Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Terkial-kial langkah kaki Asmah mengelak laluan tar yang digenangi air itu sambil menyinsing kain baju kurung yang dipakai olehnya hingga ke paras betis. Wajahnya diselaputi kegusaran. Sekejap-sekejap dia menoleh ke belakang. Lagak gayanya seperti sedang dikejari sesuatu. Dengus nafas halus Asmah yang seakan ketakutan berselang-seli dengan suaranya yang tenggelam timbul.
Tubuh Asmah yang tinggi lampai dan putih gebu itu kemudiannya melewati sebuah pohon ketapang yang dikatakan dihuni oleh dua ekor hantu oleh penduduk setempat. Hantu yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan ialah Kutil dan Kupih, dua kacang hantu yang paling berpengalaman dan mahir dalam selok-belok serta tatacara seorang kaki lepak yang sejati di kawasan perumahan itu.
"As, kenapa termengah-mengah ni? Tengah jogging ke?" soal Kupih lalu tersengih menampakkan barisan giginya yang rompong di sana-sini.
"Ada ke orang jogging pakai baju kurung bang Kupih?" balas Asmah dalam nada memerli. Nafasnya masih turun naik.
Kupih malu sendiri sedang sahabat juangnya Kutil pula terbahak-bahak ketawa sambil menggaru-garu ketiak. Serupa benar gayanya dengan seekor monyet.
"Abang Kupih dengan abang Kutil tolong As boleh tak? As rasa si Bolok Gila tu ikut As dari tadilah." pinta Asmah yang kemudiannya membetulkan kainnya yang terselak.
"Bolok? Dia buat apa dengan As?" soal Kutil kembali.
"Tadi As lalu dekat depan rumah Salasiah. Tiba-tiba Bolok sergah As dari tepi rumah. Lepas tu dia kejar As pulak!!" terang Asmah.
Kutil mengepal penumbuk. Kupih pula meludah ke tanah. Nampaknya kegilaan Bolok Gila semakin menjadi-jadi. Dulu Bolok Gila pernah menggemparkan seluruh penduduk kawasan perumahan itu dengan cerita beliau menggigit keting seorang budak. Kali ini Bolok Gila sudah berani mengganggu anak dara pula. Apatah lagi yang diganggunya itu ialah Asmah, antara perawan tercomel disitu.
Kutil mula hayun langkah, Kupih juga ikut menurut. Asmah pun tak mahu melepaskan peluang menyaksikan pengacaunya diajar. Dia juga mengekori. Ketiga-tiga mereka melangkah deras menuju ke rumah Salasiah dimana tempat kali terakhir Bolok dilihat berada.
Cuma Asmah yang kerapkali ketinggalan di belakang kerana dibatasi pakaian kurungnya agak melambatkan derap langkah Kupih dan Kutil yang sudah mula membayangkan pencak-pencak serta teknik ninja untuk digunakan ke atas Bolok Gila sekejap lagi.
"Wei mangkuk!!," jerit Kupih sebaik sahaja terlihat kelibat Bolok Gila yang sedang asyik berbual dengan seekor siput di celah rimbunan pokok bunga raya.
Pantas Bolok Gila menoleh ke arah mereka bertiga dengan pandangan berkerut. Namun yang menghairankan, Bolok Gila kembali menyambung perbualannya tentang isu kenaikan harga barang bersama siput sebentar tadi. Kupih yang berang melihat tindakan itu terus menghampiri Bolok Gila dan menempeleng kepalanya sebanyak tiga kali berturut-turut.
"Apa ni? Gila ke?," jerit Bolok Gila seraya mengusap kepalanya yang berdengung selama beberapa saat.
"Kau tu yang gila!! Tak dengar ke aku panggil tadi?" "Mana ada korang panggil aku? Korang panggil mangkuk! Nama aku bukan mangkuk." balas Bolok Gila.
"Habis tu nama kau apa? Pinggan? Cawan? Penyu Belimbing?," jerit Kutil pula sementelah Asmah sedang berdiri di sebelahnya. Dia juga mahu menunjukkan keperwiraan dirinya.
Bolok berdiri seraya mencekak pinggang. Wajahnya merah padam kerana marah. Membuatkan Kupih dan Kutil merasa sediit cuak. Asmah yang sedari tadi bersembunyi di belakang Kutil kelam-kabut menyorokkan muka.
"Kau pernah pergi sekolah tak?" soal Bolok bengis.
"Pernah! Apasal?" soal Kupih kembali. Wajahnya sengaja dikerutkan sekasar mungkin bagi menimbulkan aura garang maksima.
"Kau pernah pergi sekolah naik basikal?" Bolok bertanya lagi.
"Pernahlah!! Kenapa kau tanya?" Kutil pula menjawab.
"Kau pernah pergi sekolah naik basikal bawak peti ais kat dalam poket?" Bolok terus menerus menyoal.
Kutil, Kupih dan Asmah tercengang. Langsung tidak memahami kaitannya dengan soalan sebelumnya. Kupih angkat bahu manakala Kutil pula menggelengkan kepala. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.
"Wei Bolok Gila!! Kami datang ni sebab nak tau kenapa kau kacau si Asmah ni?" Kutil bertanya setelah beberapa ketika menggaru kepala.
"Kacau pun tak boleh?" "Memanglah tak boleh!! Kau ingat boleh suka-suka nak buat apa-apa dekat kawasan ni?" tengking Kutil.
"Kalau usik?"
"Usik pun tak boleh!!"
"Kalau aku usik sikit lepas tu aku kacau, posmen datang tangkap aku ke?" Bolok bertanya lagi.
"Nak buat apa pulak posmen tu tangkap kau? Dia hantar surat je."
"Dah tau dia hantar surat, kenapa surat aku tak sampai-sampai lagi?
"Surat mana pulak?"
"Surat akulah!! Ketua pemuda daerah Beijing janji nak hantar. Dah tiga hari Krismas aku tunggu."
"Surat apa yang kau tunggu tu?" Kupih sudah mula pening dengan soalan Bolok Gila.
"Bodohlah kau ni!! Takkan itupun aku nak bagitau? Dah tentulah surat menyurat. Takkan dia kirim suratan takdir pulak!!" ujar Bolok marah-marah.
Kutil dan Kupih garu kepala lagi. Niat mereka mencari Bolok Gila adalah untuk mengajarnya tapi sekarang mereka pula yang diperbodohkan. Asmah pula terkekeh-kekeh ketawa menutup mulut. Geli hatinya menyaksikan senario sentul yang sedang berlaku.
"Malas kitorang nak layan budak gila macam kau ni. Satu je aku nak cakap, lainkali kalau aku dengar kau kacau anak dara orang lagi, kitorang pelupuh kau cukup-cukup!! Dahlah Kutil. Jom balik!!" ajak Kupih lalu berpaling menghadap Asmah.
Baru saja Kupih mahu mengajak Asmah pergi dari situ, dia tersentak. Asmah telah tiada di tempatnya. Kutil dan Kupih melingas memandang ke sekeliling. Tiba-tiba Kupih terasa bahunya dicuit. Wajah Kutil yang sedang menjuihkan bibir segera membuatkan dirinya memusing kepala ke arah yang ditunjukkan.
Mulut Kupih terlopong. Kerana di hadapan matanya kini Asmah yang sedang mereka pertahankan sedang berbual-bual mesra dengan Bolok Gila. Terbakar benar hati mereka melihat Asmah dengan lembut memaut lengan Bolok dengan diiringi oleh gelak tawa.
"As, apa semua ni?" soal Kupih kurang mengerti.
"Minta maaflah bang. As dah salah sangka pada abang Bolok. Rupanya abang Bolok ni kelakar orangnya. As suka sangat!!" Asmah menjawab bersahaja.
Keesokan harinya, ramai penduduk kawasan perumahan itu yang mengaku ada terlihat kelibat Kupih dan Kutil sedang ketawa terbahak-bahak di bawah pokok ketapang dengan berpakaian saling tak tumpah seperti orang gila sambil berbual-bual dengan kaki sendiri.
hahahahaha!!! x leh bla btol citer ni. lawak sempoi je. paling best sembang2 ngan siput pasal kenaikan harga. terbaik ayat tu!!! 10 taik bintang utk anda!!
bagus betul la cerita ni.....kelakar..suka sangat...pendek tapi penuh dgn mksud yg tersirat...penuh dgn ayat yg boleh buatkan kita berfikir...bagus...good job 2 writer...suka sangat...sha
hahaha..aku pun da jg x betul gelak sorg2..terkejut jiran2 tetangga aku..huahahaha..rumet aku da r xde..gelak lak sorg2 tghr panas terik ni..huhu
-superb r ko punye ayat n ending..da la len kali jgn wat cmni..penat aku galak tahan air mate..aku da r jenis ketawa kuar air mate..konpius org tgk..sedey ke epy ke..huuhu.. ilang tensen nk final exam aku bce cerpen ko..huahahaa
hua hua hua xdapek nak nolong huhu cam orang sakit jiwa aku tergelak t leh gne ayat berbual ngan siput sal kenaikan harga barang hak3 sure ahli ekonomi 2 hak33x
Saya sendiri pun tak berapa nak ingat tajuk-tajuk cerpen seram @ horror yang dah saya buat dulu di sini.. Cuba cari 'Anak Patung Nana', Hantu Belakang Bengkel' dan beberapa lagi yang saya lupa tajuknya..
Boleh cari saya di kepalalabuchi.blogspot.com
Tapi blog saya bukannya lawak pun.. Obor-obor lagi kelakar dari blog saya tu..
HAI RKAN2 KU YG BERADA DI SKLAH SMK DATO ZULKIFLI MUHAMMAD AKU HARAP KORANG SMU SIHAT2 SEJAHTERA DI SANA JNGAN KORANG SMU LUPAKAN AKU....KORANG KLU RINDU BCE LAH CERPEN NIE.....SMU KWN2 KARIB AKU MCM UMMI UMAIRAH,SYAZATUL NAZWA,SITI HAJAR,SITI AISHAH,FAZLIYANI,FARAH HUSNA,FARAH NADIA,NUREMALISA,UMI AMIRAH,SYAHIRAH HANIM,SAIFUL HADI,MUHD AMZAR,ATAN,ALAN,PIKRI,MUHD AZZHARI SYAH YG SMBONG TU.. DAN TAK KETINGGALAN MUHD NAEM DAN MUHD NAZRIN KORANG SMU JGE DIRI BAIK2 OK...MUNGKIN KLYU ADE REZEKI KITA AKAN BERJUMPA KORANG.............AKU SAYANG KORANG SMU I LOVE YOU SO MUCH
gile bapak ah..lawak sey.....aku terkekek sorg2...mamat kat sebelah aku ni da pndg len mcm da....engat aku gile kot..bak dlm cerpen...kau,aku, dan mereka pembaca gila sebab bace cerpen ni..hahha
wakakaka..klakar r siot..kalau ko wat ending yg sbenarnye asmah n bolok gila tue ialah kaki2 kutil dan kulip, mesti lg lawak..kutil ngn kulip tue bg watak n maen2 ngn kaki dorg..sebab dorg mmg gile!..hahhahahah
bapak klakar... aq plg xthn mase bolok tu beborak ngn siput pasal kenaikan hrge..wakakakah,sengal tol kepalenye!! pastu yg tukang komen pon wt lawak,ade ke patut kt tmpat komen ni die wt ucapan tuk kengkwn... biol aq dbuatnye..eh silap.. GILA AQ DBUATNYE..!!
hahahaahaha.. lawak nye... nk tahan gelak tp x dpt.keluar lak suara,,da kne pndg kt org2 dlm surau ni.. dala on9 bnda dunia dlm surau! huhu. wat lg tau cerpen cmni.. seyes kelakar..haha
Hahahaha.. mula2 aq bc cm suspen je tw citer nie, tetiba air mata aq melelh sbb than gelak.. dh r aku kena dok kat kaunter, xpasai2 org gelar aq kaunter gila lak... hahaha anyway gud job.. i like it..
CIAYOK AR DER!!!GILER KENTANG~~~ WEE~~~WEE~~~ SEMANGAT TAHAP UBI GUA BACE CITER LU NI DER... dengan coment yang sangat la seraBUTkan palotak aku ni..ngee~ SUMPAH!seronok...sgt lain dari yg lain! -HIDUP BOLOK!!!- ~siti sara~
giler lawak... hehe... hilang tension mak jap.... adoi... sakit perut gelak... dah org opis aku kata aku giler... wakaka... best la citer ko nie... tahniah...
wahahahahahahaaaaaaaa.. adeh adeh!! sakit perut aku.. paling lawak ayat "Bolok sedang asyik berbual dgn siput dicelahn rimbunan bunga raya" hahaha.. tambahan lagi sembang pasal kenaikan harga plak tue.. gila kaw2 aku golak!! hahahaa
hahahaaxx . iyes klaka gilew . pg2 bute bce cerpen ni siap tergelak-gelak x henti. pling x leyh than komen yg siap ad ucapan tok rkan2 . mmg gileww . hahaha
aduh,lwk2.. tmbh2 lg ngan kmen2 2.. ya Allah skit prut thn glak pnya psl.. lenguh pp den...huhuhuhukkk...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lucu dan lawak..
cuma ending tu je saya tak paham..
boleh terangkan..
ima acihh..