main calling-calling macam ni lagi? Kan?" suara Amran tenang namun cukup tegas. Tersentak gadis itu buat seketika. Kedinginan Amran dirasainya lagi. Sudah banyak kali Amran bersikap begitu. Lisa pening memikirkan puncanya. Sudah beberapa kali dia cuba memulihkan hubungan mereka yang semakin hambar, namun semakin lama, hubungan mereka kelihatan semakin parah dan tiada lansung tanda-tanda menunjukkan mahu pulih. "Apa kau cakap ni? Aku tak faham…" rengek Lisa, berpura-pura tidak mengerti sedangkan dia memang sudah faham akan perkara itu. Amran mengulangi kata-katanya namun Lisa tetap bertegas dia masih tidak mengerti. Akhirnya Amran mengalah, membiarkan sahaja gadis itu berpura-pura tidak mengerti akan maksudnya. Emosi Lisa semakin berkecamuk. Tambahan lagi kata-kata lelaki itu sebentar tadi betul-betul membuatkannya kecewa. ‘Apakah aku ini hanyalah seorang teman biasa?’ hatinya bersuara, meminta kepastian. Akhirnya Lisa meluahkan segala yang terbuku di hatinya. "Amran, look, I’m tired.. I’m tired of everything…." Suara Lisa yang bergetar dan semakin tenggelam menyebabkan suasana malam itu sedikit tegang. Keadaan senyap seketika. Mungkin Amran sedang menantikan ayat yang seterusnya. "Aku tak suka kau main-mainkan aku.. You make a fool of me. Aku tak suka.." ungkap Lisa, meluahkan segala yang terpendam di lubuk hatinya. Ingin sahaja dia berterus terang. ‘Aku tak nak hubungan kita sampai ke penhujungnya nanti..’ namun ayat tersebut dibiarkan sahaja bermain di sudut hatinya. "Bila masa pulak aku mainkan kau?" tanya Amran. Fikirannya bercelaru disebabkan kata-kata Lisa yang sedari pagi tadi asyik menimbulkan tanda tanya di benaknya. "Aku baca komen daripada Fatihah dalam My Space kau pagi tadi.. Kau memang sukakan Fatihah ke..? Dia cakap kau tunggu dia.. Betul ke?" Kata-kata Lisa yang berbaur cemburu sedikit sebanyak memberi gambaran kepada Amran tentang apa yang berlaku. "Komen? Oh, komen tu… Tak lah.. kau salah faham tu. Aku tak tunggu dia pun, betul…," jelas Amran, cuba meleraikan masalah yang timbul. Lisa terkejut. "Salah faham nampaknya…" bisik hatinya lega. "Sorry Am.. Salah faham nampaknya.. Sorry ye?" pinta Lisa. Walaupun kekecewaannya sebentar tadi masih dirasai, namun bagi gadis itu, cukuplah sekadar hatinya lega mendengarkan penjelasan yang sebenarnya. Perbualan tiba-tiba terputus. Lisa menanti panggilan daripada Amran pada malam itu, dengan harapan Amran akan cuba memulihkan keadaan yang berlaku. Namun akhirnya gadis itu tertidur dengan telefon bimbitnya masih lagi digenggaman. ***********************************************************
"SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN." Mesej Amran yang diterima dipandangnya kosong. ‘Ahh.. Sekadar nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan..’ amar hati kecilnya. Gadis itu masih terluka dek perbuatan Amran yang semakin lama semakin cuba menambahkan jurang di dalam hubungan mereka. ‘Friend..?’ hatinya berbisik sayu, jelas masih lagi terluka dengan kata-kata Amran pada beberapa hari yang lalu. "Abang Long, kau rase.. patut tak aku bagi biskut Almond Suji ni pada Am?" tanya Lisa pada abangnya. Hatinya masih berbelah bagi. Lisa betul-betul kecewa, namun biskut yang telah dibuatnya khas untuk Amran tidak sanggup dibiarkan begitu sahaja. Lantas diambilnya biskut yang masih tersusun di atas dulang pembakar dan dimasukkan berhati-hati ke dalam bekas yang telah disediakan untuk Amran. "Alah.. bagi je.. kan kau buat untuk dia..Mama pun dah belikan biskut jenis ni untuk kita untuk raya esok. So, biskut ni khas untuk Amran kau," tegas abang Lisa, mengurangkan rasa serba salah yang bermain di hati adik perempuannya itu. Muka Lisa kelihatan suram. Lisa lansung tidak bermaya. Salah faham yang berlaku di antaranya dengan Amran betul-betul membuatkannya tidak teruja dengan kedatangan Syawal yang bakal menjelma untuk keesokan harinya. "Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar…." Lisa merenung juadah Hari Raya yang berada di depan matanya. Pagi itu, terlalu hambar dirasakannya. ***********************
"Lisa… ape maksud kata-kata kau malam tu?" soal Amran sebaik saja menemui Lisa di bahagian tempat letak kereta di hadapan kolej kediaman para mahasiswa. Biskut Almond Suji buatan Lisa yang kininya telah siap terikat reben kuning beserta dengan sekeping kad ringkas yang juga berwarna kuning lembut telah bertukar pemiliknya. "Terima kasih.." ucap Amran sambil menyerahkan pula biskut raya yang dibawanya kepada gadis tersebut. Lisa menyambut plastik yang dihulurkan ke arahnya. "Lisa, ape maksud kata-kata kau malam tu?" ulang Amran buat kali keduanya. "Aaa.. Kenape tiba-tiba kau tanya tentang perkara ni?" soal Lisa, cuba menahan debaran di dadanya yang kian kencang. "Tak, malam tu.. ape maksud kata-kata kau? Kau cakap kau letih.. Kau cakap tentang kita.." soal Amran lagi, mungkin sedang mencari jawapan kepada persoalan yang telah lama bermukim di hatinya. "Aaa.. perlu ke kite bincang sekarang?" ujar Lisa, cuba berdalih. Lisa sebenarnya agak terkejut dengan sikap Amran yang tiba-tiba berbeza daripada biasa. Amran pada malam itu, cukup tegas dengan kata-katanya dan kelihatan agak serius. "Nevermind, I’ll give you time.." balas Amran lembut, membuatkan perasaan serba salah tiba-tiba menyelinap di hati kecil gadis tersebut kerana membuatkan insan di hadapannya tertanya-tanya. "Sebenarnya aku… Aku…" Lisa cuba mengatur kata namun perasaan kekoknya pada malam itu masih ketara dapat dilihat. Lisa tunduk memandang biskut pemberian lelaki itu kepadanya. "Takpe takpe.. Take your time.." ungkap Amran sambil ketawa kecil. Mungkin geli hati melihat Lisa yang agak kelam-kabut ketika itu. Lisa yang pada ketika itu sudah berada di tempat duduk belakang kereta Proton Iswara yang dipandu Amran kelihatan resah dan sibuk memintal-mintal bahagian hujung plastik yang berada di ribaannya. Lisa gelisah. ‘Apa yang aku nak cakap ni… Adui.. Kenapa sekarang pulak.. Malu la macam ni.. Aku tak ready lagi…’ getus Lisa di dalam hati. "Am, nak handphone kau boleh?" Lisa mendongakkan kepalanya, memandang Amran yang kelihatan cukup selamba, bersandar di bahagian tepi kereta tersebut. "Nak buat ape?" soal Amran, mengerutkan kening, hairan dengan permintaan gadis itu secara tiba-tiba. "Ade lah…." jawab Lisa, tersenyum nakal. Lisa mengambil telefon bimbit yang diberikan Amran kepadanya dan kemudian dikeluarkan pula telefon bimbitnya. Dalam perjalanan pulang dari rumah teman sebiliknya untuk berhari raya pada petang tadi, mereka telah singgah di Pacific. Ketika menunggu rakan-rakannya yang di cashier, Lisa terpandang akan sebuah kedai aksesori. Puas dibeleknya barang-barang yang berada di kedai tersebut dan akhirnya gadis itu membeli sepasang rantai penggantung telefon bimbit ‘Nightmare before Christmas’. Sebenarnya pada malam itu, Lisa telah bertekad. Jika Amran tidak mahu menerima pemberiannya, akan dipulangkannya semula gambar passport Amran yang telah lama disimpannya secara senyap-senyap. Gambar tersebut dicuri Lisa ketika dia meminjam bagpack lelaki itu sewaktu ke Syah Alam, bersama-sama dengan rakan sepasukannya untuk latihan bola keranjang. Bagi Lisa, malam itu adalah malam penentu segalanya. Rantai penggantung telefon bimbit tersebut merupakan sepasang. Satu untuknya dan satu lagi buat Amran. "Boleh tak?" soal Lisa menahan getaran suaranya. Lisa bimbang Amran akan menolak pemberiannya. Lisa bimbang malam itu akan menjadi malam yang paling pahit untuknya. Pandangan Lisa disambut dengan anggukan daripada Amran. Hati lisa melonjak keriangan. "Alhamdulillah…" ucapnya di dalam hati. "Lisa… sebenarnya… hadiah kau ni.." Tiba-tiba Amran bersuara menyebabkan Lisa yang sedang cuba sedaya upaya memasangkan aksesori tersebut serta merta mendongak merenungnya penuh makna. ‘Tak kan.. Tak kan dia tak nak terima benda ni?’ keresahan menyelubungi diri Lisa. Hatinya semakin berombak kencang. Menantikan ucapan seterusnya daripada si dia yang berada di depannya. "Tak.. kau banyak bagi aku barang… Aku segan lah.." jelas Amran membuatkan Lisa menghembuskan nafas lega. "Am.. benda ni murah je pun.. Aku kasi ni pun sebab tadi aku tiba-tiba teringatkan kau. Jangan serba salah ye? Tak kan aku nak cabut balik…" pujuk Lisa, tersenyum simpul sambil memberikan telefon bimbit itu semula kepada tuannya. "Ye laaa…" ujar Amran sambil membelek-belek aksesori ‘Nightmare before Christmas’ yang tergantung di bahagian hujung telefon bimbitnya. "Sebenarnya…" Lisa mengagahkan dirinya bersuara menyusun kata. "Banyak sangat salah faham yang terjadi antara kita dalam semester ni… kan?" keluh Lisa, perlahan. Amran tunduk, merenung wajah gadis tersebut, menantikan ayat yang akan diungkapkan seterusnya. "Aku ingat kau main-mainkan aku. Aku baca komen Fatihah tempoh hari dan aku rasa macam ada perkara yang kau sembunyikan daripada aku. Aku mintak maaf.." kata Lisa. "Lisa.. sebenarnya.. Kau tak tau.. kata-kata kau malam tu betul-betul buat aku jadi tak selesa. Mendengar suara kau yang timbul tenggelam tu, aku gelisah, serba salah. Dah beberapa hari aku tak dapat tidur memikirkan kata-kata kau. Apa yang terjadi? Kenapa kau cakap macam tu? Kau cakap kau letih.." tutur Amran laju, menunjukkan kesungguhannya untuk mengetahui permasalahan yang sebenarnya. Lisa terkesima. Direnungnya lelaki yang berada di hadapannya tanpa sepatah kata. ‘Betul ke ini Amran yang aku kenal?’ hatinya berbisik. Lisa terkejut dengan kesungguhan Amran menutur kata. Sememangnya perkara itu memang tidak pernah diduganya. "Kau tahu tak, aku betul-betul nak tahu apa yang terjadi pada kau. Aku betul-betul bimbang. Bila kau cakap pasal Fatihah, aku tahu, mungkin susah kau nak percaya sebab bukti ada di depan mata. Kau tengok komen tu kan? Tapi percayalah, aku tak berniat pun macam tu.. Fatihah dengan aku, kami cuma kawan.." kata Amran lagi bersungguh-sungguh agar gadis yang berada di depannya dapat memahami gelodak hatinya. "Kalau kau nak tahu, kesemua mesej yang kau hantar pada aku, masih lagi dalam simpanan aku," sambung lelaki itu lagi. Lisa terdiam. Degupan jantungya kian kencang. Segala yang diungkapkan oleh Amran sebentar tadi membuatkannya kelu untuk berbicara. Sudah hampir dua tahun Lisa menyakinkan diri dengan perkara yang dia sendiri tidak pasti. Dan pada malam itu, kata-kata Amran yang seolah-olah menyatakan Lisa adalah insan penting buatnya betul-betul memberi Lisa semangat baru. "Am… terima kasih…," tutur Lisa yang sedari tadinya asyik menundukkan kepalanya. Betapa kata-kata tersebut membawa satu makna yang besar di dalam dirinya. "You are my only one…." Tulus ikhlas ucapan yang Amran cukup menyentuh hati gadis tersebut. ‘Alhamdulillah…’ hati gadisnya berbisik penuh makna..... *******************************
‘Adakah ini cinta ataupun aku hanya mahu memilikinya…?’ bisik hati kecilnya. Semakin hari, dirasakan perasaan kasihnya kepada lelaki tersebut makin padam. Lisa bingung, apakah yang terjadi di antara mereka? Selama ini, lelaki itulah yang dinanti-nantikannya. Selama ini, dia lah yang betul-betul menagih kasih daripada lelaki tersebut dan selama inilah Amran dipujanya, dijadikannya teman sewaktu tidurnya dan Amranlah satu-satunya insan yang telah dibukakan pintu hati untuk menerangi dirinya. Hampir setiap malam Lisa cuba mengingatkan dirinya tentang kasihnya pada lelaki tersebut, namun perasaan sayang yang dahulunya bermaharajalela di dalam hatinya itu kini menghilang entah ke mana. Lisa buntu. Bagaimanakah perkara itu boleh berlaku sedangkan hampir dua tahun dia menanti-nantikan insan tersebut. Dan sekarang? Hatinya pula yang berubah. "Fatin.. Macam mane ni.. Kenapa jadi macam ni…" rengek Lisa setelah meluahkan masalah yang terbuku di dalam hatinya kepada teman karibnya itu. "Erm.. Saya pun tak tau nak nasihat macam mane…" tutur Fatin yang hampir kelihangan kata-kata. "Please Fa… I don’t want to lose him…" pinta Lisa. "Entahlah.. Ni perasaan awak.. Awak try fikir masak-masak ye.. Betul atau tak awak cintakan dia…" cadang Fatin kepada gadis tersebut. Risau dilihatnya apabila gadis itu asyik bermuram durja sejak kebelakangan ini. Hendak dikatakan hubungan mereka berdua tidak berjalan lancar, baru beberapa hari dilihatnya gadis itu berbual panjang dengan jejaka idamannya itu melalui telefon. "Takpe.. Don’t worry.. Walau apa-apa pun yang terjadi.. Saya akan pastikan perasaan sayang ini akan kekal sampai bila-bila," kata Lisa sambil mengenggam tangannya, bertekad agar tidak kalah dengan mainan perasaannya. **************************
"Dah siap ke?" soal Irma kepada teman-teman sebiliknya. Pagi itu mereka berempat telah bercadang untuk menghabiskan masa bersama-sama dengan berjalan-jalan di sekitar kuantan. Disebelah paginya mereka merancang untuk pergi berkelah di Air Terjun Batu Pahat, sementara di sebelah petangnya mereka akan keluar menjalankan aktiviti biasa bagi gadis-gadis remaja zaman sekarang – Shopping Time! Kelihatan Yati, Min dan Irma telah siap dengan t-shirt dan track suit, sementara Lisa pula mengenakan seluar baggy nya dan kemeja hitam beserta t-shirt pink. Lisa tidak merancang untuk mandi kerana gadis itu sebenarnya tidak gemar berpicnic. Tambahan lagi pada waktu itu dia tidak sedap badan dan hal inilah dijadikannya alasan untuk menolak ajakan teman-temannya untuk turut serta mandi bersama-sama mereka. Udara yang segar di air terjun tersebut betul-betul membuatkan Lisa tenang. Ketika teman-temannya itu sedang leka bermandi-manda, Lisa menyiapkan sandwich. Setelah siap, komik cinta terbitan Gempak Starz itu dibukanya. Lisa leka dengan bacaannya sehingga komik itu selesai. Gadis itu kelihatan termenung buat beberapa ketika dan akhirnya dikeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. "Tutt tuttt… Tutt tutt…" Lisa menekapkan telefon bimbit itu ke telinganya. "Amran?" sergah Lisa ketika panggilannya dijawab. "Hmmm.." bunyi suara di hujung talian agak perlahan, jelas menunjukkan bahawa lelaki itu masih lagi diulit mimpi. "Banguuunnnn.." sergah gadis itu lagi. "Hmmm…" jawab Amran. "Kau tido lewat ke semalam?" soal Lisa. "Hmm…" Suara lelaki itu masih lagi perlahan, mahu kembali ke alam mimpinya. "Ok… Takpelah.. Ko tidur lah ye.. Nanti karang kau bangunlah.. Ok, bye…." ujar Lisa lembut walaupun ketika itu gadis itu kelihatan terpinga-pinga. ‘Ish.. Sejak bile plak die start bangun lewat ni..’ Lisa kembali merenung keadaan di sekitar kawasannya. Kelihatan bilangan pengunjung telah bertambah. Beberapa buah famili kelihatan membentangkan tikar tidak jauh daripada tempat mereka. Ada juga beberapa pasangan kekasih yang sedang asyik memadu asmara. ‘Hisshhhh, tak takut azab ke diaorang nih??" bisik hatinya sedikit marah melihat pasangan kekasih yang berada di depannya berpegangan tangan dan berpelukan. Hari merangkak senja dan Lisa telah beberapa kali membelek-belek telefon bimbitnya. Iffa telah menelefonnya meminta Lisa mengambilnya di terminal pada pukul 9 nanti. Namun sebenarnya bukan disebabkan Fatin telefon itu dibeleknya. Gadis itu sebenarnya menunggu panggilan daripada Amran untuk memujuknya kembali kerana enggan bangun pada pagi tadi. Namun penantiannya kini hanyalah mengundang kekecewaan. Lisa dipamit duka, usahanya untuk memastikan rasa cinta kepada lelaki itu berterusan kini sia-sia. Lisa geram, sepatutnya lelaki itu membantunya untuk mengurangkan jurang di antara mereka. Namun segala penat jerihnya rupa-rupanya hanyalah tidak berguna. Perasaan Lisa kepada Amran kini bukan hanya berkurangan tetapi hampir-hampir kosong. Gadis itu termenung, kelihatan fikirannya telah melayang jauh entah ke mana. ****************************
"Alamak….." kaget kelihatan gadis itu me log out semula akaun Yahoo Messenggernya. Lisa kelihatan kelam kabut, kebimbangan terpapar di wajahnya. "Matilah saya… Macam mana saya tak perasan saya log in akaun die…" rintih Lisa pada Iffa. "Lisa, awak tak perasan ke? Habis? Apa jadi?" Soal Fatin, turut sama kaget. "Entah.. Sebab laptop saya selalunya akan memang automatik log in YM. Saya tak tau saya boleh masuk akaun dia.. Sampailah ada kawan dia nama Nazrul call dan send me a message. Saya tanya-who are you?? Sebab saya marah dia kacau saya time Maghrib.. Then lepas dah agak lame sesi soal jawab tu.. Baru saya perasan nama yang terpampang tu bukan Lisa.. Tapi Amran!!!! Mesti die ingat selame ni saya memang selalu buat macam ni. Fatin.. Ini privacy die.. Ape dia akan fikir kalau dia sapat tahu…" Gadis itu kelihatan kusut. "Takpe takpe.. Cuba call Amran and explain kat dia.. Saya rasa dia faham…" pujuk Fatin, cuba memulihkan semangat gadis tersebut yang semakin hilang. Lisa tahu perkara ini sebenarnya hanya perkara kecil yang mungkin tidak akan membawa apa-apa masalah terhadap siapa-siapa yang menghadapinya. Namun bukan bagi mereka berdua yang sememangnya sedang dilanda masalah. "Assalamu’alaikum…" tutur Lisa berhati-hati. Debaran di dadanya mulai kencang. "Wa’alaikummussalam…" jawab suara di hujung talian. Perbualan terhenti seketika. Gadis itu kelihatan kehilangan kata-kata. ‘Macam mane aku nak cakap nii…’ gerutunya di dalam hati. "Iye? Kenape? Aku baru lepas main bola.." soal Amran, kelihatan terpinga-pinga dengan ketegangan yang melanda. "Aku… Aku minta maaf.." mohon gadis itu berkali-kali. Dijelaskan tentang apa yang berlaku dan tegasnya perkara itu memang tidak disengajakan. "Takpe… Takpe.. Tak sengaje, kan?" kata Amran, cuba menenangkan gadis itu yang kelihatan dihimpit kesalahan. "Betul kau orait?" soal Lisa, meminta kepastian. "Yup," balas Amran bersahaja. Meleraikan segala permasalahan yang timbul. "Thanks…" balas Lisa, dan perbualan dihentikan. Namun malam itu, gadis itu masih kelihatan resah. Entah mengapa dirasakan perasaan bersalah yang timbul di dalam dirinya masih tidak berkurangan dan semakin lama Lisa semakin sesak diselubungi perasaan tersebut. "Am.. Can we talk?" mesej Lisa. "Ok…" balas Amran. "Am.. aku still rasa bersalah.. Entahlah.." luah gadis itu. "Erm… Aku just curious.. Password tu aku bagi time kau gune laptop lama kau kan? How can password tu ada dalam laptop baru kau?" soal Amran, kelihatan seperti cuba menyelidik sesuatu. "That’s why I said I’m sorry… Tapi aku tak pernah log in.. Just tak tahu kenapa tiba-tiba je benda tu auto jadi macam tu… kau marah ke?" soal Lisa berhati-hati. Lisa bimbang Amran akan salah faham terhadapnya. Tidak pernah sekali pun dia cuba memasuki akaun YM milik Amran. "Tak pe lah… It’s Ok…" jawab Amran perlahan. Suasana menjadi tegang. Masing-masing diam membisu di hujung talian. ‘Kepercayaan kau pada aku dah hilang.. Aku tau kau dah mula rimas dengan aku….’ rintih hati gadis itu hiba. Perbualan dihentikan tidak lama selepas itu. Lisa termengkelan, kehilangan Amran tiba-tiba dirasai.
*************************** "Nah, kau kasi dia.. and suruh dia jaga diri elok-elok," pesan Lisa kepada Azman sewaktu menyerahkan gambar Amran yang dicurinya dahulu kepada lelaki tersebut. Gadis itu kemudiannya mengaturkan langkah keluar daripada kawasan cafeteria tersebut. Air mata yang ditahannya sebentar tadi kini berlinangan di pipinya. "Kau kenape Lisa?" soal Mira, salah seorang teman sekuliahnya yang kelihatan terpinga-pinga ketika terserempak gadis itu sedang berlari-lari menuju ke kolej kediamannya. "Tak.. Aku tak apa-apa…" balas Lisa, perlahan sambil cuba menyeka air matanya. Setibanya gadis itu di biliknya, di hempaskan badannya ke atas katil. Lisa tahu, kali ini dia telah membuat keputusan yang betul dengan menghentikan segala-galanya. Sudah lama dia berkira-kira untuk meletakkan tanda noktah ke atas harapannya yang tidak pasti, namun gadis itu sendiri tidak tahu mengapa dia enggan melepaskan Amran. Namun kali ini, gadis itu kelihatan tekad dengan apa yang dilakukannya. Lisa sendiri tertanya-tanya, apakah begitu besar kesalahannya sehinggakan dia terpaksa dihukum sebegitu rupa. Walaupun kini kekesalan yang dirasainya semakin menjadi-jadi gadis itu kelihatan cuba menguatkan dirinya. ‘Kau harus tabah, Lisa. Lelaki itu bukan milik kau dan tidak akan pernah menjadi milik kau.’ "Am.. It’s seems hard to keep in touch with you anymore.. I guess, waiting you is not enough.. And I’m a loser. I’ve try to fix our relationship, but you are not even trying. Erm.. I think I know what you want.. I’ve sent you something through Azman, and you’ll get it by tonight. When you get it, it’s the end. Take care of yourself by now.. May Allah bless you with whatever you do.. Assalamu’alaikum.." mesej tersebut dikirimkan kepada Amran. ‘Mesej terakhir..’ bisik hati kecilnya. Linangan air matanya kian deras mengalir dan akhirnya gadis itu terlena sendiri. "Lisa? Kenapa ni? Kenapa kau pulangkan balik gambar ni pada aku?" soal Amran kepada gadis itu bertubi-tubi. Gadis itu kelihatan semakin parah. Tangisannya menjadi-jadi. Hatinya semakin sayu. Ternyata panggilan telefon daripada Amran malam itu sememangnya membawa mereka kepada persoalan penting. "Am… kenapa lepas kita gaduh je baru kau nak care pasal hubungan kita… Siapa aku di hati kau? Kenape kau buat aku macam ni… Am.. Aku sedih Am.. Kenapa kau tak pernah pun nak berubah untuk sukai aku? Sedangkan aku? Dah lama aku terima kau dalam hidup aku.. Kenapa kau tak boleh terima aku lansung dalam hidup kau… Kenapa Am.. Kenapa…?" "Lisa.. I’m sorry.." perlahan suara di hujung talian. "Am.. Dah berapa tahun Am.. Aku tunggu cinta kau.. Walaupun tak pasti, aku tak pernah menyesal.. Kawan-kawan sekeliling cakap aku bodoh, tapi aku tak pernah ambil kisah. Aku ikut rentak kau… perkara yang kau tak suka, aku cuba elakkan.. Aku jaga kau, macam jaga nyawa aku sendiri.. Apa salah aku Am…?" rintih Lisa lagi. "Lisa…" "Aku ingat dengan ubah sikap aku, aku mampu buat kau sedar akan kehadiran aku dalam hidup kau.. Tapi tak.. Kau tetap tolak aku ke tepi…." Gadis itu kelihatan seperti benar-benar putus asa. "Lisa.." Tiada sahutan. Gadis itu hanya menyepi, menjadikan suasana semakin tegang. "Aku sayangkan kau… Forgive me… Please?" pinta lelaki itu tiba-tiba. "Am…?" soal gadis itu.. Kebahagiaan yang dirasainya tidak terucap dengan kata-kata. Air mata dukanya kini bertukar kepada kegembiraan. Senyuman manis perlahan-lahan terukir di bibirnya. Lisa bersyukur, Amran menghargai kehadirannya. Harapannya terhadap lelaki tersebut kini tercapai sudah. Kenangan-kenangan lalu di antaranya dengan Amran kini mulai bermain-main di mindanya. Gadis itu kelihatan bahagia dan kata-kata Amran sememangnya betul-betul mengubati hatinya yang lara. "Astaghfirullahalazim….." Lenanya terhenti mendengar azan Subuh yang berkumandang. Bantal tidurnya kelihatan lencun dek air mata. Perlahan-lahan digapainya telefon bimbit yang berada di meja. Dibeleknya telefon tersebut berkali-kali, namun tidak tertera pun sebarang panggilan yang diterima daripada Amran. "Amran...."
enth pape la cte ni.... punye la pjg,tup2 ending cm 2 je. aku punye la tahan mate y ngtuk smte2 nk habiskn cerpen ni.. mmg bosannnn!!! sori 2 say.. ni bukan CERPEN tapi CERPAN.cerita panjang!
syg sbb ending cmtu..cerita benar erk? tiada kesudahan..smbung skit lar..
ermm..susahnye la nk phm lelaki.. ak smpai skang 'org tu' menyepi.. so ak nk tau kisah nie.. sbb mybe ending kish hidupku sma ngan eding cerpen nih.. so, x perlu ak tggu2 lagi...:(
HEHE...SAYA TERSENYUM PANJANG SELEPAS HABIS MEMBACA CERPEN AWAK NIE WAHAI RUNHALISA. SUDAH DUA KALI SAYA TERKENA BACA KISAH MIMPI SELEPAS CERPEN "CINCIN UNTUK AISYAH". PER PUN...CITER MENARIK...MEMANG IDEA AWAK MENCURAH2 SEBAB TU CERPEN DAN JADI CERPAN YER...BY D WAY TAHNIAH...TERUSKAN BAKAT YANG ADA.
haha lawak2 punye la panjang cerpen tp tu la ending dia tu kene ubah sikit mmg kite nk buat kelainan tapi utamakan kehendak pembaca itu lebih bagus kan?>
Cinta aku sbji cm ni cerpen ni la. Bf aku dh menyepi skunk. Dy prnh tuduh aku x trust dy. Dy kte trust is important in relationship. Skunk ni aku tgh dy kol aku. Cerpen ko wat aku tersedar-x prlu aku tunggu bf aku tuh dh. Dy x bly maafkn aku. Cinta tak bly dipaksa. Keep writing..
wat letey je bce... nsb baek bnyk skip.. bosan gler... laen kali/.. ce writer bce balik cerpen tu.. pk dlu.. klau ble than xpe gak.. ni x smpai level bole than pun.. bosan y amat.. tp.. xpe.. cube lg...
cerita die menarik.. sy suka baca cuma ending die macam tergantung. jangan giv up or trsa bosan tuk perbaikinya lg.. tahniah tuk percubaan pertama awk (thumbs-up ^_^)
act mang panjang amat la citer ni.... kecewa pasal cite ending tu cume mimpi... mungkin perasaan penulis terbawa2 dlm mimpi, n die cume temui balasan cinta tu dlm khayalan... ahaks.... sy rase kalau la pnulis tukar ending n habiz kan ayat masa amran ckp sygkan lisa, itu da ckup.... biarlah rahsia kejadian tu dlm mimpi dketahui oleh penulis je... may be pembace x sakit ati..... cube lg.....
SORRY TO SAY....AGAK BOSAN...XPHM PN SBNRNYE CITE NI....CITE NI CM KONFLIK DLM DIRI PENULIS YG XTAU NK GARAP CITE...BKN NK JTHKN SMGTLA...CUME SY SBGI PEMINAT CERPEN AND NOVEL NI TERPANGGIL UTK KOMEN....SORRY...
CERITA YANG MEMANG MEMBOSANKAN..TERTEKAN AKU BACA..BERTAMBAH-TAMBAH STRESSS HIDUP BILA BACA CERITA NIE...MENYESALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLNYA AKU BACA....
cm best..tp tak pon, meleret2....jap msk bab nih, jap msk bab tuh, lps tuh, patah balik.otak aku pon dh ting tong bc citer nih... tp tak per, teruskan usaha yea.
pning siot kepala otak aq bce....tp aper pown gud luck n try untk wat ringkas,padat n x memeningkan kepala.....aq ingt best arr sngt citer nie....cuz tjuk dya sma ngan nma aq..... hhuurrmm........
it was my first time read this kind of story it is interesting-the truth you know what. your story its kind of unique. i love this guy. and the girl. unique combination. no hard feeling ok. keep it up!
ingatkan lisa n amran akan bersama..first,berdebar la jgk coz nk tau ape jd..last-last ending x best..sebenarnye ape perasaan amran pd lisa?? curious nk tau..pape pon keep it up okay! XD
omg. nama watak dalam cerpen ni exactly in real life mmg ada dalam hidup saya. im lisa. nama macam faris, haikal, amran n fatin...semua tu orang2 penting dalam hidup saya...
btw for this story. konflik perlu ada penyudah. this story seems like sgt trgantung. and its konflik sebelah pihak. harus ada perkembangan mengenai watak amran juga.
keep writing. percubaan seterusnya mungkin lebih baik.
visit my blog. http://alyssalurvechoc.blogspot.com
good work..tahniah...permulaan baru...boleh tak end kan citer ni betul2 ..adakah saudari cuba nak nyatakan bahawa amran memang permainkan perasaan lisa? lagi satu tajuk cerpen ni lisa x sesuai dengan jalan cerita cerpen ni..anyway maju ke depan aja :)-ein
cerita ni same dengan kisah saye dulu, just saye xdela belajar kat u bagai...suke sangat mintak putus, last2 dapat ape yang nak..hihi..tapi skang alhamdulillah, nasib abik dia putuskan saye..saya dah ade keluarga yang bahagia skang..
aku ni perangai kebudak-budakkan sikit. and i ended up having feelings for a guy yang matang, alim, pandai cakap arab, tegas dan berterus-terang. lepas dua bulan berkenalan, aku confessed kat dia yang aku suka dia, tapi dia buat bodoh je but at the same time masih contact aku dengan rapat. yang sedih nye..klu aku buat perangai macam lisa ni, cuba merajuk atau cakap feeling2 kat fon, mamat ni takkan layan aku and in the end.. aku yang carik die balik. kadang2 aku rase macam org bodoh..mne maruah aku sebagai perempuan?? mcm terbalik pulak watak kitorg; aku dok terkejar2, die pulak jual mahal. sakit hati bile igt balik..alih2 aku yg nangis, dia takde rase pape pun.
kitorg sekarang sama2 belajar kat mesir, and kat sini takleh main jumpe2 laki perempuan kat khalayak ramai! kene kutuk nnt dgn ustaz2! so, mamat ni mmg jage habis la hubungan aku dgn die. rase mcm terlalu jaga pun ade. rase bertambah geram pulak bila die layan aku endah tak endah ni. lagi aku rase nak dia jadi kepunyaan aku! aku pun ade terfikir jugak mcm lisa "aku ni sayang dia ke, atau aku hanya dikuasai perasaan ingin memiliki??"
lepas baca cerpen ni, aku rase aku kena buat mcm lisa jugak. kene cari kata putus dari mamat tu!! klu betul die tak suka aku, aku taknak mengharap lagi! doakan aku dapat kekuatan untuk lepaskan si dia...
citernya menarik......tapi saya lebih suka seandainya lisa bertegas tidak mudah dipujuk rayu..saya nak Amran benar2 menyesal dan bukanya hanya berkata maaf saja....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
conflict nye citer nih...agak boring la...sory to say...truskn menlis...