Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Gara–gara bertikam lidah dengan Eddy, Ira akhirnya lambat masuk office. Seperti kebiasaanya, walau sesibuk mana sekalipun, Ira tetap tidak lupa untuk melawat sekitar kilang terlebih dahulu bagi memastikan segala operasi di kilang tersebut berjalan tanpa sebarang masalah.
Langkah Ira terhenti apabila melihat sekumpulan technician berkumpul di salah satu mesin sedangkan terdapat beberapa buah mesin lagi yang terhenti operasinya.
"Kenapa semua berkumpul kat sini ni? Takkan satu mesin sampai 4 orang technician?,"tanya Ira tegas.
" Cik Ira, sebenarnya mesin ni 'down' tiba-tiba je. Puas kami cari puncanya tapi tak dapat. Paling teruk sekali, barang nak kena hantar sebelum rehat tengah hari,"terang salah seorang technician.
" Habis tu kenapa tak panggil En. Hakim?,"tanya Ira masih lagi mengawal kemarahannya. En. Hakim merupakan ketua technician dan mempunyai pengalaman bekerja lebih 10 tahun.
" En. Hakim cuti hari ni. Anak dia tak sihat," " Hmm...takpela biar saya yang handle. Kamu semua pun satu, dah jadi macam ni kenapa tak call saya? Lagi satu, lain kali urgent macam mane sekalipun jangan la semua sekali datang nak baiki mesin ni. Tempat lain pun kena control jugak,ok," nasihat Ira.
Selepas itu, Ira terus leka meneliti setiap sudut bahagian dalam mesin tersebut bagi mencari punca masalah. Tanpa disedari wajahnya sedikit comot terkena minyak mesin.
Walaupun pangkat Ira agak tinggi dan sering berada di office namun dia lebih meminati kerja lasak seperti yang dilakukannya sekarang. Tambahan pula, dia telahpun mendapat tunjuk ajar dari En. Hakim mengenai selok-belok mesin.
" Patutlah takleh jalan mesin ni. you tengok bacaan 'air pressure' dia, tak sampai takat yang kita nak," terang Ira." Before warm up the machine, u should check either semua peralatan boleh berfungsi atau tak,"ujar Ira. Technician tersebut hanya menggarukan kepala apabila menyedari punca masalah mereka hanyalah disebabkan alat bacaan tekanan tidak berfungsi dengan baik.
"Tengok sekarang, disebabkan alat bacaan ni rosak kita dah buang banyak masa...," belum pun habis Ira berleter kepada pekerjanya, telefon bimbitnya berbunyi. Nombor yang tak dikenali terpampang di skrin hansetnya.
" Hei pompuan! Mana Eddy?," tanpa memberi salam pemanggil tersebut terus saja menyoal Ira dengan suara meninggi.
" Oh..Mia..bila kau balik Malaysia?," tanya Ira tanpa mengambil hati dengan sikap Mia yang agak biadap.
" Kau tak payah nak buat-buat mesra dengan aku. Just answer my damn question!Kenapa Eddy tak ambik aku kat Airport? Kau dah ikat kaki dia ke?," tuduh Mia.
" Kau dengar sini baik-baik! Aku takde masa nak layan perempuan sewel macam kau ni. Kalau aku ikat kaki dia sekalipun, kau dah takde kaki ke nak balik sendiri? Takkan tambang teksi pun nak kena support kot," sindir Ira yang sedia maklum tentang perbelanjaan Mia di Australia yang kebanyakannya ditanggung oleh Eddy.
Tanpa mendengar balasan dari Mia, Ira terus menutup hensetnya. Tanpa sengaja, Ira hampir saja melanggar seorang pemuda dihadapannya.
" Maaf, saya tak sengaja," walaupun masih belum terlanggar, Ira tetap meminta maaf.
Dalam masa yang sama, Ira masih sempat meneliti wajah pemuda di hadapannya ini. " Nak kata supplier, tak pernah tengok pun. Maybe client kot," bisik hati Ira.
Pemuda yang kelihatan segak dengan kot hitam itu hanya melemparkan senyuman sinis ke arahnya.
" Tu lah, lain kali waktu kerja jangan bergayut. Ni lah masalahnya dengan pekerja perempuan. Kerjanya kurang, bercakap je lebih. You jangan ingat company ni bayar gaji you untuk main henset tiap-tiap hari. Kalau macam ni better ambik semua technician lelaki je. Tak banyak kerenah," marah lelaki tersebut lalu berlalu terus menuju ke office.
Ira masih lagi termanggu mendengar sindiran tajam dari pemuda tersebut. Nampaknya dia salah faham dan menganggap Ira hanya technician biasa.
" Nampaknya hari ni lengkaplah hari malang aku," kata Ira perlahan.
" Kenapa Cik Ira?" tanya sam, salah seorang pekerja bawahannya.
" Hmm..awak kenal lelaki tadi?" tanya Ira inginkan kepastian. Jika lelaki itu boleh masuk ke pejabat Dato' Hasyim macam tu je, sudah pasti dia bukan sebarangan orang.
" Oh.. itu anak Dato' Hasyim yang baru balik dari US tu. Dengar cerita dia bakal CEO kt sini," terang Sam.
Serta-merta Ira teringat dulu Zara pernah menceritakan kepadanya bahawa dia bekerja di sini kerana keluarga Hisyam pernah menajanya belajar di US. Nampaknya inilah orangnya, Megat Hisyam bin Megat Dato' Hasyim. Dari gayanya yang agak sombong Ira yakin tekaannya pasti betul. Pemuda inilah yang menyebabkan hubungan Zara dan Eddy terputus.
" Handsome, tapi kenapa la perangai teruk sangat. Agaknya semua orang handsome macam tu agaknya," desis Ira. Serta- merta dia terkenangkan Eddy. .......................................................................................................... " Am, what bring you here?. Am cakap hari tu nak rest lama-lama kat rumah..," tanya Dato' Hasyim yang terkejut dengan kedatangan anaknya.
" Well, mama tu yang suruh Am datang sini tolong daddy. Lagipun Am dah puas rehat kat rumah tu,"
" Suruh tolong ke atau jadi spy?" gurau Dato' Hasyim. " Dah jumpa ke dengan semua staf?"
" Not yet..tapi adalah sorang tadi...ahh, forget it," balas pemuda itu.
" Daddy nak kenalkan dengan sorang pekerja daddy ni. Dia sangat bagus and since she join our company, dia banyak bawak masuk projek dalam company kita," puji Dato' Hasyim dengan penuh rasa bangga.
Sebentar kemudian pintu pejabat diketuk dari luar. Setelah beberapa ketika, muncul kelibat Ira yang kelihatan agak comot akibat membaiki mesin sebentar tadi.
" Ira, what you have done to your face?" tegur Dato' Hasyim terperanjat, namun seketika kemudian dia ketawa melihat wajah Ira yang dicemari minyak hitam.
" Oh, tadi ada major problem kat production, but already settle," terang Ira. " Tapi kenapa Dato' cari saya ni?" tanya Ira dengan hormat.
" Come here. Am, daddy nak introducekan our head engineer, Shakira,". Lelaki itu kelihatan terkejut memandang Ira. Ira yang masih marah dengan kejadian tadi langsung tidak memandang wajah pemuda itu.
" Ok...Err.. Dato' i really need to go know. My team dah pun sampai kat Pahang,"
" Eh..tunggu la dulu 5 minit. I nak kenalkan you dengan my son," ujar Dato' Hasyim
" It's ok, i dah kenal kat luar tadi. I'm so sorry Dato'. I kena bertolak sekarang jugak. I taknak orang i tunggu lama sangat kat sana. Maklumlah sekarang ni pekerja wanita selalu dibandingkan dengan pekerja lelaki. Tak pasal – pasal nanti orang kata i ni pekerja yang takde disiplin," sindir Ira tanpa memandang langsung ke arah pemuda itu.
Am yang merasa terpukul dengan kata-kata Ira. " Interesting girl," desis Am dalam hati. Dia dapat merasakan yang dia akan berada lebih lama di company ayahnya.
" That's weird. Selalunya dia tak macam tu," ujar Dato' Hasyim yang hairan dengan sikap dingin Ira. Belum sempat dia memperkenalkan anaknya Ira telahpun berlalu pergi.
.......................................................................................................... Suasana di Pantai Cherating agak lengang. Mungkin kerana hari ini merupakan hari bekerja. Jika tidak sudah pasti kawasan ini dipenuhi pelancong tempatan dan luar negara. Bagaimanapun Ira lebih selesa dengan keadaan itu. Boleh dia menenangkan fikiran setelah hampir sehari meninjau tapak kilang baru mereka yang akan dibina di Kuantan.
Perlahan- lahan Ira menyusuri sepanjang pantai. Suasana yang kelihatan agak cerah tadi tiba-tiba bertukar mendung. Kemudian hujan lebat tiba-tiba membuatkan Ira kalut mencari tempat berteduh. Ira terus berlari ke arah satu pondok kecil yang disediakan di sepanjang pantai tersebut.
Sedang Ira asyik mengelamun, dia dikejutkan dengan satu suara. " Hai, jauh termenung?" ujar pemilik suara itu. Serta-merta Ira menoleh untuk melihat siapa yang turut sama berteduh dengannya di pondok itu. Alangkah terperanjatnya dia melihat Hisyam yang berada di situ. Lelaki itu kelihatan hampir basah keseluruham bajunya. "Mungkin dia baru sampai," desis Ira dalam hati.
" Err..ape En. Buat kat sini? Bukan ke sepatutnya encik kat KL?" tanya Ira agak kurang senang dengan kehadiran pemuda itu.
" Saya cari awak la,"
" Kenapa cari saya? Ada apa-apa lagi ke kesalahan yang saya buat?" tanya Ira penuh sinis.
" Ok..saya mengaku salah. I'm truly deeply sorry bout what happening this morning,"
" Takpe...saya tak ambik hati pun. Encik tak perlu la sampai nak datang sini mintak maaf," balas Ira." Kalau takde apa- apa saya balik dulu la,"
" Eh, kan hujan lagi tu. Lagipun awak tak bawak payung,"
Ira menjadi serba salah. Kalau boleh dia tidak mahu ada kena mengena dengan lelaki itu. Kalau betullah apa yang diceritakan oleh Zara, lelaki ini memang tak boleh dipercayai.
" Takpe la En. Hisyam. Saya pergi dulu,"ujar Zara lalu bersiap sedia untuk lari dari situ.
" Wait...what u call me just now? Hisyam?," tanya pemuda itu kehairanan.
" Yeah, kan ke nama you Megat Hisyam bin Dato' Megat Hasyim?"balas Ira
Lelaki itu hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. " Nampaknya abang i jauh lagi famous dari i.."
" What do you mean?" tanya Ira
" Nama i Megat Asyram. Just call me Am," pemuda itu lantas menghulurkan tangan tanda salam perkenalan. " Hisyam tu abang i. Patutla you macam tak senang je tengok i tadi. Maybe Zara dah ceritakan segalanya pada you tentang keburukan abang i,"
Ira yang masih terkejut dengan apa yang didengarnya hanya menundukkan kepala. Dia merasa bersalah kerana telah melayan lelaki itu dengan agak kasar. Namun sedikit sebanyak dia merasa lega kerana lelaki di hadapannya ini bukan Hisyam.
" Ha....sekarang kita sama-sama dah buat salah so kosong-kosong ,ok? Ujar Am sambil melemparkan senyuman manis ke arah Ira.
"Elina, kenapa tak makan tu?" kata-kata Amni mengejutkan lamunan Elina. Dia segera mengangkat wajah sambil tersenyum hambar.
"Saya tak ada selera," kata Elina perlahan. Amni, Zila dan Mira memandang Elina simpati. Dia kantin pun, Elina masih lagi menjdi perhatian. Malah, suara-suara sumbang juga kedengaran. Semakin bersimpati mereka pada Elina.
"Kalau macam tu, minumlah sikit. Sakit perut awak nanti," pujuk Zila. Elina mengangguk perlahan. Dia meneguk sedikit milo ais di gelas dihadapannya sebelum mengangkat wajah.
"Jangan perdulikan mereka semua tu. Lepas ni, pasti mereka tak ingat lagi. Kan X-Music jarang ada gosip. Mungkin sebab itu mereka kecoh sangat," kata Zila tegas. Elina menopang dagunya dengan sebelah tangannya. Di mana-mana sahaja gambar itu ditampal. Puas dia menanggalkannya tapi ada orang yang melekatkannnya balik. Malah, di papan notis kantin pun, gambar-gambar itu dilekatkan. Elina sudah tidak larat untuk menanggalkannya.
"Saya tak risaukan pasal saya sangat. Kesian Wu. Tak pasal-pasal dia ada gosip dengan saya. Tentu jatuh imej dia. Saya ni manalah sesuai dengan dia," kata Elina perlahan. Tiba-tiba Amni menepuk kuat meja. Elina, Zila dam Mira terkejut.
"Kenapa awak nak kesiankan dia? Bukan dia yang menjadi mangsa tapi awak. Dia senang-senang je hilangkan diri. Awak, kena berhadapan dengan semua ni. Dahlah, dia tak bagi awak ceritakan perkara sebenar. Tak adil betul. Lagi satu, kenapa rendah diri sangat? Awak bukannnya hodoh, gemuk dan bodoh. Awak cantik, muka awak macam satu spesies dengan dia. Okaylah tu!" kata Amni tegas tetapi masih perlahan. Elina mengangkat wajah.
"Awak, saya dengan dia berbezalah," kata Elina. Amni mendengus kasar.
"Berbeza apa? Ayah awak orang jepun, kan?" tempelak Zila pula. Elina tersenyum kecil.
"Kami berbeza taraf dan banyak lagi. Hm, saya pun tak faham mereka semua itu. Misteri dan rumit sangat," ujar Elina. Kali ini giliran Zila pula mengelatkan wajahnya.
"Biar saya hantar pinggan dan gelas ni dulu ya," ujar Elina perlahan sambil berdiri. Kedua-dua tangannya memegang gelas dan pinggan yang masih penuh. Mira, Amni dan Zila hanya menggeleng perlahan. Tiba-tiba ada bunyi kaca pecah.
"Elina!" Amni, Zila dan Mira segera menuju ke arah Elina yang sudah terduduk di lantai sambil dikelilingi para pelajar.
"Awak tak apa-apa?" tanya Amni apabila melihat Elina sedang menahan sakit. Elina menggeleng perlahan. Amni dan Zila membantu Elina berdiri dan mendudukkan Elina ke sebuah kerusi yang berdekatan.
"Elina, baju awak," Mira menunjukan bahagian baju sekolah Elina yang sudah dikotori air milo dan makanan dari pinggan yang dibawa Elina.
"Alamak, macam mana ni?" Elina bertanya cemas. Apa yang perlu dia buat sekarang? Takkan dia harus belajar di sekoah ini dengan baju sekolahnya yang sudah kotor? Mata Elina mulai terasa panas. Dia mengetap bibir perlahan.
"Kenapa ni? Kenapa tolak Elina?" tanya Amni lantang. Elina segera mengangkat wajah. Amni dan Zila kelihatan sedang berhadapan dengan para pelajar perempuan tingkatan lima.
"Kami tak tolak. Dia yang jatuh sendiri," kata salah seorang daripada sekumpulan wanita itu. Elina mengetap bibir sekali lagi. Pelajar perempuan itulah yang menjelingnya tajam pagi tadi.
"Kami nampak. Hampir kesemua orang di sini nampak. Awak semua memang sengaja tolak Elina," kata Zila pula. Keadaan di kantin menjadi senyap-sunyi memerhatikan pertengkaran itu.
"Hei, hormatlah sikit senior. Jangan nak tengking-tengking!" ujar pelajar perempuan lain di dalam kumpulan tu. Amni dan Zila mencebik.
"Jadi, sebab kamu semua senior, bolehlah buli junior sesuka hati? Kami tak takut pun dengan awak semua!" kata Zila lagi. Elina menarik tangan Zila dan Amni merapatinya.
"Jangan gaduh. Semua orang tengok ni. Malulah," bisik Elina perlahan. Amni dan Zila mendengus perlahan.
"Betul kata Elina. Lagipun, mereka tentu akan lebih teruk kenakan Elina nanti. Sudah-sudahlah tu," nasihat Mira pula. Tiba-tiba, Elina merasakan tangannya ditarik.
"Abang," kata Elina perlahan apabila melihat Adam yang menarik tangannya merapatinya.
"Perlahan sikit. Ramai orang ni," kata Adam. Adam kemudian meletakkan jaketnya di bahu Elina. Besarnya!
"Ni kan jaket A..Adam," Elina segera menukar panggilan untuk abangnya. Bahaya kalau orang lain tahu! Adam tersenyum. Zila, Mira, Amni dan semua orang di kantin itu terkejut dengan perlakuan Adam terhadapnya. Malah jelingan tajam kepadanya tampak lebih menakutkan. Elina menepuk bahi. Habislah! Sekarang ni dia pasti dimusuhi oleh peminat Adam pula!
"Takkan Lina nak pakai baju kotor tu sepanjang hari," kata Adam. Elina menggeleng.
"Nanti latihan…"
"Ada jaket lain. Lina pakai yang ini dulu, ya," kata Adam lembut. Elina akhirnya mengangguk lambat-lambat.
"Kenapa ni?" suara itu macam pernah didengar Elina. Segera dia berpaling. Suara itu suara….Wu!
"Wu-senpai," kata Elina perlahan dengan riak terkejut. Wu dan keempat-empat ahli kumpulan X-Music yang lain sedang berada di kantin? Biar betul! Setahunya, mereka tidak pernah muncul di sini. Bukan Elina sahaja yang terkejut. Malah hm… boleh dikatakan semua di kantin sekarang sedang terlopong melihat X-Music yang selamba je berdiri di tengah-tengah orang ramai ni!
"Gambar itu…" Wu memandang ke arah papan notis kantin sebelum memandang Elina kembali. Wajahnya menunjukkan yang dia sudah faham situasi apa yang berlaku sekarang. Elina segera menundukkan wajahnya. Entah apa reaksi Wu dan yang lain nanti.
"Gomen nasai" ucap Elina dalam bahasa jepun. Sengaja dia berbuat begitu agar mereka semua tidak faham apa yang diucapkannya. Namun dia tahu, Adam faham apa yang diperkatakannya.
"Anata no si janai(Itu bukan salah awak)" kata Wu. Elina berdiri sambil dibantu Adam. Elina memandang Adam perlahan. Kelihatan Adam sedang memandang tajam ke arah kumpulan X-Music. Elina dapat membaca apa yang di dalam fikiran Adam sekarang.
"Onegai(Please)…" pinta Elina perlahan. Adam memandangnya tajam.
"Nani?(Apa?)" tanya Adam kembali. Wajahnya masih kelihatan tegang. Dia tahu, Adam sangat tidak menggemari X-Music kerana kekecohan itu. Lagilah marah Adam kerana dia tahu, perkara sebenar tidak boleh dibongkar.
"Huh!" Elina berpaling ke arah lain. Sebolehnya, dia tidak mahu Adam memusuhi mereka kerananya.
"Maaf, ini semua salah faham," ujar Ryosuke. Pandangan semua orang ke situ beralih ke arahnya.
"Elina, dia pembantu kami!" sambung Wu. Elina terlopong. Kenapa bongkarkan?
"Maaf, pada mulanya kami ingin rahsiakan tapi perkara ini sudah tidak terkawal," kata Wu lagi. Elina segera merapati mereka berlima. Mereka berempat memandangnya tepat dan sudah semestinya, Lee masih dingin sambil bersandar ke dinding tanpa memandangnya.
"Iie!(Tidak)" kata Elina sambil memandang Wu tepat. Wu tersenyum kecil.
"Naze ikai no?(Kenapa tidak)" tanya Wu kembali.
"Demo..(Tapi).." Elina mengeluh perlahan. Keadaan mungkin menjadi lebih teruk setelah rahsia didedahkan.
"Shinpai shinaide(Jangan risau)" kata Wu perlahan. Elina terdiam. Keadaan senyap-sunyi. Kawan-kawan Elina dan para pelajar tercegang-cegang kerana tidak faham apa yang diperkatakan mereka. Wu memandang Adam yang memandangnya tajam.
"Gomen nasai(Maaf). Daijoubu dayo(Semuanya akan baik aja)" kata Wu pada Adam. Semakin tajam pandangan Adam. Elina memandang risau.
"Sou nara ii desu ne(Saya harap begitulah)" kata Adam dengan nada dingin. Pandangan tajam itu masih lagi tidak dialihkan. Para pelajar semakin kehairanan melihat perlawanan mata itu. Ada juga yang kelihatan berang kerana tidak dapat memahani percakapan mereka. Elina perasan yang Daniel sedang memandang tepat kotoran di bajunya.
"Jaro-jero mina deyo!(Jangan pandang saya)" kata Elina sambil menutup kotoran itu dengan jaket Adam. Daniel tersenyum kecil.
"Kawaioso(Kesian kau)" kata Daniel perlahan sambil tersenyum. Elina mengetap bibir geram.
"Wakatteru(Saya tahu)" jawab Elina sambil menahan geram. Daniel ketawa kecil.
"Dewa nata otode(Jumpa kau nanti)" kata Daniel perlahan sebelum beredar bersama-sama ahli kumpulan X-Music yang lain. Mata semua pelajar di kantin mengekori langkah mereka semua. Sejerus itu, keadaan menjadi riuh. Elina menjadi tumpuan semula selepas kepergian kelima-lima ahli X-Music. Namun kelihatan para pelajar lebih teruja dengan kehadiaran mereka berlima tadi. Masing-masing tersenyum lebar. Amni dan Zila merapatinya.
"Bahasa apa awak cakap? Saya tak faham langsung!" kata Amni sambil tersenyum lebar. Elina pelik.
"Cool betul mereka tu! Awak tengok tak tadi? Lee letak sebelah tangannya ke dalam poket seluar! Oh, saya hampir pengsan!" kata Zila pula sambil membuat gaya pengsan. Elina menggeleng perlahan. Terlupa pulak, dua orang kawannya ini ahli kipas susah mati X-Music! Elina merapati Adam di hujung meja.
"Nande sonna-koto iu-noyo?(Kenapa cakap begitu?)" tanya Elina sambil memandang tepat wajah Adam. Adam berpaling ke arah lain.
"Shiranai(Entah)" jawab Adam acuh tidak acuh.
"Onii-chan!(Abang)," ujar Elina lembut. Adam mengeluh perlahan.
"Sayonara(Selamat tinggal)" ujar Adam lalu beredar. Adam masih lagi marah dengan apa yang telah terjadi tetapi Elina tahu, Adam hanya mengambil berat tentangnya. Elina tersenyum kecil.
SUDAH seminggu mereka berhubungan kembali. Tetapi masih melalui telefon. Danial tidak mahu memaksa lagi untuk bertemu. Biarlah sehingga Putrisya sendiri yang bersuara.
Untuk itu Danial masih mampu bersabar. Yang menjadi fikirannya sekarang ialah, bagaimana dia ingin memulakan agendanya. Agar terjawap semua persoalan.
Penat memikir akhinya dia bertekad untuk bertanya.
"Putri ada kawan rapat tak?"
"Hmm.. semuannya rapat. Kenapa?"
"Maksud Dani, sahabat karib?
Kedengaran Putrisya tergelak mesra.
"Kawan rapat dengan sahabat karib tu, tak sama ke?" Masih disertakan dengan tawanya.
"Orang tanya betul-betul. Gelak pula dia. Gigit baru tau eh.." Danial mengusik pula. Senang mendengar Putrisya ketawa.
Mendengar tidak ada jawapan, Danial segera bersuara lagi.
"Sorry kalau Putri tersinggung..." Bimbang kalau Putrisya tidak dapat terima gurauannya. Danial mengerti sangat dengan sikap gadis itu. Gadis melayu yang cukup bersopan.
"Hmm... pertanyaan Putri tadi tu... sebenarnya kalau pada Dani, kawan dan sahabat tu berbeza. Kalau kawan macam biasa-biasa aje. Tapi kalau sahabat karib tu... seseorang yang boleh berkongsi apa saja dan boleh kita jadikan tempat mengadu. Tak semua kawan yang sanggup jadi pendengar..." Terang Danial.
Lama Putrisya berdiam. Baru selepas itu dia bersuara. Lemah sahaja kedengarannya tetapi cukup tegas.
"Bagi Putri lain pula. Putri letakkan kawan dan sahabat di kedudukan yang sama rata. Sesiapa pun yang Putri kenal, seboleh-bolehnya Putri nak jadikan mereka kawan atau sahabat yang paling rapat. Tak kisahlah mereka sudi ke tak mendengar masaalah Putri. Rasanya... untuk selesaikan masaalah sendiri, Putri tak perlu sesiapa untuk jadi pendengar."
Aduh..! kenapa Danial boleh lupa satu perkara tentang Putrisya? Sememangnya gadis itu cukup perahsia orangnya. Kalau ada masaalah pun Putrisya tidak mudah untuk menceritakan pada sesiapa. Sehinggakan Danial sendiri pernah terfikir agaknya mungkin Putrisya tidak pernah bermasaalah.
"Kalau gitu Dani pun nak jadi sahabat baik Putri lah.. So boleh tumpang sebilik." Danial mengusik lagi.
Putrisya turut sama ketawa tetapi diselitkan dengan pertanyaan.
"Apa Dani cakap ni?"
"Sorrylah Dani gurau aje... Sebab kalau Dani lah, hanya kawan yang betul-betul rapat aje yang Dani boleh ajak masuk sampai ke bilik Dani. Err... maksud Dani kawan lelaki eh. Jadi bila Putri kata Putri letak kedudukan kawan-kawan Putri di tempat yang sama taraf, so tak kira lelaki ke perempuan ke, semua Putri ajak masuk bilik lah?"
Terdengar Putrisya ketawa lagi. Kata-kata Danial begitu lucu baginya. Langsung tidak menyedari kalau Danial sedang menduganya.
"Putri berkawan ada had-hadnya, Dani. Kalau yang Putri sayang pun susah nak Putri jumpa, apalagi setakat kawan. Tak kan lah sampai nak bawa masuk bilik?"
Danial terdiam mendengarnya. Ada sesuatu yang menarik didengar dari bait-bait kata Putrisya. Putrisya juga serta-merta menyepi. Tiada lagi sisa-sisa tawanya yang tadi begitu galak. Mungkin baru tersedar dengan apa yang baru diluahkan.
"Putri..." Panggil Danial dengan lembut.
Panggilan yang mengingatkan kembali kenangan Putrisya saat mereka berdua di alam percintaan dahulu. Namun lekas-lekas Putrisya mengikis ingatan itu. Dia melepaskan keluhan.
"Apa yang sebenarnya Dani nak tahu dari Putri?"
Danial yang tadi seperti kehilangan kata, terkejut mendengar pertanyaan Putrisya. Apakah Putrisya tahu persoalannya sekarang? Jika benar tidak guna Danial bertangguh-tangguh lagi.
"Putri kenal dengan.. Amira?"
Danial sepatutnya memenuhi permintaan Amira yang memintanya untuk merahsiakan perkenalan mereka dari pengetahuan Putrisya. Tetapi tidak dihiraukan kerana seingat Danial, dia tidak pernah berjanji. Lagi pula dia perlu tahu siapa gadis misteri yang mengganggunya.
"Siapa Amira? Tanya Putrisya kehairanan.
"Putri tak ada kawan nama Amira?" Ulang Danial dengan suara yang lebih tegas.
"Hm... Amira? Rasanya tak ada. Dia kawan baru Dani ke?" Kembali Putrisya bertanya.
"Hairan... dia kata dia kenal dengan Putri." Danial sengaja tidak mahu menjawap pertanyaan Putrisya. Itu yang membuatkan Putrisya bertanya lagi.
"Amira tu kawan baru Dani ke?"
Cemburu ke atau marah? Entah apakah perasaan Putrisya ketika bertanya soalan itu, tidak siapa pun tahu. Tetapi ketenangan jelas pada nada suaranya. Membuat Danial semakin mendesak untuk mengetahui.
"Dani yang bertanya dulu kan?" Tegas sekali suara Danial menahan marah. Dia sendiri sedar yang dia sudah meninggikan suara. Mungkin kerana Amira sudah dianggap pengganggu hidupnya, maka bila ungkit kisah Amira, tiba-tiba sahaja dia jadi peradang. Ataukah kerana benar andaiannya bahawa Putrisya adalah penyamar. Dari itu timbul kemarahannya bila mendengar Putrisya bertanya demikian.
"Dah Putri jawap tadi, Putri takda kawan nama Amira?" Perlahan sahaja jawapan Putrisya. Masih tetap sama. Hanya dia tidak lagi mahu bertanya. Hairan dengan perubahan sikap Danial.
‘Tentulah takda kalau memang kamu sendiri yang menyamar jadi Amira!!’ Bentak Danial dalam hati. Tetapi tidak diluahkan. Sebaliknya dia bertanya.
"Kalau gitu tentu Putri ada kawan yang tinggal kat Jurong, kan?"
Terdengar keluhan Putrisya.
"Jurong tu besar, Dani. Jurong East? Jurong West? Jurong Point.. Tuas tu semua kawasan Jurong...."
Biar cuma dua sebutan sudah cukup buat Putrisya terdiam. Sedar bahawa Danial memang sedang marah. Dia masih belum lupa pada satu-satunya perangai Danial. Kalau sudah berbual menggunakan bahasa English, apalagi maknanya jika bukan marah.
Putrisya sedaya upaya untuk bertenang. Seperti sudah menjadi kebiasaan baginya berdepan dengan Danial dalam keadaan itu. Kalau api tentulah air lawannya.
"Kalau pun Putri ada kawan yang tinggal di Jurong, tapi bukan Amira namanya."
Mendengar Putrisya bersuara setenang itu, timbul keinsafan pada Danial. Untuk mencari kebenaran dia tidak seharusnya terlalu emosional.
"Kalau pertanyaan tak ketemu jawapan, yang baiknya mulakan dengan bercerita. Cuba Dani ceritakan pada Putri apa yang sebenarnya terjadi?"
Kedengarannya jujur sekali Putrisya bertanya. Danial kebingungan. Sudah kebetulan cerita ini dimulakan. Apa salahnya jika dia membentangkan semuanya pada Putrisya.
* * * * * *
DIA sabar menanti di dalam keretanya. Memerhati setiap orang yang keluar dari bangunan itu.
Sudah difikir berkali-kali, mereka memang perlu berjumpa. Walau pada mulanya dia tidak mahu memaksa, tetapi persoalan memerlukan jawapan segera memaksa dia bertindak begitu. Apa lagi bila orang yang diharap dapat memberi penjelasan, seakan payah untuk membantu.
Dari kejauhan dia melihat seorang gadis keluar dengan tergesa-gesa dari pintu masuk bangunan.
Dia sebenarnya kurang pasti benarkah gadis itu yang ditunggunya. Sejauh ini mereka memang belum pernah bersua muka. Bukan dia tetapi gadis itu yang tidak mahu. Namun dari gaya dan bentuk badan juga dari raut wajah, semuanya sama seperti butir-butir yang pernah diberi.
Gadis itu dilihatnya sudah masuk ke dalam perut salah sebuah kereta yang ada di lot tempat meletak kereta di hadapan bangunan. Dia pasti kereta itu akan bergerak sebentar lagi. Dia terus menghidupkan enjin keretanya sendiri.
* * * * * *
SEBAIK sahaja pintu lif terbuka, Putrisya berlari keluar bangunan menuju ke keretanya. Bukan mengejar masa. Tetapi dia takut akan terserempak dengan seseorang.
Dia teringat kata-kata Danial Imani ketika menghubunginya semalam.
"Esok kita jumpa nak?"
"Huh! Untuk apa?" Putrisya terkejut dengan permintaan Danial yang tiba-tiba.
"Dani nak tunjukkan kebenarannya. Putri boleh baca mesej-mesej Amira."
"Atas tujuan apa Dani nak tunjukkan pada Putri? Itu hak Dani.. tak kan Putri nak baca."
"Dani nak Putri percaya yang Amira tu kenal dengan Putri." Terang Danial bersungguh-sungguh.
Putrisya mengeluh mengenangkan sikap keras hati Danial.
"Dalam dunia ni, Dani... orang menipu dengan macam-macam cara."
"Tu Dani tahu. Dan juga ada bermacam-macam cara untuk buktikan kebenaran kan? So.. jangan ada alasan lagi. Orang yang mengelak untuk buktikan kebenaran, bermakna benarlah orang tu bersalah."
Sengaja Danial menekan kan kata-katanya. Entah kenapa setelah beberapa kali Putrisya gagal membuktikan bahawa Amira bukan kenalannya, Danial semakin percaya pada firasat yang dibuatnya sendiri. Putrisya mungkin orang yang bertanggung jawap atas penyamaran Amira.
"Menuduh tanpa usul periksa.. tak baik.."
"Okey fine!" Danial memotong, "Kita tunggu esok. Putri boleh tengok sendiri sama ada ini tuduhan atau bukan."
Farisya membaringkan tubuhnya di atas katil. Penat sungguh rasanya. Baru saja dia ingin melelapkan mata, dia terdengar bunyi pintu bilik di buka. Dia melihat Haziq sedang melangkah ke bilik mandi. Haziq langsung tidak menoleh ke arah Farisya. Dia msih ingat lagi kata-kata Haziq. Janji seorang lelaki yang akan membuat hidupnya merana kini telah sah menjadi suaminya. Walaupun lagak Haziq begitu mesra ketika di hadapan kakak-kakaknya, dia tidak merasa yang Haziq ihklas untuk melakukan itu semua. Itu semua hanyalah mainan wayang ciptaan Haziq. Malas dia nak melayan karenah Haziq yang menjengkelkan. Dirapatkan matanya kembali.
Haziq keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Dia menuju ke almari baju. Dia berlagak seperti biasa seperti tidak ada apa pun yang berlaku atau dia lupa yang kini dia sudah berkongsi bilik dengan Farisya. Dia hanya bertraksuit dan tidak berbaju. Disisir rambutnya dengan kemas.
Dia ingin merehatkan badanya lalu menoleh ke arah katil. Dia terpandang Farisya yang begitu pulas tidurnya. Di rebahkan tubuhnya ke sofa. Di renung seraut wajah yang sedang lena diatas katil. Wajah mulus Farisya tidak pernah diamatinya. Dia sendiri terkedu ketika upacara membatalkan air sembahyang. Wajah yang paling dibenci begitu lain sekali. Dengan olesan make up yang cukup sederhana, membuatkan wajah Farisya sungguh ayu. Patutlah semua orang memujinya. 'Ish..apasal aku asyik fikirkan dia..tidak..aku tak cintakan dia dan takkan mungkin.'Haziq membuang jauh perasaannya.
"Allahhuakbar allah..." Farisya terjaga dari tidurnya apabila mendengar azan sedang berkumandang. Dia melihat jam di tangan. Hampir terkeluar anak matanya melihat waktu sedang merangkak ke waktu Isyak. 'Ya allah, lamanya aku tidur..sampai terlajak solat Magrib' dengan pantas Farisya mengambil tuala dan baju lalu masuk ke bilik mandi. Dia tidak perasan kelibat Haziq yang masih lena di atas sofa.
Cepat-cepat dia membersihkan diri .Badannya berasa sedikit segar. Setelah selesai mengambil wuduk, Farisya keluar dari bilik mandi. Entah macam mana ketika itu Haziq juga ingin membuka pintu mandi. Belum pun sempat Haziq memegang tombol pintu, Farisya lebih dulu menolaknya.
Dummm!! Haziq terdorong ke belakang sambil menekup hidungnya. Farisya terkesima melihat darah mengalir dari hidung suaminya. Haziq mengaduh. "Sorry, Isya tak sengaja." Jelas Farisya. Dia cuba membantu Haziq namun dia di tolak kasar lalu jatuh ke lantai. Hampir saja kepalanya mengenai birai katil. Kalau tidak, kepalanya juga menerima nasib yang sama seperti Haziq.
Farisya berasa bersalah. Haziq masih lagi menekup hidungnya. Dia selongkar laci almari mencari sesuatu. Farisya bangun. Dia mengagak Haziq sedang mencari first aid. Farisya melihat sekeliling lalu terpandang sebuah kotak berwarna putih di atas almari baju. Terjengket-jengket dia cuba mengambil kotak putih itu. Ketinggiannya tidak dapat membantunya untuk mendapatkan kotak putih itu.
Melihat Farisya sedang mencuba mengambil sesuatu, Haziq mendongak. Dia terlihat kotak putih yang sedang cuba di ambil oleh isterinya. Dengan pantas dia mengambil kotak itu.dan di bawanya ke atas katil. Farisya mengikuti langkah Haziq.
Haziq cuba menahan darah dari terus mengalir dari hidungnya. Tiba-tiba dia merasa ada seseorang sedang memegang kepalanya lalu membaringkanya di atas katil. Begitu lembut dan teliti sekali. Haziq cuba menolak tangan Farisya namun di tahan keras.
"Diam.." bentak Farisya lalu mengalihkan tangan Haziq. Haziq akur. Dia tidak mahu menambahkan sakitnya lagi. Farisya memicit pangkal hidung Haziq bagi mengelakkan darah berterusan keluar. Dibersihkan keliling hidung suaminya. "Ishh.." Haziq kembali menahan tangan Farisya. "Shhhh..sikit lagi," pujuk Farisya. 'Nasib kau la mamat tiang lampu.. dari mancung hidung kau tu dah penyek aku kerjakan.' Farisya bingkas bangun. Di buka almari baju lalu di capai sehelai tshirt milik Haziq.
"Jom pergi klinik. Saya rasa hidung abang dah patah," Abang! Haziq terkesima dengan panggilan Farisya. Namun kesakitan yang di tanggung membataskan dia untuk memikirkannya. Farisya membantu Haziq bangun dari katil. Darah masih lagi mengalir. Farisya menghulurkan tshirt kepada Haziq namun di rentap kasar. Apabila terpandang Haziq hanya bertuala, Farisya cepat-cepat mengambil kunci kereta Haziq di atas meja lalu turun ke bawah. Dia tidak mahu melihat adegan yang tidak sepatutnya walaupun halal untuknya.
"Hai pengantin! Laju je jalan. Tak nak makan ke?" Tegur Hasni kepada satu-satunya menantu perempuan mamanya. Langkah Farisya terhenti. "Kejap lagi la kak long. Isya nak bawak Haziq pergi klinik," tolak Farisya dengan lembut. Semua yang ada di meja makan memandang ke arah Farisya namun beralih ke arah Haziq. "Mak su..Syafiq nak ikut?" rengek anak bongsu Hasni. "Tak boleh sayang, maksu nak bawa paksu pergi klinik." Pujuk Farisya. Memang dia sukakan budak. Kebetulan semua anak buah Haziq cepat mesra dengannya. Mereka takut dengan Haziq. "Ala maksu. Biar paksu pergi klinik sendiri la. Kan paksu dah besar." Farisya tersenyum melihat telatah Syafiq. "Tak boleh sayang, paksu tak boleh nak drive sendiri." Tambah Farisya sambil mengendong Syafiq dan melangkah ke meja makan.
"La..kenapa pulak tu?" tanya Hasrin melihat Haziq sedang menekup hidungnya. Farisya menoleh. Melihat Haziq sudah berada di pintu utama. Hasni mengambil Syafiq dari Farisya. "Ishh..ganas betul dia orang ni ye ngah. Sampai berdarah hidung dibuatnya." Sindir Hasmin. Haziq menjeling ke arah Hasmin. Masing-masing tersenyum melihat wajah Haziq yang sedang menahan sakit. 'Kakak-kakak aku ni tak de keje lain ke? Ayik nak sakitkan hati aku je. Ni semua minah ni punya pasal." "Eh..bukan macam tu kak long. Hidung abang kena pintu bilik air," terang Farisya. Faham benar dengan senyuman ipar-iparnya. Serba salah dia dibuatnya.
"Akak makan la dulu. Nanti kami makan kemudian aje," balas Farisya. Dia berlari mendapatkan Haziq yang sudah berada di keretanya. Haziq menghulurkan tangan kepada Farisya. Farisya tahu yang Haziq sedang meminta kunci kereta darinya.
"Biar Isya je yang pandu kereta." Haziq membulatkan matanya. 'What! Nak bawak kereta aku ..Tah ada lessen ke tidak...jangan harap!' Haziq menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Tangannya masih lagi di hulurkan. Malas Farisya hendak melayan orang degil macam Haziq. "Suka hati abangla," di serahkan kunci kereta kepada Haziq lalu berjalan menuju ke tempat duduk penumpang. Di hempaskan pintu kereta Haziq dengan kasar. "Herrmmm!..." Haziq menjegilkan matanya. 'Woit minah, kau nak bagi jahanam kereta aku ke? Tercabut kang pintu kereta tu, aku suruh kau lekatkan balik.'
Farisya buat-buat tidak nampak riaksi Haziq. 'Suka hati aku la..aku bagi tercabut sungguh kang, baru kau tau.' Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Haziq terkial-kial memandu keretanya menggunakan sebelah tangan. Sebelah tangannya lagi sedang menekup hidungnya. Farisya sesekali menjeling ke arah Haziq. 'Tu la berlagak lagi dengan aku.. nak sangat bawak kereta..rasakan..jangan kau bagi aku masuk hospital sekali sudah,'
Tiba-tiba ketika melalui satu selekoh, Haziq tidak dapat mengawal keretanya lalu terbabas ke tepi jalan. Berdecit bunyi tayar bergeser di jalan apabila Haziq menekan break secara mendadak. Nasibnya baik kerana keretanya langsung tidak melanggar apa-apa. Semua terjadi dengan pantas sekali. Dia bersyukur kerana dirinya tidak cedera. Dia menoleh ke tempat duduk di sebelahnya. Melihat Farisya langsung tidak bergerak, Haziq menjadi panik. Kesan daripada break kecemasan yang dibuat telah menyebabkan kepala Farisya terhentak.
Haziq mengoncang tubuh Farisya. Masih tiada jawapan. Dahi Farisya terluka dan berdarah. Pipi Farisya ditampar lembut sambil memanggil namanya. Namun hampa. Farisya tidak sedarkan diri. Dengan spontan, Haziq memandu keretanya menuju ke hospital yang berdekatan. Hatinya tidak keruan. Dia ingin segera sampai ke hospital. Sesekali dikerling Farisya yang masih tidak sedarkan diri.
******
Farisya membuka matanya. Cahaya terang membuat matanya sedikit silau. Dibuka perlahan-lahan kelopak matanya. Kepalanya berdenyut-denyut. Ingin di picit kepalanya yang berdenyut namun tangannya di halang. Dia merasakan dirinya sedang berada di tempat yang asing sekali. Bila di amati, barulah dia sedar yang dia kini berada di hospital.
"Isya rasa macam mana. Ok dah ke?" Farisya hanya membalas pertanyaan ibu mertuanya dengan senyuman. Dia cuba bangun tetapi di halang. "Tak payah bangun Isya. Banyakkan rehat," Farisya akur.
"Kalau Isya nak apa-apa, bagitau je dekat mama." Tambah Datin Rosma lagi. "Tak pe la mama. Isya tak apa-apa." Terang Farisya. Dia mencari kelibat Haziq. Mungkin dia sedang berehat. Seingat dia, mereka berada di dalam kereta untuk ke klinik. Baru dia ingat yang kereta Haziq terbabas dan dia tidak sedarkan diri. Perkara yang ingin dielakkan terjadi juga. 'Hantu punya laki, betul-betul dia bagi aku masuk hospital..nasib baik tak jadi apa-apa..kalau tidak dah lama aku cekik kau,' marah Farisya dalam hati.
Pintu bilik di buka. Hasni dan Azman melangkah masuk. Dari jauh lagi Farisya sudah faham akan maksud senyuman kakak iparnya. Azman bersalam dengan Dato' Razlan. "Macam mana dengan adik akak ni. Dah sihat ?" Diletakkan bakul yang berisi buah-buahan di atas meja. "Dah ok dah. Sikit je ni," balas Farisya. Di sambut salam yang di hulurkan oleh Hasni.
"Macam-macam la korang ni. Malam pertama sepatutnya romantic, bukan macam ni. Ini tidak sorang patah hidung yang sorang lagi berjahit dahi. Memang padan la kamu berdua ni." Farisya tersenyum mendengar celoteh kak iparnya yang sulong. Datin Rosma turut tersenyum.
Dia sendiri tidak tahu kenapa begitu banyak incident yang berlaku diantara dirinya dan Haziq. Di sebabkan kemalangan kecil itu, dia tidak di benarkan pulang dan terpaksa tinggal di hospital untuk beberapa hari lagi. Dan selama dia tinggal di hospital, Haziq tidak pernah datang melawatnya. Adakah ini satu petanda untuknya. Adakah ini petanda bahawa kehancuran hidupnya sudah bermula.
"Jangan harap kau akan bahagia selagi kau hidup dengan aku. Aku akan pastikan yang kau akan menyesal satu hari nanti!" Terngiang-ngiang suara Haziq di telinganya. Farisya meraup wajahnya. Terlalu banyak yang di fikirkan. Fikirannya bercelaru.
Sudahkah dirinya bersedia untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Tabahkah dirinya untuk mengharungi segala dugaan yang melanda. Mampukah dirinya menhadapi segala kemungkian yang akan berlaku. Dia sendiri tidak pasti.
Arif terus terhenyak di sofa. Beg besar yang padat dengan pakaian, buku-buku dan yang paling penting! Buah tangan cuti CNY... Handout-handout yang entah pape.. dan beg silangnya dibiarkan di muka pintu. Dia x berdaya lagi untuk berdiri. Lututnya dah hilang skru. Penat dan lesunya x tergambar lagi.
Sesungguhnya perjalanan bas dari KB ke Kemaman bukanlah satu perjalanan yang terlalu panjang. Tidak sampai 24 jam seperti yang harus ditempuh oleh Chan untuk pulang ke Muar atau Ma ngan Syera yang pulang ke Penang. Tapi dia kepenatan begini kerana terpaksa duduk di sebelah seniornya yang ala-ala Hitler tu dalam bas. Arif geleng kepala. Geramnya membuak tiba-tiba.
"adik!" "Hmmm.." arif menggumam dengan nada mencemuh. Dia pejam mata. Badannya letih dan kepalanya yang pening betul-betul menuntut tidur yang nyenyak. Padahal dalam bas bukan dia x tidur.. Cuma yelah! Duduk sebelah Si Hitler..Zionis tu... bukan lena sangat..
"hey kakak, bila sampai?" Arif tersentak dengan tepukan dipahanya. Ah..sape lak yang berani kacau aku tidur nih?! Dia buka mata. Aiman , adik bongsunya sedang tersengeh didepannya. Matanya yang sepet menjadi semakin sepet oleh senyumannya. Dengan jeans dan tee serta buku di tangan, Arif tau adiknya baru saja pulang dari kelas tuisyen. "pukul brape skang?" "kul 10, tuan puteri!" Aiman ketawa mengejek. Dia berjalan ke arah meja. Bukunya diletakkan disitu. Sebelum duduk di sebelah Arif, Aiman sempat menekan suis tv. Cartoon bersiri Hagemaru sedang ditayangkan. "Alamak!" Arif menjerit sambil tangan kanannya menepuk dahi. "bakpe?" Aiman terkejut. "my beg..." Matanya melilau mencari. "hehehee..." "apsal EM suka?" "heheheee..kakak nih!...nyanyok eh? Tu...." Aiman sengeh. Mulutnya dimucungkan ke arah pintu. "heheheee..lupa da..dik tolong.." "tolong ape?" "angkat beg kakak.." "emmm...no hal..tapi..." "tapi napenye?" "jap eh..masa iklan kekgi eh.." matanya x beralih dari kaca tv. "dasar antu cartoon!" rungutnya seperti selalu. Dia bangun dan berlalu ke biliknya. Mau mandi.. badannya terasa malakit-lekit mengalahkan gam UHU. Belum pun dia masuk ke toilet, Aiman sudah meluru masuk dengan beg besar, beg silang serta mp4 Arif ditelinganya. " nah, tuan puteri! Harap tuan puteri jangan panggil hamba lagi!" weh kak..pinjam!" Terus dia meluru turun. Takut waktu senggang iklan habis coz dia x mau ketinggalan walau sesaat pun. Dasar antu cartoon! Arif pun sebenarnya suka gak tengok cartoon tu tapi sebab environment bilik tv kat asrama yang kena kongsi ramai pahtu suasana lak gegang nak mampos kalah pasar borong! Sebab tu dia jarang menonton tv..
Setelah selesai mandi dan solat isyak, Arif turun mendapatkan adiknya. "Kak Yong mana?" "entah..dapur kot." Aiman jawab malas. "dapur?" Arif kehairanan. Dia menapak ke dapur. "heheheee..Kak Yong!" "hmm.." Kak Yong sengeh. Matanya masih melekat kat teko teh yang dibawa ke meja makan. "minum?" "emm.. bleh gak." Arif dah memegang cawan. Ariana menuang teh setengah cawan ke dalam cawan-cawan tanpa piring tu. Arif sengeh. Dia meneguknya seteguk. "teh apa ni, pahit?" Arif sengaja mahu mengusik kakaknya. Coz dia tau selama nie Cik Nab je sediakan semua tu. Kak Yong x pernah buat pun. Mendengar suara Arif, Ariana berpaling dan paniK. Lalu cepat-cepat merasa tehnya. "x pahit pun!" Arif tergelak. Ariana marah setelah tahu adiknya Cuma mengusik. "Hih budak nih!" dia mencebik. "hehehee..lex ar kak..gurau pun x leh.." Ariana senyum. "Cik Nab mana? Arif sedikit hairan coz Cik Nab belum gak muncul. "Cuti." "dah lama dia cuti?" "dah kat 3 hari." Ariana jawab malas. " bakpe?" "kawin." "kawin? Biar tol ! Pak Hamid nak campak mana?" "hehehee... Anak sedare dia la kawin.. dia kawin wat nape?" "ooo..." Arif diam. "emmm...." "dah tu sape masak?" "mama." "mama? Eh mama kan teman papa gi KL.meeting..." "ooo... Along la jadi tukang masak. " "Along?" "yap..our bro.." "Along?hahahaaa.." Arif ketawa besar. X dapat dibayangkan betapa lucunya kalu abangnya yang masak. "best x Along masak?" "mesti lah..best uuuu... Tapi makan malam je la..tu pun kalu dia balik awal." "Kak Yong?" "heheheee.." Ariana sengeh. "malas or x reti?" sindir Arif. "Along reti!" "tapi Kak Yong tak!" potong Arif. Dia ketawa. "diamlah!!" ariana mencuka. Arif makin galak mengusik. "malam ni Along masak apa?" Arif berusaha menahan senyum. "bila plak Along jadi tukang masaknye?" "ek eleh.." "Along.. lapar nih.." Arif dah wat muka sedih sambil pegang perut. "tengok apa yang ada lam peti?" "masak tom yam la..lama x makan.." " boleh..boleh.. asal awak yang masak! Hahahaaa.." Adam tetiba ketawa. "Hish. Along nih.. along la masak.. special punya coz I’m coming home..hehehee..." Arif dengan muka bangga giler. Ariana ngan Aiman ketawa. "Arif ni.. ada-ada jer.." "kak nak tau x? meal yang bez skali Along masak tau nape?" Aiman mencelah. "nape?" "Mi magee.." Ariana jawab. "kalu x cukup ngan telur dadar plus bawang atau tumis bilis jer.." Aiman ketawa. "gila! Orang dah setiap hari makan magee!" Adam menunjukkan simpatinya yang pura-pura." Malangnya kalau cam tu!" Dia ketawa.
"jom!" Along menarik tangan adik-adiknya ke dapur.
Malam tu suasana katdapur banglo putih tu x sepi lagi. Suara kicau Arif, Aiman ngan Ariana yang mengusik Along mereka masak memang gegang x ingat dunia. Adam masak tomyam campur. Arif membantu potong sayur. Ariana menyiang sotong dan udang. Manakala Aiman hanya memerhati abang dan kakak-kakaknya mengerjakan dapur. Memang tokang pecah!
***
"Wah, kalau cam ni, bolehlah Along bukak restoran, x payah kerja ngan papa lagi....!" usik Aiman. "heheheee.. Iron chef dah ada.." "haa?" Adam dah mula pening "hehehe.. Chef Adam!" Adam tersengeh." ada-ada je, adik EM nie..." "Along!" Arif sengaja wat muka serius. " macam mana nanti kita bukak restoran?" "ha, idea bagus!" Ariana menyampuk. "kalau bukak restoran... Along jadi chef.. Kak Yong jadi waiter.. orang jadi cashier.. adik EM lak.. hehehee.. jadi tukang cuci pinggang mangkuk...heheheee..." "Apa?" ketiga-tiga beradik tu tersedak. Arif sengeh. "Apa?" Aiman juling mata. "Mana aci! Orang nak jadi cashier gak.." "Apsal lak?" "Mana aci kakak goyang kaki.. orang lak kena basuh pinggan!" "hehehee..nasib la.." "weh.. korang nie.. cashier tu bahaya la.." Ariana start menakut-nakutkan adik-adiknya. "bahaya? Apsal lak??" Arif ngan Aiman berpandangan. "Cashier lah best Kak Yong! Boleh jaga duit...." Aiman sengeh x memasal. "emmm... Ye la tu. Nanti kena shot ngan perompak baru tau!" "ye ke?" "ye la!" " tapi xpe kak.. kalu orang jadi cashier.. xpe..kalu perompak datang.. EM kasi side kick..x pun font kick..or.. flying punch..or..." Arif mencelah. "smack down.. " "ha..pahtu EM.." "bagi punch kad..kad kedik...kad visa...ah sume la..hahahaaa.." Arif ketawa. "Kakak nih! Peli lak.. EM serius nie.." "serius la nih!" "ek eleh.. padahal dia dengki.." Aiman mencebik. "Along kan?" Adam tersenyum. " tu korang punya pasal. Along x masuk campur.. korang suggest.. korang yang gaduh.." "haaa..aaa..la" Ariana menambah. "hmmm.. jom makan!" "JOM!" Ketiga-tiga beradik tuh jawab serentak. Suasana riang di bawa terus ke meja makan..
Bab 5*** Meskipun hati terasa berat dan mood hilang entah ke mana, alang-alang da sampai depan pintu ni takan aku nak patah balik pulak. Pintu kelas ku kuak perlahan, lalu melangkah masuk tanpa memandang pada sesiapa pun, aku terus ke tempat duduk ku. Semua memandang kearah ku. Mungkin bagi mereka tersangatlah pelik pabila melihatku diam membisu bersama muka seposen. Selalunya, belom pun masuk ke kelas, sudah terdengar suaraku hura-hara di luar.
Sedang aku hendak meletakan beg di laci meja, mataku tertancap pada sepucuk sampul. Aku membukanya dengan seribu pertanyaan. Haik.. surat apakah ini???
Sekeping kad bewarne unggu muda ku buka. Kelihatan berpuluh perkataan sori di dalamnya. Bewarna- warni pulak tuh. Sape la yang rajin bebeno nih. Di hujung kad terlihat Lakaran kambing yang sedang tersengih.
Lakaran itu membuatkan aku sedikit tersenyum. Herm.. Haziq... Say sorry??? Unsangkarable! Lalu kad itu ku letak kembali kedalam sampulnya dan menyimpannya ke dalam begku.
Tanpa ku sedari lecturer telah pun berada di hadapan dan hari ini dalam sejarah, aku benar-benar menumpukan perhatianku pada pengajarannya... ***
"Jas.. ko kat ner skarang?? Aku dah bis klas ni"
"Aku kat kafe"
"Dengan sape?"
"Sorang je la.."
"Okey..okey.. Tunggu aku, aku datang skarang"
Telefon ku matikan. Segelas air limau ais ku sedut perlahan. Sepinggan nasi goreng kampong ku yang baru sampai ku tolak ke tepi. Herm.. alang-alang Farah nak datang, tunggu makan ngan dia je la. Best gak kalau makan sambil bergosip. XOXO.. gossip girl.. huhu..
"Hah!"
"Woi! Tak terkejut pun la"
"Eleh.. tak terkejut konon..."
"Memang tak pon"
"Ala.. buat-buat la terkejut.. Tak jaga hati membe langsung la kau ni"
Aku menjelirkan lidah pada Farah dan Farah hanya mencebik.
"Wei.. ko order ape ni? Cedapnya.. Slurp..slurp.."
"Wo..wo.. nasi aku! Tamau kacau. Takmo.. takmo.."
"Alah.. sikit pun takleh.. Apsal tak order skali?"
"Mana aku tau, aku dah order baru ko nak roger"
"Hikhik... lupa plak. Jap-jap.. aku gi order" Farah tersengeh.
Sedang menanti Farah yang sedang memesan makan di kaunter, aku mencapai kad yang diberi oleh Haziq pagi tadi. Melihat isi kandungannya membuat aku tersenyum lagi.
"Woi.. ape tersengeh sorang ni"Sapaan farah kali ini betul-betul mengejutkan aku. Aku diam. Kad di tanganku diambil Farah.
"Wow! Haziq bagi ke?"
"Hurm.."
"Gile lah! Aiseh.. romantic la pulak"
"Manade...."
"Hek.. padanlah sengih je.. tadi pagi punyala moody. Cinta sudah berputik ka?? Tu la.. mak aku cakap.. tak bek gadoh-gadoh.. nanti jadi laki.. Haha.."
"Banyak la ko!"
Farah tergelak panjang. "Eh.. bukan ko patut lunch ngan dia ke hari ni? Ni baru hari ke empat kan?"
"Malas lah aku.."
Farah mencebik. Belum sempat dia meneruskan kata-katanya, makanannya sampai. Yeay.. dah boleh makan dah. Penat aku dengar minah ni menyoal. Nasib baik makanan da sampai. Wah, efisyen sungguh tukang masak ni. Cepat dan tangkas!
Selepas habis menjamu selera, sesi soal jawab disambung kembali. Ni yang aku tak gemar ni. Kalo si Farah ni korek rahsia, memang boleh gantikan Michell dalam rancangan melodi tuh. Tak pun Abang Nas rambut ketak. Huhu...
"Weh.. asal ko tak lunch dengan Haziq harini?"
"Sebab ko nak lunch ngan aku..."
"Ape plak.. aku call ko, ko kate ko kat kafe.. Sorang plak tuh. Ko jangan nak berselindung plak eh"
"Selindung apanya.. Malas lah aku.. Lagipun dia dah ada Seri."
"What?? Apa yang aku dengar ni? Bunyi macam nada-nada jeles je.. Hahahaha"
"Manade!!"
"Eleh.. blushing dah tuh.. hahahaha...." Farah gelak lagi.
Haish.. tensen aku ngan minah ni. Asyik pekena aku je hari ni..
"Babe.. Aku rasa Haziq tu tangkap cintan kat ko la.."sambung Farah.
"Hish.. ape nih? Takkan la.. Ngarot la ko nih"
"Yela.. dia sik nak tarik perhatian ko je. Nak lunch sama la.. Alasan je tuh syarat-syarat bebagai. Ni ha.. kad ni.. Ape kes?"
Aku menghirup sisa air limau ais tadi. Kata-kata Farah ku buat endah tak endah.
"Wei.. aku ngah cakap ni. Dengar tak?"
"Dengar.... Ala.. kan aku dah cakap, dia dengan Seri la"
"Mane ko tau"
"Semalam.. petang tu aku nampak dia ngan Seri kat kedai makan, bukan main mesra lagi. Bertepuk tampar lagi tuh."
"Ooo.. I see.. patutlah pun......"
"Patutlah pun???"
"Patutlah ko balik semalam tensen je.. Jeles la tu.. Ko pun ade hati kat kambing tua tu kan? Kan? Kan? Hahahaha...."
"Huish.. mintak simpang la weh..."
"Eleh!"
Aku menjeling tajam.. Farah gelak lagi. Kali ni over betul dia gelak. Entah apa yang kelakar sangat tah. Ngok- ngek tul la minah ni. Tiba-tiba Farah menyanyi...
"Mama tolonglah... aku yang sedang bingung, Pusing kepalaku memikirkan dia, aku yang selalu terus disakitinya. Dia tak tampan, tak juga rupawan, Dia tak juga bergelimang harta, Tetapi mengapa gayanya seperti superstar.
Mama..mama..mama.. tolonglah aku yang sedang bingung Ku rasakan virus-virus cinta.. Ku butuh dokter cinta papa..papa..papa.. inikah yang dinamakan cinta Mengapa sakit yang kurasakan Ku butuh dokter cinta."
Sebiji tamparan hinggap di bahu. Membuat Farah berhenti menyanyi dan kemudian dia menyambung gelak.
"Wei.. ko kan de klas kan petang ni? Blah..blah..blah.." Kataku padanya. Farah melihat jam di tangannya.
"Ha’ah la wei.. da lambat ni. Aku nak gi surau dulu.. Hehehe.. she’s blushing!!!" Kata Farah sambil mencubit pipiku. Aku mencebik.. Adehai.. minah nih..
Langkah Farah ku ekori dengan pandangan mataku. Fuh! Lege minah ni dah blah. Hush.. kat umah nanti masak la aku. Kompem die ungkit lagi nih.. Aduss..........................
Kelas petang tiada harini. Aku melangkah ke kereta sambil berlagu riang. Yesh!! Bolehlah aku tidur petang ni. Malam kang baru siapkan assignment. Terbayang katilku yang empuk dan tidak ketinggalan bantal busuk ku. Wah.. heavennye.
Sementara menunggu enjin kereta panas, jariku mencari punat radio. Kemudian kedengaran lagu ‘Doktor Cinta’ nyanyian kumpulan DEWI-DEWI yang baru dinyanyikan oleh Farah tadi. Warghhh.. tensennye!!!!!
Nafas ditarik. Panjang. Oksigen meresap masuk ke alveolous melalui alveolar sacs. Saliva yang bertakung ditelan. Gulp! Bahaya gila situasi tadi. Lagi bahaya dari Bunkface punya version. Kalau Lan tahu yang aku nie perempuan, memang sah-sah aku dah kena flying kick tadi. Tak pasal-pasal jadi headline dekat Metro. Huhuhu..
**************************
Kopi panas dihirup. Kerusi malas digerakkan ke belakang dan ke depan. Sesekali mata disorot ke pintu utama. Menanti sesuatu. Hampa. Orang yang dinanti tidak kunjung tiba. Di saat, cawan diletak ke bawah, pintu utama dikuak dari luar. " Kamu ke mana Ojan?", surat khabar dilipat dua. " Keluar", topi Baxx dibuang dari duduknya. " Hari minggu nie tak boleh ke kamu duduk dekat rumah? Keluar. Tue jer lah yang kamu tahu! Buang masa ", surat khabar sudah dicampak ke tepi. Melampiaskan rasa marah. " Masa Ojan. Jadi ikut suka Ojanlah nak guna buat apa pun!", kaki mula mendaki tangga. Meninggalkan ayahnya. " Fauzan! Kamu jangan nak kurang ajar dengan ayah! Masa kamu. Hidup kamu. Ayah ada hak atas semuanya!" suara Hj.Ahmad mula meninggi. " Memang ayah ada hak. Sebab hak ayah tue lah Kak Illa larikan? Ayah paksa dia kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah kenal! Ayah yang buat kakak Ojan pergi!" marah Ojan. " Kenapa nie Ojan? Tak baik tinggikan suara dengan ayah! Kamu baru balik dari mana yang marah-marah nie?" tanya Hajah Kalsom yang muncul disebalik dapur. Tenang. " Ojan pergi bandar, ibu. Cari kakak" jawab Ojan. Pendek. " Orang yang nak pergi dengan rela hati buat apa kamu nak cari? Menyusahkan jer. Ayah tak nak kamu cari dia lagi!", kata putus diberi. " Kalau ayah tak ada usaha nak cari akak langsung, tak apa! Biar Ojan yang cari sendiri. Lagi pun kakak ada Ojan seorang jer. Ojan seorang jer yang ingatkan kakak. Nak kakak balik. Betul tak?", soal Ojan. Sinis. " Ojan, ka……", belum sempat Hajah Kalsom menghabiskan ayat, Hj. Ahmad memotong. " Masuk bilik!" arah Hj. Ahmad. Jarinya ditunding ke arah Ojan. Dengan satu pandangan yang tidak dapat dirungkai dengan kata-kata, Ojan terus bergerak ke biliknya. " Som, tolong ambilkan abang air masak" pinta seorang suami kepada isterinya. Hajah Kalsom terus masuk ke dapur. Tidak pernah sekali pun dia melihat Hj. Ahmad meninggikan suara. Marah sungguh dia tadi. Kalau Ojan terus melawan Hj. Ahmad tadi tidak mustahil jika suaminya ‘ naik tangan’.
**********************************
Kaki yang tadi tegak berdiri mulai duduk. Perlahan-lahan. Kemarahannya masih membara. Dia terus baring. Masih tidak berjaya. Bilik air diserbu. Wudhuk diambil. Lantas, solat hajat dua rakaat didirikan. Memohon agar kemarahannya pudar. Mata dipejam. Rapat. Ya Allah, kenapalah aku boleh terlepas cakap benda-benda macam tue dengan ayah? Ampunkanlah aku yang telah derhaka kepada ayahku, Ya Rabbi! Sesungguhnya hamba-Mu ini seorang yang lemah. Peristiwa beberapa hari yang lalu menyinggah kembali ke fikirannya.
" Abang, kita laporkan pada polis?" cadang ibu sambil mengesat air mata yang tidak lagi serancak tadi. " Polis? Illa bukan dilarikan orang tapi lari dari rumah sendiri. Lagi pun dia bukan budak bawah umur. Polis tak akan ambil serius masalah macam nie" terang ayah. " Habis tue tak akan kita nak biarkan dia jer? Manalah dia duduk sekarang? Dah makan ke tak si Illa tue? Dahlah dia ada gastric. Janganlah dia kena tipu dengan orang jahat. Illa tue bendulnya bukan dibuat-buat. Semuladi. Entah-entah dia...Ya Allah!", jerit ibu. Memikirkan perkara-perkara yang mungkin menimpa anak perempuannya. " Kalau awak menangis pun ada dia balik? Dah lah. Bazirkan air mata awak jer. Kalau dia nak pergi, biar dia pergi. Saya tak halang. Pandai-pandailah dia nak bawa diri", Ojan yang bersembunyi di balik pintu bilik Illa, mengepal tangan. Menahan marah. Tidak percaya betapa tidak caknanya ayah berkenaan hal Kak Illa. " Som, awak keluarlah. Makin lama awak dekat sini, makin kuat awak menangis nanti" arah ayah. Ibu yang mulanya berat hati tetap meninggalkan ayah keseorang di situ. Perlakuan ayah diperhatikan dengan penuh berhati-hati. Tidak mahu tempat persembunyiannya pecah. Bingkai gambar milik Illa di tepi katil dicapai ayah. Ditenung lama. " Illa" panggil ayah. Seolah-olah empunya nama berdiri di depannya. " Kenapa kamu buat ayah macam nie? Semua perkara boleh dibawa berbincang. Kenapa kamu perlu lari dari rumah?" soal ayah. Perlahan tapi cukup meresap ke lubuk hati Ojan. " Baliklah. Ayah tunggu kamu balik". Di saat itu, mutiara jernih perlahan-lahan jatuh menuruni pipi. Sebelum sempat mutiara tadi menyetuh permukaan, tangan ayah sudah menyekanya. Tidak mahu terlalu dibawa perasaan. Bingkai gambar diletak kembali ke tempatnya. Kaki membawa diri keluar. Perlahan-perlahan Ojan menutup mata. Betapa ayah menyayangi kakaknya. Mungkin nilai sayang ayahnya pada Kak Illa tidak sama dengan sayangnya tapi lebih!
*********************
Anak kunci kereta dilambung tinggi sebelum disambut. Sesekali mulutnya bersiul kecil. Nasib baik, sesi fotografi hari ini tidak memerlukan dia memperuntukkan masa yang lama. Maklumlah dia perlu menghadiri mesyuarat petang ini berkenaan rekaannya. " Egy!", laung satu suara. " Yes", kepalanya dipusing kea rah empunya suara. Lemon. " Egy, kau tolong hantar Ryu dekat One Park. Lan cicirkan dia tadi", bahu Egy disentuh. " Ryu?", muka mempamerkan reaksi Jack Sparrow hilang peta treasure hunt. " Alah, budak fotografi baru. Aku rasa dia ada lagi dekat luar tue. Kau pun tahukan teksi jarang berhenti dekat sini". Sengih. " Hrm…okay". Punat hijau terus ditekan. Tiut…
Peluh yang memercik diseka dengan hujung lengan kemeja. Sesekali hujung topi dipusing-pusing. Menghalang sinaran matahari terpacar terus ke muka. Manalah teksi yang berlambak-lambak dekat KL nie? Satu pun tak nak berhenti. Engkau orang ingat aku tak ada duit nak bayar ke? Ween pun satu. Hari nie lah yang dia ada hal dekat luar. Aku pun satu. Macam manalah aku boleh silap dengar ‘ 10 minit sebelum pukul 3.00 p.m’ dengan ‘ pukul 3.10 p.m’? Lan pun patutnya tunggulah kejap. Aku lambat 10 minit jer. Huhuhu…
Ferrari F430 Spider berhenti mengejut di bahu jalan. Mengundur mendekati Illa yang setia terpacak di tepi jalan. " Kau nak pergi tempat Lankan? Jom arh", sunglass dilurut ke bawah mata. " Tak payahlah. Aku tunggu teksi. Susahkan kau jer", mata meliar mencari teksi. " Susah? Kalau susah aku dah tak ajak kau. Bazir petrol! Tempat sesi fotografi Lan dengan tempat aku nak pergi nie one way jer. Lagi pun, kalau kau nak tunggu teksi, baik tak payah. Lambat siot! Silap-silap Lan sempat balik sini dulu", pintu kereta sebelah pemandu dibuka. " Ta…." " Kau nie macam perempuan. Payah gila!", Egy menyuarakan perasaan tidak senangnya dengan cara Illa. " Eh, jomlah. Kau pause apa lagi nie?", Illa terus melompat masuk ke dalam kereta. Tidak mahu Egy terus menyoalkan ‘ kejantanannya’.
************************
Brek ditekan perlahan-lahan. Lampu merah. Kotak Saleem Light di dalam saku diseluk. Sebatang rokok diselip dicelah bibir. Lighter di dashboard kereta dicapai. Dipetik. Menyala. Di bawa ke mulut dan… " Woi! Kau nak mati cepat ke?" tengking Illa. " Ya Allah! Yang kau menjerit macam orang sasau nie apa kes?", lighter yang dipegang tadi sudah jatuh ke kaki akibat terkejut dengan jeritan tadi. Hijau. Egy kembali mengemudi Ferrarinya. " Tengoklah. Aku baru cakap kuat sikit, kau dah terkejut macam nie. Tue maknanya jantung kau dah lemah sebab banyak sangat telan asap rokok"- Egy nie tak pernah tengok iklan ‘ Tak Nak Merokok!" ke? " Kau tue yang lemahkan jantung aku"- Dah arh menjerit macam orang perempuan kena kacau dengan Mat Gian. " Kau tahu tak dalam sebatang rokok tue macam-macam penyakit ada. Paru-paru kau akan jadi gelap macam orang minyak. Gigi kau akan rosak macam dinding tak cukup batu-bata"- Tetiba pula aku jadi doktor tak bertauliah nie. Huhhu… " Eleh, macamlah kau tak pernah merokok"- Budget baguslah budak seorang nie. " Meh sini", putung rokok yang terselip di celah bibir Egy ditarik. Kotak rokok yang diselit di poket baju Egy dicapai. Tingkap kereta diturunkan. Kotak dan rokok tadi dibuang ke luar. " What on earth did you just do?"- Budak nie buang ‘nyawa’ aku? " Aku buang rokok kau". Sengih. " Kau nak kena saman ke buang sampah luar tingkap kereta?" soal Egy. Mengugut. Sengaja ingin memancing perasaan takut lelaki di tepinya ini. " Saman? Kena ke?", mata dibulatkan. Tidak percaya. " Yup. Dahlah kalau penumpang depan yang buat, lagi berat kena"- Budak nie percaya ke apa yang aku cakap nie? " Really? Oh My God! Aku tak tahu pun ada peraturan macam tue. Macam mana nie?"- Malaysia ada peraturan jalan raya yang barulah sekarang nie. Tue lah siapa suruh lama sangat tak balik jenguk tanah air sendiri. " Entah", bibir Egy sudah ditutup dengan sebelah tangan. Cuba menahan tawa. " Aku tahu! Kau buat U-turn balik. Nanti aku bolehlah kutip balik kotak tadi. Polis tak akan ada bukti nak saman aku. Aku pu…" " Hahahhaha……", gelak Egy mematikan suara Illa. " Aku serius nie. Kalau kau tak nak berhenti, aku boleh turun dekat sini"- Dah lah aku tak bawa cash banyak. Kalau kena saman lagi macam mana aku nak hidup? Takkan nak duduk tepi jalan+tadah tangan ke langit=mengemis? " Hahaha. Apalah kau nie? Aku tipu kau mentah-mentah pun kau percaya ke?" " What?"- Dia ada sebut perkataan tipu tak tadi? Kenapa tetiba aku rasa kesabaran aku dah capai level maximum dia nie? Kambing punya mamat!
************************
" Ryu, pergi ambil canon flash yang satu lagi dalam van dekat tempat parking" arah Lan. Jari membetulkan ‘ finger grip’ tripod. " Aku? Kenapa aku kena pula? Aku baru sampai nie", kening dikerutkan. " Siapa suruh kau jadi saudara kekura?" sindir Lan. Mata melilau memerhati keadaan sekitar. Mencari background cun. " Kau guna jer lah yang tersadai dekat meja tue", tangan diarah ke tempat budak-budak Finer berkumpul. " Yang tue terhad dia punya flash. The one inside the van is a canon refresh flash range with the compact speedlite 270EX to expand the flash photography. Faham?", dahi Illa ditunjal dengan jari telunjuk. " Ooo….macam tue erk? Okay"- Apalah yang dia cakap? Satu patah pun haram aku nak faham. Yang masuk thesaurus+kamus=pemahaman aku perkataan flash dengan expand jer. Baik aku blah sebelum dia mula ceramah cameraman dia tue. Huhuhu…
***********************
Zoom ring dipusing. Manual focus ring dilaraskan mengikut kesesuaian. Model HSM digunakan. Membantu lens untuk lebih fokus berbanding jenis conventional screwdriver. " Okay. Act natural!". Klik. " Superb! Once more". Klik. " I want you to pl…." Bum. Bunyi ‘ sesuatu’ jatuh. Semua mata berpaling. Mata terarah pada sumber bunyi tersebut tercetus. " Lu orang buat apa nie? Masuk tempat gua tak bagi pengeras", kipas angin yang digunakan sebagai efek tersadai di kaki motor. " Entahlah Apek! Kurang moral dia orang nie. Mesti masa underage dulu tak pernah pergi pusat juvenile nie" sambut seorang lagi lelaki yang berambut oren Sunkist. " Eh, kau orang nak buat apa nie? Jangan buat kacau dekat sinilah!" marah Fadil selaku seorang ketua bahagian fotografi. " Wargh! Big boss angin beb! Takutnya gua. So scared! Whuuuuuu…" perli seorang lagi lelaki yang sudah turun dari motor. " Eh, you nak buat apa nie sayang? Call for help? Call police? Why don’t you use your screaming voice for help?", tangan lelaki yang berlagak ketua tadi merampas telefon salah seorang Finer perempuan yang kalut mencari telefonnya tadi. " Whutt, gua rasa lu kena bagi booster arh nak suruh minah nie menjerit. Kalau lu tak boleh nak bagi ubat, gua boleh tolong paskan formula vaksin untuk lu. Hahahaha…", lidah menjelir keluar. Menjilat bibir. " Kau orang nak apa nie? Duit?" soal Fadil. Finer perempuan tadi dia tolak ke tepi, ke arah krew lain. Tidak mahu salah seorang dari pekerja bawahannya diapa-apakan. " Lu nie apa hal? Gua tengah steam nie" marah lelaki tadi menolak Fadil. Dengan sekali tolakan, Fadil jatuh ke belakang. " Mamat lembik macam lu ada hati nak jadi hero? Sunat pun belum! Hahahha…" gelak lelaki yang bernama Whutt. " Geng, yang lu orang nak gaduh sebab perempuan cekeding tue asal? Tue tengok ayam fresh dari freezer dekat belakang tue" laung seorang lagi lelaki yang tadinya diam. Mata terarah ke arah Honey yang berdiri di belakang Lan. Menyorokkan diri. " Honeylah beb! Nie yang gua rasa macam kena kencing manis nie" jerit satu lagi lelaki yang sedang asyik mengunyah chewing gum. Sengih. Menampakkan gigi kuning+bibir hitam= perokok tegar. Chewing gum diludah ke tanah. Honey dihampiri. " Muah…", tangannya cuba memegang rambut Honey yang separas bahu tapi cepat dihalang Lan. Tangan lelaki tadi dipegang. " Lu jangan bagi gua hot" ugut lelaki tadi sambil menarik tangannya kembali. " Kalau kau orang nak duit, cakap jer lah. Tak payah mengemis macam nie" sindir Lan. Honey terus bergegas menghampiri budak-budak Finer lain. " Kurang ajar!" marah lelaki tadi. Satu tumbukan dilepaskan ke perut Lan sebelum sempat dia mengeluarkan duit dari dompetnya. Bush. Lan terdorong ke belakang. Mengundur beberapa langkah sebelum berhenti. Muka dihala ke depan. " Kau orang nak cari pasal ke?" soal Lan. Sinikal. Bush. Satu lagi tumbukan dilepaskan ke muka Lan. Kali ini dari Whutt. Tumbukan yang agak kencang itu menyebabkan Lan jatuh terduduk. Bibir yang berdarah dikesat dengan hujung jari. " Kau….". Belum sempat Whutt menghabiskan ayatnya dia sudah diserang dari belakang. Di saat dia berpaling ingin membalas tendangan tadi, satu spin tornado kick dihadiahkan. Tepat ke mukanya. Tendangan yang penuh bertenaga itu menyebabkan Whutt berpusing sebelum jatuh ke tanah. " Kau!?", jari telunjuk di tunding ke muka lelaki yang tiba-tiba menjatuhkan Whutt. " Pe?". Kasar. Jari telunjuk di depannya dipusing. Lelaki tadi menjerit meminta dilepaskan. " Blah!", tangan memegang kamera yang seberat 2 KG. Seolah-olah ingin menghempas kepala mereka dengan kamera seberat itu. Tanpa sesaat dilepaskan, lelaki-lelaki ‘ Gua, Lu’ sudah jauh meninggalkan mereka. Yang tinggal hanyalah asap motor. " Ryu!" jerit krew fotografi dibelakang. Tanda terima kasih. Maklumlah, tempat fotografi mereka yang tersorok menyukarkan orang sekitar tahu mereka diganggu. Sudah tentu kehadirang ‘Ryu’ menyelamatkan keadaan. " No harm done, guys!" laung Illa sambil mengangkat kedua-dua tanganya ke udara. Sengih. Tangan dihulur ke bawah. Membantu Lan bangun. " Kenapa kau tak belasah dia orang tadi?", pakaian Lan ditepuk. Menghilangkan debu. " Belasah? Mana aku tahu cara nak tumbuk+tendang=gaduh dengan orang", kamera di tangan Illa dirampas. " Pegang pun tak betul. Kalau jatuh, siap kau!", jari telunjuk ditunding ke dahi Illa. " What? Kau bukan kaki gaduh? Dah yang kau berlagak macam Popeye nak lawan dengan Bluto tadi apa kes?", kepala digaru. " Lunch tadi aku makan spinach kot". Tenang. " Spinach? Eh, lunch pun ada orang makan ulam juga ke? Spinach tue ulam jugakan? Kan?" soal Illa. " Shushhh", kepala Illa dilukut. Cepat-cepat Illa menutup mulutnya. Sengih. " Ryu, kau ambil alih tempat aku" arah Lan. Kamera tadi diserah kembali pada Illa. " Okay", diri Lan ditolak ke tepi. Dia berdiri di tempat Lan. " ‘Tempat’ as a fotografer for today not ‘tempat’ where I standing. Faham?", hujung topi Illa ditepuk. " Ooo…patutlah. Aku pun rasa pelik masa kau suruh tadi. Tapi ak…eh, kejap! Cup, cola-cola kejap. Rewind balik kau cakap apa tadi?"- Telinga aku nie macam dengar dia suruh aku ambil gambarlah hari nie? Tapi takkan kot. Nie mesti telinga aku yang salah maklumat nie sebab kena cover dengan rambut. " Kau ingat aku nie siaran Astro ke ada ulang siar? Tangan kanan aku terkehel sebelah masa jatuh tadi. Payah aku nak handle kamera" ujar Lan. Kaki melangkah pergi.
Gulp! Ambil gambar? Kenapa aku rasa tetiba jer taman nie black-out? Tapi taman ada ke suis lampu? Ke aku yang black-out? Mampus! Huhhuhuhu…
p/s: hehehhe. nape sume tny sal rslt nie? wat malu jer. doa2 arh biar sy lepas interview UMMC erk? coz x taw lepas ke x saringan awl. and, tq again for read this contengan. 0nce again, comment everything u wanna say about this story.>_<
" Bukak dah! Tengok la nak tengok sangat. Ha picit sekali kalau tak puas hati lagi!" akhirnya Zack terpaksa mengalah dengan paksaan polis wanita itu.
" Eh, buat apa awak tarik-tarik tangan saya nih?!" Marah pegawai polis garang tadi dengan perbuatan Zack yang secara tiba-tiba menarik-narik tangannya.
" Cik kak kan nak tahu and siasat saya ni perempuan ataupun tak kan? Sekarang ni saya bagi peluang, rasa lah asli ke tak! Bukan selalu saya bagi peluang macam ni nih! Puan orang yang pertama lagi! Cepat lah sebelum tawaran ditutup. Akak pulak tak nak cuba sekali??" Tanya Zack sambil memandang ke arah seorang lagi anggota polis yang agak diam dari tadi.
" Ha??" Polis itu terkejut macam babun lepas beranak. Mukanya memerah secara tiba-tiba.
Zack tersenyum comel melihat aksi polis wanita diam tu sambil tangannya memegang tangan polis garang tadi, cuba dirapatkan pada dadanya, namun polis wanita garang itu menarik-narik tangannya kembali.
" Dah cukup bukti ke, cik kak? Bukan ke nak pastikan betul-betul sesuatu tu kita kena buat pemerhatian dan eksperimen 3 kali? Kena picit-picit, tenung-tenung.." Kata Zack sambil membuat aksi seperti yang dikata.
" Cut it off! Awak boleh keluar sekarang!" Hua hua. Best giler kenakan dia!
" Betul kan saya perempuan, cik puan?" Tak puas hati lagi tu.
" Ye! Dah! Jangan biar saya tengok muka awak lagi!" Fuyyo! Takutnye.. Gila dahsyat bengang dia! Polis wanita yang agak diam itu pun mengiring Zack keluar dari bilik itu selepas Zack mengenakan kembali pakaiannya.
" Akak takde nombor telefon? Saya suka sangat tengok akak. Comel! Body pun, wow! First class!" Kata Zack sambil mengangkat keningnya. Kalah Ziana Zain!
" Eh??" Polis wanita itu pucat dan mula membuat muka seram melihat Zack. Gila agaknya budak ni!
Wahaha! Jahatnya aku! Namun, Zack cuma membuat muka selamba, padahal dalam hati, dah nak meletup kerana tak tahan geli hatinya.
" Dia memang perempuan, sarjan."
" Okay, terima kasih. Duduk. Apa masalah awak sebenarnya?"
" Beg saya hilang. Semua barang kena curi. Handphone, I.C.."
" Bila hilang? Dekat mana? Kenapa lambat buat laporan?" Soal pakcik polis itu bertubi-tubi. Zack jugak yang pening nak menjawab.
" Satu-satu la, tuan." Amboi! Budak ini.. Banyak cakap pulak!
" Kenapa tak hubungi mak ayah awak?"
" Sebab otak saya bengap, tuan."
" Apa kena mengena pulak?"
" Nombor nak call diorang saya tak ingat, tuan."
" Siapa parents awak?"
" Ayah saya Dato" Mu.."
" Dato"??"
" Ye, tuan. Saya anak Dato" Muhammad bin haji Samsuddin a.k.a Dato" Misai Putih dok dekat Perak."
" Dato" Misai Putih?? Kenapa macam pelik je?" Polis itu mengusik-ngusik hujung misainya sendiri. Sebijik macam A. Galak dalam Gerak Khas huhu.
" Haa memang pelik! Sebab saya yang bagi nama Misai Putih tu, hua hua! Sedap kan, pakcik A. Galak?" Zack ketawa kuat di depan polis tersebut. Namun selepas dijeling tajam, dia pun menekup mulutnya.
" Adei, aku cepuk jugak kang budak ni! Sesedap jiwa raga dia nak panggil aku A. Galak. Pakcik pulak tu! Aku muda lagi la! And yang paling penting, aku hensem 17 persen daripada A. Galak! Tinggal tak seglamer dia je lagi. Che! Perasaan gile perasan sudah datang. Huhu." Polis itu berbisik di dalam hati dan tergelak sendiri.
" Baik awak cakap betul-betul."
" Betul tak tipu. Dia ada syarikat. Nama syarikat tu, Wellbeing Enterprise." Zack mengangkat tangannya seakan orang bersumpah.
" Kejap, saya cek." Pegawai polis itu mengeluarkan buku tebal yang menyimpan pelbagai nombor telefon. Senang cerita namanya Yellow Pages la. Dia bercakap sebentar dengan seseorang, kemudian bercakap pula dengan seorang yang lain.
" Papa!" Zack dengan rakusnya menyambar telefon yang dipegang oleh polis itu dan menjerit kuat. Pakcik polis tu pun tak habis bercakap lagi, tak menyempat betul budak nih! Semua mata memandang ke arahnya.
" Papa! Ni Zack! Papa kena cancelkan semua kad kredit, kad-kad bank and semua yang berkait dengan Zack secepat mungkin, sebelum papa jatuh bankrap! Ala tapi papa, Zack nak duduk kat sini. Tak nak balik lagi. Nak mintak papa hantarkan salinan I.C, lesen kereta, result.. haa senang cerita mintak mama lah uruskan. Kalau takde semua tu, kering Zack kat sini, papa. Haa, Okay cantikk! Sayang papa and mama! Muahh muahh, bye papa my love!" Pap gagang telefon diletak secepat mungkin selepas dia habis bercakap.
" Alamak! Telefon ni boleh redial tak, tuan?"
" Hah, kenapa pulak lagi?"
" Lupa nak beritahu papa saya ada dekat mana, he he." Kata Zack sambil menggaru-garu belakang kepalanya dan membuat muka innocent, innocent la sangat.
" Sengal betul budak nih!" Pakcik polis itu berbisik di dalam hati sambil menekan butang redial pada telefon di situ dan memberikan gagangnya kepada Zack.
" Bang Din! Mintak nombor handphone abang! Nanti senang kalau ada apa-apa mak ayah Zack nak contact!" Selepas mendapatkan nombor handphone abang Din, Zack bergegas ke dalam balai kembali. Selepas beberapa ketika, dia pun keluar.
" Beres, bang! Jom gerak! Eh? Dah nak dekat asar la bang! Ada surau tak dekat-dekat sini?"
" Solat kat rumah jela, Zack."
Adei. Aku nak solat kat ceruk mana kat rumah dia?? Ceruk Tok Kun? Telekung pun takde! Takkan aku nak jadi fully occupied as a guy kot?? Cari nahas!
" Ala, bang ni! Dekat surau kan lebih AFDHAL gitu!" Tergeliat lidah aku huhu.
" Em yelah kalau macam tu. Jom pergi surau. Masjid pun ada. Tapi jauh sikit la dari rumah."
" Mana pun jadi, bang!" Cantekk!
Sesampainya di surau, Zack kembali pening. Kejadian-kejadian lepas membuatnya berfikir 43 kali bagaimana nak menyeludup masuk kan dirinya ke dalam tempat solat wanita? Yeah! Idea! Ni la gunanya otak geliga + bengap hua hua! Zack ketawa jahat.
" Apesal gelak tiba-tiba ni, Zack?" Hairan bebenar abang Din melihat Zack. Terlepas dari hospital sakit jiwa mana budak ni??
" Takde pape, bang! Saya pergi tandas kejap! Abang masuk dulu, okay?"
Bang Din mengangguk. Dia pun berlalu ke dalam surau. Di dalam tandas LELAKI, Zack pun membuka bengkungnya. Tinggallah singlet sahaja yang melapik. Kemudian, dengan perlahan-lahan dia membuka pintu. Lepas jenguk kiri kanan, line clear, dia pun berjalan terhendap-hendap dengan lagak pencuri tak bertauliah itu, akhirnya selamatlah dia sampai ke tempat wudhu" wanita. Fuh!! Semput mak datuk aku! Berdebar giler! Takut kena sergah kenapa aku masuk tandas lelaki! Mahu gugur jantung aku yang comel ini, huhu perasan lagi!
Cewah! Dengan mendadanya, dia berjalan masuk ke dalam bilik wudhu" wanita. 2 bukit di depan ni, bukti aku PEREMPUAN, huhu. Geli rasa hatiku menyebutnya huhu. Setelah selesai semuanya, tanpa diattact lagi, Zack pun keluar menuju ke tempat parkir motor cabuk abang Din.
" Kenapa tak nampak pun Zack solat tadi? Lama pulak tu?"
" Ada. NUN di belakang! Biasalah bang. Jama" tak qasar!" jawabnya dengan muka dek. Disebabkan masuknya waktu solat asar dah tak lama dah lagi, tu yang membuatkan Zack menunggu hingga azan asar. Senang sikit, pada fikirannya lah. Zohor lewat giler, asar awal giler la pulak solatnya. Tapi, kan ke solat pada waktunya lebih AFDHAL gitu? Huhu.
" Naik cepat. Abang nak kena gerak pergi kedai dah ni!"
" Okay, bang!" Hatinya ceria selepas solat. Mesti orang hairan, kenapa aku beria-ia nak solat, padahal tudung pun tak pakai, acting jadi lelaki lagi! Aku ni, bukan tak nak pakai tudung, tapi ada sebab kenapa aku jadi macam ni.
** Cerita ini hanya rekaan semata-semata. tiada kait mengait dengan yang hidup atau mati. terima kasih atas sokongan para pembaca. saya amat menghargainya, terima kasih! Salah silap dalam karya saya harap dimaafkan. Enjoy reading!
Kedengaran suara azan Isyak berkumandang di udara. Aku masuk ke dalam rumah. Aku duduk di hadapan peti televisyen namun fikiranku menerawang entah ke mana. Kak Yanie, sepupuku menggamitku untuk menjamah makanan di dapur. Aku berjalan lemah menuju ke meja makan di dapur. Tersedia makanan di atas meja namun tiada selera untuk aku menjamahnya. Sebenarnya dari semalam lagi aku tidak mengisi perutku. Akhirnya aku memanggil mak dan bapaku untuk makan malam. " Mak dan bapa makanlah. Masih kenyang lagi ni", aku memberitahu mak kerana aku tahu mesti mak akan mengajakku untuk makan sekali bersama-sama mereka. Aku mengautkan nasi ke pinggan mak dan bapaku. Lalu aku mengambilkan mereka air minum. Aku keluar lagi ke halaman rumah. Lampu jalan yang berwarna kuning agak suram cahayanya seakan-akan faham dengan mendung yang telah berlabuh dalam hidupku ini. Entah berapa lama ketika aku sedang asyik termenung melayang fikiranku ke mana-mana aku telah dikejutkan dengan suara seseorang memberi salam di luar pagar. " Wa’alaikumsalam…eh Pam, pakcik dan makcik masuklah. Mak, bapa dan Makcik Jenab ada di dalam ", kataku menyambut salam seraya membuka pintu pagar dan menjemput Pam dan kedua orangtuanya masuk ke dalam. Mataku dapat menangkap sebotol air putih yang di isi di dalam bekas air mineral di bawa oleh Imam Lamit. Kedua ibubapa Pam segera masuk ke dalam dan menemui mak, bapa dan Makcik Jenab. Pam pula terus mendapatkan aku dan kami duduk di kerusi di halaman rumah. Pasti air tu air doa untuk aku, bisikku dalam hati. Sementara mereka sedang berbual di dalam, aku pula menghadap Pam yang bertubi-tubi menyoalku mengenai masalah yang aku alami. " Ya Allah Nor kenapa sampai macam tu sekali kisah kau ni. Lama aku tak bertemu dengan kau alhi-alih aku dengar cerita ni dari bapa aku. Mananya aku tak terkejut beruk", Pam memegang pundakku setelah aku menceritakan semuanya dari A sampai Z. Aku tersengih. Perit. " Mujur kau tak jadi beruk pula kan?", Aku dengan selamba membalas kata-kata Pam. Pam menepuk bahuku. " Kau ni dah jadi macam ni pun masih boleh bergurau lagi. Eh…seriously bapa aku sudah sediakan kau ubat penenang hati. Kau baca selawat tiga kali kemudian niat dalam hati untuk lupakan Rosmin tu. Bukan kami tak suka dengan dia tapi sekurang-kurangnya kau boleh lupa dengan masalah kau ni untuk menenangkan perasaan kau sekarang ni", Pam menjelaskan dalam nada memujukku supaya aku ikut apa kata mereka. Aku mengangguk namun di hatiku aku enggan melupakan orang yang amat aku sayangi. Pam menggenggam tanganku. Kehangatan telapak tangannya tidak mampu menghangatkan perasaanku yang sudah Seperti tidak bernyawa ini. Hanya detak jantung menyebutkan nama Rosmin saja yang mampu membuatkan nadiku tetap berdenyut dan membuatku kembali bersemangat untuk hidup walaupun akal fikiranku banyak mendorongku untuk menamatkan semuanya tetapi aku gagahi jua demi Rosmin. Aku dan Pam masuk ke dalam rumah kerana Makcik Jenab telah membuatkan minuman kepada tetamu di rumah itu. Imam Lamit dan isterinya serentak memandangku sejurus sahaja kelibatku masuk ke dalam rumah itu. Makcik Jenab menyuruhku menuangkan minuman ke dalam gelas untuk diberikan kepada tetamu dan ibubapaku. Aku patuh. Selesai menuang, aku berlalu untuk ke bilik. Menghindari mata-mata yang menghakimi aku. Tanpa aku sedari, Pam mengekorku dari belakang. Tersentak aku apabila aku berpaling ke belakang ada kelibatnya di belakangku. Pam senyum. Aku pun senyum. Aku membuka beg pakaianku serta pakaianku yang masih termuat di dalam beg plastic kerana aku tidak sempat melipat pakaianku. Aku sumbat saja semunya di dalam beg plastic ketika aku mengemaskan barang-barangku sewaktu keluar dari rumah sewaku pagi tadi. Pam membantuku. Aku membiarkan saja. Tak ada kuasa untuk aku berkata-kata. Mulutku terkunci sepanjang mengemas barang-barangku dan melipat pakaianku. Sedang aku asyik melipat aku ternampak singlet milik Rosmin di celah-celah pakaianku. Lalu aku ambil dan aku cium singlet itu. Serentak dengan itu pecah lagi kolam airmataku yang sudah tidak kenal erti jemu untuk merembeskan air-air bening dari kolamnya. Masih melekat lagi bau badan Rosmin di singlet itu. Betapa aku rindu padanya. Pam tergamam dengan tindakanku yang agak mengejutkan itu. Dia terus mendapatkanku dan mengusap belakangku. Berusaha untuk menenangkanku. " Nor…sudahlah tu. Sabarlah ya. Ini dugaan Tuhan. Kau bertenang saja ok. Jangan diingat lagi nanti memakan diri", Pam berusaha memujukku. Tangisanku makin kuat. Bahuku terhenjut-henjut. Pam menarik mukaku dan mengelap airmataku. " Dahlah tu. Bengkak dah mata engkau ni. Please jangan menangis lagi. Aku tak tahan melihat kau memendam rasa sebegini", ada getaran di hujung nada suara Pam. Pasti dia juga sedih melihat keadaanku seperti hilang nyawa. " Tak apalah Pam. Terima kasih sebab kau memahami perasaanku tapi walau apapun terjadi aku takkan melupakannya Pam. Mungkin kau tidak berada di tempatku jadi sukar untuk kau merasai apa yang aku rasa. Tapi andai kau berada di tempatku pasti kau pun sama macam aku juga Pam", dalam kepayahan aku bersuara. Pam membuka cermin matanya dan mengelap airmatanya yang bergenang di hujung kelopak mata. " Aku kenal kau Nor. Kita sudah lama kenal. Aku tau kau seorang yang penyayang tapi adakala kita terpaksa melepaskan seseorang itu kerana dia bukan ditakdirkan untuk kita. Aku rindu Nor yang dulu. Yang ceria, yang periang dan yang kuat. Aku rindu…", Pam duduk berteleku di hadapanku. Aku mengangkat wajahku. " Pam thanks ya…tapi kali ini aku sukar untuk melepaskannya kerana aku sayang dia setulus hatiku. Kau tahu juga dulu bagi aku lelaki ibarat baju yang aku tukar ganti tanpa aku memikirkan perasaan mereka. Sekarang ini aku sudah dapat balasannya. Sekarang aku telah sehabis nyawa menyayangi lelaki ini tetapi dia milik orang. Aku juga telah menghilangkan kepercayaan yang telah diberikan kepada diriku. Semua ini memang salah aku Pam", aku menangis semahu-mahunya. Aku tekup mukaku dengan kedua belah telapak tanganku. Ketukan di pintu mengejutkan aku. Pantas aku menghapus airmata yang masih bersisa di pipiku. Begitu juga Pam. Aku buka pintu bilik dan terpacul wajah Makcik Jenab di muka pintu dan di tangannya terdapat botol berisi air doa itu. " Nor…air ni untuk diminum. Sebelum tu baca selawat tiga kali dan berdoa semoga tenang jiwamu dan semoga kau boleh lupakan dia. Selepas tu air ni kau campur dalam air mandian kau. Setelah membersihkan badan air ni kau campurkan dan sama juga, kena baca selawat tiga kali dan doa semoga tenang fikiran dan lupakan dia", Makcik Jenab menyerahkan botol itu kepadaku. Aku menyambutnya dengan hati yang berat. " Pam, emak kau dah panggil nak suruh balik", sambung Makcik Jenab lagi. Aku bersalaman dengan Pam dan memeluknya. Pam menyalami Makcik Jenab sambil meminta izin untuk pulang ke rumah. Aku terperuk di sisi katil milik Makcik Jenab. Makcik Jenab tidak menyedari perbuatanku kerana dia membelakangiku. Berat sungguh hatiku melakukan apa yang disuruh terutama sekali part melupakan Rosmin. Benda ini yang sukar untuk aku lakukan kerana hatiku masih sayang dengannya. Aku membiarkan sahaja botol itu. Aku letak di atas almari pakaian Makcik Jenab. Aku tidak ingin melihatnya. Tanganku laju menaip sms kepada Rosmin untuk memberitahunya tentang perkara ini. Tetapi malangnya kreditku tidak mencukupi. Kedai pula sudah tutup pada waktu-waktu begini. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Ah, jam 9.30 malam. Melepas. Kedai-kedai di taman perumahan di kawasan tempat tinggal Makcik Jenab itu tidak beroperasi selepas jam 9.00 malam. Aku ‘save’ mesej itu di dalam folder draft di dalam telefon bimbit jenama Nokia 5200 milik Rosmin yang telah diberi keizinan dari Rosmin kerana telefon bimbitku jenama Motorola L6 rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Aku mencapai tuala dan menuju ke kamar mandi yang tidak jauh dari bilik Makcik Jenab untuk membersihkan badan kerana dari semalam aku tidak mandi. Keadaanku betul-betul tidak terurus. Aku mandi dan selesai mandi aku terus menyalin pakaian dan pergi ke ruang tamu untuk tidur. Aku membawa sekali baju singlet milik Rosmin yang aku jumpai tadi ketika melipat pakaianku di dalam bilik Makcik Jenab semasa keberadaan Pam. Aku ternampak mak dan bapaku sudahpun tertidur di atas permaidani di tengah-tengah rumah. Aku baring di sebelah mak. Mak sudah lena. Aku tidak dapat melelapkan mata. Ingin aku menghantar sms kepada Rosmin tetapi aku kehabisan kredit. Aku pusing kiri dan kanan. Aku melihat kembali gambar-gambar kenangan aku bersama Rosmin ketika masih bersama. Masih bersisa lagi airmataku. Aku kawal diriku agar tidak terdengar esakkanku. Dan entah bagaimana aku tertidur malam itu aku pun tidak mengingatinya.
"Hei bro kenapa ni, monyok aja rupanya, ditinggalkan buah hati ke?" Sapaan Khairil diikuti dengan gelak kawan-kawannya tidak diendahkan. Adi Hamidi menarik kerusi kosong bersebelahan dengan Hamid. Kepalanya berserabut. "Mari minum dulu sejukkan hati tu." Khairul meminta pelayan bawakan segelas teh tarik untuk Adi Hamidi. Khairul kehairan bilamana Adi Hamidi masih lagi tidak bersuara, dia memandang rakannya Hamid yang masih tersengih sambil mengangguk sedikit kepala yang juga kehairanan. Sejurus seorang pelayan lelaki membawakan segelas teh tarik untuknya, Adi Hamidi mengambil dan meneguk dengan rakus. Mulanya dia gembira dengan berita orang tuanya akan berangkat ke Mekah, namun dalam gembira terselit pahitnya. "Mak ngan ayah aku nak ke Mekah.." "Eh berita baik ni. Ok lah tu tercapai juga hajat orang tua kau nak ke Mekah. Apa yang kau nak susahkan sangat, takkan lah tak boleh langsung berpisah dengan orang tua, asyik nak duduk dicelah ketiak mak aja." Hamid mencelah tanpa sempat Adi menyudahkan ayatnya. "Isk.. engkau ni bagilah aku habis cakap dulu." Adi Hamidi mula menampakkan reaksi kurang senangnya apabila cakapnya dipotong. "Ok..ok..sorry..sorry". Hamid meminta maaf sambil mengangkat kedua tangannya. Adi Hamidi masih lagi diam membisu. Matanya memandang ke seberang jalan. Melihat kenderaan bertali arus menuju ke destinasi yang tidak diketahuinya. Khairul dan Hamid masih lagi sabar menunggu. Adi Hamidi tidak akan macam ni jika tiada perkara yang menyerabutkan fikirannya. "Mak aku suruh kahwin.." Adi Hamidi bersuara setelah beberapa lama terdiam tadi. "Kah..kah…"pecah derail tawa dari rakan-rakannya mendengar ayat yang keluar dari mulutnya. Benarkan Adi Hamidi yang berada dihadapan mereka kini. "Kau orang gelak lah puas-puas. Dah lah aku nak balik. Tidur lagi baik lah dari dengar kau orang ketawa ni." Adi Hamidi bingkas bangun namun tangannya sempat dipegang oleh Hamid. "Hei duduk lah dulu bro, kau ni Adi hal itu pun nak kecil hati." Hamid memujuk Adi. "Habis kau orang ketawa tak ingat dunia. Aku dalam masalah kau orang boleh gelak-gelak lagi." Suaranya sedikit meninggi,tanda kurang senang dengan kelakuan kedua-dua rakannya tadi. "Apa yang susahnya bro, kau kan ramai teman wanita. Pilih aja mana yang kau berkenan. Tak susah pun." Saran khairul bila dia melihat Adi Hamidi semakin sejuk sedikit. "Kau kan tahu aku dengan perempuan-perempuan tu semua hanya suka-suka takde yang serius pun, jauh sekali aku nak jadikan bini. Senang nak dapat beb!" Balas Adi, menguak rambutnya yang sedikit terjuntai kedepan. "Kau tahu tak, mak aku siap bagi syarat lagi. Dia cakap bawak lah mana-mana pun calon yang aku suka, tapi kalau ayah aku tak setuju gagallah jawabnya. Dah la bagi masa sebulan. Kalau aku takde calon pulak diaorang nak tolong carikan. Kalau aku nak bawak si Mimie, Wana, Casey tak payah susah-susah2 bawak jumpa mak ngan ayah aku, jumpa adik aku pun dah memang segera direjeknya."ulasnya panjang lebar. "Betul juga kata kau tu Adi. La ni aku rasa baik kau serahkan aja pada mak ngan ayah kau lagi senang habis cerita, tak payah duk pening-pening fikir cari calon."Hamid memberi cadangan. "Kau kan tahu aku ni masih belum terbuka lagi dengan perempuan, takkan korang tak ingat macam mana Azlin buat pada aku dulu, setengah mati aku sayang dia alih-alih dia dengan jantan lain. Sampai sekarang aku tak pernah anggap cinta perempuan tu suci kau tahu." Adi Hamidi meluahkan rasa hatinya. "Eh… hal tu kan dah lama Adi. Tak semua perempuan macam tu. mana lah tahu calon yang ayah ngan mak kau cari ni memang sesuai untuk kau." Khairul memujuk Adi Hamidi yang masih dalam kebingungan.
Adi Hamidi pulang ke rumah dengan wajah yang kelat, hatinya dirundum resah. Kata-kata ayahnya yang berbaur arahan itu terpaksa dituruti. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Walaupun kata-kata ayahnya seakan arahan, namun dia masih bersyukur sekurang-kurangnya ayahnya masih bersifat terbuka dengan menyuruhnya memilih sendiri calon isteri namun dia juga akur dengan kata ayahnya jika ayahnya tidak berkenan dengan pilihannya, mereka sendiri yang akan carikan untuknya. "Mana pulak aku nak cari calon isteri ni? Malas betullah nak fikir. Aku mana lah ada calon yang sesuai. Yang aku bawak kehulu kehilir tu takkan nak dijadikan isteri. Tak sesuai langsung arr." Dia merebahkan diri diatas tilam empuknya, kepalanya ligat memikirkan kata-kata ayahnya, badannya berpusing ke kiri dan kanan, dia tidak menyangka secepat itu ayahnya mahukan calon isteri untuknya. "Takkan aku nak jadikan Mimie isteri aku? Tak masuk akal lah. Dah tentu awal-awal kena reject ngan mak. Hiss..susahnya." Adi Hamidi tertidur dalam keletihan memikirkan calon isteri.
Pn. Suzi sedang membawa sarapan pagi ke meja makan, ketika Adi Hamidi sedang menuruni tangga. Gaya jalannya seperti orang yang tak bermaya. Murni yang melihat kelibat abangnya yang sedikit monyok tersensgih lucu. "Hai abang, pagi-pagi lagi muka macam orang mati bini aja ni. Kenapa?" Sengihannya masih lagi tidak berkurangan, lagipun jarang sekali dia melihat muka abangnya seperti hari ini. Abangnya sentiasa ceria. Inilah peluang untuk mengenakan abangnya. Selama ini dia tak berpeluang. Masa inilah yang sesuai dan tepat. "Dah tahu tanya lagi". Jawab Adi Hamidi acuh tak acuh. Dia menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Murni. Pn Suzi yang melihat gelagat kedua-dua anaknya menggelenkan kepala. Dia tahu kenapa anak lelakinya berperangai macam itu. Dia senyum sediri dan berlalu ke dapur. "Siapa pulak yang malang dapat abang ni yea. Kesian. Tapi kan bang, setahu Murni mak ngan ayah tak pernah lagi buat majlis kenduri kahwin untuk abang. Abang kahwin kat Thailand ka?" Bibirnya semakin lebar tersenyum, dia masih mahu menyakat abangnya. Murni menyenduk nasi goreng yang masih berasap kedalam pinggan abangnya. Adi Hamidi hanya menjeling mendengar usikan Murni. "Yea lah tu. Dah! makan cepat. Tak pasal-pasal pergi sekolah jalan kaki nanti." Arahnya bilamana dia merasakan Murni makin galak mengusiknya. Adi Hamidi hanya meneguk air nescafe kegemarannya, dia tiada selera untuk makan. Murni yang mendengar arahan abangnya segera mengunyah nasi goreng. Takut juga dengan ugutan abangnya. Tak pasal-pasal berjalan kaki ke sekolah nanti. Walaupun jarak sekolah dari rumahnya cuma 1.5 km. Kalau berjalan kaki lambat pulak dia masuk ke kelas nanti. Lagipun ayah atau abang akan menghantarnya ke sekolah. Hari ini mata pelajaran pertama pembelajaran adalah Sejarah. Subjek kegemarannya. Dia tidak mahu ketinggalan nanti.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei