Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pang! Satu tamparan lagi hinggap di pipiku. Sedikit darah terbit di tepi bibir. Aku mengesat dengan baju lenganku yang lusuh. Hari ini saja aku telah menerima 3 kali tamparan semata – mata kerana lambat melayani permintaannya. Airmata mengalir lagi. Aku hiba.
"Sini kau" sergah Muhkriz sambil menarik rambutku yang terjurai panjang. Aku mengaduh kesakitan.
"Maaf ! Tuan Mukhriz. Sakit..sakit..aduh! Rambutku disentap dan tubuhku dihumbankan ke bucu meja. Perutku senak. Kesakitan Juwairah tidak tertanggung lagi. Dia menjerit dan meraung di situ. Apa dosaku tuan…..aku mengetap bibir menahan kesakitan.
Wajah Muhkriz bengis memandang Juwairah yang terjelepuk ke atas lantai. Dadanya berombak kencang menahan kemarahan. Langsung tiada riak kasihan pun pada perempuan yang sedang menanggung kesakitan itu. Padanya perempuan itu sememangnya layak di layan begitu. Jijik!
"Ingat ya! Lain kali kalau kau lambat lagi jawab panggilan aku, nahas kau" amaran Muhkriz keras. Juwairah cepat - cepat menganggukkan kepalanya, takut dipukul lagi. Ya! tuhan..hanya kerana aku lambat menjawab panggilannya saja, aku telah terima menerima hadiah sebesar ini. Terima kasih ….Muhkriz.
Juwairah merangkak perlahan menuju ke biliknya. Melihat dirinya diserpihan cermin yang pecah, itupun dikutipnya di dalam buangan tong sampah. Nak membeli memang dia tidak mampu. Bibirnya bengkak, lengan, peha dan perut ada kesan lebam kebiruan. Juwairah menitiskan airmata. Dia amat sedih dengan perlakuan Tuan Muhkriz yang tidak pernah ada rasa belas kepadanya. Dari hari pertama dia menjejakkan kakinya ke Villa Damai ini, layanan Mukhriz tidak pernah lembut malah sentiasa mengkasari Juwairah tanpa apa jua alasan. Hina sungguhkah aku dimatanya.
Ingatku masih segar, mengimbau kembali saat itu.
"Siapa yang papa bawa balik ni. Kotor betul, muka pun comot. Eeii…busuk la pa", tegur Puan Sri Sharifah Zakiah sambil menutup hidungnya. Matanya menjeling tajam. Meluat melihat diriku yang kotor dan busuk. Hatiku pedih mendengar kata – kata itu. Tan Sri Syed Mahmud diam hanya memberi isyarat kepadaku supaya mengikuti arahan isterinya.
"Mak Mah…ooo…Mak Mah". Terkocoh – kocoh wanita tua itu berlari.
"Ya..Puan Sri"
"Bawa perempuan kotor ni, masuk bilik stor belakang. Itu tempat dia. Lepas tu, suruh dia bersihkan dirinya. Mak Mah kena ajar dia nanti apa yang perlu dibuat, ingat! jangan nak duduk senang kat sini" herdikan Puan Sri menikam jantungku. Masakan aku nak duduk senang di sini. Aku sedar siapa diriku. Aku memang tak layak untuk menikmati apa – apa kemewahan di villa ini.
Pesanan arwah ayah ku sematkan di hati . Ah! Hanya 7 tahun saja aku di sini. Aku perlu menglangsaikan hutang-piutang ayah supaya rohnya tenang nanti. Aku hanya perlu sabar dan tabah untuk meneruskan kehidupan di sini. Ya! Sabarlah wahai Juwairah….
Jeritan Tuan Syed Mukhriz dari luar bilik mematikan lamunanku. Ah! Dia lagi. Tak habis – habis mencari aku. Apa lagi yang dia mahu. Juwairah bingkas bangun dan berlari terhinjut – hinjut mendapatkan Tuan Muhkriz , cuba menahan kesakitan tadi.
"Malam ni, aku tahu kau pakai elok - elok sikit. Jangan nak bikin malu aku je. Walaupun kau tu tak layak, tapi aku tak boleh tahan kalau kau tu asyik nak kena kutuk je. Ingat tu… maruah aku, kau kena jaga juga. Faham". Dua tiga kali kepalaku ditunjal – tunjal, bimbang peringatan keras itu diabaiku. Teruk betul, cakap aje la tak payah nak tunjal kepala aku.
"Sa..saya tanya boleh, tuan"
"Apa dia"
"Ada apa – apa yang istimewa ke malam ni, tuan".
"Bukan urusan kau nak ambil tahu. Ingat! pesan aku tu tadi. Bodoh!". Kepala Juwairah ditunjal lagi. Muhkriz berlalu pergi meninggalkan aku yang masih terpinga – pinga.
Ah! Apa yang aku nak pakai ni. Juwairah gusar memikirkan baju yang ingin dipakainya malam nanti. Mana tidak nya, dia tidak pernah ada walau sepasang pun baju yang cantik. Usah katakan cantik, yang elok sikit pun dia tidak pernah memilikinya. Sepanjang dua tahun bekerja di villa ini, aku tidak pernah keluar malah gaji pun tak pernah dapat. Aku hanya mengharap ehsan Mak Mah yang kesian melihat kedaifanku. Kadang – kadang diberinya sehelai dua baju kurung kedahnya yang besar bersama kain batik. Itu saja yang aku ada. Nak harapkan Muhkriz, memang takkan dapat la jawabnya.
Juwairah berjalan mundar – mandir memikirkan masalahnya. Emm…minta tolong Mak Mah la, mana tahu mungkin ada bajunya yang elok sikit.
*********************************
Malam itu, ramai sanak – saudara Tan Sri Syed Mahmud dan Puan Sri Sharifah Zakiah hadir bagi meraikan majlis ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-52 tahun. Khemah kanvas tertutup berwarna putih gading dihiasi indah dengan bunga ros merah yang segar. Kebanyakan yang hadir terdiri dari saudara – mara yang berpangkat dan kaya – raya. Lihat saja pakaian mereka yang begitu gah, kelipan labuci menghiasi dada, kilauan berlian di leher, tangan dan dijari memukau mata yang memandang. Juwairah terpaku melihat suasana begitu. Rasa rendah dirinya menyelubungi jiwa, tak layak sungguh aku untuk bersama – sama dikalangan mereka sekalipun berstatus orang gaji. Juwairah tidak mahu alpa, dia segera membantu Mak Mah menyiapkan hidangan malam itu walaupun khidmat katering ada disediakan.
Juwairah sibuk membantu menyiapkan keperluan hidangan di atas meja besar itu. Tak menang tangan dibuatnya, begitu pantas dia membuat kerja dari mengelap, menyusun, menghidang malah sehingga melayani setiap tetamu yang hadir.
Dalam pada itu, Juwairah tidak sedar ada sepasang anak mata sedang asyik memerhatikan setiap perlakuannya. Wajah Mukhriz keruh, masam mencuka melihat senyuman Juwairah yang tidak putus – putus kepada tetamunya apatah lagi malam itu penampilan Juwairah amat berlainan sekali, nampak ayu berbaju kebarung labuh walaupun coraknya sudah ditelan zaman. Baju Mak Mah masa mudanya, mujur masih boleh dipakai.
Ah! dengan aku tak pernah pun kau nak senyum macam itu ..desis hati Mukhriz kegeraman. Hati Mukhriz membara. Kemarahannya disimpan ..kau tunggu lah malam nanti.
Tiba – tiba suasana senyap seketika, menanti pengumuman penting yang ingin disampaikan oleh Tan Sri Syed Mahmud.
"Assalammualaikum kepada semua hadirin. Sempena di hari ulang tahun perkahwinan ini, saya ingin umumkan satu berita gembira. Majlis pertunangan anak saya Syed Muhkriz dengan Sharifah Shahireen anak perempuan kepada Dato’ Syed Bahtiar akan diadakan sebentar lagi. Dan mereka akan disatukan, 6 bulan dari sekarang iaitu sebelum saya dan isteri berangkat ke tanah suci. Harap kesudian tuan/puan sekalian menghadirkan diri dimajlis kami nanti".
Berita gembira itu, diterima dengan tepukan yang gemuruh dan ucapan tahniah yang tidak putus – putus. Wajah Mukhirz bersinar kegembiraan. Sebaliknya Juwairah bagaikan hilang nyawa di telan bumi.
*************************************
Kandunganku semakin sarat menyukarkan pergerakanku untuk membuat kerja – kerja rutin. Mujur ada Mak Mah yang banyak membantuku. Cuma di mata Puan Sri aku kelihatan menyakitkan hati dan mewujudkan kebencian yang meluap lebih – lebih lagi benih Mukhriz semakin membesar di rahimku.
Aku masih ingat kejadian 3 tahun dulu, saat Mukhriz di tangkap oleh Tan Sri ketika sedang merogolku. Tan Sri malu dengan perbuatan Mukhriz malah rasa bersalah pada arwah ayah yang merupakan bekas pemandu peribadinya. Tan Sri mengambil keputusan mengahwinkan kami secara rahsia pada malam itu juga bagi menutup malu walaupun mendapat bangkangan keras dari Puan Sri.
Hubunganku dengan Mukhriz hanya sekadar di atas kertas dan di ranjang saja sepanjang menghuni vila itu. Tidak lebih dari itu. Tiada kasih sayang, tiada belaian, tiada yang zahir, cuma yang wujud batinnya saja yang perlu dipenuhi saban malam. Kerakusannya menjamah tubuhku ibarat melepaskan nafsunya yang terpendam lama. Biarpun diherdik, dimaki malah dipukul sepanjang menjadi isterinya namun aku tetap akur ketentuanNYA yang ingin menduga umatnya yang bertaqwa.
Kini, Mukhriz tidak lagi tinggal di villa ini. Sejak berkahwin, Mukhriz telah membawa isterinya yang cantik dan berpelajaran itu tinggal berasingan. Bimbang sialku akan berjangkit nanti pada isteri tercantiknya. Bagai disentap tangkai hatiku pabila mendengarkan keputusannya. Hidup ku tiba – tiba dirundung kesuraman dengan ketiadaannya. Namun kehidupan mesti diteruskan walau tanpanya. Aku pasrah.
Sikap Puan Sri Hajah Sharifah Zakiah tidak pernah berubah. Dia amat membenci Juwairah dan kebenciannya semakin memuncak. Perut yang memboyot itu direnungnya tajam. Dia perlu memikirkan sesuatu untuk mengugurkan kandungan itu.
Emm….percubaan pertama dulu, aku telah berjaya. Tapi kali ni, macam mana betina ni boleh lepas. Ah! aku mesti fikirkan sesuatu. Aku tidak boleh biarkan anak yang dikandung itu membawa nama keturunanku. Tak layak langsung. Jijik aku melihatnya. Kemarahan Sharifah Zakiah memuncak, dia perlu bertindak segera.
Pada malam berikutnya, Puan Sri telah memaksa Juwairah menelan sesuatu dengan harapan kandungannya akan gugur ataupun anak yang bakal lahir tidak dapat menikmati kehidupan di dunia kelak.
"Minum ni", secawan air hitam pekat disuakan kepadaku. "Tak mahu..Puan Sri" aku menolak. "Minum! Aku kata" "Tidak, saya tak mahu…berdosa Puan Sri"…aku merayu. "Ooo…degil ya. Nak melawan aku".
Puan Sri semakin mendesak. Tubuhku ditolak kuat sehingga aku tersembam ke lantai dapur. Aduh! Aku mengerang kesakitan yang amat sangat di perutku. Ada darah mengalir. Pandanganku terasa gelap, terus tidak sedarkan diri.
*************************************
Muhkriz terkedu. Surat yang disampaikan kepadanya dibaca. Isi kandung yang menyentuh jiwa telah mencalar sifat kelakiannya, akhirnya airmata Mukhriz gugur di pipi.
\"Kehadapan Tuan Syed Mukhriz yang sentiasa diingati… Maaf sekiranya kehadiran surat ini menganggu situasi Tuan Mukhriz bersama isteri tercinta. Terlebih dahulu saya mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki, minta dihalalkan segala makan minum saya selama menetap di Villa Kasih bersama tuan.
Saya mohon maaf juga di atas segala tingkah laku saya yang kurang menyenangkan hati tuan. Kelemahan saya, kebodohan saya, kedaifan saya dan kemiskinan saya sehingga menyebabkan tuan malu akan diri ini.
Segala perbuatan tuan telah saya maafkan malah saya halalkan segala tuntutan yang menjadi hak saya selama saya menjadi isteri tuan. Untuk makluman tuan, anak saya kini telah berusia 10 tahun. Tapi jangan lah tuan khuatir, saya telah mendidiknya agar tidak menuntut apa – apa hak dari tuan malah saya tidak mengizinkan dirinya sama sekali menyebut nama tuan atau apa – apa yang berkaitan dengan nama keturunan tuan. Kami anak – beranak sedar kedudukan kami di mata tuan. Saya tidak akan engkar akan larangan itu. Oleh itu, sudi lah kiranya, tuan dapat bertemu dengan anak saya yang hina itu untuk tatapannya buat sekali ini saja tuan.
Akhir sekali, izinkan saya buat sekian kalinya selama kita hidup bersama memanggil tuan, abang. Ya! Satu panggilan yang diidamkan oleh setiap wanita berkahwin begitu juga saya. Saya amat merindui panggilan itu. Moga roh saya tenang dengan izin abang. Terima kasih…. abang".
Sekian
Mengharap kasih – Juwairah
Surat dilipat kemas kemudian disisipkan ke dalam saku baju. Mukhriz memandang wajah budak dihadapannya. Kelihatan tenang dengan senyuman menawan. Ya ...mirip Juwairah cuma matanya saja miripku.
"Siapa nama awak" lembut bicara Mukhriz. "Nama saya Hafiz, tuan" "Bin?". Budak itu mendiamkan diri, kemudian menyerahkan sijil beranak kepada Mukhriz. "Saya dilarang menyebutnya" Mukhriz gumam lalu memeluk budak itu. Airmata bergenang dikelopak matanya. "Lepas ni,panggil ayah…ya sayang" "Maaf tuan. Ibu pesan, jangan sekali – kali saya cemarkan nama tuan dengan panggilan ayah. Saya tak nak langgar janji ibu. Tapi tuan jangan la risau ya, saya datang nak tengok wajah tuan saja. Saya tak kan tuntut apa – apa dari tuan. Terima kasih tuan kerana pernah menyayangi ibu saya. Selamat Tinggal". Budak itu berlalu pergi bersama penjaganya meninggalkan Mukhriz dalam kekeluan. Airmata gugur lagi.
sedeynya.. pelik betul la aku ngan lelaki ni.. kalau tak suka dia berkasar.. even suka pun boleh kasar jugak ker.. padahal malam majlis tu dia marah coz ju tak senyum pada dia macam yang ju buat pada orng lain.. nampak sangat jelous.. sedey betul ngan lelaki yang tak paham jiwa sendiri ni...best!!
alamak! salah upload version laa..citer nie sy dah edit yg baru tp terhantar pulak yg nie.x perasan..papun terima kasih atas komen-komen dan sokongan anda yg amat sy hargai. Time kasih semua pembaca!
hui..sayu nyer jdi jue..sian dier..kalu ley smbung..bia fmly mertua die tu bankrup..pastu bar org lak caci maki dorg..jahat sgt..esp..tuk suami die yg x rupe suami tu.. hisy..aku anti betul kalo ade diskriminasi kat wanita cmni..
hope kat dunia realiti org lebey menghargai wanita..jgn ade lg penganiyaan terhadap wanita.
walaupun sedih cita ni tetap best.. saya suka baca cita ni... saya cukup benci la laki yg cam tu... suka sgt mempermainkan kaum hawa... teruskan lah karya-karya anda.. (by:reeya_91)
cerita pertama dlm penulisan2u yg mampu membuat saya meneteskan air mata...sedihnya... :(
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhuh sedey nye...
npe xsmbg bg ag sedey
tpi tetap best!!