Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku menanti di tempat menunggu bas itu dengan berdebar-debar. Jalan raya di hadapanku sibuk dengan lalu lintas kerendaan yang tidak putus-putus. Hari ini aku ada temujanji dengan seorang jejaka yang tidak aku kenali, ala-ala ‘blind date’. Perbualanku tempoh hari dengan rakanku Hana, kembali menerjah memori ingatanku.
-------------------
Hana : Iza, ada kawan aku ni nak nombor telefon kau, boleh tak ?.
Iza : Hah? Siapa pulak ni Hana?. Janganlah, aku tak mahu.
Hana : Isy.. mane ade aku tanya kau nak kat dia ke tak. Hehe….
Iza : Eleh…. Berseloroh pulak budak ni. Aku cekik kang, baru tahu.
Hana : Isyk… garangnye kau ni.... Tak jadi kalau ade orang nak ngorat. Hehe…Ala Iza…. Bolehlah, masaalahnya banyak kali sangat dia desak aku ni.
Iza : Ala.... Malas la aku Hana. (Aku baru je putus cinta. Hati aku masih sakit lagi. Takkan si Hana ni tak faham-faham).
Hana : Ala… boleh ye Iza. Kalau kau tak suka, kau tak yah la layan die.
Iza : By the way, siape mamat ni ?
Hana : Erm… sebenarnya dia ex boyfriend aku.
Iza : Hah?? So, apesal lak kau bagi dia kat aku?
Hana : Kitorang dah lame clash. Tak serasi. Bukan aku yang kenalkan kau kat dia. Tapi dia sendiri yang dah kenal kau. Kebetulan, kau kawan aku.
Iza : Dia sendiri yang kenal aku? Macam mana tu? (Otakku ligat berfikir kerana aku tiada rakan lelaki lain melainkan bekas kekasihku, Shahril).
Hana : Ishk, mane aku tahu. Itu kau kenalah tanye kat die sendiri.
Aku tidak mahu bertanya pada Hana lebih lanjut lagi mengenai lelaki itu kerana sesungguhnya aku memang tidak berminat.
-------------------
Huh, 22 miscall??. Aku memerhatikan paparan nombor telefon yang tidak kukenali pada telefon bimbitku. Gile apeke mamat ni. Ni mesti Hana dah bagi nombor aku kat mamat tu. Isy, memang nak kenalah Hana ni, bisik hatiku geram.
Aku membaringkan tubuhku di atas katilku yang empuk itu. Seram sejuk rasanya bila fikirkan apa yang mamat ni mahu dari aku. Nak berkenalan? Lepas tu apa? Bercinta?? Oh, tidak....... kenangan laluku kembali ke ruangan mindaku.
-----------------------
"Iza, sudi tak awak menjadi teman istimewa saya?". Jantungku berdebar-debar tatkala Shahril menyebutkan sebaris ayat itu. Aku mengangkat mukaku yang sejak tadi sengaja ku tundukkan ke bawah, memandang tepat ke anak matanya. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku dengari.
Aku tidak menyangka, sepanjang 2 tahun berada di kuliah yang sama denganku, jejaka ini ada menyimpan perasaan kepadaku. Sejak hari itu, secara rasminya akulah teman wanitanya. Rakan-rakanku, Hana dan Mas turut gembira dengan perhubunganku dengan Shahril. Semakin hari, perasaan sayangku padanya semakin bertambah. Shahril melayanku dengan baik sekali.
-------------------
Sejati Itu yang kau ucapkan Bila janji kugenggam Bawah pohon kemboja Yang sekecil kita
Menanti Di mahligai mainan Kita bina bersama Dari dahan yang rapuh
Usia perangkap kita Remaja kita tinggalkan Namun aku masih Menggenggam janji
Tinggal kenangan Gagal segala impian Tinggal bertanya Erti sejati
Kenangan itu Hanya mainan bagimu Tinggal bertanya Erti sejati Yang telah engkau janjikan dulu
Aku tidak tahu mengapa dalam banyak-banyak lagu, lagu Sejati nyanyian kumpulan Wings yang sedih ini menjadi kesukaan Shahril. Lagu perpisahan. Hm… Tak apalah, asalkan Shahril sentiasa bersamaku. Hehe….. Di bawah pohon kemboja berdekatan kolej kami, aku dan Shahril sering duduk di situ menghabiskan masa bersama-sama. Kadang-kadang kami mengulang kaji, kadang-kala berborak, dan kadang-kadang meluahkan impian cinta kami untuk hidup bersama satu hari nanti. Oh…. Indahnya saat-saat manis itu. Kalau masa boleh berhenti, aku ingin saat aku bersamanya itu kekal.
Shahril cinta pertamaku. Dan aku harapkan yang terakhir bagiku. Kasih dan sayangku padanya telahku semai di lubuk hati ini. Tak mungkin ada orang lain yang boleh menggantikan tempatnya. Shahril amat menghormatiku, penyayang dan paling penting, dia taat pada agama dan sering menasihatiku agar tidak meninggalkan solat. Aku tidak pasti sejauh mana hubunganku dan Shahril boleh bertahan. Benar, Shahril ada menyatakan hasratnya untuk berkahwin denganku satu hari nanti. Namun, aku dapat jangkakan hubunganku dan dia masih terlalu jauh sebelum menempuh alam perkahwinan. Dia dan aku, masing-masing masih bergelar pelajar.
-------------------
Suatu hari, perkara yang aku paling takuti berlaku. Shahril menemuiku petang itu dan menyatakan bahawa keluarganya telah bercadang menjodohkannya dengan perempuan lain. Hancur luluh hatiku ketika mendengar berita itu. Dan hatiku lebih hancur apabila Shahril seperti tidak kisah dengan apa yang berlaku. Dia memberitahuku dia tidak dapat menolak kehendak keluarganya. Tahniah Shahril!. Aku doakan kau bahagia bersamanya.
Saban hari aku termenung mengenangkan nasib percintaanku. Kadang-kala aku meyalahkan diri sendiri, dan air mataku tidak henti-henti bercucuran. Apa silapnya dalam percintaanku dengannya? Kurangkah kasih sayang yang aku berikan?. Astaghfirullahalazim.....Haliza binti Abdul Latif!. Tenangkanlah hatimu!. Bukankah sesuatu ketentuan yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya!. Aku meraup mukaku bagi menghilangkan air mata yang masih bersisa. Aku bingkas bangun dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat dan membaca Al-Qura’an. Aku perlukan ketenangan.
-------------------
Kini telah 2 bulan sejak perpisahanku dengan Shahril. Selama 2 bulan itu, aku kerap kali cuba mendekatkan diriku kepada Ilahi. Aku membaca Al-Qura’an dan melakukan solat hajat memohon hatiku ini tenang kembali seperti dulu. Ya, buat seketika hatiku tenang. Namun ada ketika bayangan Shahril melintas di hadapanku dan saat itu hatiku menjadi sungguh sayu. Sayup-sayup irama lagu Sejati bagai kedengaran di telingaku. Aku takut pegangan akidahku hancur kerana tidak dapat menerima ketentuan hidupku yang satu ini. Percaya qada’ dan qadar merupakan salah satu daripada rukun iman. Walaupun aku tidaklah sampai menyembah berhala tetapi kalau hatiku masih menolak ketentuan takdir ini, pastilah aku termasuk dalam orang yang melakukan syirik yang tersembunyi. Nauzubillah!.
Hinggalah pada suatu hari aku berkunjung ke Borders di Time Square. Niat asalku ingin mencari sebuah novel cinta buat bacaanku di masa-masa terluang. Aku sendiri pelik dengan diriku. Baru putus cinta, dah nak baca novel cinta. Hu hu hu... Aku ni memang sadis la. Ya, hakikatnya hatiku berasa bagaikan satu kekurangan sejak Shahril menghilang dari kamus hidupku. Bukan kerana kehilangan Shahril, tetapi aku terlalu ingin merasa kembali perasaan mencintai dan dicintai oleh seorang insan bernama lelaki......
Pencarian novel yang aku berkenan gagal pada hari itu. Bagi membuatkan diriku tidak berasa hampa, aku melangkahkan kakiku ke rak bersebelahan dengan rak novel-novel cinta, iaitu rak buku-buka agama. Hatiku bagai ditarik-tarik untuk melarikan jari-jemariku pada buku-buku yang tersusun di rak itu. Akhirnya aku terpaut kepada sebuah buku yang bertajuk As-Syifaa : Ubat Penyejuk Jiwa tulisan Muhammad Khalaf Yusuf. Aku membaca mengenai sinopsis buku itu di bahagian kulit belakang dan aku menyelak-nyelak isi di dalamnya dan bahagian isi kandungannya aku teliti satu persatu subtopiknya. Hatiku berasa berdebar-debar, terasa bagaikan apa yang aku tercari-cari sepanjang usia kehidupanku ini telah aku temui!. Aku lantas membawa buku itu ke bahagian kaunter untuk pembayaran. Hingga ke hari ini, buku itu terlalu istimewa buatku dan menjadi buku yang paling aku sukai dan aku akan mengulangi membacanya apabila ada kelapangan waktu.
Malam itu, selepas mandi dan menunaikan solat Maghrib, aku mengambil buku yang baruku beli petang tadi. Sehelai demi sehelai aku mula membacanya. Penjelasannya mengenai cinta benar-benar menarik perhatianku. Buku itu telah berjaya meyakinkanku bahawa cinta kepada Allah itu adalah melebihi daripada segala cinta yang lain. Aku sering mendengar pernyataan yang satu ini. Bukan aku tidak percaya, tetapi hatiku sebagai insan yang hina dan lemah ini sentiasa inginkan penjelasan atas setiap sesuatu. Aku ingin tahu kenapa pernyataan itu menyatakan sedemikian. Akhirnya aku telah faham mengenai hakikat pernyataan tersebut, dan aku mepercayainya sepenuh hatiku tanpa paksaan atau tekanan daripada apa-apa. Kerana inilah buku ini sungguh istimewa buatku.
Kini barulah aku sedar, tanggapanku selama ini mengenai cinta adalah salah. Dan hakikat kehidupan ini sungguh bermakna dan bererti apabila aku merasai cinta kepada-Nya melebihi segala-galanya di dunia ini. Tiada tukar ganti walau seluruh kekayaan di dunia ini diberikan kepadaku. Alhamdulillah, aku bersyukur atas setiap hidayah yang Engkau limpahkan di dalam hatiku ini. Aku sering memgingatkan diriku agar sentiasa bersyukur kepada-Nya, walaupun kadangkala aku alpa (contohnya semasa tidak dapat menerima perpisahanku dengan Shahril, itu juga tanda aku tidak bersyukur kerana aku bagaikan tidak faham bahawa tuhan telah menentukan seseorang yang beribu kali ganda lebih baik daripada Shahril yang aku damba-dambakan). Dan aku juga sentiasa mengingatkan diriku untuk sentiasa bersabar dalam segala ujian yang aku tempuhi di dunia ini, kerana syukur dan sabar itulah ciri utama orang yang beriman.
Dan kisahku dengan Shahril, biarlah ia tamat di sini. Aku redha. "Maha suci tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya; dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka, atau dari apa yang tidak mereka ketahui", surah Yassin ayat 36. Itulah antara janji Allah kepada setiap manusia, semuanya dijadikan berpasang-pasangan. Dan sesengguhnya janji Allah itu adalah pasti.
----------------------------
Aku akhirnya membiarkan sahaja 22 miscall itu. Tak kuasa aku nak melayan. Buat tak tahu sudah. Keesokkan paginya aku menerima satu mesej dari nombor yang tidak kukenali. "Saya cuma nak berkawan dengan awak je". Sayu pula hatiku membaca mesej itu. Itulah mesej pertama darinya kepadaku. Ha ha .. nak tergelak pun ada. Aku merasa kasihan kerana sejak semalam, si dia cuba menghubungiku. Akhirnya aku membalas mesejnya dan bersetuju untuk bersemuka dengannya. Aku ingin mengetahui siapa dia sebenarnya dan bagaimana dia mengenaliku. Ataupun aku nak tahu sama ada dia handsome ke tak....hehe....ke situ pula aku ni.... Aku mengenakan t-shirtku yang ala kadar dan seluar trek biasa. Tidak lupa tudungku yang berwarna hitam kucapai., dan ‘blind date’ ku pun bermula.....
-----------------------
Akhirnya penantianku berakhir. Sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna hitam berhenti di bahu jalan berdekatan tempat menunggu bas itu. Perasaan ku tiba-tiba tidak menentu. Aku berasa macam cemas pula, kerana ini adalah kali pertama aku bertemu dengannya (walaupun menurutnya dia telah mengenaliku dan pastinya dia telah bertemu dengaku dahulu). Si dia keluar dari perut keretanya dan melangkah ke arahku. Aku amat-amati wajahnya. Owh... handsomenya.... Namun aku pasti aku tidak pernah mengenalinya sebelum ini. Si dia tersenyum-senyum ke arahku, dan aku membalasnya, sekadar ingin bersopan dengannya.
"Cik Iza nak berbual dekat sini ? Kita pergi ke mana-mana warung dulu boleh? Selesa sikit berbual". Hehehe.... kenapa dia bercik-cik dengan aku ni?? Tak pernah aku jumpa lelaki macam ni…hehe. Aku bersetuju dengan cadangannya memandangkan tempat menunggu bas itu memang sangat tak sesuai untuk dijadikan tempat berdating. Hehe.. maksud aku tempat untuk berbual. Di sudut hatiku aku berharap biarlah ini pertemuanku yang terakhir dengannya kerana aku tidak mahu terlibat dengan perkara-perkara yang melibatkan soal hati ini lagi.
Iza : Apa nama awak ?
Si dia : Saya Hakimi. Alif Hakimi.
Iza : Erm macam mana awak kenal saya?
Hakimi : Cik Iza ingat tak Cik Iza pernah bekerja sebagai cashier dekat stesen minyak Shell bersama Hana dulu ?
Aku mula mengingati kembali saat aku menjadi cashier semantara di Shell suatu ketika dahulu bagi mengisi masaku yang terluang sewaktu cuti semester yang lalu.
Hakimi : Saya jarang isi minyak kat sana. Tapi ada satu hari tu, saya terpegi pulak kat sana. Jadi saya nampak Cik Iza masa tu. Kebetulan Hana pun bekerja kat situ, jadi saya tanya pasal Cik Iza pada dia.
Iza : Owh... Dah lama awak kenal Hana? Maaflah saya bertanya, saya tak pernah tanya Hana sebab kami tak berapa rapat.
Hakimi : Kami dah lama berpisah. Hampir setahun. Saya bercinta dengan dia dulu pun tak sampai setahun.
Tiba-tiba aku teringatkan percintaanku dengan Shahril dahulu. Sebenarnya usia percintaanku dengannya hanya lima bulan. Namun, kerana dia cinta pertamaku, aku telah mefokuskan hati dan segala harapan hidupku untuk bersamanya. Aku lihat Hakimi sangat kacak (padaku), dia sudah mempunyai kereta, dan bekerjaya (dia berniaga sendiri). Pastinya terlalu ramai wanita yang ingin mendampinginya. Lalu, aku awal-awal lagi menolak diriku dari bermimpi untuk menjadi kekasihnya. Dia sendiri mengakui dia mempunya ramai bekas teman wanita, tetapi dia menghormati mereka semua. "Mesti awak ada satu senarai kenalan wanita kan?" Itulah antara soalanku padanya pada waktu itu. Namun kini, dia telah kembali solo.
Tiba-tiba hujun turun dengan lebatnya. Hakimi menarik kerusinya dekat sedikit padaku kerana tempat duduknya berhampiran dengan percikan dari air hujan yang turun dari bumbung warung itu. Tidak tahu mengapa hatiku berasa kasihan melihatnya terkena percikan hujan yang agak banyak itu kerana angin yang bertiup agak kuat ketika itu menolak air hujan yang turun ke arahnya. Perbualanku dengannya selanjutnya berkisar tentang serba sedikit latar belakang dirinya, keluarganya dan sesekali dia pula mengajukan soalannya padaku. Setelah hujan berhenti, aku segera menyatakan padanya bahawa aku ingin pulang ke rumah. Aku telah berjanji dengan ibu untuk balik awal. Aku sangka perbualanku dengannya akan tamat di situ sahaja.
"Cik Iza, sudi tak awak couple dengan saya?". Aku seakan sudah dapat mengagak itu yang dia mahu dariku. Oleh kerana ingin balik awal dan malas nak mendengar pujuk rayunya, aku terus bersetuju dan wajahnya di saat itu sungguh ceria tidak terkata. Senyumannya boleh ku katakan sampai ke telinga. Sewaktu Hakimi menghantarku pulang, dia menghantar langkahku dengan pandangannya dan aku lihat dia seakan tidak merelakan pemergianku. Maklumlah, perbualan kami tadi hanya memakan masa lebih kurang setengah jam sahaja. Dan aku cukup terkejut tatkala Hakimi melemparkan ‘flying kissnya’ pada ku. Aku terus masuk ke rumahku.
-------------------
Pada suatu malam, sekitar jam 2 pagi, aku mendapat satu mesej dari Hakimi. Mujurlah aku terjaga waktu itu, kerana selalunya kalau aku dah tidur, tidur mati lah jawabnye. Mesej tersebut berbunyi "Abg (kononya aku kena panggil dia macam tu sebab dah couple dengan dia) ada tinggalkan barang dekat depan pintu rumah sayang (ini pula panggilan untuk aku). Pergi ambil sekarang". Aku yang sedang mamai-mamai ketika itu membuka pintu rumah, dan aku lihat ada satu sim card Hotlink di situ. Aku mengambil sim card tersebut dan menutup kembali pintu rumah. Rupanya dia ingin aku menukar sim card ku yang Celcom pada waktu itu kepada Hotlink (dia menggunakan nombor Hotlink) agar jimat sedikit hendak berhubung denganku selepas ini. Aku terpana mengenangkan sejauh itu dia sudah memikirkan mengenai hubungan aku dan dia, seolah-olah aku dan dia akan bersama untuk satu jangkamasa yang lama lagi, sedangkan bagiku kami baru sahaja hendak bercinta. Namun aku berasa lucu mengenangkan betapa Hakimi sanggup memandu ke rumahku pada jam 2 pagi hanya semata-mata untuk menghantar sim card…… Aku tidak akan melupakan kejadian pada malam itu sampai bila-bila. Sejak itu, aku pun menggunakan nombor Hotlink yang baru itu sehinggalah ke hari ini.
-------------------
Sejak aku ‘terpakse’ menjadi couplenya, aku sering berbalas mesej dengan Hakimi. Namun, layananku padanya aku kira ala kadar sahaja. Aku tidak rela untuk bermanja-manja dengannya dalam mesej seperti pasangan kekasih lain dan……… seperti aku dan Shahril dulu. Aku tidak pasti sama ada aku telah melupakan Shahril. Ya, sememangnya aku telah menerima pemergiannya. Perasaan cinta, kasih dan rinduku padanya telah tiada. Walaupun sering berbalas mesej, namun hanya 2 minggu selepas itu barulah pertemuan aku dan dia berlaku sekali lagi (mengikut kiraan aku sebab masa dia jumpa aku masa aku jadi cashier aku tak kire). Aku masih ingat lagi, waktu itu ketika Hari Raya Qurban. Dia datang ke rumah ke rumahku seawal jam 7.30 pagi untuk menghantar ayam dan daging yang telah dimasak oleh ibunya. Dan secara tak langsung berjumpa dengan ibu dan ayahku buat pertama kalinya. Aku sendiri tidak menyangka yang dia akan datang ke rumahku, kerana dia tidak menyatakan hasratnya untuk datang ke rumahku itu lebih awal. Pagi sebelum dia bertolak ke rumahku pada waktu itu barulah dia menghantar mesej padaku. Dan percaya atau tidak, rumah ku dan rumahnya sangat dekat sebenarnya, dalam 10 minit perjalanan menaiki kereta.
-------------------
Secara diam-diam sebenarnya aku telah mula jatuh hati pada Hakimi. Sedikit sebanyak ingatanku pada Shahril telah beransur hilang. Petang itu aku bersetuju untuk keluar bersama Hakimi untuk makan bersamanya di restoran KFC. Ayam goreng KFC merupakan antara makan kegemaran utama Hakimi.
Selain itu Hakimi gemarkan masakan ayam masak lemak cili padi. Atas permintaannya, pernah suatu hari dia menyuruhku memasak masakan kegemarannya itu untuknya. Aku pun tidak kisah kerana pada anggapanku Hakimi ingin menyampaikan mesej bakal isterinya perlulah tahu memasak serba sedikit untuk suami suatu hari nanti. Dan pada hari tersebut dia datang ke rumahku untuk makan tengah hari. Kelam-kabut aku dibuatnya. Hehe… bukan apa, tak biasalah orang nak merasa masakkan kita… mana tahu tak sedap ke…buat malu je. Ibu dan ayahku memberi kebenaran untuk Hakimi datang makan bersama kami. Hakimi mula mengenali adik-adikku dan aku semakin menyenangi tingkahnya. Layanannya padaku selama ini agak baik juga. Bagai seorang permaisuri aku dilayan. Hehe…. Kedua orang tuaku pun telah merestui perhubunganku dengan Hakimi asalkan kami tahu menjaga batas-batas agama.
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisakau rindu Karena langkah merapuh tanpa dirimu Karena hati tlah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu Tanpamu sepinya merantai hati Ohh... Bayangmu seakan akan...
Seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu Ohh... Seperti udara yang ku hela kau selalu ada Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rindu padamu Ohh...Seperti udara yang ku hela kau selalu ada, selalu ada dan selalu ada Yang selalu ada dan selalu ada
Lagu Dealova nyanyian kumpulan Dewa 19 berkumandang melalui radio Sinar.fm, stesen radio kegemaran Hakimi. Aku di sebelahnya turut tersenyum sendirian menghayati ketenangan lagu itu. Tiba-tiba Hakimi meletakkan tangannya ke atas tanganku. Aku sedikit terkejut dengan tingkahnya itu. "Lagu ini untuk sayang", lantas Hakimi menarik tanganku dan menciumnya. Aku berasa terpana. Ada satu perasaan yang sedang kualami yang aku tidak dapat menterjemahkannya dalam bentuk kata-kata. Aku tidak pernah berasa perasaan seperti itu sebelum ini. Aku dapat merasakan betapa dalam dalan tulusnya cinta dan kasih Hakimi padaku.
-------------------
Tanggal 31 Mac 2009 aku telah selamat diijabkabulkan dengan insan bernama Alif Hakimi bin Mohamad Taufik. Syukur alhamdulillah. Akhirnya tuhan telah menemukanku dengan seorang insan yang melengkapi jiwaku, naluriku, dan hidupku. Sungguh, sayang dan cintaku hanya padamu seorang, suamiku.
Haliza binti Abdul Latif,
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu, Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisakau rindu,
Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh, Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu,
Seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu, Seperti udara yang ku hela kau selalu ada,
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang, Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi……….
Alif Hakimi bin Mohamad Taufik,
"Saya cuma nak berkawan dengan awak je" – ayat pertama yang menghubungkan kita.
Engkaulah ‘blind date’ ku, dan cinta hatiku untuk selamanya.
plot cite memang menarik...romantik dan berjiwa tapi perlukan olahan yg lebih lagi supaya cerita lebih menarik dan penghayatan sampai kepada pembaca dengan lebih berkesan.ape2 pun memg menarik.
jln citer amat mudah, x thrill lgsg.. penulisan mleret.. juz like diari yg sesyok sndri aje nk tulis.. sorry agk 'pedas' tp.. this is the truth.. chaiyok 4 da best..
ceritanya best tapi mcm ada yang kurang jer...mungkin jln ceritanya ringkas sngt kot..apa pun syabas pada penulis...cerita ni x de lah boring mana pun...
Dalam hidup kita,cuma da dua ja cinta sejati.y first,kita akan lepaskan dalam keadaan tak sedar,y kedua tu lah yang menjadi pasangan hidup kita.Pegang kata-kata ni.hidup kita akn jd lbh brmkna
ta besh lansung citew nih..... cpt sgt dy terime hakimi agy2 taw si hakimi tuh pena couple ngn kwn dy then leyh plak dy tuka dr clcom ke maxis ta logik ta pk kew klo kimi 2 suke dy mst r dy sggop wat pew jewp.... musykil citew nih terlalu drastik lam byk bnd..
so boring.........not bad.....good try....its juz that she accepted her love....its not a blind date.....hi is a play boy....how can she accept her love so fast .....and thast guy is the friends boy fren.....eeeeee...... gediklah kawan tu
salam..kat pertengahan cerita dh bes dh..psl cinta kepada Allah yg paling penting..tpi last2..pegang tgn?apekah?bahaye cerite ni..utk pengetahuan si penulis - berpegangan tgn antara bkn muhrim 2 adalah haram dlm ISLAM.xkire la bkl suami ke, tunang ke..mcm mane 2 ye?kate dh insaf..kate cinta Allah paling utama tapi msh melakukan ape yg dilarangNya.klu nk sgt letak adegan pegang tgn 2, ltak la time lps kahwin..kn lbih terase critenye n kedengaran lebih logik utk manusia yg ikhlas bertaubat.
best.... ada jln cerita.... jz klu bleh.... bg ada konfliks n panjangkan sedikit ckt k... prt paling ska yg buku tentang cinta kpd allah.... ada pengajaran disitu....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
romantik nya....