BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, Oktober 24, 2009
Cerpen : Jiwa-Jiwa Luka
Nama Pena : Srikandi

PENGIRIM MISTERI

Angin bayu dari laut yang menderu di luar banglo dua tingkat tepi pantai malam itu menerjah masuk ke bilik tidurnya. Rambutnya yang ikal mengurai itu dibiarkannya ditiup angin. Sesekali anak rambut terjuntai di kelopak mata Dania, dia membiarkan sahaja. Dingin angin malam menular ke segenap tubuhnya hingga ke tulang kering. Dia memeluk tubuh yang hanya dilitupi sehelai gaun tidur hitam satin. Walaupun senja sudah lama berlalu pergi, dia masih lagi tetap di tepi jendela kamarnya. Ada seperkara yang meragukannya. Beberapa bingkai potret gambarnya yang telah dilukiskan dari segala sudut dan juga beberapa helaian puisi yang kerap dikirimkan oleh seseorang pengirim misteri terus ke hadapan pintu banglonya. Apakah maksud yang tersirat dari segala pemberian ini? Dania tidak mahu berfikir apa-apa lagi. Hanya waktu dan takdir sahaja yang dapat menentukan segala.

Sejak itu, dia sering meneliti tiap potret yang bergantung di segenap sudut ruang dinding rumah serta kamar tidurnya. Adakala dia meluahkan segala isi hati atau apa jua masalah yang dihadapi pada seorang wanita separuh umur yang bekerja sebagai pembantu rumah setiap hari. Namun, wanita itu hanya mampu mendengar dan akan memberi serba sedikit nasihat atau pandangan padanya. Dania menerima segala nasihat yang diberikan wanita itu dengan hati yang ikhlas. Dia sangat menyayangi wanita yang telah dianggap seperti ibunya sendiri itu biarpun wanita itu tidak setaraf dengannya. Wanita itu tidak punya sesiapa, dia juga sudah menganggap Dania seperti anak kandungnya sendiri.

Setelah wanita itu selesai menguruskan segala kerja rumah di banglo itu termasuk memasak untuk Dania, wanita itu akan berbasikal pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ. Sejurus itu, Dania akan tinggal sendirian melayani diri dan perasaan sambil meneliti gambar potretnya yang dilukiskan pelukis misteri atau membaca puisi-puisi cinta serta mengamati maksud yang tersirat disebalik kata-kata puitis itu. Jika dia merasa bosan pula, Dania akan keluar berjalan sambil menyusur di gigian pantai sambil menghirup udara segar. Apabila malam menjelang pula, Dania tetap ditemani bunyi desiran ombak yang menemani lenanya hingga keesokan pagi.

**********************************

"Nia..!" Kedengaran suara Mak Mah mengetuk pintu bertalu-talu sambil memanggilnya dari sebalik muka pintu kamar tidurnya pada keesokan paginya. Dania menggeliat di atas katil sambil menggosok-gosok matanya. Dia pintas bangun lesu lalu melangkah menuju ke pintu yang berkunci. Kelihatan Mak Mah sedang berdiri tercegat di hadapan pintu yang kelihatan terbuka sambil memegang dua gulung lukisan. Mak Mah memandang Dania yang kelihatan tidak terurus. Keningnya berkerut apabila Mak Mah menghulurkan dua gulung lukisan padanya lalu disambut dengan hati yang gemuruh.

"Potret baru lagi, Mak Mah?" tanya Dania merenung mata Mak Mah. Wanita itu mengangguk lalu tersenyum.

"Ye, Nia. Ada orang tinggalkan ni kat tepi tangga depan pintu rumah sebelum Mak Mah sampai tadi..." kata Mak Mah sambil menghulurkan beberapa gulung lukisan kanvas.

Dania mengangguk lalu melangkah masuk ke biliknya dan duduk di birai katil. Dia membuka salah satu dari gulungan yang diberikan Mak Mah. Jantungnya berdebar. Darahnya gemuruh. Dania menyuruh Mak Mah masuk ke biliknya dan menyuakan gulungan potret itu untuk diperlihatkan oleh Mak Mah.

"Mak Mah .. potret yang dilukiskan ni sama dengan waktu Nia berdiri di beranda tempoh hari, kan?" Mak Mah mengamati potret itu dengan teliti.

"Betul Nia ... dan cuba Nia tengok kat bawah lukisan ni .. macam ada tanda nama dan nombor. Mungkin tarikh ke apa ke ..." Mak Mah menunjukkan sesuatu pada Dania.

Dania cuba meneliti tulisan yang dilakarkan, tetapi, dia gagal untuk membaca apakah yang dicoretkan itu kerana tulisan tersebut tidak begitu jelas. Dia cuba untuk membuka gulungan kedua yang jauh lebih besar. Mak Mah cuba menolong Dania membentangkan lukisan itu di atas meja tulis di sebelah katil Dania. Setelah dibentangkan, gambaran di kanvas itu benar-benar menyentuh kedua-dua jiwa yang berada di situ. Dania tersimpuh di tepi katil. Kali ini, hatinya cukup tersentuh. Dania juga perasan, Mak Mah sedang mengelap matanya dengan hujung lengan baju kurung lusuh hijau muda berbunga kecil yang dipakainya pagi itu. Dania tahu, hati Mak Mah turut tersentuh. Gambaran pada gulungan kedua itu ternyata amat bermakna bagi mereka.

"Mak Mah ... Dania tak tau apa nak cakap tentang lukisan kali ni..." katanya dengan nada sayu.
Apa yang tertera pada kanvas itu ialah gambaran Mak Mah sedang duduk di tepi tangga di belakang banglo yang menghadap ke pantai sambil membelai rambut Dania yang sedang melentokkan kepala ke pangkuan Mak Mah. Ternyata gambaran itu telah dilukiskan dengan sempurna dan indah sekali. Mak Mah cuba meneliti lagi lakaran nama pada hujung kiri kanvas tersebut.

"Nia ... cuba baca tulisan kat bawah ni. Mak Mah rasa yang ni lebih jelas..."

Dania cuba meneliti lakaran nama di hujung kiri kanvas itu…"~Ri07~".

"Ri07? Siapa pun dia, Nia akan tetap mencari jawapannya Mak Mah.." Dania menyuarakan keyakinannya sambil menggenggam erat jari jemari Mak Mah lalu mengucup tangan tua itu.

"Bagaimana Nia nak cari dia? Di mana tinggalnya pun kita tak tau, Nia.." Mak Mah membelai mesra raut wajah Dania.

"Nia yakin dan pasti akan bertemu dengannya satu hari nanti.." Dania mengukir senyum penuh keyakinan.

HADIAH

Dania kelihatan sedang bersiap-siap mengenakan blaus satin labuh paras lutut tanpa lengan berwarna biru tua. Rambutnya diberus rapi lalu dibiarkannya tidak berikat atau berpin. Bibirnya yang mulus dicalitkan sedikit pelembap bibir berwarna merah jambu. Itu sahaja yang perlu. Wajah Dania tidak perlu bersolek lebih-lebih kerana dia memiliki kecantikan semula jadi yang diwarisi dari ibunya yang berketurunan Melayu campuran Irish yang sekarang tinggal bersama suami barunya di kota London. Lagipun Dania sememangnya tidak gemar bersolek. Dia gemar penampilan yang ringkas sahaja. Beberapa minit kemudian, Dania sudah berada di tingkat bawah. Bau harum dari masakan Mak Mah di dapur membangkitkan selera makan Dania, tetapi dia harus bergegas keluar. Ada urusan penting yang harus diselesaikan dengan segera. Sebelum keluar, Dania melangkah masuk ke dapur dan menghampiri Mak Mah.

"Umm .. sedapnya bau masakan hari ni, Mak Mah. Lapar perut Nia.." Dania berdiri di sebelah Mak Mah sambil menyedut bau wap asam pedas ikan sembilang yang naik dari periuk di atas dapur. Manakala Mak Mah terus mengacau kuah di dalam periuk itu sambil tersenyum dengan gelagat Dania. Mak Mah tahu Dania memang gemarkan ikan sembilang. Jauh sekali berbeza dari ibu atau ayahnya yang berada di luar negara.

"Ikan sembilang? Bila Mak Mah beli?"

"Sebelum Mak Mah kesini pagi tadi, Mak Mah singgah kejap kat pasar, sebab Mak Mah ingat nak masak lauk asam pedas hari ni."

Sejurus itu, Mak Mah baru perasan bahawa Dania telah bersiap hendak keluar.

"Eh, Nia tak makan dulu ke?"

"Nia keluar kejap je. Nak pergi bank ambil duit. Mama ada kirimkan wang untuk Nia. Nanti Nia balik rumah tengahari. Mak Mah tunggu Nia ye, kita makan sama-sama."

"Oh .. gitu. A ah, ye lah, Mak Mah tunggu Nia. Pergi la cepat, nanti lambat pulak."

Ketika Mak Mah selesai mengemas dapur, tiba-tiba dia terdengar suara seseorang memberi salam dari luar. Mak Mah cuba mengamati suara yang tidak dikenali itu kerana sejak kematian suami Dania beberapa tahun lalu, sudah sekian lama banglo itu tidak pernah dikunjungi oleh sesiapa pun kecuali dirinya.
Suara dari luar memberi salam lagi. Kali ini, Mak Mah cuba mengintai dari balik langsir ruang tamu. Kelihatan seorang pemuda sedang menunggu dengan penuh kesabaran di luar. Mak Mah cuba mengamati lelaki itu. Dia tidak kenal akan lelaki itu. Pemuda itu memberi salam lagi. Kali ini, sambil menjawap salam, Mak Mah membuka pintu. Pemuda itu tersenyum. Mak Mah perasan bahawa ada segulung kanvas serta sebuah kotak sederhana besar di tangan pemuda itu.

"Makcik ... boleh saya jumpa tuan rumah ni?" tanya pemuda itu dengan ramah.

"Err .. anak ni dari mana? Cik Dania tak ada. Dia baru saja keluar ke bandar. Balik tengahari nanti. Ada apa-apa untuk dia ke?"

"Ya.." jawab pemuda itu. "Saya dihantar oleh seseorang untuk menyerahkan barang-barang ni pada tuan rumah..." pemuda itu menjelaskan sambil menghulurkan pada Mak Mah barang-barang yang dipegangnya.
Mak Mah menyambut lalu bertanya kepada pemuda itu lagi, "Em .. boleh makcik tanya sesuatu?"

"Boleh .. makcik nak tanya apa?" jawab pemuda itu.

"Anak ni ke yang selalu hantar hadiah-hadiah pada cik?" tanya Mak Mah ingin tahu.

"Tak makcik. Baru hari ni saya datang ke sini. Itupun kiriman dari seseorang," jawab pemuda itu dengan tenang.

Mak Mah mengangguk. "Oohh .. kalau begitu makcik minta maaf ye. Boleh makcik tahu siapa pengirimnya?"

Mak Mah cuba mengorek rahsia dari pemuda yang masih berdiri di hadapannya tadi.

"Maaf makcik .. saya tak dibenarkan memberitahu siapa pengirimnya. Saya minta diri dulu, ye. Assalamualaikum," kata pemuda itu sambil melangkah keluar dari banglo itu.

"Waalaikumsalam.." jawab Mak Mah sambil berlalu masuk.
Mak Mah baru saja selesai solat Zuhur apabila dia terdengar enjin kereta Dania masuk ke perkarangan rumah. "Assalamualaikum Mak Mahh .." kedengaran suara manja Dania memberi salam dari ruang tamu di tingkat bawah.

Dia segera melipat telekung serta kain sembahyangnya lalu turun ke bawah sambil menjawab salam. Kelihatan Dania sedang menyandarkan badannya di sofa kelabu di ruang tamu, Mak Mah berlalu ke dapur untuk menghidang hidangan tengahari. Ketika Mak Mah sedang meletakkan dulang yang berisi beberapa biji gelas air limau ais, Dania berjalan ke arahnya.

"Makanla Dania.." sapa Mak Mah. Dania menggangguk. Setelah Mak Mah selesai membaca doa makan, Dania membasuh tangan dan mula menyudu kuah lemak ikan sembilang masak cili api lalu menyuapkan nasi ke mulutnya. Mak Mah gembira melihatkan Dania menikmati lauk kegemarannya dengan sungguh berselera sekali.
Dania terhenti sebentar dan melihat Mak Mah. Sambil memegang lengan Mak Mah, Dania bertanya kepadanya,

"Mak Mah tak makan sekali ke?"

Mak Mah membalas dengan menggenggam tangan kiri Dania. "Tak pa la, Dania makan dulu. Mak Mah kemudian nanti."

"Eh!! Mana boleh gitu Mak Mah... kan Dania janji sebelum keluar tadi nak balik makan tengahari dengan Mak Mah.." lalu Dania menghulurkan mangkuk air basuh tangan pada Mak Mah dan belum sempat Mak Mah mencedok nasi ke pinggannya, Dania sudahpun berbuat demikian. Mak Mah cukup terharu apabila Dania melayannya begitu. Dania tidak seperti majikan-majikannya yang lain. Cara layanan Dania cukup mesra umpama ibu dan anak. Mak Mah cuba melindungi perasaan pilunya dari Dania dan mula menyuap nasi ke mulutnya perlahan-lahan.

Selesai makan, Dania mengajak Mak Mah berehat di ruang rehat yang berhadapan dengan pantai. Lantas Mak Mah teringatkan akan gulungan kanvas dan sebuah kotak hadiah yang berwarna putih yang dikirimkan oleh seorang pemuda siang tadi.

"Dania .. tadi ada seorang pemuda ke sini nak berjumpa dengan Dania. Tapi Mak Mah beritahu Dania dah keluar...".

"Pemuda??" seingat Dania dia tiada kenal sesiapa walaupun dia telah lama tinggal di kawasan itu. Mak Mah menggangguk.

"Untuk apa dia datang Mak Mah?"

Mak Mah memberitahu Dania tentang pemberian yang diterimanya dari seorang pemuda sewaktu ketiadaan Dania itu. Sejurus Mak Mah habis bercerita, Dania terus naik ke biliknya dan beberapa minit kemudian, Dania kembali turun mendapatkan Mak Mah. Dania mengajak Mak Mah duduk di ruang rehat yang mengadap ke pantai. Dia mula membuka gulungan kanvas dan membentangnya di atas meja kecil di hadapan mereka. Sekali lagi mereka dikejutkan oleh sebuah lukisan cantik yang dilukiskan oleh pelukis misteri yang kerap mengirimkan sebagai hadiah buat Dania. Kali ini lakaran hitam putih menunjukkan Dania sedang berdiri di muka pintu memakai blaus satin putih. Ia sudah cukup menjelaskan sesuatu yang indah dan dia yakin pemuda itu telah mengamatinya entah dari mana.

Sambil disaksikan oleh Mak Mah, Dania membuka kotak putih lalu mengeluarkan segulung kertas merah yang dililitkan riben merah. Ketika dia membuka lilitan itu, sebuah puisi indah terpampang di helaian itu.

SEHAMPAR KASIH … SEGELUNG RINDU
Kala fikiran tertanya-tanya
Adakah aku insan pencinta
Pada bumi dan alam semesta
Pada detik itu juga
Sang khayalan menjelma
Di sebalik sebuah pemikiran
Yang dusta semata …

Kala jemari menari lesu
Fikiran turut terkesima
Pada sang bintang di batasan madu
Dan ketika itu
Hadirlah segelung rindu
Yang bias mengukir
Sehampar madah syahdu …

Sebentang puisi yang sungguh indah serta dalam maksudnya membuatkan lidahnya kelu tak terkata, diikuti titisan manik jernih membasahi pipinya yang mulus dengan dibaluti pelbagai perasaan.
posted by Penulisan2u @ 6:24 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
35 Comments:
  • At 24/10/09 1:38 PTG, Anonymous sakura said…

    apsal mcm tergantung jer...
    x phm la

     

  • At 24/10/09 5:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite nie tergantung..spe pelukis misteri 2?please continue..

     

  • At 24/10/09 6:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haha..agak2 la..umah banglo la,...pelukis la..pemuisi la..
    tp mengancan tu dress si dania tu..kalu aku nk lukis..invisible abis baju die..hmmm..syok tu..

    citer best r penulis..smbung lgi tau sbb aku x phm sgt..plus plot yg agak2 menggugat jiwa tu..cmfm laris cerpen ko..

     

  • At 24/10/09 8:28 PTG, Anonymous Nurisma said…

    Permulaan yg bagus...penuh suspen...teruskan berkarya.

     

  • At 25/10/09 1:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sambung la lagi...
    asal tergantung plak...
    da sedap2 bace....
    nk thu gak sape y anta potret n puisi tu....
    sambung ea penulis...
    (:

     

  • At 27/10/09 10:35 PG, Anonymous lyna said…

    wat penat j

     

  • At 27/10/09 1:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mula2 tulis masak asam pedas.. pastu time mkn tulis masak lemak cili api lak?? tolong prihatin skit....

     

  • At 5/11/09 9:26 PG, Anonymous bluE_bErrY said…

    asai tgntung pl cte nie???dh r xde tli ttbe je nk gntung..xleh jd nie!!wahai de writer tlngle smbng cte nie... nk tw endingnye...

     

  • At 26/11/09 2:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ekele...
    sp plk pelukis 2???
    pnt2 je bace..
    adoy...
    x de niat nk continue kew???

    -miss-

     

  • At 10/1/10 6:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x fhm la crita ni,,,,,,,,,,,,,
    ada smbungan x?

     

  • At 17/1/10 4:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    akua pun x paham...
    hahaha

     

  • At 29/1/10 11:34 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tau xpe.
    bsan aca cte
    tergantung.

     

  • At 18/3/10 8:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ctew dah best,tp apasal tergantung nie..plez sambung story nie..xsbar nk baca sambungan nye..

     

  • At 28/3/10 4:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nie kalu buat filem mau kena bakar panggong wayang 2..

     

  • At 6/4/10 1:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kenaper citer tergantung,aper pun best arr..harap ader sambungan

     

  • At 9/5/10 10:29 PG, Blogger Nursya said…

    citer ni mmg best .. pmulaan je mmg da nmpk pbezaan ketara karya dgn karya2 yg lain yg kbiasaannya hmpir sma je. . tp . tlgla smbung citer ni ek . . ni da tlbih gntung ni . . klimaks pun xnmpk g . . hihi :)

     

  • At 21/5/10 9:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best....idea dh mnarik...
    tp npe tergantung....
    kalo continue lg kn best...
    nk taw spe pelukis 2...
    truskn usaha...
    :)

     

  • At 11/11/10 7:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cepat ar sambung....
    nk tau kisah selanjutnya.....

     

  • At 19/11/10 10:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    xbeh.tgntung

     

  • At 22/12/10 11:34 PG, Blogger isy said…

    Citer nie mmg trgntug... Nak taw jgk sape pelukis misteri tuh..

     

  • At 24/12/10 5:47 PTG, Anonymous yufa said…

    yuupp...tergantung n i hope pnulis akan smpai penghabisan cz cerpen sptut nye ada kesudahanya...

     

  • At 13/3/11 12:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pahal citer tergantung nie ?? mystery writer pls continue it pls .... bab yg kate pakai blus paras lutut tu pehhh tergugat iman wey

     

  • At 24/3/11 1:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah...tergantung...mana sambungannya????

     

  • At 12/4/11 7:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    adoii .benci btol ngn cter yg tgntg cam nie .
    sappa lki misteri 2 ?????
    ~*~afiey~*~

     

  • At 13/4/11 12:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ntah ape la yg penulis nk smpaikan.. hmm.. teruskn brkrya

     

  • At 28/4/11 11:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    adoiii...awat yg cita jg lagu ni...tgh syok layan blh tgntung lak....bt bg perabis dan harab penulis bc btl2 cerpen seblum htr supaya xda kesilapan sm lg k...hope u success..

     

  • At 1/5/11 4:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x paham lancung...
    org nak tau siapa penulis tuuuuuu...

     

  • At 6/6/11 5:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bakpe tergantung camtu.... ish! macam tak tau lak apa yang penulis nak cerita... nak cerita pasal kesepian dania ke, pasal pelukis misteri tu... x fhm.... jln crite dah best, penyampaian pun best... tapi tergantung lak...

     

  • At 16/6/11 8:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    npe t'gntung? xphm la ap sebenarnya yg penulis nk smpaikn dlm citer ni..

     

  • At 17/8/11 12:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bodoh lah penulis nie. apsal karang cite x habis...

     

  • At 28/11/11 8:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    asal cite tergantung.nk wt cite bia la smpi hbs...x syok la cmni

     

  • At 31/1/12 5:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    entah pape potong stim betol.. citer tergantung, lain kali betol2 la karangnya. klu dah xde idea jangan nk beria. memalukan jer...

     

  • At 8/2/12 3:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    NAPA

     

  • At 13/3/12 2:08 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    um cter nye tergantung arh,,,
    suami nye msih hdup kot,,\
    hehehe

     

  • At 13/3/12 2:11 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aku da tau npe cter ni trgantung?
    bab pnulis nak tau reaksi para pembca
    um trnyata mcam2 coment hehehe

    smbungnya,,yg slama ini kim hdiah2 tu
    mngkin sja suaminya
    ya byk cter cam tu,,dri novel,film ,kisah mcam2 lgi
    heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group