Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku termenung memandang syiling yang berwarna kuning lembut.Memang rasa selesa sungguh duduk berbaring kat dalam bilik ni.Bilik ni luas betul!Aku anggarkan,lebih luas dari ruang tamu rumah aku kat Kampung Air Panas tu!Dengan segala bendanya ada termasuklah TV,meja solek,bilik air,pendingin hawa dan bendalah yang lain.Rasa macam mimpi pula.Tak pernah aku bayangkan yang aku bakal tidur dan berlanding atas katil yang seempuk kuih bangkit mak!
Cakap pasal mak,aku teringat perbualan aku tadi kat telefon.Tu pun aku pinjam telefon rumah ni.Aku manalah ada handset.Dahlah tu,nak guna telefon rumah ni pun aku rasa cam sengal sangat.Nak kena putar-putar pula.Cubalah jadi cam telefon kat rumah aku tu,tekan jerk an senang!
“Betul ker ni Hana?Hana jangan nak kelentong mak lah."tulah ayat mak bila aku ceritakan apa yang berlaku.
"Mak...Hana bukannya dapat ayah baru pun kalau kelentong mak kan?"aku ketawa kecil.
"Ish Hana ni,kesitu pula dia.Habis tu,macam mana?"mak bertanya.Aku dapat bayangkan muka mak yang berkerut 14 tingkat tu.
"Macam mana ye.Hurm...nanti kalau mak rindu Hana,buka jer TV.Adalah muka Hana yang cun ni.Diary mingguan hari Jumaat dan penyingkiran hari Sabtu.Hana dah tak boleh buat apa dah,dah siap sain kontrak dah pon.Hana tak rugi apa-apa pun.Lepas jer Hana tersingkir nanti,Hana dapatlah kerja kat Syarikat tu.."aku menerangkan.
"Ish..buat apa nak singkir awal-awal?Biarlah lama-lama sikit.Mana tahu,ada rezeki,mak dapat menantu Tengku.Kenduri 7 hari tolak 6 harilah jawabnya Hana.."mak ketawa tapi aku cebik.Kahwin dengan Tengku mafia tu?Uh...gerun aku.
"Kahwin penyalah mak ni.Hana baru 19 tahun.Tak kuasa nak fikir benda tu semuanya.Mak suka sangat nak berfantasi.Apa kata Hana carikan tukang kebun kat Villa ni?Ada juga kan bau-bau bacang dengan keluarga Tengku kan.."aku mengekek ketawa.Nasib baiklah telefon ni kat tempat tersorok sikit,tak adalah nak jadi bahan tontonan orang.
"Tukang kebun?Baik mak ambil Pak mail,ada juga gerai nak bagi pusaka kan.."mak pula ketawa.Aku senang betul dapat cakap dengan mak,hilang rasanya beban dan rasa sengal kat dalam tangkai hati dan lubuk tu.huhu...
"Oklah mak,Hana tak boleh nak lama-lama kat sini.Ni telefon orang.Dari KL ke Gerik,caj nya mesti mahal tu..."
"Yelah...Sejak bila anak mak jadi Hagemaru yang kedekut ni?ha...ni mak nak bagi pesanan.Jaga diri elok-elok kat sana.Ingat,walaupun kita bukan orang kaya tapi kita ada adab.Jaga tu dan jangan nak ikut budaya kuning bandar.Jaga tudung Hana tu.Jangan nak jadi chipsmore,kejap ada kejap tak ada.Mak tak nampak.Hana ingat yer..."mak kalau bab nak menyampaikan amanat,memang mendayu.Yelah,naluri seorang ibu,mestilah nak anak dia jadi orang yang betul-betul orang kan..
"Yelah mak,Hana akan ingat pesanan mak tu.Mak pun,jaga reban ayam kat belakang rumah tu elok-elok.Nanti ada pula orang curi.Okey mak assalamualaikum..sayang mak..muah..."
"Baiklah Hana oi...Waalaikumussalam.Sayang juga kat Hana.."
Serentak itu talian terputus.
Aku masih lagi merenung syiling.Entah palah yang comel ada kat syiling tu,aku pun tak tahu.Yang pasti,aku rasa seronok tengok syiling tu.Dengan katil king size,memang sedap kalau tutup mata ni.
Sesaat...
Dua saat...
Tiga saat...
Dump!!Dump!! Oit,gempa bumi ke apa ni ha?
"Cik Hana..cepat turun.Semua orang dah tunggu!"
Turun?Nak buat apa?Ya ALLAH,aku lupa!Kami ada masa 30 minit untuk mandi dan bersiap sebab lepas ni ada sesi ’TRANSFORMATION’.Entah apa yang nak ditransform,aku pun tak tahu.
Orang lain bersiap,aku pula pergi berangan.Ha...padan muka.Aku masuk kat dalam bilik air,kumur dan cuci muka.Lepas tu sepantas ayam aku pakai tudung.Nasib baiklah aku cuti,kalau tak nak solat lagi!
Terkocoh-kocoh aku turun tangga.Dari arah tangga,aku tengok semua orang dah siap menunggu.Lagilah cepat aku turun.Elok jer dah sampai ke anak tangga terakhir,kaki aku tersadung pula ala-ala Mak Cik Ronggeng dah!Cepat-cepat aku tutup mata.
Tapi,kat mana ada heroin,kat situ mestilah ada hero.Badan aku yang melayang,disambut kemas.Aku buka mata,nak tengok siapa hero aku ni.Eh...sape pula ni?Tak kenal pun.Cepat-cepat aku tolak badan dia.
"Hana!You lambat!You ingat you tuan puteri ker ha?Bukan kerja tau kalau nak kena tunggu you!"Syazira a.k.a Sya as produser menembakkan butir kata-katanya.Aku tersengeh sumbing.
"Saya minta maaf!"Itu jer lah yang aku boleh cakap kan.Muka Sya masam.Ish...lagi manis tau masak asam pedas mak aku tu.
"Dah,tak mau dengar alasan!Finalis,pergi masuk limosun!"
Demi mendengar kata-kata Sya,kami masuk keluar dan menuju kearah limosun.Mataku sempat menangkap wajah hero aku tadi.Dia tengah pegang kamera.Aku agak,dia mesti cameraman.
Duduk dalam limosun ni memanglah syok tapi rasa canggung lah bila diorang yang lain tak cakap pun dengan aku.
"Hai!Haloooooo.Kok kok kok...mana pergi semua orang?"aku membuat kepak ayam.
No respon.
"Assalamualaikum...tak jawab dosa!!!"
No respon.Diorang ni jimat air liur ke ha?Nyampahnya aku... Akhirnya,aku ambik keputusan,diam jer lah.Dah orang tak sudi nak cakap kan.
Limosun berhenti.Kami semua keluar.Wah...tingginya bangunan ni.Kami semua diarahkan masuk.Aku jalan beriringan disebelah Milia.
"Kenapa awak semua tak mau cakap dengan saya?"aku berbisik kat telinga Milia.
"You tak tahu ker kat dalam limosun tu ada kamera?Kan Tengku Rizkin ada cakap sebelum kita tandatangan kontrak semalam."
Ha?kamera?maksudnya aksi bodoh aku tadi tu dirakam?Wah....ni malu tahap cipan ni.Kalau kena siar kat TV,mati aku!!Aku telan air liur...
Kami sampai di di sebuah kedai.Aku tak tahulah ni kedai apa tapi semua teman-teman wanita ada.Make up,baju,eksesori...wah...
Tengku Rizkin muncul.Warna hitam lagi!Cam mafia betul. "Hello ladies.Hari ni you all semua akan di transform kan dari gaya yang kurang menarik kepada gaya yang menawan.Quira,pakar perunding imej akan beri pendapat kepada you all."Tengku Rizkin menunjukan tangannya pada gadis disebelahnya.
La....ni ker TRANSFORMATION tu?Nak ubah gaya?Tak maulah aku.Nak bangkang,diorang tengah rakam ni.Ish...susah betullah.
"Hana!"Gulp!!Dia dah seru nama aku dah....
"Mari sini,awak yang akan ditransform kan dulu!Yang lain boleh tengok baju kat sini"
Dengan muka sesen,aku datang dekat Tengku Rizkin.Mak aih...kuatnya minyak wangi dia ni.Tah-tah dalam sebulan,guna sampai 10 botol tak?
"Saya tak mau ubah imej saya!"aku bisik ketelinga Tengku Rizkin.Dia angkat kening.Apa,ingat aku kecut ka?
"Sya ada cerita kat aku pasal aksi kepak ayam kau dalam limosun tadi.Kau nak ker rakaman tu disiarkan ha?"Wo....ni satu ugutan yang tak bertauliah tau!!!!
"Awak ugut saya?"aku menentang pandangan tajam Tengku Rizkin.
"Aku bagi pilihan,bukan ugutan.Terpulang kau nak yang mana.Aku rasa budak kampung macam kau tak kisah pun kan pasal hal-hal macam tu?"Kureng ajar betullah...
Dengan hati yang sebal,aku melangkah menuju kearah Quira.Uh...bersiap sedialah muka ku yang comel...Segala coretan akan muncul...Aku tak rela...Ha,aku ada idea!!
"Aduh....aduh....tolong!!!"Quira yang baru pegang bedak jadi panik bila aku jerit.
"You kenapa ni?Sya,Rizkin!!!"serentak dengan itu,Tengku Rizkin dan Sya datang..
"Saya...sakit perut.Dari tadi lagi cirit-birit.Dah tak tahan ni...Tandas kat mana?"aku menekan-nekan perut.
Kah kah kah kah kah.... Sampai ker kat bilik,aku lepaskan gelak tawa tahap 1000 mega watt ni.Memang tak tahan rasanya.Hahaha.. Aku tak kena pun ubah imej.Lepas aku cakap sakit perut tu,terus aku masuk tandas tak keluar lagi dah..Adalah dalam 3 jam aku duduk jer kat tandas tu.Sebab tak mau kena ubah imej,aku sanggup buat macam tu tau.
Bila jer aku keluar,diorang dah nak balik.Fuh selamat.... Malam ni ada makan malam pula... Nak buat sesi perkenalan.Wah...malasnya rasa.Nak pakai baju apa yer?
Tepat jam 8.00 malam,kami semua ada dimeja makan.Aku jer pelik antara finalis yang lain.Aku sorang jelah yang pakai baju kurung dan pakai tudung.Yang lain,semua seksi maut tu..Malas aku nak komen..
Makan malam ni ada sekali Tengku Rubiah.Tengku Mariah dan Tengku Hasful merangkap orang tua Tengku Rizkin pun ada sama.Dan yang pasti....kamera turut ada nak merakamkan.Aku menjeling hero aku yang tengah membelek kamera.Aku tak sempat lagi nak ucap terima kasih..
Acara makan dimulakan.Aku telan air liur.Er..cam nelah nak makan ni ha?Pakai garpu dengan pisau.Dahlah nama makanan yang ada kat depan aku pun aku tak tahu.Pelik sangat ni.Tak ada ker nasi ha?Sambal belacan?Petai?mak....
Dengan bertawakal,aku potong jelah bendalah ni.Sedang syok-syok potong,tah macam mana bendalah ni boleh melayang pulak...
Pussssh.... Melayang kat tempat baik punya!Atas kepala Tengku Rizkin!Muka dia dah berubah jadi merah dah...Aku betul-betul takut ni..
"Budak kampung!!!Shit!!"Tengku Rizkin meraba kepalanya dan merenung tajam padaku.
"Off kamera!!!"Tengku Rubiah menjerit.
"Nenek,see what the stupid village girl has done!Is this very good attitude?Very stupid girl!!!"Tengku Rizkin bangun dan menghempap meja makan.Aku telan air liur.
“Riz…tak baik cakap macam tu!Dia tak sengaja lah."Tengku Rubiah membela aku.
“Tak sengaja?Nenek tahu apa dia buat tadi?Turun lambat,pura-pura sakit perut dan memperbodohkan semua orang.Tah-tah ni pun dia saja buat.Nama jer budak kampung,tah-tah dia ada adegan lain.Am I not right?"pandangan mata Tengku Rizkin membakar.
Aku tertunduk.Kalau sekalipun marahkan aku,kenapa sampai nak caci aku?Memanglah aku salah tapi janganlah buat aku macam ni.Baru 2 hari aku kat sini,maruah aku dah dipijak macam ni.
“Kenapa tunduk macam tu?Malu or nak berlakon lagi?Damn!Kau pergi bungkus baju kau sekarang and get out!!!"Tengku Rizkin mengangkat tangannya.
Aku bingkas bangun. “Saya memang budak kampung tapi awak tak ada hak langsung nak sumpah saya!Saya sedar saya budak kampung dan awak tak perlu nak ingatkan hakikat tu pada saya!Saya ingat dan akan sentiasa ingat.Awak jangan takut saya akan keluar dari rumah ni secepat mungkin.Dan....maafkan saya!"
Semua terpaku.Aku terus naik kebilik dan mengemaskan barang-barangku.Aku dah tak peduli.Menyampahnya aku pada Tengku Rizkin,memang dah ada kat tahap hiperbola ni.Sesuka suki saka dia jer kutuk aku!Aku tak peduli,aku nak balik kampung malam ni juga!!!
Lepas jer kemas semua,aku turun kebawah... Tapi,kenapa tiba-tiba gelap ni?Apa yang terjadi?Terasa mataku ditutup dengan kain dan aku tak mampu nak melawan.. Mak....tolong Hana mak!!!!
Ilham bergegas menuju ke keretanya sebaik sahaja menerima panggilan dari Mak Ilah. Hatinya terasa bimbang sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Ryana demam panas akibat kehujanan semalam. Keretanya dipecut laju. Setibanya di rumah Ryana dia terus menuju ke tempat Mak Ilah di tingkat atas banglo tersebut. "macammana sofea, makcik?" "entahlah.. Doktor Rashid tak keluar lagi tu" "err.. uncle.. macammana dengan keadaan Sofea?? Ilham bertanya sebaik sahaja kelibat Doktor Rashid muncul disebalik pintu bilik Ryana. Doktor Rashid tersenyum nipis, gelagat Ilham mencuit hatinya. Seolah olah ada sesuatu diantara dia dan anak almarhum teman baiknya itu. " Ryana tak de apa apa.. Cuma badan dia panas sikit.. uncle dah bagi ubat tidur pada dia .. so mungkin lepasni dia akan sedar.. nanti bolehla Ilham nengok dia." "Ouh.." Ilham mengangukkan kepalanya beberapa kali tanda mengerti akan kata kata Doktor Rashid. Doktor Rashid yang dipanggil uncle itu merupakan doctor peribadi keluarga Ryana. Biarpun kedua ibu bapa Ryana sudah meninggal dunia namun dia masih berbesar hati untuk meneruskan hikmadnya kepada Ryana dan kerana itu juga hubunganya dengan doctor Rashid yang sebaya dengan bapanya itu agak baik. Dengan langkah perlahan Ilham menuju ke katil Ryana. Pucat sunguh wajah Ryana ketika itu. Tiba tiba rasa kasihnya terasa melimpah buat gadis itu. Malang sunguh nasib gadis dihadapannya itu dirasakan . Baru sahaja lima bulan yang lepas uncle hadi dan auntie Salina meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ryana yang sememangnya anak tunggal bagai kehilangan arah buat seketika. Ajakan kesemua saudara maranya untuk tinggal bersama dirumah mereka ditolak habis habisan. Katanya tidak mahu meningalkan rumah kepunyaan kedua orang tuanya ini. Nasib baik mak Ilah , yang sememang nya telah lama berhikmad untuk keluarganya masih berbesar hati untuk terus berhikmat dan sekaligus menjaga Ryana bagi pihak keluarga yang lain. Merasakan ada yang memerhati Ilham mendongak. Dia melihat mak Ilah hanya tersenyum nipis. Kesan air mata yang jelas kelihatan ditubir mata wanita tua itu turut menunjukkan kesedihannya terhadap anak majikannya itu. …………………………………………… "Makcik.. err.. makcik tak kisah ke saya selalu datang sini??" Mak Ilah memandang Ilham. Hairan!! " maksud saya, saya dengan Sofea bukan muhrim.. makcik tak kisah ke kalau saya selalu datang sini.. yela.. kalau nampak dek orang.. tak manis pulak rasanya kan??" " makcik tahu.. tapi makcik yakin yang kamu tahu apa yang kamu buat Ilham.. lagipun makcik senang tengok Ryana tu berubah.. sejak dia kenal kamu banyak betul perubahan dia" " maksud makcik??" " Dulu dia tak macam tu.. tapi mungkin pengaruh kawan agaknya.. bila puan dan tuan meninggal teruk jugak masa tu kami nak pulihkan keadaan dia.. bila dah pulih lain pulak jadinya. .. dia selalu balik lewat malam.. Cuma dua tiga bulan ni dia dah banyak berubah.. mungkin penangan ilham agaknya.." mak Ilah berkata sambil tersenyum. " tapi..saya dengan Sofea tak de ape ape hubungan makcik.." Mak Ilah menganguk anguk.. faham.. " tapi abang suka akak Ryana kan??" Elly bersuara sebaik sahaja tiba di ruang dapur. " err.. kenapa Elly cakap macam tu?" " entah.. tapi Elly suka kalau abang suka kat akak.. kesian akak Ryana kalau abang takde nanti.." " abang takkan tinggalkan kak Ryana kan??" elly bertanya lagi.. Ilham hanya tersenyum hambar .. pertanyaan Elly dibiarkan tanpa jawapan. ………………………… Ryana membuka mata perlahan lahan, jam ditepi katil dilihat lama. Pukul 3.00 pagi..tangan yang terasa digengam membuatkan dia berpaling ketepi. Ilham!! Apa yang mamat ni buat kat sini? Dahinya sedikit berkerut apabila melihat Ilham yang lena tidur di atas kerusi bersebelahan dengan katilnya manakala sebelah tangan lelaki itu sedang erat mengengam tangannya.. `ish.. atas kerusi pun boleh tidur ker?’ Ryana bergerak perlahan lahan untuk mencapai air di atas meja bersebelahan kepala katilnya namun kesakitan yang jelas terasa dikepala membuatkan dia menarik kuat tangannya. Kepalanya dipicit berulang kali. Arif akan kesakitan yang terpaksa dialami setiap kali dia mengalami demam panas. " eh.. dah sedar? Sakit? Nak air?" Ilham bersuara sebaik sahaja terjaga apabila terasa tanganya direntap. Ryana yang sedang ralat memicit kepalanya terhenti seketika. Dahinya sedikit berkerut. Hatinya tiba tiba terasa sayu.. wajah Ilham dipandang lama.. ` ilham.. tolong .. tolong jangan baik dengan saya.. saya takut saya akan terus bergantung hidup dengan awak sampai bila bila .. ma.. pa Ryana rindu dekat mama ngan papa.. kenapa? Kenapa tingalkan Ryana sorang sorang.. Ryana tak kuat ma.. ryana takut!!’ hatinya menjerit kecil. Tanpa disedari air matanya menglir keluar. Hatinya terlalu rindu untuk melihat wajah mama dan papa yang terlalu kuat membayangi pemikirannya ketika itu. " Sofea.. you nangis??" Ilham bertanya sebaik sahaja melihat muka Ryana yang sembab dengan air mata.. " saya.. err.. saya rindukan mama ngan papa.. I .. miss her so much" dia berkata sebak. Tidak pasti apa yang harus dilakukan. "Fea.. u mesti kuat.. I don`t think you parents feel hapy to see you like this!!" Ilham bersuara menyakinkan. Hatinya turut terasa sebak melihat tangisan Ryana. " Kuat.. macammana Fea nak kuat.. kalau seluruh hidup Fea .. Fea Cuma pernah ada mama ngan papa je.. n now.. mama ngan papa dah tak de.. n the real is.. I am alone in this world" " Uncle, aunty.. semua sayangkan u.. Mak Ilah.. Elly.. your friend.. they all ada untuk you Sofea" " Tak cukup.. tak cukup.." Ryana mengeleng gelengkan kepalanya. Air mata disapu perlahan. "apa apa pun mereka tetap tak dapat gantikan mama ngan papa… Ilham.. " Ilham tersenyum hambar.. tangan Ryana digengam erat.. " memang tak cukup.. saya tahu tu.. tak siapa dapat nafikan kasih sayang yang mama ngan papa you bagi.. but you have to remember.. mereka takkan balik lagi Fea.. never.. n you.. you kena teruskan hidup ni walau apapun yang terjadi" "I tahu.. I tahu semua tu.. tapi.." "Syhhh.. better you calm down.." Ilham memotong kata Ryana.. bahu Ryana diusap lembut bagi menenangkan gadis itu.. Dia tidak sangup melihat Ryana berterusan bersedih di atas kenyataan yang harus dialaminya. "You nak air??" dia bertanya seraya mencapai gelas dan menghulurkan kepada Ryana. Ryana hanya menganguk perlahan. hangat pelukan Ilham membuat dia terasa nyaman.. terasa dilindungi.. sakit kepala yang semakin kuat dirasa membuatkan dia kembali menutup matanya perlahan lahan. Ilham yang melihat Ryana kembali terlena membaringkan gadis itu secara perlahan. Bimbang Ryana akan terjaga lagi. Setelah menyelimutkan Ryana dia menutup lampu utama dan berjalan kepintu bilik dan menutupnya kembali. Kakinya menuju ke bilik tamu. Seketika dia turut terlena akibat kepenatan apatah lagi hampir 5 jam dia duduk di atas kerusi bagi menjaga Ryana… ……………………………………………… Masuk hari ini sudah tiga hari dia berulang alik dari rumahnya ke rumah Ryana. Menjaga dan melayan gadis itu berceloteh. Bertambah meriah apabila sesekali Elly turut menemaninya melayani Ryana. Menbuatkan dia bertambah lucu apabila Ryana beraksi bagai anak kecil pula. Biarpun sakit tetapi mulutnya tidak henti henti berceloteh.. Cuma Ryana tidak begitu selera untuk menikmati makanan .. katanya tiada selera membuatkan dia terpaksa memaksa Ryana makan setiap kali tiba waktu makan.. " Hai abang.." elly menegur sebaik sahaja Ilham keluar dari kereta gen-2 nya itu. " Hai elly.. nak kemana?" Ilham bertanya kembali apabila melihat Elly yang sedang mara ke halaman tepi rumah sementara disebelah tangannya terdapat sebilah pisau.. " Nak ambil daun pandan!!" " Hah.. Elly nak buat apa dengan daun pandan?? Nak masak ker..err.. Elly pandai masak ker?" " eleh.. abang ni.. opah la yang nak masak.. kak Ryana mengidam" dia berkata selamba. " Hehehe.. ingat kan Elly yang nak masak.." ilham ketawa perlahan. seketika keningnya berkerut kembali.. " kak Ryana mengidam.. mengidam nak makan ape??" " entah.. kata opah puteri kayangan nak makan pulut hitam.." " Ouh.. kak Ryana dah bangun ker?" Ilham ketawa mendengarkan gelaran yang diberi kepada Ryana.. " Ha..ayok tak tahu" Elly mengankat satu jarinya dan mengoyangkan beberapa kali.. "abang lewat erk hari ni.. hari ni kak Ryana bangun awal tau.. baik abang g jumpa sekarang nanti mengamuk buah hati abang tu" "Ish.. apela Elly ni.. kecik kecik dah pandai buah hati yer..ni mesti kat sekolah berderet pakwe kan" Ilham berkata selamba. "Eh.. tolong sikit.. mana ader.. akak n abang lain la.. ada scandel .. hahaha.. dah pergila jumpa kak Ryana.. nanti kak Ryana merajuk abang pulak yang susah.." "Eh.. elly ni.. tadi buat hati.. skarang scandle pulak..pandai pandai aje" Ilham mengeleng gelengkan kepalanya. Bibirnya melakar senyum.. kelakar mengingati kata kata Elly sebentar tadi. "Hai hati senang ker.. sampai tersenyum senyum tu" Ryana bertanya sebaik sahaja Ilham menghampirinya. " A`ah.. senang sangat sebab Fea dah sihat.. tak payah la saya datang sini lagi lepas ni.." Mendengarkan itu senyuman yang terlakar dibibirnya mati secara tiba tiba. Dia menjeling Ilham dengan ekor matanya. Automatic mulutnya turut memuncung.. " Alahai.. saya gurau je lah" " Serius.." " Serius what" Ilham bertanya kembali " Serius you gurau jer?" " Yer serius.." " Hah tu you kata serius.." " Ish serius ape lak.." " Serius yang you tak payah datang sini lagi.." " Adoii.. Fea ni saje nak main main yer.. ni dah makan kebelum.. dengar kata ada orang mengidam hari ni??" " Hehehe.. hah sape yang mengidam??" " entah lah.. katanya puteri kayangan mengidam nak makan bubur pulut hitam" " Ish.. mana ade.. orang terasa nak makan je la.. bukannya mengidam.. sape yang cakap macam tu" " Sape lagi kalau bukan reporter kecik.." " Hahaha.. eh.. awak tak kerje ke hari ni?? Ryana bertanya kembali. Seingatnya hari ini bukan hari minggu.. " Kerja" " Habis tak pergila" " Tak" " Kenapa" "Nothing" " Serius la" " Nothing" " Ish malas la cakap.. Tanya dua tiga patah dia jawab sepatah je.." Ryana berkata sambil bangun dari sofa yang diduduki untuk menuju ke dapur. Merajuk!! "Sofea.. perlu ke I bagitau sedangkan awak tahu kenapa right.." " Tak tahu pun" Ilham mengenjilkan matanya.. geram!! " OK.. Fine" " Cakap lah.." " Cakap aper" " Kenapa you tak pergi kerja.." " Ish.. degil betul.. saya tak pergi kerja sebab awak .. cik Aryana Sofea!! .. ader faham" " Ouh.. pasal saye erk..thank you.." " Untuk??" "For everything.. saya sayangkan awak Ilham".. opss tersasul lak..tangannya menutup mulut.. malu!! " eh.. jom kita makan.. lapar la.. dah lama tak makan kan.. esok saya dah boleh pergi kampus.. dah lama tak g kolej.. Mesti banyak yang saya tertinggal pelajaran.. mesti kena soal ngan lecture nanti.. lama tak jumpa Amira.. rindu kat dia.. pastu kan da lama tak g shopping.. eh this month besday saya tau.. nanti nak celebrate.. nak jemput ra… Ilham ketawa kuat.. dia tahu Sofea sengaja berkata itu dan ini kerana termalu sendiri akibat tersasul tadi.. tangan Sofea ditarik untuk kedapur.. " sudah la tu.. menceceh je dia tahu.." sempat dia memerli apatah lagi apabila melihat muka Ryana yang sudah blushing.
Azura melangkah masuk. Haruman di rumah itu sungguhpun berbau segar tetapi bagi Azura baunya lebih teruk dari tahi kambing. Waima, dia tidak ada selera pun hendak duduk lama-lama di situ. Dia disambut oleh Puan Reha dan Nora yang bagi Azura syaitan betina yang membawa parah pada insan yang berdamping dengan mereka. "Hai, sila duduk, Cik Azura. Awak nak apa-apa? Rumah ini macam-macam ada. Kalau awak nak makan spaghetti pun, saya boleh minta orang gaji sediakan," macam baik bunyinya tetapi sebenarnya sinis. "Saya minta maaf kalau saya menganggu apa-apa. Tak apalah, terima kasih atas pelawaan awak, Nora. Saya sebenarnya dah kenyang. Baru lepas makan tadi," "Makan apa? Kalau setakat gerai atau kafe tepi jalan itu, saya rasa ada baiknya awak terima pelawaan saya. Mesti awak belum kenyang lagikan?" Nora masih mahu menyindir. "Hmm…, betul cakap Nora itu. Lagipun, dari jauh awak datang,kan? Lagipun, saya tidak mahu tetamu saya datang ke sini tanpa makan apa-apa pun dari rumah saya," Puan Reha dengan angkuh berkata. Rendah benar darjat Azura di matanya. Seolah-olah Azura datang ke rumahnya ingin meminta sedekah daripadanya. "Aunty, mungkin Cik Azura kita ini tak sudi makan di rumah ini. Ada baiknya kita kasi duit ke bolehlah dia pergi mana-mana tempat yang dia rasa best ," Azura senyum. Mujurlah dia sedar dia datang seorang diri. Kalau ada insan lain yang jadi peneman, pasti teruk Puan Reha dengan Nora jadi sate. "Ambil duitnya, Nora. Dalam beg aunty yang dekat atas laci "tu," arah Puan Reha. Azura mengetap bibirnya. Macamlah gajinya tidak cukup untuk bayar duit makan. "Saya minta maaf, puan. Tujuan saya datang ke sini bukan hendak makan atau meminta ihsan apa-apa. Saya cuma hendak beritahu, menantu, maaf bekas menantu awak kini sedang terlantar sakit di hospital. Sebab apa? Sebab fitnah awak dan Cik Nora. Gara-gara fitnah awak berdua, Hairi telah ceraikan Nazrin menerusi surat yang dia tulis sehari sebelum dia hilangkan diri. Lagi satu, saya hendak maklumkan, kakak saya juga sedang mengandung. Jadi, saya rasa sebagai ibu kepada cucu awak dia tetap ada hak. Anak dalam kandungannya berhak mewarisi harta Hairi," Puan Reha menghempaskan kipasnya di atas meja di hadapan Azura. Dia rasa tercabar dengan berita yang baru Azura sampaikan. "Dusta. Mana mungkin perempuan mandul itu boleh mengandung?" "Kakak saya tidak mandul. Dia hanya sakit. Dan sakit itu sebenarnya boleh dirawat dan telah berjaya dirawat. Doktor bukan Tuhan. Allah SWT lebih bijak dalam mengatur segalanya, Puan Reha. Puan, maafkan saya. Saya ingin maklumkan ini sahaja pada puan. Kalau puan rasa tidak puas hati dan masih mahu teruskan niat puan bawa kes ini ke mahkamah dipersilakan. Tetapi, terus-terang saya katakan puan hanya akan buang masa dan tenaga sahaja. Malah, kos mahkamah bukan rendah. Lagipun sesuai dengan kehendak mereka yang terlibat dalam perundangan yang mahukan mahkamah sebagai jalan penyelesaian terakhir," Puan Reha semakin tercabar. Sebagai Peguam, Azura tentu lebih jelas tentang undang-undang. Kini, harapannya pada Rizal Azman iaitu anak saudaranya. "Assalamualaikum," sapa seseorang. Mereka menoleh. Puan Reha mengucap syukur. Baginya, Rizal Azman bagai malaikat yang diutus untuk membantunya. "Ada apa ini? Saya dengar ada orang beri taklimat perundangan," sarkastik nampak. "Kalau tidak ada apa-apa. Saya ingat mahu pulang dulu. Puan Reha, berhentilah. Bagi saya, sengketa dan dendam tidak bawa kita ke mana-mana. Kalau bukan kami yang tewas barangkali awak. Atau kedua-duanya. Saya tidak nampak faedahnya. Berhentilah ganggu kakak saya. Abang Hairi pun sudah tiada. Jika awak tidak sudi terima dia sebagai menantu, sekurangnya terimalah anak dia iaitu cucu awak. Cucu awak perlu tahu asal-usul dia," "Hmm…., kalau kau nak suruh sangat aku terima anak dia. Boleh. Boleh sangat-sangat. Tapi, selepas tiga bulan dia kena pergi buat ujian untuk periksa anak itu lelaki atau perempuan. Kalau anak itu, lelaki aku akan ikut cakap kau. Hentikan niat aku untuk bawa kes ke mahkamah. Tapi, kalau anak itu perempuan, jangan kau harap satu sen pun dari aku," Permintaan yang melampui batas. Apa beza anak lelaki ke perempuan? Tetapi, bagi penyedap bicara, dia terpaksa lafazkan "Baiklah". "Saya balik dulu. Jumpa lagi," Sempat dia menjeling pada wajah Rizal Azman yang senyum penuh makna. Hati Azura bagai dijentik sesuatu tetapi Azura tidak mahu kalah gara-gara senyuman manis itu. Rizal Azman memerhati sahaja lengguk Azura keluar dari ruang tersebut. "Apa yang kau tenung-tenung, "tu, Zal? Jangan," Nora tiba-tiba mencelah. "Tak ada apa-apa. Cantik nampak," "Erm…, kenapa? Terpikat ke?" soal Puan Reha yang masih sakit hati. Dia mengipaskan dirinya semula. Walaupun ruang itu penuh dengan penghawa dingin tetapi itu tidak cukup untuk sejukkan hati laranya. "Bolehlah. Perempuan cantik macam itu, siapa tidak mahu. Siapa dia, Mak Lang?" soal Rizal Azman penuh minat. "Erm…, itulah adik kepada si Nazrin. Bekas isteri abang Hairi kau," "Adik dia?" "Yalah. Kenapa tak percaya ke?" Nora bertanya dengan nada sinis. "Bukan begitu, kak Nora. Tak sangka Nazrin ada adik secantik itu. Tapi, tak hairanlah kak Nazrin pun cantik juga," Nora semakin berasap apabila Nazrin dipuji cantik. Sungguhpun Hairi sudah tiada, tidak bermakna dia perlu mengalah dengan Nazrin. Dia juga seperti Puan Reha tidak berpuas hati dengan Nazrin. "Sudahlah. Ini, Mak Lang minta kau datang sebab nak minta tolong kau," "Tolong apa?" soal Rizal Azman yang memang prihatin dan ikhlas.
Azura tiba di rumahnya betul-betul selepas Maghrib. Dia tahu, dia telah terlepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah iaitu menunaikan solat Maghrib. Lekas-lekas dia masuk ke dalam rumahnya. "Zura, kau dah balik?" soal rakan serumahnya, Julia. Azura menoleh ke arah Julia yang sedang melipat telekung. "Ha"ah. Ada orang cari aku tak?" soal Azura kembali. "Cari. Tak adalah pula. Eh, Ju aku nak mandi dan solat dululah ya. Jap lagi kita sembang ya," "Eloklah "tu. Aku pun ada benda nak cakap dengan kau," Azura segera masuk ke dalam biliknya dan bersiap untuk menunaikan solat Isyak dan qadha" Maghrib. Selesai solat, dia menyisir rambutnya. Dia sempat menatap gambar dirinya bersama nenek dan Nazrin. Sejak kematian nenek, Nazrinlah tempatnya mengadu susah senang. "Kak Rin, Zura tetap akan tolong kakak. Kakak sabar ya," Azura telah bersiap untuk turun. Dia lihat, Julia sedang menyiapkan makanan untuk mereka makan bersama. "Maaflah Zura. Ini sahaja yang aku mampu masak. Aku pun balik lambat tadi," Julia berkata sebaik melihat Azura melihat sekeliling lauk. Azura senyum sahaja. Dia tidak kisah apa pun. Asalkan ada makanan pun cukup. "Tak apalah, Ju. Aku lagi teruk. Dahlah jarang ada dekat rumah. Masak pun sekali setahun sahaja," Julia menolong menceduk nasi putih untuk Azura. Bau haruman sambal ikan bilis yang disertakan dengan kentang. "Hmm…., apa yang kau nak sangat cakap dengan aku? Mak kau kat kampung ada masalah lagi ke?" soal Azura yang memang mengambil berat perihal rakan serumahnya. "Tak adalah masalah. Aku "ni. Suami aku yang lanjutkan pelajaran dekat Kanada dah nak balik hujung tahun "ni," Azura memandang wajah Julia. Baguslah. Tetapi, Julia nampak macam tidak suka sahaja. "Baguslah. Apa masalahnya?" soal Azura hairan. "Bukan masalah. Kau faham sahajalah. Bila suami aku balik, aku tak akan nak tinggal sini. Kau "tu macamana? Kau yakin ke tinggal seorang diri?" Azura baru terfikir soal itu. Dahulu, dia mengajak Julia tinggal serumah kerana peristiwa rumahnya dipecah masuk. Hampir seminggu juga dia menumpang di rumah Nazrin kerana fobia tinggal sendirian. Mujurlah suami Julia iaitu Yazir mahu lanjutkan pelajaran ke Kanada dan Julia pun tiada anak dan memerlukan teman. Jadi, mereka pun tinggal bersama sehingga hari ini. "Tak apalah. Benda "tu pun nak dekat setahun berlalu. Insya-Allah dah tak ada benda pun," " Betul ke? Kalau kau dah kata macam itu, legalah sikit aku. Tak payahlah aku risau sahaja,"
"Tak apalah, Ju. Aku pun dah besar. Lagipun, kau pun dah cakap awal-awal. Jadi, kalau aku takut pun sempatlah gak aku cari sesiapa ganti tempat kau," "Hmm…., susah-susah kau kahwin sahajalah dengan Akmal "tu. Yang kau tangguh hari "tu, kenapa? " "Gila apa kau ini. Kakak aku "tu masih belum stabil lagi," "Alah, bukan terjejas pun. Sekurangnya, kau dah ada suami yang boleh tengokkan kau. Bukan itu sahaja, Akmal pun boleh tolong. Akmal "tu baik apa. Apa yang kau takut sangat nak kahwin?" Azura sedikit terasa. Tetapi, dia sembunyikan dengan senyuman. Dia terus menyuakan nasi ke dalam mulutnya. "Cakap senanglah, Ju. Tetapi, aku takut. Nanti gara-gara sibuk uruskan kakak aku, aku tak sempat nak layan Akmal. Itu satu hal. Barangan kahwin lagi. Mana nak cari itu, ini. Kakak aku "tu baru sahaja disahkan mengandung. Ini, tadi aku pergi lawat dia dekat klinik. Rupanya sebelum suami dia tinggalkan dia tempoh hari, suami dia ceraikan dia dengan surat," "Ya ke? Kejamnya. Kakak kau macamana sekarang?" soal Julia bertambah minat ingin tahu. Rasa simpatinya memutik. "Itulah. Tadi, lepas sedar dari pengsan, dia macam orang sasau. Puas aku dengan kak Tasha pujuk dia. Nasib baik, Jamal ada. Dia suntik sesuatu, kakak aku pun tenang sikit," "Kesian kakak kau. Dahlah mak mertua dia macam itu. Sekarang, nasib dia bertambah lagi. Mengandung pula "tu," "Itu yang aku balik lambat "tu. Aku pergi rumah Puan Reha," "Rumah Puan Reha? Kau pergi ke sarang harimau "tu buat apa? Cari nahas apa?" "Hmm…., itulah. Aku pun tak tahu kenapa aku berani sangat-sangat. Sampai sana, Nora pun ada sekali," "Mesti menyampah gila kau tadi, kan? Kau tak rasa nak tumbuk ke dia?" "Rasalah juga. Tetapi, aku "ni bukan macam diorang," "Tetapi, Azura. Kalau aku, aku bagi dia makan gigi. Biar dia rasa. Terima hakikat sahajalah, jodoh dia dengan abang ipar kau dah tak ada. Ini, menyusahkan hidup orang lain," "Kau "ni emosional sangat. Macamlah kau yang kena," "Bukan, aku geram bercampur menyampah. Manusia macam itu, tak patut diberi muka," Azura terus mengunyah nasi di mulutnya.
Pagi itu, Puan Reha memang tiada selera untuk menjamah sarapan pagi. Malah, telur goreng kegemarannya tidak dijeling langsung. Perhatiannya pada surat khabar The Star pagi itu. Nafsu makannya tiada. Tidak semena-mena surat khabar yang dipegangnya dihempas. Marah benar dia mengenangkan peristiwa semalam. "Puan, ini Encik Rizal sampai," Puan Reha senyum dengan penuh harapan. Rizal Azman yang datang dengan pakaian hitam putih dan memegang briefcase di tangannya terus duduk di atas kerusi meja makan itu tanpa dijemput. "Kau dah siapkan semua dokumen itu?" "Sudah, Mak Lang," "Bagus. Diorang itu patut diajar. Biar dia rasa!" Rizal Azman senyum. Dia menghulurkan dokumen yang diminta oleh Puan Reha kepada Puan Reha. Puan Reha menyarungkan cermin matanya dan membacanya satu persatu.
Azura telah selamat sampai ke firma tempat dia bekerja. Dia melihat keadaan sekeliling. Semua pekerja di firma itu mengucapkan selamat pagi padanya. Seperti biasa, senyuman panjang dilemparkan. "Hai, sayang," sapa seseorang. Azura menoleh dan mengeluh. "Akmal," "Macamana hari ini? Segalanya, okay?" Azura diam seribu bahasa. Terus dia memandang pada dua orang pekerja yang memandang ke arahnya. "Sengal. Kalau nak panggil sayang pun biarlah bertempat!" desis hati Azura.
Dengan kekuatan yang dimiliki oleh Natrah dia menolak Aliya ke tepi.
"Awak ?" Jerit Natrah
"Oh hehe , kantoi " Aliya menjelai lidah
"Aliya !Kenapa awak buat macam tu ?" Tanya Natrah geram
"Alaa saja bergurau"
"Saya ingat siapa tadi , tiba-tiba peluk saya . Siap tutup mulut saya dengan kain lagi " Marah Natrah
"Okay janji saya tidak buat lagi" Aliya cuba memujuk Natrah.
"Aliya sekarang pukul berapa ?"
"7.30 " Balas Aliya perlahan
"Alamak ! Kita sudah lewat " Natrah dan Aliya menjerit serentak
Mereka berdua berlari selaju yang boleh , selaju yang mampu mereka lakukan.
Tanpa mereka berdua sedari seorang lelaki berusia linkungan tiga puluhan merakam tingkah laku Natrah dari jauh .
***
"Kita mestilah jadi budak baik" Ucap guru disiplin sekolah tersebut .
"Baik atau nakal bukan ada beza pun " Ejek Khai di dalam perhimpunan secara senyap-senyap.
"Apa yang membezakan kedua-dua ini cuma baik atau nakal" Balas Rul yang menyokong penyataan Khai.
"Saya sokong pendapat awak Rul" Sokong khai pada Rul.
"Saya sokong pendapat awak Khai " Sokong Rul kepada Khai.
"Give me five" Khai mengangkat tangan
"Here you are" Rul menampar tangan Khai
"Saya hairan kenapa kamu semua tidak mahu ikut jejak Ashraf ? Mahir dalam akademi dan ko-kulikulum ? " Ucap lagi guru disiplin
"Oh , pelajar kesayangan kita" Ejek Khai
"Oh , kesayangan pelajar kita " Balas Rul
"Saya tak nak kamu semua ikut perangai sampah-sampah di sekolah kita ! Hidup cuma menyusahkan orang !" Marah cikgu disiplin .
"Maksud dia kita adalah sampah ?"Tanya Khai
"Maksud dia sampah adalah kita ?"Tanya Rul
"Arghhh mari kita mengamuk !" Jerit Khai
""Mari kita mengamuk !Arghhh "Jerit Rul
Ketika guru didiplin sedang memaki hamun seseorang membaling kasut ke arahnya .
"Waa Adidas tu " Jerit Khai dan Rul bersama .
"Nak join ke ?" Tanya Khai
"Nak baling kasut ke ?"Tanya Rul balik
"Kita pakai kasut ap "Tanya Khai
"Kasut Asadi jerk"Balas Rul
"Jadi tak boleh baling "Khai mengambil kata putus
"Jadi kita nak baling apa ?"Tanya Rul
Mereka berhenti bercakap menantikan jawapan . Perhimpunan menjadi bertambah kecoh. Seseorang pelajar yang berang dengan ucapan guru disiplin tersebut memaki hamun gurunya itu.
Guru disiplin yang tidak dapt tahan dengan sikap pelajar tersebut mula mencarut sambil menunjuk isyarat tangan ke arah pelajar.
"Apa dia buat tu ?" Tanya Khai
"Dia buat apa tu ?" Tanya Rul
"Kita mesti mengikut teladan guru kita " Balas Khai
"Jangan merepek" Ashraf muncul di tengah-tengah perbualan adik beradik kembar tu .
"Ashraf kemana kau pergi ?" Tanya Khai
"Saya meronda , apa yang teah berlaku ?" Tanya Ashraf
"Ucapan yang bersemangat daripada guru disiplin membuatkan kasut melayang secara tiba-tiba" Balas Rul
"Kemudian berlaku sesi pantun memantun antara cikgu dengan budak tu" Balas Khai
"Kata yang menusuk kalbu daripada cikgu kesayangan awak membuatkan keadaan bertambah kecoh " Balas Rul
"Ditambah pulak dengan entah apa yang dia buat entah dengan tangan dia" diakhiri dengan Khai
"Ada apa-apa yang kamu tidak ceritakan ?" Tanya Ashraf
"Tidak ! Kami ceritakan semuanya dari A sampai Z" Balas Khai dan Rul serentak.
"Betul ?"
"Betul , kalau tidak percaya tanya Rul" Jawab Khai
"Betul , kalau tidak percaya tanya Khai" Jawab Rul
"Betul ?" Tanya Ashraf lagi sekali
"Okaylaa , kami tipu . Kami rahsiakan sesuatu " Jawab khai
"Sebenarnya dia ada puji awak , pujian yang didengar setiap hari"Jawab Rol
"Bukan maksud saya kamu berdua pun ada simpan niat untuk memberontakkan ?" Tanya Ashraf
Adik-beradik Khai dan Rul diam membisu . Mereka berdua tahu bahawa kata-kat Ashraf ada betulnya .
"Saya cuba selesaikan keadaan " Ashraf meninggalkan kelibat Khai dan Rul.
***
"Awak tidak patut hina kami!" Tengking peljar yang memberontak
"Kalau dah sampah buatla cara sampah , sampah !"
"Apa ?" Tanya pelajar tersebut
"Sampah ! Tetap adalah sampah !" Jerkah guru disiplin.
"Celaka kau " Tidak dapat menahan perasaan amarah di dalam diri dia melepaskan tumbukan ke arah guru disiplin tersebut.
Tumbukan yang laju dan padu secara tiba-tiba membuatkan guru disiplin tersebut tidak sempat mengelak . Apabila tumbukan tersebut hampir menyentuh pipi guru disiplin , tiba-tiba tanganya disekat oleh sesuatu dan dengan sedikit teknik dia telah ditumbangkan oleh Ashraf.
" Ashraf ! Kau datang tepat pada masanya " Guru disiplin tersebut gembira dengan kedatangan Ashraf .
Pelajar tersebut memandang Ashraf dengan penuh kebencian , kenbencian yang meluat-luat namun begitu Ashraf memaandangnya dengan tenang .
"ASHRAF !Bawa dia jumpa pengetua "
"Baik" Ashraf menghulur tangannya ke arah pelajar tersebut. Pelajar tersebut yang berang dengan Ashraf menampar tangan Ashraf dan berdiri dengan sendiri.
***
"Rasa cam tak puas hati" Adu Aliya kepada Natrah
"Kenapa ?" Tanya Natrah
"Yerlaa , kita cuma lewat jer tapi kena bawa jumpa pengetua " Balas Aliya
"Aliya , kita lewat setengah jam " Jawab Natrah
"Alaa setengah jam jerk " Balas Aliya
"Aliya , setengah jam pun satu kesalahan juga"
"Natrah , saya rasa macam tak best laa nak jumpa pengetua . Cabut lari ?"
"Tak nak !"
"Ahh ! Jom laa"
"Aliya , bila kita lakukan kesalahan kita mesti tanggung"
"Prinsip awak nie dah berjangkit dari Ashraf la" komen Aliya kepada Natrah
"Mana ada " Nafi Natrah
"Tapi prinsip saya bercanggah dengan keputusan awak untuk berjumpa dengan pengetua"
"Awak ada prinsip ?\' Tanya Natrah
"Haah , prinsip saya . Alang-alang buat kesalahan . Apa salahnya buat satu lagi kesalahan ? Jom lari "
"Jangan ngada-ngada " Natrah menarik tangan Aliya.
Mereka berdua berjalan menuju ke bilik pengetua . Dari jauh mereka dapat melihat kelibat Ashraf dan pelajar samseng tadi memasuki bilik pengetua.
"Ashraf !" Nama Ashraf terpancul keluar dari mulut mereka berdua serentak .
"Alamak Ashraf ada sekali , malu laa aku jika dia nampak aku masuk dalam bilik pengetua . Macam mana nie ? Mesti dia anggap aku buat salah besar" Natrah bermonolog
"Oh hehe , Ashraf ada dalam bilik pengetua , bangganya aku . Mesti dia ingat aku dapat anugerah apa-apa" Bisik Aliya
Setelah berfikir sejenak , Natrah mengambil kata putus untuk beredar sahaja .
"Natrah ke mana pulak ?" Tanya Aliya
"Lain kali la , pengawas yang tahan kita tadi pun mana ada" Natrah ingin melarikan diri.
"Takda-takda , jom-jom " Aliya menarik tangan Natrah
Dengan penuh rasa malu di dalam diri Natrah dia membuka pintu . Dia tahu dia akan bertemu dengan Ashraf untuk kali kedua .
tat taratatat… Muzik hardcore berkumandang di dalam kepala. Tangan pula galak menyapu lantai marmar. Kepala terhangguk-hangguk kecil mengikuti irama. Hampir seluruh ruang tamu disapu dalam masa 10 minit.
Aktiviti penyapuan terhenti. Hidungku tercium sesuatu bau yang kurang menyenangkan. Tak… bukan bau kentut. But it’s something more complicated… but what?
"Akma!!! Roti kau dah terbakar!!!" Pap! Dahi ditampar. Aisey.. camna leh lupa ni? Lintang pukang aku lari menuju ke dapur. Sikit lagi nak tergelincir kat lantai terazo.
"Hah, tengok! Clumsy btol lah kau ni. Jalan tu baik-baiklah sikit," Idin merungut setelah sempat menyambutku yang sedikit lagi nak ice skating. Tanganku terpaut pada lehernya. Idin pula memeluk pinggangku. Buat seketika aku rasa Idin blushing lah.
Hehe… kalo nak difikir, pose kitorang ni macam orang menari jazz jer. Idin yang menyedari cepat-cepat melepaskan aku dari pelukannya. Buk! Terjatuh lagi… suwey tol la.
"Sorry abang Din! Akma mati-mati tak ingat tadi," ujarku sambil tergesa-gesa mengambil roti didalam pembakar roti sambil menggosok-gosok bontot yang memar. Idin hanya menggaru belakang lehernya.
"Ouch!" Automatik tangan yang tersentuh besi pembakar roti ditarik. Macam nak sepak jer toaster ni. Biar kena muka Abang Din. Huhu…
"Hah, ada lagi! Bak sini. Biar abang tengok," tangan dihulur. Aku tergamam apabila Abang Idin memasukkan jariku yang melecur dek panasnya toaster kedalam mulutnya. Biar betul abang aku ni! Sewel apa?
"Er.. abang. Abang okey kan ari ni? " Dahinya kusentuh. Idin yang masih me’rawat’ berhenti. Perlahan tanganku dilepas. Suhu… normal. Tangan turun pula keleher. Okey jer. Tapi apsal aku tengok muka dia merah nak mampus?
"Dah okeylah ni agaknya. Thanks for that," aku pantas berdiri lalu mengambil roti kat toaster dengan penyepit. Idin turut bangun. Perlahan duduk di kerusi meja makan.
’Idin! apsal kau buat camtu tadi?’
‘What? Aku tak sengaja lah. Respon aku jer tadi.’
‘Respon? Sampai nak ‘cure’ tangan dia camtu skali? Aku bukan tak tau. Cakap jer lah yang kau ska kat dia.’
‘Mana boleh! Aku abang dia.’
‘Yelah tu. Abang ANGKAT. Peluang kau besar.’
‘Tapi aku tak nak kena rejek cam orang lain.’
‘Belum cuba belum tau! Mana tau dia tunggu kau nak confess kat dia.’
‘Ha’ah. Tadi rilek jer dia sentuh dahi and leher aku. Betul kata kau! Aku akan cakap kat dia.’
‘That’s my man!’
"ang…Abang! Apa yang di fikir dalam sangat tu?"seruan Akma bergema ditelinga. Idin tersentak melihat muka Akma begitu dekat dengan mukanya. Bagai nak meletup hatinya terpandangkan sepasang mata innocent milik Akma. ‘Humangaih! Comeynya!’
"Urgh! Takda apa-apa. Terfikir someone jer," Idin berbasa-basi. First step: bagi clue dulu. Akma ni blurr sket. Selagi tak bagi signal selagi tu lah dia tak paham. Kekadang dah bagi signal pun dia boleh buat donno jek. Akma mengangguk faham. Muka nya tak ada apa-apa reaksi. Kosong.
‘Ding! Dong!’
"Biar Akma yang buka pintu," Akma berjalan laju menuju ke pintu utama yang terletak di ruang legar banglo besar milik Tengku Taufik, majikan Akma dan Idin a.k.a bapak angkat diorang. Idin hanya memberi muka ‘kacau daun betul’ setelah Akma pergi.
Idin teringat tugas utamanya tadi. Kereta Mercedes hitam milik Syed Taufik masih belum dibersihkan lagi. Idin bersiul-siul suka teringatkan peristiwa sebentar tadi lalu turut beredar dari dapur.
"Saya datang!" jerit Akma kepada tetamu diluar. Harap-harap jerlah didengar.
‘Clack!’ pintu dibuka kasar. Mana taknya. Dari tadi bunyi ding-dong jer. Tak cukup siap diketuk kasar lagi pintu tuh. Kopak kang baru tau.
‘Bok!’ whoops… macam bunyi nangka jatuh dari flat 5 tingkat bergema.
"Ouch! Sakit…." Amin menggosok bontot yang sakit. Nasib baik tak terlucut tulang sumsum ni dari badan. Adeh mak… Sapa yang buka pintu nih? Kurang masin! Hidung ni rasa cam nak tertanggal dari muka. Hancus lah muka aku!
"M..maaf, encik. Saya tak sengaja tadi. Sumpah. Er… encik tak apa-apa ke?" Seketika matanya bertembung dengan mata Amin. Boleh tahan gak mamat nih. Matanya bundar hitam. Dah tu mukanya lak takyah cakap la.. bukan taste aku pun. Cam kacukan Arab-omputih.Apasal lark mamat celup ni tengok aku semacam jer. Macam nak rogol pun ada gak. Aku tengok baju. Check! Tak bogel pun.
Humangaih! Cutenyerrr…..! Muka macam Alyssa Subandoyo model feymes Indonesia tu. Juz tambah spek jer. Mata memang ar aku salute abis. Kacang hazel + besar= innocent giler! Muka bujur sirih. Kulit dia..fuh.. putih melepak cam orang Cina. Rambutnya yang hitam bersinar plak diikat kuda ke belakang paras bahu. Buat seketika mulut aku ternganga melihat keajaiban ciptaan Tuhan. Fuyyooo…
Aik. Parah ni. Sampai menitik air liur dia. Mata lak dari tadi tak alih-alih. Seram kutub utara diperati camtu. Last-last aku tepuk bahu dia berkali-kali.
"…cik? Encik waras ker tak ni? Masih belum dijemput malaikat maut lagi kan?" soalan girl tu buat aku tersedar. Ada patut dia kata aku nak mati. Masih fit lagi nih. Tapi tol la. Tuhan tak nantik kita tua baru nak cabut nyawa, kan?
Aku lap air liur yang terleleh. Aiseh… malunyer! Tangkap basah lak kat depan dia. Apa-apa pun, control bebeh!
"Er… tak. Saya tak pape. Boleh saya tahu rumah ni rumah sapa?" aku menyatakan tujuan asalku.
"Urm, ni rumah Tengku Taufik. Apsal?" Akma melempar pandangan curiga. Curious betul laki ni. Eh, bukan suspicious ke?
"Akma, sapa tu?" Tengku Taufik menjenguk keluar pintu. Tak nyempat-nyempat Amin peluk sepasang tubuh tua milik Tengku Taufik. Erat. ‘Ni apsal peluk-peluk bapak aku ni? Ko nak bunuh dia ke?’ Akma terpinga-pinga melihat ayah angkatnya berpelukan dengan Mr. Biskutcelup. Tak tau nama panggil jer dia camtu. Mana tak nya. Muka macam orang Arab. Dah tu rambut pun kaler blonde sikit-sikit. Last-last pandai lak cakap Melayu? Heran aku.
"Abah kenal ker mamat ni?" Amin memandang Uncle Fik nya. Abah? Whoa! Bila masa uncle aku ni pandai jadi sugardaddy? Oops… salah ker tatabahasa aku?
Pelukan dilepas. Amin memandang Tengku Taufik meminta penjelasan. Tengku Taufik mendekati Akma lalu memeluk bahu Akma dari tepi. Amin terkejut bigfoot melihat perlakuan unclenya manakala Akma lak masih blurr. Dia tak kisah sangat kena peluk camtu. Dah biasa. Matanya masih melihat wajah abahnya dan Mr. Biskutcelup silih ganti.
"Amin, I introduce you to my wife, Akma," Wtf? Nyanyuk agaknya abah aku ni. Sian… baru jer 50-an tapi dah kene Alzheimer. Tsk..tsk.. cicit Akma dalam hati. Akma memandang abahnya hairan.
"Apa yang uncle baru cakap? Wife? That young? " Mata Amin hampir tersembul keluar. Nasib baiknya tak. Kalau tak, someone’s gonna have an heart attack arh.
"Haha! Just kiddin’. Its my daughter. Akma Azirizil. Just nearly 25. Akma, this is my nephew, Tengku Aminuddinil Fakhruniah. Still 28," Akma buat kening double jerk bila Tengku Taufik kenyit mata kat dia. Tangan yang dihulur bersambut. Saat itu hati Amin berdesir macam desert bila memegang tangan Akma.
Pagi itu, Tengku Amin dan Tengku Taufik berbual panjang. Akma yang turut berada di situ hanya mendengar. Idin plak entah mana hilangnya. Mungkin beli barang dapur kot.
Rupa-rupanya Tengku Amin ni baru balik dari France. Dia dah tinggal kat situ nak dekat 10 tahun. Habis SPM, terima tawaran kat sana. Menamatkan pengajiannya disitu. Dah dapat PhD pun. Pulang lak kat Malaysia ni umur dah 28 tahun. Tua. Huhu… astaghfirullah. Tak baik. Akma memukul kepala sendiri.
"Dah 10 tahun tak pulang Malaysia. Banyak betul perubahan yang ada kat sini," ujar Amin sambil matanya melirik ke arah Akma. Tengku Taufik yang menyedari lirikan mata Amin berpaling kearah Akma.
"Akma, tolong buat teh Ceylon lagi, nak," arah tengku Taufik lembut. Akma mengangguk patuh. Hilang sahaja bayangnya dari ruang tamu, Amin menggamit tangan unclenya.
"Uncle, bila uncle angkat Akma tu jadi anak? Cantik lak tu," tanya Amin sambil menggeleng-geleng kepala tanda terpegun. Dia akui Akma memang mempunyai kecantikan semulajadi. Mesti dah ada buah hati nih. Mana ada buaya nak tolak bangkai. Mana ada kumbang nak tolak bunga. Mana ada polis nak tolak pencuri. Pencuri mati, sendiri masuk lock-up lar… wahahah!! Kerek la tue… "Dah lama dah… masa tu umur dia masih 15 tahun. Sama jugak ngan Idin tu," air teh disembur keluar. Nak dramatic sikit sebenarnya. Baru syiok.
"Idin tu sapa lak?" Amin bertanya.
"Idin tu abang angkat Akma. Setahun muda dari kamu,"
"Akma tu dah ada pakwe ke?" Amin selamba bertanya.
"Dia tu susah sangat nak jatuh cinta. Sampai skarang masih takda kekasih. Yang meminangnya tu memang ramai. Tapi tu lah, mungkin dia masih komited dengan pelajarannya kat universiti tu," bicara terhenti tatkala Akma melangkah masuk ruang tamu.
Amin memandang anak mata milik Tengku Taufik. Kemudian mengalih pandangannya ke arah sesusuk tubuh milik Akma. Akma yang menyedari buat bodoh. Masih tak dapat nak piker apa yang ada lam kepala Amin.
"Esok rasanya baru nak balik rumah sana. Balik ni pun Amin belum bagitau sapa-sapa lagi. Rumah uncle ni tempat first Amin lepak," Amin bersuara. Tengku Taufik menggeleng.
"Baik kamu balik cepat-cepat. Takleh kamu buat camtu kat orang tua kamu. Dosa besar," nasihat Uncle Fik hanya meluncur keluar dari telinga kiri aku. Kurang adab nyer. Macam taik telinga jer dibuatnya nasihat orang tua.
"Bukan apa uncle. Tapi kalo Amin dah datang pun dibuatnya terus bekerja kat company tu camna? Amin masih muda lah uncle. Kalo tak pun disuruhnya kita kahwin. Lagi naya uncle," Amin membebel cam ompuan. Anak sedara aku ni. Memang ar amik keturunan mak dia ni. Tengku Taufik mengeluh.
Dah tua dah pun. Takyah nak cakap diri tu muda lagi. Aku ni lain kisah la… single but available, bebeh. Akma yang mendengar mengumpat lam hati. Aku tak kisah kalu kata terang-terang pun. Masalahnya abah ni ada.
Sebelum tengah hari menjengah, Amin meminta diri. Katanya mahu makan tengah hari bersama bersama kawannya. Akma dan Tengku Taufik menghantar Amin sehingga keluar pintu.
Akma sedang mengemas cawan ketika matanya menangkap secebis handkerchief kat atas meja. Kain satin. Mahal ni. Nak jual tak? Eh, mana bleh! Aku ni jujur lagi suci tau.
"Abah punya ker sapu tangan ni?" Akma menghulurkan sapu tangan itu ke tangan Tengku Taufik.
"Bukan arh. Ni mesti Amin punya nih," Akma mengangkat kening. Suke btol angkat kening ni.
"Tapi dia dah pergi," Tengku Taufik senyum penuh makna. Tangannya memegang kepala Akma. Lagak seperti seorang bapa kandung.
"Kalau jodoh kamu panjang dengan dia nanti jumpalah," kata-kata abahnya direnung. Macam ada ulat sampah di sebalik mayat jer?
"Oh, ya. Amacam dengan assignment Akma kat uni tu?" Akma tersenyum. Tangannya lincah membersihkan meja tetamu.
"Abah tahu tak, lecturer kitorang yang ajar business management tu dah berhenti, tau. Setakat ni masih lom ada yang ganti lagi," wajah Sir Mokhtar yang strict terpampang di lembaran memori. Akma lega lecturer tu akan diganti dengan yang baru. Harap-harap lecturer baru tu tak kerek lar.
***
Semester baru bermula. Suasana di kampus memang sibuk dihari pendaftaran. Terkejar sana-sini nak kejar registration. Lebih-lebih lagi budak freshie. Sampai nak bawak sekampung sedangkan yang nak mendaftarnya sorang jer.
Akma dan Idin sampai kat situ lebih kurang pukul 11.30 pagi. Jalan takyah nak kata la. Jammed giler. Idin menggamit bahu Akma.
"Akma daftar sensorang ye. Abang nak hantar fail ni kat lecturer dulu. Nak tolong dia uruskan bebudak baru nih memang susah," Akma hanya mengangguk. Dah biasa mendaftar sorang-sorang.
Siap jer hantar nama kat pejabat, Akma cari kelibat besfrennya, Nyot binti Wak Sokarno. Jangan ketawa lar kalau bab nama dia nih. Nanti percuma jer mulut kena sumbat paip lam jamban tu. Kalu tak pun dengan pintu jamban sekali dia masuk.
"Hai, Akma. How’s your holiday?" zupp! Nyaris siku aku nak cecah serebrum otak budak ni. Nyot yang memang dah tau perangai aku sempat menahan siku aku sebelum tengkoraknya pecah. Esok-esok keluar paper ‘seorang pelajar universiti ditahan kerana memecahkan tengkorak hidup milik kawannya’.
"Cantik sangat greetingz kau. Siap nak bermesra plak yer?" Aku meraba-raba siku. Cantik sangat lah tu. Kalau tahan pakai tangan takpa gak. Ni ditahan pakai besi aloi yang entah disonglap dari mana.
"ala… bukan apa Nyo… ops, Anne, rindu nak mampus kat kau. Tak sanggup aku nak berpisah ngan kau lagi. Nyot, aku nak tumpang kau lah," ujar Akma sambil mulutnya mensisip minum air ribena kat cafeteria kampus. Matanya sempat melihat pemandangan dan suasana kat cafeteria yang ‘meriah’ sangat. Akma dan Anne ketika itu sedang makan tengah hari kat situ.
"Apa mimpi kau nak tumpang-tumpang aku ni? Selalunya Idin abang tersayang kau tu yang drive kau pulang kan?" kata-kata Anne berbaur cemburu. Haha.. ni mesti ada hati kat Idin tuh. Abang angkat aku ni feymes tak abis-abis sejak dari sekolah menengah lagi. Ntah apa kes sampai skang takda awek lagi.Akma merubah ekspresi muka seperti kucing nak mengawan. Miaow…..
"Aku bukan nak tumpang kereta kau… Aku nak tumpang… kasih ngan kau, bleh tak?" ktuk! Aisey…
"Ouh…sakit tau tak lahabau?" aku menggosok kepala yang berbonjol. Aduyai.. hilang saham aku lepas ni.
"Kau ni memang kan? Suka betul la buat lawak cenggitu. Eiy… geli aku. Tumpang kasih yer? Ni aku tumpangkan. Rasa lah kau kasih aku ni betul-betul," Anne berdiri dari duduknya. Aku takyah cerita lah… dah lama cabut. Tujuh kali tawaf kat sekeliling cafeteria tu dah buat kitorang ni macam hajjah. Takpa… haji muda kan? Huhu…
p/s: Im juz new here so... giving your comments may improve this story\'s storyline. kalau ada apa-apa cadangan bagi lepas baca bab 2 nyer, keyh? Anyway, thanks for reviewing. ^,,,^ ......
"Dr. Emir," panggil satu suara membuatkan Emir Jihan yang baru sahaja hendak melangkah itu, tiba-tiba berpaling.
"Hah Hanni. Kenapa?" tanya Emir kembali sambil memandang langkah yang diambil oleh wanita yang kemas memakai baju jururawat berwarna kuning cair.
"Tak ada apa. Dr. dah nak balik ke?" tanya Hanni dengan senyuman tersipu-sipu memandang wajah Emir.
"Nak baliklah ni." Poket jubah putihnya diseluk.
"Ni. Tadi ada budak tu suruh saya bagi Dr. ni," beri Hanni sambil menyerahkan satu helaian kertas berwarna putih berjalur kepada Emir.
"Siapa? Yang dekat wad pediatrik tu ke?" tanya Emir dengan senyuman. Kertas itu diambil.
Hanni mengangguk.
"Ada apa-apa lagi?" tanya Emir kerana dia hendak pulang. Seharian semalam dia bertugas dan dicampur pula setengah hari pada hari itu membuatkan dia berasa penat.
"Tak ada lagi. Take care," ucap Hanni malu-malu kemudian berlalu meninggalkan lelaki itu tersenyum memandangnya.
Sambil menyambung perjalanannya, dia membuka kertas yang berlipat itu.
----------------------------------------------- Dr. Emir Jihan,
Harap esok boleh jumpa Dr. Emir lagi. Kak Hanni kata esok Dr. datang hospital lagi. Dr. Emir. Lia suka sangat tengok muka Dr. cutelah.
Salam sayang,
Lia Hana. ----------------------------------------------
Emir mengamati ayat itu dengan senyuman di bibirnya.
Kerenah budak-budak membuatkan dia tersenyum. Lia, budak berumur 9 tahun yang baru masuk wad pagi tadi kerana jangkitan pada tisu peparu yang dialaminya.
Kakinya melangkah terus. Sepanjang perjalanan, semua mata yang memerhatikannya semuanya murah dengan senyuman.
Sampai di kereta, jubah putihnya dibuka dan disangkutkan pada penyandar tempat duduk di sebelahnya.
‘Fuh nasib baik aku cepat. Kalau tak pengsan aku berhujan.’ Getus hati Emir Jihan sambil menghidupkan engine keretanya. Cermin hadapan yang disimbahi hujan yang kian lebat itu menjadi bahan tatapannya seketika.
Sementara menunggu engine keretanya panas, sempat dia membetulkan kedudukan anak-anak patung beruang yang berbagai warna dan bentuk yang menghiasi dashboard kereta Porsche 911 GT2nya itu.
Dalam asyik dia duduk menanti seketika, telifon bimbitnya berbunyi memanggilnya dengan suara bayi yang cukup comel dan manja.
Diambil dan ditekannya sebelum telifon bimbit berwarna biru laut itu melekat di telinganya.
"Assalamualaikum ma," sapa Emir dengan senyuman.
"Emir dah nak balik ke?" tanya mamanya setelah menjawab salam.
"Mana mama tahu ni? Pasang spy ke?" tanya Emir kembali dengan tawa kecilnya.
"Mama tahulah anak mama. Emir, mama nak minta tolong ni," pinta mamanya manja sahaja bunyi suara tua itu jika perlukan bantuannya.
"Apanya ma?"
"Ambilkan adik kamu dekat bus stand. Lut dah hantar papa tadi, jadi tak tahu bila baru sampai. Adik kamu tu kesian dia tunggu. Kamu tolong mama." Risau sahaja suara ibu itu mengenangkan anak bongsunya yang baru balik asrama itu.
"Yelah. Lagi? Mama tak nak suruh Emir pergi market ke, kedai baju ke?" seloroh Emir dengan tawa kecilnya.
"Lebih-lebih menyakat mama? Dah cepat tau," arah mamanya dengan tawanya yang turut menghiasi pendengaran Emir.
"Ye mamaku sayang. Emir pergi ni. Letaklah. Macam mana Emir nak memandu kalau mama tak letak phone," suruh Emir pula. Dia tidak akan letak selagi mamanya sendiri tidak memutuskan talian.
"Ye mama letak ni. Assalamualaikum."
Emir menyambut salam mamanya sebelum telifon bimbitnya itu kembali diletakkan di tempat di sebelahnya.
Dia bersedia menggerakkan kereta sport kebanggaannya itu menuju ke perhentian bas untuk menjemput adik bongsunya itu.
Berhenti sahaja berdekatan dengan perhentian, telifon bimbitnya dicapai dan mendail pantas nombor adiknya itu.
"Hallo Abang Emir. Kau dekat mana? Mama kata kau nak ambil aku," bebel suara di hujung talian pantas setelah penggilan bersahut.
"Waalaikummussalam. Ustaz Emir ke mana? Boleh cepat sikit? Anita Zahara binti Tan Sri Kamil Adfian, adik kepada Ustaz Emir Jihan sudah kesejukkan menanti" tanya adiknya itu tiba-tiba menjadi ayu sahaja suaranya.
"Abang ada dekat luar ni. Jalanlah sikit. Abang malas nak masuk," beritahu Emir dengan senyumannya. Lagi disakat adiknya itu.
"Hoi Abang Emir. Kau dah gila ke suruh aku jalan keluar hujan-hujan ni? Kau tak payah nak menggatal. Nanti balik aku calarkan kereta Porsche kau tu kalau kau tak nak masuk dalam ni jemput aku. Cepatlah. Kaki aku dah kembang ni kena hujan," bebel adiknya itu kembali memanaskan telinganya.
"Melampaunya ugutan," sakat Emir lagi. Selagi adiknya itu tidak menangis dikerjakan, tidak sahlah cuti adiknya itu.
"Memang aku melampau. Abang Emir cepatlah," suruh adiknya itu mula nada manjanya keluar kerana bosan hendak membebel.
"Yelah. Abang masuk ni. Kau dekat mana?" tanya Emir sambil digerakkan perlahan keretanya itu.
"Abang Emir. Kau ni macam baru hari ni balik Malaysia lah. Dekat tempat selalulah," jerit adiknya membuatkan dia menjarakkan telifon itu dari telinganya.
"Ye, ye. Aku tahulah," jawab Emir sambil dimatikan telifon bimbitnya itu dan diletakkan di sisinya. Keretanya dipandu. Sebelum masuk ke dalam kawasan perhentian, tayar keretanya melanggar lopak air membuatkan lopak itu melambung dan terkena seorang perempuan yang berpayung yang terlanjur lalu di situ. Basah gadis itu.
"Opss. Sorry," ucap Emir walaupun gadis itu lansung tidak mendengarnya. Dilihatnya gadis itu mula mengelupur mengibas baju kurungnya kerana basah separuh badan dikerjakan kereta Emir.
"Kesian kau keretaku sayang. Sabar ye. Nanti hari panas aku basuh kau," bebel Emir sendiri. Bukan dikisahkan orang yang terkena lopak tadi, tapi dikisahkan tentang kebersihan kereta sportnya itu.
Dilihat adiknya yang berbaju sejuk itu sedang menunggunya. Tergedik-gedik kerana kesejukkan.
Dia berhenti betul-betul di hadapan adiknya.
Pantas adiknya terus memboloskan dirinya masuk ke dalam keretanya dengan beg sandangnya itu.
"Astaghafirullah halazim. Mati kereta abang macam ni. Tulah pergi duduk dekat pedalaman kenapa? Kan dah kena balik naik bas. Kalau balik naik flight tak adalah mengotorkan kereta abang macam ni," sungut Emir panjang lebar dia membebelkan adiknya itu. Itulah yang dia tidak suka kalau hari hujan. Lebih-lebih lagi kereta kesayangannya menjadi mangsa.
Adiknya itu buat tak faham sahaja.
"Jalanlah. Nak tayang kereta pula dekat bus stand ni," suruh adiknya itu dengan wajah buat tak faham sajaha abangnya membebel.
"Kau nanti bersihkan balik. Kalau tak, jangan harap abang nak ajak kau naik lagi," bebel Emir dan terus menggerakkan keretanya itu meninggalkan perkarangan perhentian bas.
Sewaktu dia keluar, sekali lagi dia melanggar lopak dan gadis yang masih berdiri di situ tadi, sekali lagi terhambur dengan air lopak.
"Oi Abang Emir. Kau ni. Kesian budak tu," latah Anita Zahara sambil menepuk peha Emir sekuatnya. Tak berperasaan betul doktor ni.
"Tak sengaja," jawab Emir selamba dan terus sahaja memandu keretanya masuk ke jalan besar.
"Mama. Kenapa macam kucing nak beranak je ni?" tanya Anita Zahara berseloroh sambil melihat mamanya yang ke sana ke mari di hadapan matanya yang hendak menonton cerita.
"Bukan kucing yang nak beranak. Ni budak tu tak sampai-sampai lagi. Dahlah hujan-hujan macam ni," jawab Puan Sri Aida sambil menggaru lembut kepalanya. Pening. Tak sampai-sampai dari tadi orang yang dinantinya itu.
"Budak mana pula ni ma?" tanya Anita dengan senyumannya. Mama dia pun pandai nak menjawab kalau anak-anak dia yang mulut becok tu bersuara.
"Alah. Budak tu nak ganti Kak Sara kamu yang dah dapat masuk U sambung belajar tu," jawab Puan Sri Juria masih lagi dengan gayanya yang tak reti lansung nak duduk diam.
"You mean our new maid?" tanya Anita malas sahaja bunyinya.
"Yelah. Habis tu?" tanya Puan Sri Juria kembali sambil berhenti dan menatap wajah kemalasan yang dipaparkan satu-satunya anak perempuannya itu yang melengkar dekat atas sofa sambil tangannya memusing-musingkan alat kawalan television.
"Wahai mamaku yang cantik. You know what, masuk kali ni, dah 5 kali maid mama tukar. Nasib baik je Mak Lina dengan Mak Ita tu dah kerja lama. Tak adalah mama nak tukar dia. Dua dahlah ma. Rumah ni bukannya besar sangat pun," bebel Anita malas.
Dalam masa setengah tahun, 5 kali rumah itu bertukar pembantu rumah. Itulah jadinya jika pembantu rumah itu muda. Macam-macam sahaja alasan nak lari bila tak tahan.
"Kamu ni. Biarlah ada tiga empat. Senang sikit nak buat kerja. Taklah penat Mak Lina dengan Mak Ita nak kerjakan rumah ni. Lebih-lebih lagi bila kamu balik. Bersepah rumah macam tongkang pecah mama tengok," jawab mama dengan wajah selamba sambil berlalu lagi ke muka pintu menjenguk kalau-kalau ada orang di luar.
‘Eh orang cakapkan dia, kita yang kena balik?’ Balas Anita dalam hati. Ada-ada sahaja mulut mamanya itu. Mudah betul dia nak menjawab.
Puan Sri Juria berlalu hendak ke dapur. Penat ke hulu ke hilir, haus pula.
"Ma. Tu orang datang," arah Anita yang malas hendak mengangkat punggungnya ketika loceng kedengaran.
Dengan pantas mama berpatah balik melihat siapa tetamu mereka.
"Assa... lamu... alai... kum... auntie," ucap gadis yang berdiri di hadapan pintu dengan terketar-ketar kerana kesejukkan.
"Waalaikummussalam. Kenapa macam ni? Serabutnya?" Selamba sahaja wajah Puan Sri Juria bersuara kerana dilihatnya baju kurung gadis itu yang kelihatan kotor. Dengan rambutnya yang berterabur macam kena tiup angin hujan je gayanya.
"Bukan... saya... yang... nak... menyerabutkan... diri saya... auntie... Ada... makhluk asing... mana entah... tadi... yang dekat bus stand... tu... Dia... yang... buat... saya jadi serabut..." Dia masih lagi terketar-ketar.
‘Ish auntie ni. Orang kesejukkan ni. Pelawalah masuk dulu,’ bebelnya dalam hati dengan terkerut-kerut dahi menahan kepeningan kerana terlampau sejuk.
"Ada orang buat tak elok dekat kamu ke?" tanya mama dengan mata membulat. Jangan kata anak orang dah jadi apa-apa kerana permintaannya itu.
"Bukanlah auntie... boleh saya... nak masuk?" tanya gadis itu selamba sahaja wajahnya.
"Eh masuklah. Lupa pula auntie. Kesian kamu datang jauh-jauh. Mak Ita," panggil mama setelah mempelawa gadis itu masuk.
‘Apalah auntie ni. Lupa dia kata. Kalau panas dekat luar ni, sampai tahun depan pun saya sanggup nak berdiri dekat luar ni wahai auntie,’ bebel gadis itu lagi dalam sanubarinya yang bergelodak kerana kesejukkan yang bakal membekukan sistem saraf otaknya untuk berfikir jauh.
"Kenapa Ju?" tanya seorang wanita awal 50-an yang terkedek-kedek berlari kerana jeritan mama yang tak berapa kuat tadi.
"Bik Ita tolong buatkan air suam untuk budak ni. Kesian dia kesejukkan. Nanti demam susah pula saya dibuatnya." Gadis itu disuruh duduk atas sofa importnya sementara menanti air untuk memanaskan badan.
Ara yang tadi melengkar atas sofa sudah pun membetulkan duduknya. Tersenyum comel je dia memandang wajah gadis yang sebayanya itu.
"Siapa namanya?" tanya mama sopan-santun sahaja bunyinya. Senyuman jangan cakaplah. Ayu je.
"Intan... Asha... Areen... Tan... Eh bukan... Fadilhuddin. Ayah saya... Fadilhuddin," jawab gadis itu masih lagi ada sisa-sisa kesejukkan menyengat setiap inci tubuhnya. Sehingga nak sebut nama sendiri pun macam tak mampu nak fikir.
"Nak panggil apa?" tanya mama. Banyak pula soalnya. Orang dah kebekuan otak sebab sejuk, dia boleh nak banyak tanya.
"Asha je auntie," jawab gadis itu dengan senyuman nipis tersemat di bibir pucatnya itu.
"Umur?" tanya Anita tiba-tiba je nak masuk bertanya juga.
"21," jawab Asha ringkas. Kepala yang kepeninggan mula macam dah kebekuan.
"Kita tua setahun," jawab Anita dengan senyuman sambil menggaru kepalanya.
‘Ini betul-betul muda. Mama ni biar betul. Boleh kerja ke tidak ni? Serabutnya otak aku kalau aku cuti tapi kena buat kerja rumah. Tengok budak ni pun macam tak yakin je aku,’ bual hati Anita bingung.
"Ni minum dulu Asha. Nanti auntie tunjukkan biliknya," pelawa mama ketika Bik Ita letakkan air teh panas di atas meja hadapan muka Asha.
"Tha... Terima kasih auntie," ucap Asha sambil sekali teguk air dah habis secawan.
Mama tercengang. Anita terkesima. Bik Ita terkedu.
"Auch. Fuh. Fuh." Mulut yang comel tiba-tiba menjadi muncung itik kerana kepanasan yang menyengat.
Anita tersenyum tepi. Mama masih terkebil-kebil. Bik Ita dah tersenyum malu.
‘Loading slow,’ kutuk Anita dalam hati.
"Panas," adu Asha sambil masih lagi mengipas mulutnya menggunakan jari-jemari runcingnya itu. Tersenyum malu sahaja dia.
Mama mula tersenyum.
"Dah. Jom auntie tunjukkan biliknya," ajak Puan Sri Juria sambil bangun dari tempat duduknya.
Asha juga turut bangun mengekor mama yang sudah berjalan dahulu.
Tak sampai beberapa minit, dah sampai depan bilik yang dekat dengan dapur.
"Ni bilik Asha. Sebelah tu bilik Bik Ita. Sebelah lagi bilik Bik Lina. Sebelah-sebelah lagi, bilik kosong," beritahu mama sambil ditunjuknya satu-satu pintu bilik yang berdekatan. Berapa banyak sebelah mama nak tunjuk.
"Asha masuklah mandi, rehat dulu. Nanti malam ni keluar makan dinner. Hari ni Asha tak payah buat apa-apa dululah. Esok baru start. Bilik air, dalam bilik ni ada bilik air," jelas mama panjang lebar menerangkan apa yang harus Asha buat.
"Ye auntie. Arahan diterima. Boleh saya masuk?" tanya Asha dengan muka yang begitu kebingungan, kepenatan, keselambaan. Semua lengkap dengan sifat-sifat ketidakpastian.
"Ye. Masuklah. Buat je macam rumah sendiri," kata mama dengan senyumannya seperti biasa.
Asha terus berlalu masuk ketika mama berlalu meninggalkannya.
"Bik Lina, Asha mana?" tanya mama sambil menjenguk-jenguk melihat mana perginya Asha.
"Oh. Dia tak keluar bilik lagi," jawab Bik Lina yang juga turut sudah maklum mengenai Asha.
"Bik Lina pergi panggilkan dia," arah mama sambil membantu apa yang patut untuk persedian makan malam sementara keluarganya belum turun.
Bik Lina tanpa menjawab terus sahaja menuju ke bilik Asha yang terletak tak berapa jauh dari meja makan.
"Asha," panggil Bik Lina sambil mengetuk pintu bilik. Lemah-lembut je dia ketuk.
Tidak menjawab.
Sekali lagi pintu diketuk dengan panggilan.
"Asha."
Tidak juga menjawab.
Tombol pintu dipulas. Tak berkunci. Pintu ditolak dan terkuak.
Dilihatnya Asha terbongkang di katil lengkap berbaju tidur kain cotton yang bajunya lengan pendek dan seluarnya separas lutut. Corak kartun dan lembut warnanya. Rambut yang panjang sudah mengerbang.
"Ye. Jangan. Oh Asha tak nak. Ye. Macam tulah," jawab Asha sambil menggerak-gerakkan tangannya ke udara entah apa yang diterangkan.
Bik Lina tersenyum. Mengigau rupanya.
"Asha. Bangun nak. Makan. Nanti lapar," kejut Bik Lina lagi. Sekali lagi disentuhnya lengan Asha.
Asha terus duduk bersila atas katil.
"Hah. Awak jangan nak buat kecoh. Masak betul-betul. Nanti client complain saya yang susah. Faham tu?"
Bik Lina meninjau wajah Asha. Matanya masih lagi tertutup. Dan tidak diusik tiba-tiba dia kembali berbaring. Bantal kepalanya dipeluk erat sambil merekotkan tubuhnya.
Bik Lina sudah menggaru kepala. Susahnya budak ni nak dikejut. Sampai mengigau segala. Entah apa je yang dia mimpi sampai berbahasa orang putih lagi.
"Asha..."
"Arigato. Sayonara," pintas Asha sambil bergerak menukar posisinya.
Bik Lina menggaru lagi kepalanya. Memang payah agaknya hendak kejutkan Asha. Bik Lina tinggalkan sahaja dia dan keluar meninggalkan bilik.
"Mana Asha?" tanya mama. Perkara pertama apabila melihat wajah Bik Lina keluar dari bilik Asha.
"Asha mana ma?" tanya Emir yang sudah duduk di meja makan menanti yang lain turun.
Ayah, Emak, Abang Long, Abang Ngah, Kak Lang, Kak Uda, Abang Anjang, Andak, Aku dan Busu pulang ke kampung. Rombongan keluarga kami sahaja sudah 6 buah kenderaan pacuan empat roda berkonvoi pulang ke Jerantut, Pahang. Kalau lihat keluargaku memang besar. Aku mempunyai 8 orang adik beradik namun diikutkan keluarga sebelah emak, kamilah keluarga paling sedikit. Emak sendiri mempunyai adik beradik seramai 16 orang. Adik emak, Pokcu ku sendiri mempunyai anak seramai 9 orang. Emak kalah dalam pertarungannya dengan adik beradiknya namun jika diikutkan sebelah ayah, kamilah keluarga paling besar, paling ramai anak. Ayahku berbangga, emakku bersedih kerana dia kalah dengan adik beradiknya. Jikalau dikira-kira sepupuku semuanya ada dalam 170 orang, jika raya rumah tokku bagaikan ada kenduri besar. Ayah pasti akan pulang ke kampung emak memandangkan Tok Aki dan Wok masih ada jika dibandingkan dengan Tok Abah dan Wan yang sudah pulang menghadap Ilahi 2-3 tahun yang lalu. Nasib baik Tok Aki dah buat rumah sebanyak 4 buah di sekeliling rumahnya untuk keselesaan anak menantu, cucu-cucu serta cicit-cicitnya. Nasib baik Tok Aki memikirkan ini semua, jika tidak manalah muat kami ini semua untuk tinggal di rumah Tok Aki itu sahaja. Biarpun rumah tokku itu sudah sedia luas dan besar.
"Tam, ayah kalau boleh nak minta satu je dengan kamu, boleh?" bicara ayah memecah kesunyian petang sambil masih tekun memandang ke arah jalan besar di hadapan.
Keadaan masih sunyi.
"Tam, kamu dengar tak ayah tanya ni?" soal ayah sekali lagi setelah pertanyaannya tidak berjawab.
Aku memandang ke arah hutan-hutan diluar sana melalui tingkap Mercedez R350 milik ayah ini sehinggalah satu cuitan kasar singgah di lenganku. Aku berpaling menghadap Andak. Dia menjuihkan mulutnya memberi tanda kepadaku supaya memberi perhatian terhadap ayah.
"Ayah cakap dengan Tam ke? Tak dengarlah ayah. Tak perasan… sorry…" ujarku selamba. Aku digelar Tam kerana pangkatku di dalam adik beradik. Anak kedua bongsu.
Abah mengeluh.
"Abah tanya boleh tak kamu tunaikan satu permintaan abah ni?" kuat sedikit percakapan abah. Mungkin mahu aku mendengar bicaranya kali ini.
Aku hanya mengangguk. Aku yakin ayah boleh nampak pergerakanku di cermin tengah itu.
"Tolong ye kali ni. Tolonglah jangan bergaduh lagi dengan si Kassim tuh. Penatlah ayah nak dengar bebelan dengan Tok Aki dan Wok kamu tuh. Jangan banyak fiil boleh?" nada ayah kedengaran sedikit merayu.
Aku pantas mengangguk-angguk laju. Andak memandangku. Aku mencebikkan bibirku tanda protes. Dalam hati aku menggeleng laju.
"Kalau dia tak cari pasal dengan aku, aku tak gaduh punya," Dalam diam aku bercakap sendiri di dalam hati.
-------------------------------------
Semua kami berkumpul di hadapan Tok Aki dan Wok. Aku duduk di belakang sekali di sebalik timbunan warga-warga keluargaku yang besar. Kali ini semua adik beradik emak seramai 16 orang pulang. Rumah Tok Aki dah jadi macam sardin. Panas dan sesak nafas.
Pheww!!!
Tiba-tiba namaku dipanggil serentak dengan nama Kassim.
“Apa lagilah kali ni. Aku rasa aku takda pun cari gaduh dengan mamat mereng tuh sejak sampai 2 jam lalu," bentak hatiku. Jalanku terganggu lantaran harus melintas sekalian umat dihadapan ini. Mengalahkan Konsert Mawi.
"Kas takda gaduh dengan dia punlah tok," Ledak suara garau serak basah Kassim. Lemah gaya percakapannya. Mungkin malas mendengar amarah hakim tua di hadapan. Kelihatan Wok meletakkan jari telunjuknya di mulut. Memberi tanda ’Silent Time’. Silent time ibarat petanda ada suatu perkara penting dan serius telah berlaku. Kami semua sudah faham dengan amaran tanda itu.
Aku yang tiba sedikit lambat bermuka keruh. Pandangan kami tertancap antara satu sama lain. Aku mencebikkan bibirku yang agak tebal, dia melenguskan mukanya dan sedikit jeliran lidah diunjukkan. Mungkin orang lain tidak nampak, mataku nampak. Cukup biar sedikit. Bara di hati semakin panas. Aku pendam.
"Sabar Puspa, sabar," pujuk hati yang kian panas membara.
Kami berdua diam. Tok Aki, Wok, semua emak dan bapa saudara duduk di atas kerusi rotan dihadapan kami dan cucu-cucu serta cicit-cicit kesemuanya di sekeliling kami. Ada yang duduk dan ada yang berdiri. Aku dan Kassim bagaikan pesalah di dalam mahkamah. Hanya tunggu di bicarakan sahaja. Suasana makin hening, dan keheningan malam itu semakin menjerat. Kusam, kelam dan muram. Hanya kedengaran kibas-kibas tangan manusia yang semakin kepanasan.
Tok Aki berdehem beberapa kali memecahkan suasana yang bening itu. Kaki kanannya di silangkan diatas kaki kiri yang masih lekap di atas lantai. Mulutnya setia menghisap rokok daun sejak tadi. Masih belum habis.
"Sekarang semua dah tahu masalah yang dah jadi kan... Maka ada sesiapa nak bersuara bagi cadangan tentang apa yang dah berlaku?" tegas Tok Aki berbicara. Suasana masih begitu untuk 5 minit. Tiada siapa yang sudi mencelah, memberi komen mahupun cadangan membina atau meruntuh. Aku dan Kassim yang tidak tahu menahu melopong besar. Nasib baik aku cepat sedar. Ku katup bibir laju dan rapat. Ku lihat Kassim masih melopong. Persis rupa Pak Mat yang menganga dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Dalam hati aku ketawa, di luar cool.
“Aku ada cadangan macam mana kita nak cari pengganti pengantin masa kenduri bulan hadapan," keadaan masih sunyi, kelam dan suram.
“Kita kahwinkan aje Puspa dengan Kassim. Senang cerita," ujar Tok Aki lancar. Asap rokoknya dihembus keluar dari hidungnya yang sedikit kembang itu.
“No way," tukas Puspa dan Kassim serentak. Mata kedua-duanya tertancap tepat pada muka tua itu. Perasaan tidak puas hati menyelubungi.
"Kenapa pulak?" tanya Tok Aki.
"Kas tak suka kat dia pun Tok," lancang mulut Kassim.
"Eleh ingat aku ni suka kat kau? Tak hingin tau. Tok Aki, Puspa tak moh. Tak mahu Puspa dapat suami macam Kas ni. Tak mahu." tanganku silang ke dada. Dadaku mula berombak laju turun naik. Api marah kian mendidih
"Heh, jangan kata kau. Aku lagi tak hingin beristeri perempuan cam kau. Kau tuh layak tuk musang berjanggut je. Tuh pun kalau kau dah jadi perempuan terakhir kat dunia, kalau tak, dia pun tak hingin..." bicara Kassim meledakkan api kemarahan Puspa.
Mata mereka berpandangan. Seperti ada kuasa elektrik yang meletus. Mendung keadaan di dalam rumah itu semakin getir. Ibarat taufan, tsunami dan gempa bumi bakal meledak. Sengaja menambah buruk keadaan, Kassim tersenyum sumbing dan seraya itu juga dia meletakkan ibu jari kanannya di atas hidung. Menggaru-garu hidung yang tidak gatal. Bagi Puspa dia tahu itu tanda ’very good’ untuknya. Tanda dia kalah berkata-kata sebentar tadi. Hatinya kian sakit.
Puspa laju bangun dan menampar kuat belikat Kassim. Kassim tidak berdiam diri. Di tendang kaki Puspa. Jatuh terduduk Puspa bagai nangka busuk. Airmatanya jatuh laju. Namun tiada bunyi sedu sedan. Mereka bergaduh siap bertumbuk dan berkelahi laksana pendekar. Sehinggalah ramai yang meleraikan. Suasana kecoh sebentar.
“Kamu berdua ni tak boleh jumpa langsung. Macamkan anjing dengan kucing," garang Wok bercakap.
“Kaulah anjing…" bicara Kassim.
“Kaulah…" tukas Puspa.
“Kaulah…" (Kassim)
“Kaulah…" (Puspa)
“Kaulah…"(Kassim)
“Kaulah…" (Puspa)
“Kaulah…"(Kassim)
“Diammmm….." Jerit Tok Aki. Bergema satu rumah hatta satu kampung Bukit Dinding nih. Semua terpaku tatkala Tok Aki sudah berdiri dan bercekak pinggang.
"Deme* nih kalo tak bergaduh setiap kali jumpa tak sah. Kang aku pepoh* awok* berdua nih baru tahu.." Tegas dan garang suara Atok Aki. Namun itu tidak melalikan kami berdua untuk bergaduh selama ini. Lagi pula kami berdua nih memang dah di gelar sebagai cucu derhaka oleh sekalian cucu-cucu yang ada. Apa nak buat dah nasib badan.
"Aku tak kira... kalo deme ni sume tok sey nak kahwin udah. Sama ada kamu Kassim nak bernikah dengan Gayah anak Mak Limah atau kamu Puspa nak kahwin sama Abu anak Hajah Hasnah. Kamu berdua fikir sape nak buat pengorbanan tuh. Atau jugak deme kahwin sesama deme. Kamu fikir kata dua Atok nih. Keputusan Tok muktamad. Faham!!!" Atok duduk kembali.
Gulpp!! Kami berdua telan air liur. Kassim memang tidak pernah suka pada Gayah anak Mak Limah yang gedik, mengada-ngada, miang dan candi itu. Gayah sememangnya suka pada Kassim. Pernah dahulu dia ingin mencium bibir Kassim tatkala Kassim sedang tidur. Nasib Kassim baik, dia terbangun. Lantas dia terus terjun dari tingkap kayu rumah Tok Aki. Dan aku… Aku pasti sanggup jadi andartu plus andalusia jika aku nak dijodohkan dengan kutu babun rayau itu. Siapalah sanggup nak kahwin dengan Abu yang memang terkenal dengan perangai pelesitnya. Namun satu yang aku ketahui. Abu memang ada hati dengan aku. Dia pernah dengan gentlemannya memberitahu perasaan cintanya terhadap aku kepada Tok Aki. Konon cinta. Cett!!
Kassim berpaling dan melangkah laju keluar daripada rumah itu. Aku pula melangkah menuju tingkat atas ke arah tempat port lepakku. Gaya jalan mengempanku, ku tonjolkan tanpa segan silu. Sesekali aku hentak kuat lantai kayu itu. Rasakan gegarannya. Betapa kuat gegaran itu, kuat lagi gegaran di dalam jiwaku. Biar semua tahu tanda protes aku yang tidak bersetuju dengan idea gila ini.
Protes misi aku kali ini. YAKIN!!!
---------------------------------------------
Awok = awak
Deme = korang
pepoh = belasah, pukul, hentam.
Saya sekadar mencuba. Harap anda suka akan karya saya. jika boleh tolonglah tinggalkan komen anda supaya saya boleh tahu anda suka atau tidak.
"Sure tak nak abang hantar ni?" Soal Darwish meminta kepastian. Elisya hanya mengangguk dan tersenyum manis. "Abang tak payah risau la. Baby dah besar dah. Pandai-pandai la baby cari jalan. Bukannya besar sangat sekolah ni." Elisya tahu abangnya bimbang akan keselamatannya. Dia sudah bertekad. Mulai hari ini, dia harus kuat, tabah dan pandai menjaga diri. Dia tidak mahu abangnya risau tentangnya setiap masa.
"Baiklah kalau macam tu. Abang balik dulu. Balik sekolah nanti abang jemput key?" Sedikit terkejut Darwish dengan perubahan satu-satunya darah daging yang dia ada itu. Tiada lagi Elisya yang selalu merengek manja ingin ditemani walau ke mana jua. Adiknya itu sudah matang.
"Abang tak kerja ke?" Pelik! Bukankah hari ini abangnya ada meeting di pejabat? Semua jadual kerja Darwish ada dalam kepalanya begitu juga sebaliknya. "Kerja la. Kerja, kerja. Tanggungjawab tetap tanggungjawab." Tahu apa yang bermain di fikiran Elisya. "Abang kan ada meeting hari ni. Suruh Pak Mail je la jemput baby nanti." Dia tidak mahu mengganggu kerja abangnya. Dia faham akan kesibukan abangnya menguruskan syarikat keluarganya selepas kematian kedua-dua orang tuanya setahun lalu. Tetapi dia amat kagum dengan cara abangnya bekerja. Tidak pernah sekali pun abangnya membawa balik kertas kerja ke rumah. ‘Di rumah masa untuk berehat dan masa untuk baby’. Ucap abangnya suatu ketika. Hatinya tiba-tiba sebak apabila mengingati arwah orang tuanya.
"Baby? Are you ok? Kalau baby tak ready lagi nak sekolah. Kita balik dulu." Darwish risau melihat muka keruh Elisya. Pasti mengenangkan arwah. " Abang ni, baby ok la. Cuma teringat kat arwah mama dan papa. Kalau dia orang ada, mesti dia orang yang hantar baby kan." Dia menahan air matanya daripada gugur. Aku mesti kuat!
"Dah la baby, yang pergi tetap pergi, kita yang hidup harus meneruskan perjuangan mereka yang telah pergi." Ditarik Elisya ke dalam pelukannya. Adiknya itu menangis teresak-esak. Darwish tahu adiknya cuba untuk menguatkan diri di hadapannya. Tapi malang, dia dapat membaca apa yang terbuku di hati adiknya itu. Tanggungjawab yang dipikulnya sekarang amat berat, di pejabat dia harus menjadi seorang ketua syarikat. Di rumah, dia harus menjadi seorang ayah, ibu, abang dan kakak kepada Elisya. Dia tetap tabah menempuhi cabaran ini. ‘Allah tidak akan menduga hambanya itu di luar kemampuan mereka.’ Kata-kata seorang ustaz ‘dipegang’ kuat.
"Ok lah bang, baby masuk dulu lah. Nanti pengetua marah pula. Dah la masuk sekolah tengah tahun, daftar pun tengah hari." Elisya cuba untuk berjenaka. Darwish tersennyum. ‘Baby tak dapat tipu abang’. Bisik hatinya perlahan. Dia mengesat air mata yang masih tersisa di wajah polos adiknya itu. Kemudian membetulkan tudungnya yang ‘rosak’ tadi. Elisya hanya mampu tersenyum. Kadang-kadang dia rasa abangnya boleh menjadi seorang perempuan.
"Apa sengih-sengih? Mengata abang eyh?" Serkap jarang abangnya mengena. "Mana boleh bagi tahu." Sengihnya. Dia menyalami tangan dan mencium kedua-dua belah pipi abangnya. Darwish membalas dengan mencium dahi adik kesayangannya itu. "Balik nanti tunggu sini, abang ambil." Perintah seorang abang kepada adiknya. Elisya akhirnya setuju. Dia melambaikan tangan ke arah kereta BMW yang meluncur laju.
*
‘Inilah sekolah baru aku. Hurmm, not bad.’ Pujinya. Kakinya melangkah ke arah pekebun sekolah itu. "Assalamualaikum pak cik, boleh tumpang tanya?" Tegurnya ramah. "Waalaikumussalam nak, boleh boleh." Terangguk-angguk pekebun yang mungkin berusia akhir 40-an.
"Bilik pengetua mana?" Soalnya sambil melilau mencari bilik pengetua. "Owh! Anak ni pelajar baru ye? Bilik pengetua aras satu blok sana." Tangan pekebun itu menuding ke arah blok yang berwarna kuning cair. ‘Blok Cempaka’.
"Baiklah, terima kasih pak cik." Ucapnya sambil memulakan langkahnya. "Sama-sama. Anak boleh panggil Pak Isa. Semua orang di sekolah ni panggil pak cik, Pak Isa." Elisya menoleh dan mengangguk.
*
"Assalamualaikum, maaf mengganggu. Boleh saya tanya pengetua ada ke?" Elisya menanya seorang pekerja di situ. Kerani agaknya. Fikirnya sendiri. "Ada, adik ni pelajar baru yang daftar hari ni ke? Soal kerani itu kembali. Di name tagnya tertulis nama ‘Suhana’. Elisya mengangguk. "Sila tunggu sebentar." Sekali lagi Elisya mengangguk.
Inilah kali pertama dia melakukan kerja sebegini tanpa bantuan sesiapa. Dari kecil dia amat manja dengan ahli keluarganya yang lain. Ke mana sahaja dia pergi harus ditemani. Tetapi kini situasi keluarganya sudah berbeza. Dia harus belajar berdikari.
"Adik boleh masuk bilik paling hujung tu. Pengetua sedang tunggu adik." Elisya sedikit tersentak.
"Assalamualaikum." Dia memberi salam kepada pengetua yang khusyuk membuat memeriksa fail di mejanya. ‘Tak sampai satu jam dah tiga kali aku bagi salam.’
"Waalaikumussalam. Mya Zara Elisya?" Puan Munirah menjawab sambil memerhati sesusuk tubuh yang berada di hadapannya kini. Manis!
"Ya, saya."
"Sila duduk, nak interview sikit." Tutur Puan Munirah sambil tersengih. Elisya menarik kerusi dan duduk perlahan-lahan. Nervous!
"Kalau boleh saya tahu, kenapa awak pindah sini. Pastinya tidak disebabkan oleh kelakuan buruk kan?" Tanya Puan Munirah sambil matanya tetap meneliti butir-butir peribadi Elisya.
‘Aku ada kelakuan buruk? Malam sikit’. Gerutunya sendiri. "Saya nak tukar angin Puan. Lagipun, sekolah lama saya jauh dari rumah." Tipu sunat aci tak? Soalnya kepada diri sendiri.
"Baiklah, memandangkan keputusan PMR awak pun cemerlang. Saya akan tempatkan awak dalam aliran sains. Setuju?" "Maaf, Puan. Bolehkah saya minta ditempatkan dalam aliran akaun?" Dari kecil Elisya dipupuk untuk meminati bidang perniagaan. Dia sama sekali tidak meminati bidang sains. Siapa lagi yang akan membantu abang kelak kalau bukan dia?
"Kalau itu yang awak minta, baiklah. Mari saya hantarkan awak ke kelas baru awak." Mereka beriringan keluar daripada pejabat. ‘Baiknya pengetua ni, kalau pengetua lain sah-sah panggil cikgu lain suruh hantar ke kelas’.
*
Selepas Puan pengetua bercakap dengan cikgu yang mengajar di kelas 4 Akaun Cemerlang, Elisya dipersilakan masuk ke kelas itu. Suasana kelas yang tadinya riuh-rendah kini senyap. Semua mata memandang ke arah Elisya. ‘Ade aku kesah?’
"Baiklah pelajar-pelajar, hari ni kamu ada kawan baru. Sila kenalkan diri kamu." Arah Puan Nurin a.k.a. guru kelas itu.
"Assalamualaikum, nama saya Mya Zara Elisya Binti Mohammad Fadlan. Salam perkenalan." Pendek kata-kata aluannya.
"Ek elleh minah ni, kerek la. Takkan tu je kot?" Entah datang dari mana suara sumbang itu tidak diambil peduli oleh Elisya. "Betul tu, tinggal mana? Still single ke? Kalau single bak nombor telefon." Suara lain menyampuk. Sedikit pun Elisya tidak menoleh ke arah suara itu.
"Sudah! Kamu semua ni, tak boleh tengok perempuan kan. Dah, Elisya kamu boleh duduk di belakang sana. Kamu tak kisah ke duduk seorang?" Elisya memandang ke arah tempat duduk yang dimaksudkan oleh Puan Nurin. Good!
"Tak ada masalah cikgu." Perlahan-lahan dia mengorak langkah ke tempat duduknya kini. Semua mata masih lagi tetap memandangnya.
"Baiklah pelajar semua, setakat ini pelajaran kita. Elisya, kamu boleh ambil buku-buku teks di bilik buku teks rehat nanti." Elisya hanya mengangguk walaupun dia tidak memerlukan sebarang buku teks lagi kerana semuanya telah dibeli oleh abangnya.
Kelas kembali riuh selepas Puan Nurin keluar. Elisya tidak ambil pusing gossip yang hangat dibincangkan di kelas itu. Pastinya tentang dirinya. ‘Ade aku kesah?’
"Hai! Saya Irdina Ilmuna, boleh panggil Muna je. Ni kawan saya Izzah Insyirah, boleh panggil Izzah." Muna menghulurkan tangan tanda perkenalan.
"Elisya." Pendek! Salam disambut. Muna dan Izzah sedikit terkejut dengan jawapan Elisya. Dalam hati, usah cakap, pelbagai andaian telah dibuat. Sombong, bongkak dan bla bla bla. Langkah diatur ke tempat mereka kembali.
Semua mata memandang apabila mendengar kerusi Elisya ke belakang. Elisya bangun bersama buku nota dan pen di tangan. Langkahnya berhenti tepat di hadapan jadual kelas yang tertampal di papan kenyataan. Tangannya ligat menyalin satu persatu tulisan yang terpamer di hadapannya. Dia tahu dia menjadi perhatian. Tapi, ‘ade aku kesah?’
Elisya kemudiannya melangkah ke arah seorang pelajar yang berpakaian coklat. Pengawas mungkin. Tekanya. "Maaf, boleh saya tanya…..bla bla bla." Elisya mencatat apa yang patut disediakan olehnya untuk semua subjek dan sukatan yang telah diajar oleh guru. Senang, balik nanti dia boleh mengulang kaji sendiri dan mungkin akan dibantu oleh abangnya.
Dari jauh, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sekitar 6 tahun sedang teresak-esak menangis. Dia kelihatannya menangis teresak-esak setelah barang yang dicarinya dari lewat petang tadi tidak dijumpai.
"Isma, meh masuk," laung Rosnah dari jauh. Rosnah mengatur langkahnya menuju ke pohon yang rendang itu setelah panggilannya masih tidak dijawab oleh anak perempuannya itu.
"Isma, meh masuk," ajaknya lembut. Isma yang sedang berlinangan air mata itu terus menerpa kearah ibunya. Dia memeluk kejap tubuh ibunya.
"Isma, kenapa ni?" soal Rosnah. Tergambar di wajahnya seribu kerisauan. Dia menjarakkan dan merendahkan dirinya menyaingi ketinggian anaknya. Mata anak gadis kecilnya itu ditenungnya.
"Isma, cuba cerita kat ibu kenapa Isma menangis ni?" soal Rosnah. Bimbang menyelubungi hatinya tatkala itu.
"Muffin buli Isma. Dia ambik patung Isma dan dia sorokkan. Bila Isma minta, dia tak nak pulangkan. Isma nak patung tu balik," Akhirnya, Isma menyuarakan perihal yang membuatkan dia sedih. Mana tidaknya, patung itu adalah pemberian dari arwah ibunya yang dihadiahkan padanya pada hari lahirnya yang ke lima. Betul-betul seminggu sebelum pemergian ibunya.
"Dah. Dah. Jangan nangis. Nanti ibu tanya kat Muffin ea. Dah lah, jangan sedih-sedih. Tengok ni, anak ibu dah tak comel sebab dia nangis," Rosnah mencuit pipi anak tirinya itu. Isma terkekek-kekek ketawa pabila digeletek ibunya. Namun, tindakan Rosnah terhenti seberapa seketika. Wajah gadis kecil di hadapannya ditenungnya.
"Ibu, kenapa ibu pandang Isma macam tu?" soal Isma. Dia kaget melihat pandangan Rosnah. Buat seketika, Rosnah terpana. Dia dapat merasakan bahawa anak gadis yang berdiri di hadapannya itu kini kian menyerupai ibunya, Salina, seorang gadis yang sangat berpekerti mulia. Dia pernah berjanji pada Salina untuk menjaga anak itu seperti anaknya sendiri.
"Kau jaga anak aku macam anak kau ya," pesanan Salina dirasakan terngiang-ngiang di telinganya. Walaupun nyawa Salina hampir sampai ke penghujungnya, dia masih lagi bimbangkan kebajikan Isma. Sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, sempat Salina meminta dirinya untuk mengahwini Amirul dan menjaga kebajikan keluarganya. Dan memandangkan pada saat itu, gadis itu sedih atas pemergian Salina, dalam keadaan yang berat hati, pesanan Salina dikotainya
Allahuakbar! Allahuakbar!
Lamunannya terhenti tatkala azan maghrib berkumandang. Segera diajaknya Isma masuk ke rumah.
*******
Usai solat Maghrib, Isma menghabiskan masanya di hadapan televisyen menonton sri anime ’Detective Conan’ kegemarannya. Tumpuannya terhadap rancangan itu terganggu apabila pintu rumahnya diketuk.
"Isma, bukakkan pintu untuk ibu," laung Rosnah dari jauh. Dia agak sibuk di dapur menyiapkan makan malam. Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan dari suaminya bahawa pada malam itu, mereka akan menerima tetamu.
Dengan perasaan berat hati, Isma melangkah menuju ke pintu rumah. Tanpa melihat siapa yang datang, pintu itu dibuka kuncinya dan dia terus kembali ke televisyennya.
"Siapa yang datang Isma?" soal Rosnah. Tangannya masih lagi memegang senduk. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya apabila mendapati Isma tidak mempelawa tetamunya masuk ke dalam.
"Assalamualaikum, kak," seseorang memberi salam dari luar pintu. Rosnah mengalihkan pandangan ke pintu rumah untuk melihat siapakah gerangannya yang datang.
"Eh, Ina. Apa khabar? Lama dah tak singgah sini. Eh, buat apa kat luar tu? Meh lah masuk," pelawa Rosnah. "Eh, Adam pun ada. Meh lah masuk. Isma ada kat depan tv tu."
"Ngah masak ke kak?" soal Ina setelah terpandangkan senduk ditangannya. "A’ah. Hari ni bang Mirul kau kata ada tetamu nak datang. Tu yang dia suh masak sedap-sedap."
"Owh. Akak nak saya tolong ke?" Ina menghulurkan bantuan. Dia tersenyum sendirian. Pasti kakaknya itu kelam kabut pabila mendapat panggilan mengenai tetamu itu. Memang sengaja dia datang ke rumah itu pada malam itu, malah dia juga mendapat panggilan dari suaminya mengenai kehadiran seseorang pada malam itu.
Kehadirannya pada malam itu memang disengajakan untuk membantu kakaknya itu membuat persiapan.
"Mmm, tak pe ke?"
"Tak pe lah. Bang Din yang suruh saya datang ni. Katanya, hari ni ada tetamu. Tu yang saya datang nak menolong ni,"
"Mmmm. Kalau macam tu jom lah. Akak bukannya apa banyak sangat kerja kat dapur tu. Tak larat nak membuatnya," Ina tersenyum mendengar jawapan kakaknya itu.
"Adam, pergi main dengan Isma ya. Ibu nak tolong Mak Cik Rosnah kat dapur," suruh Ina. Dia tidak mahu anak lelakinya itu menganggunya di dapur.
*****
Adam terus menuju ke kerusi berdekatan televisyen tempat Isma menonton televisyen sejurus selepas dia ditinggalkan oleh ibunya yang mahu membantu mak cik Rosnahnya.
Isma yang perasan akan kehadiran Adam membuat endah tak endah. Sengaja dia buat begitu. Geramnya pada Adam masih bersisa. Mana tidaknya, hingga saat ini Adam masih belum mahu memulangkan patung miliknya setelah disoroknya petang tadi.
Dia sempat mengerling Adam melalui hujung matanya. Dia dapat lihat dengan jelas bahawa Adam sedang mengeluarkan sesuatu dari beg merahnya. Hatinya melonjak kegembiraan tatkala ternampak benda yang dikeluarkan dari beg itu. Mimi!
Namun, biarpun dia gembira sengaja dia berpura-pura tidak nampak apa yang dikeluarkan oleh Adam.
"Nah," hulur Adam. Matanya dialihkan, memandang tempat lain selagi ia tidak bertentangan mata dengan Isma. Isma tersenyum kegembiraan. Namun, huluran itu tidak disambutnya.
"Ambik lah," paksa Adam. Kini, mata Adam memandang tepat ke arah Isma.
"Tak nak," Isma mengalihkan mukanya. Dia enggan mengambil patung tiu selagi Adam tidak meminta maaf darinya.
"Ambik lah. Kalau kau tak nak, aku buang," ugut Adam. Mendengarkan ugutan itu, terus tangan Isma menggapai patung itu. Lalu dipeluknya erat. Rindu sungguh dia pada patung itu hinggakan kemana-mana sahaja pasti dibawanya.
"Eh, roti. Apa yang best sangat dengan patung tu?" soal Adam ingin tahu.
"Nape kau nak tahu?"
"Mestilah aku nak tahu. Dah kau asyik heret die ke hulu kehilir,"
"Eh, rumah aku ni mana ada sungai. Macam mana nak bawa ke hulu ngan ke hilir. Tak boleh fikir ke? Tulah makan banyak sangat muffin tu sampai otak pun dah ikut tersumbat,"
"Eh, mulut tu jaga sikit ea,"
"Eh, kau tengok mulut saya ni ada guard ke tak? Tak de kan? So, suka hati aku lah,"
"Eh, roti. Kau senyap," Adam memberi amaran.
"Suka hatilah. Ni kan rumah saya. Bukannya rumah awak. Eh, tiba-tiba rasa nak makan muffin lah," perli Isma. Sengaja dia menaikkan amarah Adam, baru puas hatinya. Tidak tahukah Adam bahawa patung itu ibarat nyawanya sendiri. Jika hilang patung itu, hilanglah semangatnya.
"Eh, roti. Apa kau ingat kau tu baik sangat ke? Dah lah tak sedap. Pastu perasan bagus ngan cantik pulak tu,"
"Apa maksud kau?"
"Kau ingat aku tak tahu ke yang kau tu suka Imran, budak kelas Matahari tu,"
"Eh, apa kau cakap ni? Siapa kata aku minat kat Imran?" Isma cuba berselindung. Memang benar dia sangat meminati Imran, namun siapa pulak yang memberitahu si Adam. Dia pelik sungguh.
"Kawan baik kau lah. Siapa lagi?" bongkar Adam. Tak tahu lah sengaja atau tidak. Tapi yang pasti, mulutnya telah pun terlanjur melontarkan kata-kata itu. Riak muka Adam berubah pabila melihat riak wajah Isma yang mulai berkerut.
’Aku tak sangka kau tak boleh harap. Kenapa kau bagitahu Adam yang aku minatkan Imran. Aku benci kau Lia’ bisik hati kecil Isma. Dia tidak menyangka sahabat kecilnya itu akan membelotnya. Selama ini, pada Lia lah tempat dia menceritakan gelora hatinya. Pada saat itu, kelopak matanya dirasakan panas.
Adam dapat melihat bahu temannya itu mulai terhenjut-henjut. ’Isma menangis’ terdetik hati kecilnya.
Adam serba salah. ’Habis lah aku kalau budak roti ni menangis. Silap hari bulan, mama ngan aunty mesti ingat aku yang buli dia.’
’Hah, aku tahu macam mana nak buat’ Tiba-tiba satu idea muncul di benak hati Adam. Lantas dia menerpa ke arah Isma dan merampas semula Mimi lalu dia terus berlari ke arah tingkat atas.
Isma yang terkesima dengan tindakan Adam berhenti menangis. Dilihatnya Adam yang sedang berlari ke tingkat atas rumahnya dengan membawa Miminya bersama-sama.
Tanpa berlengah-lengahkan masa, Isma dengan tekad terus mengejar Adam. Dia tidak akan sama sekali membenarkan Adam membawa lari patungnya lagi. Patung pemberian arwah ibunya. Ingatannya terhadap apa yang dilakukan Lia hilang sama sekali. Apa yang penting sekarang patungnya harus dirampas semula dari tangan Adam.
*******
Dulu engkau kenali Tak pernah ku sedar Dari mata yang memandang penuh pengertian Tapi saat itu telah berubah Di persimpang usia Antara kita tak mampu lagi Berselindung dengan alasan "Hah,"
Sergahan Maria mengejutkan Isma. Mujurlah dia tidak melatah, kalau tidak jadi tontonan mereka oleh para pengunjung di kedai Roti Boy, tempat mereka bekerja itu.
"Ingat sapa tu? Jauh merenung. Retak dinding tu aku tengok," usik Maria lagi. Mana tidaknya, dari tadi dia melihat sahabatnya itu leka mengelamun.
Isma dari tadi leka mendengar dan menghayati lirik lagu Cinta Seorang Teman yang dinyanyikan oleh Bob AF2 itu. Sekali lagi, jantungnya bagai mahu tercabut buat kali kedua setelah disergah kembali ole Maria.
"Wei, kau dengar tak apa yang aku tanya tadi?" soal Maria. Mahu dicubit-cubitnya, gadis dihadapannya itu. Geram apabila soalannya tadi tidak didengar oleh sahabatnya.
"Eh, aku tak ingat siapa-siapa lah. Aku Cuma suka dengar lagu ni. Tu je," Selindung Isma. Jujurnya, memang dia sedang teringatkan seseorang. Dia menghulurkan earphone yang digunakan itu kepada Maria.
"Lagu apa? Meh sini aku dengar," Maria menarik mengambil earphone dari Isma lalu disumbatnya kedalam telinga. Lagu Cinta Seorang Teman masih lagi berkumandang di radio Hot.FM. Maria tersenyum sendirian.
"Mmm, sedap gak lagu ni. Tapi kan lagu ni dah lama lah," komen Maria.
"Memang lah lama tapi aku suka. Lirik dia best,"
"Ke kau denagr lagu ni then kau teringatkan seseorang? Siapa tu?" usik Maria. Maria benar-benar ingin tahu apa yang difikir oleh Isma. Dia tahu Isma sedang menyembunyikan suatu perkara darinya dan dia harus siasat apakah perkara itu.
Maria terus menerus menggasak Isma dengan soalan hinggakan naik lemas Isma dibuatnya.
"Tak pe, kau tak nak bagi tahu aku ya. Tak pe2. Lain kali kalau bos Singa cari kau, aku tak nak back up lagi," ujar Maria dalam keadaan merajuk tetapi ada nada ugutan dalam ayatnya.
Siapa yang tidak kenal dengan bos singa yang dmaksudkan Maria. Semua pekerja di Rotiboy itu maklum sangat dengan perangai bos mereka, Asyraff Dani, seorang yang perengus, pemarah, dan seorang yang degil namun sangat berdedikasi dalam tugasnya. Banyak kali, Isma telat datang kerja sehingga panas telinga Maria menadah bebelan Dani kerana cuba mem’backup’ sahabatnya itu.
"Eh janganlah . Kau macam tak kenal je dia," Isma cuba memujuk Maria. Bukannya sehari dua dia kenal dengan Maria. Kalau putih, putihlah dia. Kalau hitam, tak mungkin putih jadinya. Namun, Isma tidak sedar bahawa Maria tidak mungkin melaksanakan apa yang diucapkan Isma kerana baginya Isma adalah sahabatnya dunia akhirat dan tak mungkin hati sahabatnya itu dilukai.
Dahi Isma berkerut seribu. Banyak kali dia berfikir, wajarkah rahsia itu diberitahu pada Maria? Apakah yang akan difikirkan sahabatnya itu nanti. Apa pulak yang akan berlaku sekiranya perkara itu diteruskan? Dapatkah sahabatnya itu menerima dan mampukah Maria terus menerus menyokong keputusannya? Akhirnya, dia bertekad, apa salahnya jika Maria tahu, suatu hari nanti pasti Maria akan tahu juga.
"Sebenarnya..."
"Hey, apa yang kamu berdua buat ni? Waktu rehat kamu dah abis kan? Apa lagi masuk lah kerja. Ingat nak curi tulang je," Berdesing telinga Maria dan Isma mendengar bebelan Ernie, tunang kepada Dani, bos mereka. Ernie merupakan anak kepada rakan kongsi bapa Asyraff Dani. Mereka berdua akan bertunang dalam masa dua minggu lagi. Pelbagai persiapan telah dibuat. Namun, malang seribu malang, gadis itu hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh Dani.
"Saya kata masuk kerja sekarang, masuk lah. Yang tunggu kat situ lagi tu kenapa?" bebel Erni lagi setelah melihat Maria dan Isma tidak berganjak dari tempat mereka.
Maria dan Isma tanpa berlengah terus bangun dan menuju ke station masing-masing. Maria di bahagian Pastry dan Isma di bahagian Quickbread.
Ernie tersenyum bangga kerana dapat memarahi Isma dan Maria. Selama ini, jika dia ingin memarahi mereka pasti akan di backup oleh Dani. Namun, disebabkan Dani telah pun ke luar syarikat untuk menyelesaikan pinjaman, dia boleh bermaharajalela. Puas hatinya apabila dapat memarahi Isma, bukannya dia tidak tahu bahawa, jauh disudut hati Dani, dia ada menyimpan perasaan pada Isma.
p/s: hope you enjoy it..dan jangan lupa tinggalkan komen ea......enjoy reading....
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei