Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kedengaran suara azan Isyak berkumandang di udara. Aku masuk ke dalam rumah. Aku duduk di hadapan peti televisyen namun fikiranku menerawang entah ke mana. Kak Yanie, sepupuku menggamitku untuk menjamah makanan di dapur. Aku berjalan lemah menuju ke meja makan di dapur. Tersedia makanan di atas meja namun tiada selera untuk aku menjamahnya. Sebenarnya dari semalam lagi aku tidak mengisi perutku. Akhirnya aku memanggil mak dan bapaku untuk makan malam. " Mak dan bapa makanlah. Masih kenyang lagi ni", aku memberitahu mak kerana aku tahu mesti mak akan mengajakku untuk makan sekali bersama-sama mereka. Aku mengautkan nasi ke pinggan mak dan bapaku. Lalu aku mengambilkan mereka air minum. Aku keluar lagi ke halaman rumah. Lampu jalan yang berwarna kuning agak suram cahayanya seakan-akan faham dengan mendung yang telah berlabuh dalam hidupku ini. Entah berapa lama ketika aku sedang asyik termenung melayang fikiranku ke mana-mana aku telah dikejutkan dengan suara seseorang memberi salam di luar pagar. " Wa’alaikumsalam…eh Pam, pakcik dan makcik masuklah. Mak, bapa dan Makcik Jenab ada di dalam ", kataku menyambut salam seraya membuka pintu pagar dan menjemput Pam dan kedua orangtuanya masuk ke dalam. Mataku dapat menangkap sebotol air putih yang di isi di dalam bekas air mineral di bawa oleh Imam Lamit. Kedua ibubapa Pam segera masuk ke dalam dan menemui mak, bapa dan Makcik Jenab. Pam pula terus mendapatkan aku dan kami duduk di kerusi di halaman rumah. Pasti air tu air doa untuk aku, bisikku dalam hati. Sementara mereka sedang berbual di dalam, aku pula menghadap Pam yang bertubi-tubi menyoalku mengenai masalah yang aku alami. " Ya Allah Nor kenapa sampai macam tu sekali kisah kau ni. Lama aku tak bertemu dengan kau alhi-alih aku dengar cerita ni dari bapa aku. Mananya aku tak terkejut beruk", Pam memegang pundakku setelah aku menceritakan semuanya dari A sampai Z. Aku tersengih. Perit. " Mujur kau tak jadi beruk pula kan?", Aku dengan selamba membalas kata-kata Pam. Pam menepuk bahuku. " Kau ni dah jadi macam ni pun masih boleh bergurau lagi. Eh…seriously bapa aku sudah sediakan kau ubat penenang hati. Kau baca selawat tiga kali kemudian niat dalam hati untuk lupakan Rosmin tu. Bukan kami tak suka dengan dia tapi sekurang-kurangnya kau boleh lupa dengan masalah kau ni untuk menenangkan perasaan kau sekarang ni", Pam menjelaskan dalam nada memujukku supaya aku ikut apa kata mereka. Aku mengangguk namun di hatiku aku enggan melupakan orang yang amat aku sayangi. Pam menggenggam tanganku. Kehangatan telapak tangannya tidak mampu menghangatkan perasaanku yang sudah Seperti tidak bernyawa ini. Hanya detak jantung menyebutkan nama Rosmin saja yang mampu membuatkan nadiku tetap berdenyut dan membuatku kembali bersemangat untuk hidup walaupun akal fikiranku banyak mendorongku untuk menamatkan semuanya tetapi aku gagahi jua demi Rosmin. Aku dan Pam masuk ke dalam rumah kerana Makcik Jenab telah membuatkan minuman kepada tetamu di rumah itu. Imam Lamit dan isterinya serentak memandangku sejurus sahaja kelibatku masuk ke dalam rumah itu. Makcik Jenab menyuruhku menuangkan minuman ke dalam gelas untuk diberikan kepada tetamu dan ibubapaku. Aku patuh. Selesai menuang, aku berlalu untuk ke bilik. Menghindari mata-mata yang menghakimi aku. Tanpa aku sedari, Pam mengekorku dari belakang. Tersentak aku apabila aku berpaling ke belakang ada kelibatnya di belakangku. Pam senyum. Aku pun senyum. Aku membuka beg pakaianku serta pakaianku yang masih termuat di dalam beg plastic kerana aku tidak sempat melipat pakaianku. Aku sumbat saja semunya di dalam beg plastic ketika aku mengemaskan barang-barangku sewaktu keluar dari rumah sewaku pagi tadi. Pam membantuku. Aku membiarkan saja. Tak ada kuasa untuk aku berkata-kata. Mulutku terkunci sepanjang mengemas barang-barangku dan melipat pakaianku. Sedang aku asyik melipat aku ternampak singlet milik Rosmin di celah-celah pakaianku. Lalu aku ambil dan aku cium singlet itu. Serentak dengan itu pecah lagi kolam airmataku yang sudah tidak kenal erti jemu untuk merembeskan air-air bening dari kolamnya. Masih melekat lagi bau badan Rosmin di singlet itu. Betapa aku rindu padanya. Pam tergamam dengan tindakanku yang agak mengejutkan itu. Dia terus mendapatkanku dan mengusap belakangku. Berusaha untuk menenangkanku. " Nor…sudahlah tu. Sabarlah ya. Ini dugaan Tuhan. Kau bertenang saja ok. Jangan diingat lagi nanti memakan diri", Pam berusaha memujukku. Tangisanku makin kuat. Bahuku terhenjut-henjut. Pam menarik mukaku dan mengelap airmataku. " Dahlah tu. Bengkak dah mata engkau ni. Please jangan menangis lagi. Aku tak tahan melihat kau memendam rasa sebegini", ada getaran di hujung nada suara Pam. Pasti dia juga sedih melihat keadaanku seperti hilang nyawa. " Tak apalah Pam. Terima kasih sebab kau memahami perasaanku tapi walau apapun terjadi aku takkan melupakannya Pam. Mungkin kau tidak berada di tempatku jadi sukar untuk kau merasai apa yang aku rasa. Tapi andai kau berada di tempatku pasti kau pun sama macam aku juga Pam", dalam kepayahan aku bersuara. Pam membuka cermin matanya dan mengelap airmatanya yang bergenang di hujung kelopak mata. " Aku kenal kau Nor. Kita sudah lama kenal. Aku tau kau seorang yang penyayang tapi adakala kita terpaksa melepaskan seseorang itu kerana dia bukan ditakdirkan untuk kita. Aku rindu Nor yang dulu. Yang ceria, yang periang dan yang kuat. Aku rindu…", Pam duduk berteleku di hadapanku. Aku mengangkat wajahku. " Pam thanks ya…tapi kali ini aku sukar untuk melepaskannya kerana aku sayang dia setulus hatiku. Kau tahu juga dulu bagi aku lelaki ibarat baju yang aku tukar ganti tanpa aku memikirkan perasaan mereka. Sekarang ini aku sudah dapat balasannya. Sekarang aku telah sehabis nyawa menyayangi lelaki ini tetapi dia milik orang. Aku juga telah menghilangkan kepercayaan yang telah diberikan kepada diriku. Semua ini memang salah aku Pam", aku menangis semahu-mahunya. Aku tekup mukaku dengan kedua belah telapak tanganku. Ketukan di pintu mengejutkan aku. Pantas aku menghapus airmata yang masih bersisa di pipiku. Begitu juga Pam. Aku buka pintu bilik dan terpacul wajah Makcik Jenab di muka pintu dan di tangannya terdapat botol berisi air doa itu. " Nor…air ni untuk diminum. Sebelum tu baca selawat tiga kali dan berdoa semoga tenang jiwamu dan semoga kau boleh lupakan dia. Selepas tu air ni kau campur dalam air mandian kau. Setelah membersihkan badan air ni kau campurkan dan sama juga, kena baca selawat tiga kali dan doa semoga tenang fikiran dan lupakan dia", Makcik Jenab menyerahkan botol itu kepadaku. Aku menyambutnya dengan hati yang berat. " Pam, emak kau dah panggil nak suruh balik", sambung Makcik Jenab lagi. Aku bersalaman dengan Pam dan memeluknya. Pam menyalami Makcik Jenab sambil meminta izin untuk pulang ke rumah. Aku terperuk di sisi katil milik Makcik Jenab. Makcik Jenab tidak menyedari perbuatanku kerana dia membelakangiku. Berat sungguh hatiku melakukan apa yang disuruh terutama sekali part melupakan Rosmin. Benda ini yang sukar untuk aku lakukan kerana hatiku masih sayang dengannya. Aku membiarkan sahaja botol itu. Aku letak di atas almari pakaian Makcik Jenab. Aku tidak ingin melihatnya. Tanganku laju menaip sms kepada Rosmin untuk memberitahunya tentang perkara ini. Tetapi malangnya kreditku tidak mencukupi. Kedai pula sudah tutup pada waktu-waktu begini. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Ah, jam 9.30 malam. Melepas. Kedai-kedai di taman perumahan di kawasan tempat tinggal Makcik Jenab itu tidak beroperasi selepas jam 9.00 malam. Aku ‘save’ mesej itu di dalam folder draft di dalam telefon bimbit jenama Nokia 5200 milik Rosmin yang telah diberi keizinan dari Rosmin kerana telefon bimbitku jenama Motorola L6 rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Aku mencapai tuala dan menuju ke kamar mandi yang tidak jauh dari bilik Makcik Jenab untuk membersihkan badan kerana dari semalam aku tidak mandi. Keadaanku betul-betul tidak terurus. Aku mandi dan selesai mandi aku terus menyalin pakaian dan pergi ke ruang tamu untuk tidur. Aku membawa sekali baju singlet milik Rosmin yang aku jumpai tadi ketika melipat pakaianku di dalam bilik Makcik Jenab semasa keberadaan Pam. Aku ternampak mak dan bapaku sudahpun tertidur di atas permaidani di tengah-tengah rumah. Aku baring di sebelah mak. Mak sudah lena. Aku tidak dapat melelapkan mata. Ingin aku menghantar sms kepada Rosmin tetapi aku kehabisan kredit. Aku pusing kiri dan kanan. Aku melihat kembali gambar-gambar kenangan aku bersama Rosmin ketika masih bersama. Masih bersisa lagi airmataku. Aku kawal diriku agar tidak terdengar esakkanku. Dan entah bagaimana aku tertidur malam itu aku pun tidak mengingatinya.
udah-udah la..lupakan la suami orang tu.. cari la orang lain.. banyak kot lelaki lain kat luar tu..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hmmm...mcm membosankan this story..sorii..