Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mataku ditutup dengan kain hitam. Aku didukung oleh seorang lelaki yang tidak ku kenali. Rontaanku yang lemah dan kerdil tidak mampu melawan kudrat lelaki yang mengusungku. Aku takut. Teramat – amat takut. Emak…..tolong aku. Emak!!!! Ayah!!!...aku takut!!!.....jeritanku tidak didengari oleh sesiapa pun.
Aku telah dibawa ke sebuah tempat yang sunyi. Rumah lama yang usang dan asing bagi diriku. Keadaan yang gelap, bau busuk menyusuk hidung, bunyi cengkerik begitu kuat bergema.
Tubuhku diikat dengan tangan ke belakang, lalu dicampak ke atas tilam nipis yang kusam dan berbau. Aduh! sakitnya. Aku menjerit dengan mulut yang disumbat dengan kain. Kasihanilah aku …aku masih kecil. Aku takut sangat. Emak…tolong!! Ayah …tolong!!. Aku menangis teresak – esak.
Bunyi suara orang bercakap – cakap sesama mereka. Aku gerun mendengar suara garau lelaki itu. Kemudian suara itu hilang. Keadaan kembali sunyi. Rasanya mereka telah pergi meninggalkan aku keseorangan di situ.
Lama aku dibiarkan. Mungkin sepanjang hari, mungkin juga sepanjang malam. Aku tidak dapat membezakanyan hari siang ataupun malam kerana mataku telah ditutup rapat. Aku mula merasai kelaparan. Tubuhku mengerekot, kedinginan mencengkam hingga ke tulang. Aku dengar bunyi hujan. Hujan yang sangat lebat. Bunyi petir berdentum. Aku benar – benar takut. Aku menangis sekuat – kuat hati. Emak…ayah…
Lenaku dalam mimpi. Dakapan emak dan ayah yang aku rindui. Kakak dan abang tempat aku bergurau senda. Mimpi – mimpi indah tika aku keseorangan dikala ini. Aku tersenyum di dalam mimpi.
Tidurku tersentak. Aku bangkit. Suara garau itu kembali. Nyaring percakapannya, butiran maksud yang aku tidak fahami kerana aku masih kecil lagi. Aku tidak memahami maksud percakapan orang dewasa. Yang aku tahu hanya menangis, sakit dan takut. Itulah perasaan aku kini.
Emak…ayah… Aku menangis lagi.
"Diam!" marah lelaki bersuara garau itu.
Pipiku ditampar berkali – kali. Aku menjerit kesakitan. Mengalir darah dibibir comelku. Aku masih kecil kenapa dipukul tubuhku yang tidak berdaya ini. Aku dipukul lagi tanpa belas lalu tidak sedarkan diri.
Aku berusaha untuk bangun namun lemah. Aku rebah terdampar di atas tilam usang itu. Perutku tidak langsung menjamah sedikitpun makanan sejak diusung oleh lelaki itu. Mungkin 2 hari, mungkin juga 3 hari. Aku tidak tahu menghitungnya kerana aku masih kecil. Yang aku tahu, aku nak balik. Aku nak emak, aku nak ayah ….aku menangis lagi.
Lemah dan tidak berdaya. Diriku telah dipukul berkali – kali. Rasa sakit di seluruh tubuhku umpama kebas di gigit semut – semut. Diriku rasa terawang – awang, antara di bumi nyata ataupun sebaliknya.
"Angkat budak itu" suara garau itu kembali. Aku kecut perut.Takut.
Pakaianku direntap. Tubuh kecilku digoncang – goncang. Aku meraung kesakitan yang teramat – amat sangat. Bahagian bawahku telah dimasukkan sesuatu yang aku tidak mengerti benda itu. Rasa pedih, amat sakit yang aku tahu. Berkali – kali aku diperlakuan sebegitu sehingga aku tidak mampu menahannya lagi kerana aku masih kecil. Aku tidak sedarkan diri buat sekian kali.
Kali ini aku langsung tidak mampu lagi mengangkat tubuhku. Ibarat bangkai bernyawa, tubuhku terkujur tanpa seurat benang. Namun begitu, aku tidak pula merasa sejuknya atau panasnya suasana ketika itu. Yang aku tahu aku masih dapat menghirup nafas. Nafasku yang lemah....dan semakin lemah.
Hanya mataku yang mampu melihat, telingaku yang masih mendengar. Gelak ketawa lelaki itu tanpa menghirau aku yang kecil ini terbiar. Yang sedang nazak hanya menunggu Maha Pencipta menjemput aku ke mahligai-Nya.
Tubuhku didatangi lagi oleh lelaki itu. Benda yang aku tidak mengerti itu di tujah lagi ke bahagian bawahku. Kali ini aku tidak lagi meraung ataupun merasai kesakitannya. Aku rasa diriku telah dibawa jauh oleh seseorang. Seseorang yang aku amat senanginya.
Wajahnya putih bersih. Tersenyum kepadaku. Hilang rasa sakitku. Luput segala ketakutanku. Lupa aku seketika pada emak dan ayah. Wajah yang begitu menyenangkan. Aku tidak takut padanya. Aku mengikutinya terbang ke langit yang luas.
Aku pandang ke bawah, masih jelas melihat perlakuan lelaki itu ke atas tubuhku yang tidak bernyawa lagi. Dia menyumbatkan sesuatu di bahagian bawahku. Kemudian menghempaskan tubuh kecil itu ke tanah. Aku sedih melihat diriku sendiri. Tidak ada rasa belaskah lelaki itu kepadaku yang masih kecil dan tidak mengerti.
Tubuhku yang tidak bernyawa itu diusung dan dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik berwarna hitam. Ditinggalkan tubuh kecilku di rumah usang itu, terbiar lama hingga dikerumuni serangga dan ulat.
Akhirnya tubuhku yang hampir reput itu ditemui di dalam keadaan yang amat dahsyat sekali. Pasti ada insan yang tak sanggup melihat tubuhku itu. Ngeri….sadis….kejam… itulah antara ungkapan yang akan diluahkan oleh insan yang melihatku.
Emak dan ayah meraung tika mendakap tubuhku yang sudah berulat. Keluar airmata darah sekalipun tidak mampu menghidupkan aku kembali. Kasihan aku melihat emak dan ayah yang tidak henti – henti menangis.
"Mak…ayah…maafkan adik. Adik kena pergi jauh, tinggal mak dan ayah. Mak jangan nangis – nangis , ayah pun …jangan sedih – sedih ya. Adik tunggu mak ayah kat sana nanti"
Aku melambai dari jauh, terpaksa pergi meninggalkan mak dan ayah. Tubuhku yang sudah tidak bernyawa lagi ditinggalkan untuk disempurnakan oleh mereka yang masih menyayangi aku.
# Cerita ini digarap sempena memperingati arwah adik Nurin, adik Shuhada , adik Aliyah dan ramai lagi. Tidak lupa juga kpd adikS halini yang masih hilang dan tidak diketahui nasibnya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al – Fatihah buat mereka.
memang kejam pun!!! x gune punye org!!!! itu bukan orang namenye!!! binatang!!! even binatang pun tau sayang-menyayangi!!! sumpah dowh!!! diorg ni x de hati perut ke kat budak2 yg masih suci x tau ape2??? cube bygkan kalau terkene kat anak diorg sendiri?? ish!!! mmg la aku rase org2 yg buat perkare yg kejam x berhati perut kat budak2 yg masih suci ni mmg kene laknat ngan ALLAH satu hari nanti.
jahat betul hati seorg yg bernama manusia ini.. dikurniakn akal fikiran yg mampu memikirkan perkara baik dn buruk.knp budak sekecil itu dianiaya sebegitu rupa?sian pd mereka yg tdk mgerti apa2.moga Allah bukakn pintu hati buat mereka utk bertaubat!
TAHNIAH...CERITA LAIN DARI YANG LAIN...BERSANDARKAN KISAH PENGANIAYAAN TERHADAP KANAK-KANAK YANG MERUPAKAN ISU YANG SEMAKIN HANGAT DIPERKATAKAN LEWAT INI.
mungkin taubat itu satu kesimpulan pada semua manusia. Namun pintu taubat itu hanya bergantung kepadaNya.. namun setiap kejahatan tetap dibalas dengan kejahatan dari yg maha esa.. perlakuan yang ada balasannya.. Doa semoga pintu taubat terbuka kepada mereka samalah seperti hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan perbuatan..namun hanya allah yang maha mengetahui.. Hanya kanak-kanak itu yg merasa dan doa mereka sentiada dimakbulkan olehnya... Doaku semoga setiap perbuatan mereka yang kejam umpama iblis ini diberi balasan seumpamanya... Sekiranya mati balasan yang diterima oleh mereka biarlah sekejam apa yang telah dilakukan kepada mereka yang tak berdosa...Amin
Tahniah untuk penulis. Bakat dan kemampuan yg ada, tidak disia2kan. Malah digunakan untuk melahirkan rasa simpati dan marah kepada mereka yang berkenaan.
Terima kasih kpd penulisan2u krn sudi menjadi medium untuk penceritaan yang realistik sebegini.
Well done!
;)
Buat kakak2 dan abg2 di luar sana, jaga adik2 anda elok2.
bace cite ni sampai x sedar kuar air mata... memang zalim la sesape yg sanggup buat bende cam ni kt budak kecik... tapi tu la senario dunia skang ni... memang x ade akal org2 yg buat keje ni...
well done...citer ni membuka mata dan prihatin pembaca...harap manusia sedar dan bertaubat dari melakukan keje2 bodoh camtu.sebab setiap perlakuan kita de balasannya tak kira baik atau buruk
salam~ TAHNIAH kepada penulis cerpen ni kerana menulis cerpen ni dengan begitu baik sekali. good idea and good story. cerpen ni berbeza dengan cerpen2 yg pernah ana bace.
sedihnyerrrrrr.... tapi saya pun masih kecik lagi terima kasih kepada penulis yang membayangkan masa kanak2 yg kena diseksa sebegitu..semoga rohnya dicucuri rahmat kanak2 itu wlaupun ada atau yg tiada dosa...~Amin~
sedihnyee...nape la skang ni rmai mnusia bhati binatang..sgup melempias nafsu sndri kat bdk2..binatang pun x bt camtu kat ank2 binatang yg kcik..binatang pn tau beza..ni ntah mnusia ke binatang..x layak jd dua2..jd setan layak kot.
sedih sngat............ kenapalah ada manusia yang sekejam itu kt dunia nie.. sanggup buat kerja-kerja terkutub sebegitu.semoga manusia yang berhati binatang itu mendapat balasan yang setimpal daripada ALLAH..
mereka lupa akan pembalasan tuhan yang sedang menenti. di dunia,di alam barzah di hari pembalasan dan yang lebih dahsyat di neraka!taubatlah sebelum ajal menjelma.sakit sakaratul maut yang dahsyat nian tak mampu kau hadapi.takutlah akan murka-Nya!
cerpen ni mmg boleh diambil iktibar..pd yg bersikap kejam tu..ingatlaH ad lg kuasa yang lebih hebat daripada snds..x pyhla nk kagum dan ego sgt.. 2 hnya pinjaman je...
mnusia yg melakukan prbuatan kejam cm2 x sdar bhwa ade hkuman yg lbh berat menantinye di akhirat kelak... wlpn die x t.me lg hkuman dunia,hkmn di akhirat 2 mmg sdh menantinya... die blh brsng lenang di dunia,tp x d akhrat nnti...
bgusnya citer ni.. ada unsur pengajaran.. memng kejam mereka yang menzalimi & meratah tubuh anak kecil yang tidak mengerti apa itu seks.. mengapa mereka yang menjadi mengsa kerakusan lelaki jahat yang tidak mempunyai hati dan perasaan.. semoga dgn citer ni ada segelintir yang melakukan perkara ni faham n sedar.. ank kecil bkn utk diseksa tp disayngi.. gudjob writer..
org yang buat jhat kat bdk kcil hrus d hukum keras...bdk kcil hrus d beri pluang hdup bkn d buat kejam,,,semoga semua pnjahat terima padah..ingatlah bla kmu buat org,kelak ank kamu akn turut merasa kesannya!!!!!
sedihnyerrrrr... knpe la dieowg snggup wat cam 2 kat bdk2... tak tkt ke dose kew?????... geramnyerrrrr...... nie yg wat owg bad mood nie... pape pown,cte nie memang best..
kejamnya.... kanak-kanak yang patut disayangi dilayan seperti binatang.. di mana nilai kemanusiaan.... golongan seperti ini tidak layak lagi digelar manusia tetapi mereka adalah lebih hina daripada bintang!!
"kemanusian telah lama hilang..kini yg tggal hnya ketakutan..musnah kasih syg...." mcm inilah ibarat dunia skunk.. budak2 jdik mangsa rakus manusia yang bertopengkan binatang.. huh..
kejam sungguh segenap manusia didlm dunia ini.. knp kanak2 even gadis juga menjadi mangsa nafsu serakah merk? tidk terfikirkh mrk akan keluarga mrk sendiri? begitu dunia penuh dengan dosa dan noda... harp Allah menurunkan bala yg amat dsyat lagi terhdp mrk yang sedemikian... good story... takziah kpd keluarga yang menjadi mangsa..
memang tiada hati perut, dn perasaan yg kesian, knp ikut kata hawa nafsu setan durjana, jika org yg buat mcm ni, terkena plk pd diri nye mcm mne pula?semoga dia terima balasan ALLAH S.W.T. nnti..amin
Apa gunanya melakukan perkara yg keji?dahla dpt dosa dpt balasan akhirat pula tu........Aq benci dgn manusia yang x bertanggungjawab macam PM kita kat malaysia .
ape agak nye the criminal feel.. klau their daughter kat tempat budak yg mati tu.. gembire ke die..??? no one can answer..right!! but the way.. good writing.. hope bnyk kn lagi karya sebegini..
hnya y pernh melalui tahu apa yang dirasakan. kdg2 merasakn dunia ini x adil, tercari2 ape hikmahnya, mmg Allh tidak akan beri sesuatu yang tidak mampu ditanggung hmbaNya, tp kdg kala sukar, kerana kita hamba yang lemah.
KEJAM,ZALIM mansia zmn sekrang..mdah saje melakukan dosa..lgsung tdak memikirkn balasan yang akan diterima di akhrat kelak...taubt lah wahai mnsia..!!KIAMAT SUDAH HAMPIR TIBA..!!!
sedihnya.... ! Teringat kat arwah adik Nurin Jazlin. Mungkin dia merasai lebih teruk daripada yang digambarkan. Tak sanggup nak bayangkan. Kenapalah...sampai hari ini, tak dapat lagi nak cari pembunuhnya. Harap pembunuhnya dah terima balasan Allah di dunia ni lagi.
kita hanya mendengar cerita mereka di kaca tv atau mungkin di dada akhbar, tetapi terasa disiat-siat perasaan ini ditujah rasa sedih tapi bayangkan apatah lagi keluarga mereka. moga mereka tabah menghadapi dugaan maha dasyat ini.
sunguh jejam manusia seperti itu.... diharap org yg mmperlakukn anak kecil yg xbrsalah seperti itu mendapat balasn yg setimpal atas perbuatannya... -al-fatihah
Salam, Tahniah buat penulis krn berjaya menggarap sebuah cerita yg berkisarkan ttg kekejaman terhdp kanak-kanak yg tidak berdosa.Rasa sedih dan tak sanggup nak membayangkan ketakutan dan kesakitan yg dialami oleh kanak-kanak tersebut. Syabas dan teruskan dgn karya2 anda yg lebih baik,ok. ;)
ee.......rasa nak ku cekik2 dan cincang2 org buat perkara terkutuk macam tu, lepas tu daging mereka berik kat buaya & naga, tapi ku rasa buaya & naga pun tak ingin nak makan daging manusia macam tu.
astagfirullah......kejam sungguh dorang nie....x berhati perut langsung....tak ape... di akhirat mereka akan d balas dgn perbuatan mereka sendiri.....al- fatihah...
jahat betul orang sekarang,kenapa lah budak yang tak berdosa kau bunuh...manusia jenis apa kau ini....bila benda jadi dekat keluarga kau sendiri baru kau tahu berapa sedih hati nak tanggung semua nya...orang macam kau ini tak layak di beri pulang untuk hidup dekat dunia ini..manusia jenis apa lah dia orang ini...sanggup bunuh orang.....aku harap keluarga adik nurin dan lain sabar k...Allah akan balas balit perbuatan dia orang ini....dengan ini aku sedekah kan al-fahtiah buat adik-adik yang telah menjadi mangsa manusia yang lebih teruk dari binatang ini....aku sedih dan geram ini...
manusia sekarang ramai y dah x berperikemanusiaan... ramai yang sudah hilang akal fikiran yang waras..bertindak mengikut nafsu...mana agama??? org y tak berdosa menjadi mangsa.. alfatihah kepada adik2 y masih hilang..
orang mcm tu , mmg langsung x berperikemanusiaan ... baca cerita ni boleh mengalirkan air mata mengenangkan nasib mangsa yg masih belum sempat menikmati dunia ...
Kesian mereka yg tidak berdosa diperlakukan mcm tue skali..semoga penjenayah itu mendapat balasan yg setimpalnye di atas perbuatan mereka pada kanak2 yg tidak berdosa ini...Al-fatihah kepada mangsa..
Bila smpai prtengahan crite.... 'What's this?? crite rogol? 18 sx pun ada..'
Bila smpai akhir... ' scary.. rasa mcm hntu yg brcerita..'
bila tgk footnote kat bwh tu.... 'owh.. ni yg aku hrus trima.. sdgkan kita mndengar kisahnya pun takut, apatah lagi org yg mrasainya..'
* Conclusion : superb.. apa yg pntg, pengajaran yg kita dpt prolehi.. crite ni mnarik cause dia dpt gabungkan prasaan sedih, takut dan geram sekali gus.
diawal cerita,aku mengira anak itu dibopong masuk ke liang lahat.dan laki-laki yang menyiksa itu adalah malaikat.tapi ditengah cerita aku bingung.aku merasa ada yang aneh.ada yang janggal.aku berpikir laki-laki itu nadalah orang yang memperkosanya.dan akhirnya,kesimpulanku adalah anak itu meninggal setelah diperkosa berkali-kali. cerita yang bagus sekali.alur yang tepat dan sudut pandang yang menghanyutkan.thanks sdh menulis cerita ini.dunia ini penuh dengan ketidak adilan.tapi Allah nanti yang akan mengadilinya.alfatihah.amin.
Salam. Sungguh sedih. Begitu kejam. Didoakan anak-anak tidak berdosa ini ditempatkan di Sisinya. Syabas. Salam
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kejam betul orang yang melakukan
perbuatan seperti itu.
sanggup membunuh anak-anak yang tak berdosa
tanpa rasa belas kasihan.