BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Ogos 31, 2009
Novel : She's my maid 1, 2
Nama Pena : oRkId eDyliYnE

"Dr. Emir," panggil satu suara membuatkan Emir Jihan yang baru sahaja hendak melangkah itu, tiba-tiba berpaling.

"Hah Hanni. Kenapa?" tanya Emir kembali sambil memandang langkah yang diambil oleh wanita yang kemas memakai baju jururawat berwarna kuning cair.

"Tak ada apa. Dr. dah nak balik ke?" tanya Hanni dengan senyuman tersipu-sipu memandang wajah Emir.

"Nak baliklah ni." Poket jubah putihnya diseluk.

"Ni. Tadi ada budak tu suruh saya bagi Dr. ni," beri Hanni sambil menyerahkan satu helaian kertas berwarna putih berjalur kepada Emir.

"Siapa? Yang dekat wad pediatrik tu ke?" tanya Emir dengan senyuman. Kertas itu diambil.

Hanni mengangguk.

"Ada apa-apa lagi?" tanya Emir kerana dia hendak pulang. Seharian semalam dia bertugas dan dicampur pula setengah hari pada hari itu membuatkan dia berasa penat.

"Tak ada lagi. Take care," ucap Hanni malu-malu kemudian berlalu meninggalkan lelaki itu tersenyum memandangnya.

Sambil menyambung perjalanannya, dia membuka kertas yang berlipat itu.

-----------------------------------------------
Dr. Emir Jihan,

Harap esok boleh jumpa Dr. Emir lagi. Kak Hanni kata esok Dr. datang hospital lagi. Dr. Emir. Lia suka sangat tengok muka Dr. cutelah.

Salam sayang,

Lia Hana.
----------------------------------------------

Emir mengamati ayat itu dengan senyuman di bibirnya.

Kerenah budak-budak membuatkan dia tersenyum. Lia, budak berumur 9 tahun yang baru masuk wad pagi tadi kerana jangkitan pada tisu peparu yang dialaminya.

Kakinya melangkah terus. Sepanjang perjalanan, semua mata yang memerhatikannya semuanya murah dengan senyuman.

Sampai di kereta, jubah putihnya dibuka dan disangkutkan pada penyandar tempat duduk di sebelahnya.

‘Fuh nasib baik aku cepat. Kalau tak pengsan aku berhujan.’ Getus hati Emir Jihan sambil menghidupkan engine keretanya. Cermin hadapan yang disimbahi hujan yang kian lebat itu menjadi bahan tatapannya seketika.

Sementara menunggu engine keretanya panas, sempat dia membetulkan kedudukan anak-anak patung beruang yang berbagai warna dan bentuk yang menghiasi dashboard kereta Porsche 911 GT2nya itu.

Dalam asyik dia duduk menanti seketika, telifon bimbitnya berbunyi memanggilnya dengan suara bayi yang cukup comel dan manja.

Diambil dan ditekannya sebelum telifon bimbit berwarna biru laut itu melekat di telinganya.

"Assalamualaikum ma," sapa Emir dengan senyuman.

"Emir dah nak balik ke?" tanya mamanya setelah menjawab salam.

"Mana mama tahu ni? Pasang spy ke?" tanya Emir kembali dengan tawa kecilnya.

"Mama tahulah anak mama. Emir, mama nak minta tolong ni," pinta mamanya manja sahaja bunyi suara tua itu jika perlukan bantuannya.

"Apanya ma?"

"Ambilkan adik kamu dekat bus stand. Lut dah hantar papa tadi, jadi tak tahu bila baru sampai. Adik kamu tu kesian dia tunggu. Kamu tolong mama." Risau sahaja suara ibu itu mengenangkan anak bongsunya yang baru balik asrama itu.

"Yelah. Lagi? Mama tak nak suruh Emir pergi market ke, kedai baju ke?" seloroh Emir dengan tawa kecilnya.

"Lebih-lebih menyakat mama? Dah cepat tau," arah mamanya dengan tawanya yang turut menghiasi pendengaran Emir.

"Ye mamaku sayang. Emir pergi ni. Letaklah. Macam mana Emir nak memandu kalau mama tak letak phone," suruh Emir pula. Dia tidak akan letak selagi mamanya sendiri tidak memutuskan talian.

"Ye mama letak ni. Assalamualaikum."

Emir menyambut salam mamanya sebelum telifon bimbitnya itu kembali diletakkan di tempat di sebelahnya.

Dia bersedia menggerakkan kereta sport kebanggaannya itu menuju ke perhentian bas untuk menjemput adik bongsunya itu.

Berhenti sahaja berdekatan dengan perhentian, telifon bimbitnya dicapai dan mendail pantas nombor adiknya itu.

"Hallo Abang Emir. Kau dekat mana? Mama kata kau nak ambil aku," bebel suara di hujung talian pantas setelah penggilan bersahut.

"Assalamualaikum," ucap Emir selamba. Sengaja dilambat-lambatkan pergerakkannya. Biar adiknya geram dengannya.

"Waalaikummussalam. Ustaz Emir ke mana? Boleh cepat sikit? Anita Zahara binti Tan Sri Kamil Adfian, adik kepada Ustaz Emir Jihan sudah kesejukkan menanti" tanya adiknya itu tiba-tiba menjadi ayu sahaja suaranya.

"Abang ada dekat luar ni. Jalanlah sikit. Abang malas nak masuk," beritahu Emir dengan senyumannya. Lagi disakat adiknya itu.

"Hoi Abang Emir. Kau dah gila ke suruh aku jalan keluar hujan-hujan ni? Kau tak payah nak menggatal. Nanti balik aku calarkan kereta Porsche kau tu kalau kau tak nak masuk dalam ni jemput aku. Cepatlah. Kaki aku dah kembang ni kena hujan," bebel adiknya itu kembali memanaskan telinganya.

"Melampaunya ugutan," sakat Emir lagi. Selagi adiknya itu tidak menangis dikerjakan, tidak sahlah cuti adiknya itu.

"Memang aku melampau. Abang Emir cepatlah," suruh adiknya itu mula nada manjanya keluar kerana bosan hendak membebel.

"Yelah. Abang masuk ni. Kau dekat mana?" tanya Emir sambil digerakkan perlahan keretanya itu.

"Abang Emir. Kau ni macam baru hari ni balik Malaysia lah. Dekat tempat selalulah," jerit adiknya membuatkan dia menjarakkan telifon itu dari telinganya.

"Ye, ye. Aku tahulah," jawab Emir sambil dimatikan telifon bimbitnya itu dan diletakkan di sisinya. Keretanya dipandu. Sebelum masuk ke dalam kawasan perhentian, tayar keretanya melanggar lopak air membuatkan lopak itu melambung dan terkena seorang perempuan yang berpayung yang terlanjur lalu di situ. Basah gadis itu.

"Opss. Sorry," ucap Emir walaupun gadis itu lansung tidak mendengarnya. Dilihatnya gadis itu mula mengelupur mengibas baju kurungnya kerana basah separuh badan dikerjakan kereta Emir.

"Kesian kau keretaku sayang. Sabar ye. Nanti hari panas aku basuh kau," bebel Emir sendiri. Bukan dikisahkan orang yang terkena lopak tadi, tapi dikisahkan tentang kebersihan kereta sportnya itu.

Dilihat adiknya yang berbaju sejuk itu sedang menunggunya. Tergedik-gedik kerana kesejukkan.

Dia berhenti betul-betul di hadapan adiknya.

Pantas adiknya terus memboloskan dirinya masuk ke dalam keretanya dengan beg sandangnya itu.

"Astaghafirullah halazim. Mati kereta abang macam ni. Tulah pergi duduk dekat pedalaman kenapa? Kan dah kena balik naik bas. Kalau balik naik flight tak adalah mengotorkan kereta abang macam ni," sungut Emir panjang lebar dia membebelkan adiknya itu. Itulah yang dia tidak suka kalau hari hujan. Lebih-lebih lagi kereta kesayangannya menjadi mangsa.

Adiknya itu buat tak faham sahaja.

"Jalanlah. Nak tayang kereta pula dekat bus stand ni," suruh adiknya itu dengan wajah buat tak faham sajaha abangnya membebel.

"Kau nanti bersihkan balik. Kalau tak, jangan harap abang nak ajak kau naik lagi," bebel Emir dan terus menggerakkan keretanya itu meninggalkan perkarangan perhentian bas.

Sewaktu dia keluar, sekali lagi dia melanggar lopak dan gadis yang masih berdiri di situ tadi, sekali lagi terhambur dengan air lopak.

"Oi Abang Emir. Kau ni. Kesian budak tu," latah Anita Zahara sambil menepuk peha Emir sekuatnya. Tak berperasaan betul doktor ni.

"Tak sengaja," jawab Emir selamba dan terus sahaja memandu keretanya masuk ke jalan besar.


_________________________2________________________

"Mama. Kenapa macam kucing nak beranak je ni?" tanya Anita Zahara berseloroh sambil melihat mamanya yang ke sana ke mari di hadapan matanya yang hendak menonton cerita.

"Bukan kucing yang nak beranak. Ni budak tu tak sampai-sampai lagi. Dahlah hujan-hujan macam ni," jawab Puan Sri Aida sambil menggaru lembut kepalanya. Pening. Tak sampai-sampai dari tadi orang yang dinantinya itu.

"Budak mana pula ni ma?" tanya Anita dengan senyumannya. Mama dia pun pandai nak menjawab kalau anak-anak dia yang mulut becok tu bersuara.

"Alah. Budak tu nak ganti Kak Sara kamu yang dah dapat masuk U sambung belajar tu," jawab Puan Sri Juria masih lagi dengan gayanya yang tak reti lansung nak duduk diam.

"You mean our new maid?" tanya Anita malas sahaja bunyinya.

"Yelah. Habis tu?" tanya Puan Sri Juria kembali sambil berhenti dan menatap wajah kemalasan yang dipaparkan satu-satunya anak perempuannya itu yang melengkar dekat atas sofa sambil tangannya memusing-musingkan alat kawalan television.

"Wahai mamaku yang cantik. You know what, masuk kali ni, dah 5 kali maid mama tukar. Nasib baik je Mak Lina dengan Mak Ita tu dah kerja lama. Tak adalah mama nak tukar dia. Dua dahlah ma. Rumah ni bukannya besar sangat pun," bebel Anita malas.

Dalam masa setengah tahun, 5 kali rumah itu bertukar pembantu rumah. Itulah jadinya jika pembantu rumah itu muda. Macam-macam sahaja alasan nak lari bila tak tahan.

"Kamu ni. Biarlah ada tiga empat. Senang sikit nak buat kerja. Taklah penat Mak Lina dengan Mak Ita nak kerjakan rumah ni. Lebih-lebih lagi bila kamu balik. Bersepah rumah macam tongkang pecah mama tengok," jawab mama dengan wajah selamba sambil berlalu lagi ke muka pintu menjenguk kalau-kalau ada orang di luar.

‘Eh orang cakapkan dia, kita yang kena balik?’ Balas Anita dalam hati. Ada-ada sahaja mulut mamanya itu. Mudah betul dia nak menjawab.

Puan Sri Juria berlalu hendak ke dapur. Penat ke hulu ke hilir, haus pula.

"Ma. Tu orang datang," arah Anita yang malas hendak mengangkat punggungnya ketika loceng kedengaran.

Dengan pantas mama berpatah balik melihat siapa tetamu mereka.

"Assa... lamu... alai... kum... auntie," ucap gadis yang berdiri di hadapan pintu dengan terketar-ketar kerana kesejukkan.

"Waalaikummussalam. Kenapa macam ni? Serabutnya?" Selamba sahaja wajah Puan Sri Juria bersuara kerana dilihatnya baju kurung gadis itu yang kelihatan kotor. Dengan rambutnya yang berterabur macam kena tiup angin hujan je gayanya.

"Bukan... saya... yang... nak... menyerabutkan... diri saya... auntie... Ada... makhluk asing... mana entah... tadi... yang dekat bus stand... tu... Dia... yang... buat... saya jadi serabut..." Dia masih lagi terketar-ketar.

‘Ish auntie ni. Orang kesejukkan ni. Pelawalah masuk dulu,’ bebelnya dalam hati dengan terkerut-kerut dahi menahan kepeningan kerana terlampau sejuk.

"Ada orang buat tak elok dekat kamu ke?" tanya mama dengan mata membulat. Jangan kata anak orang dah jadi apa-apa kerana permintaannya itu.

"Bukanlah auntie... boleh saya... nak masuk?" tanya gadis itu selamba sahaja wajahnya.

"Eh masuklah. Lupa pula auntie. Kesian kamu datang jauh-jauh. Mak Ita," panggil mama setelah mempelawa gadis itu masuk.

‘Apalah auntie ni. Lupa dia kata. Kalau panas dekat luar ni, sampai tahun depan pun saya sanggup nak berdiri dekat luar ni wahai auntie,’ bebel gadis itu lagi dalam sanubarinya yang bergelodak kerana kesejukkan yang bakal membekukan sistem saraf otaknya untuk berfikir jauh.

"Kenapa Ju?" tanya seorang wanita awal 50-an yang terkedek-kedek berlari kerana jeritan mama yang tak berapa kuat tadi.

"Bik Ita tolong buatkan air suam untuk budak ni. Kesian dia kesejukkan. Nanti demam susah pula saya dibuatnya." Gadis itu disuruh duduk atas sofa importnya sementara menanti air untuk memanaskan badan.

Ara yang tadi melengkar atas sofa sudah pun membetulkan duduknya. Tersenyum comel je dia memandang wajah gadis yang sebayanya itu.

"Siapa namanya?" tanya mama sopan-santun sahaja bunyinya. Senyuman jangan cakaplah. Ayu je.

"Intan... Asha... Areen... Tan... Eh bukan... Fadilhuddin. Ayah saya... Fadilhuddin," jawab gadis itu masih lagi ada sisa-sisa kesejukkan menyengat setiap inci tubuhnya. Sehingga nak sebut nama sendiri pun macam tak mampu nak fikir.

"Nak panggil apa?" tanya mama. Banyak pula soalnya. Orang dah kebekuan otak sebab sejuk, dia boleh nak banyak tanya.

"Asha je auntie," jawab gadis itu dengan senyuman nipis tersemat di bibir pucatnya itu.

"Umur?" tanya Anita tiba-tiba je nak masuk bertanya juga.

"21," jawab Asha ringkas. Kepala yang kepeninggan mula macam dah kebekuan.

"Kita tua setahun," jawab Anita dengan senyuman sambil menggaru kepalanya.

‘Ini betul-betul muda. Mama ni biar betul. Boleh kerja ke tidak ni? Serabutnya otak aku kalau aku cuti tapi kena buat kerja rumah. Tengok budak ni pun macam tak yakin je aku,’ bual hati Anita bingung.

"Ni minum dulu Asha. Nanti auntie tunjukkan biliknya," pelawa mama ketika Bik Ita letakkan air teh panas di atas meja hadapan muka Asha.

"Tha... Terima kasih auntie," ucap Asha sambil sekali teguk air dah habis secawan.

Mama tercengang. Anita terkesima. Bik Ita terkedu.

"Auch. Fuh. Fuh." Mulut yang comel tiba-tiba menjadi muncung itik kerana kepanasan yang menyengat.

Anita tersenyum tepi. Mama masih terkebil-kebil. Bik Ita dah tersenyum malu.

‘Loading slow,’ kutuk Anita dalam hati.

"Panas," adu Asha sambil masih lagi mengipas mulutnya menggunakan jari-jemari runcingnya itu. Tersenyum malu sahaja dia.

Mama mula tersenyum.

"Dah. Jom auntie tunjukkan biliknya," ajak Puan Sri Juria sambil bangun dari tempat duduknya.

Asha juga turut bangun mengekor mama yang sudah berjalan dahulu.

Tak sampai beberapa minit, dah sampai depan bilik yang dekat dengan dapur.

"Ni bilik Asha. Sebelah tu bilik Bik Ita. Sebelah lagi bilik Bik Lina. Sebelah-sebelah lagi, bilik kosong," beritahu mama sambil ditunjuknya satu-satu pintu bilik yang berdekatan. Berapa banyak sebelah mama nak tunjuk.

"Asha masuklah mandi, rehat dulu. Nanti malam ni keluar makan dinner. Hari ni Asha tak payah buat apa-apa dululah. Esok baru start. Bilik air, dalam bilik ni ada bilik air," jelas mama panjang lebar menerangkan apa yang harus Asha buat.

"Ye auntie. Arahan diterima. Boleh saya masuk?" tanya Asha dengan muka yang begitu kebingungan, kepenatan, keselambaan. Semua lengkap dengan sifat-sifat ketidakpastian.

"Ye. Masuklah. Buat je macam rumah sendiri," kata mama dengan senyumannya seperti biasa.

Asha terus berlalu masuk ketika mama berlalu meninggalkannya.



"Bik Lina, Asha mana?" tanya mama sambil menjenguk-jenguk melihat mana perginya Asha.

"Oh. Dia tak keluar bilik lagi," jawab Bik Lina yang juga turut sudah maklum mengenai Asha.

"Bik Lina pergi panggilkan dia," arah mama sambil membantu apa yang patut untuk persedian makan malam sementara keluarganya belum turun.

Bik Lina tanpa menjawab terus sahaja menuju ke bilik Asha yang terletak tak berapa jauh dari meja makan.

"Asha," panggil Bik Lina sambil mengetuk pintu bilik. Lemah-lembut je dia ketuk.

Tidak menjawab.

Sekali lagi pintu diketuk dengan panggilan.

"Asha."

Tidak juga menjawab.

Tombol pintu dipulas. Tak berkunci. Pintu ditolak dan terkuak.

Dilihatnya Asha terbongkang di katil lengkap berbaju tidur kain cotton yang bajunya lengan pendek dan seluarnya separas lutut. Corak kartun dan lembut warnanya. Rambut yang panjang sudah mengerbang.

"Asha. Bangun makan," kejut Bik Lina sambil disentuhnya lengan Asha.

"Ye. Jangan. Oh Asha tak nak. Ye. Macam tulah," jawab Asha sambil menggerak-gerakkan tangannya ke udara entah apa yang diterangkan.

Bik Lina tersenyum. Mengigau rupanya.

"Asha. Bangun nak. Makan. Nanti lapar," kejut Bik Lina lagi. Sekali lagi disentuhnya lengan Asha.

Asha terus duduk bersila atas katil.

"Hah. Awak jangan nak buat kecoh. Masak betul-betul. Nanti client complain saya yang susah. Faham tu?"

Bik Lina meninjau wajah Asha. Matanya masih lagi tertutup. Dan tidak diusik tiba-tiba dia kembali berbaring. Bantal kepalanya dipeluk erat sambil merekotkan tubuhnya.

Bik Lina sudah menggaru kepala. Susahnya budak ni nak dikejut. Sampai mengigau segala. Entah apa je yang dia mimpi sampai berbahasa orang putih lagi.

"Asha..."

"Arigato. Sayonara," pintas Asha sambil bergerak menukar posisinya.

Bik Lina menggaru lagi kepalanya. Memang payah agaknya hendak kejutkan Asha. Bik Lina tinggalkan sahaja dia dan keluar meninggalkan bilik.

"Mana Asha?" tanya mama. Perkara pertama apabila melihat wajah Bik Lina keluar dari bilik Asha.

"Asha mana ma?" tanya Emir yang sudah duduk di meja makan menanti yang lain turun.

"Maid baru," jawab Anita malas sahaja bunyinya.

"Dia dah tidur Ju," beritahu Bik Lina serba salah.

"Tak apalah. Biarkanlah," balas mama sambil meneruskan kerjanya.

Disebabkan dia tak boleh bangun bila dikejut, dia tak keluar makan malam.
posted by Penulisan2u @ 3:40 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
67 Comments:
  • At 31/8/09 8:49 PG, Anonymous biena said…

    hahaha,,bes jge

     

  • At 31/8/09 9:21 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mcm best jer....
    cpt2 ah smbg.......
    x sbr nak tau ending cite nie......
    mesti klakakn...

     

  • At 31/8/09 4:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best.. ar.. cepat conti.. erk..
    -fara-

     

  • At 1/9/09 11:58 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la ceta dy///....
    gile betu la pempoan ni ....
    leh ye dy nyigau cm 2 hehegege

     

  • At 1/9/09 1:29 PTG, Anonymous reha88 said…

    best citer nie...
    ada blog x?

     

  • At 2/9/09 9:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    slm..sori nak kasi pendapat jew..
    bley tak wat maid 2 pki tudung..
    saya suke sangat kalu ctr nie maud tu pakai tudung..

     

  • At 3/9/09 3:02 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam orkid..
    nice story..ye ke doktr cm2??
    pe2 pn bes la..
    keep up a gud work..!!
    -nik-
    niya1501@yahoo.com

     

  • At 6/9/09 11:15 PTG, Blogger alyaazmi31 said…

    salam... cerita ni lain daripada yang lain. sebelum ni semua novel nampak sama jer tapi yg ni lain sangat. pembaca yang menghayati novel ini pasti akan tersenyum.. saya pun begitu juga. harap penulis sambung lagi..erm.. ada blog x?

     

  • At 8/9/09 1:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite yg menarik...blh smbg cpt2 x...
    x sbr nk tau cite seterusnya..
    su :)

     

  • At 11/9/09 1:51 PTG, Blogger Sheila said…

    best..!!! leh wat owang tawe sensowang.. sambung cepat2 k..

     

  • At 12/9/09 10:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan cerita macam ada satu cerita tulisan abu talib hassan nama novelnya Odah.Novel terbitan tahun 80-an

     

  • At 16/9/09 5:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok jgak crite nie...maybe saye akn bce crite nie smpai pghujung novel nie...

     

  • At 21/9/09 8:28 PG, Blogger Jay Saja said…

    hahahaha~ nice starting tho~! keep writing, writer! i'll be waiting for ur next story. ;)

     

  • At 22/9/09 10:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kelakar owh part ngigau tu,
    tehee~
    :D

    -adaaa

     

  • At 28/9/09 10:47 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    chilla...sis great job-yom-

     

  • At 3/10/09 2:15 PTG, Anonymous ira said…

    salam..cte yg mmg best..xsbr nak ikuti smbungnnya..tp btl x kalu sy kata yg asha 2 anak org kaya.???

     

  • At 6/10/09 11:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    guess so jgk..asha tu ank tan sri ye
    ape2 pn..cite nie best!

     

  • At 7/10/09 4:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cam bez jek cter nie..
    pat2 r smbg ea...
    x sbor rse nye nk bce ending dy...
    msti bez kn....
    nk taw asha 2 couple ke ngan emir???????

     

  • At 8/10/09 3:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    1st mcm novel 5thn 5bln...
    2nd xkesah la wlupn mcm sme...sbb best sgt....

    tecit tiut~blank_gurlz@y.c.

     

  • At 8/10/09 5:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah bez r ....

     

  • At 13/10/09 4:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best r.. smbung cepat2 deh. tp mcm dapat tgkap je cite selanjutnya.ape2 pun do d best n plg pnting,dpt menarik minat pembaca tuk membaca.

     

  • At 19/10/09 5:09 PTG, Anonymous dee said…

    best...wlpn tau nt asha n emir..but die pnye storyline menarik..idea baru..huhu

     

  • At 20/10/09 12:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story..... i like it!!!!!!!!!!!!!! sambung r mesti syok gler nie.......doc 2 suka2 je kn kasi basah bju budak 2 tau la doc p jgn la buat cam 2 hehehehe nice story sambung tau i'll be waiting

     

  • At 8/11/09 2:23 PTG, Anonymous Nani said…

    Jalan cerita yang menarik dan suspen. Siapa yang membacanya rasa macam nak tahu jalan cerita seterusnya mesti melucukan.

     

  • At 13/11/09 7:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ehmm cer nie agak ok...
    menarik..
    mgkin jgak akn lbih menarik..
    hope dpt smbung bce lgi..

     

  • At 20/11/09 5:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer ni mmg best. Tapi kalau boleh part yang dengan taufeeq tu janganlah macam budak kecik sangat. Buat la cara yg matang skit. lagi satu banyak kan skit la part asha dengan xiah celup tu. mmg klakar gile time dio orang same-same. time dengan ayah asha tu pun jgn la treat anak dia macam budak kecik sangat.Watak ayah asha tu bagus coz nmpk dia take care ngan asha tapi jgn la manja sgat.then, buatlah character asha sorang prmpn yang keras hati ngan keras jiwa. jgn la mdh sangat air mata die jatuh slalu.pastu, teruskan describe Xiah celup tu sbgai lelaki yg ego!!!

     

  • At 21/11/09 6:37 PTG, Anonymous WANIEY said…

    BEST GILER...BARU BACE SAMPAI CNI BELUM LG SAMPAI ABIS

     

  • At 26/11/09 6:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    syookk gak

     

  • At 13/12/09 9:22 PTG, Anonymous fat!n said…

    wuyo!!!!!!!!syok gilerrrrrr!!!!!!!cter nieeeeeeeee!!!!!!!!!!!

     

  • At 22/12/09 6:45 PTG, Anonymous Vallieya said…

    klakar.....
    tmbhan lak wat krakter pompuan ala-ala bingung.
    citer ni sye suke...smbung lh lg....

     

  • At 31/1/10 2:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahahahahha....kelakar gler...

     

  • At 11/2/10 10:24 PG, Anonymous muslihah said…

    ok lah ni.. p'baca pun naktau smbgn.. great.

     

  • At 29/3/10 3:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cukup menghiburkan

     

  • At 7/4/10 4:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    besla jugak..cepat sambung ya..tahniah

     

  • At 11/4/10 12:15 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Best sgt2...
    teruskan usaha...
    cayok2x...(',')(',')(',')(',')

     

  • At 4/5/10 10:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer ni memang best!!! cuma kesilapan ada beberapa ejaan yang salah ataupun terbalik... harap dapat teruskan cerita ini lagi..congratulation!!!! cukup menghiburkan and great job!! ;p

     

  • At 16/5/10 2:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tolong sambung cerita she's my maid untuk episod seterusnya untuk bab 3& seterusnya saya tak sabar baca

     

  • At 25/5/10 6:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    please sambung..cerita ni best..ehehehe..

     

  • At 27/5/10 9:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la cite ni..cepat sambung ek..x sabar nk baca lg...:)

     

  • At 24/6/10 2:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...citer yg menarik..teruskan uasaha..kalau buku dh keluar nanti sy beli ye!!!

    oh ye..kepada sape2 yg brminat nk buat keje part time boleh la ke link di bwh ye..yg betul2 nk cari extra income je..

    http://www.vervesample.com/806701105

     

  • At 24/6/10 2:13 PTG, Anonymous nurAddin said…

    salam..keep the good work..well done..

     

  • At 11/7/10 11:40 PTG, Anonymous mohd zaini said…

    hai,bgusnye jln cerita...

     

  • At 27/7/10 4:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best...

     

  • At 27/9/10 10:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    not bad..
    1 permulaan yg baik..
    ade pluang nk jd pnulis profesional...
    gd luck..

     

  • At 22/10/10 6:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    funny...hahaha.........

     

  • At 23/10/10 2:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lo wat novel sdp jgak ni....

     

  • At 7/11/10 1:38 PTG, Blogger Unknown said…

    waa dahsyatnyer..

     

  • At 8/3/11 5:43 PTG, Blogger tE'a n0n CHe said…

    honestly..citer ni bes...tapi kan nama2 yg diberikan tu biar betul sikit yew..bercampur2..kurang jelas...
    dan...tak paham ngan komen2kat atas.
    btw...its really COOL!!
    keep it up dude!@

     

  • At 16/3/11 12:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la...smbung la...huhu..suker2x..

     

  • At 29/3/11 6:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice, suka sgt ngan jln citer nye...keep it up
    but watak asha tu jgn terlalu manja, nmpk sgt kebudak2an padahal dy headchef, mcm x pdn je. pe2pun gud luck yer, x sbr nk taw citer slnjutnya.

     

  • At 8/4/11 12:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saya telah membaca novel online Dr.Cinta. Saya ingin tahu adakah novel online ini sama dengan novel yang dicetak dipasaran.

     

  • At 24/5/11 2:05 PTG, Blogger Nadya Jane said…

    eee best gak cter ni...nak sambung abis cpat
    ehh

     

  • At 2/6/11 8:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emm..a very good story.keep it up gurl,Fighting!!!

     

  • At 15/7/11 9:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mule2 ingatkan dr.emir 2 perempuan..rupenye lelaki..

     

  • At 26/10/11 12:25 PTG, Anonymous sha ira said…

    i luv this story very much...
    sweet~

     

  • At 17/11/11 11:50 PTG, Anonymous monkey de luffy said…

    bole tahan cite ni..
    tak sabar nk bce smbgan..

     

  • At 27/11/11 5:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    i like this novel.if the kid connect this story????????

     

  • At 19/1/12 9:23 PG, Anonymous Nur Amira said…

    best gak cite nie... tahniah...
    all the best...

     

  • At 28/1/12 9:22 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestlah. x sabar nak tau cite dy, sambunglh teruskan

     

  • At 4/2/12 2:12 PTG, Anonymous ayu said…

    best tapi xgiler laaa hahahah...ayu ska nvl nie..trskan usaha anda....

     

  • At 15/2/12 8:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    beast cgt2 novel nie
    sy suka cgt2
    teruskan usaha yaw
    ^_*

     

  • At 12/3/12 1:14 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    xccdfddffggfvfbbbfbbfbfbfbfbffgrgtrtere

     

  • At 22/5/12 1:58 PG, Anonymous si roti kari said…

    hmmm..:)
    not bad...
    bile nk buat smbungan dye x saba nk tggu.....
    hope jln cite dye tuk smbungan tuh g best ...:)

     

  • At 28/5/12 11:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestt..proud yee

     

  • At 3/6/12 2:18 PTG, Blogger Unknown said…

    ada jugak ek yg mimpi cmpur baur gitu. asha nie msti bnyk tngk cite nie.. cite mlayu, cite inggeris, cite jpun pun ada..

     

  • At 18/6/12 2:29 PTG, Anonymous fara dina said…

    best ar,teruskan usaha

     

  • At 23/6/12 1:30 PTG, Anonymous atika said…

    assalamualaikum!!!kelakar laa.
    i hope Asha bertudung!!!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group