Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pada aku, tidak mungkin ada dan wujudnya cinta. Bagi aku, cinta pandang pertama tidak pernah wujud. Aku tidak pernah percaya pada cinta. Walaupun aku seorang lelaki, tetapi aku cukup suka dengar lagu “Tidak Percaya Pada Cinta” nyanyian Liyana Jasmay. Mungkin aku sependapat dengan lagu tersebut. Bagi aku, biarlah cinta yang datang padaku. "Awak nak minum apa-apa ke?" soalnya. Buat kali pertama, aku terpesona memandang wajah yang putih itu. Bibirnya cantik dan manis bertudung. "Ya.., saya nak….," Mungkin ke ini yang dikatakan cinta pandang pertama? Buat pertama kali, hati aku bagai terusik sesuatu. "Siapa yang order mocca "ni?" soal seorang pelayan lelaki yang berambut cacak itu. "Kau punya,kan Haziq?" soal rakanku kepadaku. "Sini ada nak cari pekerja part time ke?" soal aku. Rakan-rakanku terkejut memandangku. "Sebenarnya, pekerja dekat sini sudah cukup. Tetapi, tidak salah kalau mahu tinggalkan nombor telefon. Oh ya, esok sudah mula berpuasa. Mungkin kami akan buka pukul 6 petang. Jadi, sempena bulan puasa kami ada pakej baru. Kalau mahu tengok, ini dia," Aku tidak minat mahu melihat apa yang ditunjukkan oeh pelayan itu. Sebaik pelayan itu pergi, rakan-rakanku Izad dan Basir mula buka mulut. "Korang perasan tak, pelayan tadi comel gila. Kalah bintang filem. Dah "tu mekap pun tidak," Basir menyatakan rasa kagumnya. Aku diam sahaja. "Tetapi, perempuan macam itu biasanya tak akan layan sangat sebab dia tahu dia comel," Izad pula berkata. Betul ke dia sebegitu? Tetapi, aku rasa dia tidak begitu. "Haziq, kenapa kau tiba-tiba minat mahu kerja dekat sini? Mak bapak kau bagi ke?" soal Izad pada aku. Aku diam sahaja. "Hendak bayar sekali ke?" lembut suaranya bertanya. Kehalusan suaranya membuatkan aku bertambah melayang. Apa yang patut aku buat? Perlu ke aku tanya nama dia? "Ini bakinya, RM 2.50," dia menghulurkan wang baki kepada Izad. Izad mencuit aku. Aku pula terus memandang wajahnya. "Sudi tak awak keluar dengan saya?" soal aku tiba-tiba. Dia nyata terkejut dengan soalan itu. Tiba-tiba air mukanya berubah. Aku lihat , dia melihat ke arah pintu keluar. Dia menunjukkan ke arah sana. "Pintu keluar di sana ya," pantas tangannya menunjukkan. Aku rasa malu yang amat. Ini ke yang dikatakan cinta tidak berbalas. "Apa kau buat tadi, Haziq? Malunya," Izad nyata tidak puas hati dan mungkin juga seperti aku malu bercampur terkejut. "Nampaknya, kau dah cipta rekod cinta ditolak dalam masa yang terpantas," Basir seolah mengusik. "Sudahlah, awek macam itu tidak patut kau fikirkan sangat. Dia itu tahu diri dia laku sebab itu dia hidung tinggi sikit," Aku diam sahaja. Betul ke? Telefon bimbit aku berbunyi. Lekas-lekas aku menjawabnya. "Ya. Saya….," "Siapa?" soal Izad ingin tahu. "Kafe tadi, dia suruh aku datang kerja esok,"
Kenapa semua ini terjadi? Esoknya, aku datang kerja dengan wajah yang penuh keraguan. Aku datang pukul 6 petang seperti yang dijanjikan. Aku diberikan apron dan topi. "Kamu semua, saya mahu memperkenalkan pekerja baru. Ini dia, Haziq," Nyata, pekerja lelaki lebih ramai di sini. Hanya dia pekerja wanita di sini. "Oh ya, Suci saya nak perkenalkan pekerja baru kepada awak. Dia pun pelajar macam awak. Dia pelajar UiTM. Ambil bidang Undang-Undang. Suci, ini Haziq dia belajar di Politeknik sana. Dia ambil bidang perniagaan antarabangsa. Haziq, ini Suci Murni," Nama dia Suci? Jadi, nama dia Suci. Aku suka nama itu. "Kalau ada apa-apa yang tidak faham, bolehlah tanya dia. Dia baik dan sudi membantu," Aku menghampirinya. Aku senyum pada dia. Ketika itu, dia sedang mengemop lantai. "Hai, saya nak tanya….," "Pekerja lain lagi banyak benda diorang tahu. Awak jangan cuba dekati saya. Saya rimas tahu tak?" tiba-tiba sahaja dia marah-marah. Wajah yang comel itu nyata tetap nampak comel walau sedang marah. Aku tercabar. Pantang lelaki biarkan dirinya ditempik begitu. Mungkin dia fikir aku hendak perhatikan dia semasa bekerja. "Saya nak ingatkan awak. Saya datang kerja di sini tiada kaitan dengan awak. Pasal saya ajak awak keluar semalam, baik awak lupakan dan anggap ia tidak pernah berlaku. Mungkin otak saya tidak berapa betul pada waktu itu. Jadi, jangan ingat saya teringin sangat dengan awak," Kenapa aku berkata begitu? Dia diam seribu bahasa. Kemudian, memalingkan wajahnya. Tidak ke dia marah? "Suci, ada orang nak jumpa," beritahu Yazie yang tinggi lampai itu. Suci keluar dan dia mengeluh. Beberapa orang budak lelaki duduk di meja itu dan Suci menghampiri mereka. "Itulah, Ajai, Aizat dan Murat. Mereka selalu datang sini untuk cari Suci. Biasanya untuk tujuan mengusik dan mengacau. Tetapi, selagi mereka tidak ganggu kerja dia kami tidak kisah. Malah, selain mereka ramai juga lelaki yang datang nak mengorat dia. Mula-mula dulu Suci layan mereka sebagai pelanggan. Tetapi, sekarang makin menjadi pula. Bahkan, Suci pun dah naik bosan," Aku memerhati sahaja. "Suci, berilah saya alamat e-mail awak," pinta salah seorang daripada mereka bertiga. "Suci, awak ada Facebook tak?" "Maaf, saya tiada semua yang awak cakapkan? Saya ini tiada masa nak layari internet," "Janganlah jual mahal. Pukul berapa awak habis kerja? Lepas "ni kita boleh jalan-jalan," Suci mengeluh lagi. "Saya kena tunggu sampai kedai tutup," "Alah, Suci "ni sombonglah. Kami "ni nak kenal dengan awak," Patutlah Suci menyombong semacam. Mungkin dia bosan kerana asyik digoda begitu. Nyata, Suci sukar percaya dengan ketulusan lelaki. Mungkin ke dia ingat aku macam budak-budak lain yang mahu menggoda dia. Nyata, aku tersilap langkah semalam. Terlalu awal aku menghakimi dia. Nyata, dia memang bosan dengan setiap usikan yang datang. "Saudara semua. Saudara semua puasa ke tidak? Saya rasa, kalau niat saudara datang bukan untuk mendapat keberkatan berbuka puasa, ada baiknya saudara semua pergi dari sini dan cari kelab malam yang berdekatan," Nyata , mereka bertiga terkejut.
Aku lihat, Suci masuk ke dapur. Di dapur, dia memasang radio. "Azan Maghrib hampir masuk," Abang Yusuf menepuk bahuku. Sebaik sahaja azan berkumandang dari corong radio, kami menadah tangan membaca doa. "Suci, mahu kurma?" soal Yazie kepada Suci. Suci senyum. Kurma yang dihulurkan disambut dengan senyuman. Pertama kali, aku lihat Suci senyum. Tetapi, sayang senyum itu bukan ditujukan kepada aku. "Haziq, pengurus kata lepas makan, dia mahu jumpa kamu," Suci memandang padaku. "Saya tahu, tetapi walaupun alasan awak itu kukuh tetapi awak tidak boleh bertengkar dengan pelanggan. Nasib baik perang mulut sahaja, kalau diorang pukul atau belasah awak tadi macamana?" nyata pengurus itu memang menegur cara berlapik. Sebaik keluar dari bilik pengurus, aku menyambung mengelap meja. Mungkin aku patut berhenti agaknya. Tiba-tiba satu aroma menyenangkan masuk ke dalam hidungku. Bau coklat. "Tak nak cuba ke?" dia menyoal. Aku pula terpinga. Wah, dia semacam tahu aku sukakan air coklat. Aku mengambil cawan itu dan merasa isinya. "Manisnya," bisik hati aku. "Awak rasa ia manis sebab perasaan awak sedang "pahit" sekarang. Saya tidak bubuh gula pun," "Air apa ini?" "Cioccolato Caldo. Sejenis air coklat dari Italy. Mungkin awak perlu minum pakai sudu sebab dia pekat dan ia macam puding sikit," "Dari Italy?" soalku. "Ya. Warisan dari nenek saya. Dia orang sana," Aku terkejut. Patutlah dia cantik dan menawan. Rupanya dia ada darah campuran. "Manis dan sedap rasa dia," aku memuji. Tetapi, wajahnya tetap menghulurkan senyuman yang biasa sahaja. "Terima kasih pasal tadi," Aku terkesima. "Pasal hal "kelab malam" tu," Sekali lagi aku diam. Nampaknya, aku patut kerja lama di sini lebih lama.
Tamat sahaja perbincangan berkaitan assignment pada petang itu, aku terus mendapatkan bas dan menuju ke Tesco. Aku mahu cari sesuatu. Aku belek sesuatu. "Hai," dia menyapa. Aku terkejut dan menoleh. Wajahnya mengukir senyuman paling manis. "Hai, awak…. Suci," aku rasa bagai mahu gugur jantung aku bila dia memandang aku. "Tak ada kelas ke?" ramah pula dia. "Erm…, dah habis," "Apa awak buat dekat sini? Dia bertanya padaku," "Saya…., saya cari …..," mengapa lidah aku kelu. "Saya teringat coklat panas yang awak buat itu. Saya rasa sedap sangat sampai saya rasa nak cuba-cuba buat sendiri," "Tetapi, kenapa awak pegang susu tepung itu?" soal Suci menahan ketawa. "Susu tepung? Saya pegang sahaja. Lagipun, standard lah orang lelaki tak tahu buat air," aku membalas dengan rasa geram yang amat. Dia seperti biasa tenang tetapi lima saat kemudian dia ketawa. "Marilah ikut saya," "Ke mana?" soal aku hairan. "Mungkin kita sempat pergi sebelum pergi kerja. Lagipun, tempat itu tidak jauh dari sini," Aku lihat, dia bersahaja. Jadi, mungkin dia tidaklah seteruk yang aku bayangkan. Cuma, dia unik dan ada cara dia sendiri. "Awak boleh berbahasa Italy?" aku bertanya ketika kami dalam perjalanan ke tempat letak kereta terbuka. "Awak rasa?" soalnya. Aku memandang ke hadapan. Buat-buat tidak melihat dia yang sedang memandang ke arah aku. "Tidak," spontan dia berkata. "Saya memang berhasrat mahu ke sana suatu saat nanti. Tetapi, entahlah. Mungkin. Saya akan ke sana cari mama saya. Mama sudah lama hilangkan diri," "Awak akan ke sana," "Ya. Mengejar sesuatu yang tidak pasti," "Saya akan ikut awak," Dia memandang aku. Kemudian, dia memandang ke arah langit. "Erm…., ada baiknya kita cepat. Nanti, dia tidur pula," "Dia?" aku bertambah hairan. Dia menaiki kereta Honda Civic berwarna merah. Jadi, Suci mungkin bukan orang sebarangan. Kami tiba di sebuah rumah banglo yang agak besar. Aku hairan, siapa agaknya pemilik rumah ini. "Masuklah. Dia okay," Suci mempelawa. Siapa dia agaknya? Tiba-tiba terpacul seseorang yang agak berusia dan memegang cerut di tangannya. "Inilah, Datuk Hamdi," "Bukan ke dia usahawan yang berjaya itu ke? Bukan ke dia ada restoran di Italy?" "Tepat sekali," dia membalas kata-kata aku tadi. Suci tersenyum manis. Dia mencium tangan Datuk Hamdi. "Suci dari mana?" soal Datuk Hamdi. "Dari kelas," "Kamu kawan kolej Suci ke?" soal Datuk Hamdi sebaik dia labuhkan punggungnya. Aku memandang Suci. "Inilah kawan sekerja Suci. Nama dia Haziq. Dia teringin nak cuba buat Cioccolato Caldo. Tetapi, bahan-bahan itu bukan ada dekat mana-mana sangat. Kalau ada pun, tak banyak," "Kamu mahu Dutch-process powder ?" soal Datuk Hamdi sambil memandang wajahku. Aku mengangguk. Mungkin bahan itu yang aku perlukan. Aku lihat, Datuk Hamdi pergi ke suatu sudut. "Ini dia," dia menghulurkan kepadaku. Wanginya. Suci pula ke arah suatu sudut dan mencapai sesuatu. Dia menghulurkan kepadaku. "Buku resipi. Suatu saat nanti, saya mahu rasa sesuatu dari buatan tangan awak," Aku diam seribu bahasa. Nampaknya, aku masih ada harapan untuk terus berada di samping Suci.
Esoknya, aku lihat Suci sedang mengelap cawan dan gelas. Suci memang teliti dalam soal begini. Aku menghampirinya. "Suci, macamana awak buat Cioccolato Caldo itu ya? Kenapa tak sama rasa dia?" aku mempersoalkan. Suci senyum sahaja. "Setiap benda kalau awak nak buat awak kena serius dan ikhlas. Kalau tidak, tidak akan menjadi," dia berkata sambil membilas pinggan di tangannya. "Awak nak kata saya tak ikhlas ke?" "Bukan. Saya maksudkan kalau awak kena menghayati setiap apa-apa yang awak buat. Bukan main laruh sahaja," Suci aku lihat sedang mengelap tangannya. "Saya bercadang hendak buka restoran dan cafeteria suatu hari nanti. Tetapi, faham-faham sahajalah mama saya cita-cita saya itu akan tinggal cita-cita. Mama kata, bukan senang hendak buka perniagaan sendiri," "Baguslah. Nanti, saya hari-hari boleh rasa coklat panas awak," "Tetapi, bukan senang. Kalau tak ada usaha yang gigih. Cita-cita saya ini melangit tetapi belum tentu tercapai," Aku lihat, dia macam sedih sahaja. "Tetapi, itu semua sekarang. Bila awak dah berjaya nanti awak akan berpuas hati dengan usaha awak suatu hari nanti," "Betul juga," "Suci, Cik Diana nak jumpa dengan awak," "Cik Diana?" aku terkesima. Siapa dia? Aku lihat dia berjalan ke arah wanita yang mungkin bernama Cik Diana itu. "Kalau kamu mahu tahu, itulah tauke kafe ini. Dia itu, tinggal di Pulau Pinang. Cantikkan?" Aku angguk sahaja. Cik Diana yang ditunjukkan oleh Pengurus itu memang cantik persis model tetapi sayang seksi yang amat. Abang Yusuf menghampiri aku. "Hai, kamu pun minat dengan Cik Diana ke?" Aku terus ke dapur. Tidak kuasa aku hendak layan usikan begitu. Aku terasa cemburu pula apabila melihat Suci bercakap dengan Cik Diana lama-lama. Aku mula terasa diri aku tidak penting padanya. "Okaylah, akak rasa tak ada apa sangat ya. Okay, Suci selamat Berjaya. Nanti, apa-apa hal kita jumpa lagi ya," Suci angguk sahaja. Kakak? Tetapi….., "Suci dengan Cik Diana memang rapat. Diorang macam adik-beradik. Kalau kamu mahu tahu, Suci ialah pekerja perempuan pertama yang diambil bekerja. Cik Diana sukar sedikit hendak terima cara kerja orang perempuan," "Kenapa?" "Biasalah. Orang perempuan ini, karenah dia lain. Itu kata cik Dianalah. Tetapi, dia lihat Suci itu berbeza. Lagipun, dia berkenalan dengan Suci semasa dia memberikan satu ceramah di UiTM satu ketika dahulu," Panjang lebar Abang Yusuf bercerita. Aku mula faham kini. Aku lihat, Suci membelek majalah dan fail yang diberikan Cik Diana. Suci menyimpan barang-barang yang diberi Cik Diana tadi. "Banyak dapat kali ini, Suci. Cik Diana ke negara mana pula kali ini?" soal Yazie sambil mengelap gelas. "Erm…., dia ke New Zealand. Ke Christchurch. Biasalah, dia pun ada kafe di sana," Aku mendengar sahaja. Entah kenapa, aku rasa cemburu yang amat. Cemburu kerana wajah Suci berbeza sekali apabila bertemu Cik Diana. Aku terasa cemburu dengan Cik Diana kerana Suci nampak gembira selepas bertemu dengannya. "Suci, awak nak balik ke?" soal aku kepada Suci yang sedang mengemas. "Ya. Tetapi, saya hendak ke Bukit Bintang. Ada hal," Terasa aku kerana ditolak begitu. Terasa sakit. Pantas, aku mencapai topi keledar dan menaiki motor Suzuki kesayangan aku. Aku malas hendak menoleh ke belakang melihat reaksinya. Nyata, mungkin dia berkecil hati dengan sikap aku.
Tiga hari aku tidak datang bekerja. Aku mula terasa badan aku lenguh-lenguh. Tidak larat rasanya mahu bekerja lagi. Angkat barang-barang berat. Lap sana lap sini. Kalau mama dengan papa tahu, memang habis aku. Tetapi, hari ini aku gagahkan juga ke kafe itu. Aku mahu lihat wajah Suci. Tetapi, aku disambut oleh suasana hambar. Abang Yusuf menyambut kedatangan aku dengan wajah yang cuka. Yazie yang terkenal kerana keceriaannya juga begitu. Pengurus memanggil aku. Aku jadi takut. Mungkin ke kerana tiga hari aku tidak datang bekerja. "Haziq, saya nak cakap sesuatu dengan awak," "Apa dia?" soal aku. Aku mula gelabah. "Awak tahu tak, Suci dah berhenti kerja?" Aku terkejut kerana aku tidak tahu langsung soal itu. Suci memang tidak cakap apa-apa. Ah, kenapa Suci berhenti? "Semua sebab saya ke? Kalau saya ada buat salah apa-apa dan menyebabkan dia berhenti, saya minta maaf," Pengurus geleng. "Bukan. Bukan pasal itu," "Habis?" "Dia cakap, dia mahu fokus pada pelajaran dia. Lagipun, awak pun tahu. Bidang dia itu bukan senang. Mama dia pun baru sampai dari Italy. Dia cakap penyakit yang dideritai mama dia itu semakin kritikal. Mama dia mahu habiskan sisa hidup dengan dia. Saya harap awak faham," "Jadi….," "Saya mahu awak kerja terus di sini. Kami lihat, awak dengan Suci ada sedikit persamaan. Cara awak berdua berfikir seakan-akan sama. Suci biasa menyumbang banyak idea untuk kafe ini. Sebab itu, Cik Diana sangat sayang pada dia sungguhpun dia baru setahun bekerja di sini," Harapan yang tinggi. Mungkin ke ada hikmah di sebalik semua kejadian ini? Haruman Cioccolato Caldo terus menusuk hidung aku. Walaupun coklat panas yang pekat itu bukan di depan mata aku, tetapi harumannya seakan segar di minda aku. Lima tahun kemudian……. Segalanya macam mimpi. Sudah lima tahun aku tidak bertemu Suci. Tetapi, ingatannya pada aku tidak pernah padam. Antara percaya atau tidak, aku kini menjadi pemilik sebuah kafe terkenal di Kuala Lumpur. Aku namakannya Ha" Ci Café. Gabungan nama aku dan Suci. Hehehe… sengaja aku buat singkatan begitu supaya orang tidak perasaan.Kafe aku bukan sahaja mendapat tempat di hati orang Melayu bahkan di mata pelancong asing, mereka memuji keenakkan coklat panas aku. Cioccolato Caldo. Aku cuba hasilkannya. Tetapi, tetap tidak menjadi. Tidak pernah terfikir di hati aku mahu jadikannya sebagai salah satu menu di sini. Semalam, mama ada telefon. "Kamu ini, semakin lama semakin berjaya. Kafe pun makin maju. Takkanlah tak ada yang berkenan di hati?" Saat ini wajah Suci terbayang-bayang. "Haziq ikut mamalah," "Eh,mana boleh main ikut-ikut," "Alah, mama sahajalah yang pilihkan," "Tak mahu tengok ke gambarnya? Mama ini, dah ada pilihan untuk kamu. Betul ke kamu setuju. Minggu depan mama boleh aturkan apa-apa yang patut," "Haziq ikut sahajalah," Begitulah dialog aku dengan mama. Aku memang tidak ada kuasa untuk menolak apa-apa. Soal jodoh. Suci masih lagi segar di mata aku. Tetapi, aku sudah berhenti berharap. Aku redha siapa sahaja pilihan mama. Jika benar seperti yang diatur, minggu depan aku bakal tunang orang.
"Assalamualaikum," aku memberikan salam. Salam aku dijawab oleh kekasih hati yang kini sedang berisi sejak enam bulan lalu. Terasa bangga kerana memiliki isteri yang cantik jelita. Rambutnya yang panjang mengurai itu bak sutera dan bibirnya pun merah bak delima. "Abang baru balik?" soalnya manja dan lembut. Aku dipimpin ke sofa. Sejak dia mengandung, aku lihat sifat manjanya lain sedikit. "Awak okay ke? Mana Liza? Kan abang cakap, tak boleh tinggalkan awak seorang diri," "Alah, sikit je "tu. Abang, orang ada satu permintaan," "Apa dia?" soal aku hairan. "Cioccolato Caldo. Orang teringin sangat nak minum itu," "Tapi, Suci sendiri pun pandai buatkan?" aku menyoal. "Tak nak. Nak dari tangan abang sendiri," Aku menggeleng. Aku masuk ke dapur. Aku cuba bancuh apa-apa yang patut. Saat ini, aku tersenyum simpul. Tersenyum tanda bahagia. Tidak pernah aku menyangka, Suci yang aku idamkan selama ini, jadi isteri aku. Pilihan mama nampaknya pilihan aku juga. Sejak berkahwin, kami banyak berkongsi idea tentang kafe. Semasa berbulan madu di Italy dulu, kami berdua banyak membuat kajian tentang setiap kafe yang kami kunjungi. "Dah siap ke bang?" soal Suci dari ruang tamu. Aku membawakan cawan berisi coklat panas itu ke arahnya. Dia menghirupnya kemudian mengenyit mata padaku. Terasa satu kepuasan. "Sedap, kan?" soalnya tatkala selepas aku menghirupnya. "Menjadi juga," aku bersyukur. "Lepas ini, bolehlah buat lagi," Suci berkata. Aku ketawa sahaja. Setelah bertahun, buat pertama kalinya pada hari ini aku berjaya menghasilkannya. Haruman Cioccolato Caldo terus menusuk hidung aku. Seperti mana haruman Cioccolato Caldo itu, seperti itulah semerbak kasih aku pada seorang wanita bernama Suci Murni.
ehh cite ni mcm copy cite kat dlm komic, cuma yang beza dlm komic tu lelaki tu yg pandai bancur, and guna teh bukan coklat.....but anyway nice try , but lain kali cuba guna idea sendiri
sbijik komik secangkir teh caramel..x bce abes pun sbb da tau jln crite..klu tkr2 jln criter ok gak ni sbijik cme watak n mnmn je yg tkr..hik hik..nice job but better buat idea sndiri..myb akan jd lbh mnarik..
bwu nk kumen da ade yg kumen gak..btol la cite nie tiru cite secangkir teh karamel..bezanye tukar jantina watak jek...fes tgk perenggan ptame da taw..tp nsib baek watak tu name haziq..ngeh3
hehe..memg bnyk persamaan ngan komik tu.. penulis..citer ni memg best..tp kalu awk ade idea sndr mesti lg best sb awk pndi main kate..plot pun ok.. pasni wat crite sndri lak ea..sbb crite dr idea sndr tu lebey suci n lebey murni..hehee
memang dari komik..bace ayat pertama pown da tau.. tp best la gak coz dier cuba ubah skit watak n maybe kalo tambah watak sikt da ley jd cite bawu.. but anyway nasib komik fav aq.. best thanz coz wat cite bawu dri buku 2...
Terima kasih atas komen2 anda. saya hargai sangat-sangat. Sebenarnya inilah kali pertama saya adaptasi cerita daripada mana-mana yang saya pernah baca. Saya tidak tiru 100% sebaliknya, saya hanya ceduk dan aplikasikannya mengikut budaya kita masyarakat Malaysia. Jika dalam komik tersebut, sang wanita yang mendambakan cinta sang kumbang. Tetapi, saya kembalikan fitrah asal di mana sang kumbang mengejar sang bunga.
Apa yang saya cuba bawakan dalam cerpen ini ialah pentingnya semangat mencuba. Saya juga ingin bawakan cinta itu mungkin sebahagian daripada hidup tetapi ia bukan hidup sepenuhnya. Saya cuba bawakan watak Suci yang sebenarnya sukakan Haziq tetapi bijak sembunyikan perasaannya demi sesuatu yang dia anggap lebih penting daripada cinta. Secangkir Teh Karamel sebenarnya sebuah komik yang bagi saya sangat bagus dan wajar kita jadikan contoh. watak Sasaki dalam komik tersebut menunjukkan betapa pentingnya kita ada cita-cita dan impian.
saya ingin mengajar masyarakat kita ke arah itu. Saya ceduk bukan ceduk kosong sebaliknya saya ingin ingatkan para pembaca tentang mesej daripada komik tersebut. Komik yang bagi saya wajar dibaca kerana pengisiannya.
Buat pengetahuan pembaca sekiranya ingin membaca karya yang saya tulis dengan idea saya sendiri, bolehlah klik pada cerpen Selamat Ulangtahun Sayang yang pernah tersiar di sini. Untuk novel bersiri, saya ada menulis Selamat Ulang Tahun Sayang 1-3, Misi Sazzalina 1-3. Karya-karya tersebut ialah karya saya sendiri yang tidak diceduk di mana-mana. Atau boleh dapatkan novel saya Di Mana Abang Saya? tulisan Ziela Zie terbitan PTS One. Untuk melihat cover buku tersebut, boleh layari blog saya, www.zielazie.blogspot.com
Hasliza Haliz.... saya minta maaf tgk ejaan nama pun anda tersilap eja. Inilah yang karya saya tulis. Sy minta maaf... sekiranya bahasa saya agak sedap bunyinya... tetapi sayalah penulisnya iaitu Haliza Haliz... saya rasa antara kita tidak pernah ada sengketa... jadi saya harap jgnlah tuduh saya menyamar atau sebagainya...Terpulang kepada awak hendak percaya atau tidak.... tetapi memang menggunakan nama Haliza Haliz ini sejak mula2 saya menghantar karya di sini iaitu menerusi cerpen Selamat Ulangtahun Sayang...
Malah, saya harap sangat kerjasama awak janganlah kita bersengketa di sini. Tolonglah hormati karya orang lain dan janganlah tuduh orang lain tanpa bukti tambahan lagi antara kita tidak saling kenali....
Malah, apa-apa yang saya pernah tulis dan hasilkan di sini masih dalam simpanan di lap top saya. Sekian.
x kisah la tiru ka..x ka..sy ska crita ni.Klu crita cinderella ble d filemkn berulang2 kali n berbagai versi,ni kn pla cerpen @ novel..yg pntg bkn 100% copy n crita 2 best..slmt maju jaya buat hasliza........;)
xksah la haliza.yg pnting awk da cuba kn...usaha tu pntg,,sy suka crita ni wlupn dorg sume kte crita cplak ke ap ke yg pntg awk da try! n nice story...jln citer dy mnarik wlupn org kte cplak...all the bst n buat g crpen yg bst2..hsil drpd awk...tnjkkn awk leh hslkn crpen yg trbaek...do the bst...sy ske cte ni.i like it! _fyezza liyanna_
erk???? walaupun copy paste dr mana2 citer pun...sy nk bgthu citer ni still xbest.. lain kali kreatifla xckit.. ingatkan kalu copy dr citer komic lagik best.. ni xbest langsung la..sory want to say la.. perenggan kucar kacir.. dik lain kali kalu nk jadi penulis yang bagus.. kiter kena kaji dulu stiap cerita. ayat serabut. xper la dik.. usaha le dgn lebih jitu. jadi penulis ni bukan sebarang penulisan kiter nk tulis. k adik..
knapa ambk dri komik?? jd xbez nk bca.. bnda sama.. tp ok ah sbb ad jgk yg dtukar.. citer da ok la.. but still xbez ah kalau citer 2 dambil dr mana2 sumber laen..
Tiru? The proper words actually adaptasi. I read Pancaindera and the story exactly like this. Cuma ditukar kepada Cinta Karamel but jalan cerita lbh kurang sama saja..so, don't blame the writer alone coz dah ada org amik cerita dia...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sweettttttnyeeee
A.1