Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dia sedar dirinya diperhatikan, namun dia cuba berlagak cool. Dia yang mula berasa tak keruan, mengangkat tangan kanannya membetulkan cap putih kesayangannya. Wajahnya ditundukkan sedikit. Tiba-tiba dia terdengar satu suara gadis, "Aduh!" "Sorry EJ... Sorry... Lan tak sengaja" Niat hatinya ingin menoleh melihat apa yang telah terjadi, lebih-lebih lagi apabila nama gadis kesukaannya disebut namun kakinya terus melangkah berlalu menuju ke stesen bas untuk pulang ke rumah.
-------------------------------------
"EJ okay ke? Sakit tak? Sorry Lan tak sengaja" Mazlan diselubungi rasa bersalah apabila bola yang sepatutnya dibaling ke arah Kwan Ching tersasar dan terkena tepat ke kepala Elina. Agak kuat pula balingannya tadi. Elina menggosok-gosok kepalanya sambil tersenyum. "Hehehe... Bukan salah Lan. EJ yang gatal sangat duduk dekat dengan tempat korang main basketball ni" "Sakit sangat ke?" Mazlan mendekatkan tangannya untuk memegang kepala Elina. Elina yang sedar tindakan Mazlan cepat-cepat menginjakkan badannya ke belakang. "Dah ok dah!" Elina bingkas bangun. "Dayah, jom balik kelas!" Dayah yang dari tadi duduk menemani Elina, bangun sambil tersenyum ke arah Mazlan. "EJ marahkan Lan?" Geleng. "EJ baru teringat EJ tertinggal nota sejarah EJ dalam kelas. Takde nota tu, malam nanti terkial-kial pulak nak siapkan kerja rumah EJ. Terkena bola tadi tu baru teringat" Elina tertawa kecil. Mazlan tersenyum manis. Semanis madu! "Bye!"
*************************************************
Sweet! Sweet macam gula-gula. Eh! Tak! Dia lagi manis dari tu! EJ.... Apelah agaknye nama penuh die eh? Kejap-kejap kawan die yang suara serak-serak basah ala ala Rani Mukherjee tu panggil die EJ... EJ... Kawan die tu cun jugak, tapi die lagi sweet... Senyum sambil membayangkan wajah Elina yang sedang tertawa. Aku rasa die pun ade hati dekat aku... Errr... Perasan ke aku ni? Tapi... Aku sedar tiap kali aku lalu depan sekolah die, die mesti akan curi-curi tengok aku. Kalau die tengah duduk makan jambu batu dengan member die tu, tengah makan mesti die akan stop makan pastu curi-curi pandang tengok aku. Hafsham bangun dari katilnya dan menuju ke tingkap biliknya sambil memandang ke arah luar tingkap. Papa ni pun satu hal. Baru je pindah sini, naaaak pindah KL balik. Alu baru je mula rasa selesa and happy tinggal dekat Penang ni. Hafsham memprotes sendiri kemudian termenung jauh.
"Sampai bila hang nak lagu ni EJ?" Elina menjungkitkan bahunya. Dayah yang pekat bertutur dengan slang Penang, mengeleng-gelengkan kepalanya. "Kalau hang lambat, biaq aku approach dia!" Elina yang sedang mengunyah jambu batu hampir menjerit namun sebaliknya yang jadi apabila dia hampir tercekik. Dayah yang panik menepuk-nepuk belakang badannya. "Kau ni...." Elina cuba untuk bercakap namun tersekat-sekat kerana sisa jambu batu yang sudah hampir lumat dikunyah masih berada di dalam lehernya. Matanya sedikit berair akibat tercekik buah jambu tadi. Lagi sekali Dayah menepuk-nepuk bahunya. Namun kali ini kuat dari tadi. Elina yang sedang tunduk mencapai air limaunya untuk diminum tersenyum. "Haaa.... Rasa bersalah lah tu. EJ oklah..." tepukan Dayah semakin menjadi-jadi. Elina yang berasa hairan mengalihkan pandangannya kepada Dayah. Dayah kemudiannya menundingkan jarinya kepada satu arah. Mata Elina memuntang apabila melihat jejaka idamannya sedang melangkah ke arahnya sambil tersenyum manis. ‘Baru aku tau die ade lesung pipit.... Eh! Kenapa die datang sini? Mimpi ke aku ni? Kenapa aku rasa berdebar-debar ni?!!!’ Elina semakin tak keruan apabila Hafsham semakin dekat menuju ke arahnya. Pipinya terasa panas. Hafsham menyeluk tangan kanannya ke dalam kocek. Cuba menghilangkan getar hatinya yang agak gemuruh walaupun wajahnya tampak tenang. "Hi..." sepatah Hafsham menyapa. Elina mengangguk lembut sambil senyum. Kedua-dua mereka terpaku. Dayah sesekejap memandang Elina. Sesekejap memandang Hafsham. "Errrr.... Saya suka tengok muka awak!" Elina ternganga! Hafsham gugup selepas menutur kata-kata yang agak straight forward. "Errr..... Saya akan berpindah ke KL. Contact lah saya kalau sudi" Hafsham yang tiba-tiba berasa segan meletakkan sekepin kertas di atas meja makan dan terus berlalu pergi. Dayah mengerutkan kening tidak berpuas hati. Elina yang seolah-olah sedang bermimpi, tersedar apabila Dayah berkali-kali memanggil-manggil namanya. Teringatkan kertas yang diberikan Hafsham tadi, Elina mengangkat tangannya untuk mencapai kertas tersebut. Namun, tiba-tiba angin kuat datang menerbangkan kertas tersebut masuk ke dalam longkang berhampiran kedai makan kegemaran Elina dan Dayah. Dayah meneguk liur. Elina menangis di dalam hati!
*************************************************
Beep! Beep! Elina yang sedang menumbuk sambal belacan berhenti menumbuk. Telefon bimbitnya dicapai.
Elina mengerutkan keningnya. "Dayah!" Elina menjerit memanggil Dayah yang sedang kusyuk menonton tv. "Dayah!!!" jeritnya lagi sekali apabila panggilannya tiada sahutan. "Yes madam?!" "Sini kejap!" dalam masa tak sampai satu minit, Dayah muncul dengan riak terkejut. Dia kemudiannya tergelak besar. "Hang ni EJ! Agak-agaklah kalau nak nak pakai perisai sekalipun!" Elina terpinga-pinga. "Takde spek mata besar lagi ker?!!" kali ini barulah dia tahu mengapa Dayah tergelak besar. Spek mata hitamnya dibuka dan diletakkan ke lantai. "Mata EJ ni kan takde insuran. Buat masuk cili padi nanti macam mane?" Elina sengih. "Kenapa panggil Dayah tadi?" "Haaa.... Ni... Kenal tak nombor siapa ni? Ke Dayah ade order ape-ape guna nombor EJ?" Elina menunjukkan mesej yang dibacanya tadi kepada Dayah. Lama Dayah menatap skrin telefon bimbit Elina membaca mesej tersebut dan cuba mengenal pasti samada dia mengenali nombor tersebut ataupun tidak. Setelah yakin dia langsung tidak pernah mengetahui siapa pemilik nombor tersebut, Dayah menggelengkan kepalanya. "Sure?" soal Elina. Geleng. "Ok lah. Abaikan je lah" Elina meletakkan telefon bimbitnya di tepi pahanya dan mengenakan kaca mata hitamnya kembali. Tugas menumbuk sambal belacan belum selesai beb!
Lama Elina berfikir. Dia langsung tidak mengenali siapa pemilik nombor 0123868283 tersebut. Lelaki atau perempuan tidak diketahuinya. Setelah beberapa minit berfikir, tangannya laju menekan keypad telefon bimbitnya.
Hafsham tergelak kecil membaca pesanan ringkas yang baru diterimanya itu. ‘Joyah? Ni mesti kes guna nama samaran ni...’ bisik hatinya. Dia lantas membalas pesanan ringkas daripada ‘Joyah’.
Reply from : 0123868283
Baik Cik Joyah. Nice to know you. Keep in touch! -Dollah-
Dayah yang sedang menonton televisyen tersentak apabila Elina tiba-tiba tertawa besar. "Awat hang ni?" Elina menutup mulutnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun sisa tawanya masih kedengaran. Dayah menyambung menonton televisyen. Itulah aktiviti harian mereka setelah setengah hari bekerja si sebuah syarikat agensi pelancongan. Balik dari pejabat, selalunya mereka akan memasak di rumah dan makan bersama. Pada awalnya, hubungan mereka renggang seketika setelah Dayah berpindah dan bekerja di Kuala Lumpur setelah berjaya mendapatkan Sijil Pengurusan Pelancongan di Politeknik Johor Bahru. Manakala Elina sebelum itu pula menyambung pelajarannya di Kolej Teknologi Pulau di Pulau Pinang. Dayah ada mengajaknya untuk sama-sama melanjutkan pelajaran di Johor Bahru, namun Elina menolak kerana tidak mahu berjauhan dengan Mazlan yang ketika itu sudah setahun menjadi kekasihnya. Dia dan Mazlan sama-sama melanjutkan pelajaran di Kolej Teknologi Pulau namun mengambil jurusan yang berbeza. 4 tahun selepas itu, Elina berpindah ke Kuala Lumpur dan mula tinggal dengan Dayah. Setelah seminggu tinggal di situ, akhirnya Elina membuka cerita,
‘EJ tak sangka boleh jadi macam tu. Dayah sendiri pun tahu kan macam mana dia bersungguh-sungguh tagih cinta EJ. Mula-mulanya semuanya ok, tapi setahun lebih lepas study dekat sane, EJ dah dengar macam-macam cerita tentang Lan. Bile EJ tanya Lan, dia cakap itu semua fitnah. Orang buat cerita sebab iri hati dengan hubungan EJ dengan Lan. Waktu tu EJ percayakan die sebab EJ tahu, Lan tu menarik, ramai perempuan yang cuba dekat die, tapi die tak layan sebab die setia pada EJ. EJ fikir mungkin sebab tu ramai orang kecil hati, dengki dan mula sebarkan cerita bukan-bukan. Tapi masuk tahun kedua hubungan kami, Lan pun makin berubah. Jarang sangat nak spent time dengan EJ. Asyik dengan rakan sekelas die je, Azira. EJ jeles tau dengan hubungan dorang. Rapat semacam. EJ tengok, Azira tu pun kadang-kadang terlebih manja dengan Lan. Bila EJ tanya Lan, Lan marah-marah, cakap EJ tak percayakan dia dan suka fikir bukan-bukan sedangkan Azira tu cuma rakan sekelasnya. Alasannya, Azira agak pintar dan mereka sering mengulangkaji bersama. Satu hari, barulah semuanya terbongkar bila EJ baca semua sms daripada Azira dan Lan dari telefon bimbit Lan mengenai perasaan masing-masing dan hubungan cinta diorang – ‘
Airmata mula mengalir keluar dari birai mata Elina.
‘Lepas tu, EJ cuba bersikap rasional. EJ cari masa yang sesuai, cuba berbincang dengan Lan mengenai perkara tersebut. EJ berterus-terang yang EJ curi-curi baca sms-sms Lan dan Azira dan minta penjelasan dari dia. Waktu tu, EJ tak sangka bila Lan marahkan EJ sentuh barang peribadinya dan lepas dia mengakui bahawa dia lebih sayangkan dan perlukan Azira dalam hidup dia, dia putuskan hubungan kami –‘
Waktu itu, jika mata Elina ialah langit, airmatanya ibarat hujan yang turun 3 hari 3 malam tanpa henti.
********************************************
"Aku tengok kau ni asyik dengan bisnes kau je. Cari-carilah sorang teman Sham" Hafsham seolah-olah tidak mendengar apa yang sedang diperkatakan rakan karibnya semenjak berpindah ke Kuala Lumpur 6 tahun lepas, tunduk mengacau air limau sejuknya dengan sudu. "Sham. Yang lepas tu lepaslah... Patah tumbuh hilang berganti" serentak Hafsham tergelak kecil. Kedua-dua tangannya kemudiannya disatukan dan diletakkan di antara air limau aisnya dan dan dada bidangnya. "Bukan sebab aku masih tak dapat lupakan dia Wan.... Cuma.... Aku rasa aku ni muda lagi, baru je 24 tahun... So aku rasa baik aku cari asset dulu sebelum settledown" "Aku fahaamm... Tapi aku tengok bisnes kau pun dah mula berjalan lancar. Alah, aku tau kau kadang-kadang sunyi kan? Kalau tak buat ape asal kau free je, ajak aku lepak, asal lepak je kau free" "Habis tu aku nak lepak ngan sape lagi kalau bukan lepak dengan kau?" "Tu lah sebab kau kena cari someone!" Azwan sengih! "Alah, kau tahulah aku ni malas nak mencari-cari ni" "Tulah kau, pemalu sangat dengan perempuan. Tapi si Nazrah tu, boleh pulak kau approach die eh?" Hafsham tersenyum sinis. "Sebab aku nampak die tu macam pemalu dari aku... Tapi last-last baru aku tau, sikap pemalu dia, innocent die, sikap naif dia tu semua tu hanyalah luaran je" Azwan yang mula rapat dengan Hafsham semenjak jejaka tampan dan pemalu itu mula bersekolah di sekolah menengahnya, terdiam. Azwan boleh dikatakan mengetahui hampir kesemua perkara mengenai Hafsham termasuklah kisah cinta Hafsham yang putus di tengah jalan apabila kekasihnya, Nazrah curang walaupun Hafsham sangat setia dan sepenuh hati menyayangi gadis comel itu. "Tapi..." "Aku akan settledown kalau aku jumpa gadis yang muncul dalam mimpi aku semalam" Hafsham senyum lebar menampakkan lesung pipitnya. "Sape Sham?" "EJ!"
"Terima kasih banyak-banyak atas makanan-makanan ni. Budak-budak semua tu pun suka" ujar salah seorang pengurus Taman Pendidikan Anak-Anak Yatim Darul Kifayah yang terletak di Kampung Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. "Apa sangatlah sumbangan kami ni kalau nak dibandingkan dengan kegembiraan kesemua anak-anak yatim tu" ujar Elina rendah diri. Dayah angguk tanda setuju. "Semua makanan ni kamu buat sendiri ke?" soal pengurus tersebut yang membahasakan dirinya sebagai Kak Intan. "Eh! Taklah! Kitorang order karipap, murtabak dengan popia ni dari seorang pembekal makanan sejuk beku. Lepas tu goreng ajelah" Dayah menjawab laju. "Iye ke. Sedap. Nanti-nanti bolehlah Kak Intan order pulak" Kak Intan memuji produk sejuk beku yang dibekalkan dari syarikat Hafsham. "Itulah, sedap kan? Saya pun baru first time rasa. Tak menyesal" Elina mengiyakan pujian Kak Intan. "Macam mane akak nak order ye?" "Kejap ye… Saya kasi nombor telefon die…." Elina lantas meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang terletak di dalam tas tangannya. "0…1..2…3…8..6…8…2…8…3…" lambat-lambat Elina menyebutnya untuk memberi masa kepada Kak Intan untuk menyalin nombor telefon yang diberikan. "Ok. Apa nama pengedarnya?" "Dollah!"
Wa’alaikumussalam. Tak busy pun. Tengah tengok tv dengan housemate I.
---------------------------------
From sender : Dollah
Ic.. ic… You jarang keluar ke? Setiap kali I text you, you mesti dengan housemate you.
----------------------------------
Reply from : Joyah
Jarang sangat. Err… Setahu I, kita jarang sms.
----------------------------------
From sender : Dollah
Ye. Tapi time you order karipap dengan popia hari tu, Bile I tanya you, you cakap dekat rumah jugak, dengan housemate you. Then seminggu lepas tu, I tengah bosan, I text you, you jawab benda yang sama jugak. =)
------------------------------------ Seminit kemudian, nada lagu ‘Knock You Down’ nyanyian Keri Hilson berkumandang. Nama Dollah terpapar di skrin telefon bimbit Elina. "Hello" Elina menjawab selamba. "Hello cik Joyah…" serentak Elina tertawa kecil. "Mimpi ape tiba-tiba nak call ni?" "Saje je. Hati terasa nak berbual dengan you.." Hafsham berkata jujur. Elina mula berfikiran negatif terhadap Hafsham. "Errr… Maaf ye I nak tanya ni – " Diam. "Memang you selalu call customer you macam ni ker? I mean, sms… call…" Hafsham ketawa besar. "Dah agak soalan tu akan keluar. To be honest, no! Never!" Elina terdiam. "But it’s up to you nak percaya ataupun t –" "I trust you!’ cepat-cepat Elina memotong percakapan Hafsham. "What makes you trust me. We don’t even know each other" "Hati saya … percaya kata-kat awak…" Diam. Tiba-tiba Elina membahasakan dirinya ‘saya’ dan Hafsham ‘awak’. Masing-masing merasakan ada satu perasaan istimewa mula menular di dalam urat saraf masing-masing dan kemudian terasa di hati. "Boyfriend awak tak marah saya call?" "Kan saya dah cakap saya takde boyfriend. Awak tu, girlfriend tak bising ke nanti?" "Saya takde girlfriend lah cik Joyah ooiii.." Elina ketawa besar! "Tiap kali saya sebut nama awak, awak mesti gelak. Ni mesti pasal itu nama samaran je kan?" "Ha’ah" "Then ape nama sebenar awak?" "Hmmm… Saya rasa Dollah tu pun bukan nama betul awak kan?" "Itulah. Saya sms awak tadi sebenarnya nak cerita pada awak, kawan awak, Kak Intan call saya tadi. Die cakap nak bercakap dengan Encik Dollah. Saya lupa yang saya cakap pada awak nama saya Dollah, mati-mati cakap takde orang nama Dollah guna nombor ni. Last-last, barulah saya teringat, saya call die balik" Elina ketawa besar. "Then ape nama betul awak?" "Hafsham…. Hafsham Azim. Awak?" "Elina Julia. Tapi kawan-kawan selalunya panggil saya EJ je" "EJ?!!!" "Yup! Terkejut ye? Memang ramai yang pelik sebab rasa nama tu sesuai untuk lelaki or tomboy" "No!" "Huh?" "Nak jumpa!" "Nak jumpa?" "Esok. Dekat KLCC. Boleh?" "Errr…" "Kalau takut, bawa kawan" "Takut…? Kawan…?" Elina makin hairan. "Yup! Nak bawa satu bas pun boleh!" Elina ketawa lagi!
*******************************************
Elina dah Dayah duduk menanti Hafsham di Dome Café, KLCC sambil memerhatikan pengunjung-pengunjung menara berkembar itu yang sedang bersantai dan berbual di taman yang mempunyai air pancut. Beberapa kanak-kanak berlari ke sana sini bermain. Elina mengerling ke arah jam tangan Rado kesayangannya. Hadiah daripada papanya sempena hari lahirnya yang ke-21. Jam menunjukkan pukul 4:45 petang. ‘Lagi 15 minit’ detik hatinya. Tiba-tiba Dayah menepuk-nepuk bahunya. Elina yang berasa gementar menanti Hafsham merasa sedikit terganggu. "Kenapa ni Dayah?" Elina bermain-main dengan jari jemarinya. Resah. ‘Kenapalah aku senang-senang sangat terima ajakan seorang lelaki yang aku tak pernah kenal macam ni?’ Elina mengomel di dalam hatinya. Pada waktu yang sama, tepukan Dayah makin menjadi-jadi. Di saat Elina berpaling ke arah Dayah yang sudah menghentikan perbuatannya menepuk Elina, Elina terdengar satu suara yang pernah didengarinya 6 tahun yang lepas. "Hi… Lama tak jumpa" Elina tergamam. "Sampai hati awak tak contact saya ye?" Hafsham senyum manis. Jantung Elina berdebar-debar. "Boleh saya duduk?" Elina angguk. Tak sampai dua saat menggeleng. Tak sampai 2 saat lagi dia mengangguk. Hafsham ketawa kecil. "Boleh ke tak ni?" "Boleh! Boleh! Duduklah!" Dayah yang asyik memerhati dari tadi akhirnya bersuara. "Berdua je?" "Bertiga!’ spontan Elina menjawab. Hafsham ketawa besar. Dia sedar gadis itu gugup. Mujurlah dia tak lagi semalu 6 tahun lepas. "Bertiga?" soal Hafsham. "Err… maksud saya, kawan saya akan datang kejap lagi" "Hmmm… saya rasa die mesti tak kisah saya ada kan?" Elina mengerutkan keningnya. "Teman lelaki awak ke yang nak datang tu?" "Tak!" Elina separuh menjerit. "Kalau macam tu takpelah. Saya datang ni pun sebab nak melamar awak jadi kekasih saya" Elina dan Dayah ternganga! "Nah!" Hafsham mengeluarkan sekotak bekas cincin berwarna merah dan menyrahkannya kepada Elina. Elina teragak-agak untuk menerimanya. "Bukalah!" arah Hafsham setelah kotak cincin tersebut bertukar tangan. Lambat-lambat Elina membukanya. Matanya bersinar-sinar apabila melihat sebentuk cincin berbatu Amethyst yang simple namun sangat cantik rekaannya. Sedang memerhatikan cincin tersebut, matanya tertancap pada satu tulisan di dalam bahagian penutup kotak cincin tersebut. Perlahan mulutnya membacanya. "Dollah… loves…. Joyah….." Elina terpinga-pinga. Seolah-olah sedang bermimpi di siang hari. Setelah dia menyedari bahawa Dollah adalah Hafsham, lelaki yang pernah menjadi igauannya sebelum ini, hati Elina melonjak kegembiraan. "Dollah loves Joyah!" Elina separuh menjerit sambil menggoncang-goncang bahu Dayah sebelum mengeluarkan cincin tersebut dan menyarungkannya ke manisnya. "Joyah!’ Hafsham memanggil namanya. Serentak Elina menoleh ke arah Hafsham. "Patutnya saya yang sarungkan cincin tu pada awak!" Dayah tertawa besar. Elina tersipu-sipu malu manakala Dollah, eh! Hafsham memegang erat tangan Elina a.k.a Joyah.
alahai..ending nya memang gopoh sket...ada ke boleh jerit gitu cik joyah tu....hahaha...hilang rasa malu tuhhhh....anyway, citer ni memang enjoy...congrats...
mula2 teragak2 nak baca sbb tajuk dia tak happening....but then bila dah baca, NO REGRETS!!! kelakar....hehehehehe, buat ar lagi citer macam ni, simple but fun to read....congratulations!!!....
ha ha ha..lawak la..citer mcm ni la aku suke, x semestinye nama2 watak 2 pnjg2 mleret..nma besa2 pon ok asl citernye mnarik..tp 1 je..apsal citer cinta yg aku pnah bca sblm2 ni pon same je jln citer dia..jmpa kt skolah,bpisah,da keja jmpa blik,bcinta blik n kwin..
salam...penulis..ai da jodoh kot..em x kemana walaupun kertas phone no hilang..cerita ini menarik..tjuk yg agak klasik..saya pertama kali bc cerita ini seakan-akan membayangkan ksah sahabat karib..namun telahan saya salah...memang bez cerita ini...god job penulis..saya suka cerita ini sangat...hope benar2 happen
ok cite ni best.happy ak bace,cos ak suke dgn loghat penang tu.satu je nak tanye cite ni mcm terganting sikit dr mana hafsham ni dpt no.elina,so kalau bleh smbung la yerk. from:bdak baek... punya
tajuknye pun da membuat hati pembaca nk menbaca story yg setrerusnya...kehkeh...kalau kisah aku cm ni kan best...tp mampu berangan je.....hahahaha.....
sory laa..aq x ingin bce klaw ad y b,kaitan dgn nme dayah..bg aq pmpoan nme dayah nie mmg jnis y ta twu malu...aq na bce tp niat aq t,bntot blew t,bce nme 2..klaw rmay y ckp lwak.,lwak laa..soory
nice n sweet!really enjoy read it!keep it up....deabak >_<!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
herm..best r jugak cite ni..
layaaaaaan..
hehehe..