Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hei bro kenapa ni, monyok aja rupanya, ditinggalkan buah hati ke?" Sapaan Khairil diikuti dengan gelak kawan-kawannya tidak diendahkan. Adi Hamidi menarik kerusi kosong bersebelahan dengan Hamid. Kepalanya berserabut. "Mari minum dulu sejukkan hati tu." Khairul meminta pelayan bawakan segelas teh tarik untuk Adi Hamidi. Khairul kehairan bilamana Adi Hamidi masih lagi tidak bersuara, dia memandang rakannya Hamid yang masih tersengih sambil mengangguk sedikit kepala yang juga kehairanan. Sejurus seorang pelayan lelaki membawakan segelas teh tarik untuknya, Adi Hamidi mengambil dan meneguk dengan rakus. Mulanya dia gembira dengan berita orang tuanya akan berangkat ke Mekah, namun dalam gembira terselit pahitnya. "Mak ngan ayah aku nak ke Mekah.." "Eh berita baik ni. Ok lah tu tercapai juga hajat orang tua kau nak ke Mekah. Apa yang kau nak susahkan sangat, takkan lah tak boleh langsung berpisah dengan orang tua, asyik nak duduk dicelah ketiak mak aja." Hamid mencelah tanpa sempat Adi menyudahkan ayatnya. "Isk.. engkau ni bagilah aku habis cakap dulu." Adi Hamidi mula menampakkan reaksi kurang senangnya apabila cakapnya dipotong. "Ok..ok..sorry..sorry". Hamid meminta maaf sambil mengangkat kedua tangannya. Adi Hamidi masih lagi diam membisu. Matanya memandang ke seberang jalan. Melihat kenderaan bertali arus menuju ke destinasi yang tidak diketahuinya. Khairul dan Hamid masih lagi sabar menunggu. Adi Hamidi tidak akan macam ni jika tiada perkara yang menyerabutkan fikirannya. "Mak aku suruh kahwin.." Adi Hamidi bersuara setelah beberapa lama terdiam tadi. "Kah..kah…"pecah derail tawa dari rakan-rakannya mendengar ayat yang keluar dari mulutnya. Benarkan Adi Hamidi yang berada dihadapan mereka kini. "Kau orang gelak lah puas-puas. Dah lah aku nak balik. Tidur lagi baik lah dari dengar kau orang ketawa ni." Adi Hamidi bingkas bangun namun tangannya sempat dipegang oleh Hamid. "Hei duduk lah dulu bro, kau ni Adi hal itu pun nak kecil hati." Hamid memujuk Adi. "Habis kau orang ketawa tak ingat dunia. Aku dalam masalah kau orang boleh gelak-gelak lagi." Suaranya sedikit meninggi,tanda kurang senang dengan kelakuan kedua-dua rakannya tadi. "Apa yang susahnya bro, kau kan ramai teman wanita. Pilih aja mana yang kau berkenan. Tak susah pun." Saran khairul bila dia melihat Adi Hamidi semakin sejuk sedikit. "Kau kan tahu aku dengan perempuan-perempuan tu semua hanya suka-suka takde yang serius pun, jauh sekali aku nak jadikan bini. Senang nak dapat beb!" Balas Adi, menguak rambutnya yang sedikit terjuntai kedepan. "Kau tahu tak, mak aku siap bagi syarat lagi. Dia cakap bawak lah mana-mana pun calon yang aku suka, tapi kalau ayah aku tak setuju gagallah jawabnya. Dah la bagi masa sebulan. Kalau aku takde calon pulak diaorang nak tolong carikan. Kalau aku nak bawak si Mimie, Wana, Casey tak payah susah-susah2 bawak jumpa mak ngan ayah aku, jumpa adik aku pun dah memang segera direjeknya."ulasnya panjang lebar. "Betul juga kata kau tu Adi. La ni aku rasa baik kau serahkan aja pada mak ngan ayah kau lagi senang habis cerita, tak payah duk pening-pening fikir cari calon."Hamid memberi cadangan. "Kau kan tahu aku ni masih belum terbuka lagi dengan perempuan, takkan korang tak ingat macam mana Azlin buat pada aku dulu, setengah mati aku sayang dia alih-alih dia dengan jantan lain. Sampai sekarang aku tak pernah anggap cinta perempuan tu suci kau tahu." Adi Hamidi meluahkan rasa hatinya. "Eh… hal tu kan dah lama Adi. Tak semua perempuan macam tu. mana lah tahu calon yang ayah ngan mak kau cari ni memang sesuai untuk kau." Khairul memujuk Adi Hamidi yang masih dalam kebingungan.
Adi Hamidi pulang ke rumah dengan wajah yang kelat, hatinya dirundum resah. Kata-kata ayahnya yang berbaur arahan itu terpaksa dituruti. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Walaupun kata-kata ayahnya seakan arahan, namun dia masih bersyukur sekurang-kurangnya ayahnya masih bersifat terbuka dengan menyuruhnya memilih sendiri calon isteri namun dia juga akur dengan kata ayahnya jika ayahnya tidak berkenan dengan pilihannya, mereka sendiri yang akan carikan untuknya. "Mana pulak aku nak cari calon isteri ni? Malas betullah nak fikir. Aku mana lah ada calon yang sesuai. Yang aku bawak kehulu kehilir tu takkan nak dijadikan isteri. Tak sesuai langsung arr." Dia merebahkan diri diatas tilam empuknya, kepalanya ligat memikirkan kata-kata ayahnya, badannya berpusing ke kiri dan kanan, dia tidak menyangka secepat itu ayahnya mahukan calon isteri untuknya. "Takkan aku nak jadikan Mimie isteri aku? Tak masuk akal lah. Dah tentu awal-awal kena reject ngan mak. Hiss..susahnya." Adi Hamidi tertidur dalam keletihan memikirkan calon isteri.
Pn. Suzi sedang membawa sarapan pagi ke meja makan, ketika Adi Hamidi sedang menuruni tangga. Gaya jalannya seperti orang yang tak bermaya. Murni yang melihat kelibat abangnya yang sedikit monyok tersensgih lucu. "Hai abang, pagi-pagi lagi muka macam orang mati bini aja ni. Kenapa?" Sengihannya masih lagi tidak berkurangan, lagipun jarang sekali dia melihat muka abangnya seperti hari ini. Abangnya sentiasa ceria. Inilah peluang untuk mengenakan abangnya. Selama ini dia tak berpeluang. Masa inilah yang sesuai dan tepat. "Dah tahu tanya lagi". Jawab Adi Hamidi acuh tak acuh. Dia menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Murni. Pn Suzi yang melihat gelagat kedua-dua anaknya menggelenkan kepala. Dia tahu kenapa anak lelakinya berperangai macam itu. Dia senyum sediri dan berlalu ke dapur. "Siapa pulak yang malang dapat abang ni yea. Kesian. Tapi kan bang, setahu Murni mak ngan ayah tak pernah lagi buat majlis kenduri kahwin untuk abang. Abang kahwin kat Thailand ka?" Bibirnya semakin lebar tersenyum, dia masih mahu menyakat abangnya. Murni menyenduk nasi goreng yang masih berasap kedalam pinggan abangnya. Adi Hamidi hanya menjeling mendengar usikan Murni. "Yea lah tu. Dah! makan cepat. Tak pasal-pasal pergi sekolah jalan kaki nanti." Arahnya bilamana dia merasakan Murni makin galak mengusiknya. Adi Hamidi hanya meneguk air nescafe kegemarannya, dia tiada selera untuk makan. Murni yang mendengar arahan abangnya segera mengunyah nasi goreng. Takut juga dengan ugutan abangnya. Tak pasal-pasal berjalan kaki ke sekolah nanti. Walaupun jarak sekolah dari rumahnya cuma 1.5 km. Kalau berjalan kaki lambat pulak dia masuk ke kelas nanti. Lagipun ayah atau abang akan menghantarnya ke sekolah. Hari ini mata pelajaran pertama pembelajaran adalah Sejarah. Subjek kegemarannya. Dia tidak mahu ketinggalan nanti.
haa!!..cita mcm nie la bwu syok layan... cepat2 la smbg ye.. blog siap x lagi...?? klau dah siap kongsi2 la ngan kitowg.. hehe.. tengkiu...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
haa!!..cita mcm nie la bwu syok layan...
cepat2 la smbg ye..
blog siap x lagi...??
klau dah siap kongsi2 la ngan kitowg..
hehe..
tengkiu...