Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ikhwan mendongak melihat langit gelap yang ditaburi bintang beraneka citra. Cecair jernih yang lama bertakung meleleh jatuh dari tubir matanya yang lesu tatkala mengenangkan belenggu yang merantai nasib tanah tumpah darahnya itu. Disekanya perlahan-lahan air itu. Dadanya bergerak turun naik. Anak muda ini baru mencecah 22 tahun, namun takdir memilihnya untuk menghadapi ujian seberat ini. Dia menyandarkan badannya pada pohon tua di belakangnya yang masih gagah berdiri saban hari di hadapan musolla usang itu.
Garis-garis samar cahaya bulan yang menyorot masuk melalui celah-celah bukaan daun tingkap bangunan jingga itu menyuramkan hatinya. Ikhwan merenung jauh ke dalam ruang bangunan itu. Matanya dibidikkan tepat ke arah tongkat panjang diselaputi sawang yang diam bersandar pada sudut ruang beralaskan karpet hijau itu. Renungan itu mengheret fikirannya jauh menjejaki ruang masa lalu yang dilimpahi keberkatan. Jelas tergambar di depan mata hatinya tika saf-saf musolla ini dipenuhi dengan barisan hamba, sujud pada Penciptanya. Terbayang suatu tika dahulu, tongkat itu digenggam erat Ustaz Khalid tatkala khutbah taaruf Islam diterangkan satu persatu, semudah mungkin. Penduduk Pos Lanau mendengar penuh minat, penuh semangat, bagai anak-anak kecil. Ada yang terlopong penuh kagum, ada yang menggaru kepala, ada yang tersenyum sendirian. Sungguh makmur dan aman sekali musolla itu. Sejuk di mata, tenang di hati. Tempat yang menjadi saksi hampir 80 orang penduduk kampung ini menerima agama fitrahnya setelah bertahun lama hanyut tiada panduan.
Lamunannya dikejutkan dengan suara hilaian monyet nun jauh di perut rimba. Musolla itu kembali kelam. Kelam seperti kelmarin dan hari-hari sebelumnya.
Pagi itu bermula ceria dengan kicau merdu unggas hutan. Mentari mula menampakkan sinarnya di celah kehijauan rimbunan pagar rimba. Jauh dari hiruk-pikuk kota. Penduduk orang asli Pos Lanau seperti biasa setia dengan rutin harian mereka bercucuk tanam di kebun masing-masing. Hanya sekangkang kera luasnya. Angin lembut menyapa setiap titik keringat sulung mereka, segar dan mendamaikan. Tatkala pemimpin-pemimpin sibuk bermain politik, mereka gigih mencari sesuap nasi. Dan di kala sesetengah orang agama sibuk bertelingkah dek perselisihan khilaf dan pendapat, insan-insan bernama mu’allaf ini pula begitu mendambakan ilmu-ilmu mereka, dahagakan bimbangan seorang muallim yang bisa memimpin tangan mereka menuju ke arah kehidupan yang sebenar.
Sejak pemergian Ustaz Khalid tiga tahun yang lalu, penduduk kampung ini mula kembali terkapai-kapai dalam arus kejahilan duniawi. Bagaikan bahtera tanpa kemudi, mereka berpaling semula kepada kehidupan lama yang menyimpang jauh daripada agama fitrah mereka. Mereka seakan lupa bahawa mereka kini beragama Islam. Mereka lupa akan Al-Quran dan As-Sunnah. Segala ajaran Ustaz Khalid bagaikan hilang dibawa pergi bersamanya, lenyap dari benak dan hati mereka. Tinggallah Ikhwan keseorangan menegakkan Islam di tanah kecil ini. Dia tidak punya siapa. Ibubapanya sudah lama meninggal dunia tanpa sinaran aqidah.. Ikhwan melafazkan syahadah bersama-sama penduduk yang lain dalam sebuah program anjuran Jabatan Agama Islam Negeri.
"Sekarang, Ikhwan pilih mana satu. Akak takkan berganjak dari pendirian akak!" Gertak Kak Dian lantas memalingkan mukanya membelakangi adik tunggalnya itu. Dia mendengus kuat. Dia begitu berang dengan permintaan adik tunggalnya itu untuk memeluk Islam. Namun, Ikhwan tetap dengan pilihannya.
"Kalau nak sangat masuk Islam, kau jangan tegur akak lagi!"
Ayat itu acap kali terngiang-ngiang di ruang telinganya, seakan diulang-ulang oleh pita rakaman. Dia kini hidup sebatang kara di rumah peninggalan ibu bapanya. Tatkala dia termanggu sendirian di rumah usang itu, beberapa biji batu kecil singgah di kakinya. Ashirin, Iqbal dan Zabidin gelak sakan. Tiga sekawan ini sememangnya terkenal dengan kenakalan mereka. Dia sering menjadi mangsa mereka. Terkadang panggilan gila singgah di telinganya. Sikapnya yang sering menyendiri dijadikan bahan ketawa kanak-kanak itu.
"Gila! Duduk sorang tak ada kawan !" pekik Ashirin disambut dengan hilai tawa dua rakan sepermainannya itu. Dia merupakan anak ketua kampung, Pak Sahak yang paling berada di kalangan penduduk di situ. Pak Sahak mempunyai dua bidang ladang getah yang berekar-ekar luasnya. Namun, dia terkenal dengan tabiatnya yang suka bermain judi. Ikhwan telah beberapa kali cuba menasihati, namun herdikan hina pula buahnya.
"Kau masuk Islam sama dengan aku, sama dengan orang lain. Tak payah nak tunjuk pandai kat sini. Aku tau apa aku buat. Mak bapak tak ada, kakak pula tak mengaku adik ! "
Maki hamun, caci hina sudah terlalu biasa singgah di telinga Ikhwan. Kadangkala, dia terasa terpulau oleh penduduk kampungnya sendiri. Rakan-rakan seusia dengannya sering mengelak bertemu dengannya. Mungkin muak ditegur, jemu dan jelak diberitahu apa yang betul. Masakan tidak, arak, judi dan pergaulan bebas semakin membarah di kampung itu. Kehadiran seorang benggali sebagai pembekal arak belakangan ini memburukkan keadaan. Bertopengkan penjual pakaian, lelaki berjanggut lebat itu menangguk di air keruh, mengambil untung dek kejahilan penduduk kampung ini. Kehadirannya dialu-alukan dan wang hasil tanaman yang sepatutnya dibelanjakan untuk keluarga seringkali dibazirkan untuk air syaitan itu. Arak itu menjadi juadah untuk aktiviti judi yang rancak berlangsung setiap malam di wakaf utama kampung itu. Kerapkali Ikhwan menegur, tapi semuanya bagi mencurah air ke daun keladi. Malah dia dimaki sekesat-kesatnya.
Fikiran Ikhwan disapa sirah nabi junjungan yang dibacakan Ustaz Rosdi jumaat lepas. Rasulullah dibaling batu ketika berdakwah di Thaif, diancam bunuh, dituduh ahli sihir dan bermacam lagi.
"Ah, apalah sangat dugaanku ini," getus hatinya.
Setiap jumaat, Ikhwan akan merendah belantara berjalan berkilometer-kilometer jaraknya ke Masjid At-Taqwa yang terletak di Pekan Selampit untuk solat jumaat. Tiada jemaah solat didirikan di tempatnya. Biasanya, dia akan pulang selepas solat asar kerana mengikuti kuliah jumaat yang disampaikan Ustaz Rosdi usai solat jumaat. Banyak ilmu agama yang dipelajarinya dalam kuliah itu. Tinggi harapannya untuk menerbitkan kembali sinar aqidah di kampung yang amat disayanginya itu Namun, usahanya hingga kini masih gagal membuahkan hasil. Hati mereka sekeras batu, sekelam malam.
* * *
Ikhwan menghadapkan mukanya ke langit. Terpampang panorama yang sangat indah ciptaan yang Maha Kuasa. Sekumpulan unggas terbang berkumpulan. Burung ketitir. Si ketua beralih ke belakang, memberi laluan sahabat di sisi mengambil tempat mengemudi kawanan berbentuk segitiga itu. Barangkali kawanan ini terbang pulang setelah mencari rezeki untuk zuriat mereka di bumi Tuhan ini. Gugusan awan yang berarak dari tenggara menyuramkan suasana, beransur mendung membawa petanda bahawa sebentar lagi bumi bakal disirami hujan. Namun, Ikhwan tidak bercadang untuk berganjak walau sedikitpun, masih lagi berteleku di bawah sepohon medang yang rendang.
Dia meraba-raba poket kanan seluar denimnya yang lusuh itu. Kertas itu masih di situ, terjemah akalnya setelah perut jarinya menekan-nekan poketnya itu. Terdetik hatinya mahu menatap warkah tersebut, untuk ke seratus kali barangkali. Lantas tangannya spontan mengeluarkan kertas itu. Kesan lipatan hampir merosakkan helaian diari yang sudah kekuningan itu.
"Grooom!! Ngauman guruh di langit memecah keheningan. Ikhwan tersentak. Hujan sudah mula menyirami permukaan bumi. Dia meninjau sekeliling, mencari kawasan untuk berteduh.
Tiba tiba, matanya tertancap ke arah sebuah pondok buruk berdekatan jeti usang berakit buluh, tidak jauh dari situ. Dia berlari-lari anak ke arah pondok itu, dengan badan sedikit dibongkokkan agar warkah dalam genggamannya tidak dibasahi titisan hujan yang kian hebat membasahi bumi. Setibanya di pondok itu, dia mengelap manik-manik peluhnya yang sudah bercampur dengan titisan hujan. Nafas dihela sedalam mungkin. Terasa seakan-akan satu beban diluahkan bersama hembusan nafasnya.
Pandangannya dijatuhkan ke tengah sungai yang sedang bergelora. Ditatapnya arus deras yang bekejar-kejaran itu. Tiba-tiba sahaja di hatinya timbul satu perasaan kurang senang. Ada sesuatu yang mengganggu. Hatinya kuat mengatakan bahawa sesuatu yang buruk berlaku. Bola matanya menggelintar segenap susuk sungai itu. Satu kelibat yang aneh menjelma di ruang penglihatan. Imbas kelibat aneh itu meragukan hati Ikhwan, tetapi amat diyakini matanya. Sepasang tangan kecil tenggelam timbul di tengah-tengah amukan Sungai Jepah itu. Dia terlopong. Dikecilkan bukaan sudut mata supaya menumpu pada susuk tersebut, seorang budak. Budak yang amat dikenalinya. Kotak fikirannya ligat menterjemah gambaran yang dilihat.
Ashirin!
Kakinya dihayun selaju mungkin ke tebing sungai. Setibanya di situ, ditunjalnya tepian tebing sekuat hati, melayangkan badannya menerobos perut sungai yang sedang mengganas itu. Kudrat tenaganya tidak cukup kuat untuk melawan hukum alam. Air kepala sungai yang lazimnya datang secara tiba-tiba dari kawasan hulu, sememangnya menggerunkan sesiapa sahaja. Hujan lebat di hulu sungai di luar pengetahuan mereka membawa gerombolan arus yang maha dahsyat ke sungai yang membelah kampung itu.
Ikhwan mengerah kudratnya semaksimum mungkin, melawan arus. Tangan kirinya mampu mencapai bahu kecil Ashirin, namun tidak berupaya untuk menariknya. Lidahnya sedari tadi menyebut kalimah Allah, Allah, Allah. Kepalanya dihentak-hentak batang-batang kayu yang hanyut dibawa arus. Darah merah mengalir laju di dahinya. Namun, kesakitan itu sedikitpun tidak dirasainya. Dicubanya berkali-kali dan dengan kuasaNya, dia berjaya menarik anak tersebut ke tepian. Kalimah Alhamdulillah terlahir tatkala melihat budak itu merangkak naik ke tebing.
Tangan Ikhwan masih gagah menggenggam banir pohon di tepi sungai itu, menunggu giliran untuk naik ke tebing. Tiba-tiba, segerombolan arus gergasi menerjahnya dari belakang. Dalam sekelip mata sahaja susuk tubuh Ikhwan hilang daripada pandangan Ashirin yang sedang menggigil ketakutan di atas tebing. Ya Allah. Hanya ungkapan ini sahaja yang kedengaran lalu suara itu tenggelam hanyut bersama deru arus sungai.
* * *
Sekujur badan terbaring kaku di ruang tengah rumah usang itu. Riak wajah yang tenang dan mendamaikan. Kak Dian bersandar di suatu sudut, menangis teresak-esak. Dua anak kecilnya merengek di tepinya, tidak memahami apa yang terjadi. Tidak faham erti kematian, jauh lagi untuk memahami kehilangan sebutir permata dakwah yang selama ini menyinari kampung yang semakin gelap dengan suram jahiliah.
Di suatu sudut lagi, sekumpulan lelaki berbincang mengenai sesuatu. Semuanya tertumpu pada sekeping kertas yang dipegang Pak Sahak. Matanya membengkak. Keletihan dan penuh penyesalan. Letih kerana semalaman tidak tidur mengikuti operasi mencari mayat Ikhwan setelah diberitahu anaknya. Sesal kerana tidak menyangka bahawa orang yang diherdik, dicaci dan dihinanya selama ini sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan anak tunggalnya itu. Hatinya begitu tersentuh melihat mayat Ikhwan yang masih sempurna dan tidak kembung walaupun semalaman dihanyutkan arus. Inilah tanda kekuasaan Allah yang Maha Penyayang, melindungi hambaNya yang selama ini berkorban jiwa dan raga menegakkan agamaNya di bumi Lanau ini. Matanya yang membengkak cuba menatap warkah yang diambil dari poket seluar Ikhwan ketika mayatnya ditemui awal pagi tadi. Beberapa penduduk berbincang sesama sendiri. Mujurlah dakwat yang sudah mengembang itu masih jelas tulisannya.
"Assalamualaikum…
Kepada sesiapa yang menemui warkah wasiat ini, tolonglah sempurnakannya. Andai aku sudah pergi mengadap Ilahi, uruskanlah jasadku mengikut syariat Islam. Mandikanlah daku, kapankanlah diriku, sembahyangkanlah jenazahku, dan tanamkanlah jasadku mengikut cara Islam. Aku sentiasa mendoakan agar kampung kita ini akan kembali disinari aqidah Islamiah. Segala salah kalian kepadaku sudah kumaafkan. Semoga kalian semua sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya.
Ikhwan
Air mata Pak Sahak mengalir. Kata-kata itu benar-benar menusuk sanubarinya. Sebagai pemimpin kampung itu, dia bertanggungjawab atas segala kerosakan yang berlaku. Dia tersandar ke tiang utama rumah tersebut. Kertas itu masih dalam genggamannya. Setelah diseka titis jernih yang menitis di pipi, dia mengensot ke arah Kak Dian yang masih berduka di penjuru rumah. Selepas berbisik beberapa ketika, dia bingkas mengatur langkah ke sebuah bilik betul-betul di depan ruang utama.
Sebaik pintu kayu itu dikuak, bebola matanya meliar meneroka segenap penjuru kamar kecil itu. Kelihatan beberapa kalimah zikrullah yang tertampal di dinding. Langkah disusun perlahan menuju ke sebuah meja kecil yang sedikit berselerak. Beberapa buah buku agama tersusun rapi di birai meja buruk itu. Matanya tertarik pada sebuah buku bertajuk ‘Pengurusan Jenazah Dalam Islam’. Diangkatnya buku itu perlahan-lahan lantas memperlihatkan sebuah diari kecil di bawahnya. Naluri ingin tahu mendesaknya membelek diari kecil itu dalam tempo yang agak gopoh. Tidak semena-mena air mata sesalnya menitis lagi. Segala yang dilalui Ikhwan tertulis di dalam diari berwarna kuning itu. Segala herdikan, cacian mahupun perancangan dakwahnya dicatat rapi. Mata Pak Sahak terpaku pada satu halaman.
19 April 2005
Aku dihina lagi oleh Pak Sahak. Usahaku masih tidak berhasil. Bukakanlah pintu hatinya Ya Allah. Hentikanlah amalan judinya itu. Macam mana kampung ni nak berubah kalau pemimpinnya masih hanyut dengan dosanya. Dia sedikitpun tidak rasa bersalah Ya Allah, malah dibangga-banggakannya pula. Berikanlah cahaya hidayah untuknya Ya Allah, dan juga untuk sekalian penduduk kampung ini.
Air mata Pak Sahak makin melaju. Tangannya semakin longlai membelek diari itu. Sekali lagi tangannya terhenti pada tempat yang terkoyak satu halaman. Dibacanya catatan yang tertulis di sebelah halaman yang hilang itu.
Panasnya cuaca hari ini. Alhamdulillah, sempat juga aku solat jumaat di Masjid At-Taqwa. Hari ini Ustaz Rosdi berbicara tentang pengurusan jenazah. Ya Allah, apa yang akan terjadi pada diriku setelah aku mati nanti. Siapa yang akan uruskan jenazahku. Penduduk kampungku yang makin menyimpang jauh tidak mungkin boleh uruskan jenazahku secara Islam. Sembahyang fardu pun sudah lupa cara mengerjakannya, mana mungkin mereka tahu cara menguruskan jenazah.
Helaian seterusnya hilang, seakan dikoyak. Pak Sahak berteka-teki di dalam kepala. Dia memandang pada helaian wasiat Ikhwan yang renyuk dalam genggamannya. Dipadankan kertas itu pada kesan koyakan halaman diari tersebut. Ya. Inilah halaman yang hilang itu. Helai kertas yang sentiasa dibawa ke mana-mana oleh Ikhwan. Warkah yang tersemat setia di poket seluarnya sejak berbulan lalu, sebagai persediaan menghadapi mati, agar hidupnya berakhir secara Islam, sepertimana muslimin yang lain.
Pak Sahak tersentak dengan bunyi keriut lantai buluh di belakangnya. Kak Dian yang tercegat lemah kemudian mendepani Pak Sahak. Diari kecil itu berpindah tangan. Kak Dian membelek. Luruh hatinya melihat setiap halaman diari itu tertulis suatu ayat di bawahnya. Ayat-ayat sama yang diulang-ulang dalam pelbagai bentuk tulisan.
"Ya Allah. Berikanlah hidayah buat Kak Dian. Bukakanlah pintu hatinya untuk menerima agamaMu Ya Allah. Aku tidak sanggup melihat dirinya mati kekufuran menempah nerakaMu Ya Allah. Ikhwan sayang akak. Ikhwan sayang akak sangat-sangat".
* * *
Tiga buah beg besar tersedia di birai tangga. Bilal Zain melaungkan azan. Beberapa orang penduduk kampung berkumpul di hadapan rumah ketua kampung itu. Haji Sahak tunduk tenang. Ya, beliau sudah bergelar haji dua tahun yang lalu. Kini beliau melakukannya sekali lagi, bukan untuk dirinya. Kali ini untuk Muhammad Ikhwan bin Abdullah, permata dakwah yang sudah pergi mengadapNya empat tahun yang lalu. Haji Sahak bertekad untuk melakukan haji buat Ikhwan setelah menyedari hajat arwah yang tidak kesampaian itu, tertulis di dalam diarinya. Melalui Program Haji untuk Orang Asli, status penduduk asli melayakkan Haji Sahak tidak perlu menunggu giliran untuk menunaikan haji.
Kak Dian turut berada di situ. Sesekali mengerling jam tangannya. Menyedari jam 12 makin menghampiri, dia mengatur derap langkahnya deras menuju ke arah sebuah bangunan jingga tidak jauh dari rumah Haji Sahak. Setibanya di situ, kedengaran suara kanak-kanak membaca doa beramai-ramai. Sebaik sahaja pintu dibuka cikgunya, kelihatan kanak-kanak tadi berlari kegirangan berlumba pulang ke rumah. Kak Dian tersentak dengan terpaan anak sulungnya itu. Kedua-dua mereka mengukir senyuman lalu dipimpin anak kesayangannya itu pulang. Langkah Kak Dian terhenti seketika. Matanya tersenyum melihat papan tanda di depan bangunan itu.
ko la penulis sebenar as-syaffi.. idea yg kreatif dan jarang2 berlaku dlm kehidupan skrg ... ade part yg naikkan bulu roma aku siul... aku suke aku suke...ko ley jd penulis dol.... jgn sia2 kn peluang ni...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
gud work!
mungkin boleh dikembangkan lagi
harap ade byk lagi karya spt ini
sejak berzaman lamanya sastera
menjadi medium dakwah...