Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suara merdu dari alat pembesar suara Musolla Syakirin kedengaran, mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Kalam Allah. Kepada hamba-hambanNya yang mengenal, tahu, faham dan menghayati. Hati Dina tersentuh.
' Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKu) dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran'.
Al baqarah:186
Dina menafsir makna ayat tersebut dalam hati.Simpan.Kejap dalam minda, terus ke dasar hati. Entah kenapa, serasa ada perasaan berat yang tidak terlepas. Ahh! Dina membuang pandangan di luar jendela. Tidak! Tidak salah. Dia berkata dalam hati. Aduh perasaan, perasaan…
Umar Adha. Nama itu meniti lagi di bibir Dina. Senyuman tersungging di bibir mungil Dina.Teringat Umar Adha, hati Dina berbunga-bunga. Entah kenapa, entah untuk apa. Ahh, kecamuknya jiwa remaja! Dina menggeleng-geleng kepala sambil beristighfar. Mengapa harus diingat pada orang lain? Ukuran cinta Dina pada Allah melebihi segalanya. Kata hendak menjadi seperti Rabiah Al-Adawiyah, si sufi tawadhuk. Cintanya pada Allah, sungguh dahsyat.Tidak goyah.Aku? Dina tertanya-tanya.Mampukah aku menjadi sepertinya?
Cinta? Dina tertawa. Inikah yang dinamakan cinta? Cintakah aku kepada Umar Adha? Dina tahu.
Perasaan cinta merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. DikurniakanNya kepada setiap hambanya, supaya saling mengasihi, saling menyayangi dan saling melengkapi. Namun, manusia sememangnya alpa. Bahawasanya, perasaan itu dikurniakan Allah supaya kita mencintaiNya, Tuhan Yang Mencipta segenap isi di bumi, melebihi segalanya. Tapi, begitulah. Insan. Sombong. Lupa diri. Lupakah manusia, tanpa kurniaan Allah ini, maka tiadalah perasaan yang suci ini dalam hati kita? Lupakah kita? Atau sengaja kita berlagak sombong? Betapa tidak Allah murka, apabila Dia pemberi cinta, dilupakan? Sebaliknya, kita lebih mencintai hamba-hambanya, harta, pangkat…oh dunia, dunia…
Dina tidak menafikan malah mengiakan. Umar Adha berada di posisi teristimewa di hati Dina. Dina juga remaja. Perasaan cinta ini ramuan utama yang dihadapi setiap remaja. Sudah!jangan menafikannya. Setiap remaja pasti mengalaminya kan?Cuma yang membezakan kita ialah bagaimana kita memahaminya dan meletakkannya dalam hati mengikut landasan agama?
Khadijah berulang kali mengingatkan Dina dalam Islam tidak ada istilah bagi hubungan yang terjalin antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim KECUALI hubungan atas pernikahan. Khadijah tahu, Dina tahu. Cuma Khadijah ingin memperingati Dina. Takut-takut Dina lalai dan alpa dek bujukan syaitan durjana. Manusia kan pelupa? Sungguh Dina berasa beruntung memperoleh sahabat seperti Khadijah. Dia umpama sang matahari di siang hari Dina. Tidak jemu menerangi alam. Memberikan cahaya keceriaan di segenap ruang. Dia umpama bulan purnama, menerangi malam pekat Dina. Masih bersama. Dalam kegelapan. Menemani dan menyinari.
Sungguh Dina terkesan dengan kata-kata Imam Shafie,
' …Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka, jika aku dapat aku ingin setia padanya…'
Imam Shafie (daripada sahabat untuk sahabat)
Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap insan.Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah, tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan. Mencintai seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan Allah dan menurut peraturan syarak.'
Dina mencoret bait-bait kata yang diperolehinya dari novel hasil tulisan Anis Ayuni, penulis profilik dalam karyanya 'Bayangan Rindu'. Buku berwarna ungu berlatarkan pohon jacaranda yang membunga subur itu sudah lunyai. Kira-kira sudah 3 kali Dina mengulang baca. Terkesan dengan watak Umar Aisy lelaki berbangsa Cina yang menerima cahaya Hidayah setelah kecewa cintanya tidak bersambut. Dina menjeling buku tebal yang hitam keemasan nukilah prof. aidh dengan judul yang ditulis dengan capital font, 'Don't Be Sad' pemberian Khadijah. Pipi Dina memerah. Malu! Buku ilmiah yang wajar dihadam terlebih dahulu itu, Dina terabaikan! Aduh! Ditampar-tampar pipi mulusnya sendiri. Sedar Dina! Sedar! Nafsu. Begitulah. Pasti memilih yang enak-enak sahaja, yang membuai-buai perasaan, nun yang membina jiwa, membangkitkan nurani islamiah, disisih, diletak tepi, sebentar! Kalaulah, kalaulah Allah meninggalkan manusia itu untuk seketika cuma, manusia itu sudah pasti tidak bermakna, terumbang- ambing, kegelapan, ibarat mayat hidup. Astaghfirullah, Dina beristighfar. Minta simpang. Bait-bait doa yang Muhammad titipkan buat umatnya, terngiang-ngiang di telinga Dina. Dina ulang menyebut, 'Ya Allah, jangan pernah Kau tinggalkan ku walau sesaat”, aduhai, begitu sekali keutuhan cinta Muhammad pada Allah yang Satu. Perasaan pengharapannya semata-mata untuk Allah. Tiada thaghut.
…………………………………………………………………………………………………………………………
Dina sibuk. Sungguh! Aduhai kesibukan dengan waktu 24 jam sehari ini memang melelahkan. Pagi, petang, malam Dina asyik mengulit buku. Kalendar bersaiz sederhana, yang disertakan sekali dengan tahun baru Cina yang tergantung di almari baju dijeling sekilas. Tanda pangkah X di setiap kotak tarikh semakin bertambah. Aduh! SPM lagi 2 bulan… Dina berdebar. Peluh merintik di dahi Dina. Dikerling Khadijah di sebelah. Khadijah sedang bertasmiq. Surah Al- Baqarah. Terpejam-pejam mata Farahdura yang mendengar. Teliti. Takut-takut ada ayat yang ketinggalan. Dina kagum. Khadijah, Khadijah… benar-benar seorang serikandi nih… tabah hatinya, semangat jihadnya masih dalam level yang tinggi, bukan seperti Dina. Ada pasang, ada surutnya. Kalau kesibukan Dina, sebanyak 7/10, Khadijah 10/10! Terkejar-kejar gadis manis berlesung pipit ini memenuhi 24 jamnya. Urusan usrahnya, urusan sebagai editor wacana islami, 'Wadah Islam' sungguh di pundaknya, urusan sebagai ketua kelab pembimbing rakan sebaya lagi, urusan dakwahnya dengan adik-adik yang ketandusan ilmu agama lagi, kagum…kagum… Dina kagum! Begitupun, Khadijah tidak pernah lupa dengan urusan wajibnya, beribadat kepada Allah. Amalan-amalannya banyak mempengaruhi Dina. Seharian Khadijah lelah, zikrullah tidak pernah lekang dari bibirnya. Al-mathurat menemani Khadijah setiap usai solatnya. Jadual mutabaah amal kepunyaan Khadijah yang ditampal didepan almari baju, banyak bertanda 'right'. Dina mengerling jadual kepunyaan sendiri. Aduh! Ada beberapa kotak bertanda pangkah. Dina pasti, kotak berpangkah itu berjudul 'Qiyamullail'. Sungguh amalan yang satu itu belum sempurna dilunasi. Natijah terlalu bercinta dengan nota-nota Biolog yang berkajang, tidur Dina selalu di hujung-hujung malam. Terlelap. Sedar-sedar dilihat Khadijah sedang berqiyamullail, bermunajat dan merintih dengan suara yang mendayu-dayu memohon keampunan daripada Allah. Usai membersih jiwa, Khadijah baharu menyelak nota-nota dari buku-buku akademis yang tebal di meja jepun di tengah kamar. Dina kagum…
………………………………………………………………………………………………………………
Serasa baru kelmarin sahaja Dina berlatih melukis sel yang berkeadaan osmosis yang Dina kira sungguh hodoh lukisannya. Serasa baru kelmarin Dina bertungkus-lumus membuat latihan topikal Matematik Tambahannya. Sekejap-sekejap bunyi dia menekan kalkulator saintifik yang banyak berjasa. Khadijah memantau. Gadis manis itu memang jagoan Matematik Tambahan. Pintar sungguh! Semuanya serasa baru kelmarin dikecapinya, tetapi rupa-rupanya sudah hampir 6 tahun Dina meninggalkan alam menengah yang manis dan indah itu.
Aduh bagaimana agaknya keadaan Khadijah ya sekarang? Memori yang singgah di ingatan membuat Dina rindu kepada Khadijah.
Sudah 2 minggu lebih Khadijah tidak menghubunginya. Dina maklum akan kesibukan Khadijah. Khadijah di bumi Mesir sekarang. Gadis manis itu sedang berlelah dalam menggapai cita-citanya sebagai doktor. Dina? Dina di sini. Biasa-biasa sahaja. Jauh sungguh untuk digandingkan dengan Khadijah mahupun Umar Adha. Sungguh tidak terduga. Umar Adha yang dikagumi Dina juga sudah 6 tahun terbang ke bumi Mesir. Perjuangannya juga mempunyai matlamat yang serupa dengan Khadijah. Amboi! Bertuah sungguh Khadijah. Aku yang menaruh perasaan ini ibarat pungguk merindukan bulan. Jangankan untuk bersua muka pun jarang, inikan pula berada di tempat ilmu yang sama, mengejar cita-cita yang sama. Aduh, manisnya pertemuan. Dina tersenyum. Sungguh kesibukan bergelar mahasiswi di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan farmasi tidak pernah melupakan Dina pada si dia. Umar Adha… Dina tidak pernah melupakannya. Sungguh tidak salah jika dikatakan, Umar Adha bagai pencetus inspirasi Dina. Begitu Dina ditimpa perasaan. Aduhai…apakah perasaan? Umi di kampung sudah bising-bising. Sudah 3 pinangan Dina tolak. Dina sibuk umi, banyak lagi yang tak terkejar. Dina belum bersedia. Maaf umi ya maaf. Kata-kata alasan Dina terngiang-ngiang di telinga sendiri. Dina mengeluh. Hakikatnya, Dina sendiri sedar. Di hati Dina cuma ada si dia…
……………………………………………………………………………………………………..
Sudah bertahun-tahun Dina istiqomah. Untuk tidak menjalin cinta sebelum akad. Perasaan remaja Dina bukannya tidak membuak-buak, tetapi dek kerana didikan islam yang utuh dan teguh dalam diri Dina, berjaya menjadi tamsilan Dina. Dina bersyukur. Tidak sesekali Dina tersungkur merayu cinta yang sememangnya belum ditakdirkan untuk dirinya. Selalu Dina mengingatkan dirinya sendiri dengan kata-kata Muhammad, 'tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu lebih baik daripada nikah'. Farahdura sudah melunasi satu suruhan Muhammad.
Dia sudah mendirikan 'masjid', menyambung legasi Islam dengan matlamat membina baiah solehah. Ustaz Zuhri yang hitam manis menjadi pilihan. Dina mengucapkan tahniah. Hanya Dina yang masih sendiri. Sendiri berjuang membawa Islam. Rasa sakit dan perit Dina masih belum dapat dikongsi. Lelah berjihadnya ditanggung sendiri. Farahdura tidak jemu-jemu menasihati.
……………………………………………………………………………………………………………
Panggilan telefon yang mempunyai bilangan digit yang banyak itu Dina kenal. Kenal sangat. Sony Ericcson berwarna merah garang lantang membunyikan lagu 'teman sejati' dendangan Brothers itu segera mati tatkala Dina menekan punat accept. Kedengaran suara serak-serak basah memberi salam. 'waalaikumsalam ya tabib Khadijah', Dina menjawab sambil ketawa kecil. 'kaifa haluki'?, Dina bertanya. Khadijah juga ikut tertawa. 'Ada ada saja ya cik Dina nih. Alhamdulillah ana bikhair. Enti?', Khadijah menyoal. 'aidha ya tabib. Eh cik Khadijah macam mana kau kat sana? Ada bagus kah? Bila cuti? Rindu nak jumpa cik Khadijah ni,' Dina girang bersuara. Khadijah tergesit. Suara riang Dina meresahkan sedikit hatinya. Tabah hati, tabahlah. Sungguh dia tidak mahu bersuq zun dengan sahabatnya, bersangka yang tidak-tidak dengan Dina, namun Khadijah kenal Dina. Khadijah resah. Dia membuang keresahannya jauh-jauh. Ini takdir Allah. Ini urusan Allah. Dina berjiwa besar. Dina juga berada di jalan yang sama. Di landasan yang sama. Pasti Dina faham. Pasti Dina tabah.
Khadijah menarik nafas dalam-dalam. 'alhamdulillah. ana ok kat sini. Seronok. tapi biasalah dah nama student, sibuk yang amat. Ana pun rindu enti juga. Tapi, cuti ni ana tak balik Na', perlahan suara Khadijah di hujung talian. 'Kau rindu aku, tapi cuti tanak balik Jah? Kenapa cik tabib? Hai.pelik nih,'Dina tertanya. 'Dina, enti ingat Umar Adha? Ketua naqib sekolah kita dulu. Yang Qari sekolah tuh?, Khadijah menyusun kata. Dina terkedu. Nama Umar Adha yang terbit dari bibir Khadijah melahirkan perasaan yang berdebar- debar di hati Dina. Masakan Dina lupa. Lupa pada si dia yang ada di hati. Dina berkata-kata sendirian. 'ingat. Kenapa Khadijah?, Dina cuak. Cuba meneka-neka maksud Khadijah. Ahh, tidak mungkin Khadijah membawa maksud untuk…er untuk itu… pipi Dina mulai memerah. Aduh perasaan…
'Umar Adha masuk merisik ana, Dina. Dia ingin melamar ana. Katanya, ingin melangsungkan walimah di sini. Dalam cuti sem ini. Ana rungsing. Ana meminta waktu dengan Umar Adha. Ana ingin bertanya enti seperkara,' suara Khadijah hampir-hampir tidak kedengaran. Perlahan. Seperti dibawa angin. Sony Ericsson merah itu hampir-hampir terlepas dari genggaman. Serasa lidah Dina kelu. Air hangat tiba-tiba merembes dari mata. Dina mengesat dengan hujung jilbab yang masih tersarung di kepala. Hendak bertanya apa lagi duhai sahabat? Dina berdehem, 'ya khadijah. Ada apa?',pendek Dina bersuara. Khadijah terkesan kelainan suara Dina. Oh apakah Dina menangis? Akukah yang bersalah? Tuhan, kupohon tabahkan hatiku, hati Dina sahabatku. 'Enti suka Umar Adha? Maksud ana, enti cinta Umar Adha?, Khadijah bersuara perlahan. Hati-hati menyusun kata. Sungguh duhai sahabat. Jika enti cintakan Umar Adha, ana sanggup mengundur diri. Nilai ukhwah ana dengan enti lebih penting. Namun, ana juga sudah lama jatuh cinta dengan Umar Adha, lelaki pemalu yang lantang itu. Tolong duhai sahabat, berkata tidaklah enti, tapi sungguh! Jika enti menyebut ya, ana redho. Ana pasrah. Ana tidak mahu mencipta kebahagiaan atas penderitaan dan air mata sahabat ana sendiri. Ana sayang enti. Khadijah berkata-kata dalam hati. Mulut Khadijah tidak henti-henti berselawat memohon ditabahkan hati ditunjukkan jalan yang benar oleh Illahi.
'tidak Khadijah.tidak. aku suka-suka sahaja dulu. Takkan kau amik serius. Biasa la dulu budak-budak lagi. Aku minat gitu-gitu je. Wahh untung kau Jah. Dapat Umar Adha. Patah hati semua kawan-kawan kita nanti bila diorang tahu. Hebat kau. hahaha. Tunggu apa lagi Jah. Lelaki seperti Saidina Ali takkan senang didapati. Ini jodoh kau. Alhamdulillah. Cik tabib dengan encik tabib. masyaAllah. Sungguh secocok. Hahaha'. Dina menyembunyi perasaan. Air hangat yang merembes tidak berjaya diseka. Dibiar mengalir. Pergilah pergi duhai air mata…bawa bersama hatiku yang terluka…
Khadijah mengucap syukur. Ya allah, syukur ya allah. Duhai Umar, syukran. Enta telah memilih ana sebagai pendampingmu. Sungguh ana beruntung. Khadijah meraup muka mengamin doanya…
Dina menangis. Dina tidak menyalahkan sesiapa. Sungguh cuba ditabahkan hatinya yang terluka, namun dia tidak berdaya. Dina gembira demi Khadijah. Sungguh! Tidak pura-pura. Begitu Allah mengujiku. Benarlah seperti yang tersurat dan terakam dalam Al-Baqarah,
'…tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'.
Al-Baqarah;216
Ya. Allah mengetahui, sedang aku tidak mengetahui. Dina memujuk hati. Rahsia Allah besar maknanya. Demi cinta kepada Umar Adha, Dina berjaya belajar istiqomah. Dina belajar untuk tegar. Tidak tunduk kepada perasaan yang tidak-tidak. Sungguh dalam kekalutan itu, Dina jadi terdidik untuk terus berdamping dengan Allah yang Esa. Dina tersenyum pahit. Kan Allah sudah berjanji, setiap yang terjadi tidak akan berlaku dengan sia- sia. Yang tersirat hikmahnya, tidak dapat Dina temukan lagi…
Sony Ericsson merah garang itu berbunyi lagi. Dina menjeling. Aduh siapa lagi? Duhai hati, tabahlah tabah menerima perkhabaran tak terduga. Dina sedikit terkejut. Nama 'umi ku sayang' tertera di skrin Sony Ericsson merah garang. Dina memberi salam. Umi menjawab perlahan. 'Dina, Ustaz Maududi, anak Imam shukri yang baru balik Mesir masuk merisik kamu, Dina macam mana?, suara umi menampan telinga.
Air mata kesyukuran Umi menitik laju membasahi pipi. Umi memutuskan talian setelah Dina menjawab, Dina setuju Umi. Umi terpempan. Sungguh Engkau Ya Allah Yang Maha Mengetahui rahsia perjalanan hidup hamba-hambaMu. Dina juga mengucap syukur…
kenapa rasa sebak sangat dengan cerita ni? masyaAllah. T_T
ya Allah, terlalu aku ingin menjadi sekuat mereka. membentuk diri menjadi insan mulia, sebaik manusia terpilih. namun aku masih lagi leka, masih tidak kuat melawan dunia. ya Allah, jika cinta dunia menghalang ku untuk mendapatkan cintaMu...maka aku berdoa...keluarkanlah dunia dari dalam hatiku. cintaMu yang ku damba. semoga masih belum terlewat untuk aku mengecapinya. insyaALLAH. :)
alhamdulillah. berjumpa juga dengan cerpen begini. mohon diperbanyakan. ^^ jazakallah!
budak kechik aka nafas cahaya.. taniah dear =D bangga seh sama kamoo =D tapayah cari beria.. bace intro pown tahu siapa nafas cahaya... keep on good work.. u're great babe =) syukur 2 HIM u nikmat ilham ini... -saye
wpun agak sedih, tp btul gak kdg2 bda yg kita suka itu x semestinya terbaik tuk kta Hanya ALLAH yg mengetahuinya Cinta kpd Allah kekal, tp cinta sesame mnusia kdgkala sering melalaikan kite.. nice story n teruskan usha to writer.
bukan die tak sayang laki tu..tp cintanya pada Allah lagi hebat...sy ske cerpen ni...cinta Allah kita xkan rugi..tp cinta manusia xperlulah di agungkan sgt...
cerita yang simple yang membawa mesej yang amat besar....Cinta Tuhan itu yang hakiki, paling Agung dan sang Pencinta Tuhan tak akan pernah kecewa....its a guarantee.
Nice works to Cik Penulis..do write more of this kinda stuff...kalau di perpanjangkan pun menarik...from cerpen to cerpan..banyak nilai2 yg boleh di selitkan..'
sy xstuju dengan org pertama yg komen.. xkn la Dina nk tunggu lgi umar adha.. tunggu lelaki yng xpernah pandang kita pun selama ni.. baik terima lelaki yg terima kita... i luv this story
cite ni sesuai ntok owg yg x tau atau nak tau cmne rasenye cinte yg bkn brdsrkn nafsu semata2..insyaAllah cinte yg diredhai Allah..moge2 kte sume tmasuk dlm golongan ni...
asrar87: kalau cinta dia benar benar utuh kpd Allah, dia pasti akan redha. dan dia perlu redha. sebab, jodoh telah ditentukn Allah. Allah memberi ujian kpd siapa yg dia syg utk lihat sejauh mana seseorang itu bertahan menghadapi nya. dan sesudah itu, Allah bagi dia ganjaran setimpal. :)
terima kasih atas semua komentar. saya hargai. - nafas cahaya
sungguh menginsafkan... cinta dina pada Allah melebihi cintanya pada umar adha.. kdg kala diri brusaha utk mnjd sptnya tp cpt tewas dgn nafsu.. maybe dina perlukan mase utk lupekn umar adha.. n brusaha utk mncintai suaminya.. pape pn truskan usaha!!
masyaallah kuat nye cinte pada pencipta.. adakah ana mampu seperti khadijah,dina dan umar adha? ALLAHUAKHBAR!!! tahniah pada penulis ana ske bce..ader pengajaran
cerita yang penuh keinsafan... menyedarkan diri... cinta kepada Illahi mengatasi segala-galanya.. cinta kepada Illahi yang kekal abadi dan jaminannya adalah Syurga..
itulah yang dipanggil bercinta untuk keredhaan Allah... cinta sebeginilah yang patut ada dalam hidup kita... bcinta atas dasar keimanan kepada Allah,bukan nafsu...
bgus cter nie..tp ayt die x t'susun ngn bek cgt.. mksud die cmpi..x smxtinye hnye de sorg laki y bek je tuk kter..n die x dpt cinte adha 2..tp die dapt y sme cm adha n ne tau ag bek dr adha..hnye serhkn jodh kte pd Allah..cuz Die y tau pe tbek tuk kter...
tahniah...cerpen ni mampu membuat pembaca sedar akan tinggi nya darjat seseorag yg mengagung kan cinta terhadap Allah..walau pn terpaksa mengorbankan cinta nya terhadap umar adha utk sahabat,dina sanggup..cinta tidak semestinya kita miliki si dia...cukup lah sekadar melihat si dia bahagia walau pn bukan di samping kita...andai itu yg terbaik... good job...teruskan usaha... perbanyak kan cerpen seperti ini..islamic
alhamdulillah.bnyk pengajaran yg terdpt dlm cerpen ni.theres no relationship between boys n girls then married.g0d job,kalo bole,ending kasitmbh ckt agr citer x tmt cm tu je..
ku panjatkan kesyukuran pdmu YA ALLAH jika remaja zaman ini semua begini....setiasa mengingati kekuasaanMu..kebesaarnMU.. sebak bace story ni...keep it up...wat byk lg k...^.^ hanya org yg mengerti cinta padaNYa yg hargai segala perjalanan cerita ini.... ku doakan penulis ini senantiasa mendapat perlindungan dan keberkatan hidup drMu....amin
cerita ini mirip kisah remaja sya... yang mencintai dalam diam..... dan perasan cinta itu but sye rase dekat dngan ALLAH... rindu sye pde dye buat sye lebih rindu DIA... syg sye pde dye buat sye lbih sayang DIA.... CINTA SAYA UNTUK DIA KEKASIH PALING BERMAKNA... Carilah CINTA ALLAH, nescaya kte jmpe cinta hamba....
inilah yang dinamakan pengorbanan,sob2,yuk tanye diri kite??????sanggup tak korban mcm nie.kalau tanye dkt 100 orang maybe hanya sorang yang sanggup.papepun congrt atas cerpen yang penuh keinsafan ni
terus terang, inilah cerpen paling best saya baca disini. jalan ceritanya mantap sekali. tahniah wahai penulis! saya juga bergenang air mata sewaktu baca.
aku belajar kat mesir jugak. ade jugak dgr cerita yg mcm ni, sorg minah suka mamat ni, mamat ni pulak masuk lamar kawan minah tu... woooo sedh wa ckp lu~
cerpen yang menarik...good job..knp mesti nak kata cerpen ni di ciplak???kita x tahu mungkin penulis novel tu yg ciplak ayat dr sapa2?x kan sebab x kuar buku dah judge org cam tu...jgn menuduh sesuka hati...x baik... pe pun taniah pada nafas cahaya...sy minat cerpen anda..dan bg yang mengkritik tu abaikan saja...biasa la x smua yang kita buat org suka..sy bg cnth..ms skolah dulu saya n kwn sy de wat design baju rekaan sndiri..tp x pnh komersial kan...alih2 lps 3 thun design yang kami buat tu ada org len yang buat.. so tu nak kira mcm mana???pe pun support la agama sendiri...sy sentiasa menyokong...moge ALLAH terima cinta kita dan memberi cintaNYA pada kita...mge ALLAH sudi memandang kita...amin...
demi persahabatan yg dah lama terjalin & because she has faith in Him, dia sanggup lepaskan lelaki tu untuk kawan dia. sangat kagum dengan perempuan macam ni. i dont know if i myself can do that. serious tabik =)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kenapa sy rase yg sbnrnye cinta dina untuk umar adha tu x kuat? senang2 je die lepaskan umar tu kt kwn die..