Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
ACHMAD FIRDAUS!Lelaki yang sangat kubenci.Lelaki inilah yang telah merobek jiwaku.Lelaki inilah yang menyebabkan aku terpaksa menjadi seorang isteri dalam umur semuda 23 tahun.Umur yang sangat sesuai untuk belajar.Lelaki inilah yang telah diberi kepercayaan oleh papa untuk menjadi pelindungku.Kenapa bukan Amir?Kenapa dia?Amir seorang anak orang kaya dan juga antara anak rakan kongsi papa.Tetapi kenapa papa sanggup memberi aku kepada pekerja bawahannya sahaja?Arggh!!!!!Benci aku melihatnya. Walau apapun rayuanku,papa tetap dengan keputusannya dan Achmad Firdaus juga hanya berdiam diri.Bagaimana harus kuterimanya sedangkan perwatakan kami jauh berbeza.Dia seorang yang pendiam,kurang sosial dan tidak mempunyai harta yang banyak untuk menampung keperluanku apabila kami bernikah sedangkan aku terlalu sosial dan suka berpesta.Aku buntu.Bagaimana harus kuterimanya sedangkan kini aku baru berada di tahun ke-4 di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains Komputer.Cita-citaku masih belum kesampaian sedangkan dia sudah menjadi Engineer di syarikat papa. ACHMAD FIRDAUS!Jangan harap aku akan tunduk kepada telunjuk kau kerana cintaku hanya pada Amir….
"Sayang,I bukan nak kahwin dengan dia tapi papa I paksa,"pujukku kepada Amir yang sedang memandang ke arah sekeliling disko.Amir mendengus. "Tak boleh ke you tolak?"Amir merenungku. "I dah cuba tapi you faham ajelah perangai papa tu kalau A kata dia,tak ada siapa yamg boleh bantah…."balasku sambil mengelus rambutnya. "Kalau macam tu,tak apalah…."kata Amir pura-pura merajuk.Lantas aku terus memeluknya. "You jangan risau,walaupun I dah kahwin tapi kita masih boleh berhubung…."Amir tersenyum sambil membalas pelukanku.
"Ira pergi mana sampai lewat balik?"soal Achmad Firdaus lembut sebaik sahaja aku memulas tombol pintu.Aku mendengus kasar.Aku memerhatikan jam yang sedang berganjak ke arah 2 pagi. "Kau nak sibuk buat apa!Dulu,papa tak sibuk pun." Wajahnya tetap tenang walaupun mendengar tengkinganku. "Itukan dulu…Sebelum kita kahwin tapi sekarang kitakan dah kahwin…Ira sudah jadi tanggungjawab Daus..Tak manis seorang isteri keluar lewat malam dan Daus rasa Ira tahukan apa hukumnya seorang isteri keluar tanpa izin suami,"ujarnya dengan nada yang masih lembut.Mungkin cuba bersabar denganku. "Hei,kau dah lupa ke kita kahwin sebab apa?Lagipun perkahwinan kita hanya setahun sahaja.Kalau kau lupa biar aku tunjukkan surat hitam putihnya!"aku menengking lagi. "Daus tak pernah lupa tentang surat itu tapi Daus nak cuba menjadi suami yang terbaik sepanjang perkahwinan kita ini." "Hei,kau tak payah nak jadi baiklah di depan aku.Bukan aku tak tahu yang kau tu sebenarnya nak harta papa bukannya aku.Mustahillahkan,seorang yang tak pernah mengenali antara satu sama lain tiba-tiba suarakan nak kahwin.Apa muslihat kau,hah!"aku terus melangkah ke bilikku namun dihalang olehnya.Aku bungkam. "Ira nak tahu kenapa Daus nak kahwin dengan Ira?"Achmad Firdaus merenungku sambil tersenyum manis.Aku tersenyum mengejek. "Tak payah!Aku dah tahu sebab kau nakkan harta papa!Sudah,tepi.Tak payah nak jadi pak guard dekat sini."Aku menolaknya. "Ira,Daus dah sediakan makan malam.Jom…"pujuk Daus lembut. "Kau makanlah,aku dah makan di luar."Memang aku beruntung kerana dia pandai memasak walaupun aku tak pernah menjamahnya.Meskipun begitu,aku tahu masakannya sedap melalui baunya tetapi kerana ego,aku enggan menikmatinya.
Kini,sudah dua bulan kami menjadi suami isteri namun aku langsung tidak merasa nikmatnya hidup bersamanya.Aku hanya sedang menunggu masa untuk kami berpisah dan masa untuk bebas seperti dulu.Sebenarnya aku pelik dengan sikapnya.Achmad Firdaus tidak pernah memarahiku walaupun aku sering menengkingnya.Aku tahu perbuatanku ini berdosa namun aku sengaja cuba menaikkan api kemarahannya.Hari ini papa dan mama akan bertandang ke rumahku.Aku harus berlakon di hadapannya.Aku berharap agar mama dan papa tidak bermalam disini kerana jika mereka tidur di sini,aku harus tinggal sebilik dengannya.Tidak!
"Ira,papa akan sampai pukul berapa?"soalnya sebaik sahaja selesai masak.Entah apa yang di masaknya.Aku mash membelek majalah remaja tanpa memandang ke arahnya "Sekaranglah kot.Dah siap masak belum?"soalku dingin. Achmad Firdaus hanya tersenyum sambil duduk di sebelahku.Aku dapat menghidu bau haruman yang dipakainya.Jiwaku sedikit tenang. "Sudah.Daus masak special hari ini." "Erm,baguslah.Akupun bukannya reti masak…."ujarku bersahaja.Dia tersenyum. "Tahu!"balasnya selamba.Aku menjeling ke arahnya.Aku membetulkan duduk betul-betul di hadapannya.Dia memandangku sambil tersenyum. "Kau kutuk aku !"jerkahku sambil membuntangkan mataku ke arahnya.Dia terkekeh ketawa. Sakitnya hati…. "Betullah apa yang Daus cakapkan….dan Ira tak pernah nak rasa masakan Daus,"balasnya selepas tawanya reda. "Sebab aku tahu tak sedap!" "Tak rasa lagi mana TAU!"
"Assalamualaikum…"sapaan seseorang dari luar mengejutkan kami.Tawanya terus hilang.Kami bangun serentak dan terus menuju ke pintu hadapan.Papa! "Eh,papa!Ira tak perasan pun papa sampai.Mama…."aku memelik mama erat. "Mana nak dengar, dekat dalam sibuk berasamara…."perli papa.Mungkin dia tedengar akan tawa Daus.Aku tersentak.Dia hanya tersenyum nipis. "Papa,mama,jomlah masuk…Kita makan dulu..Sekarang pun dah pukul 12.30 tengahari,"pelawaku sambil menganbil tas tangan mama. "Daus,Ira ini nakal tak?Kalau nakal tu.pukul aje….Dia suka keluar malam lagi tak?"soal papa.Aku terkejut dan terus memandangnya. Janganlah dia pecah rahsia! "Taklah papa.Ira baik…..Inipun dia yang masak sebab tadi Daus pergi servis kereta,"lancar sahaja mulutnya menuturkan kata.Aku menghela nafas lega dalam terkejut.Tak sangka dia sanggup menipu untukku. "Eh,Ira pandai masak ke?"soal mama pula. Achmad Firdaus telah bersuara sebelum aku sempat menjawab soalan mama. "Pandailah,mama.Selama ini pun dia yang masak untuk Daus.Sekali dua aje Daus yang masak.kan,yang?"Dia merangkul bahuku.Aku tersentak namun tidak mengelak kerana takut mereka tersalah anggap. ‘Ooo,kau main kotor,ye!Mentang-mentang family aku ada…..’rungutku dalam hati. Aku hanya tersenyum. Mama dan papa mula menjamah masakan itu. "Erm,sedapnya…bolehlah jadi chef,"kata papa diiringi tawa Daus. Aku mencebik. "Papa dan mama bila nak balik?"soalku cuba mengubah topik perbualan. "Macam tak kasi mama stay sini aje…."kata mama seolah berjauh hati.Ah,sudah! "Bukan macam tu tapi kalau mama tidur sini bolehlah Ira prepare apa-apa yang patut,"balasku cuba membuang andaian mama.Mama tersenyum lantas mengangguk.
Aku resah.Sebentar lagi dia akan masuk di sini.Inilah kali pertama aku kan tidur sebilik dengannya semenjak kami berkahwin.Aku baru lepas menelefon Amir untuk memberitahu akan rancangan yang terpaksa di batalkan gara-gara kehadiran kedua orang tuaku.Aku agak pelik dengan sikap Amir seolah-olah tidak kisah denganku.Ah,biarlah. Dia masuk beberapa minit kemuadian.Aku berpura-pura sedang menbuka emailku. Dia duduk di sebelahku. "Woi,tak reti nak duduk tempat lain ke?"soalku cuba mengendurkan suara takut di dengari oleh mama dan papa.Dia terkejut dengan tindakanku. "Sorry,Daus tahu Ira tak selesa dengan Daus.Tapi kita terpaksa." "So,pergilah tidur.Sibuk pasal aku kenapa?" "Ira…"Dia memaut bahuku tetapi aku menepis keras.Aku terus bangun dan berdiri di tepi katil. "Woi,walaupun kau suami aku tapi kau tak ada hak nak sentuh kau.Kau kena ingat surat perjanjian yang kita buat!" "Daus tahu…." "Hei,budak kampung!Kau jangan harap nak dapat satu sen pun dari harta kami!" "Ira,Daus taknak satu sen pun dari duit Ira tapi percayalah Daus ikhlas terhadap Ira," suranya masih lembut dan tenang. "Ikhlas?Kau fikir aku bodoh?Tak ada yang ikhlas macam kau ni.Kau tak pernah kenal aku tapi tiba-tiba nak kahwin.Ikhlas ke tu?" "Ira yakin ke yang Daus tak pernah kenal Ira?"Aku tersentak. Apakah maksudnya? "Apa kau merepek ni?Memang aku tak pernah kenal dengan lelaki bernama Achmad Firdaus!" "Tapi Daus dah kenal dengan Shamira bt Dato Shahir selama lebih 3 tahun."Dia tersenyum. "Tak payahlah nak buat cerita, Encik Firdaus!" "Betul.Ira tak percaya sudahlah.Daus nak tidurlah,esok kerja.Esok Ira boleh solat tak?"soalnya bersahaja.Aku mengangguk.Dia terus berlalu ke atas sofa dihujung biik.Aku menuju ke katilku dengan perasaan yang tak menentu.Aku masih memikirkan tentang pernyataannya tadi. Daus sudah menjangkau umur 25 tahun sedangkan aku berumur 23 tahun.Ini bermakna dia telah mengenaliku semenjak aku di tahun ke dua di UKM.
Hubungan kami masih dingin walaupun telah hampir lapan bulan hidup bersama.Sememangnya dia sangat baik denganku namun aku tidak pasti apa yang menyebabkan aku tidak dapat menerimanya dalam hidupku sedangkan hubunganku dengan Amir telah putus selepas aku mengetahui dia sudah mempunyai teman baru.Tinggal lagi empat bulan untuk kami bersama sebelum kami membawa haluan masing-masing.Aku masih ingat sewaktu aku dilanda demam seminggu lalu.Dia telah banyak membantuku.
"Ira demam ni,biar Daus bawa pergi klinik,"ujar nya sebaik sahaja merasa dahiku yang panas. "Tak payah nak tunjuk baiklah dekat aku.Mama dan papa tak ada,"tengkingku dalam keadaan lemah itu.Aku terkedu dengan tindakan drastiknya.Dia mendukungku dan menuju ke keretanya.Selepas itu,dia sering menyuapku ketika makan dan memandikanku.Aku tidak begitu selesa dengan kelakuannya tetapi terpaksa menerimanya kerana aku memang tidak berdaya untuk melakukannya sendiri.Dahulupun,mama yang melakukannya kepadaku.
"Ira,hari ini kita makan dekat luar nak?"soalan yang diajukan olehnya itu mengejutkanku dari lamunan.Aku tidak sedar sejak bila dia berada di sebelahku. "Taknak!"jawabku dingin.Dia tersenyum. Ishh!Mamat ni tak ada perasaan marah ke? "Irakan baru aje baik dari demam.Nanti kalau demam waktu Daus dah tak adakan,susah.Siapa nak jaga Ira.."pujuk Daus lembut.Hatiku sedikit terusik denagn ayatnya itu.Aku cuba membayangkan ketika dia tidak ada di sebelahku.Walaupun aku tidak menyukainya,namun aku sudah dapat menerima dirinya di rumah ini.Semua kerja di sini yang sepatutnya menjadi tangungjawabku telah disempurnakan olehnya. "Alah lagi empat bulan!"balasku sinis. "Ira,Daus nak balik kampung esok.." "So?" " Ira nak ikut tak?"suranya yang lembut itu mula menggetarkan jiwa wanitaku.Aku merenungnya.Wajahnya boleh dikatakan kacak dengan alis mata yang tebal dan mata hitam pekatnya yang galak itu.Hidungnya yang sedkit mancung dengan bibir yang mampu menggegarkan naluri setiap wanita yang memandangnya.Kenapa aku tidak perasan dari dulu? Sebab kau asyik menanam perasaan benci kepadanya!kata satu suara pula. "Ira?" "Hah!"aku tersedar dari lamunan.Apa aku merepek ini. "Ira nak ikut tak Daus balik kampung?"Aku pantas menggeleng.
Aku menuju ke dapur untuk mencari apa-apa yang boleh dimakan untuk mengalas perutku sebelum makan malam.Aku menuju ke almari kabinet yang tidak pernah kusentuh selama ini.Aku pelik melihat pelbagai ubat di dalamnya.Aku mengambil satu daripada ubat itu.Aku dapat merasakan ubat yang tertera nama ACHMAD itu bukanlah ubat biasa.Sakitkah dia?Tak mungkin sebab dia tidak pernah menunjukkan rasa sakitnya.Mungkin ini supleement vitamin.Aku terus menutupnya kembali tanpa sebarang keraguan.Aku mencapai roti di atas meja makan. "Hai,Ira!Lapar ke?"sapa Daua lembut.Aku terkejut. Bila masa dia pulang? "Hmm!"balasku acuh tak acuh. "Okey,tunggu Daus ye…Daus nak solat maghrib,"dia terus naik ke biliknya. Dia turun selepas 20 minit.Pakaiannya kelihatan simple dengan mengenkan t-shirt lengan pendek adidas dan track-suit.Dia kelihatan lebih kacak.Dalam diam,aku mengagumi ketampanannya. "Jom.."Aku hanya mengekorinya.
Selepas makan,dia membawaku ke putrajaya.Aku ingin bertanyakan sesuatu namun mulutku berat untuk mengeluarkan kata yang sesuai. "Ira nak cakap apa?"soal Daus tiba-tiba. "Erk…" "Tanya ajelah.Kalau Daus boleh jawab,Daus jawab…" Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara. "Macam mana kau boleh kenal aku ?" "Ingatkan tak nak tahu…."Aku mendengus kasar. "Taknak beritahu sudahlah.Tak payah nak perli-perli." "Fall in love at the first sight!"Daus ketawa. "Seriuslah sikit.Kau ini selalu gelak!"rumgutku. "Sebab itulah Daus nampak lebih muda…."balasnya pantas.Memang jika ingin dilihat dari wajahnya,dia kelihatan lebih muda berbanding umurnya. "Jomlah balik,"ujarku keras. "Ira taknak tahu lebih lanjut ke?"soalnya. "Dah dia yang taknak cerita…" "Okey,Daus serius.Apa yang Ira nak tahu?" "Macam mana kau boleh kenal aku?" "Dekat U.Daus pun student UKM.Daus dah suka dekat Ira sejak dulu lagi.Daus dah tahu semua pasal Ira termasuk Amir Cuma Ira saje yang tak kenal Daus lagi.Kali pertama Daus tengok Ira,Daus dah terpikat.Walaupun waktu tu Ira dengan Amir.Sebab tu Daus tak pernah tegur Ira sebab Ira dah ada boyfriend tapi dah jodoh kita agaknya,Daus dapat kahwin dengan Ira." "Macam mana kau boleh tahu yang Dato Shahir tu papa aku ?" "Memang Daus dah tahu dah sejak di U lagi Daus dah berazam untuk bekerja dengan papa Ira."Aku tersenyum dalam diam.Tidak menyangka aku mempunyai secret admirer yang kini telah menjadi suamiku. "Kau tahu kan yang aku dengan Amir couple,tapi kenapa kau masih nak kahwin dengan aku?"aku sengaja mengajukan soalan sebegitu kepadanya sekadar untuk berprovokasi. "That’s secret!" Aku melepaskan keluhan berat. "Aku nak balik!"kataku tegas.
Hari ini merupakan hari kelahiranku yang ke-24.Aku tidak berharap akan mendapat sesuatu daripadanya.Namun, jauh di sudut hatiku,aku berharap agar dia mengingati hari istimewa ini. Hari ini aku sengaja tidak hadir ke kuliah.Pagi ini,aku sengaja menyediakan sarapan untuknya. "Good morning….."ucapku mesra. "good morning.Apa kena pagi ini,Ira?"dia menunjukkan mimik muka terkejutnya.Aku mendengus kasar. "Kenapa?"aku menjeling ke arahnya dan terus melangkah menuju ke ruang tamu namun tangannya lebih pantas menyambar lenganku.Aku berpaling. "Taknak temankan Daus makan ke?"pujuknya dengan nada yang lembut.Aku menelan air liur. "Makanlah sendiri!"bentakku.Daus menarik lenganku lenbut.Akhirnya,aku mengalah dan melabuhkan punggungku di sebelahnya.Daus menguntum senyuman. "Erm…sedapnya…"pujinya. "Tak payah nak puji-puji.Bukannya masak nasi goreng pun,roti bakar aje…." "Asalkan air tangan isteri Daus,semuanya sedap!"Aku menelan air liur.
Dia terus pergi ke kerja selepas bersarapan tanpa mengucapkan sesuatu kepadaku.Aku terasa hati.Aku keseorangan sepanjang hari ini.Lantas,aku mengambil keputusan untuk untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.Achmad Firdaus pulang pada jam 8 malam.
"Ira,cepat bersiap." "Nak pergi mana?"soalku sedikit terkejut. "Dinner…." "Aku sudah kenyang!" "Cepatlah,Ira.Daus nak celebrate birthday Ira buat kali pertama dan terakhir…."ujarnya sayu.Aku terasa satu kelainan dari kata-katanya.Kini,baru aku terasa cepatnya masa berlalu.Kini,sudah hampir 11 bulan kami hidup bersama sebagai sepasang suami isteri.Berat rasa hatiku untuk meninggalkannya.Aku terus bersiap-siap untuk keluar dengannya yang mungkin menjadikan kali terakhir kami keluar bersama kerana selepas ini aku akan sibuk dengan tugasan-tugasan di universiti kerana tahun ini merupakan tahun terakhir aku di situ. Malam itu,aku mengabiskan masa bersamanya. Dia membawaku ke Holiday hotel di Jalan Ampang.Banyak perkara yang dibualkan.Perbualan kami lebih kepada perkembangan semasa dan sesekali melibatkan soal hati dan perasaan.Kami pulang ke teres kami tepat jam 11.30 malam.Hari ini akan tamat setengah jam lagi dan ini bermakna hari jadiku juga akan tamat sebentar sahaja lagi.Dia memanggilku sewaktu aku ingin melangkah naik ke bilik.
"Ya…"aku memalingkan muka. "Duduklah sini sekejap." Aku terus melangkah kearahnya tanpa sebarang pertanyaan. "Duduk sini dulu,Daus nak beri something dekat Ira….."dia meramas-ramas tanagnku. "Apa dia?"soalku spontan. "Nah,ambil ni…."dia menghulurkan sesuatu kepadaku. "Thanks…" "Bukalah….."Aku pun membuka bungkusan itu.Aku sedikit terkejut kerana terdapat sepasang baju kurung dan sehelai tudung.Aku memandangnya. "Daus harap Ira sudi menerima hadiah yang tak seberapa ni….Daus ikhlas dan Daus harap Ira akan pakai pada suatu hari nanti.,"ujarnya lembut.Aku terharu dengan pemberiannya kerana selama ini aku tidak pernah menerima hadiah seperti ini. "Thanks…"air mataku mengalir tanpaku sedari.Dia mengesat air mataku sambil memegang tanganku erat. "Daus nak minta maaf kalau sepanjang kita hidup sebagai sepasang suami isteri ni,Daus ada buat silap dekat Ira.Daus harap Ira tak menyesal kahwin dengan Daus…..Mungkin selepas ini kita sama-sama sibuk dan takde masa nak bercakap hingga tiba 23 oktober nanti…" "23 Oktober?"soalku bodoh. "Hari kita bercerai….takkan Ira lupa kot!Ira yang selalu ingatkan Daus,kan?"perlinya.23 Oktober?Ini bermakna lebih kurang 2 minggu lagi. "Aku nak naik!"aku terus melangkah pergi. ……………………………….
Hari ini merupakan hari terakhir kami hidup sebagai suami isteri.Aku sepatutnya berasa gembira kerana aku akan terlepas dari sebarang tanggungjawab tapi hatiku diruntum sayu yang teramat sangat seperti tidak akan berjumpa lagi dengannya.Aku mula teringatkan akan jasanya semasa menjagaku ketika aku sakit dan sebagainya.Ah,nanti boleh jumpa juga.Adakah aku mula menerimanya sebagai suamiku atau aku hanya terhutang budi dengannya?Aku sendiri tidak pasti.Yang aku pasti ialah aku tak sanggup meninggalkannya.. Aku sedar yang aku tidak pernah menunaikan tanggungjawabku kepadanya walaupun sekali.Aku tidak pernah menggosokkan bajunya apatahlagi membasuhkan pakaiannya kerana itu dilakukannya sendiri.Menyediakan makanan?Semuanya dilakukan olehnya kepadaku walaupun aku jarang sekali menjamahnya.Aku juga tidak pernah menyerahkan yang hak kepadanya.Hak zahir dan batin.Aku memang isteri yang tidak bertanggungjawab. Malam ini,aku telah menyediakan makan malam yang pertama dan terakhir untuknya.Walaupun masakanku simple dan mungkin tidak menepati seleranya,aku akan terimanya dengan reda.Jam telah berganjak ke arah sembilan malam.Namun,kelibatnya masih tidak kelihatan.Aku ingin menelefonnya tetapi aku tidak mempunyai kudrat untuk melakukannya.Aku tetap menunggu hingga ke jam sepuluh malam.Pernantianku berhasil. Buat pertama kali sepanjang menjadi isterinya,aku menunggu kepulangannya di hadapan pintu.Dia seperti terkejut melihatku.Aku melemparkan senyuman yang paling manis untuknya.Senyumanku berbalas.Aku mencium tangannya apabila dia menghampiriku. "Kenapa Ira tak tidur lagi?"soalnya yang masih terkejut. "Tunggu awak…"balasku pendek dan mengambil briefcasenya. "Ira demam ke?"dia meraba-raba dahiku.Aku menepis lembut. "Awak dah makan?Saya ada masak untuk awak….."Achmad Firdaus mengerutkan dahinya.Aku tersenyum. "Erm….sudah…." Aku agak terasa akan kelakuannya.’Aku penat-penat masak untuk dia,dia makan dekat luar!’rungutku dalam hati. "Tak apalah!"aku terus ke dapur untuk membuang semua lauk yang kumasak.Air mataku mula menitis dengan sikapnya yang endah tak endah. "Daus laparlah…"rengeknya tiba-tiba sambil memegang perutnya.Aku segera berpaling. "Kata dah makn dekat luar….."perliku. "Memanglah tapi bila nampak masakan isteri Daus,terus lapar balik."dia segera duduk di hadapanku.Aku tahu dia hanya ingin menjaga hatiku.Tapi,tak apalah!Aku menyenduk nasi ke pinggannya.Aku melihat dia memakan masakanku dengan penuh selera hingga bertambah.Aku tersenyum dalam diam. "Sedap Ira masak.Rugi Daus tak suruh Ira masak selama ini…"ujarnya tenang. "Daus…." "Ya!"ujar Daus yang sedang menatapku penuh makna.Aku diselubungi rasa malu kerana ditatap begitu.Perlukah aku memohon maaf kepadanya? "Tak ada apa-apa…." "Erm…esok hari anniversary kita yang pertama dan terakhir kan?So,Daus ada hadiah untuk Ira….sekejap ye,"kata Daus sambil membuka briefcasenya.Dia menghulurkanku sebuah alquran dan sebuah suruh yasin beserta tasbih kepadaku.Aku teragak-agak untuk menerimanya. "Mungkin alquran,suauh yasin,dan tasbih tidak diperlukan oleh Ira tapi percayalah suatu hari semua ni amat diperlukan oleh Ira….Daus naik dulu….Assalamualaikum…"Daus meninggalkanku keseorangan.Tanpaku sedari,air mataku mengalir laju bagai air hujan.Aku menatapi Alquran yang diberikannya tadi.
Malam itu,aku tidak dapat melelapkan mata.Apakah yang harus kulakukan agar hubungan kami berterusan?Perlukah aku meminta maaf kepadanya?Ya…perlu!balas satu suara.Kini,aku yakin bahawa insan yang bernama Achmad Firdaus telah diciptakan hanya untukku.Aku harus bersyukur kerana mempunyai suami sepertinya.Esok pagi,aku akan memberitahunya isi hatiku ini.Aku akan mengetepikan egoku hanya untuknya.Aku berazam akan menjadi isteri mithali untuknya dan anak-anak kami.Kini,baruku sedar akan kepentingannya dalam hidupku.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku memisat-mesat mataku dan mengeliat sepuas-puasnya.Hari ini aku akan memperbetulkan segala kesalahanku.Aku yakin dia belum keluar pergi ke tempat kerjanya kerana jam baru menunjukkan angka 6.Selepas mandi dan menunaikan solat subuh,aku terus menuju ke biliknya.Aku terkejut kerana mendapati dia tiada di sana.Aku membuka almarinya namun tiada satu baju pun yang tertinggal.Bilik itu tersusun rapi. Aku terus berlari ke ruang tamu dengan harapan dia ada di situ.Malangnya,hanya surat penceraian yang belum kutandatangani dan sepucuk surat yang kutemui.Aku terus membaca surat itu.
Assalamualaikum,sayang! Terlebih dahulu Daus nak minta maaf jikalau kedatangan warkah ini mengganggu hidup Ira.Mungkin sewaktu Ira sedang membaca surat ini,Daus sudah pergi jauh dari hidup Ira.Firstly,Daus nak ucap terima kasih kerana Ira sanggup menjadi isteri Daus walaupun dalam keadaan paksa.Walaupun hanya setahun usia perkahwinan kita,banyak kenangan yang tak dapat Daus lupakan walaupun bagi Ira semuanya hanyalah kenangan pahit,tetapi bagi Daus dapat menjadikan Ira permaisuri hidup Daus pun merupakan kenangan manis yang akan Daus ingatsampai akhir hayat. Daus harap Ira akan berbahagia dengan Amir hingga mendapat anak yang comel-comel seperti yang Daus impi-impikan selama ini.Tapi mustahil,kan?Daus harap Ira akan menggunakan hadiah pemberian Daus tu sebagai pendinding diri kerana itu sahaja yang mampu Daus dapat berikan.Dan Daus sentiasa berdoa agar Ira tidak membenci Daus lagi…..Akhir kata dari Daus,TO GET YOU ARE EASY,BUT TO FORGET YOU ARE IMPOSSIBLE…….I’M STILL LOVE YOU… LOT OF LOVE, Achmad firdaus…
Aku tidak dapat menahan air mataku dari merembes keluar.Argh,aku telah kehilangannya selama-lamanya.Akulah isteri yang paling teruk di dunia ini.Aku menangis semahu-mahunya.Tanpa berfikir panjang,aku terus menuju ke rumah papa di Hartamas.Papa dan mama juga terkejut dengan kenyataan yang baru dikeluarkan.Aku terpaksa menerima kemarahan mama dan papa kerana menganggap perkahwinan itu satu permainan. Hatiku hanya mampu berdoa agar dikembalikannya semula kepadaku. Tiba-tiba,papa menghulurkan sepucuk surat kepadaku.Aku membukanya dengan pantas.Aku terlihat namanya di situ.Doktor telah mengesahkan bahawa dia telah menghidapi kanser usus yang series.Aku tergamam dengan apa yang baru kubaca.Rupa-rupanya,ubat yang kujumpai di dalam kabinet dapur itu kepunyaannya.Papa hanya mampu melihat sahaja. "Takkan Ira tak tahu lagi?"soal papa.Aku menggeleng. "Ira,kau tahu tak apa yang kau buat ni?Kau tahu tak syurga seorang isteri terletak dibawah telapak kaki suami.Kalau macam inilah yang Ira buat,alamatnya tak cium bau syurgalah!" Aku terus menangis kerana menyesal dengan segala tindakanku. "Papa tahu tak Daus dekat mana sekarang ni?"soalku. "Dia ke London untuk menjalani rawatan.Pembedahannya akan berjalan jam 3pagi waktu tempatan…Ira doalah banyak-banyak,"nasihat papa. Aku langsung tidak menyangka wajah setenangnya sedang menderita satu penyakit yang serius.Aku tidak putus-putus berdoa agar dipanjangkan umurnya. Kring!Kring!Papa mengangkat gagang telefon yang menjerit-jerit minta diangkat.Aku melihat papa asyik mengangguk dari berkata-kata. "Ya Allah!"hanya kalimah itu sahaja yang kudengar dari mulut papa.Aku mula tidak sedap hati.Papa meletakkan telefon selepas beberapa minit. "Kenapa,bang?"soal mama. "Cepat bersiap….Ira,papa harap Ira dapat bersabar dengan penjelasan papa,"kata papa. "Kenapa papa?Daus macam mana?"soalku tidak sabar inginmendengar penjelasan papa yang seterusnya. "Ira,Daus sudah tiada lagi.Daus sudah meninggal.Kita akan ke sana untuk mengambil mayatnya pulang."Papa kelihatan tenang. "Papa jangan nak tipu Ira.Malam tadi Daus sihat saje…Papa tipu…." "Daus meninggal di dalam kapal terbang menuju ke sana pukul 5 pagi tadi.." "Papa tipu…..!!!!!!’aku menjerit seperti orang hysteria.Aku tidak dapat menerima kenyataan.Aku masih perlukannya.Aku masih perlukan Achmad Firdaus untuk meneruskan hidup.Tidakkkkkkkkkk!!!!!!!!! ------------------------ Hari ini merupakan hari ke tiga tahlil arwah bagi arwah suamiku.Aku masih menggunakan baju kurung yang dihadiahinya sempena hari jadiku.Aku menggunakan surah yasin yang diberikannya sebagai bacaanku untuknya.Aku masih tidak dapat menerima pemergiannya.Sejak tiga hari lalu,aku telah kehilangannya.Aku telah kehilangan insane dan suami yang sangat sempurna bernama ACHMAD FIRDAUS.
dear pembaca, terima kasih atas segala komen y membina..+)
insyaALLAH masih ade suami sperti itu di luar sana.hehe~ kesimpulannya,sayangilah sesuatu y milik kita kerana kita tidak tahu bila kita akan kehilangannya
sedey nyer cerita macam ni..touching2..fuh..syahdu betul..menusuk sgt..lelaki yang baik utk perempuan yang baik..semuanya ada hikmah nye..smg crite ni buat kita muhasabah diri..
penulis, sweet la..bgus criter ni..ayat pun ok..ending..haih..dasat sgt..tp achmad?ingat name cm indon..hhe..towy2..k
good job..cter ni lain drpd yg lain..ada unsur suspen..anda dah berjaya membuatkan pembaca tertanya-tanya apakah kesudahannya..sad ending..tp bgus utk pembaca di luar sana cz lately kita slalu baca crita2 yg hepi ending..so, bgus jg andai di selang seli dgn sad ending..congrates..
huhuhu... sdeeeeyyyy sungguh hati ini membacanyer.. lau aku dpt suamicm daus,sure aku jga dier dgn penuh ksh syg..ceywahh.. susah nk dpt suami cenggituuu... good job writer!!..~~
mcm pnh bce la cte ni, dlu ak ade bce satu cte yg jln cte dye lbh krg sme cm cte ni. bezanye dorg blaja kt oversea. tp mmg sme r cte ni dgn cte yg ak bce tu. x ori r cte ni! ciplak cte org je,isk3
cite ni buat orang tersentuh... memang touching... kalau aku dapat suami macam achmad firdaus memang aku takkan lepaskan... aku peluk dia erat-erat... hehehe... (gatai no...) sekolah pun belum habis lagi dah berangan... really interset with name achmad firdaus... nape pilih name tu? pelik... tapi memang best ar cite ni... good jo writer!!!
cerita yang amat menarik walaupun jln cerita biase d'dgr.... TAHNIAH!kepada penulis kerana dapat mengalirkan air mate saya....well done! keep it up!!!!
salam..cerita ni best sgt2..wat kan saya menangis..tp satu je saya terkilan..kalulah saya ni ira..saya akan menyesal seumur hidup sbb x melayan suami dgn baik dan x mmbenarkan dia menyentuh saya..kalau la di menyentuh saya mungkin saya ada zuriat dr dia dan akan terubat rindu saya padanye..ape2 pun unsatisfied ending..
hye!! seorg husband n lelaki yg baik... tp... masih ada lg gurl yg xboleh nk hrgai.. alahai... tp ending story sad la plak.. kcian kt ira... hrp2 aku pn dpt laky cm2..haha.. amin...
sedih...jalan citernya...tahniah kepada penulis dpt melakarkan citer yg sedemikian...cuma pastikan ejaan diperbetulkan terlebih dahulu..moga2 anda dpt menghasilkan karya2 yg lagi baik dimasa2 yg akan datang...good luck..
stiap kali baca part firdaus mmg tol2 mnusuk hatiku! mmg tol2 mnyedihkn.. ksabaran firdaus mlayan kelakuan ira amt mulia skali, ira spatutnya m'hrgai firdaus dri awl!if i gt tht guy, i'll love hm until his last breath.. i'll tke cre of hm.. sngguh b'untung kpd insan yg b'gelar wnita yg dpt memiliki suami semulia achmad firdaus..... good job writer! ^^ keep it up! hwaiting! ths story is so "daebak"!!!
subhanallah, mgkinkh ad hrpan untk ak dpt jdoh sebaik firdaus :( mgkn ak xsebaik2 wanita untk mndptkn jdoh sesuci hati firdaus
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ya Allah..sgt menyentuh perasaan ku..smpai meleleh air mtaku..syabas kpd penulis..