Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ayah, Emak, Abang Long, Abang Ngah, Kak Lang, Kak Uda, Abang Anjang, Andak, Aku dan Busu pulang ke kampung. Rombongan keluarga kami sahaja sudah 6 buah kenderaan pacuan empat roda berkonvoi pulang ke Jerantut, Pahang. Kalau lihat keluargaku memang besar. Aku mempunyai 8 orang adik beradik namun diikutkan keluarga sebelah emak, kamilah keluarga paling sedikit. Emak sendiri mempunyai adik beradik seramai 16 orang. Adik emak, Pokcu ku sendiri mempunyai anak seramai 9 orang. Emak kalah dalam pertarungannya dengan adik beradiknya namun jika diikutkan sebelah ayah, kamilah keluarga paling besar, paling ramai anak. Ayahku berbangga, emakku bersedih kerana dia kalah dengan adik beradiknya. Jikalau dikira-kira sepupuku semuanya ada dalam 170 orang, jika raya rumah tokku bagaikan ada kenduri besar. Ayah pasti akan pulang ke kampung emak memandangkan Tok Aki dan Wok masih ada jika dibandingkan dengan Tok Abah dan Wan yang sudah pulang menghadap Ilahi 2-3 tahun yang lalu. Nasib baik Tok Aki dah buat rumah sebanyak 4 buah di sekeliling rumahnya untuk keselesaan anak menantu, cucu-cucu serta cicit-cicitnya. Nasib baik Tok Aki memikirkan ini semua, jika tidak manalah muat kami ini semua untuk tinggal di rumah Tok Aki itu sahaja. Biarpun rumah tokku itu sudah sedia luas dan besar.
"Tam, ayah kalau boleh nak minta satu je dengan kamu, boleh?" bicara ayah memecah kesunyian petang sambil masih tekun memandang ke arah jalan besar di hadapan.
Keadaan masih sunyi.
"Tam, kamu dengar tak ayah tanya ni?" soal ayah sekali lagi setelah pertanyaannya tidak berjawab.
Aku memandang ke arah hutan-hutan diluar sana melalui tingkap Mercedez R350 milik ayah ini sehinggalah satu cuitan kasar singgah di lenganku. Aku berpaling menghadap Andak. Dia menjuihkan mulutnya memberi tanda kepadaku supaya memberi perhatian terhadap ayah.
"Ayah cakap dengan Tam ke? Tak dengarlah ayah. Tak perasan… sorry…" ujarku selamba. Aku digelar Tam kerana pangkatku di dalam adik beradik. Anak kedua bongsu.
Abah mengeluh.
"Abah tanya boleh tak kamu tunaikan satu permintaan abah ni?" kuat sedikit percakapan abah. Mungkin mahu aku mendengar bicaranya kali ini.
Aku hanya mengangguk. Aku yakin ayah boleh nampak pergerakanku di cermin tengah itu.
"Tolong ye kali ni. Tolonglah jangan bergaduh lagi dengan si Kassim tuh. Penatlah ayah nak dengar bebelan dengan Tok Aki dan Wok kamu tuh. Jangan banyak fiil boleh?" nada ayah kedengaran sedikit merayu.
Aku pantas mengangguk-angguk laju. Andak memandangku. Aku mencebikkan bibirku tanda protes. Dalam hati aku menggeleng laju.
"Kalau dia tak cari pasal dengan aku, aku tak gaduh punya," Dalam diam aku bercakap sendiri di dalam hati.
-------------------------------------
Semua kami berkumpul di hadapan Tok Aki dan Wok. Aku duduk di belakang sekali di sebalik timbunan warga-warga keluargaku yang besar. Kali ini semua adik beradik emak seramai 16 orang pulang. Rumah Tok Aki dah jadi macam sardin. Panas dan sesak nafas.
Pheww!!!
Tiba-tiba namaku dipanggil serentak dengan nama Kassim.
“Apa lagilah kali ni. Aku rasa aku takda pun cari gaduh dengan mamat mereng tuh sejak sampai 2 jam lalu," bentak hatiku. Jalanku terganggu lantaran harus melintas sekalian umat dihadapan ini. Mengalahkan Konsert Mawi.
"Kas takda gaduh dengan dia punlah tok," Ledak suara garau serak basah Kassim. Lemah gaya percakapannya. Mungkin malas mendengar amarah hakim tua di hadapan. Kelihatan Wok meletakkan jari telunjuknya di mulut. Memberi tanda ’Silent Time’. Silent time ibarat petanda ada suatu perkara penting dan serius telah berlaku. Kami semua sudah faham dengan amaran tanda itu.
Aku yang tiba sedikit lambat bermuka keruh. Pandangan kami tertancap antara satu sama lain. Aku mencebikkan bibirku yang agak tebal, dia melenguskan mukanya dan sedikit jeliran lidah diunjukkan. Mungkin orang lain tidak nampak, mataku nampak. Cukup biar sedikit. Bara di hati semakin panas. Aku pendam.
"Sabar Puspa, sabar," pujuk hati yang kian panas membara.
Kami berdua diam. Tok Aki, Wok, semua emak dan bapa saudara duduk di atas kerusi rotan dihadapan kami dan cucu-cucu serta cicit-cicit kesemuanya di sekeliling kami. Ada yang duduk dan ada yang berdiri. Aku dan Kassim bagaikan pesalah di dalam mahkamah. Hanya tunggu di bicarakan sahaja. Suasana makin hening, dan keheningan malam itu semakin menjerat. Kusam, kelam dan muram. Hanya kedengaran kibas-kibas tangan manusia yang semakin kepanasan.
Tok Aki berdehem beberapa kali memecahkan suasana yang bening itu. Kaki kanannya di silangkan diatas kaki kiri yang masih lekap di atas lantai. Mulutnya setia menghisap rokok daun sejak tadi. Masih belum habis.
"Sekarang semua dah tahu masalah yang dah jadi kan... Maka ada sesiapa nak bersuara bagi cadangan tentang apa yang dah berlaku?" tegas Tok Aki berbicara. Suasana masih begitu untuk 5 minit. Tiada siapa yang sudi mencelah, memberi komen mahupun cadangan membina atau meruntuh. Aku dan Kassim yang tidak tahu menahu melopong besar. Nasib baik aku cepat sedar. Ku katup bibir laju dan rapat. Ku lihat Kassim masih melopong. Persis rupa Pak Mat yang menganga dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Dalam hati aku ketawa, di luar cool.
“Aku ada cadangan macam mana kita nak cari pengganti pengantin masa kenduri bulan hadapan," keadaan masih sunyi, kelam dan suram.
“Kita kahwinkan aje Puspa dengan Kassim. Senang cerita," ujar Tok Aki lancar. Asap rokoknya dihembus keluar dari hidungnya yang sedikit kembang itu.
“No way," tukas Puspa dan Kassim serentak. Mata kedua-duanya tertancap tepat pada muka tua itu. Perasaan tidak puas hati menyelubungi.
"Kenapa pulak?" tanya Tok Aki.
"Kas tak suka kat dia pun Tok," lancang mulut Kassim.
"Eleh ingat aku ni suka kat kau? Tak hingin tau. Tok Aki, Puspa tak moh. Tak mahu Puspa dapat suami macam Kas ni. Tak mahu." tanganku silang ke dada. Dadaku mula berombak laju turun naik. Api marah kian mendidih
"Heh, jangan kata kau. Aku lagi tak hingin beristeri perempuan cam kau. Kau tuh layak tuk musang berjanggut je. Tuh pun kalau kau dah jadi perempuan terakhir kat dunia, kalau tak, dia pun tak hingin..." bicara Kassim meledakkan api kemarahan Puspa.
Mata mereka berpandangan. Seperti ada kuasa elektrik yang meletus. Mendung keadaan di dalam rumah itu semakin getir. Ibarat taufan, tsunami dan gempa bumi bakal meledak. Sengaja menambah buruk keadaan, Kassim tersenyum sumbing dan seraya itu juga dia meletakkan ibu jari kanannya di atas hidung. Menggaru-garu hidung yang tidak gatal. Bagi Puspa dia tahu itu tanda ’very good’ untuknya. Tanda dia kalah berkata-kata sebentar tadi. Hatinya kian sakit.
Puspa laju bangun dan menampar kuat belikat Kassim. Kassim tidak berdiam diri. Di tendang kaki Puspa. Jatuh terduduk Puspa bagai nangka busuk. Airmatanya jatuh laju. Namun tiada bunyi sedu sedan. Mereka bergaduh siap bertumbuk dan berkelahi laksana pendekar. Sehinggalah ramai yang meleraikan. Suasana kecoh sebentar.
“Kamu berdua ni tak boleh jumpa langsung. Macamkan anjing dengan kucing," garang Wok bercakap.
“Kaulah anjing…" bicara Kassim.
“Kaulah…" tukas Puspa.
“Kaulah…" (Kassim)
“Kaulah…" (Puspa)
“Kaulah…"(Kassim)
“Kaulah…" (Puspa)
“Kaulah…"(Kassim)
“Diammmm….." Jerit Tok Aki. Bergema satu rumah hatta satu kampung Bukit Dinding nih. Semua terpaku tatkala Tok Aki sudah berdiri dan bercekak pinggang.
"Deme* nih kalo tak bergaduh setiap kali jumpa tak sah. Kang aku pepoh* awok* berdua nih baru tahu.." Tegas dan garang suara Atok Aki. Namun itu tidak melalikan kami berdua untuk bergaduh selama ini. Lagi pula kami berdua nih memang dah di gelar sebagai cucu derhaka oleh sekalian cucu-cucu yang ada. Apa nak buat dah nasib badan.
"Aku tak kira... kalo deme ni sume tok sey nak kahwin udah. Sama ada kamu Kassim nak bernikah dengan Gayah anak Mak Limah atau kamu Puspa nak kahwin sama Abu anak Hajah Hasnah. Kamu berdua fikir sape nak buat pengorbanan tuh. Atau jugak deme kahwin sesama deme. Kamu fikir kata dua Atok nih. Keputusan Tok muktamad. Faham!!!" Atok duduk kembali.
Gulpp!! Kami berdua telan air liur. Kassim memang tidak pernah suka pada Gayah anak Mak Limah yang gedik, mengada-ngada, miang dan candi itu. Gayah sememangnya suka pada Kassim. Pernah dahulu dia ingin mencium bibir Kassim tatkala Kassim sedang tidur. Nasib Kassim baik, dia terbangun. Lantas dia terus terjun dari tingkap kayu rumah Tok Aki. Dan aku… Aku pasti sanggup jadi andartu plus andalusia jika aku nak dijodohkan dengan kutu babun rayau itu. Siapalah sanggup nak kahwin dengan Abu yang memang terkenal dengan perangai pelesitnya. Namun satu yang aku ketahui. Abu memang ada hati dengan aku. Dia pernah dengan gentlemannya memberitahu perasaan cintanya terhadap aku kepada Tok Aki. Konon cinta. Cett!!
Kassim berpaling dan melangkah laju keluar daripada rumah itu. Aku pula melangkah menuju tingkat atas ke arah tempat port lepakku. Gaya jalan mengempanku, ku tonjolkan tanpa segan silu. Sesekali aku hentak kuat lantai kayu itu. Rasakan gegarannya. Betapa kuat gegaran itu, kuat lagi gegaran di dalam jiwaku. Biar semua tahu tanda protes aku yang tidak bersetuju dengan idea gila ini.
Protes misi aku kali ini. YAKIN!!!
---------------------------------------------
Awok = awak
Deme = korang
pepoh = belasah, pukul, hentam.
Saya sekadar mencuba. Harap anda suka akan karya saya. jika boleh tolonglah tinggalkan komen anda supaya saya boleh tahu anda suka atau tidak.
Hey! This post could not be written any better! Reading this post reminds me of my old room mate! He always kept talking about this. I will forward this article to him. Fairly certain he will have a good read. Thank you for sharing!
Howdy, There's no doubt that your website could be having internet browser compatibility issues. When I take a look at your website in Safari, it looks fine however when opening in I.E., it has some overlapping issues. I simply wanted to give you a quick heads up! Apart from that, fantastic site!
Hi, I do believe this is an excellent site. I stumbledupon it ;) I may come back yet again since i have saved as a favorite it. Money and freedom is the best way to change, may you be rich and continue to guide other people.
Every weekend i used to pay a visit this web site, for the reason that i wish for enjoyment, since this this website conations really pleasant funny stuff too.
Hi there, I do believe your web site could possibly be having internet browser compatibility problems. When I take a look at your site in Safari, it looks fine however, if opening in IE, it's got some overlapping issues. I just wanted to provide you with a quick heads up! Apart from that, fantastic website!
Hey there I am so grateful I found your website, I really found you by accident, while I was browsing on Aol for something else, Anyways I am here now and would just like to say many thanks for a marvelous post and a all round thrilling blog (I also love the theme/design), I don't have time to look over it all at the moment but I have bookmarked it and also added in your RSS feeds, so when I have time I will be back to read a great deal more, Please do keep up the awesome work.
Greetings I am so grateful I found your weblog, I really found you by mistake, while I was researching on Yahoo for something else, Anyways I am here now and would just like to say cheers for a fantastic post and a all round thrilling blog (I also love the theme/design), I don't have time to read it all at the moment but I have book-marked it and also added your RSS feeds, so when I have time I will be back to read a lot more, Please do keep up the excellent work.
Thanks , I've just been looking for info about this subject for a long time and yours is the best I've came upon so far. But, what in regards to the conclusion? Are you sure about the supply?
No matter if some one searches for his vital thing, therefore he/she wishes to be available that in detail, therefore that thing is maintained over here.
Very nice post. I just stumbled upon your weblog and wanted to mention that I've truly loved browsing your blog posts. After all I will be subscribing for your rss feed and I am hoping you write again very soon!
Hi there! I know this is somewhat off topic but I was wondering if you knew where I could locate a captcha plugin for my comment form? I'm using the same blog platform as yours and I'm having trouble finding one? Thanks a lot!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bagus karya yang dihasilkan....
tp cepat-cepatlah sambungannyer...
best r....