Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Inikah akhirnya? Pengakhiran sebuah cerita yang tiada pangkal mula. Dia pergi tanpa berita kala diri masih nanar mencari kata putus. Ya Rahman! Titipkanlah barang sedikit kekuatan dalam diri ini. Aku hanya insan kerdil yang bergantung pada kasih dan sayang-Mu, Tuhan! Bibirnya masih basah dengan zikir sedari tadi. Memohon agar pertimbangan waras tidak hilang dibalik kaget. Moga hati yang rapuh dan ampuh masih mengenal ertti sabar. Sungguh! Dia masih terkejut. Panggilan yang diterima lewat senjakala meragut seluruh kekuatan jiwanya. Tuhan, benarkah ini dugaan-Mu? Bersua dan berpisah dengan dia agar melarik luka dihati? Terasa diri begitu kerdil di depan takdir dan ketentuan-Mu. Kaki melangkah berat ke bilik air. Hati yang bercelaru ini perlu disuap ketenangan daripada-Nya. Moga semua yang kusut diluruskan. Mmoga jernih cahaya timbul dari serpihan gelap. Tangan ligat memutar pili air. Dingin air lewat malam ini diharap mampu menenangkan sekeping hati. Diambilnya wudhu’ dengan cermat dan tertib. Meraup muka yang masih basah dalam kedinginan usai membaca doa wudhu’. Langkah dituju ke meja study,duduk dilabuh. Mashaf Uthamani ditarik perlahan dari celah rak dan jari menyelusuri helaian-helaian suci. Teringat pesan opah...
" Quran ni cahaya, Arm! Jangan sesekali berpaling dari cahaya..."
Jari dibiar behenti di halaman 531 dan bibir mula berlagu syahdu. Seisi ruang mula bergema dengan surah Ar-Rahman.
"Dalam banyak-banyak surah, Wan paling suka yang mana?" "Al-Quran tu kan indah, jadi kita kena suka semua. Kena cinta semua. Tapi yang selalu Wan amal surah Ar-Rahman." "Kenapa?" "Sebab, Allah ada tinggalkan soalan untuk kita. Allah soal kita, nikmat mana yang Allah bagi yang kita dustakan."
Tuhan, beri Arm kekuatan agar setiap satu rahmat dan ujian-Mu tak didustai hati ini. Teringat pertelingkahan tempoh hari dengan Safwan. Arm belum sempat minta maaf! Belum sempat memujuk hati Safwan yang tersinggung dengan tingkahnya. Tubir mata mula digenangi tangis, mengaburkan pandangan. Bacaan mashaf masih diteruskan meski beberapa titik tangis kian galak membasahi helaian suci. Tuhan... Bicara berita tadi mengocak hebat ruang hati. Semilir, suara Mimi masih terngiang di telinga, bergema dalam ruang fikir, membawa khabar yang mampu menggetar seluruh raga dan sukma.
"Safwan..." "Kenapa dengan Safwan?"
Kalau ini sebahagian daripada ujian-Mu untukku, titipkanlah barang sedikit ketabahan dalam hati ini...
"Admit ke ICU, dia accident dengan kereta semalam. Hafiz cakap parah jugak, bleeding and brain damages..." "Ward nombor berapa?" "ICU tingkat lapan! Hafiz suruh aku jemput ko pergi melawat Safwan esok. Esok aku datang ambik kat rumah, pukul 12.30." "Tapi..." "Arm...Hafiz suruh ko pergi jugak. Takut tak sempat jumpa dia..."
Kata-kata terakhir daripada Mimi menghantar rasa yang berbaur. Takut, bimbang, sesal dan sebal bercampur dalam gelodak yang mengharukan perasaan. Takut dan bimbang bakal kehilangannya. Sebal dan sesal kerana terlalu meminta ruang hingga pertelingkahan yang masih tak berpenghujung meletus. Kanvas ingatan ligat melakar wajah kecewa Safwan lewat petang semalam.
"Sampai bila, Arm?" "Safwan..." "Kita ni apa sebenarnya?"
Allah! Masih terlalu awal untuk dia pergi. Ya Rahman! Tolong selamatkan dia!
" Arm, Wan boleh terima arm kerana Arm adalah arm yang Wan kenal. Kisah silam Arm tak menjejaskan sikit pun rasa Wan! Wan boleh terima arm seadanya as long as Arm terima Wan seadanya..."
Tuhan, andai masa boleh kuputar...
"Please Arm...jangan jadikan kisah silam sebagai satu tiket untuk selamanya menderita. You’ve got to move on! Move on with me."
Saat itu mata Safwan terpancar keikhlasan yang hakiki. Ah, kau tidak mengerti Safwan! Hidup kita bukan berdua sahaja disini. Kau masih punya orang tua yang perlu kau junjung, yang seharusnya kau taati. Apa nanti kata ibumu tentang kita berdua? Pastinya dia menentan! Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya, darah dagingnya sendiri? Tegarkah ibumu Safwan, menerima Arm sebagai menantu yang hanya bakal memalitkan darah dan hanyir ke mukanya? Adakah dia, selaku ibumu redha menerima Arm bersama sebungkus azab dari kisah silam? Kerana itu Arm menggantung kata, menghantar Safwan ke daerah kecewa buat kesekalian kali. Arm mahu Safwan berpijak di bumi nyata! Yang dirasakn indah dan cantik bagimu mungkin dipandang hodoh dan jelik bagi yang lain. Mungkin takdir Arm begini, sentiasa dibayangi kisah silam yang tak berpenghujung menyebabkan arm sama sekali tidak pantas bergandingan dengan dia yang serba sempurna.
Tuhan, jangan ambil dia dari sisi Arm!
Dan masih segar dalam ingatan, wajah Safwan yang sugul. Arm memahami riak kecewanya petang semalam. Sungguh, kau tidak mengerti Safwan! Menerima Arm, seorang perempuan yang telah disiat kegadisannya di tangan bapa sendiri merupakan suatu keputusan gila. Pasti sahaja arm yang akan dituduh membuang sial keatasmu dan zuriat seterusnya. Dunia takkan melepaskan Arm begitu sahaja meski Arm tidak pernah berdosa. Kerana itu Arm mahu Safwan mengerti. Dan pengertian kamu Safwan, terlalu mahal harganya. Tuhan, arm Cuma mampu berdoa. Banyak yang Arm perlu cakap. Safwan perlu tahu satu kebenaran dari Arm!
"Manusia hanya mampu merancang. Kita ini semua milik Tuhan, milik Allah yang mutlak! Kita datang dari-Nya dan kembali juga kepada-Nya. Hati dan jasad kita ini milik Tuhan, kerana kita semua adalah hamba-Nya. Mati itu pasti dan sebagai peringatan kepada yang masih hidup."
Suara Ustaz Aziz dalam salah-satu kuliahnya tempoh hari bergema memenuhi ruang ingatan. Ya Allah, moga tujahan rahmat dan barakah-Mu sentiasa menerjal tebal dalam diri Safwan. Jangan biarkan dia pergi, Tuhan! Moga damai dan selamat bersama dia selalu. Arm belum beritahu Safwan, yang Arm nak mintak maaf kalau ada yang menyakitkan hati Safwan. Arm tak sempat nak ucap terima kasih sebab terima Arm seadanya, despite my past. Arm tak sempat cakap how much you meant to me for all this time. Jangan pergi tinggalkan Arm dengan sesal yang tak berpenghujung, seumur hidup! Jangan bebankan Arm dengan kekesalan hati tulusmu,Safwan. Arm tak punya kekuatan menjalani hidup dengan rasa sesal dan sebal mengenangmu. Arm tak mahu menjadi pesalah yang mengheret kekesalan seumur hidup sebagai suatu hukuman kerana mengecewakan hatimu yang tulus.
"Safwan suka Arm pakai macam ni..." "Tuntutan Allah. Kan suruhan-Nya tutup aurat."
Safwan, tolong jangan tinggalkan Arm...
"I like you this way. Muslimah sejati..." "Hah?" "Prromise me one thing?"
Arm nak beritahu Safwan yang Arm dah sedia nak move on... Ya Tuhan, tolong jangan biar dia pergi...
"Promise me that you’ll never change.Don’t ever change the way you are."
Dan Arm hanya tergelak waktu itu.
"And I like it when you wear this kurung..."
Gambar dari celah buku pedagogi ditarik perlahan. Safwan sedang tersenyum di tepi Hafiz dan Mimi, malam anual dinner tahun lepas. Terasa baru semalam disisinya, berbual dan menatap senyumnya. Safwan... Hanset yang bergetar dicapai. Telinga menangkap suara sebak Hafiz di hujung talian. Tuhan...
"Hello?" "Arm... you must be strong" "Hafiz?"
Arm tak bagitahu lagi kat Safwan. Arm nak cakap kat Safwan yang Arm...
"Arm, Tuhan lebih sayangkan Safwan daripada kita." ....yang Arm sayangkan Safwan.
Untuk dia;hatiku runsing mengenangmu lewat 5 Febuari. Dan namamu kini, suatu kemestian dalam doaku saban hari hingga aku terlupa berdoa untuk diri sendiri...
hmm...wut can i say...life won't be like we always expect...based on true story or wut?...hehehe...1st would be the best to say gud luck 4 da next to da writer...
sedey nyer...huhuhu\cerita betul ker???? aku pun pernah mengalmi keadaan ni... aku tak sempat ckp suka kat org tu....tup2, dia xcident n meninggal... seday sgt..... pe2, gud luck... best2,lain2 dr lain.....
i'm crying~ there's no word except...takziah. semoga awak kuat menghadapi ujian ini. saya sangat2 terkesan dengan kisah ni. kalau ini true story...which i think...it is, saya doakan awak kuat sentiasa. jodoh pertemuan, ajal maut...Dia yang tentukan.
if this story based on true story, takziah.. be strong Arm. jodoh Allah xde sape yg tahu. mybe jodoh Arm dgn Safwan bkn d dunia, tp, mgkin d syurga. ap2 pn, crite ni alhmdulilh, mmuaskn hati..unsur2 keagamaan yg dselitkn smmgnya mmbri lbeh pnjiwaan..keep up the good work..
kisah sendiri adalah garapan terbaik. jika menulis itu lebih mendekatkan kita padanNya, teruskanlah.. (aku snediri banyak khayal sebenarnya..kisah begini menyedarkan kita.. kita tak kan tau apa akan terjadi esok hari. appreciate what do you have in da moment.)
Oh my.. saya menangis tak berhenti. Tahniah coz dapat buat cerita yang betol-betol meninggalkan kesan macam ni. And takziah kalau ni kisah benar. Tabahkan hati.
aduh cdeynya.. kalaula cta nie pnjg lg rsa2nya menangis sy nie.. ini pun air mta begenang sudah.. bst cta nie.. best of luck to the writer.. ;)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hmm...wut can i say...life won't be like we always expect...based on true story or wut?...hehehe...1st would be the best to say gud luck 4 da next to da writer...