Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kata orang kita tidak boleh melawan takdir. Apa saja yang hadir kita mesti terima walaupun ianya pahit! Sejauh mana kita berusaha pun, kalau Tuhan tidak izinkan ia tetap tidak berhasil. Kalau sesuatu yang kita hajati, kalau Tuhan izinkan, pasti kita akan dapat juga walaupun selama mana kita tunggu, yang penting usaha itu perlu diteruskan. Itu yang selalu aku lafazkan setiap kali ada yang datang mengadu! "Zarith, ang buat pe lagi tu?" "Yer la.... kejap!" Aku mencalit sedikit lipstik merah tua agar bibirku tidak nampak terlalu kusam. Bedak two way cake Nutri metics ku tampok-tampokkan sedikit ke bahagian yang ku rasakan tidak rata di wajahku. "Woi Minah, kita bukan nak pi merenyam... kita nak pi pasar malam!" "Kalau kau tak menjerit boleh tak?" Aku mengambil topi keledar yang dihulurkan. "Aku dah tepon hang setengah jam lepaih kan... before kelaih aku abih?" Aku mengangguk walaupun aku pasti dia tidak nampak kerana aku sudah pun memanjat seat belakang motosikal Suzuki best. "Woi, ang dengarq tak apa aku kata tadi?" "Dengar......" "Abih, yang hang sengap je sai pa?" "Aku suka dengar kau membebel..... macam dengar lagu rap pulak!" "Woiii...." Ketawa kami yang kuat mengalahkan bunyi enjin motosikal yang menderum sederhana laju melalui sederetan rumah banglo dua tingkat, menuju ke Pasar Malam Gelugor. Aku meraup wajah seketika. Ada air yang mengalir di pipi, ku seka pantas. Kenapa aku perlu menangis? Kalaulah dia empunya diri begitu tabah, kenapa aku menjadi lemah? "Hang tahu tak?" "Kalau kau tak bagitau, macam mana aku tau...."Aku mengambil epal hijau dari tangannya yang sudah separuh digigit lalu membawanya ke mulutku. "Aku rasa Midi tu macam suka kat aku je..." "Midi mana pulak?" "Ala.... jantan tinggi kuruih kediang yang dok kat apartment depan gate Sungai Dua depan USM tu..... yang baru grad tahun lepaih.." "Yang mana satu ni?" Ku suakan kembali epal kepadanya yang sedang memintal-mintal rambut ikalnya yang mencecah bahu. Mata beralis lentik itu ku pandang seketika. "Ish ang ni lah.... kan minggu lepaih aku ada cerita kat hang dia ajak aku pi Sunshine Square.... ala yang tak berapa handsome tu lah...." Aku memandang sekilas ke arah wajah bujur sireh dihadapanku. "So, kalau dia ajak kau keluar kira dia suka kat kau lah? Kalau macam tu, semua lelaki yang pernah ajak aku keluar suka kat akulah... ya?" Dia menarik wajah lalu bangun berjalan kearah sinki di kafetaria Desasiswa Indah. "Merajuklah tu...." Dia kembali duduk dihadapanku dengan wajah mencuka. "Buruklah buat muka cam tu.... aku bukan apa, tak mau kau terjebak!" Dia diam..... aku menghabiskan epal hijau yang masih tinggal suku. "Hang lainlah Zar....." "Lain apa nya? Aku manusia, kau manusia... sama je kan?" Aku menjeling sekilas kearahnya. Beberapa orang yang melalui meja kami biasanya akan berkalih pandang dua kali. Begitulah setiap kali kami ke mana sahaja. Itu sudah menjadi kebiasaan dan aku tidak rasa ralat sedikit pun! "Macam ni lah Zack, kau lupakanlah mana-mana lelaki yang cuba nak dekat dengan kau.... aku takut mereka tak ikhlas! Aku takut mereka akan ambil kesempatan.... aku sayangkan kau Zack... kau kawan baik aku....."Aku menggenggam tangannya sebentar, lalu ku lepaskan perlahan. Ada air yang bertakung dibirai matanya. "Sori Zack....’ "Aku tahu.... sebab tu aku senang kawan dengan hang...." "Cheer up... tua-tua menangis... buruk ngat eh... abih maskara ngan eye liner... tulah pakai yang murah, tak water proof...." Wajah itu senyum dan barisan gigi yang putih tersusun kelihatan amat manis sekali. "Zarith....." Aku menutup album yang pernah merakam persahabatanku dengannya lebih lima belas tahun lalu di Universiti. Kenangan itu mula terbang..... "Pukul berapa kawan Zarith sampai kat KLIA?" "Pukul 4.30 mak," "La... sekarang dah pukul 3 lebih... tak siap lagi ke?" "Ler... tak perasan pulak...." Pantas aku bangun dari sofa dan berlalu ke bilik. Emak hanya mengelengkan kepala. Begitulah aku sejak mendapat telefon dari dia tiga hari lepas, mengatakan dia akan pulang ke Malaysia. Sungguh aku merindui wajah itu, suara yang bercakap tanpa henti dengan loghat Kedah pekat, senyuman dari bibir yang dicalit pelembab warna senada warna bibir, hidung mancung yang sering ku picit tatkala dia lambat mengambilku dihadapan bilik kuliah.... Ahhh... aku rindu zaman itu Zack! "Zar.... aku kena pi malam ni jugak...." "Naper?" Aku mengerdipkan mata beberapa kali dan menutup mulutku yang sedang menguap. Pukul 2 pagi, dia mengetuk pintu rumah sewa menyebabkansemua penghuni terjaga. Nasib baiklah semua rakan serumah sudah begitu mengenalinya lalu membiarkan saja aku berbicara dengannya di ruang tamu. "Kau nak ke mana ni?" "Aku nak pi oversea!" "Ya Allah.... kau dah gila apa? Nak buat apa? Kan masih ada dua sem lagi study kita? Kau jangan buat kerja gila Zack......" "Aku kena pi gak.... Midi akan support semua... dia baik Zar... Aku sayang dia.... lagi pun aku dah tak dak apa-apa lagi... aku nak bagi lupa semua derita," "Derita apa ni Zack? Aku tak faham?" "Mmm... tak dak apa.... aku nak ikut Midi!" "Ya Allah.... kau dah gila ke?" Aku terjelepok di atas kerusi malas. Kenapa sampai begitu tindakan kau? Kau langsung tak ingat Tuhan.... "Hang tau kan.... famili pun dah buang aku... aku tak dak sapa-sapa dah kat dunia ni.... aku mesti pi gak Zar.... ni saja cara aku nak capai impian aku....." Aku hanya diam.... bibirku seolah terkunci.... "Abih tu... kau dah buat keputusan kan? Yang kau jumpa dengan aku kenapa? Kalau aku halang kau pun, kau pergi jugak kan? So... kau pergilah...." Aku bangun dan jari telunjuk ku arahkan ke pintu rumah. Api amarah sudah menular ke hatiku. "Janganlah macam ni Zar... ang je kawan aku dunia akhirat...."Aku lihat dia sudah menangis..... dan mataku juga sudah tidak dapat membendung air yang bertakung! "Zarith.... hang jangan buang aku dari hati hang...."tanganku diraih namun ku tarik pantas. Kenapa begitu cetek fikiranmu..... kenapa kau terlalu mengikut kata hati...... Proton Satria GTI warna silver yang dipandu Hamidi meninggalkan halaman rumah sewa dua tingkat ditepi pagar pintu ketiga, Gelugor, Universiti Sains Malaysia. Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata. Seolah separuh dari hatiku hilang..... Pagi esoknya, tutorial komputer CAD ku hadiri dengan mata bengkak! "Kawan mama masih cantik macam dalam gambar tu lagi, tak?" Amira disebelah ku pandang dan tersenyum tanpa menjawab pertanyaannya. Gear ku gerakkan ke huruf P. Lampu Isyarat di hadapan Shell Jalan Reko, Bandar Baru Bangi, menunjukkan ke warna merah. Aku menggosok-gosok perlahan rambut hitam lebat anak perempuan tunggalku. Gadis sunti berusia tujuh tahun itu hanya tersenyum, membalas. "Dah lama ke mama tak jumpa dengan kawan mama tu?" "Lama dah sayang... lebih lima belas tahun... " "Patutlah Mira pun tak pernah jumpa kawan mama tu kan?"Aku hanya tergelak kecil. Kali terakhir aku bercakap dengan dia ialah lima tahun lepas, semasa aku bergaduh besar dengan papa Amira. Kebetulan waktu itu dia menghubungiku dari US, setelah lebih sepuluh tahun menyepi. Katanya, dia mendapat nombor telefonku dari emak di kampung. Tiga jam aku bercerita dan menangis kepadanya. Tak tahulah berapa ratus bil telefon yang perlu dia bayar namun yang pasti aku mendapat ketenangan selepas itu. Aku seolah mendapat kekuatan dan semangat baru. Besarnya impak kembalinya kau dalam hidupku Zack! Dua bulan kemudian aku memegang status ibu tunggal sehinggalah sekarang. Aku bersyukur kerana aku tidak perlu lagi menderita dengan deraan mental dari bekas suamiku yang mengikut sahaja telunjuk ibunya. Sebelum itu aku begitu takut untuk memegang status ibu tunggal. Lebih-lebih lagi di bandar besar, penuh dengan pahit getir kehidupan. Poskad, surat-surat dan emel darinya sentiasa menjadi pedoman kehidupanku. Pengalamannya di sana, bersendirian..... ahh... tiada insan setabah dia! "Hang tahu Zar.... kenapa aku ikut Midi jugak malam tu?" Masih ku ingat bait-bait ayat semasa kami berchatting selepas sahaja aku sah bercerai dengan ayah Amira. "He saved me!" "Save? Selamatkan kau dari apa?" "Dari rakan-rakan serumahnya.... aku kena raped!" Ya Allah.... aku hanya terkedu tanpa kata. Jemariku terpaku di papan kekunci lap top! Deritanya hidup kau Zack. Sekurang-kurangnya aku ada emak untuk berkongsi masalah dan mengadu! "Tapi Zar... Midi pun dah tinggalkan aku.. dah lebih 5 tahun... aku sorang-sorang Zar... betapa sukarnya aku disini...." "Kau dan dia...." "Kami memang hidup bersama Zar, bina kehidupan, tapi hubungan kami tak akan sampai ke mana.... last-last dia insaf, balik Malaysia, mak bapak dia suruh kahwin... dia ajak aku balik tapi buat apa.... aku kecewa Zar... tapi aku bangkit kembali.... aku masih ingat nasihat hang....." "Kau tak insaf?" Lama juga dia diam tak membalas. "Entahlah Zar.... kau doa je lah aku..." Aku selalu mendoakanmu Zack! Aku memarkir kereta di aras 4 bawah tanah. Jam di tangan menunjukkan ke angka empat empat puluh lima minit petang. Aku memimpin tangan Amira dan berjalan pantas ke lif yang kebetulan terbuka. "Mama.... Mira haus...." Aku menggagau air mineral dari beg tanganku "Mira minum air ni dulu, nanti kita makan dengan kawan mama, ok sayang?" Amira yang tidak banyak karenah hanya mengangguk dan menyambut air mineral dari tanganku. Aku membetulkan kain tudung yang sedikit senget dek tali beg tanganku. Balai menunggu kelihatan agak tenang. Aku mencari sebuah wajah yang amat ku rindu namun tidak kelihatan. Masih ku ingat lagi wajah bujur sireh bermata bundar, beralis lentik, kening yang di lukis rapi, hidung mancung, bibir mungil dengan gigi tersusun cantik. Ada parut kecil di dagu yang selalu dilindunginya dengan bedak. Kesan parut sewaktu kecil, jatuh basikal katanya. Rambut yang hampir mencecah bahu, dahulunya diwarnakan coklat tua.... walaupun berkali ku marahi.... Tubuh tinggi lampai yang tegap, sering berseluar jeans dan berblaus warna kosong. Aku duduk di kerusi yang disediakan. Flight delay rupanya! Itu yang ku dengar dari bicara dua orang mat salleh yang sedang menunggu ketibaan anaknya. Aku melepaskan keluhan kecil. Amira sudah pun terlentuk di bahuku. Kasihan anakku.... lalu aku mencium dahinya tatkala ada satu tangan menyentuh bahuku. Pantas aku mendongak. Seorang lelaki pertengahan 30-an, berkumis tipis dan berjanggut sejemput. Rambut di potong ala Mawi. Tubuh tinggi agam itu ku pandang penuh tanda tanya. "Zar..........." Ya Allah! Kiranya engkau memakbulkan doaku selama ini..... "Zar.... awat? Tutup mulut hang tu!" Lelaki itu duduk disebelahku. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja aku memeluk tubuh itu, mencium wajah itu..... "Zack.... Zakri.... " "Akulah ni....." "Kau.... kau lain sangat Zack!" Aku tidak tahu ayat apa lagi yang patut ku tuturkan. Ada sinar di matanya. "Ang pung dah berubah Zar... dah gemuk! Kalau tak kerana tahi lalat tepi bibir tu aku tak cam dah...." Dia gelak besar. Amira yang terkejut dengan suara itu menggosok-gosok matanya. "Mama... kawan mama dah sampai ke?" "Ni lah kawan mama.... salam uncle Zack!" Amira menurut tanpa banyak karenah lalu memandangku penuh persoalan. "Bukan ke dalam gambar yang mama tunjuk tu... kawan mama perempuan?" "Itu dulu......" "Mana kau buang semua make-up kau?" "Ke dasar lautan!" Sumpah! Sedikit pun tiada lenggok suara lembut yang di buat-buat yang sering ku dengar dulu. Aku memandang lelaki itu yang berjalan mengheret dua buah beg besar, meletakkan dihadapanku dan duduk di sebelahku. Sumpah! Sedikit pun tiada lenggok jalan gemalai dan hayunan pinggul yang sering ku lihat dulu. Perfect lelaki! "Patutlah aku mintak gambar kau tak bagi.... nak surprisekan aku...." Walaupun terasa agak kekok sedikit, tapi ku cuba bersuara seolah-olah seperti dulu. "Hang tahu kenapa aku balik Zar?" Aku hanya mengelengkan kepala. "Hang masih tak buang aku dari hati hang kan?" Aku mengangguk. "Cuma hang yang tak pernah buang aku Zar....." Aku diam dan hanya memandang wajah yang ada sedikit tanda hitam di dahi. Tidak dapat ku gambarkan betapa bersyukurnya aku dengan perubahan besar ini. "Aku ada segalanya Zar.... butik aku kat sana... bisnes aku semuanya okay... aku dah kenal banyak jenis manusia Zar... tapi hati aku kosong... jiwa aku kosong......" Aku hanya menjadi pendengar yang setia, seperti dulu! "Akhirnya Tuhan bagi hidayah kat aku.... Tuhan bukakan pintu hati aku.... aku dah buang semuanya Zar....." "Alhamdulillah...... itu yang selalu aku doakan untuk kau Zack....." Dia senyum. Barisan giginya masih tersusun elok. Masih ku ingat kata-kata kak Ida, rakan serumah sewaktu dahulu, "Budak Zack tu kalau jadi jantan balik, handsome giler...!" Aku senyum sendiri lalu mengesat genangan air ditubir mataku. Terima kasih Tuhan! "Hang tahu kenapa aku balik Zar?"Soalan yang diulang kali kedua. Aku mengeleng, juga untuk kali yang kedua. "Aku nak nikah dengan hang... " Mata itu memandang dalam ke anak mataku. Aku diam..... Lima belas tahun dahulu, lelaki ini pernah berkata kepadaku.... "Aku mungkin akan kahwin.... tapi tak akan nikah.... kecuali dengan hang, Zarith Sofea!"....... Wajah dihadapan, ku pandang seketika...... Senyuman kami bersatu..... Seolah separuh hatiku yang hilang lebih 15 tahun lepas kini ku temui kembali!
NUKILAN: SITI FATIHAH BINTI PAUZIHAL ALI LOT 2310, KAMPUNG CHERANG, JALAN HOSPITAL, 15200, KOTA BHARU, KELANTAN.
bagus sgt2...god value..good story..juz the way it should be...congrats 4 da writer..keep it up... well,4 da others outside in da same mood and lame like zack..do relize...hidup ny aper pon yg terjadi ALLAH xpnh lpakn n tinglkan kiter...huhuhu,so don't give up n fighting k...
yup zarith tu zarith sofea, pompuan, zack tu zakri, lelaki... sori ek kalau kompius.... actuallynya citer ni bukanlah citer benar but as cerpen2 saya yang dulu, ada sket2 yang benar, berdasarkan experience ngan kawan2 satu U dulu... anyway, thanks sebab enjoy ngan citer ni.... dalam ni kalau rajin bacalah sama citer 'mengenangmu' dan 'Man In Black vs Dona Karan Penang'... semuanya adalah secebis daripada kehidupan kita di dunia... thanks a lot! - FATIHAH
hehehe....same le aku pn dak fhm tpi wat2 fhm....tpi aku dak dok desasiswa indah kembara best lah gak citer nie walaupun keliru ckit part awl 2....mklum la usm ramai nyah yer....insaf2 la nyah kt usm 2 trutama kt bakti 2.....insaf2 la weh....dr puteri salju
aku bdk play boy.....hehehe jngan mrh nanti cpt tua.... citer nie best tpi yg aku konfius tang nama tu....mklum la usm ramai nyah yer....hehehe...kpd smu nyah2 yg berada di luar sna tu taubat2 lah.....insaf2 lah hehehehahahahuhuhu dri.....dri bdk playboy nama i ialah muhd amzar tpi i nk korang panggil i amy ok.....jngn mrh ok nanti cpt tua
wow.. kompius.. kompius.. hehhe.. tapi citer nie memang best.. alhamdulillah.. berubah juga si zakri tue kan? bgs lah.. hmm.. anyway.. citer yg best.. byk teladan.. keep moving forward.. hehehe.. hope can be a better.. dan teruskan berkarya.. good job!!!
bezz cter ney,..len dr yg laen c0z tadek 0wg agy wt jln cter cm ney.. mule2 mmg pning n cm pt0s ase jerk nk bce, tp ble bce k0men2 kt ats ney, mcm bez r plk.. mmg bez p0wn.. keep it up.. 2 thumbs up.. gud j0b.. well d0ne writer..!!!
terima kasih kerana membaca cerpen saya yang tak seberapa ni! Novel pertama saya dah di published. Patutnya dah ada kat book store sekarang ni. Tajuk "Nurul Laila Suria", terbitan Jemari Seni, karya 'Fatihah Pauzihal'boleh klik di sini utk sinopsis, http://www.jemariseni.com/02/js-novel/258-novel-umum-jun-2011-nurul-laila-suria.html - FATIHAH
best cerpen ni . tapi konfius sikit .. pasal nama 2 !
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bagus sgt2...god value..good story..juz the way it should be...congrats 4 da writer..keep it up...
well,4 da others outside in da same mood and lame like zack..do relize...hidup ny aper pon yg terjadi ALLAH xpnh lpakn n tinglkan kiter...huhuhu,so don't give up n fighting k...